News Update :

Politik

Kenyataan

Agama

Dunia

Budaya Ilmu Kini - Jahil Dalam Disiplin Ilmu

November 30, 2009

Soalan yang perlu dijawab :

1. Pernahkah anda melihat ada pelajar yang mengatakan tidak perlu ikut mazhab tetapi ambil sahaja al Quran dan Hadith Sahih? (sedangkan yang berkata ini jahil di dalam ilmu hadith yang berkaitan dengan hadith hasan, hadith hasan sahih, hadith dhoief - bahkan menyamakan hadith dhoief dengan hadith maudhuk)

2. Pernahkah melihat hujjah yang mengatakan ulamak pun ada buat silap, bukan maksum (sedangkan dirinya pun lagi banyaknya salah kerana tidak mempunyai ilmu seperti ulamak yang dikatanya silap dan bukan maksum tersebut) ?.

3. Pernahkah melihat di dalam blog tertentu yang ada novel-novel yang diisikan dengan pengisian cerita yang menukilkan tentang kalam ulamak agar jangan bertaqlid, mazhabku adalah hadith sahih (sedangkan kalam ulamak mujtahid ini ada disyarahkan dan ditujukan kepada golongan tertentu iaitu mereka yang bertaraf mujtahid - mereka yang mampu untuk mengistinbath (mengeluarkan) hukum sahaja).

4. Pernahkah anda melihat atau membaca mereka yang kuat mengatakan amalan-amalan tertentu (yang telah dipersetujui ulamak ia adalah khilaf (perselisihan pendapat antara ulamak mujtahid)) sebagai bid'ah sesat?

*************************************************************************************

Ketahuilah bahawa mereka yang terlibat di atas ada antara mereka adalah mereka yang tidak mahu belajar adab di dalam disiplin ilmu. Gelojoh dan terburu-buru untuk menjadi seorang pakar hukum tanpa menyelidik dan mengkaji pendapat dan hujjah ulamak muktabar yang lain.

Saya teringat kisah imam syafi'e (mujtahid mutlaq pengasas mazhab Syafie) bagaimana beliau sedari kecil belajar mengenai al Quran sehingga dapat menghafaznya pada umurnya 9 tahun. Kemudian belajar hadith dengan cara mendengar dan bertemu sendiri dengan guru-guru hadith, dan beliau mencatatnya di atas tulang, tembikar dan kulit binatang. Bahkan beliau juga mempelajari bahasa Arab yang asli dengan Kabilah Hudzail sehinggalah beliau mahir dalam bidang hadith, hafalan al Quran, bahkan dalam kesusasteraan bahasa Arab yang asli.

Menurut Dr Said Ramadhan al Buthi dalam bukunya - Alla mazhabiyyatu Akhtaru Bid'atin Tuhaddidu Asy Syarii'ata Al Islamiyyah mengenai pendidikan Imam Syafie :

'Tentang ilmu hadith, beliau belajar kepada Imam Sufyan bin Uyainah, seorang alim besar ahli hadith kota Mekah di masa itu. Adapun tentang ilmu al Quran, beliau belajar kepada Imam Ismail bin Qasthanthin, seorang alim besar ahli Quran di Kota Mekah pada masa itu. Selanjutnya, kepada para ulama lain di masjidil Haram. Beliau belajar berbagai ilmu pengetahuan agama. Ketika berumur 15 tahun, beliau telah menduduki kerusi mufti di Kota Mekah.'



Ketika umurnya 10 tahun, beliau sudah memahami kitab al Muwattha' karangan Imam Malik bin Anas (pengasas mazhab Maliki). Bahkan beliau juga mempertahankan mazhab Maliki.



Dan semasa beliau sudah mempunyai ilmu alat (ilmu asas yang menjadi keperluan untuk mengistinbath hukum) barulah beliau mengemukakan pendapatnya sendiri, serta mengomentari pendapat gurunya (imam Maliki) jika ada yang lemah. Tetapi tidak pula imam Syafie mengatakan ia sebagai bid'ah sesat!. Ini kerana akhlaq yang terbina di dalam diri seorang ulamak yang benar-benar takutkan ALlah untuk menjaga lisan, perilaku dari perbuatan yang tiada hak.



Begitulah - sehingga ramai murid imam syafie yang mengikuti terdiri dari ulamak-ulamak besar, bahkan ada di kalanganya adalah muhaddithin (ulamak hadith), mujtahid tarjih (ulamak yang mampu mengetahui dan menilai mana pendapat yang kuat dan lemah), mujtahid mazhab, mujtahid fatwa seperti Imam Bukhari, Imam Abu Bakar al Humaidi, Imam Ahmad bin Hanbal (pengasas mazhab Hanbali), Imam al Buwaithi, Imam Muhammad bin AbduLLah. Dan ramai lagi - anda boleh menyelusuri sendiri dari kitab Tabaqat Syafi'eyyah karangan al Subki.

SubhanaLLah - mereka ini semuanya belajar dengan disiplin ilmu yang ketat. Mempelajari semuanya dari asas bersama-sama dengan adab sebagai pelajar dan sehinggalah menjadi ulamak yang hebat. Barulah ada antara mereka yang mendirikan mazhab sendiri (setelah menjadi mujtahid mutlaq) dan ada yang terus untuk mengikuti mazhab syafie.

Hakikatnya kini, banyak kecelaruan yang timbul dengan adanya pelajar, golongan profesional yang belajar tanpa ada ilmu asas. Gelojoh hendak mempelajari ilmu yang lebih mendalam. Sehinggalah berani mengeluarkan fatwa dan pendapat sendiri berdasarkan kejahilan dan hawa nafsu sendiri kerana tidak belajar mengikut kaedah yang betul dan disiplin ilmu yang benar. Mereka tidak memikirkan kesan buruk yang timbul kepada orang awam (yang tidak mampu untuk menjadi ulamak mujtahid). Hingga timbullah pecah belah antara umat Islam.

ALlah memerintahkan bukan sahaja dalam urusan kepimpinan, bahkan juga dalam urusan agama untuk memberikan amanah kepada yang berhak dan berkelayakan.

Firman Allah subhanahua ta'ala dalam surah An-Nisa'ayat 58 yang berbunyi :

Maksudnya Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada orang yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkannya dengan adil ".



Daripada Abu Hurairah dia berkata:


“Ketika Nabi s.a.w. di dalam suatu majlis berbicara dengan orang ramai maka datang seorang `arab badawi lalu bertanya: "Bilakah hari kiamat?". Rasulullah s.a.w. meneruskan ucapannya. Ada yang berkata "Baginda dengar (apa yang ditanya) tetapi baginda tidak suka apa yang ditanya". Sementara yang lain pula berkata "Bahkan baginda tidak mendengar". Apabila telah selesai ucapannya, bagida bertanya: "Manakah orang yang menyoal". Jawab (badawi tersebut): "Saya di sini wahai Rasulullah". Baginda bersabda: "Apabila dihilangkan amanah maka tunggulah kiamat". Tanya badawi tersebut: "Bagaimanakah menghilangkan amanah itu". Sabda baginda: "Apabila diserahkan urusan kepada bukan ahlinya maka tunggulah kiamat".

(Riwayat al Bukhari)

Berhati-hatilah wahai diri, perhatikan dari mana kamu mengambil urusan agama. Semoga dijauhkan dari pendustaan terhadap Allah dan RasulNya serta melakukan kezaliman terhadap ulamak dan umat Islam.

Sumber rujukan : Dr Said Ramadhan al Buthi, Alla mazhabiyyatu Akhtaru Bid'atin Tuhaddidu Asy Syarii'ata Al Islamiyyah, K.H AbduLlah Zakiy Al-Kaaf,Bahaya Bebas Mazhab Dalam Keagungan Syariat Islam.

Sumber : Http://JomFaham.Blogspot.Com

Jangan Segan Untuk Berkata : Aku Tidak Tahu

Dari AbduLLah ibn Amr radiyaLLahu ‘anhu bahawa RasuluLlah sallaLLahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bermaksud :


ALLah subhanahu wa ta’ala tidak akan mengangkat ilmu pengetahuan dengan cara mencabutnya dari hati ulama, tetapi dengan cara mematikan mereka, dan jika sudah tidak ada lagi seorang ulama yang masih hidup, maka manusia akan mengangkat pemimpin di kalangan orang-orang yang jahil (bodoh), jika (para pemimpin tersebut ditanya tentang kemusykilan agama) maka mereka akan berfatwa tanpa dasar ilmu, dengan itu mereka menjadi sesat dan menyesatkan. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadith di atas memberi pengertian yang besar kepada mereka yang berani membuat fatwa atau menjatuhkan hukum tanpa ilmu. Entah berapa ramai sekarang ini yang apabila ditanya tentang sesuatu soal agama walaupun tanpa ilmu terus mudah dari lidah dan jarinya mengeluarkan 'fatwanya' sendiri. Malahan ada yang hanya belajar melalui buku sahaja tanpa pernah ada asas-asas kaedah untuk mengeluarkan hukum, terus mengatakan itu halal, ini haram. Engkau masuk ke syurga, dan dia masuk neraka.


Bayangkan seorang yang jahil dalam ilmu kedoktoran kemudian apabila ada pesakit yang selsema dan ia mengatakan pesakit ini harus dibedah perutnya. Inilah kerosakan yang telah dibuat.


Fahamlah, rupanya proses untuk mengeluarkan fatwa itu sendiri bukanlah senang. Kerana ulamak takut untuk mengeluarkan hukum tanpa hak.

Salah seorang ulama yang sezaman dengan Imam Ahmad pernah ditanya orang :

"Jika seseorang sudah dapat menghafal seratus ribu hadith, dapatkah ia dikatakan sebagai faqih...? "Tidak...!", jawabnya. "Dua ratus ribu hadith..?" "Tidak..!.. katanya. "Tiga ratus ribu hadith..?" "Tidak..! Jawabnya. "Empat ratus ribu hadith..? "Juga tidak..!, tetapi begini (iaitu lima ratus ribu) katanya sambil mengisyaratkan dengan sebelah telapak tangannya.



Dengan menghafaz hadith semata-mata belumlah dikatakan seorang faqih yang dapat mengeluarkan fatwa selagi ia tidak mempunyai kemampuan untuk memenuhi syarat-syarat lain untuk berfatwa. Selagi dia tidak mempunyai kemampuan ilmiah untuk membezakan antara riwayat yang maqbul (diterima) dan riwayat yang mardud (ditolak); antara yang sahih (baik) dan ma'lul (cacat). Demikian juga kemampuannya untuk mengambil hukum (istinbat) dan melakukan tarjih (menentukan riwayat mana yang lebih kuat); atau melakukan ta'luq (penggabungan) antara beberapa riwayat yang nampak berbeza, atau penggabungan antara nas-nas yang mengandungi beberapa pengertian dengan maqasid syar'iyyah dan kaedah-kaedah kulliyyah (umum).


Al Hafiz Al Khatib al Baghdadi meriwayatkan dalam kitabnya Al Faqih wa al Mutafaqqih Juz 2 Hlm 157 dari al Imam Syafi'i radiyaLlahu 'anhu berkata :

"Tidak dihalalkan bagi seseorang berfatwa mengenai agama Allah, kecuali seorang yang arif Kitab ALlah (al Quran), Nasikh Mansukh, Muhkam dan Mutasyabih, Ta'wil dan Tanzil, Nasikh dan Makkiyah dan Madaniyahnya; Apa yang dimaksudkan dengan satu-satu ayat; dalam masalah apa ia diturunkan. Selain itu, dia juga mesti menguasai hadith RasuluLlah s.a.w; Nasikh dan Mansukhnya; Pengetahuannya mengenai hadith Nabi s.a.w mesti setaraf pengetahuannya mengenai al Quran. Dia mesti juga menguasai Bahasa Arab; arif akan seluk beluk syair, dan disiplin ilmu yang lain yang diperlukan untuk memahami al Quran. Disamping itu, dia juga mesti menahan diri daripada (seronok) bercakap. Dia dituntut juga untuk memahami perbezaan pendapat di kalangan para ulama, selain harus memiliki kemampuan atau kepakaran dalam mengambil ketentuan hukum (istinbat). Jika semua syarat-syarat ini telah dimilikinya, maka barulah boleh baginya bercakap dan berfatwa tentang halal dan haram.

Namun jika belum sampai pada darjat ini, dia hanya boleh membincangkan tentang ilmu pengetahuan, tetapi tidak dibenarkan untuk berfatwa."



Sukarkah Mengatakan "Aku Tidak Tahu" ?

Ulamak salaf (ulamak yang hidup di kurun ke 3 dan sebelumnya- kurun yang terbaik) melarang keras orang yang berani mengeluarkan fatwa tanpa mempunyai ilmu dan persediaan yang cukup.

Alangkah, para ulamak muktabar yang benar-benar takutkan ALlah seperti Imam Malik pernah berkata :


Jika seseorang diminta untuk berfatwa, sebelum memberikan jawapan ia wajib meletakkan dirinya antara Syurga dan Neraka, serta memikirkan nasibnya di Akhirat nanti, kemudian baru boleh ia memberikan jawapan (mengeluarkan fatwanya)".


Ibn al Qasim berkata :

"Aku pernah mendengar Imam Malik berkata : "Saya sedang memikirkan (jawapan) bagi suatu kemusykilan sejak beberapa puluh tahun dulu, tetapi hingga saat ini belum juga sampai kepada pendapat yang pasti".


Ibn Abi Layla pernah berkata :

"Saya menemui seramai seratus dua puluh orang Ansar dari sahabat Rasul sallaLLahu 'alaihi wasallam, jika seorang di antara mereka diajukan pertanyaan (diminta berfatwa), ia akan mengalihkannya kepada yang kedua, dan orang yang kedua akan mengalihkannya kepada orang ketiga dan seterusnya. Sehingga pertanyaan tadi kembali kepada orang yang pertama. Jika salah seorang daripada mereka diminta untuk berfatwa atau ditanya tentang sesuatu masalah, ia akan memohon sahabat yang lain menjawabnya.



Fahamlah di sini, mengapa kita perlu menghormati ulamak muktabar yang terdahulu. Yang telah mengasaskan mazhab dan menulis kitab-kitab, mengajar anak muridnya untuk menyampaikan ilmu yang diajarnya kepada umat Islam yang lain.

Antara Maksum dan Orang Yang Berilmu

Ada pula laungan-laungan dari orang awam atau mereka yang bukan dari kalangan ulamak malahan yang baru menghafaz beberapa hadith mendabik dada mengatakan dirinya adalah tempat dijadikan rujukan. (Sedangkan rujukan dirinya hanya melalui internet semata-mata). Ingatlah bahawa ilmu dan akhlaq akan berjalan seiring. Orang awam seperti kita ini mengatakan pula 'ulamak tidak maksum' terutamanya tuduhan ini ditujukan kepada ulamak yang mengasaskan mazhab, ulamak seperti Imam asy Syafie, Imam Malik, Imam Hanafi dan Imam Hambali. Bahkan melekehkan pula orang yang mengikut mazhab yang disampaikan oleh ulamak-ulamak, ustaz ustazah dan guru-guru.


Ya, benar, ulamak tidak maksum (ada membuat dosa dan kesilapan). Tetapi berbanding dengan orang yang bercakap atau ustaz yang selalu memperlekehkan ulamak muktabar. Siapa pula yang lebih berilmu, lebih berkelayakan untuk mengeluarkan hukum? Ulamak yang lebih muktabar jauh lebih tinggi ilmunya, menguasai disiplin ilmu untuk membolehkan mereka mengeluarkan pendapat. Bahkan ulamak muktabar yang mampu berijtihad ia memperolehi 2 pahala jika benar ijtihadnya, dan 1 pahala jika ijtihadnya tersilap. Di sinilah adanya perbezaan yang besar di antara orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu, kurang ilmu, faham dan tidak faham, sempurna akal dan yang tidak, dan yang jahil. Sebagaimana firman ALlah :


قُلۡ هَلۡ يَسۡتَوِى ٱلَّذِينَ يَعۡلَمُونَ وَٱلَّذِينَ لَا يَعۡلَمُونَ‌ۗ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ (٩)


Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.

(Surah az Zumar : Ayat 9)

Imam Ahmad Ibn Hanbal r.a katanya : Seseorang tidak boleh menawarkan dirinya untuk berfatwa sebelum ada pada dirinya lima perkara :


Pertama : Mempunyai niat ikhlas. Sebab jika tidak ada niat (ikhlas) dia tidak akan mendapat cahaya (petunjuk) dalam melakukan fatwanya.

