News Update :

Politik

Kenyataan

Agama

Dunia

PAS sokong pembentukan kerajaan baru - Timbalan Presiden

September 29, 2008

BACHOK, 28 Sept (Hrkh) - Biar pun tarikh peralihan kuasa pada 16 September sudah berlalu, namun PAS tetap terus menyokong usaha ke arah pembentukan kerajaan baru.
Iklan





Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa bagaimanapun berkata, sokongan PAS itu dengan syarat Islam menjadi dominan dalam struktur pembentukan kerajaan baru.
"Sebaliknya kita tidak akan teragak-agak untuk tidak menyertai mana-mana pihak dalam usaha menubuh kerajaan baru sekiranya ia tidak menguntungkan Islam," katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada penduduk miskin di sini semalam.
Beliau yang juga anggota parlimen Bachok berkata, PAS boleh berkawan dengan sesiapa sahaja, namun dalam hal-hal berkaitan Islam dan umatnya, parti itu tidak akan berkompromi.
Sempena majlis tersebut Nasharudin menyampaikan bantuan Hari Raya kepada 60 penduduk miskin.
Sementara itu dalam perkembangan lain, Kompleks Pendidikan Islam (KPI) Bachok memerlukan sumbangan orang ramai bagi menyiapkan bangunan tersebut yang dianggar bernilai RM2.5 juta.
Bangunan tersebut kini sudah 85 siap yang melibatkan perbelanjaan lebih RM1 juta.
Pada program itu juga Dewan Muslimat PAS Bachok menyampaikan sumbangan derma sebanyak RM1,000 kepada tabung pembinaan kompleks tersebut.
Sehubungan itu, orang ramai dipelawa menderma bagi menyiapkan pembinaan bangunan terbabit. Maklumat lanjut boleh hubungi Setiausaha PAS Bachok, Haji Huzaimi Che Hussin di talian 019 981 6362 atau pengarah projek Zainuddin Salleh (019 9387495).

Pertempuran Abdullah-Najib Mac ini?

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Hrkh) - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dijangka akan mempertahankan jawatannya sebagai Presiden Umno dalam pemilihan parti itu Mac 2009 akan datang.
Iklan





Bagi membolehkan beliau mendapat pencalonan yang mencukupi, ketua-ketua bahagian yang tidak memihak kepadanya dilaporkan akan dimenangi hati mereka dengan pemberian ?pangkat dan darjat?, bekas Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Ruhanie Ahmad mendedahkan perkara itu dalam blognya, kuda-kepang.blogspot.com.
Mengambilkira kemungkinan itu, beliau membangkitkan, jika Abdullah memperolehi pencalonan secukupnya untuk mempertahankan kerusi Presiden Umno, bagaimanakah pendirian timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak?
"Jika Najib juga menerima pencalonan secukupnya bagi kerusi Presiden Umno, adakah beliau sedia untuk menandingi Abdullah? Apakah reaksi para penyokong Najib yang kini bertungkus lumus berusaha mendapatkan pencalonan jawatan tertinggi ini sekarang?" tanya beliau.
Ruhanie menjangka, keputusan ini sama ada Abdullah akan bertanding atau tidak akan diumumkannya sebelum atau pada 9 Oktober ini.
"Abdullah mengambil keputusan ini setelah para pegawai dan orang-orangnya mengaudit jumlah pencalonan yang boleh beliau perolehi daripada bahagian-bahagian Umno di seluruh negara," katanya.
Daripada tinjauan rambang, kata beliau, menerusi ?pujuk rayu yang kreatif dan pelbagai cara?, beberapa pemerhati politik berpendapat, Abdullah boleh memperolehi jumlah kuota yang diperlukan untuk membolehkan beliau mempertahankan jawatannya.
Perdana Menteri memerlukan sekurang-kurangnya 58 pencalonan untuk mempertahankan jawatannya.
Contohnya, Abdullah dijangka memperolehi sekurang-kurangnya 4 pencalonan daripada Johor, 2 daripada Melaka, 6 daripada Negeri Sembilan, 4 daripada Selangor, 4 daripada Perak, 12 daripada Pulau Pinang, 3 daripada Kedah, 5 daripada Kelantan, 2 daripada Terengganu, 3 daripada Pahang, 5 daripada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan serta 10 daripada Sabah, kata bekas Setiausaha Politik Tun Musa Hitam itu.
"Ramai pemerhati politik berpendapat, jika para pegawai dan orang-orang Abdullah berusaha secara ?pujuk rayu yang kreatif dan pelbagai cara? jumlah 60 pencalonan di atas mungkin boleh dimaksimakan mungkin hingga sekurang-kurangnya 65 pencalonan.
"Untuk memaksimumkan jumlah pencalonan ini, para pegawai dan orang-orang Abdullah dijangka mensasarkan tumpuan mereka kepada para perwakilan cawangan ke bahagian-bahagian," kata Ruhanie.
Lantaran itu, katanya lagi, Abdullah sedang didesak oleh "inner circle"nya untuk berikhtiar merobah keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno pada 26 September lalu supaya persidangan perwakilan bahagian-bahagian Umno mulai 9 Oktober ini juga ditangguhkan ke Januari atau Februari 2009.
Beliau menjangkakan asas kukuh yang akan digunakan untuk menangguhkan persidangan perwakilan bahagian ini ialah untuk mengelakkan tempoh berkempen yang terlalu panjang bagi seluruh calon yang bertanding dalam pemilihan parti di peringkat pusat ? MT, Pergerakan Wanita Umno, Pergerakan Pemuda Umno dan Puteri Umno.
Beliau mendedahkan tujuan sebenar cadangan penangguhan persidangan perwakilan bahagian itu adalah untuk memudahkan orang-orang Abdullah memenangi hati dan sokongan perwakilan cawangan-cawangan yang akan memilih calon-calon pucuk pimpinan tertinggi Umno dalam perwakilan bahagian masing-masing.
Bagaimanapun, rancangan itu kelihatan sukar untuk dilaksanakan apabila Ruhanie membangkitkan adakah MT akan bersetuju dengan usaha merobah keputusannya?
"Mungkinkah Abdullah akan diberika muka untuk berbuat demikian? Atau, mungkinkah MT akan bertegas mempertahankan seluruh keputusannya baru-baru ini tanpa sebarang perubahan?" tanya beliau._

mungkin esok pak lah letak jawatan?

September 26, 2008

MESYUARAT KHAS MT UMNO ESOK PENUH SPEKULASI MENGENAI KEDUDUKAN ABDULLAH…


Majlis Tertinggi (MT) UMNO akan mengadakan satu mesyuarat khas di Ibupejabat UMNO, di Kuala Lumpur, mulai 10.00 pagi esok, 26 September 2008, dipercayai untuk membincangkan beberapa agenda penting membabitkan formula peralihan kuasa daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Maklumat di atas disahkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi satu berita Bernama di Kuala Lumpur hari ini. Bagaimanapun Najib tidak menghuraikan agenda bagi nesyuarat berkenaan.

Sumber-sumber UMNO menjangka terdapat tiga kemungkinan utama yang menyebabkan mesyuarat khas itu diadakan.

Pertama, untuk membincangkan cadangan Abdullah supaya persidangan perwakilan bahagian-bahagian UMNO mulai 10 Oktober 2008 ini ditunda kepada satu tarikh yang akan dipersetujui oleh MT. Ini bermakna Perhimpunan Agung UMNO (PAU) pada Disember 2008 ini juga kemungkinan besar akan ditunda.

