HARGA BOTOL & PETROL NAIK

corong kita

Wanita Pertama, Rusnah Mangsur atau nama manjanya RM, hari ini mengumumkan harga baru bagi semua jenis botol kaca dan juga kenaikan harga petrol sahaja berkuatkuasa serta-merta.

Menjawab soalan wartawan Mongolia berkenaan alasan kenaikan tersebut, RM memberitahu ianya bagi membendung perbuatan membakar secara membuta-tuli yang mengakibatkan pembaziran petrol dan botol kaca. Alasan kencing manis sebelum ini digunakan bagi menaikkan harga gula dan harga sepatu jenama CROC yang melindungi kaki dari terluka.

Ditanya perkembangan kes enjin jet yang lesap, dengan selamba saja RM menjawab bahawa kes itu telah selesai sebaik sahaja beliau selesai membeli-belah di Dubai.

Turut bersama RM dalam sidang media tersebut ialah Bapak Polis, beliau juga ditanya mengapa pembaling-pembaling botol petrol amatur masih belum berjaya diberkas, walaupun kes seperti ini pernah berlaku, dengan gaya seorang gentleman beliau menjawab bahawa ini semua adalah angkara siri CSI. Pembaling-pembaling amatur tersebut berjaya melenyapkan bukti atau petunjuk penting kerana pengaruh siri TV tersebut.

Bapak Polis juga menekankan bahawa bukti tilam dan bulu lebih senang dijumpai berbanding bukti cctv atau keterangan pengawal keselamatan@jaga di tempat kejadian.

Diluar semasa sidang media diadakan, NGO terkenal PEGIDA sedang berdemonstrasi sambil mendapat kerjasama penuh anggota keselamatan. Tiada seorang anggota PEGIDA dijentik mahupun dibelasah apatah lagi ditahan.


-Laporan Agensi Berita BERTAPA


KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok mengganggap kejadian membaling bom molotov cocktail di rumah ibu bapanya di Jalan Ipoh di sini awal pagi tadi bertujuan untuk menakut-nakutkan dirinya dan menghalangnya daripada menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat.

*****************
Ambiga pernah menerima surat yang membenci beliau dan ancaman bunuh. Malah, koktel Molotov juga pernah dilemparkan ke rumah beliau. Ratusan orang daripada pelbagai kumpulan agama dan ahli-ahli konservatif kerajaan telah membuat bantahan di bangunan majlis peguam untuk menuntut supaya beliau ditahan.

No comments

Powered by Blogger.