News Update :

Politik

Kenyataan

Agama

Dunia

SELEPAS HUDUD, AWAS SATU LAGI PERANGKAP BUAT PAS

December 30, 2008


Tindakan sebuah NGO iaitu PEWARIS menyerahkan memorandum bantahan pertubuhan tersebut kepada pemimpin PAS berkaitan penternakan dan ladang babi di negara ini merupakan satu kemenangan moral kepada PAS. Ini membawa erti bahawa PEWARIS akhirnya bersetuju bahawa PAS adalah parti yang boleh diharapkan setelah pertubuhan tersebut mengaku gagal mendapat perhatian sewajarnya dari UMNO. Kita jangan terlalu cepat melihat tindakan PEWARIS ini mempunyai muslihat tertentu, apatah lagi disaat PAS akan menghadapi Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu tidak berapa minggu lagi. Meskipun kita sedar bahawa undi kaum Cina di Kuala Terengganu adalah undi penentu samada PAS mampu merampas kerusi tersebut atau tidak, tetapi jangan pula kita terlalu cepat melatah dengan tindakan `di luar jangkaan' dari PEWARIS ini.

Umumnya mengetahui bahawa PEWARIS telah mula menonjol serta mendapat publisiti meluas samada di media-media mahupun di dalam blog-blog internet selepas Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu. Sebelum ini, nama PEWARIS seperti juga PESAKA hampir tidak diketahui oleh kebanyakan orang. Sering dapat diperhatikan, PEWARIS sejak kebelakangan ini seolah-olah bersuara menggunakan `lidah UMNO'. Agak pelik juga apabila PEWARIS banyak `mempromosikan' dasar-dasar UMNO, tetapi UMNO gagal membantu PEWARIS berkaitan isu sekecil ini sehingga terpaksa mereka menemui pemimpin PAS pula. Memang pelik, tetapi sekali lagi diingatkan agar kita tidak mudah berfikiran negatif terhadap `nawaitu' PEWARIS ini. Kadangkala terlintas juga di hati, apakah tindakan tersebut berupa satu `perangkap' agar pengundi-pengundi Cina di Kuala Terengganu mula berfikiran serong terhadap PAS sekiranya PAS membantu PEWARIS dalam tuntutan mereka. Apa pun, niat PEWARIS tidak kita ketahui, cuma perlu kita bersangka baik terhadap mereka.

Alangkah baiknya jika PAS memberitahu kepada PEWARIS yang selama ini berjuang habis-habisan mempertahankan akta zalim ISA, agar turut bersama PAS berjuang untuk menghapuskan Akta ISA ini. Perjuangan untuk menghapuskan Akta ISA adalah lebih penting demi kesejahteraan rakyat, lebih-lebih lagi undang-undang rimba tersebut bertentangan dengan hukum Islam. Mengapa perjuangan untuk menghapuskan Akta ISA ini tidak mendapat sokongan dari PEWARIS malahan pertubuhan tersebut secara terbuka menyatakan sokongannya untuk mempertahankan akta tersebut ? Oleh yang demikian, perlu difikirkan kembali wajarkah PAS membantu PEWARIS dalam isu remeh temeh seperti penternakan babi sedangkan dalam masa yang sama usaha PAS dan Pakatan Rakyat untuk berjuang dalam isu yang lebih besar seperti Akta ISA, isu pengajaran Sains dan Metamatik dalam Bahasa Inggeris dan beberapa isu lain yang melibatkan kepentingan besar rakyat tidak mendapat sokongan dari PEWARIS. Sewajarnya PEWARIS turut menyokong usaha Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor kerana sedang berusaha menyediakan plan atau rancangan penternakan babi secara moden tidak sepertimana yang terdapat di Melaka, contohnya.

Akhirnya, suka atau tidak, benar atau salah, fikiran kita lebih cenderung untuk mengatakan tindakan PEWARIS menghantar memorandum ini kepada PAS di saat-saat PAS menghadapi Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu boleh dikatakan seperti ` ada udang di sebalik batu'. PAS hampir terperangkap dengan isu Hukum Hudud baru-baru ini, tetapi barang diingat musuh PAS tidak akan boleh tidor lena selagi rakyat tidak membenci PAS dan PAS dilihat semakin intim dengan parti-parti di dalam Pakatan Rakyat..

Mesir, Saudi dilapor bersekongkol mengganasi Gaza

Roads to Iraq mendakwa, Mesir dan Arab Saudi bersekongkol dengan Israel mengganasi Gaza. Ketua perisikan Mesir, Amro Suleiman dilaporkan menerima maklumat serangan itu dari Menteri Luar Israel, Tzipi Livni. Beliau kemudiannya menyampaikan maklumat itu kepada negara-negara Arab yang lain. Bagaimanapun, beliau didakwa membohongi Hamas kononnya Israel bersedia untuk berunding. Akhbar propaganda Saudi, Al-Sharq Al-Awsat pula dilaporkan oleh Roads to Iraq menyiarkan temubual dengan Simon Perez di mana pengganas itu menyatakan: "Rantau ini bersedia untuk perdamaian dan kami tidak akan masuk ke wilayah Gaza".

Lama web Syria pula melaporkan salah seorang pemimpin Hamas, Mahmoud Al-Zahhar menuduh Mesir bersekongkol dengan Israel memperdayakan Hamas di Gaza.

Menurut Roads to Iraq lagi, Aljazeera melaporkan bahawa sayap bersenjata Palestin menuduh negara-negara Arab bersekongkol dalam serangan ke atas Gaza. Akhbar Israel, Ma'an pula melaporkan bahawa negara-negara Arab memberikan lampu hijau kepada Israel untuk menghapuskan para pemimpin Hamas.

Tindakan Mesir menyekat sempadan di Rafah juga dikaitkan dengan maklumat awal yang diberikan Israel. (Tulisan dalam imej agensi berita Ma'an di atas menyatakan, negara-negara Arab mempersetujui rancangan Israel melakukan pembunuhan di Gaza)
Saudi Arabia - Egypt ally with Israel to attack Gaza

Roads to Iraq (27/12/08): Not only Egypt participated in the attack on Gaza by pre-informed on attack date, just reported on Al-Quds Al-Arabi that Livni informed the head if the Egyptian intelligence Amro Suleiman who in his turn informed other Arab countries, but told Hamas that Israel is ready for the peace negotiatioSauns.

Saudi Arabia deployed its media to legitimize the attack. One hour after the Al-Arabiya TV broadcast an interview with the terrorist Olmert, Saudi propaganda newspaper Al-Sharq Al-Awsat published an interview with another Israeli terrorist Simon Perez who said the following: The region ready for peace and we will not enter Gaza.

Genocide in Gaza just started, blessed by Arab countries

Roads to Iraq (27/12/08): Nothing new in Aljazeera report today that Palestinian armed factions accused Arab countries with participating in the attack on Gaza. Israeli newspapers already reported the Green Light given by Arab countries to eliminate Hamas leaders.

Do you think that Egyptian reinforcement on Rafah-Crossing was coincidence or already tipped off? But Hamas also tipped off by an Arab official who also revealed that the Israeli plan is to target the institutions of Gaza authority, and to invade the region, not to mention the assasination of Hamas leaders.

By the way: According to the Israeli military, the military operation will take 15 days.

In Response to Gaza Offensive, Syrian and Hamas Media Lambast Egypt, Saudi Arabia

The Memri Blog (28/12/08): The Syrian and Hamas media have responded to the Gaza attack with harsh criticism against Egypt and Saudi Arabia. An editorial in the Syrian website www.champress.net accused the Syrian and Saudi leaders of collaborating with Israel in the spilling of Palestinian blood. The Syrian government daily Teshreen stated in an editorial that "certain Arab leaders" regarded Israel as a strategic ally and were helping it to annihilate the resistance movements in Palestine and Lebanon. Associates of Hamas leader Mahmoud Al-Zahhar accused Egypt of collaborating with Israel in deceiving the Hamas in Gaza.

Sources: www.champress.net, December 27, 2008; Teshreen (Syria), December 28, 2008; Teshreen (Syria), December 28, 2008; Al-Quds Al-Arabi (London), December 27, 2008.

Egyptian official lying through his teeth

Roads to Iraq (28/12/08): Reported on Aljazeera that Egypt keeps blocking Rafah-Crossing, not allowing the humanitarian aid to enter Gaza, Aljazeera anchor asked an Egyptian official why? He answered: For logistic reasons.

A Lebanese military expert said that the Egyptian official is lying, Egypt knows that an Israeli ground campaign on its way, this is the reason behind the blockade.

The lebanese expects that Hamas will use Hizbollah’s 2006 war tactics against the Israeli military.

Israeli military preparing to assassinate Gaza leaders

Ma'an (18/12/08): Assassinating Hamas leaders is one option being explored as Israeli troops prepare for the end of the ceasefire, according to a Thursday report in the Israeli daily paper Maariv.

The paper quoted military sources as saying Arab countries advised Israel to assassinate major Hamas leaders if they reject the truce.

The story appeared on page two of the Hebrew paper and claims un-named Arab states have given Israel the 'green-light' to use extra-judicial means to ensure the disappearance of Hamas leaders in case the party refuses to extend the truce.

The article, by Israeli journalists Ben Kesbit and Amir Raybot, claimed that Arab heads of state sent secret letters to the Israeli government. They hinted that the assassination planning was a major factor regarding why no major military action has been undertaken so far.

Those listed as candidates for assassination are:

De facto Prime Minister in Gaza Ismail Haniyeh
De facto Minister of the Interior Sai'd Siyam
De facto Minister of Foreign Affairs Mahmoud Az-Zahhar
Head of the military wing of Hamas in the Gaza Strip (The Al-Qassam Brigades) Ahmad Aj-Ja’bary
Member of the Palestinian Legislative Council and leader of the Popular Committee against the Siege in Gaza Dr Jamal Al-Khudari
Secondary leaders in the Al-Qassam Brigades Ibrahim Ghandur and Muhammad Deif, who have both survived several assassination attempts, were also on the list.

