News Update :

Politik

Kenyataan

Agama

Dunia

PNSB Perlu Berbincang Terlebih Dahulu Dengan Kerajaan Negeri Selangor Berhubung Isu Empangan Baharu Ampang

September 30, 2009

SHAH ALAM, 30 Sept - Kerajaan Negeri meminta Puncak Niaga Holding Berhad agar berbincang terlebih dahulu dengan pihak kerajaan negeri berhubung isu permohonan pembinaan empangan baru di Ampang.

Ia berikutan tindakan Syabas menghantar kertas cadangan kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berhubung langkah bagi mengatasi masalah berkenaan.

Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Elizabeth Wong berkata ini berikutan operasi Loji Rawatan Air Salak Tinggi terpaksa dihentikan sejak Ahad lalu, selepas Syabas mengesan kandungan amonia yang tinggi dan air mentah yang berbuih serta berbau kuat dalam sumber air mentah dari Sungai Labu ketika membuat pemeriksaan harian.

“Pertamanya pihak syabas tidak pernah membangkitkan isu ini tentang pembinaan satu empangan air yang baharu di Ampang.Jadi kita pihak kerajaan negeri rasa kalau ada apa-apa permohonan yang berlaku di negeri Selangor sepatutnya kalau kita guna jalan yang betul untuk membuat permohonan akan dibincangkan antara pihak Syabas dengan kerajaan negeri Selangor sebelum dihantar terus kepada Kementerian Tenaga,Teknologi Hijau dan Air,”jelasnya.

Elizabeth berkata ini adalah muslihat PNSB semata-mata dan seharusnya PNSB menambahbaikan sistem rawatan mereka selaras dengan perkembangan teknologi terkini.

“Isu ini telah dibangkitkan sejak beberapa tahun lalu kerana loji rawatan ini telah ditutup beberapa kali pihak Puncak Niaga yang mengendalikan loji itu mesti mempertingkatkan keupayaan loji tersebut supaya dapat mencapai matlamat dalam memproses air mentah ini selaras perkembangan teknologi semasa,”katanya.

Loji rawatan yang berkapasiti pengeluaran 10.8 juta liter sehari itu membekalkan air bersih kepada 19 kampung di sekitar Sepang.

Apa yang diharapkan agar semua pihak yang beroperasi di sepanjang Sungai Labu supaya lebih bertanggungjawab dan tidak menjadikan sungai itu sebagai ‘tong sampah’ untuk sisa kumbahan, pepejal dan industri.

Malam Bermesyuarat Mengenai SELCAT Di Antara Wakil Rakyat PR di SUK, Shah Alam

29 September 2009 merupakan hari pertama kita balik daripada cuti panjang Raya. Malam itu pula MB panggil satu mesyuarat di antara pegawai kanan kerajaan Negeri Selangor, khususnya Pegawai Daerah (DO), YDP Majlis Kerajaan Tempatan untuk mengadakan satu mesyuarat bersama dengan ADUN & Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, untuk membincangkan isu pendengaran SELCAT yang dikatakan telah menyakitkan hati mereka ataupun manjatuhkan maruah mereka.


DSC05169 small
Wakil rakyat Pakatan makan bersama dengan pegawai kerajaan selepas mesyuarat mengenai SELCAT.




Pada mulanya, saya agak bimbang tentang mesyuarat pelbagai pihak ini, khususnya selepas Pegawai Daerah di Klang dan exco PAS Dr Hasan Ali telah membidas SELCAT di media sebelum Hari Raya. Nasib baik, perbincangan yang dipengerusikan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim dengan menggunakan “Chatham House Rule” berjalan dengan lancar

Perbincangan bermula dengan penerangan tentang cara pendengaran SELCAT oleh Speaker YB Teng Chang Khim. Beliau menegaskan bahawa SELCAT tidak bertujuan untuk menyusahkan pegawai kerajaan, dan tujuannya hanyalah untuk menyiasat cara membelanjakan peruntukan wakil rakyat yang lepas dan sebab-musebab sesetengah peruntukan kerajaan diluluskan oleh pegawai kerajaan, misalnya kenapakah sesetengah peruntukan yang diumumkan oleh bekas ADUN masih diluluskan oleh pegawai kerajaan selepas Pakatan Rakyat menang Pilihan Raya pada Mac 2008.

Teng juga menafikan tuduhan yang menyatakan anggota SELCAT ini menghina dan memalukan pegawai kerajaan dalam pendengarannya. Kenyataannya disokong oleh Azmin Ali kemudian bahawa anggota SELCAT tidak pernah menggunakan perkataan “bodoh” ataupun mana-mana perkataan yang menghinakan pegawai kerajaan.

Saya agak teruja terhadap ‘mukadimah’ yang diberikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ramli Mahmud yang menyuarakan pandangannya tentang cara pendengaran SELCAT, tetapi mesej beliau yang terpenting ialah, pegawai kerajaan Selangor tidak menentang SELCAT dan mereka sudi menuju ke arah depan (move forward). Dato’ Ramli juga menegaskan bahawa pegawai kerajaan adalah diarah untuk berkhidmat kepada kerajaan semasa (government of the day).

DSC05171 small

Ya, tujuan rakyat mengundi kepada calon Pakatan Rakyat ialah berharap kami boleh bawa perubahan dan pembaharuan, khususnya dari segi pembasmian penyelewengan kuasa dan rasuah.




Pendengaran SELCAT sebenarnya mendapat sokongan yang kuat daripada masyarakat umum. Bila pegawai SPRM cuba cari pasal ke atas peruntukan ADUN Pakatan Rakyat, saya berharap mereka boleh pasang telinga untuk mendengar apa yang pernah berlaku dalam isu peruntukan ADUN BN dan mengambil tindakan terhadap mereka juga.

Bagi kerajaan Selangor, kami berkeinginan untuk meminda garis panduan penggunaan peruntukan oleh ADUN selepas SELCAT mengeluarkan laporan dan cadangan mereka. Kami tentu memerlukan kerjasama pegawai kerajaan untuk membantu kami dalam isu ini.

Saya berharap “storm in the tea cup” yang lepas ini boleh meningkatkan persefahaman di antara wakil rakyat Pakatan Rakyat dengan pegawai kerajaan, dan juga kita boleh melaksanakan “best praktis” dari segi penggunaan peruntukan dan mengelakkan sebarang gangguan daripada pihak SPRM pada masa akan datang.

http://teresakok.com/2009/09/30/malam-bermesyuarat-mengenai-selcat-di-antara-wakil-rakyat-pr-di-suk-shah-alam/#more-4131

Isa Samad Sampah UMNO! Pas Akan Membuat Kejutan Yang Membuat Najib Menangis!

Pencalonan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad sebagai calon UMNO bagi menentang rakyat di Bagan Pinang sebenarnya tidak mengejutkan. Ianya sudah dijangka sementelah cuma satu nama sahaja yang diacdangkan oleh kepimpinan UMNO Bahagian Teluk Kemang yang diketuai oleh Isa sendiri. Dengan ugutan boikot dari UMNO Bahagian dan sebahagian pemimpin utama UMNO Negeri Sembilan yang masih dipengaruhi Isa Samad, UMNO sendiri dilihat sebagai tidak mempunyai pilihan selain daripada memilih untuk mencalonkan Isa Samad sendiri walaupun terdapat banyak nama yang boleh dipertimbangkan.

Pemilihan ini membuktikan kepada banyak pihak bahawa laungan UMNO untuk berubah hanyalah sekadar lapisan angan-angan sahaja dan impian tersebut sangat sukar dilaksanakan kerana political will atau kemahuan yang jitu gagal diserap oleh UMNO di semua peringkat. Janji manis UMNO untuk berubah selepas pemilihan Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri yang ke enam nyata musnah di Bagan Pinang. UMNO masih lagi ditakluki segelintir pemimpin kelas elit yang hanya mementingka kesinambungan kuasa dan peluang meraup kekayaan. Buktinya, Isa Samad yang telah lebih dua dekad menjadi wakil rakyat dan hampir 20 tahun menjadi Menteri Besar masih lagi dipilih. Untuk apa jika bukan kerana ada agenda lainnya? Seolah-olah tiada pemimpin pelapis dari generasi muda yang berkemampuan untuk menggalas harapan UMNO.

Pemilihan Isa Samad pastinya memanaskan punggung Menteri Besar sekarang yang umum mengetahui ialah dari kelompok penyokong bekas Perdana Menteri Pak Lah. Semenjak memegang kepimpinan UMNO Negeri Sembilan, ramai EXCO baru yang dilantik dan calon-calon pro Isa Samad digugurkan dari bertanding dalam PRU ke 12 yang lepas. Hasilnya BN hilang majoriti di Negeri Sembilan dan hanya 4 kerusi diperlukan untuk majoriti mudah bagi Pakatan Rakyat memerintah Negeri adat perpatih itu. Pastinya kegusaran itu akan bertambah kerana jika Isa Samad menang, adalah mustahil beliau akan hanya menjadi wakil rakyat biasa sahaja. Isa sentiasa dilihat sebagai kroni Najib Tun Razak semenjak dari zaman beliau menjawat EXCO Pemuda UMNO di zaman Anwar Ibrahim lagi.

PAS yang meletakkan Pesuruhjaya Negeri Sembilan, Zulkifi Omar nyata optimis untuk mengulangi kejutan seperti di Parlimen Kuala Terengganu. Di atas kertas, PAS turun selaku underdog dengan kekurangan 2333 undi berbanding UMNO. Menyedari fakta bahawa undi pos di Bagan Pinang ialah sebanyak 4604 undi dan amat mustahil bagi pas mengulangi kejayaan mencuri lebih satu ribu undi pos seperti pilihanraya umum lagu kerana pastinya kawalan , amaran dan ugutan lebih keras lagi digunakan bagi memperlekehkan anggota keselamatan yang mengundi di kem masing-masing. Awal-awal lagi PAS sudah berstrategi agar UMNO meletakkan Isa Samad selaku calon kerana ini merupakan nilai tambah bagi PAS untuk berkempen kerana Isa Samad mempunyai track record yang tidak bersih. Untuk UMNO menyatakan bahawa character assasination atau kempen menghentam peribadi ini sebagai tidak bermaruah adalah agak lucu kerana latarbelakang UMNO yang sehingga hari ini menyerang peribadi Tuan Guru Menteri Besar Kelantan dan juga Dato Seri Anwar Ibrahim masih rancak berkumandang. PAS juga melalui calonnya boleh menggunakan isu kebajikan rakyat yang dilaksanakan di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah selain daripada menggunkan isu kontroversi seperti Perarakan Kepala Lembu dan sebagainya untuk diterangkan kepada rakyat Bagan Pinang.

Secara umumnya, peluang dilihat masih ada bagi PAS membuat kejutan walaupun dengan hanya mengurangkan majoriti undi Barisan Nasional walaupun untuk menang adalah di luar jangkaan. Namun sekiranya PAS berjaya memenangi pilihanraya kecil ini, maka kemungkinan gelombang perubahan di kawasan Selatan tanah air yang dahulunya dilihat sebagai benteng Barisan Nasional akan mula membadai.

Kerajaan Negeri Lancar Program Anugerah Komuniti Terbaik Pemajuan Berstrata Negeri Selangor

Bagi membentuk jaringan komuniti yang sejahtera dan harmoni di negeri ini, kerajaan negeri hari ini melancarkan Anugerah Komuniti Terbaik Pemajuan Strata Negeri Selangor 2009.

Program anjuran Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dikalangan penduduk perumahan strata di Selangor agar mengekalkan persekitaran perumahan yang cantik dan bersih.

Majlis pelancaran program telah disempurnakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid, di Ruang Legar Bangunan SUK, Shah Alam, petang tadi.

Turut hadir, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ramli Mahmud.

Berucap pada majlis itu, Khalid yakin program ini sangat bertepatan pada masa ini berikutan peningkatan peratusan bilangan masyarakat pemajuan berstrata di negeri ini yang dilaporkan semakin tinggi.

“Saya yakin program ini sangat relevan dan diperlukan sebagai usaha mengiktiraf sumbangan masyarakat pemajuan strata bagi membentuk komuniti yang sejahtera dan harmoni di Selangor.Usaha seumpama ini secara tidak langsung memberi impak terhadap pengukuhan teras perpaduan rakyat Selangor”,katanya.

Tambahnya berdasarkan rekod Unit Pesuruh Jaya Bangunan bagi semua pihak berkuasa tempatan,sehingga kini terdapat 3,809 kawasan pemajuan strata melibatkan 689,775 petak di seluruh Selangor.

Katanya, kerajaan negeri juga turut menjangka berlaku penambahan jumlah kawasan pemajuan strata dinegeri ini.

“Jangkaan ini berdasarkan andaian iaitu pada tahun 2008 sahaja, sejumlah 12,330 petak kos rendah dan sederhana rendah diluluskan bagi sembilan kawasan Pihak Berkuasa Tempatan negeri Selangor”,katanya.