Cadangan ini dipercayai adalah antara perkara yang diputuskan oleh sekumpulan ketua perhubungan UMNO negeri yang bermesyuarat dengan Abdullah di Seri Perdana, Putrajaya, daripada jam 1.00 hingga 3.00 pagi, dua tiga hari yang lalu.

Kedua, mesyuarat khas MT ini diadakan mungkin bagi membolehkan Abdullah mengumumkan kepada MT akan cadangannya untuk mengundurkan diri daripada UMNO dalam tempoh terdekat.

Jika perkara dibincangkan, Abdullah dijangka menyatakan persetujuannya mengundurkan diri sebagai Presiden UMNO tetapi mahu terus jadi Perdana Menteri sehingga suatu tempoh tertentu.

Ketiga, jika kedua-dua kemungkinan di atas tidak dibincangkan, Abdullah dijangka menyampaikan hasratnya untuk mempertahankan jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan parti tahun ini.

Jika agenda inilah yang dibincangkan maka persidangan perwakilan bahagian-bahagian dan PAU Disember ini mungkin tidak akan ditunda.

Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini ditanya oleh media akan ura-ura penundaan perwakilan bahagian dan PAU.

Menurut Utusan Malaysia, Mahyuddin menegaskan, beliau tidak pasti sama ada PAU yang dijadualkan Disember ini akan ditunda ke tahun depan.

“Saya tidak begitu tahu tentang cadangan (tunda) itu, tetapi yang jelasnya, ini satu perkara penting. Jadi saya tak dapat nak komen pada masa ini,” katanya.

Apa pun, kesahihan seluruh spekulasi di atas akan diketahui esok. Kita nantilah dengan doa dan harapan semoga sesuatu yang positif demi agama, bangsa dan tanahair akan diputuskan dalam mesyuarat khas MT itu. KEPADA ALLAH BERSERAH! – Ruhanie Ahmad

Beza kerajaan tipu Rakyat Malaysia = RM 2.45 - RM 1.71 = RM 0.74 per liter.

Adakah itu(RM0.10) sahaja yang layak bagi rakyat sebagai angpow raya?

Adakah itu(RM0.10) sahaja yang layak bagi rakyat sebagai angpow raya?Sedangkan kita layak untuk mendapat kadar harga asal,Sudahlah rakyat kini terbeban dengan kadar inflasi tertinggi sebanyak 8.5 sepanjang 26 tahun ini- Hatta Ramli

Turun RM0.10 sen amat tidak memadai, rakyat kecewa dengan BN

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Hrkh) - Meskipun ramai yang beranggapan tindakan kerajaan menurunkan harga minyak sebanyak RM0.10 selepas mesyuarat kabinet pada 24 September lalu merupakan bukti keprihatinan kerajaan ianya masih tidak meringankan beban rakyat.

Bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramli berkata dengan kadar harga minyak dunia sekarang, kerajaan sebenarnya mampu menurunkan harga minyak pada kadar yang asal.

“Adakah itu(RM0.10) sahaja yang layak bagi rakyat sebagai angpow raya?” katanya kepada Harakahdaily.

“Sedangkan kita layak untuk mendapat kadar harga asal,”

Beliau yang juga ahli parlimen Kuala Krai melahirkan kekecewaan dengan prestasi yang ditunjukkan oleh Menteri Kewangan yang baru dilantik, Dato’ Seri Najib Razak.

“Menteri baru pun tidak yakin untuk memberikan sesuatu yang lebih kepada rakyat.

“Sudahlah rakyat kini terbeban dengan kadar inflasi tertinggi sebanyak 8.5 sepanjang 26 tahun ini,” ujarnya.

Jelasnya, apa yang sedang berlaku sekaligus menggambarkan kegagalan kerajaan dalam menguruskan ekonomi negara.

Bahkan menurutnya, dalam kiraan tertentu mengenai hal ini menunjukkan bahawa rakyat pula yang perlu menanggung subsidi minyak bagi pihak kerajaan.

“Apa pun saya tetap mencadangkan agar kerajaan mengembalikan harga asal minyak,”

Penurunan minyak semalam adalah merupakan kali kedua selepas kali pertama dengan kadar RM0.15 menjadikan jumlah setakat ini adalah RM.25 dengan kadar harga semasa minyak dunia pada tahap USD92 setong.

Sesetengah pihak mengandaikan contoh formula yang kerajaan gunakan untuk menaikan harga minyak semasa harga minyak dunia melambung ke USD 146 setong.

Persoalan yang dibangkitkan sekarang adalah, apakah alasan yang diberikan kerajaan untuk tidak menggunakan formula yang sama apabila minyak kini berharga kurang USD 92.7 setong.

Mengikut formula kerajaan ketika menaikkan harga minyak :

Harga Minyak Global 1 Tong = USD 92.70 (bersamaan dengan RM 319.82)
1 Tong bersamaan dengan 159 liter
Nilai Ringgit sekarang berbanding Dolar = RM 3.45
Harga satu liter > RM 319.82 / 159 liter = RM 2.01

Subsidi kerajaan = RM 0.30
Harga sepatutnya > RM 2.01 - RM 0.30 = RM 1.71 (harga sepatutnya)
Harga sekarang = RM 2.45 sen

Beza kerajaan tipu Rakyat Malaysia = RM 2.45 - RM 1.71 = RM 0.74 per liter.

http://www.harakahdaily.net

semalam hamid sound orang...sekarang padan muka hamid

Kenyataannya (Syed Hamid) yang meminta saya tidak campur tangan dalam urusan orang ramai adalah seperti meminta saya dan 270 kakitangan di Biro Pengaduan Awam supaya tutup kedai.

Kenyataannya (Syed Hamid) yang meminta saya tidak campur tangan dalam urusan orang ramai adalah seperti meminta saya dan 270 kakitangan di Biro Pengaduan Awam supaya tutup kedai- Murugiah

Murugiah jawab Syed Hamid: ‘Ini urusan saya’

KLANG: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, T. Murugiah hari ini mempertahankan tindakannya berhubung isu makanan bagi tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Menjawab kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar semalam yang meminta beliau supaya tidak campur tangan dalam urusan kementeriannya, Murugiah berkata, beliau terkejut mendengar komen sedemikian daripada seorang menteri yang senior.

Kata Murugiah, beliau hanya melakukan tugasnya iaitu menerima aduan dan menyelesaikan masalah.

“Kenyataannya (Syed Hamid) yang meminta saya tidak campur tangan dalam urusan orang ramai adalah seperti meminta saya dan 270 kakitangan di Biro Pengaduan Awam supaya tutup kedai.

“Biro menerima kira-kira 180 aduan tentang setiap kementerian daripada Januari hingga Ogos dan bagaimana saya boleh lakukan tugas saya jika saya tidak boleh ‘campur tangan’ dalam kementerian lain,” soal beliau.

“Biro Pengaduan Awam berada di atas semua kementerian lain apabila tiba hal mengendalikan aduan,” katanya selepas melawat SJK (T) Batu Ampat di Jalan Kota Raya, di sini hari ini.

Syed Hamid semalam berkata, Murugiah tidak sepatutnya mencampuri urusan kementerian lain.

Katanya, tindakan Murugiah bercakap bagi pihak Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berhubung aduan yang beliau tidak dihidangkan makanan yang sesuai ketika ditahan di bawah ISA adalah seperti menjadi “jurucakap kepada pembangkang.”

