Kes jenayah: Polis PP lepasi sasaran

PULAU PINANG: Polis Pulau Pinang berjaya melepasi sasaran kerja dalam menyelesaikan jumlah kes jenayah yang berlaku di negeri itu tahun lepas, kata Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob.

Katanya, polis Pulau Pinang mencapai 51 peratus kadar penyelesaian kes jenayah tahun lepas berbanding dengan sasaran 40 peratus yang ditetapkan oleh pasukan dan sasaran 50 peratus yang beliau sendiri tetapkan.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau berkata kejayaan itu adalah hasil daripada kerjasama oleh pelbagai pihak seperti badan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai.

“Kita berjaya mengawal kejadian jenayah di negeri ini dengan hanya peningkatan sebanyak 0.01 peratus daripada sasaran lima peratus,” kata Ayub. – Bernama

No comments

Powered by Blogger.