News Update :

Politik

Kenyataan

Agama

Dunia

Bila paderi England anjur laksana syariah

February 27, 2008

Menjadi berita besar di Britian dan menggemparkan semua orang apabila paderi besar England baru-baru ini menganjurkan supaya kerajaan Britain melaksanakan undang-undang syariah untuk mengadili umat Islam, agama kedua terbesar di negara itu.
-->
Cadangan yang cukup baik dari seorang paderi kanan England itu adalah permulaan kepada pemikiran baru yang dicetuskan oleh orang Barat sendiri dan paderi pula.
Paderi yang berfikiran terbuka dan Kristian itu sendiri adalah agama yang paling hampir dengan Islam. Ia juga asalnya agama dari langit; agama yang pada mulanya mengakui selepas Nabi Isa a.s. akan muncul nabi akhir zaman yang namanya Ahmad atau Muhammad.
Cetusan pemikiran paderi itu adalah kontradik dengan prejudis masyarakat Barat yang dibelenggu oleh sikap buruk Presiden Bush yang melabelkan Islam sebagai agama dan anasir keganasan.
Berat bagi masyarakat Barat untuk menerimanya. Ia ditentang oleh kerajaan Britain dan oleh kebanyakan rakyat. Ia tidak memeranjatkan kerana prejudis mereka terhadap Islam telah berakar lama dan apa lagi masyarakat Barat dan Kristian itu sendiri banyak dipengaruhi Yahudi.
Yahudi yang membelenggu Bush berfikiran anti-Islam dan memaksanya berperang di Iraq dan Afghanistan kalau boleh untuk selama-lamanya. Yahudi amat tidak senang dengan cadangan paderi itu.
Tetapi malangnya para pemimpin negara Islam membisu terhadap suara paderi itu. Hanya sebahagian penganut Islam di Britain mengalu-alukan cadangan itu. Tidak banyak ulasan atas cadangan itu.
Negara Islam dan umat Islam hanya bangun kalau agama Islam dihina tetapi diam saja apabila ada pandangan yang mahu mendaulatkan Islam. Di Malaysia sendiri yang sedang merayakan sedikit prestasi Islam Hadhari tidak memberikan sebarang reaksi.
Media Malaysia tidak pengupas perkara itu.
Dipercayai pandangan paderi itu boleh meransang kepada perkembangan yang baik untuk Islam. Apa jua yang dikira dapat mendaulatkan Islam tidak menarik masyarakat Islam sekular.
Kerajaan Malaysia yang mengaku memajukan Islam seperti yang ditonjolkan oleh Islam Hadhari lebih suka melihat kemajuan orang Islam sesuai dengan cara hidup dan pemikiran sekular. Apabila ia bertembung dengan unsur syariah, maka ia mendiamkan diri kalau pun tidak menentang.
Dalam isu suara paderi England itu, jelas paderi itu lebih berfikiran Islam dari pengembang Islam Hadhari. Pandangan paderi itu lebih dekat kepada Islam daripada pendirian dan sikap ketua-ketua negara Islam.
Paderi itu tertekan atas reaksi masyarakat Barat, tetapi masyarakat dan pembesar Islam pula tidak memberikan galakan kepadanya. Suatu yang amat malang bagi masyarakat Islam dan ini menjadi paderi itu juga malang.
Paderi itu tentu telah melihat kemahuan masyarakat akar umbi Islam yang mahu kepada peradaban Islam yang sebenar bagi menyelesaikan masalah mereka. Mereka sedang berusaha keras untuk mencapai hidup sebagai orang Islam sebenar.
Tetapi masalah umat Islam dan penduduk Britain itu sendiri tidak dapat diselesaikan kerana halangan undang-undang. Kalau umat Islam di negara Islam tidak dapat menyelesaikan masalah mereka disebabkan negara masing-masing tidak mengikut kemahuan Islam, maka tentulah tidak mudah bagi Britian sebagai negara bukan Islam untuk beramal secara Islam.
Paderi itu dipercayai tahu bahawa bukan masanya bagi Britian untuk melaksanakan syariah. Tetapi kerana masyarakat itu adalah penganut demokrasi dan percaya kepada kebebasan agama, maka penyelesaian kepada masalah di Britain ialah dengan membenarkan umat Islam mengamalkan hukum dan muamalat mengikut Islam.
Dia pun tahu bahawa cadangan itu bukan mudah diterima, tetapi ia perlu menjadi bahan perbahasan dalam masyarakat. Perkembangan ilmu dan segala macam teknologi di Britain adalah tempat yang baik untuk membahaskan isu itu secara akadamik.
Sama ada paderi itu sendiri berminat kepada pemikiran Islam, tidak dipastikan, tetapi ia dilihat lebih positif dari pemikiran Islam Hadhari. Mana tahu cetusannya itu dapat mendekatkannya lagi dengan Islam.
Ia patut disambut baik oleh umat Islam, kerana pandangan yang dekat kepada Islam oleh paderi sepertinya boleh mendekatkan kepada hidayah.
Setakat ini, disebabkan oleh tekanan yang diterimanya, dia cuba menenangkan suasana dengan menyatakan apa yang dimaksudnya ialah supaya ada kemudahan bagi masyarakat Islam melangsungkan beberapa kegiatan Islam seperti kahwin mengikut cara Islam dan tidak perlu mesti mendaftar lagi seperti yang ada sekarang.
Jika pandangan paderi itu diberikan reaksi yang setimpal, ia mudah membuka medan baru kepada pemikiran Islam di Barat

