Kerjasama Genting Dengan MGM Mirage (Las Vegas)

* KUALA LUMPUR, June 12 (Reuters) - Malaysian gaming group Genting (GENT.KL) is in partnership talks with U.S. casino operator MGM Mirage (MGM.N), the Wall Street Journal reported on Friday.

* "We're just starting to brainstorm about global marketing relationships, strategic ventures and partnerships," MGM Mirage chief executive Jim Murren was quoted by the paper as saying.

* Genting recently paid $100 million for a 3.2 percent stake in MGM Mirage amd also bought $100 million of MGM debt. Genting did not have any immediate comment on the Wall Street Journal report. - Malaysia's Genting, MGM in partnership talks-paper

Siapa kata Malaysia negara Islam? Pusat judi milik Genting di Genting Highlands tak lama lagi akan bergabung tenaga dengan pusat judi terkemuka di Las Vegas. Genting Highlands juga digelar Las Vegas Asia.

Dakwaan Rakan

Rakan berbangsa Cina pernah berkata pada saya, kalau tak kerana saham Genting, Malaysia hari ini takkan maju. Mungkin ada betulnya, jika dilihat dari segi perniagaan syarikat Genting, ia memang pelbagai (termasuk perniagaan judinya) dan pencapaian sahamnya sering terbetik (tersiar) di dada-dada akhbar. Walaupun ada syarikat besar yang lain seperti BERJAYA, namun tidak dapat dinafikan bahawa Malaysia kelihatan amat bergantung pada perniagaan Genting.

Tun Hanif Si Bapak Judi

Baru tadi saya lihat senarai beberapa pengarahnya di sini. Padanlah, beberapa pelanggan saya yang mungkin kaki judi sering mengatakan, "Wah, nama you Hanief kah? Wah kaya lor ini macam."

Bagi orang bukan Islam, sebenarnya judi dan arak itu haram di sisi Islam. Genting seperti mana yang kita tahu, ia menjalankan pelbagai perniagaan. Antara perniagaan yang bercanggah dengan Islam ialah judi dan arak itu.

Genting Tanpa Judi & Arak Akan Menjadi Genting?

Mungkin ada yang mahu berkata bahawa judi dan arak itulah yang membuatkan Genting sebagai syarikat yang gah hari ini. Jadi saya simpulkan, oleh kerana itulah Islam mahu manusia bersikap adil dan tidak tertipu serta menaruh nasib yang mana ia bakal merosakkan masyarakat. Tanpa adanya judi dan arak ini, perniagaan yang ada akan dapat bersaing secara jantan dan sihat tanpa melibatkan jalan pintas iaitulah dengan bantuan perniagaan seperti pelacuran, dadah, judi dan arak.

Amal Maaruf Nahi Mungkar

Saya menyeru kepada orang-orang Melayu Islam yang mengaku Islam yang berada di dalam organisasi perjudian supaya meletakkan jawatan serta-merta dan cari kerja lain. Marikan kita jadi seperti Raja Petra Kamaruddin (RPK) yang beriman dengan Amal Maaruf Nahi Mungkar (cegah kemungkaran dan sampaikan yang benar).

Guna Jalan Pintas Dalam Mencapai Keuntungan?

Bagi saya, tidak jantanlah jika sesebuah perniagaan itu menggunakan perniagaan seperti pelacuran, dadah, judi dan arak. Lagi pun, pengarah-pengarah syarikat judi yang kaya-raya ini mampu menggugat kestabilan negara dengan merasuah para pimpinan negara.

Lihat apa yang Vincent Tan lakukan pada negara kita? VK Lingam menggunakan wang Vincent Tan untuk merasuah para hakim dan Mahathir. RPK pun ada mengajak pembaca blognya supaya memboikot rangkaian si Taukeh Judi Vincent Tan yang menerajui syarikat BERJAYA Holdings.

Mahathir Hanya Bernasib Baik Dahulunya

Mahathir pada saya merupakan pemimpin yang bernasib baik kerana mendapat peluang memimpin negara di saat negara berada di dalam proses pemodenan. Ia umpama proses air-brushing, pemasangan skirting, sistem audio & video dan sport rim pada sebuah kereta. Di mana kerja terasnya telah siap lama dan hanya kerja-kerja mencantikkannya sahaja.

Tambahan, Mahathir bernasib baik juga dengan kebenaran rakyat Malaysia yang memberinya 22 tahun memerintah. Ya, itu juga ibarat memberi Mahathir sebuah kereta selama 22 tahun. Takkanlah dalam tempoh 2 dekad itu tidak ada satu pun benda yang membanggakan dapat dilakukan? Jadi ia bukanlah satu usaha yang mengkagumkan. Ada negara yang lebih membangun pada tempoh yang singkat dari 22 tahun. Singapura.

Cerita Gunung Menangis

Di zaman Nabi S.A.W dahulu, ada sebuah bukit yang khuatir lalu menangis kerana takutkan dirinya menjadi batu-batuan api neraka. Api neraka yang akan membakar badan-badan orang yang berdosa. Genting itu terletak di Bukit Tinggi. Pakar Meteorologi (kaji cuaca) tentu tahu apa yang kerap kali melanda kawasan itu.

Menyingkap Ilmu di Bangku Sekolah

Samasa saya mempelajari Geografi dan Kajian Tempatan di bangku sekolah, Malaysia disifatkan kerana bernasib baik berikutan bebas daripada sebarang bencana alam dengan kedudukannya yang strategik luar daripada lingkaran gunung berapi (ring of fire). Yang ada katanya cuma masalah jerubu dan wabak denggi. Tetapi yang petikan di bawah ini apa bendanya? :-

* KUALA LUMPUR 25 Mei – Kejadian gempa bumi kecil yang telah menggegarkan kawasan Bukit Tinggi, Pahang sebanyak 21 kali sejak November tahun lalu menimbulkan tanda tanya terutama di kalangan penduduk yang tinggal di kawasan sekitarnya.

* Walaupun Jabatan Meteorologi memberi jaminan ia hanya bermagmitud kecil dan tidak membahayakan namun kekerapan kejadian itu mencetuskan kebimbangan.

* Terbaru kawasan itu digegarkan dengan satu gegaran berukuran 3.1 pada skala Richter pada pukul 9.36 pagi ini.

* Sebelum ini pada 15 Mac lalu, tiga gempa bumi kecil dengan ukuran antara dua dan 3.2 pada skala Richter telah dikesan di sekitar Bukit Tinggi dan Janda Baik.

* Bagaimanapun Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan akhbarnya di sini memberitahu, gempa bumi itu hanya bermagnitud kecil.

* Oleh itu, ia tidak membahayakan penduduk di kawasan berkenaan dan orang ramai tidak perlu bimbang.

* Sementara itu, Ketua Pusat Penyelidikan Alam Sekitar, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Dr. Ku Halim Ku Hamid berkata, gegaran itu dipercayai ancaman berterusan ekoran gempa bumi tidak menentu yang melanda negara jiran dan kesannya turut diterima Malaysia.

* “Namun, dalam kesemua kejadian itu, tiada sebarang kerosakan harta benda dilaporkan,” katanya.

* Beliau juga menasihatkan orang awam supaya tidak bimbang akan kejadian gempa bumi kecil itu. - 21 gegaran di Bukit Tinggi cetus tanda tanya

p/s: Apakah Bukit Tinggi sedang menangis menganangkan dirinya bakal membakar badan orang-orang yang berdosa di situ?

sumber - Asia, Tech, Malaysia & World

http://perisik-rakyat.com/

No comments

Powered by Blogger.