News Update :

Politik

Kenyataan

Agama

Dunia

GOLONGAN MUDA LEBIH TERJAMIN (BUAT MAKSIAT) BAWAH BN - NAJIB

November 23, 2007

MELAKA: Golongan muda sedar bahawa masa depan mereka lebih terjamin di bawah kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Perdana Menteri Najib Tun Razak.

Beliau berkata golongan muda mempunyai cita-cita yang besar terhadap masa depan negara terutama dalam aspek jaminan mereka akan mendapat pekerjaan, mendapat peluang ekonomi dan sebagainya."Jadi, kalau itulah harapan mereka, maka Barisan Nasional sahaja yang boleh memungkinkan keadaan yang lebih baik akan berlaku," katanya kepada pemberita di Seri Negeri, Ayer Keroh dekat sini, hari ini. (Kata-kata Najib seolah-olah menafikan kekuasaan Allah di mana, hanya Allah sahaja yang berkuasa menentukan sesuatu perkara.

Insya Allah sesiapa sahaja yang memerintah jika ikhlas dan berusaha sedaya upaya untuk memajukan golongan muda Insya Allah mereka akan berjaya. Jangan ingat BN berkuasa untuk menentukan segalanya).

Najib yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan parti pembangkang kononnya sokongan golongan muda kepada pembangkang meningkat, dengan merujuk kepada perhimpunan haram di Kuala Lumpur pada 10 Nov lepas.

Itulah pandangan Najib. Kita ingin mengingatkan anak muda bahawa kata-kata Najib itu ada benarnya kerana anak muda akan terjamin untuk membuat maksiat kerana kerajaan BN memang sengaja menyediakan program-program maksiat agar anak-anak menjauhi agama.

BN memang sedar, jika anak-anak muda mendekati agama maka lambat laun anak-anak muda mereka akan sedar bahawa BN sudah menyimpang jauh dari agama Islam sebenar.

Di mana akhirnya BN akan kehilangan sokongan sebab itu mereka terus menerus menganjurkan program maksiat seperti konsert, karaoke, program pergaulan bebas dan sebagainya.Anak-anak muda terus dibiarkan hidup dalam keseronokan dan berhibur tanpa had.

Kakasaran dan kezaliman polis, bilakah akan berakhir?

Oleh GreenbocKini mereka merasai, iaitu sekumpulan 15 orang wartawan yang sedang membuat liputan satu kes bunuh telah dimaki dan diusir dengan panggilan "anjing" oleh seorang pegawai polis berpangkat ASP di Baling, Kedah.

Jika sebelum ini pihak polis mengkasari dan menzalimi rakyat terutama anggota pihak pembangkang dan tidak mendapat liputan dengan adil dari para wartawan, sampai juga masanya kini wartawan pula menerima nasib akibat dari kebiadaban para pegawai Polis DiRaja Malaysia.

Bernama melaporkan hari ini sekumpulan 15 wartawan membuat laporan di Balai Polis Tawar di Baling terhadap seorang pegawai polis berpangkat ASP kerana didakwa mengeluarkan kata-kata kesat kepada mereka ketika sedang membuat liputan satu kes bunuh.

Laporan yang dibuat oleh jurukamera sambilan NTV7 Muhammad Ridzuan Osman, 21, di Balai Polis Tawar, Baling itu adalah kerana pegawai berkenaan mengusir wartawan dari tempat kejadian dengan perkataan "anjing". Pegawai polis berkenaan juga didengar mengarahkan anggotanya melepaskan anjing pengesan dari Unit Anjing (K9) untuk tujuan menghalau wartawan.

Kejadian itu berlaku selepas Ketua Siasatan Jenayah Kedah ACP Mohd Zakaria Ahmad mengadakan sidang akhbar di tempat kejadian.Dalam kejadian itu, polis menemui mayat dua lelaki di Ladang Kelapa Sawit Bukit Hijau pada pukul 10.43 pagi tadi dan kumpulan wartawan itu yang berada di tempat kejadian sejak pukul 8 pagi tidak dibenar merakamkan gambar walaupun berada di luar kawasan larangan polis.

Ketika jurufoto dan wartawan cuba merakam gambar apabila mayat berkenaan dimasukkan ke dalam kenderaan polis, pegawai polis itu menjerit "jangan masuk anjing" dan "lepaskan anjing".Wartawan Kosmo, Othman Yahya, 45, berkata sepatutnya pegawai berkenan mencontohi Mohd Zakaria yang melayani wakil media dengan baik.

Wartawan akhbar Tamil Nesan, ML Maran, 56, berkata selama bertugas sebagi wartawan inilah pertama kali dia berdepan dengan seorang pegawai polis yang tidak menghormati tugas wartawan.Pengerusi Kelab Media Kedah Mohd Zahari Morad berkata beliau akan mengeluarkan kenyataan mengenai insiden itu esok.

Wartawan akhbar Tamil Nesan, ML Maran, 56, berkata selama bertugas sebagi wartawan inilah pertama kali dia berdepan dengan seorang pegawai polis yang tidak menghormati tugas wartawan.Pengerusi Kelab Media Kedah Mohd Zahari Morad berkata beliau akan mengeluarkan kenyataan mengenai insiden itu esok.

Dan insiden kebiadaban polis ini bukan satu kes yang terpencil. Seperti yang selalu kita utara dan dedahkan, terdapat ramai kakitangan polis yang telah meletakkan undang-undang di dalam tangan mereka, bertindak sesuka hati dengan menyepak, menendang, menampar, membelasah orang terbanyak.Saya telah mendedahkan hal kezaliman dankeganasan polis ini berkali-kali. Di negara ini, kita menyaksikan beberapa pegawai-pegawai polis yang bertindak ultra vires, malah keterlaluan. Bertindak melangkaui bidang kuasa mereka.

Bertindak seolah-olah mereka paling berkuasa di negara ini.Di dalam satu tulisan saya sebelum perhimpunan BERSIH 10 November lalu, saya telah meminta pihak polis untuk tidak panik dan supaya sentiasa bekerjasama dengan rakyat.

Namun malang sekali, masih terdapat pegawai polis yang sumbang dan sumbing seperti Ketua Polis Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abd Rahman (gambar) yang telah mengarahkan gas pemedih mata ditembak ke arah rakyat terbanyak terutama di Masjid Jamek.Inilah binatang zaman moden, memaksa orang lain mematuhi undang-undang sedangkan diri mereka lupa bahawa mereka juga tertakluk kepada undang-undang.

Kita meminta polis lebih bertamadun, lebih profesyenal di dalam menjalankan tugasnya bukan menghalau wartawan dan rakyat serta mengherdik mereka apatah lagi mengkasari mereka.

Dan semua kekasaran dan kezaliman polis perlu dihentikan segera dan polis yang terlibat itu perlu dilucutkan pakaian polisnya untuk dimasukkan segera ke penjara kerana selagi mereka ada, imej negara tercalar dimata dunia seperti apa yang berlaku lewat peristiwa 10 November 2007.

ZAMAN ISLAM HADHARI HAKIM PUN MAKAN RASUAH, SIAPA LAGI KITA NAK PERCAYA

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Perak Hassan Basri Shafie hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas lima pertuduhan berkaitan rasuah berjumlah RM5,200 yang membabitkan tiga kes berasingan.Dua daripada pertuduhan itu membabitkan urusan pernikahan manakala satu lagi bagi tujuan melepaskan ikat jamin satu kes jenayah syariah.

Hassan Basri, 53, yang menjadi hakim syarie pertama didakwa oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) atas tuduhan rasuah, mengaku tidak bersalah terhadap kelima-lima pertuduhan itu.Nampaknya zaman Islam Hadhari ini Hakim pun makan rasuah.

Memang jelas negara kita hilang keberkatan dan maruah kerana pemimpin yang memerintah pun tidak ada maruah. Apalah yang kita hendak harapkan kepada pemimpin BN hari ini, kerana BN menang pun dengan penipuan, penyelewengan dan rasuah.

Kalau hakim pun makan rasuah siapa lagi yang kita nak percayai? Hancur Hancus HancusBagi pertuduhan pertama, Hassan Basri didakwa meminta wang suapan RM3,000 daripada Mohamad Imran Abdullah sebagai dorongan melepaskan wang ikat jamin kepada Yoong Hor Kit berhubung lima kes jenayah syariah, di Restoran Wawa, Tambun, kira-kira 8.15 malam 15 Ogos lepas.

Dia juga menghadapi pertuduhan kedua iaitu menerima wang suapan itu daripada orang yang sama untuk kes sama dalam sebuah kereta bernombor pendaftaran BFN 9060 di tempat meletak kenderaan di Taman D.R. Seenivasagam di sini kira-kira 3.25 petang 6 Sept lepas.

Pertuduhan ketiga pula membabitkan dakwaan meminta wang suapan RM1,100 juga daripada Mohamad Imran bagi membantu Mohamad Asri A Bakar berkahwin dengan Nor Farihan Hassan tanpa melalui prosedur yang ditetapkan. Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Restoran Wawa, Tambun, kira-kira 8.30 malam 15Ogos.

Bagi pertuduhan keempat, tertuduh didakwa menerima wang suapan itu daripada orang sama untuk kes sama dalam sebuah kereta bernombor pendaftaran BFN 9060 di tepi Hotel Hillcity di sini kira-kira 6 petang 17 Ogos.Hassan Basri juga didakwa menerima wang suapan RM1,100 daripada orang sama sebagai dorongan bagi mengeluarkan surat kebenaran berkahwin kepada Mohd Jefri Afandi Ahmad dan Nur Liza Musa bagi membolehkan kedua-duanya berkahwin tanpa melalui prosedur ditetapkan, dalam kereta bernombor pendaftaran sama di tempat meletak kenderaan Taman D.R. Seenivasagam, kira-kira 3.20 petang 6 Sept.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 10(a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997 bagi tuduhan pertama dan ketiga; dan mengikut Seksyen 11(a) akta sama bagi tuduhan kedua, keempat dan kelima.Semua pertuduhan itu boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan didenda lima kali nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Hakim Tan Hooi Leng menetapkan kes itu dibicarakan pada 31 Mac tahun depan.Beliau turut membenarkan Hassan Basri diikat jamin RM4,000 bagi setiap pertuduhan atau RM20,000 keseluruhannya manakala pasportnya diserahkan ke mahkamah.Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nordin Hassan manakala peguam S. Theivanthiran dan T. Shan mewakili tertuduh.

Terdahulu, Nordin memohon mahkamah menahan pasport tertuduh kerana pihaknya menerima maklumat tertuduh sering melakukan perjalanan ke Indonesia.Mahkamah juga diberitahu bahawa pihak pendakwaan akan memanggil 20 saksi untuk memberi keterangan.

Raja Muda Perak dicadang Pengerusi Suruhanjaya

KUALA LUMPUR :
Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang mencadangkan Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah (gambar)dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Diraja bagi mengembalikan kemuliaan institusi kehakiman negara ini atau pun ayah baginda, Sultan Perak sendiri sebagai bekas Ketua Hakim Negara di era gemilang institusi kehakiman negara.

Di samping mereka berdua, beliau juga mencadangkan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Dzaiddin Abdullah, bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Shaikh Daud dan Datuk N. H. Chan dan bekas dan bekas hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Seri Visu Sinnadurai sebagai anggota.

Di samping mereka, Kit Siang juga mencadangkan agar nama-nama berikut dipertimbangkan untuk menjadi anggota Suruhanjyaya Diraja itu.Mereka adalah Tunku Abdul Aziz (Transparency International), Raja Aziz Addruse (Bekas Presiden Majlis Peguam), Datuk Param Cumaraswamy (bekas pelapur khas PBB), Yeo Yang Poh (bekas Presiden Majlis Peguam) dan Chooi Mun Sou (anggota JK Penyiasat BBMB).


