News Update :

Politik

Kenyataan

Agama

Dunia

Ayat Seribu Dinar (ath-Thalaq, 65: 2-3) Sebagai Penangkal???

April 30, 2008


Ayat Seribu Dinar (ath-Thalaq, 65: 2-3) Sebagai Penangkal???




وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا

وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لا يَحْتَسِبُ وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا


“Barangsiapa bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (ath-Thalaq, 65: 2-3)

Beberapa hari yang lalu saya ada menulis sebuah artikel yang agak panjang, bertajuk: “Meraih Keberkatan Dari Iman & Taqwa” dan di dalamnya saya ada ulas berkenaan ayat al-Qur’an yang digunakan sebagai pelaris atau penangkal yang mana saya sebutkan di dalam artikel tersebut sebagai kerap di-amalkan oleh pemilik restoran dan gerai-gerai makan tertentu.

Ada yang bertanya, “ayat apa yang dimaksudkan?” Emm, harapnya tidaklah bertanya kerana hendak mengamalkannya pula ye...

Kepada yang bertanya, ayat tersebut adalah sebagaimana di atas bermula dari penghujung ayat kedua dan sehingga habis ayat ketiga surah ath-Thalaq. Sebenarnya tidak juga terhad kepada ayat itu yang saya maksudkan, kerana ada juga dari kalangan mereka yang menggunakan ayat al-Kursi untuk digantung bagi mencapai maksud mereka. Namun, hanya saja ayat dari surah ath-Thalaq ini yang mana mereka gelarkan sebagai "Ayat Seribu Dinar" cukup mendapat tempat bagi tujuan dan maksud mereka.

Ayat ini sering disalah guna oleh pelbagai pihak dengan tujuan semoga perniagaan dan jualan yang mereka jalankan sentiasa beroleh keuntungan dan jauh dari kerugian. Kaedah yang mereka gunakan adalah dengan menggantungkannya di sebahagian tempat-tempat tertentu dari bahagian kedai atau restoran-restoran mereka. Malah ada sebahagiannya yang sanggup berhabis ratusan ringgit bagi mendapatkan struktur ayat yang lengkap dengan frame dan seni tulisan tertentu.

Walhal, apa yang sebenarnya mereka lakukan itu adalah suatu perbuatan yang menyalahi sama sekali tujuan penurunan al-Qur’an kepada kita. Dalam banyak tempat, Allah menyatakan bahawa al-Qur’an itu adalah sebagai huda (petunjuk), al-Furqon (pemberi peringatan), penjelas (mubin), busyro (berita gembira) dan juga rahmat? (Rujuk: Pengantar Studi Ilmu al-Qur’an, m/s. 19-23) Bukannya sebagai penangkal dan pelaris. Jika benar perbuatan itu adalah suatu yang haqq, maka bawakan contohnya (bukti/penjelasan) dari Rasulullah s.a.w. dan sahabat-sahabat beliau yang memperlakukan hal seperti itu.

Tidakkah mereka memahami maksud ayat yang mereka ambil tersebut? Ia tidak lain adalah ditujukan kepada orang yang bertaqwa atau yang hendak bertaqwa. Bukan mereka yang cuba berlaku syirik dengan percaya kepada karut-marut dan tangkal-tangkalan. Manakala penisbahan kalimat “Ayat Seribu Dinar” ke atas ayat tersebut itu sendiri, entah dari mana datangnya. Kalau ada rujukan hadisnya, nak tahu juga saya.

Berikut saya utarakan beberapa hadis yang melarang keras mereka yang cuba bermain dengan tangkal dan azimat. Tidak kira sama ada tangkal itu dijadikan daripada al-Qur’an atau pun bukan al-Qur’an ianya tetap bernama tangkal dan tetap haram dan syirik menurut maksudnya.

"Sesungguhnya jampi mentera (tamaim), tangkal dan guna-guna itu perbuatan yang syirik". (H/R Ibn Majah (3521) at-Tibb. Ahmad (3433) Musnad. Abu Daud (3385) at-Tibb)

"Sesiapa yang memakai (mengantung) tangkal, maka ia telah melakukan kesyirikan". (H/R Turmizi (1998) at-Tibb. Nasaii (4011) Tahrimul ad-Dam)

"Sesiapa yang memakai (bergantung kepada) sesuatu (tangkal, azimat pendinding) maka dia telah bertawakkal dengannya. Allah akan menyerahkan urusannya kepada sesuatu itu". (H/R Turmizi dan al-Hakim)

"Barangsiapa yang memakai sesuatu (tangkal, azimat atau pendinding) maka ia telah mewalikan atau bertawakal kepadanya". (H/R Ahmad (18035) Musnad al-Kufiyyin)

"Dari Isa bin Abdulrahman berkata: Kami melawat Abdullah bin 'Ukaim dan dia sedang sakit maka dikatakan kepadanya: (Ada baiknya) jika engkau memakai sesuatu (tangkal). Maka beliau berkata: Apakah aku akan memakai sesuatu (tangkal) sedangkan Rasulullah saw telah bersabda : Sesiapa yang telah memakai sesuatu (dari jenis tangkal) maka dia telah bertawakkal kepadanya". (H/R Ahmad (18030) Musnad. Turmizi (1998) at-Tibb)

"Sesiapa yang menggantung (memakai) tangkal maka ia telah melakukan kesyirikan." (H/R Ahmad (16781) Musnad)

Islam telah mengharamkan setiap mukmin menyeru selain Allah untuk meminta pertolongan yang melibatkan perkara-perkara yang ghaib. Begitu juga Islam mengharamkan para mukmin dari menggunakan tangkal, azimat, pendinding atau yang seumpamanya kerana benda-benda tersebut tidak akan memberi faedah atau sebarang kesan kepada penggunanya sebagaimana penjelasan Allah Subhanahu wa Ta'ala melalui firman-Nya:

"Katakanlah! Serulah mereka yang kamu anggap (sebagai pelindung) selain Allah mereka tidak memiliki (kekuasaan) seberat zarrah di langit dan di bumi dan mereka tidak memiliki suatu saham pun dalam (urusan) langit dan bumi dan sekali-kali tidak ada di antara mereka yang menjadi pembantu bagi-Nya". (Saba', 34: 22)

Sekiranya Allah Subhanahu wa Ta'ala menurunkan bahaya, kemudaratan dan bala ke atas mereka yang memakai tangkal, azimat atau pendinding, mereka tidak akan dapat menjadikan benda-benda tersebut sebagai pelindung sebagaimana yang mereka sangkakan.

Firman Allah:

"Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepada kamu, maka tiada yang berkuasa menghilangkannya melainkan Allah dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepada kamu, maka Dia Maha Kuasa di atas sesuatu". (al-An’am, 6: 17)

Kesimpulan:

1 – Beramal-lah dengan ayat-ayat al-Qur’an dengan cara yang betul, dengan ilmu, membaca, dan berusaha memahami serta mempelajarinya.

2 – Apa yang disarankan melalui ayat surah ath-Thalaq, 65: 2-3 itu sendiri meminta kita untuk bertaqwa dan Allah akan memberi ganjaran rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka serta akan membantu mereka yang bertaqwa dengan mencukupkan keperluannya.

3 – Ayat al-Qur’an bukan bahan untuk dijadikan sebagai tangkal dan alat pelaris. Malah perbuatan mempercayai tangkal itu sendiri termasuk ke dalam hal yang syirik dan berdosa besar.

4 – Langkah terbaik untuk meminta pertolongan adalah dengan cara berdoa kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala yang Maha Pemurah, Maha Penyayang, dan Maha Pemberi Rezeki. (Rujuk al-A’raaf: 180, az-Dzariyat: 58, dan al-Baqarah: 186) Di samping sentiasa berusaha menggandakan usaha dan mempelbagaikan strategi pemasaran/perniagaan yang betul.

Wallahu a’lam...

Alwi Che Mat Yang Celupar....kan aku tumbuk!


Datuk Alwi Che Mat, ADUN Kok Lanas yang kini menggantikan Datuk Anuar Musa sebagai Ketua Pembangkang di DUN Kelantan tidak menerima kenyataan bahawa Kerajaan Persekutuan telah mendiskriminasi kerajaan Kelantan, malah dengan celuparnya beliau mempersoalkan samada tuntutan YAB Menteri Besar Kelantan TG Ni Aziz adalah untuk memasukkan peruntukan ke poket sendiri.


Sedangkan telah terbukti di dalam sidang dewan penggal lepas, Datuk Mustapha Mohd selaku menteri kerajaan persekutuan sendiri telah mengakui beliau terlibat di dalam menyekat peruntukan pembangunan kepada negeri Kelantan.



http://www.youtube.com/watch?v=a-CboM0ZPv0




Salam;

Apakah TGNA seorang ulamak yang sentiasa mengimarahkan masjid dengan ajaran ilmu Islam akan bersikap buruk seperti yang dituduh oleh budak kurang akal tu? Tahukah siapa orang yang dia hentam tu adalah permata hati jutaan umat Islam di dunia ni(bukan setakat Malaysia) bahkan beliau diiktiraf sebagai ulamak oleh kawan dan lawan.

Berhati-hatilah bila bercakap wahai Awe suku. Jangan sampai terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa. Syaitan pun tak bernai mengangkat kepala dengan TGNA. Apakah dengan orang rendah akhlah seperti mu akan membuat TGNA tergugat.

Jika keinsafan ada di hatimu, moga diampuni Allah atas segala khilaf yang kamu lafazkan. Kalau keinsafan itu memang tiada, hanya sekadar nak menunjuk lagak gedebe sewel mu, moga mu jalan kepala pusing belakang.

tolong jangan buat rakyat mare...

Jika begitu keadaan yang hendak disiarkan 'Secara langsung' dari Parlimen oleh RTM, maka ia hanya membazirkan wang rakyat sahaja. Sudah pasti siaran langsung itu memakan belanja yang besar.

Janji 1 jam tetapi bila sampai minit ke 40, terus dipotong siaran langsung tersebut. Kemudian diteruskan dengan wawancara dengan Pensyarah Asia-Eropah, UM. Rakyat bukan hendak lihat Pensyarah tersebut tetapi nak lihat dan dengar apa yang dijawab oleh Perdana Menteri bersabit soalan daripada YB Haji Hadi-Marang? Kenapa dipotong dan dialihkan siaran tersebut?

Seterusnya soalan remeh dari 'Peguam belit' dan anaknya memang sekadar untuk mengesahkan mereka adalah 'spesis' belit dan menyusahkan negara Malaysia sahaja. Mereka hanya sekadar nak tunjuk hero seolah-olah mereka berdua adalah 'Raja undang-undang' dinegara ini.

Itu sebab saya berpegang dengan prinsip idelogi saya iaitu "Demokrasi tidak boleh menyelesaikan semua masalah". I want to be a 'Dictator'. I want to protect my country dengan berpegang pada prinsip kejujuran, keikhlasan dan pengorbanan demi negaraku, agamaku dan bangsaku.

saman je samy ni...bagi dia sedar diri..


Anwar ugut saman Samy RM100 juta
Apr 30, 08 12:26pm
Selepas siri-siri saman terhadap beberapa tokoh BN, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak terlepas menghadapkan tindakan perundangan itu terhadap presiden MIC berhubung satu berita di sebuah akhbar harian dua minggu lalu.

Penasihat PKR menuntut Datuk Seri S Samy Vellu memohon maaf dan menarik kenyataannya di Berita Harian pada 15 April yang menyebut, antaranya, Anwar menggalakkan "penyokongnya menggunakan pelbagai taktik kotor pada pilihanraya umum" dan "negara akan lebih aman dan makmur jika tiada kelibat manusia seperti Anwar."

Menurut peguam mantan timbalan perdana menteri itu, Sankara Nair berkata jika Samy Vellu gagal berbuat demikian dalam tempoh 48 jam, beliau akan memulakan saman bagi menuntut RM100 juta.

Surat tentang perkara ini diserahkan kepada presiden MIC semalam.

Dalam akhbar tersebut, Samy Vellu dilaporkan berkata Anwar "menggunakan ugutan, tekanan, paksaan dan menakut-nakutkan pengundi bagi menjamin kemenangan calon pembangkang."

Bekas menteri kerja raya itu dipetik sebagai: "saya sudah lama kenal dia. Ini cara mereka meraih undi."


datuk seri....saman je orang tua samy tu...dia dah banyak kaut untung dengan curi hak rakyat....bagi dia rasa susah pulak..kadang-ladang orang macam ni keajar dengan cara yang keras

Lenyap mitos PAS untuk kawasan Melayu


eksklusif Ahli-ahli PAS akan lebih bersemangat jika parti itu berjaya membuktikan bahawa ia mampu menang di kawasan-kawasan bermajoriti bukan Melayu, kata seorang ahli parlimen wanita PAS.

"Sekiranya PAS mampu menang di kawasan majoriti bukan Melayu, mitos yang menyatakan PAS hanya layak bertanding di kawasan majoriti Melayu itu lenyap," kata Dr Siti Mariah Mahmud yang pertama kali ke Dewan Rakyat selepas menang besar di Kota Raja.

"Dengan itu semangat ahli kita untuk bekerja lebih meningkat dan menyedarkan (mereka) bahawa itu bukan mustahil.

