Kaptan Zahar Bersuara!

Kaptan (Bersara) Dato Zahar Hashim, Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan menyuarakan bangkangan menuntut Tataetika UMNO versi 2008 yang dikeluarkan oleh Ibupejabat UMNO pada 10hb Julai 2008 ditunda penguatkuasaan.

Dalam surat pekeliling bertarikh Julai 11hb, 2008, beliau menyatakan Pak Lah dan Dato Najib sendiri menyalahi Tataetika tersebut dengan secara terang-terang berkempen. Disamping itu, beliau menyelar peralihan kuasa sebagai rasuah "of the highest order" yang hanya untuk menguntungkan politik Pak Lah dan sedikit sebanyak Najib.

Baca surat tersebut berikut:




Sementara, seorang lagi barbarian sedang menunggu memasuk pintu pagar Parlimen melalui Permatang Pauh. Beliau perlu mendapatkan pentas untuk bersuara tanpa halangan bagi menyelamatkan dirinya dari tuduhan liwat. Rancangan September 13hb terpaksa dibawa ke hadapan.

Wakil kuasa barat ini begitu banyak kelemahan dan kesalahan-kesalahan. Malangnya, UMNO terlalu lemah dan tak bermaya di bawah Pak Lah untuk menentang kemaraan Anwar. Masaalahnya di dalam UMNO sudah dipenuhi dengan seorang barbarian dan kuncu-kuncunya yang sudah mengatur rancang dari dalam.
http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2008/08/kaptan-zahar-bersuara.html

No comments

Powered by Blogger.