Kerajaan baru-baru ini bersetuju untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat dan mencadangkan pembaikan untuk institusi kehakiman ekoran cadangan penal penyiasat video klip VK Lingam.

Bagaimanapun, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa bimbang penubuhan suruhanjaya ini senasib dengan penubuhan suruhanjaya penambahbaikan polis menjelang pilihanraya 2004 lalu."Ia hanya menjadi gimik menjelang pilihan raya sahaja. Selepas ini, cadangan entah ke mana, laporan entah ke mana," kata Husam.

Siasahdaily

RASHID SAH PELAWOK (PEMBOHONG)

Semalam Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata beliau sanggup meletakkan jawatan sekiranya terbukti SPR melakukan penipuan dalam pilihan raya sebelum ini. RASHID SILA LETAK JAWATAN SEKARANG KERANA KAMU TELAH BERBOHONG. SEDANG ISU PENGUNDI HANTU INI DISAHKAN OLEH MAHKAMAH SEMASA PERBICARAAN KES DUN LIKAS BEBERAPA TAHUN LALU.

Dan hari ini Angkatan Muda Keadilan (AMK) menghimbau kembali pada tahun 2001 apabila Hakim Datuk Muhammad Kamil Awang membatalkan keputusan pilihanraya Dewan Undangan Negeri (DUN) Likas, Sabah. Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, hakim tersebut memutuskan demikian atas alasan senarai pemilih 1998 bagi kawasan berkenaan tidak mengikut undang-undang di mana pengundi-pengundi hantu, termasuk yang bukan warganegara, telah secara bukti dibenarkan membuang undi pada hari pengundian.

Beliau berkata, dalam penghakimannya, Muhammad Kamil berkata SPR gagal menjalankan tanggungjawab mereka dalam mengesahkan dan menggazet senarai pemilih yang mencurigakan, di samping banyak laporan yang dibuat terhadap kepincangan SPR serta pihak kerajaan bagi menjalankan siasatan terhadap wujudnya orang yang tidak mempunyai kewarganegaraan dalam senarai pemilih. "AMK juga tidak mahu rakyat terlepas pandang dengan satu fakta menarik, iaitu selepas penghakiman Likas dibuat, kerajaan dengan kebenaran SPR, membuat pindaan di mana senarai pemilih, - sebaik sahaja disahkan atau disahkan semula - dianggap muktamad dan diterima dan tidak boleh dipersoalkan atau membuat rayuan atau dinilai semula, dipinggirkan oleh mana-mana mahkamah.

'Berat sebelah' "Kes ini, meskipun hanya sebuah kes, tetapi ianya memberikan satu signifikan besar dalam sebarang dakwaan yang dibuat ke atas SPR yang jelas tidak telus dan saksama dalam menguruskan sistem pilihanraya Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau turut mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa sejak sekian lama sistem pilihanraya Malaysia dijalankan dengan adil dan bersih tanpa campurtangan parti pemerintah.

"AMK begitu berharap agar kedua mereka ini kembali berpijak di bumi yang nyata sebelum mengeluarkan kenyataan yang bersifat 'ibarat meludah ke langit'," katanya. Sehubungan itu, katanya, AMK mengingatkan Rashid dan Abdullah bahawa konotasi kepada sistem pilihanraya yang kotor dan berat sebelah membawa kepada kuasa pemerintahan yang tidak sah.

"Justeru, AMK melihat wajar bagi bukan sahaja Rashid, malahan Abdullah sendiri bertanggungjawab atas kenyataan yang dibuat mereka, dengan berundur demi memberi ruang kepada pembaikpulihan sistem pilihanraya dan kerajaan yang telus dan berwibawa," katanya.


Ucapan Penggulungan YAB TG Nik Aziz 22 November 2007

Posted on Thursday, November 22 @ 21:27:14 MYT by greenboc "Tuan Tabal Tuan Guru, Teluk Kemang Masjid Tanah, Jangan Tabal Sultan Baru, Sial Majal ke lubang tanah". Begitulah bunyi pantun yang dibacakan oleh YAB Tuan Guru Dato' Hj Nik Abd Aziz Nik Mat sewaktu mengakhiri ucapan penggulungan bagi perbahasan usul junjung kasih ke atas titah perasmian Sidang DUN Kelantan (Belanjawan) oleh Tuanku Sultan Kelantan yang disambut dengan tepukan meja bergemuruh di dalam dewan.Perbahasan usul junjung kasih ke atas titah Sultan Kelantan tersebut berlangsung selama 2 hari iaitu pada 20 hingga 21 Nov 2007. Penggulungan oleh pihak Kerajaan dibuat pada hari ini, diakhiri dengan ucapan oleh Menteri Besar Kelantan pada petang ini.Sila ke WebBlog TKO untuk melihat video klip ucapan pengulungan YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan tesebut.

HUKUM KENCING BERDIRI

November 20, 2007


SOALAN :Kebanyakan masyarakat Islam di negara ini ramai yg kencing berdiri dan saya pernah mendengar Nabi Muhammad S.A.W. tidak mengaku umat.. boleh ustaz perjelaskan apakah hukumnya.


JAWAPAN :
عَنْ حُذَيْفَةَ قَالَ:كُنْتُ مَعَ النَّبِيِّ -صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- فَانْتَهَى إِلَى سُبَاطَةِ قَوْمٍ، فَبَالَ قَائِماً، فَتَنَحَّيْتُ.فَقَالَ: "ادْنُهْ" فَدَنَوْت حَتَّى قُمْتُ عِنْدَ عَقِبَيْهِ، فَتَوَضَّأَ، فَمَسَحَ عَلَى خُفَّيْهِ.


Huzaifah r.a. menceritakan; Aku bersama Nabi s.a.w.. Apabila sampai di satu tempat pembuangan sampah, Nabi s.a.w. kencing di situ sambil berdiri. Aku pun berpaling menjauhi baginda. Namun baginda berkata kepadaku; ‘Hampirilah’. Aku pun menghampiri Nabi hingga aku berdiri hampir dengan dua tumitnya. Setelah selesai kencing, Nabi mengambil wudhuk dengan menyapu dua khufnya”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menunjukkan keharusan kencing sambil berdiri, bukan menunjukkan kebiasaan Nabi s.a.w..
Kebiasaan Nabi s.a.w. ialah kencing sambil duduk sebagaimana riwayat dari Saidatina ‘Aisyah r.a. yang berkata

;حديث عائشة -رضي الله عنها- قالت: من حدثكم أن النبيّ -صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- كان يبول قائماً فلا تصدقوا ما كان يبول إلا قاعداً، رواه أحمد بن حنبل والترمذي والنسائي وآخرون، وإسناده جيد، والله أعلم.

“Jika ada sesiapa menceritakan kepada kamu bahawa Nabi s.a.w. kencing berdiri, maka jangan kamu mempercayainya. Nabi tidak kencing melainkan sambil duduk”. (Riwayat Imam Ahmad, at-Tirmizi, an-Nasai dan lain-lain. Menurut Imam Nawawi; sanad hadis ini adalah baik).

Berdasarkan hadis ini, sebahagian ulamak menegaskan; hukum kencing berdiri adalah makruh kecuali jika ada sebarang keuzuran. Menurut mereka; perbuatan Nabi kencing berdiri dalam hadis pertama di atas adalah kerana ada keuzuran bagi baginda; kemungkinan susah bagi baginda untuk duduk pada ketika itu memandangkan tempat itu ialah tempat pembuangan sampah atau mungkin juga baginda mengalami sakit tulang belakang. Menurut Imam Syafi’ie; orang Arab jika mereka mengalami sakit belakang, mereka akan kencing berdiri.

Di kalangan para sahabat sendiri terdapat khilaf tentang kencing berdiri. Terdapat riwayat menceritakan bahawa Saidina Umar, Ali, Zaid bin Tsabit, Ibnu Umar, Abu Hurairah dan Anas r.a. pernah kencing sambil berdiri. Antara sahabat yang memakruhkannya pula ialah Ibnu Mas’ud dan diikuti oleh Imam as-Sya’bi dan Ibrahim bin Sa’ad.Kesimpulannya; kencing berdiri hukumnya adalah harus atau makruh mengikut perbezaan ulamak di atas.

Namun yang terbaik ialah kencing sambil duduk. Ini ditegaskan oleh Imam Ibnu al-Munzir; “Kencing sambil duduk lebih aku sukai. Namun kencing berdiri hukumnya adalah harus. Kedua-duanya ada dalil dari Nabi s.a.w.”

.Wallahu a’lam.

Rujukan;Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, jil. 3, Kitab at-Toharah, Bab al-Mashi ‘Ala al-Khuffain.

Kasino Genting : Kisah Di Belakang Tabir

November 19, 2007

Setelah diperkenalkan oleh Tan Sri Haji Mohd Noah bin Omar ( datuk kepada Najib Razak, Hishamudin Hussien Onn), saya dapat menemui Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman untuk menerangkan kepadanya konsep saya untuk membangunkan Gunung Ulu Kali kepada sebuah pusat percutian. Ia adalah satu pertemuan yang mesra. Setelah mendengar cadangan saya itu, Tunku menyatakan kepada saya sememangnya menjadi hasrat Kerajaan untuk membangunkan Gunung Ulu Kali, namun projek tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana faktor masa dan kewangan, sementelah lagi kerana keadaan politik waktu itu yang tidak mengizinkan.

Tunku menyatakan kepada saya bahawa sebelum sebarang pembangunan dapat dilakukan, satu jalanraya perlu dibina dari kaki gunung sehingga ke puncaknya. Berdasarkan kajian awal yang dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya, jalanraya itu dianggarkan memakan masa 15 tahun untuk disiapkan. Tunku juga menyatakan tentang kesempitan kewangan kerana negara sedang mengalamai konfrontasi dengan Indonesia. Jika Kerajaan membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk pembangunan Gunung Ulu Kali, ia akan menerima kritikan dari Pembagkang, dan ini akan menjadikan ia satu isu politik. Untuk mengelak kejadian ini, Kerajaan merasakan adalah lebih baik diserahkan kepada sektor swasta untuk melaksanakan projek berkenaan.

Pada pendapat Tunku, tawaran saya tiba tepat pada waktunya. Beliau meminta saya untuk menyediakan satu kertas cadangan supaya beliau dapat mengkajinya. Dalamasa seminggu saja saya dapat menyiapkan kertas cadangan tersebut dan menyerahkannya kepada Tunku. Beliau nampaknya gembira setelah membacanya dan memberi saya lampu hijau untuk meneruskan projek berkenaan.

Pada April 27, 1965, saya dan Tan Sri Haji Mohd Noah (foto) membuka sebuah syarikat Sdn Bhd bernama Genting Highlands Sdn Berhad. Diantara tahun 1965 dan 1970, kami membuat permohonan kpada Kerajaan Pahang dan Selangor untuk mendapatkan 4,940 hektar dan 1,110 hektar masing-masing terhadap tanah pegangan bebas.

STATUS PEGANGAN BEBAS

Dengan sokongan Tunku, Kerajaan Pahang dengan serta merta meluluskan permohonan kami. Tetapi kami menghadapi sedikit masalah dengan Kerajaan Selangor.
Datuk Harun Idris, yang pada ketika itu Menteri Besar Selangor, hanya bersedia untuk memberikan tanah berkenaan dengan pajakan selama 99-tahun. Ini mengecewakan perancangan kami. Saya kemudian merancang untuk merayu kepada Datuk Harun secara persendirian dan menerangkan kepadanya masalah saya.