"Saya percaya bukan Islam boleh memberi undi mereka kepada kita. Kita pun ada track record, bukan kita tak ada track record."

Beliau, yang dilihat seorang pemimpin Muslimat yang progresif dan terbuka, berjaya menewaskan ketua Pemuda MIC SA Vigneswaran dengan majoriti 20,751 undi.

Kawasan parlimen itu mempunyai kompositi kaum bukan Melayu yang agak besar - Melayu (46.8 peratus), Cina (23.5) dan India (26.3) daripada 71,887 pengundi.

Beliau antara tiga daripada lima calon parlimen PAS yang berjaya ke Dewan Rakyat. Dua lagi di Titiwangsa (Wilayah Persekutuan) dan Rantau Panjang (Kelantan).

Bercakap dalam wawancara dengan Malaysiakini hujung minggu lalu, Dr Siti Mariah berkata beliau sentiasa yakin PAS harus mendapat sokongan bukan Melayu untuk membolehkan ia berada dalam arus perdana politik nasional

"Sebenarnya dalam 2004, kali pertama saya bertanding di Kota Raja - masa itu (pengundi) Melayu hanya lebih sedikit 50 peratus. Dan saya tahu (Kota Raja) itu adalah kawasan yang berisiko tinggi.

"Pada ketika itu kita dapat undi hampir 40 peratus. Jadi, oleh kerana melihatkan undi pada 2004 itu, kali ini saya berasakan bahawa kita ada peluang sebab yang 40 peratus itu bukan orang Melayu sahaja yang menyokong kita.

"Jikalau dalam 2004, tanpa isu, tanpa apa-apa (isu besar) mereka boleh memberi undi, dalam tahun 2008, saya rasa saya mempunyai peluang yang lebih baik (pada 2008)," katanya di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur.


Berikut sedutan wawancara dengan beliau:

Malaysiakini: Kemenangan besar pembangkang pada pilihan raya kali ini adalah akibat kekuatan pembangkang atau protes terhadap kerajaan?

Dr Siti Mariah: Protes juga satu faktor. Banyak lagi faktor lain. Kekuatan kami, walaupun tidak ketara kepada kebanyakan orang, perkara-perkara misalnya sekarang isu rasuah, perobohan kuil, isu agama dan sebagainya.

Mereka sendiri melihat ke Kelantan. Orang-orang India yang biasa hidup di Kelantan membawa cerita. Mereka amat mengkagumi kehidupan ringkas (menteri besar) Tok Guru Nik Aziz (Nik Mat), bagaimana keprihatinan dia. Dan ini adalah faktor (untuk pengundi) bukan Islam.

Dengan golongan intelektual, kita bercakap tentang hala tuju Malaysia, negara bangsa. Kita bercakap mengenai hak rakyat. Jadi ada perbezaan pada saya, itu tak boleh nak disamaratakan. Kita tengok sasaran khalayak kita. Tetapi kali ini isu cukup (untuk) semua khalayak. Jadi bila kita pergi pada kumpulan (berpenduduk) elit di kawasan Kota Kemuning, ada isu untuk mereka. Yang golongan bawah pun ada. Golongan pertengahan pun ada. Jadi, bila semua isu tu ada.

Sekarang ini PAS semakin banyak menonjolkan calon dan wakil rakyat wanita. Adakah ini juga menunjukkan berlakunya perubahan yang ketara menyebabkan ia jadi semakin liberal dan terbuka?

Sebenarnya kalau kita lihat pilihanraya 2004, kita dah meletakkan sepuluh orang calon (wanita). Kali ini 13 (orang). Kalau dulu kita meletakkan tiga orang di parlimen, kali ini kita meletakkan lima. Memang itulah yang PAS sedang buat.

Pilihanraya 2004 hingga 2008 kita telah menerima (realiti) yang kita akan meletakkan calon wanita. Untuk mengatakan PAS bertambah liberal, (tanggapan) itu tidak (benar). Tidaklah kita melanggar mana-mana pegangan kita yang lepas. Cuma mungkin pendekatan kita lebih mesra kali ini dan dilihat lebih terbuka.

Bagaimana Dr Siti Mariah melihat proses daripada awal sehingga terjadinya perkembangan hari ini apabila wakil rakyat wanita ditonjolkan oleh PAS?

Mula-mula saya hendak tegaskan bahawa tidak ada larangan mutlak untuk wanita bertanding dalam PAS. Kita tahu dulu Khatijah Sidek pernah bertanding (pada 1959) - beliau pernah jadi pesuruhjaya di Terengganu. Kemudian ada satu masa yang wanita tidak diletakkan atas alasan pada ketika itu keadaan politik yang bergelora dan kurang selamat.

Faktor keselamatan?

Faktor keselamatan sebab memang kalau di dalam PAS hanya orang PAS faham bagaimana waktu berkempen, (mereka) diasak, dikacau, macam-macam. Ibu saya dulu juga seorang aktivis. Pernah diikut, diekori dan sebagainya.

Tetapi sekarang orang kata jenayah makin banyak. Bagaimana?

Ya, jenayah makin banyak. Kita masih risau. Namun sekarang lebih ramai wanita tampil ke hadapan, sekarang kita ada peranan dan kita turut aktif. Muslimat lebih mandiri sekarang dan menggerakkan jentera dengan kuasa Muslimat sendiri, tidak lagi bawah naungan ahli lelaki. Jadi, kami berdikari sekarang.

Sekarang ketua pembangkang juga seorang wanita (Dr Wan Azizah Wan Ismail) dan kalau kalau pembangkang dapat menarik sejumlah (lebih 30) ahli parlimen BN, kita mungkin menyaksikan perdana menteri pertama wanita.

Saya mengalu-alukan. Saya sebenarnya gembira kalau Datin Seri Dr Azizah nanti menjadi perdana menteri. Saya sendiri tidak ada bias sebab bagi saya menjadi perdana menteri ini adalah atas sifat meritokrasi dan sokongan. Dan sistem politik kita begitu. Kalau sekarang dalam PAS sendiri, kriteria-kriteria untuk dijadikan pemimpin itu agak ketat - harus ada ilmu yang tinggi dan sebagainya.

Tetapi dalam politik sebenar, ia bergantung kepada sesiapa yang disokong. Bagi saya tidak timbul masalah wanita atau lelaki (sebagai ketua), yang penting pemimpin boleh buat kerja dan mendapat sokongan, (pemimpin) yang mempunyai keterbukaan dan berpengetahuan.

Sebab perdana menteri tidak semestinya tahu semua. Perdana menteri sekarang pun (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) bukan tahu semua. Tidak ada orang yang menguasai semua ilmu dan mengetahui segala-galanya.

Kalau melalui PAS, pemimpin wanita boleh sampai ke tahap seperti itu (presiden parti seperti Dr Wan Azizah)? Ada kemungkinan itu boleh berlaku?

Di segi hukum, ada sesetengah pendapat berkata muslimat tidak boleh menjadi ketua umum - hal ini khilaf (berbeza pendapat). Apabila Tok Guru Nik Aziz sendiri membenarkan Muslimat bertanding sampai ke tahap naib presiden, maka dua peringkat lagi (timbalan dan presiden) sudah tidak menjadi masalah.

Cuma pada saat dan ketika ini kami tidak suka membincangkannya kerana hanya akan menjadi isu politik. Apabila ada orang yang layak, kita akan bercakap tentang itu. Masanya belum sampai.

Sekarang, mungkin dalam kalangan Muslimat belum lagi nampak ada seseorang yang boleh (memimpin) - tahap keilmuannya, tahap sokongan kepadanya, kerana dia bukan saja mesti disokong oleh wanita, dia juga mesti disokong oleh keseluruhan ahli PAS itu sendiri.

Belum ada lagi seorang pimpinan wanita (PAS) yang sampai di tahap itu. Bagaimana kita mahu bincang, ia belum sampai?

PM silap tak jawab kritikan Dr M


Penasihat Gerakan, Dr Lim Keng Yaik berpendapat bahawa perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi silap apabila beliau tidak menjawab kritikan pedas Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pentadbirannya, yang telah menjejaskan prestasi Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya 8 Mac lalu.

"(Kritikan) Dr Mahathir telah menjejaskan mereka (Umno dan BN). Beliau mungkin seorang rakyat biasa tetapi beliau telah menjadi perdana menteri selama 22 tahun.

“Jika kepimpinan Pak Lah dan Umno merasakan Dr Mahathir salah dan apa yang dikatakannya tidak betul, mereka mempunyai hak untuk menyingkirkan beliau dan tidak perlu bimbang (berbuat demikian).

“Beritahu rakyat bahawa beliau salah. Jika beliau masih terus bercakap mengenainya dan anda tidak jawab, maka apa juga yang dicakapkan oleh beliau (Dr Mahathir) mestilah benar," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini di pejabat barunya di Bandar Utama Isnin lalu.

Dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, BN memenangi 140 kerusi parlimen tetapi gagal mempertahankan penguasaan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat. BN juga tumbang di empat negeri - Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor - manakala PAS berjaya mengekalkan Kelantan dengan tambahan kerusi.

Ada pihak yang beranggapan bahawa kenyataan Dr Mahathir bahawa Malaysia memerlukan pembangkang yang kuat turut mempengaruhi arus pengundian dalam pilihanraya umum lalu.

'Angin perubahan'

Ahli politik yang lantang bersuara itu yang melepaskan jawatan presiden Gerakan tahun lalu - selepas menyandang jawatan itu selama 26 tahun - turut menegurkan tindakan Dr Mahathir itu.

“Kritikan (beliau) mungkin betul tetapi sikap dan cara kritikan itu dibuat, tidak membantu BN atau Umno.

“Jika Dr Mahathir sayang Umno dan BN, beliau tidak seharus bertindak sepertimana yang telah beliau lakukan," katanya.

Lim juga ditanya mengenai pilihanraya umum lalu yang disifatkannya sebagai satu 'angin perubahan baru yang bertiup' dalam landskap politik baru tanahair.

“Saya tidak menganggapnya sebagai satu tsunami. Tsunami membawa maksud negatif, dan kemusnahan.

"Saya menyifatkannya sebagai angin perubahan baru yang bertiup dalam arena politik Malaysia," katanya.

Katanya, ini kerana politik pelbagai kaum yang disokong oleh rakyat dalam pilihanraya umum lalu, juga merupakan ideologi parti Gerakan sendiri.


dr lim, wa nak bgtau sama lu...itu pak lah dah talak boleh buat keja dah...suma olang dah tak suka sama dia...lu pun kena hati-hati la...

DBKL sedia kaji kadar letak kereta


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan berbincang dengan pengusaha tempat kereta swasta jika bayaran yang dikenakan membebankan orang ramai, kata datuk bandar, Datuk Abdul Hakim Borhan.

"Jika pengguna kereta mengadu caj bayaran yang dikenakan tidak munasabah dan membebankan, kita akan berbincang dengan mereka.

Bercakap dalam sidang media di pejabatnya hari ini. Abdul Hakim berkata, ada sesetengah tempat, caj bayaran yang dikenakan adalah terlampau mahal.

Sebagai contoh, katanya, ada pengusaha yang mengenakan caj RM5 untuk sekali masuk dan ini merugikan bagi mereka yang hanya masuk untuk 20 minit sahaja.

"Mungkin kita boleh berbincang dengan pengusaha terbabit tetapi kita tengok juga masalah permintaan terhadap tempat letak kereta.

"Walaupun mahal tetapi orang ramai tetap membayarnya, sebagaimana di kawasan Masjid India," katanya lagi.

Operasi haram

Abdul Hakim berkata, terdapat kira-kira 13,000 lot letak kereta yang bermeter dibandaraya Kuala Lumpur serta 9,000 yang bayar di kaunter.

Katanya, ada tujuh pengusaha yang mengutip wang menggunakan mesin dan 15 lagi yang mengutip wang di tepi-tepi jalan.

"DBKL mengambil tindakan ke atas pengusaha tempat letak kereta yang beroperasi secara haram," katanya tetapi beliau tidak memberikan angka pengusaha tempat letak kereta haram di Kuala Lumpur.

Ketika ditanya mengenai masalah tempat letak kenderaan di ibu negara, Abdul Hakim berkata, pemaju projek pembinaan yang baru telah diarah supaya membina tempat letak kenderaan yang mencukupi.

Katanya, pemilik tanah yang tidak memajukan tanah mereka boleh menggunakannya sebagai tempat letak kenderaan.

Ditanya mengenai peningkatan operasi DBKL ke atas kereta yang diletakkan di tepi jalan selepas pilihanraya umum lalu, Abdul Hakim berkata, ia tidak ada kaitan.

"Kita buat penguatkuasaan kerana ini kerja kita. Kalau tidak, orang pun marah juga," katanya lagi.


untuk keselesaan rakyat....banyak yang patut DBKL pertimbangkan balik

terima la hakikat....

MB Perak pertahankan tindakan tukar Pengarah JAIP
30-04-2008 05:58:30 PM
IPOH: Menteri Besar Perak hari ini mempertahankan tindakan mengarah pertukaran serta merta Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) Datuk Jamry Sury dengan alasan mempertahankan hak dan dasar yang diperjuangkan kerajaan sebagaimana manifesto Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum lepas.