BN hadapi PRU ke-12 dalam keadaan yang paling kecoh

Rasanya kali inilah pilihan raya yang paling kecoh dihadapi Barisan Nasional (BN) dalam menentukan calon, walaupun media massa arus perdana sedaya upaya 'menutupnya' dari pengetahuan umum.
-->
Bantahan di mana-mana, termasuk kubu kuat Umno/BN di Johor membuat protes besar-besaran membantah Dr Robiah Kosai dicalonkan semula di DUN ungai Balang dalam Parlimen Muar.
Rasa tidak puashati itu diketuai sendiri Ketua Umno Bahagian Muar, Dato' Mohd Ismail Mohd Shah walaupun Menteri Besar, Dato' Abdul Ghani Othman tetap berkeras mahu Dr Robiah dikekalkan.
Dr Robiah akan berdepan dengan calon PAS, Malik Mohd Diah dalam pertandingan satu lawan satu.
Tidak mustahil, PAS akan dapat menawan kawasan ini jika pengundi-pengundi yang selama ini menyokong Umno/BN mahu memberi isyarat kepada MB Johor, supaya tidak membuat pilihan sesuka hati.
Dari sejarah lalu, Parlimen Muar pernah kehilangan satu kerusi, apabila DUN Parit Bakar dimenangi calon Parti Melayu Semangat 46, apabila calon BN, Zakaria Mahadi ditewaskan Haji Kahar Ahmad.
Sementara itu di Perlis, 'pertelingkahan' Setiausaha Agung Umno, Dato' Seri Radzi Sheikh Ahmad dengan Menteri Besar, Dato' Seri Shahidan Kassim diliat pemerhati politik sebagai 'angkara biasa' Radzi.
Radzi yang mengetuai Umno Bahagian Kangar juga pernah 'bertelingkah' dengan Menteri Besar Perlis terdahulu, Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh yang mengetahui Umno Bahagian Arau, hingga menyebabkan di kalangan pemerhati politik mengelarkan Perlis yang hanya mempunyai dua bahagian ketika itu, sebagai Korea Utara dan Korea Selatan.
Malahan, Radzi dalam tahun 1988 pernah dilaporkan mahu meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Kangar dan mahu bertanding semula, ekoran kejayaan Dato' Shahrir Abdul Samad di Johor Baharu, mengalahkan calon Umno/BN dengan majoriti besar.
Di Kedah, calon BN DUN Jitra, Aman Khan Hussein nyaris-nyaris memalukan Umno/BN jika tidak menarik diri disaat-saat akhir dan sempat digantikan dengan bekas Senator dan bekas Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir Mohamad, Saad Man.
Di Kelantan, hubungan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dikatakan 'renggang' dengan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kelantan, Dato' Seri Annuar Musa ekoran peristiwa calon BN di DUN Kijang.
Umno/BN Kelantan sebenarnya tidak yakin dapat menguasai Kelantan dengan 'memujuk' Dato' Dr. Awang Adek Hussein bertanding dua kerusi, Parlimen dan DUN bagi memastikannya boleh diselamatkan jika Umno/BN tewas.
Satu sumber dalaman Umno memberitahu, Dr. Awang Adek enggan dicalonkan di peringkat DUN sahaja kerana tidak yakin Umno/BN boleh menang di Kelantan tetapi disebabkan Perdana Menteri tidak yakin dengan kepimpinan Annuar, maka nama Annuar tidak disenaraikan sebagai bakal MB Kelantan jika Umno/BN berkuasa.
Di Terengganu, peluang PAS kembali berkuasa di negeri yang dikenali sebagai Kuwait Malaysia ini akan tercapai kali ini apabila Menteri Besar, Dato' Seri Idris Jusoh dilihat terlalu angkuh dengan kedudukan dan jawatannya.
Pengguguran Dato' Abdul Rahman Bakar dan Dato' Rosli Mat Hassan yang dilihat sebagai 'menjauhkan pesaing jawatan Menteri Besar' dan sekaligus membuktikan Umno Terengganu sebenarnya menghadapi masalah dalaman yang cukup besar.
Pengaruh Rahman dan Rosli ditambah dengan sokongan Senator Dato' Wan Farid Wan Salleh dipercayai akan meruntuhkan 'populariti' Idris di peringkat nasional, sekaligus akan menyaksikan Terengganu akan mendapat khidmat Menteri Besar baru, walaupun Umno/BN menang, dalam masa yang singkat. - mr
Cetak

Harga minyak pasti naik kalau BN menang besar

KOTA BHARU, 27 Feb (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Datuk Haji Husam Musa tidak ragu-ragu bahawa harga minyak akan dinaikkan jika Barisan Nasional (BN) menang besar dalam pilihanraya ini.
-->
"Ini saya jamin," tegas beliau dalam sidang media hariannya di sini.
"Kalau Barisan Nasional (BN) menang besar, mereka akan dakwa rakyat tak ada masalah (walaupun) harga minyak naik, harga barang naik," katanya lagi sambil menambah beliau bersetuju dengan pandangan yang menyatakan bahawa pilihan raya diadakan lebih awal untuk memudahkan kerajaan BN menaikkan harga minyak.
Ketika diminta mengulas penafian Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa harga minyak akan dinaikkan selepas BN menang pada pilihan raya umum 8 Mac ini, beliau menyifatkannya sebagai cakap-cakap "lidah tidak bertulang".
Husam juga tidak melihat kenyataan Najib itu sebagai satu janji. "Jaminan (yang) tidak diikat dengan apa-apa," katanya.
Beliau melihat kecenderungan menaikkan harga minyak telah bermula sejak November lalu apabila menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin mencadangkan supaya dirombak sistem subsidi termasuk subsidi minyak.
Husam pernah menyifatkan cadangan Khairy itu sebagai helah untuk "mengangkasakan harga minyak".
"PM pula kata nak kaji (cadangan Khairy itu)," katanya dalam sidang media hariannya sempena pilihan raya umum di sini.
Beliau menggesa rakyat supaya jangan mengundi BN untuk menyedarkan parti itu.
"Kalau beri mandat besar (kepada BN), mala petaka akan berlaku," Husam mengingatkan.
Cetak