Kedua : Hendaklah dia mempunyai sifat kasih, rendah hati (tawadhuk) dan ketenangan jiwa.

Ketiga : Mempunyai keyakinan yang teguh dengan tugasnya dan memahami betul soalan yang sedang dihadapinya.

Keempat : Hidupnya dalam kecukupan, kerana jika tidak, dia akan dipengaruhi oleh orang yang berkepentingan.

Kelima : Mempunyai maklumat yang cukup tentang adat istiadat dan seluk beluk kehidpuan manusia. (Ibn Battutah, disalin oleh Ibn Qayyim dalam , I'lamul Muwaqqi'in' Juz 4 hlm. 199.

Terkadang terfikir juga penuntut ilmu yang cetek akhlaknya, atau mereka yang berfikiran suka melekehkan ulamak muktabar hanya memandang ulamak dari atas kertas sahaja. Mentang-mentang nama-nama ulamak itu sudah acapkali dilihat dan ditulis di dalam akhbar, majalah dan buku-buku, kitab-kitab yang banyak berlegar di pasaran. Mentang-mentang sudah belajar beberapa hadith sahih dan beberapa ilmu yang baru.

Semaklah sejarah semula, jangan dilipat sahaja adab-adab dan akhlaq ulamak muktabar, lihat bagaimana cara mereka berfikir sebelum mengeluarkan pendapat, jenguklah disiplin ilmu yang telah mereka kuasai sebelum berani mengeluarkan fatwa. Luaskan pandangan bagaimana ulamak mendidik jiwa mereka, melihat kepada keadaan, cara hidup dan budaya. Imam Syafie juga menghormati mazhab hanafi apabila datang ke tempat mereka yang mengikut mazhab tersebut.

Untuk akhirnya para fuqaha' selalu berkata "Sesiapa yang tidak pernah mengetahui dan mengerti perbezaan pandangan dan pendapat di kalangan fuqaha', bermakna dia belum sempat menghidu haruman fiqh..!

Sumber rujukan :

1. Prof Dr Yusuf al Qardhawi, Al Fatwa Bayna Al Indibat al Tasayyub, Fatwa Antara Ketelitian & Kecerobohan, 1996, Thinker's Library, Selangor.

2. http://quranexplorer.com

Bila ALlah Menarik Nikmat Ilham

Ada masa-masanya juga bila fikiran tidak dapat memberikan buah pendapat. Ketika itu akal terasa kosong dan tidak mampu untuk berfikir dengan baik.

Lalu timbullah perkataan 'buntu' dan tiada idea. Duduklah berjam-jam menunggu datangnya ilham agar dapat menulis, membuat keputusan. Syaitan pula mungkin datang berbondong-bondong membawa hasutan yang negatif agar jiwa pula turut merasa kelelahan.

Tahulah, bahawa yang Empunya milik kepada idea mengambil nikmatnya. Mungkin juga untuk sementara dan mungkin juga untuk selama-lamanya. Mungkin juga ia sebagai medan ujian, apakah yang perlu dibuat dalam situasi sedemikian ?. Adakah untuk bersungut? Adakah membiarkan masa dan keadaan terus berlalu dan akhirnya timbul perkataan 'Bosan' dan 'putus asa' ?

Bila tiba waktu begitu, ambillah masa untuk beristirehat. Biarlah akal beriadah seketika dari bekerja untuk berfikir sahaja. Lihat alam ALlah seluas-luasnya, carilah tempat yang tidak menimbulkan tekanan. Mungkin di kala ini mendengar alunan zikruLlah, alunan nasyid menjadi penawar jiwa yang sedang sunyi sebentar.

Ambillah buku-buku yang dapat mengubat jiwa, kata-kata yang dapat memberikan motivasi dan nasihat. Mungkin hilangnya ilham disebabkan oleh maksiat yang dilakukan ? Mungkin juga kerana fikiran terlalu sesak memikir masalah dunia. Cubalah belajar mendekati para alim ulama dan dapatkan nasihat yang berhikmah daripada mereka. Bukankah selama ini kita jarang benar mendekati mereka ? Mungkin akal dan hati yang sedang lesu akan mendapat kekuatan baharu, dan menghidupkan kembali cahaya dalam diri..

Syukurlah wahai diri, dalam keadaan sempit Dia masih memberi peluang untuk berfikir dengan waras. Ada manusia yang Allah uji, dia merungut dan kecewa. Ada manusia yang Allah beri mehnah kepadanya lalu ia semakin lari dariNya..

Wahai diri, teruskan menyampaikan perkara kebaikan apabila ada ilham yang menjengah dalam minda. Gunalah dengan sebaik-baiknya agar ia tidak menjadi saksi pula atas kejahatan yang engkau lakukan di hadapan ALlah kelak.

Dilema politik Kedah

Oleh Zulkiflee Bakar

MUNGKIN kalau mahu menyedapkan hati, tidak salah jika ada mana-mana pihak buat seketika menerima sahaja kenyataan UMNO Kedah yang menolak andaian wujudnya kumpulan dan puak tertentu dalam parti berkenaan sehingga menyebabkan parti itu di negeri tersebut berpecah belah.

Malah tidak salah juga jika kita menerima dengan hati terbuka kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah bahawa, semua pemimpin dan ahli UMNO serta Barisan Nasional (BN) khususnya di peringkat bahagian termasuk Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri sentiasa memberi sokongan kepada pucuk pimpinan termasuk Pengerusi badan itu, Datuk Seri Shafie Apdal.

Tetapi UMNO Kedah tidak boleh menghalang kalau orang bertanya apakah kenyataan itu sekadar retorik atau realiti dan lebih daripada itu, apakah sindrom penafian masih wujud di kalangan pemimpin parti tersebut biarpun kini mereka sudah kehilangan kuasa?

Mungkin pemimpin-pemimpin UMNO Kedah berhak menolak sebarang andaian atas alasan ia ‘‘cuma persepsi orang yang mungkin tidak berada dalam parti’, tetapi mereka tidak mampu menyembunyikan fakta.

Dalam soal ini, selain maklumat yang diterima dan tinjauan yang dibuat, penulis berkesempatan mengetahui situasi sebenar politik di Kedah termasuklah peluang untuk UMNO kembali berkuasa. Tidak dapat dinafikan bahawa UMNO sememangnya berpeluang untuk merampas semula negeri itu daripada Pas seperti mana kata seorang pemerhati politik, peluang BN ialah 60-40 bukan 50-50.

Tetapi semua itu bergantung kepada keikhlasan pemimpin-pemimpin UMNO Kedah untuk mengakui kelemahan dan memperbaikinya. Masalah yang paling ketara menurut pemerhati politik tersebut ialah di peringkat bahagian. Atas sebab itulah, pemerhati berkenaan menolak sebarang andaian untuk meletakkan sebarang kelemahan atau kesalahan kepada Shafie Apdal.

‘‘Kalau orang tahu apa sebenarnya berlaku di bahagian-bahagian UMNO di Kedah, mereka akan memahami siapapun yang menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO negeri itu, ia tidak akan berkesan.

‘‘Ia kerana bahagian-bahagian UMNO di Kedah sangat lemah, justeru tidak wajar kalau kita hendak menyalahkan Shafie. Beliau hanya dihantar oleh pucuk pimpinan bagi membantu tetapi sama ada akan berjaya atau tidak ia terletak kepada bahagian-bahagian UMNO menentukannya,’’ kata pemerhati politik tersebut.

Dalam soal ini, semua pemimpin UMNO di Kedah harus bertindak jujur, mereka perlu mengakui daripada 15 bahagian di negeri itu hampir kesemua ada masalah. Sikap berpuak-puak, cantas-mencantas dan pergelutan antara kumpulan yang ingin merebut jawatan ketua bahagian telah memungkinkan bahagian-bahagian UMNO berada dalam situasi yang cukup lemah. Oleh itu menuding jari kepada Shafie adalah sesuatu tindakan yang tidak wajar dan boleh diibaratkan hanya mahu menutupi kelemahan di peringkat bahagian.

‘‘Kebanyakan ketua bahagian hanya menguasai satu pertiga atau satu perenam sahaja bahagian masing-masing, lainnya semua di luar kawalan mereka,’’ kata pemerhati itu lagi.

Jika keadaan ini berlanjutan maka adalah mustahil bagi mana-mana juga pengerusi perhubungan untuk melaksanakan usaha bagi mengukuhkan parti dan seterusnya berhadapan dengan parti lawan dalam pilihan raya.

Akibat kelemahan di peringkat bahagian itu juga yang menjadi faktor utama kenapa sehingga ke hari ini, UMNO Kedah dilihat tidak berupaya untuk memberi sebarang cabaran bagi merampas kembali negeri itu daripada Pas.

Selesa

Sama ada hendak diakui atau tidak, adalah jelas walaupun apa juga yang dikatakan oleh UMNO dan BN Kedah kepada pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Pas, namun di kalangan rakyat mereka dilihat semakin selesa dengan situasi sekarang. Dalam bahasa mudah, bak kata orang Kedah, ‘‘Biaq (biar) Pas perintah, tak dak masalah pun.’’. Mungkin kenyataan seumpama ini tidak disenangi oleh sesetengah pemimpin-pemimpin Kedah tetapi inilah realitinya selepas hampir 20 bulan, negeri Jelapang Padi itu berada dalam penguasaan Pas.

Di bawah kepimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Pas Kedah dikatakan semakin mendapat perhatian rakyat. Malah sikap Azizan yang sentiasa tenang dan tidak melakukan sebarang perubahan drastik yang boleh memaparkan kegelojohan apabila berkuasa seperti mana berlaku di Perak dan Selangor turut memberi kelebihan kepada kerajaan negeri pimpinan beliau.

Berdasarkan hakikat itulah, jika UMNO Kedah masih lagi dihinggapi dengan sindrom penafian dan membiarkan kelemahan di peringkat bahagian berterusan, percayalah apa yang berlaku di Kelantan akan berulang di negeri tersebut.

Dahulu UMNO Kelantan juga sering menafikan bahawa mereka berpuak-puak, malah setiap kali isu perpecahan dibangkitkan mereka menuduh media mempunyai agenda. Tetapi realiti di lapangan menunjukkan apa yang diperkatakan adalah satu kebenaran dan kesudahannya sejak tahun 1990 hinggalah sekarang Pas terus menguasai Kelantan.

Malah suatu ketika berikutan kekalutan yang berlaku dalam UMNO Kelantan, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang ketika itu Presiden UMNO turut menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO negeri.

Tetapi keadaan tidak berubah, Kelantan tetap gagal dirampas kembali oleh UMNO kerana pemimpin-pemimpin negeri itu terus bercakaran sesama sendiri.

Persoalannya apakah UMNO Kedah juga hendak membiarkan situasi ini berlaku di negeri mereka? Justeru bagi mengelakkan semua itu mahu tidak mahu pemimpin- pemimpin UMNO Kedah perlu berjiwa besar.

Mereka mesti bersikap terbuka untuk menerima teguran dan janganlah terlalu mudah melihat sebarang kritikan sebagai usaha menjatuhkan mana-mana pemimpin. Paling penting mereka harus memberi sokongan padu kepada Shafie dalam usaha memperkukuhkan UMNO negeri itu.

Shafie memerlukan sokongan padu yang sebenar-benarnya dan bukannya lakonan dalam usaha memastikan Kedah kembali ke pangkuan BN.

Keputusan pucuk pimpinan parti menghantar Shafie ke Kedah bukanlah tanpa alasan sebaliknya seperti mana kata Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir kehadiran Naib Presiden UMNO itu adalah tepat pada masanya.

‘‘Beliau terlibat secara langsung dalam menawan semula Sabah ketika menjadi pembangkang. Kita perlukan pengalaman beliau bagi memikirkan strategi dan pendekatan terbaik bagi menawan semula Kedah. Pada masa yang sama saya melihat bapa saya sentiasa sedia untuk membantu UMNO negeri dan pusat.’’ kata Mukhriz.

Selain berganding bahu dengan Shafie, pemimpin-pemimpin UMNO Kedah juga harus mengakui bahawa ada masalah di peringkat bahagian-bahagian, kalau pun fakta ini dinafikan tetapi rakyat di kawasan terlibat mengetahui kedudukan sebenar.

Mereka juga perlu bersedia untuk menerima perubahan kepimpinan termasuklah memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin muda untuk menerajui negeri itu.

Sekali lagi penulis mendapati sentimen yang mahukan Mukhriz kembali menjadi salah seorang pemimpin utama di Kedah cukup kuat.

‘‘Mukhriz harus berkorban, beliau perlu berkhidmat di Kedah biarpun sepenggal, apabila situasi sudah pulih dan UMNO Kedah sudah mantap, Mukhriz boleh meneruskan perjuangan di peringkat pusat.

‘‘Situasi politik di Kedah memerlukan pemimpin muda seperti beliau yang dilihat mempunyai karisma dan mampu menarik perhatian rakyat negeri itu untuk kembali menyokong UMNO dan BN,’’ kata seorang penganalisis politik ketika dihubungi.

Penulis difahamkan pada masa ini memang terdapat ramai pemimpin muda yang mula menonjolkan diri di bahagian- bahagian tetapi malangnya kehadiran mereka tidak begitu senangi sehingga berlaku cantas-mencantas.

Semua ini tidak akan menguntungkan UMNO dan BN, sebaliknya ia akan mengakibatkan parti itu akan ketandusan barisan pelapis yang akhirnya akan mengakibatkan ia berkubur begitu sahaja.

‘‘Mahu tidak mahu seperti juga di Terengganu, pucuk pimpinan UMNO perlu mencari daripada sekarang siapa bakal Menteri Besar Kedah kalau parti itu kembali memerintah.

‘‘Strategi ini penting dalam meyakinkan rakyat untuk menyokong BN,’’ kata seorang pemimpin veteran parti itu.

Apa pun keadaannya, adalah diharapkan UMNO Kedah akan terus bersikap terbuka dalam memperbaiki pelbagai kelemahan yang mereka miliki.

Dalam soal ini, perkara paling utama ialah bersikap ikhlas dan tidak bersikap hipokrit apatah lagi terus mengamalkan sindrom penafian. Jika sikap negatif itu berterusan, percayalah tidak mustahil panji-panji Pas akan terus tertegak di negeri tersebut seperti mana terjadi di Kelantan ibarat ‘pi mai pi mai tang jugak’.

20 tahun PAS perkenal persepsi positif

Oleh Lanjusoh

HAMPIR 20 tahun lalu, tidak ramai orang mempercayai seorang ulama yang berserban dan berkain pelikat muncul sebagai pemimpin yang dikenali hari ini.Ketika itu ramai mengenalinya sebagai ustaz. Tubuhnya agak kecil, namun misi dan visinya melangkau jauh merentasi sempadan negeri. Sekali berjumpa dengan orang ramai pastinya diingatkan kepada soal dosa dan pahala.

"Ada kehidupan selepas alam dunia sekarang. Ketika itu duit tidak ada nilai lagi. Cuma yang dapat membantu kita ialah pahala," kata pemimpin itu setiap kali memulakan ceramah.

Kelainan dicetusnya ketika menyampaikan kuliah. Beliau tidak perlu menunggu selepas solat Maghrib untuk berkuliah. Setiap kali selepas mengimamkan solat fardhu, takzirah perkara pertama yang disebutnya.

Itulah kelainan dibawa Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik sejak 22 Oktober 1990. Tanggal 21 Oktober 1990 masih diingati gelombang seumpama tsunami membandai Kelantan. Kesemua 39 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dirampas PAS dengan rakan gabungan dalam Angkatan Perpaduan Ummah, iaitu Semangat 46.

Umno dan Barisan Nasional gagal mempertahankan sebarang ‘zuriat’ ketika itu. Begitu juga di peringkat parlimen. Kemunculan PAS bersama Semangat 46, Berjasa dan Hamim membuat BN kehilangan tapak di bumi Kelantan.

Tsunami politik ketika itu lebih hebat membandai berbanding Pilihan Raya Umum 1999 dan 2008 di Kelantan.

Bermula dari situlah slogan 'Membangun Bersama Islam' mulai menjadi buah mulut rakyat. Islam diperkatakan dalam setiap sudut dan ruang. Di tepi-tepi jalan mulai kelihatan perkataan yang bertulis 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahuakbar'. Papan tanda itu didirikan di tepi-tepi jalan di mana-mana sahaja.

