News Update :

Politik

Kenyataan

Agama

Dunia

May 28, 2008

"Oleh HermanSamsudeen

Kabinet sudah dibentuk, tapi masih ada lagi suara-suara tidak puas hati dalam kalangan ahli parlimen BN. Dalam perbahasan mengenai Rang Undang-Undang Pembekalan Tambahan (2007) 2008 pada sidang Dewan Rakyat semalam, Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menilai semula pelantikan Senator Datuk Zaid Ibrahim sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Utusan Malaysia turut melaporkan bahawa;

Tajuddin menegaskan, tindakan Zaid yang menyerang secara terbuka di luar Dewan Rakyat terhadap ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang dianggapnya sebagai penentang kerajaan merupakan perbuatan tidak bertanggungjawab.Tambah beliau, tindakan Zaid itu yang turut menggesa BN serta UMNO mengambil tindakan terhadap penyokong-penyokong kerajaan merupakan perbuatan yang memalukan.

Nah! jelas terpampang di mata semua rakyat bahawa BN kini bukan sahaja menghadapi krisis ketidakpercayaan ahli, malah kalangan kepimpinan juga mulai bertelagah. Hak ahli dan kepimpinan BN untuk menegur kepimpinan yang lebih tinggi seolah-olah tiada.

Serangan terbuka Zaid terhadap pemimpin BN lain jelas melorongkan diri beliau dalam sindiket undi tidak percaya yang mungkin boleh membinasakan kelompok Abdullah jika dibiarkan berterusan.

Persidangan Dewan Rakyat yang sewajarnya membicarakan isu-isu rakyat, kini dijadikan medan untuk pra-mesyuarat agung Umno-BN. Jika inilah bentuk usul dan pemikiran pemimpin BN, nampaknya Wakil Rakyat BN tidak layak lagi duduk di situ atas kapasiti undi rakyat. Sewajarnya mereka memohon untuk duduk atas kapasiti undi perwakilan Umno sahaja."

Selangor haramkan Islam Hadhari - Dr Hassan Ali

May 27, 2008

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang pertama selepas Pilihan Raya Umum 8 Mac menyaksikan kerajaan Pakatan Rakyat mengumumkan langkah mengharamkan sebarang program yang ada kaitan dengan konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di negeri itu. -->-->
"Kita haramkan Islam Hadhari di Selangor ini kerana Islam yang kita amalkan dulu dan hari ini tidak berubah dan sudah cukup.

"Oleh yang demikian, kita mahu sandarkan ajaran Islam sebenar untuk memerintah Selangor ini dan bukannya Islam Hadhari," kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Dato' Dr Hassan Mohamed Ali semasa menggulung perbahasan di hari akhir sidang DUN itu di Shah Alam Isnin.

Pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata semua masjid dan surau tidak dibenarkan mengadakan program, termasuk khutbah yang menyentuh atau ada hubung kait dengan Islam Hadhari.
Beliau mencabar mana-mana pihak supaya tampil memberikan bukti yang menunjukkan ada pemimpin PAS, termasuk dirinya yang membuat janji itu kepada rakyat pada pilihan raya.
"Jika ada yang mendakwa saya atau pemimpin PAS yang membuat dasar janji ini, sila tunjukkan bukti, " katanya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia itu berkata, PAS yang bergabung dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP untuk membentuk Pakatan Rakyat mahu mentadbir Selangor dengan menegakkan prinsip sama rata dan keadilan.
"Kita tidak mahu mengamalkan pentadbiran 30 peratus komisen, 50 peratus komisen atau memberi tender kepada kroni.

"Malah kita ubah tender yang diberi secara runding terus kepada tender terbuka kerana tidak mahu membuat dosa," katanya seperti dilapor Agendadaily

Tuan Guru Nik Aziz berangkat menunaikan umrah pagi tadi


KUALA LUMPUR, 27 Mei (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat beserta rombongan telah berangkat ke tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah pagi tadi. -->-->
Turut serta bersama beliau, isteri, Tuan Sabariah Tuan Ishak, bersama lima ahli keluarga lain yang terdiri daripada anak-anak dan menantu beliau.
Beliau yang juga merupakan Menteri Besar Kelantan itu dijangka akan berada di Mekah selama dua minggu.
Ustaz Nik Aziz ketika ditemui di bilik rehat VIP Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semasa penerbangan beliau daripada Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa berhenti pada jam 8.50 malam sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi berikutnya pada jam 3 pagi.
Dalam pertemuan ringkas bersama ahli parlimen Rantau Panjang, Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof dan Senator Mumtaz mat Nawi, beliau sedang berehat bersama keluarga melahirkan rasa syukur beliau kerana berkesempatan menunaikan ibadah umrah bersama keluarga.
Sungguhpun begitu, Ustaz Nik Aziz masih sempat bertanyakan mengenai perkembangan semasa yang berlaku di dalam perbahasan dewan rakyat dan dewan negara kepada kedua-dua ahli parlimen tersebut.
Siti Zailah dan Senator Mumtaz, beserta rakyat Kelantan keseluruhannya mendoakan kesihatan Tuan Guru, agar beliau dapat menyempurnakan ibadah umrah serta kembali bertugas dengan sebaiknya.
Sepanjang pemergian beliau selama dua minggu, jawatan MB Kelantan dipangku oleh Dato' Husam Musa kerana TMB Kelantan, Dato' Ahmad Yaakob sedang menjalani rawatan di hospital Kota Bharu

Ketuanan bangsa, strategi terdesak Umno - Presiden PAS

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Hrkh) - Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan konsep ketuanan bangsa Malaysia yang dikemukakan Timbalan Presiden Umno, Dato' Seri Najib Razak adalah strategi terdesak Umno tatkala parti itu semakin tidak diterima umum.

Bercakap kepada Harakah di Pejabat Pembangkang di Parlimen semalam, Presiden PAS berkata, konsep yang diperkenal Umno itu sebenarnya usaha terdesak untuk memenangi semula hati rakyat.

PAS melihat Umno gagal menjadi pembela kepada rakyat pelbagai bangsa, malah 'Ketuanan Melayu' yang diagungkan Umno sejak dahulu tidak mampu membela nasib bangsa Melayu sendiri.

Pada pilihan raya umum lalu, Umno menerima tamparan hebat selepas parti tunggak kepada BN itu tidak menjadi pilihan kepada rakyat yang akhirnya bertukar kepada Pakatan Rakyat, ujarnya.

Kini katanya perpecahan dalam Umno dengan keluarnya Tun Dr Mahathir Mohamad menambah kemelut dalaman parti itu yang akhirnya hanya akan menyebabkan parti itu tidak lagi relevan kepada rakyat Malaysia.

Melihat kepada sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat semakin tinggi, Umno dilihat terpaksa menggunakan istilah baru (Ketuanan Bangsa Malaysia) untuk menarik kembali sokongan rakyat, ujarnya.

Sementara itu Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa menyifatkan slogan yang dilaungkan Najib itu sebagai satu lagi strategi politik Umno.

Umno terdesak tatkala parti itu berhadapan dengan masalah dalaman yang cukup serius yang menyebabkan rakyat kurang yakin dengan kepimpinan Umno

Pakaian pelajar perempuan: Ketua Muslimat PAS bidas Hishamuddin

May 26, 2008

apabila hisham yang tak cerdik akal bekata-kata


Kenyataan Menteri Pelajaran Malaysia Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein yang menyatakan bahawa soal pakaian seragam sekolah pelajar perempuan bukanlah punca peningkatan kes gangguan dan jenayah seksual di kalangan pelajar dibidas Ketua Muslimat PAS Ustazah Nuridah Salleh.

Beliau yang kesal dengan kenyataan Hishamuddin memberitahu bahawa aspek pakaian sama ada pelajar mahupun orang dewasa telah ditentukan oleh Islam kepada penganutnya bagi mengelakkan gejala tidak bermoral berlaku dengan berleluasa.

"Tuntutan agama ialah menutup dan menjaga aurat termasuk memakai tudung bagi pelajar perempuan Islam. Oleh itu Kementerian mestilah mengambil kira cadangan pelbagai pihak khususnya Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) untuk memastikan soal berpakaian ini dititik beratkan.

"Walaupun si pelaku atau penjenayah seks tidak mengira soal pakaian namun bagi semua pihak khususnya kaum wanita tidaklah boleh memandang remeh bab pakaian ini bahkan agama memberi garis panduan yang jelas tentang pakaian yang boleh mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku," katanya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Nuridah menyatakan bahawa sesuatu kejadian itu terutama yang melibatkan maksiat ataupun jenayah seks tidak akan berlaku sekiranya tidak melibatkan kedua-dua pihak atau keadaan sekekeling yang mengundang kepada perbuatan tidak senonoh itu.

"Pintu ransangan itu mestilah ditutup terlebih dahulu sebagai langkah awal kerana sudah jelas bahawa pakaian yang menjolok mata seperti pakaian seragam sekolah yang nipis dan telus (transparent) mengundang nafsu orang lain melihatnya.

"Saya harap Hishamuddin merujuk kepada panduan yang telah ditetapkan oleh al-Quran dan Sunnah dan tidak sekadar mengeluarkan kenyataan seweang-wenangnya malah mesti dilihat mahu membuat perubahan demi keselamatan pelar-pelajar sekolah khususnya perempuan," katanya

Beliau juga mahu ibu bapa dan guru-guru di sekolah menjadi contoh dan menegur para pelajar agar berpakaian lebih tertib bahkan mestilah mengikut apa yang telah ditetapkan oleh al-Quran dan Sunnah.

Sungguhpun begitu, beliau tidak mahu perubahan drastik dilakukan ke atas pakaian seragam sekolah hanya tertumpu kepada warnanya sahaja kerana bimbang akan timbul pula isu pembaziran dan ketidakmampuan ibu bapa menukar pakaian baru.

"Adalah lebih baik pakaian putih itu tebal sedikit daripada biasa dan bagi pelajar Islam diwajibkan memakai tudung labuh kerana jika sekadar menukar warna tetapi masih lagi dilihat susuk tubuh dan nipis, isu ini tidak selesai," katanya memberi saranan

Empat syarat pakai GELANG MAGNET

"Gelang bermagnet yang semakin popular dipakai lelaki dengan niat membaiki kesihatan harus memenuhi empat syarat, kata ketua penolong mufti Perak, Zamri Hashim.

Syarat-syarat tersebut:

bullet button pemakainya tidak beriktikad (yakin di dalam hati) bahawa gelang itu memberi kesan kesembuhan kerana yang memberi kesan itu hanyalah Allah,


bullet button pemakainya tidak berniat memakainya kerana menyerupai wanita dan bukan untuk bermegah-megah.

bullet buttongelang mesti terbukti mempunyai kesan saintifik dan secara klinikal mempunyai pengaruh terhadap pengaliran darah di dalam tubuh seperti didakwa oleh pakar yang berwibawa.

bullet buttonjika pemakaian gelang itu menimbulkan fitnah terhadap maruah si pemakai, lebih baik lelaki itu memakai baju berlengan panjang yang dapat menyembunyikan gelang berkenaan.

Menurut Bernama, pandangan ketua penolong mufti diterbitkan oleh Jabatan Mufti Perak."

Singapura Masih Mahu Middle Rock dan South Ledge

a
Siapa kata Singapura sudah cukup kenyang dengan Pulau batu Putih. Di dalam satu wawancara President Singapura masih MERASA SEDIH kerana tidak dapat memiliki Middle Rock dan juga South Ledge. Ini jauh sekali andaian ramai Singapura sensitif kepada kesedihan rakyat johor kehilangan tanah pusaka mereka kepada Singapura. Dari sejarah, Singapura pun di bawah Johore sebelum kerajaan Johor memberinya kepada British.

Adakah pemberian itu tidak kekal saperti HONG KONG , itu hendaklah di kaji balik. Hong Kong kembali ke tangan Republic Cina apabila habis tempoh nya. Isu sempadan baru juga akan menjadi satu lagi kes punca pertingkaian. Adakah sempadan baru singapura 20 nm mengikut undang undang antarabangsa akan sampai kepantai Johor. Bertambah kompleks lagi ialah middle rock berada di selatan Batu Putih dan kalau Malaysia turut sama mendesak 20 nm , maka berlaku pertindihan sempadan yang mungkin mengakibatkan konfliks. Soal keras kepala singapura berkaitan hak mereka 20 nm di sebut oleh MFA atau ministry of foreign affair Singapore.