Di pertemuan itu, saya menyatakan Genting Sempah merupakan kawasan pendalaman dan memerlukan 30 hingga 40 tahun dan pelaburan yang besar untuk membina jalanraya, hotel, kuaters pekerja dan menyediakan prasarana air, eletrik dan lain-lain kemudahan di situ. Jika Kerajaan Selangor hanya memberikan pajakan 99 tahun, kami terpaksa menyerahkan kepada Kerajaan sebaik sahaja pembangunannya selesai..

Saya menekankan jika Selangor tidak mengindahkan permohonan kami untuk pegangan bebas, saya tidak ada pilihan lain selain dari hanya membangunkan tanah yang terletak di negeri Pahang di sempadannya, yang akan menyebabkan Pahang akan mempunyai satu lagi pusat peranginan. Saya jelaskan kepadanya bahawa sudah terdapat banyak pusat percutian di Pahang seperti Cameron Highlands, Fraser's Hill dan panta-pantai yang menghadapi Laut Cina Selatan.
Selangor, sebaliknya, akan hanya bebangga dengan pantai Morib yang berlumpur. Sebaik sahaja Genting Highland ditambah di dalam senarai pusat percutian negeri Pahang, Selangor akan jauh ketinggalan di bidang tarikan pelancong
Datuk Harun akhinya bersetuju dan mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk memberikan status pegangan bebas terhadap tanah yang kami pohon.


Mac 31, 1969 merupakan detik bersejarah untuk Genting Highlands. Pada hari yang cerah dengan sinaran mentari, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman telah dijemput untuk meletakkan batu asas hotel yang pertama, Highlands Hotel (sekarang bernama Theme Park Hotel).

Pada hari bersejarah itu juga, Bapa Malaysia membawa satu berita gembira yang mengejutkan. Di dalam ucapannya, Tunku menyatakan berbangga dengan usaha saya membangunkan sebuat pusat peranginan tanpa bantuan Kerajaan, dan pada masa yang sama memberi sumbangan yang besar kepada industri pelancongan negara. Untuk membantu mempercepatkan pembangunan pusat pelancongan di kawasan pendalaman ini, beliau menyatakan Kerajaan akan menimbangkan untuk membenarkan menjalankan aktiviti kasino. Sejurus selepas pengumuman Tunku berkenan saya bercadang mengubah Highland Hotel dari 38 bilik kepada 200 bilik.

Sementara itu, saya menyatakan pada diri saya oleh kerana Tunku telah mengistiharkan Kerajaan telah bersedia untuk memberikan kepada saya lesen kasino, saya perlu melawat Macau dan Korea Selatan untuk mengkaji perjalanan kasino di sana. Kami akan membelek buku-buku dan belajar dari mereka. Saya juga ingin meneroka kemungkinan peluang mempelawa taukeh-taukeh kasino untuk berusaha-sama dengan kasino Genting.

Saya bersama seorang pembantu tiba di Hong Kong pada April 20, 1969 dalam perjalanan ke Macau untuk betemu Stanley Ho yang memiliki kasino tunggal di Macau. Saya menyampaikan hasrat lawatan saya kepadanya. Beliau menyambutnya dengan sekadar senman tanpa komitmen apa-apa. Saya mengerti maksud beliau. Kerana saya belum memperolehi lesen kasino, bagaimana kita hendak bebicara tentang kerjasama? Justeru itu, saya bercadang sebaik saja sekembalinya saya ke Malaysia, saya akan memohon lesen kasino.

Pada April 28, 1969, d ihari saya kembali ke Kuala Lumpur, saya menyerahkan permohonan saya untuk mendapatkan lesen kasino dari Kerajaan melalui seorang pembantu peribadi Tunku. Nasib saya amat baik, mesyuarat Kabinet berlansung pada sebelah petang dan permohonan saya telah dibawa untuk perbincangan. Di mesyuarat berkenaan, Kabinet telah meluluskan permohonan saya, hanya enam jam selepas permohonan itu diserahkan. Saya diberitahu untuk mengambil surat kelulusan tersebut. Oleh itu Genting Highlands menjadi pemegang lesen kasno yang pertama dan yang tunggal di negara ini.

Sebaik saja kelulusan itu diperolehi saya telegraf berita baik itu dan menghantar dokumen berkaitan kepada Stanley Ho. Dua minggu berikutnya saya terbang ke Hong Kong sekali lagi untuk menemui beliau untuk melihat kemungkinan usaha-sama menjalankan kasino. Stanley Ho menyatakan kekagumannya melihat saya mendapat kelulusan Kerajaan untuk lesen kasino dalam waktu yang singkat. Beliau menyatakan saya adalah manusia terpantas di dalam dunia ini mendapatkan lesen kasino. Namun disebabkan beberapa masalah kami gagal mencapai kata sepakat untuk usaha-sama.

Selepas itu, saya berurusan dengan Mr Chong Tat Wong, tauke kasino tunggal di Seoul. Kami menandatangaini perjanjian usahasama untuk tiga tahun pada 1971, mengiznkannya membantu menguruskan kasino Genting.

Setelah sembilan bulan bekrjasama kami bagaimanapun bersetuju untuk menamatkan perjanjian berkenaan. Dari sejak itu Gentng menjalankan sepenuhnya operasi kasinonya dan melalui cuba-jaya kami berupaya untuk mendapatkan kemahiran menguruskan sebuah kasino.

Diterjemahkan dari petikan buku My Dream yang dihantar oleh tikambatu

Kenyataan Media Pejabat Presiden: PENGERUSI SPR MENGHINA YANG DIPERTUAN AGONG

PAS menganggap kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman pada 15 November 2007 lalu di Melaka, yang beliau tahu bila tarikh Pilihan Raya Umum ke 12 akan diadakan sebagai suatu kenyataan yang jelas menghina Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.

Menurut Perlembagaan Persekutuan Malaysia, kuasa memperkenankan pembubaran Parlimen merupakan kuasa Yang DiPertuan Agong setelah menerima permohonan dari Perdana Menteri.
Apabila Tan Sri Ab. Rashid sewenang-wenangnya mengisytiharkan yang beliau telah tahu akan tarikh pilihan raya bermakna beliau telah bertindak membelakangkan sama-sekali kuasa Yang Dipertuan Agong itu, sekaligus membelakangkan undang-undang tertinggi negara dan ini merupakan satu tindakan yang menghina Yang Dipertuan Agong dan Perlembagaan Persekutuan.


PAS mendesak agar pihak istana, sebaik-baiknya melalui Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, segera mengeluarkan kenyataan meminta agar Tan Sri Ab. Rashid menarik balik kenyataan beliau itu dan memohon maaf secara terbuka kepada Yang DiPertuan Agong.
Malah PAS menjadi bertambah ragu dan keliru berikutan kenyataan YAB Perdana Menteri di Kuala Terengganu semalam bahawa beliau sendiri hairan bagaimana Tan Sri Ab. Rashid boleh mendakwa yang ia tahu akan tarikh tersebut sedangkan Perdana Menteri sendiri kononnya belum menentukannya. Ini membutktikan yang Tan Sri Ab. Rashid sebagai Pengerusi SPR yang dilantik oleh Yang DiPertuan Agong telah berbohong secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia.


Bagi PAS ketidaktentuan terhadap tarikh pilihan raya umum di Malaysia adalah bukti betapa tidak demokratiknya negara ini berbanding negara-negara maju yang lain yang mengamalkan sistem demokrasi.


19 November 2007
ROSLAN SHAHIR BIN DATUK MOHD SHAHIR

SETIAUSAHA AKHBAR KEPADA PRESIDEN

RM3.26 juta Untuk Belanja

Kuala Lumpur, 18 November - Di antara 1 Januari 2007 hingga 22 Ogos 2007, sejumlah RM3.26 juta telah dibelanjakan untuk membiayai lawatan rasmi Perdana Menteri ke luar negara.

Maklumat ini telah didapati Presiden KeADLIan, juga merangkap Wakil Rakyat Permatang Pauh, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, dalam pertanyaannya kepada Dewan Rakyat penggal Parlimen yang lalu.

Datin Seri Wan Azizah juga telah bertanya tentang menteri-menteri yang telah mengikuti Perdana Menteri dalam lawatannya ke Eropah bulan Jun yang lepas.

Menurut jawapan yang diberi, semasa lawatan ke Russia, Perdana Menteri telah diiringi oleh 3 menteri Kabinet, 1 Menteri Besar, 1 Ketua Menteri, dan 2 Timbalan Menteri: Menteri Luar Negeri, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Menteri Penerangan, Menteri Besar Pahang, Ketua Menteri Sabah, Timbalan Menteri Pertahanan dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Di Bosnia dan Herzergovina, PM diiringi oleh 3 Menteri Kabinet, 2 Menteri Besar dan 2 Timbalan Menteri: Menteri Luar Negeri, Menteri Kerja Raya, Menteri Penerangan, Menteri Besar Perak, Menteri Besar Terengganu, Timbalan Menteri Pertahanan dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Lawatan PM ke Itali pula diiringi oleh 4 Menteri Kabinet, 2 Menteri Besar dan 1 Timbalan Menteri: Menteri Luar Negeri, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Menteri Penerangan, Menteri Besar Perlis, Menteri Besar Negeri Sembilan dan Timbalan Menteri Pertahanan.

Menteri Luar Negeri mendakwa bahawa semua ahli rombongan yang dibiayai perjalanan mereka dengan wang rakyat ini relevan kepada skop kerjasama antara bidang yang mereka wakili dan negara yang berkaitan.

http://www.suarakeadilan.com/isi/2007/11/19/rm-326-juta-dibelanja-untuk-lawatan-lawatan-pm/

Gelombang Biru? Golombang buncitkan perut!

Semalam 18 November 2007, Pok Loh melawat Terengganu dan kemuncaknya program makan malam di SMK Seri Budiman, KT. Saya tercuit untuk menulis sedikit ulasan dari sedikit hal yang dilaporkan di berita tv ini terutamanya gelombang biru.

SMK tempat makan malam dibuat tu duduknya depan rumah saya. Jadi sesak pula jalan laluan penduduk kampung. Turut menjadi persoalan, mengapakah bendera ameno boleh menghiasi kawasan SMK tu? Bukankah SMK tu bangunan kerajaan?

Antara benda yang diketengahkan ialah kecemerlangan Terengganu dalam keputusan UPSR. Tahniah kepada yang cemerlang dan yang berjaya. Bagi saya kecemerlangan UPSR Terengganu bermula sejak zaman TG Ayoh Chik jadi MB lagi. Lagi satu, saya sendiri dulu pun dapat cemerlang juga masa sekolah rendah dulu, sehingga dapatlah RM100 dari
YT yang disampaikan bekas MB lama dulu. Tapi sekarang ni apa yang saya dapat?


Seterusnya ditonjolkan usaha kerajaan Terengganu sekarang ni nak meningkatkan lagi bidang ICT & Multimedia. Antaranya pembelajaran JAVA. Syabas dan semoga berjaya kepada mereka yang mempelajarinya. Sebenarnya tidak susah untuk berjaya di dalam bidang ini, terutama jika kita sertakan dengan disiplin dan minat yang tinggi. Saya sendiri pernah mendapat pingat emas ibn sina pada konvokesyen KUSZA atas kejayaan dalam bidang teknologi maklumat. Syukur alhamdulillah. Namun, kini apa yang mungkin boleh saya perolehi dari kehebatan program ICT & mulitimedia ini?

