Bertukarlah Kepada Pakatan Rakyat

.Politik UMNO Ketandusan Kematangan

Muhyiddin nampaknya sudah tarik brek tangan. Najib nampaknya seolah-olah merelakan peralihan kuasa 2010. Mukhriz mungkin terbantut untuk mendapat pencalunan. Kini seolah-olah tinggal Ku Li untuk membawa perubahan.

Peristiwa-peristiwa terbaru ini hanya menunjukkan politik UMNO yang tidak bertambah matang. Walaupun keputusan PRU12 yang mengecewakan dan kemarahan akarumbi dengan pucuk kepimpinan UMNO, akhirnya UMNO masih tetap begitu juga.

Abdullah menghadapi krisis keyakinan yang sangat teruk dengan bancian Merdeka Centre menunjukan peratusan keyakinan Abdullah menjunam dari 60 lebih peratus (terendah) sebelum PRU ke 28 peratus (terendah baru). Seteru utama UMNO, Anwar Ibrahim menunggu hari untuk menjelma di Parlimen, walaupun menghadapi tuduhan liwat sekali lagi.

Itu pun tidak boleh mengejutkan UMNO untuk berubah menjadi matang dan berobjektif dalam politik. Mereka masih tidak mahu menerima kenyataan dan leka dengan amalan politik yang bermoral rendah.

Jika perjungan politik UMNO tidak sedar dan mahu kembali kepada asas moral, berpendirian dan berperjuangan, ia menjemput ajal untuk datang segera.

Akhirnya ,Bertukarlah semua kepada Pakatan Rakyat.Kita Makmurkan Malaysia kita ini dengan Kebaikan, Kedamaian Dan Ketenangan demi masa depan anak-anak kita semua.

No comments

Powered by Blogger.