News Update :

Politik

Kenyataan

Agama

Dunia

NS, Kelantan ke final

October 31, 2009


KUALA LUMPUR 31 Nov. - Kelantan menempa sejarah mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia buat kali pertama dalam tempoh 39 tahun apabila menewaskan Perlis 3-1 di separuh akhir kedua yang berlangsung di Stadium Utama Negeri, Kangar, semalam.

Lawan Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 7 November ini adalah Negeri Sembilan yang menewaskan Terengganu 3-1 dalam satu lagi separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu, semalam.

Adegan peluk cium jejas niat baik filem Papadom

Oleh RAYUSA

DARI suatu segi, agak sukar untuk saya menilai dan mengakui Papadom, filem arahan keenam Afdlin Shauki ini layak diangkat sebagai Filem Terbaik Festival Filem Malaysia ke-22 (FFM22)atau sebaliknya kerana saya tidak menonton semua filem Melayu tempatan dalam tempoh setahun lalu (tempoh layak menyertai FFM22).

Saya cuma pasti Papadom lebih baik daripada filem arahan Afdlin sebelum ini, iaitu Buli (filem pertamanya yang mempesonakan), Baik Punya Cilok, Buli Balik, Sumolah serta Los dan Faun.

Bagaimanapun, berdasarkan prestasi filem Melayu tempatan mutakhir ini dan isu yang dikemukakan, setelah membaca ulasan oleh pengkritik serta pengulas bahawa banyak filem Melayu tempatan hambar, saya bersetuju Papadom diberikan taraf tersebut.

Tema yang dibawakannya, iaitu kasih sayang dan kekeluargaan mungkin sudah basi. Namun, Papadom menarik dan segar kerana cara tema itu dipaparkan (filem arahan Afdlin selalu tampil segar dan unik berbanding filem Melayu tempatan lain).

Kisah menunaikan wasiat barangkali pernah dipaparkan dalam filem Melayu tempatan sebelum ini. Pun begitu, klise bukan masalah besar jika persembahannya berbeza.

Papadom membawa kisah Saadom (lakonan Afdlin Shauki) yang cuba sedaya upaya menunaikan wasiat isteri tercinta, Munirah (Noorkhiriah Ahmad Shapie) yang maut dalam kemalangan jalan raya.

Saadom adalah seorang ahli perniagaan nasi kandar yang berjaya di Pulau Pinang. Tidak disangka wasiat isterinya agar menjaga anak mereka, Miasara (Liyana Jasmay) dengan baik telah mengubah diri Saadom.

Sebelum isterinya meninggal dunia, Saadom terlalu asyik mengurus perniagaan nasi kandarnya. Selepas kematian isterinya, dia berubah menjadi seorang bapa yang begitu mengambil berat terhadap setiap perkara yang berlaku ke atas Miasara atau Mia.

Tidak dinafikan, seorang bapa perlu cakna dan mengambil berat kehidupan anaknya, terutama anak perempuan yang masih belajar. Bagaimanapun, usah berlebih-lebihan sehingga mengongkong kebebasan seperti yang Saadom lakukan. Niat Saadom amat baik dan dialu-alukan. Mungkin caranya yang salah dan memang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana bapa pun.

Akibatnya, setelah remaja, Mia mulai rimas dengan kasih sayang Saadom yang melimpah-ruah. Kawan-kawannya seperti Yvonne (Chelsia Ng) juga rimas dengan Saadom yang sentiasa mengawasi Mia. Mia malu kerana Saadom juga sering memeluk dan menciumnya di hadapan kawan-kawannya.

Malah pada waktu rehat di sekolah, Saadom membawa makanan untuk Mia dan kawan-kawannya. Kadang-kadang kawan-kawan Mia terpaksa menolak kerana berdiet.

Saadom juga selalu berada di dalam kawasan sekolah Mia untuk memastikan keselamatan Mia hingga kadang-kadang dia dihalau oleh pengetua sekolah.

Timbul masalah apabila Mia berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Walaupun Mia mahu belajar jauh kerana ingin bebas daripada bapanya, Saadom mahu Mia memilih universiti yang berdekatan sahaja.

Saadom cemas apabila teringat janji terhadap arwah isterinya untuk menjaga Mia dengan baik. Dia cuba mencari jalan sehingga tega bekerja sebagai tukang kebun di universiti tempat Mia menuntut. Saadom seperti cuba membuktikan bahawa kasih bapa atau ayah sepanjang jalan (kasih ibu sepanjang zaman).

Daripada segi keprihatinan seorang bapa, Papadom boleh dianggap berunsur Islam. Sikap tanggungjawab dan prihatin seorang bapa terhadap anaknya adalah tuntutan Islam. Jadi, niat dan penampilan filem ini memang baik.

Adegan peluk dan cium

Cuma, mengapa filem Melayu tempatan tidak boleh lari daripada adegan peluk dan cium? Malanglah kerana filem yang sebaik ini juga agak dicemari adegan peluk serta pegang dan cium tangan. Sebagai contoh, adegan Munirah memeluk Saadom, Saadom memeluk Mia dan Saadom menggenggam tangan Munirah.

Sungguhpun sekadar adegan suami isteri dan bapa dengan anak perempuannya, itu hanya dalam filem. Para pelakonnya beragama Islam dan bukan muhrim. Bagaimana dengan adegan Hisham Hashim (Farid Kamil Zahari) memeluk Mia? Hisham bukan abang, adik atau suami Mia.

Cuba lihat filem Iran. Filem cintanya tetap hebat serta dikagumi walaupun tidak memaparkan adegan peluk serta pegang atau cium tangan.

Tanpa berpeluk atau berpegangan tangan pun pernyataan cinta boleh dizahirkan. Ada caranya. Para pelakon beragama Islam harus peka. Penulis skrip dan pengarah beragama Islam juga perlu mengelakkan adegan peluk dan cium. Tidak cacat filem tanpa adegan berkenaan walaupun membawa tema kekeluargaan.

Selain Afdlin, Liyana, Noorkhiriah, Chelsia dan Farid, Papadom turut dibintangi Harun Salim Bachik, Que Haidar, Vanidah Imran, Scha, Pete Teo dan Adam Malik.

Papadom yang menelan belanja RM1.4 juta turut memenangi kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi Afdlin, Pelakon Wanita Terbaik (Liyana), Cerita Asal Terbaik (Afdlin) dan Skor Muzik Asal Terbaik (Pacai).

www.malaysiabebas.com

PR Klang gesa Badrul kosong kerusi DUN

KLANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah, yang kini Adun Bebas setelah keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Khamis lalu, didesak mengosongkan jawatan itu bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan.

Pengerusi Pakatan Rakyat (PR) Klang, Ismail Arsat, berkata tindakan Adun Bebas itu yang enggan melepaskan jawatan dilihat lebih mengutamakan kepentingan diri dan bercanggah dengan prinsip demokrasi.

"Beliau (Badrul Hisham) hanya ingin menikmati kehidupan senang tanpa bekerja keras dan selama memegang jawatan itu beliau mengabaikan peranannya sebagai Adun yang sepatutnya mewakili kepentingan rakyat.

"Kami yang melaksanakan tanggungjawabnya selama ini tanpa sebarang dana dan bantuan tetapi atas dasar keprihatinan terhadap rakyat di Pelabuhan Klang khasnya dan Parlimen Klang amnya," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Hadir samam Timbalan Pengerusi 1 PR Klang, Tee Boon Hock, dan Timbalan Pengerusi 2 PR Klang, Suhaimi Mohd Nor.

Ismail yang juga Yang Dipertua Pas Klang berkata, tindakan Badrul Hisham meninggalkan PKR adalah satu pengkhianatan terhadap pengundi Pelabuhan Klang yang memilihnya atas dasar manifesto yang dipersembahkan PR kepada rakyat pada pilihan raya umum lalu.

Beliau berkata, selama lebih setahun menjadi wakil rakyat di kawasan itu, Badrul Hisham gagal hadir pada kebanyakan program yang diatur.

"Lebih RM200,000 peruntukan yang disalurkan kerajaan negeri sudah dibelanjakan Badrul Hisham sejak awal tahun ini tetapi tidak jelas bagi tujuan apa.

"Peruntukan selepas itu disekat oleh kerajaan negeri tetapi sebelum itu bantuan yang disalurkan tidak sampai kepada golongan sasaran," katanya.

Sementara itu, Naib Pengerusi Pemuda DAP Selangor, Lim Lip Suan, berkata PR Selangor sudah memberi Badrul Hisham peluang lebih setahun untuk menjadi pemimpin yang bermaruah tetapi ternyata tidak berlaku. - Bernama

PR Klang gesa Badrul kosong kerusi DUN

KLANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah, yang kini Adun Bebas setelah keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Khamis lalu, didesak mengosongkan jawatan itu bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan.

Pengerusi Pakatan Rakyat (PR) Klang, Ismail Arsat, berkata tindakan Adun Bebas itu yang enggan melepaskan jawatan dilihat lebih mengutamakan kepentingan diri dan bercanggah dengan prinsip demokrasi.

"Beliau (Badrul Hisham) hanya ingin menikmati kehidupan senang tanpa bekerja keras dan selama memegang jawatan itu beliau mengabaikan peranannya sebagai Adun yang sepatutnya mewakili kepentingan rakyat.

"Kami yang melaksanakan tanggungjawabnya selama ini tanpa sebarang dana dan bantuan tetapi atas dasar keprihatinan terhadap rakyat di Pelabuhan Klang khasnya dan Parlimen Klang amnya," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Hadir samam Timbalan Pengerusi 1 PR Klang, Tee Boon Hock, dan Timbalan Pengerusi 2 PR Klang, Suhaimi Mohd Nor.

Ismail yang juga Yang Dipertua Pas Klang berkata, tindakan Badrul Hisham meninggalkan PKR adalah satu pengkhianatan terhadap pengundi Pelabuhan Klang yang memilihnya atas dasar manifesto yang dipersembahkan PR kepada rakyat pada pilihan raya umum lalu.

Beliau berkata, selama lebih setahun menjadi wakil rakyat di kawasan itu, Badrul Hisham gagal hadir pada kebanyakan program yang diatur.

"Lebih RM200,000 peruntukan yang disalurkan kerajaan negeri sudah dibelanjakan Badrul Hisham sejak awal tahun ini tetapi tidak jelas bagi tujuan apa.

"Peruntukan selepas itu disekat oleh kerajaan negeri tetapi sebelum itu bantuan yang disalurkan tidak sampai kepada golongan sasaran," katanya.

Sementara itu, Naib Pengerusi Pemuda DAP Selangor, Lim Lip Suan, berkata PR Selangor sudah memberi Badrul Hisham peluang lebih setahun untuk menjadi pemimpin yang bermaruah tetapi ternyata tidak berlaku. - Bernama

Opera Cina dalam MCA

Oleh Safar Jumaat

KRISIS MCA nampaknya tiada penghujung. Ketika banyak pihak menyifatkan pelan perpaduan yang mahu dilaksanakan Datuk Seri Ong Tee Keat sebagai 'opera Cina' � beberapa pihak lain melihat Tee Keat terlalu takut jika dia kehilangan jawatan.


Selama ini, MCA yang dikatakan bakal berubah apabila Ong Ka Ting mengundurkan diri serentak dengan Chan Kong Choy, rupa-rupanya terbeban dengan kisah RM10 juta wang dari 'taikun PKFZ' yang didakwa diberikan kepada Tee Keat.

Ketika Tee Keat berhempas pulas mahu membersihkan namanya dari palitan dakwaan menerima RM10 juta itu, dia dikatakan berusaha juga mahu mengenepikan Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek yang pernah dikatakan mahu menjatuhkannya.

Kini, selepas Soi Lek Berjaya diketepikan dari jawatan Timbalan Presiden, Tee Keat masih tidak tenteram kerana kawan yang selama ini dipercayai menyokongnya sehidup semati, Datuk Seri Liow Tiong Lai disifatkan sebagai 'kawan makan kawan'.

Tee Keat mencabar Tiong Lai berterus-terang jika timbalannya itu mahu beliau meletakkan jawatan supaya dia boleh mengambil alih pucuk kepimpinan parti.

Nampaknya, sejarah kepimpinan parti-parti dalam komponen BN berulang. Hubungan antara Timbalan dengan Presiden sering tidak sehaluan.




Dalam Umno, apakah kita masih ingat bagaimana teruknya 'pertembungan' antara Tun Musa Hitam dengan Dr. Mahathir?

Kemudiannya, Tun Ghafar Baba (Allahyarham) dikecewakan oleh Dr. Mahathir sebelum pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Dr. Mahathir.

Dalam PBB (Sarawak), hubungan Tan Sri Abdul Taib Mahmud dengan Datuk Abang Abu Bakar Mustapa, Tan Sri Dr. Sulaiman Daud dan kini dengan Datuk Abang Johari Tun Abang Openg juga sudah menjadi rahsia umum.

Dalam MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu bertelagah dengan timbalannya, Datuk S. Subramaniam. Tan Sri Dr. Lim Kheng Yeik dengan timbalannya Datuk Kerk Choo Ting juga bukan rahsia lagi.

