insafah pak lah


ABDULLAH Ahmad Badawi membaca surah Yasin pada majlis tahlil Allahyarham Datin Seri Endon Mahmood di Wisma Penyayang, Seri Kembangan, Selangor, semalam.


Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghadiri majlis tahlil untuk arwah isterinya, Allahyarham Datin Seri Endon Mahmood di Wisma Yayasan Budi Penyayang (Penyayang), Seri Kembangan, Selangor, semalam.

Majlis itu diadakan sempena sambutan Hari Pengasas Penyayang yang diadakan pada setiap 2 Ogos bermula tahun 2000.

Kira-kira 200 tetamu yang terdiri daripada sanak-saudara Allahyarham Endon, Ahli Lembaga Pengarah Penyayang, wakil-wakil pertubuhan kebajikan dan penggiat industri batik dan songket menyertai majlis tahlil itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Penyayang, Datuk Leela Mohd. Ali berkata, majlis itu adalah untuk memperingati perjuangan Allahyarham yang menubuhkan Penyayang, lapan tahun lalu.

No comments

Powered by Blogger.