Kita mesti ingat Singapura bukan berseorang dalam sebarang krisis kerana Singapura adalah kawan baik USA dan israel. Mereka mempunyai kawan yang lebih dari cukup untuk menguatkuasakan apa yang mereka mahu namun kita masih memberi statement berkaitan nelayan johor boleh menangkap ikan . Bila berlaku kematian di Kem khidmat negara, semua meraung marah kerana meletakkan anak mereka dalam bahaya. Sedar kah mereka , rakyat America telah berperang di Vietnam pada umur tingkatan enam dan mereka tidak pernah merungut apabila di kerah tenaga untuk mempertahankan sempadan atau kepentingan negara, Walau bagaimanapun banyak dasar luar America adalah menceroboh hak asasi manusia dan jahat , namun semangat patriotik mereka secara sistematik merupakan kekuatan mereka.

Berikut adalah statement Goh Singapore PM yang tak pernah kenyang dengan habuan percuma dari Malaysia semenjak tertubuh Singapura.


It was Mr Goh – then prime minister of Singapore – and former Malaysian prime minister, Dr Mahathir Mohamed, who had decided to bring the Pedra Branca dispute to third party arbitration, back in 1994. However, Mr Goh expressed disappointment that Singapore was not awarded the Middle Rocks as he had thought the judgement would be all or nothing since the rocky outcrops are so close to one another. Describing the ICJ decision as having a 'hint of Solomon', he said it is perhaps the best outcome for both sides. Responding to queries on the implications of the ICJ's decision regarding Singapore's entitlement to territorial maritime zones around Pedra Branca, an MFA spokesman said that the court was not asked to determine such questions of maritime space or boundary delimitation.

Berikut adalah statement MFA Singapura berkaitan kemungkinan akan jadi krisis sempadan

However, Singapore's rights and interests on these matters will be pursued in accordance with international law. A 1980 press statement from MFA had said that Singapore has an Exclusive Economic Zone and a territorial sea limit that extends up to a maximum of 12 nautical miles. This is consistent with the United Nations Convention on the Law of the Sea of 10 December 1982. Singapore's foreign ministry said the precise coordinates of Singapore's territorial sea and Exclusive Economic Zone will be announced at an appropriate time. Should the limits of its territorial sea or Exclusive Economic Zone overlap with claims of neighbouring countries, Singapore will negotiate with those countries with a view to arrive at agreed delimitations, in accordance with international law.

TG Nik Aziz Dan Lim Guan Eng Patut DITELADANI Kesederhanaan MEREKA Oleh Sesiapa Sahaja!

Walaupun sudah bergelar VVIP dan menerajui Kelantan hampir 18 tahun, TG Nik Aziz masih seperti rakyat biasa dan tidak bermegah dengan status dan kedudukan hingga menyebabkan beliau sukar ditumpaskan oleh BN

Gambar yang dirakamkan oleh Ning Baizura dalam pesawat kelas ekonomi MAS seperti yang diceritakannya pada Blog mrmanager.blogspot.com, yang mengharukan beliau apabila melihat seorang VVIP seperti Lim Guan Eng tidak memisahkan status dengan rakyat

Di rumah inilah, rumah kayu tradisional kebanyakan rakyat Kelantan, menjadi kediaman rasmi TG Nik Aziz sejak mentadbir negeri itu pada 1990 hingga kini tanpa diperbesarkan atau dilengkapi polios keselamatan

By Hj MOHAMAD SABU
Naib Presiden PAS

GABUNGAN kekuatan Tengku Razaleigh Hamzah yang menerajui Semangat 46 dengan kekuatan keperibadian Tok Guru Nik Abdul Aziz Nikmat, Mursyidul Am PAS menyebabkan BN Kelantan mendapat "kosong kerusi" di peringkat Dun dan Parlimen dalam pilihan raya 1990.

Tok Guru Nik Aziz, watak dan kekuatannya terserlah setelah memerintah. Semasa beliau menjadi anggota pembangkang, watak dan pengaruhnya tidaklah seberapa.

Kuasa yang dikejar oleh ahli-ahli politik selalunya disalahgunakan semasa menikmati kuasa yang dimandatkan oleh rakyat.

Sebaliknya Tok Guru mempamerkan kesederhanaan.

Beliau tidak tinggal di rumah yang disediakan oleh kerajaan, tidak mengambil elaun keraian semasa Aidilfitri dan Aidiladha. Tok Guru juga memotong gaji bulanannya dan dimasukkan kembali ke dalam tabung kebajikan. Itu hanya beberapa pembaharuan yang dibuatnya.

Kekuatan dan persembahan baru Menteri Besar Kelantan menyebabkan PAS dan rakan-rakannya dalam Angkatan Perpaduan Ummah dan seterusnya Barisan Alternatif dapat bertahan memerintah selama lima penggal.

Percubaan BN untuk menggugat pemerintahan Angkatan dan BA gagal, di antaranya berpunca atas kesederhanaan perwatakan Menteri Besar Kelantan itu.

Menurut kajian selidik beberapa badan NGO terhadap sokongan kepada PAS dan BA, 7 peratus datang dari keperibadian Tok Guru Nik Aziz.

Kini selepas pilihan raya 2008, muncul seorang anak muda yang semasa mudanya menghadapi pelbagai tekanan dan ujian sebagai pembangkang kepada BN.

Lim Guan Eng pernah ditahan ISA di bawah Operasi Lalang 1987, kemudiannya dipenjarakan di bawah kesalahan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.

Beliau hilang segala keistimewaan sebagai ahli Parlimen sama ada dalam bentuk gratuiti, pencen dan tidak boleh bertanding dan memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana pertubuhan dalam tempoh yang agak lama.

Setelah menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, beliau mengumumkan beberapa langkah untuk membersihkan pentadbirannya dari sebarang unsur rasuah dan nepotisme.

Saya lebih tertarik untuk memaparkan amalan beliau secara peribadi untuk menjadi pemimpin melalui teladan.

Penyanyi Ning Baizura dan pengurusnya telah terserempak dengan Ketua Menteri Pulau Pinang ini yang menaiki kelas ekonomi pesawat MAS, sedangkan beliau selayaknya berada dalam kelas bisnes.

Laman blog Ning Baizura telah memapar dan menceritakan hal Lim Guan Eng itu.

Pertemuan saya dengan Ketua Pulau Pinang bersama isterinya, Betty Chew di Lapangan Terbang Subang secara kebetulan telah menjelaskan lagi keazaman beliau untuk menjaga harta rakyat.

Beliau menyatakan akan hanya menaiki pesawat kelas bisnes apabila kehabisan kelas ekonomi.

Semasa menginap di hotel, beliau akan menginap di standard room, sedangkan beliau layak berada di bilik 'suite' seperti dinikmati oleh menteri mesar dan ketua menteri yang lain.

Jawapan yang diberikan oleh beliau adalah sama saja, beliau ingin menjadi contoh terutama kepada pegawai-pegawai kerajaan bahawa menjadi ketua menteri bukan untuk mendapat keistimewaan dan berbelanja dengan mewah, walaupun ia merupakan hak yang diluluskan kepadanya.

Sebenarnya rakyat amat suka apabila mereka mendapat pemimpin politik seperti Tok Guru Nik Aziz dan Lim Guan Eng yang tidak pernah terfikir untuk memperkayakan peribadi, apatah lagi untuk melakukan rasuah atau salah guna kuasa, yang amat dibenci oleh rakyat.

Rakyat tidak mahu pemimpin hanya lantang suara semasa menjadi pembangkang, dan menegur segala bentuk penyelewengan yang dilakukan oleh musuh, tetapi apabila mendapat kuasa, mereka hanya mengulang apa yang dilakukan oleh pemerintah sebelumnya.

Contoh dan amalan sederhana yang dijelmakan oleh Tok Guru Nik Aziz dan Lim Guan Eng, insya-Allah akan menjadi budaya baru dalam kepimpinan politik dan masyarakat pada masa akan datang.

Lim Guan Eng yang pernah makan malam bersama saya di warung-warung dengan kenderaan peribadi begitu menarik perhatian rakyat Pulau Pinang terhadap perwatakannya yang sederhana itu.

Sudah tentu harapan rakyat agar ia tidak menjadi hangat-hangat tahi ayam, sebaliknya budaya baru pemimpin Malaysia dapat dijelmakan pada masa akan datang.

Sesungguhnya amalan rasuah, nepotisme, pembaziran akan lebih dibenci orang awam pada masa akan datang.


Sanusi: Umno 'pupus' pada 2012?

Oleh malaysiakini

aBekas menteri besar Kedah Tan Sri Sanusi Junid meramalkan Umno akan mengalami "kepupusan" pada pilihanraya umum akan datang jika Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terus memimpin parti itu.

Sanusi, yang keluar Umno bersama Tun Dr Mahathir Mohamad minggu lepas, berkata kebimbangan itulah yang menyebabkan bekas presiden Umno itu meninggalkan parti.

"Tun Mahatir tidak mahu lihat Umno ini hapus.

"Kalau macam sekarang, habis pilihanraya kita tengok macam mana pelantikan menterinya, kita lihat bahasa-bahasa yang digunakan dan komentar-komentar mereka.

"Jika ia berlanjutan, pada tahun 2013, Umno akan pupus," katanya, seperti laporan Harakahdaily.net hari ini.

Mengulas sebab beliau mengisyhtiharkan keluar parti, Sanusi berkata, tiada faedahnya terus kekal dalam Umno jika tidak menampakkan sebarang perubahan memulihkan kemerosotan Umno sejak pilihanraya umum lalu.

"Kalau dia (Mahathir) tunggu dalam Umno dan tunggu sehingga 2013, maka dia adalah sebahagian daripada kemusnahan Umno dan dia adalah sebahagian daripada pemimpin yang tak mampu pertahankan Umno," Sanusi dipetik sebagai berkata.

Beliau juga dilaporkan berkata lebih baik Tengku Razaleigh Hamzah mengambil alih tugas perdana menteri berbanding Abdullah kerana ahli parlimen Gua Musang masih belum ada kepentingan keluarga dan peribadi.

'Kedegilan' Idris burukkan perpecahan Umno Terengganu

Meskipun Setiausaha Umno Terengganu, Dato' Rosol Wahid cuba meyakinkan rakyat negeri itu kononnya parti itu tidak berpecah dan masih bersatu, apa yang dilihat dan didengar rakyat Terengganu menggambarkan sebaliknya.

Kenyataan terkini oleh dua pemimpin kanan Umno negeri beberapa hari lalu bahkan tambah menjelaskan betapa parti itu kini dilanda krisis dan persengketaan yang sangat meruncing.

Pada 11 Mei lalu, Rosol menegaskan bahawa Umno Terengganu masih kuat dan perpaduan antara anggotanya masih kukuh, sama seperti dulu.

Beliau dipercayai menjawab pertikaian ditimbulkan berbagai pihak mengenai krisis yang dikatakan melanda kepimpinan tertinggi parti di negeri itu, terutama ekoran pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Dato' Ahmad Said sebagai Menteri Besar menggantikan penyandangnya, Datuk Seri Idris Jusoh.

Pelantikan yang mendapat tentangan kesemua Adun BN itu mewujudkan kemelut agak lama. Suasana tegang dalam Umno Terengganu akhirnya berjaya diredakan apabila Majlis Tertinggi Umno merestui Ahmad sebagai Menteri Besar baru.

Pun begitu, harapan semua pihak agar keputusan itu diterima baik kedua-dua kumpulan bertelagah dalam Umno Terengganu tidak menjadi kenyataan.

Pelantikan Exco negeri, Speaker DUN dan Setiausaha Politik dibuat Ahmad selepas itu tambah melebarkan jurang antara kedua-dua kumpulan.

Ternyata Ahmad terpaksa mengutamakan peribadi yang menyokong beliau sepanjang kemelut sebelum ini bagi mengisi jawatan-jawatan penting tersebut.

Langkah itu sekali gus menguburkan sebarang hasrat mewujudkan kombinasi anggota yang agak berkompromi antara kedua-dua puak itu dalam pembentukan kerajaan negeri.

Keadaan itu menghasilkan perpecahan lebih ketara kemudiannya. Salah satu contoh paling ketara tidak wujudnya penyatuan antara para pemimpin Umno Terengganu ialah apa yang mereka pamerkan sepanjang persidangan DUN awal bulan ini.

Peranan dimainkan Adun-Adun BN yang membentuk tiga perempat suara dalam DUN Terengganu ternyata amat di luar jangkaan. Kecuali dua-tiga Adun BN yang bangkit menghadapi serangan dan hujah wakil-wakil PAS, sebahagian besar yang lain memilih untuk mendiamkan diri.

Apapun alasan diberikan atas kebisuan mereka itu, apa yang pasti Umno Terengganu sukar menafikan ia ada kaitan dengan pergeseran dalaman sesama anggotanya.

