News Update :

Politik

Kenyataan

Agama

Dunia

Baligh awal tingkatkan risiko kanser payu dara

March 31, 2008

SM Mohamed Idris
Fri | Mar 28, 08 | 12:45:36 pm MYT
Tubuh kanak-kanak hari ini matang dengan lebih cepat berbanding generasi terdahulu dan ini merupakan satu trend yang membimbangkan kerana baligh awal dikatakan meningkatkan risiko kanser payu dara di kalangan kanak-kanak perempuan dan kanser testis di kalangan kanak-kanak lelaki.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) memandang berat berhubung perkara ini kerana penemuan lebih baru menunjukkan banyak faktor buatan manusia lain seperti pengeluaran racun makhluk perosak, bahan kimia dan hormon di dalam makanan, produk beracun, pencemaran alam sekitar dan faktor-faktor gaya hidup seperti pertambahan berat badan, kegemukan, kurang bersenam dan terlalu banyak menonton televisyen boleh mengubah masa mencapai akil baligh.

Dalam perkataan lain, kadar kematangan seksual yang dipercepatkan dalam kalangan kanak-kanak hari ini mungkin merupakan maklum balas kepada alam sekitar yang luar biasa.

Para penyelidik menggelar fenomena ini sebagai 'baligh begitu muda' (precocious puberty), satu keadaan baligh yang bermula pada usia muda yang luar biasa, yang sesetengah kajian menyatakan ia sedang meningkat.

Kematangan seksual awal menimbulkan risiko kesihatan serius, terutama kanser payudara, terhadap kanak-kanak perempuan di kemudian hari. Hubungan di antara baligh awal dan kanser payu dara adalah estrogen - hormon seks utama dalam kalangan wanita dan perlu bagi pusingan haid.

Estrogen adalah faktor risiko terbukti bagi kanser payu dara ? ia bertindak ke atas payu dara untuk menjadikannya mudah mengalami pembentukan tumor.

Kanak-kanak perempuan yang mengalami haid awal terdedah kepada lebih banyak estrogen berbanding kanak-kanak perempuan yang matang secara normal. Oleh itu mereka mengalami pendedahan kepada estrogen sepanjang hayat, yang telah ditunjukkan dalam kajian meningkatkan risiko kanser payu dara.

Kegemukan, tidak aktif, tekanan keluarga, imejan media, pendedahan kepada bahan kimia di rumah dan pendedahan kanak-kanak perempuan kepada bahan kimia secara tidak sengaja yang boleh mengubah masa kematangan seksual telah dihipotesiskan sebagai pencetus bagi baligh awal di kalangan kanak-kanak.

Menurut kajian, antara faktor yang mempercepat proses baligh termasuklah yang berikut:

* Paras lemak tubuh lebih tinggi dalam kalangan kanak-kanak.

* Hormon dalam makanan.

* Racun makhluk perosak dalam pengeluaran.

* Ftalat dalam plastik dan kosmetik.

* Tekanan meningkat dalam keluarga akibat perceraian dan ibu bapa tunggal.

* Terlalu banyak menonton televisyen.

Baligh awal dalam kalangan lelaki juga boleh meningkatkan kejadian kanser testis, mengurangkan kesuburan dan melemahkan pertumbuhan, yang menyebabkan ketinggian lebih rendah.

Seorang penyelidik baligh begitu awal, Dr Marcia Herman-Giddens, Profesor Kesihatan Ibu dan Anak di Universiti Carolina Utara berkata: "Ia mungkin tidak sihat memandangkan kajian lebih awal telah menunjukkan lebih cepat seorang budak lelaki mula baligh, lebih tinggi risiko menghidap kanser testis, begitu juga kanak-kanak perempuan yang matang awal mengalami risiko lebih tinggi menghidap kanser payu dara."

Sehubungan penemuan kajian ini, CAP menggesa Kementerian Kesihatan serta semua pihak yang berkenaan supaya mengambil langkah yang sewajarnya bagi menangani masalah ini.

Penulis adalah Presiden CAP. - lanh

SUFIAH YUSOF: Selamatkan Genius Matematik ini dr Saran Pelacuran

Oleh yb_pmn

"Saya agak terkejut apabila membaca laporan ahmadhadeed: Adakah budak Geneuis Matematik dilarikan dan dijadikan pelacur?

Dengan hasrat ingin tahu... saya melayari blog: News of the World untuk mendapatkan artikel berkaitan Sufiah.

Betapa terkejutnya apabila saya benar2 melihat seorang anak genius yang pernah dikaitkan dengan negara kita berdasarkan Ibunya berasal dari sini bertelanjang bulat dan beraksi sebagai pelacur.

Kerajaan Malaysia perlu mencari jalan untuk membawa keluar Sufiah daripada sangkar maksiat itu. Jika selama ini kita berbangga dengan kecerdikannya, rasanya eloklah pihak kerajaan mencari jalan penyelesaian dalam kes ini.

Tidak kiralah apa pegangangnya, namun ia perlu diusahakan di atas kapisiti tidak mahu pihak Yahudi dan golongan kafir mempergunakan batang tubuh Sufiah untuk menjatuhkan maruah Islam dan Malaysia secara khususnya. (sila layari web di bawah utk melihat aksi Suffiah)
http://www.newsoftheworld.co.uk/3003_hooker.shtml

Ini juga merupakan satu penghinaan kepada Islam yang diperkudakan oleh bangsa Yahudi.

Jangan anggap ini mudah dan kerajaan melepaskan tangan, mungkin kecerdikan yang ada pada Sufiah boleh diaplikasikan di sini selepas beliau pulih sepenuhnya drp trauma keseksaan hidupnya itu.

Wallahualam!
"

Who Is Patrick LIm

Saturday, March 29, 2008
Patrick Lim - jetsetter with a bulls-eye on his back


KUALA LUMPUR, March 28 – His jet set days seem a lifetime ago. The days of hopping onto a helicopter for a trip to Penang or a quick turnaround to Paris on his private jet. Or a power breakfast with Ferrari’s Kimi Raikonnen. Or *****tails with Oracle’s Larry Ellison at the America’s Cup in Valencia.



Those days must seem a long time ago for Datuk Patrick Lim Soo Kit.



Today, he must feel like a man with a bulls-eye on his back. The suave and well-turned out businessman has retreated to the background, hoping that the changing political structure will not leave him on the sidelines as it has many prominent Malaysian corporate figures over the year

.Think of Tan Sri Khoo Kay Peng, Tan Sri Quek Leng Chan, Datuk Nazri Abdullah and others who paid for their close association with either Tengku Razaleigh Hamzah or Anwar Ibrahim.
What was once a powerful calling card is now a liability for the man christened Patrick Badawi by his enemies. And make no mistake now that Abdullah Ahmad Badawi’s hold on power is tenuous, Patrick Lim’s enemies are coming out in droves.

Leading the charge is Tun Dr Mahathir Mohamad. In his column in The Sun today, the former prime minister implies that the former Terengganu mentri besar Idris Jusoh and the first family may have benefited from various mega-projects. He does not name the conduit. He does not have to.

It was Dr Mahathir who publicly accused Lim and Khairy Jamaludin of running Terengganu at the height of his public spat with Abdullah. By referring to him today, Mahathir is merely drawing on a reservoir of disdain, envy and anger against Patrick among Umno members.

His critics say that Patrick dropped Abdullah’s name at every turn, and that helped propel him into the big league and pages of society magazines. He hit the Malaysian corporate scene in the 1990s when - with the help of some financial backing from his wealthy father-in-law - his company started Equine Park, a housing development in Selangor.

As with many businessmen in Malaysia, he hitched his fortunes to the political master of the day. In the waning days of the Mahathir administration, he hung out with Datuk Mokhzani Mahathir, and they became thick friends. After Abdullah became the PM in October 2003, Lim started getting closer to Kamaludin, Abdullah’s only son. Within a short time, he made himself part of the inner circle, showing up when Abdullah and family members went on holidays.

By now, there was speculation that he was a nominee for Kamaludin. Within some government departments and states, there was little doubt that he had the ear of the PM, or at least he gave the impression he had.

He began to attract disdain and envy after he was selected by Abdullah to develop Pulau Duyong near Kuala Terengganu and organise the Monsoon Cup. In a short time, the Monsoon Cup has become a popular warm-up for teams planning an assault on the America's Cup.

In the same time, rumblings started on the ground that Lim and Abdullah’s family were the main beneficiaries of the major infrastructure projects in the state. This was one of the sticky points between Idris Jusoh and the royal household in the recent battle over the Mentri Besar’s position. Lim was aware of the growing noise and attempted to hush it by pointing out of the many economic benefits which the Monsoon Cup brought to the state.

What he failed to realise was that the criticism had little to do with the race itself but was aimed at its promoter and benefactor in Putrajaya. Within Umno circles, they were peeved that a businessman, not one of their own, could wield so much influence and do it so openly.

If there was any doubt about Lim’s close ties with Abdullah it was swept away when the Prime Minister launched the Penang Global City Centre last year. The project – an ambitious plan to turn a tiny neighborhood into a sprawling metropolis – was fast tracked as a high-impact project under the National Implementation Task Force and put under the Northern Corridor.

Critics said that the project, to be developed on a 104-ha site now occupied by the Penang Turf Club, will create traffic jams, damage lush green areas and will be unsustainable. The new state government under Lim Guan Eng is not likely to approve the project unless it is scaled down.

Lim knows that his days of being in the frontline are over.

He will be collateral damage even if Abdullah survives this choppy period. It is the price that businessmen in Malaysia pay for being associated with certain political leaders. Tan Sri Halim Saad of the Renong Group and Tan Sri Tajudin Ramli were the poster boys of the Mahathir era and paid for the excesses associated with that time.

Only a handful of corporate figures have been able to be close to different political masters. Among them is Berjaya’s Vincent Tan. He has remained loyal to Dr Mahathir but managed to win the trust of Abdullah. But the publication of Dr Mahathir’s long and piercing attack on Abdullah on the front page of a newspaper closely associated with Tan suggests that he is hedging his bets.


MalaysiaInsider.

tunku : i am sure very soon patrick will be best buddy of guan eng.

Posted by tunku at 12:00:00 AM http://tunkuaisha.blogspot.com


3 comments: Anonymous said...
He is businessMan. He is not like Ting Pek Khiing, can fall back to Sarawak.
But puzzle us, how can politician fall into businessman trap? or vice versa?

March 29, 2008 2:43 PM Anonymous said...
Are you sure he is patrick Lim? Did we get the right picture, Tunku? He does not look Chinese at all, and patrick badawi would be a more apt name for this mamak looking chap!

March 29, 2008 4:38 PM CHARLIE KC said...
Patrick Lim is the CEO of Equine. He was adopted son of Dato Lim. There are unconfirmed talk that his sister, dato lim daugther married to AAB 's son?

Patrick Lim is also the CEO of Equine Berhad. Share had rocket to 3.xx and nwo drop dead to 90sen plus

March 30, 2008 2:49 PM

Khir Toyo mula ‘berblog’, Shahidan pun teringin sama

KHIR Toyo jadi penulis blog”, begitulah tajuk sebuah akhbar semalam mengenai ‘kerjaya baru’ ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Dato’ Seri Dr Khir Toyo selepas partinya kalah teruk dalam pilihan raya umum di negeri itu baru-baru ini.

Selepas enak berada di kerusi empuk bertahun-tahun lamanya, kini Khir Toyo mula merasai ‘keenakannya’ berada di ‘kerusi kayu’ pula. Sama ada Khir Toyo boleh terus kekal mengharungi cabaran dalam dunia barunya itu hanya masa yang menentukan, cuma agak lucu bila dibayangkan bagaimana seorang bekas Menteri Besar sebuah negeri termaju di Malaysia tiba-tiba terpikat hendak masuk dalam kumpulan ’syok sendiri’ (menurut Menteri Pelancongan, Dato’ Azalina Said).
Mudah-mudahan Khir tidak akan syok sendiri dalam dunia barunya itu. Jika meneliti kenyataan beliau ketika ditanya mengenai laman blog yang diciptanya jelas sekali Khir tidak syok sendiri.

Beliau berhasrat menjadikan blog berkenaan sebagai salah satu saluran beliau untuk menyuarakan pandangannya terhadap pentadbiran baru kerajaan negeri di bawah Barian Rakyat pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dalam kata-kata aluannya Khir berkata: “Ia akan menjadi wadah untuk saya berkomunikasi dengan pembaca khusus dalam isu-isu politik dan sosial. Saya akan memanfaatkan blog ini untuk berbicara mengenai masa depan negara dan perjuangan Umno sebagai wadah politik kita.”

Nampaknya Khir memang serius. Ternyata hasrat Khir mendapat maklum balas yang hangat. Setakat saya menulis artikel ini (11.30 pagi) terdapat 247 komen terhadap posting pertama beliau bertajuk “Wadah sebuah perjuangan itu“.

Rata-rata pengunjung mengalu-alukan hasrat Khir dan berharap beliau tidak hanya hangat-hangat tahi ayam. Sebahagian komen sempat saya kumpul di kelantankini.com. Menariknya Khir Toyo turut memberi respon terhadap komen-komen yang sebahagiannya turut menyindir langkah beliau itu.

Sementara itu seorang lagi bekas menteri besar, Dato’ Seri Shahidan Kassim khabarnya bakal menuruti jejak sahabat beliau itu. Harap-harapnya mereka berdua ini tidaklah pula membuat cerita fitnah pula dalam blog masing-masing, almaklumlah pemimpin Umno kata cerita dalam blog tak boleh dipercayai kerana tiada fakta sahih. Apa-apa hal pun selamat berblogging buat Dato’ Seri berdua. Kalau rasa susah nak dapat pengunjung kritiklah sama orang atas macam Dr Mahathir lakukan.

kelantankini.com

Senarai portfolio anggota Exco Perak diumumkan

31/03/2008 2:03pm


IPOH 31 Mac — Pejabat Menteri Besar Perak hari ini mengumumkan senarai portfolio 10 anggota Exco kerajaan campuran negeri yang mengangkat sumpah jawatan Sabtu lepas dan portfolio yang dipegang Menteri Besar Mohammad Nizar Jamaluddin.

Menteri Besar bertanggungjawab bagi portfolio Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Tanah, Hasil Bumi dan Sumber Asli, Keselamatan dan Pembangunan Luar Bandar.

Senarai portfolio bagi 10 anggota Exco yang terdiri daripada enam anggota Dewan Undangan Negeri dari DAP, tiga Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan seorang wakil PAS, mengikut kenyataan yang dikeluarkan di sini ialah seperti berikut:

1. Ngeh Koo Ham (Adun Sitiawan): Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Tenaga dan Air dan Hal Ehwal Bukan Islam.

2. Nga Kor Ming (Pantai Remis): Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Awam.

3. A. Sivanesan (Sungkai): Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Sumber Manusia.

4. Seah Leong Peng (Pasir Bedamar): Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Belia dan Sukan.

5. Chen Fook Chye (Keranji): Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Pengguna.

6. Su Keong Siong (Pasir Pinji): Pengerusi Jawatankuasa Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Komunikasi.

7. Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang): Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pertanian dan Perdagangan.

8. Tai Sing Ng (Kuala Sepetang): Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Industri dan Penerangan.

9.Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering): Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

10. Mohd Zainuddin Mohd Yusof (Lubuk Merbau): Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan Islam, Wanita dan Kebajikan.

- Bernama

Ahli Dewan Undangan Negeri Perak Keluar Parti DAP

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Perak dari DAP hari ini telah bertindak meninggalkan parti berkenaan kerana hanya seorang sahaja kaum India yang dilantik sebagai Exco di negeri tersebut, demikian malaysiakini melaporkan.