Dalam MCA sendiri, dalam era Tun Dr. Ling Liong Sik, timbalannya, Tan Sri Lee Kim Sai pernah tersungkur. Kemudiannya, Tan Sri Lim Ah Lek tidak menjamah kerusi Presiden kerana �masalah� antara Presiden dan Timbalan.

Jika Tee Keat yang menimbulkan masalah awal dengan Soi Lek kerana �mengesyaki� Soi Lek berusaha menjatuhkannya, kini selepas Tee Keat berjaya menjatuhkan Soi Lek, pengganti Soi Lek pula, Tiong Lai dilihat sudah bermasalah dengan Presiden.

Hari ini, hubungan antara Tee Keat dengan Tiong Lai sudah sukar untuk diperbaiki. Tiong Lai kelihatan sudah dapat sokongan dari Pergerakan Pemuda dan Wanita MCA. Tee Keat terpaksa 'berbalah' dengan kedua-dua sayap parti ini kerana melihat Tiong Lai sudah �dapat sokongan� dari kedua-dua sayap parti itu.

Kenapa agaknya Tee Keat masih mahu bertahan di kerusi Presiden? Kenapa dia tidak mahu berundur seketika untuk menyelesaikan perbalahannya dengan 'taikun PKFZ' Datuk Seri Tiong King Sing sebelum berdepan dengan masalah dalaman MCA?

Jika Tee Keat tidak menimbulkan masalah Soi Lek beberapa bulan lalu, apa yang berlaku dalam MCA sekarang termasuk EGM tidak perlu diadakan.

Malangnya, Tee Keat yang bercita-cita mahu menjadi hero MCA terlupa, lubang yang dikoreknya itu memerangkap dirinya sendiri.

Walaupun pelan perpaduan yang diperkenalkan mungkin Berjaya, tetapi tidak mustahil Soi Lek boleh meninggalkan Tee Keat ketika ini bagi menyokong Tiong Lai yang dikatakan pernah dibisikkan kata-kata oleh Tee Keat sebaik sahaja mahu bercuti selepas EGM, yang dia (Tee Keat) mahu berundur.

Ketika pemimpin lain dalam MCA berusaha menambah kawan-kawan, Tee Keat nampaknya menambah musuh. Dia sudah berbalah dengan ramai orang dan banyak pihak. Kini, MP Seri Gading, datuk Mohamad Aziz pula mencadangkan di Parlimen supaya Tee Keat meletakkan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan kerana 'rakyat sudah tidak memerlukannya' lagi.

Memetik kata-kata Tee Keat, "pemimpin tertentu mendesak supaya menghormati keputusan mesyuarat agung luar biasa (EGM). Ini jelas bermaksud mahu saya meletak jawatan tetapi pada masa sama, mereka mendakwa tidak memaksa saya meletak jawatan.

"Saya secara peribadi mendapati pendekatan mereka ini amat mengelirukan. Jika Timbalan Presiden (Liow) yang baru dilantik mahu saya meletakkan jawatan supaya beliau boleh menjadi Presiden, saya percaya beliau perlu membuat pendirian yang jelas.

"Kita tidak akan dapat menyelesaikan masalah dengan 'bali batu sorok tangan'," katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam blognya, semalam.

Masalah Tee Keat ialah dia tidak pernah menjadi Timbalan Presiden sebelum menjadi Presiden. Kekosongan yang berlaku bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden (Ka Ting dan Kong Choy) berhenti serentak menyebabkan Tee Keat yang ketika itu menjadi Naib Presiden bertanding jawatan Presiden manakala Soi Lek yang melepaskan jawatan Naib Presiden � membuat 'comeback' dengan menawarkan diri bertanding kerusi Timbalan Presiden.

Tee Keat mungkin menyokong calon lain supaya menang kerusi Timbalan Presiden, kerana ketika itu bekas Setiausaha Agung MCA, Datuk Ong Ka Chuan turut bertanding jawatan Timbalan Presiden, tetapi yang menang ialah Soi Lek.

Tee Keat nampaknya tidak selesa dengan kemenangan Soi Lek. Jika kelazimannya Timbalan Presiden MCA akan dilantik menjadi Menteri, tetapi Soi Lek yang merupakan bekas Menteri Kesihatan tidak ditawarkan apa-apa jawatan.

Ada yang mengatakan Perdana Menteri tidak mahukan Soi Lek tetapi ada juga pihak yang mendakwa tee Keat tidak mengangkat nama Soi Lek kepada Perdana Menteri untuk dicadangkan dilantik menjadi Menteri.

Tiong Lai yang turut menerima kesan tidak sehaluan dengan Presiden apabila timbul cerita isterinya dihadiahkan sebuah kereta bernilai RM600,000 meminta SPRM dan polis menyiasat dakwaan tersebut. Hari ini, pergaduhan antara beberapa pemimpin ini menimbulkan banyak cerita 'tersembunyi' selain kisah-kisah skandal seks.

Sama-samalah kita lihat siapakah yang akan tersungkur kali ini apabila berlaku pertembungan antara Tiong Lai dengan Tee Keat? Adakah Soi Lek akan tampil menjadi jaguh mempertahankan Tee Keat dalam pertembungan Tee Keat-Tiong Lai ini? Atau, kesemua mereka, Tee Keat, Soi Lek dan Tiong Lai akan hanyut dan MCA bakal menyaksikan kepimpinan baru yang bersih dari cerita RM10 juta, skandal seks dan hadiah kereta dari kontraktor?

Atau MCA bakal terus dipimpin oleh mereka yang lebih gemar mencari masalah dan berbalah � dengan tidak mempunyai banyak masa untuk turun ke bawah menemui rakyat yang mengharapkan pembelaan dari mereka ini.

‘The Red Warriors’ Tempah Tiket Ke Final Piala Malaysia

Kelantan Tempah Tiket Ke Final Piala Malaysia di Kangar, malam ini dengan menewaskan Perlis 3 – 1 .Ini bermakna kelantan akan bertemu dengan Negeri Sembilan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada, 7 November ini.






Hasan Ali: Hanya Exco Agama dan Individu Bertauliah Layak Baca Khutbah Jumaat

GOMBAK, 31 Okt - Exco Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Hasan Ali berkata hanya mereka yang bertauliah sahaja yang dibenarkan untuk menyampaikan khutbah Jumaat dan kuliah agama di masjid dan surau negeri ini.

Hasan Ali menegaskan peraturan dan garis panduan sudah pun dikeluarkan namun masih ada individu tertentu yang ingkar mengikutinya.

Bagaimanapun, pentauliahan itu hanya dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan menetapkan beberapa proses tertentu sebelum seseorang itu layak berbuat demikian.

“Peraturan-peraturan itu telah pun diberitahu sebenarnya kepada masjid-masjid dan surau-surau dan selepas ini peraturan itu akan diletak dalam bentuk notis yang agak besar di dinding-dinding tempat yang boleh dilihat dengan terang di surau dan masjid dan sebagainya. Antara peraturan itu ialah setiap pemberi khutbah, pengkuliah dan sebagainya mesti ada tauliah yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)”, katanya.

Berkata demikian selepas menyerahkan bantuan Skim Mesra Usia Emas di Pusat Khidmat Masyarakat Dun Gombak Setia hari ini.

Sebelum ini terdapat aduan daripada penduduk Seksyen 19 mendakwa seorang pemimpin politik menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Seksyen 19, Shah Alam baru-baru ini.

Bagaimanapun katanya, sebagai Exco Hal Ehwal Islam Selangor beliau dikecualikan sepertimana yang termaktub dalam Enakmen dan kaedah-kaedah pentadbiran Agama Islam Selangor.

“Itu kita sudah bagi tahu nazir-nazir, selagi tidak bertauliah, siapa pun tidak dibenarkan untuk memberi khutbah, macam saya misalnya membaca khutbah memang sudah ada dalam Enakmen dan juga Kaedah-kaedah Pentadbiran Agama Islam Selangor, bahawa Exco Agama Kerajaan Negeri Selangor dibenarkan untuk memberikan khutbah, kuliah dan sebagainya”, jelasnya. - MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN

Kuliah Tuan Ibrahim Tuan Man












YAB. Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat didampingi oleh Pesuruhjaya PAS Perak, YAB. Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak

YAB. Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat didampingi oleh Pesuruhjaya PAS Perak, YAB. Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, dan Pengerusi DAP Perak berada dipentas utama dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Perak .

Tuan Guru tiba untuk memberi ucapan penutup dalam konvensyen sehari yang bersejarah itu yang dihadiri oleh lebih 600 orang peserta.




Resolusi Konvensyen Pakatan Rakyat Perak.

IPOH : Konvensyen Pakatan Rakyat Negeri Perak yang telah bersidang pada 31 Oktober 2009 bersamaan 12 Zulkaedah 1430 telah merumuskan resolusi berikut :-

i. Kesepakatan dan perpaduan Pakatan Rakyat perlu terus diperteguh dan diperkasakan bagi menumbangkan UMNO/BN. Segala bentuk prejudis dan prasangka buruk sesama rakan Pakatan Rakyat perlu dihindari.

ii. Meningkatkan amalan prinsip ‘collective decision’ melalui meja rundingan sebagai kaedah penyelesaian masalah.

iii. Mengukuh dan menggerakkan organisasi parti dengan penekanan serius kepada menubuh dan menggerakkan majlis pemuafakatan Pakatan Rakyat di semua peringkat parti.

iv. Menghapuskan doktrin perkauman sehingga ke akar umbi seterusnya meningkatkan hubungan sesama rakyat, kakitangan kerajaan, ahli politik, NGO dan Istana.

v. Menampilkan calon berwibawa dan berintegriti sebagai asas dan fokus kemenangan calon Pakatan Rakyat di DUN dan Parlimen. Fokus kepada program pembangunan jatidiri seluruh ahli parti terhadap perjuangan masing-masing.

vi. Meneruskan prinsip 5K Keadilan, Kewibawaan, Ketelusan, Kebajikan dan Kebebasan sebagai asas bekerja dan memerintah.

vii. Menerus dan memperbanyakkan siri dan media penerangan keseluruh negeri agar rakyat menerima maklumat yang tepat dan pemikiran rakyat tidak dijajah oleh Umno/BN.

viii. Program mewujudkan ‘kebersamaan’ antara parti komponen Pakatan Rakyat perlu segera dilaksanakan agar seleruh ahli Pakatan Rakyat memahami perjuangan rakan seperjuangan.

ix. Munajat yang berterusan bagi memohon pertolongan dan keredhaan Allah swt sama ada sewaktu dilanda krisis mahupun tidak.

x. Jawatankuasa resolusi mencadangkan agar gagasan Pakatan Rakyat disegerakan pendaftaran diperingkat nasional dengan penggunaan 1 logo.

http://idhamlim.blogspot.com/2009/10/resolusi-konvensyen-pakatan-rakyat.html

Pelik Tapi Benar! Umno Buat Cerita Umno Jugak Yang Tolong Jawab!

BESUT, 31 Okt (Bernama)-- Penduduk di bebeberapa buah kampung di daerah ini dikesan mengamalkan kepercayaan terpesong kononnya akan beroleh pahala jika mereka tidur bersama dengan gambar seorang pemimpin parti pembangkang di negara ini.
Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Idris Jusoh ketika mendedahkan perkara itu mahu pihak berkuasa relevan dan ilmun Islam di negara ini supaya mengambil tindakan segera bagi memperbetulkan penyelewengan akidah yang dipercayai didalangi pihak tertentu.

"Selain tidur bersama gambar dan percaya apabila melihat gambar pemimpin berkenaan akan memproleh pahala, penyokongnya juga ditanamkan dengan kepercayaan bahawa sekiranya bermimpi bertemu pemimpin itu maka pahala berganda akan diperolehi oleh orang tersebut.

"Ini satu perkara serius yang patut diperbetulkan kerana ia jelas telah memesongkan akidah yang bertujuan untuk mengekalkan populariti dalam politik," kata Idris kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Jualan Mega peringkat daerah di sini pada Sabtu.

Katanya isu itu pernah timbul sebelum ini, namun akhir-akhir ini ia dikesan semakin menular di kalangan penduduk beberapa kampung di daerah ini.Idris yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Jertih berkata pihaknya mendapat laporan bahawa gambar pemimpin berkenaan bukan setakat dipamerkan di rumah malah pada kenderaan penyokong parti berkenaan.


Sementara itu, Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zin berkata kepercayaan dan taksub kepada pemimpin sehingga tahap sedemikian jelas terpesong daripada akidah.

Katanya mereka perlu balik ke pangkal jalan dan beristiqamah kerana hukum hakam agama tidak boleh dipermain-mainkan.Beliau berharap pemimpin berkenaan memperbetulkan keadaan dan memberikan penjelasan kepada pengikutnya.-- BERNAMA

p rumah menteri. banyak gambar binatang dok sangkut kat dinding. apa hukum tuan pandai agama?penasihat perdana menteri?huhuhuhuhuh....tak nasihat rosmah ker?