Bahkan, ada suara-suara mengatakan beberapa Adun berpengalaman sengaja mendiamkan diri setelah merasakan diri mereka dipinggirkan Ahmad dalam pembentukan kabinet negeri.

Mereka lalu memilih untuk membiarkan Menteri Besar dan Exconya sahaja berhadapan dengan hujah dan serangan wakil-wakil PAS. Di masa sama, sehingga pertengahan Mei Badan Perhubungan Umno negeri yang dipengerusikan Idris dikatakan masih belum memanggil mesyuaratnya.

Apa lagi sebabnya bagi sebuah parti yang menjadi tonggak kerajaan negeri gagal bermesyuarat selepas lebih dua bulan pilihan raya berlalu, jika tidak kerana tiada perpaduan antara anggotanya? Perkara itu juga antara yang cuba dinafikan Rosol.

Ia bagaimanapun dibuktikan benar oleh seorang anggota Perhubungan Umno Terengganu, Dato' Mohd Nasir Ibrahim Fikri, minggu lalu. Mohd Nasir yang juga Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus, dalam kenyataan pada 20 Mei mengakui bahawa Umno Terengganu kini berpecah dua.

Katanya, satu kumpulan menyokong kepimpinan Idris, manakala kumpulan yang lain menyokong Ahmad. "Kelompok ini memang wujud dan tidak boleh dinafikan. Ada orang Idris dan ada orang Ahmad Said. Rakyat tidak boleh buat apa kerana ini keputusan pucuk pimpinan parti," katanya.

Memburukkan keadaan itu, sebahagian besar Adun BN yang dilantik menganggotai kerajaan Ahmad adalah mereka yang tidak ada apa-apa jawatan penting dalam Perhubungan Umno negeri.

Akibatnya, banyak perkara membabitkan kepentingan parti gagal diselaraskan dengan tindakan kerajaan. Begitu juga, banyak perkara diputuskan kerajaan yang memerlukan dokongan parti gagal disempurnakan apabila pemimpin parti tidak sekepala dengan ketua kerajaan.

Sebab itu banyak pihak mendesak agar Idris melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu bagi diserahkannya kepada Ahmad selaku Menteri Besar.

Bagi kebanyakan rakyat, kedua-dua jawatan utama parti dan kerajaan perlu dipegang orang yang sama. Hal itu akan memudah dan melancarkan segala penyelarasan kerja dan tugasan antara parti dan kerajaan.

Malangnya pandangan dan harapan itu tidak dapat diterima baik Idris sendiri. Beliau sebaliknya menegaskan tidak akan meletak jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan Umno negeri, walaupun sedar tindakannya itu boleh memburukkan kecelaruan politik negeri.

"Saya bukannya orang kalah. Saya menerajui parti dan memenangi pilihan raya dengan majoriti lebih dua pertiga," katanya, sebagaimana disiarkan kebanyakan akhbar, Ahad (25 Mei).

Katanya, beliau mengakui hakikat Ahmad telah direstui pucuk pimpinan parti sebagai Menteri Besar dan mempunyai penyokongnya sendiri. Bagaimanapun beliau (Idris) juga mendakwa mendapat sokongan besar anggota kerana berjaya memimpin Umno Terengganu, terutama dalam pilihan raya lalu.

Idris malah mengulangi pendirian bahawa kesemua 23 Adun BN Terengganu masih lagi menyokong beliau. Justeru tidak ada sebab baginya mengundurkan diri dari jawatan tertinggi parti di peringkat negeri itu.

Kenyataan keras dan tegas Idris itu sekali gus memudarkan sebarang hasrat melihat suasana lebih jernih dalam Umno Terengganu.

Keadaan celaru itu dijangka akan berterusan selagi tiada tindakan tegas daripada pucuk pimpinan Umno peringkat kebangsaan, terutama berkaitan pelantikan Pengerusi Perhubungan Umno negeri yang dianggap menjadi kunci permasalahan dalaman Umno Terengganu kini.

Jika mahu, Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi boleh membuat rombakan itu serta-merta, sebagaimana dibuatnya kepada beberapa negeri sebelum ini. Kecuali jika Abdullah juga menyimpan pendirian serupa dengan Idris

Mufti Perlis cubit PAS cubit Umno, tetapi tercubitkah?

Mufti Perlis cubit PAS cubit Umno, tetapi tercubitkah?

Ramai yang mengatakan PRU ke 12 merupakan suatu "Tsunami Politik", Presiden PAS TG Hj Abd Hadi mengatakan ia bagaikan "gunung berapi politik" suatu pengajaran dan iktibar buat Umno dan BN, apa pun rupanya bukan hanya orang politik dan orang awam sahaja terkena arus tsunami atau ledakkan lahar gunung berapi itu, rupa-rupanya Tok Mufti pun tak terkecuali.
Kerana itu saya lebih bersetuju dengan TG kerana kalau ia tsunami semuanya musnah dan mati belaka, tetapi jika ia gunung berapi, ia memuntahkan lahar yang boleh menyuburkan kembali bumi, memberi kesedaran dan nafas baru kepada ramai termasuklah barangkali tok-tok Mufti.

Hari ini Mufti Perlis memuatkan teguran, kritkkan yang penuh sinis dan kadangkala bagaikan senafas macam orang politik dalam ruangan mingguannya di Mingguan Malaysia. Saya agak beliau memang sesuai jika mahu terjun ke gelanggang politik, pilihlah antara banyak bahtera yang tersadai atau meluncur dipersada politik negara hari ini.

Saya tertarik apabila beliau menghurai dan membicarakan bahawa Islam itu adalah matlamat dan bukannya alat. Apa yang saya boleh faham berdasarkan penanya itu, jika kita berjuang untuk memartabatkan Islam maka jangan sekali-kali Islam itu diperalatkan. Jika begitu nanti agama hanya kelihatan sebagai bahan main-mainan untuk mendapatkan untung dan tenpat.

Bermaksud jangan matlamat menghalalkan cara. jangan berpilih-pilih membawa Islam versi satu kepada penonton satu dan versi dua kepada penonton dua. Lalu apabila takut penonton dua meninggalkan kita, maka kita masukkan pula versi tiga, kerana yang penting kuasa terus kekal ditangan kita. Itu anologi saya terhadap artikel beliau yang panjang lebar itu, memang tajam dan kekadang sinis tetapi jika ada asas kebenarannya maka perlu ditelan walaupun pahit.

Saya yakin beliau turut mencubit Umno apabila beliau menyebut kadangkala agama diguna sekadar untuk penghias majlis, bukannya memegang prinsipnya. Majlis rasmi dimulakan dengan doa tetapi perjalanan majlisnya tidak berteraskan prinsip Islam, dalam erti kata lain menjadi majlis maksiat.

Beliau juga menyebut ada pemimpin negara bagaikan "sumpah-sumpah" yang berubah warna mengikut majlis. Kata beliau ada yang mengajak rakyat jangan membazir tapi dalam majlis yang lain pemimpin tadi mengepalai pembaziran. Ada yang bercakap tentang rasuah dan amanah tetapi dalam majlis lain merekalah yang menganugerahkan projek-projek kepada "anak pinak" dan "rakan taulan" dengan cara yang dipertikaikan.

Bagus, dalam dan bermakna sekali teguran-teguran beliau termasuklah berkenaan Hang Berani yang katanya sekadar berani menghunuskan keris tetapi kemudiannya menjadi Hang Takut.

Tetapi dalam waktu yang sama semua mufti-mufti juga diharapkan jangan pula diperalatkan oleh jawatan mereka. Mufti-mufti mesti "above politics" jangan terlibat sekali-kali dalam politik, apalagi berkempen untuk parti itu dan ini atau calon itu dan ini atau melobi. Kalau berjaya begitu barulah mufti-mufti dapat membuktikan kepada semua bahawa Islam itu matlamat mereka dan bukannya alat. Barulah yang menegur tidak melakukan kesalahan yang sama yang dilakukan oleh puak yang ditegur.

Berlapang dadalah semua untuk menerima yang baik dan membuang yang keruh.

Apabila kaduk naik junjung

Saya sudah mengulas berkenaan beliau dalam posting saya terdahulu, jika mahu kenal inilah dia Pengarang akhbar The Star yang kebelakangan ini semakin tajam dan vokal kritikkannya terhadap Islam. Mungkin "tsunami Politik PRU ke 12" telah turut mematikan semua yang prihatin tentang Islam dan menjelmakan puaka-puaka yang berani dan bermaharajalela.

Wong Chun Wai begitu ghairah apabila dapat menghitam legamkan wajah Islam tambah dalam keadaan pemuka-pemuka Islam kebelakangan ini yang sudah semakin khayal dan selesa. Cuba perhatikan posting di dalam blognya bertarikh 22 Mei lalu, apabila beliau melanyak PKPIM kerana cadangan adik-adik kita itu untuk mengubah gaya pakian baju kurung murid sekolah menengah:

It's stupid really. But thanks to the National Islamic Students Association of Malaysia, an unheard of group, we have made it to the international media for the wrong reason.....

Perhatikan beliau gunakan perkataan "an unheard of group" atau sebuah badan yang tidak dikenali untuk mengaitkan PKPIM. Tetapi hari ini dalam ruangannya dalam THE SUNDAY STAR beliau menyebut:

The student body is hardly known today but in the 1990's it was a prominent movement with protest against so-called western hedonism and nihilism

Badan ini tidak berapa dikenali hari ini tetapi pada tahuan 1990an ia terkenal kerana menggerakkan protes terhadap apa yang dipanggil pengaruh hedonisma barat dan nihilisma (kepercayaan menafikan sebarang asas kebenaran yang objektif)

Dengan kepakaran putar-belitnya Wong telah menolak-tarik PKPIM dari sebuah badan yang "an unheard of group" kepada sebuah badan yang pernah terkenal satu ketika dahulu!
Apa pun dalam tulisannya hari ini Wong mengambil kesempatan mempersetankan terus cadangan PKPIM itu dan menganggapnya sebagai satu trend ke arah menceduk budaya Arab atas nama agama. Sejak bila pula PKPIM mencadangkan agar pakaian baju kurung yang ada ditukarkan kepada pakaian wanita Arab? Cuba baca kenyataan mereka di bawah ini:

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran agar merombak semula sistem pemakaian pelajar perempuan di sekolah rendah dan menengah. PKPIM mencadangkan agar Kementerian Pelajaran menukar baju putih sekolah kepada baju berwarna kerana ia tampak sesuai dan tidak jarang untuk dipakai oleh pelajar perempuan. Jika Kementerian Pelajaran ingin mengekalkan warna putih tersebut, PKPIM mencadangkan agar pelajar perempuan diwajibkan untuk memakai singlet dalam ataupun tudung labuh kerana ia tampak lebih kemas, selesa dan selamat.

Wong samada tidak mampu menguasai Bahasa Melayu dengan baik sehingga tersasar dari memahami pendirian dan kenyataan PKPIM itu ataupun memang beliau jenis anasir yang tidak senang dengan badan-badan dan aktivis Islam sehingga memandang hodoh apa sahaja cadangan yang datang dari mereka. Saya optimis Wong yang saya ikuti penulisan beliau sejak lebih 10 tahun lalu, ini memang jenis yang "phobic" dan membenci Islam melainkan Islam yang telah ditiup dan ditempel-tempelkan dengan nafas dan wajah liberal. Lihatlah apa yang disebut beliau dalam penutup artikelnya itu:

Common sense must prevail, just like the views of the majority. Don let anyone tell us how and what to dress.


roslan sms

Hinanya bangsa Melayu di negara Pulau Batu Putih

Hinanya bangsa Melayu di negara Pulau Batu Putih

Sementara bercerita berkenaan Singapura, baru-baru ini seorang blogger di negara pulau itu telah ditahan oleh pihak polis kerana mengirim posting berbau perkauman di blognya. Ternyata posting berbau perkauman itu menulis berkenaan kaum minoriti di Singapura iaitu orang Melayu (yang merupakan 14.9 peratus dari penduduknya).

Apa yang ditulisnya? Berikut saya petik tulisannya yang dipost di sebuah blog lain iaitu http://singabloodypore.rsfblog.org/

Terjemahkanlahnya sendiri kerana saya tidak berselera melakukannya


Gambar si Melayu Singapura ini disertakan sekali

See, to me…no matter how highly Singapore sits on the map there is still the part we cant erase… and thats the heartlanders and those gross out people in society… why cant we be like Milan where everyone is so well dressed and well-mannered??We shall not even touch on politics on Mas Salamat, which of course… if you have realised, i didnt bother talking about it, coz there are many other bloggers conversing on that.