The Egyptian-brokered ceasefire is set to end on Friday.


bakaq penarik beca

Ya Allah selamatkan saudara-saudara kami di Palestin


Demonstrators shout slogans during a protest against Israeli attacks on Gaza in front of the Israeli embassy in Madrid December 28, 2008.  REUTERS/Juan Medina (SPAIN)

Demonstrators shout slogans during a protest against Israeli attacks on Gaza in front of the Israeli embassy in Madrid December 28, 2008. REUTERS/Juan Medina (SPAIN)

Demonstrators shout slogans during a protest against Israeli attacks on Gaza in front of Israel's embassy in Ankara December 28, 2008. Protesters demanded that the Turkish government ends all kinds of relations with the Israeli government. REUTERS/Umit Bektas (TURKEY)

Demonstrators shout slogans during a protest against Israeli attacks on Gaza in front of Israel's embassy in Ankara December 28, 2008. Protesters demanded that the Turkish government ends all kinds of relations with the Israeli government. REUTERS/Umit Bektas (TURKEY)

Demonstrators shout slogans in Istanbul December 28, 2008 during a protest against Israeli attacks on Gaza. Israel destroyed Hamas's main Gaza security complex in an air strike on Sunday and prepared for a possible invasion of the territory after killing more than 280 Palestinians in the first 24 hours of a powerful offensive.  REUTERS/Osman Orsal (TURKEY)

Demonstrators shout slogans in Istanbul December 28, 2008 during a protest against Israeli attacks on Gaza. Israel destroyed Hamas's main Gaza security complex in an air strike on Sunday and prepared for a possible invasion of the territory after killing more than 280 Palestinians in the first 24 hours of a powerful offensive. REUTERS/Osman Orsal (TURKEY)

Ya Allah selamatkan saudara-saudara kami di Palestin

Disaat saya menulis posting ini regim haram zionis Israel masih lagi berkeras kepala melancarkan serangan udara mereka ke atas bumi Gaza yang ditadbir oleh HAMAS di Palestin. Terbaru setakat ini menurut agensi berita antarabangsa lebih 225 orang telah syahid dan beratus-ratus lagi cedera dan musnah sama-sekali tempat tinggal mereka.

Bom dan peluru berpandu dilancarkan ke atas bumi yang sesak dan padat dengan penduduk. Rakyat Palestin di Gaza kini disekat dari pelbagai penjuru, makanan kurang, bahanapi kurang, ekonomi tidak menentu, dan dalam keadaan begitu binatang bernama regim zionis ini dengan senang hati menggunakan teknologi dan kekuatan ketenteraan mereka memusnahkan saudara-saudara kita yang lemah dan tidak berdosa itu.

Maghrib tadi kita telah memasuki ke tahun Hijrah yang baru, mengingati betapa Rasulullah saw dan para sahabat bersusah-payah berkorban menyeberangi bahang padang pasir, meninggalkan Makkah menuju Madinah dan akhirnya menegakkan Daulah Islamiyah yang pertama, itu 1430 tahun yang lalu. Tetapi hari ini segala yang ditegakkan oleh Baginda kita biarkan begitu sahaja, darah umat yang dicintai Rasulullah saw itu kita biarkan tertitis dan tertumpah ke bumi tanpa pembelaan, malah seolah kita tidak berupaya melakukan apa-apa, cuma menjadi penonton yang bisu dan bacul.

Regim haram ini bagaikan mencabar umat Islam, ya disambutan Awal Muharam kamu, kami musnahkan dan bunuh saudara-saudara kamu, apa yang boleh kamu lakukan? Kamu mungkin ramai, kaya tetapi kekuatan kamu itu tidak mampu mengusik kami walau sehelai rambut kami!

Saya sendiri yang menulis ini sekadar boleh melayan luapan darah panas dalam tubuh melihatkan kedurjanaan ini berlaku, tetapi apakah yang boleh kita lakukan terhadap bangsa jahanam ini?

Mudah-mudahan Allah swt menggerakkan hati pemimpin-pemimpin negara-negara Islam agar bersatu, mengenepikan perbezaan dan perbalahan, menumpukan sepenuh kekuatan, membela saudara-saudara kita di Palestin dan mengajar regim haram ini. Mudah-mudahan Allah swt memberikan kekuatan kepada saudara-sauadara kita yang dizalimi itu, lindungi mereka, pelihara mereka.

Subuh nanti bacakan qunut nazilah dan terus bacakan saban hari sehingga hancur musnah musuh-musuh Allah ini:

Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka

Ya Allah,Leburkanlah kumpulan2 mereka Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka.Goncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka.

Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa. Wahai Tuhan Yang Penuh Raksasa Wahai Tuhan Yang Bersifat Murka.

Ya Allah Ya Allah Ya Allah
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab, Wahai Tuhan yang mengarakkan awan Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab, kalahkan mereka. Kalahkan mereka Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.

http://n32.blogspot.com

bodohnya pemikiran samy

SEORANG pemimpin MIC yang kalah dalam pilihan raya umum lalu di satu kawasan Parlimen di negeri Perak telah meminta Anwar Ibrahim menyatakan pendiriannya mengenai hudud. Mungkin dalam kepala pemimpin itu Anwar orang paling layak untuk bercakap bagi menghentikan isu hudud yang berlaku antara DAP dan Pas yang telah dimanipulasikan Umno dan media kroninya.

Saya tidak faham dan mungkin ramai orang tidak mengerti kenapa pemimpin parti India itu meminta Anwar membuat pendirian? Mungkin dia tidak faham bahasa Melayu. Kalau pemimpin ini membaca akhbar berbahasa Melayu, Utusan Malaysia atau Berita Harian dia sudah dapat membuat kesimpulan sendiri mengenai isu hudud.

Sejak isu itu meletus di Kota Bharu minggu lepas, bermacam-macam orang bercakap mengenai hudud. Mereka yang tidak arif mengenai Islam dan tidak mengamalkan syariah Islam yang mudah dan ringkas pun turut bercakap mengenai hudud. Semuanya mencuri peluang untuk mempopularkan diri dan menunjukkan pakar dan alim tentang hudud.

Baik pemimpin Pas, Umno semuanya bercakap, tidak kurang juga golongan akademik yang menjadi penyambung mulut parti pembangkang dan kerajan semuanya bercakap dan mengulas mengenai hukum hudud. Apakah pemimpin India itu naif sangat kefahamannya?

Kerana itu saya fikir pemimpin India yang kalah dan tergilakan talak itu cuba memerangkap Anwar dalam isu hudud ini. Kalau itu tujuannya beliau silap. Anwar bukan semudah itu untuk menuruti rentak dan paluan gendang kebudak-budakan pemimpin berkenaan. Saya sangat bersetuju kalau Anwar tidak memberi reaksi kepada isu hudud.

Kata pemimpin India itu Anwar perlu menjelaskan kerana masyarakat bukan Islam dalam parti PKR tidak memahaminya. Sebenarnya di sini yang tidak faham bukan masyarakat India dalam PKR tetapi pemimpin India itu sendiri. Saya yakin masyarakat India dalam PKR sudah faham mengenai hukum hudud sebab itu tidak ada siapa pun dari kalangan mereka meminta dan mendesak Anwar menjelaskannya.

Sebenarnya isu seperti hudud yang dipolitikkan itu bukan perkara penting untuk disentuh Anwar. Anwar ada agenda dan tugas lebih besar dari berkecamuk dalam polimek pician seperti hudud itu. Tugas Anwar merubah negara bukannya memikirkan soal titik bengkit yang timbul mengikut musim.

Perlantikannya sebagai Pengerusi PKR Sabah dan Sarawak adalah cabaran buatnya. Tugas itu penting kerana apa-apa perubahan dan kejayaan di Sabah dan Sawarak bakal merubah landskap politik Malaysia. Jadi eloklah kalau Anwar memberi tumpuan sepenuhnya kepada kedua negeri berkenaan.

Sambutan dan pentunjuk-pentunjuk baru yang berlaku dikedua negeri itu memberi harapan dan sinar baru ia akan dapat menyambungkan projek 16 September yang terbangkalai itu. Projek itu yang sudah dimulakan di mana tapaknya sudah dipiling kena diteruskan juga walau dalam keadaan apa sekalipun.

Yang jelasnya rakyat sudah merasakan tidak selamat dengan kediaman (kerajaan) yang ada hari ini yang keadaanya sama dengan rumah-rumah mewah di Bukit Antarabangsa, Ulu Kelang. Hakisan yang berlaku dari bawah berupa rasuah, penyelewengan salah gunakan kuasa dan sebagainya ibarat hakisan tanah di bawah kediaman di Bukit Antarabangsa itu. Ia menanti masa saja untuk merudum.

Kepada pemimpin parti India berkenaan kalau beliau mahu tahu kesimpulan mengenai hudud sila baca akhbar-akhabr berkenaan yang disebutkan. Buat kesimpulan sendiri. Masakan setelah lebih 25 tahun jadi menteri masih belum memahami bahasa Melayu dan gelagat politik Malaysia.

Saya percaya akhabr Tamil yang menjadi kegemarannya tidak berjaya menghuraikan persoalan hudud dengan tepatnya. Mungkin masalah istilah atau frasa-frasa digunakan dalam kanun itu tidak begitu difahaminya.Ataupun kalau terdesak sangat nak tahu mengenai hudud bukalah gelanggang dan jemput ahli panel terdiri daripada Pas dan lain-lain parti untuk menjelaskannya.

Maka disini adalah elok kalau Anwar jangan melayan pemimpin berkenaan. Biarkanlah isu hudud itu berkecamuk antara Pas dengan DAP dan Umno. PKR jangan masuk campur dan tumpukan kepada isu-isu yang lebih besar dan lebih penting. Selain menumpukan Sarawak dan Sabah, misalnya bagaimana PKR memastikan kerusi Kuala Terengganu akan jatuh kepada Pas dalam pilihan raya kecil itu nanti.