Khalid:Badrul Boleh Saman Jika Mahu

Shah Alam,31Oktober-Menteri Besar,Tan Sri Khalid Ibrahim tidak akan menghalang tindakan ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdulllah untuk menfailkan saman malu terhap beliau.

Menurutnya jika mahu, Badrul juga boleh menfailkan saman terhadap beliau menggunakan wang Umno-Barisan Nasional.

“Dia boleh saman kalau dia nak,boleh pakai duit UMNO juga”,katanya berhubung isu ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang isu ini dalam satu sidang media selepas menghadiri Konvokesyen Universiti industri Selangor (Unisel) di Bestari Jaya pagi tadi.

Terdahulu,Badrul dalam kenyataannya berkata, beliau akan menfailkan saman terhadap Khalid yang kononnya menfitnahnya mengalami masalah mental.

Selepas keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi ADUN Bebas menyokong Barisan Nasional, Badrul dilihat cuba menunding jari menyalahkan kerajaan negeri dan parti di atas keputusan yang diambil.

Bagaimanapun, rakyat khususnya di Pelabuhan Klang sedia maklum dengan perilaku Adun berkenaan yang gagal menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

Tindakan keluar parti itu diambil selepas Khalid mengutarakan usul kepada PKR meminta Badrul meletakaan jawatan bagi membuktikan keprihatinan kerajaan negeri terhadap masyarakat Pelabuhan Klang.

Walaupun dikecam hebat penduduk Pelabuhan Klang, badrul masih enggan melepaskan jawatannya.-NADIA MOHSIN(TV SELANGOR)

MB:Konvokesyen Ke4 Unisel Tanda Kejayaan Lahirkan Graduan Berkualiti

Shah Alam,31Oktober-Seramai 2,043 graduan Universiti Industri Selangor (Unisel) diraikan dalam satu majlis Konvokesyen ke 4 universiti tersebut di Kampus Utama Unisel,Bestari Jaya pagi tadi.

Konvekesyen empat sidang yang yang bermula hari ini menghimpunkan graduan dari 87 program yang ditawarkan unisel dari pelbagai peringkat.

Menurut Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim berkata konvesyen ini membuktikan Unisel merupakan salah sebuah institusi pengajian tinggi yang berjaya melahirkan graduan berkualiti.

Katanya, graduan berkenaan merupakan asset penting dalam bidang industri di negeri ini.

“Apa yang penting bagi universiti ialah hasil graduan yang dikeluarkan.Kita merasakan universiti Unisel telah mempunyai nidge atau kepakaran yang tersendiri berbanding dengan universiti2 yang ada di Malaysia dalam beberapa bidang”,katanya.

Majlis konvokesyen berkenaan disempurnakan Caunselor Unisel,Datin Sri Paduka Rosmah Mansor

Penerima Anugerah Emas Caunselor Hazeeq Hazwan dengan Iijazah Sarjana Muda Kepujian Bioteknolgi merumuskan bahawa kejayaannya hari ini merupakan suntikan semangat untuk dia terus mendalami bidang yang diceburi.

“Di luar negara,di UK,insyaallah,Sekarang saya sedang cuba dapatkan biasiswa,dan secara hitam putih belum lagi.Tapi melalui mulut,mereka telah sahkan kemasukkan saya ke sana,Universiti Oxford”,kata Hazeeq.

Bagi penerima Anugerah Pengerusi,Azuwa Kasnan,beliau menyifatkan kejayaannya hari ini merupakan titik tolak kepada usahanya untuk melanjutkan pengajian pada masa depan.

“Sekarang ni saya dah bekerja,mungkin nak sambung belajar tapi saya kerja dulu cari pengalaman kemudian saya nak sambung belajar”,komennya.-NADIA MOHSIN(TV SELANGOR)

Islam perjuangkan kebebasan manusia

Oleh: DR. YUSUF AL-QARDHAWI

APAKAH pendirian Islam mengenai kebebasan? Wujud sesetengah golongan yang menganggap agama menentang kebebasan, jadi apakah kebebasan yang dibawa oleh Islam dan setakat mana had dan sempadan kebebasan tersebut?

Islam mengiktiraf kebebasan semenjak kemunculannya di muka bumi ini. Amirul Mukminin Saidina Umar al-Khattab dalam ucapannya yang masyhur berkata: “Apabila kamu memperhambakan manusia maka sesungguhnya mereka dilahirkan oleh ibu-ibu mereka dalam keadaan bebas (merdeka).”

Seorang lagi khalifah Islam terkenal, Saidina Ali Abi Talib dalam wasiatnya berkata: “Dan janganlah kamu menjadi hamba kepada orang lain. Sesungguhnya kamu diciptakan oleh Allah s.w.t. dalam keadaan bebas.”

Manusia, menurut hukum ciptaan Allah s.w.t. dan tabiat semula jadi kelahiran mereka adalah makhluk yang bebas. Mereka mempunyai hak kebebasan dan bukannya hamba. Islam datang dan mengiktiraf kebebasan pada zaman manusia diperhambakan dari segenap segi sama ada politik, sosial, pegangan agama atau ekonomi.

Apabila Islam datang, ia mengiktiraf kebebasan akidah dan pegangan, pemikiran serta kebebasan bersuara. Selain itu, Islam turut membawa suatu kebebasan yang paling utama iaitu kebebasan beragama.

Ajaran suci ini tidak sekali-kali membenarkan tindakan memaksa manusia untuk menganutinya atau memeluk mana-mana agama selain Islam. Ini dinyatakan Allah s.w.t. dalam surah Yunus, ayat 99, maksudnya: “Dan jikalau Tuhanmu menghendaki, tentulah beriman semua orang di muka bumi seluruhnya. Maka apakah kamu (hendak) memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman semuanya?”

Ayat ini diturunkan pada zaman Makki (ayat-ayat yang diturunkan sebelum Hijrah). Bagi zaman Madani pula, Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Baqarah, ayat 256, maksudnya: “Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam). Sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat.”

Sebab di sebalik turunnya ayat ini menjelaskan kepada kita sejauh mana Islam memulia dan mengagungkan serta mendukung erti kebebasan sebenar. Pada zaman Jahiliah, wanita daripada kaum Aus dan Khazraj yang hamil bernazar menjadikan anak yang bakal lahir, sekiranya lelaki, sebagai seorang Yahudi. Dengan cara inilah berkembangnya anak-anak yang beragama Yahudi hidup dalam dua kabilah Arab, Aus dan Khazraj.

Apabila Islam datang dan memuliakan umat Arab dengan agama suci itu, sesetengah ibu bapa berhasrat untuk mengembalikan anak-anak mereka yang beragama Yahudi kepada agama Islam yang menjadi agama mereka dan agama umat pada masa itu.

Bagaimanapun, ajaran Islam tidak membenarkan tindakan memaksa seseorang supaya keluar atau masuk agama biar pun ia adalah agama Islam.

Ini yang dimaksudkan dengan firman Allah: “Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam).” Islam tetap bertegas dalam hal ini walaupun pada waktu itu berlaku pertelingkahan, malah peperangan antara Islam dan Yahudi.

Bagaimanapun, dasar bebas yang diiktiraf oleh Islam tertakluk kepada beberapa syarat dan peraturan bagi mengelakkan agama menjadi `alat mainan’ di tangan manusia.

Ini terbukti dalam firman Allah s.w.t. yang menceritakan tentang kata-kata bangsa Yahudi dalam surah Ali Imran, ayat 72, maksudnya: “Segolongan (lain) daripada Ahli Kitab berkata (kepada sesamanya): `Perlihatkanlah (seolah-olah) kamu beriman kepada apa yang diturunkan kepada orang-orang beriman (sahabat-sahabat Rasul) pada permulaan siang dan ingkarilah ia pada akhirnya, supaya mereka (orang-orang mukmin) kembali (kepada kekafiran).”

Allah s.w.t. menghendaki supaya agama tidak dijadikan sebagai `permainan.’ Maka, sesiapa yang memeluk Islam setelah yakin dan dalam keadaan sedar wajib terus menganutinya, jika tidak ia terdedah kepada hukuman sebagai seorang murtad. Maka, kebebasan pertama yang dibawa oleh Islam ialah kebebasan beragama dan iktikad.

Kebebasan kedua yang dibawa oleh Islam ialah kebebasan berfikir. Islam datang dengan menyeru manusia supaya berfikir dan memerhatikan kejadian dan ciptaan yang terdapat di alam ini. Banyak nas al-Quran yang menyeru manusia ke arah berfikir, antaranya:

Ayat 101, surah Yunus, maksudnya: “Katakanlah; perhatikanlah apa yang ada di langit dan di bumi.”

Ayat 46, surah al-Haj, maksudnya: “Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada.”

Selain itu, Islam turut menjalankan `kempen’ yang meluas bagi menarik mereka yang hanya menurut prasangka dan syak wasangka, mengikut nafsu, bertaklid kepada ibu bapa dan datuk moyang mereka kepada kebebasan berfikir serta penggunaan akal dan fikiran dalam mencari kebenaran.

Dalam pada itu, dalil-dalil akal dijadikan sandaran dalam usaha mengukuhkan kebenaran akidah-akidah Islam. Lantaran itu, ulama berkata: “Sesungguhnya akal yang terang adalah asas kepada nas-nas naqli yang benar.” Misalnya, kes kewujudan Allah dan kenabian Muhammad s.a.w. pada peringkat permulaannya dibenarkan oleh akal sebelum dalil-dalil naqli mengukuhkannya. Inilah penghormatan yang diberikan oleh Islam kepada kebebasan berfikir dan penggunaan akal fikiran.

Ekoran kebebasan berfikir yang diberikan oleh Islam, maka kita dapat lihat wujudnya fenomena kebebasan dalam perbincangan ilmiah. Ini terbukti dengan munculnya ulama-ulama yang mempunyai perbezaan pendapat, menerima, menolak dan menyalahkan pendapat `lawan’ masing-masing tanpa ada sebarang kesempitan.

Selain itu, para ulama turut dapat berkongsi faedah daripada buku-buku karangan sesetengah ulama yang lain dan pandangan-pandangan mereka dengan hati yang lapang. Misalnya, kitab al-Kashaf yang dikarang oleh seorang ulama muktazilah, al-Zamakhsyari turut dimanfaatkan oleh pengikut ahli sunah wal jamaah. Ini semua menjadi bukti kepada kebebasan berfikir dan kebebasan berilmu yang terdapat dalam masyarakat umat Islam.

Dua jenis pemikiran berbahaya

Rencana Pilihan
Oleh Dr. Yusuf al-Qardhawi

Masyarakat Islam pada zaman moden ini perlu dibebaskan daripada dua bentuk pemikiran (kefahaman) yang dipindahkan kepada mereka oleh masyarakat lain dan telah merasuk ke segenap lapisan masyarakat, baik masyarakat awam mahupun cendekiawan dan ulamanya.

Dua pemikiran tersebut ialah: Pertama, pelbagai pemahaman yang mempengaruhi umat Islam sepanjang tempoh berlakunya penjajahan berupa salah faham mereka tentang Islam.

Misalnya, memahami zuhud dengan meninggalkan sama sekali kehidupan (dunia) ini sehingga dikuasai oleh orang yang kufur; memahami keimanan terhadap takdir seperti yang difahami oleh kaum Jabariyah; memahami bahawa ilmu fikah adalah mengutip pendapat orang (ulama) terdahulu.

Begitu juga memahami bahawa pintu ijtihad telah ditutup, akal berlawanan dengan wahyu; menganggap wanita sebagai sarang (perangkap) syaitan; termasuk juga pemahaman bahawa al-Quran harus digantung untuk memelihara diri daripada jin; atau bahawa keberkatan sunah terletak pada pembacaan Sahih Bukhari ketika terjadi kesedihan (musibah); dan memahami masalah wali dan karamah dengan pemahaman yang bertentangan dengan sunnatullah.

Dan masih banyak lagi pemahaman yang lainnya yang berkembang pada masa kejumudan ilmu dan pemikiran, taklid di bidang fikah, perdebatan ilmu kalam, penyimpangan dalam bidang ibadat, diktator politik dan peradaban.

Kedua, pelbagai pemahaman yang menyerang masyarakat Muslimin yang datang bersama dengan serangan penjajah. Ia masuk dari pintunya, berjalan bersama rombongannya, berlindung di belakangnya dan menjadikan mereka (penjajah) sebagai kiblat dan imamnya. Pada hal belum pernah ada perjanjian antara mereka dengan kita (umat Islam), bahkan belum pernah terlintas di benak kita.

Itulah pemikiran-pemikiran yang menyimpang, yang berkaitan dengan agama dan dunia, lelaki dan wanita, keutamaan dan isu remeh-temeh, kebebasan dan kejumudan, kemajuan dan kemunduran, halal dan haram dan sebagainya.

Pemahaman-pemahaman inilah yang mengaburkan batas-batas yang memisahkan antara kebebasan berfikir dengan kebebasan kufur, antara kebenaran dan kefasikan, antara ilmiah dan ilmaniyah (sekularisasi), antara diniah (agama) dan daulah (negara) Islamiah.