Dalam majlis yang sama, Khalid turut melancarkan kempen ‘Pangsapuri Kita Bersih, Ceria dan Harmoni’.

Menurut Abdul Khalid, kempen ini mengambarkan aspirasi kerajaan negeri agar semua bentuk perumahan bertingkat di negeri Selangor berada pada tahap yang standing dengan kualiti kediaman bertingkat di Singapura atau di negara maju lain.

Dalam perkembangan sama kerajaan negeri mengalu-alukan penyertaan dari semua Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC) untuk menyertai Anugerah Komuniti Terbaik Pemajuan Berstrata 2009.

Anugerah yang terbahagi kepada tiga kategori iaitu pangsapuri kos rendah, pangsapuri kos sederhana rendah dan pangsapuri tinggi menawarkan hadiah kelengkapan pejabat bernilai RM10, 000.

Bagi yang berminat, borang penyertaan hendaklah di hantar ke Unit Pesuruhjaya Bangunan(COB) Pihak Berkuasa Tempatan sebelum atau selewat-lewatnya pada 30 Oktober2009

Gegaran Gemparkan Penduduk Lembah Klang

Penduduk di Lembah Klang gempar dengan gegaran kira-kira lima minit yang turut dirasakan di beberapa kawasan kira-kira jam 6.15 petang tadi, terutama di bangunan tinggi di Shah Alam, Klang dan Kuala Lumpur.

Penduduk di pangsapuri dan rumah pangsa dilihat bergegas keluar ke kawasan lapang, selepas bangunan kediaman mereka bergoyang beberapa kali.

Beberapa penduduk yang ditemui berkata, mereka berasa pening dan merasakan satu gempa bumi telah berlaku di kawasan berhampiran lalu berlari keluar ke kawasan selamat.

"Saya tengah tidur, isteri kejut saya apabila rasa bergegar, rasa bangunan goyang, rasalah goyang lama jugak, yang ni ada dalam lima minit lenih kurang, kuat..sangat pening," kata Ashraff Nasjarudin.

"Kami rasa bangunan ini bergegar dan bergoyang, jadi kami sekeluarga berlari keluar, ia sangat menakutkan kami dan ini kali kedua ia berlaku di bangunan ini," kata Sarah Baskaran.

"Situasi tadi, saya rasa kepala saya pening, saya ingat pening biasa, rasa betul-betul bergoyang rasa nak tumbang, kuat dan cepat-cepat turun, orang menjerit bila building bergoyang,cepat turun," kata Sivabalan.

"Rasa gegaran, so semua turun…masa tu tengah tidur balik kerja..rasa pening sebab bergoyang kuat," kata Khairol Asfar.

Bagaimanapun, tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku akibat gegaran itu.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor yang dihubungi juga melaporkan tiada sebarang kerosakan bangunan atau tanah runtuh berlaku akibat gempa bumi ini.

Menurut jurucakap bomba Selangor, pihaknya menerima lebh 40 panggilan, terutama dari Petaling Jaya, Damansara dan Kajang sejak jam 6.20 petang tadi, berikutan gegaran itu.

Laporan awal dari Sumatera mengesahkan, satu gempa bumi berukuran 7.9 skala ritcher di kesan di Sumatera Barat, berhampiran Padang, iaitu kira-kira 475 kilometer dari Kuala Lumpur.

Kejadian berkenaan berlaku kira-kira jam 5.15 waktu Sumatera atau 6.15 waktu Malaysia.

Sabah dan Sarawak Masih Jauh Ketinggalan Dalam Kemajuan Pembangunan Negara

Sudah 46 tahun terbentuknya sebuah Negara Malaysia yang terdiri daripada negeri Sabah, Sarawak, Tanah Melayu dan Singapura suatu ketika dahulu yang berdaulat dan bebas merdeka.

Terbentuknya Malaysia menandakan harapan menggunung rakyat Negara ini agar kerajaan yang memimpinnya sentiasa berlaku adil kepada semua,serta tidak mengenal batas kaum.

Namun apa yang berlaku selepas 46 tahun Kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin UMNO semakin rakus berkuasa.

Semangat Pembentukan Persekutuan Malaysia dan Pengisytiharaan Kemerdekaan diabaikan agar mereka dapat berkuasa

Dimana negeri Sabah dan Sarawak masih jauh ketinggalan dalam kemajuan dan arus pembangunan Negara.

Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Sabah, Datuk Dr. Jefry Kitingan berkata tarikh tersebut mempunyai sejarah yang tersendiri.

Menurut Dr. Jefry lagi ,mengapa tarikh 16 September menjadi tarikh penting adalah ketika bermulanya pembentukkan Negara Malaysia.

“Peranan Sabah dan Sarawak dalam pembentukkan Malaysia perlu dihargai perlu juga difahamkan bahawa Sabah dan Sarawak bukan masuk atau menyertai Malaysia tetapi membantu membentuk Negara Malaysia .Ia juga mengingatkan kita tentang perjanjian yang telah dipersetujui dalam pembentukan Malaysia pada tahun 1963,’katanya.

Sementara itu Pemimpin Masyarakat Sarawak ,Tuan Baru Bian berkata antara faktor menyebabkan Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia kerana ingin mengubah mentaliti rakyatnya ke arah kemajuan pembangunan.

“Salah satu faktor sabah dan Sarawak bersetuju dalam membentuk Malaysia adalah kerana masyarakatnya yang boleh bergabung dan boleh berjalan seiring dalam arus pembangunan yang dijanjikan oleh kerajaan persekutuan pada masa itu dengan harapan mereka generasi akan datang dapat meningkatkan taraf hidup selaras dengan pembangunan Nasional,”ujarnya.

“Nenek moyang kami telah dijanjikan kehidupan yang lebih baik peluang pendidikan dan pembahagian hasil kekayaan yang sama rata antara setiap negeri.Hari ini setelah 46 tahun Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia harapan nenek moyang kami berdiri sama tinggi duduk sama rendah hanya tinggal impian yang masih belum menjadi kenyataan,”jelasnya.

Walaubagaimanapun harapan hanya tinggal harapan apabila janji tidak ditunaikan dimana rakyat Sabah dan Sarawak terus jauh ketinggalan dalam pelbagai faktor.

“Kita telah membina salah satu bangunan tertinggi didunia Twin Tower, namun kita gagal menyediakan rumah dan kemudahan asas bagi yang miskin dan lebih lanjut lagi masyarakat bumiputera di pedalaman Sarawak , kajian dan laporan menunjukkan terdapat ramai rakyat Sarawak terutamanya golongan bumiputera tergolong dalam kalangan termiskin di Malaysia, kita berbangga dapat menghantar seorang doktor angkasawan ke angkasa tetapi kita gagal meneruskan dan mengekalkan perkhidmatan doktor udara dikawasan pedalaman Sabah dan Sarawak yang memerlukan perkhidmatan tersebut yang mengakibatkan ramai kehilangan dan dihalang mendapatkan rawatan perubatan yang sepatutnya di utamakan.Ketamakan dan saingan perniagaan tanpa memikirkan kepentingan masyarakat yang miskin yang memerlukan bantuan,”katanya lagi.

Menurutnya juga kemudahan rakyat Sabah dan Sarawak semakin dilupakan.

“Kita berbangga dengan kereta Nasional tetapi jalan di pedalaman sabah dan Sarawak masih tidak dihubungkan dengan jalan penghubungan yang sesuai,sedangkan masih ramai rakyat kita yang tidak mempunyai jalan raya yang menghubungkan mereka.Perhubungan paling mahal melalui udara,jalan perhubungan paling bahaya jalan balak dan paling memenatkan terlalu lama berjalan kaki. Ini menunjukkan keuntungan kita tersalah arah akibat ketidaktelusan, diputarbelitkan dengan perbuatan korup yang ditaburi sikap tamak dan metarilistik,”katanya.

(Gambar) Model Perodua MPV 2009



Ini adalah gambar terbaru yang kami terima. Sumber mendakwa ini adalah model MPV keluaran Perodua yang bakal di’lancarkan November depan.

Tiada sebarang spesifikasi khas di’keluarkan namun dari gambar-gambar di’bawah, MPV Perodua tampak lebih boleh di’percayai berbanding MPV keluaran Proton, Exora.

Khabar angin yang mengatakan Perodua MPV ini di’bina berdasarkan Toyota Passo Sette memang benar belaka. MPV yang belum mempunyai nama ini mirip hampir 100% rekaan luar & dalaman Toyota Passo Sette.

Lagi gambar-gambar MPV keluaran perodua selepas ini. Enjoice!


Mahathir Merajuk, Isa Samad Jadi Calon BN

KUALA LUMPUR, 30 Sept - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan berkempen untuk calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang. "Beliau adalah calon parti, saya sokong. Pendapat peribadi saya tidak perlu diambil kira," katanya apabila ditanya sama ada beliau kecewa dengan pencalonan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Abdul Samad sebagai calon BN. Semalam, Isa, 59, diumumkan sebagai calon BN bagi kerusi DUN Bagan Pinang.

Wahai UMNO!! Jangan Sembelih Melayu Sabah !

PANDANGAN ini tiada kena mengena dengan isu perkauman sempit atau cuba menafikan hak mana-mana kaum untuk memperoleh peluang mendapat pendidikan ke peringkat tertinggi.

Saya hanya meluahkan rasa kurang senang dan protes atas penindasan yang berterusan ‘MENYEMBELIH’ penduduk pribumi



yang saban hari menyaksikan kampung halaman mereka pupus dan lenyap dari peta bumi Sabah serta mereka diusir ke satu penempatan yang terpencil tanpa mendapat pembelaan menikmati infrastrukur sebuah penempatan menepati ciri-ciri negara membangun.

Kalau MCA mahu dirikan Kolej Tunku Abdul Rahman, buatlah, dirikanlah, tetapi jangan jadikan penduduk pribumi di Sungai Batang sebagai mangsa atas alasan konon untuk menyediakan prasarana pendidikan bagi rakyat Sabah.

Pemimpin UMNO yang mendabik dada sebagai pejuang dan pembela bangsa Melayu, mana dia satu pelan bertindak yang boleh meyakinkan penduduk pribumi yang mereka tidak akan menerima nasib seburuk yang dialami oleh penduduk pribumi di kawasan tanah adat Kg. BDC?

Ataukah pemimpin UMNO juga berlumba-lumba menjadi broker dengan ganjaran fulus (wang) lalu bertindak meyakinkan penduduk pribumi Sungai Batang supaya berpindah ke kawasan lain?

Yang aneh dan pelik ialah terdapat banyak kawasan lain yang sesuai untuk didirikan Kolej Tunku Abdul Rahman ini seperti di Seguntor, Sibuga, sepanjang highway dari Batu Sapi ke kawasan yang padat dengan penduduk Cina di Mawar, Sibuga, Sepilok dan sebagainya, tetapi semua ini tidak menarik minat MCA untuk ‘acquire’ atau ‘mengambil’ tanah-tanah di sekitar kawasan ini untuk tujuan tersebut! Apakah agenda sebenar penubuhan Kolej TAR ini?

Saya yakin jika ditakdirkan UMNO/BN terus menerajui Sabah selepas PRU ke13, pribumi Sabah akan menerima nasib serupa sebagaimana bangsa Melayu di Pulau Pinang. Tun Dr. Mahathir, ketika masih menjadi PM, pernah meluahkan kenyataan bahawa kedudukan dan nasib bangsa Melayu Pulau Pinang sama seperti sewaktu era penjajah dahulu.

Memang hebat pembangunan yang dilaksanakan di Pulau Pinang. Bangunan, kondominium, pusat perniagaan dan sebagainya megah tersergam di sana-sini. Tetapi malangnya bangsa Melayu terus terpinggir dan terpaksa merempat di kawasan-kawasan setinggan.

Pemimpin UMNO cukup seronok melihat kehadiran pelabur-pelabur luar datang menanam modal di negeri ini. Pengarah Jabatan Tanah & UKur, Datuk Osman Jamal pula, dalam kenyataan lucunya berkata, Sabah tidak boleh melaksanakan peraturan yang menegah orang luar memiliki tanah di Sabah. Jika dilaksanakan juga, kata Osman Jamal, ia serupa menghalang orang luar dari datang berkunjung ke Sabah.

Lucu. Memang lucu kerana kenyataan seperti ini hanya memperlihatkan kepada kita tahap professionalisme dan cara berfikir seorang penjawat awam. Betullah kata pepatah..kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan! Rumah milik pribumi yang didirikan atas tanah kerajaan dibakar, perompak balak dan perampas tanah pribumi dibela dan dipertahankan!

Saya pernah melontarkan pandangan saya kepada penduduk Kampung Melayu, Berhala Darat, Sandakan bahawa tiada jaminan yang mereka akan merasa selamat untuk terus kekal mendiami kampung tersebut yang diwarisi sejak berzaman lamanya.

