Macam ni kalu.. 'mungkee' ka..!?




Menarik pagi ini bila seorang sahabat yang juga gurkha di 'port', yang baru pulang dari Kelantan semasa menghadiri majlis kenduri kahwin di Kampong Soi, dekat Manek Urai ahad kelmarin, telah terserempak secara tidak sengaja dengan satu majlis ceramah politik oleh satu parti bebas yang menduduki kerusi parlimen Pasir Mas iaitu Ibrahim Ali di kampong tersebut pada malamnya.

MP bebas ini dikhabarkan telah mengapi-apikan orang-orang kampong yang kebanyakanya pengundi di Manek Urai dengan menyuruh mereka meminta macam-macam dan apa-apa juga keperluan kecuali langit dengan bumi daripada kerajaan PAS Kelantan untuk ditukarkan dengan undi yang akan dipangkah oleh orang-orang kampong pada pilihanraya kecil itu nanti. Maksud Ibrahim ni..kiri dan kanan laa..,aku hulur kiri,kau hulur kanan..tak kira laa kanan tu macam mana.Court badminton ka,padang bola ka,bot ka,debit kad bank BSN ka atau kepala agong.. tak kira..! janji adaaa masyukkkk..

Walaupun pilihanraya kecil Manek urai itu lambat lagi, tetapi menurut cerita gurkha ini,bila melihat kepada sambutan yang diterima Berahim boleh tahan juga.(Berahim pula apa lagi,bila tengok crowd,lagi deraih laa dia!)

Dan rentetan kepada crowd yang ada malam tu, jelas kelihatan yang orang-orang kampong Manek Urai sudah macam tak sabaq nak memeriahkan pesta pilihanraya kecil itu. Atau orang-orang manek Urai dah gian dan syokk nak mengundi.

Kesudahan cerita ceramah ni ialah bila Berahim Ali ni diibaratkan macam melepaskan anjing tersepit, tangan yang disuap digigi bila dia yang menang kerusi Pasir Mas dengan menggunakan logo PAS, telah mengambil peluang itu dengan mengutuk kerajaan PAS Kelantan habis-habisan dengan bermacam-macam ayat hinggalah menyebabkan banyak orang kampong kecewa dan sedih sangat-sangat.

Apa yang Berahim Ali tak tau ialah, bila habis ceramah, orang-orang kampong pula dok kutuk dia habis-habisan dengan ayat-ayat yang lebih teruk lagi.

http://dollahyankee.blogspot.com/

No comments

Powered by Blogger.