Pulang dan undi PAS, pesan Nik Aziz pada anak-anak Kelantan

February 17, 2008

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Hrkh) - Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan anak-anak Kelantan yang berada di perantauan supaya pulang pada hari mengundi pada 8 Mac nanti untuk menunaikan kewajiban memilih pemerintah yang menjamin keselesaan dan keamanan rakyat. "Bila mengundi kena balik, nak balik tak kira siapa yang suruh balik sama ada PAS ke Umno ke tapi yang penting mesti balik dan pangkah PAS," katanya ketika berucap dalam program 'Temu mata anak Kelate 2008' anjuran persatuan anak-anak Kelantan (Perakan) di dewan utama Masjid Wilayah, Jalan Duta, di sini, petang tadi.
Dalam ucapan itu beliau turut membidas tindakan pimpinan Umno yang besungguh-sungguh mahu merawat Kelantan.
Beliau berkata, apa penyakit yang telah menyerang rakyat Kelantan sehingga seluruh pimpinan Umno berusaha bersungguh-sungguh mahu merawat Kelantan.
Katanya, kalau rakyat Kelantan diserang sakit, kulit, jantung atau sakit fizikal sudah lama hospital membuat rawatan tersebut.
Menurut beliau jika pimpinan Umno mahu merawat penyakit fizikal kerajaan Kelantan sudah lama menyediakan pelbagai kemudahan di hospital dengan kepakaran doktor untuk mengubati penyakit.
Sebaliknya tambah beliau, jika penyakit rohani tidak ada manusia yang boleh mengubatinya kecuali dengan hikmah al-Quran.
Beliau melahirkan kebimbangan dengan kehidupan manusia yang semakin hari terdedah dengan pelbagai gejala sosial.
Katanya, rohani manusia sekarang sedang sakit sebab itu timbul masalah rogol, penculikan kanak-kanak, dadah dan sebagainya.
"Hendak merawat penyakit manusia, kami tahu nak merawatnya. Orang Umno yang sakit bukan orang PAS. Dia sakit kulit hendak jual ubat kulit, mana boleh," katanya.
Beliau turut mengingatkan seluruh ahli Perakan bahawa Allah kempen kepada umat-Nya supaya beragama untuk memudahkan menguruskan hawa nafsu.
Ini kerana katanya, nafsu itu menjadi punca melakukan kejahatan dan ketakwaan kepada Allah SWT.
Tambah beliau, orang yang cerdik adalah orang yang memaksa hidupnya untuk menghalang nafsu jahat daripada menguasai kehidupan bagi menjamin kebahagiaan hidup selepas mati. - mks.

wajah misteri!!!!!!!!!!!!!!

Seorang pelancong telah datang melawat Masjid Kristal di Pulau Wan Man dan merakamkan video Masjid Kristal. Apabila beliau pulang ke hotel dan memainkan semula video yang dirakam, dia terkejut apabila melihat imej aneh pada kubah masjid tersebut. Kenapa jadi begitu? Masjid yang menghabiskan duit rakyat jutaan ringgit namun tidak boleh ditunaikan solat Jumaat. Mungkin video klip ini akan menjadi satu peringatan buat kita semua dan tanda amaran buat Idris Jusoh.Saksikan video ini..http://www.youtube.com/watch?v=5Rmpx0qk-KsDownload video ni..http://www.zshare.net/download/76730766530e4f

Siapakah Yang Menyebabkan Negara Bengkrap?

February 15, 2008


Untuk kesekian kalinya Najib Tun Razak memberi amaran Malaysia boleh bankrap jika konsep negara kebajikan yang ditawarkan oleh Pas diterima dan dipraktikkan di negara ini.Timbalan Perdana Menteri menegaskan, konsep tersebut membawa pengertian bahawa seseorang yang tidak bekerja juga akan mendapat bayaran bulanan daripada kerajaan.
Keadaan ini, kata beliau, menyebabkan kerajaan pada masa sama terpaksa pula mengenakan cukai yang tinggi kepada mereka yang mampu.‘‘Sedangkan kita telah melihat bagaimana negara maju yang mengenakan cukai yang tinggi akhirnya tidak dapat dipertahankan. ‘‘Apatah lagi kita sebagai negara sedang membangun, kalau ada dasar mereka yang tidak bekerja pun mendapat bayaran setiap bulan, maka itu alamat negara kita akan menjurus kepada lembah sebuah negara yang bankrap,’’ kata beliau.
Sebenarnya orang yang berperangai macam Najiblah yang menyebabkan negara jadi bengkrap. bayangkan beli kapal selam dan jet pejuang sahaja Najib terlibat dengan skandal ratusan juta ringgit. Ini benkrap negara namanya.

Rakyat dijemput bermunajat bersama Tok Guru pertahankan Kerajaan PAS


KOTA BHARU, 15 Feb (Hrkh) - Satu majlis 'Munajat Rakyat Kelantan Bersama Tok Guru' akan diadakan pada Sabtu ini, 16 Februari di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV Kota Bharu bermula jam 3.30 pagi.
-->
Program anjuran Dewan Ulamak PAS Kelantan ini diadakan khusus untuk memohon pertolongan dari Allah supaya diberi kekuatan untuk mempertahankan kemenangan Islam di negeri Serambi Mekah itu khasnya dan Malaysia amnya.
Orang ramai dijemput untuk sama-sama hadir bagi mengimarahkan program tersebut sempena kedatangan pilihan raya umum ke-12.
PAS menerajui kerajaan negeri Kelantan selama 18 tahun sejak 1990 sehingga kini.
Namun, pada pilihan raya umum kali ini, BN bersungguh-sungguh mahu merampas kerajaan, ditunjukkan dengan keghairahan pemimpin-pemimpin utamanya turun ke negeri tersebut untuk mempengaruhi rakyat beralih sokongan pada pilihan raya umum pada 8 Mac ini.
Setakat ini, pelbagai insiden awal berlaku sekitar Kelantan walaupun proses penamaan calon masih belum dijalankan atas keterdesakan pihak Umno-BN untuk mencapai hasratnya itu. - mr