Saya kata, kalaulah ada pelabur Taiwan atau Singapura yang datang melihat keindahan sebuah perkampungan berlatar belakangkan laut membiru dan sebuah pulau, maka ketika itu, pilihan yang ada bagi pemimpin UMNO/BN, ialah untuk menghalau semua penduduk Kampung Melayu Berhala Darat ke satu penempatan lain seperti Kampung Tinusa dan Batu Putih di mana penghuninya terpaksa berhadapan dengan bau busuk setiap kali air pasang dan surut dengan sampah dan najis manusia bertaburan di sana-sini.

Sememangnya kebimbangan saya menjadi realiti. Tidak berapa lama selepas itu, sebuah akhbar Sabah menyiarkan satu berita bahawa LIM KWOK WING UNIVERSITY telah mendapat kelulusan satu kawasan seluas 100 ekar di sepanjang Sim-Sim Highway untuk melebarkan cawangannya di Sandakan. Sama ada kawasan itu ialah di Kampung Melayu Berhala Darat atau sebaliknya, sama-samalah kita tunggu.

Saya menyeru pemimpin Melayu yang mengaku beragama Islam agar insaf melihat kemunduran bangsa pribumi di negeri ini. Gunakanlah kuasa semasa masih berkuasa untuk menafaat dan kepentingan bangsa serumpun, tanpa perlu menganiaya mana-mana kaum.

Kalau kuasa sudah hilang, pemodal-pemodal Cina yang berada di sekeliling kamu sewaktu kamu berkuasa dulu, yang menyuap fulus berlambak ke mulut dan kocek kamu, tidak akan memandang dan menghormati kamu lagi. Rakyat yang kamu aniaya semasa kamu berkuasa juga akan meluat dan membenci kamu. Maka, duduklah kamu terperap di dalam rumah, malu untuk keluar bimbang tidak dilayan masyarakat!.-sabahkini

Bagan Pinang 2009 : Di Sini Putih Bukanlah Warna


Bagan Pinang 2009
Di Sini Putih Bukanlah Warna



Saya diminta oleh banyak pihak untuk membuat sedikit ulasan berkenaan calon BN di Bagan Pinang - iaitu Tan Sri Isa Samad. Jawapan saya mudah - saya tiada apa-apa lagi yang hendak dikomen. Rakyat lebih bijak dan tahu siapa yang lebih mereka suka. Mungkin untuk masa hadapan, akhlak pemimpin bukan lagi jadi ukuran untuk dipilih sebagai calon dalam pilihan raya. Selepas ini, tiada lagi masalah untuk sesiapa sahaja yang ingin menjadi calon UMNO/BN dalam pilihan raya. Sama ada perasuah ke, pelacur ke, perompak ke, penzina ke atau peliwat ke - semua boleh dipilih menjadi pemimpin, akhlak adalah soal kedua, yang penting sekarang ini ialah kuasa - tidak kiralah siapa calon kita itu, sekali pun seorang perompak atau pencuri atau seorang perasuah, tetapi jika rakyat suka, maka pilih sahajalah. Lagi pun nak buat macam mana, kalau dah rakyat sendiri yang mahukan wakil rakyat mereka dalam kalangan perompak, pencuri, perasuah dan peliwat - apa lagi yang boleh kita buat, balun sajelah. Yang penting "akar umbi" happy.



Tanpa disedari, masyarakat kita semakin rosak dan dirosakkan. Dalam keadaan sekarang - untuk berasa kecewa pun dah tiada gunanya. Kata orang, itu kehendak rakyat, kehendak akar umbi - harus diutamakan. Tidak kiralah betul atau pun tidak pilihan akar umbi itu - yang penting, kita ikut sahaja apa-apa yang dikehendaki oleh mereka, kebenaran tolak ke tepi. Doa saya hanya satu - semoga BN menang, atau kita harus belajar semula untuk mengenal diri sendiri. Rupa-rupanya putih bukanlah warna bersih di Bagan Pinang. Nampaknya, kita masih takut terhadap ugutan boikot calon yang dicanag hebat oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab di Bagan Pinang, sehinggakan kita lebih mengutamakan kuasa daripada kepentingan rakyat keseluruhannya. Semoga Allah mengampunkan dosa kita semua ini. Wallahualam. Tahniah Tan Sri!

Nantikan: Turning point untuk MCA

Tidak ada mana-mana ahli malah pemimpin MCA sekali pun yang melebihi parti. Segala ugutan ataupun taktik keras sedemikian tidak akan mengoyahkan tekad kepemimpinan parti untuk mengembalikan maruah MCA di mata masyarakat Cina. Inilah juga kesempatan terbaik untuk pucuk kepemimpinan parti mengetahui dengan mata sendiri siapakah sebenarnya ahli-ahli parti yang benar-benar setia kepada parti... Kuantiti tidak melambangkan apa-apa. Sebaliknya, parti tersebut akan hanya dihormati dan digeruni jika ia memiliki ahli-ahli yang berkualiti bukan sahaja dari aspek pemikirannya, tingkah laku bahkan juga mempunyai kemampuan berfikir di luar kotak tanpa dipengaruhi emosi.

Artikel:

Merujuk kepada sebuah artikel nukilan wartawan Berita Harian, Jamhariah Jaafar yang terbit pada 26 September 2009 lalu dengan tajuk utamanya ”Krisis MCA retak menunggu”. Penulis tersebut dalam hujah-hujahnya memberikan gambaran yang mengelirukan dan berat sebelah kerana hanya melihat krisis politik MCA dari satu sudut sahaja.

Antara hujah yang dikemukakan beliau ialah krisis MCA kini diibaratkan retak menunggu belah. Kepada penulis itu, apakah maksud retak menunggu belah? Adakah MCA begitu tenat sehingga kesemua 940,000 ahli yang sedia ada, semuanya memberontak terhadap kepemimpinan Presiden Parti, Dato’ Sri Ong Tee Keat? Apakah para perwakilan MCA tidak mempunyai pendirian sendiri sehingga begitu mudah termakan dengan emosi dan janji-janji pihak yang mahu mengadakan EGM?

Komuniti Cina sokong pemimpin bermoral

Apa yang tidak dinyatakan oleh penulis itu ialah masih ada sebahagian besar ahli-ahli parti serta komuniti Cina yang berdiri teguh di belakang Tee Keat. Beberapa orang pemimpin komuniti terkenal seperti Tan Sri Robert Phang dan Datuk Chor Chee Heung sudah tampil menyatakan sokongan mereka kepada kepemimpinan Tee Keat.

Selain itu, selaklah surat-surat pembaca yang terbit dalam akhbar-akhbar perdana dan didapati ramai pembaca atau lebih tepat lagi rakyat jelata telah menyatakan pendirian mereka. Rata-ratanya mahu melihat MCA diterajui oleh seorang pemimpin berkaliber dan bermoral.

Kewujudan fraksi sesuatu yang normal dalam politik

Apa yang cukup menghairankan juga ialah artikel tersebut turut menyatakan penganjuran EGM kali ini tidak akan menjanjikan apa-apa kesudahan melainkan kewujudan dua kem/fraksi. Ini cukup melucukan! Apakah penulis awal-awal lagi sudah mengetahui kesudahan EGM sehingga begitu yakin memberikan kesimpulan sedemikian?

Dalam mana-mana parti politik sekalipun, kewujudan fraksi sememangnya tidak dapat dielakkan. Selagi ada satu pihak yang bercita-cita tinggi untuk menaiki hierarki parti dan selagi wujudnya semangat berpuak-puak, maka selama itu jugalah fraksi ini akan berpanjangan.
EGM menghormati hak perwakilan

Dalam konteks ini, tindakan pucuk kepemimpinan parti untuk hanya mengadakan satu Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) dilihat cara terbaik untuk mengatasi kemelut ini. Adalah merupakan satu pandangan yang cukup naif untuk mengatakan kesudahan EGM tidak akan menjanjikan apa-apa.

Sekurang-kurangnya EGM tersebut akan memberikan ruang seluas-luasnya kepada para perwakilan sebanyak 2,377 untuk menyuarakan pendirian mereka terhadap lima resolusi yang dikemukakan.

Dengan ruang yang diberikan kepada para perwakilan untuk bersuara pada EGM nanti, ia sebenarnya membolehkan proses demokrasi terus bercambah dalam MCA dan menidakkan segala tohmahan kononnya parti tersebut diterajui oleh seorang pemimpin diktator.

Pada hemat saya, keputusan untuk hanya mengadakan satu EGM dan kesediaan pucuk kepemimpinan parti mempersetujui kepada lima resolusi yang dikehendaki pihak lawan, menjadi turning point kepada memecahkan kebuntuan dalam krisis tersebut.

Cumanya, insan yang bergelar manusia tidak pernah merasa puas hati dengan apa yang kita miliki. Lagi banyak konsesi yang diberikannya, lagi banyak yang ingin dituntutnya. Biasalah, itu kan naluri manusia yang sentiasa mahu memenuhi kehendaknya.

Mengambil kira krisis politik MCA sekarang, adalah jelas apa sekali pun usaha oleh pucuk kepemimpinan parti untuk meredakan suasana, pun akan dikritik. Maka kerana itu, pucuk kepemimpinan parti tidak perlu melayan kerenah-kerenah pihak berkepentingan kerana jika tuntutan-tuntutan sedemikian dilayan, nescaya krisis politik MCA tidak akan berkesudahan malah bertambah kompleks lagi di kemudian hari.

Justeru, adalah tidak berasas sama sekali untuk menyifatkan Tee Keat terperangkap dalam usahanya menyingkirkan Soi Lek. Apakah manfaat yang akan diperoleh oleh parti MCA sekiranya Timbalan Presidennya disingkirkan?

Soal perundangan dan integriti

Dalam kita membincangkan mengenai isu skandal seks Dato' Seri Dr. Chua Soi Lek, si penulis tadi ada mengatakan: Kemelut MCA ini tidak patut berlaku terutama selepas ahli-ahli MCA kelihatan sudah mengampunkan dosa Soi Lek apabila memilih beliau sebagai Timbalan Presiden pada pemilihan parti Oktober 2008 lalu.

Soalnya di sini bukan sama ada Soi Lek telah mengakui kesilapannya atau tidak, kita sedang berbicara mengenai soal perundangan, moral dan integriti seseorang pemimpin. Pada ketika BN kini berhadapan dengan masalah persepsi dan imej yang kurang elok, adalah satu kesilapan besar dan merupakan political suicide untuk terus bergantung harap kepada pemimpin yang dilanda skandal.

Tidak kira sama ada dari UMNO, MCA mahupun MIC, isu perundangan, moraliti serta integriti pemimpin perlu diberi keutamaan tertinggi. Jika isu perundangan, moraliti dan integriti boleh digadaikan, bayangkan apa yang akan berlaku kepada parti tersebut.

Kita semua sedar Soi Lek merupakan seorang pemimpin yang berkaliber. Itulah hakikat. Malah semasa beliau menjadi Menteri Kesihatan dahulu, beliau telah mempamerkan prestasi yang memberangsangkan dan telah memperkenalkan beberapa pembaharuan.

Namun begitu, realiti sebenar amat pahit untuk diterima. Yang telah berlaku tetap telah berlaku dan yang bersalah tetap bersalah. Para perwakilan telah menyatakan pendirian mereka untuk memilih Soi Lek sebagai Timbalan Presiden, namun pendirian perwakilan mungkin tidak sama dengan apa yang difikirkan oleh para pengundi.


Para perwakilan merupakan ahli dalam parti dan sudah semestinya mereka cenderung mengundi seseorang bagi memastikan kepentingannya terjamin. Tetapi untuk para pengundi tidak sama. Mereka hanyalah pemerhati, merekalah hanya pengundi yang akan membuang undi setiap lima tahun sekali. Tetapi ramai tidak menyedari bahawa kuasa undi yang dimiliki pengundi yang bakal menentukan jatuh bangunnya seseorang calon mahupun parti dalam sesuatu pilihan raya.

Benarlah kata pemimpin komuniti terkenal, Tan Sri Robert Phang dalam satu temuramah dengan sebuah akhbar berbahasa Inggeris. Dalam temuramah itu, Phang menjelaskan, moraliti adalah satu asas penting dan merupakan syarat dalam sesebuah kepemimpinan politik. Katanya lagi, apa yang sedang membelenggu MCA ketika ini boleh memberi kesan yang amat serius kepada BN sekiranya ia tidak diurus dengan baik.

Berani berubah

Sekiranya apa yang dinyatakan oleh Jamhariah Jaafar dalam artikelnya menjadi kenyataan dan dalam hal ini merujuk kepada kemungkinan ramai ahli akan keluar parti, biarlah ia berlaku. Parti MCA tidak harus diugut oleh mana-mana ahli parti.

