AMK desak siasat ugutan terhadap wartawan
Oleh Fazallah Pit
shamsul-iskandar ANGKATAN Muda KEADILAN (AMK) mendesak polis menyiasat wartawan Suara Keadilan yang diugut ketika menemu bual keluarga yang dikaitkan dengan kerabat Datin Seri Rosmah Mansor.
Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Md Akin (gambar) berkata, gangguan pihak yang mendakwa diri sebagai polis cawangan khas terhadap wartawan, Qayum Rahman, tidak wajar.
“Tindakan itu tidak bertanggungjawab dan ia sebenarnya hanya cubaan melindungi imej Rosmah,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengiringi Qayum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, kira-kira jam 5.00 petang.
Dalam laporan pada 11 Januari itu, Qayum bimbang keselamatan diri dan keluarga selepas diugut oleh seorang lelaki yang mendakwa diri sebagai anggota polis sehari sebelum aduan dibuat.
Beliau yang berusia 26 tahun itu diugut ketika membuat liputan kira-kira jam 4.00 petang di Kampung Rokan, Gemencheh, Negeri Sembilan.
Seorang lelaki berpakaian preman yang mengaku sebagai polis, turut merampas buku nota dan kameranya, sebelum mengoyak helaian dan memadam rakaman gambar tertentu.
Individu terbabit juga mengeluarkan perkataan berbentuk ancaman dengan mengugut mahu mencari Qayum dan keluarga dengan cara apa sekalipun, jika temu bual itu disiar.
Sebuah kereta polis turut dilihat berada di perkarangan rumah ahli keluarga Rosmah itu.
Qayum membuat temu bual itu berikutan lawatan rombongan AMK Pusat diketuai Naib Ketua AMK Pusat, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin bersama beberapa pimpinan lain.

(1).png)

No comments
Post a Comment