Generasi muda tak perlu sokong BN


Dalam satu kenyataan kempen pilihan rayanya, Ketua Pemuda Umno, Hishammuddin Hussein mengatakan generasi muda perlu menyokong BN pada pilihan raya umum ke-12 kerana merekalah yang akan meneruskan tanggungjawab membangunkan negara yang telah dirintis oleh pucuk pimpinan kerajaan.
-->
Menurut Hishamuddin, "kalau itu tidak dihargai oleh mereka, maka amat malang kerana saya sendiri dipertanggungjawabkan memberi pengisian kepada pendidikan dan pelajaran… Saya yakin sokongan daripada generasi muda akan diperoleh pada pilihan raya umum kali ini."
Sekiranya kita mahu mengambil kata-kata Hishammuddin ini sebagai pedoman sebelum memangkah kertas undi, maka kita terpaksa melihat generasi muda kita yang dibentuk oleh Umno dan dalam konteks pendidikan seperti yang disentuh secara spefisik oleh beliau.
Hari ini, selain daripada sistem enam-jam persekolahan yang dibentuk oleh Umno-BN tidak berhasil mendidik generasi muda rakyat Malaysia terutama dari kalangan anak Melayu dan selain daripada sistem berorientasikan akademik dan peperiksaan yang juga tidak berjaya menghasilkan sarjana dunia, walaupun sekadar sarjana kelas kedua dan juga gagal menghasilkan siswazah yang setidak-tidaknya memiliki profisiensi dalam bahasa Inggeris untuk di terima bekerja oleh sektor swasta. Ia ditenggelamkan oleh budaya hedonisme yang tidak langsung dikawal oleh Umno.
Ada antara kita tidak berminat dengan politik kepartian. Oleh kerana tidak dapat menyandarkan harapan kepada PAS disebabkan PAS bukannya parti pemerintah yang menggubal dasar dan juga undang-undang (kecuali di Kelantan), maka ada di antara rakyat yang meletakkan harapan kepada Islam Hadhari.
Namun Islam Hadhari nampaknya lebih mirip kepada pembinaan simbol seperti Masjid Kristal, Pusat Kebudayaan Islam dan sebagainya. Belum ada usaha yang dilakukan oleh Umno dan Islam Hadharinya untuk memperbetulkan keadaan ini.
Hari ini generasi muda Melayu suka dengan hidup-hidup berfoya-foya, suka kepada hiburan, suka kepada kemewahan walaupun tidak mampu, bersikap biadap terhadap orang tua dan sebagainya.
Siapakah yang bertanggungjawab mendidik mereka? Kita tidak boleh menyalahkan ibu bapa kerana mereka tidak memiliki metodologi pendidikan yang saintifik seperti yang dimiliki guru-guru menerusi sistem pendidikan yang dibentuk oleh Umno.
Kalau ada kalangan bapa daripada penjenayah, atau ibu daripada pelacur sekalipun yang menghantar anak ke sekolah mereka menaruh harapan tinggi agar anak mereka dididik menjadi manusia yang berguna dan bukannya sampah masyarakat seperti kita. Tetapi malangnya ada anak-anak Melayu yang daripada kalangan ibu bapa yang baik menjadi penjenayah setelah tamat persekolahan atau malah sewaktu masih lagi berada di sekolah.
Kita tentu masih ingat bagaimana sekumpulan pelajar Melayu membelasah seorang pelajar lain sehingga pelajar yang dibelasah itu meninggal dunia, kita akur adanya budaya gangsterisme yang terpupuk di kalangan pelajar, kita sedia maklum perangkaan anak Melayu kita yang terlibat dalam penagihan dadah dan macam-macam lagi.
Bagaimanaka sistem kaunseling dan nasihat kita terutama yang melibatkan pelajar Melayu beroperasi sehinggakan hampir 100 peratus mat rempit adalah daripada kalangan pelajar Melayu yang sama ada telah tercicir dalam persekolahan atau tidak berminat lagi untuk bersekolah.
Apakah sebenarnya worldview kehidupan yang cuba dibentuk oleh Umno dalam pendidikan sehingga tidak ada lagi sesuatu yang baik dapat dikaitkan dengan generasi muda Melayu.
Hishammuddin bercakap tentang pengisian yang dilakukan oleh kementerian di bawah jagaannya. Bagaimanpun, kita tidak nampak apakah pengisian yang dimaksudkan oleh beliau. Kita telah melalui masa 50 tahun untuk membentuk orang Melayu dari satu generasi ke satu generasi dan dari seorang pemimpin Umno kepada seorang pemimpin Umno yang lain, maka hari ini cuba kita tanya dengan jujur, apakah generasi muda kita lebih sempurna dan lebih berhemah dari generasi sebelumnya?
Kalau inilah generasi muda yang kita lihat hari ini dan yang digesa oleh Hishammuddin agar menyokong BN bagi meneruskan tanggungjawab membangunkan negara, maka sukar bagi kita hendak membayangkan bentuk negara kita pada suatu masa kelak.
Apakah kita akan hanya mendabik dada sebagai pelopor Islam itu dan ini, wawasan itu dan ini, serta bermegah dengan segala infrastruktur tercanggih di dunia sedangkan generasi muda sesuatu generasi yang akhirnya menjadi generasi dewasa dan kemudiannya melahirkan generasi muda selanjutnya akan terus melahirkan pelbagai lagi kesongsangan yang sukar untuk kita bayangkan buat masa ini?
Apakah ini yang Hishammuddin maksudkan? Inikah kitaran generasi yang kita mahukan? - lanh

HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN BABI

February 12, 2008

Kes Penggadaian Tanah Premier UM:Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi?
puteramalaysia

Pada pertengahan Jun 2007, komuniti prihatin Malaysia digemparkan dengan kisah sebuah pemaju hartanah berura-ura membangunkan Kampus Induk Universiti Malaya(UM) di Lembah Pantai, Kuala Lumpur, menjadi kawasan kediaman mewah yang memakan kos RM10 billion.

