Tindakan boikot Permatang Pauh rugikan Umno, BN

PUTRAJAYA: Tindakan memboikot pilihan raya kecil kawasan Parlimen Permatang Pauh hanya akan merugikan Umno dan Barisan Nasional (BN), kata Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, BN mesti bertanding pilihan raya kecil itu bagi menjamin kebajikan rakyat di kawasan berkenaan walaupun ia akan membabitkan kos pengendalian yang tinggi.

"Umno mesti bertanding dan selaku ahli kita hendaklah menyerahkan kepada kepimpinan tertinggi parti untuk menentukan calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil itu," katanya selepas majlis perhimpunan bulanan kementeriannya di sini, pagi tadi.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Tan Sri Annuar Musa, supaya parti itu memboikot pilihan raya kecil kawasan Parlimen Permatang Pauh.

Mengenai persiapan polis untuk pilihan raya kecil itu, Syed Hamid berkata bilangan anggota yang akan ditempatkan di kawasan itu cukup untuk memastikan proses pemilihan berjalan lancar.

1 comment

mohad said...

salam... apa khabar...

Powered by Blogger.