Ombak Besar Sudah Bermula

Oleh Ahmad Zawawi

Bagi Parti Keadilan Rakyat (PKR) tahun 2010 ini ialah Tahun Pemilihan. Ramai yang mengharapkan satu perubahan besar boleh dibuat disetiap peringkat. Tidak kurang juga jumlahnya yang mahu terus mempertahankan kedudukan walaupun KPI mereka saban tahun tidak pernah mencapai tahap yang diharapkan.Datuk Salehuddin Hashim, jawatan terakhirnya Setiausaha Agung PKR sudah resmi meninggalkan politik for good.


Sebagai seorang Reformis beliau tidak nampak Parti tersebut benar-benar serious mahu mengubah lanskap politik Malaysia. Walaupun jumlah Penggubal Undang-Undang dari PKR ini amat membanggakan malangnya prestasi yang ditunjuk tidaklah sehebat sewaktu sebelum bergelar Yang Berhurmat.

Pada Pemilihan diperingkat pusat yang dijadual berlansung pada akhir Mei 2010 sudah pasti para pemimpin berlumba-lumba mahu memenangi jawatan dalam Parti sebagai tiket untuk terus dipilih mewakili Parti didalam PRU ke 13 nanti.

Kejayaan kita mencapai kemenangan diperingkat Parti hendaklah berterusan hingga keMedan Rakyat. Jika kita gagal mendapatkan mandat dari rakyat didalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti maka Parti akan menanggung kerugian disebabkan oleh kita. Oleh yang demikian kita mestilah meletakkan matlamat Memenangkan Parti sebagai keutamaan.

Diperingkat Cabang pertandingan merebut jawatan secara sihat hendaklah digalakkan. Jika berlaku sebaliknya pula maka lebih ramailah yang akan mengikut jejak Datuk Salehuddin. Gelaran Big Brother dalam Pakatan Rakyat akan hilang jika prestasi sedia ada tidak diperbaiki. Semoga Keadilan terus ujud dalam PKR.

http://ahmadzawawi.wordpress.com/

No comments

Powered by Blogger.