News Update :

Politik

Kenyataan

Agama

Dunia

apabila menteri kewangan yang bangang!~malaysiakini

October 26, 2008

Harga Minyak dunia dah turun tapi najib kata beri masa sikit kepada kerajaan untuk membuat keputusan

Najib kata harga minyak malaysia akan ikut Harga Minyak dunia ,tapi harga minyak dunia dah lama turun .sap-sap najib kata beri masa sikit kepada kerajaan untuk membuat keputusan... pening-pening... yang mana satu betul, merapu dah agaknya.

Kalau Betul-Betul Kerajaan Nak jaga Kebajikan Rakyat, Turunkan Segera Harga Minyak.. Jangan Dok Merapu Dengan Alasan-Alasan Bodoh…

Harga Petrol Dan Diesel Akan Ikut Harga Pasaran Dunia - Najib

PEKAN, 25 Okt (Bernama) — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membayangkan bahawa kerajaan akan menurunkan lagi harga petrol dan diesel akhir bulan ini berikutan trend penurunan harga minyak dunia ketika ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kabinet menyerahkan kepada exco Majlis Ekonomi yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk membuat keputusan berhubung harga baru itu.

“Tunggulah, kita dah janji bahawa kalau harga minyak dunia turun, maka harga minyak petrol dan diesel tempatan akan melambangkan harga pasaran minyak yang sebenarnya.

“Bagilah sedikit masa untuk kerajaan membuat keputusan, kabinet telah memberi mandat kepada exco Majlis Ekonomi yang dipengerusikan Perdana Menteri untuk membuat keputusan sekiranya harga minyak dunia semakin menurun, maka minyak tempatanpun akan turun,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada bakal haji kawasan Parlimen Pekan, di kediamannya di sini.

Ditanya sama ada kerajaan mungkin mengumumkan harga baru petrol dan diesel pada 30 Okt atau 1 Nov ini seperti kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad semalam, Najib berkata: “Tak bolehlah bagi tahu, tapi biasanya tak lama kita akan buat keputusan…lebih kurang begitulah (tarikh umumkan harga baru itu), tertakluk bila mesyuarat (Majlis Ekonomi) nanti” kata Najib.

Harga minyak dipam turun tiga kali sejak Ogos lepas iaitu pada 23 Ogos, 24 Sept dan kali terakhir 15 Okt. Harga petrol Ron97 turun dari RM2.70 seliter kepada RM2.55, RM2.45 dan RM2.30 manakala petrol Ron92 dari RM2.62 seliter kepada RM2.40, RM2.30 dan RM2.20. Diesel pula turun dari RM2.58 seliter kepada RM2.50, RM2.40 dan RM2.20.

Ditanya kemungkinan harga petrol dan diesel diturun ke paras harga bawah RM2, Najib sambil ketawa berkata: “Tunggu dululah (pengumuman harga baru itu).”

Ditanya mengenai trend penurunan harga petrol dan diesel ini dilihat tidak menjurus kepada penurunan harga barang, Najib berkata kerajaan sedang mengambil beberapa langkah untuk mengatasi perkara itu.

“Kita sedang berusaha, beberapa langkah termasuk bekerjasama dengan pasar raya besar (dan) pengeluar.

Pemilik pasar raya besar bersetuju memberi penurunan harga kepada beberapa barangan dan produk yang akan diumumkan sehari dua ini,” katanya.

Mengenai kesan penurunan harga komoditi sawit dan getah kepada peneroka, Najib berkata kerajaan memberi jaminan bahawa pendapatan peneroka tidak akan turun di bawah paras RM1,000 sebulan.

“Sebelum ini, mereka mendapat purata (pendapatan) tinggi antara RM3,000 dan RM4,000 (sebulan), satu aspek kita harap mereka ada mengamalkan amalan menabung, mereka ada rezab sedikit bagi menghadapi zaman harga menurun.

“Kita ada langkah seperti memberi bonus yang saya umumkan (sebelum ini), bonus RM700 hingga RM2,000 (diberikan) Disember ini, langkah lain bagi menggalakkan peneroka mengambil bahagian dalam aktiviti lain seperti berniaga, kraftangan, bercucuk tanam dan sebagainya, tidak bergantung kepada sawit dan getah untuk pendapatan mereka,” katanya.

Menjawab soalan mengenai langkah menghadapi kesan krisis ekonomi global, Najib berkata beliau akan mengumumkannya pada sesi penggulungan di Dewan Rakyat pada 4 Nov ini.

http://www.bernama.com.my

STARATEGI "SAMPAH" VIETNAM TERBUKTI BERJAYA! ~malaysiakini



Malaysia gagal mempertahankan kejuaraan Pestabola Merdeka yang dimenanginya pada kejohanan sebelum ini. Teknik dan taktik yang digunakan leh pemain-pemain Vietnam sudah cukup memberi tekanan dan impak yang cukup mendalam kepada pemain-pemain Malaysia. Vietnam berjaya mengheret Malaysia hingga ke sepakan penalti seperti mana yang telah dilakukannya ketika menentang Sierra Leone.

Teknik melambatkan permainan serta pura-pura mengalami kecederaan telah menyebabkan pemain-pemain Malaysia menjadi tertekan termasuklah penonton-penonton yang berada di stadium serta di rumah (termasuk la aku!). Boleh dikatakan Malaysia menguasai hampir 95 peratus permainan ketika 90 minit awal permainan, namun dek melayan kerenah pemain Vietnam, Malaysia seolah-olah hilang punca dan kawalan. Masing-masing kini hilang semangat kesukanan malah terbina pula semangat kebencian. Bayangkan la, setiap kali diasak, pemain-pemain Vietnam ini akan rebah...key mark betul!

Kedudukan terikat 0 - 0 hingga taman masa tambahan. Keputusan perlawanan kemudiannya ditentukan dengan sepakan penalti. Lima gol awal, sempurna dilaksanakan hinggalah tiba ke sepakan sudden death apabila Hafiz gagal menjaringkan sepakan penalti beliau dan kemudian pemain Vietnam dengan tenang menewaskan Helmi, penjaga gol Malaysia.

So....berbelas-belas gol sebelum ini boleh simpan buat pekasam...

Sekian dari

Aku yang Geram!

http://pilihan-anda.blogspot.com/

Letter to Prime Minister of malaysia by 6 year old vwaishhnnavi - Malaysiakini


Letter to Prime Minister of malaysia by 6 year old vwaishhnnavi that landed her and 11 others in Prison

http://www.makkal.org

Kesian anak kecil ini... Harap-harap kita semua memahami isi kandungan suratnya yang dihantar kepada PM

PAS sedia jadi orang tengah antara kerajaan - Hindraf ~malaysiakini



PUTRAJAYA: PAS hari ini menyuarakan kesanggupan parti itu untuk menjadi orang tengah antara pihak kerajaan dengan pertubuhan haram Hindu Rights Action Force (Hindraf) bagi menyelesaikan apa jua permasalahan yang timbul sejak kebelakangan ini.

Hasrat itu disuarakan dua pemimpin PAS iaitu Naib Presidennya Datuk Husam Musa dan Ketua Dewan Pemuda PAS Salahuddin Ayub kepada pemberita selepas mereka turut bersama kira-kira 40 penyokong Hindraf yang berhimpun di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini sejak 9 pagi tadi.

Kesemua penyokong itu dipercayai anggota keluarga kepada 10 anggota Hindraf yang kini ditahan reman selama tiga hari bermula Khamis lepas.

Mereka ditahan mengikut Akta Pertubuhan 1966 (Seksyen 48) dan disiasat kerana mengadakan perhimpunan haram.

Salahuddin berkata kerajaan patut bagi peluang kepada kumpulan Hindraf kerana dengan menahan pemimpin mereka tidak akan menyelesaikan masalah.

"Sebaliknya kerajaan seolaholah cuba mengelak untuk mengadakan perbincangan dengan kumpulan itu jadi biarlah PAS menjadi orang tengah," katanya.

Bagaimanapun Husam berkata anggota keluarga itu tidak dibenarkan berjumpa tahanan kerana menurut polis, perjumpaan hanya boleh dibuat pada hari bekerja, manakala perjumpaan pada hujung minggu dan cuti umum pula hanya untuk kes kecemasan sahaja.

Kedua-dua pemimpin PAS itu kemudian turut membawa anggota keluarga tahanan menjamu selera di medan selera berdekatan di samping menghulurkan sumbangan RM5,000 sempena Deepavali.

Sepuluh penyokong Hindraf itu ditahan kerana dipercayai mengadakan perhimpunan haram di hadapan pejabat Perdana Menteri di sini kira-kira 3.30 Khamis lepas.

Kumpulan itu dipercayai cuba menyerahkan memorandum kepada pejabat Perdana Menteri bertujuan mendesak agar lima anggota Hindraf yang ditahan mengikut ISA dibebaskan sebelum perayaan Deepavali Isnin depan. BERNAMA

Mesyuarat Pemuda Umno Gua Musang dibatal ~malaysiakini

October 25, 2008



GUA MUSANG: Mesyuarat perwakilan Pemuda Umno Bahagian Gua Musang yang diadakan pada Khamis lepas dibatalkan kerana tidak mematuhi arahan yang diputuskan di peringkat bahagian, kata Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Tengku Razaleigh berkata pembatalan mesyuarat itu bukan diputuskan oleh beliau tetapi oleh Ibu Pejabat Umno.

"Mesyuarat itu batal kerana tidak mengikut tarikh mesyuarat yang diputuskan oleh bahagian yang sepatutnya diadakan pada hari ini.

"Pembatalan mesyuarat itu bukan saya yang putuskan tetapi Ibu Pejabat Umno yang telah membuat keputusan itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Gua Musang di Bukit Cekati di sini, hari ini.

Tengku Razaleigh berkata dengan pembatalan itu, semua keputusan yang dibuat pada mesyuarat Khamis lepas turut terbatal.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Tan Sri Annuar Musa berkata pihaknya akan menunggu laporan daripada Umno Bahagian Gua Musang sebelum membuat keputusan berhubung pertindihan mesyuarat pergerakan Pemuda bahagian itu yang diadakan pada hari ini dan Khamis lepas.

"Kena tunggu laporan bahagian Gua Musang dahulu untuk dinilai dan disiasat. Badan Perhubungan Umno tidak boleh masuk campur urusan mesyuarat bahagian," katanya kepada Bernama di Kota Baharu.

Mesyuarat Pemuda bahagian itu hari ini yang dihadiri 78 perwakilan dari 78 cawangan sebulat suara mencalonkan Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda dan anggota Parlimen Muar, Razali Ibrahim sebagai calon Naib Ketua pergerakan itu.