Di dalam sepucuk surat kepada Setiausaha Agong DAP Lim Guan Eng, Sivasubramaniam mendakwa bahawa Pengerusi DAP Perak Ngeh Khoo Ham telah gagal mengkotakan janjinya unt melantik dua orang kaum India sebaga ahli exco.

"Ini merupakan satu tamparan hebat dan satu penipuan kepada komuniti India di Perak," bentak pemimpin DAP tersebut di dalam suratnya.

10 Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) pakatan itu di Perak selesai mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) pada Sabtu lepas di hadapan Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah di Istana Iskandariah itu hadir selepas tiga minggu kemenangan luar dugaan pakatan BA pada pilihan raya umum lepas dengan pelbagai spekulasi desas desus ditimbulkan oleh pihak media.

Kerajaan campuran yang diterajui tiga parti itu dibentuk selepas memenangi 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada pilihan raya umum 8 Mac lepas manakala BN hanya menang 28 kerusi.

Anggota Exco yang mengangkat sumpah terdiri enam dari DAP, tiga dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan seorang dari PAS.

Mereka ialah Ngeh Koo Ham (Sitiawan), Nga Kor Ming (Pantai Remis), Su Keong Siong (Pasir Pinji), Chen Fook Chye (Keranji), Seah Leong Peng (Pasir Bedamar), A Sivanesan (Sungkai), Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Tai Sing Ng (Kuala Sepetang), Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) dan Mohd Zainudin Mohd Yusof (Lubuk Merbau).

Dari barisan exco itu, jelas DAP hanya menghantar satu nama pemimpi nIndia iaitu A.Sivanesan kepada Menteri Besar untuk diterima sebagai ahli Exco dan ini menimbulkan rasa tidak puashati kepada masyaraka India di negeri Perak terhadap keputusan DAP yang menamakan 8 orang kaum Cina sebaai exco di negei berkenaan.

KASIHAN....APABILA JAWATAN DAN KUASA JADI MATLAMAT INILAH PADAHNYA


INILAH PADAHNYA APABILA KUASA DAN JAWATAN SERTA HARTA MENJADI MATLAMAT PERJUANGAN.

APABILA DIKETEPIKAN 'FRUST TERTONGGENG'. ALLAH BERKUASA UNTUK MELUCUTKAN KEKUASAAN DAN MARTABAT SESEORANG.

AKIBAT MENANG DENGAN MENIPU AKHIRNYA DIRI SENDIRI DIMALUKAN.

UNDURLAH DERIH LETAK SEMUA JAWATAN DALAM KERAJAAN DAN UMNO. !!!!!!!!! MANA NAK LETAK MUKA TU.

Gambar ini diambil semasa mesyuarat MT Umno semalam yang memutuskan Derih di 'terajang' dari jawatan yang menjadi idaman Derih iaitu menjadi MB Terengganu sekali lagi.

PAS Bantah Keras Filem Anti-Islam Belanda


By ROSLAN SMS



PRESIDEN PAS Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang merakamkan bantahan sekeras-kerasnya terhadap sebuah filem Belanda terbitan Geert Wilders bertajuk "Fitna" yang jelas memberikan gambaran buruk terhadap Islam dan menghina al Quran dan Nabi Muhammad saw.

Filem tersebut turut menggambarkan Islam sebagai sebuah agama yang ganas.

Dato Seri Tuan Guru merasakan filem yang tidak bertanggungjawab ini akan mencetuskan ketegangan antara masyarakat Islam dan bukan Islam dunia dan dengan itu mengesyorkan agar ianya tidak ditayangkan lagi.

Presiden PAS turut menyeru Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), negara-negera Islam dan NGO serta badan dan petubuhan Islam lainnya mengenakan tekanan ke atas Belanda agar bertindak terhadap penerbit filem ini dan meyakinkan dunia Islam bahawa tindakan biadap seumpama ini tidak berulang lagi.

Tambah Dato Seri Tuan Guru, PAS menghormati kebebasan berkarya, namun ia perlu ada had dan batasan, dan dalam hal filem Belanda ini ia ternyata tidak menghormati sensitiviti agama Islam dan penganutnya yang kini merupakan hampir separuh penduduk dunia.

DAULAT TUANKU!


Oleh pro

"
DAULAT TUANKU!




AMPUN TUANKU!

AMPUN PATIK HARAP DIAMPUN,

TUANKU LAMBANG AGAMA ISLAM DI TANAH MELAYU,

PATIK RELA MENEBAS PENDERHAKA TUANKU,

UNTUK MENDAPAT BALIK NAMA ISTANA,

AMPUN TUANKU!

TUANKU JALANKAN TUGAS RAJA MELAYU DENGAN BAIK,

BIARPUN PUAK DERHAKA MENUNTUT,

TUANKU TEGAS DALAM PRINSIP!

IZINKAN PATIK TEBAS MEREKA!

BIAR MATI ADAT,

PANTANG MELAYU HINA RAJA!

DAULAT TUANKU!

http://prostrategik.blogspot.com/

Tuanku Mizan mahu semula kuasa urusan agama!


Berita yang agak menggembirakan diberitahu “tok faqir” ialah Tuanku Sultan sekarang ini ‘mendesak’ agar segala urusan yang berkaitan dengan agama Islam di Terengganu, hendaklah dikembalikan sepenuhnya di bawah baginda. Sejak ia diambil alih kuasanya di zaman Tun Mahathir dulu, rakyat dapat melihat bagaimana hal-ehwal agama khususnya di Terengganu semakin huru hara. Tangan-tangan politik Umno/BN bertindak sewenang-wenangnya dalam urusan berkaitan agama.

Sebagai contoh, JKKK berkuasa menentukan imam, bilal untuk surau dan masjid. JKKK ‘berkuasa’ memecat mereka, menghalang kuliah-kuliah agama, ceramah dan sebagainya. Mereka rela masjid dimakmur kerbau lembu daripada dimeriahkan dengan majlis-majlis ilmu.
AJK masjid diatur rapi agar puak-puak umno yang dilantik. Walaupun datang masjid hari jumaat sahaja, ia dilantik juga sebagai AJK. Kadang-kadang jadi imam pun, bacaan, makrai, tajwidnya diragui. Malah terbayang-bayang pada belakang tuan imam tu lambang dacing pada t-shirt yang dipakai di sebalik jubah yang dipakainya tu.

Nyata sekali, politik hasad dengki, busuk hati, nafsu mazmumah, dendam kesumat merajai keputusan-keputusan dalam perkara kemaslahatan agama. Akhirnya, berlaku pelbagai kepincangan dalam struktur masyarakat dan pembangunan agama khususnya di Terengganu.

Kami rakyat Terengganu berharap dan berdoa, Tuanku Sultan akan terus bertegas dalam ini. Sebagaimana kami berdiri dibelakang Tuanku dalam krisis perlantikan MB Terengganu, begitu jugalah dalam soal ini. Jika urusan agama terus berada di tangan manusia yang bertuhankan nafsu dan bersifat munafik, nescaya rakyat dan negeri akan terus dilorongkan ke jurang kebinasaan.

Kami tidak sanggup lagi melihat muka-muka penderhaka itu menjadi penentu dalam soal-soal keagamaan di negeri kami. Hati busuk dan perut kotor mereka itu tidak akan menghasilkan kebaikan dalam segala tindakan yang dibuat. Walau zahir mungkin nampak cantik, tapi di sebaliknya penuh dengan yang buruk dan hodoh. Tengoklah masjid Kristal tu!

Wahai rakyat Terengganu, perjuangan kita masih belum selesai!

Daulat Tuanku! Suara Rakyat Suara Keramat!

Mahathir kata:Jika Anwar perintah rakyat jadi alat asing:Masa dia Makhluk asing?


Oleh yb_pmn

"Mantan PM yang 'expired' tetapi masih belum diterima pusat pelupusan kekal "KUBUR" kini semakin lantang berkata-kata sehinggakan kalah si burung Tiong.

Terkini: Melayu jadi alat asing jika Anwar memerintah.
Pandai dia kata macam tu, maklumlah benar jugak kata sesetengah orang, bila duduk ditampuk rakyat biasa ni, seronoklah kita mengehentam orang lain.
Tajuk sajak dia:Melayu mudah lupa, sebenarnya ditujukan khas untuk dialah tu. Cuma dia terlupa letak Melayu Mamak pada tajuk itu. Masakan dia lupa bahawa dia di antara pemerintah yang paling lama dan antara paling kejam di negara ini. Tetapi kejam setara mana sekalipun , pencacai Ameno tetap memuja DEWATA ini juga. Maklumlah buta mata, celik harta!

Jika tunduhan beliau Anwar jadi PM rakyat jadi alat asing, saya nak ingatkan Mahathir, masa dia memerintah Rakyat Jadi Makhluk Asing...

Pelbagai perkara yang dilakukan beliau (banyak yang boleh dibaca dalam thtred lain di sini) samada bertujuan nak mencatas musuh parti ataupun musuh peribadi semasa usia pemerintahannya.

Segala perilakunya sekarang tak ubah seperti mengambil semua ludah, tahik, kentut dan sebagainya lagi yang dia punya, kemudian dia sapu balik kat muka mamak dia tuh! Bila dah terlalu sebu akan kebusukkannya, dia sekarang dah tak rasa apa lagi...yang dia tahu mengutuk orang lain, samada pembangkang mahupun pemerintah.

Macamlah masa dia perintah dulu ok. Semua yang beliau laksanakan semasa memerintah dulu telah menyebabkan negara kita berada dalam krisis ekonomi yang paling teruk (tetapi semua masa dia kata ini kerja Anwar tak pandai urus duit).

Mahathir jugalah manusia bertopengkan syaitann yang secara terang menentang agama dan memenjarakan orang lain tanpa belas kasihan. Maklumlah anak dia sendiripun 'atheist' (tak ada agama).

Sebab itulah saya katakan zaman pemerintahannya, rakyat jadi makhluk asing. Hanya dia, famili dan kroni dia sahaja yang menjadi penduduk bumi bernama Malaysia. Orang lain terkebil2 dari angkasa nak dekat pun tak boleh.

Ahli Ameno BeEnd sendiri pun lupa....bahawa inilah orang yang menguasai sepenuhnya BN sehinggakan orang lain nak buat percaturan pun tak boleh. Ngamlah dengan semua gelaran 'MAHA' yang diterima beliau semasa ada kuasa.

Jika ada susur galur keturunan Firaun, dia ini entah generasi Firaun yang ke berapalah agaknya. Kalau dia hidup masa Firaun sekalipun...Firaun itu sendiri yang cabut lari dan jadi Makhluk asing seperti rakyat Malaysia.

....adehhhhh..dehhh..deh!

ANUAR ZAIN : "Bkal Melacur Agama Dan Bangsa?"


Oleh mujahid304

"
Tindakan apa yang bakal dikenakan kepada mamat ni. Kalau iye pun dah gatal nak berkahwin suruh je mak bapak pinangkan.. bukan buat perangai tak senonoh macam ni. Bikin jatuh maruah agama dan bangsa jer..

Apa lagi Pak Menteri, si penyanyi dah keluar statement macam ni.. so tak kan mahu dibiarkan saje. . atau mahu tunggu perkara dah terlanjur seperti kes Faizal 'Superman"?? Tak dapat saya hendak pastikan samada kenyataan ini hanyalah sekadar untuk meraih publisiti murahan atau sebaliknya. Almaklumlah nama beliau pun semakin suram di dalam persada seni tanah air sejak kebelakangan ini..

Sendiri mahu ingatla ok..Negara kita ada undang-undang, jangan fikir bila dia artis, dia hak masyarakat jadi dia boleh bikin apa saje dia suka..Jika benar-benar perkara seumpama ini berlaku, tindakan tegas wajar diambil kepada mamat ni... Inilah konsep pendekatan Islam Hadhari yang berjaya dibawa oleh Pak Lah Badawi..Tahniah Pak Lah, satu beban tambahan khusus untuk kamu serta pendokong kamu..
...............................................

"Pada malam itu, saya akan jadi milik mereka. Jadi mereka boleh buat apa sahaja pada saya. Mereka semua boleh cium dan duduk atas riba saya kalau mereka mahu," ujar penyanyi 'Lelaki Ini' tentang majlis makan malam istimewa 'A Nite With Anuar Zain' yang akan berlangsung di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur pada 2 Mei 2008 ini.

Bukan sahaja terbuka pada kaum sejenisnya sahaja, malah gadis-gadis juga berpeluang untuk menciumnya. Mungkin ini adalah peluang yang baik bagi peminat Anuar Zain di luar sana yang sudah lama menantikan peluang keemasan ini, apatah lagi ia pastinya merupakan suatu 'bonus' terhadap gadis-gadis yang sudah lama tergila-gilakannya.

Pada mulanya, penulis sendiri rasa terkejut dengan kenyataan yang dibuat oleh adik kepada penyanyi popular Ziana Zain ini, kerana dia sanggup membuat tawaran sedemikian terhadap peminatnya. Biarpun ianya bertujuan untuk menggembirakan peminatnya namun ia pasti mencetuskan kontroversi. Apatah lagi sebelum ini, dia pernah dikritik hebat ekoran dicium peminatnya yang bersikap terlalu 'over'.

"Jangan fikirkan tentang kontroversi kerana ciuman itu adalah perkara biasa, lagipun setakat cium di pipi sahaja dan bukannya ada berbaur sensual. Kalau saya tak bagi cium pun, peminat akan datang cium juga dan ia adalah perkara biasa setiap kali saya membuat persembahan.

"Bagi saya, hari tu adalah hari untuk berseronok dan mereka mahukan perhatian dari saya. Jadi tak salah sekiranya saya mahu menggembirakan mereka," katanya yang ditemui ketika pelancaran majlis tersebut di La Bodega, Pavillion, Bukit Bintang, Kuala Lumpur, Rabu lalu.

Majlis makan malam anjuran Sutra D’ Mega Event & Entertaiment Sdn. Bhd. yang bertemakan 'Glamorous' ini akan menyaksikan Anuar Zain mempersembahkan hampir 20 buah lagu dari album-album sebelumnya termasuklah lagu popular seperti Lelaki Ini, Ketulusan Hati, Teman Terulung dan sebagainya selama lebih dua jam bagi meraikan peminatnya pada malam tersebut.

Dengan diiringi oleh pemuzik terkenal, Mac Chew, Anuar Zain juga akan menyampaikan lagu secara madley, malah turut akan melakukan persembahan khas untuk peminatnya pada malam itu. Bagi anda yang berminat untuk menyaksikan persembahan hebat dari Anuar Zain bolehlah mendapatkan tiket dari harga RM300 ke atas menerusi talian 03-20911666 dan website www.ticket2u.biz atau di Music Valley yang berhampiran.

Jualan Album Tidak Menguntungkan

Album ketiganya, 'Lelaki Ini' yang pernah dikritik hebat ekoran mendapatkan khidmat sepenuhnya dari komposer Indonesia, telah pun terjual sebanyak 25 ribu unit sejak berada di pasaran empat bulan lalu.

Jumlah tersebut bukanlah jumlah yang sedikit, memandangkan pasaran muzik tempatan sekarang agak lembap. Merangkap sebagai penerbit terhadap albumnya sendiri, Anuar Zain mengakui bahawa jualan album tersebut merupakan yang terbaik di antara albumnya sebelum ini. Malah turut menyasarkan jualan 30 ribu unit selepas cetakan yang seterusnya dilakukan.

Biarpun jualan album tersebut masih belum 'pulang modal' dan langsung tidak menguntungkan, namun Anuar Zain tetap berpuas hati kerana hasratnya untuk menerbitkan album sendiri telah pun tercapai.