Sebelum terlupa, saya ingin menegur juga perihal program mengkomputerisasikan sistem-sistem pengurusan yang dijalankan secara manual terutama di organisasi-oraganisasi kerajaan. Satu usaha yang bagus dalam memudahkan lagi urusan orang ramai dengan organisasi tersebut dan pengurangan penggunaan kertas. Saya memerhatikan daripada luar organisasi sahaja dan mungkin dapat merumuskan bahawa keberkesanan matlamat asal penggunaan teknologi ini belum tercapai. Antaranya penggunaan borang-borang kertas masih meluas digunakan dan ada data yang berulang kali perlu diisi. Pengulangan data berlaku dan mungkin sistem pangkalan datanya belum sempurna dan juga tidak berpusat yang boleh dikongsi oleh semua unit yang ada di dalam organisasi. Perlu diingat juga penggunaan pangkalan data yang baik mampu menjimatkan kos.

Seterusnya, pok loh menyentuh hal gelombang biru dan meminta semangat gelombang biru dikekalkan kerana gelombang itulah yang telah menumbangkan pas. Sebenarnya sebelum PRU 11 dulu, saya pernah masuk mesyuarat gelombang biru tu kat sebuah motel di KT.

Kesimpulannya bagai dihebahkan "kalu bn menang, semua kita senang". Tapi semua dah sedia maklum tentang siapa yang senang sekarang ini. Semua juga telah sedia maklum, banyak rumah rakyat yang sudah dimusnahkan oleh gelombang biru tu termasuklah Rumah Allah Masjid Kg Bujal. Semua juga telah maklum berapa ramai yang hilang pekerjaan kerana gelombang biru tu. Apa pula yang saya dapat dengan gelombang biru tu?

Apa yang saya dapat daripada penguasaan bn ke atas kerajaan Terengganu?

Sejurus selepas PRU 11 tu, saya kira saya adalah antara kumpulan awal yang jadi tidak senang dengan kemenangan bn di Terengganu. Kerja sebagai TCS serta merta ditarik balik. Dan daripada hal itu, saya seolah-olah dicop pembangkang dan dilayan sebagai pembangkang "dalam budaya demokrasi ala Malaysia" sedangkan saya belum pun lagi mendaftarkan diri menjadi ahli mana-mana parti pembangkang. Lalu kini jadilah saya seperti tidak pernah mencapai kecemerlangan dalam UPSR pertama dulu dan seperti tidak pernah mencapai kecemerlangan pingat emas ibn sina KUSZA dulu.

Gelombang biru? Takmboh doh! "

Kejayaan Abdullah Badawi

Kejayaan Abdullah BadawiPosted on Sunday, November 18 @ 20:58:23 MYT by SongkokPutih Oleh mujahid304


"Kejayaan Abdullah Badawi bersama para kroninya sepanjang memerintah Malaysia. Ingatkan Mahathir lagi teruk rupa-rupanya Pak Lah lagi teruk. Nampak saja diam tapi dia punye diam boleh bikin orang pening kepala...Sendiri Boleh tengok indeks yang saya paparkan disini. Majulah Malaysia untuk Pak Lah Hadhari
Indeks Persepsi Rasuah (Transparency Inte


rnational) (http://www.transparency.org)
Ranking NegaraSingapura 2007 4


Malaysia 2007 43

Thailand 2007 84

Indeks Kebebasan Akhbar oleh Reporters Without Borders

(http://www.rsf.org )

Ranking NegaraMalaysia 2007 122

Thailand 2007 59Indonesia 2007 117

Singapore 2007 147

Ranking Universiti Di Dunia (The Times Higher World University Rankings)(www.thes.co.uk/worldrankings )

Ranking UniversitiHarvard University USA 1
University of Cambridge UK 2
University of Tokyo Japan 17
National University of Singapore 33
Universiti Malaya Malaysia 246
Universiti Kebangsaan Malaysia 309

KedudukanRanking Team Bolasepak Malaysia (http://www.fifa.com )- 2007

Ranking NegaraThailand 114
Indonesia 125
Singapore 140
Myammar 147
Malaysia 166Tonga 168
Sri Lanka 169


KUNJUNGILAH BLOGwww.jasindaily.blogspot.com "

Mari kita cabar Umno dan Barisan Nasional.

November 13, 2007

Assalamualaikum.

Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan rakyat negara ini tidak memerlukan demonstrasi jalanan untuk menuntut sesuatu kerana ia bukan budaya Malaysia.‘‘Kalau diikutkan, Barisan Nasional (BN) mampu mengadakan perhimpunan yang lebih besar daripada perhimpunan Gabungan Bagi Pilihan Raya Bersih dan Adil semalam yang mengumpulkan kira-kira 10,000 orang.‘‘BN mampu mengumpulkan (bilangan peserta) lebih besar daripada jumlah semalam kalau itu yang kita mahu untuk menunjukkan sokongan rakyat kepada kerajaan dan parti. Namun itu bukan budaya rakyat negara ini,’’ Utusan Malaysia - 12 November 2007.

Jika benar Najib kata BN boleh mengumpulkan lebih daripada seratus ribu (bukan 10,000 seperti yang didakwa), kita cabar mereka Barisan Nasional agar menghimpunkan ahli-ahli setta mereka di Dataran Merdeka seramai 100,000. Tetapi kita tidak mahulah BN buat seperti yang selalu mereka amalkan untuk memenuhkan majlis mereka iaitu mengangkut budak-budak sekolah, pelajar-pelajar IPTA dan imam-imam masjid yang di kawal oleh Umno dengan bas. Membayar kepada mereka sejumlah wang sebagai galakan. Dan mengumpan mereka dengan hiburan untuk menarik mereka memenuhi himpunan yang dianjurkan oleh BN itu.

Kepada polis pula kita minta agar mereka bertindak seperti mana yang mereka lakukan terhadap himpunan anjuran pembangkang iaitu menembak dengan air kimia serta gas pemedih mata dan mengejar serta membelasah para peserta himpunan. Maka di situ kita mahu lihat mampukah Umno dan Barisan Nasional mengumpulkan ahli-ahli serta penyokong mereka seramai 100,000 untuk menempuh segala kepayahan seperti semburan air berasid dan gas pemedih mata yang menyakitkan. Sanggupkah ahli-ahli Barisan Nasional berkorban dan menempuh segala kepayahan ini demi perjuangan mereka?

Takut sehingga meracau..

November 12, 2007


Saya agak tertarik dan terdorong untuk membaca akhbar Berita Harian yang semakin menghairankan masyarakat Malaysia dengan pelbagai putar belit yang semakin terdedah, sangat memalukan! Bukan itu sahaja, beberapa pimpinan yang sememangnya semakin kecut telur, sudah mula berkata bukan-bukan, seolah-olah budak sekolah rendah yang kehilangan gula-gula.
Perhatikan sendiri berita yang telah di"ciplak" daripada Berita Harian, 11 November 2007. Bandingkan sendiri dengan akal anda dengan berpandukan kecerdikan, bukan kebodohan.
Perhimpunan haram punca kesesakan, jejas peniaga: TPM PEKAN: Datuk Seri Najib Razak menyelar tindakan pihak yang menganjurkan perhimpunan haram di Dataran Merdeka, di Kuala Lumpur, semalam kerana menyusahkan orang awam untuk menjalankan urusan harian. Timbalan Perdana Menteri berkata, ada pekedai terpaksa menutup perniagaan mereka kerana bimbang kemungkinan timbul suasana kurang menyenangkan.
Beliau berkata, orang ramai yang melalui laluan di situ juga terpaksa berdepan kesesakan lalu lintas dan keadaan itu menyusahkan mereka menjalankan urusan harian. Katanya, tindakan itu menyebabkan ada pihak mengambil kesempatan melakukan jenayah, merosakkan harta benda awam dan kesannya tidak baik terhadap pandangan umum, termasuk negara luar.
"Dalam kita menyokong kebebasan bersuara tidak bermakna kita boleh membenarkan pihak mengambil kesempatan mewujudkan suasana kurang selesa. Kita utamakan keamanan dan sebab itu polis tidak benarkan perhimpunan itu. "Kita serahkan kepada polis untuk mengambil tindakan sewajarnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Anak Permata Negara (PAPN) di Felda Chini Timur 3, di sini, semalam.
Turut hadir Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pengerusi Felda, Tan Sri Dr Mohd Yusoff Noor. Najib berkata demikian ketika mengulas perhimpunan haram di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur yang berjaya dikawal berikutan tindakan proaktif dan kecekapan polis mengelak kejadian tidak diingini.
Sementara itu, pemimpin dan pelbagai pihak mengecam tindakan mengadakan perhimpunan haram itu yang disifatkan sengaja mencabar undang-undang. Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata majoriti rakyat negara ini menghormati undang-undang negara ini, tetapi ada segelintir pengkhianat yang enggan berbuat begitu dan sengaja melakukan sesuatu mengikut kehendak mereka. "Umumnya perhimpunan ini mahu mencabar undang-undang, membuat provokasi terhadap agensi penguat kuasa supaya mengambil tindakan dan nampaknya mereka nak salahkan kerajaan atas alasan tidak menghormati hak asasi, tak hormat nak buat perhimpunan," katanya.
Pengerusi Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahman, yang mengutuk demonstrasi itu berkata perhimpunan itu bukan budaya kita... anak muda jangan terpengaruh dengan sifat rakus pembangkang untuk menangguk di air keruh. "Kita yakin itu kerja pembangkang, mereka ambil kesempatan. Rakyat perlu ambil iktibar apa berlaku di Myanmar, Pakistan akibat demonstrasi jalanan," katanya. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman, memberi amaran kepada kakitangan kerajaan yang menyertai perhimpunan haram itu menanggung risiko dikenakan tindakan tatatertib.
Katanya, kakitangan kerajaan terikat dengan akujanji ditandatangani dan perlu patuh kepada peraturan, termasuk tidak menyertai kegiatan menyalahi undang-undang seperti menyertai perhimpunan haram. Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Malaysia (GPMS), Syed Anuar Syed Mohamad, berkata perhimpunan seumpama itu akan dieksploitasi oleh pihak yang tidak sukakan Malaysia untuk memburukkan negara dengan menggambarkan negara tidak stabil dan dalam keadaan huru-hara.
Naib Presiden MIC, Datuk S Veerasingam, berkata sejarah menunjukkan parti pembangkang bukan sekadar menang dalam pilihan raya negara ini, malah berjaya menubuhkan kerajaan seperti di Kelantan dan Sabah. "Saya hairan bagaimana mereka boleh kata Barisan Nasional (BN) menggunakan taktik kotor dalam pilihan raya. Jika BN tipu, mengapa BN boleh kalah dalam pilihan raya?," katanya. Naib Presiden MCA, Datuk Ong Tee Kiat, berkata mana-mana pihak boleh menyalurkan rasa tidak puas hati mengikut peraturan bukannya dengan mengadakan perhimpunan.
Ulasanku
Lihatlah sendiri, provokasi yang dilakukan oleh media dengan telunjuk mereka yang sudah terbuka pekung sendiri. Terasa mual ketika membaca berita ini, seolah-olah menganggap si pembaca ini tiada otak langsung. Malas juga hendak mengulas berita ini, kerana semua orang mampu berfikir untuk membuat perbandingan sendiri.
1. Perhimpunan haram punca kesesakan? Benarkah perhimpunan tersebut menimbulkan kesesakan? Apa yang dilihat dan boleh diperhatikan sendiri, kesesakan tersebut tercetus apabila sekatan polis dilakukan. Ia merupakan perhimpunan aman, bukanlah sebuah kekacauan atau kekecohan. Lihatlah sendiri dengan kehadiran FRU dan Polis yang cuba membuat sekatan sehinggakan berlaku kesesakan. Sungguh geli hati apabila melihat orang bodoh berkata-kata, ada sahaja alasan untuk menyalahkan orang lain.
2. Merosakkan harta benda awam? Sebuah lagi kenyataan yang tidak masuk akal, mana mungkin sebuah perhimpunan aman, yang menuntut keadilan, disertai oleh 68 NGO begitu bodoh untuk merosakkan harta benda awam. Sekiranya benar berlaku kerosakan harta benda awam, sudah pasti perhimpunan ini tidak disertai oleh masyarakat kerana mereka berhimpun hanya untuk menuntut keadilan, takkanlah masyarakat begitu bodoh sangat, hendak merosakkan harta benda sendiri tanpa sebab.
3. Kita utamakan keamanan dan sebab itu polis tidak benarkan perhimpunan itu. Perhimpunan aman yang dijalankan terus berjalan dengan aman, tanpa sebarang masalah, walaupun kehadiran Penyembur Gas Pemedih Mata tanpa sebarang sebab perlu kehadirannya dan FRU yang tiba-tiba sahaja beriya-iya mencetuskan kekecohan sedangkan tiada sebarang masalah dan gagguan yang dilakukan. Bandingkan sendiri dengan konsert yang dilakukan dan dijalankan dengan tenang walaupun menyebabkan banyak kerosakan harta benda awam, pergaduhan dan banyak lagi masalah. Contohnya ketika sambutan kemerdekaan dan banyak lagi yang doleh dibaca sendiri di dada akhbar. Langsung dibiarkan sahaja! Di mana FRU ketika itu, pegang telur sendiri, tidur di rumah?
4. Berjaya dikawal berikutan tindakan proaktif dan kecekapan polis mengelak kejadian tidak diingini. Ha ha ha, aku hanya perlu menjawab dengan hilai tawa. Tak perlulah diulas panjang...
5. Majoriti rakyat negara ini menghormati undang-undang negara ini, tetapi ada segelintir pengkhianat yang enggan berbuat begitu Benarkah segelintir sahaja? Siapakah pengkhianat sebenarnya? Siapakah yang tidak menghormati undang-undang? Perhimpunan yang bukan sahaja dihadiri oleh pihak pembangkang, malah 68 NGO yang turut serta dengan bilangan melebihi 100 000 orang, masih boleh dikatakan sebagai segelintir. Badan Kehakiman yang telah diseleweng untuk menegakkan kejahatan masih boleh dikatakan mengikut undang-undang? Tak perlulah didedahkan di sini, kes-kes pimpinan kerajaan sendiri tidak menghormati undang-undang.
6. Perhimpunan itu bukan budaya kita... Adakah perhimpunan menyaksikan konsert bogel dan seksi adalah budaya kita? Perhimpunan yang meninggalkan kondom bersepahan, adakah ini juga budaya kita? Kenapa perlu mengutuk perhimpunan menuntut keadilan? Kalau benar tidak bersalah, mengapa perlu beriya-iya mengkritik? Jaga pekung sendiri? Kesimpulan Janganlah anda tertukar di antara baik dan buruk. Jangan tertipu dan terpedaya, anda mempunyai akal yang dikurniakan oleh Allah, gunakanlah sebaiknya. Anda juga mempunyai al Quran dan as Sunnah sebagai perlembagaan, amalkanlah isi kandungnya.