Tidak ada mana-mana ahli malah pemimpin MCA sekali pun yang melebihi parti. Segala ugutan ataupun taktik keras sedemikian tidak akan mengoyahkan tekad kepemimpinan parti untuk mengembalikan maruah MCA di mata masyarakat Cina.

Inilah juga kesempatan terbaik untuk pucuk kepemimpinan parti mengetahui dengan mata sendiri siapakah sebenarnya ahli-ahli parti yang benar-benar setia kepada parti, baik semasa waktu sukar mahupun senang.

Usahlah kita bermegah dengan jumlah ahli parti yang banyak tetapi dari aspek dalamannya, ia tidak memiliki apa-apa substance. Kuantiti tidak melambangkan apa-apa. Sebaliknya, parti tersebut akan hanya dihormati dan digeruni jika ia memiliki ahli-ahli yang berkualiti bukan sahaja dari aspek pemikirannya, tingkah laku bahkan juga mempunyai kemampuan berfikir di luar kotak tanpa dipengaruhi emosi.

~Rakyat Malaysia

*Definisi ’turning point’:- Landmark: an event marking a unique or important historical change of course or one on which important developments depend
wordnetweb.princeton.edu/perl/webwn

Noh Omar is Wrong. Public Hearing is First Step Towards Accountability and Transparency

Press Statement by Member of Parliament Klang Charles Santiago in Klang on30th Sept 2009


I am writing in response to Datuk Noh Omar’s statement and others who have indicated that Selcat should conduct its inquiry behind closed doors in Sinar Harian dated 26 -27 Sept, 2009.

Suggestions by the Deputy Chairman of UMNO Selangor liaison committee on the Select Committee for Competency, Accountability and Transparency (Selcat) exposes poor understanding of the notion o f accountability and transparency. It shows the senior politician has little knowledge of best practices in parliamentary or assembly procedure albeit his fourth term as parliamentarian.

The example cited by Noh Omar that Selcat should imitate the close door hearing of Parliament’s Public Accounts Committee (PAC) would only give rise to worsening of trust among people in the affairs of the state

In promoting the concept of competency, accountability and transparency of state administration, the Selangor state assembly has set up Selcat to scrutinize corruption and abuse of power within the state administration.

The committee had successfully exposed the alleged illegal transfer of RM9.9 million fund with Balkis and RM1.7 million spent by former Selangor Chief Minister Mohd Khir Toyo to visit two Disneyland theme parks in the United States and France.

It was the close door hearing practice by PAC that hindered the public’s right to truth and information on Scorpene submarines, 12 Cougar EC725 helicopters and PKFZ scandal inquiries.

The PKFZ issue was put before the PAC many years ago and only resulted in the committee spinning a fine web of conspiracy to hoodwink the people.

Open committee hearing is a norm for legislative branch of most democracies.

In US, the house committee procedure clearly states that hearings shall be open unless a majority votes (by record vote) to close them for certain specified reasons, including national security or personal privacy reasons, and witnesses should be required to present advance copies of their written statements.

The procedure stresses that the hearing must also be open to coverage by electronic and print media so that information can be easily accessed by people. All the resolutions of inquiry addressed to the heads of executive departments shall be reported to the House within 14 legislative days after introduction.

In the United Kingdom, House of Commons’s guide for witnesses states that giving oral evidence to parliament is generally a public process. The proceedings are transcribed, press may be present, the proceedings are carried live by webcast on the internet and may also be broadcast on radio or television, unless the witness has particular reasons as to why the evidence should be private.

This raises the question as to why in Malaysia, proceedings before the committee must be kept closed and away from public scrutiny? It is people’s right to know how - assemblymen spend public funds, the land office regulates and manages peoples’ money and the professionalism and competency of civil servants in ensuring that funds go to target groups.

Non-transparency is a breeding ground for corruption. It has earned Malaysia the 47th place in the 2008 corruption perceptions index which puts the country on par with nations such as Cape Verde, Costa Rica, Hungary and Jordan.

The ruling UMNO-led Barisan Nasional government has been trying to destroy all possible checks and balance mechanism and instead have replaced them with window dressing agencies.

Malaysians voted for the Pakatan Rakyat at the last general election in a hope for change and reforms within the government. Therefore, I would like to suggest the Selangor state government re-educates the civil servants, assemblymen, and members of the executive on the role and jurisdiction of the assembly.

The Selangor state assembly should also draft an explicit procedure about committee hearing, witness’s rights, committee’s report and communication between assembly and the executive as part of the reforms promised by the Pakatan Rakyat. This could be an effort towards deepening public accountability and transparency in the state.

Charles Santiago

Member of Parliament, Klang

Vice Chairman of Selangor DAP

016 626 7797

Politik Bn Tengah Bergelora. Disembunyikan Oleh Akhbar Perdana

Semua masalah-masalah ini adalah cerminan kepada perpecahan yang sebenarnya berlaku di dalam BN itu sendiri. Dr Mahathir berpendapat Umno dan BN mungkin akan mengalami nasib sama seperti Parti LDP Jepun yang ditolak rakyat negara itu.

TV Antara

Telahan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Barisan Nasional (BN) bakal mengikuti jejak Parti Liberal Demokratik (LDP) di Jepun dilihat semakin menjadi kenyataan apabila parti komponen utama yang membentuk BN dilanda kemelut yang berpanjangan.

Bermula dengan kesukaran tidak dapat menerima tsunami politik 2008 satu persatu parti komponen ini dilanda masalah yang tidak berkesudahan.

Semua masalah-masalah ini adalah cerminan kepada perpecahan yang sebenarnya berlaku di dalam BN itu sendiri. Dr Mahathir berpendapat Umno dan BN mungkin akan mengalami nasib sama seperti Parti LDP Jepun yang ditolak rakyat negara itu.

Beliau berkata, situasi politik yang berlaku dalam Umno dan BN dilihat seakan-akan mengikut jejak langkah negara Jepun dan tidak mustahil pilihan raya akan datang, fenomena yang sama turut berlaku.

Menurutnya, parti-parti yang berjuang dan mencapai kemerdekaan di beberapa negara lain, telah hilang begitu saja seolah-olah rakyat di negara itu tidak tahu berterima kasih dan tidak peduli ‘perjuangan dan pengorbanan’ parti-parti itu dan pemimpinnya," katanya yang dipetik dalam blognya.

Krisis MCA semakin parah

MCA kini bergelut dalam krisis dalaman yang meruncing dan menentukan jatuh bangun parti tersebut. Walaupun usianya telah menjangkau 60 tahun, namun kemelut organisasi yang melanda kini masih lagi gagal diselesaikan dengan baik.

Kesan dari krisis dalaman MCA meyaksikan Datuk Chua Jui Meng menyertai Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN). Kini Datuk Chua Soi Lek berdepan dengan usaha terancang menamatkan karier politik beliau secara total dalam MCA.

Persoalannya di sini, adakah dengan situasi yang berlaku terhadap tokoh MCA yang berasal dari Johor ini akan menyebabkan berlaku pola perubahan politik di kalangan pengundi Cina di Johor dan memungkinkan Johor akan beralih kepada Pakatan Rakyat?

Sehinggakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggesa MCA supaya menyelesaikan segera masalah dalamannya sebelum ia menjadi isu besar kepada BN.

Pengarah Pilihan Raya KEADILAN yang juga Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasuition Ismail, ketika mengulas perkara ini menyifatkan kemungkinan itu wujud. Namun Pakatan Rakyat tidak harus bergantung kepada situasi ini sahaja, sebaliknya harus menggerakkan usaha bersepadu dan membina kekuatan untuk menang.

“Situasi percakaran MCA sekarang ibarat yang menang jadi abu yang kalah jadi arang. Kita tidak melihat dua aktor yang bertembung dalam politik dalaman MCA ini sebagai signifikan dalam usaha mereka memulihkan semula sokongan masyarakat Cina kepada BN dan juga MCA. Ini dapat dilihat apabila tujuh daripada lapan pilihan raya kecil, pengundi Cina tidak memihak kepada BN,” katanya.

Beliau menambah, “Malah yang mengejutkan, apabila Presiden MCA diserang bertubi-tubi berhubung Skandal PKFZ, tiada seorang pun menteri membela Ong Tee Keat. Ini menunjukkan pertembungan ini bukan sahaja berlaku dalam MCA malah ianya berlaku krisis dalaman di dalam BN.”

Pertembungan Tee Keat selaku Presiden MCA dan juga “mantan” Timbalan Presiden MCA, Soi Lek mengheret MCA untuk megadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) bagi mencari jalan penyelesaian.

Isu ini memuncak apabila Presiden menggunakan Jawatankuasa Disiplin Parti MCA memecat Soi Lek pada 27 Ogos lalu atas alasan mencalar imej parti menerusi skandal DVD seks.

Tindakan ini mencabar pilihan akar umbi yang mengangkat Soi Lek secara demokrasi dalam parti. Penyokong Soi Lek menyifatkan tindakan pemecatan ini tidak wajar dan diibaratkan “menyebat mayat”.

Menurut Ahli Parlimen Gopeng yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat , Lee Boon Chye beliau berkomentar bahawa isu ini sebenarnya cukup besar untuk memberikan impak kepada pengundi Cina terutama di negeri yang di perintah oleh BN.

Beliau cukup yakin dengan kemelut ini pengundi Cina di beberapa negeri selatan akan beralih angin selepas penolakan Soi Lek ini.

“Respon masyarakat Cina jelas menunjukkan bahawa mereka melihat isu perebutan jawatan ini bukanlah isu orang Cina. Masyarakat Cina jelas kecewa dengan MCA yang mana ketika negara sibuk bergelut dengan H1N1, tetapi MCA sibuk berebut jawatan!” katanya.

Samy Vellu liabiliti BN

Mengekalkan dirinya sebagai manusia paling lama berkuasa dalam sejarah politik negara barangkali adalah satu kebanggaan kepada Datuk Seri S Samy Vellu. Tetapi hakikatnya ia adalah liabiliti kepada BN yang semakin terhakis kuasa politiknya.

Sokongan terbuka Mahathir terhadap bekas timbalan Samy Vellu dalam MIC, Datuk S Subramaniam yang sekian kali merebut jawatan nombor dua parti terbesar kaum India itu mengundang kemarahan yang bukan kepalang kepada MIC.

Kalungan selipar yang dicadangkan untuk Mahathir menerima reaksi yang tidak menyenangkan pelbagai pihak. Lantas para pemimpin Umno menyalak membela Mahathir yang dihina itu.

Episod cabar mencabar dan permohonan maaf akhirnya tamat apabila Mahathir bersuara bahawa beliau lebih terluka dengan kutukan ahli Umno terhadapnya sewaktu Tun Abdullah Badawi berkuasa dahulu.

Menurut Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, perbalahan dalam MIC adalah parah dan tidak dapat dibendung lagi.

"Bukan setakat masalah dalaman tetapi ia turut melibatkan campurtangan parti induk BN itu sendiri iaitu Umno, perkara ini dapat dilihat apabila akhbar rasmi parti itu Utusan Malaysia begitu agresif menghentam Samy Vellu. Ini memperlihatkan kerjasama dikalangan BN sudah semakin rapuh," katanya.

Kemenangan pasukan presiden yang didakwa Samy Vellu ternyata tidak menghilangkan arus yang terus meletakkan Samy adalah individu yang menjadi liabiliti kepada parti.

Keputusan ini mengukuhkan lagi kedudukan Samy Vellu, yang menang tanpa bertanding bagi kerusi Presiden, jawatan yang disandangnya sejak 1979.

Walaubagaimanapun, kemenangan calon pilihan Samy Vellu ini tidak bermakna seluruh masyarakat India di negara ini menyokong Presiden MIC terbabit.

Keputusan pilihan raya umum lalu dan beberapa perkembangan selepas itu menunjukkan sebahagian besar masyarakat India lebih cenderung untuk bersama pembangkang.

Bukan rahsia lagi bahawa antara faktor MIC semakin kehilangan pengaruhnya di kalangan masyarakat India ialah kerana Samy Vellu sendiri.

Hakikat ini bukan saja diakui pemimpin BN, malah di kalangan pemimpin MIC sendiri, tetapi takut untuk bersuara secara terbuka.

Sehinggakan Najib Razak ketika merasmikan perhimpunan agung itu didakwa menyindir Samy Vellu secara umum.

Beliau mengingatkan pemimpin parti komponen supaya menjadi popular di kalangan rakyat untuk memastikan BN terus relevan pada mata rakyat.

“Tiada guna jadi popular di kalangan ahli parti saja, tetapi tidak popular di kalangan rakyat. Jika mahu terus relevan, saya ingatkan kepada Umno, MCA, MIC dan komponen BN bahawa pertimbangan bergantung kepada sejauh mana kita popular di kalangan rakyat, bukan di kalangan ahli parti saja.

Pun begitu, Samy Vellu yang terkenal dengan sikap keras kepalanya menyangkal dakwaan bosnya itu apabila mendakwa punca masyarakat India tidak menyokong BN kerana kerajaan mengabaikan mereka, bukan kerana beliau tidak popular.