"Tak untung pun tak mengapa, tapi saya boleh 'cover' dengan show yang ada. Dengan adanya album dan lagu-lagu baru, nama saya akan tetap diingati peminat. Kalau boleh saya tak nak macam dulu, bertahun-tahun baru keluar album. Kali ini saya nak keluarkan album dengan cepat, Insya-Allah dalam tahun hadapan," kata Anuar Zain yang kini sedang mengumpul meterial untuk dimuatkan dalam album terbarunya yang keempat.

kunjungi
www.jasindaily.blogspot.com
"

Sultan Kelantan rakam tahniah kepada Menteri Besar

March 30, 2008

Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Al-Marhum Sultan Yahya Petra merakam ucapan tahniah kepada Menteri Besar dan ahli-ahli Exco serta wakil rakyat yang dipilih pada pilihan raya umum Ke-12, 8 Mac lalu.

Oleh itu titah baginda kerajaan negeri yang baru dibentuk diharap dapat melaksanakan pembangunan bagi membolehkan rakyat hidup aman dan sejahtera.
Baginda bertitah, ahli Exco perlu memainkan peranan berdasarkan portfolio masing-masing secara bijaksana mengikut saluran yang ditetapkan.

�Jadilah pemimpin yang bertakwa dan ingatlah kita akan mati dan orang di sekeliling kita tahu apa yang dilakukan.

�Elakkan pembaziran di samping mengambil langkah yang lebih berkesan dan mantap bagi menjana sumber pendapatan negeri.

�Pastikan perbelanjaan kerajaan diurus tadbir dengan baik dan cekap di samping mencari sumber baru bagi peningkatan punca hasil negeri dengan menjadikan sumber mineral seperti minyak dan emas sebagai sumber baru,� titahnya pada istiadat pengurniaan darjah kebesaran sempena ulang tahun Hari Keputeraan baginda ke-58 di Istana Balai Besar di sini, hari ini.

Sebelum itu baginda memeriksa perbarisan dan menerima tabik hormat daripada pasukan keselamatan di Padang Merdeka.

Sultan Kelantan juga menyeru semua pihak supaya memelihara sumber hasil negeri dengan merancang pembangunannya sebaik mungkin dan mematuhi undang-undang serta peraturan berkaitan.

Terdahulu baginda menyempurnakan Majlis Pengurniaan Kehormatan Negeri bagi Darjah Kebesaran kepada seramai 79 penerima.

Laksamana Tan Sri Ramlan Mohamed Ali Panglima Tentera Laut, Markas Tentera Laut mendahului senarai penerima anugerah Darjah Kebesaran Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (S.P.K.K).

Dikuti Leftenan Jeneral Datuk Mohd Salleh Haji Ismail, Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Kementerian Pertahanan dan Laksamana Madya Datuk Mohd Amdan Kurish Panglima Armada TLDM, Markas Armada, Pengkalan TLDM, Lumut.

Penerima anugerah bagi Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (S.P.S.K.) iaitu Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Shkori Mohamed.

Diikuti pula Datuk Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan.

Tan Sri Dr Zulkurnain Awang Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Datuk Hamidon Ali, Duta Besar Malaysia Ke Pertubuhan Banagsa-Bangsa Bersatu Di New York.

Ahli Yang Kedua (Dato� Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.P.M.K.), mendahului senarai penerima ialah Datuk Tan Huat @ Tan Liang Chong Pengerusi Eksekutif SBJ Binajaya Development Sdn Berhad.

Mendahului senarai penerima anugerah Ahli Yang Kedua (Dato� Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.J.M.K) ialah Md Tahir Mohammed Pengarah Eksekutif Kanan Perladangan Felda Plantations Sdn. Bhd, Kuala Lumpur diikuti Razali Daud Pengarah Urusan Sentosa Jaya Development Sdn Bhd.

Sementara Ahli Yang Kedua (Dato� Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkara (D.P.K.K.), mendahului senarai penerima anugerah ialah Brigedier Jeneral Datuk Abdul Aziz Ibrahim, Pemangku Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota, Markas ATM.

Diikuti Brigedier Jeneral Datuk Che Yahaya Idris, Asisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan, Markas Tentera Udara, Brigedier Jeneral Abdul Hadi Hussin, Timbalan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, dan Brigedier Jeneral Khamsan Ngari, Asisten Ketua Staf/Tentera, Markas Tentera Darat.

Penerima anugerah Ahli Yang Kedua (Dato� Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK) seramai 20 orang dengan didahului Abdul Hadi Awang Kecil, Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, Kuala Lumpur mendahului senarai penerimaan.

Penerima anugerah Ahli Yang Ketiga (Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (P.K.K.) seramai enam orang dengan diketuai Kolonel Hasanudin Mustafa, Pengarah Kor Perkhidmatan DiRaja, Markas Angkatan Tentera Darat.

Seramai 38 orang menerima anugerah Ahli Yang Ketiga (Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (P.S.K.) dengan mendahului senarai penerima oleh Prof Madya Dr Ab Aziz Al-Safi Ismail pakar diabetes, USM, Kubang Kerian.

Semalam Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias berkata, jumlah penerima anugerah tahun ini lebih ramai berbanding tahun sebelumnya.

�Tahun ini seramai 691, paling ramai berbanding tahun lepas iaitu seramai 604 orang,� katanya.

Penerima anugerah hari ini membabitkan seramai 79 penerima dan pada 14 April depan pula melibatkan 286 penerima serta 17 April seramai 326 penerima lagi.

Penerima anugerah bagi Ahli Yang Keempat (Bentara) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (B.S.K.) seramai 65 orang.

Ahli Yang Kelima (Ahli) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (A.S.K.) 92 orang.

Bintang Seri Mahkota Kelantan (S.M.K.) (41 orang), Bintang Seri Kelantan (S.K.) (63 orang), Ahli Kelantan (A.K.) (89 orang), Pingat Bakti (P.B.) (58 orang).

Pingat Setia Mahkota Kelantan - 79 orang, Pingat Ta�at - 73 orang, Pingat Perangai Baik - 40 orang, Surat Kepujian - 5 orang dan Jaksa Pendamai 7 orang. - mj

Azalina, Kuda Dan Air Mata Buaya

Oleh Ruhanie Ahmad

Dalam sehari dua ini, sesiapa sahaja antara kita yang ketemu dengan Menteri Pelancongan, Azalina Othman Said, harap minta dia ceritakan semula kisah penglipur laranya berjodol “naik kuda turun kuda.” Tanya juga kepadanya, sama ada dia menyaksikan babak-babak seorang tua mencucurkan air mata buaya kerana kononnya si tua itu sedang dilanda duka nestapa.

Saya pasti Azalina akan terkejut monyet. Dia pasti akan jadi begitu kerana baru petang semalam dia bercerita mengenai kisah “naik kuda turun kuda” tersebut dengan penuh semangat yang meletus daripada roh dan jiwanya.
Azalina pasti akan terkejut monyet kerana baru semalam juga dia menyaksikan babak-babak air mata buaya bercucuran!

Jika Azalina tak mau bercerita mengenai kedua-dua kisah ini, beritahu dia bahawa ramai rakyat Malaysia yang sebenarnya sudah tau mengenainya.

Kalau Azalina tanya, dari mana kita tau mengenai kedua-dua kisah di atas, kita beritahu dia: “kami tau apa yang anda ceritakan kepada sekumpulan manusia pada petang 27 Mac 2008.”

Sendainya Azalina terus mendesak kita mengenai hal berkenaan, beritahu dia bahawa kita tahu apa yang dia ceritakan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO petang semalam. Dan, tanya dia lagi, betul atau tidak dia ada bercerita mengenai kisah “naik kuda turun kuda”?

Akhir sekali kita bacakan kepada Azalina sekerat daripada posting blogger Ketua Perusuh seperti berikut:

Bagi kes MB Terengganu, yang mana Sultan Terengganu (Sultan Mizan Zainal Abidin) bukanlah cuma Sultan bagi Negeri Terengganu Darul Iman, namun Bagindalah juga YDP Agong Malaysia. Oleh yang demikian, bagi tindakan menghina atau menderhaka, bolehlah dikenakan mana-mana satu daripada berikut:

1. Hukuman Mati Mandatori
2. Buang Negeri (atas dasar Sultan Mizan Zainal Abidin adalah Pemerintah Negeri Terengganu)
3. Buang Negara (atas dasar Sultan Mizan Zainal Abidin adalah YDP Agong Malaysia)

Jika Azalina buat-buat tak faham mengapakah dia mesti mengetahui akan wujudnya hukuman-hukuman di atas, tanya dia semula, benar atau tidak semalam dia bercerita tentang kisah “naik kuda turun kuda” dalam konteks apa yang telah terjadi di Terengganu baru-baru ini? Kalau dia insaf akan hakikat ini, waspadalah!

Buat orang tua yang mencucurkan air mata buaya petang semalam, kita harap dia juga baca keratan posting Ketua Perusuh seperti diatas. Dan, tanya juga kepada orang tua terrbabit, adakah hukuman-hukuman di atas yang akhirnya merobah pendirian banyak pihak sehingga YAB Ahmad Said diterima sebagai Menteri Besar Terengganu?
DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU!!!

Azalina, Kuda Dan Air Mata Buaya

Oleh Ruhanie Ahmad

Dalam sehari dua ini, sesiapa sahaja antara kita yang ketemu dengan Menteri Pelancongan, Azalina Othman Said, harap minta dia ceritakan semula kisah penglipur laranya berjodol “naik kuda turun kuda.” Tanya juga kepadanya, sama ada dia menyaksikan babak-babak seorang tua mencucurkan air mata buaya kerana kononnya si tua itu sedang dilanda duka nestapa.

Saya pasti Azalina akan terkejut monyet. Dia pasti akan jadi begitu kerana baru petang semalam dia bercerita mengenai kisah “naik kuda turun kuda” tersebut dengan penuh semangat yang meletus daripada roh dan jiwanya.
Azalina pasti akan terkejut monyet kerana baru semalam juga dia menyaksikan babak-babak air mata buaya bercucuran!

Jika Azalina tak mau bercerita mengenai kedua-dua kisah ini, beritahu dia bahawa ramai rakyat Malaysia yang sebenarnya sudah tau mengenainya.

Kalau Azalina tanya, dari mana kita tau mengenai kedua-dua kisah di atas, kita beritahu dia: “kami tau apa yang anda ceritakan kepada sekumpulan manusia pada petang 27 Mac 2008.”

Sendainya Azalina terus mendesak kita mengenai hal berkenaan, beritahu dia bahawa kita tahu apa yang dia ceritakan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO petang semalam. Dan, tanya dia lagi, betul atau tidak dia ada bercerita mengenai kisah “naik kuda turun kuda”?

Akhir sekali kita bacakan kepada Azalina sekerat daripada posting blogger Ketua Perusuh seperti berikut:

Bagi kes MB Terengganu, yang mana Sultan Terengganu (Sultan Mizan Zainal Abidin) bukanlah cuma Sultan bagi Negeri Terengganu Darul Iman, namun Bagindalah juga YDP Agong Malaysia. Oleh yang demikian, bagi tindakan menghina atau menderhaka, bolehlah dikenakan mana-mana satu daripada berikut:

1. Hukuman Mati Mandatori
2. Buang Negeri (atas dasar Sultan Mizan Zainal Abidin adalah Pemerintah Negeri Terengganu)
3. Buang Negara (atas dasar Sultan Mizan Zainal Abidin adalah YDP Agong Malaysia)

Jika Azalina buat-buat tak faham mengapakah dia mesti mengetahui akan wujudnya hukuman-hukuman di atas, tanya dia semula, benar atau tidak semalam dia bercerita tentang kisah “naik kuda turun kuda” dalam konteks apa yang telah terjadi di Terengganu baru-baru ini? Kalau dia insaf akan hakikat ini, waspadalah!

Buat orang tua yang mencucurkan air mata buaya petang semalam, kita harap dia juga baca keratan posting Ketua Perusuh seperti diatas. Dan, tanya juga kepada orang tua terrbabit, adakah hukuman-hukuman di atas yang akhirnya merobah pendirian banyak pihak sehingga YAB Ahmad Said diterima sebagai Menteri Besar Terengganu?
DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU!!!

Raja DR. NAZRIN Perkenan ANGKAT SUMPAH EXCO PERAK 29 Mac Ini

March 28, 2008

PEMANGKU Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini memperkenankan istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak diadakan pada Sabtu ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Raja Datuk Seri Mansur Raja Razman dalam kenyataan ringkasnya hari ini berkata, Majlis Angkat Sumpah berkenaan akan dilaksanakan pada pukul 11 pagi di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Majlis istiadat angkat sumpah dilangsungkan setelah 12 hari Menteri Besar Perak baru, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin mengangkat sumpah jawatan pada 17 Mac lalu.

Sebelum ini, beliau yang dijadualkan mengumumkan barisan Exco kerajaan campuran pada 21 Mac lepas, menangguhkannya tiga hari kemudian tetapi sekali lagi ditangguhkan.

Mohammad Nizar memberi alasan penangguhan itu dibuat bagi memperkemaskan barisan Exco yang mengandungi enam wakil DAP; tiga daripada PKR dan dua Pas di samping menunggu perkenan daripada pihak istana.

Sebelum itu, Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham berkata, majlis angkat sumpah itu diadakan pada 24 Mac dan beliau akan dilantik menjadi Timbalan Menteri Besar Perak I, tetapi ia tidak menjadi kenyataan.

Sementara itu, menurut laporan Bernama hari ini, Mohammad Nizar berkata, kerajaan campuran di negeri ini masih menunggu perkenan Sultan Perak bagi mengadakan upacara angkat sumpah barisan Exco yang dijangka diadakan pada minggu depan.

Formula barisan Exco kerajaan campuran Perak yang telah dipersetujui iaitu enam daripada DAP, tiga PKR dan dua Pas akan terus dikekalkan.

Katanya, pihaknya yakin langkah berkenaan tidak akan membawa sebarang masalah kerana ia hasil persetujuan secara bersama walaupun pembahagian jawatan Exco tidak mewakili komposisi kaum di negeri ini.

Tegasnya, dakwaan kononnya bangsa Melayu akan terpinggir jika enam ahli exco terdiri daripada wakil rakyat DAP hanyalah satu mitos.

‘‘Walaupun kita di Perak berlainan agama, bangsa, budaya dan latar belakang, tetapi kita bersatu hati,” katanya.

Ahmad Said dijangka MB 3 bulan sahaja

Oleh yb_pmn

"Selesai sudah sebuah drama (tak beres) berkaitan isu MB Terengganu. Ternyata puak-puak sekolah tak habis yang diketuai oleh BODOlah akhirnya mengiktiraf Ahmad Said sebagai MB Terengganu yang baru.

Namun, dalam keputusan sebulat suara MT dan pernyataan yang terpaksa mengunakan skrip (PM nak sebut nama MB pun tak ingat), tersirat sejuta dendam kesumat yang bakal meledakkan krisis yang lebih hangat dalam Ameno selepas ini.

Ada teori mengatakan bahawa PM dan MT terpaksa akur tidak melawan istana lagi sebagai jalan penyelesaian 'sementara'.

Apakah nasib geng 22?
Dalam pada mengiktiraf Mat Said sbg MB Trg., PM juga merelakan kes rasuah ahli politik Kijal (Mat Said) diteruskan. Bermakna dalam jangka masa tiga bulan MB baru Terengganu itu akan tersungkur.

Dengan kenyataan ringkas PM tentang Mat Said, bermakna juga banyak yang tersirat dan mungkin banyak juga agenda PM dan Deris serta geng 22 untuk membalas dendam. Mereka begitu aib dengan masalah yang dicipta oleh mereka sendiri. Malah dikatakan ada beberapa ADUN yang tidak dapat dihubungi langsung kerana malu untuk bersuara.

Tetapi kita mesti tahu dan ingat! Mat Said bukan bodoh dan sudah tentu tidak akan duduk diam untuk diaibkan pula.