Kerajaan negeri juga memperkenalkan dasar pentadbiran berteraskan kepada prinsip ubudiah (perhambaan), mas’uliah (akauntabiliti) dan itqan (akhlak).

Matlamat pembangunan bagi mencapai keseimbangan, memaju dan membangun sumber manusia, mengoptimumkan pengeluaran, tingkatkan kualiti hidup ke arah kesejahteraan hidup rakyat. "Langkah pertama yang saya lakukan sebagai ketua kerajaan negeri ialah memindahkan simpanan kerajaan negeri dari akaun riba kepada Bank Islam.

"Tindakan saya itu telah mengundang kemarahan tauke-tauke bank konvensional sehingga mereka datang berjumpa saya. Dan hari ini perbankan Islam berkembang pesat di seluruh negara," kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Pencapaian lain termasuk mewujudkan sistem pajak gadai Islam (Ar Rahn), menutup premis judi, mengawal penjualan arak, mengharamkan konsert, menubuh Tabung Serambi Mekah, Tabung Tok Kenali, mengamalkan cuti dua hari seminggu, melantik penghulu wanita, menguatkuasa etika berpakaian Islam di premis perniagaan.

Melarang papan tanda memperagakan wanita tanpa tutup aurat, meluluskan Enakmen Kawalan Hiburan, memperkenalkan bangunan berciri senireka Islam.

Selain itu, menubuh Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias), Maahad Tahfiz Al Quran, Maahad Tahfiz Sains, Pusat Pembanguan Pondok Bhd dan Kolej Pondok Darul Naim.

Dan beberapa tahun lalu memperkenalkan skim Takaful Kifaalah, Takaful Armalah, program Rumah Dhuafat, Dinar Emas Kelantan dan menggalakkan penanaman pokok depu.

Manakala program yang tidak kelihatan di negeri lain namun ada di Kelantan termasuk sambutan Hari Hudud, program Bulan Sembahyang dan Kota Bharu Bandar Raya Islam.

Segala dasar tersebut sebati di jiwa rakyat. Dan hari ini Kelantan menyambut ulangtahun ke-19 berada di bawah pentadbiran PAS. Ini bermakna sudah 19 tahun ulama menerajui sebuah kerajaan negeri.

Sedangkan sebelum itu, kebolehan ulama memimpin atau mengepalai kerajaan tidak dibuktikan. Sebagai meraikan kejayaan itu pada 15 November lalu diadakan program ceramah perdana. Program itu bermula dengan solat Maghrib yang diimamkan mudir Maahad Tahfiz al Quran Pulai Chondong, Ustaz Mansor Daud. Kemudian diadakan kuliah Maghrib oleh Adun Demit, Ustaz Mohamad Mustafa.

Menteri Besar pula mengimami solat Isya. Selepas itu diadakan solat hajat yang diketuai Ustaz Hussin Ibrahim dari Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas.

Program berkenaan mencatat sejarah apabila mempertemukan pemimpin utama Pakatan Rakyat di satu pentas. Kehadiran Penasihat Umum KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berjaya memancing ribuan penduduk tempatan hadir.

Dewan besar Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) penuh sesak dengan kehadiran orang ramai. Begitu juga di bahagian luar. Mereka yang datang lewat terpaksa meletakkan kenderaan sehingga 1 km dari bangunan Putik.

Kedatangan yang begitu ramai itu menandakan mereka sayangkan kerajaan PAS. Mereka mendokong pemimpin ulama yang ternyata berjaya membawa Kelantan sehingga dikenali di peringkat global.

Kit Siang menyifatkan kerajaan Kelantan cemerlang sehingga berjaya mengekalkan kerajaan lima penggal berturut-turut.

"Ini merupakan satu Indeks Prestasi Utama (KPI) bagi kerajaan PAS di Kelantan kerana berjaya mempertahankan kerajaan sehingga lima penggal.

"Kejayaan ini menjadi satu momentum bagi membolehkan Pakatan Rakyat meneruskan cabaran melangkah gagah ke Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang," katanya diiringi laungan takbir orang ramai.

Ahli Parlimen Ipoh Timur itu juga mempertikaikan kenyataan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak memberi wang ihsan kepada Kelantan, sedangkan apa yang termaktub dalam perjanjian ialah royalti minyak.

Menurutnya, bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussien pernah mengakui Kelantan ada hak mendapat royalti 5 peratus setahun sekiranya ada minyak sama ada di laut atau darat buminya. "Itu janji Tun Razak yang masih lagi tercatat dalam hansard parlimen. Hak rakyat Kelantan perlu dikembalikan kepada mereka," katanya.

Dato' Seri Abdul Hadi Abdul Hadi Awang pula berkata, rakyat Kelantan paling cerdik di negara ini kerana berani membuat perubahan politik sejak 19 tahun lalu. Katanya, rakyat di negeri-negeri lain perlu belajar daripada keberanian rakyat negeri ini merubah minda.

"Selepas hampir 19 tahun kemudian barulah rakyat di Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah mengikutnya dengan membuat perubahan politik," ujarnya.

Anwar pula dalam ucapannya mendesak Kerajaan Pusat patuh kepada undang-undang dengan memulang royalti minyak kepada Kelantan.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, sepatutnya Kelantan yang memberi wang ihsan daripada hasil minyak kepada Kerajaan Pusat dan bukan pusat memberi ihsan kepada Kelantan. Ini kerana hasil minyak itu milik Kelantan kerana didapati di bumi negeri ini.

"Sepatutnya kita yang bagi ihsan kepada pusat kerana minyak tersebut milik kita. Kita tidak halal kerana duit tersebut milik rakyat negeri ini," ujarnya.

Beliau juga memberi contoh pengurusan duit ihsan di Terengganu mengundang banyak bangunan yang dibina runtuh seperti bumbung stadium dan masjid. Tahun depan Kelantan bakal merayakan sambutan ulangtahun ke-20.

Ini bermakna 20 tahun Umno gagal dalam misi menawan Kelantan. PAS terus mencengkam ke akar bumi Serambi Mekah

Mimpi-mimpi sedih UMNO

Oleh: Shirzad Lifeboat

Pengalaman membaca buku UMNO: Akhir Sebuah Impian tentulah tidak sama seperti membaca, misalnya, The Audacity of Hope, tulisan Barrack Obama atau, pada skala lebih kecil, seperti membaca The Voice of Hope, yang memuatkan wawancara seorang wartawan Barat dengan Aung San Suu Kyi, ahli politik pembangkang Myanmar dan setiausaha agung Liga Kebangsaan Untuk Demokrasi, Burma.

Kalau tidak disebutkan secara eksplisit sekalipun, tentu sekali pemikiran dalam Audacity of Hope merangkumi pemikiran politik asas dalam bentuk perjuangan kemerdekaan (zaman George Washington), pertimbangan kemanusian dan kebebasan pengabdian manusia (era Abraham Lincoln), era konflik antarabangsa dan survival ekonomi ( tahun-tahun Franklin D. Roosevelt) dan era memperalatkan dunia Islam dalam Perang Dingin di antara Amerika Syarikat (serta sekutunya dalam NATO) dengan negara-negara Pakatan Warsaw (tajaan USSR) serta menjadikan apa sahaja tentang Islam sebagai kambing hitam media Barat (era Jimmy Carter sehingga George Bush Jr.)

Mudah sahaja bagi pembaca buku ini melihat bagaimana warna-warna gemilang politik sesebuah negara akhirnya dipaliti oleh tangan-tangan kotor mereka yang dirasuk ketamakan kuasa dan naluri kesyaitanan menyembelih sesama manusia (penyembelihan dalam erti kata literal ataupun sebaliknya).

‘Kita hidup dalam era kebimbangan dan ketakutan,’ nampaknya sudah menjadi semacam ungkapan biasa dalam kehidupan seharian kini.

Malah Dr. Mahathir sendiri, ketika menyampaikan ucapan beliau terakhir di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 2003, turut menyatakan perihal ketakutan ini: “Kita kini hidup dalam ketakutan, setiap seorang daripada kita. Kita takutkan pengganas dan pengganas serta penyokong mereka takutkan kita, kita takut untuk pergi ke negara tertentu, kita takutkan kelab malam, kita takutkan surat-surat, bungkusan dan kontena kargo, kita takutkan serbuk putih, kasut, orang Islam, pisau kecil, peralatan keluli untuk memotong dan sebagainya. Mereka, di pihak yang lagi satu takut kepada sekatan, kekurangan bekalan perubatan. Mereka takut terhadap penaklukan kententeraan...”

Ironisnya, di era Dr. Mahathir sendiri selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia, penjawat jawatan tinggi dalam Majlis Teringgi parti takut sekiranya mereka tidak di lantik untuk menganggotai kabinet atau digugurkan dari kabinet atas sebab-sebab yang hanya Dr. Mahathir dan Tuhan sahaja yang mengetahuinya.

Bagi yang sudah menjadi anggota Kabinet termasuk yang telah menunjukkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada beliau pula, mereka takut kepada prospek akan pada bila-bila sahaja digugurkan oleh beliau tanpa memberikan sebarang sebab. Dalam memoir ringkasnya berjudul UMNO: Akhirnya Sebuah Impian, bekas ahli Parlimen Pulai dan Menteri Penerangan serta Setiausaha Agung UMNO yang telah banyak menggunakan/atau menyalahgunakan rangkaian penyiaran kerajaan untuk melaksanakan latihan PR demi mempertingkatkan imej Dr. Mahathir (yang menurutnya mengalami keadaan yo-yo dari segi populariti politik termasuk di kalangan pemimpin dan ahli-ahli UMNO sendiri) di hampir sepanjang kerjaya beliau sebagai Menteri kementerian berkenaan mengesahkan ketakutan tersebut. Tok Mat mengenang pengalaman paling getir dan mengejutkan itu sebagai berikut:

Kali pertama saya dilantik ke jawatan itu (Menteri Penerangan) ialah pada tahun 1978 oleh Perdana Menteri Hussein Onn. Tetapi apabila Dr. Mahathir menggantikan Hussein, saya ‘diturunkan’ pangkat menjadi Duta Indonesia walaupun taraf saya tetap Menteri. Ini berlaku pada tahun 1982. Hanya apabila Dr. Mahathir dilanda krisis politik saya dikembalikan ke jawatan Menteri Penerangan pada tahun 1987. Lebih 12 tahun saya memegang jawatan itu. Yang masih saya ingat mungkin menganggap saya bersara dari politik pada tahun 1999 tetapi sebenarnya saya dibuang dari Kabinet oleh Dr. Mahathir. Saya ingat lagi bagaimana saya dipanggil ke pejabat Dr. Mahathir di mana dia memberitahu saya, “Mat, I nak gugurkan you.” Terdiam sebentar saya sebelum bertanya beliau, “Bila?” Jawabnya, “Sekarang juga.”

“Apa Datuk Seri boleh beritahu saya sebab-sebab saya digugurkan,’ tanya saya tetapi beliau diam sahaja.

Rakyat Malaysia memang sedia maklum akan hal seperti ini. Cuma Mohamed Rahmat mengupasnya dengan lebih terperinci.

Mungkin Dr. Mahathir tidak mengamalkan dinatism langsung sebagaimana yang dilihat umum telah diamalkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika menjadi Perdana Menteri, tetapi kediktatorannya di dalam kepimpinan UMNO malangnya tidak merangkumi penularan budaya politik wang dan amalan-amalan penajaan politik (political patronage).

Dan bukan itu sahaja malah Mohamed, selaku orang paling rapat dengan Dr. Mahathir serta selaku Setiausaha Agung UMNO menghuraikan bagaimanakah kelemahan mengesan dan seterusnya mengawal pembiakan budaya politik wang selama lebih 22 tahun ini akhirnya telah mengakibatkan hilang kepercayaan total orang Melayu dan penyokong bukan-Melayu terhadap UMNO pada Pilihanraya Umum ke-12, Mac 2008.

Tentu sekali ini hanyalah pendapat Mohamed Rahmat. Begitupun ia bukanlah pendapat sembarangan atau pendapat rambat, tetapi pendapat dari seorang tokoh UMNO yang pernah begitu rapat dengan Dr. Mahathir dan juga UMNO. Justeru sudah tentulah pendapat tersebut ada asasnya.

Dalam bukunya itu, Mohamed melihat imej Allahyarham Tun Abdul Razak pada Mohd Najib Tun Razak dan yakin Perdana Menteri kini itu boleh memulihkan semula imej UMNO yang sudah terpalit, bersememeh dan comot dengan cat-cat dan dakwat hitam serta tersasau terlalu jauh dari segala matlamat asas perjuangannya. Namun Mohamed akui dia tidak begitu rapat dengan Najib ketika mereka berdua sama-sama berada dalam kabinet satu ketika dulu.

Justeru apakah kemelut yang dicipta dan disemaikan oleh Dr. Mahathir (menurut Mohamed Rahmat) selama 22 tahun itu boleh dipulihkan seperti sediakala hanya dalam masa beberapa tahun Najib menjadi Perdana Menteri?

Dalam kata-kata Aung Sun Suu Kyi (dalam The Voice of Hope), “Intergriti politik bermakna hanya kejujuran dalam bentuk paling mudah dalam politik. Antara yang terpenting ialah jangan menipu rakyat. Mana-mana ahli politik yang memperdayakan rakyat demi partinya atau kerana merasakan berbuat demikian untuk rakyat, tidak memiliki intergriti politik.”

Berapa banyakkah lagikah intergriti politik yang masih berbaki pada UMNO? Atau apakah UMNO Akhirnya Sebuah Impian sebenarnya menuju ke arah UMNO: Berakhirnya Sebuah Impian?

Bila Nik Aziz Buat Semua Pertikai, Bila Umno Buat Semua Jadi Syaitan Bisu

Oleh: Tok Janggut

Heboh macam gempa bumi apabila Nik Aziz kata nak doa supaya Najib, UMNO dan penyokong UMNO hancur jika tak beri wang royalty pada Kerajaan Negeri Kelantan. Pemimpin UMNO termasuk mufti yang semua kemewahan dan gaji besarnya dibayar oleh UMNO mengutuk dan menghentam Nik Aziz dengan kata perbuatan itu haram dan berdosa besar.

Apakah penindasan dan kezaliman yang dilakukan oleh UMNO selama ini terhadap pembangkang itu tidak berdosa besar dan tidak haram?

Apakah dengan menafikan hak Negeri Kelantan dan negeri Terengganu (semasa pemerintahan PAS) dari mendapat wang royalty itu bukan kerja haram dan berdosa besar dalam Islam? Sedangkan dalam Islam jika mungkir janji dengan lisan pun sudah berdosa apatah lagi perjanjian dibuat secara bertulis yang berasaskan undang-undang.

Puak UMNO dan mufti dan juga tokoh-tokoh agama yang selama ini kenyang perut, gaji besar dan hidup senang hasil dari UMNO nampaknya sudah buta hati dan pekak telinga. Mengapa semasa pemimpin UMNO Pusat dan Negeri merampas hak royalty rakyat Negeri Terengganu dan Kelantan mereka membisu? Tak kata pun perbuatan kerajaan Pusat itu haram dan berdosa besar kerana mungkir janji, tidak amanah terhadap perjanjian yang telah ditandatangani bersama dulu?

Jika alasan minyak Kelantan dan Terengganu jaraknya jauh dari tiga batu nautika, di Sabah dan Sarawak pun sama juga jaraknya iaitu lebih dari tiga batu nautika. Jika alasan lain yang mengatakan Sabah dan Sarawak layak terima kerana semasa buat perjanjian dulu, telaga minyak itu berada kurang dari tiga batu nautika, maka Terengganu pun begitu juga keadaanya, mengapa dinafikan haknya?

Jika minyak di Kelantan jaraknya lebih tiga batu nautika dan tak layak terima royalty, mengapa dibuat perjanjian dulu. Jika dah tahu tak layak tapi dibuat juga perjanjian maka ini namanya kerja orang gila.

Dengan UMNO sekarang ini nampaknya tidak ada gunanya untuk bertolak ansur, pujuk memujuk atau berdoa untuk kebaikan. Kezaliman dan penindasan mereka sudah sampai ketahap yang maksima, mereka sudah jadi takbur, sombong, bongkak kerana sudah lama memerintah dan merasakan tiada siapa yang boleh menjatuhkan mereka.