Kejayaan Kuala Terengganu memberi erti dan makna besar kepada Pakatan Rakyat. Apa lagi kalau kejayaan itu nanti kerana komitmen dan saham PKR yang besar. Anwar awal-awal lagi menyatakan PKR akan membantu Pas memenangi kerusi berkenaan ini merupakan satu pentada baik dan menggambarkan semangat politik yang ada kepada Anwar.

Apa yang dilahirkan itu mennjukkan ketulusan dan standard politik yang ada kepadanya. Beliau sedikitpun tidak mengungkitkan apa yang Pas Terengganu lakukan kepadanya samasa pilihan raya kecil Permatang Pauh Ogos lalu. Hendaknya apabila Pas selesai megumumkan calonnya nanti, Anwar dan anak buahnya akan berarak ke Kuala Terengganu.

Bagi Pas Terengganu mereka harus melupakan dan membuang rasa tidak senang hati terhadap Anwar sebelum ini. Seperti mana yang saya catatkan sebelum ini pilihan raya kecil Kuala Terengganu hendaklah dijadikan titik mula baru untuk Pakatan Rakyat, khasnya antara Pas dengan PKR dalam mengetatkan semula ikatan dan perkuatkan semangat untuk menghadapi pilihan raya ke-13. Sesungguhnya Pas tidak ada pilihan lain yang disukai rakyat melainkan terus bersama Pakatan Rakyat.

Projek terbangklai 16 September hendaklah diteruskan sebelum ianya terpaksa diserahkan kepada “Khazanah Nasional” untuk diurustadbirkan. Pas boleh memastikan bagi mengelakkan ini daripada berlaku. Saya yakin gema untuk menjatuhkan kerajaan BN akan kuat kembali apabila Kuala Terengganu dapat ditawan secara bersama oleh Pakatan Rakyat.

mso

Nik Aziz: Sampai masanya hudud di terima


Kuala Terengganu – Suatu masa nanti, akan tiba masanya dimana semua pihak akan menerima perlaksanaan undang-undang Islam termasuk Hudud dan Qisas.

“Tak apalah, akan sampai masanya, kita tanam ubi kalau ubi setela kan, ubi keledek ni tiga bulan boleh makan, tapi kalau tanam kelapa sepuluh tahun boleh makan,

“projek besar kita tengok, Islam ni projek besar, sepuluh tahun dua puluh tahun, nabi Muhammad 23 tahun, saya ni dua puluh tahun doh, pelik apa kalau lambat sikit,” kata Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz Nik Mat kepada para wartawan selepas Majlis Pelancaran Jentera Bantuan dari Negeri Kelantan bagi Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu, di Masjid Hiliran, di sini semalam.

Beliau berkata setiap undi yang diberikan kepada PAS akan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT kerana PAS adalahsebuah parti yang memperjuangkan Islam berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.

”Kita tak boleh beri pahala, pahala mari dari Allah, Allah berikan siapa yang ikhlas kepada dia (baca ayat Quran) berabdi dengan penuh ikhlas kalau abdi tidak ikhlas tak boleh pahala,

“UMNO awal-awal lagi tolak Islam, ambil kebangsaan, sudahlah begitu dia lawan pulak PAS parti yang terang-terang sebut al-Quran dan Hadis, macamana boleh pahala,

“Sebab itu dia bagi duit, dia ganti dengan duit, ganti duit dengan pahala,”katanya ketika menjelaskan kenyataan dalam ucapannya dalam majlis tersebut yang menegaskan bahawa paa pengundi yang mengundi PAS akan diberi ganjaran pahala.

Sehubungan dengan itu beliau berkata tidak ada sebab bagi orang-orang Melayu Islam mengundi calun UMNO kerana UMNO terlalu banyak kelemahan dan tidak patut wujud.

“Tentulah (UMNO beri duit untuk minta sokongan), kalau tak beri duit kerana apa nak sokong dia, (buat) pembangunan, PAS boleh buat pembangunan, Pakatan Rakyat boleh buat pembangunan, nak jaga Melayu, dia jaga PAS lebih jaga lagi, kerana PAS ni jaga (Melayu) dari dunia sampai akhirat,

“UMNO dia tolak Islam, dia tak sampai akhirat, dia jaga setakat dunia sahaja, ini kelemahan-kelemahan UMNO, dia tak patut wujud atas muka dunia ni,”kata beliau yang turut yakin dengan kemenangan PAS dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu.

Keyakinan beliau adalah berdasarkan kepada sokongan semua pihak yang semakinmeningkat kepada PAS kini berbanding dengan beberapa tahun lalu.

”Tentulah (menang), kalau menang kita boleh dua, pahala pun dapat, negeri kita memerintah, kalau tak menang, kita dapat pahala, tak apa tak rugi (baca ayat Quran) hei orang kafir, mu nak tunggu apa kami, tunggu satu daripada dua baik, kalau kita menang AlhamduliLlah, negeri kita perintah, kalau kita tak

menang, kita boleh pahala tak apa lah tahun depan kita dapat lain,”

“benda-benda hok (yang) PAS kata sekarang ni banyak dah orang terima, dulu, ni cerita (pasal) Hudud lah kan, terima Hudud, dulu usahkan Hudud, sebut kata politik Islam pun orang tak boleh terima, sekarang ni Melayu PAS pun terima, Melayu UMNO banyak sokong PAS dah sekarang ni, Cina pun sokong,”katanya.

Justeru beliau berharap semua warga Parlimen Kuala Terengganu akan mengundi calun PAS pada 17 Januari depan.

“Saya berdoa kepada Allah dan minta rakyat semua, Cina Melayu PAS dan UMNO sokong calun PAS, usahkan orang PAS, UMNO pun saya minta untuk sokong (calun PAS),”tambahnya

jom sertai pas

Hadi Awang: Sukar laksana Hudud - Malaysiakini

SHAH ALAM: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengakui sukar untuk melaksanakan undang-undang hudud dan qisas di negara ini kerana ia hanya boleh dilakukan jika rakyat negara ini berada dalam keadaan yang stabil.

Malah, beliau juga mengakui bahawa bukan mudah untuk melaksanakan hukum hudud memandangkan negara dan rakyat berhadapan dengan pelbagai masalah.

Kata Ustaz Abdul Hadi, situasi ekonomi semasa dan pengangguran di kalangan rakyat negara ini menghalang hudud daripada dilaksanakan.

Ditanya sama ada PAS akan membawa usul mengenai pelaksanaan hukum Hudud di Parlimen untuk dibahaskan, beliau yang juga anggota Dewan Rakyat berkata, belum tiba masanya untuk berbuat demikian.

"Masalah pengangguran masih ada lagi dan untuk laksanakan hukum ini kedudukan rakyat Malaysia mesti stabil contohnya daripada segi pendidikan, kehidupan, dan hubungan keluarga juga kena dijaga," katanya.

Katanya, kebimbangan yang dilahirkan oleh segelintir rakyat negara ini sama seperti mentaliti kampung ketika era 1950-an.

Mentaliti kampung tahun 1950-an menyaksikan orang ramai khuatir untuk ke hospital kerana mereka bimbang sebaik sahaja melangkah ke hospital, mereka akan dibedah.

Terdahulu beliau merasmikan kempen 'Jom Sertai Pas' di Dataran Shah Alam di sini hari ini lapor akhbar mStar

Kata beliau, masyarakat bukan Islam tidak seharusnya berasa bimbang jika hukum hudud dilaksanakan di negara ini kerana pelaksanaannya hanya melibatkan kalangan yang beragama Islam.

Beliau berkata, golongan bukan Islam sebaliknya boleh memilih undang-undang yang mereka mahu seperti yang telah tertulis dalam Undang-undang Kanun Jenayah Syariah Kelantan dan Terengganu.

"PAS tak perlu terangkan (tentang hukum Hudud) kerana undang-undang ini tiada kena mengena dengan orang bukan Islam.

"Pada kita, tidak timbul lagi soal hudud kerana ia telah diluluskan di DUN (Dewan Undangan Negeri) Kelantan sejak tahun 90-an lagi dan di Terengganu pula telah diwartakan," katanya.

kerajaan yang lemah!!!

Blog Adibah telah selamat dihilangkan dari tapak blogger.com. terima kasih para bloggers yang telah bersama-sama menjayakan kempen "flag this blog" dan hasilnya dalam masa tak sampai 24 jam.

Blog yang baru dibina dan menjadi blogger sejak bulan Disember 2008, kini telah mencapai lebih 8000 pengunjung yang ingin melihat anak siapakah gerangan yang begitu biadap dan kurang ajar. Kehebatannya ialah ia berani meletakkan no telefon untuk dihubungi.

Semoga diberi taufik dan hidayah dan dijauhi dari kemurkaan ALlah. Bertaubatlah sebelum terlambat.

Di atas merupakan posting yang terdapat dalam blog laknat ini. Contoh gambar telah diambil sebagai bukti kebobrokan blog ini.

Utusan :
Laman blog menghina Nabi Muhammad

KT : Amaran Kepada UMNO/Barisan Nasional - Malaysiakini


Sila klik di [Sini]

Usah Bermain Politik Dengan Isu Hudud dan Qisas


Kuala Terengganu - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Terengganu tidak teragak-agak untuk mengadap dan menghantar memorandum kepada Duli Yang Mulia Sultan Terengganu, sekiranya UMNO/Barisan Nasional tidak menghentikan permainan politik murahan berkaitan isu hukum Hudud dan Qisas

Ketuanya, Fariz Musa berkata isu Hudud dan Qisas tersebut sengaja ditimbulkan oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaludin dengan tujuan memerangkap Naib Presiden PAS Datuk Paduka Husam Musa dan menimbulkan polemik khususnya di kalangan masyarakat bukan Islam ketika berdebat di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.