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata kerajaan negeri tidak mahu diheret lebih jauh ke dalam isu pertukaran terbabit, malah bukan menjadi dasar kerajaan negeri untuk mendedahkan sikap sesetengah pegawai yang bertindak menimbulkan perkara meragukan.

"Bagaimanapun kerajaan negeri terpaksa mempertahankan hak dan dasar yang diperjuangkan sepertimana yang disuarakan melalui manifesto Pakatan Rakyat pada pilihan raya lepas. Sikap tidak menghormati pendirian kerajaan oleh kakitangan awam sememangnya satu sikap yang tidak profesional, sedangkan semuanya telah termaktub dan ditentukan oleh Allah SWT," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau turut memaklumkan bahawa kedudukan Jamry adalah berstatus penempatan secara pentadbiran sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred Utama C (Pinjaman).

"...jadi dalam ertikata sebenarnya dipulangkan ke jabatan asalnya. Bersesuaian dengan statusnya dipinjamkan ke jabatan berkenaan (JAIP) dan yang meminjamkannya ialah kerajaan negeri terdahulu. Oleh itu, setiap sesuatu yang dipinjam eloklah dipulangkan, apa tah lagi sudah tiga tahun beliau dipinjamkan," katanya.

Pertukaran Jamry ke jabatan asalnya adalah tanpa menjejaskan apa-apa yang sepatutnya diperolehi dan sesuai dengan kelayakannya, katanya.

Mohammad Nizar berkata kerajaan negeri telah memberi tempoh yang panjang iaitu 40 hari untuk Jamry menyesuaikan diri dan bekerjasama.

"Tempoh 24 jam sepertimana digambarkan itu hanyalah satu proses prosedur. Beliau juga bukan dinafikan segala hak atas urusan pemindahan itu. Persoalan sewajarnya ialah apakah beliau mengalami apaapa kerugian daripada arahan itu Pastinya tidak.

"Persoalan kedua, kenapa hal ini dijadikan isu... kerana sebelum ini pun ada pegawai kanan kerajaan ditukarkan dari satu lokasi ke satu lokasi tanpa pengetahuan kerajaan negeri (walaupun ia patut dimaklumkan) tetapi tidak pula menjadi isu," katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri hanya membetulkan kredibiliti pentadbiran jabatan berkenaan dan mengucapkan terima kasih di atas perkhidmatan beliau selama memegang jawatan itu. BERNAMA


nak kecoh apanyer.....kena tukar tu perkara biase la...cikgu yang kena tukar p pedalaman pun banyak..depa tak bising pun..ni la undang-undang yang UMNO ajar,,,terima la wahai sahabatku

PAS anjur perhimpunan dan wacana pekerja 4 Mei


ATAS kesedaran betapa pentingnya usaha memperkasakan kaum pekerja, Lajnah Pekerja dan Peneroka Bandar Pas Pusat akan menganjurkan satu program Perhimpunan Pekerja dan Wacana Kebangsaan ke-3 bertemakan "Memperkasakan Kaum Pekerja" di Stadium Malawati Shah Alam pada 4 Mei ini.



Tentatif Program


8.00 pagi: Ketibaan tetamu Kehormat, para pewakilan dan peserta mendaftar
9.00 pagi: Alu-aluan Pengerusi Majlis, Haji Wan Ghazali Mahmud, Setiausaha Lajnah Pekerja & Peneroka Bandar PAS Pusat
9.05 pagi: Ucapan Pengacara Wacana, Haji Mohd Anuar Tahir - Pengerusi Lajnah Pekerja & Peneroka Bandar PAS Pusat, merangkap Pengarah PPWK
9.15 pagi: Ucaptama Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Haji Awang, Presiden PAS



Aturcara Sesi Pagi
9.45 pagi: Alu-aluan Pengerusi
9.50 pagi: Pembentangan I - Visi Selangor Untuk Kaum Pekerja, oleh Tan Sri Khalid Ibrahim - Menteri Besar Selangor & AMP PKR Pusat
10.30 pagi: Pembentangan II - Visi Perak Untuk Kaum Pekerja, oleh Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin - Menteri Besar Perak & Setiausaha Perhubungan PAS Perak
11.10 pagi: Pembentangan III - Visi Pulau Pinang Untuk Kaum Pekerja, oleh Lim Guan Eng - Ketua Menteri Pulau Pinang & Setiausaha Agung DAP
11.50 pagi: Pembentangan IV - Visi Kedah Untuk Kaum Pekerja, oleh Ustaz Azizan Abdul Razak - Menteri Besar Kedah & Pesuruhjaya PAS Kedah
12.30 tgh: Pembentangan V - Visi Kelantan Untuk Kaum Pekerja, oleh Datuk Paduka Hj Husam Musa - Ahli Exco Negeri Kelantan & Naib Presiden PAS
1.10 ptg: Rehat dan Solat Zohor



Aturcara Sesi Petang
2.30 ptg: Sesi Perbahasan
Syed Shahir Syed Mahmud, Presiden MTUC
Haji Mohd Anuar Tahir, Pengerusi Lajnah Pekerja dan Peneroka Bandar PAS Pusat
Wakil-wakil Kerajaan Negeri
4.00 ptg: Ucapan penutup oleh Datuk Tuan Guru Haji Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan
5.00 ptg: Selesai dan bersurai


Aturcara Sesi Malam
9.00 - 12.00 mlm: Ceramah Perdana "Memperkasakan Kaum Pekerja"
Penceramah:
Haji Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS
YB N. Gobalakrishnan, ADR Padang Serai
YB Ronnie Liu - Exco Kerajaan Negeri Selangor & ADUN Pandamaran



(Sumber: PAS Pusat)

Toyol Besar VS Toyol Kecik


Selepas pelbagai aduan diberikan kepada Badan Bebas BPR ops Belum Badan Bebas lagi cerita tentang seekor Toyol yang terlibat dengan pelbagai Skandal kebas Pitis, Salah guna kuasa, Pecah Amanah arakian maka masih kebal lagi Toyol tersebut walaupun tidak berkuasa lagi. Tiada apa apa tindakan yang diambil terhadap Toyol walaupun pelbagai usaha diambil untuk menangkap Toyol tersebut.


Semenjak Toyol berkuasa telah banyak projek-projek besar seperti projek jalan-jalan di Sekincan dan Sungai Panjang diagih kepada Kroni Kroni Toyol. Antara kroni Toyol paling banyak dapat projek adalah Setiausaha Poltik Toyol melalui sendiri iaitu Meram Holding dan Radzah Sdn Bhd dan juga pegawai khas Toyol, yang dalam usaha mengumpul harta kekayaan.
Toyol juga didakwa terlibat dalam skandal tanah di Kajang. Toyol dikatakan membeli sebidang tanah dengan harga RM2 bagi setiap kaki persegi dan menjualnya kepada PKNS dgn harga RM22 sekaki persegi. One shoot Toyol berjaya meraih RM59 juta.


Toyol juga didakwa terlibat dlm kes rasuah dalam urusan tawaran tapak banglo PKNS di Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi pada tahun 2002. Dalam urusniaga itu, toyol selaku Pengerusi PKNS meluluskan tanah untuk kegunaan sendiri dengan mendapat 50 peratus potongan dari harga asal. Juga kontroversi dalam pembinaaan bunglow mewah di Shah Alam untuk kegunaan Exco2 yang memcecah nilai 40juta ringgit ketika rakyat menangani krisis ekonomi yg teruk. Tidak termasuk meminta komisen komisen untuk setiap projek yang telah diluluskan olehnya

Terbaru muncul satu lagi Toyol Kecik yang mampu menghilangkan duit sekitar 10juta dalam sekilip mata.Mana taknya toyol kecik ni belajar dari Gurunya... Mana tak tumpah kuah kalau tidak ke nasik.

Saya sering terbaca hikayat pasal toyol, selalunya Toyol amik pitis sikit aje.... tak sangka pula sekarang ni status Toyol dah berubah kalu sapu, ..... sapu sampai licin.

ermmm.....takda mood la


KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Semua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) setia kepada parti dan tiada bukti mereka akan menyertai parti pembangkang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah, yang juga Pengerusi BN, berkata jaminan mengenai wakil rakyat BN, baik Anggota Parlimen mahupun Anggota Dewan Undangan Negeri, disuarakan semua ketua parti komponen yang menghadiri mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang dipengerusikannya Selasa malam.

"Semua taat setia kepada BN dan tiada bukti (mereka akan) lompat (menyertai) parti pembangkang," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat dua jam itu di Menara Dato' Onn di sini.

Abdullah berkata BN, bagaimanapun, akan terus memantau perkembangan semua wakil rakyat BN bagi memastikan mereka tidak melompat ke parti lain.

Ditanya mengenai kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini bahawa pihaknya telah berunding dengan beberapa wakil rakyat BN supaya mereka menyertai Pakatan Rakyat, Abdullah berkata perkara itu tidak benar.

"Itu dakwaan dia. Dia nak dakwa apa, dia dakwalah," kata Perdana Menteri.

Abdullah berkata semua pemimpin parti komponen juga sepakat bahawa wakil rakyat BN yang dipilih perlu bekerja keras untuk mendapatkan sokongan lebih besar daripada rakyat berbanding sokongan yang diterima pada pilihan raya umum lepas.

Beliau berkata Dewan Tertinggi BN juga memutuskan supaya wakil rakyat BN, terutama di negeri-negeri yang dikuasai parti bukan BN, mewakili kepentingan semua kaum.

"Kepentingan parti bukan hanya khas untuk parti, tetapi kepentingan parti dalam ertikata perjuangan untuk rakyat," katanya sambil memberi contoh wakil rakyat Umno yang mewakili BN di Pulau Pinang yang kini dikuasai Pakatan Rakyat.

Abdullah berkata dalam konteks itu mesyuarat parti komponen BN akan dipertingkatkan bagi memudahkan BN mengenalpasti dan mengambil tindakan segera terhadap masalah-masalah berbangkit.

"Mesyuarat hari ini juga memberi keputusan supaya kerajaan memberikan perhatian kepada usaha melaksanakan segala janji-janji yang terkandung dalam manifesto BN dalam pilihan raya umum lepas," katanya.

Abdullah berkata beliau telah memaklumkan kepada pemimpin parti komponen bahawa perkara itu telah diberi perhatian dalam jawatankuasa yang membuat kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Perdana Menteri berkata antara perkara yang diberi perhatian ialah kemajuan kawasan luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak serta kemajuan penduduk di ladang.

Beliau berkata masih ada kawasan di pedalaman Sabah dan Sarawak yang tidak mempunyai prasarana mencukupi seperti bekalan air, elektrik dan sekolah, di mana kemudahan itu perlu diadakan dengan secepat mungkin.

"Ini adalah penting supaya rakyat menikmati kemudahan itu. Janganlah kemudahan itu hanya di kawasan bandar dan kawasan luar bandar yang jauh tidak mendapat kemudahan itu," katanya.

Abdullah berkata beliau memberi jaminan bahawa perkara itu diberi perhatian dalam jawatankuasa itu.

Perdana Menteri berkata BN juga akan mengadakan seminar untuk mengatur langkah-langkah BN di masa hadapan yang akan mengambilkira perubahan yang berlaku pada masa kini termasuk memahami aspirasi generasi muda yang mahukan perubahan.

-- BERNAMA

SISWA YAKIN PAK LAH JADI KETUA PEMBANGKANG AKHIRNYA


Oleh Setiausaha Agong,Gabungan Mahasiswa UKM

Pada 1 April yang lalu,para pimpinan tertinggi parti-parti PKR,DAP dan PAS telah mengumumkan hasrat untuk membentuk Pakatan Rakyat yang terdiri daripada tiga parti tersebut. Antara kenyataan rasmi yang ditandatangani oleh empat pemimpin utama tiga parti tersebut ialah "Pakatan Rakyat juga berikrar akan memperjuangkan hak dan kebajikan semua rakyat tanpa mengira agama dan kaum seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara".

Dan minggu lepas, kenyataan Dato' Seri Anwar Ibrahim bahawa Pakatan Rakyat akan mendiami Putrajaya sedikit masa lagi dan berlaku undi tidak percaya belandaskan Perlembagaan Persekutuan terhadap Pak Lah, kembali menghangatkan suasana kampus di Malaysia dan luar negara.

Bagi mahasiswa, kami amat yakin bahawa Pakatan Rakyat akan menjadi kerajaan dan Pak Lah akan menjadi ketua pembangkang.

Keyakinan bukan berlandaskan emosi semata-mata,tetapi merupakan pengamatan dan juga kenyataan para pemimpin negara yang jelas menggambarkan berlakunya peristiwa ‘rahmat’ ini.

Penguasaan Pakatan Rakyat ke atas Malaysia amat dinanti-nantikan oleh semua gerakan mahasiswa. Walaupun mahasiswa bersifat neutral dan idealis, iaitu tidak terkongkong oleh mana-mana pihak, tetapi kami amat menantikan sebuah kerajaan yang mengamalkan prinsip-prinsip demokrasi tulen dan keadilan asasi (natural justice) di Malaysia yang seterunya melimpah masuk ke dalam Kampus.

Sepanjang 50 tahun dibawah penguasaan Barisan Nasional, terdapat banyak kezaliman dan penindasan kepada mahasiswa. Antara kebejatan dan pencabulan demokrasi ke atas mahasiswa oleh pihak pentadbiran Universiti, dari kerani hinggalah Naib Canselor, ialah penafian hak asasi mahasiswa itu sendiri.

