Anwar dapat waran tangkap Hari Ini
Baru sebentar tadi dapat maklumat dari teman-teman PKR. Polis dah dapat waran untuk tangkap Anwar bagi persedian perbicaraan kes liwat yang dipertuduhkan ke atas beliau. Berita ini telah mulai tersebar sejak pagi tadi.
Kina pimpinan dan penyokong PKR mulai berkumpul di rumah Anwar. Ini adalah satu lagi provokasi yang cuba ditimbulkan bagi memastikan Anwar tidak dapat bertanding di Permatang Pauh.
Ada dua perkara yang boleh di andaikan dalam perkara ini. Sekiranya maklumat ini salah, itu mungkin taktik untuk membuatkan Anwar dan penyokongnya tertekan hingga mencetuskan kemarahan mereka. Isu ini sekaligus akan dicucuk lagi dengan peranan beberapa SB yang pastinya sudah dihantar untuk bersama-sama menyertai penyokong Anwar.
Mereka ini akan membakar api kemarahan dan provok para penyokong untuk bertindak agreasif. Ini juga akan membuka ruang dan alasan bagi pihak Kerajaan BN mengeluarkan perintah tahanan ISA pada Anwar dengan alasan menjaga keselamatan negara.
Andaianya kedua. Kiranya maklumat ini benar, maka Anwar akan dilokap bagi memastikan gerakan dan usaha kempen beliau mati atau menjadi perlahan kerana tertumpun pada usaha membebaskan beliau. Ini juga sekaligus akan menjejaskan kosentrasi pemimpin dan penyokong PKR dalam persedian di Permatang Pauh.
Apa jua yang berlaku, rakyat terbanyak akan memberikan perhatian pada Anwar. Situasi sekarang pastinya tidak memihak kepada BN. Kebanyakkan pemimpin BN mengakui bahawa Anwar punyai peluang yang besar untuk menang di Permatang Pauh. Mereka tiada pilihan.
Bagi mereka, biarlah Anwar menang. Tapi itu tidak bermakna dia akan jejak kaki di Parlimen. Tempatnya haruslah di Penjara sebagaimana pemimpin Hindraf yang menang pada Pilihanraya lalu. Jika inilah yang difikirkan mereka. Maka itu adalah suatu penganiayaan.
Pertuduhan liwat ke atas Anwar masih lagi berjalan. Hingga kini tiada sebarang perbicaraan rasmi dilakukan. Tetapi Kerajaan BN seolah-oleh telah sepakat untuk memastikan rakyat melihat Anwar bersalah. Prinsip "tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah" telah diletak ketepi.
Ketakutan yang amat membuatkan BN semakin kalut dan mereka tetap akan melakukan rencana jahat bagi memastikan Anwar tidak jejak kaki ke Parlimen.
Bersamalah kita berdoa agar Allah tunjukan kebenaran dan mengangkat orang-orang yang benar itu ditempat yang haq.





(1).png)

No comments
Post a Comment