“Ramai menyalahkan saya, kata rakyat menyampah dengan saya, tetapi mereka sebenarnya tidak sukakan BN, bukan saya. Saya bercakap terus terang kerana saya tidak takut pada sesiapa,” katanya.

Nada keangkuhan Samy Vellu ini tenyata tidak disenangi pimpinan BN, tekanan terus diberikan kepada Samy Vellu sehinggakan membawa kepada isu peralihan kuasanya ini ke meja rundingan peringkat Perdana Menteri.

Itulah keistimewaan Samy Vellu barangkali, walaupun rakyat sudah menunjukkan jalan persaraan terhadap kerjaya politiknya tetapi beliau masih tidak akur.

Barangkali kekalahan total BN dalam pilihan raya umum yang akan datang adalah keadah terbaik menguburkan politik beliau. Bagaimanapun semua ini akan terjadi dengan restu perwakilan MIC yang kelihatan sangat taksub dengan ketokohannya.

Kata Nizar...

Didalam ceramah dikawasan Parlimen Bukit Gantang malam tadi, YB Datuk Sri Nizar b. Jamaluddin yang juga Ahli Parlimen disitu telah mendedahkan bagaimana Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak yang diketuai oleh beliau sepanjang 10 bulan lebih memerintah Negeri telah berjaya memungut hasil untuk Negeri Perak sebanyak lebih RM700 juta. Kejayaan ini berikutan tiada berlakunya amalan rasuah didalam pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat ketika itu.

Menurut beliau lagi, BN yang memerintah sebelum ini pun paling tinggi hanya berjaya memungut RM632 juta setahun.

Bagi kutipan zakat di Negeri Perak pula sepanjang 10 bulan lebih Pakatan Rakyat memerintah, sebanyak lebih kurang RM58 juta pula berjaya dipungut manakala sepanjang BN memerintah sebelum ini pula kutipan paling tinggi hanyalah RM43 juta setahun.

RM58 juta wang zakat yang berjaya dipungut oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Perak didapati hasil daripada arahan beliau sebagai Menteri Besar ketika itu yang mengarahkan agar anak-anak syarikat Kerajaan Negeri mengeluarkan zakat. Beliau kemudiannya menceritakan bagaimana arahannya kepada Lembaga Air Perak agar mengeluarkan zakat kerana sebelum ini pihak mereka tidak pernah berbuat demikian diatas alasan tidak pernah mendapat arahan.

Yang paling menarik menurut beliau lagi, pihak DAP mahu pun anggota PKR yang tidak berugama Islam tidak pernah membantah dengan tindakan beliau yang mengeluarkan arahan-arahan tersebut.

http://penjualubat.wordpress.com/2009/09/30/pendedahan-nizar/

Keluar Masuk UMNO, perkara biasa pada Tun M.

Kempen Tun Mahathir supaya Tan Sri Isa Samad tidak dipilih jadi calun BN di DUN N31 dalam pilihanraya kecil yang dijadualkan penamaan calun pada 3hb. Oktober 2009 nanti tidak menjadi. Semalam Tan Sri Muhyidden Yasssin, Timbalan Presiden UMNO telah mengumumkan dengan secara rasminya bahawa TS Isa Samad adalah calun pilihan UMNO.

Tun Mahathir tidak mahu Tan Sri Isa jadi calun kerana katanya TS ISa pernah dikena tindakan displin parti berhubung dengan politik wang. Tun Mahathir lupa dalam politik di Malaysia, rakyat tidak megukur kebersihan dan pail perangai calun untuk dipilih jadi wakil rakyat. Di Malaysia rakyat pilih wakil rakyat yang baik dan mudah kira bicara, rakyat tidak akan pilih calun yang kelihatan bersih tapi perangainya mengalahkan syaitan.

Semasa Tun Mahathir jadi Presiden UMNO, beliau telah memilih calun yang rakyatnya tidak mahu kerana melakukan rasuah walaupun tidak ditangkap kerana dilindongi dan terbukti kalah dalam pilihanraya manakala ada calun Islam tapi kaki minum menang dalam plihanraya kerana calun itu senang berdamping dengan rakyat dan rakyat suka.

Apa muslihat Tun Mahathir tidak mahu TS Isa dipilih jadi calun sebenarnya, sedangkan TS Isa adalah calun popular disitu, peratus kemenangannya tinggi atau Tun Mahathir dapat lapuran dari akar umbi pengundi disana akan menolak BN sekiranya TS ISa Samad jadi calun. 11hb. Oktober akan terjawab segala-galanya.

Sekiranya TS ISa kalah, Tun Mahathir adalah seorang manusia keramat yang wajib diberi tempat untuk mendapat nasihat dari beliau bagi menjamin parti UMNO dan Kerajaan Malaysia akan sentiasa bertindak betul dalam membuat keputusan, tapi sekiranya TS ISa Samad menang dan mejoritinya pula bertambah adalah elok Tun Mahathir jangan campur lagi urusan parti dan kerajaan kerana dengan beliau bersuara sedikit sebanyak boleh mencegah kerancakan Dato' Seri Najib untuk terus membaiki pentadbiran parti dan kerajaan yang hampir rusak kerana kritikan Tun Mahathir terhadap kepimpinan Pak Lah dulu.

Atau Tun Mahathir mahu mengulangi sejarah silam dimasa Tengku Abdul Rahman Putra Al-Haj jadi Presiden Parti UMNO yang mana kerana beliau tidak senang hati terhadap Tengku, beliau memberi ucapan diatas pentas PAS dengan mengkritik UMNO. Apakah Tun Mahathir mahu mempertahankan prinsipnya yang tidak mahu TS Isa jadi calun dan untuk menyakinkan kata-katanya itu benar bahawa TS Isa tidak akan diterima oleh rakyat maka Tun Mahathir akan berkempen untuk mengalahkan TS Isa yang dikatakan tidak 'bersih' itu dengan menyokong calun PAS.

Tun Mahathir mampu melakukannya kerana keluar masuk UMNO tidak menjadi masaalah kepada beliau. Tun Mahathir boleh keluar UMNO hari ini dan masuk balik UMNO esok kerana tukar parti tidak murtad. Dan bolehlah Dato' Ibrahim Ali tumpang Tun Mahathir masuk UMNO nanti.

http://newkk.blogspot.com/

Mat Said Lembu Umno Kata CPI Tak Adil?

(Harakah) - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan mendakwa Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dikeluarkan oleh Transparency International (TI) tidak adil.

Sebagai contoh, dakwa beliau, CPI tidak mengambilkira jumlah penduduk negara-negara dalam indeks tersebut.

"Saya melihat begitu banyak penambahbaikan di dalam perkhidmatan awam sejak 10 tahun lalu," akhbar Filipina, Business Mirror memetik beliau berkata.

Akhbar itu melaporkan, TI menyifatkan reputasi Malaysia sebagai tempat menjalankan perniagaan telah merosot sejak beberapa tahun lalu.

Malah, lapor akhbar itu lagi, TI menyifatkan projek hidroelektrik Bakun sebagai "tugu rasuah".

Laporan CPI bagi tahun 2008 menunjukkan kedudukaan Malaysia bertambah buruk, merudum ke tangga ke 47 dari tangga ke 43 dalam indeks bagi tahun 2007.

Sejak kali pertama Malaysia disenaraikan dalam indeks tersebutpada tahun 1995, di mana Malaysia berada pada tangga ke 23, kedudukannya terus merudum.

Malah, kedudukan Malaysia lebih buruk dari Israel yang dilabel sebagai entiti haram pengganas. Israel berada pada kedudukan ke 33 dalam indeks tersebut bagi tahun 2008.

Tuduhan Ahmad Said itu dilihat sebagai tindak balas kepada ulasan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Paul Low kepada indeks tersebut.

Low menyifatkan SPRM belum memperlihatkan hasil yang diinginkan dan orang ramai menganggap suruhanjaya itu sebagai mengamalkan penyiasatan dan pendakwaan secara berpilih-pilih.

Isu rasuah di Malaysia belum mendapat keutamaan dari segi usaha menangani masalah tersebut, kata beliau.

Ketika mengumumkan Laporan Rasuah Global (CGR) 2009 baru-baru ini, Low berkata, usaha mencegah rasuah di negara ini tidak ubah seperti melepas batuk di tangga sahaja jika tidak dilaksanakan tindakan drastik untuk memisahkan hubungan selesa antara kerajaan, perniagaan dan politik.

GCR adalah penerbitan tahunan utama TI yang menghimpunkan penyelidikan dan analisis pakar-pakar di seluruh dunia dengan tumpuan kepada isu berkaitan rasuah.

Ia menampilkan 75 pakar dalam mengkaji skala, skop dan kemusnahan akibat rasuah syarikat, dan meliputi perniagaan kecil dan sederhana hinggalah syarikat multinasional di 46 negara.

Menurut laporan itu, berkata hubungan antara kerajaan, perkhidmatan awam dan sektor swasta di Malaysia melemahkan keberkesanan konsep "check and balance".

"Pembiayaan politik merupakan isu besar," kata Low.

Laporan itu juga menyatakan bahawa hubungan kompleks antara politik, sektor awam dan sektor swasta itu bererti rasuah mungkin berlaku dengan bebas tanpa sebarang hukuman.
Satu-satunya sisi yang positif dari laporan tersebut mengenai Malaysia ialah pengiktirafan yang diberikan kepada kerajaan Pulau Pinang dalam memerangi rasuah.

Sebenarnya Isa Samad belum dihukum dari kesalahan rasuahnya

Ramai sudah tahu bahawa Tan Sri Isa Samad pernah digantung keahlian Umnonya tidak lama dahulu setelah terlibat di dalam jenayah rasuah semasa perebutan jawatan Naib Presiden di dalam pemilihan pucuk pimpinan Umno pusat pada tahun 2004 dahulu.

Kesalahan rasuah adalah satu kesalahan serius dan perlu dibicarakan serta diadili oleh mahkamah dengan menggunakan perlembagaan negara yang telah lama termaktub itu.

Jadi, samada kita sedar atau tidak, Isa Samad ini tidak pernah dibawa kesnya ke mahkamah untuk diadili dan dihukum jika dia didapati bersalah di atas kesalahan jenayah itu.

Ini kerana, hukuman penggantungan keahlian itu cuma diputuskan oleh Lembaga Disiplin Umno dengan mengunakan peraturan-peraturan Umno sahaja.

Maka timbullah persoalan, adalah peraturan Umno itu lebih tinggi dari Perlembagaan Malaysia? Sedangkan di dalam perlembagaan negara secara jelas menyebut, mana-mana undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan dengan sendirinya dianggap terbatal.

Jikalau kesalahan ini diambil atas dasar soal dalaman Umno, maka jikalau ada satu kes pecah amanah di bank, maka si pesalah itu tidak perlu dibawa ke balai polis untuk di dakwa kerana itu adalah cuma soal dalaman bank tersebut. Adakah cukup si pesalah itu cuma dipecat dari pekerjaannya sahaja tanpa didakwa atas kesalahan pecah amanah tersebut?

Begitu juga jikalau sebuah sekolah membuang seorang muridnya kerana kesalahan mencuri, murid itu tidak perlu dibawa ke balai polis hanya kerana itu urusan dalaman dan lingkungan sekolah itu sahaja.

Saya juga merasa hairan, kenapa kes Isa Samad ini tidak dibawa ke mahkamah sedangkan kes jenayah rasuah di dalam perebutan jawatan lain di dalam Umno ada yang dibawa ke mahkamah seperti kes Dato’ Norza Zakaria?

Adakah di sini Umno melakukan pendakwaan terpilih dan melepas jerung-jerung kerana mempunyai pukat yang halus? Hanya bilis-bilis sahaja yang boleh tersangkut.

Atau hanya disebabkan perbezaan kem di dalam Umno, maka ada yang didakwa dan ada yang terlepas.

Jawatan terakhir Isa di dalam kerajaan ialah sebagai Menteri Wilayah Perseketuan. Akibat dari kesalahan jenayah rasuah itu, Isa Samad cuma meletak jawatan dari jawatan menteri tersebut dan dia bukannya dipecat.

Ini disebabkan kerana Lembaga Disiplin Umno tidak mempunyai kuasa atau hak untuk memecat mana-mana jawatan seorang anggota kerajaan. Oleh itu bagaimana dia harus dipecat sedangkan dia tidak didakwa oleh mana-mana mahkamah?

Saya tidak pasti samada Isa Samad ini pernah dipanggil atau tidak untuk diambil keterangannya oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) atau sekarang ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tuduhan jenayah rasuah itu.

Kini, Isa Samad dinamakan sebagai calon Umno untuk bertanding di dalam Pilihanraya Kecil Dun Bagan Pinang 11 Oktober nanti. Walaupun perkara ini mendapat bantahan dari ramai pemimpin veteran Umno, tetapi Najib terpaksa mengikut kehendak akar umbi Umno di Teluk Kemang.

