Dato Mazlan Dan Rombongan Membuat Laporan BPR Ke Atas Pak Lah

Dato’ Mazlan Membuat Laporan BPR Keatas Pak Lah

Venue : Pejabat BPR, Rumah Persekutuan, Kuala

Satu laporan Biro Pencegah Rasuah (BPR) telah dibuat terhadap Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi oleh Dato Mazlan Harun, bekas ADUN Sg Way pagi ini berkaitan surat Kaptan (Bersara) Dato Zahar Hashim, Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan.

Surat yang bertarikh 11hb Julai 2008 itu mendedahkan salahguna kuasa pemilihan dan rasuah yang berlaku dalam pemilihan UMNO oleh Presiden UMNO, Dato Seri Abdullah sendiri.

Saya difahamkan bahawa beberapa cawangan Muar juga akan membuat laporan yang serupa dalam masa terdekat di cawangan BPR yang berdekatan tempat mereka . ..Gambar Dan Ulasan Dari Minaq Jinggo

Malaysianinsider melaporkan veteran UMNO Selangor Datok Mazlan Harun telah membuat laporan BPR keatas Perdana Menteri DSAAB dan Timbalannya DSNTR diatas tuduhan penyalahgunaan kuasa. Laporan itu dipercayai dilakukan berdasarkan surat yang dihantar oleh Ketua UMNO Petaling Jaya Selatan kepada Setiausaha Agung UMNO. Klik pautan ini untuk bacaan surat tersebut.

Mazlan dipetik sebagai berkata, tujuan beliau berbuat demikian adalah untuk mengelak mereka yang berkuasa dari menyalah gunakan kuasa mereka semasa pemilihan pucuk pimpinan UMNO.

Ujarnya lagi, semua rakyat Malaysia meingini pilihanraya yang adil dan saksama, bukan hanya ahli UMNO sahaja. …nmjnh.wordpress.com

No comments

Powered by Blogger.