Terkini! Laporan BPR Terhadap Abdullah Esok


Satu laporan Biro Pencegah Rasuah (BPR) akan dibuat terhadap Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi oleh Dato Mazlan Harun esok, Selasa Ogos 5hb, 2008 berkaitan surat Kaptan (Bersara) Dato Zahar Hashim, Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan.

Surat yang bertarikh 11hb Julai 2008 (yang disiarakan semalam di blog ini) itu mendedahkan salahguna kuasa pemilihan dan rasuah yang berlaku dalam pemilihan UMNO oleh Presiden UMNO, Dato Seri Abdullah sendiri.

Laporan itu akan dibuat pada pukul 9:30 pagi. Mereka-mereka yang pergi bersama-sama untuk membuat laporan polis ini akan berkumpul di Dataran Merdeka pada pukul 9 pagi esok.

Difahami bahawa beberapa orang veteran UMNO yang merupakan ahli-ahli MUBARAK akan turut serta memberi sokongan moral kepada laporan BPR ini.

No comments

Powered by Blogger.