Mesyuarat perwakilan Pemuda bahagian itu yang diadakan pada Khamis lepas dihadiri 189 perwakilan daripada 79 cawangan dan turut dihadiri wakil Pemuda Umno Negeri. BERNAMA

62 Tahun Umno sudah tidak relevan untuk perjuangan Bangsa dan Agama


Oleh Ustaz Haji Idris bin Haji Ahmad

 Ramai kawan-kawan yang seangkatan dengan saya apabila berjumpa, mereka berkata baguslah anta berjuang dalam Pas,. Saya bertanya balik fasal apa anta tidak berjuang bersama dengan Pas, sebaliknya menjadi ahli Umno. Jawabnya mudah , untuk hendak cari makan kena duduk dalam Umno, dan dia sendri pun tidak percaya dengan Umno, Cuma apa boleh buat. Hendak berniaga kena isi borang Umno kalau tidak payah hendak buat kerja. Ini adalah sebahagian daripada rakana-rakan yang seangkatan yang duduk dalam Umno. Mereka tahu bahawa Umno bukan tempat untuk berjuang Agama, Bangsa dan Tanah air. Jika watak seperti ini yang akan memimpin Umno pada masa akan datang, apa yang mereka boleh buat untuk menyambung talian hayat Umno yang hampir hendak terputus.



Inilah realiti yang Umno hadapi sekarang, lebih-lebih lagi selepas keputusan PRU 12. Nampaknya macam-macam mereka buat telahan untuk pulih Umno. Ada yang cadang supaya Presiden sekarang kena berundur, ganti dengan Dato’ Najib. Adakah ini penyelesaian yang terbaik. Bas buruk, Cuma tukar pemandu sahaja. Antara beberapa hujah kenapa Umno akan hilang daripada persada politik tanah air ialah;

1.Islam Tidak Menjadi
DasarSejak awal lagi penubuhan Umno ialah untuk melawan Malayan U_nion sahaja. Bukan untuk mempertahankan Islam. Islam hanya alat, bukan sebagai satu asas dalam perjuangan. Kalau Islam sudah menjadi asas perjuangan, tentu mereka akan merujuk kepada Islam dalam semua hal, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kalau soal tudung yang menjadi nas yang qat’i dalam al-Quran, pemimpin wanita, puteri dan isteri pemimpin tidak ambil kisah. Maka apa yang hendak diharap untuk mereka bercakap perkara yang lebih besar mengenai Islam. Apabila Islam tidak mendasari dalam perjuangan maka modal pembangunan akan lapok, kerana minda rakyat semakin berubah dan maju terutama genearasi muda, mereka tahu apa tanggungjawab sebuah kerajaan yang memerintah. Siapa yang memerintah semuanya akan membuat pembangunan. Hujah pembangunan hanya sesuai dizaman 60an sahaja dan kawasan majoriti orang jahil. Sedangkan Islam relevan sepanjang masa sehingga hari qiamat.

2.Dasar Umno yang pragmatis (ikut suasana)
Kita pun tidak tahu apa dasar Umno yang pakai sekarang, Islamkah, Melayukah, mempertahan tanah airkah. Cuma seperti yang disebut oleh YB Dr Fuad Zarkashi Ketua Penerangan Badan Perhubungan Umno Johor, perjuangan Umno hanya untuk perut sahaja. Maka sekarang mereka bergaduh bukan kerana bangsa tidak terbela, agama dihina. Tetapi kerana perut sekarang sudah keroncong. Lima negeri sudah jatuh ketangan Pakatan rakyat. Maka banyaklah peluang terlepas, terutama negeri Selangor, Perak dan Pulau Pinang. Tidak hairanlah kepada kita bekas Menteri Besar Selangor sudah naik minyak dan berani lawan arus. Kerana lubuk emas sudah terlepas ke tangan orang lain.

3. Sikap individualistik yang hanya pentingkan diri dan kaum keluarga bukan untuk bangsa dan agama. Akhirnya pengikut sudah naik mual dengan gelagat pemimpin Umno. Parti hanya menjadi sebagai batu loncatan untuk memperkaya anak menantu, sedangkan pengikut di bawah kais pagi makan pagi.

4. Akhlak yang tidak senonoh dengan skandal perempuan seperti yang berlaku kepada bekas ahli parlimen Gombak, Ampang Jaya dan Ketua Wanita di Kelang. Kebetulan mereka ini tidak bernasib baik, media dapat tahu. Banyak lagi kelakuan yang tidak senonoh yang membuatkan orang memandang sinis kepada Umno. Malahan apabila kita bercakap dengan ahli Umno mengenai gejala yang tidak bermaruah, maka mereka mengatakan ini adalah lumrah dan menjadi rukun dalam seharian.

5.Matlamat masuk Umno ialah untuk mengumpul kekayaan sebanyak mungkin. Sikap metrealistik yang sudah berakar umbi dalam Umno sukar untuk diubah. Siapa pun masuk dalam Umno semuanya akan terpengaruh. Kerana semua rakan-rakan mereka baru sepenggal jadi YB sudah ada kereta mewah dan rumah mewah. AKhirnya pengikut biasa melihat kalau pemimpin mereka mewah. Bodohlah mereka kalau berjuang tidak kaut kekayaan macam pemimpin mereka.

6.Tidak Membela Agama. Masyarakat melihat apa yang Umno sudah lakukan untuk membela agama. Orang murtad Umno diam membisu. Malahan apabila ada di kalangan pemuda Pas dan orang Islam tunjuk perasaan di Citytel Pulau Pinang dan Hotel Sentosa di Johor Baharu ketika kumpulan Artikel 11 membuat program untuk membolehkan orang Islam bebas murtad. Tan Sri Nazri Aziz Ahli Majlis Tertinggi Umno kata ini kerja bodoh. Nampaknya Umno sanggup berdiam dalam isu murtad. 62 tahun kewujudan Umno kita tidak dengar Umno bertindak sesuatu untuk mengadakan undang-undang murtad. Isu pengabaian terhadap agama mengenai murtad adalah satu contoh sahaja. Banyak lagi isu mereka yang mengguris perasaan orang Melayu Islam.

7. Orang Agama hanya subang tembaga. Peranan golongan agama hanya untuk menjadi peluru melawan Pas sahaja dan tidak lebih daripada itu. Peranan mereka hanya untuk tukang baca doa, tahlil dan marhaban. Mereka bukan dijadikan rujukan untuk mengemudi negara. Sebaliknya sijahil yang menjadi kepala, manakala si alim menjadi pengikut. Apabila ini terjadi banyak dasar yang bertentangan dengan Islam telah berlaku.

8.Dasar Umno putera bukan bumiputera. Diskriminasi sesama bangsa hanya kerana berlainan ideologi, akhirnya telah menempatkan bangsa merempat di bumi sendiri. Kita tidak pernah dengar bagaimana pemimpin kaum lain yang menindas kaum sesama bangsa kerana berlainan ideologi. Tetapi ini berlaku dalam Umno akhirnya peratus kemiskinan di kalangan bumiputera meningkat. Seperti yang dinyatakan oleh bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah Dato’ Zainal Osman China 0.6%, India 2.9%, Melayu 8.3%. Diskriminasi terhadap kerajaan yang sebangsa dan seagama di Kelantan sebagai satu contoh yang ketara. Apakah layak Umno hendak mendakwa mereka sebagai tulang belakang orang Melayu. Apakah slogan kuat Umno perkasa Melayu menjadi realiti?

9.Khianat bahasa sendiri. Umno sudah membunuh bahasa sendiri sebagai bahasa ilmu. Sudah berjuta wang negara dihabiskan untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, tetapi Umno memusnahkan dengan memperkenalkan Methematik dan Sains dalam bahasa Inggeris pada tahun 2003. Semua cendiakawan menentang tetapi keangkuhan pemimpin Umno tetap melaksanakan juga. Akhirnya orang melihat apakah ini perjuangan sebuah parti yang hendak diharapkan. Maknanya yang menjahanamkan bahasa Melayu bukannya Lim Guan Eng, tetapi adalah pemimpin Melayu Umno.

10. Politik khianat bangsa. Yang penting ialah kuasa, samaada mengorbankan kepentingan agama dan bangsa lain bicara. Persempadanan semula dalam pilihanraya 2004, bagaimana Umno telah mengkhianat orang Melayu-Islam semata-mata untuk melawan Pas. Kenapa kerusi parlimen di Kelantan, Terengganu dan Kedah tidak bertambah. Contohnya Parlimen Baling pengundinya melebihi 70 ribu, keluasannya boleh buat jama’ qasar. Perjuangan yang dilihat sebagai usaha yang sia-sia. Maka tidak ada ertinya lagi mereka mewaqafkan diri untuk bersama dengan Umno.

11. Politik wang, sebenarnya ialah rasuah politik. Tetapi hendak bagi sedap dengar maka jenamakan dengan politk wang. Amalan ini boleh memusnahkan Umno. Mereka yang dipilih bukan berdasarkan kewibawaan masing-masing dalam mempertahankan bangsa dan agama. Tetapi siapa yang ada memiliki wang dialah yang menjadi ketua. Apabila mereka menjadi pemimpin maka mereka bukan menjadi pemimpin orang Umno tetapi menjadi papet kepada tauke-tauke yang memberi wang kepada mereka akhirnya inilah yang memusnahkan bangsa dan agama. Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Umno Tengku Ahmad Rhidahaudin mengatakan Umno diserang dengan politik wang sejak 20 tahun yang silam.

12. Tun Musa Hitam mengatakan Umno dilanda penyakit “Ketuaan” ertinya Umno sudah sampai umur nyayuk yang sikit masa lagi sudah tidak kenal antara air milo dengan air longkang. Ayuh saudaraku dalam Umno kita berjuang di bawah panji perjuangan yang dibawa oleh Parti Islam Semalaysia yang akan menyelamatkan negara, agama. InsyaAllah .

Penulis adalah AJK PAS Pusat

adakah rakyat terkejut?

JOHOR BAHARU 25 Okt. – Penurunan harga minyak runcit tempatan yang dijangka berlaku pada akhir bulan ini tidak akan melebihi 15 sen, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad.

Katanya penurunan sebanyak itu dilakukan bagi mengelakkan sebarang kerugian mendadak khasnya di kalangan pengusaha stesen minyak.

“Kita tak mahu penurunan harga yang tinggi hingga menjejaskan pengusaha stesen minyak di seluruh negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran Minggu Kesedaran Kewangan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini hari ini.

- Bernama


woi uban..hang memang bangang la...buat alasan bodoh je///

GADUH LAGI.....

fra

Mesyuarat Wanita Pasir Mas kecoh



PASIR MAS 25 Okt. – Mesyuarat perwakilan Wanita UMNO Bahagian Pasir Mas di sini hari ini sedikit tegang apabila kira-kira 30 ahli Wanita daripada 23 cawangan yang dibatalkan mesyuaratnya mengadakan perhimpunan secara aman bagi menuntut supaya mesyuarat itu dibatalkan.

Sebagai persediaan bagi mengelak keadaan menjadi lebih serius serta menjamin kelancaran mesyuarat berjalan khidmat anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) telah digunakan untuk mengawal pintu masuk dewan tempat mesyuarat itu diadakan.

Mesyuarat itu diadakan di Dewan Besar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim 1 di sini hari ini.

KENAPA TIADA DEMONSTRASI?WAHAI PEMUDA UMNO, PUTERI UMNO,WANITA UMNO DAN PENGAMPU UMNO?