Oleh itu cara yang terbaik ialah berdoa dan solat hajat beramai-ramai dan berterusan memohon supaya Allah hancurkan UMNO dengan penuh kehinaan. Itu saja jalanya dalam menghadapi kezaliman UMNO ini. Nak harapkan mufti, jakim atau pejabat agama nak nasihatkan UMNO, nak perbetulkan UMNO, jangan mimpilah malahan puak-puak ini pun sama bersubahat dan bersekongkol dengan kezaliman dan penindasan UMNO ini demi kerana perut, poket dan kereta besar. Mereka inilah penyebab UMNO jadi lebih sesat dan lupa dosa serta pahala.

Oleh itu, kita tak perlu layan kenyataan puak mufti, tokoh-tokoh agama yang cari makan dengan UMNO dan ulama-ulama upahan itu. Mereka ini kalau PAS buat salah cepat-cepat mereka hentam, tapi kalau pemimpin UMNO yang buat, berzina atau bunuh orang pun mereka ini jadi syaitan bisu.

Tak berani tegur. Dimana puak pengampu UMNO ini apabila UMNO (bukan BN kerana parti bukan Melayu tak sejahat UMNO) meroboh rumah rakyat miskin, meroboh masjid dan surau, merampas tanah orang Melayu dhaif, merompak harta rakyat, makan rasuah secara terang-terangan, terlibat dengan kilang arak, judi dan aktiviti persundalan dan bermacam lagi yang UMNO buat.

Tak haram dan tak berdosa besarkah semua ini? Agaknya kalaulah bekas Mufti Perlis itu menyokong UMNO secara terbuka atau mempertahankan UMNO seperti puak-puak ini, pasti mantan mufti itu tidak akan diambil tindakan, ditangkap atau dihentam sebegini teruk oleh ulama upahan UMNO sebagaimana UMNO melindungi Ayah Pin. Apa-apa pun sebagai golongan Islam yang sentiasa dizalimi dan ditindas oleh UMNO, marilah kita sama-sama solat hajat supaya UMNO lebih cepat hancur dan dihina oleh semua mahkluk langit dan dunia ini.

Yang ulama pengampu itu takut UMNO hancur kerana bimbang perut, poket, rumah besar mereka akan turut hancur dan hilang. Itulah sebenarnya syaitan bertopengkan manusia. Wallahualam.

Inul DiBenarkan Goyang Gerudi,Ketika Umat Islam Menyambut Aidiladha

Oleh Angkasanuri

Akhirnya cita-cita Inul Daratista untuk membuat goyang gerudi di Malaysia tertunai ketika umat Islam di negara ini sedang menyambut Hari Raya Aidiladha dan menghayati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim as.Bertempat di KL Live, Life Centre, Jalan Sultan Ismail, semalam Inul mengoyangkan 360 darjah gerudinya yang memukau kira-kira 5,000 penonton.


Persembahan itu diadakan secara percuma kononnya untuk pekerja Indonesia di negara ini.

Tiket percuma dan terhad kepada warga Indonesia bukan isunya. Isunya, ia diadakan di negara ini ketika umat Islam sedang menyambut Aidiladha. Persembahan Inul yang terkenal dengan imej aksi goyang gerudi dengan kelucahan melampau ternyata menghiris hati dan perasaan umat Islam di negara ini. S

iapa yang membenarkan persembahan itu diadakan di negara ini? Adakah kerajaan 1Malaysia yang diterajui Umno yang mendakwa mereka parti Islam tidak mengetahui bahawa Majlis Ulama Indonesia sendiri telah memberi fatwa bahawa goyang gerudi adalah haram?

Kenapa ulama Umno yang mengampu pemimpin mereka dalam isu doa Tuan Guru Nik Aziz senyap seolah-olah buta dan tuli dalam isu goyang gerudi ini? Adakah mereka sudah jumpa fatwa dan hujah yang menghalalkan dan mengharuskan goyang gerudi ini?

Adakah dengan membenarkan Inul membuat konsert di negara ini semalam merupakan salah satu syarat pengorbanan yang menjadi tuntutan dan ajaran Islam.?Jika itu syaratnya, maka dengan konsert ini semalam lengkaplah 'rukun' korban yang dilakukan oleh pemimpin Umno untuk tahun ini.
http://angkasanuri.blogspot.com/

Kisah Polis Tembak Pemuda di Perlis.

Oleh: Perfectwater75

Kisah benar yang diceritakan sendiri kepada saya oleh keluarga tersebut. Saya hanya menyampaikan dan tiada niat untuk melukakan mana-mana pihak sama ada tersurat mahupun secara tersirat…..Seperkara yang harus diambil perhatian, mangsa yang ditembak ialah seorang OKU yang cacat di bahagian kakinya akibat kemalangan jalanraya satu ketika duhulu.

(Cerita yang dikutip versinya dari Bapa kepada mangsa sendiri)

Pada pagi 14 November 2009, lebih kurang jam 6 pagi, terdengar orang mengetuk pintu, di rumah saya di alamat No. 2, Jalan Taman Intan, Belakang Istana Raja, 02600 Arau, Perlis. Setelah melihat melalui tingkap bilik, saya dapati mereka ialah polis yang datang untuk memberitahu bahawa anak saya MOHAMAD TAWFIQ BIN NOORZAN (selepas ini disebut sebagai Tawfiq) seorang yang dikategorikan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) yang bekerja sebagai Pengusaha Kedai Makan di Medan Rancangan Perumahan Awam Arau dan Balai Baru Beseri, Perlis telah membuat laporan di Balai Polis Arau bahawa beliau hendak ‘buat orang’ . Dalam lebih kurang 15 minit kemudian anak saya telah pulang kemudian terus masuk ke dalam rumah tanpa membuka kasutnya dan keluar semula dengan membawa pisau pemotong sayur dalam keadaan marah dan keletihan. Anggota polis yang berada di depan pintu rumah hanya memerhatikan sahaja tanpa mengambil sebarang tindakan awal bagi menghalang anak saya untuk keluar untuk bertemu dengan Rashidi (kawannya yang meninggalkannya di Alor Star). 2 orang anggota polis yang ada menyatakan mereka tidak berani untuk menghalang anak saya yang juga dikenali sebagai ‘Botak’ kerana mereka mengenali kelakuan beliau apabila berada dalam keadaan marah.

Lalu Tawfiq mengambil motosikalnya dan isteri saya masih memujuk Tawfiq supaya tidak meneruskan keinginannya. Jawab Tawfiq “ Jangan ganggu dia!” dia terus membonceng motosikalnya ke arah Guar Sanji. Saya pun keluar mengikut jejaknya dengan kereta pada jam 6.30 pagi dan mendapati motosikalnya ditinggalkan di tepi jalan lalu saya terus menuju ke arah Guar Sanji. Apabila sampai ke Guar Sanji, saya dapati beberapa anggota polis siap dengan sebuah kereta peronda dan sebuah kereta Proton Satria berwarna putih yang saya kenalpasti sebagai kepunyaan salah seorang anggota polis yang telah datang ke rumah saya. Lalu saya memarkir kereta saya. Saya lihat anak saya Tawfiq sudah berada di hadapan rumah Rashidi. Tawfiq memanggil keluar Rashidi dengan berkata “ Hang keluaq, kalau betui hang anak jantan!” Kemudian saya memujuk dia dan mengajak beliau pulang ke rumah tetapi dia menjawab ‘ Abah cakap senang, tak kena kat abah takpa la…abah tau apa, apiq (Tawfiq) yang tau, ni muka nak letak kat mana, apiq botak ni abah. Saya terus memujuk beliau. Dia menjawab, tang lari apiq tak lari, apiq nak selesai juga pagi ni.” La, abah pi balik”. Lebih kurang 6.45 pagi Saya pun mengambil keputusan untuk balik ke rumah untuk mengambil isteri saya dengan harapan dia dapat memujuk anaknya yang sedang marah itu. Lebih kurang, saya terus bertolak ke tempat kejadian bersama isteri..Lebih kurang 7.00 pagi, Saya dapati ada dua kumpulan anggota polis masing-masing berada di tepi jalan. Salah seorang angota polis itu memegang sebatang paip pvc putih. Saya tidak nampak kelibat anak saya berada di tempat kejadian.

Pada masa yang sama, Saya terdengar seorang anggota polis yang saya kenali sebagai Aidil menjerit untuk menanyakan patutkah kita keluarkan Rashidi? Rakan-rakannya menjawab “tak payah”. Selepas itu kami bergerak berjalan kaki sambil mencari kelibat anak saya dan saya terlihat anak saya berjalan kaki menuju ke arah landasan keretapi berhampiran dalam keadaan amat keletihan kerana dia dilihat rebah dan bangun semula dalam setiap beberapa langkah. Saya terus mengekori dalam jarak yang agak jauh tetapi masih nampak kelibat anak saya dan terus mengekori ke arah jejantas lebuh raya Arau. Kemudian kami kembali masuk ke dalam kereta untuk mengekori anak saya. Saya memandu kereta dan memarkir kereta di sebelah atas jejantas lebuh raya Arau. Kami turun dari kenderaan dan meneruskan usaha memujuk anak saya agar tidak meneruskan kemarahannya lagi. Taufiq tidak mengendahkan pujukan saya dan terus berpatah balik.

Sebaik sahaja melihat keadaan itu, saya dan isteri mengambil keputusan untuk membuat pusingan ‘U’ di atas lebuh raya sehala untuk mendapatkan Tawfiq dengan cuba mengikut kereta peronda polis yang turut bersama di atas jejantas tetapi agak terlambat. Sepanjang berada di atas jejantas, saya dapati tiada sebarang usaha memujuk yang dilakukan oleh anggota polis kepada Tawfiq untuk menyerah diri kepada polis. Ketika itulah saya terdengar bunyi dua kali tembakan secara berturut-turut(bukannya berselang dalam satu tempoh) dan pada ketika itu isteri saya berkata “abah, depa tembak dah anak kita” lalu pengsan. Sesampai saya di tempat kejadian. Kami menghentikan kereta dan bertemu dengan Ketua Polis Balai Arau yang saya kenali panggilan Tuan Jabar dan saya bertanya “ mana anak saya?!”. Beliau(Tuan Jabar) sambil memegang pisau pemotong sayur yang saya kenal sebagai pisau yang dibawa oleh Tawfik (sedangkan ia barang bukti dari tempat kejadian yang belum diproses kerana tiada pasukan forensik polis dilihat berada di tempat kejadian itu) menunjukkan isyarat mulut ke arah tubuh di tepi jalan dalam keadaan tertiarap dan tangan bergari di belakang yang kemudian saya kenali sebagai tubuh anak saya Tawfik.

Pada masa yang sama, saya terdengar suara salah seorang anggota yang saya tidak kenali menyatakan “Kami tembak di kaki”. Kemudian, saya terus bergegas menuju ke arah tubuh anak saya untuk memangku beliau. Isteri saya terus menyelak kaki seluar yang dipakai Tawfik untuk mencari kesan tembakan di kaki. Malangnya tiada sebarang kesan tembakan di kedua-dua belah kaki anak saya. Sebaik saya melihat ke arah badan Tawfik, saya dapati ada satu kesan darah di baju dan terus saya menyelak baju Tawfik dan saya dapati dengan jelas kesan satu tembakan di bahagian dada. Saya berkata “ tadi hangpa habaq kat aku tembak di kaki, tapi pasaipa hangpa tembak di dada?!!” Ni bukan nak bagi cedera tapi memang hangpa nak bunuh anak aku!!!” Saya bertanya lagi ‘ mana dia ambulan,bawa dia pi hospital” Sambil itu, kami memeriksa nadi dan tiada sebarang tindak balas, kemudian saya menyuruh Tuan Jabar mengarahkan anggotanya membuka gari di tangan anak saya. Jadi kemudian, ikatan gari dibuka tetapi hanya sebelah tangan sahaja. Selepas itu, saya lihat keadaan muka anak saya berlumuran dengan darah dan sekali lagi meminta kain untuk mengelap mukanya dengan harapan Tawfik dapat bernafas dengan sempurna kerana saya beranggapan Tawfik masih hidup ketika itu. Tuan Jabar menjerit kepada anggotanya “mana kain?, mana kain?”. Selepas itu, saya melaung sambil bertanya “ pasaipa hangpa biaq tang ni, pasaipa hangpa tak bawa pi hospital, mana ambulan, hangpa mai angkat cepat bawa pi.

Berikutan itu,Tuan Jabar mengarahkan anggotanya membawa masuk kenderaan Polis (Land Rover) yang sedia terdapat di dalamnya pengusung dan plastik hitam pembungkus mayat seolah-olah mereka telah merancang untuk menembak mati Tawfik. Anggota yang ada terus membawa turun pengusung tanpa membuat sebarang pengesahan kematian secara rasmi kerana tiada sebarang kenderaan ambulan dari hospital atau pusat kesihatan yang berdekatan dilihat berada di lokasi kejadian. Sepatutnya perlu ada satu pengesahan status anak saya yang ditembak sama ada masih hidup atau mati tetapi saya lihat tiada seorang pun yang melaksanakan Prosedur Pengesahan Status Kematian tersebut. Kemudian Land Rover Polis terus membawa tubuh anak saya ke Unit Kecemasan Hospital Tengku Fauziah Kangar untuk proses selanjutnya. Saya bersama isteri saya juga mengikut kenderaan polis menuju ke hospital tetapi gagal untuk mengekori kenderaan tersebut kerana ia dipandu laju.

Sesampainya saya di Unit Kecemasan HTF, saya merujuk kepada salah seorang petugas yang saya tidak ingat namanya di kaunter kecemasan bertanyakan tentang hal tentang pendaftaran kemasukan sebarang kes melibatkan orang awam ditembak polis tetapi jawapan yang saya terima ialah tiada dan diberitahu pada kebiasaannya kes sebegitu biasanya terus dirujuk ke Unit Forensik HTF. Saya pun terus pergi ke unit berkenaan untuk mengetahui prosedur selanjutnya.

Saya melihat sekumpulan anggota polis sudah berada di perkarangan rumah mayat HTF pada pagi kejadian. Selepas itu, saya bertanya kepada setiap anggota polis yang ada di situ siapa yang menembak anak saya, lalu saya telah ditunjukkan kepada anggota yang menembak anak saya, selepas mengecamnya saya terus ke balai polis untuk membuat laporan polis berkaitan keseluruhan kejadian. Setibanya di IPK Perlis di Kangar, saya telah diganggu privasi ketika hendak membuat laporan polis yang pertama. Terdapat terlalu ramai anggota polis di kaunter laporan yang mengerumuni di meja penerima laporan silih berganti dan membaca laporan yang saya adukan.

Selepas selesai membuat laporan polis, saya terus dipanggil oleh seorang pegawai penyiasat di tingkat dua yang berbaju preman untuk mengambil kenyataan saya. Setelah habis memberikan kenyataan, saya terus ke Unit Forensik HTF untuk melihat dan menuntut mayat anak saya. Ketika itu, saya dimaklumkan sesi autopsi masih belum berjalan kerana menantikan kehadiran Pakar Forensik Hospital Sultanah Bahiyah Dr. Mohd Suhani bin Mohd.Noor yang terlewat kerana baru menyelesaikan kes di Pulau Pinang lebih kurang jam 5 petang. Saya terkejut bila ditanya oleh pakar yang berkenaan penjelasan prosedur berkaitan oleh Polis sedangkan tiada sebarang taklimat atau sesi penjelasan berkenaan kes anak saya yang ditembak polis ini.

Dari pengamatan saya, banyak prosedur telah dilanggar oleh pihak polis berkaitan proses dan prosedur bedah siasat mayat yang berkaitan kes seumpama ini terutamanya makluman awal kepada pakar forensik tentang masa kejadian berlaku, prosedur imbasan X-ray telah dibuat awal sebelum mendapat kebenaran daripada pakar yang berkenaan menyebabkan prosedur kedua imbasan x-ray dilakukan, makluman pihak polis kepada pakar forensik menyatakan bahawa sesi taklimat dan penjelasan kes sudah diberikan kepada waris si mati sebelum proses bedah siasat dijalankan. Akhirnya, saya memohon kepada Pakar Forensik agar ketelusan dalam proses yang berkenaan. Selepas mendapat jaminan ketelusan daripada pakar forensik tersebut saya pun keluar dari bilik pejabat am di Unit Forensik HTF.