Dalam jangkamasa diberikan kuasa ini, beliau sudah tentu akan mencipta sesuatu yang bakal menyelamatkan tampuk pemerintahannya. Adakah beliau sanggup dicop dalam sejarah sebagai MB paling singkat berkhidmat?

Antara agendanya adalah membuka juga fail2 rasuah golongan yang menentangnya. Apabila keadaan ini berlaku, maka terjadi kes pertindihan penyiasatan. Sekiranya PM tidak mahu melihat anak emasnya Idris diserkup oleh BPR, maka beliau pula yang akan mengarahkan BPR menutup kes Mat Said. Maka MB Trg itu akan selamat.

Dan banyak lagi perkara yang akan kita lihat nanti, bagaimana puak-puak ini akan bertelagah sesama sendiri. Ada lagi perkara yang tidak masuk akal yang tidak pernah kita fikirkan sebelum ini, sebagaimana kita tidak pernah terfikir bagaiamana Allah mencipta satu konflik perbalahan sesama mereka di dalam barisan sekular Ameno ini.

Sesungguhnya kejahatan dan penipuan itu pastinya menuju jalan kehancuran...Takbir!

Respon kepada Dato' Noraini

Oleh penamujahidah

"
Merujuk kepada laporan akhbar Berita Harian bertarikh 26 Mac 2008, ruangan Rencana, ”Puteri tangkis serangan siber”, halaman 9. Dato’ Noraini Ahmad mengeluarkan kenyataan dengan menyatakan bahawa pembaca blog adalah ’Masyarakat Starbucks’. Nampaknya para pimpinan UMNO gemar memberikan istilah kepada mereka yang datang dengan pesona pemikiran yang berbeza. Jelas kesan kebangkita para pengundi di kalangan anak-anak muda menjadi tamparan hebat buat UMNO dan Barisan Nasional. Masakan tidak jika YAB Perdana Menteri sendiri mengiktiraf usaha siber pembangkang merupakan antara faktor kejatuhan regim Barisan Nasional di beberpa negeri panas di negara kita.


Ketua Puteri UMNO Malasyia yang kini menjadi Timbalan Menteri Sumber Manusia, dalam kenyataan menyatakan bahawa kekalahan besar calon BN pada PRU yang lalu menunjukkan mentaliti masayarakat hari ini termasuk generasi muda yang kerap mendapatkan maklumat melalui blog mengenai perkembangan terkini senario politik negara. Menurut beliau lagi generasi muda hari ini menerima maklumat melalui internet tanpa sebarang tapisan. Sehingga ini mengakibatkan generasi muda menjadi emosional lalu mencetuskan budaya ’cuba-cuba’ mengundi dan akhirnya membawa kejatuhan kepada regim BN. Noraini juga menyatakan bahawa golongan muda hari ini tidak suka membaca surat khabar dan menonton berita di televisyen.

Sebagai generasi muda, penulis dan pembaca blog, saya ingin menyambut segala lontaran hujah tidak berasas dari Ketua Puteri ini.

Pertamanya saya merasakan bahawa betapa perlunya Ketua Puteri ini mengkaji, apakah faktornya yang menyebabkan ramai sekali anak muda yang bertindak untuk mendapatkan maklumat melalui blog dan laman sesawang? Tidak mengapalah saya yakin Ketua Puteri ini adalah antara golongan ahli politik yang tidak berjiwa rakyat. Mengapa saya katakan demikian? Sebagai ahli politik yang berjiwa rakyat, perkara paling penting adalah mereka ini harus bijak membaca bukan sahaja senario politik negara tetapi lebih dari itu mereka harus bijak membaca minda rakyat. Nampaknya Ketua Puteri masih tidak dapat melihat dan belajar dari ’tunjuk perasaan’ di peti undi yang berlaku tempoh hari,itu pun adlah hasil saranan YAB Perdana Menteri sewaktu berucap di Perhimpunan Agung UMNO yang lalu ketika merespon kepada himpunan BERSIH yang akan diadakan pada waktu itu. Sudahlah gagal menginterpretasikan mesej yang rakyat sampaikan melalui undi pelbagai tuduhan tidak berasas pula di lemparkan.

Disini saya ingin menjelaskan, bahawa kami golngon muda sebenarnya bukanlah golongan yang tidak suka membaca surat khabar mahupun menonton berita di televisyen, dan kami bukannya golongan yang menerima satu-satu maklumat tanpa tapisan mahupun sandaran yang kuat kepada realiti yang berlaku, tetapi kami adalah golongan muda yang sudah jemu dan jelik dengan penipuan demi penipuan yang dimuatkan dalam akhbar perdana dan kaca televisyen. Disebabkan kami melihat,mengkaji,berfikir dan menapislah maka kami berusaha untuk mendapatkan maklumat yang sahih melalui pelbagai saluran yang kami yakini. Apakah kami dikira golongan yang bertindak mengikut emosi jika kami menghendakkan keadilan? Apakah kami adalah golongan ’Starbuck’ kerana meraikan pandangan-pandangn yang menginginkan perubahan dan turut menuntut perubahan disegenap segi? Kami tidak akan mencari saluran maklumat alternatif jika saluran perdana yang ada menjadi saluran yang telus dan saluran rakyat. Jangan harap bahawa kami akan terus tertipu dengan mainan UMNO-BN ini. Kami sudah sedar dan aku terus sedar dalam memperjuangkan masa depan agama, bangsa dan negara kami.



Lidah memang lembut tak bertulang tapi manusia punya akal untuk mengatur dan melafazkan lisan dengan bijak. Tetapi mungkin Ketua Puteri telah hilang fokusnya ketika mengeluarkan kenyataan mengenai golongan muda yang ’cuba-cuba’ mengundi. Wahai Ketua Puteri yang bermakhotakan selendang merah jambu, terimalah kenyataan ini. Ini bukan cubaan, ini betul-betul. Ini suara hati kami, suara hati insan-insan yang mencintai negara ini. Ayuh kita melihat semula kalimat silam pepatah berharga tinggalan nenek moyang ’sayangkan isteri tingal-tinggalkan, sayangkan anak, tangan-tangankan”. Dalam konteks politik negara ini, pengundi atau rakyat adalah ibu bapa kepada pemerintah, kerana rakyatlah yang memberikan kuasa kepada pemerintah itu, jsuteru kerana sayangkan pemerintahlah maka kami tangan-tangankannya di peti undi tempoh hari.Apakah tangan yang memberi 'kuasa' ini tidak layak memberi teguran dengan cara kami yang tersendiri? Kami sayangkan kerajaan dan negara kami, kami tak mahu hari demi hari kerajaan terus melakukan kesilpan, kesalahan dan kezaliman. Justeru perubahan yang kami tuntunt adalah pembebasan rakyat dari natijah kesilapan, kesalahan dan kezaliman yang di lakukan oleh pemerintah, dan perubahan yang kami tuntut adalah pembebasan kepada pemerintah dari terus melakukan kesilapan dengan memegang kuasa di tangannya.

Terlanjur bicara Ketua Puteri dalam kenyataannya itu, saya ingin memberikan teguran kepada anda, anda adalah Timbalan Menteri Sumber Manusia, justeru bertindak dan berbicaralah sebagai pemimpin rakyat, jangan megulangi kesilapan kekanda-kekanda anda terdahulu yang menjadi menteri dan timbalan menteri untuk kepentingan diri dan parti sebaliknya gagal menjadi menteri dan timbalan menteri rakyat.

Dalam laporan akhbar tersebut Ketua Puteri UMNO Malaysia ini turut menyatakan bahawa generasi muda yang mendapat maklumat melalui blog sebagai generasi yang tidak mempunyai jati diri yang kuat. Saya ingin mempersoalkan apakah yang dimaksudkan dengan jatidiri oleh Noraini Ahmad ini. Jika jati diri seorang muslim dan melayu hanya terdapat pada tudung pink, selendang merah, keris tanpa sarung dan bendera biru mereka, alangkah malangnya nasib muslim melayu di malaysia ini. Ketahuilah bahawa jati diri itu adalah identiti individu, masayrakat, dan negara.Perlu Ddi fahami identiti indentiti yang dimkasudkan ini tidak datang dengan memakai ’uniform’ parti atau pun dengan menangkat bendera parti. Pimpinan UMNO di semua peringkat perlu jelas bahawa jati diri mana-mana individu tidak datang dengan cop mohor parti mereka. Kami generasi muda mencintai negara kami kerana iman kami terhadap Allah. Kami generasi menairap makan pasir, terlentang berminum embun hanya untuk mempertahankan kesucian negara kami demi mendaulatkan kalimah tauhid, La ila ha Illa Allah, Muhammadur Rasulullah. Kepada Ketua Puteri UMNO Malaysia, satu pesan saya bicara soal jati diri andai konsep jati diri itu sendiri gagal anda difahami dengan baik.

Melihat kepada gelombang hari ini, Dengan penuh tanggungjawab, kami generasi muda telah membuktikan sejauh mana mantapnya jati diri kami di peti undi pada 08 MAC 2008, tanggak bersejarah dalam arena politik tanah air. Setakat ini mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir hanya menyatakan bahawa UMNO telah lumpuh dan saya yakin, jika Barisan Nasional masih tidak belajar dari apa yang terjadi, gelombang yang lebih besar dari ini akan berlaku, dan ingatlah jika senjata di tangan kami mula berbicara utk kesekian kalinya pada PRU-13 nanti, maka Barisan Nasional akan turut lumpuh.Walau apa pun sekalung tahniah kepada Puteri UMNO yang menyatakan hasrat murni mereka untuk memantau blog-blog yang ada, nasihat saya, jangan sekadar memantau, nilailah ia dengan mata hati dan kajilah ia demi peradaban bangsa yang terjamin untuk anak cucu kita kelak. Bangsa yang bijak adalah bangsa yang belajar dari setiap kegagalan, kejatuhan dan kekecewaan.



Hakikatnya segala-galanya adalah dari ALlah SWT jua, kita harus belajar dari segala ruang tabiyyah yang ALlah beri ini.



Wallahua’alam

Pantun Politik...


Untuk Semua Rakyat

Kalau hendak memilih kain
Pilih kain bertapak catur
Kalau hendak memilih pemimpin
Pilihlah pemimpin berakhlak jujur
-----------------------------------

Untuk Rafidah

Masak durian tercium bau
Isinya sedap rasanya manis
Hendak meminta terasa malu
Didalam gelap aku menangis
-----------------------------------

Untuk Samy & Khir

Berani hanya di dalam kandang
Bila keluar tak tengok orang
Cakap besar mulut temberang
Kemana pergi dimusuhi orang

Perlembagaan Malaysia dan Perlembagaan Islam : Suatu Perbandingan

OLEH SYED IBRAHIM SYED ADBUL RAHMAN

Mengikut pencapaian ilmu sekarang, setiap yang diakui sebagai sebuah negara yang diwujudkan tidak lengkap kalau tidak mempunyai perlembagaannya sendiri samada bertulis atau tidak.
Perlembagaan adalah perlu samada ianya Islam atau tidak. Dengan perlembagaan boleh diketahui dan ditentukan peraturan hidup, hak-hak warganegara, system kehakiman, kuasa kerajaan. Badan Penggubal Undang-Undang dan berbagai-bagai lagi. Sekurang-kurangnya Perlembagaan akan mengandungi ciri asas dan bingkai pemerintahan dan kuasa-kuasa diwujudkan diperuntukan dan dilindungi.

Perlembagaan Malaysia sememangnya tersedia dan sudah terpakai sekian lama. Ia mengandungi ciri asas dan bingkai pemerintahan beserta dengan kuasa-kuasa yang terdapat di dalamnya. Ia memnuhi kehendak ukuran moden dan bersesuaian dengan system demokrasi yang diamalkan. Walaupun dari beberapa sudut ianya boleh dikritik dan perbahasan mengenainya akan berterusan.

Tetapi perlembagaan Islam pada zaman sekarang masih belum ada satu contoh yang sedang terlaksana. Selain daripada huraiannya sebagai konsep sahaja, belum ada ijmak mengenai sesuatu Perlembagaan yang terlaksana di negara-negara umat Islam.

Walaupun begitu ciri-ciri Perlembagaan Islam itu mungkin terdapat pada satu-satu Perlembagaan di negara-negara umat Islam sekarang dan mungkin berbeza cirri-ciri tersebut di antara satu sama lain.

Di Malaysia sekarang nampaknya bukan isu lagi samada perlembagaan Islam atau tidak, tetapi penekanan telah berubah kepada samada Malaysia adalah sebuah negara Islam ataupun tidak. Ia telah dijadikan isu yang dipertikaikan dari sudut politik.


Biasanya dalam system demokrasi, isu politik ditenangkan atau dimantapkan melalui menggubal undang-undang mengenai isu tersebut. Selepas itu dia tidak akan menjadi isu politik lagi.

Tetapi sekarang, isu Perlembagaan Malaysia, samada Islam atau tidak, bukan lagi menjadi isu, tetapi ditekankan bahawa Malaysia adalah negara Islam.

Dengan meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan dan agama Negeri, diterima sebagai asas akademik dan juga politik iaitu pencapaian persefahaman yang paling minima yang boleh diterima pakai oleh warganegera berbilang kaum.

Oleh itu selebihnya memerlukan pengisian dan inilah hujah yang sekarang diketengahkan untuk menyakinkan masyarakat umum yang berbilang kaum.

Kita tidak boleh melabelkan Perlembagaan Malaysia sebagai tidak Islam dengan hanya menuduh secara rambang kerana hujah yang perlu dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan tahap pencapaian ilmu perundangan sekarang dan perkara yang ditimbulkan hendaklah menunjukkna perbezaan nyata pada perkara pokok atau asas-asasnya.

Dari satu segi yang paling asas, kita boleh bercakap fasal sumber undang-undang. Perlembagaan Islam meletakkan sumber undang-undang ialah Al-Quran dan As-Sunnah, tetapi Perlembagaan Malaysia meletekkan undang-undang tertinggi ialah Perlembagaan tersebut (Perkara 4 (1).

Mengikut amalannya, sebarang pertikaian undang-undang Perlembagaan, mahkamah akan mencari duluan (precedent) dimana-mana negara yang menggunakan common law Inggeris untuk membantu membuat sesuatu keputusan.

Dengan meletakkan bingkai persekitaran seperti yang dinyatakan di atas sahaja telah dengan sendirinya mengenepikan sumber asas Islam dan dengan itu prinsip dan amalan merujuk kepada khazanah ilmu Islam terus terpinggir.

Ini bererti prinsip dan amalan merujuk kepada khazanah Islam telah dikeluarkan daripada gelanggang.

Tidak berupaya hakim berugama Islam untuk merujuk kepada khazanah ilmu Islam dan dengan itu terpaksa akur dengan tafsiran Islam dalam Perlembagaan iaitu menyentuh dan berkaitan dengan adat istiadat rasmi dalam bingkai persekutuan.

Tafsiran ini sememangnya sesuai dengan sikap sekularisma yang diresmikan iaitu dalam kontek sejarah perlembagaan agama Kristian di negara-negara Barat. Islam ditafsirkan dalam kontek pengertian agama yang mereka fahami.

Di antara memilih pengertian agama dan Islam, lebih baik kita memilih pengertian Islam yang sebenar dan dengan itu boleh menghapuskan pengertian resmi Islam dalam Perlembagaan Malaysia.

Ini hanya boleh dibuat jika kita merasakan bahawa pengertian Islam dalam Perlembagaan aalah satu bidaah besar dan penghalang kepada seruan dakwah.

Sepatutnya ini menjadi satu cabaran utama jika kita sebenar kenal halangan yang kita mampu atasi sekarang.

Apa yang dimaksudkan ialah tidak hanya menerangkan dan berdakwah mengenai pengertian Islam sebenar diluar gelanggang, tetapi memasukkan Islam dengan pengertiannya yang lengkap dalam gelanggang.