Pihak Universiti lebih suka bermain wayang dan memihak kepada anak emasnya,Aspirasi yang sememangnya jelmaan UMNO di kampus.

Di Universiti Kebangsaan Malaysia sendiri, berlakunya pilih kasih dalam penempatan kolej, isu mahasiswa ditangkap dan dipukul, penganjuran program disekat tanpa alasan kukuh, pihak Aspirasi dibenarkan melanggari peraturan Universiti seperti pemasangan kain rentang yang tidak bercop dan penubuhan Kelab Aspirasi di Kolej Kediaman dan banyak lagi peristiwa menunjukkan sifat ultra vires pentadbir Universiti.

Diharap penguasaan Pakatan Rakyat ke atas Persekutuan akan menghapuskan pencabulan hak ini dan seterusnya membuka gelanggang sama rata kepada mahasiswa dalam Pilihanraya Kampus akan datang. Ianya seiring dengan manifesto Pakatan Rakyat yang ingin menubuhkan Suruhanjaya Universiti yang akan menyelia pengurusan semua universiti yang dapat menjamin otonomi universiti dan institusi pengajian tinggi serta mutunya.

Isu Akta Kolej Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Pindaan 1976) akan secara automatiknya terbatal dan tidak berperlembagaan. Jelas bahawa peruntukkan Seksyen 15 (d) AUKU 1971 itu sendiri mennyeksakan mahasiswa dan membisukan mahasiswa. Kami amat irihati apabila baru-baru ini melihat mahasiswa di Korea Selatan bebas menyuarakan pandangan berkaitan isu Tibet dan dapat mengacau kelancaran larian obor Olimpik China di sana . Inilah yang hak yang kami mahukan dan hak ini hanya dikongkong oleh sentimen hasutan dan fitnah sahaja manakala kebebasan bersuara akan diberikan lesen oleh Pakatan Rakyat apabila menguasai kerajaan nanti.

Selanjutnya, isu Perbadanan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang meledak baru-baru ini, perlukan penyelesaian mutlak. Pindaan terhadap Akta Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997 perlu dilaksanakan.

Mahasiswa melihat isu caj perkhidmatan seringkali dimainkan, tetapi tenggelam apabila tiba menteri baru mendiami kerusi empuk Kementrian Pengajian Tinggi. Oleh itu, janji manifesto Pakatan Rakyat untuk menghapuskan caj perkhidmatan 3% dan memperluaskan skim biasiswa dan pinjaman, terutamanya untuk pelajar-pelajar dari keluarga berpendapatan rendah dan sederhana adalah amat ditunggu-tunggu oleh mahasiswa.

Selain itu, isu kenaikan yuran yang akan menimpa mahasiswa nanti pasti terhapus seandainya janji Pakatan Rakyat untuk menghentikan segala usaha ke arah penswastaan institusi pengajian tinggi awam dan mengkaji semula pelaksanaan dasar pengkorporatan supaya memastikan ia berpegang kepada prinsip pendidikan dan bukan keuntungan kewangan itu akan dilaksanakan oleh kerajaan 'baru' nanti.

Sekiranya hal ini tidak direalisasikan semasa Pakatan Rakyat menjadi kerajaan nanti, para mahasiswa tidak teragak-agak untuk mendesak dan turun di jalan raya, menuntut kembali hak mereka yang dinafikan kerajaan Barisan Nasional selama ini.

Akhirnya, penantian Pakatan Rakyat berubah kedudukan sebagai kerajaan Persekutuan amatlah dinanti-nantikan oleh para mahasiswa.Kedudukan ranking Universiti yang jatuh dalam Times Higher Education Supplement (THES) 2008 pasti dipulihkan apabila IPT bebas daripada unsur politik murahan.

Usaha memperkukuhkan kedudukan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang sedia ada dan meningkatkan prestasi mereka pasti akan membuahkan hasil sekiranya amalan ketidakamanahan akademik tidak berlaku.

Secara hujahnya, penguasaan Pakatan Rakyat ke atas Kementrian Pengajian Tinggi dan Kerajaan Malaysia nanti, ibarat seperti 'Cahaya di hujung lorong yang gelap' dan mengeluarkan benih harapan baru terhadap mahasiswa.

Beberapa Tinggalan Idris Jusoh

Terlalu banyak gambar Deris ! Berjuta-juta dibelanjakan setahun ?

Kerja-kerja menurunkan gambar-gambar Deris di atas kain rentang, sepanduk, papan tanda, papan iklan dan ‘billboard’ masih lagi belum selesai walau sudah hampir sebulan Mad Said dilantik sebagai Menteri Besar.
Terlalu banyak gambar Deris ! Berjuta-juta dibelanjakan setahun ?

Kerja-kerja menurunkan gambar-gambar Deris di atas kain rentang, sepanduk, papan tanda, papan iklan dan ‘billboard’ masih lagi belum selesai walau sudah hampir sebulan Mad Said dilantik sebagai Menteri Besar.

Beratus-ratus gambar Idris yang disebarkan ke seluruh negeri Terengganu dengan pelbagai bentuk dan tajuk mula dinaikkan selepas kira-kira setahun kerajaan UMNO/BN Terengganu mengambil alih pemerintahan pada tahun 2004.

Kehebatan penaikkan papan iklan dan billboard di Terengganu di zaman pemerintahan Deris Jusoh cukup terkenal sehingga Terengganu di gelar ‘Terengganu Darul Billboard’.

Apabila lalu dijalan-jalan raya dimana-mana sahaja di negeri Terengganu, pasti akan terlihat Deris Jusoh di gambar-gambar papan iklan dan billboard. Sehingga ada yang memanggil ‘Idris Superman’ kerana ia terlibat dengan semua sektor dalam negeri Terengganu.

Disebalik semua kehebatan itu, Buletin Online dimaklumkan oleh sumber yang dipercayai, dua orang kakitangan yang bertugas di pejabat Menteri Besar di Wisma Darul Iman telah dipecat oleh Mad Said sebaik sahaja Mad Said masuk bertugas.

Dua orang tersebut yang di ambil bertugas oleh Deris didapati telah menjadi perancang membelanjakan berjuta-juta ringgit duit rakyat negeri Terengganu dalam merekacipta, mencetak dan menyebarkan seluruh propaganda Idris dalam bentuk kain rentang, sepanduk dan lain-lain.


Menipu ikut ‘cakap orang putih’

Berhubung dengan Plaza Paya Bunga yang pernah didedahkan dua kali dalam Buletin Online, rupa-rupanya Idris Jusoh pernah menipu para pembelinya dengan berjanji akan menyiapkan Plaza tersebut pada awal tahun 2007.

Namun rakyat biasa dan orang kampung tidak mengetahuinya kerana Idris berbohong dalam bahasa Inggeris !


Friday February 2, 2007

Shopping mall to open in KT by mid year
KUALA TERENGGANU: The first shopping mall here is poised to begin operations by mid year, just a few months after the opening of a pioneer hypermarket in Terengganu last week.

The Paya Bunga mall situated at the heart of the town was supposed to commence operations a decade ago but hit a snag due to technical hitches and bureaucracy.

The state is hoping to lure a renowned mall management company to participate as an anchor tenant of the multi-storey complex where a cineplex is also expected make a debut after the Chinese New Year.

The mall located close to the main express bus complex and Government buildings will also allot space for a family amusement park.

With the opening, local folks who have been waiting to enjoy an extravagant shopping mall can shop here without travelling to Kuantan or Kota Baru.

There are four supermarkets in the heart of the town but none offer a mall concept.

Mentri Besar Datuk Seri Idris Jusoh said the opening would quash the perception that Kuala Terengganu was a dull town.

“We have transformed Kuala Terengganu and the state as whole with more paradigm changes,” he told The Star here. The Star Online

MUFTI PERLIS BANTAH JOM HEBOH DI PERLIS


Mufti Perlis, Dato' Dr Asri Zainul Abidin telah menghantar surat bantahan kepada kerajaan negeri supaya mengambil perhatian serius berhubung penganjuran Karnival Jom Heboh yang bakal diadakan pada 3 dan 4 Mei akan datang di Perlis.

Kata Dr Asri, surat tersebut telah dihantar seminggu yang lalu menyarankan supaya kerajaan negeri melarang sebarang unsur-unsur atau program negatif yang bercanggah dengan agama yang diadakan dalam karnival tersebut.

"Saya tidak mengganggap Karnival Jom Heboh itu haram kerana terdapat juga program dan aktivitinya yang baik seperti pameran penerangan, pendidikan dan urusan perniagaan," katanya yang berbeza pendapat dengan Mufti Perak yang mengeluarkan fatwa haram umat Islam menghadiri karnival tersebut.

"Tetapi jika ada program yang mengandungi unsur-unsur negatif dan bertentangan dengan agama, saya sarankan tidak perlulah penduduk negeri Perlis menghadirinya," katanya ketika dihubungi Harakahdaily semalam.

Dalam pada itu beliau menjelaskan bantahan tersebut bermakna Islam melarang sama sekali program berunsur hiburan seperti konsert yang ada antaranya mengajak masyarakat berhibur secara matang dan bukannya menjerumuskan diri kepada gejala yang tidak sihat.

"Kita suka hiburan yang matang dan bukan bermakna kita 'banned' semua hiburan atau hanya tertumpu kepada nasyid semata-mata.

"Anda boleh jemput kumpulan Kopratasa, penyanyi Shuhaimi Mior Hassan atau Ramli Sarip yang boleh mengajak generasi muda berhibur secara matang," katanya yang turut membantah kehadiran Faizal Tahir dalam konsert Jom Heboh akan datang

AWAS!Kubur BN Sedang Digali.


Assalamualaikum... Tahniah pada Pimpinan Pakatan Rakyat. Strategi anda bakal "menumbangkan" Barisan Nasional di Malaysia pada PRU13.AWAS BARISAN NASIONAL,ANDA BAKAL DI"MUZIUM"KAN sepenggal lagi.Bersedialah para penyokong BARISAN NASIONAL untuk upacara tahlil BARISAN NASIONAL selepas keputusan PRU13 diumumkan!Jangan lupa bawa kain dan sejadah.


Inilah kelebihan barisan kepimpinan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada pelbagai golongan profesional.Pimpinan yang terdiri dari pelbagai lulusan dan pengalaman yang belum pernah ada pada Barisan Nasional sebelum ini tetapi telah dijuarai oleh Pakatan Rakyat.Mungkin ada yang berkata masih terlalu awal untuk berkata demikian,tetapi itulah kenyataan yang bakal dilihat hasil pemerhatian yang dibuat pada strategi yang digunakan oleh para Pimpinan Pakatan Rakyat dibeberapa negeri yang telah dikuasai.Mari kita lihat dan analisis strategi yang telah digunakan oleh Pimpinan Pakatan Rakyat didalam melaksanakan beberapa perkara dinegeri masing-masing.

YB Lim Guan Eng(Ketua Menteri Pulau Pinang) - Langkah pertama yang diambil oleh LGE ialah menghapuskan dasar DEB di Pulau Pinang dan digantikan dengan dasar "Open Tender atau Tender Terbuka".Selama ini DEB merupakan satu dasar yang selama ini didokong oleh Barisan Nasional dengan alasan "kununnya" mempertahankan hak-hak Orang Melayu tetapi hakikatnya dasar inilah yang memisahkan Orang Melayu Pulau Pinang dengan negeri tumpah darah mereka.Selama dasar ini diguna-pakai oleh Barisan Nasional berapa ramaikah Orang Melayu Pulau Pinang berjaya disana?Melenting sakan puak-puak Barisan Nasional sebaik LGE mengumumkan penghapusan dasar DEB.Maka penuhlah para "demonstrator" yang "bukan budaya kami" dikaki lima Komtar "membela" nasib orang melayu Kununnya...elleh...baru sedar?

Pada dasarnya tindakan LGE seolah menarik picu senapang menghala ke muka sendiri bila beliau mengumumkan keputusan tersebut.Tetapi itulah pertaruhannya.Pertaruhan yang paling tepat bagi membuktikan keupayaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dalam menerajui sebuah negeri yang hampir jahanam dikerjakan "Jengkaut-jengkaut" Barisan Nasional.Sesuatu yang amat kritikal seandainya berjaya ditangani dengan bijak akan memberi kelebihan kepada beliau.Paling kurang 3 tahun lagi kita akan menghadapi PRU13,dan seandainya dasar terbuka yang dilaksanakan oleh LGE berjaya ditangani oleh beliau sekaligus mengubah taraf hidup orang melayu dan kaum-kaum lain di Pulau Pinang maka ia akan menjadi satu model dan contoh pemerintahan untuk semua kaum yang terbaik bagi Pakatan Rakyat melebarkan lagi sayapnya kenegeri-negeri lain di Malaysia.Rakyat Johor pasti menilai keupayaan Pakatan Rakyat dan Pulau Pinang adalah contoh terbaik bagi anda kerana Johor dan Pulau Pinang mempunyai banyak persamaan.AWAS BARISAN NASIONAL!Kubur anda sedang digali di Selatan Tanahair!