Tahniah kepada seluruh Unit Amal yang terlibat


Saya mewakili seluruh anggota Unit Amal Wilayah Persekutuan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Unit Amal seluruh Malaysia yang telah sama-sama membantu menjayakan Himpunan 100 ribu rakyat yang dianjurkan oleh BERSIH semalam.


Rata-rata saya dapati, ramai anggota-anggota Unit Amal yang hadir kebanyakannya anak-anak muda yang mungkin masih bersekolah dan ada juga yang telah berumur. Mungkin atas tarbiyyah dan bimbingan yang diberikan oleh pengarah-pengarah negeri saya dapati mereka bersemangat untuk membantu menjayakan himpunan tersebut.Dalam himpunan yang berlangsung semalam, pihak BERSIH telah mengutus surat melalui email bulan lepas kepada Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia, Ustaz Jamsari Marsom meminta supaya Unit Amal dapat bertugas sebagai keselamatan dalam himpunan 100 ribu rakyat.


Ustaz Jamsari telah meminta pengarah Unit Amal Wilayah Persekutuan , Saripuddin Mohd Yatim mengambil peranan berkenaan tugasan tersebut memandangkan Unit Amal Wilayah Persekutuan merupakan tuan rumah bagi himpunan tersebut. Apa yang perlu dilakukan oleh pengarah Unit Amal Wilayah Persekutuan ialah mendapatkan khidmat bantuan anggota daripada seluruh anggota Unit Amal Malaysia yang ada untuk membantu menjadi petugas keselamatan.


Walaupun pada peringkat awalnya kami dari Unit Amal Wilayah Persekutuan bimbang jika kehadiran Unit Amal seluruh Malaysia yang hadir tidak mencapai sasaran yang diharapkan atau mungkin dihalang oleh pihak polis ternyata kebimbangan kami telah dibuktikan dengan kehadiran anggota yang telah dilaporkan oleh pengarah-pengarah negeri sebelum ini walaupun ada diantara mereka tiba lewat iaitu pada pagi 10 November semalam.


Namun dengan kecekapan pengarah-pengarah negeri menyusun anggota seterusnya menyampaikan taklimat seperti yang telah diberikan oleh kami Unit Amal Wilayah Persekutuan selaku tuan rumah, semua petugas Unit Amal negeri-negeri dapat menerima arahan daripada kami dengan patuhnya. Kami juga berasa kesal dengan tindakan tidak bertamadun pihak polis yang menahan anggota Unit Amal pada himpunan semalam dan menyemburkan gas pemedih mata kepada peserta himpunan juga mengenai pengarah Unit Amal Wilayah Persekutauan, Saripuddin Mohd Yatim ketika berada di Masjid Jamek..


Telah dibuktikan bahawa himpunan tersebut dilaksanakan dengan aman dan tiada provokasi yang dilakukan oleh peserta. Kejadian yang berlaku di Masjid Jamek semalam bukanlah bermula daripada peserta tetapi pihak polislah yang memulakan provokasi tersebut. Ini berikutan pengawasan yang dilakukan oleh anggota Unit Amal telah berjaya mengawal peserta-peserta dari melakukan provokasi.


Walaupun Unit Amal yang ditahan semalam dibebaskan pada pukul 10.00 malam tadi, kami meminta supaya pihak polis tidak mendakwa mereka ini. Akhir sekali, saya mewakili Unit Amal Wilayah Persekutuan mengucapkan tahniah dengan komitmen dan kepatuhan yang ditunjukkan oleh anggota-anggota Unit Amal negeri-negeri yang telah membantu bertungkus-lumus walaupun dalam keadaan cuaca yang hujan lebat.


Mudah-mudahan Allah s.w.t membalas ganjaran kepada semua anggota Unit Amal yang terlibat dengan mengikut setiap titik air hujan yang turun membasahi baju serta seluar anggota Unit Amal sekelian. Sekian, M.S Abu Sahid Setiausaha Unit Amal Wilayah Persekutuan

Khairy ‘berok berani’ cabar kita kerana dia menantu PM - Mat Sabu


KUALA LUMPUR, 11 Nov: ‘Khairy berani cabar kita, sebab dia menantu beruk yang duduk di celah ketiak Pak Lah,” kata Naib Presiden PAS Haji Mohamad Sabu yang membidas cacian Naib Pemuda Umno terhadap rakyat yang menyertai himpunan rakyat semalam.“Kalau bukan menantu Perdana Menteri, letak muka dia di Chow Kit pun tak laku,” ucapnya dengan disambut sorakan dan ketawa 2,000 hadirin yang mendengar ceramah di Taman Melewar malam tadi.

Mohamad Sabu menyelar tindakan Khairy yang tanpa segan silu walaupun tidak ada sebarang jawatan dalam kerajaan mengarahkan pihak polis menghalang himpunan 100,000 rakyat semalam yang kononnya bakal mencetuskan suasana kecoh.

Katanya terbukti dakwaan Khairy meleset dan rakyat telah menunaikan janji apabila melakukan himpunan secara aman, berdisplin dan tidak merosakkan harta benda awam.
“TV Singapura melaporkan bahawa himpunan rakyat tadi adalah yang terbesar ddalam sejarah negara oleh pihak pembangkang dan NGO. Image

“Malah wartawan dalam dan luar negeri turut memuji kerana himpunan ini telah dianjurkan secara aman,” katanya di sambut dengan laungan ‘Takbir’ oleh orang ramai.
Katanya himpunan rakyat ini merupakan rentetan daripada punca Pilihan Raya 2004 yang buruk dalam sejarah Malaysia yang antaranya perpindahan pengundi dan persempadanan semula yang tidak adil yang berlaku di Selangor, Trengganu dan Kedah.

“Kalau tidak ada perubahan, kita akan turun ke jalan raya 300,000 hingga 400,000 orang.
Turut menyampaikan ceramah utama ialah Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Penasihat KeADILan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Turut hadir sama Ajk Bersih Anuar Tahir, Setiausaha Agung KeADILan Tan Sri Khalid Ibrahim,Ronnie Liu (DAP) dan beberapa pimpinan politik yang lain.

100,000 berhimpun, mana Pak Lah nak letak muka! - Bersih

November 11, 2007

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Hrkh) - Segagah mana atau selantang mana sekalipun, akhirnya amaran keras dan amanat tegas Presiden Umno Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi ternyata lemah dan gagal menggugat semangat rakyat untuk terus bangkit menyertai Himpunan Rakyat semalam biar apa jua rintangan serta ugutan yang mendatang.

Rakyat hanya punya satu matlamat bahawa Malaysia mesti mengamalkan demokrasi yang berada dilandasan benar dan sebuah pilihan raya adil yang tidak disalahguna dan dirosakkan oleh kerajaan BN yang ada selama ini dan suara rakyat ini akhirnya berjaya di sampaikan ke pengetahuan Istana Negara!

"Di mana Pak Lah nak letak muka dia," demikian soal AJK Bersih Anuar Tahir ketika berucap di Taman Melewar semalam di samping memberi penjelasan kepada orang ramai situasi terkini yang berlaku pada sebelah petangnya.

"Dia kata pantang dicabar. Yang lebih layak berkata ialah rakyat lagi pantang dicabar haknya!
"Dan terbukti bahawa rakyat telah berjaya mencabar untuk menunjukkan bahawa mereka berjaya melakukan himpunan secara aman dan mahu sebuah demokrasi yang bersih!," katanya di atas beranda bumbung Markaz mengadap kira-kira 2,000 hadirin yang mendengar ceramah.
Katanya biarpun telah berlaku insiden tidak diingini, seperti polis melepaskan gas pemedih mata dan menyuraikan orang ramai secara kasar namun para peserta himpunan dan rakyat tetap bersabar dan mematuhi undang-undang termasuk taat kepada arahan pimpinan.
"Tiada berlaku provokasi oleh orang ramai malah tangkapan yang dilakukan polis kerana mereka ingin menyertai himpunan menuju ke arah Istana Negara,"katanya.


"Sebenarnya, rakyat yang boleh mendisplinkan Polis!," katanya lantang dan berbangga dengan semangat, displin dan kesabaran yang ditunjukkan semua para peserta khususnya rakyat yang datang daripada luar Kuala Lumpur.

Katanya lagi rakyat tidak boleh dipermainkan dan diperbodohkan malah masanya amat tepat kerana rakyat mahu mengadu kepada institusi yang paling atas dalam negara iaitu DYMM Agong dan Raja-Raja Melayu kerana tidak percaya kepada kerajaan yang sedia ada supaya dapat dilakukan perubahan kepada negara yang mengalami pelbagai kepincangan dari sudut ekonomi, jenayah, rasuah dan salah guna kuasa.