Setelah selesai ‘post-mortem’ si mati, saya dipanggil oleh Doktor Pakar Forensik dan menyatakan keputusan forensik seperti berikut: Sebab kematian pertama akibat tembakan peluru terkena jantung dan mati serta-merta, seterusnya ada kesan trauma pukulan di bahagian belakang tubuh mangsa dan yang ketiga ada kesan gari yang jelas di kedua-dua tangan si mati. Selepas itu saya menunggu proses akhir bedah siasat dan seterusnya kerja memandikan dan mengkafankan anak saya sebelum saya menuntut mayat untuk di bawa pulang ke kediaman saya.

Saya membuat laporan ini kerana mendapati terlalu banyak percanggahan dalam laporan dan kenyataan oleh pihak yang berkenaan dalam siasatan kes ini.

1) Saya memohon ruang keadilan yang saksama diberikan kepada saya dan tidak diganggu emosi oleh rondaan anggota polis di sekitar kawasan rumah saya setiap hari sejak kejadian tersebut.

2) Saya amat terganggu dengan cara mereka mengeluarkan kenyataan yang tidak selari dengan fakta di tempat kejadian. Kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh pihak polis jelas meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada Tawfiq sedangkan dia belum disabitkan sebarang kesalahan dan tindakan polis hanyalah kerana beberapa prosedur yang mereka sendiri tidak patuhi selama menyelesaikan kes berkenaan.

3) Perlu diingat Si mati Tawfiq ialah seorang OKU kerana kecacatan kekal di bahagian kakinya tidak memungkinkan beliau melakukan kerja yang berat dan apatah lagi dalam keadaan keletihan setelah berjalan kaki dalam tempoh yang lama dilihat tidak mampu mengancam polis.

4) Polis sengaja mereka cerita secara tidak berasas untuk melindungi anggotanya yang tidak mengikut prosedur kes.

5) Polis jelas berbohong bila menyatakan mereka melepaskan tembakan amaran kerana dari pendengaran saya di tempat kejadian jelas dua das tembakan yang dilepaskan polis secara berturut-turut dan bukan diselangi waktu yang tertentu.

6) Polis juga gagal untuk mengambil sebarang tindakan awal membendung kejadian ini apabila menerima laporan yang dikatakan dibuat oleh Tawfiq sendiri di Balai Polis Arau pada awal hari kejadian.

7) Ketiadaan ahli forensik di tempat kejadian menyebabkan banyak barang kes termasuk pisau yang dibawa Tawfiq diusik dan mungkin diubah, jelas tidak mematuhi peraturan dalam melaksanakan prosedur kerja termasuk pengesahan kematian suspek yang ditembak di bahagian dada. Pihak polis dilihat sudah menyediakan kelengkapan untuk membawa ‘mayat’ dan bukannya bersedia menyediakan pasukan perubatan dari hospital atau pusat kesihatan yang terdekat jika tujuan mereka hanya hendak meleraikan amukan suspek. Buktinya mangsa tembakan terus dibawa ke Unit Forensik dan bukannya Unit Kecemasan. SIapa yang mengesahkan kematiannya ‘dalam perjalanan’?

8) Keadaan tangan yang bergari menimbulkan persoalan sama ada suspek digari sebelum atau selepas ditembak. Ini jelas menjadi keraguan kerana tembakan di dada boleh menyebabkan kematian serta-merta dan apa rasional mangsa tembakan digari selepas ditembak dan dibiarkan tersembam muka di tanah dengan berlumuran darah di bahagian muka?Apa juga rasional mangsa ditembak dalam keadaan bergari jika prosedur menggari suspek dilakukan sebelum ‘nyawanya diambil’?

9) Suspek dilihat sudah tidak bermaya untuk melangkah dan rebah beberapa kali sebelum ditembak. Apakah prosedur yang dipatuhi polis untuk menangani kes sebegini? Perlu diingat, suspek berjalan kaki sejauh lebih 50 kilometer dari Alor Star dan tidak berehat. Mustahil suspek mempunyai tenaga ‘superb’ untuk terus bertahan kekuatan fizikalnya untuk meneruskan ‘amukannya’?

10) Kenapa bilangan anggota polis yang lengkap dengan senjata tidak mampu dan gagal menangani seorang yang disyaki hanya membawa sebilah pisau pemotong sayur yang sudah keletihan dan tidak bermaya?

11) Kenyataan awal dari anggota polis yang datang ke rumah keluarga suspek menyatakan mereka tak mampu untuk mengambil tindakan menahan suspek kerana cukup mengenalinya bila berada dalam keadaan marah jelas menyalahi etika professionalisme polis yang bertugas menjaga keselamatan dan keamanan rakyat.

12) Kenyataan akhbar yang dipetik dari makluman polis jelas menjatuhkan maruah keluarga dan suspek sendiri kerana kami sudah dihukum tanpa bicara terlebih dahulu. Soal komersial atau sensasi sepatutnya tidak menjadi keutamaan mana-mana pihak dalam kes sebegini kerana maruah sepatutnya menjadi keutamaan. Polis sepatutnya meneliti keseluruhan fakta sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan bersifat ‘mempertahankan diri’ demi imej dan reputasi pasukan polis. Barulah integriti POLIS DIRAJA MALAYSIA sebagai pasukan yang diamanahkan menjaga ketenteraman awam di Malaysia lebih dihormati.

p/s: Ketelusan semua pihak amat perlu untuk menegakkan keadilan. Kita sama-sama tunggu hasil SIASATAN DALAMAN yang akan dikeluarkan nanti (khabar terbaru menyatakan Menteri KDN telah mengarahkan kes ini disiasat tanpa prejudis demi mengelakkan tanggapan buruk kepada integriti polis)). Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Ar-Ruh Mohamad Tawfiq Noorzan… Aaamiiin…….

honouring our agreements

The Government has now responded to Kelantan’s claim to a portion of the profits derived from petroleum resources extracted offshore by PETRONAS.

Its response violates the letter and the intent of a solemn agreement signed between each State Government and PETRONAS under the Petroleum Development Act.

That agreement is made out in language simple enough for a schoolboy to understand, in both Bahasa Malaysia and English.

The Constitutional rights of the people of Kelantan are denied. However this has implications far beyond Kelantan:

1) It negates an agreement signed between the Kelantan Government and PETRONAS. By implication, it negates identical agreements signed by PETRONAS with every other state and deprives the people of their constitutional rights.

2) The Government’s refusal to recognize a straightforward contractual obligation on PETRONAS’s part puts a question mark over the status of oil payments due to the other oil-producing states. The States’ rights to 5% of profit derived from the extraction of any petroleum resources is based on a quid pro quo according to which the States vested entirely and in perpetuity all their rights and claims to petroleum resources to PETRONAS. In return for this PETRONAS is legally bound to pay the states the 5% directly

3) If PETRONAS no longer recognises its legal obligation to pay the States what is due to them under the Petroleum Development Act, the States, and in particular Sabah and Sarawak, will now wonder if the corresponding Vesting Deed by which they vested all their rights in their petroleum resources to PETRONAS remains in force.

4) The Government’s response substitutes for PETRONAS’s legal obligations under the Petroleum Development Act an arbitrary “compassionate payment” from the Federal Government. This casts serious doubt on the Malaysian Government’s respect for the sanctity of contracts and the rule of law. Let’s not talk about spurring investment to take our economy to a higher level if we fail to understand the importance of abiding by contractual obligations.

I helped craft and negotiate the Petroleum Development Act. As Chairman of Petronas, I signed separate and identical agreements in respect of these payments with each of the Mentris Besar of the States. I must insist that PETRONAS is bound by them and that the Federal government should not interfere in their fulfillment.

Tengku Razaleigh Hamzah

Member of Parliament, Gua Musang



I will discuss my response to the proposed parliamentary caucus on this issue in my next posting.

I last wrote on the issue of Kelantan’s right to oil payments in my letter to the Mentri Besar of Kelantan in July this year. PETRONAS was formed to unite the country under a single and simple formula for sharing the bounty of our petroleum resources. Any unraveling of this formula could have serious consequences for our Federation.

http://razaleigh.com/

Kenapa Pemimpin Umno Beria- Ia Mempertahankan BTN ?

Oleh Angkasanuri

Sehari dua ni polemik tentang BTN hangat diperkatakan. Setakat ini pimpinan Pakatan Rakyat sama ada dari PAS, PKR dan DAP sebulat suara dan senada meminta BTN dimansuhkan. Bagi mereka yang pernah menghadiri kursus BTN mengakui bahawa BTN merupakan program perkauman dan propaganda politik murahan Umno.


Jadi langkah kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengharamkan BTN ibarat menggugat segala kempen dan kempen murahan Umno terutama terhadap pelajar pengajian tinggi yang baru menamatkan pengajian atau kepada kakitangan kerajaan yang baru berkhidmat.

Saya merupakan pelajar IPTA yang terselamat dari program BTN. Walaupun sebelum ini pernah diugut oleh pihak pentadbiran universiti bahawa jika tidak mengikuti kursus BTN akan berhadapan kesukaran untuk mendapat kerja. Ternyata itu semua cuma pembohongan dan taktik lapuk semata-mata. Bagi rakan-rakan yang pernah mengikuti BTN rata-rata meluahkan rasa kesal kerana BTN dijadikan alat UMNO untuk 'membasuh' pemikiran supaya menyokong Umno.

Jadi tidak hairanlah hanya Umno sahaja yang beria-ia dan bermati-matian mempertahankan BTN. Manakala pimpinan MCA,MIC dan Gerakan serta komponen BN yang lain hanya membisu dan tidak mengulas apa-apa tentang kewajaran BTN diteruskan.

Gelagat pemimpin Umno menggunakan BTN untuk kepentingan politik sempit sebenarnya tindakan terdesak dan menyalah gunakan duit rakyat yang menjadi pembayar cukai. Tindakan berkenaan bukan sahaja tidak beretika tetapi juga melampaui batas. Jika mereka berani sila buat kajian atau tinjauan berapa peratus rakyat negara ini yang bersetuju kursus BTN diteruskan dan berapa peratus yang setuju Umno menggunakan duit rakyat sebagai sumber menyebar propaganda mereka.

Untuk makluman pembaca blog dan pemimpin Umno yang beria-ia mempertahankan BTN, saya baru-baru ini telah diundang untuk menyertai satu kumpulan 'think tank' untuk menjadi penceramah kepada kakitangan kerajaan yang baru berkhidmat dan pelajar universiti yang sedang mengikuti pengajian di pusat pengajian tinggi. Apa yang lebih melucukan saya melepasi tapisan keselamatan dan senarai penceramah yang 'black list' pro pembangkang.Saya diminta agar 'membasuh' pemikiran kedua-dua golongan ini supaya menyokong kerajaan (Umno@BN). Insyaalllah saya akan guna kesempatan ini untuk menjelaskan betapa teruknya kerajaan umno@BN yang ada sekarang yang menjadi penyumbang kepada pelbagai masalah dan kegawatan sosial, politik dan ekonomi yang melanda negara.

http://angkasanuri.blogspot.com

Jangan sampai anda pula dibodohkan

Mohamad Shah


Saya Mohamad Shah berasal daripada Dungun Terengganu, bekas anak tahanan ISA 1984, amat tidak senang dengan berita yang disiarkan oleh Malaysiakini tentang penyataan berikut: "Ayahanda telah tua dan keletihan. Dia telah memberi yang terbaik. Jika suatu hari dia menyebut hasrat meletakkan jawatan, jangan ada yang bodoh datang mengatakan tidak dan jangan," tulis Nik Abduh Nik Aziz dalam blognya semalam.

"Jika tidak, saya akan memanggilnya, 'Wahai si bodoh!'," tulis Nik Abduh Nik Aziz yang juga exco Dewan Pemuda PAS pusat.

Dalam keadaan orang orang Islam dan perjuangan Islam diserang dari segenap penjuru sama ada di negeri Kelantan Malaysia malah dunia, masih adakah orang seperti Nik Abduh, seorang anak ulama besar yang disanjung mengatakan jika seseorang yang meminta bapanya tidak meletakkan jawatan.

Wahai Nik Abduh. Ustaz Nik Aziz itu bukan hak tuan, dia hanya dipinjamkan Allah dilahirkan ke dunia untuk memimpin dan pemimpin bagi umat manusia sama ada Islam atau bukan Islam di atas muka bumi ini. Cuma Ustaz Nik Aziz adalah perantara di alam istillah sunatullah.

Selepas Nabi Besar Muhammad wafat, di sambung oleh para sahabat diikuti para ambia dan berbetulan Ustaz Nik Aziz itu seorang alim, warak serta berpandukan al Quran, Hadis Nabi maka dia adalah hak umat manusia. Bukan hak Nik Abduh sahaja.

Apakah Nik Abduh bersedia apabila dipadang mashyar kelak untuk menjawab bahawa dia adalah penghalang umat Islam meminta Ustaz Nik Aziz berkhidmat untuk umat Islam dan manusia.

Kalau Ustaz Nik Aziz selalu mengambil pengiktibaran daripada kisah Rasullah, adakah di zaman Rasullah anak-anak Baginda melarang Rasullah meneruskan penyebaran dan penyampaian Islam kepada manusia?

Tak pernah pula saya terbaca anak Rasullah melarang ayahnya meneruskan Baginda menyampaikan Islam semasa Baginda sakit. Adalah baik
Nik Abduh mengambil pengiktibaran daripada seorang Imam di Kampung Sura Tengah Dungun, Arwah Imam Haji Razali apabila ditanya oleh anaknya,
"Ayah sampai bila ayah akan menjadi imam sedangkan ayah dah tua dan sakit" apakah jawapan seorang imam yang tidak bertaraf ustaz dan ulama kepada anaknya, "Ayah akan terus menjadi Imam sehingga ayah mati"

Apakah pengiktibaran yang Allah berikan kepada umat Islam dikampung itu
Imam Haji Razali sempat mengimamkan solat Jumaat terakhir dalam hidupnya dan sebelum beliau meninggal dunia ini pun beliau meneruskan solat walaupun berada di katil hospital.

Oleh itu perkataan "Bodoh" atau tidak cerdik yang diguna pakai oleh Nik Abduh adalah perkataan orang yang tidak cerdik tentang perhitungan hidup mati, ketuhanan dan Islam. Perlu di ingat Nik Aziz hebat bukan kerana nama dia Nik Aziz, tetapi kerana perjuangan, pengucapan, cara hidup, amal ibadatnya mengikut Islam. Mereka yang bakal meminta Ustaz Nik Aziz meneruskan khidmatnya bukannya "Bodoh" tetapi mereka yang bakal meminta Nik Aziz meneruskan khidmatnya adalah mereka yang cerdik serta berpandangan jauh dalam meneruskan perjuangan Islam serta menyambung seruan Rasulullah saw.

Yang demikian Nik Abduh jangan bongkak, kerana sejarah menunjukan anak isteri para nabi ada yang menentang seruan Allah, jangan sampai Nik Abduh tergolong di kalangan mereka itu.

Sekian terima kasih.

BTN vs 1 MALAYSIA

Membicarakan tentang Biro Tata Negara (BTN) semestinya kita akan dapat menduga apakah peranan disebalik egensi yang ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri ini. Semenjak dari dahulu lagi BTN berperanan menyuntik semangat kebangsaan kepada peserta yang hadir ke kem-kem BTN yang mereka anjurkan. Pada masa yang sama BTN juga berperanan mendendangkan agenda kepimpinan negara. Bermula dari Wasawasan 2020 yang diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahadhir Mohamad, kemudiannya Islam Hadhari oleh Tun Abdullah Badawi dan kini mungkin 1 Malaysia oleh DS Najib Tun Razak akan menjadi modul utama BTN.

Selain dari menyuntik semangat kebangsaan dan menerangkan agenda kerajaan, BTN juga mengambil kesempatan untuk memburukkan individu-individu tertentu yang dianggap menentang dasar-dasar kerajaan. Mereka terdiri dari pemimpin-pemimpin parti politik pembangkang dan juga pertubuhan-pertubuhan yang dianggap mengancam keselamatan negara seperti JI, HINDRAF dan lain-lain. Sebenar mana kenyataan ini, hanya mereka yang pernah mengikuti kem-kem BTN sahaja yang mampu menjawabnya.

Namun, kelahiran idea 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh DS najib Tun Razak (idea asal dari DS Anwar Ibrahim) seolah-olah memperlihatkan agenda BTN untuk menyuntik semangat kebangsaan agak bertentangan dan mungkin terhalang. Masakan tidak, 1 Malaysia memaparkan kesamarataan kaum di Malaysia manakala fungsi asal BTN menekankan semangat kebangsaan Melayu.