Itulah mafaahim (pelbagai pemahaman) berbentuk ghazwul fikri (serangan pemikiran) yang menganggap beriman kepada perkara-perkara ghaib (seksa kubur, balasan akhirat) sebagai keterbelakang, berpegang teguh pada perilaku menurut syariat Allah adalah sikap ekstrem, amar makruf dan nahi munkar dianggap ikut campur dalam urusan orang lain, percampuran laki-laki dan perempuan tanpa batas dianggap sebagai kebebasan, kembalinya wanita Muslimah untuk mengenakan hijab syar’ie (pakaian yang menutup auratnya) dianggap sebagai kemunduran, memanfaatkan warisan (khazanah) Islam dianggap fanatik, menjadikan ulama sebagai ikutan dan panduan dianggap kuno, sementara para da’ie (mubaligh) Barat dianggap sebagai cendekiawan yang menerangi peradaban umat sejagat.

Sehubungan itu, maka menjadi kewajipan kepada para da’ie (pendakwah), para ulama dan para pemikir lslam untuk mendahulukan pemikiran-pemikiran lslam yang sahih dan tulen untuk `menggempur’ pemikiran dan pemahaman Barat yang sempat merasuk pemikiran umat Islam, sama ada yang lama mahupun yang baru.

Kedua-duanya sama saja dalam hal menggambarkan lslam dengan wajah yang tidak sesuai asal-usulnya. Semua pemikiran itu beracun, merosak dan sudah basi atau sebagaimana yang dikatakan oleh Ustaz Malik bin Nabi, sebagai pemikiran yang mati dan mematikan.

Dari satu sudut lain, jika kita melihat permasalahan ini dalam kerangka keadilan, supaya terhindar daripada sikap ekstrem (melampau), maka kita harus mengambil pemahaman yang di tengah-tengah (sederhana).

Kita menolak segala bentuk sikap berlebihan sebagaimana yang dilakukan oleh kelompok-kelompok sekular dan gerakan pembaratan.

Dalam kitab Al Islam Wal `Ilmaniyah, saya telah memaparkan lapan belas pemahaman pokok tentang lslam.

Menerusinya saya ingin membatasi gambaran lslam yang saya dakwahkan, sehingga tidak ada yang mengira bahawa saya berdakwah kepada lslam yang sulit atau tidak jelas atau khayalan sehingga boleh diguna pakai oleh sesiapa pun, sesuai mengikut apa yang mereka inginkan.

Dalam buku itu, saya kemukakan sekumpulan pemikiran lslam yang cemerlang, sederhana dan lurus yang dibuat oleh Ustaz Dr. Ahmad Kamal Abu Majd. Saya sependapat dengan pemikiran beliau secara umum, walaupun saya juga mempunyai pendapat yang berbeza dalam sesetengah huraiannya.

Kitab ini sendiri mengemukakan gambaran tentang masyarakat lslam yang kita cita-citakan dalam kerangka pemahaman `madrasah wusta’ (aliran tengah) yang menyatukan antara akal dan wahyu, antara agama dan dunia, dan mengkompromikan antara muhkamaat syar’ie (kekuatan syariat) dan muqtadhayaatul `ashri (tuntutan zaman).

Termasuk juga menyeimbangkan antara hal-hal yang tetap (tsawaabit) dan yang mengenal perubahan, menggabungkan antara salafiyah dan tajdid (yang lama dan yang baru), serta percaya terhadap keterbukaan tanpa harus `cair’ dan bertolak ansur dengan sebarang bentuk kebatilan.

Berbeza pendapat tetapi usah berpecah

Seorang peserta Seminar Islam, Politik dan Kerajaan di Johor Bahru baru-baru ini membandingkan pendapat yang dikemukakan seorang pembentang kertas kerja dengan perpecahan di kalangan orang Melayu sekarang. Katanya, kalaulah kita orang Melayu menghayati ajaran Islam, tentulah kita tidak berpecah.

Peserta ini seorang ahli politik kecil dari Muar. Menurutnya, dia mengikuti senario politik tanah air, terutama apa yang berlaku di antara orang UMNO dengan orang Pas.

Katanya, “Saya pening memikirkan bilalah orang Melayu dapat mengikuti ajaran yang baik tentang perbezaan pendapat seperti yang pernah berlaku di zaman Rasulullah.”

Peserta ini barangkali tercuit hatinya setelah mendengar pembentang kertas kerja, Timbalan Rektor Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM), Prof. Datuk Dr. Abdullah Mohd. Zain yang bertajuk “Adab-adab Mengendali Perbezaan Pendapat Menurut Islam.” Terlalu banyak iktibar yang diperoleh daripada kertas kerja itu. “Islam begitu mulia untuk sesama umatnya berpecah,” kata peserta itu.

Pandangan Dr. Abdullah itu memang relevan dalam keadaan masyarakat Melayu yang kini berpecah akibat fahaman fanatik politik sempit. Dr. Abdullah sedih kerana ada di kalangan aktivis Islam yang tidak menjaga dan menghargai perbezaan pendapat dan pandangan.

Malah ia menyebarkan benih-benih perpecahan dalam masyarakat. Aktivis seperti ini sentiasa sahaja meniupkan api permusuhan. Perhatiannya sentiasa terfokus kepada titik-titik perbezaan dan perselisihan, bukan kepada titik-titik menguat dan menyempurnakan. Mereka sangat fanatik kepada jemaahnya dan menganggap jemaah lain tidak berada di pihak yang benar.

Mesej daripada pandangan Dr. Abdullah itu jelas, iaitu unsur fanatik yang mengakibatkan perpecahan dan permusuhan itu amat berbahaya, hanya disebabkan pendapat yang berbeza. Oleh yang demikian, apa yang diperlukan seperti yang disebut Dr. Abdullah iaitu satu gerakan Islam yang menganut pelbagai aliran dan mengamalkan manhaj itu memerlukan kesedaran yang mendalam tentang cara terbaik mengendalikan sebarang perbezaan pendapat menurut ajaran Islam.

Mudah dikata tetapi sukar dikota. Inilah keadaannya hari ini. Ada sahaja golongan daripada pelbagai aliran yang melihat tertib mengendalikan perbezaan pendapat itu tidak selari dengan perjuangan mereka. Ada pula golongan yang menjadikan perbezaan pendapat sebagai cara untuk memperluas pengaruh, walaupun akibatnya kita sudah sama-sama maklum. Pendek kata seperti yang dirumuskan oleh seorang peserta lain, perbezaan itulah yang membolehkan golongan fanatik melebarkan sayap pengaruhnya.

Abdullah banyak memberikan contoh-contoh bagaimana perbezaan pendapat itu boleh dianggap sebagai satu rahmat. Abdullah mengutip sabda Rasulullah. Dengan kata lain, ada masa-masanya Islam bersetuju untuk tidak bersetuju. Malah pendapat yang berbeza perlu dihormati. Salah satu contoh terbaik ialah perbezaan pendapat antara Imam Shafie dengan Abu Hanifah tentang amalan qunut ketika solat subuh. Imam Shafie berpendapat bacaan doa qunut hendaklah dilakukan sementara Abu Hanifah pula ia tidak diperlukan. Setelah Imam Shafie berhijrah ke Kufrah, di tempat tinggal Abu Hanifah dan menjadi imam solat subuh, Shafie meninggalkan qunut. Imam Shafie menghormati pendapat Abu Hanifah.

Cuma masalahnya, Imam Shafie dan Abu Hanifah tidak menggunakan agama untuk kepentingan politik. Mereka bukan orang politik, dan tidak mempunyai kepentingan apa sekalipun, kecuali mendekatkan diri dengan Rabul Alamin. Bagi mereka, Islam bukan cara atau alat tetapi Islam merupakan sebahagian daripada kehidupan yang mampu menggerakkan dinamisme masyarakat.

Di kalangan ulama di alam Nusantara, Dr. Abdullah menanggapi pandangan seorang peserta wanita seminar yang terasa terkilan kerana contoh-contoh yang diberikan Abdullah hanya berkisar kepada ulama Arab dan tidak ulama Malaysia. Apakah ada contoh-contoh terbaik yang boleh diangkat dari daerah Melayu sendiri? Dalam hal ini Dr. Abdullah menyatakan kekagumannya dengan pandangan ulama Indonesia, Hamka. Bagi Dr. Abdullah, Hamka merupakan salah seorang ulama besar yang memanfaatkan perbezaan pendapat untuk meningkatkan syiar Islam.

Sebagai contoh Hamka pernah berbeza pendapat tentang siapa yang patut hadir dalam kuliah subuh. Kuliah ini sebenarnya biasa dilakukan oleh umat Islam di Indonesia baik sebelum atau sesudah subuh. Dan ia dilakukan pada hari Ahad (hujung minggu). Hamka mempunyai pandangan bahawa sesiapa sahaja boleh hadir dalam kuliah subuh, walaupun wanita yang berpakaian tidak menutup aurat seperti mini skirt. Hamka melihat kuliah subuh sebagai proses dakwah yang paling efektif. Beliau tidak memaksa. Menurut Hamka paling tidak wanita seumpama itu mendengar apa yang dikuliahkan. Bukankah itu lebih baik daripada memintanya meninggalkan dewan kuliah. Siapa tahu dengan pendengaran bertubi-tubi kali, wanita seumpama itu akan sedikit demi sedikit berubah sikap. Daripada memakai mini skirt, dia akan mula memakai pakaian menutup aurat.

Bagi Dr. Abdullah sikap Hamka itu patut dimiliki oleh pendakwah Islam dan tidak melihat serong terhadap golongan yang masih belum menghayati tertib berpakaian dalam Islam. Selain Hamka, Dr. Abdullah menghormati pandangan dan pemikiran Syed Sheikh al-Hadi yang berdakwah melalui medianya.

Demikianlah, Dr. Abdullah membincangkan tertib mengendalikan perbezaan pendapat. Baginya tidak perlu ada bertegang leher atau permusuhan, hanya kerana pandangan dan pendapat yang berbeza. Ikutilah contoh dan ambillah iktibar daripada perbezaan pendapat di kalangan ulama yang berakhir dengan satu persetujuan bersama seperti sabda Nabi s.a.w bahawa perbezaan pendapat adalah rahmat.

Dalam politik, perpecahan dapat dielakkan sekiranya perbezaan pendapat dikendalikan dengan tertib tanpa memanfaatkan keadaan untuk kepentingan golongan tertentu. Barangkali akan lebih baik jika apa yang dirumuskan oleh Dr. Abdullah dalam kertas kerjanya itu diteliti dan dimanfaatkan. Abdullah menyenaraikan lima adab yang perlu dijaga oleh golongan yang terlibat dalam perbezaan pendapat.

Pertama, perbezaan pendapat jangan sampai membawa perpecahan di kalangan umat Islam. Kedua, perbezaan pendapat jangan sampai meminggirkan hak persaudaraan Islam kerana Islam sangat menekankan kepentingan hak-hak persaudaraan dan perpaduan. Ketiga, umat Islam harus menghormati pendapat yang berbeza. Keempat, janganlah menggunakan pendekatan yang kasar dan keras ketika mengemukakan pendapat yang berbeza. Dan kelima, berikanlah kelonggaran kepada mereka untuk membuat pilihan.

Ertinya, jangan terlalu ketat menghukum sesuatu perkara itu halal atau haram. Perlu ada apa yang diistilahkan oleh Dr. Abdullah sebagai zon kelonggaran dan neutral yang dalam Islam ia sangat luas. Zon ini jangan ditutup rapat ataupun dibuka sempit. Kata Dr. Abdullah, aliran pengetat atau al-tashaddud wa al-azimah sepatutnya mengambil kira keadaan umum majoriti umat Islam seperti kemampuan penghayatan Islam, baru mula berjinak dengan ajaran Islam dan baru memeluk agama Islam.

Jika kelima-lima adab perbezaan pendapat ini diamalkan oleh umat Islam di Malaysia atau di mana sahaja umat Islam berada, maka diyakini satu perubahan sikap yang menyeluruh akan dapat dilakukan. Sehingga dengan demikian perbalahan dan pergaduhan akan digantikan dengan persatuan dan persaudaraan di kalangan umat Islam. Di Malaysia akan muncul satu umat Melayu yang akan bersatu dalam komitmen menyebarkan syiar Islam walaupun mempunyai aliran politik yang berbeza.

Apakah mungkin dapat dihalang aliran politik yang berbeza daripada memutuskan tali silaturahim dan meleraikan ikatan fanatik pengikut-pengikutnya? Apakah umat Islam di negara ini, terutamanya dapat mengambil iktibar daripada pandangan Hassan al-Banna?

Menurut Hassan, beliau berpegang dengan satu pendapat, lalu beliau memohon maaf sebanyaknya bagi mereka yang berbeza dengan beliau dalam perkara cabang.

“Kami sentiasa berpendapat ia bukanlah penghalang kepada perpaduan, kasih sayang dan kerjasama untuk kebaikan… bukankah kita orang Islam dan begitu juga mereka?” ujarnya.