Murugiah berkata, Syed Hamid sepatutnya bercakap terus berhubung hal itu kepadanya dan bukan memberi komen kepada terbuka.

“Saya cuba melakukan sesuatu yang baik untuk orang ramai, melayan setiap orang dengan adil tanpa mengira sama ada aduan itu daripada kerajaan, pembangkang atau orang awam.

“Sebagai menteri yang baru, saya akan selalu menerima dengan hati terbuka jika beliau (Syed Hamid) mahu membimbing saya atau menunjukkan saya cara terbaik dalam menjalankan tugas saya,” katanya.

Ini adalah kali kedua Syed Hamid meminta rakan-rakan sekerjanya dalam Barisan Nasional (BN) supaya tidak campur tangan dalam urusan kementeriannya.

Awal bulan lalu, beliau mengkritik pemimpin-pemimpin BN yang mempertikaikan keputusannya menahan tiga orang awam di bawah ISA termasuk Teresa.

http://www1.mstar.com.my

patutkah rakyat diperbodohkan sekali lagi?

kjhgfhgj
Bila harga minyak dunia turun ke paras normal … diorang pun buat perangai. Dia turun kan sikit sikit. 2 kali turun, rakyat cuma dapat RM0.25/liter. Apa punya mengkarung diorang ni.

Kalau lembu boleh pakai Tali leher … mungkin boleh jadi menteri

Ketika nak naikkan harga minyak …dia lonjak ke angka maksima dalam sejarah sehingga hampir RM0.70 se liter. Bila mangkuk mangkuk kerajaan buat cam ni, maka peniaga pun naikkan harga barangan dan caj perkhidmatan secara mendadak. Maklumlah … kerana melatahnya menteri yang sambol samdol ni … semua orang ikut panik.

Bila harga minyak dunia turun ke paras normal … diorang pun buat perangai. Dia turun kan sikit sikit. 2 kali turun, rakyat cuma dapat RM0.25/liter. Apa punya mengkarung diorang ni.

Pastu plak … ada pulak menteri yang merayu peniaga macam bapok siam ni. dia pun minta peniaga turunkan harga barang … korang baca ni.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mustapa Mohamed berkata bahawa jika dahulu mereka alasan terpaksa menaikkan harga barangan disebabkan kenaikan harga minyak tetapi kali ini mereka perlu pula menurunkan harganya.

“Kos pengangkutan tidak lagi begitu membebankan dan sewajarnya harga barangan yang mereka jual itu perlulah turun juga,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan surau baru Kolej Komuniti Jeli dan menyertai majlis berbuka puasa di sini malam tadi.

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan harga petrol dan diesel turun 10 sen mulai hari ini iaitu masing-masing kepada RM2.45 dan RM2.40 seliter. - - Bernama

Permintaan tak serius ni sekadar nak bagi tau dia concern tentang masalah pengguna, kononnya ….

Kalau otak menteri asas tani mentalitinya macam tumbuhan pertanian … alamak negara hancus jadinya. Bila wartawan tanya …diorang pun nak bagi komen. Tapi tak tau komen … dia main belasah. Dia suruh peniaga turunkan harga mengikut penurunan harga minyak yang sekupang sekupang tu. Siapa yang nak ikut cakap menteri macam sayur ni? Kaedah tak beri, pemantauan tak buat. Elehhhh …sekadar manis di mulut je la.

Ada akai pikir la…Yang kena akhirnya …masih lagi rakyat dan pengguna. Peniaga untung kerana ada sekelompok menteri yang otaknya tidak lebih dan tidak kurang dari haiwan yang diorang dok bela.

Aku rasa kalau lembu di pakaikan baju dan tali leher … mungkin boleh jadi menteri kot?

http://umnomore.blogspot.com

Majoriti Islam Dalam Kerajaan Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR, 25 Sept: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa majoriti ahli parlimen Islam dan bumiputera tetap akan dipertahankan sekiranya Pakatan Rakyat dapat membentuk kerajaan baru kelak.

"Saya berikan ketegasan bahawa majoriti ahli parlimen Muslim dan bumiputera itu dapat dipertahankan.

"Pakatan rakyat termasuk DAP menerima kenyataan ini. Tidak jadi masalah sama sekali," kata Anwar dalam satu sidang media di luar Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum ini Di Marang, Terengganu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu bersedia untuk mengubah kerajaan dengan syarat kerajaan yang lebih baik daripada yang sedia ada.

PAS juga, katanya meletakkan syarat supaya kerajaan baru itu dikuasai Islam.

“Pertama, PAS meletakkan syarat kerajaan itu dikuasai oleh Islam. Jika Islam tidak majoriti, perubahan itu tidak akan disertai oleh PAS. PAS akan tarik diri terang-terang jika tidak majoriti Islam.

“Kedua, kerajaan itu mesti sebuah kerajaan yang kukuh dan bukan kerajaan yang lemah. Dan kerajaan kukuh mestilah oleh wakil-wakil rakyat yang konsisten (istiqamah) dan bukan yang penakut. Terang-terang kita sebut, jika wakil rakyat itu penakut, bagaimana hendak buat perubahan. Perubahan itu sementara sahaja,” ujarnya.

Siasah difahamkan, semasa pertemuan tiga penjuru antara Anwar, Abdul Hadi dan Mursyidul Am, Datuk Nik Andul Aziz Nik Mat di Kota Bharu, syarat majoriti Islam itu juga diberikan kepada Anwar oleh Abdul Hadi.

Dalam pertemuan itu, Anwar dikatakan telah memberikan penerangan tentang kaedah pembentukan kerajaan baru yang akan dibuat oleh beliau dan rakan-rakan Pakatan di Kuala Lumpur.

-SIASAH

hamid sound lagi

September 25, 2008

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar menyifatkan tindakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, T. Murugiah yang seolah-olah menjadi jurucakap pembangkang dan mencampuri urusan kementerian lain adalah tidak betul.

"Apa yang beliau lakukan adalah tidak betul, saya harap beliau tahu apa tugas beliau.

"Jangan masuk campur hal orang lain... itu bukan kerja dia (Murugiah).

"Kalau ada apa-apa sila bawa (kemukakan) kepada Perdana Menteri," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa dengan kakitangan Jabatan Imigresen dan anak yatim di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Murugiah pada Isnin lepas yang mengarahkan pegawai Biro Pengaduan Awam (BPA) mendapatkan maklumat terperinci mengenai menu dan peruntukan makanan bagi seseorang tahanan dalam lokap dalam sehari.

Sebelum itu, Murugiah mengadakan pertemuan dengan anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teresa Kok berhubung dakwaan Exco itu yang hanya diberikan dua biji telur rebus, timun dan kuah semasa ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). BPA terletak di bawah tanggungjawab Murugiah.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Noraini Ahmad berkata, isu makanan ketika ditahan di bawah ISA yang dibangkitkan oleh Teresa bertujuan untuk menyalahkan kerajaan dan meraih simpati masyarakat.

Ketua Puteri Umno itu berkata, sebenarnya perkara remeh itu tidak perlu dibangkitkan dan Teresa perlu insaf di samping berhenti memainkan isu berkenaan.

Katanya, kekuatan dan kesejahteraan serta perpaduan antara kaum adalah perkara yang lebih penting yang perlu dipelihara, daripada membuat kenyataan sedemikian.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri dan Anugerah Sri Cemerlang Kelab Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), di Masjid Salahuddin Al Ayubi Taman Melati, Kuala Lumpur. BERNAMA

lim guan eng punya celita

Mungkinkah Lim Guan Eng Lebih Layak !!!