So so so… what is this pathetic malay man (again, it have to be a MALAY!!!!) doing in the train?well, he was already in the train when i boarded and there he sat, unaffected by his surroundings, smelling like he didnt showered in years and wore some really scary dirty clothes and had a dirty muddy bag with him too, in it were empty bottles which looks used… to many, he may seem a poor man or a beggar.. but… to me.. he’s wasted !!

I mean… wassup with all the pretentious looks and actions for man….go get a job or better yet, make himself useful and learn how to start a fire using charcoal.. as it all lies in their blood…. SATAY SATAY!!!!Aiya….stupid MALAYS!!Even if you are a Malay and am reading this… good for you..coz this is my personal blog and i can say what i deem fit…. if u wana defend yourself…. i suggest you arm youself with education and a motor mouth to compete against me.. else dont bother… coz i will bet my life on the line that, should you challenge me in a conversation… you will lose like what a true malay would…. LIKE Fxxx !!!GET LOST!!

Inilah gelagat dan mentaliti pemilik baru Pulau Batu Putih!

roslan sms

Hari Jumaat- MB Nizar hadir dilima buah masjid serentak!

May 24, 2008

Cuba anda bayangkan, lima buah masjid dari mukim yang berlainan menalifon anda pada satu hari Jumaat yang sama bertanyakan :

“ Pukul berapa Yang Berhormat akan datang kemasjid kami?”

Panggilan pertama menjadikan anda tergamam tentunya kerana anda kurang pasti; mungkin anda terlupa telah berjanji kepada rakyat disitu.

Panggilan yang kedua datang dari masjid di daerah lain; juga bertanyakan pertanyaan yang serupa yang kini menyebabkan anda terfikir ; tak mungkin anda ada membuat persetujuan untuk hadir dimasjid tersebut dan anda terpinga-pinga dibuatnya.

Apabila panggilan ketiga juga dengan pertanyaan yang serupa, tentu anda berasa sesuatu yang amat pelik dan terasa sesuatu yang direncanakan oleh musuh anda.

Dan apabila menerima panggilan yang keempat , anda amat pasti, bahawa musuh anda merangka satu komplot supaya orang ramai membenci anda. Bahawa mereka telah mewarwarkan kehadiran anda di mesjid- mesjid tersebut dan orang ramai telah percaya dan amat mengharapkan ketibaan anda ketempat mereka!

Maka apabila anda gagal menyempurnakan janji terhadap mereka, sudah tentu masing-masing terasa hampa dan amat mudah sekali untuk menuduh anda seorang yang pembohong – janji tapi tidak di tepati.

Malah , sudah tentu mereka akan hilang kepercayaan terhadap anda dalam perkara-perkara lain dan seterusnya.

Panggilan yang kelima mungkin menyebabkan anda berfikir : alangkah bagusnya jika anda punyai ilmu seperti mana dizaman Nabi Allah Sulaiman ; dimana seorang yang 'alim telah dapat menjelmakan mahligai Balqis dihadapannya sebelum sempat mata berkerlip!

Betapa kalau punya kuasa sebegitu , anda pasti akan menjelmakan kelima-lima masjid tersebut dihadapan anda!

Malangnya, anda tidak punyai kuasa hebat semacam itu. Kuasa yang anda sedang miliki sekarang ini pun amat sukar mereka percayai.

Ya, mereka masih tidak percaya 6 boleh berkuasa keatas 7 dan juga 18 yang sangat bermusuhan! Malah 6 dapat mengatasi bilangan 28! Siapa boleh percaya keajaiban angka 6 ini! Angka 6 ini sangat perkasa dan amat sakti sekali hingga menyebabkan Tajol mengurungkan dirinya 3 hari 3 malam menangis dan tidak mahu bertemu wartawan ! Cumanya mereka segan mahu mengiktirafnya secara gentleman!

Ya, begitulah yang dialami oleh Dato’ Seri Ir Mohamad Nizar. walaupun beliau seorang Menteri Besar disebuah negeri bernama Perak darul Ridzuan, mereka terus menggugat kedudukannya tak sudah-sudah dengan pelbagai cara.

Hingga kini,setelah lebih 60 hari, Nizar menjadi Menteri Besar, beliau masih belum berkesempatan untuk menyampaikan khutbah dimana-mana masjid sekalipun,walaupun di kampung-kampung. Mengapa?

Kalau saya punyai kesaktian ilmu sepertimana manusia dizaman Nabi Allah Sulaiman itu,sebelum sempat mata paling sepet berkerlipan; pasti saya akan jelmakan dihadapan kita semua , tokoh yang menghalang Nizar daripada menyampaikan khutbah dimasjid-masjid!

Adakah kerana Nizar tidak bersedia menyangkutkan baju politiknya dipagar masjid?

Tiga keajaiban terjadi kepada MB Nizar

Lawatan kerja menemui rakyat di Dewan Gopeng

Disuatu hari Sabtu tanggal 17 Mei lalu; jadualnya sangat ketat dimulai dari sebelah pagi di Stadium Indra Mulia menemui rakyat , tengaharinya ke Batu Gajah dan Malim Nawar. Kemudian di Gopeng pada sebelah petangnya dan menghadiri Santapan Malam di Hotel Kasuarina meraikan pemain hoki piala Sultan Azlan Shah.Tidah habis setakad disitu, beliau berkejar pula untuk berceramah di Mini Stadium Sungai Tapah.

Pagi esoknya tentulah sepatutnya berehat bersantai bersama keluarga yang dikasihi setelah seharian bersama rakyat sebelumnya. Tetapi tidak bagi Nizar - Pagi-pagi beliau sudah terpaksa berpergian ke Kelantan kerana menyambut jemputan Tok Guru MB Besar Kelantan dan anda tentu sukar mahu percaya - jam 3 petang, beliau sudah berada semula di Stadium Indera MuliaIpoh kerana menyaksikan pertandingan akhir hoki piala alSultan !

Suku sakat Karpal pun turut hadir sewaktu ceramah di Mini Stadium Sungai Tapah untuk mendengan ucapan MB Nizar

Tetapi , sedarkah anda perkara yang paling ajaib berlaku disepanjang peristiwa tersebut?

Selain keajaiban tenaga yang ada pada Nizar, saya perhatikan ada dua lain kejadian ajai yang dapat saya saksikan sendiri.

Pertama , tidak ada ‘police escort’ - kereta yang dinaiki Nizar ikut sama bersesak-sesak dengan kenderaan lain disepanjang perjalanan!

Yang kedua , amat ajaib sekali kerana tiada liputan berita walaupun secubit tahi hidung oleh media perdana negara.

Lihat - itu adalah kereta yangdinaiki MB Nizar - sama bersesak tanpa kawalan polis,

Para pemberita media perdana tempatan releks sahaja seolah-olah Menteri Besar Perak kita ini tidur sahaja kerjanya seperti mana seorang pemimpin besar disebuah negara ; yang amat terkenal gemar tidur di khalayak ramai walau pun sedang berdiri!

Diharap pihak media perdana tempatan , ikutlah berubah sebagaimana kehendak rakyat yang ramai , yang telah memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat untuk menerajui negeri Perak ini.Media adalah jambatan yang menghubungkan antara pemerintah dengan rakyatnya; maka janganlah di runtuhkan jambatan tersebut.

alhusyen

Kerajaan Pakatan Rakyat Perak dikagumi media luar negara

Dalam pertemuannya bersama warga media negeri Perak dalam satu majlis makan malam semalam yang diadakan di di Kediaman Menteri Besar Perak, Dato Seri Ir Nizar telah turut mendedahkan tentang kunjungan 5 stesyen TV luar Negara termasuk dari Washington DC , untuk menemubual beliau kerana keunikan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak yang berjaya ditubuhkan melalui pakatan tiga parti yang berbeza sekali ideologinya.

Mereka sangat hairan dan pelik , disebalik sikap pengerusi DAP, Karpal Singh yang tidak boleh bersemuka dengan Mursyidul Am PAS , Tuan Guru Nik Aziz , namun DAP dan PAS mampu mengenepikan segala masalah dan perbezaan ideologi antara mereka untuk merealisasikan impian rakyat yang mahukan perubahan di Perak dengan mengambil alih pucuk pimpinan dari kerajaan BN yang korup.

Keunikan tersebut telah menarik minat kalangan di luar Negara untuk meneliti dan mengkaji keistimewaan kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak.

Bilakah stesyen TV tempatan kita akan turut menyedari hakikat tersebut dan menjemput Menteri Besar untuk ditemubual?



alhusyen...

PM perbodohkan rakyat Malaysia ?

Pertikaian mengenai status Pulau Batu Putih yang berlarutan selama 28 tahun akhirnya diputuskan hari ini oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di sini dengan menyerahkan kedaulatan pulau tersebut kepada Singapura.

Dalam penghakiman kira-kira sejam 45 minit itu, ICJ turut memutuskan bahawa Middle Rocks yang terletak kira-kira 0.5 batu nautika di selatan Pulau Batu Putih menjadi milik Malaysia manakala status satu lagi bentuk maritim iaitu South Ledge akan menjadi milik negara di perairan mana pulau itu terletak.

Itulah keputusan mengejutkan dan yang memeningkan kepala rakyat negara malaysia yang cintakan kedaulatan walaupun seinci tanah milik negara kita pantang jatuh ke tangan negara asing.

Namun menyedih, rasa marah dan seolah diperbodohkan oleh PM, katanya dengan mudah dengan meminta semua rakyat Malaysia terutama penduduk Johor menerima keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang memutuskan Pulau Batu Putih milik Singapura. Mudah untuk diucapkan namun pahit kenyataannya.

Realitinya Tun Dr. mahadhir (TDM) saya jangka dapat mencium lebih awal keputusan yang akan diumumkan. Oleh itu saya berpandangan keputusan beliau keluar dari UMNO beberapa hari lepas, adalah didorong atas rasa malu dan tidak bertanggung jawab dengan keputusan "bodoh" ini.

Lemah dan tidak bermayanya Pak Lah terbukti sudah dalam banyak hal, batu putih adalah bukti yang sangat jelas.

cina islam

PKPIM diserang, mana pemimpin-pemimpin Islam?

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia atau PKPIM adalah sebuah NGO yang telah ditubuhkan lebih 40 tahun dahulu. Matlamat persatuan ini antara lain adalah untuk mengembalikan pelajar-pelajar Islam Malaysia kepada idealisma Islam yang sebenar yang komprehensif sejajar dengan tuntutan al Quran dan Sunnah.

Badan ini walaupun aktif khasnya dikalangan para siswa Islam namun kadangkala oleh pelbagai sebab aktiviti, program dan kenyataan-kenyataannya tidaklah tertonjol sangat.

Baru -baru ini Pengerusi Halehwal Wanitanya (HEWI) adik Munirah Bahari telah mengeluarkan kenyataan mencadangkan agar pihak Kementerian Pelajaran menukarkar pakaian seragama pelajar perempuan di sekolah-sekolah. Kata beliau ini bagi menangani jenayah seksual yang melibatkan remaja dan hubungan seks sebelum perkahwinan dikalangan pelajar. Menurut Munirah lagi baju berwarna putih (baju kurung sekolah) yang digunakan di sekolah-sekolah sangat jarang dan menyebabkan ada daya tarikan disitu.


Lalu beliau mencadangkan jika tidak ditukar sekalipun, pelajar-pelajar berkenaan diwajibkan memakai singlet dalam atau tudung labuh yang tampak lebih kemas, selesa dan selamat.
Saya tidak nampak sebarang kecacatan atau keterlaluan dalam kenyataan adik Munirah ini mewakili PKPIM. Tambah-tambah mereka adalah NGO pelajar Islam Malaysia, oleh itu layak dan paling sesuailah mereka terbit dengan cadangan ini, soal samada cadangan ini akan dituruti atau tidak, itu soal kedua, yang penting Munirah dan PKPIM sesungguhnya berhak menyuarakan pandangan mereka.
Masalahnya, semalam saya terbaca seorang Ketua Editor akhbar berbahasa Inggeris (yang bukan Islam) dalam blognya mengkritik saranan PKPIM ini. Pertama beliau menganggap PKPIM sebagai sebuah NGO yang langsung tidak dikenali, keduanya tindakan NGO tersebut "stupid" atau bodoh dan ketiganya menganggap PKPIM sebagai jelmaan "Little Taliban" kerana mengusulkan sesuatu yang ekstrim dan melampau.