"Jangan main-main dengan rakyat. Sekali lagi kita dipermainkan, kita akan turun lagi di jalan raya," katanya.
Turut menyampai ceramah utama ialah Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Penasihat KeADILan Dato Seri Anwar Ibrahim.


Hadir sama Naib Presiden PAS Haji Mohamad Sabu, Setiausaha Agung KeADILan Tan Sri Khalid Ibrahim,Ronnie Liu (DAP) dan beberapa pimpinan politik dan NGO yang lain.-->

Puluhan ribu serta perhimpunan tuntut p'raya adil -

Berpuluh ribu orang berhimpun di luar Istana Negara petang tadi menuntut pilihanraya bersih dan adil.

Sebelum itu pengajur perhimpunan tersebut yang terdiri daripada gabungan badan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti pembangkang - berarak ke Istana Negara dalam hujan, sambil melaung menuntut keadilan dan pembaharuan dalam pilihanraya.

Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi amaran kepada penganjur perhimpunan tersebut, tetapi ia tetap diadakan walaupun polis mengadakan kawalan ketat di sekitar bandaraya serta mengadakan sekatan jalanraya di semua jalan masuk ke ibunegara.

"Terdapat hampir 30,000 orang pada masa ini. Kita telah bersetuju membenarkan mereka duduk di depan istana dan membenarkan empat wakil mereka menyerahkan petisyen kepada wakil istana," kata seorang pegawai polis kepada AFP.
Penganjur: 40,000 hadir


Pihak penganjur pula berkata sekurang-kurangnya hampir 40,000 orang menyertai perhimpunan tersebut.
Kira-kira 400 anggota polis anti-rusuhan ditugaskan mengawal kawasan istana, termasuk berbelas-belas anggota lagi yang lengkap bersenjatakan senjata automatik dan pelancar gas pemedih mata.


"Rakyat Malaysia mesti dibenar menyuarakan pandangan dan pendapat mereka," kata Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang di depan pintu pagar istana untuk menyerahkan petisyen tersebut.

"Adalah tidak adil bagi kerajaan untuk tidak mengeluarkan permit untuk mengadakan perhimpunan ini kerana ia hanyalah menyuarakan suara takyat di sini," katanya.
Pihak penganjurnya merancang untuk mengadakan perhimpunan tersebut di Dataran Merdeka tetapi terpaksa memindahkannya selepas polis menutup jalan masuk ke situ.



- AFP
10.11.2007

Musa Hassan Kamu Tak Payah Cakap Banyak!

Musa Hassan tak payahlah banyak cakap.. nak jaga ketenteraman awam konon, yang kamu kawan dengan gangster tu apakah menjaga ketenteraman awam? sampai hari ini kamu gagal jejak pembunuh Nurin, mana pergi kententeraman awam? jenayah rogol,ragut dan rompak berleluasa mana bukti kamu jaga ketenteraman Awam? bila Raja petra dari blognya dedah bukti kamu Rasuah kenapa muka kamu pucat dan diam membisu? nasib baik Paklah menutup kes kamu. kamu pengecut dengan Raja Petra tapi berani dengan rakyat yang lemah.

kalau kamu itu betul, dakwa Raja Petra. dan kamu bukan sahaja mendiamkan diri malah mengkhianati rakan sejawat Datuk Ramli kerana menyiasat kaitan kamu dengan gangster iaitu Goh Chen Poh. kalau kamu dipihak yang benar kenapa kamu tidak nafikan tuduhan raja Petra. mana mungkin kamu jaga ketenteraman awam kalau kamu berkawan dengan gangster.

anda boleh lihat sendiri bukti bukti yang didedahkan berupa afidavit dari Bukit Aman sendiri keterlibatan Musa Hassan dan gangster. siri siri pendedahan oleh Raja Petra boleh anda lihat dalam Blog Raja Petra. ketakutan Musa Hassan bukan pada perhimpunan rakyat tetapi dia bakal kehilangan jawatan dan rasuahnya andai didedahkan kepa raja raja.

disini saya sertakan link artikel dokumen dan video pendedahan oleh Datuk Ramli yang didakwa memiliki 27juta. bukan niat membela Datuk Ramli tetapi lihatlah kebenaran pendedahan Raja Petra didalam Blognya kaitan Musa Hassan dan Gangster.

apakah dia layak bercakap soal ketenteraman awam? kamulah anak tokoh agama yang Jahat sejahat cucu Ulama Paklah Badawi. bila anda membaca artikel dan melihat video ini anda akan dapati generasi anda sudah tidak selamat!!

Video pendedahan Datuk Ramli
http://youtube.com/watch?v=oaBBSKz-FUY
http://youtube.com/watch?v=hbQQrkgevlw

Artikel Raja Petra lihat bukti dokumen dari pihak polis sendiri dan raja petra

http://malaysia-today.net/blog2006/corridors.php?itemid=6423
http://www.malaysia-today.net/nuc2006/index.php?itemid=71
http://malaysia-today.net/blog2006/corridors.php?itemid=6061
http://malaysia-today.net/blog2006/corridors.php?itemid=6296

Saya harap tiba waktunya pembangkang dedahkan dokumen ini di khalayak ramai supaya mereka tahu siapa sebenarnya perosak ketenteraman awam!!
"Kalau takut dengan risiko usah bicara soal perjuangan"
AYUH LAWAN AGENDA JAHAT UMNO!! AWAN TETAP LAWAN
- Reformis Muda - 10.11.2007 (suntingan M@RHAEN)

Hujan, meriam air dan gas pemedih mata di Masjid India


Polis melepaskan tembakan meriam air bercampur bahan kimia ke arah orang ramai yang menyertai perhimpunan aman menuntut pilihanraya bersih dan adil, mengakibatkan mereka bertempiaran lari mencari tempat untuk berlindung.



Ia berlaku kira-kira jam 2.10 petang di kawasan Masjid India, Sebahagian besarnya lari masuk ke dalam Masjid India dan sebuah bangunan berhampiran yang menempat sebuah bank dan stesen LRT.



Beberapa minit kemudiannya, tembakan meriam air itu dihalakan pula ke arah Masjid India dan orang ramai yang berkumpul di hadapan bank tersebut.
Kira-kira 800 orang di dalam masjid tersebut, cuba mengelak daripada terkena tembakan meriam air itu dan berarak menghala ke Dataran Merdeka, tetapi di situ juga mereka berdepan pula dengan tembakan meriam air.


Mereka kemudiannya berjaya beredar dalam jarak 50 meter dari Dataran Merdeka, dan ini memaksan trak meriam air itu berundur dari situ.
Jumlah orang ramai semakin bertambah menjadi lebih 2,000 dan mereka berterusan melaungkan "Allahuakbar".

Pada kira-kira jam 2.39 petang, polis melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah orang ramai yang sekali lagi lari berlindung dalam masjid dan bangunan sekitarnya.
Ketika itu, pihak polis telah dapat mengawal keadaan di depan Masjid India. Pihak polis kedengaran memberi amaran melalui pembesar suara, mengarahkan orang ramai supaya bersurai.

Amaran itu tidak diendahkan tetapi keadaan orang ramai masih terkawal. Mereka dilihat mengikut arahan daripada sukarelawan PAS.

Pada kira-kira jam 2.45 petang, berbelas gas pemedih mata ditembak ke arah orang ramai di Jalan Tun Perak, untuk meleraikan orang ramai yang berhimpun di situ.
Ekoran itu, polis berjaya mengawal sebahagian jalan Tun Perak, dari Dataran Merdeka ke Lebuh Ampang.

Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali berkata, beliau turut terperangkap dalam kekecohan yang berlaku di luar Masjid Jamek.
Premis niaga ditutup
"Dua kali saya kena tembakan meriam air dan gas pemedih mata. Jelas kelihatan pihak polis cuba menghalang orang ramai di situ dan ia menyukarkan kita untuk meneruskan perarakan, tetapi kita berjaya juga," katanya kepada AFP.

Kira-kira 500 orang menunggu selama kira-kira setengah jam di Masjid Jamek dan lorong menuju ke Jalan Medan Pasar sebelum bersurai.

Terdapat laporan yang mengatakan hampir keseluruhan mereka kemudiannya menyertai satu lagi kumpulan orang ramai di Pasar Seni dan kompleks membelibelah Sogo.
Tidak dapat dipastikan sama ada sebarang tangkapan dibuat dalam kawasan stesen LRT Masjid Jamek. Bagaimanapun, terdapat laporan tidak rasmi mengenai seorang remaja cedera terkena kanister gas pemedih mata.

Manakala orang ramai yang kebetulan melalui jalan antara Putra LRT dan the Star turut terkena gas pemedih dan tembakan meriam air itu.
Hampir semua premis perniagaan di kawasan tersebut ditutup sewaktu kejadian itu berlaku hari ini.

Keberanian Rakyat Malaysia

Jangan Takut dan gentar kepada semua rakyat Malaysia. Kita semua berada di pihak yang benar dan pejuang kepada perubahan secara total di bumi Malaysia. Amaran demi amaran untuk menakut-nakutkan kebangkitan rakyat merupakan tindakan paling bacul dan penakut. Rakyat bangkit bukan kerana atas emosi atau anti establisment tetapi rakyat bangkit kerana mahukan perubahan secara total ke atas sistem demokrasi di Malaysia

Kita bangkit untuk menyatakan sokongan padu dan taat setia kepada Yang DiPertuan Agong. Malahan kita berhimpun secara aman juga kerana hendak merapat sembah kepada YDPA. Mengapa parti pemerintah harus menghalangnya. Bukankan ini satu penderhakaan kepada YDPA. Apa salah rakyat untuk berjumpa sendiri kepada institusi tertinggi negara. Malahan perhimpunan ini secara jelas bersesuaian dengan kehendak Artikel 10(1b) Perlembagaan Negara yang memberikan kebebasan rakyat Malaysia untuk berhimpun secara aman.

Di pihak rakyat ini merupakan satu-satunya pilihan yang ada untuk menyatakan pendirian secara terbuka. Media massa yang diharap untuk menjadi jurubicara di pihak rakyat dilihat di rantai dengan ketat oleh parti pemerintah. Tidak hairan mengapa indeks kebebasan media Malaysia merudum jatuh. Semangat demokrasi yang sebenarnya di Malaysia telah lama mati dan berkubur. Justeru kebangkitan dan keberanian rakyat amat dituntut untuk melepaskan negara daripada rantai yang telah lama menghantui sistem demokrasi di Malaysia.


Pasca selepas Perhimpunan 100,000 Rakyat Malaysia di Kuala Lumpur dan beberapa buah bandaraya di seluruh dunia adalah diharapkan pihak Suruhanjaya Pilihanraya melaksanakan tuntutan yang dikemukakan. Diperingatkan SPR bekerja untuk rakyat Malaysia keseluruhannya bukan hanya menjadi agen pelaksana parti pemerintah yang tidak segan silu untuk merobek hak demokrasi rakyat Malaysia. Hanya melalui perubahan sistem pilihanraya yang lebih adil dan telus maka suasana demokrasi yang sebenar dapat dilaksanakan.

Malahan pilihanraya itu sendiri perlu digantung untuk beberapa ketika bagi membolehkan satu rombakan besar-besaran dilaksanakan. Malahan YDPA mempunyai hak untuk tidak bersetuju jika Perdana Menteri mengumumkan untuk mengadakan pilihanraya pada masa terdekat ini. Campurtangan Majlis Raja-Raja adalah dituntut kerana ini adalah satu-satunya pilihan bagi rakyat untuk perubahan demokrasi di Malaysia.