Najib: Unsur DEB dihapus beransur

KUALA LUMPUR 24 Okt. - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yakin unsur-unsur Dasar Ekonomi Baru (DEB), yang berakhir pada 1990 dan digantikan dengan Dasar Ekonomi Nasional (DEN) pada 1991, boleh dihapuskan secara beransur-ansur.
[Berita penuh]

UMNO cabar Guan Eng tarik balik kenyataan hapus DEB

[Ulasan Sukj]

1) Seperti yang saya telah nyatakan Najib adalah Rejim Mahathir. Iaitu pelingkup 'UMNO, Melayu dan Agama Islam'.

2) Bila Lim Guan Eng menyuarakan perkara yang sama terhadap kecacatan DEB, maka ramai sekali juak-juak UMNO keluar berdemonstrasi di Komtar, P.Pinang membantah kenyataan Guan Eng.

3) Adakah selepas ini terdapat juak-juak UMNO akan membantah kenyataan Najib itu?

4) Kini retorik Pemimpin-pemimpin UMNO kononnya berjuang demi Agama, bangsa dan negara hanyalah 'slogan kosong' sahaja.

5) Hakikatnya, siapakah sebenarnya yang telah mengikis atau menghapuskan keistemewaan orang Melayu sedikit demi sedikit. Adakah pembangkang atau UMNO sendiri?

6) Sila baca artikel di bawah.

BUTTERWORTH 15 Mac – UMNO Pulau Pinang hari ini mencabar Ketua Menteri, Lim Guan Eng supaya membentangkan secara terbuka perancangan untuk membangunkan orang Melayu dan rakyat termiskin di negeri ini.

Kerajaan negeri baru pimpinan DAP-Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu juga didesak supaya menarik balik kenyataan berhubung penghapusan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim berkata, kenyataan Guan Eng mengenai tindakan membebaskan pentadbiran negeri daripada DEB menyinggung perasaan orang Melayu di negeri ini dan di Malaysia.

‘‘Memang wajar orang Melayu berasa marah terhadap kenyataan itu kerana jika DEB dihapuskan, orang Melayu akan menerima kesannya dan nasib mereka tidak akan dibela oleh kerajaan negeri itu,’’ katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan tertutup antara 11 wakil rakyat UMNO yang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-12 dengan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop di sini hari ini.

Azhar berkata, setelah melihat kebangkitan orang Melayu memprotes kenyataan itu, Guan Eng kini tidak lagi menyebut tentang DEB sebaliknya cuba mengubah topik dengan menyatakan kerajaan negeri mahu mengadakan tender terbuka terhadap projek dan perolehan kerajaan serta memerangi rasuah.

“Dari awal lagi, sejak angkat sumpah (sebagai Ketua Menteri) dia sudah nyatakan hendak hapuskan DEB bermula dari Pulau Pinang, bila dia tengok orang Melayu marah, dia salahkan media pula kononnya putar-belit cerita,” katanya.

Azhar berkata, apa yang sepatutnya dilakukan Guan Eng dan barisan Exconya ialah membentangkan perancangan teliti bagaimana hendak memajukan bukan sahaja masyarakat Melayu bahkan kaum India dan rakyat termiskin di Pulau Pinang.

‘‘Kalau beliau mempunyai perancangan, kenapa tidak bentangkan perancangan itu? Apa yang sedang dilakukan di sini ialah untuk meminggirkan orang Melayu,’’ katanya.

Ditanya sama ada beliau akan bertemu dengan Guan Eng seperti dinyatakan oleh Ketua Menteri itu, Azhar berkata, UMNO tidak takut untuk bersemuka tetapi mahu pertemuan tersebut dibuat secara terbuka.

Ini kerana, katanya, UMNO kurang yakin dengan keikhlasan Ketua Menteri yang didakwanya suka berdolak-dalik itu.

“Selepas angkat sumpah, beliau sudah menyatakan ingin menghapuskan DEB dan apabila beliau melihat reaksi orang Melayu marah, Guan Eng salahkan media.

‘‘Kalau kita (UMNO) berjumpa beliau, nanti beliau akan bercakap lain, sekarang ini di depan orang awam beliau menyatakan ini (DEB) kesalahan media, apa lagi jika kita mengadakan pertemuan dalam bilik yang tertutup,” ujar Azhar.

Mengulas dakwaan Guan Eng bahawa terdapat usaha untuk menjatuhkan kerajaan negeri baru melalui demonstrasi dan penyebaran khabar angin, Azhar menganggap ia satu tuduhan kepada Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO.

‘‘Ingat balik sejarah, orang yang selalu membuat demonstrasi dulu ialah DAP yang diketuai Guan Eng juga. Dulu beliau menganjur macam-macam, dari Melaka ke Kuala Lumpur hingga ke Pulau Pinang, namun apabila UMNO melakukannya sekali sahaja, beliau sudah gelabah dan susah hati.

‘‘UMNO memang tidak suka membuat demonstrasi tetapi kita sengaja hendak menunjukkan kepada kerajaan baru ini bagaimana perasaan pemerintah bila beliau buat demonstrasi dulu,” katanya. [Rujukan]

SU-KJ

MANA PERGI SKIM TAKAFUL MERDEKA UMNO KELANTAN?


Ada mengatakan Skim insuran Takaful Kifaalah kini kehabisan wang.

Memanglah gunung sekalipun kalau dicangkul setiap hari, lama-lama boleh runtuh juga.
Usaha perlu dilakukan bagi menjamin tabung atau kantong skim ini terus buncit!

Cuma Kijang mahu tanya, apa jadi dengan Skim Takaful Merdeka tanjaan UMNO Kelantan?
Sunyi dan sepi. Apakah ia masih beroperasi dan katanya sekarang orang UMNO meninggal pun tidak dapat apa dah. Nasib baik dapatlah skim Kifalah kalau mereka warga tua.

Mana pergi taukeh Skim Takaful Merdeka, Tan Sri Annuar Musa? Kenapa akhbar tidak tanya beliau apa jadi dengannya?

Sebelum pilihan raya umum lalu ramai orang UMNO dan keluarganya mendaftar dan kini statusnya diragui.

Kerajaan negeri Kelantan hari ini pula mengatakan Takaful Kifalah kini mengalami kerugian disebabkan lebihan bayaran pampasan sebanyak RM8.495 juta menerusi Skim insuran Takaful Kifaalah bagi warga emas.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata kerugian itu berpunca apabila unjuran kematian bagi warga emas meningkat sebanyak dua peratus.

"Sebelum skim itu diperkenalkan kita telah membuat kajian pada 2007 dan 2008 bahawa unjuran kematian adalah dua peratus.

"Bagaimanapun ajal dan maut di tangan Tuhan, disebabkan itu unjuran kematian pada dua tahun itu meningkat kepada empat peratus, iaitu peningkatan sebanyak dua peratus," katanya ketika menjawab soalan Dr Nik Mazian Nik Mohamad (PAS-Gaal) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Bharu.

Takaful Kifaalah ialah skim takaful untuk warga emas di mana jika seseorang warga tua meninggal dunia, pewaris mereka akan mendapat RM2,500 iaitu RM500 pada hari kematian dan bakinya RM2,000 selepas itu.

Sejak dilancarkan 7 Feb tahun lepas, seramai 7,299 warga tua telah meninggal dunia dan sehingga kini 96,921 orang berdaftar di bawah skim itu dari seluruh negeri dan daripada jumlah itu 139,000 adalah warga emas.

Husam berkata sebanyak RM15.751 juta telah dibayar kepada pewaris melalui Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) manakala RM2.496 juta belum dibayar kepada ADUN dan pewaris dan jumlah keseluruhan yang harus dibayar ialah RM18.247 juta.

Beliau berkata daripada RM18.247 juta itu, RM8.495 juta ditanggung oleh kerajaan negeri.

Oleh kerana tidak lagi mampu menampung jumlah kerugian pembayaran tuntutan itu, katanya kerajaan negeri bercadang mengkaji semula jumlah pampasan yang akan diberikan kepada golongan warga tua yang diberikan.

Bagaimanapun skim itu akan tetap diteruskan cuma bayaran pampasan akan dikaji semula mengikut kemampuan kewangan kerajaan negeri, tambah beliau.

Apapun, janganlah skim yang baik dan memanfaat kepada seluruh rakyat Kelantan dihentikan.
Benar ia modal politik tetapi jika untungnya kepada rakyat, apa salahnya.
Teruskanlah berbuat kenaikan.

http://www.kijang-jantan.blogspot.com/

26 Ketua Cawangan Pemuda Umno Gelang Patah Umum Hilang Kepercayaan Terhadap Ketua Pemuda Bahagian



JOHOR BAHARU, 24 Okt (Bernama) -- Sebanyak 26 ketua Pemuda Umno cawangan di bahagian Gelang Patah hari Jumaat mengisytiharkan mereka telah hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan Ketua Pemuda bahagian itu Norisham Ismail.

Ketua Pemuda Umno Cawangan Kampung Kangkar Pulai Faisal Supada yang bertindak sebagai jurucakap kumpulan itu berkata sehubungan itu mereka mahu mesyuarat perwakilan Pemuda Umno bahagian itu diadakan semula.

Mesyuarat perwakilan Pemuda Umno Bahagian Gelang Patah yang mempunyai 46 cawangan diadakan pada 12 Okt lepas.

"Kami telah hilang kepercayaan terhadap Ketua Pemuda Umno bahagian Norisham Ismail dan meminta mesyuarat perwakilan diadakan semula untuk memilih Ketua Pemuda, Naib Ketua dan Anggota Jawatankuasa yang baru," katanya kepada Bernama.

Faisal meminta Jawatankuasa Bantahan Badan Perhubungan Umno Johor menimbang semula keputusan mereka baru-baru ini yang memutuskan bahawa mesyuarat perwakilan Pemuda Bahagian pada 12 Okt lepas itu adalah sah.

Jawatankuasa Bantahan Umno Negeri bagaimanapun mengarahkan Pemuda Umno Bahagian Gelang Patah mengadakan semula pengundian untuk memilih calon Ketua Pemuda Umno dan Naib Ketua Umno, yang sebelum ini dimenangi oleh Khairy Jamaluddin dan Datuk Reezal Marican Naina Marican.

Faisal meminta Badan Perhubungan Umno Johor supaya menimbang semula keputusan terdahulunya itu berikutan dakwaan berlakunya penyelewengan ketika proses pengiraan undi pada mesyuarat perwakilan tersebut.

Beliau juga mahukan Badan Perhubungan Umno negeri menjadi penyelaras mesyuarat perwakilan Pemuda Umno Bahagian Gelang Patah jika mereka bersetuju ia diadakan semula.

Pada mesyuarat perwakilan Pemuda Bahagian yang diadakan pada 12 Sept lepas itu, ia telah diselaraskan oleh Pemuda Umno Bahagian Pulai.

Minggu lepas, sembilan orang anggota jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian tersebut termasuk Naib Ketuanya Mohd Shahruddin Jamal mengumumkan peletakan jawatan mereka.