Ini boleh dibuat melalui pindaan perlembagaan Negeri dengan memasukkan definisi Islam dalam Perlembagaan Negeri.

Kelantan dan Terengganu mampu membuat pindaan tersebut. Usaha seperti ini boleh merapatkan semula jurang pemahaman di kalangan umat Islam mengenai agama yang sebilangan besar daripada mereka adalah menjadi pegawai-pegawai Kerajaan, Hakim dan Pentadbir negara. Mereka boleh berhujah semula dengan bersandarkan Undang-undang negara/negeri.

Persoalan kedua ialah Majlis Syura. Ada pandangan yang menyokong bahawa Parlimen dalam bentuk system demokrasi sekarang boleh dianggap sebagai Syura. Tetapi dalam kontek Perlembagaan Islam, Majlis Syura adalah dianggotai oleh bilangan yang lebih kecil dianggap mereka yang layak dari segi peribadi, berilmu, wibawa dan taqwa.

Jika Majlis Syura ini diwujudkan, ianya adalah lebih tinggi tarafnya daripada Parlimen dan boleh menegur untuk pinda sebarang undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen dan kuasa ini mengikut kaedah sekarang adalah sebahagian daripada kuasa kehakiman.

Dalam kontek Islam Majlis Syura berperanan sebahagian daripada peranan eksekutif iaitu pembuat dasar dan sebahagian lagi berperanan sebagai peranan kehakiman iaitu mengawasi undang-undang yang dibuat oleh Parlimen.

Contoh yang dilaksanakan sekarang boleh dibuat seperti di Iran. Tetapi di sana kuasa tersebut tidak diletakkan pada suatu majlis, tetapi pada Wilayatul Faqih yang dibantu oleh jawatankuasanya tersendiri.

Jawatankuasa ini tidak mempunya protokol seperti dalam system demokrasi sekarang kerana ianya bukan sebagai organ kerajaan.

Perkara ketiga ialah Al-adi (justice). Persoalan keadilan menyentuh dua aspek tertentu.

Pertama mengenai keadilan mengikut undang-undang dan kedua ialah keadilan pemerintahan secara menyeluruh iaitu termasuk keadilan sosial dan ekonomi.

Keadilan mengikut undang-undang menekan prinsip kesamarataan iaitu tidak ada pilih kasih atau latar belakang seseorang tidak menjadi perkiraan dari segi pendedahan kepada perlaksanaan tindakan undang-undang.

Adil dalam pemerintahan mengikut kacamata Islam memerlukan sedikit huraian. Doktrin komunisme menyanggah sistem sosial demokratik kapitalis bertujuan untuk mengujudkan keadilan sosial.

Almarhum Syed Qutb banyak menulis secara kritis mengenai sistem sosial demokratik kapitalis dan sistem komunis.

Tetapi beliau tidak menganjurkan dengan jelas bagaimana struktur kerajaan perlu diubah untuk membentuk dan mengiktiraf manusia yang berperibadi tinggi mengenai keperihatinan insaniyahnya.

Perlembagaan Malaysia membentuk tiga organ pemerintahan iaitu badan eksekutif, badan kehakiman dan badan pembuat undang-undang (parlimen).

Strukturnya pula melibatkan dua sektor iaitu sektor awam dan sektor swasta. Dalam kontek Islam juga selain daripada dua sektor tersebut strukturnya mempunyai satu lagi sektor iaitu sektor ijtimae.

Sumber ijtimae berdasarkan kepada sunnah Rasulullah (s.a.w) dan Khulaffah Arrashidin. Maksud Firman Allah :

"Dan sesungguhnya engkau adalah mempunyai akhlak yang termulia (Al-Qalam 4)."

Di zaman moden ini keseluruhan tumpuan pemikiran dan pembangunan ilmu adalah bertujuan untuk memaksimakan hasil berupa matabenda.

Organisasi dan struktur negara adalah juga untuk mencapai setinggi pembangunan fisikal dan mental tetapi tidak spiritual atau rohani.

Dengan itu diwujudkan pasaran untuk menampung keperluan manusia yang hari demi hari bertambah dengan berlipat ganda.

Organisasi pasaran akan menawarkan nilai tertentu dan bidang perniagaan akan kalut untuk menyediakan keperluan untuk perbekalan kepada permintaan tersebut.

Tenaga-tenaga petugas samada sebagai pentadbir ataut pengurus adalah sama-sama mengejar upah atau keuntungan yang senantiasa tidak boleh memberi kepuasan.

Taraf kehidupan akan meningkat dengan meningkatnya sara hidup serta meningkatnya juga kebanggaan diri dan status dalam masyarakat.

Jika didorong oleh perasaan tamak dan haloba sedikit demi sedikit akan terjerumus dan terperangkap dalam sifat individualistik.

Kebebasan begini yang memencilkan, yang dipertahankan oleh system sekarang bukannya sifat meriah masyarakat dan bersama-sama mendahulukan kepentingan masyarakat daripada kepentingan peribadi.

Sumber utama untuk membetulkan semula kepincangan yang sedang berlaku sekarang dan telah menjadi satu trend, ialah merujuk semula kepada sikap Rasulullah (s.a.w) terhadap matabenda. Sikap tersebut adalah akhlak seperti dimaksudkan di dalam ayat di atas.

Dari sudut ini ada dua perkara penting yang perlu difahami.Pertama, perncapaian dan keberhasilan matabenda bukan menjadi objektif utama dan keduanya tidak dipengaruhi oleh perasaan megah atau bermewah dengan keberhasilan matabenda (seperti ghanimah).

Pada hari ini ramai orang di kalangan rakyat yang berasa lebih puas dengan hasil kerja (job satisfaction) yang mereka berikan daripada semata-mata diukur dengan sara pendapatan.

Ini berlaku di kalangan professional, ahli-ahli sains pakar dan juga pentadbir dan pengurus.

Ganjaran yang mereka dapat cukup untuk menampung keperluan hidup berkeluarga, selainnya mereka mengharapkan pengiktirafan.

Kalau kita mengambil kehidupan Rasulullah (s.a.w) dan Khulaffah Arrashidin sebagai contoh yang paling ekstrim, ia boleh dijadikan sebagai ukuran akhlak standard terhadap kemampuan menguasai metabenda tetapi menjalani hidup yang bertenaga dengan kemampuan tersebut.

Satu pemaparan yang agak aneh sekarang tetapi inilah akhlak Islam dan ini juga menjadi sumber dan lambang kepada punca keadilan sosial yang hendak dibina di abad ini dan akan datang.

Sumbangan khidmat dari pengorbanan yang diberikan tidak mengharapkan habuan matabenda atau nilai pasaran tetapi semata-mata kerana Allah.

Kita tahu bahawa sebahagian besar daripada masyarakat sememangnya bergantung kepada keperihatinan belas kasihan daripada segolongan besar juga daripada golongan masyarakat.

Tetapi keadaan sebenar seperti ini tidak diambil hal oleh system yang berkuasa sekarang kerana penekanannya kepada system nilai matabenda.

Dengan itu segala sifat keperihatinan belas kasihan sesama manusia tidak diambil kira.

Dengan erti kata lain system demokratik kapitalis tidak mengiktiraf dan memberi ganjaran sewajarnya kepada sumbangan khidmat sukarela dalam struktur pemerintahan.

Oleh itu keadilan dalam pemerintahan sudah tentu tidak dapat dijalankan dengan sempurna.

Mereka yang mempunyai sifat tamak haloba, berkepentingan diri dan pandai gelecek akan cepat jadi kaya dan dengan kekayaan boleh mendapat kedudukan dan pengiktirafan.

Harta kekayaan juga akan berkisar di kalangan yang berpunya.

Perlembagaan Islam akan memasukkan sektor ijtimae sebagai salah satu daripada sektor teratas daripada dua sektor lain.

Ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan secara tertentu bagi menggalakkan lagi golongan masyarakat masyarakat yang bekerja untuk kepentingan masyarakat daripada kepentingan diri.

Mereka tersebut boleh bergiat di dalam kedua sektor lain seperti sebagai pentadbir atau pengurus atau sebagai ahli perniagaan tetapi senantiasa mendahulukan kepentingan masyarakat dan kerjaan membantu mereka untuk berjaya.

Mereka juga akan diberikan penghargaan dan protokol tertentu sebagai sanjungan kepada khidmat bakti dan pengorbanan mereka.

Dengan cara ini sahaja masalah kepincangan sistem sosial yang berlaku sekarang dapat diatasi kerana dari satu aspek penting sememangnya syistem tidak dapat menentukan kejayaan, tetapi yang boleh menentukan kejayaannya ialah kewibawaan manusia sendiri dan dengan itu berlakunya keadilan sosial akan lebih terjamin.

Dari satu sudut lain, sistem nilai yang berlaku sekarang akan berubah kepada lebih prihatin dan sebenarnya penyayang.

Perkara keempat ialah kebebasan beragama. Di antara perkara penting di dalam Perlembagaan Madinah ialah memantapkan hak-hak beragama kepada orang-orang bukan Islam.

Walaupun Perlembagaan Malaysia meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan ianya bersyarat iaitu agama-agama lain bebas untuk diamalkan {Perkara 3 (i)}.

Di dalam Islam hak dan kebebasan beragama adalah dijamin malah sememangnya ada persamaan, tetapi jaminan itu menjadi lebih kukuh kerana ianya dihubungkait dengan aqidah seorang Muslim dan dengan itu menjadi tanggungjawab negara Islam untuk menjaga kebebasan tersebut.

Perkara kelima ialah sistem demokrasi. Ada beberapa lagi aspek yang perlu disentuh untuk menunjukkan perbezaan di antara Perlembagaan Malaysia dan Perlembagaan Islam tetapi yang pentingnya adakah system demokrasi dalam Perlembagaan Islam?

Persoalan masih belum diselesaikan secara ilmiah. Sistem demokrasi telahpun diterima dan setakat ini tidak aka kritikan jelas oleh para ulamak yang mungkin menyakinkan kita bahawa sistem pengundian ini tidak bertentangan dengan Islam.

Oleh itu kalau Islam menerima sistem demokrasi dan Islam juga menjamin hak beragama kepada yang bukan Islam, perbezaan hanya tinggal pada kandungan kepada sebahagian daripada undang-undang hak, kebebasan wanita yang dilihat daripada kacamata berbeza dan system ekonomi.

Rumusan

Berdasarkan kepada kajian-kajian seperti di atas, untuk mengubah sumber rujukan perundangan kepada Al-Quran dan As-Sunnah, mengwujudkan Majlis Syura adalah satu perkara yang memerlukan pindaan kepada Perlembagaan Malaysia yang mana proses tersebut memerlukan pengundian dua pertiga ahli Parlimen.

Jika perubahan tersebut dibuat pada peringkat Perlembagaan Negeri, ini sudah tentu bercanggah dengan peruntukan Artikel 4(i) Perlembagaan Persekutuan dan akan mengundang padah kerana Perlembagaan Negeri berkenaan boleh digantung.

Oleh itu dicadangkan langkah pertama ialah membetulkan persepsi Islam dalam perlembagaan Negeri dulu dan ini tidak ada alasan bagi Kerajaan Pusat untuk mencampurtangan dan dari segi politiknya akan memberi jarak politik yang baik kepada parti Islam.

Jika parti Islam mampu pula berkuasa di peringkat pusat tetapi tidak dua pertiga majority, kaedah yang sama boleh digunakan untuk menguatkuasakan pengertian Islam melalui Undang-Undang Tafsiran. Pindaan kepada Undang-undang Tafsiran boleh dibuat melalui majority biasa.

Walaupun ianya bukan undang-undang perlembagaan, tetapi ianya adalah undang-undang juga.

Cadangan ini tidak langsung menyentuh hak dan kebebasan orang-orang bukan Islam seperti yang sedia terjamin dalam perlembagaan sekarang.

Kepentingan Memahami Seerah Rasulullah SAW


I.Muqaddimah

· Tidak ada satu pun biografi kehidupan seseorang di dunia ini selengkap biografi Rasulullah SAW.

· Kita boleh menyemaknya mulai dari masa pernikahan Abdullah dan Aminah -ayah bunda beliau- sampai dengan wafatnya.

· Kita boleh mengenal jelas waktu kelahirannya, masa kecil dan masa mudanya. Apalagi setelah beliau diangkat sebagai Nabi dan Rasul, dengan terperinci.

· Biografi beliau merupakan sejarah lengkap kehidupan seorang manusia yang dimuliakan dengan risalah Allah, yang tidak terlepas dari sisi-sisi kemanusiaannya.

· Maka sangatlah relevan bila Allah SWT memerintahkan agar individu Muhammad SAW diteladani dan dijadikan rujukan hidup umat manusia.

· Firman Allah : “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (QS. Al Ahzab : 21)

· Kehidupan beliau sangat kompleks, menyangkut segala aspek kehidupan, sehingga tidak ada satu sisi pun dari kehidupan manusia yang terlepas dari sisi kehidupan beliau.

· Beliau adalah seorang suami terbaik dari beberapa orang isteri, seorang ayah terbaik dari beberapa orang anak, seorang datuk terbaik dari beberapa orang cucu, seorang mertua terbaik dari beberapa orang menantu, seorang menantu terbaik dari beberapa orang mertua, seorang pemimpin yang adil, seorang panglima yang cerdas, seorang politikus yang ulung, seorang yang paling sukses dalam dakwahnya, dan kesemuanya itu dilandasi dengan keagungan akhlak beliau. Firman Allah : “Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung.” (QS. Al Qalam : 4)

· Biografi beliau juga merupakan petunjuk praktis dan aplikatif bagi umat manusia dalam menjalankan tugasnya sebagai khalifah dan pelaksana hukum Allah (Al Qur’an) di muka bumi ini.

· Aisyah ra. menyimpulkan : “Akhlak Rasulullah adalah Al Qur’an”

· Al Imam Asy-Syafi’i mengatakan, “Apa yang beliau perbuat adalah apa yag beliau fahami dari al Qur’an.”

· Oleh karena itu, memahami biografi beliau merupakan bahagian yang tidak terpisah dari memahami Islam itu sendiri, karena ia adalah saksi nyata, saksi hidup dari buah Iman dan keyakinan yang mantap terhadap Dienul Islam, yang terjelma pada sosok pemimpin teladan yang agung, juga tercermin dalam kehidupan generasi pertama yang tumbuh hidup ditangan didikan beliau sendiri.

· Biografi Rasulullah SAW ini kita kenal sekarang dengan istilah Sirah Nabawiyah.

16 Juta Pengguna Pra Bayar Di tipu!!!

Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) mahu kerajaan segera menangani masalah syarikat pengendali telekomunikasi yang menipu pengguna telefon prabayar dengan memaksa mereka menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) yang tidak perlu.

Pengarah NCCC, Darshan Singh, berkata ketika ini, kira-kira 16 juta pelanggan telefon prabayar ‘dipaksa’ membayar caj antara RM3 hingga RM5 setiap SMS yang tidak dilanggan, selain tidak mengeluarkan bil terperinci mengenai ‘bayaran paksa’ itu.

“Kami difahamkan pelanggan prabayar kerugian jutaan ringgit sebulan disebabkan caj SMS yang dihantar secara automatik ditolak daripada kredit panggilan tanpa kebenaran mereka.

“Kebanyakan pengguna perkhidmatan prabayar tidak tahu bahawa setiap SMS yang diterima itu dicaj mengakibatkan kredit panggilan mereka ditolak secara automatik,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah kepenggunaan sempena pelancaran Kelab Pengguna Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Perasmian Minggu Jabatan Pengurusan dan Pemasaran Fakulti Pengurusan dan Ekonomi UMT, di sini, semalam.

