UMNO Kena Pikir 1000 X

Pilihan Raya Kecil P-44 Permatang Pauh, akan mencatat sejarah tersendiri. Pertama kali, dalam tempoh 50 tahun, UMNO benar-benar berada dalam dilema. Walaupun sebagai parti yang memerintah, UMNO berada pada kedudukan “underdog“

Apa pilihan yang ada pada UMNO?

1. Tarik Diri

Kalau mengikut kenyataan akhbar Timbalan Menteri Kesihatan dan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, dan yang lain-lain juga dalam dua hari ini, adalah wajar UMNO menarik diri sahaja.

Dengan menarik diri, tidak bermakna UMNO kalah, tetapi boleh bagi alasan untuk menjimatkan wang rakyat

Dengan itu juga, seluruh SEMANGAT, CITA-CITA, KEMAHUAN, HASRAT rakyat Malaysia untuk menjatuhkan UMNO tidak sempat disatukan, kerana dikhuatiri nanti, bukan saja Putrajaya yang jatuh, lebih malang parti keramat orang-orang Melayu, UMNO ini juga turut berkubur.

Jangan sekali kali memandang remeh atau merendah-rendahkan cita-cita tinggi rakyat Malaysia, hari ini, untuk menjatuhkan kerajaan UMNO/BN.

Semangat itu sudah meluap-luap dan sudah mendidih serta tidak dapat dikawal lagi. Hanya menunggu masa,saat dan ketikanya sahaja. InsyaAllah

Rakyat Malaysia sudah tidak sanggup menunggu 50 tahun lagi

2. Bertanding

Negara kita amal sistem demokrasi, dengan itu sesiapa saja boleh masuk bertanding

Sekiranya Menang

Mustahil bagi UMNO akan menang, kecuali dengan menipu, kerana sudah menjadi tradisinya menipu dalam semua pilihanraya yang lepas. Kaedah penipuan ni, macam-macam, mungkin dengan menolak kertas pencalonan DSAI, mungkin dengan menggunakan pengundi-pengundi hantu dan lain-lain.

Sekiranya Kalah

Sudah tentu UMNO akan kalah, bukan bermaksud untuk melawan ketentuan takdir Ilahi, UMNO akan kalah.

Sekiranya UMNO kalah dengan majoriti yang lebih besar, bermakna Putrajaya akan jatuh dengan lebih cepat, rasanya tak sempat 16 hb, kerana ini mendorong bukan setakat 32 [ ada yang kata 43 ] ahli-ahli Parlimen yang akan berhijrah, malah lebih ramai lagi.

Melalui projek Liwat 1, DNA dan Cara tangkapan ke atas DSAI, iaitu isu-isu yang spesifik ini sahaja ;-

  • UMNO telah berjaya mengumpul KEMARAHAN rakyat Malaysia
  • UMNO juga telah berjaya mencipta MOMENTUM dan minat rakyat Malaysia untuk menolaknya bila-bila masa
  • UMNO juga telah berjaya MENYATUPADUKAN rakyat Malaysia bagi menentangnya
  • UMNO juga telah berjaya MENARIK SIMPATI rakyat Malaysia kepada DSAI.


Sekiranya kalah, tapi dengan majoriti yang lebih kecil, rasanya ini pun agak sukar untuk dicapai.

Seluruh kekuatan Pakatan Rakyat akan disalurkan, bagi menghadapi UMNO/BN yang sudah sangat lemah dan tidak bermaya ini, setelah tewas teruk dalam PRU-12, digabung dengan 1001 isu-isu lain, tidak memungkinkan atau sangat tipis kemungkinan untuk mengurangkan majoriti di bawah 13, 398.

Ini ditambah dengan semua strategi UMNO/BN sudah dapat dihidu lebih awal

DSAI, PKR dan Pakatan Rakyat serta rakyat Malysia memerlukan majoriti yang lebih besar, bagi menjustifikasikan Putrajaya selamat ditawan.

Nasihat

    UMNO tak payah masuk bertanding lah
    Jangan dilayan sangat ego sdr ezam.
    Dia ni mungkin ada cita - cita tersembunyi untuk menghancurkan UMNO/BN dari dalam.
    UMNO harus perlu lebih berhati - hati dengannya.

    Masa masih ada dua [ 2 ] hari lagi sebelum 6hb, Mesyuarat MT, harap pemimpin - pemimpin UMNO sembahyang sunat Isthikharah, mohon petunjuk dari Allah swt, supaya diberikan pilhan yang lebih baik dan tepat.


Nota
Maaf lah, ada sikit rasa sayang kat UMNO ni, sebab teman belajar dulu, kerajaan UMNO/BN yang sponsor bagi biasiswanya.

Bukan apa, kalau masuk juga takut - takut nanti HANCUR LEBUR dicincang lumat oleh DSAI, PKR & Pakatan Rakyat.

No comments

Powered by Blogger.