Kerajaan Mahu Membunuh Rakyat ?

KUALA TERENGGANU – Tindakan kerajaan negeri Terengganu dan beberapa pihak yang bertanggungjawab mendiamkan diri atau tidak bercakap benar tentang tahap keselamatan bangunan-bangunan kerajaan yang sering digunakan oleh rakyat, umpama 'kerajaan mahu membunuh rakyat'.

Ketua Angkatan Muda Keadilan Negeri Terengganu, Cikgu Fariz Musa berharap perkara yang sama tidak berulang kerana ia telah berlaku dalam tragedi bumbung runtuh Stadium Sultan Mizan dimana Menteri Besar, Dato' Ahmad Said dan pihak Jabatan Kerja Raya dilaporkan telah mengetahui tentang keadaan bumbung yang tidak selamat pada tahun lalu.

“Kita bersyukur tiada nyawa terkorban tetapi sekiranya keadaan itu berlaku pada hari perasmian atau pada ketika digunakan atlet dan orang ramai, sebenarnya nyawa rakyat dipertaruhkan,” katanya.

Oleh yang demikian, beliau meminta siasatan terperinci dilaksanakan keatas tragedi bumbung runtuh itu dan juga keatas bangunan atau binaan yang disyakki sebagaimana yang didedahkan oleh pihak media.

Beliau berkata, pihaknya akan terus mendesak pihak berkuasa menjalankan siasatan stadium serta kemungkinan terdapat sebarang penyelewengan terhadap pembinaannya.

Justeru beliau turut menggesa pihak kerajaan dan pihak berkuasa yang lain supaya telus dalam memberikan maklumat yang telus dan berani serta bertanggungjawab terhadap tahap keselamatan tiga binaan lain kerana menurutnya orang-ramai dan rakyat telah mula bimbang.

"Kolam renang, Stadium tertutp dan lapangan terbang perlu disiasat dan dikemukakan laporannya oleh badan profesional, bukan Menteri Besar yang mengesahkannya atau menafikannya,

"rakyat sudah mula bimbang dan takut,"katanya ketika dihubungi Buletin Online.

No comments

Powered by Blogger.