Sebagai gantinya, universiti itu akan dipindahkan ke Sepang.Pada 16 Jun 2007, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dipetik oleh Bernama sebagai mengarahkan kampus Induk Universiti Malaya (UM) itu dikekalkan di lokasinya ketika ini.Pada hari yang sama, Utusan Malaysia pula menyiarkan reaksi bekas Naib Canselor UM, Profesor Diraja Ungku Aziz, yang menyifatkan cadangan itu sebagai suatu yang “gila dan kurang ajar.”Kini, hanya kira-kira tujuh bulan sesudah kegemparan di atas, timbul pula kisah laporan blog bigdogdotcom.wordpress.com pada 10 Februari 2008, dengan jodol Kroni PM “Flip-Flop” Gadai 27 Ekar Tanah UM.

Menurut blog tersebut, kroni Abdullah bernama Datuk Panglima Annuar Zaini “telah ‘mengadai’ sebidang 27 ekar tanah bernilai tinggi dalam kawasan kampus UM kepada sebuah pemaju hartanah untuk dijadikan kondominium mewah. Sebagai timbal-balas (trade off), Alumni Universiti Malaya akan mendapat balik lima ekar dari tanah itu dan sebuah bangunan rumah kelab bernilai RM 3 juta.”Blog itu melaporkan: “Annuar adalah Ahli Lembaga Pengelola Majlis Universiti Malaya.

Dia juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Korporat universiti berkenaan. Malaya) membuat keputusan untuk menerima cadangan syarikat pemaju hartanah itu. Sumber maklumat ini datang dari kakitangan UM sendiri.

“Pada kasarnya, sekiranya tanah premium itu dinilai sebagai RM 100.00 satu kaki persegi (kerana lokasinya berada di utara kampus, bersempadan dengan kawasan mewah Bukit Damansara dan amat hampir dengan kawasan Bukit Bandaraya/Bukit Pantai, yang harga tanah rata rata melebihi RM 200.00 satu kaki persegi), bermakna Universiti Malaya telah ‘melepaskan’ tanah bernilai sekurang kurangnya RM 95.6 juta untuk menerima ‘habuan’ sebuah rumah kelab bernilai RM 3 juta sahaja.

Sekiranya nilai tanah itu bernilai RM 150.00 satu kaki persegi, maka ianya dengan mudah bernilai RM 143.7 juta.” – bigdogdotcom.wordpress.

Oleh itu, apa kata komuniti prihatin Malaysia mengenai perkembangan terbaru membabitkan UM kali ini? Mungkinkah Profesor Diraja Ungku Aziz akan menyifatkan cadangan ini sebagai suatu yang “gila dan kurang ajar.” Mungkinkah Alumni UM akan membantah? Mungkinkah BPR akan segera menyiasat?

Mungkinkah Kementerian Pendidikan Tinggi akan membuat siasatan terperinci? Mungkinkah Abdullah akan mengeluarkan arahan supaya penggadaian ini dibatalkan segera? Mungkinkah Abdullah akan membiarkan sahaja perkembangan ini berlaku kerana ia membabitkan kroninnya sendiri? Atau, mungkinkah Abdullah akan merestui kata-kata hikmat: harapkan pagar, pagar makan padi! – Ruhanie Ahmad

February 11, 2008


"Terfikir tentang berita-berita yang dipaparkan di dada akhbar utama Mingguan. Semestinya kita sudah dapat merasakan kehangatan suasana pilihanraya begitu menghampiri kita. Samaada kita leka ataupun sudah bersiap sedia terserah untuk kita renungkan tahap mana kita berada.Terbaca muka hadapan akhbar mingguan kebanggaan orang melayu kita sebelah sana, “kerajaan memerintah menjanjikan limpahan pembangunan di Kelantan jika diberi mandat pilihanraya akan datang”. Terfikir juga, macam mana boleh sampai melimpah?. Selalunya perkara melimpah ni bermaksud sudah ada, dan jika ditambah melimpahlah ia…. Ini bermakna mereka telah secara tidak langsung mengakui pembangunan yang sudah ada di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.Sebenarnya siapa yang tidak mahukan pembangunan?. Tetapi jika sebuah negeri itu terlimpah-limpah dari segi pembangunannya maka takutlah pula nanti tak dapat bezalah pula hamba Allah yang akan datang mana satu Ibu Negara. Pembangunan sebenarnya adalah dari pembagunan kerohanian, keimanan, akhlak dan mana-mana difikirkan patut.Tidak dikecualikan juga petikan akhbar yang menyatakan pihak sebelah sana bersiap sedia menghadapi pembangkang seolah-olah mereka sudah mengakui bahawa pembangkang adalah sebuah jentera besar sehingga mereka yang bersiap sedia.Namun demikian, kedudukan islam tidak sepertinya berlaku seperti sekarang. Islam yang sepatutnya memimpin bukan menjadi pembangkang walaupun pembangkang yang kuat. Tetapi hakikat yang berlaku adalah disebalik.Fikirlah wahai pengundi-pengundi. Tiada gunanya pembangunan jika kita sendiri yang akan merempat setelah tidak dapat menempah nama di sebalik pembangunan tersebut. Jadilah insan yang bermoral bukan rosak moralnya. Kemanakah kita jika ramai yang akan menyisihkan kita kerana rosaknya moral. Ingatlah! Jika kita masih bercita-cita hendak melihat kebenaran islam tertegak di atas muka bumi ini maka terbuktilah bahawa hati kita masih bersih dan secara tidak lansung kita akan bermoral tinggi dan akan cuba didampingi oleh orang-orang yang berakhlak bahkan kita juga dikalangan mereka.Inilah hakikatnya, kalangan kita sekarang masih tidak dapat membezakan manakah patut,manakah perlu,manakah arahnya bahkan kemanakah hala tujunya?. Terserah kepada kita untuk menilai, bukan mencari nilai di sebalik pencarian itu. Hala tuju kita sebenarnya sama. Tidak kemana-mananya kita setelah penghujung usia. Walaupun berpangkat sekalipun, arwah jugalah gelarannya. Biarlah anda sendiri berfikir…………"