Ketua Pembangkang Lim Kit Siang membangkitkan isu itu dalam Parlimen setelah mendakwa Keng Yaik tidak mengambil sebarang tindakan berhubung memorandum yang dikemukakan Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) berhubung caj sistem pesanan ringkas (SMS) yang didakwa menipu pengguna.

"Kementerian sedar mengenai penipuan ini dan kata tindakan tegas akan diambil, tetapi semuanya pada mulut sahaja... sebenarnya kementerian tidur dalam perkara ini... ini jawapan retirement," kata Kit Siang.

Musa Caplan - Pemuda Yahudi Masuk Islam Melalui Chatting Internet...

Chatting di internet selalu digunakan ramai orang untuk keperluan yang kadang-kadang tidak bermanfaat. Tapi melalui Chatting, seorang remaja Yahudi telah memeluk Islam.

Musa Caplan nama penuhnya. Baru berusia 16 tahun. Sebelum memeluk Islam, Musa beragama Yahudi. Keluarganya bukanlah dari kalangan Yahudi tradisional (orthodok). Namun ia telah belajar agama dari penganut tradisional.

“Aku belajar agama dari kumpulan Yahudi Orthodok di sinagog (rumah ibadah kaum Yahudi-red). Demikian pula pendidikan formal juga di sekolah orthodok,” tutur Musa. Tinggal di dlam masyarakat Yahudi Orthodok di Amerika Syarikat, ia seakan ”putus” hubungan dengan dunia luar. Pada ketika itu Musa tidak punya kawan non-Yahudi sama sekali. Melalui bantuan internetlah ia mendapatkan ramai kawan, terutama dari kalangan Islam. Dari perbincangan online, ia telah mulai ragu dengan agamanya dan akhirnya bersyahadah melalui internet.

Berikut kisahnya seperti dituturkan di di situs readingislam.com.

Kenal Islam melalui internet
“Belakangan, sejak kenal internet, aku jadi suka berchating. Dari situlah boleh mendapat kenalan dengan berbagai macam kalangan, suku dan agama,” imbuhnya. Bahkan, e-mail Musa secara perlahan mulai terisi oleh kawan-kawannya yang beragama Islam. Sejak dari itulah ia mulai tertarik mempelajari Islam.

“Saya menaruh perhatian sangat istimewa dengan Islam. Kami saling bertukar info tentang Tuhan, nabi, moral, dan nilai-nilai agama. Perlahan aku jadi tahu banyak tentang Islam. Ternyata Islam adalah agama yang penuh damai. Begitupun aku belum boleh menghilangkan imej buruk tentang Islam. Misal ketika kudengar ada serangan teroris, sama seperti yang lainnya, aku menuding Islam itu ekstrem.” akui Musa. Beruntungnya ia punya kawan online beragama Islam. “Dialah yang telah membuka pintu Islam kepadaku.”

Hasil dari banyak bertanya pada dirinya sendiri. Apakah agama Islam mengajarkan perkara itu (membunuh orang tak berdosa)? Katanya Nabi Muhammad adalah seorang pejuang besar dan tidak pernah membunuh orang tak berdosa.

“Dari perbincangan itu aku yakin Islam juga mengajarkan hormat, damai, dan toleransi. Tidak pernah disebutkan untuk membunuh orang selain Islam. Dalam Al-Quran ada satu pelajaran yang sangat berharga dan dalam maknanya:”Membunuh seseorang, sama dengan merosak seluruh dunia.” Musa menyebut sebuah ayat Al-Quran.

Oleh karena itu Kami tetapkan (suatu hukum) bagi Bani Israil, bahwa barangsiapa membunuh seseorang, bukan karena orang itu membunuh orang lain, atau bukan karena berbuat kerusakan di bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh semua manusia. Barangsiapa memelihara kehidupan seorang manusia, maka seakan-akan dia telah memelihara kehidupan semua manusia. (Al-Ma'idah:32)

Setelah yakin Islam bukan agama perang, Musa memutuskan untuk mempelajari Islam lebih mendalam. Ia justru menemukan keragu-raguan dalam agamanya sendiri.

“Entah mengapa pandanganku sangat sesuai dengan pandangan Islam. Aku bahkan menduga Kitab Perjanjian Lama, misalnya, telah banyak diubah. Diubah semata-mata untuk kepentingan materi.”

“Hal menarik lainnya yang membawaku makin condong ke Islam adalah kebenaran ilmiah (scientific truth) yang ada dalam Al-Quran. Kandungan ilmiah Al-Quran luar biasa. Misal Quran menceritakan bagaimana kejadian manusia yang berawal dari sperma manusia. Asal mula kehidupan manusia sebagaimana diceritakan dalam Al-Quran itu jauh sebelum ilmu pengetahuan ditemukan,” hujah Musa mantap.

“Al-Quran juga menyatakan bagaimana gunung-gunung dibentuk dan berbicara tentang lapisan atmosfir! Ini semuanya hanya beberapa dari begitu banyaknya penemuan-penemuan ilmiah, yang telah ada dalam Al-Quran 1400-an tahun yang lalu jauh sebelum penemuan-penemuan ilmu pengetahuan masa ini. Inilah salah satu kunci atau faktor yang menghantarku menemukan kebenaran dalam kehidupan,” katanya bersemangat.

Musa menambahkan ada banyak website yang selalu salah dalam mentafsirkan ayat-ayat tertentu. Misalnya ayat-ayat tentang “perang”. Dikatakannya, kebanyakan web2 itu mengambil bahagian “perang”tersebut untuk membuat pendapat bahwa Islam agama suka perang.

“Padahal tidak demikian. Dalam bahasa Arab, kata Islam berasal dari salama yang bermakna “damai atau selamat”. Aku sangat yakin Islam agama damai.”

Tidak berani tinggalkan shalat

Sejak tragedi 9/11 banyak masyarakat AS memeluk Islam termasuk wanita yahudi
Menilik usianya yang masih sangat muda dan tinggal di lingkungan kaum Yahudi, Musa menghadapi banyak tantangan. Terutama dari keluarganya.

“Sungguh sangat susah bagi mereka jika tahu aku telah menukar keyakinan. Jujur saja, keluarga dan sanak saudara semua sayang padaku. Apa reaksi mereka kala mengetahui anak laki-laki kesayangannya telah masuk Islam? Karana itu, sementara waktu aku tak menonjol memperlihatkan kehidupan Islam secara sempurna dalam kehidupan harian. Namun aku bersyukur kepada Allah, diberikan kekuatan hingga tetap boleh menunaikan sholat lima waktu dengan lancar. Khusus shalat saya berikrar untuk tidak meninggalkannya,” tutur Musa.

Menariknya, tatacara amal ibadah dalam Islam, seperti sholat dipelajarinya melalui chatting dengan rakan muslim dan juga mencari maklumat di internet.

“Paling kurang aku boleh tetap memelihara keyakinan pada Allah.”

Musa belum berani memberitahukan kepada kedua orangtuanya bahwa sudah memeluk Islam. Karana itu pula ia belum berani keluar rumah guna mendatangi masjid untuk sholat. Seperti disebutkan di atas, tempat tinggalnya adalah kawasan Yahudi Orthodoks dan masjid yang ada letaknya pun sangat jauh dengan rumahnya.

Karana usia yang masih sangat belia, Musa terkadang susah mengendalikan emosinya. Misal kala berdebat sesuatu tentang Muslim, katakanlah tentang Timur Tengah, hatinya jadi mudah meletup.

“Saat perbincangan seluruh anggota keluarga sudah pasti mendukung Israel. Mereka tidak tahu bagaimana kenyataan yang sebenarnya. Seperti bangsa Palestin, saya fikir seharusnya mereka memperlakukan rakyat disana secara baik. Ketika keluargaku berbincang tentang keadaan di sana, terutama semasa mereka menyebut-nyebut “Tanah suci bangsa Yahudi” atau “Tanah Impian”, entah kenapa hatiku menolaknya dan bahkan ada rasa marah. Saya jadi mudah tersinggung.” aku Musa panjang lebar.

Susahnya bersyahadah di khalayak ramai
“Aku belum dapat kesempatan untuk mengucapkan syahadah dengan disaksikan khalayak ramai. Meskipun begitu aku telah bersyahadah di hadapan yang Maha Menyaksikan, yakni Allah SWT. Nanti ketika umurku sudah cukup dan dianggap dewasa untuk hidup sendirian, maka aku berniat untuk melangkah ke masjid, insya Allah. Hal terpenting masa ini adalah meningkatkan kualiti diri (iman),” ujarnya.

Diam-diam Musa bahkan mulai berdakwah dengan mengajak rakan-rakan sepermainannya untuk meninggalkan minum-minuman keras, menonton film porno, menjauhi ubat-ubatan terlarang dan mencuri. Namun sudah tentu hal itu tidaklah mudah. Musa mencuba semampu yang ia boleh.

“Semuanya demi dan untuk Allah. Aku berharap sepanjang waktu yang ada boleh mengerjakan apa yang Allah mahu dari hamba-Nya.”

Musa, uniknya, tidak mahu disebut telah menemukan Islam atau masuk Islam ataupun telah mendapatkan cahaya terang selepas berada dalam kegelapan. Akan tetapi ia ingin dikatakan telah kembali kepada Islam. Semoga Allah membimbingnya kepada jalan yang benar sebagaimana Allah telah membimbing kita semua. Amiin.

Abdullah Sudah Mengadap Agong

Saya baru sahaja selesai melayari beberapa blogs sahabat-sahabat seperjuangan. Banyak yang meramalkan bahawa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sedang berusaha untuk mengadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Berdasarkan maklumat yang saya terima daripada beberapa sumber yang berwibawa, Abdullah sebenarnya sudah pun mengadap Agong di Istana Negara, Kuala Lumpur, pada kira-kira jam 6.30 petang, 25 Mac 2008.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pula diberitakan telah mengadap Baginda pada tengahari 24 Mac 2008.

Dan, seorang lagi tokoh UMNO yang kini dikatakan sebagai “the man on the spot” dipercayai mengadap Baginda selepas Abdullah pada senja 25 Mac 2008.

Berdasarkan info inilah saya membuat posting Percaturan Politik Malaysia Terkini: Adakah Sesuatu Sedang Menggelegak?

Selanjutnya, saya serahkan kepada kebijaksanaan dan imajinasi anda untuk meneruskan plot kisah ini. Sebagaimana saya tegaskan secara riddle dalam posting sebelum ini, “segala-galanya adalah demi masa depan dan demi kesejahteraan rakyat dan negara Malaysia seluruhnya - untuk menjernihkan suasana, untuk meleraikan kekusutan dan paling penting lagi utama, semoga aspirasi rakyat jelata menerusi PRU12 dihormati selaras dengan tuntutan sistem demokrasi berparlimen dan Raja berperlembagaan!”

Oleh itu, sama-samalah kita tunggu perkembangan selanjutnya dengan penuh sabar. Sama-samalah juga kita panjatkan doa ke hadrat Illahi semoga segala-galanya beroleh restu, hidayah dan petunjuk menuju ke arah perjuangan yang lurus dan diredhaiNya. Insya Allah! – Ruhanie Ahmad

Timbalan Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar, Datuk Abdul Ghapur Salleh, daripada Sabah, meletakkan jawatan berkenaan malam tadi.

Timbalan Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar, Datuk Abdul Ghapur Salleh, daripada Sabah, meletakkan jawatan berkenaan malam tadi.

Beliau merupakan Timbalan Menteri yang pertama sekali meletakkan jawatan setelah mengangkat sumpah baru-baru ini.

Blog ini difahamkan bahawa Datuk Ghapur bertindak sedemikian bukannya atas motivasi wang ringgit. Ini bermakna beliau tidak “dibeli” oleh mana-mana pihak.

Sebaliknya, adalah dipercayai bahawa tindakannya lebih kepada usaha memberikan tekanan kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya meletakkan jawatan Perdana Menteri dan lain-lain jawatan politiknya.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Anifah Aman, juga dari Sabah, dan Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar, dari Pahang, menolak perlantikan masing-masing sejurus nama mereka diumumkan.

Blog ini difahamkan beberapa lagi Timbalan Menteri sedang diperingkat akhir membuat keputusan seperti Datuk Ghapur. – Ruhanie Ahmad

Surat PEDAS Zahid Mat Arip "DESAK" PM LETAK JAWATAN!



Tarikh : 25 Mac 2008

Daripada: Muhammad Zahid Bin Md Arip
No KP: 660622-04-5355
No Ahli UMNO: 03468736

DENGAN Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Segala Puji Tertumpu Kepada Allah SWT, Selawat Dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW.

Ya Murakbalin (YMb) Abdullah Badawi,

Sukacita saya memaklumkan kepada YMb bahawa surat ini saya tulis secara terbuka kerana segala apa yang akan saya sampaikan di sini bukan lagi suatu rahsia, malah ianya sudah menjadi bualan umum di kalangan rakyat Malaysia khususnya ahli-ahli Umno di mana sahaja mereka berada.

Sebagai orang Umno dan rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, saya memilih untuk berterus terang di dalam surat ini. Bukankah selama ini YMb pernah menjerit mencabar rakyat dengan menyatakan “beritahu saya perkara sebenar – tell me the truth”.

Agaknya selama ini YMb sentiasa di beritahu perkara-perkara palsu sekadar penyedap telinga sahaja. Walaupun saya sedar pada hakikatnya – you cannot accept the truth – tetapi demi menyahut cabaran YMb dan dengan izin Allah, saya akan beritahu YMb perkara yang sebenarnya.

Saya sedar, yakin dan percaya, selepas surat ini bertaburan di muka bumi ini, akan ada panglima-panglima tempang dari kalangan anjing kurap yang mahu menjadi pengampu setia YMb yang akan tampil untuk menyerang saya.

Sesungguhnya, saya dan seluruh rakyat Malaysia turut ingin melihat siapakah pengampu pertama yang akan muncul untuk menyerang saya secara terbuka.

Sudah menjadi tradisi, anjing-anjing kurap ini akan muncul mempertahankan YMb dari segala bentuk kritikan dan teguran.

Lihat sahajalah apabila Tun Dr Mahathir mengkritik dan menyarankan agar YMb bertanggungjawab dengan meletakkan jawatan atas keruntuhan Barisan Nasional di enam negeri, sekali gus menyaksikan Barisan Nasional gagal memperolehi majoriti 2/3 di Dewan Rakyat, maka anjing-anjing kurap inilah yang satu ketika dahulu pernah makan di atas tapak tangan Tun Dr Mahathir, hari ini membelasah Tun Dr Mahathir siang, malam, pagi dan petang.

Bila Saudara Dato’ Mukhriz Mahathir menyarankan perkara yang sama, beliau juga menjadi mangsa kecaman dan serangan anjing-anjing kurap ini. Ada yang mengatakan “Mukhriz mendengar cakap bapanya”.

Pada hemat saya, adalah lebih mulia menjadi seorang anak yang mendengar cakap bapanya dari hina dan bodoh menjadi bapa mertua yang dayus yang menjadi Pak Turut menuruti cakap menantu.

Justeru saya tidak hairan dan tidak gentar dengan salakan anjing-anjing kurap ini kerana bagi saya, anjing kurap menyalak bukit, bukit tak kan runtuh.

Semakin kuat anjing kurap ini menyalak, maka semakin meluatlah rakyat kepada YMb dan semakin dekatlah kehancuran Umno dan Barisan Nasional.

Untuk pengetahuan YMb, pendapat Tun Dr Mahathir bahawa YMb patut berambus dari jawatan Perdana Menteri dan Presiden Umno , kini sudah pun menjadi pendapat umum.