Seorang kawan yang berasal dari Pulau Pinang bercerita kepadaku tentang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Beliau menyatakan, banyak cerita-cerita menarik yang berlaku pada Lim Guan Eng, menyebabkan Lim Guan Eng kini merupakan Ketua Menteri yang disayangi oleh rakyat, sama ada dari kalangan Melayu, Cina mahupun India.

Antara cerita-cerita itu adalah seperti berikut;

CERITA SATU

Diceritakan, Lim Guan Eng sudah ditawarkan untuk mendapat "Dato' Seri", tetapi ditolak mentah-mentah oleh beliau dengan alasan, beliau mahu jadi macam Omar Abdul Aziz. Memandangkan gelaran Dato' Seri itu tidak diterima oleh beliau, menyebabkan beliau mencadangkan gelaran itu diberikan kepada Wan Azizah yang ketika itu ahli Parlimen Permatang Pauh.

CERITA DUA

Begitu juga, Penanti yang merupakan DUN Timbalan Menterinya dilihat seperti kurang diambil perhatian oleh Fairus. Beliau mengetahui masalah rakyat di DUN Penanti, menyebabkan beliau telah bertindak turun padang bersama isterinya dengan menaiki kereta Estimanya yang dipandunya sendiri.

Apabila ada sebilangan rakyat Penanti bertanya tentang Fairus, beliau hanya menjawab bahawa Fairus sibuk di Kuala Lumpur, walaupun pada masa itu, Fairus memang ada di Pulau Pinang pun.

CERITA TIGA

Juga, ketika beliau turun di salah satu Parlimen (tidak perlu disebut parlimen mana) yang didakwa kononnya rakyat di sana agak marah dengan YB mereka disebabkan kurang turun padang berjumpa rakyat.

Beliau telah turun di sana tanpa memaklumkan kepada sesiapa pun. Setelah keletihan berjalan mengelilingi Parlimen tersebut, beliau berehat di sebuah kedai makan melayu untuk minum teh. Sedang minum, dua orang suami isteri yang agak tua telah terperasan Lim Guan Eng, tetapi tidak menyangka bahawa ianya adalah Lim Guan Eng.

Mak Cik itu berkata kepada Lim Guan Eng, bahawa mukanya macam Lim Guan Eng, ketua Menteri Pulau Pinang. Sambil tersenyum Lim Guan Eng berkata, bahawa namanya memang Lim Guan Eng pun.

Tanpa disedari lagi, Mak cik itu berkata lagi bahawa tak sangka dalam Pulau Pinang ini, ada manusia yang mukanya serupa Lim Guan Eng dan namanya pun serupa.

Lim Guan Eng ambil kad pengenalannya, dan memberikan kepada mak cik itu, dan tunjuk mukanya, kemudian menyebut bahawa dia memang Ketua Menteri Pulau Pinang.

Mak cik dan pak Cik itu terkejut, kerana tidak disangka-sangka bahawa manusia yang mereka jumpa itu adalah Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang, yang kehadiran beliau di kedai makan itu tanpa disedari oleh mana-mana orang pun, demi melihat masalah rakyat di Pulau Pinang.

CERITA EMPAT

Diceritakan juga, Lim Guan Eng pada awal perlantikan beliau menjadi Ketua Menteri, orang-orang melayu agak tidak melayan beliau dikala beliau turun padang. Memandangkan keadaan ini berlaku, menyebabkan beliau mengarahkan segala jabatan-jabatan dalam kerajaan negeri agar turun berjumpa dengan rakyat bawahan, untuk mendengar masalah rakyat, seperti masalah kemiskinan, masalah tanah tidak bergeran dan sebagainya.

Apabila segala jabatan-jabatan ini turun, menyebabkan ramailah rakyat yang turun untuk memberi aduan kepada mereka.

Dalam majlis itu, beliau berucap dan menyatakan bahawa, beliau adalah Ketua Menteri Pulau Pinang sekarang, kalau rakyat benci kepada beliau, boleh ditukar dalam pilihanraya akan datang. Tetapi sekarang, rakyat terpaksa terima beliau sebagai Ketua Menteri. Dan kini, kedatangan beliau adalah untuk mendengar masalah rakyat, dan beliau akan berusaha segala kemampuan yang boleh untuk menyelesaikan masalah rakyat disitu.

CERITA LIMA

Dalam pemerintahan di Pulau Pinang, beliau agak memanjakan orang Melayu berbanding bangsa dia sendiri.

Ini dapat dibuktikan dengan tindakan beliau berjumpa dengan masyarakat Melayu, dan menyatakan bahawa beliau mahu hidupkan balik sekolah agama rakyat di Pulau Pinang, tetapi dalam masa yang sama, beliau mahu hidupkan sekolah untuk orang cina dan India. Kalau orang Melayu tidak izinkan beliau bangunkan sekolah untuk orang Cina dan India, maka sekolah agama rakyat pun dia tak mahu majukan.

CERITA ENAM

Dulu Mat Sabu ada bercerita bahawa beliau pergi berjumpa dengan Lim Guan Eng di Pulau Pinang. Asal pertemuan hendak dibuat di kediaman Rasmi ketua Menteri, tetapi di tolak Lim Guan Eng. Kemudian Lim Guan Eng mencadangkan agar pertemuan itu dibuat di salah sebuah kedai mamak di Pulau Pinang, tetapi di tolak oleh Mat Sabu. Yang akhirnya, pertemuan itu berlaku di rumahnya yang asal, iaitu di rumah kediamannya sebelum dia menjadi Ketua Menteri lagi.

Dalam pertemuan itu, Mat Sabu menyebut bahawa Lim Guan Eng semuanya sudah bagus, mengikut ciri-ciri pemerintahan Omar bin Abdul Aziz, cumanya beliau agak kekurangan disebabkan beliau tidak masuk Islam lagi.

Mendengar kata-kata Mat Sabu itu, Lim Guan Eng menyebut, "tunggu ayah saya mati dulu".

PENUTUP

Cerita-cerita Lim Guan Eng ini, mengingatkanku kepada kejadian yang berlaku pada ayahku sendiri, yang ketika itu aku baru darjah empat.

Ayahku seorang bilal surau ketika itu, tetapi masih lagi "bermazhab UMNO". Setelah selesai azan, beliau melihat seorang tua sedang menunaikan solat sunat, yang mukanya seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Ayahku tidak menyangka demikian, kerana kedatangan beliau pada ketika itu dengan berpakaian jubah, berserban dan menaiki kereta biasa sahaja.

Setelah solat fardu ditunaikan, ayahku bertanya kepada orang tua itu, bahawa mukanya macam Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Orang tua itu terus berkata, memang dia adalah Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan.

Mendengar itu, ayahku terus cium tangan Tuan Guru Nik Aziz, dan kini Alhamdulillah, ayahku bukan lagi orang UMNO (melayu harbi) lagi, tetapi seorang berkeahlian PAS.

Keadaan ini amat sama berlaku pada Lim Guan Eng, yang kini Ketua Menteri Pulau Pinang.

Kalau kita hadiri ceramah pada 15 september di Stadium Kelana Jaya baru-baru ini, kita akan dapat lihat perbezaan antara pemimpin-pemimpin parti berucap pada malam itu.