-- BERNAMA

hebat pemimpinku












Hak aku untuk tendang terajang

Walau dalam keadaan telanjang
Kerana lidah kau bercabang-cabang
Ramailah betina panggil kau abang

Sundal mulong laki Bik Mama
Pandai mengentel meraba-raba
Jika ditanya apa kau rasa
Dia menjawab “ah! macam biasa”

Bila CW mengumpat menggata
Ada yang memuji kata bicara
Kreatif berkarya, ‘wang’ berkata
Macam si janda mengaku dara

Menghasut membunuh bolih belaka
Berlandas kepada seni berkarya
Mencuri merompak sehingga kaya
Itu tidak apa asal kau ikut saja

Berjalan-jalan ke kota raya
Terasa penat lapar dan dahaga
Pemimpin mewah kaya raya
Rakyat miskin mandi ditelaga.

siapa berani sanggah najib?


Bebas unsur DEB


Liberalisasi dilaksana secara beransur-ansur: Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak yakin pelbagai unsur Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berakhir pada 1990 dan digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada 1991, boleh dihapuskan secara beransur-ansur.

"Saya sedang berusaha melaksanakan liberalisasi (unsur-unsur DEB) beransur-ansur apabila Bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri. Sukacita saya nyatakan bahawa semakin ramai daripada mereka sudah mempunyai keyakinan untuk bersaing dan berjaya pada peringkat global serta domestik.

selanjutnya...

ha yang ni aku nak tanya pemimpin umno..yang hang nak dok perjuangkan selama ni najib cakap nak kurang kan...wat hang pa semua tak menyalak? takut tak dapat projek?

Adjust font size: Syed Hamid: Utusan 'telah diberi amaran'

Utusan Malaysia telah "diberi amaran" oleh kerajaan berhubung beberapa artikel kontroversi yang disiarkan dalam akhbar milik Umno itu, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Syed Hamid Albar.

syed hamid interview 05  221008Beliau bagaimanapun, tidak menjelaskan lebih lanjut mengenainya, apabila ditanya mengapa tindakan diambil terhadap beberapa akhbar, tetapi tidak terhadap Utusan.

Akhbar tersebut menjadi sasaran kritikan hebat kerana menyiarkan satu cerpen mengenai pembunuhan seorang ahli politik yang didakwa oleh DAP dimaksudkankepada ahli parlimennya, Teresa Kok.

Syed Hamid juga berkata, polis juga sedang menyiasat bekas ketua Umno bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail atas dakwaan hasutan dan tindakan akan diambil terhadapnya tidak lama lagi.

Sekali lagi, beliau tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai siasatan yang dijalankan terhadap Ahmad, dengan menyatakan biarlah pihak polis menjalankan tugas mereka.

Menteri Dalam Negeri itu mempertahankan tindakan polis mengendalikan kontroversi tersebut yang tercetus apabila Ahmad didakwa membuat kenyataan berunsur perkauman terhadap masyarakat Cina sewaktu kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh, Ogos lalu.

Selepas bantahan umum, Ahmad telah digantung dari Umno untuk tempoh tiga tahun September lalu.

"Umno telah mengambil tindakan terhadap Ahmad dan sekarang beliau sedang disiasat di bawah Akta Hasutan," kata Syed Hamid dalam wawancara dengan Malaysiakini di pejabatnya di Putrajaya Selasa lalu.

isa 3 teresa raja petra tan hoon chengBeliau menjawab soalan mengapa tindakan tidak diambil terhadap Ahmad sedangkan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana melaporkan kenyatan Ahmad itu.

"Jangan tanya kenapa orang ini tidak ditahan dan kenapa orang itu ditahan. Dalam hal ini, pihak polis mempunyai alasan mereka sendiri...," kata Syed Hamid.

Tan ditahan pada 12 September lalu dan dibebaskan kurang daripada 24 jam kemudiannya.

Pada masa itu, Syed Hamid dilaporkan berkata, Tan ditahan demi keselamatan dirinya dan untuk menjaga ketenteraman awam.

Bagaimanapun, kata menteri itu, kenyataannya mengenai alasan "demi keselamatan Tan", telah menjadi bahan ketawa banyak pihak.

Ditanya mengenainya, Syed Hami menyalahkan media kerana memperbesar-besarkan perkara tersebut.

"Saya rasa saya juga akan ketawa, tetapi saya mahu memberitahu anda bahawa itu bukanlah alasan utama (dia ditahan).

syed hamid albar exclusive interview larger pix 231008 03“Itulah alasan yang diperbesar-besarkan oleh pihak media. Jika anda dengar apa yang saya katakan - terdapat ugutan dan persepsi polis terhadap ugutan itu kepada ketenteraman awam, kepada keselamatan.

"Mungkin mereka mahu menahannya untuk memastikan tidak ada apa yang berlaku terhadapnya. Maksud saya ini bukanlah (satu-satunya) alasan - sudah tentu kamu sudah cukup matang untuk mengetahui bahawa ia bukanlah sebabnya.

"Orang seperti saya tidak akan menggunakan alasan yang tidak rasional (seperti ini) tetapi saya menjadi sasaran teruk dengan berkata 'Oh, ini adalah untuk keselamatan dirinya', sedangkan ia bukannya isu asas dan utama penahanannya," kata Syed Hamid mempertahankan dirinya.

Syed Hamid mengulangi bahawa penahanan Tan adalah untuk menjamin ketenteraman awam dan keselamatan.

"Keadaan menjadi tegang, kerana setiap orang bercakap tentang perkara itu dan ia menjadi isu yang begitu dipolitikkan dan polemik ini tidak produktif dan tidak memberikan kesan (terhadap situasi itu)," katanya.

Syed Hamid mengakhir wawancara tersebut dengan merayu kepada rakyat Malaysia supaya memahami tugas yang sukar sebagai menteri dalam negeri

"Saya menjadi sasaran kritikan, saya tidak perlukan simpati. Saya perlukan kefahamanan dari rakyat, itu saja," katanya. Berita asal

malunya khairy~malaysiakini




KUALA LUMPUR 24 Okt. – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin (gambar) memerlukan dua lagi pencalonan untuk layak bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO pada pemilihan Mac depan.

Sehingga hari ini, Naib Ketua Pemuda itu menerima 37 pencalonan iaitu kurang dua daripada kuota kelayakan 39 pencalonan.

Sebanyak tiga Pemuda bahagian bersidang hari ini dan satu daripadanya mencalonkan Khairy iaitu Hulu Terengganu.

Dua lagi bahagian iaitu Kubang Pasu mencalonkan Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir manakala Marang mencalonkan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo.

Pencalonan daripada dua bahagian itu membolehkan Mukhriz meningkatkan jumlah pencalonan yang diterimanya kepada 64 manakala Mohamad Khir pula 30.

Khairy dijangka melepasi kuota kelayakan untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda esok apabila 14 lagi Pemuda bahagian akan bersidang.

Bahagian terbabit ialah Kulim/Bandar Baharu, Kluang, Sri Gading, Petaling Jaya Utara, Sipitang, Sandakan, Penampang, Tambun, Parit, Lumut, Sabak Bernam, Tangga Batu, Maran dan Seputeh.

Sementara itu, ketiga-tiga Pemuda bahagian yang bersidang hari ini mencalonkan Ahli Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim untuk jawatan Naib Ketua Pemuda.

Ia menjadikan jumlah pencalonan yang diterima Razali sehingga hari ini meningkat kepada 66 manakala pencabar terdekatnya, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Reezal Merican Naina Merican kekal dengan 52 pencalonan.

Razali dan Reezal telah melayakkan diri untuk bertanding jawatan tersebut apabila berjaya melepasi kuota 29 pencalonan sejak minggu lalu.

Sehingga hari ini 133 daripada 191 Pemuda bahagian di seluruh negara selesai bersidang.

DSAI :TOKOH POPULIS DAN SANDARAN RAKYAT



"
Assalamualaikum,,..
Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,..


Perkembangan politik tanah air menampakkan satu arus yang semakin laju untuk satu perubahan.YB Salehuddin Ayub dilapurkan oleh akhbar Sinar Harian menyatakan bahawa PAS sudah bersedia untuk berubah dan hanya menunggu isyarat dari DSAI sahaja.TGNA dalam akhbar yang sama pula berkata DSAI mendapat sokongan penuh daripada PAS.Dua kenyataan yang sekaligus melenyapkan segala tuduhan negatif terhadap PAS selama ini yang dicuba ditonjolkan berbelah bagi dalam dalam membangunkan PR.Timbalan Presiden PAS yang terlibat secara langsung dalam kontraversial muzakarah dengan UMNO dulu juga kelihatan bersama sama DSAI di mana gambar Tok Guru Presiden dan Timbalan Presiden beramah mersa dengan DSAI disiarkan juga oleh akhbar Sinar Harian.



Hari ini tuduhan negatif kepada pakatan terutama penglibatan ahli PAS sudah semakin hilang.Tiada lagi kedengaran Erdogan,anai anai dan memakai baju PKR.PAS tidak lagi dikatakan taksub kepada DSAI,sekaligus percubaan pihak tertentu untuk melaga lagakan PAS dan PKR sudah mula menampakkan kegagalan.Begitu juga usaha membawa kerjasama dengan UMNO juga tidak berhasil.

UMNO sudah ditolak secara total oleh ahli PAS dan DSAI menjadi semakin popular.Untuk itu memang tepat sekali untuik menyatakan DSAI memang seorang pemimpin yang populis dan menjadi semakin populis akhir akhir ini.

Hakikat ini boleh dilihat di mana mana.Di beranda masjid, di kedai kopi, di majlis hari terbuka dan jamuan keraian, dan di TKO sendiri, kita boleh mendengar dan membaca komen komen mengenai DSAI mencakupi banyak aspek.Ada yang positif dan ada yang negatif, tetapi secara keseluruhannya, yang positif lebih banyak dari negatifnya.Satu tanda jelas bagaimana DSAI semakin hari semakin popular di kalangan rakyat.Di parlimen,DSAI juga mendapat perhatian.Rayuan yang dibuat oleh MP Sri Gading agar DSAI menghentikan usaha memujuk MP BN untuk berhijrah(orang BN dan seangkatan mereka gemar menggunakan istilah lompat) menunjukkan bahawa DSAI semakin digeruni lawan juga.Sikap tok katak Berahim Ali yang ego ketika membahaskan bajet 2009 juga menampakkan kegerunannya kepada DSAI.


Paling menarik ialah artikal dan tulisan yang berkaitan DSAI sering mendapat bacaan tinggi di TKO.Ada beberapa artikal berkenaan DSAI yang tersenarai di senarai 5 top minggu ini dan 5 top bulan ini.Itulah tren dan fakta yang seharusnya diterima.Bagi yang memilih untuk melawan arus,dinasihatkan agar memikirkan semula sudut pandangan mereka.Populis bermakna disokong secara majoriti dan insya Allah bakal dipilih sebagai peneraju negara.Oleh itu tidakkah terfikir oleh mereka mereka yang gemar memperlekehkan DSAI bahawa usaha mereka hanyalah seperti anjing menyalak bukit.Akhirnya mereka sendiri yang bakal menyesal.Pepatah mengatakan sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna.