Dalam akhbar The Star hari ini, PKPIM terus menjadi gelanggang serangan pihak-pihak yang sememangnya samada tidak menghormati Islam ataupun penafsiran Islamnya menggunakan acuan ultra liberal barat yang bersandarkan logik akal semata-mata.
Sisters in Islam melalui Pengurus Programnya Norhayati Kaprawi menolak anggapan PKPIM bahawa pakaian sekolah yang ada ini menggalakkan rogol (adik Munirah sebut jenayah seksual) dan seks sebelum nikah. Kata beliau tidak cukupkah dengan pakaian baju kurung yang ada sekarang. Lalu sebagaimana yang biasa SIS lakukan (iaitu memakai aplikasi logik mengatasi syariah) Norhayati berkata, wanita Melayu yang berkabung pun menggunakan baju kurung putih, apa masalahnya (tidak pula saya tahu wanita Melayu ada kod baju untuk berkabung?). Malah tambah Norhayati, Wanita Umno pun menggunakan baju kurung putih, apa isunya (kenapa Wanita Umno pula menjadi sumber hukum?).

Manakala Pengarah Eksekutif Womens Aid Organisation (WAO) Ivy Josiah yang turut tidak bersetuju dengan saranan PKPIM itu mengatakan apa yang perlu bukannya menyemak semula polisi pakaina seragama berkenaan tetapi adalah menyemak semula tanggapan-tanggapan salah berkenaan pakaian wanita. Kata beliau kes rogol berlaku bukan kerana pakaian, ianya akibat kuasa yang si rogol rasakan ia miliki terhadap mangsanya.

Bagi saya selaku badan yang bertanggungjawab PKPIM berhak mengemaukan cadangan ini, tambah-tambah ianya tidak langsung bertentangan dengan matlamat dan perjuangan mereka. Jika ada pihak yang tidak bersetuju atas apa alasan sekalipun, janganlah mengkritik dengan menyerang dan mempersendakan Islam pula. Mengapa usaha untuk mendekati Islam dipanggil sebagai "Talibanisation"?

Saya menyeru badan-badan Islam, para alim ulamak dan ahli-ahli politik Islam dan yang semua yang berkenaan agar menyatakan sikap dan pendirian terhadap cadangan PKPIM ini. Jangan biarkan mereka bersendirian menerima serangan dari pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini. Atau apakah kita semua juga sudah lunak dan termakan dengan dakyah kumpulan berfahaman ulta liberal barat ini?

roslan sms

Kenapa Singapura Nak Sangat Pulau Batu Putih?

Oleh orangjohorlama

"



Saya pun hairan kenapa Singapura nak sangat Bulau Batu Putih ni. Sejak berlaku perebutan dengan Malaysia ni saya pun nak tau juga kat mana letaknya pulau ni yang katanya seluas 2 padang bola. Takkan la sebab Singapura nak pegi buat padang bola kat situ. Bila cari-cari rupanya kat situ letaknya Pulau Batu Putih ni. Sepintas lalu tengok kita dah tau memang strategik lokasi pulau ni dari segi perdagangan dan juga ketenteraan.

Yang hairan bin ajaibnya, pulau ni duduk dekat sangat dengan Malaysia. Ukur jarak ke Singapura lagi 2 kali ganda lagi dari Malaysia. Rasanya kalau naik sampan kayuh pun boleh sampai. Kalau Dato Malik Mydin berenang pegi balik pun takde masalah. Tapi macamana Singapura boleh dapat pulak tu? Fakta sejarah tak boleh membuktikan ke? atau penghujah-penghujah Malaysia kurang meyakinkan ke? atau ada campurtangan kuasa ghaib lain dalam perbicaraan? tiada siapa yang tahu. Hanya Allah yang mengetahui.





(Gambar Pulau Batu Putih dalam Utusan Malaysia)

Cuma kekesalan yang terpahat dihati ni, kita tidak pernah tahu yang lokasi pulau batu putih ni sebegitu. Ini aje sumber maklumat yang saya boleh dapat. Jika salah, salah la saya. Tetapi sepatutnya kerajaan memaklumkan kepada ramai tentang lokasi pulau ni. yang dipaparkan hanya gambar rumah api yang kita semua tahu rupanya. Mungkin tidak mahu menimbulkan kemarahan rakyat ramai. Tetapi dunia semakin canggih. Lambat laun rakyat akan tahu juga. Dan kesannya lebih mendalam. Harapannya, selepas ni pihak bertanggungjawab perlu buat kerja cari balik mana-mana pulau ke sempadan ke dan jaga elok-elok dari sekarang supaya tahun 2050 nanti takde pulak la pulau ke tanah air kita akan diserahkan kepada orang lain pulak.

Jangan nanti di masa akan datang tiba-tiba Singapura tuntut kata Johor atau Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) ni diorang punya sudah la. Alasan penghakiman mereka ialah semua tanah ini telah dibeli dengan hakmilik kekal semuanya. Oleh itu, mahkamah membuat kesimpulan menyerahkan Johor Bahru dan kawasan sekitarnya kepada Singapura. termasuklah Istana Sultan Johor kat tepi laut tu. Semua orang Johor Bahru diminta pindah ke tempat atau negeri lain sebab kerajaan Singapura nak buat rumah flat untuk rakyat dia. Harap-harap sultan dan bakal-bakal sultan pun baca tulisan saya ni. Kepada sesiapa yang ada email sultan johor atau Tengku Mahkota Johor (TMJ) tolong forwardkan artikel ni supaya Tuanku buat kerja sikit. Jangan asyik naik motor dengan main kuda aje.

Harap Tuanku ni pegi tanya YB-YB Johor dan menteri-menteri ni diorang buat kerja ke tak. Isu tanah ini adalah isu maruah dan kedaulatan negara. Kat Palestin sana tu orang pertahan negara dengan nyawa takkan kat Malaysia ni kita nak buat amal jariah dengan serah macam tu aje.

PKPIM cadang kerajaan rombak sistem pemakaian pelajar perempuan

May 22, 2008

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Hrkh) - Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia agar merombak semula sistem pemakaian pelajar perempuan di sekolah rendah dan menengah.

Menurut Naib Presiden HEWI, PKPIM, Munirah Bahari cadangan agar Kementerian Pelajaran membuat rombakan ke atas pakaian seragam sekolah pelajar perempuan yang berwarna putih itu demi memenuhi syariat dan tuntutan agama Islam.

Jelasnya penukaran warna baju tersebut nampak sesuai dan tidak jarang untuk dipakai oleh pelajar perempuan.

Katanyanya, PKPIM melihat konsep menutup aurat itu penting dan perlu didedahkan kepada masyarakat Islam terutama yang melibatkan muslimah. Tambahan pula pakaian yang sopan dan menutup aurat boleh mencegah dan melindungi wanita daripada berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

"Akhir-akhir ini kita sering disajikan dengan kes sosial, rogol, gangguan seksual mahupun hubungan seks sebelum perkahwinan yang melibatkan remaja wanita belasan tahun. Kebanyakan mereka terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah.

"Implikasi daripada kejadian ini maka berlakulah kelahiran bayi luar nikah, pembuangan bayi mahupun pelacuran. Isu yang melibatkan keselamatan diri remaja merupakan isu yang perlu diberikan perhatian oleh semua pihak," katanya, dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Bagaimanapun katanya, masih terdapat pihak yang memandang sambil lewa hal ini. Jelasnya, pemakaian baju sekolah berwarna putih itu sendiri mempunyai daya tarikan supaya lelaki mendekatinya.

"Pakaian merupakan cerminan akhlak seseorang muslim dan Islam sangat menitik beratkan perihal pakaian menurut Islam. Baju berwarna putih tersebut sangat jarang untuk dipakai oleh pelajar perempuan menyebabkan ada daya tarikan di situ. Lebih-lebih lagi ia akan mengganggu mata lelaki, sama ada suka melihatnya atau pun tidak.

"Di sinilah punca yang boleh kita saksikan terjadinya perkara-perkara seperti pencabulan, penzinaan dan sebagainya. Hakikatnya, kita tidak mahu perkara sebegini berlaku di negara kita," katanya.

Beliau menegaskan seharusnya remaja perempuan perlu bersifat 'assertif' terhadap sesuatu perbuatan yang mencabuli kehormatan mereka. Katanya, apa yang terjadi sekarang ialah mereka tidak tegas dan membiarkan diri mereka diperlakukan apa sahaja oleh sesiapa.

Sehubungan itu beliau mengharapkan penilaian terhadap baju sekolah pelajar perempuan perlu dilakukan oleh Kementerian Pelajaran secepat mungkin.

"Jika Kementerian Pelajaran ingin mengekalkan warna putih tersebut, PKPIM mencadangkan agar pelajar perempuan diwajibkan untuk memakai singlet dalam ataupun tudung labuh kerana ia tampak lebih kemas, selesa dan selamat. Kami mengharapkan agar Kementerian Pelajaran bertindak tegas dalam menangani isu ini," katanya.

Siapa sebenarnya "duri dalam daging"?

Saya telah ikuti laporan berkenaan keputusan saya keluar dari Umno yang disiarkan RTM 1, 8 malam, 19 Mei. Komen oleh dua pemimpin Umno amat menggelikan hati saya.

Tun Musa Hitam dakwa saya adalah 'duri dalam daging yang sekarang sudah dikeluarkan.'

Tun, apakah Tun lupa Tun jadi duri dalam daging Umno tahun 1986 - 87 dahulu? Semasa Tun jadi Timbalan Perdana Menteri [di lantik oleh saya]. Tun telah letak jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno kerana hendak saya berhenti daripada jadi Perdana Menteri dan diganti oleh Tun. Atas rayuan ahli Majlis Tertinggi, Tun kembali sebagai Timbalan Presiden Umno. Rupa-rupanya Tun masih punyai niat untuk jatuhkan saya.

Oleh itu Tun menghasut Tengku Razaleigh yang menjadi musuh ketat Tun supaya lawan saya. Demikianlah bencinya Tun kepada saya sehingga sanggup terima musuh ketat Tun bertanding Presiden, dan Tun jadi Timbalannya; Tun sebelum itu rayu supaya saya sokong Tun untuk rebut jawatan Timbalan Presiden dalam pertandingan lawan Tengku Razaleigh.

Akhirnya pecahlah Umno dan muncullah parti serpihan Semangat 46. Tetapi dengan bijaknya Tun tidak menyertainya. Tun selamat dan dilantik oleh saya sebagai perutusan bertaraf Menteri ke Bangsa-Bangsa Bersatu. Tengku Razaleigh terkeluar daripada Umno Baru dan menjadi mangsa perancangan Tun. Syabas Tun. Saya tak tahu sekarang Tun ahli Umno atau tidak.

Satu lagi pemimpin Umno ialah Shahrir Samad yang lupa bagaimana dia keluar Umno, jadi calon bebas dan lawan dengan Umno, dalam Pilihan raya Kecil dengan simbol kunci.

Siapakah kamu yang nak kritik tindakan saya? Jika tidak kerana kakak Tun Musa sebagai Ketua Wanita Johor Bahru datang pagi-pagi ke rumah saya untuk merayu supaya Dato' dibenar kembali ke pangkuan Umno, Dato' akan jadi duri dalam daging Umno lebih lama. Walaupun Dato maki hamun saya semasa pilihan raya kecil saya bersetuju Dato' masuk balik Umno.

Saya ucap tahniah kerana Dato' dapat sekali lagi jadi Menteri. Jagalah harga barang baik-baik. Tak usahlah komen tentang diri saya.

Tepuk dulang paku serpih,
Katakan orang awak yang lebih. - chedet.com

Malaysia Terlalu Bersangka Baik!

Oleh khairulfaizi

"
Sungguh ikhlas pandangan yang diberikan oleh Dr Rais Yatim terhadap sikap Malaysia sekiranya keputusan akan memihak kepada Malaysia. Singapura sudah tentunya bersetuju untuk menubuhkan jawatankuasa bersama terhadap pulau tersebut kerana sememangnya mereka telah 'menguasai' pulau tersebut sejak sekian lama.

Beberapa tahun yang lalu, Pemuda PAS Johor telah mengadakan lawatan ke lokasi berhampiran dengan Pulau Batu Putih untuk melihat sendiri bagaimana keadaannya pulau tersebut yang telah dikuasai oleh Singapura. Pulau tersebut telah dibuat dengan beberapa struktur bangunan dan diawasi dengan begitu ketat oleh Singapura.


Pulau tersebut telahpun ditawan oleh mereka dan rakyat Malaysia sememangnya tidak dibenarkan untuk menghampiri pulau tersebut.