Seminar Islam, Politik dan Kerajaan anjuran kerajaan Johor baru-baru ini yang dihadiri pelbagai lapisan masyarakat seperti orang politik, ekonomi dan pentadbiran merupakan tempat menghening cipta dan introspeksi diri umat Islam sendiri. Setidak-tidaknya soalan Menteri Besar Johor, Datuk Ghani Othman, di mana silapnya umat Islam begitu dihina dan lemah terjawab juga.

Menghindarkan polemik dan perdebatan tentang isu siapa lebih Islamik dapat menghindarkan pelunturan semangat persaudaraan seagama. Dan yang lebih penting kata Ghani, perpaduan ummah adalah berasaskan ukhuwah Islamiah dengan mengetepikan kepentingan peribadi, suku, puak, darjat, perbezaan politik dan sebagainya.

- A.F. Yassin ialah pengkaji sastera dan dunia Melayu.

Krisis satu proses matangkan parti

PENDAPAT - Haris Zalkapli [HarakahDaily]

Mesyuarat khas Jawatankuasa Pusat PAS malam tadi sekali lagi menegaskan usaha ke arah penubuhan kerajaan perpaduan tidak akan berbangkit lagi, selepas kebimbangan terhadap usaha itu ditimbulkan lagi oleh Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam blognya.

Isu yang timbul tidak lama selepas pilihan raya tahun 2008 itu membawa PAS kepada satu cabaran getir yang menyaksikan debat dalam kalangan pemimpin-pemimpin PAS secara terbuka.

Hari ini, selepas lebih setahun pilihan raya yang menyaksikan kemenangan besar PAS dan parti-parti Pakatan Rakyat, pengalaman demokrasi yang dilalui sepatutnya telah mematangkan setiap parti terbabit.

Debat berhubung proses politik negara kita adalah satu keperluan untuk parti-parti Pakatan Rakyat menilai dan memahami realiti dan keperluan negara ini, dengan setiap parti memahami sumbangan satu sama lain.

Dalam kes PAS, apa yang telah dilalui sejak Mac 2008 lalu sepatutnya membawa iktibar kepada parti, terutama berkaitan pentingnya parti mempunyai prinsip dan haluan yang jelas dalam meneruskan penyertaan dalam proses politik negara.

Selepas dua muktamar berlalu selepas pilihan raya 2008, PAS telah menetapkan pendirian untuk bersama pakatan politik PR dan mengukuhkan pakatan ini sebagai imbangan kepada pakatan Barisan Nasional yang secara tidak adil membolot peratus kerusi yang lebih besar.

Sebagai satu wadah politik dalam satu proses politik yang lebih besar, PR tidak terus wujud dan sempurna sebagai satu pakatan, seperti juga BN yang mengalami turun naik sebagai satu perkongsian politik yang melibatkan permainan kuasa dan tawar-menawar yang berterusan.

Dalam sejarah terkini, parti-parti pembangkang di negara kita bersatu dalam dua gabungan yang kemudiannya berpecah, sebelum wujud dalam bentuk terbaharu sebagai PR.

Secara mudahnya, PR ialah satu proses dan bukan satu matlamat. Kerana itu, debat untuk mengukuhkannya lagi hendaklah diteruskan, tanpa melihat kritikan yang adil sebagai tindakan khianat.

Matlamatnya masih jauh untuk dicapai, dan pasti tidak akan dapat dicapai dengan mudah dan tanpa usaha dan perancangan yang sepatutnya.

Atas sebab inilah PAS perlu mematangkan dirinya dengan politik semasa yang semakin kompleks dan memastikan mandat yang diamanahkan kepada PAS dapat menjadi satu bahagian penting dalam agenda PR.

Kerana inilah juga, PR perlu meletakkan kepentingan rakyat - yang digunakan pada namanya - sebagai sesuatu yang diutamakan dan bukan sekadar simbol dalam pemasaran politik.

Dalam satu aliansi politik, tidak ada ketetapan yang sedia ada melainkan semuanya dirunding berdasarkan proses biasa rundingan dan tawar-menawar politik, dengan setiap pihak tidak mendapat semua yang dikehendaki kerana perlu ada yang dikorbankan demi matlamat yang ingin dicapai melalui aliansi itu.

PAS sebagai parti yang sudah lama terlibat dalam proses politik negara ini perlu bertindak matang dan tidak membenarkan apa yang berlaku baru-baru ini membawa kepada pergeseran yang merugikan parti, ketika sejumlah besar rakyat meletakkan harapan pada parti ini.

Pertemuan yang bakal diadakan awal November nanti perlulah menjadi satu lagi proses debat dalaman yang sihat bagi PAS, yang mematangkan lagi parti ini sebagai salah satu pemain politik yang penting di negara kita.

Penggunaan pertemuan itu nanti untuk manuver politik kelompok hendaklah dielakkan. Tidak perlu lagi dakwaan dan label seperti pro-Umno dan menyokong kerajaan perpaduan - yang sering dikemukakan dengan konotasi negatif semata-mata - yang telah beberapa kali dinafikan dan tidak pernah terbukti.

PAS dan ahli-ahlinya - yang termasuk wakil-wakil yang dipilih rakyat - perlu bertanggungjawab dengan mandat yang telah diberikan oleh rakyat, ahli-ahli parti dan menyedari juga kedudukan PAS sebagai sebuah gerakan Islam.

Mengenal Dajjal akhir zaman

SOALAN: Saya kerap mendengar ceramah agama yang membicarakan alamat-alamat kiamat termasuk kemunculan Dajjal pada akhir zaman. Soalan saya ialah siapa Dajjal yang dikatakan itu? Bilakah kiamat akan berlaku. Bagaimana sifat-sifat Dajjal yang sebenar dan apa peranannya setelah dia muncul nanti dan adakah Dajjal itu menjadi sebahagian daripada akidah umat Islam yang wajib dipercayai.

– KHAIRI, Kota Bharu, Kelantan.

Jawapan: Tarikh tepat kejadian hari kiamat tidak dapat ditentukan oleh sesiapa kerana ia termasuk dalam `ilm al-ghaib yang tersembunyi daripada manusia. Tiada siapa mampu mengusahakan ilmu ini, sekalipun dia seorang nabi atau rasul utusan Allah.

Namun tiada siapa pula yang menafikan bahawa kiamat hampir tiba waktunya. Baginda Rasulullah s.a.w. dalam hadis riwayat Jabir menyatakan: Jarak antara kiamat dan kebangkitanku, seperti antara jari telunjuk dan jari hantu. Maksudnya dekat dan tidak dipisahkan dengan kebangkitan mana-mana nabi lagi. (Hadis riwayat Bukhari dalam kitab al-Tafsir 8/530 Muslim dalam kitab al-Fitan, bilangan 2950).

Antara tanda-tanda besar kiamat ialah terbitnya matahari waktu pagi dari arah barat, munculnya Ya’juj dan Ma’juj, turun Nabi Isa a.s., keluar haiwan ganjil dari perut bumi, muncul Dajjal dan lain-lain. Kemunculan Dajjal dianggap antara tiga manusia yang ditunggu-tunggu sebelum kejadian kiamat, di samping Nabi Isa dan Imam Mahdi.

Kemunculan Imam Mahdi dan Dajjal perlu diteliti dengan tenang kerana sekian ramai individu yang mengaku dirinya Mahdi, bahkan tidak kurang juga individu yang didakwa sebagai Dajjal, kerana tabiatnya yang suka berdusta dan menipu.

Banyak hadis membicarakan kemunculan Dajjal sebagai salah satu antara tanda-tanda kiamat. Ada hadis yang disifatkan sebagai sahih dan ada yang tidak sahih, tetapi keseluruhannya boleh disimpulkan bahawa Dajjal bukan sesuatu yang dongeng atau tidak berasas. Kewujudan riwayat berhubung Dajjal daripada pelbagai sumber menunjukkan ia adalah suatu hakikat, bukan cerita dongeng.

Hadis yang paling sahih tentang kemunculan Dajjal ialah hadis riwayat Muslim yang menyatakan bahawa Nabi s.a.w. selalu memohon doa agar Allah melindunginya daripada fitnah Dajjal. Doa dalam bahasa Arab itu membawa maksud: Ya Allah! Aku berlindung kepadamu dari azab neraka jahanam, aku mohon berlindung kepadamu dari azab kubur, aku mohon berlindung kepadamu dari ujian hidup dan mati dan aku mohon berlindung kepadamu dari fitnah Dajjal.

Berpandukan riwayat ini, Ibn Hazm al-Zahiri memutuskan, doa di atas wajib dibaca selepas membaca tasyahhud akhir. Sesiapa yang tidak membaca, maka tidak sah solatnya (al-Muhalla 3/277). Ini bermakna, sesiapa yang tidak membaca doa ini dalam tasyahhudnya, nescaya batal solatnya.

Tawwus Ibn Kaisan, seorang ulama khas terkemuka, menyuruh anaknya mengulangi solat apabila didapati anaknya tidak membaca doa itu. Justeru pentingnya doa agar dilindungi kita daripada fitnah Dajjal, maka seorang ulama besar, Abdul Rahman al-Muharibi menyarankan agar guru-guru kelas tadika mengajar doa itu kepada murid-murid mereka.

Al-Safarini juga menyatakan, orang berilmu perlu mengajar doa ini kepada anak-anak, isteri dan keluarganya, bahkan kaum lelaki juga hendaklah membaca, kerana akhir-akhir ini ramai Dajjal yang suka menipu dan menyebarkan fitnah. Tetapi siapakah Dajjal itu?

Tiada kata putus menyatakan Dajjal itu siapa. Mungkinkah ia makhluk jin atau manusia, atau bukan jin dan bukan manusia? Saya perturunkan di sini beberapa riwayat dan pendapat yang menyatakan individu itu. Antaranya:

1. Dajjal ialah syaitan dari keturunan iblis. Ia kini dipenjarakan di sebuah pulau di negeri Yemen. Tidak diketahui siapakah memenjarakannya, mungkin Nabi Sulaiman atau lain-lain nabi pada suatu ketika dahulu.

Diriwayatkan, mata rantai yang mengikat Dajjal ini terputus satu mata pada setiap tahun. Apabila tiba waktu kemunculannya, semua mata rantai itupun terungkai dan tidak dapat disambung lagi. Sumber-sumber lain pula menyatakan, Dajjal adalah anak kacukan yang dilahirkan daripada ibunya jin dan bapanya manusia.

Sebagai kesimpulan, Dajjal ialah syaitan yang akan lahir pada akhir zaman. Syaitan Dajjal ini mungkin keturunan jin atau manusia, bahkan mungkin makhluk kacukan antara jin dan manusia. Pada suatu hari nanti, ia akan dibebaskan daripada penjara dan tiba-tiba muncul di kalangan manusia.

Pendapat ini diperkukuhkan juga dengan suatu peristiwa yang berlaku kepada Tamim Ibn Aus al-Dari yang menceritakan tentang peristiwa al-Masih al-Dajjal, katanya:

Pada suatu hari, aku menaiki sebuah sampan bersama 30 orang penumpang lelaki dari suku Lakham dan Juzam, tiba-tiba kami dipukul ribut, lalu hanyut dan memaksa kami mendarat di sebuah pulau pada waktu matahari hampir terbenam. Kami menemui suatu lembaga berbulu tebal sehingga tidak dapat dibezakan antara kemaluan hadapan dan belakangnya. Kami bertanya kepada lembaga itu: Siapa kamu? Jawabnya: saya ialah al-Jassasah.

Kami kebingungan dengan jawapan itu, lalu kami bertanya lagi: Siapa al-Jassasah itu? jawabnya: Jika kamu semua ingin tahu ceritanya, pergilah berjumpa seorang lelaki yang tinggal di sebuah pondok kecil di pulau ini. Lalu kami dengan segera menemui lelaki itu, kami dapati ia seorang manusia yang besar badannya, tangannya sedang dipasung ke lehernya. Pengulas-pengulas hadis menyatakan, kemungkinan lelaki ini ialah Dajjal yang dikatakan sedang dipenjara di sebuah pulau di Yemen.

Saya berpendapat, setakat ini belum kedengaran penjara ini ditemui manusia, walaupun pulau-pulau yang ada hari ini telahpun diterokai manusia dan dijadikan pusat-pusat peranginan bagi pelancong luar dan dalam negara. Kiranya benar wujud lelaki yang dipenjara itu, nescaya pasti ada orang yang mengetahuinya.

2. Ada pula riwayat menyatakan Dajjal itu ialah Saf Ibn Sayyad. Beliau dilahirkan di Madinah pada zaman awal Islam, ibu dan bapanya keturunan Yahudi. Beliau memiliki sifat-sifat yang disebut dalam hadis iaitu sebelah matanya buta, pendusta dan tertulis perkataan kafir di antara dua matanya.

