pak lah populariti menurun......dia cakap biase la tu....haha

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak mengambil berat bahawa popularitinya sebagai perdana menteri telah merosot dalam tempoh empat tahun seperti tinjauan Merdeka Center.

"Saya? Adakah Merdeka Center menulis dengan betul?" katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas tinjauan itu yang mendapati beliau mendapat 42 peratus sokongan sahaja bulan lepas berbanding 91 peratus pada penghunung 2004 (lihat carta).

bm version approval for pm pak lah plunges merdeka center survey 010808Sebelum itu, Abdullah yang juga presiden Umno merasmikan program 'Wanita Bersama Pemimpin' anjuran pergerakan Wanita Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Tambahnya, kejatuhan populariti satu "perkara biasa" bagi semua ahli politik.

"Ini yang terjadi kepada ahli politik di mana-mana sahaja," kata Abdullah.

Dalam ucapan perasmiannya, Abdullah meminta anggota Wanita Umno supaya tidak berbalah sesama sendiri, sebaliknya meneruskan amalan muafakat untuk mengukuhkan parti.

"Perbalahan akan menyebabkan berlaku keruntuhan, dan kita semua akan kehilangan apa yang kita ada. Muafakat dan kerjasama adalah pendekatan penting untuk capai kejayaan."

"Walaupun kedudukan kita bukan (mendapat mandat) dua pertiga tetapi kita masih mempunyai kekuatan.

"Jangan sesiapa anggap mereka boleh curi orang kita untuk tambah kekuatan mereka," katanya, dipercayai mengulas usaha PKR mendapatkan ahli-ahli parlimen BN agar melompat kepada Pakatan Rakyat.

Abdullah turut memberikan penghargaan kepada pergerakan Wanita dan menganggapnya sebagai tulang belakang Umno.

Beliau berkata, pada saat genting dan parti nampak terancam, Wanita Umno sebagai pergerakan yang cemerlang kerana meneruskan perjuangan parti.

"Dalam sejarah sebelum merdeka, golongan wanita sanggup melakukan apa sahaja untuk membantu kerajaan mencapai kemerdekaan," katanya.

Beliau berkata, sebagai pergerakan yang sudah matang, persengketaan dalam pergerakan itu dan parti tidak perlu berlaku.

Pada majlis itu beliau juga melancarkan laman web, wanitaumno2U.

Ketika ditanya media mengenai politik wang, Abdullah berkata, perjalanan mesyuarat cawangan dan bahagian diawasi oleh ibu pejabat parti.

Mengenai komen mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap dirinya, perdana menteri berkata "Tun nak cakap, cakaplah."

No comments

Powered by Blogger.