Saya melihat bahawa bukanlah menjadi satu kesepakatan untuk sama-sama menubuhkan jawatankuasa bersama sekiranya keputusan tersebut berpihak kepada Singapura. Maksud saya, sekiranya ICJ memutuskan bahawa pulau tersebut adalah kepunyaan Singapura maka adakah jawatankuasa tersebut akan dilaksanakan untuk sama-sama mengawasi perairan dan keselamtan disekitar pulau tersebut? Sedangkan, ketika ini pun Singapura tidak membenarkan kita menghampiri pulau tersebut sedangkan ICJ masih lagi belum memutuskannya.


Bila melihat kenyataan Rais Yatim bahawa Malaysia-Singapura akan menubuhkan jawatankuasa bersama, saya teringat kepada kenyataan yang hampir serupa apabila Pak Lah mengumumkan bahawa jawatankuasa bersama dengan Singapura diwujudkan untuk membangunkan WPI ataupun sekarang ini dikenali sebagai Iskandar Malaysia.


Namun, Singapura tidak pernah pula ingin mengadakan atau mewujudkan jawatankuasa bersama apabila berlaku isu-isu yang melibatkan Malaysia-Singapura. Apakah Singapura pernah berbincang dengan kerajaan Malaysia untuk menambak laut sehingga menyempitkan laluan terutamanya di kawasan perairan berdekatan Kota Tinggi?


Malaysia sememangnya terlalu baik dengan negara jiran walaupun seringkali negara jiran 'besar kepala' dengan Malaysia. Saya bukan menyatakan bahawa kita perlu bersikap seperti mereka apabila berhadap dengan apa jua isu tetapi apa ertinya kita menang dalam kes Pulau Batu Putih sekiranya selepas daripada ini, pulau tersebut terus 'ditadbir' oleh Singapura kerana faktor-faktor rumah api atapun struktur bangunan lain yang telah dibina oleh Singapura?


Kenapa ia tidak diambil alih oleh Malaysia dan kita menguruskannya sendiri kerana ia adalah milik Malaysia? Perayalah, pergabungan jawatankuasa bersama hanya akan berlaku sekiranya Malaysia diistiharkan sebagai pemilik kepada Pulau Batu Putih tetapi ia akan berlaku sebaliknya sekiranya Singapura yang berjaya dalam kes ini. Congaknya mudah, sejak awal lagi sekiranya Singapura ikhlas untuk berkerjasama maka kes ini tidak perlu sampai ke peringkat perbicaraan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa.


Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Jalan Raja Laut, KL
22 Mei 2008, 8.05 pagi

-----------------------------------------------

Batu Putih: Malaysia-Singapura tubuh jawatankuasa bersama - Utusan Online



KUALA LUMPUR 21 Mei – Malaysia dan Singapura bersetuju menubuhkan jawatankuasa teknikal bersama bagi menangani apa sahaja isu yang berbangkit ekoran keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung tuntutan bertindih Pulau Batu Putih.



Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, jawatankuasa itu akan memastikan kepentingan bersama Malaysia dan Singapura seperti rumah api dan kawasan penangkapan ikan akan dirumus, diurus dan ditadbir mengikut lunas-lunas pentadbiran antarabangsa tanpa mengira pihak mana yang menang.



‘‘Sebagai contoh, sekiranya Malaysia menang, rumah api di pulau itu perlu ditentukan statusnya tentang siapa yang berhak menjaganya atau apakah kita akan benarkan Singapura uruskannya.



‘‘Begitu juga dengan kawasan penangkapan di pulau-pulau itu, siapa yang akan mengawasinya. Ini adalah antara yang kita lihat penting untuk ditangani.



‘‘Jadi jawatankuasa ini mustahak peranannya dan Perdana Menteri bersetuju supaya Malaysia diwakili Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Tan Sri Rastam Mohd. Isa,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.



Terdahulu Rais menyampaikan taklimat mengenai kes Pulau Batu Putih yang akan diumumkan keputusannya Jumaat ini kepada anggota-anggota Parlimen termasuk daripada parti pembangkang di bangunan Parlimen sewaktu sesi rehat tengah hari.



Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi turut hadir.



Jumaat ini, ICJ akan menentukan keputusan tuntutan bertindih Pulau Batu Putih, Middle Rocks dan South Ledge antara Malaysia dan Singapura.



Sementara itu, Rais berkata, Perdana Menteri sendiri merasakan bahawa moral untuk mendapat keputusan yang baik ada di sisi Malaysia.



Menurut Rais, ada kemungkinan ketiga-tiga pulau berkenaan diputuskan oleh ICJ bukan secara mutlak milik mana-mana negara.



‘‘Maksudnya, boleh jadi juga daripada tiga pulau yang dituntut itu dua milik Malaysia, satu milik Singapura atau sebaliknya dengan ketiga-tiganya bukan milik kita atau Singapura,” katanya.

MENANTI SINAR MALAYSIA BARU

Kita sedang menantikan perubahan besar dan baik berlaku dalam kepimpinan dan pemerintahan Malaysia. Perubahan besar dan baik ini bermaksud kita mahukan negara ini dipimpin oleh pemimpin yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat dan sistem pemerintahan yang menjamin kebajikan dan kepentingan rakyat.

Pemimpin yang hadir menjelang pasca pilihanraya ke-12 baru-baru ini memberi harapan baru kepada seluruh rakyat negara ini. Sejak lebih setengah abad negara ini dipimpin oleh mereka yang mementingkan diri dan kroni, maka kini kita harapkan kepentingan dan kebajikan rakyat rakyat akan mendapat pembelaan sebaiknya.






Kita juga sentiasa mengharapkan keadilan, ketelusan , kejujuran dan kemesraan sistem pentadbiran kerajaan. Jentera kerajaan perlu berlaku jujur dengan semua pihak. Sikap adil, jujur dan telus bukan bermaksud setiap rakyat perlu dilayan sama rata, tapi dilayan sesuai dengan kedudukan dan keadaan masing-masing.

Rakyat yang berpendapatan RM1,500 sebulan tentu perlu diberi bantuan dan layanan berbeza dengan rakyat yang berpendapatan RM15,000 sebulan. Rakyat juga perlu bersikap adil jika mahukan pemerintah bersikap adil. Contoh paling mudah adalah pendapatan RM1500 tentu dikenakan cukai lebih rendah berbanding pendatan RM15,000, manakala bantuan diberikan kepada rakyat berpendatan RM1,500 juga lebih berbanding rakyat berpendatan RM15,000.

Jelasnya, keharmonian dan kesejahteraan dalam negara perlu pemahaman dan kerjasama timbal balas antara pemerintah dan rakyat. Pemerintah perlu jujur dan menjelaskan rasional, justifikasi dan keperluan bagi setiap tndakan yang diambil. Ketelusan dan kejujuran bukan bermaksud menarik balik keistimewaan sesetengah pihak, tapi menjelaskan rasional dan keperluan keistimewaan yang diberi.

Mungkin konsep pembelaan berdasarkan kaum perlu diubahsuai kepada pembelaan berdasarkan taraf hidup. Sebagai contoh, jika sebelum ini tender kerajaan diberi berdasarkan kepentingan bumiputera, mungkin kali ini diberi berdasarkan taraf dan kedudukan kontraktor. Kontraktor kecil dan bermodal rendah mungkin boleh diberi keistimewaan tertentu untuk membantu kemajuan mereka. Sudah tentu ini lebih dihargai berbanding memandang taraf bumiputera semata-mata, sedangkan realitinya kerja di'libaba'kan dan mengundang isu kronisme dalam pemerintahan.

Begitu juga pada aspek penjualan rumah dan hak pemilikan syarikat. Jika sebelum ini kuota tertentu diberi kepada bumiputera semata-mata, kini mungkin boleh dipinda kepada memberi hak kepada koperasi yang dianggotai oleh mereka berpendapatan rendah. Mungkin konsep dan mekanisme baru perlu difikirkan, namun ia adalah relevan dengan konsep negara pada hari ini.

Ini bukan bermaksud menerima pakai Malaysia untuk Malaysia, tapi lebih kepada modifikasi Malaysia Berkebajikan. Malaysia yang mengutamakan kebajikan dan keharmonian hidup setiap rakyat, tanpa mengira asal agama, bangsa dan keturunan.
"

Mokhzani umum keluar Umno

May 21, 2008

Mokhzani umum keluar Umno
Harakahdaily
Wed | May 21, 08 | 12:01:15 pm MYT
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Hrkh) - Dato' Mokhzani Mahathir, 47, mengumumkan keluar dari Umno pagi ini, dua hari selepas bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad meninggalkan parti tersebut.

Beliau bukan sahaja aktif dalam Umno, malah pernah memegang jawatan sebagai bekas bendahari pemuda Umno.

Anak kedua bekas Perdana Menteri itu pernah disenaraikan di tangga ke-28 sebagai individu terkaya di Malaysia pada 2007 oleh majalah Forbes.

Mokhzani juga merupakan Pengerusi Litar Antarabangsa Sepang.

Sementara itu, semalam Ahli Parlimen Jerlun, Dato' Mukhriz Mahathir mendesak Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya meletakkan semua jawatan - presiden, perdana menteri dan pengerusi Barisan Nasional (BN).

Beliau membuat desakan tersebut dalam satu sidang akhbar di ibu negara lewat petang semalam.

Mukhriz bagaimanapun berkata beliau tidak akan mengikut jejak langkah bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad dan ibunya Tun Siti Hasmah Mohd Ali keluar daripada Umno.

Mukhriz yang juga exco Pemuda Umno berkata beliau akan menjelajah ke seluruh negara untuk mendesak Abdullah supaya meletakkan semua jawatan tersebut.

Beliau juga mendakwa, mendapat sokongan semua peringkat, termasuk kalangan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno. - mks.

Surat Mahathir kepada Tunku Abdul Rahman ... dulu la

Batu 6, Titi Gajah,
Alor Star,
17hb. Jun 1969

Y.T.M. Tunku,

Patek berasa dukachita kerana tujuan patek membuat kenyataan kepada akhbar telah di-salah faham oleh Y.T.M. Tunku. Sa-benar-nya tujuan patek sama-lah juga dengan tujuan Tunku, ia-itu untok menyelamatkan negara ini daripada bahaya yang menganchamkan-nya.

Pendapat-pendapat Tunku berasaskan kepada cherita-cherita yang di-bawa kepada telinga Tunku oleh orang-orang yang mengelilingi Tunku yang chuma suka mencherita kepada Tunku perkara2 yang mereka fikir Tunku suka atau patut dengar sahaja. Benarkan-lah patek bercherita berkenaan dengan keadaan, fikiran dan pendapat2 rakyat yang sa-benar-nya supaya Tunku dapat faham tujuan patek membuat kenyataan yang di-tegor itu.

Tunku biasa cherita kepada patek sendiri ia-itu Tunku mengelakkan rusohan dengan menahan hukum bunoh yang di-jatohkan kepada 11 orang subversif China. Sabenar-nya tindakan Tunku ini-lah yang mengakibatkan rusohan dan kematian yang berpuloh kali banyak yang terjadi semenjak 13 Mei.

Tunku selalu "bertolak-ansor," ia-itu memberi kepada orang2 China apa yang mereka tuntut. Punchak tolak-ansur ini ia-lah pembatalan hukum bunoh tadi. Pembatalan ini menimbulkan kemarahan yang besar oleh orang2 Melayu.

Orang2 China pula menganggap Tunku dan Kerajaan Perikatan sebagai pengechut dan lemah dan boleh di-tolak ke-sana ke-mari. Sebab itu orang2 China tidak takut lagi menolak Perikatan dan orang2 Melayu pula tidak ingin kepada Perikatan. Sebab itu orang2 China dan India membuat kurang ajar pada 12 Mei kepada orang Melayu. Kalau Tunku biasa di-ludah di-muka, di-maki dan di-tunjok kemaluan, boleh-lah Tunku faham perasaan orang Melayu.

Orang2 Melayu yang Tunku fikir tidak memberontak telah-pun menjadi gila dan mengamok sehingga mengorbankan nyawa mereka dan membunoh orang yang mereka benchi kerana Tunku terlangsong bagi muka. Tanggong-jawab tentang mati-nya orang2 ini, Islam dan kafir, terpaksa di-letak di-atas bahu pemimpin yang salah pendapat.

Patek mohon ma'af tetapi patek ingin sampaikan perasaan orang-orang Melayu kepada Y.T.M. Tunku. Sabenar-nya, orang2 Melayu sekarang, baik PAS baik Umno, betul2 benchi pada Tunku, terutama orang2 yang di-hina-kan oleh orang China dan yang kehilangan rumah-tangga, anak-pinak, saudara-mara kerana tolak ansur Tunku.