Yang peliknya, Lim Guan Eng seorang sahaja yang menyebut bahawa "kita mahu kerajaan yang bertawakkal kepada Tuhan dan kerajaan yang melaksanakan Amar Ma'ruf, Nahi Mungkar".

Melihat kepada karisma Lim Guan Eng, padaku, kalau Lim Guan Eng masuk Islam, orang yang lebih layak Menjadi Perdana Menteri bukan Anwar Ibrahim tetapi Lim Guan Eng, itu pun kemungkinan ketika itu nama beliau adalah "Muhammad Lim Guan Eng".

Sekian, Wallahu 'Alam


Sumber : Al-Bakistani

yb nizar....tolong ambik tindakan segera!!!!!

Ini adalah laporan Utusan Malaysia semalam.

“Seorang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang pernah ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) bersama Exco Kerajaan Negeri Perak berhubung satu kes rasuah baru-baru ini mengaku membuat hubungan seks dengan seorang wanita China.

Fairul Azrim Ismail, 30, bagaimanapun mendakwa dia telah diperangkap oleh BPR dan seorang individu yang dikenali sebagai Mohamad Imran Abdullah.”

Dan ini pulak yang aku tulis dalam blog aku.

Perancangan bermua kia-kira sebulan lalu, dengan bantuan BPR Putrajaya. Seorang ejen bPR telah dihantar untuk memulakan operasi. Ejen yang bernama Imran ini dibekalkan dengan sebuah Mercedes S320 bewarna hitam, dan berlagak sebagai seorang tokoh korporat Kuala Lumpur .

Ramai orang dah warning pasai Imran ni..tapi hangpa kelabu mata. Nampak Amoi cun, bini kat rumah pun lupa.

Dalam Utusan lagi,

“Fairul Azrim mengaku melakukan seks dengan wanita itu tetapi mendakwa dia tidak pernah meminta rasuah atau habuan seks.”

Dan ini pula yang aku tulis dalam Konspirasi BPR-BN Perak.

“Kerana Fairuz Azrim adalah informer kepada Imran, yang memberikan maklumat tentang pergerakan Usaili dan Osman.”

Dalam permohonan untuk menilai semula perintah tahanan reman terhadap Osman, Usaili, Roslan, Zul dan Azrim dimahkamah tinggi petang tadi, seperti dijangka, BPR telah membebaskan Azrim!”

Bila aku tulis, ramai yang kata aku bohong…

Memang betui la.. Azrim bukan ada jawatan dalam kerajaan, nak bagi dia rasuah buat apa? Tapi yang dia terlibat dalam kumpulan ni pasai apa? Pasai apa dia pun sama nak pulun perempuan China tu?

Azrim mengaku dia rembat perempuan tu…tapi pasai apa BPR lepas dia? Pasai apa BPR tak tuduh dia bersama-sama dengan orang lain?

Dalam laporan itu juga, Azrim berkata, pada 14 Ogos lalu, semasa dalam perjalanan ke Permatang Pauh, Pulau Pinang, dia bersama rakannya Zul Hassan dan Ruslan Sahat telah singgah di Hentian Rehat dan Rawat Kuala Kangsar untuk bertemu dengan Mohamad Imran yang membawa bersama tiga wanita yang dikatakan berasal dari China.

Mohamad Imran kemudian membawa mereka pergi ke Batu Feringghi, Pulau Pinang dan menginap di Tingkat 4, Sri Sayang Apartment.”

Yang ni hangpa kata perangkap? Kalau niat hangpa dah memang nak ratah betina China tu, memang patut kena cekup. Aku mintak kalau boleh JAIP tokok lagi. Orang lain dok tidoq kat bilik Gerakan, hangpa tidoq kat hotel, siap dengan hidangan ayam tak dak bulu…Ptuih!

“Fairul yang dilepaskan oleh BPR dengan ikat jamin pada 21 Ogos lalu turut meminta JAIP menyiasat dan mengambil tindakan ke atas orang tertentu yang telah memfitnah, menghina dan menganiayanya.”

Sapa dia yang buat fitnah dan menghina? hang pun dah mengaku pi pulun betina tu..nak suruh JAIP siasat orang lain pulak? Sepatutnya, JAIP pi dakwa depa ni kerana berzina. Tambah sekole lagi…baru ada akai.

Mohamad Imran telah menganjur dan menggalakkan saya berbuat maksiat dengan membekalkan seorang wanita China,” ujarnya.

Hang pi ikut dia pasai apa? Ada sorang drebar teksi dah bagi warning, Imran tu ejen BPR, hangpa tak mau dengaq! Gatai sangat pasai apa? Tak dak bini ka?

“Ditanya sama ada dia turut melakukan hubungan seks, Zul berkata: “Tidak mengaku tidak boleh, dia (BPR) ada gambar.”

Katanya, dakwaan BPR bahawa dia dan dua rakannya meminta perempuan China daripada Mohamad Imran adalah tidak benar.”

Ni lagi sekoq. Mintak atau tidak ..tak penting. Yang pasti, hangpa terima. BPR tuduh hangpa mintak atau menerima? Nanti depa bawa keluar MP3, baru hangpa tau!

“Kita tak minta, tak cari, Mohamad Imran yang hantar. Serupa juga kalau orang bagi sedekah, awak tak terima ke sedekah itu?’’ ujarnya.

Ptuih! Hoi…kalau orang bagi beras, pasai hang tak makan tiga hari…memang patut hang terima. Tapi yang ni hang tak tau ka dosa pahala? Akai letak kat mana?

Yang ni aku mintak Nizar ambil tindakan segera. Buat malu saja. Kalau Nizar takut nak ambil tindakan, Nizar pun aku hayun. Buat macam Tan Sri Khalid, dia tak peduli orang dia ka..pemimpin negeri ka…dia hayun.

Turut mengiringi mereka berdua ialah Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin yang juga Ahli Parlimen Ampang dan bekas ADUN Bota, Kapten (B) Usaili Alias.

Zuraida pi ikut pasai apa? Nak sokong benda macam ni? Pi jaga Parlimen Ampang lagi baguih daripada dok escort tiga orang ni. Bagi Usaili sorang yang escort.. percaya sangat kat orang Umno. Bila Usaili jadi ADUN tahun 99, Zul ni tukang pulun. Tahun 2004, Zul pi sokong Umno, Usaili kalah. Bila PR menang kat Perak…Usaili pi ambil balik orang macam ni..Orang yang gantung bendera, tampai poster..buat tak tau.

Ciak beh liao!

-PerakExpress

mesti pak lah cakap laporan ini 'gila' lagi

September 24, 2008

Kadar inflasi tertinggi dalam masa 27 tahun
Sep 24, 08 7:50pm
Kadar inflasi telah melonjak ke paras 8.5 peratus pada bulan Ogos - yang tertinggi dalam tempoh 27 tahun - ekoran peningkatan harga makanan dan bahanapi, demikian menurut angka rasmi yang dikeluarkan hari ini.

"Ianya tinggi sedikit daripada yang dijangkakan, tetapi Bank Negara tidak akan menaikkan kadar faedah untuk memastikan pertumbuhan," kata Wan Suhaimi Saidi, ahli ekonomi dari Kenanga Investment Bank.

"Ianya tinggi sedikit daripada jangkaan saya. Saya jangka 8.4 peratus. Saya tidak fikir kerajaan akan menaikkan kadar faedah penting. Ia akan dikekalkan pada kadar 3.50 peratus sehingga akhir tahun untuk menyokong pertumbuhan," katanya kepada AFP.