Pada kesempatan ini, dengan berterus terang dan tanpa berselindung – demi mengembalikan kepercayaan rakyat kepada Umno dan Barisan Nasional supaya Umno dan Barisan Nasional tidak menjadi pembangkang selepas pilihan raya umum yang akan datang, saya menyarankan, merayu dan mendesak supaya YMb berundurlah dengan meletakkan jawatan sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri Malaysia.

Kita kalah di Kelantan, kita tumpas di Selangor, kita kecundang di Perak, kita tewas di Kedah, kita tersungkur di Wilayah Persekutuan dan kita melingkup di Pulau Pinang.

Di banyak kawasan majoriti kita merosot dengan bilangan yang besar. Di kawasan YMb sendiri di Kepala Batas, majoriti kemenangan YMb merosot sehingga 8 ribu undi.

Tunggu apa lagi? Apakah setelah Umno dan Barisan Nasional kehilangan beberapa negeri lagi dan kalah di Dewan Rakyat baru YMb mahu berundur?

Saya cabar YMb meletakkan jawatan jika YMb anak jantan yang masih punya kehormatan, maruah dan harga diri. Apa guna menjadi Presiden Umno dan Perdana Menteri yang menjadi bahan lawak jenaka dan di tertawakan.

Pesan orang tua-tua, biar miskin jangan bangsat. Biar tidak ada jawatan asalkan ada kehormatan, maruah dan harga diri.

Terlanjur menyebut tentang maruah dan harga diri, saya rasa Dato’ Seri Ong Ka Ting, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Dato’ Seri S Samy Vellu – mereka ini lebih bermaruah, lebih ada integriti, lebih ada harga diri dan lebih bertanggungjawab berbanding YMb. Awal-awal lagi mereka sudah memilih untuk menolak jawatan kabinet kerana mahu menumpukan usaha memperbaiki kelemahan dan kesilapan parti mereka.

Cuba YMb fikir baik-baik, bagaimana boleh YMb menjadi Presiden Umno dan Perdana Menteri yang hebat memimpin Umno dan mentadbir Malaysia sedangkan Pulau Pinang negeri sendiri di jajah orang? Tak malu ke? Kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi.

Bukankah YMb adalah Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang? Tidakkah YMb ada rasa untuk bertanggungjawab atas kekalahan di Pulau Pinang ? Kalau sayalah pada kedudukan YMb, nescaya saya tahu malu kepada rakyat dan mengambil tanggungjawab untuk berundur dengan terhormat.

Rupa-rupanya, YMb lebih sayangkan kedudukan, pangkat dan darjat dari mencintai parti.

Sudah terang lagi bersuloh, jelaslah sekarang, kata-kata yang sering YMb ucapkan bahawa kepentingan parti melebihi kepentingan diri sendiri hanyalah sekadar retorik murah dan omong kosong belaka.

Apa yang menyebabkan YMb begitu sayang untuk melepaskan jawatan Presiden Umno dan Perdana Menteri? Kerana sayangkan rakyat atau kerana ingin terus mengkayakan anak dan menantu?

Percayalah, parti tidak akan hancur dengan pengunduran YMb, malah parti akan lebih berjaya pada masa hadapan dengan mendapat dukungan dan keyakinan baru dari rakyat.

Persoalannya sekarang, bagaimana YMb mahu membela nasib umat Melayu di negeri-negeri lain sedangkan nasib umat Melayu di Pulau Pinang pun YMb tidak mampu membelanya?

Waktu ada kuasa, ada pernah YMb ambil peduli nasib Melayu? Projek-projek besar di Pulau Pinang ada YMb serahkan kepada Melayu? Tolong jawab kepada Melayu Pulau Pinang.

Hari ini bila dah hilang kuasa di Pulau Pinang , pandai pulak kumpulkan Melayu berdemonstrasi dan mengadakan perhimpunan aman. Dahulu bila pembangkang mengadakan perhimpunan aman, YMb mengutuk tindakan mereka dengan sombong dan angkuh.

Jangan YMb baling batu sembunyi tangan dalam hal perhimpunan aman ini kerana Timbalan YMb iaitu Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang sendiri yang mengepalai perhimpunan itu. Sudah tentu perhimpunan itu di adakan atas persetujuan YMb jua.

Patutlah buat pertama kali pihak polis begitu bersabar menghadapi para peserta perhimpunan aman itu. Suatu hari nanti, takdirnya jika pihak polis terpaksa bertindak menyembur gas pemedih mata kepada Melayu yang menyertai perhimpunan aman itu, sudah tentu Menteri Dalam Negeri akan menjadi sasaran kemarahan.

Sebab itu YMb menyerahkan jawatan Menteri Dalam Negeri kepada Dato’ Seri Syed Hamid supaya YMb terlepas dari menjadi sasaran api kemarahan peserta perhimpunan aman.

Sementara YMb masih berkuasa, tolong pastikan jangan ada kacau bilau yang membolehkan YMb menubuhkan MAGERAN. Cukuplah episod malang yang melanda negara pada tahun 1969 dahulu.

Jika ini berlaku, percayalah sejarah akan mengutuk YMb sehingga kiamat dan jangan marah jika sejarah menuduh YMb lah perancang utama kepada kacau bilau itu.

Saya melihat sekarang ini sekali lagi media cetak dan elektronik arus perdana di peralat dan di gunakan semahu-mahunya untuk membina dan membakar perasaan kesal di hati rakyat khususnya orang Melayu kerana mengundi pembangkang. Percayalah Melayu tidak mudah terpedaya.

Media juga dengar khabar telah di arah untuk membantu membina dan membangkitkan rasa simpati dan kasihan rakyat kepada YMb.

Saya ingin memberitahu YMb, bahawa strategi ini tidak akan berkesan sama sekali. Rakyat bukannya bodoh macam YMb. Mereka boleh berfikir dan celik maklumat. Semakin menggila media cuba mempromosi YMb, maka semakin benci dan meluat rakyat kepada YMb.

Kepada media saya mohon untuk berpesan, dalam mempromosi si Murakbalin ini, biarlah berpada-pada, tolong jangan sampai membakar dan meniup api perkauman.

Saya faham tugas rakan-rakan media yang terpaksa menulis menyokong YMb, tapi hakikatnya rakan-rakan media juga tahu antara punca besar kejatuhan Umno dan Barisan Nasional ialah kerana kebencian dan rasa meluat rakyat kepada YMb dan menantunya yang angkuh dan sombong bodoh.

Laporan mengenai kenyataan menyokong kepimpinan YMb oleh badan-badan NGO dari yang besar hingga yang kecil yang mendapat liputan yang besar di dada-dada akhbar, telah di sambut dengan rasa meluat oleh sebahagian besar rakyat.

Kepada rakyat saya berpesan, bagi mengelak kita semua terjebak dan terpedaya dalam isu perkauman sempit dan propaganda murahan si Murakbalin ini, yang mungkin di bawa oleh media, maka hendaklah kita memasang niat terlebih dahulu sebelum membaca akhbar.

Niatnya, sahaja aku membaca, tapi belum tentu aku percaya. Dengan tulus ikhlas, saya ijazahkan niat ini kepada seluruh rakyat Malaysia . Amalkan, InsyaAllah selamat kita dari terpedaya.

Majlis Tertinggi Umno konon katanya sokong penuh. Dewan Tertinggi Barisan Nasional juga sokong penuh. Sokongan ini menyebabkan rakyat semakin benci dan meluat kepada YMb dan pimpinan Umno. Inilah yang di katakan sokong bawa rebah.

Apakah sokongan MT Umno ini menggambarkan sokongan rakyat dan ahli-ahli Umno di peringkat akar umbi?

Apakah MT sedar atau tidak, siapakah yang telah merosakkan kertas-kertas undi dan siapakah yang telah memenuhkan tong-tong undi dengan mengundi pembangkang?

Siapakah mereka kalau bukan ahli-ahli Umno sendiri. YMb sendiri tak kan tidak tahu perkara ini? Atau YMb sengaja buat-buat tak tahu.

Mengenai syor YBM Tengku Razaleigh Hamzah supaya satu Perhimpunan Agung Khas di adakan bagi membincangkan kelemahan parti dan menyusun langkah-langkah yang perlu bagi memantapkan Umno, saya di beritahu YMb tidak bersetuju.

Kenapa YMb begitu takut untuk berdepan dengan perwakilan Umno? YMb tidak boleh lari dari kebenaran.

Sepatutnya usaha memanggil Perhimpunan Agung Khas ini datangnya dari YMb bukannya dari Tengku Razaleigh. Ku Li terpaksa mengambil langkah ini kerana YMb terlalu lembab bertindak.

Dengar kata anak dan menantu YMb yang beriya-iya benar tidak bersetuju di adakan Perhimpunan Agung Khas ini. Betul ke?

Secara terus terang saya katakan bahawa rakyat bukan marah kepada YMb, tetapi rakyat sudah BENCI. Kalau rakyat marah, kita boleh sabarkan rakyat, kita boleh pujuk rakyat, tetapi kalau rakyat sudah benci, kebencian ini akan menular dan menjalar ke akar umbi.

Pada akhirnya Umno dan Barisan Nasional akan tersungkur menyembah bumi pada pilihan raya yang akan datang.

Rakyat juga sangat benci kepada kerakusan, kebongkakkan, kesombongan dan keangkuhan menantu YMb. Gandingan antara bapak mertua dan menantu dalam hal pentadbiran parti dan kerajaan, jelas menimbulkan kemarahan dan keresahan rakyat.

Rakyat percaya YMb bukannya cerdik sangat, rakyat percaya menantu YMb merupakan orang yang menjadi PM de facto yang menguasai parti dan kerajaan.

Walaupun penjelasan demi penjelasan di buat oleh YMb bahawa menantu YMb tidak terlibat dalam mencampuri urusan pentadbiran, hakikatnya rakyat tetap tidak percaya.

Sangat hina menjadi Presiden Umno dan Perdana Menteri apabila cakapnya tidak di percayai dan di anggap bohong serta di persendakan.

Rakyat bukan bodoh, rakyat melihat bagaimana menantu diberi pinjaman RM 9 juta oleh Patrick Badawi untuk membeli saham-saham ECM Libra yang kemudiannya ECM Libra mengambil alih anak syarikat kerajaan di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan Avenue Capital Resources.

Bila hal ini terdedah, YMb telah membuat kenyataan yang di anggap bodoh dan cuba memperbodohkan rakyat dengan menyatakan bahawa YMb tidak tahu menahu tentang urus niaga itu.

Bukankah YMb adalah Menteri Kewangan? Apakah YMb tidur semasa urus niaga itu berlaku?

Rakyat melihat urus niaga ini sebagai rompakan di siang hari. Rakyat juga jijik melihat bagaimana Patrick Badawai di anugerahkan projek-projek besar bernilai lebih RM 20 Billion di Pulau Pinang dan Terengganu.

Rakyat juga melihat dengan hati yang terguris apabila syarikat Scomi yang di ketahui umum di miliki sebahagian besar sahamnya oleh anak lelaki YMb turut terlibat dalam projek-projek besar.

Inikah contoh dan tanda serta cara-cara membela nasib rakyat?

Rakyat juga jijik melihat kebodohan Pengerusi-Pengerusi Perhubungan Umno Negeri dan pemimpin-pemimpin Umno yang berlumba-lumba mengampu dan menyambut menantu YMb, seolah-olah takut dengan kehebatan pengaruh menantu YMb.

Pemimpin Umno percaya, menantu boleh mengatur perjalanan parti.

Sebahagian besar ahli-ahli Umno percaya, menantu YMb sedang bergerak cergas menyusun dan mengatur langkah untuk menggantikan YMb sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri Malaysia sekali gus menyingkirkan Dato’ Sri Najib dengan apa cara sekalipun.

Dengar khabar, perancangan sedang di atur oleh menantu YMb dengan menggunakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk terus menyerang Dato’ Sri Najib dengan mengaitkan beliau dengan skandal dan rasuah.

Saya juga mendengar khabar satu gerakan sedang di buat kononnya oleh budak-budak “tingkat 4” untuk membina persepsi di kalangan ahli-ahli Umno bahawa Dato’ Sri Najib memang tidak layak menjadi Presiden Umno dan Perdana Menteri menggantikan YMb.

Saya juga mendengar satu tekanan dan ugutan akan di buat menggunakan pelbagai saluran perundangan termasuk laporan polis dan BPR bagi menekan Dato’ Sri Najib meletakkan jawatan.

Gerakan itu juga konon katanya sedang memburuk-burukkan Datin Sri Ros mah dan sedang cuba melaga-lagakan Dato’ Sri Najib dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Konon katanya, YMb memang mahukan Tan Sri Muhyiddin menjadi Timbalan Predana Menteri sejak dulu lagi.

Saya ingin bertanya, apakah semua ini betul? Saya juga ingin bertanya apakah memang ada perancangan seumpama ini oleh menantu YMb dan di restui oleh YMb sendiri?

Sama ada YMb terima atau tidak, inilah antara lain yang sedang di bicarakan di kalangan ahli Umno dan rakyat di bawah.

Saya ingin bertanya, betulkah ada perjanjian antara YMb dengan Tun Dr Mahathir bahawa YMb hanya akan menjawat jawatan Perdana Menteri untuk satu penggal sahaja? Hanya Allah SWT, Qaraman Qatibin, YMb dan Tun Dr Mahathir sahaja yang tahu. Kalau YMb sudah berjanji, munafik kalau mengingkarinya.

Apa sudah jadi dengan Islam Hadhari? Ternyata imam masjid di kampung-kampung belum faham lagi walaupun ia telah di perkenalkan 3 tahun yang lalu.

Rakyat meluat melihat gambar YMb merangkul erat pinggang seorang artis berbangsa Cina yang tersebar semasa pilihan raya yang lepas.

Saya sungguh tidak menyangka YMb sebagai pemimpin Islam Hadhari termasuk dalam gulungan jantan miang yang pandai mengambil kesempatan.

Kesian saya melihat jentera Barisan Nasional terkial-kial mencari idea untuk menepis dan menjawab mengenai gambar tersebut. Akhirnya mereka sesama mereka duduk dan memaki hamun YMb. Padan dengan muka YMb, tak fasal-fasal kena maki.

Kenyataan menantu YMb bahawa dia tidak akan menyertai kabinet selagi YMb masih menjadi Perdana Menteri di sambut dengan rasa syukur kehadrat Allah SWT.

Hakikatnya – hanya Perdana Menteri yang bodoh sahaja yang akan melantik dia dalam Jemaah Menteri. Apa hebatnya dia ni? Dia ni laksana melukut di tepi gantang - masuk tak tambah, keluar tak kurang, tak ada lagi baik.

Sebagai Presiden Umno ternyata YMb tidak tahu menghargai dan menghormati struktur dan sayap parti. Kenapa Wanita Umno tidak di lantik dalam Jemaah Menteri?

Bukankah Wanita Umno adalah tulang belakang kekuatan Umno selama ini? Kalau YMb tidak mahu melantik Dato’ Seri Rafidah dan tidak boleh melantik Dato’ Seri Shahrizat kerana beliau kalah, apa pula dosa dan salahnya Dato’ Halimah Siddiq?

Adakah kerana budak-budak “tingkat 4” tidak suka kepada Dato’ Halimah, maka YMb tidak melantik beliau?

Sebagai ahli parti saya faham benar betapa pentingnya Pergerakan Wanita Umno dalam menjayakan program dan agenda parti. Saya terkilan, keikhlasan mereka YMb balas demikian rupa. Madu diberi, tuba yang di balas.

Kepada Wanita Umno sedarlah, puan-puan sudah dianggap menopause dalam era politik Umno oleh Presiden yang tidak ada hati perut ini. Barangkali Presiden yang Puan-Puan sokong ini sudah nyanyok.

Atas nasihat “tingkat 4”, Presiden yang puan-puan sokong ini, sedang mengatur dan mencatur untuk meletakkan Dato’ Azalina Othman Said sebagai Ketua Wanita Umno yang baru.