Pemilihan Isa ini juga membuktikan bahawa transformasi yang mahu dilakukan oleh Najib itu adalah omongan kosong dan sekadar retorik serta hanya menyedapkan halwa telinga sahaja.

Ini bermakna, Umno masih lagi mahu membela dan memeliharan pemimpin-pemimpin yang korup dan mempunyai rekod jenayah serta tidak beramanah.

Ia juga menunjukkan bahawa Najib tidak mahu mengikut kehendak rakyat negara ini yang mahu mempunyai pemimpin-peminpin yang bersih tetapi sebaliknya dia mahu mengikut kehendak orang-orang Umno di Teluk Kemang sahaja.

Najib juga telah menolak tawaran bekas Presiden Umno, Mahathir untuk menjadi calon di Bagan Pinang. Bagi Mahathir, dia adalah pilihan yang lebih baik berbanding perasuah itu.

http://lordazaab.wordpress.com/2009/09/30/sebenarnya-isa-samad-belum-dihukum-dari-kesalahan-rasuahnya/

Idris dilantik Pengerusi Biro Pengundi Luar

Badan Perhubungan UMNO Terengganu hari ini mengumumkan pelantikan pengerusi-pengerusi biro yang baru termasuk Pengerusi Perhubungannya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengetuai Biro Politik.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said pula diberi tanggungjawab sebagai Pengerusi Biro Pengurusan UMNO negeri.

Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri ketika mengumumkan pelantikan itu berkata, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh dilantik sebagai Pengerusi Biro Pengundi Luar.

Katanya, penubuhan biro itu penting dalam usaha memantapkan kedudukan UMNO selain keutuhan parti terus terpelihara.

‘‘Bekas Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Rosli Mat Hassan dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Strategi dan bekas Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh akan mengetuai Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan.

‘‘Pengerusi Biro Agama dan Pendidikan kini diketuai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit, Khazan Che Mat,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri di Hotel Seri Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata, Pengerusi Biro Penambahan Ahli dan Daftar Pemilih akan diketuai Exco kerajaan negeri, Yahya Khatib Mohamad manakala Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dilantik sebagai Pengerusi Biro Perancangan dan Penerangan.

Katanya, Biro Ekonomi diketuai oleh Ahli Parlimen Setiu, Datuk Md. Jidin Shafee manakala Biro Sekretariat Bilik Gerakan diketuai ADUN Kota Raja, Muhamad Pehimi Yusof.

Senator Fatimah Hamat pula dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perayu Undi dan Gerak Mesra dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri, Saiful Bahari Baharuddin mengetuai Jawatankuasa Sasaran Pengundi Muda dan Belia.

Bagan Pinang. Next Station Pakatan Rakyat!

Pilihan Raya Kecil DUN N31 Bagan Pinang memberi makna besar kepada seluruh rakyat untuk membuat perubahan ketara dalam senario politik tanah air.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata rakyat perlu mengambil peluang ini untuk menolak calon Umno-Barisan Nasional bagi menyelamatkan negara yang dilanda pelbagai wabak berbahaya.

“Kita melihat betapa gelabahnya Barisan Nasional mengemukakan slogan selepas satu-satu. Dahulunya bersih, cekap, amanah, natijahnya tidak bersih, cekup, khianat bukan amanah .

“Kepimpinan melalui teladan tidak boleh jadi teladan, menjadi contoh sangat buruk terutamanya bagi orang-orang Islam kerana Umno tidak tunjuk satu contoh Islam yang sebenar,” katanya dalam majlis pengisytiharan calon Pakatan Rakyat untuk pilihan raya kecil Bagan Pinang.

Beliau berkata slogan-slogan yang dibuat Umno-Barisan Nasional dilihat seolah-olah membela nasib rakyat namun dalam masa yang sama parti berkenaan sebenarnya mengkhianati bangsa sendiri dan menzalimi bangsa lain.

Sehubungan itu Hadi berkata, Pakatan Rakyat diperkenalkan untuk mewujudkan perpaduan dengan menerima hakikat masyarakat majmuk.

“Slogan 1 Malaysia slogan baru yang ditonjolkan Umno adalah topeng yang sangat rapuh yang dikoyak rabakkan oleh Umno, MCA, Gerakan, dan Mic yang tidak bersatu.

“Kita mahu memperkenalkan Pakatan Rakyat untuk mewujudkan perpaduan dengan menerima hakikat pelbagai bangsa pelbagai agama. Tidak salah orang Cina sayang pada kaum Cina, mempertahankan hak orang Cina. Tidak salah orang India sayang pada kaum India, tidak salah Melayu sayang pada Melayu mempertahankan hak dia. Yang salah ialah kita sayang bangsa kita tetapi menzalimi bangsa lain,” katanya.

Hadi yakin Pakatan Rakyat dapat menawan Bagan Pinang sekiranya semua pihak dalam gagasan itu bersatu untuk mengulangi kejayaan menawan kerusi Kuala Terengganu daripada Umno-Barisan Nasional pada pilihan raya kecil Januari lalu.

“Kalau kita bersatu sungguh-sungguh segala penipuan, penyelewengan dapat kita atasi. Buktiknya kita dalam piliha raya kecil lalu di beberapa tempat kita menang besar dapat mempertahan kemenangan boleh tawan kawasan mereka di Kuala Terengganu tidak mustahil kita boleh tawan Bagan Pinang.

“Kita mengharap arus perubahan ini akan berpindah ke selatan. Perubahan ke selatan akan bermula di bagan pinang,” katanya.

Menurutnya menjelang pilihan raya kecil pada kali ini rakyat Bagan Pinang bakal mendapat pelbagai habuan oleh Umno-Barisan Nasional.

Bagaimanapun katanya habuan berkenaan hanyalah sebahagian kecil kekayaan negara yang diberikan kepada rakyat kerana sebahagian besarnya dibolot oleh pemimpin atasan.

“Kita melihat rakyat hanya mendapat sedikit habuan khusunya bila ada pilihan raya kecil banyak projek pembangunan, duit diberi, banyak subsidi itu hanya sedikit kekayaan negara.

“Sebahagian besar kekayaan ini berpusing di kalangan orang tertentu. Yang terkini isu yang hebat diperkatakan PKFZ yang menelan belanja besar, media-media dedahkan bagaimana berlakunya rasuah, mereka yang kaya beri rasuah pada orang politik, orang poitik beri projek pada yang kaya,” katanya.

Politik dan amalan sebegitu telah lama menjadi budaya Barisan Nasional.

Kertas Kabinet Dedah Skandal PKFZ

Memorandum yang terkandung dalam kertas kabinet dari Kementerian Kewangan bertujuan mendapat persetujuan jemaah menteri mengenai kelulusan kabinet secara retrospektif bagi peningkatan kos projek pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Pulau Indah Selangor.

Kos projek tersebut telah meningkat dari RM1.088 bilion kepada RM4.63 bilion. Kerajaan telah meluluskan pinjaman mudah sebanyak RM4.63 bilion kepada Lembaga Pelabuhan Klang untuk membiayai projek PKFZ ini.

Kertas kabinet itu juga menyatakan kelulusan secara retrospektif diperlukan bagi jaminan kerajaan berhubung penerbitan bon bernilai RM4,632,732,000 oleh Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB).

Pada 2 Oktober 2002, jemaah menteri bersetuju pembelian tanah untuk PKFZ di Pelabuhan Klang berasaskan maklumat projek itu berdaya maju tanpa bantuan kerajaan dan isu perundangan tanah juga telah diselesaikan. Kajian oleh Jabatan Peguam Negara berhubung isu pembelian tanah juga telah dibentangkan.

Pada 23 Oktober 2002, jemaah menteri bersetuju supaya tanah diperoleh melalui Kementerian Pengangkutan secara pengambilan balik tanah di bawah seksyen 3 (1) (a) Akta Pengambilan Balik Tanah 1960 pada nilai RM10.16 sekaki persegi.

KDSB diberi peluang menambak dan membina infrastruktur asas secara "rekabentuk dan bina" (design & build) dan harga dirundingkan serta seterusnya dimuktamadkan oleh Kementerian Kewangan sekiranya melebihi RM100 juta.

Sehubungan itu perjanjian jual beli antara LPK dan KDSB dimuktamadkan dan LPK membuat pembayaran pendahuluan sebanyak 10 peratus manakala baki dibayar dalam tempoh 15 tahun.

Untuk membiayai pembanguan projek tersebut, bon-bon telah diterbitkan oleh Syarikat Tujuan Khusus (Special Purpose Vehicle). Menteri Pengangkutan juga telah mengeluarkan Surat Sokongan yang menyatakan kerajaan pada setiap masa akan memastikan LPK memenuhi obligasI mengikut tempoh dan jumlah yang ditetapkan.

Menurut kertas kabinet itu, pada 25 Februari 2004, projek tersebut diluluskan pelaksanaannya dalam satu fasa secara 'turnkey'. LPK telah merundingkan skop tambahan dengan KDSB dan kos pembelian tanah sebanyak RM1.7 bilion dan kos pembangunan RM2.9 bilion. Peningkatan kos projek ini telah dimuktamadkan tanpa merujuk kepada agensi pusat.

LPK telah menghadapi masalah menarik pelabur ke PKFZ dan kegagalan ini menyebabkan LPK menghadapi masalah aliran tunai.
Beberapa permohonan dikemukakan kepada Kementerian Kewangan supaya LPK diberi bantuan kewangan dalam bentuk geran untuk pembelian tanah, pinjaman mudah berperingkat sebanyak RM1.8 bilion dengan kadar faedah empat peratus dan moratorium enam tahun untuk pembayaran balik.

Permohonan ini bagaimanapun telah ditolak oleh Kementerian Kewangan manakala penerbitan bon dan pengeluaran Surat Sokongan yang melibatkan jaminan kerajaan tidak dirujuk kepada agensi pusat.

Oleh itu, Kementerian Kewangan pada 14 Disember 2006 telah memohon penjelasan Kementerian Pengangkutan dan memaklumkan bahawa sebarang surat jaminan perlu mendapat kelulusan jemaah menteri terlebih dahulu dan surat tersebut hanya membolehkan LPK terus terlibat secara aktif dalam pembangunan PKFZ.

Menurut kertas kabinet itu, LPK sebagai sebuah badan berkanun kerajaan tidak boleh dibiarkan menjadi insolven dan jaminan kerajaan perlu diberikan untuk mengekalkan keyakinan pelabur ke atas bon yang diterbitkan.

Obligasi bayaran kepada KDSB perlu dimulakan pada 2007 (tahun kertas kabinet itu dikeluarkan) dengan ansuran sebanyak RM510 juta dan peruntukan tambahan perlu disediakan bagi tahun 2008 hingga 2010.

Kertas kabinet itu turut menjelaskan bahawa Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Pengangkutan tidak mempunyai halangan dengan kelulusan secara retrospektif serta jaminan kerajaan berhubung penerbitan bon oleh KDSB.

Jabatan Peguam Negara juga tiada halangan terhadap cadangan tersebut dan memohon pertimbangan untuk meluluskan permohonan itu. TVA

Samy Vellu Terkedu. Najib Nak Nyah MIC Dari BN

Parti Makkal Sakthi Malaysia yang diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan bukan sahaja mendapat sokongan moral Najib Razak malah juga menerima habuan kewangan lumayan daripada Perdana Menteri, menurut beberapa pihak yang rapat dengan kepemimpinan parti itu.

Menurut aktivis Gerakan Tindakan Hak Asasi Hindu atau Hindraf, M. Murugan, Makkal Sakthi dikatakan mengikat perjanjian untuk menerima lebih RM30juta daripada tabung Barisan Nasional untuk melengkapkan dirinya sebagai parti pilihan kaum India, menggantikan MIC.

Beliau mendakwa wang pendahuluan sebanyak RM8 juta telah pun diserahkan kepada salah seorang pemimpin utama Makkal Sakthi semasa pilihan raya kecil Bukit Selambau 7 April lalu.

"Saya difahamkan jumlah itu hanya sebahagian daripada RM30 juta yang dijanjikan oleh Najib kepada Makkal Sakthi untuk menarik kembali sokongan pengundi India kepada BN," Murugan memberitahu Suara Keadilan.

Beliau yang pernah ditahan polis semasa perhimpunan Hindraf di Kuala Lumpur 25 November 2007 mendakwa kemungkinan besar baki sebanyak RM22 juta akan dibayar secara tunai kepada Makkal Sakthi apabila Najib merasmikan parti itu 10 Oktober depan.

"Kita tahu latar belakang pemimpin-pemimpin Parti Makkal Sakthi Malaysia. Mereka dipecat daripada Hindraf dan sejurus dipecat terus bersengkongkol dengan pemimpin BN," kata Murugan yang mengenali rapat barisan pemimpin parti baru itu.