REDHA ALLAH BERSAMA TUAN GURU HJ NIK AZIZ


bersama satu cerita
antara duka lara sebuah kehidupanantara senyum tawa dalam tangisandirimu senantiasa dalam keredhaandalam himpunan doa-doa munajat
kasih itu tersusun rapirintihan dan luahan hatimu menyentap kalbuberbisik segala kedamaianmeraung segala kebenarandiatas panji-panji jihaddalam alunan takbir kebesaranukhuwah terbina utuhacap-kali bisikanmu jadi penawar hatimerawat kasih-kasih yang luka berduka laraberdoa pada satu jalan keredhaandiatas nama BISMILLAHpada setiap jalan kebenaranmunajatmu mengusik jiwaberbicara pada rasa kasihmembelai penuh mesradiatas suara kebenarantanpa rasa takut dan gentardisinikami akan terus bersamamumempertahankan jalan kebenaranberpayungkan ukhuwah persaudaraanbersenjatakan doa-doa munajatberdiri utuh dalam satu safpada satu laungan takbirAllahuAkhbar"

Pakai inai ala tatu dilarang

KUALA LUMPUR 9 Feb. – Beberapa tokoh agama dan budayawan negara hari ini melarang umat Islam daripada memakai inai ala tatu kerana ia bercanggah dengan ajaran agama dan mencerminkan budaya Barat. Menurut mereka, trend yang semakin digilai remaja terutama perempuan itu melambangkan sesuatu yang dilarang, lebih-lebih lagi jika ia berlambang haiwan atau mewakili kumpulan tertentu.

Mufti Perlis, Dr. Asri Zainol Abidin berkata, perbuatan itu jelas dilarang dalam hadis terutama jika menggunakan jenis inai yang kekal lama di anggota badan.
‘‘Tak boleh. Jelas ia salah. Kita lihat hari ini ramai remaja yang conteng badan dengan inai.
‘‘Lebih-lebih lagi gambar haiwan. Itu tabiat buruk dan melambangkan keganasan,’’ katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.


Sebelum ini, tokoh ulama terkenal, Datuk Abu Hasan Din berkata, pemakaian inai ala tatu di tangan jelas melanggar hukum syarak.

Menurutnya, perbuatan itu jelas salah terutama kepada pengantin yang mengukir tangan mereka dengan corak-corak tatu melampau.

Tambah Asri, kelonggaran tetap ada jika pemakaian inai itu berunsur sementara dan tiada halangan untuk air sembahyang melaluinya.

‘‘Tidak apa kalau pakai inai biasa. Tidak salah jika ia hilang selepas dua atau tiga hari di tangan,’’ ujarnya.

Pendakwah bebas, Daud Che Ngah berkata, pemakaian inai yang bersifat lebih kepada tatu adalah dilarang kerana ia menggambarkan ajaran yang bercanggah dengan agama Islam.
Namun menurutnya, pemakaian inai tidak kekal sebenarnya dibolehkan dengan niat untuk berhias kepada suami pada hari perkahwinan.
‘‘Tak ada masalah kalau hendak pakai inai di jari. Tapi kita tengok hari ini macam hendak melukis segala-galanya di tapak tangan.


‘‘Salah kalau sengaja membuat tatu walaupun dengan inai. Tatu itu sendiri dilarang kerana ia bukan budaya kita,’’ jelasnya.

Sementara itu, budayawan, Prof. Dr. Siti Zainun Ismail berkata, pemakaian inai itu sendiri mewakili adat perkahwinan yang memberi maksud tersendiri kepada masyarakat.
‘‘Orang dulu pakai inai sebab hendak tengok kesucian seorang gadis. Mereka hias pengantin perempuan dengan inai yang tahan untuk sembilan bulan,’’ katanya.


Oleh itu, kata Siti Zainun, trend wanita sekarang yang gemar memakai inai tanpa tujuan malah mengukir pelbagai gambar di badan dilihat melanggar budaya.

assalamualaikum dan salam sejahtera

kembali untuk berkarya.....
salam kebahagiaan kepada semua

salam....

February 4, 2008

saya pada masa ini sedang bercuti selam seminggu..
kepada kawan2 di harap mengiisi masa lapang dengan sebaik..
saya doakan anda semua selamat..
assalamualaikum..salam reformasi

Tidak Ada Alasan Untuk Meninggalkan Solat

Sama2 lah kita usaha untuk menjaga solat berjemaah utk bahagia dunia dan akhirat...amalan yg tak pernah ditinggal oleh Rasulullah saw, sahabah2 nya dan para solihin...Lihatlah di sekeliling kita di seluruh dunia seperti gambar2 di bawah org2 yg menjaga solat mereka...di padang pasir, di tengah timbunan salji, di dlm kapal terbang, di stesyen keretapi, di jalan raya dsb..kita kat Malaysia ada surau masjid banyak...sama2 lah tahun baru Hijrah ni kita berhijrah azam niat kuatkan semangat untuk solat Subuh, zohor, asar , maghrib, isyak berjemaah di surau masjid.....azam dan doa kepada Allah semoga kita semua digolongkan Allah bersama mereka yg Allah redhai..amin.