YAB Ir Mohammad Nizar Jamaluddin(Menteri Besar Perak) - Perlantikannya mengundang kontroversi bukan kepalang sehingga Lim Kit Siang terpaksa mengadap DYMM Sultan memohon keampunan kerana "keceluparannya" membantah perlantikan Ir Nizar sebagai Menteri Besar Perak oleh pihak Istana.Ampun Tuanku & Daulat Tuanku...Kontroversi berakhir tak sampai pun sehari dan semuanya selesai kerana sikap persepakatan dan muafakat yang ditunjukkan oleh para perwakilan Pakatan Rakyat.Satu lagi markah untuk Pakatan Rakyat dan satu lagi lubang kubur Barisan Nasional sedang digali oleh Pakatan Rakyat.AWAS BARISAN NASIONAL!Ir Nizar bukan calang-calang Menteri Besar.5 bahasa yang dikuasai cukup sebagai bekal untuk menyatukan pelbagai kaum di Perak dan kelulusannya memberi kelebihan untuk mentadbir.Kaum India atau China di Perak boleh terus bicara masalah anda pada Menteri Besar anda & tak perlu menggunakan "tukang alih bahasa" sebab "DIA PAHAM APA HANG HABAQ!"

YAB Tan Sri Khalid Ibrahim(Menteri Besar Selangor) - Isu paling sensitif dipilih oleh pimpinan beliau untuk dilaksanakan di Sepang,Selangor...malas nak sebut dah isu ni tapi terpaksa diulas jugak.Projek Penternakan Babi Moden dipilih sebagai pembuka tirai pemerintahannya di Selangor.BOM!Satu Malaysia melenting mendengar perkhabaran yang dibuat oleh YB Yaakob Sapari selepas satu mesyuarat yang diadakan dan YB Teressa Kok didalam Blognya.Barisan Nasional dikepalai oleh Mantan MBnya Khir Toyo mengepalai suara bantahan yang bermati-matian membantah projek tersebut.cukup kuat bantahan("Khabarnya" seekor babi diwakili oleh 5 orang pembantah!).Cukup panas isu ini dan sehingga hari ini juak-juak Barisan Nasional masih belum habis lagi power Ultramannya membantah isu ini...cukup komited mereka-mereka ini.

Satu lagi strategi maut yang tak pernah terfikir oleh mereka-mereka yang malas nak berfikir.Ini adalah satu keputusan yang bijak bagi saya.Apabila datangnya PRU13 nanti,projek ini sudah siap dan berjalan lancar jika ia mengikut jadual yang ditetapkan dan dipantau setiap masa oleh kerajaan Pakatan Rakyat.Pada masa itu masyarakat bukan Islam Selangor akan mengakui bahawa keperluan mereka tidak diabaikan oleh kerajaan negeri Selangor dan umat Islam pula tidak terganggu dengan pencemaran kerana adanya sistem "Recycle" bahan buangan diladang tersebut.Rakyat Melaka & Negeri Sembilan takkan nak tengok je ladang "tradisional" di negeri anda?2 lagi kubur Barisan Nasional sedang digali,1 dibarat dan 1 diselatan tanahair.AWAS BARISAN NASIONAL!Umur anda mungkin tidak panjang...

Perlis?Rakyat Perlis pasti sedang melihat apa yang sedang berlaku di Kedah.Kerajaan Negeri Kedah pimpinan YAB Ustaz Azizan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan sedang menayangkan filem berjudul "Pemerintahan Ulama" dan penontonnya ialah rakyat Perlis dan mereka sedang menilainya.PAS telah berjaya di Kelantan selama 4 penggal hasil pemerintahan yang merujuk kepada Al-Qur'an dan Hadis.Seandainya rakyat Perlis seronok melihat jiran mereka dipimpin oleh golongan Ulama,tak mustahil...rakyat Perlis sendiri yang akan menggali 1 lagi kubur Barisan Nasional diutara tanahair.AWAS BARISAN NASIONAL!50 tahun daaahhh...!

Sabah,Sarawak & Terengganu la pulak......jangan risau...kalau mandat diberi kepada Pakatan Rakyat masing-masing akan menerima royalti minyak & gas sebanyak 20% dari hasil galian dinegeri masing-masing...tak menarik ke?Kenapa 3 negeri yang sepatutnya menjadi negeri terkaya di Malaysia mengungguli senarai negeri termiskin di Malaysia?1 je sebabnya...sebab Terengganu,Sabah & Sarawak tidak bersama-sama kami menggali kubur BARISAN NASIONAL!Kini "pinangan dan tawaran" telah dihantar kepada ke3-3 negeri kaya tersebut.20% royalti bukan satu jumlah yang sedikit.Kalau pinangan dan tawaran Pakatan Rakyat dipersetujui,apa kata rakyat Terengganu,Sabah & Sarawak mula menggali kubur BARISAN NASIONAL dinegeri masing-masing mulai sekarang!

Jadi para pembaca sekelian yang masih belum jelas mengenai langkah dan keputusan yang diambil oleh para Pemimpin Pakatan Rakyat boleh mula berfikir 3 perkara tentang strategi yang digunakan oleh Pimpinan Pakatan Rakyat.1)Faktor Isu-Isu kritikal didahulukan kerana > 2)Faktor Masa-setiap isu mengambil masa untuk disiapkan dan > 3)Kesan & Keberkesanannya-hanya akan dapat dinikmati sebelum PRU13...Kesimpulannya,Pakatan Rakyat menggunakan strategi "kamikaze" bagi membuktikan keupayaannya mentadbir negeri-negeri dibawah kuasanya.Salah Langkah-Terkubur,Bijak mengurus-PRU13,SELAMAT DATANG KE PUTRAJAYA!BYE BYE BARISAN NASIONAL!!!

ni angkara pak lah!!!!


KOTA BHARU, 29 April: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mendakwa, Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) sudah kerugian kira-kira RM140 bilion sejak dua bulan lalu dan faktor terbesar akibat dari ketidakstabilan kerajaan yang ada.



Oleh itu, beliau mencadangkan agar ia dihentikan segera.



"Kita mendengar ada desakan dari dalam Umno sendiri agar Perdana Menteri meletakkan jawatan...mungkin ia boleh hentikan ketidakstabilan ini," kata Husam.

Exco kerajaan negeri Kelantan itu berkata demikian ketika menggulung perbahasan dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan Selasa lepas.

Ucapan beliau bagaimanapun diganggu oleh Ketua Pembangkang DUN Kelantan, Che Alwi Che Ahmad dengan berkata isu itu adalah isu nasional dan perlu dibawa oleh wakil-wakil PAS di Dewan Rakyat bukannya di Dun Kelantan.


Sementara itu, di KUALA LUMPUR, seorang penganalisa ekonomi, Alex Ong bersetuju dan mendakwa dakwaan Husam itu ada kebenarannya.


"Sejak Disember 2007 lalu, index komposit BSKL sudah turun dari 1445 point kepada 1227 point pada 9 April lalu. Jadi mungkin angka yang diambil oleh beliau adalah dari pilihan raya hingga sekarang," kata Alex ketika dihubungi Siasah bagi mengulas perkara itu.


Menurut Alex, nilai satu mata bagi indeks BSKL adalah kira-kira RM770 juta.


"Pada pertengahan Januari 2008, indeks BSKL memang ada yang mencecah 1300 mata dan jatuh pada 1200 mata pada minggu kedua April ini. Jika begitu benarlah dalam tempoh itu kita kerugian RM140 bilion," kata Alex.


Yang merisaukan Alex adalah kehilangan wang rakyat, misalnya tabung KWSP yang digunakan untuk menyokong pasaran saham ini dari jatuh lebih teruk.

pak lah...kan dah cakap...sebab

pak lah makin banyak masalah yang timbul...saya rasa pak lah tak pekak....tolong la....tolong la....tak nampak apa yang pak lah buat lagi setakat ni....apa yang paklah buat???????????

Ucapan Agong Pukul Pak Lah?


KERAJAAN Malaysia pimpinan BN dan Pak Lah dituntut supaya meminta maaf kepada kerajaan dan rakyat Kelantan kerana kesalahan tidak salurkan bantuan tertentu kepada negeri itu sebagaimana mengikut amalan sistem demokrasi. Itu tuntutan Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Antaranya, (Menurut Bernama seperti kenyataan Harakah 29April08) memetik Nik Abdul Aziz berkata, sejak 18 tahun yang lalu Kelantan diperintah oleh PAS tidak menerima peruntukan untuk program perumahan kos rendah dan bantuan kelengkapan peralatan untuk pihak berkuasa tempatan (PBT) yang sepatutnya disalurkan oleh kerajaan Pusat.


Kalau Terengganu sekarang minta kembali royalti minyak negeri itu yang ditahan semasa pemerintahan PAS dulu, fasal apa Kelantan tak boleh minta bayar balik bayaran yang sepatutnya mereka terima? Kan kita negara demokrasi?

UMNO pula baru-baru ini memutuskan untuk membuat bayaran ex-gratia kepada bekas ketua hakim negara Tun Salleh Abbas dan beberapa hakim lain yang dipecat berikutan krisis kehakiman pada 1988. …. Dan Ketua Pemuda UMNO juga telah meminta maaf kerana menjulang keris telanjang sewaktu Perhimpunan Agung UMNO yang selama ini menjadi isu di kalangan rakyat Malaysia bukan Melayu.

Nampaknya UMNO ni macam hendak berubah jadi baik pula?

Tapi bagaimana dengan projek-projek mega yang dirancang di zaman BN di Pulau Pinang telah tak jadi diteruskan dengan pelbagai alasan? Kita tahu sebenarnya adalah kerana yang perintah sekarang adalah kerajaan Pakatan Rakyat? Projek jambatan, monorel dan akan datang apa-apa lagi! Semuanya akan digagalkan. BN memang tidak gentleman macam kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, yang meneruskan juga ‘projek babi’ Khir Toyo (BN). Bahkan benarkan tambah lagi peruntukan.

Jelasnya, memang kerajaan BN tidak ada maruah dan tiada demokrasi.

Oleh itu, ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Watiqubillah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Shah… ucapan yang meminta ahli-ahli Dewan Rakyat yang terpilih supaya menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, ikhlas, jujur serta sentiasa menunjukkan tingkah laku terpuji demi maruah diri dan negara… pada saya memang terkena atas kepala Pak Lah sebagai pengerusi BN yang tiada maruah dan tidak demokratik itu.

Titah baginda di mesyuarat pertama Penggal Pertama Parlimen ke-12, di Parlimen pagi tadi, sepatunya telus dan terus menelusuri ke telinga Pengerusi BN, yang sudah tentu peka, dan tidak pekak macam telinga kuali…

renungan bersama

Ketahuilah, wahai anakku, memindahkan batu besar lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu faham (Luqman al Hakim).



Berbohong sama dengan pengkhianatan terhadap Islam. Hal ini dapat dilihat dari kisah yang diceritakan dalam sebuah hadits. Di masa Rasulullah SAW, seorang non Muslim menjumpai Rasulullah seraya mengemukakan keinginannya menjadi Muslim. Sesudah mengucap dua kalimah syahadat, lalu beliau bertanya, Ya Rasulullah, sesungguhnya saya selalu berbuat dosa dan sukar meninggalkannya. Lantas Rasulullah SAW bertanya, Mahukah kamu berjanji untuk tidak berbohong? Lelaki itu mengiyakan dan selanjutnya pulang ke rumahnya.

Dalam perjalanan pulang, orang itu mengakui dalam hatinya betapa mudah berjanji namun berat melaksanakannya. Apalagi kebiasaan lama selalu mendorongnya untuk mengulanginya. Namun hatinya bertanya. Bila berbuat jahat , apa yang harus dikatakan nantinya bila ditanya Nabi? Bila mengaku tidak berarti berbohong.Itu sama artinya dengan mengkhianati janjinya dengan Rasulullah. Sebaliknya, bila mengatakan yang sebenarnya, ia mendapat hukuman.

Lalu dia membuat keputusan, tidak mahu menjadi pengkhianat sekaligus tidak mahu menerima hukuman.Inilah yang membendung keinginannya untuk berbuat jahat. Dalam hatinya, betapa agungnya ajaranIslam.

Namun keagungan ajaran Islam tidak mahu difahami oleh sebahagian orang. Meskipun sudah diberikan kefahaman dan melihat kesan-kesannya, berbohong terus dilakukan. Inilah ciri ciri orang yang digambarkan Luqman Al Hakim di atas.

apabila anak RUSTAM pun mula takut...

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menasihatkan semua cawangan dan bahagian parti supaya menerima nasihat Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk tidak mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM).

Katanya, semua pemimpin dan ahli parti perlu menerima saranan Presiden itu dengan hati yang terbuka kerana Perdana Menteri sendiri mengaku faham dan sudah menerima mesej yang hendak disampaikan semua pihak sebelum ini.

Malah, Mohd Ali yang juga Ketua Menteri Melaka berkata, Umno sentiasa terbuka untuk ahli dan pemimpin pada semua peringkat menyampaikan pandangan dan nasihat untuk kebaikan parti.



“Ketika ini, lebih elok kita beri perhatian untuk mengukuhkan parti pada semua peringkat, malah Majlis Tertinggi (MT) Umno juga bincang hal mengenai bagaimana membela nasib Melayu dan rakyat berbilang kaum.