Jabatan Perangkaan telah menyemak semula dengan menurunkan angka inflasi bagi bulan Julai kepada 8.3 peratus. Ia sebelum ini meletakkan kadarnya pada 8.5 peratus.

Menurutnya, kos makanan dan minuman bukan alkohol meningkat 11.7 peratus dalam bulan Ogos, berbanding dengan setahun yang lalu. Kadar inflasi yang tinggi sudahpun menjejaskan pengguna dan mendorong ramai rakyat Malaysia mengurangkan perbelanjaan mereka bagi makanan.

"Peningkatan (kadar inflasi bagi bulan Ogos) ditunjukkan dalam kumpulan-kumpulan terpilih utama, iaitu makanan dan minuman bukan alkohol," katanya dalam satu kenyataan.

Data bulan Ogos menunjukkan peningkatan harga bagi kebanyakan kategori, termasuk pengangkutan yang melonjak 21.8 peratus, dan restoran dan hotel yang meningkat 6.5 peratus.

Kerajaan telah menaikkan harga minyak sebanyak 41 peratus dalam bulan Jun, sebagai langkah untuk mengurangkan peningkatan kos subsidi, tetapi telah membayangkan bahawa kadar harga boleh diturunkan tidak lama lagi.

Inflasi kekal tinggi


Selepas mengumumkan Indeks Harga Pengguna (CPI) bagi bulan Ogos, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, beliau tidak menjangka CPI bagi bulan September akan lebih rendah.

"Walaupun, kesan sepenuhnya pengurangan harga petrol dalam bulan Ogos dan sekarang belum diambilkira sepenuhnya,
CPI bagi bulan September mungkin tidak lebih rendah.

"Harga petrol yang rendah dijangka dijangka akan diimbangi oleh peningkatan perbelanjaan semasa cuti hari raya dan 30 surcaj bagi pengangkutan awam," kata Shahrir.

Bagaimanapun, beliau tidak menjangka CPI telahpun sampai ke paras puncaknya.

Shahrir berkata, kadar inflasi nampak telah stabil ekoran peningkatan bulan ke bulan hanya 0.2 peratus.

Bagaimanapun, kadar purata inflasi bagi tahun ini dijangka di sekitar 4.8 peratus.

Melayunet da mohon maaf......

Author Message
Melayunet
Kapten
Kapten


Joined: Apr 28, 2008
Posts: 4059
Location: USSR/Soviet Nuclear Force

PostPosted: Wed Sep 24, 2008 3:08 pm Post subject: Permohonan maaf dari Melayunet Reply with quote

Dengan ini, saya ingin memohon kepada warga TKO mengenai tread di bawah

http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=33196

I responded that due to provocation.Walaupun saya tak kenan Nik Aziz, takde niat aku nak hentam dia sampai begitu sekali.

Begitu juga terhadap chedet. Masing masing berwibawa dalam bidang masing. Di akui Oleh Nik Aziz sendiri.

Bulan puasa, saya nak tambah sengketa,walaupun saya ni jenis controversial figure di sini.Samaada korang terima atau tidak,terpulang.I did my part.Harap saudara semutmalaysia can do the same

Case closed!.
Back to top
View user's profile Send private message

tahniah pak lah...anda memang terbilang

Malaysia corruption Index from year to year:

1995: 23rd placing (no record how many countries surveyed)
2001: 36th (surveying 91 countries, recording an average score of 5)
2002: 34th (surveying 102 countries, recording an average score of 5)
2003: 37th position (survey covering 133 countries, scored 5.2 out of 10)
2004: 39th position (survey covering 146 countries, scored 5 out of 10)
2005: 39th out of 158 countries surveyed. Scored 5.1 out of 10
2006: 44th out of 163 countries surveyed. Scored 5 out of 10
2007: 43rd out of 179 countries surveyed. Scored 5.1 out of 10
2008: 47th out of 180 countries surveyed. Scored 5.1 out of 10
Tak percaya kejayaan Pak Lah depa memerangi rasuah? Ca tengok gambaq di sebelah. Tersenyum lebaq, tergelak besaq dia. Selamat, aman, makmur!

MCPX
Tak percaya kejayaan Pak Lah depa memerangi rasuah? Jangan la macam tu. Kalau Pak Lah depa tak berjiwa besar dan sanggup mengurangkan kadar jenayah secara drastik, meningkatkan usaha memerangi rasuah, menyokong pembaharuan dalam sistem kehakiman serta memastikan bilangan tempat ibadat yang adil kepada semua agama, takkan la nak muzakarah atau muqabalah dengan dia. Pak Lah depa dah membuktikan kesungguhannya.

Tak percaya kejayaan Pak Lah depa memerangi rasuah? Laa... jangan la macam tu. Ca tengok di bawah, Israel pun kalah dengan Malaysia. Tak percaya jugak? Tengok di bawah ni (laporan asal di sini):