Hadis riwayat Muslim menyatakan, pada suatu hari nabi bersama-sama Umar Ibn al-Khattab berjalan-jalan di pinggir Madinah, tiba-tiba mereka ternampak seorang budak remaja sedang bermain dengan kanak-kanak dalam sebuah bangunan kepunyaan Bani Maghalah. Kedatangan Rasulullah tidak disedari oleh budak itu hingga baginda menepuk belakangnya dan bertanya: Setujukah kamu mempercayai aku ialah Rasulullah. Jawabnya: Aku setuju menyaksi bahawa kamu rasul orang ummi (buta huruf), ia kemudian bertanya nabi: Kamu pula bagaimana: Setujukah mempercayai aku sebagai Rasulullah? Lalu nabi menolak pertanyaannya sambil bersabda: Aku beriman kepada Allah dan rasul-Nya.

Kalangan sahabat Rasulullah s.a.w. ramai yang menyatakan Ibn Sayyad yang ditemui nabi itu ialah Dajjal besar. Antara mereka ialah Umar Ibn al-Khattab, Abdullah Ibn Umar, Ibn Mas’ud dan lain-lain.

Jika benar Saf Ibn Sayyad itu Dajjal agung yang bakal muncul pada akhir zaman atau sebelum kiamat, maka kemungkinan ia juga jin kerana Ibn Sayyad dilahirkan pada zaman awal Islam dan akan muncul pada akhir zaman. Umur sepanjang itu biasa wujud pada makhluk jin, tidak pada manusia.

3. Beberapa tahun yang lalu, saya pernah membaca sebuah buku tulisan Ustaz Amaluddin Darus. Beliau adalah seorang aktivis politik Islam dalam tahun 60-an. Beliau berpendapat Dajjal ialah kuasa-kuasa besar dunia, iaitu Rusia dan Amerika pada waktu itu. Tetapi sayang buku itu hilang daripada simpanan perpustakaan peribadi saya untuk dibaca semula hujah dan alasan yang diberinya.

Saya sangat berbahagia jika ada pembaca yang memiliki buku itu sudi mengirimkan kepada saya satu naskhah atau salinan fotostat untuk dikaji semula pemikiran yang bernilai emas itu. Perkongsian pembaca untuk mendapatkan buku itu amat dihargai.

Sesungguhnya pendapat Ustaz Amaluddin itu ada kebenaran dan nilai ilmiahnya, bahkan wajar dikutip penyelidik untuk dikaji semula. Saya berpendapat, jika Amaluddin berpendapat begitu, maka pemikiran beliau dapat diperkukuhkan lagi dengan alasan-alasan berikut:

Pertama: Dajjal yang dimaksudkan itu bukan individu tertentu, sama ada jin atau manusia atau makhluk kacukan antara jin dan manusia. Dajjal pemusnah manusia dalam bentuk kuasa ketenteraan atau disebut juga keganasan. Tetapi istilah keganasan ini telah dikelirukan oleh Dajjal sendiri, apabila pengganas menamakan orang lain sebagai pengganas bagi tujuan menyembunyikan dirinya yang merupakan pengganas sebenar.

Kedua: Alamat Dajjal disebutkan dalam hadis sebagai buta sebelah mata. Maksudnya tidak dapat menilai sesuatu dengan adil dan saksama. Memangpun kuasa-kuasa besar di dunia hari ini disifatkan sebagai buta atau sengaja membutakan sebelah matanya, iaitu apabila mereka tidak dapat melihat dengan adil isu-isu Palestin, Kashmir dan lain-lain. Mereka mempunyai kayu pengukur yang berbagai-bagai apabila bercakap tentang hak-hak manusia. Mereka menindas sesiapa juga yang mereka benci dan membela sesiapa yang mereka suka. Sifat ini lebih sesuai dengan orang yang hanya mampu melihat dengan sebelah mata.

Ketiga: Makna yang diketengahkan oleh Ustaz Amaluddin itu lebih merupakan makna majazi (simbolik) bukan hakiki. Penggunaan makna secara simbolik tidak menyalahi kaedah bahasa, kerana makna hakiki yang diketengahkan itupun masih jauh dan banyak yang diperselisihkan. Ini sama juga dengan istilah Nabi Khidir yang dikatakan wali dan masih hidup hingga kini. Apakah Khidir itu individu tertentu atau ia merupakan simbol bagi martabat wali yang silih berganti? Kedua-duanya ada dalil dan ada hujah masing-masing.

PARTI ISLAM AKAN MENANG, APABILA ISLAM MENANG

Kefahamanku tentang kewujudan parti Islam adalah bertujuan untuk memenangkan islam. Apabila islam menang, maka itulah tujuan keberadaan parti Islam. Jika Islam boleh menang tanpa wujud parti Islam, maka tidak perlu ditubuhkan parti Islam.

Jika dibaca pada Hadis Huzaifah yang Nabi SAW menyuruh beriltizam dengan jemaah islam ; ia tidak bersifat mutlak, sebaliknya ia bersifat muqayyad, iaitu dikala berlakunya fitnah. Bermakna, tanpa wujudnya fitnah, maka tidak perlu beriltizam dengan jemaah islam.

Apabila disebut Islam, sudah pasti kelihatan keadilan, kesaksamaan, kebajikan, kasih sayang dan sebagainya. Kezaliman, penindasan, penyelewengan dan sebagainya merupakan fitnah, yang ia sangat-sangat ditentang oleh islam.

Keadilan Islam, tidak difokuskan atas nama bangsa, juga atas nama agama. Waima berbeda agama, hak keadilan tetap diberikan. Begitujuga, penyelewengan yang berlaku, sudah pasti tidak akan ‘diberi muka’ oleh Islam, waima dilakukan oleh golongan agamawan.

Apa yang penting difahami, islam adalah matlamat. Adapun parti islam, ia sekadar wadah, atau bekas dalam membawa atau memimpin manusia kepada Islam. parti tidak perlu diperjuangkan, tetapi islam perlu dijadikan asas perjuangan. Parti tidak perlu dijaga, tetapi Islam adalah asas yang perlu dijaga.

Justeru, kewujudan parti islam adalah untuk menyerang fitnah, seperti penyelewengan, kezaliman, ketidak-adilan, rasuah dan sebagainya. pemimpin-pemimpin sesuatu gerakan islam – parti islam adalah pemimpin yang akan berusaha untuk menghapuskan segala fitnah-fitnah yang menimpa ini.

Pada hari ini, ramai manusia bercakap ‘mahu menjaga parti’, tetapi mereka tidak bertindak untuk menjaga Islam. Penyelewengan yang merupakan perkara yang diharamkan oleh islam; apabila dilakukan oleh seseorang pimpinan politik, ia seakan-akan dibenarkan, dan wajib dipertahankan atas nama ‘jaga parti’.

Ekoran itu, apabila wujud sebarang kesalahan yang dilakukan oleh seseorang pemimpin politik, pasti akan wujud manusia yang mempertahankannya atas nama ‘jaga parti’, waima tindakan pimpinan politik tersebut kadang-kala bercanggah dengan kehendak syariah secara qatii.

Jika keadaan ini berlaku, sudah pasti maqasid sebalik penubuhan parti Islam yang dikehendaki oleh Allah adalah amat bercanggah, seterusnya tersasar dari apa yang disabdakan oleh Nabi SAW.

KARL MARX

Jika dibaca sejarah karl Marx, kita akan dapati bagaimana golongan paderi Kristian pada zamannya menjadikan agama sebagai cara untuk mendapat kekayaan.

Di zaman itu, agama seperti barang dagangan, ataupun modal yang paling penting dalam mengaut keuntungan. Golongan paderi sanggup menggunakan hujjah-hujjah agama, dalam mengaut keuntungan dan kekayaan bagi dirinya sendiri.

Apabila sampai satu tahap yang meruncing; iaitu sehingga ada dari kalangan paderi yang sanggup menindas dan melakukan penyelewengan atas nama agama, menyebabkan lahirnya golongan penentang. Penentangan demi penetangan dilakukan, sehingga para paderi ketika itu sanggup melebelkan ‘kufur’ kepada penentang.

Keadaan ini berlaku dihadapan mata Karl Marx, menyebabkan beliau telah mengeluarkan satu pepatah yang menjadi kontroversi di seluruh dunia, iaitu katanya, ‘agama adalan candu’.

Jika difikirkan balik, mungkin karl Marx tidak akan mengungkapkan pepatah sedemikian, sekiranya beliau berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW. Mungkin juga, beliau tidak akan mengatakan sedemikian, jika beliau membaca konsep keadilan yang wujud di dalam islam.

JANGAN CANDUKAN WALA

Jika karl Marx melihat paderi-paderi Kristian di zaman beliau, menggunakan agama sebagai cara untuk mengaut keuntungan, menindas golongan rendah dan sebagainya, menyebabkan beliau menyebut ‘agama adalah candu’. Makanya, Tidak hairan, akan wujud pepatah ‘wala adalah candu’, dikala wujud sebilangan pimpinan PAS yang menggunakan perkataan wala untuk mempertahankan kesalahan mereka.

Kebelakangan ini, kita dapat melihat bagaimana istilah wala’ dijadikan mainan mulut bagi sebilangan pimpinan PAS yang mahu mempertahankan sesuatu tindakan mereka yang salah. Waima mereka menipu, lalu ditentang oleh sebilangan ahli, ataupun rakyat, pasti istilah wala’ akan kedengaran.

Dalam islam, Wala’ bermakna taat setia yang diberikan kepada seseorang pemimpin disertai wujud kesiqahan dan kasih sayang. Tanpa kasih sayang dan kesiqahan, wala’ tidak akan berlaku. Perkara ini amat terperinci dikupas oleh Imam Al-Fakhr Ar-Razi dalam Kitab At-Tafsir Al-Kabir.

Kewujudan wala’ apabila wujudnya siqah. Tanpa siqah, wala’ tidak akan berlaku. Seseorang pemimpin yang mempunyai kesiqahan, baru diberikan wala’. Justeru, seseorang pemimpin yang mahu diberikan wala’, hendaklah menjaga siqah.

Menipu merupakan antara punca seseorang pemimpin hilang kesiqahan. Apabila keadaan ini berlaku, tidak hairan akan hilang wala’ terhadap pemimpin tersebut. Lebih-lebih lagi, menipu yang dilakukan demi menjaga keuntungan diri.

Seseorang arahan yang bercanggah dengan kehendak Islam, tidak perlu diberikan wala’, lebih-lebih lagi, apabila ia akan melahirkan mudharat pada Islam, ataupun terhadap dakwah islamiyyah.

Dalam hadis Bukhari ada menukilkan hadis, bahawa Nabi SAW pernah mengakui kebenaran tindakan para tentera yang tidak memberi wala’ kepada panglima perang yang dilantik oleh Nabi SAW sendiri. Ini kerana, panglima perang tersebut telah mengarahkan agar para tenteranya terjun dalam parit yang dinyalakan api.

Dari ini, amat nyata bahawa wala’ yang hendak diberikan kepada seseorang pemimpin bukan bersifat mutlak. Ia perlu diperhatikan terlebih dahulu, apakah memberi keuntungan kepada Islam dan dakwah, ataupun merugikannya. Jika terbukti menghasilkan kerugian, maka tidak perlu wala’ diberikan kepada pemimpin terbabit.

Justeru, apa yang dapat dipelajari, wala’ yang bersifat mutlak hanya terhadap Allah dan Nabi Muhammad SAW. Adapun selainnya, ia tidak bersifat mutlak, bahkan hendaklah diperhatikan terlebih dahulu sebelum wala’ diberikan.

Sebagai pemimpin, jangan candukan wala’. Sebelum istilah wala’ ingin ditekankan kepada ahli dan rakyat, hendaklah membina kesiqahan diri terlebih dahulu. Sebarang tindakan yang meragukan ahli, ataupun rakyat, hendaklah dihindari terlebih dahulu, kerana semua ini adalah tindakan-tindakan yang boleh mencarik kesiqahan yang seterusnya wala’ tidak akan terhasil.

Sekian

p/s : mengapa sebilangan pimpinan PAS tertentu takut sangat dengan rakaman ucapan tertutup mereka sampai ke tangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz? Yang peliknya, apabila rakaman itu sampai ke tangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, orang yang memberi rakaman itu dituduh sebagai tidak wala’. Persoalannya, apa yang mereka faham tentang wala? Ataupun, wala’ yang mereka canang itu adalah sama seperti wala’ yang dilakukan oleh paderi-paderi di zaman karl Marx dahulu? .... nampaknya, orang yang memberi rakaman kepada tok guru Nik Abdul Aziz pun dituduh tidak wala'. Makanya, sebarang penyelewengan pimpinan tertentu, jangan diberikan kepada mana-mana pemimpin tertinggi, sebaliknya tunggu sehingga diminta. mungkin itu sifir yang mereka pakai?

Wallahu ’Alam


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com

Kenikmatan orang yang mati syahid

Hadis
Oleh FARIDAH MOHAMED SANI
Dialog yang tertera di atas adalah antara Allah s.w.t. dengan hamba-Nya, Abu Jabir yang telah mati syahid dalam peperangan Uhud. Abdullah bin Amr bin Haram, atau lebih terkenal dengan panggilan Abu Jabir, pernah menyertai Rasulullah s.a.w. dalam peperangan Badar dan Uhud.

Beliau merupakan salah seorang sahabat daripada kaum Anshar, yang menyerahkan seluruh jiwa raga, harta benda dan keluarganya kepada Allah s.w.t. Anaknya yang bernama Jabir bin Abdullah juga termasuk salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w.