1. Dari Abu Hurairah katanya Rasulullah saw bersabda:- "Demi Allah yang jiwaku berada dalam kekuasannya! Saya bermaksud hendak menyuruh orang-orang mengumpulkan kayu bakar, kemudian menyuruh seseorang menyerukan azan solat, lalu menyuruh seseorang pula untuk menjadi imam bagi orang banyak. Maka akan saya datangi orang-orang yang tidak ikut berjamaah, lalu saya bakar rumah-rumah mereka" (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).

2. Dari Ibnu Mas'ud ra katanya: Barangsiapa ingin bertemu dengan Allah nanti pada hari kiamat sebagai seorang Muslim, maka hendaklah ia menjaga solat dan mengerjakannya waktu mendengar suara azan. Sesungguhnya Allah telah mensyari'atkan kepada Nabimu ketentuan-ketentuan mengenai petunjuk, sedang solat jamaah itupun temasuk ketentuan-ketentuan tersebut. Seandainya kamu bersembahyang di rumah sebagai halnya orang-orang yang meninggalkan solah jamaah dan hanya bersembahyang di rumah saja, maka berertilah kamu telah meninggalkan sunnah Nabimu. Dan apabila kamu telah meninggalkan sunnah Nabimu maka sesatlah kamu semua! Saya tahu bahwa yang suka meninggalkan solat jamaah itu tidak lain melainkan orang munafik yang telah nyata kemunafikannya. Dahulu pernah terjadi seseorang itu dipapahg oleh dua ornag yang memasukkannya dalam barisan solat. (Diriwayatkan oleh Muslim)








Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumannya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.


Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sepit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Siapakah orang yang KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau tidak menghiraukan artikel ini, malah dia juga tidak akan menyampaikan pula pada org lain.
Artikel di atas dipetik dari email yang diterima dari seorang sahabat

Dahulu ada biasiswa kini tiada, ekonomi Malaysia semakin kebelakang?

February 3, 2008

Dahulu tahun 70-an Malaysia cuma sebuah negara pertanian, tidak banyak industri, tidak banyak bangunan tinggi,tidak ada industri Petroleum yang hebat macam sekarang ini yang menjana keuntungan berbilion ringgit.
-->
Tetapi ingat lagi tak masa itu kita dan kawan-kawan kita ramai belajar universiti dalam dan luar negara dengan biasiswa ditanggung penuh kerajaan.
Lepas itu belum habis belajar lagi dah dijamin kerja, sesuai dengan bidang yang diambil.
Sebaliknya sekarang zaman angkasa ini Malaysia semakin maju, boleh hantar angkasawan, banyak bangunan tinggi, jalan cantik-cantik, banyak pembangunan, jet pun paling canggih jet Sukhoi, ada kapal selam lagi.
Tetapi anak-anak kita sukar mendapat tawaran belajar di universiti luar negara, manakala biasiswa pula susah betul nak dapat, mesti betul-betul cemerlang.
Yang ada ialah pinjaman PTPTN yang perlukan simpanan SSPN. Lepas itu dah berbulan, malah ada yang bertahun habis belajar sukar untuk mendapat pekerjaan sesuai dengan bidang yang diambil.
Jadi , adakah Malaysia sekarang ini maju ke hadapan, atau maju ke belakang?
Apakah ini Teori Relativiti Ekonomi dimana semakin maju sesebuah negara, semakin kurang biasiswa pelajaran dan semakin sukar mendapat pekerjaan ?/wann