Pemerhati politik terkejut apabila Pendaftar Pertubuhan mengambil masa hanya dua minggu untuk meluluskan penubuhan Makkal Sakthi. Proses kelulusan untuk parti-parti lain lazimnya mengambil masa bertahun-tahun, contohnya Parti Sosialis Malaysia yang dipimpin oleh beberapa aktivis masyarakat.

Kelulusan segera yang diperolehi Makkal Sakthi adalah petanda jelas Najib mencari sekutu baru untuk meraih kembali sokongan kaum India yang berhijrah kepada Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum tahun lalu.

Najib sudah pun mula memulau Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu pada majlis-majlis perjumpaannya dengan kaum India dan kini lebih mengaitkan dirinya kepada Makkal Sakthi.

Murugan menyifatkan parti itu sebagai "alat terbaru BN untuk mendapat sokongan kaum India."

"Pengundi bukan bodoh dan sedar jika MIC gagal memperjuangkan nasib kaum India untuk 50 tahun, sebuah parti yang baru ditubuhkan dengan kelulusan khas Perdana Menteri tetap akan menemui jalan buntu selagi ia melaksanakan agenda Umno," kata beliau.

Timbalan Pengerusi KEADILAN Pahang, G. Ponusamy berkata penubuhan parti yang dipelopori oleh bekas penyelaras kebangsaan Hindraf, R.S. Thanenthiran adalah sebahagian perancangan jahat Najib dan BN untuk memecah-belahkan kaum India.

"Najib tahu sekiranya kaum India berpecah dan diwakili oleh banyak parti politik maka orang India akan lemah dan senang dipergunakan. Ini seperti penjajah Inggeris yang mengamalkan dasar "divide and rule" atau pecah dan perintah.

"Walau bagaimanapun saya yakin masyarakat India yang majoritinya kini menyokong Pakatan Rakyat sudah lama sedar permainan BN dan tidak senang termakan dengan helah politik seperti ini," kata beliau.

"Akhirnya yang untung ialah segelintir pemimpin India yang menjual maruah mereka kepada BN untuk keuntungan peribadi sementara kaum India terus terpinggir dan diabaikan," jelas Ponusamy.

Menurut Naib Ketua Cabang Keadilan Kuantan itu, Najib bukan sahaja membiayai Makkal Sakthi malah terbabit dalam penubuhan Parti Hak Asasi Manusia yang juga bertujuan untuk menarik sokongan kaum India. Parti itu kini dalam proses mendapat kelulusan.

"Saya mendapat maklumat bahawa permohonon parti itu kini berada di atas meja Perdana Menteri untuk mendapat kelulusan peribadi beliau.

"Ini jelas menunjukkan kedua-dua parti ini hanya menjadi instrumen politik Umno dan BN setelah mereka berjaya menghancurkan MIC.

Parti Hak Asasi Manusia diterajui oleh salah seorang pemimpin Hindraf, P. Uthayakumar yang bertindak sebagai Setiausaha Agung Jawatankuasa Penaja Parti Hak Asasi Manusia.

Parti yang bertapak di Semenanjung itu bercadang untuk bertanding di 53 kerusi pada pilihan raya umum ke 13 yang tentunya memerlukan belanja besar yang boleh ditanggung oleh kepimpinan Barisan Nasional.

KERAJAAN AMBIL TINDAKAN TERHADAP PEMILIK TANAH TAPAK PELUPUSAN HARAM

SHAH ALAM: Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini telah diberi penerangan daripada Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Pegawai Daerah Gombak berhubung runtuhan tapak pelupusan haram di Kampung Sungai kertas, Gombak pada 23 September 2009 serta kerosakan kepada dua ladang ternakan yang berdekatan.

EXCO juga dimaklumkan bahawa tapak pelupusan seluas 20 ekar itu telah beroperasi lebih dari lima tahun. Kawasan tersebut telah diisytihar sebagai “kawasan bencana” semenjak 4 September dan usaha memadamkan kebakaran sampah yang telah mencecah ketinggian 300 kaki.

MPS juga memaklumkan beberapa kompaun telah dikeluarkan kepada pemilik tanah dalam usaha menghentikan kegiatan pelupusan sampah haram ini, dan dalam usaha membawa kes ini ke mahkamah bagi mendapatkan injuksi menghentikan aktiviti pelupusan ini.

EXCO juga telah dimaklumkan bahawa pada 25 Januari 2007, Pegawai Daerah Gombak telah mengemukakan Borang 7A (Notis Untuk Memulihkan Pelanggaran Syarat) dibawah Seksyen 128, Kanun Tanah Negara kepada pemilik tanah untuk memulihkan pelanggaran syarat kegunaan tanah tersebut. Oleh kerana tiada tindakan yang dibuat sehingga sekarang, EXCO pada hari ini telah mengarahkan pegawai daerah mengemukakan Borang 8A (Notis PengembalianTanah Kepada Kerajaan) dibawah seksyen 130 Kanun Tanah Negara untuk merampas semula tanah berkenaan daripada pemilik berkenaan.

Setelah usaha rampasan telah selesai, MPS telah diarahkan untuk memantau dan membersihkan kawasan tersebut serta mendapatkan khidmat nasihat pakar daripada Worldwide Holding Berhad dalam usaha pemuliharaan kawasan tersebut.

Berkenaan dua penternak yang terlibat, EXCO juga dimaklumkan oleh MPS bahawa aktiviti penternakan yang dijalankan adalah tidak sah. Kerajaan juga percaya aktiviti penternakan tidak sesuai untuk dijalankan lagi dikawasan tersebut oleh kerana pencemaran yang telah berlaku.

EXCO juga telah mengenalpasti satu lot tanah berkeluasan 100 ekar di Hulu Selangor yang sesuai untuk aktiviti penternakan dan kedua penternak Kampung Sungai Kertas akan dipindahkan ke kawasan tersebut untuk sementara waktu. Bagaimanapun, mereka boleh membuat permohonan untuk menyewa tapak berkenaan secara tetap. Tanah seluas 100 ekar ini juga boleh disewakan kepada penternak Selangor lain yang berminat

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Najib Hina Tentera Malaysia!

Cara persaraan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Abd Aziz Zainal yang memecah tradisi tanpa sebarang penghormatan yang sesuai dengan kedudukkannya menimbulkan pelbagai tanggapan rakyat terhadap cara kerajaan Barisan Nasional(BN) melayan ketua institusi keselamatan negara.

Jeneral Tan Sri Abd Aziz Zainal boleh disifatkan sebagai "undur senyap senyap" , iaitu bersara tanpa apa-apa penghormatan tentera seperti perbarisan kehormat, jamuan makan malam, lawatan ataupun menemui rakan-rakan dari Negara lain, terutamanya negara-negara ASEAN. Semua itu lazim bagi seseorang Panglima ATM yang akan bersara malah ia dianggap satu "tradisi ketenteraan".

Suara Keadilan mendapatkan penjelasan beberapa pegawai ATM, yang masih bertugas dan juga yang sudah bersara, mengenai perkembangan "pelik' ini . Rata rata ramai yang bersetuju bahawa apa jua alasan, adalah tidak wajar kerajaan melayani Jeneral Abdul Aziz demikian dan seolah-olah memaksa beliau bersara secara mengejut.

Penghinaan ke atas ATM itu tentu dirasai oleh warga tentera khususnya setelah Najib bingkas melanjutkan tempoh perkhidmatan Ketua Polis Negara Musa Hassan untuk kali kedua, bagi tempoh setahun lagi.

Menurut Datuk Kapten(B) Abu Zahar Hashim (gambar) apa yang berlaku ke atas Jeneral Abd Aziz adalah di luar tradisi yang diamalkan selama ini.

"Tindakan ini semacam pihak kerajaan memperlekehkan institusi ketenteraan, ini sesuatu yang sangat tidak wajar, beliau sepatutnya diberi penghormatan sepertimana Jeneral-jeneral ATM lain yang telah bersara," katanya.

Menurutnya lagi, paling tidak,Jeneral Abd Aziz wajar diberi peluang melawat kem kem tentera seluruh negara bagi mengucapkan selamat tinggal kepada pegawai dan anggota tentera dan bagi mereka pula mengucapkan selamat bersara kepada beliau. Di samping itu katanya persaraan Jeneral Abd Aziz mesti dimasyhurkan.

Amat memalukan kata Datuk Kapten (B) apabila pihak akhbar arus perdana yang dimiliki parti pemerintah tutut tidak memberi pengiftirahan dan sebaliknya hanya menyiarkan berita kecil mengenai persaraan Jeneral Abd Aziz.

Abu Zahar yang kini menyertai PAS menempelak BN yang menurutnya hanya "menggunakan" ATM bagi "memenangkan" mereka dalam pilihan raya tetapi bertindak tidak wajar terhadap pemerintah tertinggi ATM.

Jeneral Abd Aziz sepatutnya bersara pada Ogos 2007 pada umur 56 tahun tetapi selepas dilantik Panglima Angkatan Tentera pada Februari 2007, beliau ditawarkan untuk berkhidmat selama setahun berkuatkuasa dari tarikh perlantikannya sebagai Panglima Angkatan Tentera.

Tempoh berkhidmatan itu sepatutnya berakhir pada hujung Januari 2008.

Namun beliau ditawarkan setahun lagi yang sepatutnya berakahir pada Januari 2009, lebih kurang enam bulan dari umur persaraan wajib, iaitu 58 tahun. Selepas menamatkan perkhidmatan sambungan kali kedua pada Januari 2009, beliau telah ditawarkan sekali lagi sehinggalah 1 September 2009.

Sekarang beliau bercuti peralihan selama 5 bulan sehingga 31 Januari 2010. Secara keseluruhan, Jen. Aziz Zainal berkhidmat sebagai Panglima Angkatan Tentera selama 2 tahun 6 bulan.

Agak menghairankan Kementerian Pertahanan boleh mengumumkan penyerahan tugas Jen. Abd Aziz kepada Panglima Angkatan Tentera yang baru sebelum Majlis Angkatan Tentera bersidang.

Berdasarkan kepada kelaziman, Majlis Angkatan Tentera akan bersidang tentang pelantikan Panglima Angkatan Tentera yang baru dan memerlukan perkenan Yang Di Pertuan Agong sebelum sebarang pengumuman secara rasmi dibuat, dan selalunya ia mengambil masa yang lama.

Menteri Pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan mengumumkan Panglima Tentera Udara Tan Sri Azizan Ariffin sebagai Panglima Angkatan Tentera yang baru.

Jeneral Abd Aziz dinaikkan ke pangkat tertinggi ATM ketika Datuk Seri ( kini Tun ) Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri.

Sebelum "pengunduran senyap' beliau, perhidmatan adik beliau , Datuk Kamarulzaman Zainal sebagai pengarah kumpulan berita ehwal semasa Media Prima Berhad-TV3 ditamatkan awal iaitu sebelum had tempoh kontrak."Persaraan" awal Kamarulzaman dikuat kuasakan sebaik sahaja Datuk Seri Najib razak menjadi Perdana Menteri.Sebelum bertugas di Media Prima Kamarulzaman ialah setiausaha akhbar Abdullah Ahmad Badawi. -TVA

Gempa 7.9 magnitud di Sumatera turut dirasai di Semenanjung

KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 7.9 magnitud yang melanda selatan Sumatera pada jam 6.20 petang tadi turut dirasai hampir seluruh pantai barat Semenanjung.

Menurut laporan Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS), gempa yang berlaku jam 5.16 petang (waktu Jakarta) di selatan Sumatera membabitkan Kuala Lumpur dengan jarak 480 kilometer dari pusat gempa; Padang, Pekanbaru dan Sibolga.

Amaran tsunami kepada Indonesia, Malaysia, India, Thailand

JAKARTA: Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran tsunami kepada Indonesia, Malaysia, India dan Thailand berikutan gempa bumi berukuran 7.6 mangnitud melanda barat Sumatera, jam 6.20 petang tadi.

Jabatan Meteorologi Indonesia melaporkan gempa berkenaan berukuran 7.6 magnitud yang berpusat di pantai Sumatera.

Gegaran dapat dirasai di bangunan tinggi di Jakarta sehingga ke Singapura dan Malaysia.

Setakat ini tiada laporan segera mengenai ketinggian ombak dan mereka yang cedera. - AP

ISA: Suaram gesa Dr M minta maaf pada rakyat M'sia

Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) menyifatkan kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai tidak bertanggungjawab.

“Mantan perdana menteri nampaknya tidak menyedari realiti bahawa rakyat Malaysia menentang keras ISA dan mereka mahu ianya dihapuskan segera,” kata Penyelaras Suaram, Nalini E, dalam satu kenyataan hari ini..

“Ini telah dinyatakan dengan jelas kepada kerajaan apabila ribuan rakyat mengadakan perhimpunan pada 1 Ogos lalu menuntut supaya ISA dihapuskan.