“Tujuan Khairy tidak lain adalah untuk menakut-nakutkan masyarakat Cina khusus di Parlimen Kuala Terengganu yang akan menghadapi Pilihanraya Kecil tidak lama lagi,”katanya dalam sidang media yang diadakan di pejabat Perhubungan Parti Keadilan Rakyat Terengganu, Gong Kapas, dekat sini semalam.

Beliau berkata isu Hudud dan Qisas tidak perlu dipolitikkan oleh UMNO/Barisan Nasional kerana ianya merupakan isu yang lapuk dan tidak akan memberikan apa-apa kesan kepada para pengundi berketurunan Cina di Kuala Terengganu dan rakyat Terengganu amnya.

Katanya ia adalah kerana masyarakat keturunan Cina khususnya dan rakyat Terengganu amnya tidak jahil, telah arif dan matang berkaitan Hudud dan Qisas kerana mereka telah diberikan pengetahuan dan penjelasan oleh Kerajaan Negeri Terengganu sewaktu PAS memerintah Negeri Terengganu.

“Kerajaan PAS Terengganu telah membawa Enakmen Kesalahan Jenayah Hudud dan Qisas Terengganu 2002 kedalam Dewan Undangan Negeri dan diluluskan sebulat suara. Enakmen tersebut juga telah mendapat perkenan Sultan Terengganu, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin pada 2 September 2002 dan kemudiannya diwartakan pada 25 September 2002,”

“Walaupun masih belum berkuatkuasa namun kerajaan UMNO/Barisan Nasional yang merampas kembali pemerintahan dari PAS pada tahun 2004 tidak menolak dan meminda Enakmen tersebut, dimana dalam kerajaan UMNO/Barisan Nasional itu termasuk seorang wakil bukan Islam iaitu dari MCA,”jelas Fariz

Katanya wakil MCA tersebut sehingga hari ini tidak pernah menyuarakan apa-apa ketidakpuasan hati terhadap Enakmen itu yang telah menjadi sebahagian daripada undang-undang bagi negeri Terengganu.

Sehubungan dengan itu beliau berkata sebenarnya UMNO sudah terdesak dan tidak mempunyai isu sehingga isu hudud dan qisas cuba dipolitikkan .

“Khairy sebenarnya yang masuk perangkap sendiri dan akan menjadi labiliti kepada UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil P036 Kuala Terengganu,”

“beliau harus sedar bahawa Enakmen Hudud dan Qisas telah menjadi undang-undang yang diperkenan oleh Sultan Mizan Zainal Abidin.”tegasnya

Justeru katanya sebarang tindakan menentang atau mepelekehkan Hudud dan Qisas bukan sahaja membawa kepada menghina Islam dan implikasi aqidah, malah boleh dilihat sebagai ‘menderhaka’ kepada Sultan Terengganu yang telah memperkenankan Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas di negeri Terengganu ini .

Beliau juga mendesak agar semua pihak menghentikan segera sebarang perbahasan isu politik murahan Hudud dan Qisas yang cuba dimainkan oleh UMNO/Barisan Nasional.

“Semua pihak termasuk parti-parti yang bergabung dalam Pakatan Rakyat harus lebih matang menghadapi karenah UMNO/Barisan Nasional yang sudah ’bankrup’ dan mestilah mengambil pendekatan tidak melayan sebarang propaganda yang cuba dicetuskan oleh UMNO/Barisan Nasional dan media arus perdana.”tambahnya.

AMK Negeri Terengganu : Isu Hudud Dan Qisas : UMNO/Barisan Nasional Usah Bermain Politik

Harakahdaily : Amaran pada Umno:Usah 'permain' Hudud, Qisas

Ceramah PAS "Mansuhkan ISA" kecoh, Pewaris serah memo hapus ternakan babi


Timbalan Pengerusi Pewaris Rahimuddin Md Harun (kiri) menyerahkan memorandum kepada Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub.
PRESIDEN PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berucap pada ceramah perdana "Mansuhkan ISA" anjuran parti itu di Bandar Baru Bangi malam tadi. - foto The Star MOHD SAHAR MISNI

BANGI: Ceramah perdana "Mansuhkan ISA" anjuran PAS dan Gerakan Mansuh ISA di sini malam tadi kecoh dan dicuri tumpuan oleh Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) yang hadir untuk menyerahkan memorandum meminta parti Islam itu membantu usaha memansuhkan ternakan babi di Masjid Tanah, Melaka.

Kekecohan berlaku apabila wakil penganjur menghalang anggota Pewaris memasuki stadium kerana mendakwa ia menjejaskan kelancaran program itu.

Kira-kira pukul 9.15 malam, selepas lebih 10 minit berunding, penganjur membenarkan hanya lima anggota Pewaris memasuki stadium itu bagi menyerahkan memorandum berkenaan.

Jurucakap polis ketika ditemui berkata, kumpulan berkenaan tidak dibenarkan masuk atas faktor keselamatan dan disebabkan kehadiran mereka tidak mempunyai permit.

Timbalan Pengerusi Pewaris, Rahimuddin Md Harun seterusnya menyerahkan memorandum itu kepada Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub ketika isteri salah seorang tahanan ISA, Norlaila Othman sedang berucap.

Pewaris, Gabungan Gerakan Melayu Muda (GGMM) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mewakili penduduk enam buah perkampungan di Melaka yang mahukan pemimpin PAS membantu mereka menyelesaikan masalah ternakan babi yang semakin berleluasa.

Kira-kira 30 anggota polis dari Ibu Polis Daerah Kajang berkawal di kawasan stadium bagi mengawal keadaan.

Sementara itu, Rahimuddin berkata, penyerahan memorandum itu adalah bagi meminta pertolongan pemimpin PAS untuk menyelesaikan masalah babi di Melaka.

"Pewaris yang bertindak mewakili badan bukan Kerajaan (NGO) Islam, persatuan-persatuan seni, barisan dan organisasi budaya Melayu menentang sekeras-kerasnya ladang serta ternakan babi di Melaka khususnya di kawasan Masjid Tanah yang majoriti penduduknya terdiri daripada bangsa Melayu," katanya.

Katanya, pelbagai saluran telah dilakukan gerakan itu bagi menyelesaikan masalah babi, namun sehingga kini tiada tindakan diambil dan oleh kerana itulah mereka meminta bantuan PAS sebagai jalan terakhir.

Ceramah perdana "Mansuhkan ISA" diteruskan pukul 9.30 malam dengan ucapan Mohamad Sabu dan Salahuddin serta Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi berkata, pihaknya akan mengadakan perhimpunan besar-besar ala BERSIH pada Mac depan untuk menggesa kerajaan memansuhkan ISA.

Kira-kira 2,000 orang menghadiri ceramah itu.

Tunku Mukhriz dimasyhur Yang Dipertuan Besar yang baru

Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Mukhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir telah dimasyhurkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-11.

tunku mukhriz tuanku munawirPemasyhuran tersebut berlangsung di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti pada kira-kira jam 3.50 petang ini.

Pemasyhuran itu dibuat oleh Undang Luak Sungai Ujong Datuk Klana Petra Datuk Mubarak Dohak, dan disiarkan secara langsung oleh RTM.

Tunku Mukhriz, 59, dilantik sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, berikutan kemangkatan Tunku Jaafar Tuanku Abdul Rahman Sabtu lalu.

Tunku Mukhriz dipilih daripada empat orang calon. Tiga lagi ialah Tunku Laxamana Tunku Naquiyuddin Tuanku Ja'afar, Tunku Muda Serting Tunku Imran Tuanku Ja'afar and Tunku Panglima Besar Tunku Putera Nadzaruddin Tuanku Ja'afar.

Baginda merupakan satu-satunya putera kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Munawir Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman (1960-1967).

Tunku Mukhriz merupakan calon Yang Dipertuan Besar bagi menggantikan ayahandanya , selain Almarhum Tuanku Ja’afar dan Tuanku Abdullah, namun baginda tidak dipilih atas alasan usia yang terlalu muda ketika itu iaitu 18 tahun.

Pemilihan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan diputuskan oleh Undang Yang Empat iaitu Undang Luak Sungai Ujong, Undang Luak Johol, Undang Luak Jelebu dan Undang Luak Rembau.

Pemilihan itu adalah mengikut garis panduan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Sementara itu, istiadat pemakaman jenazah Almarhum Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman akan dijalankan selepas solat Asar hari ini.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Tuanku Muhriz menerima pendidikan awal di Sekolah Menengah King George V, Seremban dan meneruskan pengajiannya di Aldenhem School, United Kingdom.

Tuanku Muhriz memperoleh Sarjana Muda Undang-undang dari University College of Wales, Aberystwyth, United Kingdom.

Tuanku Muhriz merupakan putera tunggal daripada enam putera serta puteri Almarhum Tuanku Munawir Tuanku Abdul Rahman dan Tunku Ampuan Durah Binti Tuanku Besar Burhanuddin.

Tuanku Muhriz mendirikan rumahtangga dengan Tengku Datuk Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud dari Terengganu dan mempunyai tiga putera iaitu Tunku Ali Redhauddin Muhriz, 31, Tunku Zain Al-‘Abidin Muhriz, 26, dan Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin, 23.

Pada 1967, Tuanku Ja'afar yang juga ayahanda saudara tiri Tuanku Muhriz, dilantik oleh Undang sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, memandangkan usia Tuanku Muhriz yang masih muda pada ketika itu, selepas kemangkatan ayahanda baginda, Tuanku Munawir Tuanku Abdul Rahman.

Tuanku Muhriz adalah seorang ahli perniagaan dan pengarah Bangkok Bank.

PAS rakam simpati, bantah keras kekejaman Zionis

PAS merakamkan rasa simpati terhadap musibah yang menimpa penduduk Palestin khususnya kerajaan Hamas dan menyatakan sokongannya yang tidak berbelah-bahagi terhadap perjuangan gerakan tersebut.

Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata tindakan zalim regim haram Zionis Israel membunuh rakyat dan memusnahkan penempatan Palestin di Gaza adalah sangat dikesali dan ternyata bertentangan dengan peradaban manusia yang bermoral dan bertamadun.

"PAS mengutuk dengan sekeras-kerasnya serangan ini yang telah mengakibatkan lebih dari 250 orang rakyat yang tidak berdosa terkorban serta ramai lagi yang cedera dan musnah tempat tinggal mereka.

Kekejaman ini dilaksanakan setelah segala bentuk hubungan kemanusiaan dan keperluan hidup penduduk Gaza dinafikan sejak sekalian lama. PAS merakamkan simpati terhadap kerajaan Hamas dan menyatakan sokongannya yang tidak berbelah-bahagi terhadap perjuangan gerakan tersebut, " katanya dalam satu kenyataan media yang dimajukan oleh Setiausaha Politik beliau Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kepada Harakahdaily sebentar tadi.

Dalam masa yang sama Ustaz Hadi mendesak agar kerajaan Malaysia segera mengemukakan bantahan kepada sekutu terkuat regim haram ini iaitu Amerika Syarikat dan inisiatif perlu juga diambil dengan segera agar isu ini dirungkaikan di pentas antarabangsa termasuklah di peringkat Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Pergerakan Negara Berkecuali (NAM).

"OIC juga mestilah keluar dari kepompong tradisi mereka dan mengambil tindakan drastik untuk membantu saudara seagama yang dizalimi ini.PAS mengajak negara-negara umat Islam lain agar bersatu membela nasib dan masa depan rakyat Palestin yang ditindas dan diperlakukan begitu hina sekali oleh regim haram ini," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Dalam waktu yang sama PAS menyeru agar seluruh ahli dan penyokong PAS serta seluruh umat Islam dalam negara agar dapat bersama-sama menyatakan bantahan dan kekesalan terhadap tindakan biadap regim haram ini.

"Kita menyeru umat Islam agar bersama-sama melakukan solat hajat dan membaca Qunut Nazilah agar diberikan pertolongan serta kemenangan oleh Allah S.W.T. dalam menghadapi regim Zionis Israel ini," katanya. -

celaka israel laknatullah



" GAZA: Pesawat pejuang Israel yang menggugurkan bom di kawasan Hamas di Tebing Gaza untuk hari ketiga berturut-turut hari ini, menyebabkan beberapa kanak-kanak menjadi korban.

Pada masa sama, kereta kebal Israel kini bersiap sedia untuk melancarkan operasi darat dengan dilihat memehuni sempadan Palestin, sejak tengah malam tadi.

Di New York, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon terus mendesak agar keganasan itu dihentikan dan mahu Israel membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan ke wilayah Hamas yang dikuasainya.


Serangan Israel pada Sabtu dan semalam menyaksikan lebih 310 penduduk Palestin terbunuh manakala lebih 1,400 cedera.

Israel mendakwa serangan itu dilakukan sebagai tindakan balas mereka terhadap serangan roket dan motar militan Hamas.


Israel bersiap untuk menghantar tentera darat ke Gaza selepas melancarkan siri serangan jet pejuangnya terhadap sasaran Hamas menyebabkan 280 terbunuh dan 780 lagi cedera dalam tempoh 24 jam, antara korban terbesar rakyat Palestin oleh rejim Zionis, sejak 60 tahun lalu.

Pesawat tempur negara Yahudi itu menyerang 250 sasaran di Gaza dalam serangan besar-besaran terhadap wilayah pentadbiran Hamas itu sejak kelmarin.

Ibu pejabat keselamatan Hamas, sebuah masjid, stesen televisyen, trak bekalan minyak dan gudang farmasi adalah antara yang diserang menyebabkan ketua biro politik Hamas di Damsyik, Khaled Meshaal, menggesa pejuang Palestin melancarkan intifada baru.


Israel yang mendapat sokongan sekutu terdekatnya, Amerika Syarikat, menamakan kempen terbaru ketenteraannya di Gaza sebagai 'Operation Cast Lead', memulakan serangan menerusi 60 jet pejuang ke atas 50 sasaran dalam masa beberapa minit.

Hamas pula bertindak balas dengan melancarkan lebih 150 roket dan mortar ke selatan negara Yahudi itu menyebabkan seorang maut dan beberapa lagi cedera.

Kempen pengeboman Israel dilancarkan selepas tamatnya gencatan senjata enam bulan antara negara itu dan Hamas, lapan hari lalu. Ia juga berlaku dua bulan sebelum pilihan raya Israel.

Kekejaman rejim Zionis terhadap 1.5 juta penduduk Gaza menyebabkan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengeluarkan kenyataan menggesa Israel menamatkan tindakan ketenteraannya.

penarik beca bercerita pasal hudud.....hang pa baca

December 24, 2008

Petikan:

Husam refused to comment on the subject (hudud).

"I have nothing else to say. Everything has been reported. There is no need for further comment.

"If anyone wants to further discuss this issue, I am open to having a debate." (NST 24/12/08)
Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub cerita kat saya semalam bahawa beliau memberitahu pemberita Berita Harian (BH) yang menelefonnya bahawa PAS akan menggunakan saluran demokrasi untuk melaksanakan hukum hudud. "Kalau perlu kita buat referendum, kita akan buat referendum," kata Pak Haji anak Melayu campur Cina itu.


Hari ini dalam muka surat 10, BH melaporkan:

PAS akan terus meyakinkan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan memberikan kefahaman mendalam mengenai undang-undang hudud dan qisas dalam usaha parti itu mempertahankan matlamat perjuangan mereka.

Malah, parti itu mungkin akan menggunakan mekanisme pungutan suara sebagai satu cara untuk meneruskan dasar itu.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Salahuddin Ayub berkata, hukum hudud serta qisas yang menjadi asas dalam undang-undang Islam adalah matlamat perjuangan PAS dan tidak akan diketepikan hanya kerana menghormati pendirian DAP dan PKR.
Apa pun, terima kasihlah BH! Yang perlu saya nyatakan ialah matlamat perjuangan PAS bukan undang-undang hudud dan qisas. Saya dah tulis banyak kali mengenai matlamat perjuangan PAS termasuk dalam posting bertajuk "DAP tolak dasar PAS? Biasa la..." Kalau malas nak klik, saya copy and paste di sini:

Banyak yang menggelejat bila Malaysiakini semalam melaporkan "A firm DAP 'No' to theocratic state". Apa yang nak dihairankan kalau DAP menolak negara yang berteraskan sistem Islam? Yang hairan bin ajaibnya kalau dia terima. Boleh terkejut babun aku. Siap melengung lagi macam kucing basah terkena hujan.

Apa yang nak merah menyala muka bertempik sakan kalau DAP bersuara begitu? Itu hak demokratik dia. Suka hati dia la nak guna hak demokratik dia.

Saya menyokong sepenuhnya tujuan atau matlamat perjuangan PAS memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup lslam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah serta mempertahankan kesucian lslam, juga kemerdekaan dan kedaulatan negara serta Islam menjadi dasar yang diperjuangkan dengan Allahu Akbar menjadi seruannya.

Apa yang terkandung dalam Fasal 5 Perlembagaan PAS itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan. Bila telah diluluskan mengikut undang-undang negara, saya juga berhak dari segi demokrasi untuk menyokong tujuan dan matlamat perjuangan PAS itu. It is my absolute democratic right. Suka hati aku la nak guna hak demokratik aku.

Bila masing-masing menggunakan democratic right masing-masing, apa fasal awak banyak sakit?!
Tu sa perkara. Perkara lain ialah, saya sebelum ini taklah bercadang nak ulas posting Khairy Jamaluddin bertajuk "Transformasi politik Husam". Tapi bila dah keluar dalam surat khabar termasuk dalam Berita Harian "Naib Presiden Pas tunduk desakan, gertakan DAP: Khairy" dan Malaysiakini "Khairy: Husam longlai digertak DAP isu hudud," saya rasa nak sembang-sembang sikit fasal posting menantu Perdana Menteri dalam blognya itu. An overdue rebuttal? Dak, bukan sanggahan. Sembang-sembang ja...

Seingat saya, Husam dipestakan sebagai terjerat apabila beliau kata "kita akan buat (hudud)" apabila diasak oleh Khairy dalam 'Wacana Transformasi Politik Malaysia' di Kota Bharu, Sabtu lalu. Keesokannya Malaysiakini melaporkan:

PAS mengakui pelaksanaan undang-undang hudud dan qisas yang menjadi asas perjuangan terpaksa ditangguhkan walaupun jika Pakatan Rakyat menguasai Malaysia kerana ia memerlukan persetujuan PKR dan DAP.

Naib presidennya Datuk Husam Musa berkata parti-parti dalam gabungan pembangkang telah menandatangani perjanjian pada Ogos lalu bahawa sebarang perubahan dasar perlu dibuat dengan persetujuan ketiga-tiga parti tersebut, lapor Bernama.

"PAS tidak akan mengambil langkah unilateral. Semua perkara akan diambil secara multilateral," katanya di Kota Bharu hari ini.
Lagu ni. Yang pertama perlaksanaan dasar perjuangan PAS. Hang tak payah tanya pun memang PAS nak buat kalau PAS yang menang majoriti seperti di Kelantan (lihat kenyataan Ahli Jawatankuasa Politik PAS, Haji Khalid Abdul Samad di sini).

Yang kedua soal janji dengan orang. Janji dengan siapa pun kena tepati. Yang tu pun terkandung dalam hukum Islam juga. Kalau dalam perjanjian tak dimasukkan perlaksanaan dasar perjuangan PAS, kena hormatlah janji tu. Kalau tidak, jangan gatal-gatal nak berjanji.

Pertama, PAS kata nak buat apa yang dia memang nak buat. Kedua, PAS kena hormati janji. You must strike a balance, stupid! Tu sembang pertama.

