amid lebar punya keja

Polis mungkin akan menempatkan lebih ramai anggotanya pada pilihan raya kecil Permatang Pauh, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamid Albar.

Beliau berkata ini kerana pilihan raya kecil itu dijangka panas dan menarik memandangkan ia melibatkan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kita jangkakan ia menarik dan panaslah. Tapi kami harap tiada kejadian tidak diigini berlaku.

"Polis akan memastikan pilihan raya kecil ini berjalan lancar," katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas kerja bertajuk "Kepimpinan Perkhidmatan Awam: Paradoks Kuasa dan Sifat" di Intan di sini hari ini. - MStar
Baju seragam atau reman? Jaga atau provok? Korang akan dengar banyak berita pukul, pecah cermin kereta dan media sudah pasti mengeluarkan berita yang memihak kepada BN. Bukan ape? Tapi .... nak tunjuk UMNO itu lebih sopan dari PKR.

Dari Hamid hantar polis ke Permatang Pauh, lebih baik polis di hantar ke mesyuarat cawangan Hamid sendiri. Kalau tidak .... Gaduh, dipukul dan rasuah politik cemari mesyuarat Umno

No comments

Powered by Blogger.