Dakwaan Anwar ditahan hanya khabar angin - Sivarasa

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Hrkh) - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), R.Sivarasa berkata, bahawa laporan menyatakan Ketua Umum KeADILan akan ditahan hari ini hanyalah 'khabar angin'.
Iklan




Peguam Anwar, Sivarasa Rasiah yang keluar dari rumah Anwar menyatakan bahawa setakat ini tiada waran tangkap diserahkan kepada anak guamnya.

"Apa-apa pun Anwar bersedia ditahan" katanya kepada pemberita yang menyerbu beliau sebaik keluar dari rumah Anwar.

Kira-kira 50 wartawan dan jurugambar dari dalam dan luar negara berkumpul di hadapan rumah Anwar Ibrahim sejak jam 3.00 petang tadi sebaik sahaja tersebar maklumat dakwaan Anwar akan ditahan.

Sehingga jam 5.30 petang tadi mereka terus menanti sebarang kemungkinan Anwar ditahan kerana menurut sumber, kononnya arahan penahanan dikeluarkan.

Namun sehingga berita ini ditulis, polis masih belum kelihatan datang ke rumah Anwar bagi menahan beliau.

Sebelum ini polis dilaporkan telah menyerahkan kertas siasatan dakwaan liwat ke atas bekas pembantu Anwar, Saiful Bukhari Azlan kepada pejabat Peguam Negara.

Siasatan itu dibuat berikutan satu laporan polis yang dibuat Saiful Bukhari pada 28 Jun lalu yang mendakwa majikannya meliwat beliau beberapa kali.

Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar pada 31 Julai lalu mengesahkan bahawa siasatan kes liwat Anwar telah disiapkan dan kertas siasatannya itu telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.

Ujar Syed Hamid, terpulang kepada jabatan itu sama ada untuk meneruskan pendakwaan atau sebaliknya terhadap Anwar. - mks. _

No comments

Powered by Blogger.