(Tambah, tadi terlupa: Saya tanya orang yang dekat dengan Husam. Apa cerita? Kawan tu kata, sebenarnya ada orang tanya Husam nak tanya dak soal hudud malam ni (malam Wacana tu). Husam jawab, tanya la! Saya teringat cerita tu bila terbaca sat-sat tadi laporan Singapore Straits Times bertajuk "PAS remarks a 'ploy for unity'" Itu andaian ST. Apa rancangan Husam?)

Sembang kedua pula, kalau kita buat azam dan kita tangguh, apa yang masalah sangatnya? Apa hal yang tergelejat-gelejat sangat macam babi takut kat minyak kibas atau takut kat kura-kura? (Teringat di kampung saya di Matang, Perak masa budak-budak dulu. Kawan yang tak tahan dengan kandang babi dekat rumahnya melepaskan kura-kura dalam kandang babi. Sana-sini babi-babi tu bertempiaran lari. Babi ni, fesyen lari tak boleh konar-konar. Habis di langgarnya tiang dan dinding kandang tu. Babi takut minyak kibas atau kura-kura. Ada budak-budak campak sarang kerengga dalam kandang babi. Masa tu depa marah sebab ada hawaq (hawar) babi. Bila babi mampuih, Cina bela babi campak bangkai-bangkai babi tu dalam sungai. Mengelampung dalam sungai. Punya la busuk kampung kami masa tu!!).

Sambung sembang, katakan la semalam saya kata saya nak pi Makkah (Ya Allah, maqbulkanlah!). Tiba-tiba hari ni saya kata saya tangguh dulu. Duit tak cukup lagi, nak buat macam mana. Terpaksa tunggu boleh keluar duit dari akaun satu KWSP bila cukup umur 55 tahun nanti. Apa masalahnya? Kalau aku bising satu Taman Melewar, satu Kuala Lumpur pun kata aku nak pi haji, lepas tu aku tangguh bila ada duit, awat yang hang tergelejat-gelejat sangat tu?

Awat? Hang nak kata aku tangguh pi haji sebab aku takut kat keluarga Saud yang mencengkam Haramain tu? Sebab aku takut kat bani Saud yang mencengkam Semenanjung Hijaz termasuk Makkah dan Madinah? Tok sah dok cakap macam orang gila laa!!

Posted by bakaq a.k.a. ~penarik beca

tamparan hebat bagi umno!!

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya selatan, Kapten (B) Datuk Zahar Hashim hari ini sah menyertai PAS.


Penyertaan beliau turut disertai oleh 28 ketua cawangan dan 13 ahli jawatankuasa bahagian berkenaan.


Zahar bagaimanapun menafikan penyertaannya ke PAS kerana keputusan ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno menggantung keanggotaannya selama tiga tahun pada 2 Disember lalu kerana membuat kenyataan mengkritik parti.


"Saya dan rakan-rakan dari PJ Selatan berasa kecewa dengan Umno sejak peralihan pentadbiran di Selangor pada Mac lalu lagi," katanya ketika menyampaikan ucapan selepas menyerahkan borang keahlian dalam satu majlis khas di sini hari ini.


Borang keahlian itu diserahkan kepada Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa.


Turut hadir ialah Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

kelantan contoh negeri pengurusan babi yang terbaik....ali rustam jangan malu bertanya!

MURAI ada terdengar satu kumpulan yang anti dan benci kepada babi telah membakar replika babi di negeri dikuasai calon Timbalan Presiden Umno, Mohd Ali Rsutam. Mereka buat repelika kepala babi kemudian mereka bakar. Mungkin suasananya seperti majlis Apache memanggang kepala singa! Tujuan perbuatan itu sebagai protes kepada jenayah melemparkan kepala babi dan anggota babi merata tempat awam di Melaka.

Murai tersenyum mendengar perilaku kumpulan anti babi itu. Betapa tindakan itu menunjukkan marahnya mereka kepada babi dan mereka yang melemparkan anggota babi itu. Murai juga tidak setuju dengan perbuatan dan kejadian yang berlaku di Melaka itu. Bukan saja babi kalau kepala ayam, kepala lembu, kepala kerbau dan kepala apa-apa binatang lain juga ia tidak elok. Perbuatan itu boleh mencemarkan keadaan sekililing dan tidak menggambarkan sikap dan sifat tamdun tulen.

Apalah lagi kalau ia melibat anggota babi yang dibenci oleh orang anti babi itu, lagi-lagilah tidak patut.

Itu Murai tidak kisah. Yang Murai nak tanya mereka yang anti babi di sini apakah tindakan mereka itu cerdik? Membakar kepala babi yang diperbuat daripada kertas? Kenapa mereka tidak bertindak membakar babi-babi yang ada? Atau pun membakar kandang babi yang dikatakan wujud berselerakan dan menimbulkan masalah itu. Rasanya itu lagi bagus dan berkesan. Kalau hanya bakar replika, babi tetap juga ada.

Kalau nak hapus, hapuslah sungguh-sungguh. Biarlah semuanya tidak ada. Jangan dilakukan kerana politik! Bagai Murai isu babi tidak akan selesai sampai ke bila-bila pun. Alasannya mudah kerana babi hidup, ia boleh lari, (berdecun larinya mencecah 120 kmj) ia juga membiak dan berkembang.

Cara paling baik bagi Murai ialah atasi dengan bijaksana dan layanlah ia sebagai makhluk Allah yang diturunkan untuk memberi iktibar kepada manusia. Kewujudan babi dan anjing adalah untuk menununjukkan hidup manusia ini ada sempadan halal dan haram.

Apa yang dilakukan kerajaan Selangor adalah salah satu cara terbaik untuk mengurustadbirkan babi. Tadbirkan babi secara sistemetik. Babi ini bukan saja berlaku dan ada ditempat kita, di negera lain juga ada. Mengapa mereka tidak jadi masalah kerana kebijaksanaan mereka mengurustadbirkan babi. Mereka tidak tergamak jadikan babi sebagai isu politik seperti di tempat kita. Naifnya orang kita berpolitik tidak kira apa semuanya dijadikan isu hatta si babi.

Untuk melihat bagaimana isu babi dapat ditangani dengan baik usah pergi jauh, pergi saja ke Kelantan negeri yang nombor satu Islamnya dikenali dengan jolokan Serambi Makkah. Di sana juga ada babi. Mungkin ramai orang tidak tahu pusat ternakan babi juga ada di Kelantan. Seluas 18 ekar tanah dijadikan pusat ternakan babi secara tertutup. Tidak siapa pun heboh dan mengetahui industri berkenaan. Mungkin babi di Kelantan bisu maka ia tidak diketahui umum!

Bukan saja babi ladang ternakan katak Afrika juga wujud di Kelantan. Tidak timbul apa-apa masalah pun. Katak juga tidak dimakan oleh orang Islam, tetapi orang Kelantan tidak kisah dengan katak. Tenang dan bersedia berkompromi dengan haiwan itu tanpa ada masalah.

Jadi dalam soal babi atau binatang yang kurang menyenangkan ini tirulah apa yang dilakukan Kelantan, belajarlah di sana. Kelantan bawah pimpinan Pas, bukan saja pelihara babi dan katak, tetapi Menteri Besarnya sendiri boleh duduk sembang-sembanag dan makan cekodok dengan katak, bahkan bermurah hati pula membenarkan katak (Saleintia) bertanding menggunakan lambang bulan purnama.


ulasan mso...

tahniah yb husam...tembelang siapa yang tidak mahu hudud terbongkar!!

Tahniah terlebih dahulu diucapkan kepada YB Husam Musa kerana tetap berpegang kepada prinsip PAS untuk melaksanakan hudud jika Pakatan Rakyat atau PAS memerintah negara ini. Di dalam wacana politik di antara YB Husam dan YB Khairi, Naib Ketua Pemuda UMNO yang telah diadakan di Kelantan baru-baru ini memperjelaskan kepada kita semua siapakah yang sebenarnya tidak mahu kepada hudud. Bukan masalah DAP, MCA atau MIC, bahkan juga bukan masalah Non-Muslim yang tidak menyokong hudud ini, masalahnya Parti UMNO yang kononnya memperjuangkan Melayu dan Islam turut menolak hukum Allah ini.

Media perdana menjadikan isu hudud ini sebagai senjata untuk menyerang PAS terutamanya. Dalil yang diambil oleh UMNO bagi menghalang cita-cita PAS bagi melaksanakan hukum hudud ini adalah dipetik dari kenyataan pemimpin dari DAP. Baru-baru ini juga MIC turut menolak hukum tersebut. Mengapa penolakan tentang hukum hudud ini oleh pemimpin-pemimpin yang terdiri dari Non-Muslim yang tidak beriman dengan Allah dan Rasul ini diambil oleh UMNO serta diperbesarkan di dalam media ? Tidak lain tidak bukan, UMNO juga mempunyai hati dan perasaan sama seperti pemimpin-pemimpin tersebut walaupun pemimpin UMNO mengaku berugama Islam dan beriman dengan Al-Quran. Mengapa tidak diambil dalil untuk menolak hudud ini dari Ulamak-Ulamak Kerajaan, Mufti-Mufti atau sesiapa sahaja yang mengetahui tentang perundangan Islam ? Mengapa mesti pemimpin DAP, MCA atau MIC ?

Saya merasakan kenyataan YB Husam adalah lojik, praktikal dan bijaksana apabila menyatakan bahawa perlaksanaan hukum hudud akan ditangguhkan sehingga teman-teman dari Pakatan Rakyat benar-benar memahami apakah itu hudud. Penangguhan tidak bermakna dibatalkan terus, sepertimana juga Dato' Najib mengumumkan penswastaan IJN ditangguhkan, ia tidak bermakna IJN tidak diswastakan. Ini memberi maksud bahawa Kerajaan tetap mempunyai niat untuk menswastakan IJN, cuma ianya ditangguhkan mungkin atas sebab menghadapi Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu tidak berapa lama lagi. Begitulah juga apa yang diperkatakan oleh YB Husam. PAS tetap mempunyai niat atau cita-cita untuk melaksanakan hudud, cuma jika Pakatan Rakyat berkuasa perlaksanaannya tidak secara serta merta. Nawaitu yang ada pada PAS itu amat terpuji berbeza dengan UMNO. Kerajaan BN yang ditunjangi oleh UMNO sejak berpuluh tahun, usahkan hendak melaksanakan hukum hudud bahkan UMNO sedikit pun tiada cita-cita atau komitmen ke arah itu.