“Kita juga berpendapat pelbagai kelemahan yang dikenal pasti pada pilihan raya umum lalu perlu segera diperbaiki,” katanya kepada pemberita selepas Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Majlis Parlimen Malaysia ke-12, di sini, semalam.

Kelmarin, Abdullah meminta semua bahagian parti menghentikan tindakan mengadakan EGM mendesak peralihan kuasa dalam Umno dilaksana sebelum Disember ini kerana pucuk pimpinan sudah memahami kehendak dan pandangan akar umbi terhadap kerajaan.

Setakat ini, tiga bahagian Umno iaitu Cheras, Gua Musang dan Batu Pahat mengadakan mesyuarat tergempar meminta proses peralihan kuasa dipercepatkan bagi membolehkan pemulihan Umno dilaksanakan segera.

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, pula berkata bahagian Umno sewajarnya tidak mengadakan EGM meminta proses peralihan kuasa dipercepatkan kerana tindakan mengadakan mesyuarat itu tidak membawa manfaat.

Beliau berkata, ia akan membawa kepada keadaan tidak menentu dan menakutkan orang, khususnya pelabur yang boleh menjejaskan ekonomi.

Sehubungan itu, katanya, selepas rakyat membuat pemilihan dengan mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 8 Mac lalu, Umno perlu menumpukan sepenuh perhatian kepada kerja yang mesti dilaksanakan.

“Rakyat sudah buat keputusan, jadi tak perlu lagi ada EGM yang nak buat keputusan lain. Keputusan rakyat sudah jelas mahukan terus kerajaan ini... lebih baik kita tumpu kerja untuk mentadbir dan menyelesaikan masalah rakyat,” katanya.

Bagaimanapun, Ketua Umno bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, pula berkata tindakan mengekang kehendak ahli parti ini hanya mendorong mereka menggunakan saluran yang tidak sepatutnya bagi meluahkan perasaan.

“Kalau kita boleh meminta ahli parti mengadakan perjumpaan dengan pemimpin bagi mendengar penjelasan mengenai isu tertentu, kenapa tidak menggalakkan mereka mengadakan EGM seperti diperuntukkan Perlembagaan Umno.

“Barulah kita boleh lihat demokrasi berkembang dalam Umno. Ketiadaan ruang untuk rundingan dan keengganan mendengar suara ahli menjadi punca kelemahan mana-mana pertubuhan,” katanya.

Di KOTA KINABALU, Umno Sabah menghormati kenyataan Perdana Menteri bahawa EGM itu tidak perlu dilakukan kerana sekarang ialah masa untuk memastikan Umno terus kukuh dan menumpukan kepada usaha menunaikan janji yang dibuat pada pilihan raya lalu.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Musa Aman, berkata, sekarang ialah masa untuk semua pihak mengurangkan berpolitik dan melebihkan kerja bagi memenangi sokongan rakyat pada peringkat akar umbi.

Ahli MT Umno, Datuk Shahrir Samad pula berpendapat, walaupun keputusan mengenai EGM itu seharusnya diserahkan kepada bahagian parti, tetapi nasihat Presiden Umno juga sepatutnya dinilai dan diambil kira.

datuk seri tau tak yang sekarang orang mula muak dengan UMNO!!!! benci tengok pemimpin yang hipokrit...curi hasil dan hak rakyat...urus tadbir dengan cara yang lemah...penipu...mana hak kami sebagai rakyat malaysia?????????ko reti tak??

UmNO perak dah mula kalut....

SITIAWAN: Tidak sampai dua bulan memegang tampuk kuasa, kerajaan Pakatan Rakyat sudah menunjukkan taring dengan melantik imam dan pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid (JKKM) tanpa rundingan pada peringkat akar umbi serta tidak mengikut prosedur.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, berkata 675 imam, pengerusi dan ahli JKKM di masjid dan surau seluruh Lumut serta Beruas yang dilantik pada 2004 kini keliru kerana kerajaan negeri melantik imam dan pengerusi dari kalangan ahli Pas.

Katanya, pelantikan semua imam dan Pengerusi serta Ahli JKKM sedia ada dibuat kerajaan Barisan Nasional (BN) dan sah sehingga Oktober lalu, tetapi Jabatan Agama Islam Perak (Jaip) mengeluarkan surat mengarahkan mereka terus bertugas sehingga surat lantikan 2007 hingga 2009 dikeluarkan tidak lama lagi.



Beliau berkata, pada akhir tahun lalu Pengarah Jaip, Datuk Jamry Sury menyerahkan senarai baru imam dan pengerusi serta ahli JKKM kepada Majlis Agama Islam dan Adat-Istiadat Melayu Islam Perak untuk pengesahan.

“Majlis itu belum mengesahkan senarai baru untuk melantik semula imam dan pengerusi serta ahli JKKM ini kerana belum bermesyuarat tetapi, kerajaan negeri yang diketuai Menteri Besar daripada Pas, mempunyai senarai mereka sendiri.

“Mengikut prosedur biasa, selepas senarai imam, pengerusi dan ahli JKKM dipilih penduduk kariah, nama mereka diserahkan kepada penghulu dan kemudian kepada Orang Besar Jajahan untuk dimajukan Jaip dan Majlis Agama Islam dan Adat-istiadat Melayu Islam Perak untuk pengesahan.

“Pelantikan daripada kalangan ahli Pas ini juga tidak menghormati Raja Muda, Raja Dr Nazrin Shah selaku Pengerusi Majlis Agama Islam dan Adat-Istiadat Melayu Islam Perak," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Zambry yang juga Bekas Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi berkata, tindakan kerajaan negeri itu akan memecah-belahkan masyarakat di akar umbi kerana ada dua kumpulan imam dan pengerusi JKKM di 45 masjid atau surau di Lumut serta Beruas.

Katanya, tindakan Pakatan Rakyat itu jelas tidak menghormati titah Raja Nazrin ketika menyampaikan titah sembah setia sempena sambutan Hari Keputeraan Ke-80 Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah, kira-kira 10 hari lalu.

Antara lain, Zambry berkata, Raja Nazrin bertitah, baginda akan memastikan institusi agama di bawah bidang kuasa Sultan Perak, Sultan Azlan Shah seperti masjid, surau dan institusi pendidikan Islam akan dijadikan alat penyatuan masyarakat.

yang hang dok wat lagu tu nape??? awat dok kecoh-kecoh..kalau jadi imam nak baca khutbah pun tergagap-gagap....baca ayat pun tunggang langgang....baik bagi kat orang lebih kelayakan dan lebih baik pengurusan masjid....bagi yang mampu...dr zamry nak jadi imam kat mukim mana???

Malaysia jadi sosialis

Dewan Rakyat mula bersidang. Bagaimana agaknya anggota pentadbiran awam dan penyokong kerajaan Barisan Nasional akan berdepan dengan 82 orang pembangkang yang terdiri dari berbagai aliran politik yang menamakan diri mereka sebagai Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat hampir sama dengan muafakat yang memberi maksud sudah dipersetujui satu-satu maksud dan perkara untuk dilaksanakan. Dan biasanya pakatan dan muafakat bercorak sementara. Dengan itu jika diterjemahkan ke Bahasa Inggeris dia lebih kurang dikenali sebagai konspirasi rakyat atau “conspiracy” satu perkataan yang begitu popular di tahun reformasi 1998.

Kerana UMNO punya Presiden dan Malaysia punya Perdana Menteri jika di ibarat sebagai sebuah komputer yang CPU nya berasingan, apa akan terjadi kepada komputer itu? Sudah pasti tidak boleh menerima arahan. Begitulah “Saya Perdana Menteri” Abdullah Hj Ahmad yang “Saya Masih Di sini” kerana CPU berada di Tingkat Empat, Perdana Putra, dan orang-orang yang berada di Tingkat 4 itu hanya memikirkan bagaimana hendak mengaut dan mencari kekayaan sementara Abdullah Hj Ahmad masih berkuasa terutama “master main” nya Kamalludin Ahmad dan Khairy Jamalludin Abu Bakar banyak soalan tidak menjawab soalan.

Pertanyaan dan persoalan utama sekarang adakah benar ADR-Ahli Dewan Rakyat dari Barisan Nasional akan melompat menyokong parti campuran dalam Parti konspirasi yang di Ketuai oleh Anwar Ibrahim?

Jika benar mereka di Tingkat 4, kelulusan hebat-hebat khasnya seorang lelaki Cina yang bernama Vincent Lim Kian Tick; dan berjawatan Setpol - Setiausaha Politik kepada Abdullah Hj Ahmad, sudah lama desas desus itu ditamatkan atau sudah tidak lagi menjadi gosip politik sehingga menyebabkan semua orang menggelabah dan ada yang mengatakan tidak boleh dipandang ringan.

Kenapa Barisan Nasional kalah teruk di enam negeri yang termasuk Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur . Jawapannya mudah? Kerana sekian lama Barisan Nasional memerintah semenjak 50tahun yang lalu, bukan kah dari Perikatan ke Barisan Nasional dan sebelumnya di zaman penjajah, musuh utama pemegang kuasa samada British atau UMNO/Barisan Nasional ialah “perang kelas” dalam masyarakat Malaysia dalam di semua peringkat kaum.

Kerana pemikir seperti Zulkefli Abdul, Anuar Zaini dan penagih arak Kalimullah Meor Hassan yang gambar menengok arak tersiar dalam satu blog, apakah agaknya yang di nasihatkan kepada Abdullah Hj Ahmad yang menjadi Imam Besar, Islam Hadhari-ada had dan ada harinya. Mereka-mereka ini agaknya yang mencadangkan PAT- Penagih Arak Tegar Zaid Ibrahim menjadi Menteri, kerana kemungkinan Tingkat 4 dan nama-nama di atas adalah sewaktu dengan penagih arak dan bolehlah diambil kesimpulan selama ini Abdullah Hj Ahmad mendapat nasehat dari orang mabuk yang lebih merupakan “air berkata-kata”

Berbalik kepada soalan dakwaan akan terdapat ADR yang sudah bersedia melompat ke pihak pembangkang, jawapan tidak mungkin kerana bagi mereka yang tahu ilmu politik akan menyedari ideologi yang di pegang oleh parti-parti yang menguasai kerajaan dan pembangkang.

Barisan Nasional sebuah parti walau pun di dominan oleh UMNO yang mendakwa sebagai Parti Nasionalis Melayu, dia tidak ada kurangnya dengan 14parti yang lain kecuali PGRM-Parti Gerakan Rakyat Malaysia khasnya sekutu rapat MCA dan MIC ia itu sebuah Parti yang melambangkan klas kapitalis dan birokrat.

Itu sebab bakal pemimpin UMNO mesti di kalangan orang yang bersekongkol dengan sistem kapitalis yang menjadi asas perjuangan dan dipertahankan oleh UMNO. Kerana perwujudan kelas dalam UMNO itu yang menyebabkan berpuluh tahun ahli-ahli UMNO menjadi hamba kepada penguasa yang memiliki harta dan kekayaan. Dan sistem kapitalis dan borjuar pegangan UMNO inilah menjadikan mereka yang tidak setaraf di anggap musuh atau hanya perlu digunakan sahaja untuk mengekalkan kuasa si penguasa.

Sudah beberapa kali dikatakan akan tiba masanya, lembu-lembu UMNO akan sedar dirinya membesarkan UMNO, pada awal nya tanah yang kering kontang, ahli-ahli UMNO setaraf lembu ini yang menjadi pembajaknya tetapi bila tanah menjadi sawah atau hasil pertanian, kesemuanya hasil pembajakan itu tidak dinikmati oleh ahli-ahli UMNO setaraf lembu ini sebaliknya mereka disembelih oleh tuan-tuan tanah yang terdiri dari pemimpin UMNO yang bertaraf pemimpin UMNO seperti Perdana Menteri dan Menteri Besar kerana mempunyai lembu baru.

Kekalahan UMNO kerana dasar-dasar terlalu mempertahankan sistem kapitalis dan pemilik tanah seperti yang dilakukan oleh Mohd Khir Toyo tanpa rasa dan perasaan kemanusiaan menggunakan kekuatan Kerajaan Selangor mengusir setinggan-setinggan tidak kira Melayu, China atau India atas nama pembangunan towkey - towkey pemilik tanah, lainlah tanah-tanah itu untuk kepentingan projek kepentingan awam saperti membuat sekolah atau hospital yang boleh dimaafkan.

Kebanyakan tindakan UMNO dan Barisan Nasional dalam bentuk ekonomi tidak menguntungkan kepentingan rakyat seperti mana aspirasi bapak dan datuk mereka yang berjuang untuk Kemerdekaan ini, sebaliknya nikmat kemerdekaan hanya diperoleh oleh segelintir orang termasuk pemimpin-pemimpin UMNO atau untuk anak dan menantu, itu sebab jarang didapati pemimpin UMNO di peringkat Bahagian yang tidak memiliki rumah dengan harga sejuta ringgit, walau pun rakyatdan orang ramai tahu latar belakangnya.

Kehadiran PKR - Parti Keadilan Rakyat yang mana gabungan saki baki pemimpin Parti Rakyat Malaya yang berpegang kepada ideologi Sosialis Saintifik atau sosialis ilmiah yang bersemboyankan Keadilan, sudah pasti PKR akan meneruskan ideologi yang sama dan sekarang bekerjasama dengan DAP-Demokratik Action Parti atau Parti Tindakan Rakyat yang berfahaman Sosialis Demokrat, dan untuk sementara waktu ini PAS-Parti Islam Setanah Melayu yang dahulunya berjuang untuk kepentingan fundamentalis Islam, ikut sama secara diam kecuali di Kelantan mengamalkan sosialis Islam.