Tidak bijak dalam situasi sekarang untuk mencari alasan untuk menidakkan kemaraan DSAI.Tidak bijak mengatakan ahli PAS yang turut menyokong DSAI sebagai Erdogan,anai anai atau memakai baju PKR kerana sudah maklum bahawa PAS sudah menyatakan komitmennya dalam PR.Dan tidak bijak sama sekali menyatakan ahli PAS yang mempertahankan DSAI sebagai taksub kerana PR itu sendiri ialah merupakan satu pakatan yang kuat (bukan rapuh) dan mempertahankan DSAI bermakna mempertahankan PR.

Suatu yang mesti difahami dan diterima oleh semua ialah popularnya DSAI bukan sebarang popular.Popularnya DSAI juga membawa aspirasi rakyat untuk berubah kearah yang lebih baik.Kempen PRK PP menampakkan jurang jelas mengenai aspirasi yang dibawa DSAI berbanding serangan peribadi yang jijik oleh BN.Dan tekad serta komitmen DSAI kepada aspirasi rakyat ini bukan sekadar retorik atau sakastik,malah DSAI sudahpun membuktikan dirinya melalui pengalamannya menjadi banduan,keberaniannya berdepan dengan tuduhan liar liwat serta tidak langsung mengambil kesempatan kepada kepopularitinya di luar negara untuk mencari kemewahan peribadi.

Sambil itu rekod perkhidmatannya dengan kerajaan juga memberi keyakinan tambahan kepada rakyat.Sistem Vendor yang diperkenalkan di industri petrolium serta pelan pembangunan Bandar Tun Razak adalah hasil usaha DSAI yang masih dinikmati sebahagian rakyat sehingga hari ini.

Untuk itu,DSAI bukan sahaja populis tetapi menjadi sandaran rakyat untuk memimpin kearah yang lebih baik demi untuk masa depan zuriat keturunan kita.Masa untuk setiap rakyat Malaysia bertanya kenapa mesti kita melawan arus sedangkan di depan mata sudah ada pemimpin yang sanggup berdepan dengan segala cabaran untuk memenangkan rakyat?

Majlis Fatwa putuskan pengkid haram ~malaysiakini

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan hari ini mengharamkan perbuatan perempuan yang membuat penampilan seperti lelaki atau dikenali sebagai ‘pengkid’.

Pengerusinya, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin berkata, fatwa ini dikeluarkan setelah melihat gejala itu di kalangan remaja perempuan Islam semakin membimbangkan.

Katanya, bukan sahaja gerak laku, berpakaian, penampilan, percakapan dan rupa seolah-olah lelaki, malah mereka tidak berminat kepada lelaki tetapi berminat kepada kaum sejenis.

‘‘Maka kita berpendapat pekara ini perlu disekat dan dari segi hukumnya adalah haram.

‘‘Ia melanggar tabii serta fitrah dan dalam Islam jelas tidak boleh,” katanya kepada pemberita selepas muzakarah kali ke-83 di sini hari ini. Hadir sama, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Fatwa itu adalah di antara beberapa keputusan yang dicapai pada muzakarah jawatankuasa fatwa selama dua hari yang berakhir hari ini.

Banyak pihak termasuk Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) baru-baru ini menyatakan kebimbangan dengan gejala tersebut kerana ia turut menular di kalangan pelajar.

"Musa Hitam salah, Umno bukan sakit tua, tapi ..." - Malaysiakini

October 24, 2008


Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam menyifatkan Umno sedang menghadapi sakit tua. Benarkan begitu?

Bagi sesebuah parti yang baru berusia 61 tahun dalam sebuah negara yang baru merdeka selama setengah abad, tentulah pelik sekiranya ada yang mengatakan parti itu sudah mengidap "sakit tua"?

Mungkin Umno satu-satunya parti politik di dunia ini yang terkena sindrom progeria di mana ia berdepan dengan ancaman penuaan kurang-matang atau premature aging.

ekiranya tidak, masakan pada usia bertatih, Umno sudah dianggap, atau memang benar sedang merana sakit tua.

Walaupun progeria adalah sindrom semulajadi tetapi tidak mustahil jika dalam kes Umno ia adalah akibat amalan kesihatan yang tidak baik.

Amalan kesihatan yang tidak baik dalam konteks parti ini bermakna seperti apa yang dikatakan Musa Hitam, juga pernah menjadi Timbalan Presiden Umno: "Masalah persepi itu adalah isu rasuah, salah guna kuasa ..."

Cuba kita banding dengan Parti Conservative di United Kingdom. Parti Conservative yang sebelum ini dikenali Parti Tory ditubuhkan pada 1678. Dengan mengambil kira penubuhan Parlimen negara itu pada 1707 maka maknanya Parti Conservative berusia 330 tahun dalam sebuah negara yang berparlimen sejak 301 tahun silam.

Walaupun Parti Conservative berkuasa selama dua-pertiga sepanjang abad ke-20 tetapi akhirnya menjadi pembangkang selepas tewas dalam pilihan raya umum 1977, namun tiada siapa menganggap ia dilanda penyakit tua.

Di United Kingdom, seperti juga negara maju lain yang amalan demokrasi tulen dan doktrin pengasingan kuasa dihormati, disanjung tinggi serta dipelihara dari dicemari mana-mana golongan, kekalahan sesuatu parti bukan disebabkan rakyat hilang keyakinan secara total terhadap parti itu, tetapi kerana merasakan parti berkenaan sudah tidak upaya menangani isu semasa terutama ekonomi.

Soal ketelusan

Parti berkenaan juga jarang tewas disebabkan isu rasuah, penyalahgunaan kuasa, penindasan terhadap parti lain dengan menggunakan undang-undang yang digubal khas atas nama keselamatan dan sebagainya.

Tidak ada juga tokoh politik mereka yang cakap berdegar-degar tentang ketulusan. Ini disebabkan soal telus bukan soal atau hak ahli politik yang menentukan. Sebaliknya oleh kerana semua parti adalah mengenai pilihan raya, maka yang berhak menentukan telus atau tidak telus ini adalah Suruhanjaya Pilihan Raya.

Misalnya pada Mei 2008, Suruhanjaya Pilihan Raya mengisytiharkan di antara bulan Januari sehingga Mac 2008 Parti Conservative mendapat derma 5.8 juta pound sterling tetapi mempunyai hutang sebanyak 12 juta pound, berbanding hutang parti Labour 17.8 pound dan Liberal Democrats 1.13 pound.

Berapa ramaikah rakyat Malaysia yang tahu berapa banyakkah derma yang diterima oleh Umno di antara Januari sehingga Mac 8, 2008? Atau berapakan hutang sebenar Umno?

Sekiranya rakyat Malaysia tidak tahu tentang kedudukan kewangan Umno yang sebenarnya, maka apakah SPR Malaysia sedia maklum akan segala angka ini?

Dan lagi sekiranya tidak ada undang-undang yang mengkehendaki mana-mana parti politik mengisytiharkan kunci kira-kiranya kepada SPR dan kemudian kepada umum, mengapa tidak digubal sahaja undang-undang sedemikian atas nama ketelusan dan bahawa sumbangan yang tidak terhad dan tidak diisytihar akan hanya merosakkan demokrasi.

Namun tentu sekali hal sedemikian misalnya, tidak boleh dikira sebagai amalan kesihatan politik yang baik dalam amalan politik Umno. Akibatnya, sindrom progeria � menjadi tua sebelum sampai waktu sepatutnya.

Kata Musa lagi, rakyat pasti tidak akan menerima apa yang dikatakan oleh pemimpin jika pemimpin terbabit tidak mempunyai kredibiliti pada pandangan mereka.

Apa yang berlaku ke atas Umno hari ini adalah sebenarnya berpunca dari keengganan mereka yang terbabit memimpin Umno dalam menangani pelbagai gejala negatif dalam parti walaupun telah berulang kali disuarakan oleh ahli-ahli parti tersebut, orang Melayu dan malah juga pembangkang.

Ramai yang melihat Umno bukan lagi wadah politik orang Melayu dalam menghayati perjuangan mulia memartabatkan agama, bangsa dan negara tetapi sebaliknya sebagai alat dan batu loncatan golongan tertentu, secara langsung atau tidak langsung untuk mencari pengaruh dengan matlamat mencari atau mengumpul kekayaan.

Tidak relevan

Istilah "sakit tua" yang digunakan oleh Musa adalah tidak relevan sama sekali. Malah pengibaratan progeria juga tidak relevan. Apa yang berlaku ialah parti itu sedang menunggang kitaran paling bawah dalam putaran roda kewujudannya.

Untung sabut, roda itu akan terus berputar perlahan bagi melengkapkan kitarannya sekali lagi. Namun, untung batu, roda Umno akan terhenti.

Reformasi, peremajaan atau apa sahaja perkataan yang bunyinya serius tetapi lunak sebenarnya tidak akan membawa apa-apa erti sekiranya mereka yang tidak amanah, tidak ikhlas dan tidak jujur, baik di peringkat tertinggi mahupun di peringkat terendah, tidak disingkirkan dari parti.

Namun ia bukanlah mudah. Meminjam kata-kata pengarang Russia,Alexander Solzhenitsyn: "Jika semuanya semudah itu! Jika hanya terdapat manusia durjana melakukan perbuatan durjana di sesuatu tempat, dan ia menjadikannya satu keperluan untuk mengasingkan hanya mereka yang durjana itu dari kita semua. Namun garis pemisah di antara yang mulia dengan yang durjana menghiris ke dalam hati setiap manusia. Dan siapakah yang sanggup memusnahkan hatinya sendiri?" _ Hrkh

shahrir bangang janji apa? perbodohkan rakyat lagi


aku cukup bengang bila pemimpin menipu rakyat ni...lebih lagi rakyat yang miskin macam aku ni. hang janji nak umum benda rini..woi bangang hang ingat hang tu boleh hidup lama? jangan la dok janji kalau tidak boleh buat.. kami ni kerja makan gaji.. merah mata nak dapat rm 100.. hang tak pe la dok dalam aircorn.. kalau hang rasa malu baik esok hang terus terang dengan rakyat

ni wak marah gak... bodoh punya menteri...uban je penuh...

SARANAN PAKATAN RAKYAT UNTUK BELANJAWAN 2009

PENDAHULUAN MENANGANI KEMELUT EKONOMI DAN MEMULIH KEYAKINAN

Pakatan Rakyat dengan penuh rasa tanggungjawab ingin mengemukakan beberapa cadangan kepada Dewan Rakyat ketika ahli Parlimen masih meneruskan perbahasan Belanjawan 2009 yang telah dibentangkan pada 29 Ogos tahun ini. Saranan kami dikemukakan berdasarkan realiti terkini krisis ekonomi dan kewangan global, kejatuhan teruk pasaran komoditi serta kesan beberapa faktor lainnya terhadap Malaysia.

Kepincangan Belanjawan 2009 tampak jelas, bukan sahaja pada jangkaannya tetapi juga preskripsi untuk mengemudi negara bagi mengharungi badai kemelesetan ekonomi global yang dijangka berpanjangan pada 2008 dan 2009. Kepimpinan negara seolah-olah tidak mempunyai arah tuju dan seperti tidak menyedari kemunculan cabaran dalam bentuk inflasi, peningkatan pengangguran dan penguncupan kemasukan dana asing. Yang lebih menakutkan adalah sikap tidak mahu mengakui (state of denial) ramalan kemuraman ekonomi. Kebanyakan negara maju, yang selama ini menjadi rakan dagang penting ekonomi Malaysia, sedang bersiap sedia bagi menghadapi kemungkinan berlakunya kemelesetan ekonomi terburuk semenjak dari setengah abad yang lalu. Namun para pemimpin kita masih belum atau tidak langsung membuat sebarang kenyataan atau merangka polisi yang menunjukkan pemahaman mereka terhadap realiti ini.