Dalam kamus perjuangan, saya akui Azalina memang hebat dari puan-puan, beliau berjuang seratus peratus sepanjang masa 24 jam sehari, sehingga tidak pernah terfikir untuk berkahwin.

Bukan macam puan-puan, ada anak dan ada suami. Tahniah buat Pergerakan Wanita Umno Malaysia kerana bakal mendapat Azalina sebagai Ketua Wanita yang baru.

Saya amat hairan dengan perlantikan Dato’ Seri Shahrizat sebagai Penasihat Perdana Menteri bertaraf Menteri dalam hal Pembangunan Wanita Dan Keluarga, walhal pada masa yang sama sudah ada Menteri yang bertanggunjawab.

Pada saya perlantikan ini merupakan satu penghinaan buat Dato’ Seri Shahrizat dan persendaan buat Wanita Umno seluruhnya.

Kepada Dato’ Seri Shahrizat saya cadangkan tolak saja perlantikan ini. Tunjukkan solidariti dan semangat setia kawan kepada Wanita Umno. Buktikan bahawa Dato’ Seri sanggup bersama Wanita Umno di waktu susah dan di waktu senang.

Kepada sahabat saya Dato’ Seri Dr Mohd Khir Toyo, syabas saya ucapkan kerana menjadi lelaki sejati yang bertanggungjawab, bermaruah dan punya harga diri dengan meletakkan jawatan Pengerusi Perhubungan Umno dan Pengerusi Barisan Nasional Selangor.

Bukan macam Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang yang masih tidak tahu malu dan mahu terus menongkat langit.

Kepada YB Dato Anifah Aman dan YBM Tengku Azlan, sekalung tahniah buat kalian berdua kerana mencipta sejarah di tanah air kita apabila menolak jawatan Timbalan Menteri yang diberikan.

Seingat saya inilah kali pertama dalam sejarah perkara seumpama ini berlaku. Kalaulah saya Perdana Menteri, sudah tentu saya akan turut meletakkan jawatan sama kerana malu dengan penolakan ini.

Walau apa pun alasan, yang pentingnya kalian berdua terselamat dari berketuakan si Murakbalin ini.

Menyentuh mengenai perlantikan Menteri Besar Perlis dan Terengganu, saya kesal kerana YMb gagal berfungsi sebagai Ketua Parti. Sepatutnya YMb sendiri merafak sembah Ke Bawah DYMM Raja Perlis dan DYMM Sultan Terengganu.

Baginda adalah Raja kita bukannya musoh kita. Kalau dengan Tuanku pun YMb gagal menyelesaikan soal perlantikan Menteri Besar dengan teratur dan sempurna, bagaimana dengan hal yang lebih rumit dan besar? Sebab itu YMb kena berambus dengan segera.

Baru-baru ini, saya mendapat khabar bahawa salah satu dari sayap parti yang paling junior telah membuat satu ketetapan di dalam mesyuarat Exconya mendesak YMb berundur meletakkan jawatan sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri.

Konon katanya, keputusan mereka telah “di black outkan” oleh semua media atas arahan pejabat YMb. Betul ke?

Pada kesempatan ini saya ingin menegur YMb mengenai angka 13. Umum mengetahui angka ini merupakan angka kegemaran YMb.

Tidak ada salahnya dengan angka ini. Tetapi ada orang memberitahu saya, bahawa angka ini diberikan oleh seorang tukang tilik kepada YMb. Betul ke?

Kalaulah betul angka 13 ini diberikan oleh tukang tilik dan YMb mempercayainya, saya amat kesal. Kepercayaan kepada sesuatu angka itu boleh mendatangkan tuah adalah di larang sama sekali di dalam Islam dan hukumnya syirik.

Sebagai cucu kepada seorang ulama Falak dan pemimpin agung Islam Hadhari, saya berharap YMb tidak terpedaya dengan kepercayaan karut seperti ini.

Tetapi barang di ingat, kerana angka ini, segala tindak tanduk YMb sudah boleh di hidu dan di baca. Sebab itu tarikh pembubaran parlimen pada 13 Feb tidak ada kejutan, hampir semua rakyat telah mengetahuinya terlebih dahulu.

Cuma saya ingin menasihatkan YMb, kalau sudah terlalu seronok dengan angka 13 ini, tolong letakkan jawatan pada 13 May 2008 ini. Barulah angka ini akan membawa seribu kenangan kepada YMb secara peribadi.

HASRAT YBM TENGKU RAZALEIGH HAMZAH UNTUK MERAWAT UMNO – BERTANDING JAWATAN PRESIDEN

Dalam mengulas hasrat YBM Tengku Razaleigh Hamzah untuk merawat Umno yang sedang sakit dengan menawarkan kesediaannya bertanding jawatan Presiden Umno, saya kira ini satu perkembangan yang amat menarik.

YMb kena akui, rakyat sudah benci dengan YMb dan menantu. YMb dan menantu bukan lagi aset kepada Umno dan Barisan Nasional, tetapi sudah menjadi biawak hidup atau laibiliti di dalam Umno dan Barisan Nasional.

Sungguhpun begitu, saya faham YMb dari jenis muka tembok memang cukup sayangkan jawatan ini demi anak menantu dan keluarga. Kalau sudah terlalu sayangkan jawatan, buatlah sesuatu. Justeru, ikutlah nasihat saya ini.

Nasihat ini kalau di ikut, pasti YBM Tengku Razaleigh tidak akan dapat satu pun pencalonan untuk jawatan Presiden. Bukan niat saya mahu mendabik dada pulak tetapi idea ini memang first class. Budak-budak “Tingkat 4” sendiri pun tidak pernah terfikir mengenai idea ini.

Apa yang perlu YMb buat, ialah:

1 ) Panggil seorang demi seorang Ketua Bahagian. Kemudian, minta mereka menandatangani akujanji bahawa mereka akan menyokong YMb sampai mampus sebagaimana yang di lakukan oleh ahli-ahli Majlis Tertinggi Umno baru-baru ini. Selepas itu, pastikan juga mereka mendapatkan tandatangan semua AJK Bahagian dan semua Ketua-Ketua Cawangan bahawa mereka juga menyokong kepimpinan YMb sampai mampus juga.

2 ) Selepas selesai tandatangan, surohlah mereka buat kenyataan akhbar dan kutuk Tengku Razaleigh habis-habisan. Semua media mesti menyiarkan acara ini sebagai berita utama.

3 ) Kemudian, YMb sendiri turun ke negeri-negeri, arah negeri-negeri mengadakan sambutan besar-besaran dengan sepanduk dan kain rentang yang tertulis kata-kata menyokong, memuja dan memuji YMb. Kalau dulu kita sediakan bas dan elaun RM 10 kepada rakyat untuk datang menyambut pemimpin, tetapi kali ini elaun mesti di naikkan kepada RM 100, barulah mereka boleh menjerit dengan penuh semangat dan kuat menyokong YMb sebagaimana yang di buat di Seri Perdana baru-baru ini.

4 ) Dalam masa yang sama, media hendaklah berperanan menyiarkan berita lawatan YMb ini. Kalau yang hadir 3,000 orang, ia mesti ditulis 30,000 orang, baru nampak grand.

5 ) Media juga mesti “black outkan” kenyataan Tun Dr Mahathir, Tengku Razaleigh dan sesiapa juga yang sinis terhadap YMb. Kenyataan-kenyataan mereka yang menyokong YMb pula, wajib hukumnya diperbesar-besarkan.

6 ) Media juga mesti memainkan isu perpecahan Umno akibat pertandingan 1987. Jangan pulak media terlajak menulis bahawa YMb juga terlibat melawan Presiden Umno pada tahun 1987. Tumpukan hanya membelasah Tengku Razaleigh sahaja.

7 ) Lupa nak pesan, Ketua-Ketua Bahagian yang di panggil di peringkat awal tadi, jangan lupa hulur sikit atau janjikanlah apa-apa peruntukan. Penting tu. Kalau perlu pujuk, YMb pujuk. Kalau perlu ugut, YMb ugutlah mereka. Dalam masa yang sama aturlah langkah SUPAYA TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN DI CALONKAN MELAWAN DATO’ SRI NAJIB UNTUK KERUSI TIMBALAN PRESIDEN. Saya rasa Tan Sri Muhyiddin juga dah lama mengidamkan jawatan itu. Jangan lupa, kepada mereka yang digugurkan dari kabinet, janjikanlah kedudukan lain yang istimewa supaya mereka juga akan bekerja keras menyokong YMb dan turut sama membelasah Tengku Razaleigh. Kepada Tan Sri Muhyiddin belajarlah serta-merta memberikan senyuman manis kerana kadang-kadang saya melihat mukanya masam seolah-olah ada tahi kucing dihidungnya.

8 ) Kemudian, panggil mesyuarat Majlis Tertinggi Umno dan buat ketetapan hanya jawatan Presiden sahaja tidak boleh di tandingi. Manakala jawatan Timbalan Presiden ke bawah BOLEH ditandingi. Mana-mana bahagian yang mencalonkan orang lain selain YMb, arahkan Setiausaha Agung cari kesalahan teknikal dan gantung terus bahagian itu. Pastikan juga pemilihan Umno di semua peringkat di tangguhkan ke tahun 2009. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan biar Tengku Razaleigh letih.

9 ) Kemudian, atur orang untuk lapor kepada Jawatankuasa Disiplin bahawa Tengku Razaleigh dan penyokong-penyokongnya menggunakan wang. Jawatankuasa Disiplin pula jangan tunggu lama-lama, pecat sahaja mereka ini. Kalau ada laporan politik wang yang melibatkan penyokong-penyokong YMb, Jawatankuasa Disiplin jangan pecat, memadai dengan amaran sahaja.

10) Dalam masa yang sama Pengerusi-Pengerusi Perhubungan wajib memainkan peranan memastikan Tengku Razaleigh tidak mendapat satu pun pencalonan.

11) Pastikan panglima-panglima YMb yang handal-handal yang sangat di sayangi dan dihormati oleh ahli Umno seperti Reezal Marican, Dato’ Othman Desa, Menantu YMb, budak-budak tingkat 4, Kalimullah dan Patrick Badawi turun berkempen di bahagian-bahagian.

12) Jangan lupa peralatkan badan-badan NGO seperti GPMS, Gerakan Belia 4B dan Majlis Belia Malaysia (MBM) membuat kenyataan menyokong YMb dan arahkan mereka membelasah Tengku Razaleigh dengan teruk. Selain NGO, YMb juga boleh memperalatkan sesiapa juga yang sedang lapar mencari peluang perniagaan untu berbuat perkara yang sama.

13) Gunakan juga pemimpin-pemimpin parti kompenan Barisan Nasional menyuarakan ketetapan berdiri teguh di belakang YMb. Kalau boleh, gunakan juga agensi dan jentera kerajaan untuk menabur fitnah dan menyebarkan propaganda bahawa negara akan hancur punah ranah kalau Tengku Razaleigh menjadi Presiden Umno dan Perdana Menteri Malaysia .

Saya yakin, dengan menggunakan taktik-taktik ini, YMb akan terus mengekalkan jawatan Presiden Umno dan Perdana Menteri Malaysia sampai bila-bila dan hajat budak-budak “tingkat 4” untuk melihat Tan Sri Muhyiddin menjadi Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri akan tercapai jua akhirnya sebelum Umno dan Barisan Nasional dikebumikan pada pilihan raya umum yang akan datang.

Kerana tidak mahu Umno dan Barisan Nasional dikebumikan maka surat ini saya tulis dengan titisan air mata dan dengan penuh emosi. Air mata saya menitis kerana sayangkan agama kita Islam, bangsa dan negara – apa akan jadi kepada Islam? Apa akan jadi kepada Umno? Saya beremosi kerana saya yakin dan percaya YMb lah punca Umno dan Barisan Nasional jadi begini.

Selama 4 tahun saya dan teman-teman telah berusaha menyampaikan cadangan dan pandangan demi Islam tercinta, bangsa dan negara, dengan bahasa yang berlemah lembut kepada YMb melalui pegawai-pegawai dan mereka yang rapat dengan YMb, namun cadangan dan pandangan kami dengan bahasa yang berlemah lembut, disambut sinis dan terkadang kala kami dianggap sebagai musuh.

Sebab itu jangan salahkan saya jika bahasa yang kesat dan keras saya gunakan di dalam surat ini kerana saya sudah jemu untuk berkias dan berlemah lembut dengan golungan yang sombong dan bongkak seperti YMb dan orang yang berada dikeliling YMb.

Ada rakan-rakan menganjurkan kepada saya “mari bersatu bersama Pak Lah” – jawapan saya, “apa guna bersatu bersama Pak Lah kalau dengan bersatu itu Umno akan runtuh – ada lebih baik tumbangkan sahaja Dollah Badawi demi menyelamatkan Islam, Umno, bangsa dan negara”.

Terus terang saya katakan YMb tak ubah umpama bisul dilengan, kita tidak akan potong dan buang seluruh lengan, apa yang kita buat ialah kita pecahkan bisul, keluarkan nanah, bisul baik, lengan pun selamat.

Ada kawan-kawan yang mengingatkan saya kemungkinan di tahan ISA dan di pecat dari Umno kerana surat ini. Saya jawab kepada mereka kalau inilah harga yang perlu saya bayar untuk memartabatkan Islam, Umno, bangsa dan negara, insyaAllah saya redha.

Tapi ingat baik-baik, saya bukan mengancam keselamatan negara dan Umno bukan milik mak bapak diaorang dan bukan milik mak bapak saya. Umno adalah milik kita bersama.

Ini bukan surat terbuka saya yang pertama kepada seorang Presiden Umno dan Perdana Menteri Malaysia.

Dahulu, saya pernah beberapa kali mengutus surat terbuka kepada YABhg Tun Dr Mahathir sewaktu beliau menjawat jawatan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, menegur dan mengkritik beliau dengan nada dan bahasa seperti ini – semuanya kerana sayangkan Islam, Umno, bangsa dan negara.

Prinsip saya mudah, kamu buatlah apa pun. Tetapi apabila Islam, Umno, bangsa dan negara tergugat seperti sekarang ini, saya akan bangkit menyatakan kebenaran. “Berkata benar walaupun pahit”.

Saya sayangkan negara saya. Saya bukan barua Singapura dan menjadi ejen asing.

Sesungguhnya, tidak ada cara lain untuk kita menyelamatkan Umno dan Barisan Nasional dari terus pupus dan tidak releven di muka bumi Malaysia ini melainkan kita menuntut Abdullah Bin Ahmad Badawi berundur dengan meletakkan jawatan sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri Malaysia.

Berambusnya si Murakbalin ini bermakna berambus jugalah menantu kesayangannya dari arena politik Malaysia .

Sebelum saya mengakhiri surat ini, saya ulangi cabaran saya supaya kamu, ABDULLAH BIN AHMAD BADAWI bertanggungjawab penuh dengan meletakkan jawatan Presiden Umno dan Perdana Menteri Malaysia atas kekalahan Barisan Nasional di lima negeri dan di Wilayah Persekutuan serta kehilangan majoriti 2/3 di Dewan Rakyat.

Atas nama maruah, kehormatan dan harga diri, saya MUHAMMAD ZAHID BIN MD ARIP, ahli Umno dan warganegara Malaysia mencabar kamu berbuat demikian.

Mudah-mudahan Allah mengurniakan taufiq dan hidayah untuk kamu segera berundur.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
MUHAMMAD ZAHID BIN MD ARIP

Semasa

Hiburan

Sukan

 

© Copyright Kerabu Bersuara 2007 -2013 | Design by Kerabu Bersuara | Published by Kerabu Bersuara Group | Powered by Blogger.com.