Mengenang Almarhum Dr. Fathi Yakan


Semalam, dunia Islam kehilangan sebutir mutiara gemerlapan yang sekian lama mencurah bakti kepada umat.

Dr. Fathi Yakan, aktivis pergerakan Islam tersohor telah pulang ke rahmatullah pada usia 76 tahun. Beliau merupakan pengarang buku “Mengapa Saya Berintima’ dengan Islam?” yang menjadi rujukan pengenalan kepada aktivis pergerakan Islam seluruh dunia.

Almarhum Dr. Fathi juga merupakan di antara ulama’ dan sarjana besar dunia Islam. Penulisan dan kuliahnya menzahirkan ketegasan.

Saya kenangkan pertemuan saya dan Almarhum Ustaz Fadhil Noor dengan Almarhum Dr. Fathi Yakan di Riyadh hampir 30 tahun lalu.

Saya amat terkesan akan nasihat beliau kapada kami dalam menangani arus aliran pelampau menerusi gerakan Islam ketika itu. Menurutnya seringkali sosok keras menimbulkan masaalah kapada gerakan lantaran keengganan mereka tunduk kapada semangat jamaah.

Jamaah terperangkap akibat gelagat mereka atau akhirnya dkhianati olih sebahagian mereka.

Saperkara lain yang disentuh beliau ialah bahaya penyakit “ghurur” - keangkuhan - di kalangan pendukung gerakan akibat kedangkalan ilmu serta kurangnya tawaddu’. Mereka menganggap diri mereka sahaja jaguh, hebat berbicara soal jihad, dan kurang tasamuh atau berlapang dada menerima kekuatan atau pandangan lainnya.

Maka, marilah kita sama-sama berdoa semuga roh Almarhum Dr. Fathi Yakan ditempatkan di kalangan para solihin dan siddiqin.

Al-Fatihah.

ANWAR IBRAHIM

No comments

Powered by Blogger.