Terdapat keperluan mendesak bagi Ahli Dewan dari kedua-dua belah pihak untuk bertukar-tukar fikiran bagi merangka belanjawan yang lebih dipercayai serta rancangan yang lebih bertanggungjawab untuk mengurus dan membelanjakan perbendaharaan negara.

Parti pemerintah setakat ini telah membuktikan bahawa mereka tidak mampu mendepani dialog sebegini. Pandangan yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat tidak dibahaskan dengan baik kerana kebanyakan Ahli Dewan Rakyat BN dan para Menterinya tidak menghadirkan diri di Dewan Rakyat. Ini mencerminkan sikap sombong dan ketidakprihatinan terhadap penderitaan rakyat yang hidup menderita akibat kesan dari situasi ekonomi yang tidak menentu.

Kami percaya kepada proses demokrasi dan berpegang teguh dengan janji kami kepada rakyat Malaysia. Kami mewakili kepentingan mereka dan akan berjuang bersungguh-sungguh untuk menentang korupsi dan kronisme yang telah menjadi sebab utama kepada ketidaktentuan ekonomi negara ini. Kami akan melaksanakan tugas kami bagi mendesak kerajaan supaya bertanggungjawab dalam hal ini demi memastikan sumbangan para pembayar cukai dan kekayaan hasil semulajadi negara ini dapat dimanfaatkan sebaiknya untuk rakyat dan masa depan negara ini.

Untuk teks penuh Bahasa Melayu:

Untuk teks penuh Bahasa Inggeris:

PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

SOKONG BOIKOT UTUSAN DAN SEMUA PENERBITANNYA ~ Ref Malaysiakini

Saya memang konsisten memboikot utusan dan penerbitannya dari dulu lagi kerana meluat dengan cara pemberitaan dan fitnah yang sering dilemparkan kepada parti-parti politik bukan BN. Malah dalam laporannya juga Utusan Meloya sering menipu pembaca dengan fakta-fakta yang mengelirukan dan angka yang tidak tepat.

Sudah lama rasanya saya tidak membeli akhbar pembodek ini, cuma membaca sekali sekala di kedai atau warung ketika minum atau makan. Itupun kadang-kadang meluat membaca lantaran darjah pembodekan yang terlampau.

Sebagai contoh mudah, cuba kita belek Utusan Meloya tentang laporan penamaan calon pilihanraya. Sudah tentu Utusan akan melaporkan bahawa jumlah penyokong lawan BN akan berkurangan jauh dari angka sebenar. Kalau jumlah sebenar 10,000 sudah tentu utusan akan melaporkannya kurang dari 5,000. Itulah kerja Utusan Meloya iaitu menipu dan membelit. Bak kata sahabat saya hanya berita sukan, nombor ekor dan rancanan TV sahaja yang boleh dipercayai jika kita membaca Utusan Meloya, yang lain baca boleh percaya jangan.

Peranan Utusan Meloya sebagai pembodek, tukang kempen, pencacai dan pemfitnah untuk mempastikan kuasa Umno/BN menjadikan akhbar ini terus bongkak tidak menghiraukan nasihat dan teguran dari rakyat yang membeli dan menyokong akhbar ini.

Utusan lupa akan amaran yang pernah diberikan oleh Presiden PAS suatu ketika dulu bahawa selagi fitnah, penipuan dan tohmah yang dibuat oleh Utusan terlekat dan dipercayai oleh pembacanya selagi itulah Utusan dan penulis dan pengarang Utusan tersebut berdosa dan ianya tidak diampunkan sehingga mereka meminta maaf dari orang yang difitnah dan diumpat. Bayangkan jika 10 juta rakyat membaca dan percaya dengan fitnah tersebut....macamana mereka nak minta maaf?

Sejak akhir-akhir ini Utusan Meloya me'nyanyi'kan semula lagu-lagu lama iaitu menonjolkan isu-isu perkauman untuk menerbitkan semangat kebencian orang Melayu kepada DAP. Ianya bertujuan untuk memecahkan perpaduan di dalam Pakatan Rakyat yang berjaya membentuk kerajaan di 5 buah negeri.

Ahli Parlimen Seputeh yang juga Exco Kanan Kerajaan Negeri Selangor Teresa Kok menjadi sasaran utama dalam isu azan dan lain-lain.

Saya percaya PAS dan PKR sudah matang dengan taktik Utusan ini. Malah rakyat Malaysia juga sudah tentu sudah masak dengan strategi dan kerja jahat Utusan Meloya ini.

Akhirnya saya menyeru seluruh kerajaan Pakatan Rakyat, agensi-agensinya, seluruh rakyat Malaysia supaya memboikot Utusan Meloya dan semua penerbitan di bawah payung Kumpulan Utusan.

muta ligat

masjid cina..apa kata pemimpin BN?

Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan Kementerian Pelajaran mewujudkan mata pelajaran Fekah Interaksi Antara Agama bagi memupuk keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

Katanya, mata pelajaran yang khusus kepada para pelajar Islam itu akan mendedahkan mereka terhadap prinsip, adab dan hukum Islam ketika berinteraksi dengan kalangan bukan Islam.

"Dalam negara berbilang kaum seperti Malaysia, salah sangka yang semakin meningkat memerlukan mata pelajaran itu disegerakan," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini dan menurutnya cadangan itu pernah diketengahkan pada 2007.

Bernama juga melaporkan bahawa Dr Mohd Asri menyokong cadangan ahli Parlimen Kulim/Bandar Baru, Zulkifli Noordin supaya kerajaan membina sebuah masjid Cina di Kuala Lumpur dengan segala kegiatan dan khutbahnya dalam bahasa Mandarin.

Beliau berharap masjid Cina direalsisasikan agar komuniti itu lebih memahami Islam.

Mahathir: Perwakilan terima ganjaran wang politik hingga RM20,000

coPETALING JAYA: Ketika gejala politik dalam pemilihan Umno hangat diperkatakan, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mendakwa berdasarkan perkembangan semasa setiap perwakilan mampu memperoleh sehingg RM20,000.

Sambil menekankan amalan rasuah dalam UMNO di semua peringkat sudah menjadi buah mulut orang ramai, Dr. Mahathir berkata: "Kata orang melihat kepada jawatan-jawatan yang dipertandingkan tiap seorang wakil boleh dapat hingga RM20,000."

"Ada yang berpendapat tidak apa menerima sogokan tetapi tidak semestinya mengundi penyogok.

"Jangan percaya iman penerima begitu kuat sehingga tidak merasa terhutang budi. Lagipun duit yang diterima adalah duit haram. Yang menerima akan menanggung dosa," kata beliau yang mengulas isu yang sama buat kali kedua dalam seminggu menerusi blognya.

JAWATAN DITENDER

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Lembaga Disiplin Umno akan mengumumkan beberapa tindakan yang akan diambil berhubung politik wang, dalam masa terdekat ini.

Beliau yang kini merupakan calon tunggal untuk jawatan Presiden Umno berkata, parti itu telah menyerahkan mandat kepada jawatankuasa yang dipengerusikan Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Ismail itu untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang didapati mengamalkan politik wang.

Baru-baru ini, anggota Majlis Tertinggi Datuk Seri Dr. Rais Yatim mengesyorkan supaya semua jawatan tertinggi parti Umno dipertandingkan secara "tender" kerana muak dengan gejala politik wang yang didakwa berlaku semasa pemilihan bahagian.

Justeru, dengan sinis Dr. Mahathir, bekas Presiden Umno, yang pernah menyentuh mengenai gejala politik wang dalam perhimpunan-perhimpunan agung Umno sebelum bersara berkata:

"Terimalah. Pedulikan jika semua orang tahu. Apa salahnya. Dosa, dosalah."

"Tetapi seperti disebut apabila pengundi pilihan raya umum sudah benci dan bosan dengan Umno mereka akan undi parti lawan untuk kalahkan Umno.

"Selepas kalah tidak ada lagi jawatan Perdana Menteri, Menteri dan lain-lain. Tidak akan ada lagi kontrak, AP dan lesen.Tidak akan ada lagi nikmat! Semua pihak akan merana, akan dihina oleh orang," katanya.

BANYAK LAPORAN

Dr. Mahathir berkata, beliau menerima banyak laporan berkenaan dengan politik wang dalam Umno.

"Demikianlah keadaan sehingga Datuk Seri Dr. Rais Yatim mencadang secara sinis supaya jawatan-jawatan Majlis Tertinggi ditender.

"Datuk Seri Shahidan Kassim amat marah dan akan tender sebanyak RM1 untuk Rais. Bila makan cili rasa pedas," katanya.

Sambil menambah beliau diberitahu wang banyak digunakan Dr. Mahathir menjelaskan, pada masa lalu cuma ketua-ketua Pemuda bahagian sahaja dapat.

"Ini menyebabkan pemegang jawatan lain dalam pergerakan enggan bekerjasama. Sekarang semua mendapat sogokan dan hasilnya amat memuaskan bagi penyogok.

"Ketua-ketua Bahagian dan ahli jawatankuasa juga dijemput ke Kuala Lumpur untuk berjumpa orang tertentu.

"Mereka di arah supaya mencalonkan orang-orang tertentu untuk Timbalan Presiden, Naib Presiden dan ahli Majlis Tertinggi. Juga pencalonan Ketua Pemuda. Berkesan atau tidak akan kita lihat daripada pencalonan yang dibuat," katanya.

Kini, kata beliau, cawangan dan ahli biasa pun sudah pandai.

MENAWARKAN SOKONGAN

"Mereka menawarkan sokongan mereka jika sekian-sekian banyak dihulur," katanya lagi.

Malah katanya, mereka yang menang boleh jadi Yang Berhormat, ahli Exco, Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, pengerusi syarikat-syarikat Kerajaan dan juga dapat kontrak berjuta Ringgit.

"Ahli biasa yang memberi sokongan dengan undi mereka dapat apa? Dengan kesedaran akan soal ini maka penyokong dan pengundi pula berpendapat mereka juga harus dapat nikmat daripada pemberian undi mereka.

"Maka mereka akan menunggu sogokan sebelum memberi undi mereka," katanya.

Dr. Mahathir menambah, orang ramai sudah jelek dan muak "dengan Umno, orang UMNO dan pemimpin UMNO."

"Perasaan benci kepada Umno sebagai parti yang tidak bermoral merebak ke merata-rata tempat," katanya.

dasar pun parti rasuah!!!!!! guna duit rakyat!!!!!

sapa yang nak hapuskan DEB?

UALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yakin unsur Dasar Ekonomi Baru (DEB), yang berakhir 1990 dan digantikan dengan Dasar Ekonomi Nasional (NEP) pada 1991, boleh dihapuskan secara beransur-ansur.