2008 CORRUPTION PERCEPTIONS INDEX

country
rank

country

2008 CPI
score

surveys
used

confidence range

1

Denmark

9,3

6

9.1 - 9.4

1

New Zealand

9,3

6

9.2 - 9.5

1

Sweden

9,3

6

9.2 - 9.4

4

Singapore

9,2

9

9.0 - 9.3

5

Finland

9,0

6

8.4 - 9.4

5

Switzerland

9,0

6

8.7 - 9.2

7

Iceland

8,9

5

8.1 - 9.4

7

Netherlands

8,9

6

8.5 - 9.1

9

Australia

8,7

8

8.2 - 9.1

9

Canada

8,7

6

8.4 - 9.1

11

Luxembourg

8,3

6

7.8 - 8.8

12

Austria

8,1

6

7.6 - 8.6

12

Hong Kong

8,1

8

7.5 - 8.6

14

Germany

7,9

6

7.5 - 8.2

14

Norway

7,9

6

7.5 - 8.3

16

Ireland

7,7

6

7.5 - 7.9

16

United Kingdom

7,7

6

7.2 - 8.1

18

Belgium

7,3

6

7.2 - 7.4

18

Japan

7,3

8

7.0 - 7.6

18

USA

7,3

8

6.7 - 7.7

21

Saint Lucia

7,1

3

6.6 - 7.3

22

Barbados

7,0

4

6.5 - 7.3

23

Chile

6,9

7

6.5 - 7.2

23

France

6,9

6

6.5 - 7.3

23

Uruguay

6,9

5

6.5 - 7.2

26

Slovenia

6,7

8

6.5 - 7.0

27

Estonia

6,6

8

6.2 - 6.9

28

Qatar

6,5

4

5.6 - 7.0

28

Saint Vincent and the
Grenadines

6,5

3

4.7 - 7.3

28

Spain

6,5

6

5.7 - 6.9

31

Cyprus

6,4

3

5.9 - 6.8

32

Portugal

6,1

6

5.6 - 6.7

33

Dominica

6,0

3

4.7 - 6.8

33

Israel

6,0

6

5.6 - 6.3

35

United Arab Emirates

5,9

5

4.8 - 6.8

36

Botswana

5,8

6

5.2 - 6.4

36

Malta

5,8

4

5.3 - 6.3

36

Puerto Rico

5,8

4

5.0 - 6.6

39

Taiwan

5,7

9

5.4 - 6.0

40

South Korea

5,6

9

5.1 - 6.3

41

Mauritius

5,5

5

4.9 - 6.4

41

Oman

5,5

5

4.5 - 6.4

43

Bahrain

5,4

5

4.3 - 5.9

43

Macao

5,4

4

3.9 - 6.2

45

Bhutan

5,2

5

4.5 - 5.9

45

Czech Republic

5,2

8

4.8 - 5.9

47

Cape Verde

5,1

3

3.4 - 5.6

47

Costa Rica

5,1

5

4.8 - 5.3

47

Hungary

5,1

8

4.8 - 5.4

47

Jordan

5,1

7

4.0 - 6.2

47

Malaysia

5,1

9

4.5 - 5.7

52

Latvia

5,0

6

4.8 - 5.2

52

Slovakia

5,0

8

4.5 - 5.3

54

South Africa

4,9

8

4.5 - 5.1

55

Italy

4,8

6

4.0 - 5.5

55

Seychelles

4,8

4

3.7 - 5.9

57

Greece

4,7

6

4.2 - 5.0

58

Lithuania

4,6

8

4.1 - 5.2

58

Poland

4,6

8

4.0 - 5.2

58

Turkey

4,6

7

4.1 - 5.1

61

Namibia

4,5

6

3.8 - 5.1

62

Croatia

4,4

8

4.0 - 4.8

62

Samoa

4,4

3

3.4 - 4.8

62

Tunisia

4,4

6

3.5 - 5.5

65

Cuba

4,3

4

3.6 - 4.8

65

Kuwait

4,3

5

3.3 - 5.2

67

El Salvador

3,9

5

3.2 - 4.5

67

Georgia

3,9

7

3.2 - 4.6

67

Ghana

3,9

6

3.4 - 4.5

70

Colombia

3,8

7

3.3 - 4.5

70

Romania

3,8

8

3.4 - 4.2

72

Bulgaria

3,6

8

3.0 - 4.3

72

China

3,6

9

3.1 - 4.3

72

Macedonia (Former Yugoslav Republic of)

3,6

6

2.9 - 4.3

72

Mexico

3,6

7

3.4 - 3.9

72

Peru

3,6

6

3.4 - 4.1

72

Suriname

3,6

4

3.3 - 4.0

72

Swaziland

3,6

4

2.9 - 4.3

72

Trinidad and Tobago

3,6

4

3.1 - 4.0

80

Brazil

3,5

7

3.2 - 4.0

80

Burkina Faso

3,5

7

2.9 - 4.2

80

Morocco

3,5

6

3.0 - 4.0

80

Saudi Arabia

3,5

5

3.0 - 3.9

80

Thailand

3,5

9

3.0 - 3.9

85

Albania

3,4

5

3.3 - 3.4

85

India

3,4

10

3.2 - 3.6

85

Madagascar

3,4

7

2.8 - 4.0

85

Montenegro

3,4

5

2-5 - 4.0

85

Panama

3,4

5

2.8 - 3.7

85

Senegal

3,4

7

2.9 - 4.0

85

Serbia

3,4

6

3.0 - 4.0

92

Algeria

3,2

6

2.9 - 3.4

92

Bosnia and Herzegovina

3,2

7

2.9 - 3.5

92

Lesotho

3,2

5

2.3 - 3.8

92

Sri Lanka

3,2

7

2.9 - 3.5

96

Benin

3,1

6

2.8 - 3.4

96

Gabon

3,1

4

2.8 - 3.3

96

Guatemala

3,1

5

2.3 - 4.0

96

Jamaica

3,1

5

2.8 - 3.3

96

Kiribati

3,1

3

2.5 - 3.4

96

Mali

3,1

6

2.8 - 3.3

102

Bolivia

3.0

6

2.8 - 3.2

102

Djibouti

3,0

4

2.2 - 3.3

102

Dominican Republic

3,0

5

2.7 - 3.2

102

Lebanon

3,0

4

2.2 - 3.6

102

Mongolia

3,0

7

2.6 - 3.3

102

Rwanda

3,0

5

2.7 - 3.2

102

Tanzania

3,0

7

2.5 - 3.3

109

Argentina

2,9

7

2.5 - 3.3

109

Armenia

2,9

7

2.6 - 3.1

109

Belize

2,9

3

1.8 - 3.7

109

Moldova

2,9

7

2.4 - 3.7

109

Solomon Islands

2,9

3

2.5 - 3.2

109

Vanuatu

2,9

3

2.5 - 3.2

115

Egypt

2,8

6

2.4 - 3.2

115

Malawi

2,8

6

2.4 - 3.1

115

Maldives

2,8

4

1.7 - 4.3

115

Mauritania

2,8

7

2.2 - 3.7

115

Niger

2,8

6

2.4 - 3.0

115

Zambia

2,8

7

2.5 - 3.0

121

Nepal

2,7

6

2.4 - 3.0

121

Nigeria

2,7

7

2.3 - 3.0

121

Sao Tome and Principe

2,7

3

2.1 - 3.1

121

Togo

2,7

6

1.9 - 3.7

121

Viet Nam

2,7

9

2.4 - 3.1

126

Eritrea

2,6

5

1.7 - 3.6

126

Ethiopia

2,6

7

2.2 - 2.9

126

Guyana

2,6

4

2.4 - 2.7

126

Honduras

2,6

6

2.3 - 2.9

126

Indonesia

2,6

10

2.3 - 2.9

126

Libya

2,6

5

2.2 - 3.0

126

Mozambique

2,6

7

2.4 - 2.9

126

Uganda

2,6

7

2.2 - 3.0

134

Comoros

2,5

3

1.9 - 3.0

134

Nicaragua

2,5

6

2.2 - 2.7

134

Pakistan

2,5

7

2.0 - 2.8

134

Ukraine

2,5

8

2.2 - 2.8

138

Liberia

2,4

4

1.8 - 2.8

138

Paraguay

2,4

5

2.0 - 2.7

138

Tonga

2,4

3

1.9 - 2.6

141

Cameroon

2,3

7

2.0 - 2.7

141

Iran

2,3

4

1.9 - 2.5

141

Philippines

2,3

9

2.1 - 2.5

141

Yemen

2,3

5

1.9 - 2.8

145

Kazakhstan

2,2

6

1.8 - 2.7

145

Timor-Leste

2,2

4

1.8 - 2.5

147

Bangladesh

2,1

7

1.7 - 2.4

147

Kenya

2,1

7

1.9 - 2.4

147

Russia

2,1

8

1.9 - 2.5

147

Syria

2,1

5

1.6 - 2.4

151

Belarus

2,0

5

1.6 - 2.5

151

Central African Republic

2,0

5

1.9 - 2.2

151

Côte d´Ivoire

2,0

6

1.7 - 2.5

151

Ecuador

2,0

5

1.8 - 2.2

151

Laos

2,0

6

1.6 - 2.3

151

Papua New Guinea

2,0

6

1.6 - 2.3

151

Taijikistan

2,0

8

1.7 - 2.3

158

Angola

1,9

6

1.5 - 2.2

158

Azerbaijan

1,9

8

1.7 - 2.1

158

Burundi

1,9

6

1.5 - 2.3

158

Congo, Republic

1,9

6

1.8 - 2.0

158

Gambia

1,9

5

1.5 - 2.4

158

Guinea-Bissau

1,9

3

1.8 - 2.0

158

Sierra Leone

1,9

5

1.8 - 2.0

158

Venezuela

1,9

7

1.8 - 2.0

166

Cambodia

1,8

7

1.7 - 1.9

166

Kyrgyzstan

1,8

7

1.7 - 1.9

166

Turkmenistan

1,8

5

1.5 - 2.2

166

Uzbekistan

1,8

8

1.5 - 2.2

166

Zimbabwe

1,8

7

1.5 - 2.1

171

Congo, Democratic Republic

1,7

6

1.6 - 1.9

171

Equatorial Guinea

1,7

4

1.5 - 1.8

173

Chad

1,6

6

1.5 - 1.7

173

Guinea

1,6

6

1.3 - 1.9

173

Sudan

1,6

6

1.5 - 1.7

176

Afghanistan

1,5

4

1.1 - 1.6

177

Haiti

1,4

4

1.1 - 1.7

178

Iraq

1,3

4

1.1 - 1.6

178

Myanmar

1,3

4

1.0 - 1.5

180

Somalia

1,0

4

0.5 - 1.4

ada orang hina tok guru dalam forum tko...Melayunet..sapa kenal dia?