Mereka kata Tunku chuma ingin di-kenal-kan sebagai "The Happy Prime Minister" walau-pun ra'ayat menderita. Mereka tahu bahawa dalam keadaan dharurat-pun Tunku ashek bermain poker dengan kawan2 China Tunku. Budak2 polis mencherita yang Tunku mengguna-kan kenderaan dan eskot Polis untuk menchari kaki poker.

Sa-balek-nya pula orang2 China tidak ada sedikit-pun hormat kepada Tunku. Mereka berkata Tunku "naïve" dan tidak ada kaliber. Ada lagi yang mereka kata yang tak dapat patek sebut-kan. Kata2 itu datang dari semua golongan orang China, dari intelek sa-hinggga China becha.

Pada masa lewat2 ini lagi satu kesan burok telah timbul. Orang2 Melayu dalam Civil Servis, dari Perm. Sec. ka-bawah, pegawai2 tentera dan polis Melayu tidak ada lagi kepercayaan dan respect kepada Tunku. Patek tahu kebanyakan mereka sokong PAS dalam undi pos. Pegawai Melayu dari
Polis, tentera dan askar biasa maseh patoh kepada kerajaan oleh kerana arahan sekarang sesuai dengan kehendak mereka sendiri. Kalau Tunku membuat apa2 yang tidak di-ingini oleh mereka, patek perchaya mereka tidak akan menurut kata Tunku.

Patek tahu Tunku takut kominis mengambil kesempatan kalau timbul kekachauan dalam negeri. Patek lebih takut kalau kerajaan mula "lose control over the armed forces". Sa-kali ini terjadi, keadaan tidak akan puleh semula. Sampai bila-pun kerajaan civil mesti tundok kepada tentera. Tunku biasa jadi "Happy Prime Minister" tetapi orang yang akan turut ganti tak akan merasai "happiness" apa2.

Patek harap Y.T.M. Tunku jangan-lah menipu diri dengan berkata "satu hari mereka akan bershukor dengan perbuatan saya". Ta'akan yang sa-orang itu selalu betul dan yang banyak selalu salah. Patek ingin sampaikan kepada Tunku fikiran ra'ayat yang sa-benar, ia-itu masa telah lampau untuk Tunku bersara dari menjadi perdana menteri dan Ketua Umno.

Patek faham betul2 kuasa yang ada pada Tunku dan patek masih ingat nasib Aziz Ishak. Tapi patek tak akan jadi sa-orang yang bertanggong-jawab kalau patek tidak terangkan apa yang patek sebut-kan. Kalau di-penjara sa-kali-pun patek terpaksa kata apa yang patek telah kata-kan.

Patek di-beritahu ia-itu Tunku berkata patek Pakistani. Patek tidak perchaya kata2 orang kerana patek tahu Y.T.M. Tunku tidak akan berkata begitu. Patek-lah yang selalu mempertahan-kan Tunku apabila orang2 PAS kata yang Tunku anak Siam yang ta' berhak memimpin orang Melayu. Jadi Tunku juga akan mempertahan-kan patek walau-pun maseh ada dua sudu darah Pakistani dalam tubuh badan patek.

Patek sa-kali lagi mengulangkan ia-itu kenyataan yang patek buat itu ia-lah menchegah kejadian yang akan menambah perasaan benchi orang2 Melayu terhadap kerajaan dan menggalak-kan orang2 China menjatohkan lagi maruah orang2 Melayu. Rusohan yang lebeh besar akan berlaku jika ini di-
biarkan. Tentera sendiri tidak akan dapat di-kawal. Dan lagi kalau T.H. Tan dan dewan orang China boleh membuat kenyataan, kenapa ketua2 Umno tidak boleh?

Patek menulis surat ini dengan hati yang ikhlas dan harapan bahawa Y.T.M. Tunku akan bacha surat ini dengan sa-penoh-nya sendiri. Patek berdo'a ke-hadhrat Allah subhanahuwataala supaya di-buka hati Tunku untok menerima kenyataan yang sa-benar ini walau-pun pahit dan pedas.

Patek Yang Ikhlas,

(Dr. Mahather bin Muhammad)

Politik Tiga Beranak Lawan Politik Dua Beranak

HEBAT Putera Mahkota Dr Mahathir Mohamad, Mukhriz yang tidak akan mengikut jejak langkah bapanya untuk keluar daripada Umno dan terus mendesak supaya Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan. Janjinya beliau akan medesak selagi Abdullah tidak melepaskan jawatan sebelum Disember ini.

Katanya beliau juga tidak akan melepaskan kerusi Ahli Parlimen Jerlun.

Katanya juga dia akan keliling dan putar Malaysia mendesak Abdullah agar melepaskan jawatan. Katanya 20 ketua bahagian bersamanya. Katanya juga puteri dan wanita Umno bersamanya.

Orang cekap dan pintar dalam politik dapat membuat kesimpulan mudah dengan sikap Mukhriz itu. Mengapa beliau tidak keluar Umno dan semacam kontras dengan langkah bapaknya. Ada motifnya! Sebenarnya Mukhriz berbuat begitu bukan kerana politiknya tetapi atas nasihat bapaknya juga. Suara politik Mukhriz sebelum ini pun adalah air liur bapaknya.

Semacam tektik Mukhriz berbuat begitu. Dia mungkin tahu dan sedar kalau dia bertindak keluar Umno ianya tidak memberi apa-apa kesan dan untung. Malahan tindakan itu boleh memberi kesan buruk kepdanya. Begitu juga kalau beliau melepaskan kerusi Parlimen Jerlun ia satu kerugian besar. Menyebabkan suara Mahathir tidak akan sampai lagi ke Parlimen.

Sekurang-kurangnya kalau beliau terus tercokol di situ beliau dapat membawa suara bapanya ke dalam Parlimen.

Apa yang Mukhriz dan bapaknya berharap daripada tindakannya itu ialah mereka mahukan Mukhriz diambil tindakan disiplin oleh Umno. Mereka mengharapkan Mukhriz dipecat daripada Umno. Apabila Mukhriz dipecat maka simpati kepada Mahathir akan bertambah-tambah. Itulah motif di sebalik tindakan Mukhriz itu.

Mahathir sebenrnya berharap demikian apabila beliau mengkritik dan mengodam Abdullah. Namun Abdullah sedikit bijak dalam hal ini beliau tenang dan tidak mengambil apa-apa tindakan. Malahan tidak pun memberi apa-apa amaran kepada Mahathir. Inilah yang menyebabkan Mahathir jadi sakit dan resah jiwa.

Jadi apabila Abdullah atau Jawatankuasa Disiplin parti tidak mengambil apa-apa tindakan atau memecatnya maka beliau bertindak memecat dirinya sendiri. Gelagat Mahathir ini sepertilah budak yang gila hendak berkhatam apabila orang tuanya tidak layan dia bertindak memotong kemaluannya sendiri!

Sekiranya Umno tiba-tiba bertindak ke atas Mukhriz memecatanya maka apa yang diidamkan oleh mereka berdua beranak terapai. Nampaknya kisah dua beranak yang pernah ditimbulkan Zaharin Yassin dulu kini terpalit kepada Mahathir pula. Bezanya Abdullah tiga beranak (Kamaruddin dan Khairy) Mahathir hanya satu beranak bersama Mukhriz. Politik Malaysia hari ini adalah perlanwan dua beranak lawan tiga beranak. Dan kita semua adalah pengikut atau penontonnya. Saya tidak! Ha...ha....

mso

Benarkah Mahathir sahaja duri dalam daging Umno?

Benarkah Mahathir sahaja duri dalam daging Umno?

Saya pasti cerita keluarnya Tun Dr M dari Umno siang tadi akan terus dicanang dan menjadi perbualan ramai mulai pagi esok apabila kisahnya terbit di dada-dada akhbar dan terus dibincang dan dibahaskan entah sampai bila. Kalau Allahyarham Dato Onn dahulu keluar dari Umno dan kemudiannya menubuhkan parti baru, Tun pula tidak begitu. Menurut beliau tindakannya itu diambil sehinggalah Dollah melepaskan jawatannya sebagai Presiden Umno.

Bermakna beliau keluar secara protes.

Dalam erti kata lain beliau cuba mengambil jalan pintu belakang iaitu dengan memaksa Dollah melepaskan jawatannya apabila ramai dari kalangan Umno nanti menuruti jejaknya dengan keluar meninggalkan Umno "en bloc" tetapi bersyarat. Bayangkan jika para veteran Umno, ahli-ahli Umno, pimpinan cawangan-cawangan, pimpinan bahagian, ADUN, ahli parlimen Umno juga turut mengambil langkah yang sama, tidak perlulah menunggu Perhimpunan Agung Umno, belum pun masanya, Dollah nanti akan terpaksa turun lantaran tekanan tersebut.
Walaubagaimanapun jika langkah Tun itu tidak mendapat sambutan, hanya segelintir yang sudah tidak lagi berpengaruh dalam Umno sahaja yang menyahut seruannya, maka sebagaimana Dato Onn, Tun dan yang bersamanya juga akan menimpa nasib yang sama, terpinggir, layu dan mati begitu sahaja.

Apakah tindakan Tun itu ada sambutan atau tidak, dalam keadaan Umno yang tenat pasca PRU ke 12, sukar untuk kita baca, apa sahaja mungkin berlaku.

Dalam pada itu antara salah seorang pimpinan veteran yang terawal memberikan rekasi terhadap tindakan Tun itu adalah bekas Timbalan Presiden Umno dan bekas TPM, Tun Musa Hitam. Musa yang meninggalkan kabinet Tun pada tahun 1986 atas alasan tidak lagi sebulu dengan Tun menganggap bahawa tindakan Tun itu menguntungkan Umno. Ia bagaikan terkeluarnya duri dari daging Umno, kata tokoh Umno itu.

Bermakna sebelum ini Tun adalah duri yang menyiksa Umno, tindak-tanduknya merugikan Umno, membunuh Umno dari dalam, maka apabila beliau keluar, maka tercabutlah duri puaka dari tubuh Umno itu, dan mungkin Umno boleh pulih dan kembali gagah kesannya.
Soalnya adakah Tun seorang sahaja yang merupakan duri dalam daging Umno? Bagaimana dengan yang lain? Bagaimana dengan Dollah, konco dan kroni-kroninya?

Umno sesungguhnya telah parah berdarah sejak sebelum PRU ke 12 lagi bukan angkara sebatang duri yang bernama Tun semata-mata. Tubuh Umno sesungguhnya sudah rosak, ditusuk oleh pelbagai duri akibat tindak-tanduk dan keletah pimpinan dan ahli-ahlinya yang korap dan penuh dengan kepincangan. Amalan rasuah dan salah-guna kuasa sudah bagaikan duri-duri halus yang menikam tubuh Umno dari dalam sejka zaman Tun dan berterusan sehinggalah dizaman Dollah ini.

Politik wang dan membeli kuasa adalah duri-duri yang dibenamkan ke dalam daging Umno oleh ahli-ahlinya sendiri. Penyalahgunaan kuasa, moral yang longgar, kronisma, nepootisma semuanya duri-duri belaka yang bukan hanya ditanam oleh Tun tetapi ramai yang lain turut terlibat cuma mungkin skalanya belum sebesar Tun.

Dollah sendiri menghasilkan duri-durinya sendiri. Kaum keluarga dan anak-beranaknya tidak kurang turut menyumbang duri-duri berbisa ke dalam tubuh dan daging Umno. Apabila anak-menantu dan ipar Presiden Umno semuanya kaya-raya pada tahap yang laur biasa, maka mereka itu sendiri adalah duri buat Umno. Dan senerainya mungkin berjela-jela lagi menjalar dari Presiden sehinggalah ke anak-anak buahnya sampailah ke peringklat serendah cawangan semuanya duri-duri belaka.

Kerana itu kalau Musa Hitam mengatakan yang keluarnya Tun dari Umno bermakna tercabutlah juga duri dari daging Umno, beliau mungkin betul, tetapi tidak sepenuhnya. Banyak lagi duri-duri yang masih ada dan bersarang dalam tubuh Umno, silap-silap Musa juga duri. Selagi semuanya kekal di situ, maka selagi itulah Umno akan terus parah dan berdarah, mampukah ia diubati lagi?

"Jom Heboh" di Buletin Utama TV3

"Jom Heboh" di Buletin Utama TV3

Macam "Jom Heboh" Buletin Utama TV3 malam tadi dalam melaporkan isu Tun Dr Mahathir yang bertindak keluar Umno. Apa yang cuba mereka usahakan malam tadi saya percaya adalah untuk meyakinkan penonton mereka bahawa tindakan Tun itu tidak popular dan lebih merugikan Umno. Disamping mahu menobatkan Dollah Badawi sebagai pemimpin terunggul dan paling penting dalam parti itu.