Ini memberi pengertian bahawa sikap Pakatan Rakyat itu ialah mendasari tujuan-tujuan kelas dan memperjuangkan menghapuskan pengenalan kelas tampa mengira kaum, agama dan sebagainya. Bila DAP menawarkan satu jawatan kepada bekas anggota Gerakan, dia bukan satu yang pelik dan menghairankan kerana pada asal penubuhannya PGRM - Parti Gerakan Rakyat Malaysia atau dikenali dengan nama Gerakan ialah mempertahankan penindasan kaum buruh dan perjuangan kelas di tahun menjelang PRU 1969 kerana UMNO dianggap sebuah parti feudal yang tidak membela kaum buruh. Boleh dikatakan tindakan itu macam sirih pulang ke ganggang.


Malaysia sudah melihat bahawa masyarakat kelas menimbulkan banyak masalah dalam proses 50 tahun Kemerdekaannya. Kerana prasangka-prasangka dari golongan yang berkuasa atau kelas menengah misalnya yang tidak wujud di Malaysia selepas DEB-Dasar Ekonomi Baru ditamatkan. Maka itu sebab kelas-kelas ini telah bergabung dalam PRU ke 12 menumbangkan penguasaan 2/3 UMNO/Barisan Nasional di Parlimen.

Kesimpulannya jika ahli-ahli Parlimen dari Barisan Nasional hendak menyokong Parti Pembangkang sehingga menyebabkan kerajaan Barisan Nasional tumbang dengan undi tidak percaya, ini memberi pengertian bahawa mereka sudah bersedia untuk hidup dalam era yang berbeza, dari kapitalis kepada sosialis. Dan diharapkan isu perkauman sudah tidak menjadi agenda besar bagi Malaysia yang akan menjadi negara maju.

Maka janganlah sekarang ada orang-orang Melayu yang kaya, begitu juga orang kaya lain sama ada dia China, India akan marah dengan negeri-negeri yang dikuasai oleh Kerajaan Campuran akan tindakan-tindakan yang merugikan mereka seperti tanah mereka akan diambil, lesen mereka mungkin dibatalkan kerana dalam sebuah negeri sosialis, tidak akan wujud lagi kehidupan yang merupakan pengasingan kelas antara proletariat yang mewakili rakyat miskin dengan borjuis yang mewakili golongan kaya.

Sang Kelembai:

hak dinafikan...tolong pak lahku...

KUALA LUMPUR 29 April - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bimbang 'halangan' kepada ahli-ahli UMNO untuk mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) di peringkat bahagian hanya akan mendorong mereka memilih cara yang salah untuk bersuara seperti menyertai demonstrasi jalanan dan perhimpunan haram yang boleh mengundang kejadian tidak diingini.

Beliau berpendapat EGM yang dilakukan mengikut perlembagaan parti patut digalakkan bagi melihat amalan demokrasi berkembang subur dalam UMNO.

Tengku Razaleigh bimbang kurangnya peluang mengadakan rundingan akan melemahkan UMNO malah kesannya dapat dilihat melalui keputusan pilihan raya lepas.

"(Sekiranya) semua ahli UMNO perlu mendengar kata Presiden parti, mereka semuanya patut 'jahit mulut.'

"Itu kehendak Presiden parti tetapi lain pula kehendak ahli-ahli. Kalau ahli-ahli nak buat EGM, tidak ada kuasa yang boleh melarang kerana ia dibenarkan malah sepatutnya digalakkan kerana ia mengikut peraturan parti," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas permintaan Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam, supaya semua bahagian UMNO tidak mengadakan EGM bagi membincangkan isu pemilihan pucuk pimpinan, sebaliknya memusatkan tumpuan kepada usaha menyelesaikan masalah rakyat.

Pada 4 April lalu, UMNO Gua Musang menjadi bahagian pertama mengadakan EGM bagi membincangkan hala tuju UMNO dan Melayu selepas Barisan Nasional (BN) mencatatkan prestasi buruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-12, 8 Mac lalu.

Mesyuarat itu dihadiri seramai 423 perwakilan dari 119 cawangan UMNO bahagian berkenaan dan turut disertai lebih 2,000 pemerhati termasuk dari Terengganu, Johor, Perak, Pahang, Kedah, Perlis, Selangor, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan.

Dua usul yang diluluskan ialah meminta Majlis Tertinggi (MT) mengadakan perhimpunan agung khas bagi membincangkan hala tuju parti selepas mencatatkan prestasi buruk dalam pilihan raya dan beberapa pindaan dibuat dalam perlembagaan parti bagi memastikan UMNO terus relevan dan memperjuangkan nasib kaum Melayu di negara ini.

Tengku Razaleigh berkata, pucuk pimpinan parti tidak dapat mengawal atau menghentikan perasaan rakyat.

"Ini adalah sebuah negara bebas. Setiap orang berhak bercakap apa yang mereka mahu. Salah atau silap kata-kata mereka, biarlah masyarakat umum yang memutuskannya," katanya.

Ketua Bahagian UMNO Gua Musang itu bagaimanapun tidak menganggap permintaan Presiden itu bertentangan dengan perlembagaan parti.

kerabu je yang berani bersuara hehehehe....

apabila UMnO di benci...

KUALA LUMPUR 29 April - Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Cheras berkuat kuasa serta-merta.

Bagaimanapun, Syed Ali tidak melepaskan jawatan sebagai Ketua UMNO bahagian itu.

Peletakan jawatan tersebut diumumkan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Mahadi Abdul Shukor dalam sidang akhbar di sini hari ini yang turut dihadiri semua pemimpin kanan bahagian itu.

Syed Ali, 46, memegang jawatan tersebut selama 10 tahun. Beliau tidak hadir pada sidang akhbar itu.

Mahadi menjelaskan, tindakan Syed Ali itu dilakukan atas rasa tanggungjawabnya terhadap kekalahan teruk di Parlimen Cheras pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.

"Peletakan jawatan Syed Ali mendapat persetujuan UMNO Cheras termasuk peringkat akar umbi.

"UMNO Cheras sentiasa memberikan pandangan dan pendapat terhadap perkara-perkara yang perlu dikaji oleh peringkat atasan," katanya.

Menurut Mahadi, peletakan jawatan itu akan dimaklumkan kepada Pengerusi BN Cheras, Tan Sri Yee Hock Seng menerusi sepucuk surat, esok.

"Sehubungan itu, saya cabar 10 daripada 13 Ketua UMNO Bahagian di Wilayah Persekutuan untuk bertindak seperti UMNO Cheras bagi menyatakan pandangan mereka terhadap kami.

"Saya juga cabar Pengerusi BN Wilayah Persekutuan untuk bertindak seperti Syed Ali yang melepaskan jawatan kerana atas rasa tanggungjawab terhadap parti," katanya.

Ahad lalu, Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) UMNO Bahagian Cheras mendesak Pengerusi Badan Perhubungan UMNO dan BN Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique melepaskan jawatan Ketua Perhubungan UMNO dan Pengerusi BN Wilayah Persekutuan.

UMNO bahagian itu turut mahukan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga Ahli Parlimen Putrajaya memegang kedua-dua jawatan tersebut.

Bagaimanapun, Zulhasnan dalam reaksinya mengenai perkara itu berkata, beliau tidak memandang serius gesaan itu kerana hanya Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Presiden UMNO dan Pengerusi BN yang berhak membuat keputusan mengenai jawatan itu dan bukannya pihak lain.

Mahadi berkata, gesaan meminta Zulhasnan untuk meletakkan jawatan dibuat kerana UMNO Cheras kecewa dengan sikap beliau yang tidak serius memantau kerja-kerja parti dalam Parlimen Cheras.

Beliau menjelaskan, tindakan UMNO Cheras itu bukan kerana ingin melawan arus tetapi berharap pemimpin dapat mengambil tindakan daripada apa yang terjadi selepas pilihan raya baru-baru ini.

"Ahli UMNO yang lain tidak perlu bimbang sekiranya Zulhasnan meletakkan jawatan kerana ia pasti digantikan dengan yang baru hasil pemilihan peringkat atasan," ujarnya


saya nampak datuk syed ali ni seorang yang berani...biasa la tu orang kalah teruk.....datu tolong bagitau kat ramai lagi supaya letak jawatan sama-sama tau

arahan dari ketua yang penakut............

KUALA LUMPUR 29 April - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, mana- mana pemimpin atau ahli komponen Barisan Nasional (BN) yang bertelagah sesama sendiri secara terbuka bakal berhadapan dengan tindakan disiplin.

Pengerusi BN itu menegaskan, parti itu tidak boleh lagi bertolak ansur dengan pertelagahan terbuka para pemimpinnya kerana ia menjejaskan kredibiliti BN di mata rakyat.

Jelasnya, Dewan Tertinggi BN bersetuju agar tindakan diambil ke atas mana-mana pemimpin yang bertelagah secara terbuka.

Beliau berkata, larangan bertelagah secara terbuka itu adalah langkah bagi memperkukuhkan BN dan bukannya mewujudkan sebarang halangan untuk bersuara.

Arahan"Ini bukan untuk tutup mulut tetapi setiap parti ada disiplin, kita akan keluarkan arahan berhubung isu ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam ini.

Beliau menjawab soalan mengenai usaha bagi memperkukuhkan kembali BN sedangkan masih berlaku pertelingkahan beberapa pemimpin parti komponen itu.

Abdullah menambah, jika BN terus berdiam diri dan membiarkan pemimpin-pemimpinnya bertelagah, ia akan dilihat sebagai sebuah parti yang tidak memiliki disiplin.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, pemimpin-pemimpin BN yang hadir dalam mesyuarat hari ini memberi jaminan tidak ada Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri yang akan melompat ke parti pembangkang.

Abdullah berkata, mesyuarat hari ini juga mencapai kata sepakat agar Dewan Tertinggi BN bertemu lebih kerap.

Ini katanya, bagi memastikan agar sebarang permasalahan yang wujud dalam BN akan dapat diberikan perhatian dan diselesaikan segera.

"Kerajaan BN juga akan memberikan perhatian untuk memenuhi janji-janji dalam manifesto pilihan raya umum lalu termasuk memastikan kawasan pedalaman terutama di Sarawak memperoleh bekalan asas seperti elektrik," jelasnya.


dah la tu pak lah...sapa yang takutkan bayang-bayang sekarang...semua orang dah tak suka kat datuk seri..ada satu cara sahaja supaya tak bagi ahli berbalah....pak lah letak jawatan...senang je....

baiknye che alwi................

April 29, 2008

Ketua pembangkang baru lenyapkan pendekatan konflik Annuar Musa
Lanjusoh
Tue Apr 29, 08 4:14:54 pm MYT
KOTA BHARU, 29 April (Hrkh) ? Ketua Pembangkang Dun Kelantan, Datuk Mohd Alwi Che Amat hari ini memberi jaminan akan menggunakan pendekatan lebih rasional untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi faedah rakyat.

Ia sekaligus mengenepikan pendekatan ?konflik semborono? yang pernah digunakan ketua pembangkang penggal lalu, Datuk Seri Annuar Musa.

Perkembangan tersebut sekaligus membayangkan era kepemimpinan Annuar yang dikatakan bakal berundur sebagai Pengerusi Perhubungan Umnno Kelantan, semakin tenggelam.

Alwi (BN ? Kok Lanas) ketika mengambil bahagian membahas Enakmen Perbekalan Tambahan pada persidangan Dun berkata, enam Adun BN tidak akan menentang perkara yang memberi kebaikan kepada rakyat.

?Orang yang menentang perkara baik dirancang kerajaan negeri adalah sesuatu yang tidak wajar berlaku. Pertembungan tidak akan wujud lagi.

?Lagi pun kita di dalam dewan ini semuanya orang Islam dan tidak ada orang bukan Islam. Saya mempertahankan Islam sejak dari dahulu sehingga sekarang,? katanya.

Sebelum itu beliau menerima ucapan tahniah daripada anggota Exco, Datuk Takiyuddin Hassan kerana pendekatan yang cuba dibawanya berbeza jauh berbanding era ketua pembangkang penggal lalu.

Malah ada pihak mengandaikan Alwi merupakan tokoh paling sesuai untuk menggantikan Annuar di Perhubungan Umno Kelantan. Lebih-lebih lagi beliau dilantik sebagai Setiausaha Politik baru Perdana Menteri.

Menurut Alwi masalah yang timbul membabitkan rakyat biarlah diselesai bersama wakil rakyat BN atau PAS tanpa unsur-unsur penentangan.

Sebab itulah kata beliau sejak dilantik menjadi Ketua Penerangan Umno Kelantan lima tahun lalu, beliau melarang penceramah-penceramah Umno memburukkan peribadi pihak lawan.

Malah dengan agak panjang lebar beliau menjadikan contoh pertelingkahan di antara Saiyidina Osman dan Muawiah yang berlaku di zaman para sahabat sebagai contoh.

