Menteri Pendidikan Semakin Bercelaru

"

 Tan Sri Mahyudin Yasin yang baru saja dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan memegang porfolio Menteri Pendidikan nampaknya begitu celaru dan tak tahu apa yang hendak dibuat.

Tahkala masyarakat banyak melayu mempertikaikan tindakan kerajaan dan Kementerian Pendidikan menggunakan Bahasa Inggeris untuk mata pelajaran Mathematik dan Sains sehingga kesemua sasterawan negara bangun menentang malah mereka sanggup menyerahkan anugerah tokoh Sasterwan Negara jika penentang mereka dirasakan tidak wajar kerana mereka menerima anugerah tersebut.



Kini begitu banyak NGO lain yang turut memperotes penggunaan Bahasa Inggeris untuk dua mata pelajaran itu. Penentangan ini bermula ketika Datuk Seri Hishamudin Tun Hussien menjadi Menteri Pendidikan dan kini diambil alih oleh Tan Sri Mahyudin Yasin yang juga Timbalan Perdana Menteri isu yang dibangkitkan masih gagal diselesaikan. Mengapa? Apa yang hebat sangat Bahasa Inggeris sehingga bahasa sendiri hendak dipinggirkan oleh anak bangsa sendiri yang bergelar pemimpin.

Kini Menteri Pendidikan, Tan Sri Mahyudin Yasin, menyerankan agar mata pelajaran Bahasa Inggeris diwajibkan lulus untuk mendapat Sijil Pelajaran Malaysia. Nampaknya para pemimpin UMNO sudah hilang rasa dan sudah hilang pendengaran kerana mereka sudah gagal mengesan kehendak dan kemahuan rakyat.

Nampaknya kerana kerakusan dan ketamakkan kuasa dan sanggup lakukan apa saja asalkan kuasa mereka terus kekal menyebabkan Allah Azzawajalla telah menarik balik deria rasa, deria pendengaran dan deria untuk mengesan suara hati rakyat jelata. Yakinlah jika semua deria ini ditarik balik oleh tuan yang empunya membawa alamat nyawa kekuasaan UMNO juga akan tamat.

Apa tidaknya UMNO yang berkuasa atas kekuatan melayu dan sering mendakwa merekalah pembela bangsa nampaknya kini sudah terbalik dan merekalah yang menjahanamkan bangsa. Apa saja tindakan mereka bukan lagi untuk menjaga kepentingan anak bangsa tapi mengikut selera dan nafsu hati mereka sahaja.

Apa akan jadi kepada anak-anak melayu khususnya yang tinggal dipendalaman jika mata pelajaran yang menjadi teras seperti Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris? Apa akan jadi kepada anak-anak melayu yang tinggal di pendalaman sekiranya mata pelajaran Bahasa Inggeris pula diwajibkan lulus untuk mendapat sijil?

Untuk apa dan untuk siapa pemimpin UMNO buat semua ini? Adakah untuk membela atau membunuh anak-anak melayu? Kalau membela bukan ini caranya! Jadi dimana logiknya UMNO mengatakan merekalah pembela bangsa. Bangkit dan sedarlah masyarakat melayu, selama ini para pemimpin UMNO hanya bermain wayang kepada orang melayu dan orang melayu mesti menolak mereka daripada terus berkuasa di negara ini.

Adakah benar hanya dengan penguasaan Bahasa Inggeris saja kita boleh maju? Kenyataan ini sering dikeluarkan oleh para pemimpin UMNO. Hakikatnya para pemimpin UMNO hanya menipu rakyat. Kita boleh lihat dengan mata kepala kita sendiri bagaikan negeri matahari terbit begitu maju bukan saja dibidang perniagaan malah teknologi. Dan di Jepun kalau kita hendak belajar di sana diwajibkan kita belajar bahasa ibunda mereka.

Macam mana Jepun boleh begitu berjaya sedangkan mereka menggunakan bahasa ibunda mereka? Lihat Korea Selatan yang kini sudah mula menjejaki Jepun juga menggunakan bahasa ibunda mereka. Negara kita yang cuba mengagungkan bahasa penjajah berada di mana? Jauh dibelakang malah dengan Thailand dibidang pertaniah juga kita ketinggalan. Thailand juga menggunakan bahas ibunda dalam sistem pendidikan mereka.

Harus dingat bukan saja Jepun, Korea Selatan dan Thailand malah di negara-neraga sebelah barat sendiri menggunakan bahasa ibunda dalam sistem pendidikan mereka. Adakah German menggunakan bahasa Inggeris? Bagaimana pula Perancis? Semua negara-negara ini menggunakan bahasa ibunda mereka.

Di Malaysia ini kita perlu menggunakan Bahasa Malaysia disamping memberikan kemudahan kepada anak-anak melayu untuk belajar dan menimba ilmu setinggi kita juga dapat menjadikan bahasa Malaysia sebagai bahasa perpaduan.

Mengapa para pemimpin UMNO tidak dapat melihat ini. Ini kerana para menterinya sudah tidak bercampur gaul dengan masayarakat melayu bawahan yang terkial-kial mencari rezeki untuk meneruskan hidup. Tergagap-gagap untuk menyuruh anak belajar. Kebanyakan mereka hidup bagaikan raja dan para pembantu dan penyokong kuat mereka pula hanya menjadi tukang angguk, apa saja yang dibuat mereka sebab itu mereka jadi begini. Mungkin juga inilah pertunjuk-pertunjuk awal kejatuhan kekuasaan UMNO di negara ini.

2 comments

tok iskandar said...

Muhyiddin separa sedar ketika bagi idea nak wajibkan BI dalam SPM.PPSMI jadi labu peram ajelah.

Kenapa tak buat talian khas untuk PPSMI pulak.Kalau dah pening jadi Menteri Pelajaran,bagi je kat orang lain pegang kerusi tu

web admin said...

saya setuju tok...muhyiddin makin kalut sekarang! macam2 nak ubah!!!!!

Powered by Blogger.