"Saya sedang berusaha ke arah melaksanakan liberalisasi (unsur-unsur DEB) secara beransur-ansur itu apabila Bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri.

"Dan sukacita saya nyatakan bahawa semakin ramai dalam kalangan mereka kini sudah mempunyai keyakinan untuk bersaing, untuk berjaya di peringkat global dan domestik.

"Dalam tempoh yang tidak terlalu lama lagi, kita dapat saksikan unsur-unsur DEB ini akan diganti," katanya dalam wawancara melalui program "Bloomberg Voices" terbitan Bloomberg TV yang disiarkan secara rakaman di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta memberi pandangan mengenai DEB oleh perantara program berkenaan, Haslinda Amin.

"Saya berpendapat unsur-unsur DEB perlu dibuang secara beransur-ansur dan pada waktu yang sama, sungutan yang berasas dan keperluan setiap masyarakat, perlu diberi perhatian," katanya dalam program 30 minit itu. - Bernama

Harga baru minyak diumum minggu depan

PETALING JAYA 24 Okt. - Kerajaan berkemungkinan mengumumkan harga baru petrol dan diesel pada 30 Oktober atau 1 November ini, berikutan penurunan harga minyak dunia sekarang, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad hari ini. -

Raja Kayu Tinggal Di Malaysia, Tewaskan Kehebatan Kayu Kokka

PORT DICKSON, 24 Okt (Bernama) -- Raja Kayu yang hanya boleh diperoleh dari hutan-hutan pedalaman di Malaysia sebenarnya mempunyai keunikan dan ciri-ciri keistimewaan yang tersendiri.

Seorang pembuat cincin yang juga pakar kayu, Badrulhisham Abdullah, 43, berkata, kayu yang diberi nama Raja Kayu ini mempunyai keajaiban yang boleh dibuktikan "in situ" di hadapan para pembeli kayu atau cincinnya.

"Kalau kayu Kokka dari negara Arab, kita cuma dengar khasiatnya dari mulut penjual atau kenyataan-kenyataan dari dalam internet tetapi ia tidak dapat dibuktikan, berbeza dengan Raja Kayu," katanya ketika ditemui Bernama pada satu eskpo di sini baru-baru ini.

Beliau sendiri hairan dengan sikap masyarakat Melayu yang tidak pernah mencari kehebatan pada kekayaan hutan rimba sendiri tetapi lebih percaya dari cerita mulut ke mulut yang dibuat untuk mengagungkan produk dari luar negara.

"Hebat tidak hebatnya kayu dari hutan kita, perhatikan sahaja masyarakat Orang Asli yang jarang jatuh sakit sedangkan mereka tinggal di hutan. Kayu dan akar dari hutan kitalah yang memberikan mereka segala keajaiban dan ubat-ubatan," katanya.

CAHAYA TEMBUSI KAYU

Kayu Kokka didakwa menjadi bahan untuk membina bahtera Nabi Nuh, namun nama kayu itu sendiri sebenarnya tidak pernah dinyatakan dalam al-Quran.

Pemberita sendiri terpukau melihat keajaiban Raja Kayu itu apabila cahaya dari lampu suluh mampu menembusi kepingannya yang agak tebal sedangkan ujian yang serupa gagal apabila dibuat ke atas kayu lain yang lebih nipis termasuk Kokka.

Raja Kayu juga membuktikan keistimewaannya yang tersendiri apabila penulis meletakkan Raja Kayu bersaiz satu sen (sangat ringan) ke dalam air, ia akan tenggelam seperti batu.

Ujian ketiga dibuat apabila serbuk Raja Kayu digosokkan ke lengan seorang pelanggan, serbuk kayu dari Raja Kayu yang boleh bertindak sebagai ubat itu digosok dengan perlahan sehingga serbuk itu meresap ke dalam kulit pelanggan itu, perkara yang tidak mungkin berlaku pada serbuk kayu lain.

Katanya, selain pergi mencari sendiri, Raja Kayu dibekalkan kepadanya oleh orang-orang Asli yang menetap di Batu 12, Gombak.

POPULAR DI KALANGAN PELANCONG

Pembuat cincin keturunan Cina itu juga merupakan Pegawai Pemasaran untuk Koperasi Asli Selangor Berhad di Gombak berkata, cincin tembaga yang bertakhtakan Raja Kayu sangat popular di kalangan pelancong asing.

Mereka hanya mampu mengucapkan, "Oh my God, Oh my God", selepas menyaksikan demonstrasi Raja Kayu yang dibuat oleh Badrulhisham.

Beliau yang belajar membuat cincin melalui mimpi selepas jatuh sakit sejak tujuh tahun lepas, tidak menggalakkan orang Islam untuk mempercayai perkara-perkara yang syirik dalam cincin.

"Bagi saya cincin sama ada dari kayu atau batu hanyalah satu aksesori. Kalau ada yang percaya ia boleh melindungi pemakainya dari sihir, itu hanyalah satu petua daripada kepercayaan orang dan hanya berlaku dengan izin Allah", katanya.

Beliau menolak sama sekali jika ada pembeli yang meminta beliau membentuk cincin yang mengandungi unsur-unsur khurafat walaupun ditawar dengan harga yang tinggi.

CINCIN KAYU SEMAKIN POPULAR

Setiap bentuk cincin yang dijual mampu mendatangkan perolehan antara RM80 dan RM350 sebentuk kepada Badrulhisham.

Secara purata, beliau memperoleh pendapatan antara RM3,000 dan RM10,000 sebulan sedangkan beliau hanya mengambil masa selama setengah jam untuk membentuk sebuah cincin.

Katanya, harga ditentukan melalui kesukaran untuk memperoleh bahan membuat cincin itu, teknik membuatnya dan unsur kesenian serta keunikan yang ada pada cincin itu.

Beliau juga memberitahu, cincin yang bertakhtakan kayu kini semakin popular menyamai cincin yang menggunakan batu.

Badrulhisham berhasrat untuk mempopularkan hasil hutan rimba Malaysia terutama kayu-kayan dan keunikan penghuninya iaitu Orang Asli.

ANUGERAH ANTARABANGSA

Sambil menunjukkan ukiran kayu "Harimau Berantai", beliau menyatakan, ukiran Harimau Berantai amat memukau dunia barat dan dunia pengukiran kayu apabila pengukir terbabit dari kalangan Orang Asli mampu membentuk seekor harimau dengan mempunyai bola kayu di dalam mulutnya serta rantai yang selang berkait hanya dari setongkol kayu.

"Tidak ada teknik potong atau gam di dalam ukiran Harimau Berantai. Ia menang anugerah antarabangsa pada Pertandingan Kraf Sedunia, Bangkok, pada lapan tahun lepas," katanya.

Ukiran itu dijual pada harga RM5,000 dan Badrulhisham menjangkakan harganya akan melonjak kepada RM25,000 beberapa tahun lagi kerana pengukirnya sendiri sudah sangat tua dan tidak ada penyambung dari generasi pengukir itu seterusnya.

Ukiran Harimau Berantai boleh dilihat pada laman web Koperasi Asli Selangor Berhad.

Susah Nak Cari Pemimpin UMNO Yang Berterus Terang - Malaysiakini



Pencalonan untuk Ketua Pemuda UMNO nampaknya hanya tinggal 3 persaingan selepas Datuk Zahidi Zainul Abidin menarik diri.

Beliau menarik balik hasratnya untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO dengan alasan perkembangan terbaru pencalonan tidak berpihak kepadanya.

Tahniah saya ucapkan kepada beliau kerana berani berterus terang. Sikap sebegini seharusnya menjadi contoh kepada mana-mana calon UMNO yang bertanding terutama Ali Rustam, Mat Taib dan Khir Toyo. Mereka bertiga ini sepatutnya insaf dan bukannya merayu seperti pengemis untuk mendapatkan undi dari UMNO bahagian. Mereka inilah antara yang bakal menjadi perosak kepada Negara pada masa akan datang jika dilantik.

Mereka bertiga tidak pernah berterus terang sebaliknya lebih suka berdalih bahawa dan berkeyakinan mendapat undi pada setiap bahagian. Dengan ini saya pun ingin 'merayu' kepada mereka bertiga agar menarik diri sahaja daripada bertanding. Untuk Ali Rustam, sekarang ni musim hujan di Melaka, eloklah kamu perhatikan kawasan-kawasan yang bakal dinaiki air. Sudah terbukti yang kamu tidak akan mendapat kelayakan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO...Urus Negeri Melaka pun bermasalah masih lagi menanam cita-cita hendak mentadbir Malaysia....pirahhhhhhhhh

http://silembiks.blogspot.com/

Akhbar Utusan Malaysia Elok Di Tukar Kepada Akhbar Hiburan - Malaysiakini


Boikot sahaja akhbar Utusan Malaysia. Saya lebih rela membaca akhbar tersebut di warung makan ataupun di internet daripada membazirkan wang untuk membelinya. Saya akui memang sudah lama saya tidak membeli akhbar yang penuh dengan ilmu putar alam.

Gaya penulisan dan olahan berita yang paling teruk saya baca setakat ini. Penuh dengan ayat-ayat mengampu dan membodek sehingga hendak keluar segala isi perut saya apabila membacanya.

Walaupun sudah bertapak di Malaysia puluhan tahun, akhbar Utusan Malaysia sanggup menjadi akhbar pencacai serta penjilat no. 'wahid' kepada pemimpin UMNO dan BN daripada membentangkan isu yang telus dalam negara. Corak berita yang begitu berat sebelah sehingga menyebabkan saya naik meluat membaca segala intipati yang terdapat didalam akhbar tersebut.

Maklumat yang dibawa jelas menunjukkan kepincangan pihak pengurusan Utusan Malaysia dimana mereka lebih mementingkan kuantiti daripada kualiti. Yang berkualiti hanyalah kisah-kisah artis di dalam dan luar negara. Isu-isu yang berkaitan artis mereka sanggup mengupas sehingga ke lubang cacing. Jika beginilah gayanya, eloklah akhbar Utusan Malaysia ditukar menjadi akhbar Hiburan Malaysia kerana isu artis yang dibawa adalah lebih tepat daripada kisah-kisah benar yang membabitkan masyarakat di Malaysia...

Oleh itu, wajarlah untuk kita semua memboikot akhbar ini daripada membelinya. Biar mereka rasa kesannya akibat suka menyiarkan maklumat-maklumat palsu serta memanaskan lagi isu perkauman yang begitu sensitif dikalangan rakyat di Malaysia....oleh itu marilah 'BOIKOT UTUSAN MALAYSIA'...!!!

10 penyokong Hindraf direman hingga Ahad~malaysiakini


PUTRAJAYA 24 Okt. - Polis memperolehi perintah Mahkamah Majistret Kajang bagi menahan reman 10 penyokong pertubuhan haram, Hindu Rights Action Force (Hindraf) sehingga Ahad ini, bagi membantu siasatan berhubung insiden penyerahan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, semalam.