Kehadiran rakyat Malaysia daripada semua lapisan amat penting kepada survival demokrasi di Malaysia. Kegagalan kita pada hari ini untuk menuntut perubahan secara total demokrasi Malaysia akan menghantui generasi akan datang. Maka kesannya juga akan melahirkan rakyat Malaysia yang tidak lagi peduli kepada bangun dan jatuhnya sesebuah negara. Oleh itu bagaimana boleh diharapkan Malaysia hendak menjadi negara maju pada masa akan datang dan bagaimana generasi akan datang untuk membina sebuah tamadun ummah sejagat.

Kepada gerakan mahasiswa, ini adalah kesempatan terbaik anda untuk belajar bagaimana menggerakkan kebangkitan rakyat. Era kelesuan gerakan mahasiswa juga wajar diganti dengan era baru gerakan mahasiswa yang boleh menjadi jurubicara rakyat yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan. Penyertaan mahasiswa akan menyemarakkan lagi tuntutan perubahan kepada sistem demokrasi di Malaysia. Mahasiswa juga adalah sebahagian daripada rakyat Malaysia yang patut bangkit untuk menyatakan hak dan pendirian.

Salam keamanan ditujukan khas kepada pasukan keselamatan negara khususnya PDRM. Anda adalah benteng keselamatan rakyat Malaysia dalam negara. Perhimpunan 10 November adalah perhimpunan aman rakyat Malaysia. Professionalisme anda akan dihakimi dan disaksikan oleh masyarakat antarabangsa. Jika ada berlaku tangkapan oleh Polis di pihak rakyat Malaysia yang berhimpun secara aman imej professionalisme anda akan tercalar teruk. Malahan jika pihak polis berjaya mengawal dengan baik perhimpunan ini imej pasukan polis akan naik serta-merta pada pandangan rakyat yang mana ketika ini keyakinan rakyat terhadap polis jatuh merudum.


Salam persahabatan juga ditujukan khas kepada anggota pasukan tentera udara, darat dan laut. Undi pos yang selama ini menghantui hak kebebasan anda untuk memilih juga wajar dihapuskan. Sokongan padu daripada anggota keselamatan untuk menghapuskan undi pos amat penting agar hak anda sebagai warga keselamatan yang banyak berkorban kepada agama , bangsa dan negara dihargai sepenuhnya. Kebangkitan suara daripada pihak anggota keselamatn juga amat penting demi menjamin sistem demokrasi negara utuh da terjamin.

Salam barakah ditujukan khas kepada semua alim ulama, ustaz dan kiyai. Doa anda semoga semua peserta dan anggota keselamatan dilindungi daripada sebarang bahaya dan anasir-anasir yang merosakkan. Pimpinlah kami rakyat Malaysia semuanya ke jalan yang benar dan doakan kesejahteraan dan keamanan negara Malaysia . Mengambil iktibar apa yang berlaku di Mynmar di mana para sami sanggup menaruhkan nyawa untuk memimpin rakyat ke jalan raya terhadap ketidakadilan junta tentera wajar diperhatikan.



Salam bicara juga kepada semua barisan peguam-peguam di Malaysia. Keberanian anda berarak di Putrajaya telah membuka mata rakyat dan dunia antarabangsa. Malahan keberanian anda sekali lagi dituntut untuk menjadi pembela rakyat Malaysia dan suara demokrasi. Keberanian para peguam di Pakistan berhadapan kerajaan tentera amat mengujakan. Di Malaysia juga keberanian para peguam tidak pernah dipertikaikan malahan dipandang tinggi di mata rakyat Malaysia .


Semoga kedaulatan rakyat Malaysia dapat dikembalikan.

Siapa yang bermenantukan BERUK

Heboh panggilan beruk terhadap mereka yang akan berhimpun di jalan raya pada 10hb Nov 2007. Apabila dipersoalkan mengenai tindakan beliau sewaktu membantah kehadiran Condoleezza Rice’s di Malaysia, beliau menjawab mereka ada permit. Dengan itu membezakan antara beruk atau tidak beruk adalah permit polis dan bukan perkara – perkara lain. Namun sesuatu yang pasti ialah apabila sesuatu demonstrasi mahu dilakukan maka beberapa perkara seperti halangan jalan raya, tempat awam dan sebagainya perlu dikaji sebelum meluluskan permit.

Oleh itu permit polis mungkin di peroleh oleh Khairy Jamaluddin selaku Pemuda UMNO untuk berhimpun dan berarak di KLCC menuju ke kedutaan Amerika dan polis dapati perhimpunan itu tidak akan menghalang jalan raya atau mengganggu lalu lintas. Sebenarnya mungkin kenyataan Khairy bahawa dia ada “protection” seperti yang tertera pada kenyataan beliau dalam Akhbar The Star 03 November 2007 adalah alasan yang lebih konkrit untuk polis mengeluarkan permit.Apa pun alasan sebenarnya adalah sekiranya mahu membuat sebarang demonstrasi dan membolehkan untuk permit dikeluarkan adalah seperti berikut:

1. Demonstrasi itu MESTILAH tidak membantah sebarang dasar atau tindakan yang dibuat oleh kerajaan Malaysia.

2. Demonstrasi itu MESTILAH membantah perkara-perkara lain atau dasar negara lain.

3. Permit akan dikeluarkan biarpun melintasi jalan sesak dan mengganggu jalan raya sekiranya ia dipohon oleh Pemuda UMNO dan khususnya Khairy Jamaluddin.

4. Permit tidak akan dikeluarkan sekiranya ia dianjurkan oleh pembangkang atau NGO yang menyokong pembangkang.

5. Beruk tidak boleh memohon permit kecuali menyokong kerajaan dan sekiranya beruk menyokong kerajaan maka statusnya bukan lagi beruk tetapi jadi Pemuda UMNO.Mungkin inilah yang dikatakan demokrasi.

Mungkin inilah membuat kita tertanya-tanya siapa itu beruk dan siapa bukan. Mungkin yang dapat pisang itu beruk atau mungkin yang takut itu beruk? Entah satu persoalan yang agak sukar di Malaysia, menentukan siapa berok dan siapa yang mungkin bermenantukan beruk. Payah benar negara kita ini.



kiriman bekas Pemuda UMNO

Sambutan Deepavali & Perayaan Kaum Bukan Islam Dari Kaca Mata Yang Lain

November 10, 2007


Amalan “Kongsi Raya” yang telah diperkenalkan oleh kerajaan semenjak dahulu lagi telah menimbulkan cukup banyak kekeliruan dan kontroversi dalam masyarakat. Tentangan dan pandangan yang menolak amalan ini cukup dominan dari kalangan alim ulama’ khasnya yang berada di luar kerajaan manakala para cerdik pandai yang bekerja dengan kerajaan hanya diam membisu dan mengiyakan sahaja tindakan UMNO dan Barisan Nasional.Jika selalunya, kita sebagai ahli dalam salah sebuah parti dan harakah Islamiah ini akan menuruti semua pandangan dan pendapat daripada alim ulama’ kita sendiri. Dalam isu ini juga kita berterusan menempelak UMNO kerana melakukan perkara yang kita katakan sebagai melanggar syariat dan hukum Islam.Isu kongsi raya sememangnya bukan perkara baru dan telah pun banyak diperkatakan oleh kepimpinan parti kita. Namun, hari ini kita cuba untuk melihat isu ini dari sudut pandangan yang sedikit berbeza dengan harapan suatu anjakan paradigma yang lebih agresif dapat dilakukan atas kepentingan dakwah dan juga politik Islam di Malaysia yang kita cintai ini. Dalam penulisan ini, sebahagian kecil sahaja pandangan yang melarang dan mengharamkan sambutan hari raya bagi kaum lain akan ditampilkan manakala pandangan yang membenarkannya akan lebih diperbincangkan dengan serius.Beberapa Pandangan yang MelarangJawatankuasa Syariah Negeri Perak yang telah bersidang bagi kali ke-162 pada 19 Muharram 1425 bersamaan 11 Mac 2004 yang lalu telah mengeluarkan fatwa bahawa umat Islam adalah dilarang sama sekali menyertai sebarang perayaan agama lain, dalam apa jua bentuk yang dirayakan orang-orang bukan Islam di negeri ini.

Bergabung dalam perayaan orang bukan Islam adalah haram. Sebab hal itu termasuk sikap tolong menolong dalam perbuatan dosa dan pelanggaran. Padahal Allah telah berfirman:
"Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran." (Al-Maidah:2).Ibnul-Qayyim di dalam bukunya yang bertajuk Ahkamu Ahlidz-Dzimmah, 1/205 menyebut bahawa:


"Menyampaikan ucapan selamat terhadap syiar-syiar kekufuran yang bersifat khusus adalah haram menurut kesepakatan ulama, seperti ucapan saat perayaan atau puasa mereka: "Selamat atas hari rayamu, semoga diberkati", ataupun ucapan-ucapan lain yang senada meskipun yang mengucapkannya bisa selamat dari kekufuran, tetap saja hal itu merupakan sesuatu yang diharamkan. Ini setaraf dengan ucapan selamat atas sujud mereka kepada salib, dan masih banyak hal lain yang menyangkut masalah agama."

Fatwa MUI (Majlis Ulema Indonesia yang dipengerusikan oleh Bung Hamka) pada tarikh 7 Mac 1981 juga telah mengeluarkan fatwa HARAM umat Islam Indonesia merayakan bersama perayaan Hari Krismas atau Natal kerana perayaan itu adalah ibadah dan bercanggah dengan aqidah umat Islam. Yang jelas haram menurut Prof Hamka dan Majlis Ulema Indonesia ialah kita turut serta merayakan perayaan sambutan yang ada unsur ibadah dan akidah secara redha dan bertambah haramlah jika kita menyambutnya di tempat yang dianggap rumah peribadatannya.Muhammad Saleh al-Munajjid, seorang ulama dan ahli Majlis Fatwa Kerajaan Arab Saudi. Beliau berpendapat hukum mengucap tahniah kepada bukan Islam pada hari-hari kebesaran mereka seperti Hari Krismas dan sebagainya adalah haram dan bertentangan asas-asas akidah Islam. Alasan beliau kerana hari perayaan agama kaum bukan Islam pada hakikatnya adalah syiar agama mereka. Umat Islam disuruh supaya tidak meniru syiar dan budaya kaum bukan Islam. Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Barangsiapa meniru syiar sesuatu kaum (bukan Islam), maka ia daripada golongan mereka - (riwayat Abu Dawud bilangan 4031. Musnad Ahmad Ibn Hanbal, bilangan 5093).Melihat Dengan Kacamata Lain Dan Keperluan Semasa GerakanSebenarnya hubungan antara muslim dengan bukan muslim ialah di atas dasar ta'aruf (perkenalan); ta'awon (tolong-menolong), birr (kebaikan), dan adil; Dalil: al Hujurat:13; Mumtahinah:8Islam juga menggalakkan kita berhubung di atas dasar musalamah (perdamaian); mu'asyarah (pergaulan mesra); mu'amalah bil husna (bermasyarakat secara baik); tabadulul maslahah (win-win relationship); dan ta'awon (bekerjasama di atas kebaikan). (Ruj: Sayyid Sabiq: Fiqh Sunnah, Vol2)Nabi Muhammad S.A.W juga pernah berhubung dan berkomunikasi dengan golongan bukan Islam. Sirah telah melakarkan bahawa baginda pernah meminta bantuan militeri terhadap bukan Islam, pernah memberi kepada bukan Islam harta rampasan perang (ghanimah), pernah berperang bersama dengan orang bukan Islam (Safwan Umaiyah dalam perang Hunain), baginda bertukar-tukar hadiah dengan bukan Islam, Rasulullah memenuhi undangan bukan Islam, pernah berkahwin dengan perempuan mereka (kaum Qibti) dan Rasulullah S.A.W juga bangun menghormati jenazah bukan Islam (ruj: Qardhawi: halal dan haram). Berdasarkan perkara di atas, marilah kita cuba memperhalusi isu ini mengikut keperluan semasa dakwah dan juga politik Islam kita. Hari ini kita semua hidup dalam suasana masyarakat yang terlalu majmuk dengan adanya orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Murut, Kedayan, Sakai, Serani dan sebagainya yang tidak mahu saya tuliskan semuanya di sini. Dan, mereka ini juga menganuti dan mengamalkan ajaran masing-masing yang banyak antaranya adalah bertentangan dengan Islam itu sendiri.Lantas, sebagai sebuah gerakan Islam yang dinamik dan berkomitmen tinggi dalam meninggikan syariat Allah di muka bumi ini, kita haruslah lebih bijak dalam menangani perhubungan dan persefahaman antara kaum yang ada di negara ini.Kepimpinan Kita Perlu