Ketika dalam peperangan Uhud, sebelum kaum Muslimin berangkat ke medan pertempuran, Abu Jabir mendapat firasat bahawa dia tidak akan kembali lagi dari medan perang. Dengan hati gembira dan senang, dia membayangkan kematiannya sebagai seorang syahid yang pertama di antara kaum Muslimin dalam peperangan tersebut.

Dalam peperangan Uhud ini, pada mulanya kaum Muslimin mendapat kemenangan yang diharapkan, tetapi tiba-tiba pasukan pemanah yang telah diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. supaya tetap berada di tempat masing-masing, mengingkari perintah baginda dengan meninggalkan kubu pertahanan di atas bukit, kerana berebut mengumpulkan harta rampasan yang ada.

Melihat peristiwa ini, pihak musuh yang telah mengalami kekalahan, dengan segera mengumpulkan sisa-sisa kekuatan mereka untuk menyerang kembali kaum Muslimin yang sedang sibuk mengumpulkan harta rampasan, dari sebelah belakang.

Dalam pertempuran dahsyat yang akhirnya mengakibatkan kekalahan pada kaum Muslimin, Abu Jabir bertempur dengan sekuat tenaga dan seluruh kemampuannya untuk mempertahankan agama Allah yang suci.

Sebaik sahaja peperangan tamat, kaum Muslimin pun bersurai untuk mencari saudara-saudara mereka yang gugur sebagai syuhada. Jabir bin Abdullah, akhirnya menemui mayat ayahnya yang telah dicincang oleh kaum musyrikin. Peperangan Uhud merupakan peperangan yang terakhir bagi Abu Jabir, yang selama ini bercita-cita untuk menjadi seorang Muslim yang syahid.

Setelah lama Abu Jabir meninggal dunia. Rasulullah s.a.w. menceritakan kepada Jabir suatu peristiwa penting yang menggambarkan tentang keinginan dan harapan ayahnya yang paling besar, iaitu mati syahid, dan khabar gembira mengenai ayahnya yang telah dapat bercakap-cakap secara langsung dengan Tuhannya.

Baginda s.a.w., bersabda: “Wahai Jabir, Allah hanya berfirman kepada seseorang dari balik tabir. Belum pernah Dia berfirman secara langsung, kecuali dengan ayahmu, Abu Jabir.” Selanjutnya Nabi s.a.w. pun menceritakan perbualan antara Abu Jabir dengan Allah s.w.t. sebagaimana yang telah dicatatkan di atas.

Dalam tanya jawab tersebut, Allah s.w.t. menyuruh Abu Jabir memohon sesuatu yang diidam-idamkannya kepada Allah. Tetapi dia hanya meminta supaya dihidupkan kembali ke dunia, dengan harapan agar dia dapat mengalami syahid buat kali kedua. Permohonan ini dibuat oleh Abu Jabir, setelah dia merasakan dan melihat balasan serta nikmat yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. kepada para syuhada.

Namun Allah s.w.t. telah menetapkan ketentuan-Nya, iaitu setiap makhluk yang telah meninggal dunia tidak akan dihidupkan kembali. Oleh kerana itu Abu Jabir memohon kepada-Nya supaya memberitahu orang-orang yang masih hidup tentang kenikmatan orang yang syahid.

Dalam riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan Al-Hakim, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah menjadikan roh-roh saudaramu yang gugur dalam peperangan Uhud sebagai burung-burung hijau yang mengunjungi sungai-sungai di syurga dan memakan buah-buahan yang ada di dalamnya.

“Mereka terbang bebas sehingga menghampiri lampu-lampu yang bergantungan di bawah naungan `Arsy.” Menurut Ibnu Majah, setelah Abu Jabir meminta kepada Allah s.w.t. supaya menyampaikan khabar tentang nikmat yang telah diterimanya, maka Allah s.w.t. pun menurunkan ayat 169 daripada surah Ali Imran untuk memenuhi permohonannya itu. “Janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki.”

Selanjutnya Allah s.w.t. menggambarkan para syuhada di syurga: “Mereka dalam keadaan gembira disebabkan kurnia Allah yang diberikan-Nya kepada mereka, dan mereka bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka, bahawa tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” (Ali Imran: 170).

Untuk menggambarkan lagi nikmat orang yang mati syahid Nabi s.a.w. bersabda: “Tidak ada seorang pun yang ingin kembali ke dunia setelah dimasukkan ke dalam syurga, walaupun dia mempunyai kekayaan yang paling banyak di dunia kecuali orang yang mati syahid. Dia ingin kembali lagi ke dunia supaya terbunuh lagi dalam perang fi sabilillah sebanyak sepuluh kali kerana dia telah melihat kehormatan dan kemuliaan yang diberikan kepada orang-orang yang mati syahid.” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).

Iklan Berhenti Merokok Terbaik



First time saya tengok iklan ni masa half time break Manchester United vs Arsenal sabtu hari tu. Huhu mesej yang nak diberitahu kepada perokok-perokok tegar memang sangat tepat dan padat tapi aku rasa iklan ni tidak cukup memberi kesedaran kepada mereka. Lepas je iklan ni habis hari tu, terus beberapa pengunjung yang datang bakar rokok depan-depan sebagai tanda protes dan ramai yang menyokong dengan bersorak kegembiraan.

Apa-apa pun setujukah anda jika iklan ni diangkat sebagai iklan yang terbaik untuk tahun 2009? Walaupun aku tau ramai yang takkan insaf dengan iklan ini melainkan perkara tersebut benar-benar terkena kat batang hidung sendiri.

Jangan Berkelahi Secara Terbuka. Nanti Malu Kita

Kira-kira 50 anggota Pemuda Gerakan berdemonstrasi membantah kenyataan ahli parlimen BN Seri Gading Datuk Mohamad Aziz yang meminta presiden parti itu Tan sri Koh Tsu Koon berundur daripada kabinet atas alasan gagal menunjukkan prestasi yang baik.

Diketuai timbalannya, Oh Teong Keong, mereka berkumpul di lobi bangunan PGRM di Cheras - tempat Gerakan mengadakan persidangan tahunannya.

Mereka turut membawa beberapa sepanduk dan kain rentang, selain melaungkan jeritan anti-Mohamad.

Kumpulan itu menuntut BN supaya mengambil tindakan tegas terhadap Mohamad kerana didakwa membuat kekacauaan dalam parti sendiri.

Ditemui media selepas demonstrasi itu, Oh berkata, dewan tertinggi BN patut mengambil tindakan tegas terhadap wakil rakyat Umno itu.

“Umno dan Gerakan sama-sama parti komponen dalam BN. Mohamad tidak patut mengguris perasaan rakan sendiri.

“Kami harap dewan tertinggi BN dalam mengambil tindakan terhadap beliau,” katanya.

Sementara itu, bercakap dalam sidang media selepas merasmikan persidangan tahunan sayap Gerakan itu, timbalan presiden parti itu, Datuk Chang Ko Youn meminta ahli parti itu supaya tidak terlalu memikirkan kenyataan Mohamad kerana banyak lagi isu lain yang perlu ditangani.

Bercakap dalam sesi yang sama, ketua wanitanya, Datuk Tan Lian Hoe pula mengingatkan supaya semua ahli dalam komponen BN tidak mewujudkan persengketaan terbuka sesama parti dalam BN.

“Apa terjadi dalam parti komponen BN akan jejaskan parti lain. Sebagai keluarga besar, tindak-tanduk harus dijaja. Jangan berkelahi secara terbuka,” katanya


nak sorok telur busuk yang akan pecah!

Siasat Laporan Ketua Audit Negara: Siapa Didahulukan?

Kerajaan telah menubuhkan pasukan petugas peringkat tinggi, diketuai Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan, untuk menyiasat laporan Ketua Audit Negara 2008 dan mengambil tindakan yang sesuai terhadap mereka yang bertanggungjawab bagi penyelewengan kewangan dan salah guna kuasa yang disebut dalam laporan itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata penubuhan pasukan petugas itu diluluskan oleh kabinet, yang bermesyuarat hari ini, dan selaras dengan usaha kerajaan untuk merealisasikan budaya prestasi tinggi dalam perkhidmatan awam.

“Kabinet memandang serius laporan itu dan telah memutuskan sebuah pasukan petugas ditubuhkan untuk menyiasat penyelewengan kewangan yang disebut dalam laporan itu.

“Jawatankuasa bukan sahaja akan menyiasat penyalahgunaan kuasa dan mengambil tindakan terhadap mereka yang didapati terlibat dalam penyelewengan kewangan itu tetapi juga mengambil tindakan pentadbiran terhadap mereka yang didapati bersalah tetapi tidak boleh didakwa di mahkamah atas pelbagai sebab,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya.

Pasukan petugas itu akan turut dianggotai Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Tan Sri Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam dan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang sendiri.

Mereka malahan diberikan kuasa untuk meminta bantuan daripada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia jika perlu berbuat demikian, katanya.

“Saya mahu tekankan di sini bahawa kami bukan berniat untuk mencari kesalahan sesiapa, tetapi kami hanya mahu memastikan mereka yang melakukan kesalahan tidak terlepas. (Malaysiakini)

Siapa bilang kerajaan BN tidak prihatin dan tidak mengutamakan rakyat? Balik rumah, masak air dan cuci muka dengan air suam agar mata terang sedikit.

Kerajaan kita satu-satunya kerajaan paling prihatin di dunia. Mana ada kerajaan di dunia yang memberi bantuan berjuta-juta ringgit kepada puak yang menentangnya dalam pilihan raya, melainkan kerajaan kita. Berapa juta peruntukan kepada masyarakat India sebagai balasan kerana tidak mengundi BN dalam PRU Ke-12 dan kacau bilau oleh Hindraf? Penyokong setia kerajaan melopong.

Berapa banyak yang diterima YB pembangkang sehingga menyebabkan hati mereka lembut dan akhirnya menjadi katak? Berapa banyak duit dihulur kepada ahli parti pembangkang sehingga mereka sudi menayang muka di TV kerana keluar parti? Inilah buktinya kerajaan BN kita prihatin dan membantu tanpa mengira batasan politik.

Menubuhkan Jawatankuasa Khas satu lagi bukti keprihatinan kerajaan kita. Pasukan polis dan SPRM tidak cukup cekap menyiasat sesuatu penyelewengan. Hanya Jawatankuasa Khas yang cekap. Lagipun polis PDRM dan SPRM seperti terdapat calar di wajah. Rakyat kurang yakin dengan mereka. Jawatankuasa Khas masih diyakini rakyat kerana rakyat masih belum kenal benda apa Jawatankuasa Khas itu. Maklumlah namanya bertukar-tukar mengikut kes.

Setiap kali ada terjadi sesuatu yang tidak kena – jambatan putus, stadium runtuh, masjid bocor, jejambat retak, makmal sekolah tumbang, BN hilang sokongan dan sebagainya mesti ada “Jawatankuasa Khas” yang ditubuhkan kerajaan untuk mengorek-gorek dan mencungkil-cungkil punca kejadian. Ini adalah bukti bahawa kerajan kita prihatin.

Laporan yang dikemukakan juga lazimnya “laporan khas” yang wajib mendapat kelulusan pihak atasan dahulu sebelum disumbat ke telinga rakyat.

Kata rakyat didahulukan, tetapi kenapa mesti lapor kepada pemimpin terlebih dahulu, sebelum lapor kepada rakyat? Bukankah ini dinamakan pemimpin didahulukan?

Yang terbaru, kerajaan menubuhkan “jawatankuasa khas” bagi menyiasat laporan Ketua Audit Negara 2008. Jawatankuasa Khas ini akan melakukan siasatan khas, laporan khas kepada menteri, pengumuman khas kepada rakyat, tangkapan khas, dakwaan khas dan hukuman khas. Semuanya khas. Siapa yang tidak tahu maksud khas, sila hubungi Awang Sariyan, pakar bahasa kita.

Jawatankuasa Khas ini telah banyak ditubuhkan. Akan tetapi hasil siasatannya tidak pernah memuaskan hati rakyat. Al maklum sahajalah kerana kerajaan BN juga mahu menjaga reputasi dan nama baiknya.

Sekarang Mat Bangla yang bekerja di pam minyak “termahal di dunia” mula resah. Jurujual komputer “termahal di dunia” juga mula kencing dalam seluar. Mereka akan jadi sasaran siasatan. Silap-silap mereka yang bakal didakwa kerana menjual minyak dan komputer dengan harga yang tidak masuk akal. Harga begini dianggap harga membodohkan rakyat. Jadi, wajarlah kalau Mat Bangla dan Jurujual komputer dihukum.

Masih ingat kes kereta mewah kerajaan Terengganu? Siapa yang didakwa?

Jawatankuasa khas ini tidak pernah menghampakan kerajaan. Hasil siasatannya selalu memenuhi kehendak kerajaan – kes dapat ditutup dan rakyat berjaya dilenakan.

