barang dalam tangan polis pun hilang....kan nama bodoh polis

JOHOR BAHRU: Usaha mendapatkan ulasan mengenai kehilangan bahan bukti kes dadah bernilai RM1 juta dari bilik bahan bukti Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor hari ini gagal apabila Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Sharif mengelakkan diri dari pihak media.

Bertindak atas maklumat yang menyatakan Mokhtar sedang menghadiri satu mesyuarat, seramai lebih kurang lapan wakil media di sini berkumpul di pekarangan IPK Johor kira-kira jam 10 pagi.

Mereka bagaimanapun kecewa apabila diberitahu Mokhtar tidak ada di situ sebaliknya melawat Ibu Pejabat Polis Dearah Kota Tinggi.

Timbalan Mokhtar, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah yang ditemui enggan memberikan ulasan sebaliknya memberitahu media agar berjumpa dengan Mokhtar sendiri.

Pihak media kemudiannya ke ke IPD Kota Tinggi jam 11 pagi untuk mendapatkan Mokhtar.

Mereka kemudiannya bertembung dengan kereta yang dinaiki Mokhtar di taman perumahan Polis Kota Tinggi namun menyedari kehadiran media, pemandu kereta yang diiringi oleh tiga anggota trafik dan dua kereta peronda terus memecut ke arah bandar raya ini.

Pihak media yang kemudiannya sampai ke IPK Johor jam 2 petang gagal sekali lagi untuk berjumpa dengan Mokhtar dan akhirnya bersurai sejam kemudian.

Hari ini, tiga akhbar Media Prima - New Straits Times, Harian Metro dan Berita Harian - melaporkan berita kehilangan sebahagian dadah rampasan jenis syabu dari bilik bahan bukti itu minggu lalu yang dianggarkan bernilai kira-kira RM1 juta yang menjadi bahan bukti kes rampasan dadah bernilai RM48 juta Mac lalu.

Akhbar berkenaan melaporkan seorang pegawai bertugas mendapati mangga bilik berkenaan telah dirosakkan dengan asid.

Laporan juga menyebut satu laporan polis dibuat di Balai Polis Sentral di mana 60 orang pegawai dan anggota yang ditugaskan menjaga bilik berkenaan diarahkan menjalani ujian air kencing untuk mengenalpasti sama ada mereka terbabit dalam kehilangan dadah itu.

Hasilnya seorang pegawai ditahan Sabtu lalu setelah gagal ujian berkenaan. - Bernama

No comments

Powered by Blogger.