Dalam ucapan yang sama beliau menegaskan sedia untuk membuka pintu yang luas bagi menyelesaikan masalah dihadapi kerajaan negeri sebagaimana diamalkan Perdana Menteri.

?Sebab itulah Kelantan mendapat peruntukan yang besar dalam Rancangan Malaysia Ke Sembilan iaitu sebanyak RM7.6 bilion. Malah saya juga perjuangkan penubuhan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) biar pun ada pemimpin lain tidak mahu.

?Mereka (pemimpin Umno) yang menentang menganggap tidak perlu universiti memandangkan Kelantan bukan diterajui BN. Namun saya tetap perjuangkan sehingga akhirnya ia menjadi kenyataan,? ujarnya.

Beliau juga mencadangkan kerajaan negeri membuat pindaan terhadap peraturan bagi memastikan tanah-tanah pertanian tidak diubah kepada kegunaan lain.

Menurutnya keluasan tanah padi di Kelantan sekarang semakin sempit kerana telah digunakan bagi kegunaan lain termasuk perumahan dan industri.

Biar apa pun Alwi yang mengambil posisi ketua pembangkang Dun Kelantan dilihat pemerhati politik mengulangi kenyataan yang sering kali dibuat Annuar pada penggal lalu menjanjikan memberi kerjasama kepada kerajaan negeri.

Namun janji-janji yang ditabur di dalam dewan tidak dilaksanakan. Kini Adun baru Kok Lanas cuba membawa mesej serupa menjanjikan perpaduan dan kerjasama erat dengan nada yang lebih sederhana.

Bagi Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa, pemimpin Umno Kelantan tidak menunaikan janji melantik dua wakil kerajaan negeri dalam Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) sehingga sekarang.

?Bagaimana hendak meningkatkan hubungan di antara kerajaan negeri dan agensi yang diketuai pemimpin Umno memandangkan Kada sehingga kini tidak melantik dua wakil sebagaimana ada dalam Akta Kada.

?Malah seorang menteri baru-baru ini membuat kenyataan tidak mahu lagi menyalurkan geran kepada perbadanan kemajuan ekonomi negeri di lima negeri diterajui Pakatan Rakyat.

?Di Pulau Pinang juga kerajaan pusat mahu mewujudkan sebuah jawatankuasa khas seperti Jabatan Pembangunan Persekutuan di Kelantan bagi menyelaras projek di bawah Persekutuan,? katanya.

Biar pun begitu ramai mahu melihat sejauh mana keikhlasan Alwi, kerana janji-janji Annuar sebelum ini tidak lebih sebagai retorik politik yang indah di bibir. -

kerabu: baiknye dia...orang mana ni....kita tengok la baik macam mana....ambo kenal doh!!!!!!!

olang tua...lu turun la..

Kee Kwong gesa Keng Yaik letak jawatan sebagai penasihat Gerakan
29-04-2008 06:16:42 PM
KUALA LUMPUR: Pengerusi Gerakan Kuala Lumpur Datuk Dr Tan Kee Kwong menggesa Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik meletakkan jawatan sebagai penasihat parti kerana sikap beliau yang sering campurtangan dalam hal ehwal parti telah membawa banyak musibah kepada parti.

Tan yang juga anggota Jawatankuasa Pusat Gerakan berkata Lim sepatutnya hentikan sikap suka campurtangan dalam hal ehwal parti dan sebaliknya bersara dan meluangkan lebih banyak masa dengan keluarga.

"Dengan memberikan nasihat yang tidak diminta secara terbuka mengenai hal ehwal parti, Lim telah banyak mencemarkan imej parti," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas pelantikan bekas Timbalan Setiausaha Agung Gerakan Datuk Lee Kah Choon sebagai pengarah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan pengerusi eksekutif invest-Penang, Tan berkata beliau kesal kerana pemimpin berwibawa seperti Lee terpaksa keluar parti akibat tindakan Dr Lim.

"Lee Kah Choon menerima kedua-dua jawatan demi faedah penduduk Pulau Pinang. Pelantikan ini bukan pelantikan politik, dan tugasnya tidak berbeza dengan kakitangan awam yang tiada kaitan dengan politik," katanya.

Beliau berkata Lee telah menunjukkan contoh baik bagaimana seseorang yang berbeza fahaman politik boleh saling bekerjasama demi kepentingan rakyat.

Tan juga mengumumkan yang beliau tidak akan mempertahankan jawatan pengerusi Gerakan Kuala Lumpur dan pengerusi Bahagian Segambut pada pemilihan parti Ogos ini.

Pengerusi Gerakan Bahagian Cheras Dr Hsu Dar Ren, pengerusi Bahagian Setiawangsa Li Tiam Chai dan Penolong Setiausaha Wilayah Persekutuan K.K. Supramaniam turut hadir pada sidang akhbar itu. BERNAMA

Pengarah JAIP diarah bertukar oleh Menteri Besar

SITIAWAN: Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) Datuk Jamry Sury hari ini diarah bertukar dalam tempoh 24 jam oleh kerajaan campuran negeri Perak kerana didakwa tidak boleh memberi kerjasama.

Beliau yang juga Setiausaha Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) dikatakan telah diminta keluar dari pejabatnya oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pagi tadi.

Seorang anggota Dewan Undangan Negeri yang mengesahkan perkara itu berkata Jamry telah dihubungi menerusi telefon oleh Mohammad Nizar untuk berbuat demikian tanpa diberi peluang menjelaskan apaapa bagi membela dirinya.

Tidak pula diberitahu ke pejabat mana Jamry ditukarkan.

Sementara itu, Jamry ketika dihubungi Bernama enggan mengulas lanjut dan memaklumkan bahawa beliau akan mengadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah petang ini di Istana Kinta di Ipoh.

"Setakat ini saya diminta supaya tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung perkara itu. Kemungkinan saya akan mengeluarkan kenyataan mengenainya selepas mengadap Sultan petang ini," katanya.

Di Ipoh, Mohammad Nizar berkata pertukaran tersebut satu proses pentadbiran biasa yang berlaku dari semasa ke semasa melibatkan penjawat awam.

"Itu proses pentadbiran biasa. Kita ada (beberapa hari lebih awal) Timbalan SUK (Setiausaha Kerajaan) ditukarkan...naik pangkat pergi ke ibu pejabat, ini biasa. Anda patut kemukakan soalan ini apabila Menteri Besar yang dulu tu bila dia masuk-masuk sahaja, dia malah menukarkan SUK...saya tidak," katanya pada sidang media selepas satu majlis di Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM) petang tadi.

Beliau menegaskan tidak ada sebab-sebab tertentu mengapa pertukaran tersebut dilakukan dan ia semata-mata merupakan proses perpindahan biasa kakitangan.

Ketika ditanya sama ada pertukaran itu disebabkan Jamry tidak memberikan kerjasama kepada kerajaan negeri Perak, Mohammad Nizar berkata, "Saya tak tahu, anda tanya dia (Jamry).

Mohammad Nizar hanya menyatakan,"itu normal" bila ditanya mengapa Jamry diberi notis pertukaran 24 jam dan tidak masa yang lebih panjang seperti lazimnya.

Menurut Mohammad Nizar, Jamry yang sebelum ini dipinjamkan ke JAIP akan kembali bertugas di pejabat SUK di Ipoh.

"Beliau telah ditukarkan semula ke ibu pejabat SUK...Tidak ada kesan negatif. Anda (media) sepatutnya tidak menimbulkan persoalan itu kerana kakitangan keluar dan masuk," katanya mengulas soalan pihak media yang meminta beliau menjelaskan pertukaran tersebut.

Ditanya mengapa tiada pengumuman dibuat mengenai pertukaran itu, Menteri Besar Perak Ke10 itu berkata tidak wujud keperluan bagi pihak kerajaan negeri mengumumkan pertukaran para penjawat awam. BERNAMA

kerabu: sedar la...kadang-kadang bila di atas kita tak sedar apa yang kita lakukan kat orang bawah...apabila kita kena turun bawah anggap la itu perkara normal...sabr-sabar dugaan awk 2........lain kali jangan zalim

UTUSAN SEBAR FITNAH DI DENDA RM200 RIBU

Utusan dan dua lagi diperintah bayar RM200,000 kepada bekas pensyarah

bharian - Bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Johan Jaaffar, akhbar Mingguan Malaysia dan Utusan Melayu (M) Berhad diperintah membayar ganti rugi berjumlah RM200,000 kepada seorang bekas profesor madya Universiti Sains Malaysia (USM) kerana menerbitkan satu rencana melalui surat pembaca yang berunsur fitnah terhadapnya, 11 tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus turut memerintahkan supaya ketiga-tiga pihak selaku defendan membayar kos kepada plaintif, Fatimah Busu @ Che Su, dari Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM.

Melalui saman fitnah yang difailkan 26 Ogos 1997, Fatimah menamakan Johan sebagai defendan pertama, akhbar Mingguan Malaysia sebagai defendan kedua, dan Utusan Melayu (M) Berhad selaku pencetak serta penerbit akhbar Mingguan Malaysia, sebagai defendan ketiga.

SAM ragui projek 'pahlawan' nyamuk

Berjuta-juta nyamuk "pahlawan" yang akan diuji untuk menentang aedes bagi mengawal peningkatan kes denggi boleh membawa mudarat alam sekitar dan kesihatan manusia yang serius, kata Sahabat Alam Malaysia (SAM).

Sebuah syarikat Britain dan Institut Penyeldidikan Perubatan dilaporkan sedang memperkenalkan jutaan nyamuk "pahlawan" - spesies aedes yang telah diubah bakanya - di Pulau Ketam, Selangor untuk tujuan itu.

Sambil menyatakan bantahan kerasnya, presiden SAM S M Mohammed Idris berkata apabila organisme yang diubah bakanya dilepaskan ke alam sekeliling, ia tidak boleh lagi ditarik balik seumpama barangan yang dipasarkan.

"Jika ia bercampur dan membiak silang dengan hidupan lain yang sama, atau lebih, berbahaya dengan aedes, tidak ada jalan untuk kita menghalang proses ini," katanya dalam satu kenyataan.

"Oleh itu, kita seharusnya sangat berhati-hati dan mengambil prinsip berjaga-jaga sebelum kita campur tangan dengan proses alam."

"Wang pembiayaan untuk mencipta hidupan yang diubah genetiknya harus dialihkan kepada memperkenalkan kaedah-kaedah yang mesra alam bagi melawan nyamuk aedes dan mencegah denggi," katanya.

"(Lagipun) tiada undang-undang untuk memastikan persekitaran dan masyarakat kini dilindungi secukupnya daripada kesan mudarat kejuruteraan generik.

"Akta Biokeselamatan hanya diluluskan di parlimen baru-baru ini dan tidak terdapat mekanisme peraturan dan keupayaan teknikal untuk memastikan keselamatan, kestabulan ekologi dan kepentingan sosio-ekonomi dilindungi secukupnya," katanya.

"Oleh itu, membenarkan syarikat mempromosikan hidupan yang diubah baka menjalankan ujian lapangan produk-produk mereka akan mendedahkan negara kita kepada risiko yang tidak perlu."

kisah keris dah habis...sekarang kisah penyapu pulak....

Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu meminta bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo supaya berhenti membuat tuduhan tidak berasas berhubung kekalahan Barisan Nasional (BN) di negeri itu dalam pilihanraya umum lalu.

"Beliau berkata saya telah memberi persetujuan agar kuil (di Kampung RimbaJaya dekat Shah Alam) diriobohkan pada 15 November.

"Saya ingin jelaskan bahawa kuil itu telahpun dirobohkan pada pertengahan Oktober," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Kenapa beliau tidak sebut sayalah orangnya yang merayu kepada beliau dan Perdana Menteri supaya menghentikan rancangan asal untuk merobohkan kuil itu," katanya dalam laporan Bernama.

Dalam satu temubual dengan Malaysiakini, Dr Khir mendakwa kononnya Samy Vellu mengarahkan beliau untuk merobohkan kuil itu kerana ia digunakan sebagai tempat perhimpunan penyokong Hindraf.

‘Henti bercakap'

Menurut lamanweb itu, Dr Khir berkata Samy Vellu menelefonnya pada malam 15 November dan memberitahunya bahawa penyokong Hindraf telah menyusup masuk ke kuil itu dan ia perlu dirobohkan malam itu juga.

"Tetapi kuil itu telahpun dirobohkan dan patung-patungnya dipindahkan pada akhir Oktober.

"Apa lagi nak dirobohkan, dan kenapa pula saya harus minta supaya sebuah kuil yang sudah dirobohkan, dirobohkan lagi," kata Samy Vellu.

Beliau berharap Dr Khir berhenti mencari alasan bagi kekalahan BN di Selangor.

"Permintaan saya kepada beliau ialah supaya berhenti bercakap mengenai semua ini. Marilah kita kukuhkan kembali BN," katanya.

kerabu: ermm bagus la dr khir...pertahankan la diri dengan cara mana pun..sekarang kamu dah tak da kuasa macam dulu..tak da sapa nak tolong kamu..samy pun sama la..kamu pun dah kalah..kira panglima yang telah kalah sama-sama bergaduh..macam tengok gusti je hahaha

Semasa

Hiburan

Sukan

 

© Copyright Kerabu Bersuara 2007 -2013 | Design by Kerabu Bersuara | Published by Kerabu Bersuara Group | Powered by Blogger.com.