Lambakan pekerja asing membahayakan negara

Pekerja asing tidak akan meningkat hingga lima juta orang menjelang 2010. Itu adalah jaminan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi (dipanggil anak Badawi) bahawa kerajaan pimpinannya akan menyediakan pendekatan dan perancangan teliti bagi memastikan jumlah pekerja asing tidak menjadi lambakan di negara ini.
-->
Membaca kenyataan Menteri Sumber Manusia, Dato' Seri Dr. Fong Chan Onn baru-baru ini, seolah-olah akan berlaku lambakan pekerja asing di negara ini hingga ke angka yang cukup besar menjelang 2010 dan akan terus meningkat ketika Wawasan 2020 dicapai.
Kenyataan ini jika menjadi realiti amat menakutkan rakyat yang pastinya terpaksa bersaing hebat dengan mereka untuk mendapatkan pekerjaan.
Fenomena ini hanya mampu disekat oleh dasar-dasar kerajaan yang efektif. Jika langkah menghapuskan jurang permintaan dan penawaran di pasaran tenaga kerja lembap atau gagal diambil, gejala lambakan pekerja asing akan mengundang malapetaka baru secara jangka panjang di negara ini.
Sebilangan kecil angka pekerja asing yang ada pada masa sekarang, sudah cukup memualkan dengan gejala jenayah hinggalah kepada perkahwinan dengan rakyat tempatan. Semuanya ini, simbol kurang sihat yang lahir dari kemasukan pekerja asing secara sah dan haram ke negara ini sejak dua tiga dekad yang lalu.
Cuba bayangkan, jika lima juta pekerja asing berkampung di negara ini, bagaimana nasib rakyat tempatan untuk mencari makan?
Sedangkan implikasinya, masa depan rakyat (pekerja tempatan) terutamanya yang berpendapatan rendah akan diragut sewenang-wenangnya.
Dalam iklim sekarang pun, kadar pengangguran kalangan graduan universiti terus meningkat, dan ini agak sukar dibendung jika lambakan pekerja asing nanti mencengkam peluang pekerjaan tanpa mengira sektor. Yang bukan graduan juga, ramai yang menganggur!
Persaingan sengit antara penduduk tempatan dan pendatang asing ini, sudah tentulah akhirnya akan memberikan kesan politik.
Bagi syarikat yang beroperasi, mereka sudah tentu "pejam sebelah mata" soal kepentingan penduduk tempatan jika pendatang asing boleh dibayar upah pada kadar murah dan berbaloi. Ini menguntungkan mereka.
Soalnya, masa depan rakyat direntap oleh orang luar di negara sendiri. Di manakah harga diri dan kedaulatan kita sebagai warganegara?
Di sinilah pihak kerajaan mesti mengemukakan pelan atau formula efektif untuk mengelakkan warga sendiri menjadi pembonceng atau kelas kedua yang terpaksa meminta sedekah mendapatkan pekerjaan.
Sekalipun, kedatangan pelabur luar dan keperluan mereka untuk mendapatkan buruh yang murah akan menguntungkan negara, namun isu ini jangan sekali- kali dijadikan asas untuk meminggirkan penduduk tempatan dan membiarkan lambakan pekerja asing ini.
Memanglah, sebarang usaha untuk menyekat atau menghambat kemasukan pekerja asing ini akan menyulitkan kerajaan, sekali gus menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara.
Namun, harapan kita biarlah pendekatan dan perancangan seperti yang diumum oleh anak Badawi untuk menghalang peningkatan lambakan pekerja asing itu, akan memberikan banyak manfaat kepada rakyat yang menjadi pekerja tempatan.
Tidak ada gunanya, kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan. Ini kerana, kesan paling keras akan dirasai oleh kalangan mereka yang berpendapatan rendah. Mereka sudah tentu tidak upaya untuk bersaing. Apatah lagi dengan kenaikan pelbagai harga barangan keperluan, cukup menyenakkan.
Paling membahayakan kita, pekerja asing yang telah menetap bertahun-tahun, berkahwin dan melahirkan anak di negara ini, lama-kelamaan akan menjadi penduduk tetap dan menjadi sebahagian rakyat di negara ini.
Akhirnya, keturunan mereka dalam jangka masa yang panjang, akan menjadi warganegara dan layak mengundi untuk menentukan ketuanan negara. Hal ini berlaku di Eropah.
Jika iktibar di Asia Barat menjadi contoh, pekerja asing hanya dianggap komoditi untuk menggerakkan ekonomi negara tanpa mengiktiraf hak mereka.
Yang jelas, lambakan pekerja asing perlu ditangani segera melalui dasar efektif. Ini kerana implikasinya cukup meresahkan dan tidak keterlaluan boleh mengundang bahaya buat negara. Jangan sudah terhantuk baru tengadah, atau nasi sudah menjadi bubur; barulah mahu diambil tindakan. Semuanya ketika itu sudah terlewat!

DBKL 'zalimi' peniaga kecil dan kami

Assalamualaikum,
Hari ini (30 Januari), seperti biasa kami makan tengahari di gerai nasi campur dan tomyam Kak Nah di Jalan Gallway berhampiran IPK KL yang terletak di belakang Hotel Swiss Garden Jalan Pudu.
-->
Jalan Gallway yang panjangnya lebih kurang 500 meter ini mempunyai tiga buah gerai makan Melayu, satu kedai makanan India dan satu kedai menjual suratkhabar.
Yang luar biasanya, hari ini adalah hari terakhir mereka berniaga di tapak ini kerana telah diarah untuk robohkan sendiri tempat perniagaan mereka oleh DBKL, kerana berniaga tanpa lesen.
Sehingga maklumat ini di tulis, DBKL telah merobohkan kedai India dan kedai suratkhabar tersebut sementara tiga gerai Melayu berkenaan memohon untuk merobohkan gerai mereka esok (31 Januari) memandangkan segala juadah telah siap dimasak.
Permohonan lesen ditolak
Memang diakui semua peniaga ini berniaga tanpa lesen yang sah dan terletak di atas rizab jalan, tapi bukan mereka tidak pernah memohon lesen. Mereka memohon tapi permohonan mereka itu ditolak oleh DBKL.
Sebelum ini, perniagaan mereka di sini tidak menghadapi masalah. Tetapi, sejak pihak pengurusan Hotel Swiss Garden membina 'service apartment' di belakang hotel yang sedia ada ini iaitu bersebelahan gerai-gerai ini, maka tamatlah punca rezeki para peniaga ini di sini.
Dengan arahan perobohan oleh DBKL terhadap gerai-gerai ini bukan sahaja menutup punca rezeki para peniaga tersebut tetapi juga telah menyusahkan kami para pekerja di kawasan ini untuk makan tengahari kerana kawasan ini mempunyai gerai makanan yang terhad.
Gerai-gerai ini sebelumnya dapat menyediakan hidangan minum pagi dan makan tengahari dengan harga yang sangat berpatutan, iaitu sekitar serendah RM3 sehingga RM4.
Selepas ini peniaga-peniaga ini belum tentu ke mana harus dituju untuk mencari rezeki. Sementara kami terpaksa mencari gerai lain untuk makan tengahari yang harga makanannya pasti akan lebih mahal.
Kesimpulannya, DBKL bukan sahaja menzalimi para-peniaga tersebut bahkan secara tidak langsung turut menzalimi kami yang berpendapatan sederhana ini.
Nampaknya di samping barangan lain yang telah naik, kini kos makan tengahari kami turut akan naik. --- aba.

Semasa

Hiburan

Sukan

 

© Copyright Kerabu Bersuara 2007 -2013 | Design by Kerabu Bersuara | Published by Kerabu Bersuara Group | Powered by Blogger.com.