Menunjukkan Sifat Toleransi

Kedudukan hukum akan berubah apabila melibatkan pemimpin negara dan juga pemimpin masyarakat. Bagaimana mungkin apabila tiba musim perayaan bagi orang Islam, maka cuti dan juga pelbagai acara diatur bagi memeriah dan menghidupkannnya. Sedangkan apabila tiba musim perayaan agama dan kaum lain, mereka dibiarkan begitu sahaja. Sudah pasti akan timbul fitnah dan rasa kurang senang (baca: tidak puas hati) kepada kerajaan yang memerintah. Bukanlah maksudnya kerajaan Islam perlu mengadakan perayaan yang bersifat besar seperti perayaan kita, tetapi tadbirlah ia dengan seadil dan selayaknya.Apabila ada unsur kejiranan, umpamanya teman sepejabat yang mengadakan rumah terbuka dan menjemput kita, maka haruslah kita juga melihatnya sebagai suatu peluang untuk mendekati mereka dan seterusnya menyampaikan dakwah kepada keluarga mereka. Fitnah akan timbul jika si muslim tidak mengunjungi jirannya sempena hari perayaan mereka. Ini semua perlu diambil kira apabila ia masuk bab maslahat dan menolak mudharat.

Syarat mengunjungi perayaan rumah terbuka ini ialah kita kena menjaga hati supaya tidak redha dengan kekufuran agama mereka. Jadi hukum umat Islam mengunjungi perayaan tidaklah sama untuk semua orang dan untuk semua perayaan; ia berubah mengikut jenis perayaan itu.Dalam surah An Nisaa ayat ke-36 dijelaskan maksudnya:"Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apapun. Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh....".
Maksud tetangga yang dekat iaitu tempat tinggalnya berdekatan ataupun tetangga yang masih ada hubungan kerabat atau nasab ataupun sama-sama beragama Islam. Sedangkan tetangga jauh maksudnya adalah tetangga yang tidak mempunyai hubungan kerabat, jauh tempatnya atau berlainan nasab mahupun agama. Jadi dengan tegas Allah menyuruh kita menghormati tetangga baik sesama muslim mahupun yang bukan muslim (kafir).


Dalam hadis yang diriwayatkan Al Bazza sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:"Tetangga itu ada tiga macam. Tetangga yang mempunyai satu hak iaitu tetangga yang terdekat haknya. Tetangga yang mempunyai dua hak dan tetangga yang mempunyai tiga hak iaitu tetangga yang paling utama haknya. Tetangga yang mempunyai satu hak adalah tetangga musyrik yang bukan kerabatnya. Ia hanya mempunyai hak sebagai tetangga. Tetangga yang mempunyai dua hak adalah tetangga muslim iaitu yang mempunyai hak sebagai orang Islam dan hak sebagai tetangga. Sedangkan yang mempunyai tiga hak adalah tetangga muslim yang masih ada hubungan keluarga, dia mempunyai hak sebagai tetangga, hak sebagai orang Islam dan hak sebagai keluarga".Menurut Imam Al Qurthubi;"Berbuat baik kepada tetangga adalah perkara yang diperintahkan dan dianjurkan, baik terhadap orang muslim ataupun kafir. Berbuat baik itu ertinya memberikan pertolongan, bergaul dengan baik, membelanya jika ada gangguan dan ancaman".
Bahkan dalam hadis Rasulullah juga ditegaskan tidak beriman seseorang itu jika ia mengganggu tetangganya. Begitu indah ajaran Islam dalam menjalinkan hubungan antara sesama manusia di dunia ini. Tidak kiralah apakah mereka tergolong orang-orang muslim ataupun orang-orang kafir.
Begitu jelas bahawa ajaran Islam menghormati dan menghargai setiap insan, maka tidak benar anggapan yang mengatakan bahawa Islam tidak menghormati hak orang yang bukan Islam.
Sesungguhnya umat Islam dibolehkan untuk bekerjasama dan bergaul dengan umat agama lain dalam masalah-masalah yang berhubungan dengan masalah keduniaan. (Sila rujuk surah Al Hujarat ayat 13, Surah Luqman ayat 15 dan surah al-Mumtahanah, ayat 8)Bagaimana dengan ucapan sempena perayaan mereka?Dr. Abdul Hayei bin Abdul Sukor menyebut bahawa;“mengucap tahniah kepada kaum bukan Islam sempena hari-hari kebesaran agama mereka seperti hari Krismas, Deepavali, Thaipusam dan sebagainya, termasuk antara masalah furu' (cabang) dalam akidah Islam yang diperselisihkan antara ulama pada zaman ini. Perselisihan pendapat antara ulama mengenai hukum itu, pada hemat saya berpunca daripada tasawwur yang kurang jelas terhadap maksud ucapan selamat hari-hari kebesaran kaum Islam yang dikemukakan itu. Jika maksud pengucapan itu adalah ikut serta berhari raya, merelai kekufuran kaum bukan Islam dan berkasih sayang dengan mereka atas nama agama, maka sememangnya haram dan sama sekali tidak boleh dilakukan”.Namun, sebenarnya, jika maksud ucapan selamat hari-hari kebesaran kaum bukan Islam itu tidak lebih daripada hanya ikut bercuti pada hari itu, dan juga dengan niat untuk membalas ucapan selamat Hari Raya yang diucapkan terdahulu, atau hanya memperlihatkan rasa senang dan gembira hati dengan berkongsi kegembiraan mereka berhari raya, maka beliau berpendapat pengucapan seumpama ini tidak termasuk dalam hal-hal akidah yang sekali gus menunjukkan rela hati terhadap agama dan kepercayaan mereka.
Khusus bagi kaum kafir yang tidak memusuhi Islam, telah disebutkan dalam perenggan yang sebelumnya yang mana Allah S.W.T berfirman dalam surah al-Mumtahanah, ayat 8 iaitu Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu.Kita juga perlu mengambil kira hubungan kemanusiaan dalam isu ini, seperti mana bidang-bidang kemanusiaan lain, kita tidak dilarang mengadakan hubungan baik dengan bukan Islam. Hubungan yang langsung terputus dengan sendirinya tidak memberi laluan kepada pendakwah untuk menyatakan kebaikan Islam kepada mereka, sedangkan agama ini adalah agama dakwah, agama damai dan selamat. Perang hanya berlaku apabila dakwah ditolak, jalan-jalan damai tidak wujud lagi kepada pendakwah tegas Dr. Abdul Hayei.


Perbuatan seperti memasang lampu warna-warni di keliling rumah, menghias rumah dengan pokok Krismas, menyertai perarakan Hari Deepavali dan lain-lain adalah jelas keharamannya kerana amalan ini ada hubungan terus dengan akidah. Akan tetapi, jika mereka dengan sudi telah menghulurkan makanan pada hari itu dan kita terimanya dengan baik hati, serta mengucapkan terima kasih kerana hadiah yang diberi mereka, maka tidak ada sebab untuk kita menolaknya kerana mereka mungkin akan terasa hati dan fitnah akan timbul ke atas kita iaitu tidak meraikan perpaduan nasional dan juga bersifat toleransi.Pandangan Ulama Terkemuka Yang LainDr. Yusuf al-Qaradawi pula berpendapat: Jika kaum bukan Islam memulakan ucapan selamat Hari Raya mereka kepada kita, maka kita juga harus membalas ucapan yang serupa kepada mereka, kerana ini tidak lebih daripada hanya mewujudkan rasa simpati antara satu sama lain. Ia tidak bermakna bahawa kita telah merelakan agama dan kepercayaan terhadap Isa Maryam sebagai Tuhan dan lain-lain pemujaan. Al-Qaradawi memberi beberapa alasan, antaranya: Islam tidak melarang kita berbuat baik terhadap ahli kitab yang tidak bermusuh dengan kita. Kita harus berbuat baik kepada mereka, sebagaimana mereka berbuat baik kepada kita.
Ayat 8 dalam surah al-Mumtahanah yang dikemukakan terdahulu dijadikan hujah. Menurut al-Qaradawi lagi, bidang-bidang kerjasama antara Islam dan bukan Islam seperti bidang teknikal, ketukangan dan lain-lain masih terbuka. Bahkan Nabi s.a.w. pernah menggunakan kepakaran seorang Yahudi bernama Abdullah Ibn Urayqit sebagai penunjuk jalan ketika baginda berhijrah ke Madinah.


Peranan Abdullah ini sangat besar, ada kemungkinan jika dia berniat jahat pada ketika itu, kesannya boleh menggagalkan strategi hijrah atau jika dia mengambil kesempatan menipu, maka sudah pasti kesannya sangat buruk kepada Islam dan dakwah, namun baginda tetap menggunakan juga khidmat kepakaran Yahudi yang bukan Islam itu.
Sebagai kesimpulan, Dr. Yusuf al-Qaradawi berpendapat harus bagi kita mengucapkan tahniah dan selamat Hari Raya seperti hari Krismas kepada kaum bukan Islam pada hari-hari kebesaran mereka, kerana Islam tidak menutup hubungan antara dua kaum yang berlainan agama dan kepercayaan ini.KesimpulanDalam era baru gerakan Islam di Malaysia, adalah menjadi keperluan kepada kita untuk memahami suasana masyarakat yang terlalu variasi agama dan kepercayaannya. Memang menjadi hasrat kita untuk memupuk perpaduan antara kaum dan agama, namun tidaklah bermakna kita harus menafikan bahawa wujud perbezaan-perbezaan mutlak antara agama.


Sebaliknya, dengan kita lebih memahami perbezaan inilah maka kita akan lebih hormat-menghormati antara satu sama lain dan kita akan lebih berjaya mendekati mereka seterusnya menyampaikan dakwah Islam dengan lebih berkesan.Tidak boleh dinafikan lagi bahawa perayaan-perayaan besar yang ada di negara kita ini adalah merupakan perayaan-perayaan yang bersifat agama. Perayaan mereka melambangkan anutan mereka. Apa yang harus kita fahami adalah kita sama-sama meraikan perayaan itu bukan kerana “sebab” perayaan itu berlangsung, tetapi yang kita kongsi ialah kegembiraan.
Oleh sebab itu, apabila satu pihak mengucapkan selamat dan tahniah kepada pihak yang lain yang dimaksudkan ialah kegembiraan itu, bukan sebabnya. Sekiranya ini difahami dengan baik tidak akan timbul sebarang keraguan atau perasaan yang bukan-bukan.Wallahu’alam.Khairul Faizi Bin Ahmad KamilPengerusi Lajnah Perpaduan NasionalDewan Pemuda PAS Pusat
http://minda-kembara.blogpsot.com/6 November 2007

Semasa

Hiburan

Sukan

 

© Copyright Kerabu Bersuara 2007 -2013 | Design by Kerabu Bersuara | Published by Kerabu Bersuara Group | Powered by Blogger.com.