anda tahu kenapa singapura mahu jambatan? mahathir ada jawapanya!


KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew, yang sedang melawat Malaysia selama lapan hari tidak mungkin bertemu beliau kerana "siapalah saya ini".

"Saya tak nampak kenapa beliau akan memohon untuk berjumpa saya. Siapalah saya ini," katanya ketika ditanya sama ada pemimpin kanan Singapura itu berhasrat menemui beliau.

Ketika diminta mengulas pertemuan Lee dengan pemimpin pembangkang, Dr Mahathir berkata Lee mempunyai banyak pengalaman sedangkan ahli politik Malaysia "tidak tahu apa-apa".

"Itulah sebabnya kita kena belajar daripada Singapura. Singapura adalah sebuah negara hebat, mereka banyak melabur di sini," katanya.

Mengenai cadangan membina jambatan baru menghubungkan kedua-dua negara, Dr Mahathir berkata : "Jika kita beri mereka pasir, kita dapatlah jambatan itu." - Bernama

No comments

Powered by Blogger.