Menteri Thailand Lebih Bermaruah Dari Menteri UMNO

Oleh: monazmuslim

"Pemimpin UMNO patut rasa malulah dengan tindakan beberapa orang Menteri Kabinet Thailand yang meletakkan jawatan ekoran skandal rasuah yang didakwa melibatkan mereka.

Terkini Timbalan Menteri Kesihatan Umum Thailand meletakkan jawatannya pada hari Ahad (10/1/2010) ekoran skandal rasuah $2.57 bilion yang melibatkan kementeriannya. Sebelum daripada itu, Menteri Kesihatan Witthaya Kaewparadai dari Parti Demokrat telah berundur lebih awal pada 29 Disember 2009 tapi beliau tidak bersetuju Timbalannya menuruti langkahnya.



Dalam kenyataan media yang dibuat, Timbalan Menteri Manit Nopamornbodee menegaskan "Saya tidak pernah terlibat dalam kes yang dikatakan sebagai rasuah ini, walaubagaimana pun saya perlu letak jawatan bagi membutikan tanggungjawab saya dan juga untuk mengurangkan tekanan politik ke atas parti saya Bhumjai Thai."

Dakwaan skandal rasuah ini timbul apabila Witthaya, Manit dan 9 orang lagi pegawai resmi kementerian tersebut dikatakan menyokong rancangan Menteri Kesihatan untuk membangunkan kemudahan dan membeli peralatan kesihatan yang tidak perlu atau terlampau mahal harganya.

Tindakan bermaruah serta sikap tanggungjawab beberapa Menteri Thailand ini membuktikan betapa mereka ada integriti serta bertanggungjawab terhadap rakyat yang memilihnya dalam pilihanraya.

Ekoran skandal ini, ribuan rakyat Thailand turun berdemonstrasi. Sumber menyebut para penunjuk perasaan berbaju merah ini adalah penyokong setia bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra. Adalah dipercayai demonstrasi oleh para penyokong Thaksin ini dibuat bukan sekadar untuk menekan dan mengaibkan parlimen yang diketuai oleh parti pembangkang Puea Thai, juga dilihat sebagai desakan terhadap parti pemerintah agar membenarkan billionaire itu pulang dari buangan.

Apakah Menteri UMNO Berani Letak Jawatan ?
Ibarat menunggu ayam jantan bertelur. Mana ada maruah dan integriti pada diri para Menteri UMNO yang munafiq ini. Golongan munafiq memang lebih jahat dari kafir. Sebab itulah mereka akan dihumbankan ke dalam dasar Neraka dan kekal buat selamanya.

Jadi janganlah kita hairan dengan perangai Menteri UMNO ni. Tengok sajalah dah beratus laporan rasuah dan penyelewengan berserta bukti kukuh dibuat terhadap mereka namun mana ada siasatan. Bukan takat tak mahu resign malah mereka dengan bongkak mengatakan semua laporan itu fitnah. Fitnah kepala bapak dia. Dia ingat para pelapor ini bodoh dan tak tahu undang-undang dan akibatnya jika membuat laporan palsu.

Tapi apakan daya kita. Inilah sistem yang berlaku dalam negara. SPRM, Polis dan seluruh agensi kerajaan dah jadi barua dan pecacai mereka. Segalanya betul dan baik belaka kalau pemimpin UMNO. Pendek kata macam maksumlah. Porah..... Dakwaan hanya dibuat kepada golongan 'ikan bilis' dan para musuh politik mereka.

Masalah yang paling besar di negara ini bila masih wujud lagi para penyokong dan pengundi UBN yang bebal ni, khususnya pengundi Melayu yang mengaku Islam tapi tak nak ikut Islam dalam soal pilih pemimpin. Terus diperalatkan oleh Ketua Cawangan, Ketua Bahagian, Pimpinan Negeri dan Pusat. Bak kata P.Ramlee dalam filem Tiga Abdul "Dah kena dah... Penyamun jual si penyangak. Apa salahnya". Mereka ni tak sedar telah diperbodohkan oleh para pemimpin mereka.

Justeru kebebalan ini, maka berlakulah apa yang sedang terjadi hari ini pada negara.

Di manakah Aqidah dan maruah kita sebagai Muslim ?

Sedarkah kita perkara pertama yang wajib dijaga adalah Aqidah Islam. Mengapa dibiarkan Aqidah ini rosak kerana menyokong pemimpin sesat. Dah terang Allah tegaskan dalam Al-Qur'an bahawa pemerintah yang tidak mahu melaksanakan undang-undang Al-Qur'an adalah tergolong dalam golongan zalim, fasik, munafiq atau kafir. Habis tu kenapa kita yang Islam ni masih nak menempah 'maut' Neraka dengan menyokong mereka. Siapa yang bodoh dalam hal ni ?
Sepatutnya kita sebagai rakyat wajib mencegah segala kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin dengan cara menjatuhkan mereka dalam PRU. Ini tidak. Kita terus-menerus pilih mereka. Bermakna kita turut sama redha dengan apa yang mereka lakukan. 2 x 5 je....
Dahlah Aqidah kita boleh tergugat jika tak berhati-hati. Lepas tu confirm masuk Neraka jika tak sempat melakukan hijrah dari kegelapan kekufuran (menyokong toghut) kepada cahaya kebenaran (menyokong Islam).

Cuba kita tengok sekeliling kita ?

Adakah kehidupan kita makin senang atau terhimpit dengan segala macam bebanan dalam negara ? Cuba lihat anak cucu kita, adakah kehidupan mereka semakin dekat atau jauh daripada Islam ? Renungkan apakah hidup kita hari ini bebas dari hutang atau semakin terbeban dengan pelbagai jenis hutang riba' dan syubahat dek kerana nak hidup bergaya di luar kemampuan ? Apakah pendapatan bulanan yang diperolehi semakin besar nilainya atau semakin mengecil ? Mengapa boleh berlaku gejala murtad yang membabitkan lebih 250,000 anak orang Islam dan apakah ada jaminan ianya tidak akan melibatkan ahli anggota keluarga atau keturunan kita ? Kenapa kerosakan akhlak di kalangan remaja Islam semakin kronik ?
Dan perlu diingat gejala rasuah yang merebak ke seluruh peringkat hari ini adalah berpunca dari desakan hidup dan keinginan nafsu untuk hidup senang dan mewah secara jalan pintas. Bila 'kepala negara' adalah bapak segala kejahatan dan penyelewengan, maka 'anak-anak' pun turut sama. Ditambah pulak sistem toghut yang digunapakai dalam pemerintahan, justeru rakyat semakin jauh dan terus jauh daripada Islam.

Wahai umat Islam yang menyokong UMNO,

Janganlah jadi sebagaimana golongan manusia yang Allah sebutkan dalam Surah Al-Ahzab (33) : ayat 66 - 68 ;

"Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam Neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah. Dan mereka berkata lagi: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya !"

"Tinggalkan UMNO Segera"
http://monazmuslim.blogspot.com

No comments

Powered by Blogger.