Kerajaan PR dan BTN

Tindakan kerajaan negeri Selangor yang menghalang kakitangan mereka untuk mengikuti kursus BTN adalah merupakan satu langkah bijak. Ini adalah kerana peranan BTN akan menyebabkan kakitangan Selangor termakan dengan hasutan yang disuntik kepada mereka, dan akhirnya menyebabkan kerajaan negeri berada dalam keadaan terancam. Tindakan kerajaan Selangor ini perlu juga dilaksanakan dikesemua negeri-negeri Pakatan Rakyat.

BTN umpama gunting dalam lipatan yang telah diresapi oleh agenda UMNO/BN untuk terus menaburkan fitnah dan hasutan terhadap kekitangan awam dan juga tidak terlepas golongan mahasiswa. Bagi mereka yang menentang dan menunjukan sikap tidak bersetuju di dalam sesi BTN akan di cop sebagai orang pembangkang yang akhirnya boleh menyebabkan kursus beliau mungkin akan gagal.

BTN dan halatuju

Merujuk kepada laman sesawang BTN, kursus kenegaraan adalah bertujuan untuk mencapai objektif-objektif berikut:

1. Untuk memberi pendedahan dan pembentukan ketahanan diri anggota perkhidmatan awam dari segi fizikal dan mental bagi meningkatkan patriotisme kepada negara dan kerajaan;

2. Untuk memberi penjelasan tentang pengurusan disiplin dan pembentukan sahsiah anggota perkhidmatan awam dalam menjalankan tugas;

3. Untuk memupuk sikap, nilai-nilai murni dan etika kerja cemerlang di kalangan semua anggota perkhidmatan awam; dan

4. Untuk memenuhi sebahagian daripada Tahap Kecekapan 1 di bawah Penilaian Tahap Kecekapan bagi skim perkhidmatan yang berkaitan.

Rujuk Disini


Namun apa yang berlaku, selain dari objektif di atas, BTN juga berperanan mengambil alih tugas UMNO/BN dalam suasana politik negara. Peranan tersembunyi inilah yang menjadi penghalang kepada kejayaan kursus BTN.

Sepatutnya BTN harus bersifat nuteral dan tidak mencampuri urusan politik negara. Ianya perlu di kendalikan oleh mereka yang layak dan tidak ‘bias’ dengan mana-mana agenda politik. BTN juga harus menjadi tonggak menyampaikan kefahaman Islam kepada peserta tanpa mengira kaum. Selain dari itu ianya wajib menjadi agensi yang melaksanakan agenda perpaduan kaum berasaskan Rukun Negara dan bukannya berasaskan parti politik.

Laman utama BTN boleh dilayari disini.

Eidul-Adha dan cabaran terhadap ummah

Oleh ABDUL SHUKUR HARUN

Ketika ini jamaah haji sedang berkumpul untuk wukuf di Arafah, puncak dari pekerjaan ibadah haji. Selepas selesai menunaikan segala rukun dan sunatnya, merekapun akan pulang ke tanah air masing-masing, disambut gembira oleh keluarga dan sanak saudara.

Mudah-mudahan saja mereka mendapat haji mabrur, yang diterima dengan segala keredhaan Allah s.w.t. Itulah harapan setiap para hujjaj. Hendaknya mereka pulang tidak sekedar membawa gelar haji dan hajah, air zam-zam, sejadah, kurma dan tasbih, tetapi juga membawa pulang hati yang jernih, yang berbekalkan kesedaran mendalam mengenai kekuasaan Allah s.w.t. Lebih dari itu kesedaran akan nasib umat di pelbagai belahan dunia ini

Mudah-mudahan saja perhimpunan musim haji ini tidak sekedar ritual peribadi, atau berbentuk ibadah khusus peribadi, tetapi ia menjadi muktamar tahunan ummah sedunia yang memikirkan masalah dan nasib mereka sepeninggalan Nabi s.a.w. lebih dari 1,400 tahun lalu. Mudah-mudahan saja ketika merenung dan mendaki Jebal-Rahmah di tengah jantung Arafah itu, para hujjaj mengingati kembali pesan-pesan Rasulullah s.a.w. dalam khutbah terakhir dan selamat tinggalnya, yang mengingatkan umat mengenai kewajipan mereka mempertahankan agama Tauhid ini dengan segala yang ada pada mereka.

Memang wajar umat ini diperingatkan selalu mengenai pesan-pesan Rasulullah s.a.w. itu, lebih-lebih lagi di zaman kini, di mana mereka menghadapi cabaran dari segenap penjuru yang amat berat, sedangkan mereka sangat lemah untuk menghadapi cabaran seberat itu.

Di sinilah saya mengingat kembali pandangan ulama tersohor dari benua kecil India, Maulana Abol Hasan Ali An-Nadawi dalam bukunya ‘Derita Dunia Akibat Kemunduran Umat’, dengan mengingatkan:

“Fenomena keterbelakangan umat Islam ini tidak terjadi di dalam sehari, melainkan selama beberapa kurun waktu secara perlahan-lahan. Oleh sebab itu dunia tidak memberikan perhatian yang sungguh-sungguh terhadap fenomena besar itu kerana pada hakikatnya mereka tidak memiliki barometer yang meyakinkan bagi kebahagian dan penderitaan umat manusia.”

Beliau seterusnya berkata, keterbelakangan umat Islam, runtuhnya kedaulatan negara Muslim dan terburainya kekuatan umat Islam – sebagai umat yang membawa misi para nabi dan rasul - dan kedudukan umat Islam sebagai anggota tubuh yang sihat, bukan semata-mata keterbelakangan sebuah kelompok bangsa, tetapi bererti berakhirnya misi yang bertindak sebagai roh bagi hidup matinya umat manusia.

Keterbelakanggan umat Islam juga, kata An-Nadawi, bermakna runtuhnya pilar agama dan kebangkitan kehidupan insan di dunia. Seterusnya beliau bertanya pula kemungkinan apa gerangan yang akan terjadi andainya umat Islam bangkit semula dari tidur lena mereka dan memimpin semula kehidupan manusia di dunia ini.

Abol Hasan Ali An-Nadawi seterusnya mengajak umat, termasuk para jamaah haji sedunia, seperti yang diutarakannya dalam bukunya itu, supaya bersama memikirkan hal ini, sama ada sebelum atau sesudah mereka menunaikan fardhu haji di Tanah Suci.

Setiap tahun berjuta-juta umat Islam telah menunaikan fardhu haji di Tanah Suci di mana jumlahnya bertambah dan terus bertambah setiap tahun. Ada statistik menunjukkan jumlah umat Islam seluruh dunia bertambah antara 15 hingga 20 peratus tiap tahun, melebihi kadar pertumbuhan orang bukan Islam.

Dari aspek jumlah ini memang sangat mengembirakan, terutamanya apabila didapati jumlah umat Islam di Eropah dan Amerika bertambah dengan pantasnya dibandingkan dengan penduduk asal benua itu. Namun bagaimana dengan qualiti keseluruhan umat Islam yang sebanyak itu. Sudahkah kita lupa akan ingatan Nabi s.a.w. bahawa “Jumlah umat ini begitu ramai, tetapi ia seperti buih”. Ia sudah tentu mudah beterbangan dan hilang. Tentu sekali benar hadis Rasulullah s.a.w. ini.

Di negara ini sendiri, jumlah umat Islam terus bertambah dengan banyaknya dan ini memang membanggakan. Namun masalah yang menyerkupnya semakin komplek dan mencemaskan dengan pelbagai cabaran berat dihadapinya. Mereka terperangkap dengan pelbagai dogma, kejahilan, kemiskinan, kejumudan, keangkuhan, keruntuhan akhlak dan segalanya.

Diikuti pula dengan masalah sama ada hendak mempertahankan kaumnya atau agamanya, atau mempertahankan kedua-duanya sekali. Pada hal ajaran Islam telah menekankan bahawa Islam mampu menyelamatkan segala-galanya, termasuk suku bangsa dan kaum. Di tengah-tengah itu ada juga masih dibelenggu dengan semangat perkauman yang sama sekali tidak menjamin keselamatan mereka.

Kita yakin para hujjaj kita yang sedang berada di Arafah sambil merenung Jebal-Rahmah yang bersejarah itu akan sentiasa terkenang akan pesan Nabi s.a.w. supaya kehidupan mereka jangan terpisah dari panduan Al-Quran dan Sunnah jika mereka mahu selamat di dunia dan akhirat. Para ulama pun, pada setiap kesempatan, tidak putus-putusnya mengingatkan ini.

Al-Haramain dengan segala isinya adalah manifestasi keunggulan Islam yang telah diperjuangkan oleh generasi pertama umat ini pimpinan Rasulullah s.a.w. bersama para sahabat setia, pelbagai keturunan dan warna kulit. Bagaimana pengorbanan para sahabat itu yang berakhir dengan syahid di medan Badr, Uhud, Khandak, Tabuk dan pelbagai medan perang lagi, semata-mata untuk menegakkan risalah Tauhid yang agung ini.

Para hujjah sewajarnya merenung semuanya ini untuk mengambil pengertian bahawa demikianlah sukarnya perjuangan menegakkan Islam yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat. Justru sewajarnya setiap umat Islam berkewajipan melindungi dan mempertahankan Islam ini semurni-murninya.

Tidak syak lagi, cabaran yang dihadapi oleh generasi pertama Islam itu sebanyak sedikit berbeza dengan cabaran yang dihadapi oleh umat Islam masa kini. Namun apapun bentuk cabaran ia adalah manifestasi yang menguji ketahanan akidah umat ini.

Kepada para hujjaj yang akan berangkat pulang ke tanah air tidak lama lagi, mari kita mengucapkan tahniah dan rasa syukur kepada Ilahi kerana mereka telah menunaikan kewajipan sebagai umat Islam.

Kewajipan itu tidak berhenti di situ saja, tetapi berterusan untuk membela agama ini.

Rupa Suami Rosmah Bangang!

"Apa juga nama yang diberi, royalti atau wang ihsan, jumlahnya tetap sama. Dan rakyat Kelantan yang akan terima, bukan kita akan guna untuk tujuan lain."kata Suami Rosmah

Arak tidak dijual secara terbuka di Kedah

ALOR SETAR - Penjualan arak secara terbuka di kedai serbaneka dan runcit tidak berlaku di negeri ini berikutan dipantau ketat oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Pekerja Ladang dan Perpaduan, Lim Soo Nee berkata, sehingga kini tiada laporan berhubung penjualan arak secara terbuka dilaporkan berleluasa di negeri ini, termasuk di kedai 7 Eleven, seperti yang didakwa sebelum ini.

“Hanya penjualan bir sahaja yang dibenarkan. Oleh itu, jangan salah faham apa yang dimaksudkan dengan bir dan arak. Ianya tertakluk kepada bidang kuasa KPDNKK dan Pihak Berkuasa Tempatan dan bukannya peraturan Eksais,” katanya.

Soo Nee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kulim berkata, pihaknya memandang serius isu ini kerana berkait dengan sensitiviti masyarakat setempat, dan pemantauan dibuat setiap masa di kedai-kedai terbabit.

“Jabatan Agama Islam Kedah boleh membuat aduan sekiranya ada peniaga yang menjual minuman keras ini dan jika membabitkan umat Islam, ia di bawah bidang kuasa pejabat agama. Kita akan bekerjasama untuk menangani isu ini supaya adil kepada orang Islam dan bukan Islam,” katanya.

Close down BTN if Najib serious, sincere and genuine about the 1Malaysia

http://blog.limkitsiang.com

When he became Prime Minister seven months ago, Datuk Seri Najib Razak came out with the slogan of 1Malaysia.

It was an admission of the failure of 52-year nation-building to create a Malaysian citizenry forged by a common Malaysian consciousness and identity, transcending their ethnic, religious, cultural and linguistic differences.

The Biro Tata Negara (BTN) is one important factor for this failure in Malaysian nation-building.

In Parliament in March this year, I read out an indignant email from a recent participant in BTN course, on how BTN operated as the propaganda arm of UMNO, pumping communal poison instead of spreading the message of national unity.

The complaints against the BTN included:

Their purpose is to convey THEIR Message to us but I think they are absolutely wrong. It made us more irritable towards BN government and make us more stronger to vote opposition.
Here are their messages:

1.Kontrak sosial about Kerakyatan and Hak Istimewa Orang Melayu Effects : Non Malay should appreciate and cannot expect more. They use Malay toleransi us and also “Terhutang Budi terhadap mereka”

2. The country is not safe after 308. The government is not strong enough to maintain the safety. The oppositions is creating chaos in the country . They give a lot of examples. If we continues like this, it might explode another 513 or war in Malaysia like in Iraq. They shows us the pictures and videos of Iraq. Therefore we need to vote BN for the peace

3.To protect Islam and Malay special rights Malays have to bersepadu for Ketuanan Melayu

4.Indians and Chinese contribute nothing to this country. It is the non Malays who wants to join the pakatan that time and we beg for that. Throughout the course they only emphasize on Malay’s contribution and say nothing on Non Malay.


5.their perpaduan means Ketuanan Malay and never sama rata because they said this is according to Kontrak Sosial. They conducted every facts on Chinese Malay and Indian and not mentioning Malaysian.

6 they claim oppositions is a spy from America and going to attack Malaysia soon

It is most shocking that the Deputy Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yasin could defend such communal poison in BTN courses as fostering “nationalism in line with 1Malaysia concept and instilling patriotism”, when responding to the Selangor Pakatan Rakyat government’s decision to bar its civil servants and students from state-owned institutions from the BTN’s racist “political indoctrination” and “brainwashing”.

Seven Selangor Pakatan Rakyat legislators have spoken up against the BTN courses for promoting hatred among the races, which is contrary to its original purpose as well as the Constitution.

Seri Setia Selangor State Assemblyman Nik Nazmi Nik Ahmad, speaking from his own experience, said they were told that PKR members were Jewish agents, that DAP was a Singapore party, while PAS was labelled a deviant movement.

Batu Caves Selangor State Assemblyman Amirudin Shari said a big part of the programme had nothing to do with nation building or education but was an Umno and BN race-based programme where participants are indoctrinated with propaganda about “Ketuanan Melayu”.

If Najib is serious, sincere and genuine about the 1Malaysia concept, the first thing he must do is to close down the BTN as it is the biggest obstacle to 1Malaysia nation-building.

The BTN is the litmus test whether Najib’s 1Malaysia slogan is just empty rhetoric or whether he is really prepared to “walk the talk” of creating a united, harmonious and progressive Malaysia.

The BTN courses have been shrouded in great secrecy. Not only are participants not allowed their mobile phones and other electronic media gadgets, lectures and course notes are also not allowed to be taken away after the indoctrination.

Is the Cabinet prepared to order a full public inquiry into running of the BTN so that Malaysians can know the truth about the BTN courses and how it deviated from its original purpose to foster nationalism to become a great obstacle to national unity by pumping communal poison and promoting racial ill-will and hatred?

YA ALLAH, BINASAKAN NAJIB KERANA DIA ZALIM !!

YA ALLAH, BINASAKAN NAJIB KERANA DIA ZALIM !!

Najib telah menzalimi rakyat kelantan. Hak royalti telah bertukar menjadi wang ehsan. Ia merupakan satu pengkhianatan yang berlaku kepada rakyat negeri kelantan.

Di negeri di bawah pemerintahan UMNO, hak royalti ini tidak dinafikan. Sebaliknya, penafian hak ini berlaku, pada negeri dibawah kepimpinan PAS yang mahukan islam menjadi asas pemerintahan.

Memandangkan kezaliman ini dilakukan, menyebabkan Tuan Guru nik Abdul Aziz yang merupakan ketua kerajaan negeri kelantan telah berdoa, agar memberi kebinasaan kepada najib ekoran kezaliman yang dilakukan terhadap rakyat kelantan itu.

Persoalannya, apakah tindakan Tuan guru itu salah?

Bagi memastikan dakwaan itu, dikemukakan hujjah-hujjah berikut;

PERTAMA;

Di awal dakwah, nabi SAW naik atas bukit safa, lalu berucap di atas bukit tersebut untuk menyampaikan kandungan dakwah nabi SAW. Di saat itu, Abu lahab marah dengan dakwah nabi SAW, menyebabkan beliau telah mengambil batu dan membaling ke arah nabi SAW.