Majistret Nurdiana Mohd. Nazari membenarkan kesemua mereka direman selama tiga hari bermula hari ini mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Polis sebelum itu memohon supaya kesemua penyokong Hindraf itu direman selama 14 hari bagi membantu siasatan berhubung motif perkumpulan semalam, serta dalang di sebalik penyerahan memorandum menuntut pembebasan tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Dalam prosiding yang berlangsung lebih empat jam, lapan daripadanya direman di mahkamah manakala dua lagi termasuk seorang wanita direman di Hospital Putrajaya. Kelapan-lapan mereka ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya untuk disoal siasat.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 48 Akta Pertubuhan 1966 kerana disyaki bertindak bagi pihak atau membantu pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

Beberapa nama dicadangkan untuk rombakan Kabinet: Tee Keat


PEKAN: Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata beliau sudah mempunyai beberapa nama untuk diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkaitan rombakan Kabinet yang bakal dilakukan.

Bercakap kepada pemberita, di sini, beliau berkata, ia termasuk beberapa nama baru yang akan dicadangkan kepada Perdana Menteri.

"Nama baru (bagi jawatan dalam Kabinet) itu memang sudah ada tapi biarlah kami rahsiakan dulu sehingga ia diumumkan kelak sebaik saya selesai berjumpa dengan Perdana Menteri," katanya mengulas kenyataan Abdullah di Beijing, China semalam.

Ong berkata, beliau akan berjumpa dengan Abdullah bagi membincangkan rombakan Kabinet itu, awal bulan depan.

Beliau berkata, perubahan dalam pucuk pimpinan MCA selepas Perhimpunan Agung MCA, baru-baru ini, mememerlukan rombakan dilakukan.

yang berkata rombakan Kabinet mungkin akan dilakukan dalam masa terdekat berikutan perubahan kepada pucuk pimpinan dalam MCA selepas pemilihan parti itu minggu lalu.

Bagaimanapun Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, Presiden MCA yang baru (Ong), perlu berjumpa dengannya untuk memaklumkan sebarang cadangan perubahan wakil parti itu dalam Kabinet yang mahu dilakukan.

Terdahulu, Ong dianugerahkan Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri pada Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran negeri Pahang Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah ke-78, di Balairung Seri, Istana Abu Bakar, di sini, semalam.

Bagaimanapun Ong berkata, buat masa ini beliau tidak dapat berjumpa Abdullah kerana Perdana Menteri sedang menghadiri Mesyuarat Sidang Kemuncak Asia Eropah (ASEM) ketujuh di Beijing, China.

Beliau yang juga Menteri Pengangkutan berkata, dalam beberapa hari ini, beliau juga akan keluar negara atas beberapa urusan dan kemungkinan untuk bertemu Abdullah dijangka akan dilakukannya awal November depan.

Mengulas mengenai isu tuntutan jawatan Timbalan Pengerusi BN kedua oleh MCA, Tee Kiat berkata, perkara terbabit pernah dibangkitkan Pemuda MCA dan apa-apa keputusan perlu melalui Perdana Menteri.

"Banyak perkara mustahak hendak saya bincangkan dengan Perdana Menteri dan saya amat berharap pertemuan ini akan menghasilkan satu keputusan yang positif untuk kebaikan bersama," katanya.

Mengenai darjah kebesaran SSAP yang dikurniakan kepadanya oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, Ong berkata, anugerah diberikan adalah satu penghormatan yang besar terhadap dirinya.

"Justeru, seperti mana titah Diraja, saya akan berusaha sedaya upaya untuk memajukan rakyat dan negara termasuk di negeri Pahang ini.

Sementara itu, selain Ong, dua menteri Kabinet lain turut menerima kurnia yang sama iaitu Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Syed Hamid Albar Berbohong - HINDRAF


jangan cuba tipu rakyat lagi!~malaysiakini


PETALING JAYA: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad dijangka akan mengumumkan penurunan beberapa harga barang keperluan pengguna yang bukan di bawah kawalan kerajaan hari ini.

Beliau dijangka akan mengumumkan penurunan beberapa barangan keluaran sebuah syarikat pengeluar dan pengilang yang mempunyai pasaran dunia yang agak besar pada pukul3 petang ini dalam sebuah majlis di Subang Jaya.

mStar Online difahamkan, beberapa lagi pengumuman yang sama akan dilakukan pada minggu hadapan berikutan persetujuan beberapa syarikat lain untuk menurunkan harga barang.

Ketika memberitahu mengenai pengumuman tersebut Selasa lalu, Shahrir menyifatkan peratus penurunan harga yang bakal diumumkannya nanti sebagai sesuatu yang mengejutkan.

"Anda akan terkejut dengannya," katanya kepada media di lobi Parlimen.

Semalam, ketika bercakap kepada media di Majlis Jamuan Hari Raya di kementeriannya di Putrajaya, Shahrir berkata, pengumuman hari ini sejajar dengan gesaan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mahu supaya semua industri dan peniaga menterjemahkan penurunan harga komoditi dan minyak melalui pelbagai cara sepatutnya.

Beliau berkata, kementerian telah mengadakan perbincangan mengenai penurunan harga barang dengan semua peniaga pasar raya besar, namun sehingga kini hanya terdapat satu syarikat yang bersetuju.

"Diharap dengan keputusan ini akan diikuti oleh syarikat lain, terutamanya dalam industri bahan makanan keperluan isi rumah," katanya pada di sini, semalam.

Vwaishhnnavi dan ibunya dibebaskan, 10 di mahkamah~malaysiakini

P Vwaishhnnavi, anak saudara tahanan ISA, P Uthayakumar, 6, dan ibunya, K Shanti telah dibebaskan hari ini selepas semalaman di balai polis Putrajaya.

Dua beranak itu bersama 10 orang lagi, ditahan semalam apabila mereka mahu menyerahkan surat kepada pejabat Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, merayu supaya dibebaskan tahanan ISA.

Kedua-duanya dibebaskan lewat malam tadi tetapi mereka enggan meninggalkan balai polis tersebut dan tinggal di situ bersama yang lainnya.

Baki 10 orang lagi dibawa ke Mahkamah Majistret Kajang pagi ini di mana pihak polis dijangka memohon mereka ditahan reman untuk membantu siasatan.

Kawalan keselamatan di kompleks mahkamah adalah ketat di mana terdapat enam trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) serta sebuah trak meriam air.

Kira-kira 50 penyokong dan anggota keluarga mereka yang ditahan turut berada di mahkamah.

Para wartawan pula dilarang masuk ke kompleks mahkamah untuk membuat liputan.

Peguam Amer Hamzah dari jawatankuasa hak asasi manusia Majlis Peguam, yang mewakili 10 tahanan tersebut, kini sedang berhujah berhubung prosiding reman tersebut.

Vwaishhnnavi adalah anak perempuan pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy yang kini tinggal di London.

Polis: Vwaishhnnavi tidak ditahan

wahthamoorthy daughter memo 220108 w vwaishhnnavi

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman memberitahu Malaysiakini semalam bahawa lapan lelaki dan tiga wanita ditahan dalam insiden tersebut.

Beliau menjelaskan bahawa Vwaishhnnavi tidak ditahan dan berada berada ibunya.

Menurut polis, mereka yang ditahan itu sedang disiasat di bawah Akta Pertubuhan ekoran tindakan Kementerian Dalam Negeri mengharamkan Hindraf pada 15 Oktober lalu.

Penyelaras Badan Pemantau Polis, S Jayathas, yang turut ditahan, mendakwa diberitahu bahawa mereka merupakan sebahagian daripada perhimpunan haram kerana berkumpul dekat pintu masuk bangunan tersebut.

"Kami cuba mendapatkan kebenaran daripada pengawal keselamatan untuk membolehkan Vwaishhnnavi menyerahkan suratnya. Mereka berkata, kami dari Hindraf, tetapi kami bertegas bahawa kami adalah 'kumpulan prihatin kaum India' yang menemani Vwaishnnavi," kata Jayathas semalam.

12 Aktivis Hindraf Ditahan Di Perkarangan Pejabat PM - Malaysiakini


12 Aktivis Hindraf termasuk seorang kanak-kanak diantara yang ditahan petang ini ketika menyerahkan memorandum rayuan kepada Perdana Menteri bagi membebaskan lima pemimpin mereka yang ditahan di bawah ISA

Memo kepada PM: 12 aktivis Hindraf ditahan

PUTRAJAYA, 23 OKTOBER (SK) - 12 Aktivis Hindraf termasuk seorang kanak-kanak diantara yang ditahan petang ini ketika menyerahkan memorandum rayuan kepada Perdana Menteri bagi membebaskan lima pemimpin mereka yang ditahan di bawah ISA

Menurut wartawan kami, sekurang-kurangnya 50 orang anggota polis preman berkawal di perkarangan Pejabat Perdana Menteri.

Diantara yang ditahan ialah isteri kepada pemimpin Hindaf Waytha Moorthy, Shanty serta anak perempuan mereka dan Kordinator Hindraf S Jayatas.

11 alleged Hindraf supporters held

11 people were arrested when they attempted to submit a letter at Prime Minister Department’s office in Putrajaya today.

"“We were trying to obtain permission from the security guards for Vwaishhnnavi to submit her letter. They said that we were from Hindraf, but we insisted that we were concerned Indians who were accompanying Vwaishnnavi,” said Police Watch Malaysia coordinator S Jayathas, who was also held.


Vwaishnnavi, the six-year-old niece of detained Hindraf leader P Uthayakumar was with the group when they were held.

Kuala Lumpur police chief Muhammad Sabtu Osman confirmed the arrest of eight men and three women during the incident. He clarified that Vwaishhnnavi has not been arrested and is in her mother’s care.

Details at ; malaysiakini

11 penyokong Hindraf ditahan

KUALA LUMPUR: Sebelas orang penyokong Hindu Rights Action Force (Hindraf) ditahan ketika ingin menyerahkan surat jemputan ke jamuan Hari Deepavali di pejabat Perdana Menteri di Putrajaya di sini kira-kira pukul 3.30 petang tadi.

Semasa kejadian mereka bersama seorang kanak-kanak perempuan berumur enam tahun yang juga anak saudara pemimpin Hindraf, P. Uthayakumar pergi ke Pejabat Perdana Menteri kira-kira pukul 11.30 pagi, sebelum ditahan kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kini berada di Beijing, China sempena Persidangan Asia-Eropah kali ke-tujuh.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata semua lapan lelaki dan tiga perempuan disiasat di bawah Akta Pertubuhan 1966 (Seksyen 48) kerana bertindak bagi pihak atau mewakili mana-mana pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

"Kesemua mereka sedang disoal siasat di Ibu Pejabat Polis Putrajaya dan akan dibebaskan secepat mungkin," katanya ketika dihubungi.

Beliau menafikan sebuah laman web (Malaysiakini) yang mendakwa kanak-kanak tersebut turut ditahan polis sebaliknya kanak-kanak itu tidak ditahan.

Hindraf telah diwartakan sebagai sebuah pertubuhan haram oleh Kementerian Dalam Negeri. BERNAMA

Semasa

Hiburan

Sukan

 

© Copyright Kerabu Bersuara 2007 -2013 | Design by Kerabu Bersuara | Published by Kerabu Bersuara Group | Powered by Blogger.com.