Melayunet
Kapten
Kapten


Joined: Apr 28, 2008
Posts: 4058
Location: USSR/Soviet Nuclear Force

Melayunet wrote: Kenapa bangkai yang nak jadi mb sampai mampus ni di gelar tok guru. Harap kemutmalaysia boleh jelaskan



mamat ni telah hina tok guru nik aziz....
dengan ini aku isytihar perang dengan menatang
Melayunet....
baik hang minta maaf secara terbuka kepada tok guru dan pengikut pas.

aku bagi masa 24jam supaya hang minta maaf dan tarik balik komen ni


http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=33196



Isteri Pengerusi Gerakan Pulau Pinang pula disamun

GEORGETOWN: Isteri Pengerusi Gerakan Pulau Pinang disamun dua lelaki yang menaiki motosikal di pekarangan rumahnya di Jalan Tunku Abdul Rahman di sini, malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 malam ketika Chan Lee Lee, 48, baru pulang daripada menghantar anak mereka di sebuah pusat tuisyen berhampiran rumah mereka.

“Semasa isteri saya sedang memandu masuk ke pekarangan rumah, tiba-tiba seorang lelaki turut meluru masuk ketika pintu pagar sedang terbuka,” kata Datuk Teng Hock Nan ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau mendakwa lelaki terbabit bertindak memecahkan cermin kiri kereta dengan seketul batu dan mengambil beg tangan yang mengandungi sejumlah wang tunai, telefon bimbit, dokumen pengenalan diri dan beberapa dokumen lain sebelum melarikan diri dengan sebuah motosikal bersama rakannya yang menunggu di luar pagar rumah.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob, berkata siasatan awal polis mendapati kejadian itu tidak mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan isteri bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Tambun, Thor Joo Lee, 44, semalam.

“Siasatan lanjut sedang dilakukan dan polis akan meningkatkan rondaan di kawasan yang kerap berlaku jenayah,” katanya.

Mengenai kes pembunuhan Thor, Ayub berkata pihaknya telah mendapat beberapa maklumat yang dijangka dapat membantu polis mengenal pasti dan menjejaki mereka yang terlibat.

“Kes itu serius dan kita akan cuba selesaikan secepat mungkin. Kami juga sudah lihat CCTV di kedai minyak milik mereka, bagaimanapun tiada apa-apa yang mencurigakan,” katanya yang enggan mengulas lanjut maklumat yang diperolehnya itu.

Dalam kejadian jam 11.40 malam semalam, Thor mati selepas ditikam di pekarangan rumahnya selepas pulang dari stesen minyak miliknya di Simpang Ampat, dekat sini.

Mengenai rompakan enam jongkong emas bernilai lebih RM800,000 di tempat meletak kereta Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas Ahad lalu, Ayub berkata polis telah memanggil beberapa saksi kejadian bagi membantu siasatan. - Bernama

mahathir kata pak lah rasuah?BPR hang wat pa?

SHAHIDAN PENASIHAT NCER

Laporan Utusan Malaysia semalam (Sept 23, 2008) amat menggembirakan saya. Sahabat saya Dato Seri Shahidan Kassim, Menteri Besar Perlis yang gagal menjadi Menteri Besar walaupun Perlis di antara negeri yang menang dalam pilihanraya 2008 telah dilantik oleh YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia untuk menjadi penasihat dan pembantu beliau dalam mencapai visi serta misi Wilayah Ekonomi Koridor Utara.

Orang yang busuk hati mungkin menyangka perlantikan ini adalah sebagai cara untuk Abdullah mendapat sokongan ahli Majlis Tertinggi ini supaya dia tidak sokong tuntutan beberapa ahli lain supaya Abdullah berhenti sebelum mesyuarat bahagian.

Kalau saya tidak salah apabila sahaja tokoh tertinggi parti UMNO ternampak mungkin akan menimbul masalah kepada Abdullah, tokoh berkenaan akan dilantik ke jawatan tertentu atau jika tidak ada jawatan dilantik sebagai penasihat kepada YAB Perdana Menteri. Yang bernasib baik akan diberi taraf Menteri. Selepas itu senyap sunyi.

Apakah ini satu jenis rasuah, wallahua'lam.

Dengan begitu banyak penasihat amat menghairankan kenapa tidakan Perdana Menteri Abdullah tidak begitu bijak. Mungkinkah ini disebabkan adanya penasihat bertaraf Menteri pun tetapi tidak ada suara. Ikatan kekeluargaan antara penasihat dan yang dinasihati mungkin lebih utama daripada yang tidak ada ikatan kekeluargaan, wallahua'lam.

p/s Saya juga ucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman yang dilantik sebagai Pengerusi Felcra.

Adalah dijangka ramai lagi yang akan dilantik ke jawatan-jawatan tertentu atau jawatan yang diwujudkan khusus.

Yang belum sokong sila percepatkan sokongan. Masih banyak jawatan yang kosong atau dicipta khusus.

TERKINI...BN=10SEN PR=70SEN...MANA PILIHAN ANDA

BN dijangka akan menurunkan harga minyak sebanyak 10 sen dalam jangkamasa terdekat ini. Klik disini.

Sementara Pakatan Rakyat menerusi Ketuanya Anwar Ibrahim memberitahu bahawa minyak akan diturunkan sebanyak 70 sen sehari selepas mengambil alih kuasa kerajaan persekutuan.

Yang mana satu menjadi pilihan anda?

celaka hang...turun 10sen buat pa?LATEST! Fuel price expected to be cut by another 10sen

INSIDEPIX1
KUALA LUMPUR, WED

THE price of fuel is expected to be cut by another 10 sen, a source told the NST today. The announcement was expected to be made this afternoon.

On Aug 22, the pump price of petrol was reduced to RM2.55 from RM2.70 per litre (RON 97) and diesel to RM2.50 from RM2.58 per litre.



The government had announced on Aug 1 that pump prices would be adjusted according to world crude oil prices on the first day of each month, starting Sept 1.


A minimum subsidy of 30 sen a litre and a ceiling price of RM2.70 a litre for petrol had been fixed until at least the end of the year.



The government had cut crippling fuel subsidies on June 5, resulting in the petrol price rising from RM1.92 to RM2.70 per litre.

ni berita paling bangang aku dengar..woi menteri bangang....hang memang makan duit haram rakyat tak pe........rakyat nak makan hasil bumi punya susah..malang aku ada PM dan TPM tak da otak.....

Semasa

Hiburan

Sukan

 

© Copyright Kerabu Bersuara 2007 -2013 | Design by Kerabu Bersuara | Published by Kerabu Bersuara Group | Powered by Blogger.com.