Tindakan Abu Lahab tersebut dibenci oleh Allah, menyebabkan Allah menurunkan firman-Nya;

تَبَّتْ يَدَا أَبِي لَهَبٍ وَتَبَّ

Maksudnya;
"celakalah kedua tangan abu Lahab, dan sememangnya Abu lahab adalah celaka"

(Surah Al-lahab : 1)

KEDUA:

Firman Allah;

وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَى عَلَى اللَّهِ كَذِبًا أُولَئِكَ يُعْرَضُونَ عَلَى رَبِّهِمْ وَيَقُولُ الْأَشْهَادُ هَؤُلَاءِ الَّذِينَ كَذَبُوا عَلَى رَبِّهِمْ أَلَا لَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الظَّالِمِينَ

Maksudnya;
"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang membuat-buat dusta terhadap Allah? Mereka itu akan dihadapkan kepada Tuhan mereka, dan para saksi akan berkata: "Orang-orang inilah yang telah berdusta terhadap Tuhan mereka." Ingatlah, laknat Allah (ditimpakan) atas orang-orang yang zalim"

(Surah Hud : 18)

KETIGA;

Firman Allah;

أُولَئِكَ جَزَاؤُهُمْ أَنَّ عَلَيْهِمْ لَعْنَةَ اللَّهِ وَالْمَلَائِكَةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ

Maksudnya;
"Mereka itu (orang yang zalim), balasannya ialah: bahwasanya la'nat Allah ditimpakan kepada mereka, (demikian pula) la'nat para malaikat dan manusia seluruhnya"

(Surah Al-Imran : 87)

KEEMPAT:

Imam Al-Bukhari ada meriwayatkan hadis, bahawa nabi SAW ada berdoa dalam qunutnya;

اللَّهُمَّ الْعَنْ فُلَانًا وَفُلَانًا وَفُلَانًا

Maksudnya;
"Ya Allah, berilah laknat kepada fulan, fulan dan fulan"

Doa ini dibaca oleh nabi SAW setelah membaca;

سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ

Maksudnya;
"telah mendengar oleh Allah terhadap mereka yang memujinya. Wahai tuhan, kepujian itu layak untuk kamu" (Al-Bukhari : 3762)

KELIMA;

Imam At-tarmizi ada meriwayatkan hadis, bahawa Nabi SAW ada berdoa dalam peperangan uhud;

اللَّهُمَّ الْعَنْ أَبَا سُفْيَانَ اللَّهُمَّ الْعَنْ الْحَارِثَ بْنَ هِشَامٍ اللَّهُمَّ الْعَنْ صَفْوَانَ بْنَ أُمَيَّةَ

Maksudnya;
"ya Allah, berilah laknat terhadap Abu Sufyan. Ya Allah, berilah laknat terhadap Al-haris bin Hisyam. Ya Allah, berilah laknat terhadap Safwan bin Umayyah"

Ekoran doa nabi SAW itu, menyebabkan Allah SWT menurunkan firman-Nya;

لَيْسَ لَكَ مِنَ الْأَمْرِ شَيْءٌ أَوْ يَتُوبَ عَلَيْهِمْ أَوْ يُعَذِّبَهُمْ فَإِنَّهُمْ ظَالِمُونَ

Maksudnya;
" Tak ada sedikitpun campur tanganmu dalam urusan mereka itu atau Allah menerima taubat mereka, atau mengazab mereka karena sesungguhnya mereka itu orang-orang yang zalim."

(Surah Al-Imran : 128)

Kemudian dari turunnya ayat ini, menyebabkan mereka yang nama-nama mereka disebut oleh nabi dalam doa tersebut bertaubat. Dan Allah telah mengampun dosa mereka, bahkan selepas itu, mereka menjadi orang islam yang baik. (At-tarmizi : 2930)

KEENAM;

Imam At-tibrani meriwayatkan hadis. Bahawa nabi SAW berdoa ketika baginda takut/bimbang terhadap sesuatu kaum;

اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُورِهِمْ، وَنَدْفَعُكَ فِي نُحُورِهِمْ

Maksudnya;
"Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung dengan kamu daripada segala kejahatan mereka, dan kami minta pertahanan kamu pada tengkok-tengkok mereka" (Al-Mukjam Al-kabir : 1579)

* maksud dengan doa "kami minta pertahanan kamu pada tengkok-tengkok mereka", adalah doa agar mereka binasa.

ISTIDLAL

Dari Ayat-ayat al-quran dan hadis-hadis nabi SAW ini, dilihat bahawa Allah sendiri membenarkan ungkapan celaan dan laknat diberikan kepada mereka yang zalim. Bukan sekadar itu sahaja, mendoakan agar diberikan laknat kepada mereka terbabit pun dibenarkan dalam islam.

Makanya, terlebih dibenarkan dalam islam apabila mendoakan kecelakaan seseorang itu 'dita'liqkan' dengan sesuatu amalan kezaliman yang bakal dilakukan. Ia sedikit sebanyak, merupakan salah satu cara untuk mencegah seseorang itu daripada melakukan kezaliman.

Sabda nabi SAW;

انْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُومًا فَقَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنْصُرُهُ إِذَا كَانَ مَظْلُومًا أَفَرَأَيْتَ إِذَا كَانَ ظَالِمًا كَيْفَ أَنْصُرُهُ قَالَ تَحْجُزُهُ أَوْ تَمْنَعُهُ مِنْ الظُّلْمِ فَإِنَّ ذَلِكَ نَصْرُهُ

Maksudnya;
"tolonglah saudara kamu yang zalim dan yang kena zalim"

Seorang lelaki bertanya, "wahai rasulullah, aku akan menolong seseorang yang dizalimi. Bagaimana pula, hendak menolong orang yang zalim?"

Jawab nabi, "berhentikan dia daripada melakukan kezaliman, maka itu adalah cara kamu menolong dia" (Al-bukhari : 6438)

Dari hadis ini, amat nyata bahawa nabi SAW menyatakan bahawa perlu dilakukan tindakan yang boleh memberhentikan seseorang yang zalim itu daripada dia melakukan kezaliman.

Justeru, jika dengan cara menyebut akan berdoa kebinasaan terhadap orang yang zalim dapat memberhentikan dia dari melakukan kezaliman, maka itu merupakan tindakan yang tidak salah dalam islam, malahan ia adalah sesuatu yang disyariatkan dalam islam.

Sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- legend hotel, Kuala Lumpur
30 November 2009 * 1:57 pagi

MB : Program Alternatif Ganti BTN

SHAH ALAM , 29 NOV - Kerajaan Selangor akan memperkenalkan kursus jati-diri patriotisma yang tersendiri bagi menggantikan kursus tarbiyah Biro Tata Negara yang diharamkan kerajaan negeri baru-baru ini.

Bercakap kepada wartawan di majlis sambutan ulangtahun Malaysiakini malam semalam, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata usul ini dicadangkan oleh kesemua negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

Tan Sri Khalid berkata Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang turut mengekori langkah Selangor menyekat penuntut universiti dan penjawat awam negeri dari menghadiri tarbiyah BTN.

Biro Tata Negara mengundang kontroversi selepas tujuh wakil rakyat Selangor menyerahkan memorandum menggesa penuntut di institut pendidikan milik kerajaan negeri dan penjawat awam negeri dilindungi dari program indoktrinasi BTN.

Memorandum tersebut berkata akal peserta BTN disusun-semula supaya membenci kaum Cina dan parti-parti yang tidak sealiran dengan Umno-BN.

Sehubungan itu, Tan Sri Khalid mengambil keputusan menyekat penyertaan penjawat awam negeri dan para penuntut di institut pendidikan milik kerajaan negeri bagi menjaga keharmonian di Selangor yang pernah menyaksikan ketegangan akibat tingkah-laku Umno dalam kes demo kepala lembu.

“Ini idea paling baik daripada Selangor ,kerana program BTN sebelum ini tidak menunjukkan pelajar supaya berfikiran terbuka sebaliknya pelatih mengajar perkara yang tidak sepatutnya diajar kepada pelajar,”jelasnya.

Langkah melindungi minda anak bumi Selangor dari dakyah perkauman sempit bagaimanapun mengundang reaksi keras dari kerajaan Pusat. Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata ajaran BTN adalah selari dengan konsep 1 Malaysia.

Tan Sri Khalid bagaimanapun tidak bersetuju dengan dakwaan itu dan menolak dakyah yang mengajak pengikut kepada membenci manusia lain.

Surat Daripada Nik Amalina Nik Abdul Aziz

27 11 2009

Isteri kepada Abdul Ariffahmi seperti yang tersiar di dalam blog YB Dr. Siti Mariah. Nik Amalina adalah anak perempuan kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz, YAB. Menteri Besar Kelantan. Sila baca.

Salam Ukhuwah,

Hampir empat hari berlalu…ujian yang cukup mencabar bagi kami…InsyaAllah kami tanamkan semangat bahawa ujian ini ada hikmahnya buat kami. Sehinggalah ke saat ini kami masih mampu menjalani kehidupan sepertimana biasa, masih boleh bergelak ketawa bersama anak-anak dan juga tetap bersembang bersama Tok Guru dan Bonda tersayang, serta berborak mesra bersama adik-beradik yang lain daripada kedua-dua belah pihak, yang tentunya tidak pernah keputusan memberi kata-kata semangat juang buat kami serta doa yang berpanjangan buat kesejahteraan kehidupan kami sekeluarga. Terima kasih untuk kalian!

Isu ini sedikit sebanyak mengundang kesedihan dikalangan kami sekeluarga. Ia mampu menjadi satu isu yang membuatkan kami semua membincangkannya dari pelbagai sudut. Walaupun kami sedih, kami tetap tenang. Kami tidak perlu berduka berlama-lama, kami harus bangun! Kami ingin bangun membuktikan kebenaran! Langkah kami belum mati, kami akan sentiasa maju ke hadapan! Datangnya kami dari keluarga yang dimuliakan, dan sesungguhnya kami tidak sesekali rela keluarga kami dihina.

Alhamdulillah, saya mempunyai sebuah keluarga yang matang. Semuanya tenang dalam mengharungi suasana laluan yang sukar ini. Kami dididik, selain ditarbiah baik bahawa jangan sesekali berbuat jahat, malah berusahalah untuk sentiasa berbuat kebaikan. Ia adalah sesuatu yang konsisten antara kehidupan di dunia menuju ke akhirat. Ayahanda sentiasa berdoa dan mengajar kami supaya mendoakan agar ‘jadikanlah kami semua imam kepada orang-orang yang bertaqwa’. InsyaAllah…

Apabila saya menjengah dunia, ditakdirkan saya berada dalam sebuah keluarga yang dikenali ramai. Saya memang bertuah kerana hampir memiliki segala-galanya di dalam kehidupan dunia ini, tapi semuanya adalah secara bersederhana. Saya seorang yang cintakan kedamaian, dan sesungguhnya onar yang berlaku dalam isu ini sungguh menjerut rasa di hati saya. Jiwa saya sentiasa menuntut untuk berbuat kebaikan, mungkin kerana ia hasil dari didikan kedua ibubapa saya, malah dengan akal yang sudah cukup sifatnya di usia saya sekarang, saya sentiasa cuba untuk tidak mencalit arang kepada kedua ibubapa saya yang masyhur itu. Kadangkala datang juga rasa ketidakadilan berlaku dalam kehidupan ini, namun belajarlah menerima hakikat bahawa, dalam kebertuahan itu masih ada kecacatannya.

Saya hidup didalam sebuah keluarga yang sering sahaja diuji. Dari sekecil-kecil ujian sehinggalah ke sebesar-besar ujian. Ia bergerak seiring dengan waktu saya membesar. Hari ini giliran saya pula menerima ujian yang hebat ini. Ia begitu mengasak fikiran kerana kelihatan mampu menguasai dunia realiti dan maya.

Saya tahu saya bukan bersendirian menghadapi ujian ini. Saya dan suami punya ‘pasukan’ yang kuat untuk menyokong kami dari mana-mana sisi sekalipun. Apa yang penting, kami tahu Allah swt hanya memberikan ujian ke atas hamba-hambaNya mengikut kemampuan hambaNya itu. Barangkali ia suatu ‘alarm’ kepada kami agar kami kembali muhasabah diri dalam meniti hari-hari yang berlalu dan juga yang mendatang. Mungkin ini saat terbaik dalam kehidupan kami, untuk kami terus merendahkan jiwa kami kepada Maha Pencipta kami, untuk kami menginsafi diri, lantas menitis air mata yang kadang-kala kami lupa untuk menghulurkan keikhlasan kami kepada Mu ya Allah…Pinta kami semoga Tuhan tidak pernah memandang enteng kepada kami walau dalam keadaan bagaimana pun keadaan kami ini. InsyaAllah…

Tatkala kita semua menghampiri saat-saat bahagia menghampiri Hari Raya Korban, jiwa saya turut tersentuh mengenangkan ada situasi yang perlu dikorbankan. Ia bukanlah situasi yang mudah, tapi bukanlah sukar untuk saya menerima pengunduran suami saya, Ir Abdul Ariffahmi Ab Rahman dari jawatan CEO PMBK beberapa hari yang lalu. Saya menerimanya dengan hati yang tenang walaupun sedikit kecewa dengan situasi yang tidak memihak kepadanya.

Saya tetap optimis mengharapkan bahawa masih ada sinar yang akan menyelubungi kami sekeluarga. Walaupun ia sebuah memori yang pahit, saya tetap menerimanya dengan lapang hati. Namun terselit di jiwa saya rasa terkilan bahawa masih ada manusia di dalam kelambu PAS yang begitu rakus membaham sesama sendiri sehingga sanggup melukakan hati seorang tua yang juga Mursyidul Am PAS, merangkap Menteri Besar Kelantan, merangkap Tok Guru yang disayangi segenap lapisan masyarakat, yang tentu-tentunya beliau adalah Ayahanda saya yang tercinta. Jauh di sudut hati saya, sesungguhnya saya tidak rela ia terjadi begitu namun saya tetapkan pendirian bahawa yang terjadi itu ada hikmahnya dan barang tentu kita hanya merancang, sesungguhnya perancangan Allah itulah yang terbaik!

Dalam menghadapi kemelut ini, ramai sahabat-sahabat yang telah menghubungi saya bertanyakan khabar berita. Ada yang sekadar menghantar sms, ada pula yang sanggup melambungkan bil handphone mereka dengan bersoal-jawab bersama saya, tidak kurang yang sanggup datang ke rumah untuk mendengar saya ‘berceramah’. Paling saya hargai ada sepasang suami isteri dari Terengganu yang sanggup langsung ke rumah saya demi untuk mencari kebenaran. Pada waktu itu mereka semua menyatakan sokongan padu bahawa kami berada di pihak yang benar!

Hati saya tetap lapang meniti hari-hari yang penuh cabaran. Dalam menyusuri kemelut ini, saya dan suami sering berbincang kemungkinan-kemungkinan yang mungkin kami akan hadapi nanti. Walaupun begitu, kami tidak merancang apa-apa dan kami tiada perancangan ke atas kemungkinan-kemungkinan itu kerana kami masih optimis kami sentiasa di pihak yang benar. Namun siapa tahu kebenaran itu boleh tertimbus oleh kebatilan yang terancang!

Bukan sedikit kesan negatif yang terpaksa kami terima dari kemelut yang terancang ini. Perancangan kejahatan ini telah menemui titik noktahnya yang pertama! Namun saya tahu perancangan jahat ini masih belum menemui titik noktah penyudahnya!

Saya sentiasa bersedia menjadi sayap kanan kepada suami tercinta. Selagi saya yakin dia berada di pihak yang benar saya tetap akan padu menyokongnya. Bukan hanya dia yang membina keyakinan saya, namun saya masih ada keluarga yang jitu memperteguhkan kebenaran yang tercipta.

Saya sentiasa ada untuk menyokong segala gerak kerja suami saya dalam membangunkan negeri Kelantan yang tercinta ini. Saya sentiasa mahu menyuntik semangat kepada dirinya untuk bergerak maju menongkah arus membina kekuatan baru bagi negeri Kelantan ini. Saya sentiasa di sisinya untuk memberi idea yang terbaik dalam segala aspek kehidupan kami.

CEO

Hari ini suami saya masih CEO PMBK. Bagi saya pencapaiannya sungguh memberansangkan. Ia sebuah pencapaian yang boleh dibanggakan kepada keluarga kami. Kami semua mengalu-alukan pencapaiannya itu. Namun siapa tahu akhirnya dia mampu dijatuhkan oleh satu fitnah yang terancang hebat.

