Najib Terus Dengan Janji Manisnya


Johor Bahru - Setelah 'Bajet Rangsangan ke-2' yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memberi kesan positif kepada ekonomi Malaysia. Hari ini Najib berkata beliau akan membuat satu "pengumuman besar" berkaitan liberalisasi yang lebih meluas pada persidangan "2009 Invest Malaysia" pada akhir tahun ini.

Mungkin akhir tahun 2009 nanti rakyat Malaysia akan lupa skesta yang Najib sebutkan hari ini. Johor Daily berharap ianya bukannya sekadar 'omong-omong' kosong seperti perlaksanaan Bajet Rangsangan pertama dan ke-2 yang lepas. Angkanya besar tetapi rakyat terus menderita.

Najib yang sering dipersendakan oleh setiap ceramah Pakatan Rakyat tentang perlaksanaan dan menguruskan ekonomi negara berkata, "Kami sedang menangani cabaran jangka pendek, adalah penting bagi kita untuk melakar satu hala tuju baru bagi negara ini, satu model ekonomi baru akan dibangunkan oleh kerajaan."

Mengenai Bajet 2010, Najib berkata ia akan menekankan mengenai cara-cara untuk merangsangkan lagi ekonomi negara dengan merubahnya menjadi sebuah ekonomi berasaskan pendapatan tinggi dengan sektor perkhidmatan memainkan peranan penting di dalam model baru ekonomi yang sedang dirancang.

Najib turut berjanji lagi, "tidak mengubah dasar sewenang-wenangnya atau mempunyai kepincangan di dalam dasar kita."

Walaupun sehingga hari ini Najib belum berani menyaman individu atau media yang mendakwa beliau terbabit dalam siri penyelewangan kuasa dan terbabit dalam pembunuhan Altantuya berkata, "Pada masa yang sama, kita perlu mewujudkan satu masyarakat yang adil dan jujur .. matlamat ini telah dilupai atau diketepikan. Kita perlu menjadikan terasnya lebih mesra pasaran dan pada masa yang sama mempunyai satu mesyarakat yang adil dan jujur,"

Katanya lagi , "Langkah membantu bumiputera dengan cara yang salah tidak akan memberikan hasil yang mampan. Kita mahu menjadikan mereka lebih berdaya tahan dan kompetitif.

Johor Daily berharap Datuk Ahmad Maslan tidak bersendiri menginap dan tidur dirumah rakyat bawahan. Johor Daily berharap Najib satu hari nanti akan turut serta Ahmad Maslan menginap dirumah peneroka Felda dan merasai keperitan hidup rakyat yang sering ditabur janji-janji tidak pasti..

http://johornews.blogspot.com/2009/06/najib-terus-dengan-janji-manisnya.html

No comments

Powered by Blogger.