“Kami ingin mengingatkan mantan perdana menteri itu bahawa gesaannya supaya ISA dikekalkan, sudah tidak lagi relevan dan rakyat Malaysia sudah sedar dan beliau tidak boleh memanipulasi realiti seperti ketika beliau menjadi perdana menteri dahulu.

“Tidak ada ruang lagi bagi akta itu disemak atau dipinda. Sebaliknya, ISA seharusnya dimansuhkan tanpa lengah-lengah lagi. Mengamalkan tindakan menangkap dan menahan tanpa bicara mengikut undang-undang yang digubal untuk menangani darurut beberapa dekat yang lalu, hanya mengaibkan Malaysia di mata dunia,” katanya.

Menurut Nalini, Suaram juga mengutuk justifikasi yang dibuat oleh Dr Mahathir mengenai sebab beliau menahan 107 orang di bawah ISA dalam “Operasi Lalang” pada 1987.

Tahanan tanpa bicara


Oleh itu, katanya, Suaram menggesa Dr Mahathir supaya memohon maaf kepada semua tahanan terbabit yang ditangkap dan ditahan di Kamunting tanpa bicara selama dua tahun.

“Menahan seseorang di bawah ISA yang membenarkan tahanan tanpa bicara, sama ada terhadap pemimpin pembangkang, Umno atau sesiapa sahaja, adalah tidak adil.

“Ianya bertentangan dengan deklarasi sejagat hak asasi manusia, undang-undang hak asasi manusia antarabangsa, Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan juga kebebasan asas hak asasi manusia.

“Membuat kenyataan terbuka untuk menjustifikasikan penggunaan ISA yang melanggar hak ramai orang sewaktu “Operasi Lalang”, menunjukkan betapa kejam dan tidak bertamadunnya beliau sebagai seorang pemimpin. Sampai sekarang pun beliau tidak menghormati kedaulatan undang-undang,” dakwa Nalini.

Menurutnya, Suaram juga ingin menegaskan bahawa sejak penggubalan ISA pada 1960, kesemua perdana menteri telah menggunakan ISA untuk menutup mulut lawan politik Umno.

“Dr Mahathir adalah antara perdana menteri yang menggunakan ISA secara meluas terhadap rakyat Malaysia selama 22 tahun beliau menjadi perdana menteri.

“Beliau telah menahan lebih 2,000 orang di bawah ISA, termasuk bekas timbalan perdana menteri yang juga pemimpin pembangkang sekarang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Gesaan pada Najib


“Ini merupakan satu 'rekod prestasi' yang mengaibkan dan tidak seharusnya dibanggakan!,” kata Nalini

Sehingga saat ini, tambahnya, tahanan ISA terus tertakluk kepada tahanan tanpa bicara, deraan fizikal dan layanan buruk serta tanpa sebarang semakan yang berkesan terhadap kewajaran mereka ditahan.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tidak sepatutnya mengikut jejak langkah bekas kesemua perdana menteri sebelumnya.

“Datuk Seri Najib seharusnya melangkah keluar dari kecenderungan kerajaan authoritarian sebelum ini dan menamatkan amalan menahan suspek tanpa bicara.

“Jika perdana menteri serius dengan slogannya, “Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”, maka beliau hendaklah memansuhkan ISA dan membebaskan rakyat Malaysia daripada kekejaman ISA,” katanya.

mahazalim dengan maha katak!

Perasuah yang Jijik Dilihat Mulia Bagi UMNO! Haram Undi Isa Samad!

Rasuah, politik wang sama la tu. Tapi Isa Samad kata dia digantung kerana politik wang atau tindakan disiplin dalam parti, bukan jenayah. Politik wang bukan jenayah tapi kalau diubah ke rasuah baru dikira jenayah, baru SPRM akan bertindak.

Sebab ia bukan jenayah, sebab ia politik wang maka sebab itu juga lah Isa Samad bekas MB Negeri Sembilan telah dinamakan sebagai calon BN untuk Pilihan raya kecil N31 Bagan Pinang, Port Dickson 11 Oktober nanti bagi menghadapi Pesuruhjaya PAS negeri Tn Haji Zulkefly Mohamad Omar. Penamaan calon bakal berlangsung Sabtu, 3 Oktober ini.

Walaupun sebelum ini, Mahathir berkali-kali telah menyuarakan agar BN tidak mengangkat kembali Isa Samad, namum Najib dan Muhyiddin seperti tidak menghiraukan akan pandangan Mahathir. Mungkin bagi mereka suara Mahathir sudah tidak perlukan lagi, siapa engkau?


Isa senyum sempoi lepas Muhyiddin umum dia sebagai calon BN

Aku berkesempatan singgah di "Sambutan Hari Raya Aidilfitri UMNO BN" di Port Dickson semalam. Kebetulan aku dalam rewang-rewang di Port Dickson, maka terjumpa lah satu "pesta" berhampiran bulatan menuju ke lebuhraya PD-Seremban.

Antara lain Muhyiddin berkata "kembalikan sokongan tuan puan kepada UMNO BN, kalau dilihat pada petang ini saya percaya UMNO kini telah kembali mendapat sokongan dari tuan-tuan ... Alhamdulillah ... (diikuiti dengan tepukan dari para hadirin - tepuk sebab dapat bas free, makan free la tu)

Tapi yang meramaikan majlis petang semalam kebanyakan nya mat-mat dan minah-minah yang dibawa entah dari mana. Terdapat hampir 40 buah bas disediakan.



Antara "penyokong-penyokong UMNO" yang menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri UMNO semalam

Bas percuma yang membawa "penyokong-penyokong" UMNO

Politik wang atau rasuah dalam UMNO sudah tidak dapat dipisahkan lagi. Bukan saja Isa Samad malah KJ dan Ali Rustam juga pernah didapati bersalah kerana terlibat dalam politik wang umno, tapi mereka tetap diterima tetap di sokong oleh pengampu-pengampu yang mengharapkan sesuatu. Tidak perlu fikir hal rasuah pemimpin, yang perlu pengikut boleh mendapatkan sesuatu dari pemimpin "kotor" itu. Itu lah pegangan pemimpin dan pengikut-pengikut UMNO sekarang.

Antara pemimpin UMNO yang didapati mengamal Politik wang masih boleh tersenyum di hadapan khalayak ramai

Di Bagan Pinang, pengikut-pengikut yang taksub kepada Isa Samad memberi amaran kepada pemimpin tertinggi UMNO BN yang mereka akan memBOIKOT PRK Bagan Pinang andai Isa tidak di letakan sebagai calon. Jadi faham lah kita, baik pemimpin mau pun pengikut-pengikut atau penyokong UMNO, Rasuah atau mereka panggil "politik wang" tidak menjadi masalah buat mereka.

http://mimpi-senja.blogspot.com/2009/09/sepetang-di-bagan-pinang-politik-wang.html

Haram Undi Isa.. Makan Wang Haram Rakyat! Jijik Perasuah!

PAS menyifatkan Umno sudah kehabisan gas oksigen untuk bernafas kerana mencalonkan Tan Sri Mohd Isa Samad sebagai calon PRK di Bagan Pinang pada 11, Oktober 2009.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Haji Ahmad berkata pencalonan Tan Sri Mohd Isa Samad menggambarkan Umno sudah kehilangan orang yang berwibawa dan calon yang bersih dari segi moral dan rasuah.

Calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad disabit kesalahan rasuah yang telah menyebabkan beliau kehilangan jawatan Naib Presiden dan Menteri Wilayah Persekutuan oleh jawatankuasa tatatertib umno.

Dalam kenyataannya itu, Ustaz Idris berkata kemungkinan pencalonan ISA, atas sebab Datuk Seri Najib Tun Razak terhutang budi kepada Tan Seri Isa Samad sewaktu menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan satu ketika dahulu.

"Kita mengharapkan semua pengundi yang berada di Bagan Pinang adalah mereka yang mempunyai jati diri yang kukuh akan membuat perhitungan yang tepat untuk memilih wakil rakyat di kawasan mereka," ujarnya.

Sebagaimanaedia maklum Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang mempunyai ramai pengundi tentera yang kita tahu mereka adalah orang yang berdisiplin dan bermoral tidak akan rela berketuakan orang yang telah terpalit dengan rasuah.

Menurutnya, perlantikan Tan Seri Isa sebagai calon adalah satu kayu ukur, hendak menunjukkan bahawa pemimpin Umno tidak ada kesungguhan memerangi rasuah.

Dalam kajian Transparency International (TI), Malaysia terus merudum dalam Indeks Persepsi Rasuah apabila berada pada kedudukan ke-47 pada tahun 2008 sedangkan tahun 2007 indeks rasuah hanya tangga 43.

Justeru itu katanya, PAS menyeru pengundi Bagan Pinang selamatkan negara daripada berketuakan parti perasuah yang boleh membinasakan negara.

Jangan jadikan OSA ‘jaket kalis peluru’

Oleh Zukri Aksah

TEMERLOH, 29 Sept – PAS meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar tidak menggunakan jaket kalis peluru iaitu Akta Rahsia Rasmi (OSA) untuk melindungi penyelewengan dalam projek Zon Bebas Cukai Perlabuhan Klang (PKFZ).

Sehubungan itu, Najib diminta agar menyiasat kes penyelewengan itu secara telus dan bukan bertindak ke atas mereka yang mendedahkannya.

Demikian kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Yusof Embong, kepada The Malaysian Insider.

Baru-baru ini sebuah portal berita dalam talian, Malaysia Today yang di bawah kendalian Raja Petra Kamarudin telah mendedahkan dalam laman webnya sebuah dokumen kertas kabinet setebal 18 muka surat berupa memorandum daripada Menteri Kewangan berhubung dengan skandal PKFZ.

Memorandum ini dikeluarkan dengan nombor rujukan KK/BPKA/D5(Y)/540/1/1, bertarikh 22 Jun 2007 dan diklasifikasikan rahsia di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Akibat dari pendedahan ini, Perdana Menteri Najib Tun Razak dalam reaksi balasnya telah mengarahkan polis membuat siasatan dan jika benar dokumen itu adalah kertas kabinet yang tulen maka mereka yang terlibat boleh dikenakan tindakan di bawah OSA.

Ketua Polis Negara, Musa Hassan pula dalam kenyataannya berkata akan memanggil beberapa individu termasuk tokoh tertentu bagi membantu siasatan kes pendedahan kertas kabinet tersebut.

Mengulas perkembangan ini, Yusof berkata, jika benar kertas kabinet yang didedahkan Malaysia Today itu adalah tulen, jelas wujudnya unsur penyelewengan dan salah laku yang membabitkan pemimpin dari parti pemerintah.

Raja Petra terpaksa bersembunyi untuk mendedahkan segala kebejatan ini. Andaikata tiada siapa pun berani ke hadapan membuat pendedahan semata-mata kerana takutkan OSA, maka berbilion wang rakyat dan harta negara berisiko untuk diseleweng sesuka hati tanpa diketahui sesiapa pun, ujar Yusof.

Yusof mencabar Najib supaya menunjukkan sikap yang jelas terhadap penyelewengan yang telah berlaku dalam skandal PKFZ.

Untuk itu, Yusof menyeru kerajaan yang dikuasai Barisan Nasional pimpinan Najib supaya tidak menggunakan OSA bagi menyembunyikan salah laku dan penyelewengan wang kerajaan membabitkan pemimpin politik seperti yang berlaku dalam isu PKFZ ini.

PAS juga, jelas Yusof mendesak kerajaan yang diteraju Najib tidak selamanya menjadikan OSA sebagai jaket kalis peluru buat melindungi pemimpin-pemimpin tertentu dari diheret ke muka pengadilan akibat dari penyelewengan.

Skandal PKFZ telah menjadi minat awam, kerana sebagaimana diterangkan oleh Yusof yang kos perlaksanaannya telah meningkat dengan begitu tinggi dari RM2.5 bilion kepada RM4.6 bilion.

Tak Mustahil PAS Akan Menang! Tok Guru Haji Hadi

Tidak mustahil Pakatan Rakyat menang Pilihanraya Kecil N31 Bagan Pinang, Negeri Sembilan

Ucapan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada Malam Pengisytiharan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkifli Mohd Omar sebagai Calon Pakatan Rakyat bagi Pilihanraya Kecil N 31 Bagan Pinang Negeri Sembilan di Batu 9, Teluk Kemang pada 29 September 2009.

Turut hadir Penasihat DAP, YB Lim Kit Siang; Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali, pimpinan kanan PAS, DAP dan PKR.

Lebih 1,000 orang penyokong Pakatan Rakyat hadir.

Tarikh penamaan Calon pada 3 Oktober 2009 dan Hari Mengundi pada 11 Oktober 2009 di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson.

Semasa

Hiburan

Sukan

 

© Copyright Kerabu Bersuara 2007 -2013 | Design by Kerabu Bersuara | Published by Kerabu Bersuara Group | Powered by Blogger.com.