Pada suatu hari dia memaklumkan kepada saya bahawa ayahanda telah melantiknya ke jawatan CEO. Saya mengucapkan tahniah. Apabila ada luang masa untuk berbicara dengannya saya mengingatkannya bahawa ini adalah suatu amanah yang besar. Bukan hari itu saja saya mengingatkanya, tapi sering! Saya sendiri mahu dia menjadi seorang CEO yang berjaya. Saya mahu dia sentiasa di landasan yang betul dan benar. Saya mahu dia dihormati kawan mahupun lawan. Bukan niat saya untuk menyibuk perihal kerjayanya, tapi saya tahu kemungkinan-kemungkinan yang mungkin berlaku kerana saya tahu apa itu politik!

Pelantikan suami saya ke ‘kerusi panas’ PMBK adalah daripada sokongan ayahanda tercinta. Saya bersetuju untuk suami memberi persetujuan kepada ayahanda menerima jawatan itu selepas hampir empat kali ayahanda menyuarakannya dalam tempoh setahun yang berlalu. Pada saat itu, saya pasti kelayakan dan kewibawaan suami saya adalah menjadi titik penentu ayahanda memilih dia untuk menerajui takhta PMBK.

Siri perlantikan ke ‘kerusi panas’ ini bukan berlangsung sebulan dua, namun ia memakan masa selama setahun dua. Apabila namanya dicadangkan oleh ayahanda, saya memberi nasihat untuk dia memikirkan semasak-masaknya. Saya meyakininya bahawa, terima jika berkemampuan, dan tolaklah jika ia suatu amanah yang tidak mampu digalas. Perasaanya ketika itu bersimpang-siur. Saya sentiasa disisinya untuk sebarang pandangan yang sihat, menerima amanah bukan seperti mendapat habuan yang indah, itulah ingatan saya kepadanya. Akhirnya dia memilih untuk menjawab ‘YA!’. Saya meyakini diri bahawa dia adalah calonnya untuk jawatan panas itu. Keluarga turut menyatakan sokongan. Dalam tempoh mendokong amanah besar itu saya akur kepada kehebatannya dan saya tahu dia boleh menjangkau impian besar ayahanda dalam menerajui bumi Kelantan ini.

Kami menjalani kehidupan seperti biasa walaupun selepas suami saya digelar CEO. Saya tetap berfungsi sebagai seorang suri kepada sebuah rumahtangga dengan menjalankan tugas-tugas rutin saya. Kadangkala kami berkunjung ke rumah ayahbonda. Ada masanya kami berbincang, apa saja isu yang terluah di meja makan yang kami panggil ‘persidangan meja bulat’. Tiada apa yang pelik selepas perlantikan itu, sekadar isu yang telah kami jangkakan, ada yang tidak bersetuju dengan perlantikan itu! Kami tetap juga bersabar menghadapi hari-hari mendatang.

Segala kemungkinan yang mungkin berlaku hasil dari perlantikannya itu telah cuba kami hadap bersama. Apa yang pasti kami sedar bahawa fitnah akan sentiasa mengekori kami setiap masa. Kami cuba untuk membuat yang terbaik. Saya yang sentiasa optimis tidak pernah memikirkan bahawa suatu hari nanti dia akan kecundang. Saya sentiasa berkeyakinan bahawa apa yang baik akan dibalas baik. Saya sentiasa menyokongnya untuk berbuat segala jenis perkara kebaikan, bukan setakat kerana kebaikan itu adalah baik, tetapi beringat-ingatlah bahawa kita sentiasa diperhatikan, baik dari kacamata kawan mahupun lawan kerana kita adalah ‘public figure’.

Saya sendiri tidak mendambakan kesenangan apabila suami saya dilantik menjadi CEO. Namun lumrah kehidupan, setiap kejayaan itu dirai dengan sebuah kegembiraan. Suami saya juga dikenali sebagai KJ Kelantan. Mana samanya? Tentunya suami saya lebih cerah, jika adapun sebenarnya dia bukan berkulit cerah. Bagi saya suami saya seorang yang terbuka, walaupun agak sukar untuk menerima kritikan, tapi dia bersedia untuk berhadapan mendengar sebarang kritikan.

Saya sentiasa memberi ingatan kepadanya. Saya kenal suami saya. Dia seorang yang maju ke hadapan. Dengan ilmunya sebagai seorang Jurutera menjadikan dia seorang yang kritis dan kreatif. Dia seorang yang sukakan cabaran. Kerana sukakan cabaran itulah dia sanggup menggalas jawatan penting yang disuakan kepadanya. Saya yakin dengan jawatan yang disandangnya itu mampu memberi ‘kuasa’ baru kepada daya saing negeri Kelantan.

Selain membawa watak sebagai isteri penyeri sebuah rumahtangga, saya juga sentiasa bersedia untuk memberi idea yang terbaik buat suami. Sebagai isteri, saya mahu dia menjadi suami terbaik didalam rumahtangga saya. Saya juga berusaha untuk memberi yang terbaik kepada kerjayanya. Saya sentiasa memberi idea yang segar kepadanya. Saya juga cuba membawa watak seorang sahabat yang dinamis selain daripada saya mencuba untuk menjadi seorang isteri solehah kepadanya.

Selain dari sokongan yang diberikan oleh ayahanda, saya tahu suami saya punya semangat yang tinggi dalam kemahirannya. Dia seorang yang berkeyakinan tinggi di atas apa yang dia mahukan. Dia sentiasa yakin dengan setiap keputusan yang dibuatnya. Tidak semua saya boleh bersetuju dengan segala tindakannya, namun saya berani memberi kerelaan kerana saya tahu rasional dia berbuat demikian. Saya iring dengan teguran-teguran yang membina agar dia tidak tersasar haluan. Saya mahu saya sendiri berfungsi adil kepada rakyat Kelantan kerana suami saya mensasarkan sesuatu yang lebih baik kepada mereka. Saya bangga kerana setiap apa yang dia lakukan adalah untuk kesejahteraan masa depan rakyat Kelantan. Saat itu, saya membina keyakinan yang lebih baik bahawa ini adalah keputusan terbaik ayahanda kerana dengan pengetahuan politik yang lumat, beliau tahu apa sebenarnya yang beliau mahukan. Bukan sahaja kecemerlangan akademik menantunya itu, bahkan lebih dari itu, iaitu sebuah keikhlasan untuk patuh dan taat pada setiap kemahuannya.

Tidak perlu untuk saya menutur kata bahawa saya menyokong segala gerak kerjanya, cukup sekadar saya menghargai kehidupannya yang sibuk. Saya tahu dia seorang yang kuat semangat dan saya juga tahu dia bekerja sehingga lewat pagi kerana sebuah kerelaan.

Namun sebuah impian yang tinggi tidak mudah kesampaian. Ia hampir karam di tengah jalan. Suami saya diserang fitnah bertalu-talu, tempiasnya memercik kepada ayahanda tercinta. Tidak berhenti di situ saja, ia terus menjalar menjengah nama bonda, saya sendiri, anak-anak, dan sesungguhnya saya sungguh bersimpati kepada nasib kakitangan PMBK yang turut dicerca sedemikian rupa. Saya merakam simpati kepada situasi yang tidak terduga ini.

Nasib masih menyebelahi kami kerana masih ada sokongan yang kuat buat kami. Terima kasih kepada ayahbonda kerana mempusakakan kepada saya semangat yang kental. Ayahanda tegar bertahan dengan keputusan, bonda meraih kekuasaan tuhan. Saya bertahan dengan sebuah pengharapan. Namun masih samar kelihatan jalan keluar dari kemelut ini. Suami saya tetap bertahan melawan arus yang kian mencengkam.

Ada saatnya ketika itu saya sekeluarga bersedih. Sebuah kerumitan buat kami semua. Namun kami sentiasa optimis masih ada sinar di penghujung cerita ini. Kami diuji, dan kami cuba menerima ujian ini dengan redha. Datangnya kami daripada sebuah keluarga yang berilmu dan beriman. Kami tahu benar untuk membezakan yang mana kawan dan yang mana lawan. Namun ia sukar, kerana kami terpaksa melawan musuh yang bergelar kawan. Kawan yang makan kawan. Kawan yang menggigit dalam diam, antara sedar dengan tidak, dia terus menghadam, sehingga terjadilah seperti hari ini…

KEMELUT

Pada hemat saya, isu PMBK tercetus hasil dari perselisihan peribadi. Ada seorang kakitangan yang tidak berpuas hati dengan gaji yang ditagihnya untuk menjadi seorang bos di anak syarikat PMBK. Ia bukan masalah luaran yang besar tapi masalah dalaman yang hanya membabitkan seorang kakitangan sahaja. Seorang sahaja! Jawapannya mudah, gaji yang ditagihnya adalah terlalu tinggi, lebih tinggi dari gaji bos PMBK.

Makin hari dia membuat onar demi onar. Dia mula membuat rancangan demi rancangan. Serangannya sering menjadi kerana ia kejahatan yang dirancang rapi. Lebih-lebih lagi dia mempunyai back-up yang kukuh dari seorang ‘bos lain’. Makan gaji dengan orang lain, bekerja untuk orang lain. Inilah masalahnya!

Tidak perlu diperkenalkan lagi, namanya sudah masyhur satu alam, semasyhur nama suami saya sendiri. Dia sendiri yang mencipta kemasyhuran itu. Dia sendiri yang membuat publisiti murahan itu. Tanpa sebarang iklan. Tanpa sebarang bayaran. Percaya saja jika anda mahu. Tapi, jika anda seorang yang WARAS, AWAS! ada perangkap di hujung pena itu. Seorang yang digelar Kickdefella berjaya membawa semua watak yang diarahkannya sendiri. Mahu jadi apa? Seorang gila? Kurang siuman? Tiga suku? Katakan saja. Semestinya anda tidak kempunan untuk menjiwai peranannya itu. Namun saya masih reserve, kerana saya tahu dia seorang yang kreatif.

Apa yang saya tahu dia seorang umno. Kalangan rakan siber saya tidak menyebut umno, tapi lebih glam katanya jika disebut umngok! Saya tidaklah berminat untuk mengetahui detail tentang dirinya, tapi saya tahu dia bekerja untuk seorang Exco Kerajaan Kelantan. Pada awal kemunculannya di Kelantan, saya begitu tertarik dengan buah tangannya menghasilkan sebuah buku – yang saya lupa tajuknya – yang memaparkan pelbagai gaya ayahanda saya dalam pelbagai acara yang dihadirinya. Itu dulu. Sekarang lain. Kreatifnya itu sudah tersasar. Kali ini dia bukan lagi menghasilkan sebuah buku, tapi sebuah…filem barangkali…yang terlalu banyak dongengnya yang langsung tidak berpijak di bumi realiti.

Saya sendiri mengagumi hasil seninya terlebih dahulu sebelum mengenali empunya diri. Pertama kali saya mengenalinya ketika saya menemani suami yang mahu mencari samping untuk di pakai pada hari raya, kebetulan dia dan isterinya juga begitu. Tanggapan pertama saya, dia seorang yang baik walaupun saya agak terkejut melihat kepada isterinya, sungguh daring bagi rakyat Kelantan. Tapi jika ia boleh dikatakan satu fesyen, masih lagi boleh dimaafkan. Namun jika dilihat dari sudut agama, ia tidak menurut perintah tuhan. Dengan kata lain, berdosa.

Saya pernah diberitahu dia peminum arak tegar. Hearsay…so, jangan percaya sehingga saya dan anda melihatnya sendiri, ok…? Tapi mabuknya dalam penulisan sungguh menjadi-jadi. Semuanya bagaikan sel-sel otaknya telah rosak teruk jika dia benar-benar seorang peminum. Kesian…Hanya orang yang mabuk juga yang boleh percaya apa yang ditulisnya.

Jangan cuba membuka aib orang jika aib sendiri sudah tidak tertanggung badan. Semua orang ada aibnya, maka berpada-padalah! Kami yang dididik secara Islam tidak betah untuk bercakaran bagi membuka aib masing-masing, tapi adakalanya syaitan itu terlalu kreatif. Kami takut digoda sehingga melebih-lebih membuka aib saudara seIslam. Jangan sehingga perlu disaman, nanti anda pula diisytihar bankrupt. Tapi tunggulah masanya, kebenaran itu akan bersinar jua. Kami masih boleh bersabar walaupun sabar kami kian menipis. Hidup ini ada maruahnya! Tunggulah harinya! Kami yakin Allah itu Maha Adil. Jika kami tidak mampu membalasnya, kami berkeyakinan penuh bahawa balasan Allah itu adalah sebaik-baik pembalasan.

Jangan kerana satu isu picisan, anda menjadi kurang siuman. Jadilah seorang manusia yang adanya dikagumi, hilangnya ditangisi. Datanglah Kickdefella mengadap suami saya. Suami saya sudah menjemputnya terlebih dahulu di suatu ketika yang harinya masih mampu dibilang perginya. Tapi tiada pula datangnya. Dayuskah anda? Pengecutkah anda sehingga seringkali bertukar ID dalam blog sendiri?

Anda mampu menjadi seorang yang bertuah kerana anda mudah untuk menjenguk Tok Guru. Alangkah beruntungnya jika anda tahu merebut peluang keemasan ini. Tapi sebaliknya, anda sendiri memilih untuk rugi di dunia, jika dunia itu konsisten ke akhirat, maka rugilah juga anda di sana. Tidak terdetikkah di hati anda rasa sedikit bersalah? Jangan pula menyalahkan orang yang sudah tentu salahnya itu sudah terang kelihatan, tapi di mana letaknya akal waras anda? Fikir-fikirkanlah jika masih ada sel otak anda yang masih baik berfungsi.

Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang menyokong perjuangan kami. Terima kasih kepada ayahbonda yang banyak mendoakan kesejahteraan kami.

Tahniah kepada suami saya yang sentiasa taat dan patuh kepada setiap butir bicara ayahanda. Saya sentiasa disisinya untuk sentiasa menyokong kebenaran yang dipertahankannya. Hidup ini ada maruahnya. Berdiam diri bukan bermakna kalah. Berbuat bising bukan satu kemenangan. Diamlah untuk berbicara kepada tuhan yang Maha Mendengar.

Takziah kepada manusia hebat pembentang kejahatan. Usah berselindung disebalik wartawan-wartawan yang berbayar. Walaupun bunga tahi ayam itu cantik, ia tetap busuk!

Buat suami saya, lapangkan hati, tenangkan fikiran. Saya percaya masanya tidak lama untuk sebuah kebenaran tercipta. Berundurlah setapak dengan bermaruah untuk menjangkau terjahan yang lebih jauh. Saya kagum! Tidak sia-sia membiarkan kosong kerusi panas di Darul Digital, kerana jika diisi, skripnya mungkin lebih parah. Sedarlah sahabat semua bahawa Kickdefella itu penipu besar di abad ini.

Saya mungkin tidak terlepas dari sebarang kutukan, tapi saya sudah bersedia demi sebuah kebenaran yang perlu dinyatakan. Demi untuk kami sekeluarga. Ini adalah jihad saya. Saya punya kuasa jemari untuk meluahkannya.

Suami saya adalah pemimpin saya. Dia ketua keluarga bagi rumahtangga saya dan saya punya hak untuk mempertahankannya. Andai dia didapati bersalah, ada hukuman menantinya. Tapi untuk berserah kalah, itu bukan jantannya.

Fitnah ini melingkari kami sudah hampir tiga minggu. Saya mengharapkan ia beransur pergi sebagaimana perginya banjir dari bumi Kelantan ini. Suami saya masih muda, masih bersemangat dalam mencapai impiannya. Saya optimis masih ada peluang untuknya melangkah jauh ke hadapan, meninggalkan hari ini dengan sebuah kejayaan. Saya tetap teguh di sisinya hingga ke akhir hayat kami. InsyaAllah terbentang luas rezeki untuk kami.

Ini luahan hati seorang isteri…

Untuk ayahanda tercinta, terima kasih kerana memberikan kepercayaan kepada kami. Menantu ayah ini adalah pilihan terbaik sebenarnya. Tapi apakan daya…Terima kasih ayah kerana menerajui bumi Kelantan yang mana keberkatannya terserak kepada zuriat kami. Kepada bonda, terima kasih atas segala-galanya. Anakanda tahu bonda banyak menitis air mata mendoakan kesejahteraan kami…

Semasa

Hiburan

Sukan

 

© Copyright Kerabu Bersuara 2007 -2013 | Design by Kerabu Bersuara | Published by Kerabu Bersuara Group | Powered by Blogger.com.