Kedai 24 jam punca akhlak remaja rosak

KUALA BALAH - Kerajaan didesak supaya mengurangkan pembukaan kedai 24 jam yang dipercayai menjadi punca berlakunya keruntuhan akhlak di kala-ngan remaja.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Ke-luarga dan Masyarakat, Wan Ubaidah Omar berkata, pembukaan kedai-kedai sedemikian dilihat menyumbang kepada masalah sosial hari ini.:

Menurutnya, salah satu sumbangan pembukaan kedai-kedai 24 jam ialah menggalakkan anak-anak remaja berjaga malam, pergaulan bebas, berlakunya keruntuhan akhlak dan sebagainya.

“Punca ini dilihat seolah-olah menganiayai remaja-remaja memandangkan waktu dan usia mereka perlu dimanfaatkan de-ngan perkara-perkara berfaedah.

“Hal sebegini turut mewujudkan kebimbangan kepada ibu bapa kerana ianya boleh meruntuhkan keindahan dan kebaikan akhlak remaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui :Sinar Harian :selepas majlis penyampaian sumbangan kepada warga emas di Pasti Nurul Fattihah dekat sini, semalam.

Wan Ubaidah berkata, kerajaan seharusnya memikirkan langkah-langkah terbaik bagi mengurangkan pembukaan kedai-kedai 24 jam.

“Kajian perlu dilaksanakan bagi mengesan akibat pembukaan kedai-kedai 24 jam ini kepada remaja-remaja.

“Muslimat akan mendesak supaya perkara ini dapat dikurangkan demi melihat generasi sekarang tidak terjerumus ke dalam natijah-najitah negatif yang akan melemahkan mereka kelak," katanya.

Menurutnya, budaya-budaya tidak sihat itu akan merosakkan remaja-remaja dan ianya memerlukan perhatian sewajarnya dari semua pihak.sh

No comments

Powered by Blogger.