Benarkah PAS menggadaikan prinsip kepada DAP seperti yang dihangat diperkatakan oleh media dan pemimpin UMNO ? Apa prinsip PAS yang telah digadaikan ? Bukankah PAS masih komited untuk melaksanakan hukum hudud dan sepanjang masa PAS berusaha ke arah itu ? Sepanjang PAS berdakwah dan berpolitik untuk menegakkan Islam di negara ini, musuh yang terang dan nyata menentang usaha PAS ini bukan DAP, MCA atau MIC tetapi sebaliknya UMNO. Penentangan hukum hudud oleh pemimpin DAP, MCA ataupun MIC amat mudah difahami kerana kita tidak boleh mengharapkan Non-Muslim menyokong usaha kita bagi menegakkan Islam. UMNO tidak pernah ingin bekerjasama dengan PAS untuk merealisasikan hukum Allah tersebut, bahkan cita-cita Kerajaan Negeri Kelantan dan suatu ketika dahulu Terengganu di bawah PAS untuk melaksanakan hukum hudud dan Qisas dibantah oleh kerajaan UMNO/BN. Kenyataan Najib baru-baru ini yang mengatakan mengapa PAS tidak melaksanakan hudud di negeri-negeri bawah pemerintahannya memperlihatkan Najib bukan seorang pemimpin yang bijak dan amat malang sekali beliau bakal menjadi Perdana Menteri kita. Terdapat sedikit kebijaksanaan kenyataan Dato' Zahid Hamidi yang memberi kenyataan bahawa hukum hudud hanya boleh dilaksanakan sekiranya PAS atau Pakatan Rakyat menjadi Kerajaan Pusat. Mungkin Dato' Zahid terlupa bahawa sudah berpuluh tahun UMNO/BN menjadi Kerajaan Pusat, tetapi Perlembagaan `Lord Reid' juga dijadikan kitab perundangannya.

Kenyataan dari pimpinan PKR khususnya berkaitan isu ini adalah bijaksana dan berhemah. Tidak seorang pun pimpinan PKR yang menolak secara total prinsip dan cita-cita PAS tersebut, sebaliknya mereka mahukan perbincangan lanjut terus diadakan oleh PAS bersama pimpinan Pakatan Rakyat yang lain. Kenyataan MB Selangor yang menyerahkan kepada pimpinan PAS untuk memberi kefahaman yang jelas berkaitan hudud ini kepada rakan-rakan Pakatan Rakyat yang lain haruslah dipuji. Terlalu jauh bezanya dengan UMNO dalam aspek pendekatan untuk mendaulatkan Islam di negara ini. UMNO langsung tidak bersuara samada di dalam kerajaan dan parti mereka sendiri berkaitan hukum ini, melainkan hanya bersuara dalam soal ini senada dengan suara-suara mereka yang bukan berugama Islam. Amat malang sekali, umat Islam yang paling seronok apabila ada yang menentang hukum hudud ini adalah terdiri dari umat Islam yang menjadi pemimpin UMNO. Mereka begitu sensitif apabila melihat kepala babi digantung, tetapi sedikit pun tidak sensitif apabila hukum hudud diperlekehkan.

saya ada kat sana pada malam tersebut...anda mesti dapatkan video sebenar..anda akan menilai dengan sendiri....hidup pas.....tahniah yb husam

adakah anda tergelak bila najib ulas pasal hudud

December 23, 2008

 Memetik kata – kata PERTAMA , Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, iaitu parti itu tidak pernah melupakan dasar perjuangan untuk menegakkan pemerintahan Islam di negara ini termasuk melaksanakan hukum hudud

dan KEDUA , juga , kata – kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi , iaitu Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda jika Pas mahukan melaksanakan hukum hudud di negara ini , dan lagi katanya , Kalau hajat mereka begitu, saya doakan supaya hajat mereka itu tercapai tetapi hakikat politik tidak begitu


manakala , KETIGA , kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata kenyataan Husam itu adalah “satu cerita politik” semata-mata kerana jika PAS benar-benar mahu melaksanakan, ia pasti sudah lama dikuatkuasa di Kelantan

Ulasan
Berdasarkan kepada petikan – petikan di atas , mungkin ada benarnya tajuk di atas , UMNO Tidak Berminat Laksana Hukum Allah – Hudud , kerana

i]
Sekiranya benar – benar UMNO , dengan kuasa memerintah selama 50 tahun , sebelum terlucutnya majoriti 2/3 di Parlimen 8 Mac lalu , telah pun berjaya melaksanakannya sejak lama dulu lagi

ii]
Tetapi , adakah itu telah dibuat ?

iii]
Dan , sekiranya UMNO tidak berminat ke arah itu , adakah ia menyokong usaha pihak – pihak lain untuk melaksanakannya , seperti kerajaan PAS di Terengganu dan Kelantan ?

Nota
Mungkin , ini lah peluang untuk pengundi – pengundi di P36 , Kuala Terengganu mendidik UMNO supaya betul tindakan dan perancangannya ke arah memartabatkan agama di negara ini , seperti mana sudah dimanfaatkan dengan baik oleh pengundi di Permatang Pauh.


Rujukan
Perlu pinda perlembagaan jika hendak laksana hudud
DAP bantah rancangan PAS laksana hudud "

adakah hudud lambang keikhlasan umno?

 Bagaikan tiada lagi isu untuk berkempen, Hudud dijadikan gendang perang Umno menentang Pas menjelang pilihanraya kecil P36 Kuala Terengganu bulan depan.

Ianya dimulakan dengan 'jerat' Khairy kepada Husam semasa debat antara mereka di Kelantan Sabtu lalu. Khairy menjolok soalan tentang perlaksanaan hukum Hudud kepada Husam dan disambut Husam bagaikan pahlawan perang Islam bahawa Pas tetap laksanakan hukum Hudud apabila berkuasa kelak.

Dan diterjahnya kembali dengan perkataan 'menjadi kewajipan setiap umat Islam untuk melaksanakannya, apakah Umno tidak mahu melaksanakan hukum Hudud?'

Akhbar-akhbar perdana mulai menyiarkan isu Hudud ini sebagai kempen Umno walaupun hari penamaan calon masih berbaki 2 minggu lagi. Antaranya ialah :

Utusan

Pakatan pembangkang retak menanti belah - Khairy

DAP bantah rancangan Pas laksana Hudud

Berita Harian

Isu Hudud semata-mata slogan politik Pas : Najib

Perlu pinda perlembagaan jika hendak laksana hudud : Zahid Hamidi

The Star

PAS akui pelaksanaan hudud mungkin lambat


Kita nantikan apa lagi yang diperkatakan mereka apabila isu lapuk ini dimainkan semula. "

Mesyuarat UMNO Bahagian Seremban Kecoh Lagi..


Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tengku Ahmad Rithauddeen semalam mengumumkan beberapa hukuman yang dijatuhkan ke atas ahli UMNO yang melanggar tata etika parti. Antara yang disabitkan kesalahan ialah Ketua Umno Bahagian Pokok Sena, Datuk Ahmad Lebai Sudin yang digantung keahlian selama 2 tahun kerana didapati bersalah melakukan sabotaj dalam pilihan raya umum ke-12 yang lalu. Apa yang menarik perhatian saya mengenai kes ini ialah berkenaan DISKRIMINASI yang telah dilakukan oleh Lembaga Disiplin dan Pengurusan UMNO.

Sebelum ini Ketua UMNO Bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail juga turut didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin serta Pengurusan UMNO kerana melakukan sabotaj dalam pilihanraya umum ke-12. Namun beliau amatlah 'bertuah' kerana hanya sekadar diberi amaran tanpa menerima sebarang hukuman. Harus diingat bahawa sabotaj yang dilakukan beliau serta kuncu-kuncunya telah menyebabkan BN kehilangan 5 daripada 6 kerusi Dewan Undangan Negeri dalam Parlimen Seremban. Hanya satu kerusi sahaja iaitu kawasan DUN Lenggeng yang pernah diwakili oleh Datuk Ishak selama tiga penggal sebelum itu dapat dipertahankan oleh calon BN yang baru dalam PRU-12.

Semua orang Seremban sedia maklum bahawa Ishak Ismail melakukan sabotaj parti disebabkan kekecewaan beliau akibat tidak dicalonkan semula sebagai wakil rakyat di DUN Lenggeng dalam PRU-12. Semua orang Seremban juga maklum bahawa Ishak Ismail sedang berhadapan dengan masalah kewangan sehingga rumah agamnya di Melaka telah dilelong (
klik sini). Namun mahkamah hanya akan memutuskan pada bulan Jun 2009 sama ada Ishak Ismail akan diisytiharkan muflis atau sebaliknya. Ahli UMNO Seremban juga sedia maklum berkenaan sabitan kes rasuah yang 'meragukan' berlaku kepada Md Noor Awang apabila beliau berhasrat mencabar Ishak Ismail dalam perebutan jawatan Ketua UMNO Bahagian Seremban.

Rayuan Md Noor Awang untuk bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Seremban telah ditolak oleh Najib atas dasar prinsip parti kerana Md Noor Awang telah dituduh rasuah, sedangkan beliau belum dibicarakan atau disabitkan dengan kesalahan tersebut oleh mahkamah. Namun Najib tidak pula menyebut berkenaan prinsip apabila membebaskan Ishak Ismail yang jelas didapati bersalah kerana mensabotaj parti serta masih dalam perbicaraan muflis. Malahan Ishak Ismail turut dibenarkan bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Seremban dan sudah tentu akan memenangi jawatan tersebut tanpa bertanding.