1Malaysia boleh! Semua peringkat kepimpinan BN sedang melaksanakan gagasan “rakyat didahulukan” dalam semua perkara kecuali dua perkara iaitu; pertama, perkara yang menguntungkan poket sendiri, maka sendiri yang didahulukan dan kedua, perkara yang menguntungkan kroni, maka kroni didahulukan.


http://satumalaysia.wordpress.com/

Berita Keras Kepala Dari Tsu Koon!

Tsu Koon tidak tercalar dengan gesaan letak jawatan

KUALA LUMPUR: Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, tidak tercalar dengan gesaan seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) supaya beliau meletak jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana didakwa mempamerkan prestasi lemah.

"Jawapan saya kepada beliau ialah tidak. Itu adalah salah. Kami tidak akan terganggu. Kami komited terhadap apa yang kami mahu lakukan.

"Ini adalah tempoh yang amat penting di mana kami perlu bekerja bersama-sama," katanya merujuk kepada gesaan Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz, Khamis lalu di Dewan Rakyat.

Terdahulu, Koh merasmikan Perhimpunan Agung Anggota Seumur Hidup Gerakan di sini hari ini.

Beliau berkata, di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berlaku banyak perubahan dan juga cabaran dan seseorang perlu bertanya bagaimana seseorang itu dapat menyumbang kepada proses perubahan itu.

Katanya, kenyataan Mohamad adalah "kuasa negatif" dan bercanggah dengan semangat BN tetapi yakin dengan sokongan semua parti, kuasa positif akhirnya akan mengatasi kuasa negatif itu.

"Sudah tentu, akan ada kuasa negatif yang tidak bersetuju...dalam BN, dalam kalangan parti-parti komponen, malahan dalam Gerakan. Mereka akan terus menyalahkan pihak lain," katanya.

Semasa membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2010, Mohamad mempersoalkan langkah kerajaan melantik Koh sebagai Menteri di Jabatan Menteri yang menyelia Petunjuk Prestasi Utama (KPI).

Mohamad menyatakan beliau percaya prestasi Koh sendiri adalah kurang memuaskan.

Penyokong kerajaan itu juga menggesa Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan kerana parti beliau sendiri telah hilang keyakinan terhadapnya dan imej beliau juga telah tercemar.

Koh berkata, Gerakan berdepan dengan tempoh sukar dan pelbagai cabaran selepas pilihan raya umum 2008.

"Kami perlu balik kepada asas, kepada rakyat, dengan mengkaji semula sejarah dan perjuangan kami untuk beralih ke era baru. Banyak yang perlu kami lakukan dan kerja keras," katanya.

Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe, pula kesal dengan kenyataan Mohamad yang tidak menghormati Perdana Menteri yang telah melantik Koh sebagai menteri.

"Ia tidak akan menyelesaikan kemelut politik dan BN boleh diibaratkan sebagai bahtera yang bocor. Ia kenyataan yang angkuh dan bongkak," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pergerakan itu pada Persidangan Perwakilan Nasional Wanita/Pemuda ke-22 di Menara PGRM.

Timbalan Pengerusi Pemuda Gerakan Kebangsaan, Oh Tong Keong, berkata desakan Mohamad itu bukan sahaja kurang sopan malah bercanggah dengan semangat BN kerana ia akan menjejaskan hubungan di antara parti komponen BN.

"Setiap parti komponen BN patut bekerjasama serta menumpukan usaha untuk menyelesaikan masalah rakyat pada masa ini dan bukannya memburuk-burukkan antara satu sama lain," katanya.

Terdahulu, lebih 30 anggota Pemuda dan Wanita Gerakan mengadakan protes selama 15 minit di hadapan Dewan Wawasan, Menara PGRM untuk menuntut Mohamad menarik balik kenyataan beliau dan memohon maaf secara terbuka kepada Koh. - Bernama

Cakap Dari Orang Tak Sedar Diri! Bn Memang Tak Sedar

Kerjasama pembangkang dilumpuh masalah dalaman

KUALA LUMPUR: Bagi kebanyakan pemimpin dan pemerhati politik, krisis dalaman yang melanda Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas di Selangor sejak kebelakangan ini bukan sesuatu yang memeranjatkan.

Malah, ada di antara mereka percaya masalah ini akhirnya akan melumpuhkan kerjasama tidak rasmi di antara parti pembangkang itu.

"Inilah yang akan berlaku apabila beberapa parti bergabung secara tidak rasmi untuk mentadbir kerajaan. Mereka bekerjasama dengan parti yang berlainan ideologi untuk mentadbir rakyat, tapi pada masa sama nak kena jaga wakil rakyat dan pemimpin masing-masing," kata pemerhati politik, Prof Madya Shaharuddin Badaruddin.

Pensyarah di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara itu membayangkan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah, keluar dari PKR sebagai bukti kegagalan PKR menjaga wakil rakyatnya.

"Malah saya menjangka akan ada lagi wakil rakyat kerajaan pakatan pembangkang ini yang akan keluar parti, masing-masing sebab tak puas hati," katanya kepada Bernama.

Menghurai lanjut permasalahan yang melanda PKR dan Pas dan kesan permasalahan itu kepada pakatan pembangkang, Shaharuddin berkata keadaan mungkin berpunca daripada dasar "ketelusan" yang cuba diamalkan oleh kerajaan pakatan, selain kegagalan pemimpin parti memisahkan ideologi parti dan dasar kerajaan.

"Kadang-kadang ada keputusan kerajaan tidak disenangi oleh beberapa pemimpin parti dan mereka meluahkan perasaan masing-masing berasaskan prinsip ketelusan, tetapi dalam hal ini akan ada pihak dari parti lain yang tersinggung maka timbullah masalah baru," katanya.

Semua itu, katanya, berpunca daripada perbezaan ideologi parti masing-masing dan ketiadaan saluran rasmi untuk menyelesaikan masalah berbangkit telah memburukkan keadaan.

"Tidak seperti Barisan Nasional (BN) yang mempunyai saluran rasmi dan setiap masalah diselesaikan melalui saluran itu, pakatan pembangkang tidak ada dan ini menyukarkan mereka untuk bekerja menyelesaikan masalah antara parti," kata Shaharuddin.

Beliau berpandangan cara terbaik untuk pakatan pembangkang menyelesaikan masalah di antara mereka adalah menubuhkan gabungan secara rasmi.

"Sekarang cuma bergabung secara 'sleeping partners', tak ada satu ideologi yang dipersetujui semua, justeru tidak boleh mentadbir sebagai satu parti. BN walaupun dianggotai pelbagai parti tetapi mereka mentadbir sebagai satu parti.

"Pada saya pakatan sepatutnya begitu. Tambahan pula ROS (Pendaftar Pertubuhan) dah kata syarat tujuh anggota itu tidak terpakai kepada parti politik, jadi apa lagi yang ditunggu? Rasmikan saja dan jadikan sistem politik negara kita sebagai sistem dua parti," katanya.

Bagaimanapun, Prof Dr Azeem Fazwan Ahmad Farouk dari Universiti Sains Malaysia, berkata agak sukar untuk pakatan pembangkang merasmikan gabungan mereka.

"Masing-masing berpakat cuma untuk menang pilihan raya, dan sama sekali tidak mempunyai kesefahaman daripada segi ideologi, khususnya antara Pas dan DAP, malah Pas dan PKR pun.

"Malah saya tidak pasti perbezaan ideologi antara Pas dan DAP ini boleh diatasi sebab terlalu jauh berbeza," kata pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan itu.

Azeem juga berpendapat ketiga-tiga parti itu memerlukan masa lebih lama untuk membentuk gabungan rasmi kerana ada isu tertentu seperti penentuan parti induk dan ideologi bersama yang harus dipersetujui terlebih dahulu.

Mengulas lanjut, Azeem menyifatkan pakatan pembangkang adalah rapuh dan hanya berpaut pada satu dahan iaitu ketua pembangkang dan penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya melihat Anwar sebagai gam yang menyatukan ketiga-tiga parti ini tetapi sekarang beliau sendiri menghadapi masalah, yang bagi saya akan menjejaskan kerjasama pakatan itu sendiri, " katanya.

Beliau juga berpendapat kegagalan parti pakatan pembangkang menyelesaikan masalah dalaman masing-masing akan beransur-ansur melumpuhkan kerjasama di antara mereka.

"Kalau dasar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, diterima baik rakyat, tidak mustahil pakatan pembangkang akan menghadapi masalah mengekalkan pentadbiran di negeri yang ditawan mereka sekarang," katanya.

Sementara itu, seorang lagi pemerhati politik yang juga sumber dalaman Pas memberitahu Bernama adalah mustahil untuk parti bertunjangkan agama Islam itu mengenepikan matlamat mereka iaitu menubuhkan negara Islam.

Malah, katanya, perbezaan ideologi adalah antara faktor utama yang menyumbang kepada pertelingkahan antara Pas dan DAP di Selangor.

"Saya akui memang payah untuk pakatan ini menjadi satu gabungan rasmi sebab Pas tidak akan sekali-kali mengetepikan perjuangannya untuk menubuhkan negara Islam, dan DAP pula tidak akan bersetuju.

"Tetapi saya akui ada di kalangan pemimpin Pas Selangor ini yang tidak kisah untuk menggadai perjuangan parti asalkan dapat kuasa dan ini yang sedang berlaku sekarang," katanya merujuk kepada siasatan oleh jawatankuasa disiplin parti terhadap beberapa pemimpin Pas Selangor yang didakwa bermasalah.

Meneliti hujah yang dikemuka pemerhati politik ini timbul persoalan sama ada parti dalam pakatan pembangkang itu mampu mencapai kesepakatan sebenar seperti yang berlaku dalam BN atau akhirnya akan terungkai seperti yang berlaku sebelum ini. - Bernama

Doa Dari Hadis Sohih : Khusus Elak Di Rogol & Cabul

Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.

Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah.Iaitu :-

رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya” ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan – Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.

اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ

DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA’LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA ‘ALA ZAWJI FALA TUSALLIT ‘ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim” ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.

Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.

Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.

Fikirkanlah.

Pemuda, Wanita Gerakan protes kenyataan Mohamad Aziz

KUALA LUMPUR 31 Okt. - Lebih 30 ahli Pemuda dan Wanita Gerakan hari ini mengadakan protes di Menara PGRM di sini bagi membantah kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz yang mendesak Presiden parti itu, Tan Sri Koh Tsu Koon meletak jawatan.

Protes yang diadakan sempena persidangan Perwakilan Nasional Gerakan 2009 itu turut menuntut supaya Mohamad menarik balik kenyataan beliau dan memohon maaf secara terbuka kepada Tsu Koon.

Timbalan Pengerusi Pemuda Gerakan Kebangsaan, Oh Tong Keong ketika ditemui berkata, kenyataan Mohamad itu bercanggah dengan semangat BN dan Majlis Tertinggi (MT) BN perlu mengambil tindakan sewajarnya terhadap beliau. - Utusan

UMNO BN Guna Taktik Kotor

Barisan Nasional (BN) didakwa menggunakan taktik kotor untuk kembali memerintah di negeri yang ditawan pembangkang pada pilihan raya umum lalu dengan ‘memancing’ Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat (PR), demikian lapor Sinar Harian.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mustaffa Kamil Ayub berkata, antara strategi yang digunakan ialah menyalurkan peruntukan kepada bekas pemimpin PR yang menjadi wakil rakyat Bebas dan menyokong (BN).

Menurutnya, strategi itu digunakan terhadap ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah yang mengisytihar dirinya wakil rakyat Bebas yang menyokong BN berkuat kuasa serta merta, kelmarin.

“Itu baru strategi awal, banyak lagi strategi yang dirangka oleh BN. Dalam situasi Badrul ini, BN bermurah hati beri bantuan. Selepas itu berusaha memerangkap Badrul masuk BN. Bila terperangkap, mereka akan ambil satu demi satu kerusi PR," katanya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar bahawa BN bersedia memberikan bantuan atas sokongan beliau (Badrul) kepada BN bagi membangunkan secara bersama-sama kawasan yang diwakili Badrul.

Menurut Mustaffa Kamil, situasi yang sama tutut berlaku terhadap tiga ADUN di Perak iaitu ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan ADUN Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu daripada Parti Keadilan Rakyat serta ADUN Jelapang, Hee Yit Foong (DAP) yang menjadi wakil rakyat Bebas dan beri sokongan kepada BN.

Katanya, PKR akan tetap berjalan seperti biasa kerana keputusan Badrul keluar parti bukanlah perkara mengejutkan.

Sementara itu Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan menafikan dakwaan berkenaan berkata, BN tidak pernah menggunakan taktik kotor sebaliknya mereka berbuat demikian kerana sudah hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti.

“Mereka sendiri yang menyokong, bukan paksaan atau ‘taktik kotor’ BN. Kita sentiasa mengalu-alukan sokongan mereka itu yang menyedari bahawa BN banyak berjasa dalam pelbagai bidang,” katanya.

Semasa

Hiburan

Sukan

 

© Copyright Kerabu Bersuara 2007 -2013 | Design by Kerabu Bersuara | Published by Kerabu Bersuara Group | Powered by Blogger.com.