Semua yang ditemuramah tidak bersetuju dengan tindakan Tun kecuali barangkali Tengku Razaleigh Hamzah yang kelihatan "dumbfounded" kagum, terperanjat tetapi terlalu berhati-hati dalam mahu memberikan reaksi.

Tetapi yang paling klasik adalah apabila TV3 berjaya memesongkan mesej yang cuba dibawa oleh ahli Parlimen Jerlun iaitu Mukhriz Tun Mahathir. TV3 yang sememangnya pakar dalam bab "cut and paste" serta puta-belit ini, telah sekadar membuat liputan kenyataan awal Mukhriz dan tidak dibahagian yang lebih sensasi. Mukhriz sekadar dilaporkan tidak akan mengikuti jejak langkah bapanya , Tun Dr Mahathir, iaitu keluar Umno, sebaliknya akan tetap setia bersama Umno.

Ini memberi persepsi seolah Mukhriz tidak bersetuju dengan bapanya. Benarkah begitu?

Sedangkan apa yang Mukriz nyatakan adalah:

Saya akan menjadi suara lantang untuk menegur segala kepincangan kepimpinan tertinggi parti. Kali ini saya akan lebih berani bersuara untuk menyuarakan isi hati saya serta rakan-rakan yang lain kerana ini mencerminkan isi hati rakyat yang mahukan perubahan besar dalam kepimpinan Umno.

Dan yang paling sensasi yang digugur atau dicampak keluar oleh TV3 malam tadi adalah apabila Mukhriz berkata:

Saya mendesak agar Abdullah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional dengan segera.

Terbukti walaupun Tun bertindak keluar Umno bagi mendesak Dollah berundur, Mukhriz pula mengambil keputusan untuk mensasarkan serangan terhadap Dollah dari dalam. Serangan luar dan dalam ini kalau berjaya akan mengakibatkan Dollah berundur awal, jika tidak akan terus memporak-perandakan Umno, dan sudah pasti TV3 sangat diperlukan oleh Dollah untuk terus "cut and paste" dan putar-belit untuk membantunya terus menongkat langit.


roslan sms

Bersua muka & beramah mesra dgn Datin Seri Fatimah - Isteri MB Perak

Oleh KuYam

"
Rabu, 7 Mei 2008, 3.00 petang – detik sejarah bagi ku, rakyat marhaen Perak Darul Ridzuan. Itulah pertama kali daku melangkah masuk ke kediaman rasmi Menteri Besar Perak, yang hanya biasa ku tinjau dari kejauhan entah berapa ribu kali sebelum ini, dalam rangka lawatan bersama-sama teman-teman yang lama dan baru, bertujuan bertemu dan mengenali isteri MB, Datin Seri Fatimah yang agak ‘low profile’, dengan lebih dekat lagi.


Ungkapan ‘mesra rakyat’, antara lainnya, sering disebut oleh MB dalam mempercirikan Kerajaan PR Perak ini. Terbukti bahawa ungkapan itu bukan omong kosong. Sebaik saja kereta kecil ku menyusur tiba di muka pintu masuk utama yang kelihatan gah itu, ia dibuka tanpa lengah dan banyak soal oleh anggota polis bertugas dengan mesra dan senyuman. Wah! Terasa dihargai. Kedatangan kami sudah dijangka dan kami dipersilakan masuk terus ke lapangan meletak kereta. Perasaan ku seperti kanak-kanak yang dilepas bebas dalam kedai permainan Toys-R-Us! Suka sekali! Satu demi satu gambar diambil buat kenangan.

Melangkah masuk ke ruang tamu, ‘kekosongan’ dan kesederhanaan kediaman rasmi itu menarik perhatian ku. Terlintas di fikiran, betapa biasanya rumah rasmi MB ni. Kemudian pemerhatianku terjawab apabila diketahui bahawa hampir semua isi rumah itu telah diangkut keluar sebelum dihuni oleh MB baru dan diganti dengan perabot-perabot asas sederhana yang ada ini. Terlintas pula fikiran lain, ‘Bukan ke ini rumah rasmi MB? Boleh ke mantan MB dan keluarganya anggap segala isi rumah itu sebagai hak peribadi dan membawanya keluar?” Pelik. Untuk bersangka baik, mungkin segala perabot dan perhiasan tu dibeli dengan wang mereka sendiri, kut.

Tidak berapa lama, Datin Seri muncul. Tinggi, berwajah tenang dan ayu, kami disapa mesra. Berwatakan simple dan lemah lembut, ibu kepada lapan cahaya mata ini mengalu-alu kedatangan kami dan majlis dimula dengan bacaan Al-Fatihah, disusuli dengan sedikit kata-kata alu-aluan oleh PAnya, Puan Hamisah. Kemudian Datin Seri mencadangkan setiap kami memperkenalkan diri masing-masing, dimulai dengan beliau sendiri. Kerendahan diri dan keikhlasan jelas tercermin di wajah dan nada suaranya. Daku tertarik. Semoga kekal begini.

Perbualan menjadi lebih rancak selepas selesai sesi ta’aruf atau suai kenal. Kesempatan ini digunakan untuk melontar berbagai-bagai idea bernas, khususnya untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti kaum wanita, di bawah naungan Datin Seri. Datin Seri sendiri mengharapkan dan menghargai sokongan dan inisiatif sedemikian. Hampir 2 jam kami dilayan mesra oleh Datin Seri yang tidak jemu-jemu melayan ‘kerenah’ kami meminta untuk bergambar dengan beliau, seorang demi seorang.

Detik manis itu masih segar di ingatan. Mungkin akan terus terpahat di situ. Daku bersyukur dan bangga mempunyai seorang MB dan isteri yang beriman, berjiwa rakyat, berperibadian luhur dan ‘cukup-cukup mesra rakyat’ (meminjam kata-kata MB).

dok manaduit??

May 18, 2008

KUALA TERENGGANU, 16 Mei: Apa sudah jadi? Siapa betul? Ke mana wang itu? Begitulah pertanyaan yang berlegar di kalangan rakyat negeri ini berhubung peruntukan daripada Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKPP) yang diterima kerajaan negeri sejak 2004.

Ini berikutan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Amirsham A Aziz semasa menjawab soalan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Permatang Pauh) pada persidangan Dewan Rakyat, 13 Mei lalu.

Katanya, dalam tempoh tiga tahun bermula 2004, Petronas telah membayar sejumlah RM26.8391 bilion sebagai royalti kepada Kerajaan Persekutuan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM13.419 bilion dibayar kepada Kerajaan Persekutuan, Terengganu (RM7.364 bilion), Sabah (1.234 bilion) dan Sarawak (4.821 bilion).

Walaupun begitu, Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, sebagaimana laporan sebuah akhbar harian Khamis lalu, berkata kerajaan negeri hanya menerima RM4.3 bilion peruntukan daripada DKPP yang dimasukkan ke dalam bajet negeri selama empat tahun sejak 2004.

Ini kerana baki RM3 bilion daripada RM7.3 bilion yang dilaporkan dibayar Petronas, tidak diterima dan tidak pernah dimasukkan dalam bajet negeri yang dibentangkan selepas Barisan Nasional (BN) memerintah semula negeri ini.

Ahmad yang juga Adun Kijal bertanya perkara itu kepada Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mazlan Ngah yang memberitahu kerajaan negeri hanya menerima RM4.3 bilion.

Menurutnya, kerajaan negeri tidak tahu ke mana perbelanjaan RM3 bilion lagi dan ada kemungkinan ia digunakan untuk membiayai kos pembinaan projek Persekutuan yang dilaksanakan di negeri ini.

Sehubungan itu, beliau akan mendapatkan maklumat lanjut berhubung baki duit royalti petroleum atau dana khas itu yang sepatutnya boleh digunakan untuk pembangunan rakyat negeri ini.

sapa penipu???? tolong jawab

Pendedahan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bahawa keputusan membatalkan penggunaan dakwat kekal pada jari pengundi dibuat oleh kabinet pada hari pembubaran Parlimen mengejutkan para peserta "Seminar Kebangsaan Pilihan Raya 2008: Demokrasi Terlaksana" di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), dekat sini, semalam.

Abdul Rashid yang dijemput memberikan ucapan pembukaan dalam seminar itu, mendedahkan perkara tersebut ketika menjawab soalan Ketua Pengarang Malaysiakini.com, Steven Gan semasa sesi soal jawab.

"Saya belum menyatakan sebelum ini bahawa yang sebenarnya terjadi ialah kabinet telah menolak cadangan kami (untuk memperkenalkan dakwat kekal) pada 13 Februari, hari parlimen dibubarkan," kata Rashid.

Menurut beliau, SPR sudah bersedia memperkenalkan kaedah yang disifatkannya sebagai 'ketinggalan' itu untuk menolak keraguan orang ramai tentang pengundian berganda.

"Kami menerima tekanan dari banyak pihak (untuk melaksanakan dakwat).

"Saya tidak menyatakan ia hanya datangnya daripada parti pembangkang tetapi juga badan bukan kerajaan (NGO) yang mendesak kami berbuat sesuatu demi menghilangkan kebimbangan akan berlaku penipuan dalam pilihan raya," ujarnya.

Atas desakan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), sebuah badan yang menggabungkan parti-parti politik dan puluhan NGO negara, SPR bersetuju melaksanakan salah satu daripada tiga tuntutan utama Bersih tetapi membatalkannya empat hari menjelang hari pengundian atas alasan 'keselamatan'.

Pengumuman mengenainya dibuat Rashid dalam satu sidang akhbar yang turut dihadiri Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail, empat hari sebelum hari pengundian.

Menurut sumber, kira-kira RM2.9 juta dibelanjakan untuk membeli 48,000 botol dakwat tidak mudah padam dari India.

Menjelas lebih lanjut, Rashid berkata, kabinet telah diberitahu wujudnya usaha penyokong PAS di Kelantan yang membeli dakwat kekal dari Thailand untuk memperdayakan orang-orang tua di kampung-kampung.

"Saya dimaklumkan bahawa PAS di pantai timur membeli dakwat dari Thailand. Kemudian Umno mendapat tahu (mengenainya) dan Umno juga membeli dakwat tersebut," katanya.

Sehubungan itu, jelas beliau, keputusan membatalkan penggunaan dakwat kekal itu dibuat bagi mengelakkan keadaan huru-hara pada hari pengundian ekoran tindakan sabotaj pihak-pihak terbabit.

Rashid juga mendakwa penggunaan dakwat kekal bertentangan dengan Artikel 119 Perlembagaan berhubung hak setiap rakyat untuk mengundi.

Sementara itu Bernama melaporkan kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa keputusan supaya membatalkan penggunaan dakwat khas dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu bukan satu arahan, sebaliknya pandangan kerajaan kepada SPR.

Perdana Menteri berkata, walaupun pada dasarnya keputusan itu dibuat oleh kerajaan, namun ia disampaikan dalam bentuk pandangan dan keputusan akhir tetap tertakluk kepada budi bicara SPR selaku suruhanjaya yang menggerakkan perjalanan pilihan raya di negara ini.

"Memang perkara itu menjadi tajuk yang dibincangkan dalam Kabinet sebab kita ada beberapa maklumat berkaitan perkara ini, antaranya ada pihak-pihak tertentu yang telahpun membeli dakwat ini walaupun mereka tidak ada kuasa untuk membelinya.

"Dan kita mencurigai bahawa dakwat itu akan digunakan dengan cara-cara yang boleh mengelirukan dan menimbulkan keadaan yang boleh menyulitkan, boleh membawa masalah kepada proses pengundian yang berlaku pada hari itu," katanya.

"Pilihan raya sudah berjalan dengan baik, keputusan sudah diumumkan dan semua pihak dah menerima, jadi apa lagi yang hendak dijadikan isu," katanya.

Dewan Rakyat, 6 Mei lalu diberitahu polis tidak menemui sebarang bukti terdapatnya individu yang membawa masuk dakwat penanda kuku dari Thailand untuk digunakan dalam PRU-12.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar memberitahu, polis telah membuka tiga kertas siasatan di bawah Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan berikutan laporan kononnya dakwat itu telah dibawa masuk oleh beberapa individu dari Thailand.

"Polis telah menemubual pengadu serta saksi-saksi, didapati tiada sebarang bukti menunjukkan dakwat tersebut dibawa dari Thailand," jelasnya dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen Batu Gajah, Fong Poh Kuan

harakah daily

Semasa

Hiburan

Sukan

 

© Copyright Kerabu Bersuara 2007 -2013 | Design by Kerabu Bersuara | Published by Kerabu Bersuara Group | Powered by Blogger.com.