Pergaduhan dalam mesyuarat UMNO Bahagian Seremban sebelum ini adalah disebabkan rasa tidak puas hati kebanyakan ahli UMNO disebabkan DISKRIMINASI Lembaga Disiplin dan Pengurusan UMNO. Insiden pergaduhan sebelum ini boleh dibaca disini dan disinun. Persoalannya ialah mengapa perkara ini boleh berlaku? Adakah disebabkan Ishak Ismail dahulunya pernah menjadi jawatankuasa Pemuda UMNO semasa sayap UMNO itu diketuai oleh Najib? Adakah hubungan persahabatan yang wujud sekian lama antara Ishak dan Najib telah mengaburi pertimbangan Najib dalam membuat keputusan yang adil? Adakah mustahil jika dikatakan Najib turut campur tangan dalam keputusan yang dibuat oleh Tengku Ahmad Rithauddeen dalam kes Ishak Ismail kerana persahabatan mereka? Hubungan Najib dan Ishak bukan lagi rahsia di Seremban kerana Ishak sendiri pernah mengatakan bahawa dia adalah orang Najib.

Jika Najib mengandaikan bahawa sokongan Ketua Bahagian seperti Ishak Ismail dapat membantunya dalam melaksanakan tugas sebagai Presiden UMNO kelak, maka saya menyarankan agar Datuk Najib fikirkan semula. Sebagai individu bebas yang tiada kepentingan dalam mana-mana parti, saya ingin memaklumkan bahawa inilah antara punca mengapa UMNO tidak disukai oleh golongan muda di Seremban. Pemimpin yang jelas bersalah tetapi tetap diagungkan oleh segelintir ahli UMNO yang jumud pasti akan menimbulkan kebencian ramai. Malah rakyat bertambah meluat apabila pemimpin sebegini turut mendapat sokongan pemimpin tertinggi negara.

Mesyuarat UMNO Bahagian Seremban akan kembali bersidang pada hari Sabtu bersamaan 27 Disember 2008, bertempat di Wisma Theatreatte, Bangunan SUK Seremban. Mungkin ramai yang akan memberi tumpuan kepada mesyuarat kali ini kerana ingin mengetahui sama ada insiden 'baling kerusi' akan berlaku lagi atau tidak. Kemungkinan jumlah bodyguard dikalangan Pekida akan bertambah berbanding dulu serta dewan akan dikunci dengan rantai yang lebih besar bagi mengelakkan insiden lama berulang kembali. Ingatlah bahawa Parlimen Seremban tidak lagi dikuasai oleh BN dan 5 DUN dalam bahagian Seremban kini dikuasai pembangkang. Jangan nanti hanya menang sorak tetapi kampung tergadai. Jika susah sangat nak jalankan mesyuarat bahagian, saya menyarankan agar MT UMNO membuat keputusan menggantung sahaja UMNO Bahagian Seremban serta melantik jawatankuasa Penaja sementara menunggu musim pemilihan akan datang. Semua orang puas hati agaknya. Selamat bersidang.

P 36 Kuala Terengganu - Wan Ahmad Farid 45 % Saja Peluang Menang?



Wan Ahmad Farid Wan Salleh
thestar.com.my

Mampukah Barisan Nasional berbuat sesuatu?

Ketika para pemimpin UMNO tempatan sendiri menjangkakan calon yang telah terpilih Wan Ahmad Farid Wan Salleh, mempunyai peluang menang sekadar 45 peratus sahaja?

Adakah Abdullah Ahmad Badawi telah merestui calon yang tidak tepat, sedangkan pemimpin tempatan lebih tahu calon yang bakal diundi ramai di P 36 Kuala Terengganu?


Mohd Najib Abdul Razak
omong.files.wordpress.com

Adakah Mohd Najib Abdul Razak telah mengumumkan calon yang tidak tepat, dan adakah sudah terlambat, mungkinkah pernah berlaku calon yang diumumkan diganti dengan pemimpin yang lebih peluang diundi di P 36 Kuala Terengganu. Dalam mengambil kira semua faktor, adakah pandangan mereka ini yang menyatakan peluang calon menang 45 peratus sahaja, telah tidak diendahkan?

Sanggupkah Wan Ahmad Farid menarik diri demi UMNO dan Barisan Nasional, dan memberi laluan kepada calon yang diketahuinya sememangnya calon tempatan Terengganu yang lebih berjasa dan telah bergelumang dengan pengundi tempatan?

Berikut laporan Malaysiakini:

Pemimpin Umno tidak pasti menang
Muda Mohd Noor | Dec 22, 08 6:54pm

Beberapa pemimpin Umno tempatan berbelah bahagi berhubung peluang calon BN Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh menang dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu, bulan depan.

Pemimpin Umno di bahagian Kuala Terengganu berkata, personaliti Wan Ahmad Farid yang dianggap "elit" menyebabkan calon itu sukar mendapat sokongan pengundi kampung.

Katanya, yang enggan dikenali, jika hendak dibandingkan senator itu dengan bekas ahli parlimen Datuk Razali Ismail, "ia ibarat langit dengan bumi".

Bekas pemimpin bahagian itu meletakkan peluang kemenangan Wan Ahmad Farid hanyalah 45 peratus.

Sambungan di sini:

http://www.malaysiakini.com/news/95285


Para pemimpin begini mungkin tidak rela bekerja sekeras mana kerana mereka sudah jangkakan kemenangan calon ini 45 peratus sahaja.

Adakah lebih baik mereka tumpu kepada kemenangan di Perhimpunan UMNO pada 9 Mac 2009, yang jauh lebih bererti.

Apa macam? Mohd Najib Abdul Razak, teraju utama pilihanraya kecil P 36 Kuala Terengganu buat silap lagi kah?

Terang-Terang BN Guna Kanak-Kanak!!


 Gambar ini telah diambil semasa hari pengundian di Daerah mengundi PJS 6 Timur, DUN Seri Setia pada Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu.

Gambar ini telah diambil semasa hari pengundian di Daerah mengundi PJS 6 Timur, DUN Seri Setia pada Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu.

BN pun guna kanak-kanak, KPN!

Tindakan kumpulan itu memperalatkan kanak-kanak atau remaja bawah umur menyertai demonstrasi jalanan akan mewujudkan generasi muda yang suka memberontak dan melanggar undang-undang.

“Kumpulan ini bukan pejuang demokrasi tetapi golongan democraze… kalau benar mereka melaung-laungkan demokrasi, mesti bertamadun tinggi, kalau ada masalah boleh berbincang dan perkara ini (demonstrasi mengeksploitasi kanak- kanak) tidak akan dilakukan.

http://penarikbeca.blogspot.com

kanak2

kanak22

kanak2glila

—————————————————————————–

Tidak exploitasi kanak kanak - Majlis Peguam

Katanya, penyertaan kanak- kanak di dalam kempen Jerit boleh disamakan dengan penglibatan mereka dalam program berkepentingan awam yang lain seperti kempen keselamatan jalan raya.

”Di manakah eksploitasinya?. Ia bukan penderaan kanak-kanak. Jika mendapat keizinan ibu bapa, saya tidak melihat ia sebagai satu penderaan.

”Kenyataan itu (bahawa Jerit mengeksploitasi kanak-kanak) keterlaluan dan mengarut,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - Utusan

Masalahnya ada mangkuk mangkuk buat kenyataan ikut sedap tekak. Kalau ingat salah … salah. Ingat betul .. betul. Tak der bincang bincang. Semua ingat … ” Ohhh aku pandai, aku ada kuasa. Aku boleh cakap, semua orang kena dengar” ……… Orang ketawa … sambil kata Poooorrrrahhhhh !!!!

http://umnonomore.blogspot.com

UMNO Masih Guna HUDUD Untuk Lawan PAS Di Terengganu


hari-ini-231208

UMNO masih guna HUDUD untuk lawan PAS

Sama cam dulu dulu. Bila PAS vs UMNO … Hudud pun kuar.

Hudud …… Phuh .. !!!

Nak lawan PAS …. kita banyak isu. Bukak TV, Radio … semua boleh buat isu. Yang penting, rakyat dah bosan dengan cara UMNO/BN. Cakap apa pun, kita dah tak dengar. Masuk telinga kiri, kasi geli geli sikit .. kemudian kuar telinga kanan.

Bila berkempen nanti, DAP akan turun bantu berita rakyat Terengganu, apa erti HUDUD tu. Tak kira la diorang sebut tak betul …. hutut ke, tapi yang penting PR dah cukup jentera nak belasah propaganda BN ni. Penduduk bangsa Cina pun berapa ramai sangat kat K. TErengganu. Antara melayu UMNO, diorang lagi senang berkawan dengan Melayu PAS … tak caya tanya orang sana.

Tapi jangan tanya Calun BN, sebab dia golongan elit yang tak campur rakyat. Karaoke je …. kakkakakak

Yang bodohnya …. orang Islam guna undang undang Islam untuk belasah orang Islam. Kan bodoh namanya tu … Orang lain tengok kan … “APe ke bodoh diorang nih !!!”

UMNO guna kan agama untuk bodohkan Melayu. Diorang guna kan Hadhari … sekarang dah FAIL. Diorang pakai semula Hudud. Kalau PR letak calun DAP … isu HUDUD tak kuar.

Orang cina dan india kat sana jangan bodohkan diri. 10% dari jumlah pengundi di sana.

Jahil agama, belajar. Tapi kalau orang yang Jahil cuba menjahilkan orang lain … lagi teruk rupanya.
Hudud UMNO gunakan untuk tawan 10% pengundi Cina di K. Terengganu.

Tapi baca ni ….. Kelantan Umno backs hudud

http://umnonomore.blogspot.com

Semasa

Hiburan

Sukan

 

© Copyright Kerabu Bersuara 2007 -2013 | Design by Kerabu Bersuara | Published by Kerabu Bersuara Group | Powered by Blogger.com.