Panggil Hisham Pondan..Najib..Saksi

Saksi kes serang gereja diminta tampil - Polis

PUTRAJAYA 12 Jan. - Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai serangan ke atas beberapa buah gereja sejak kebelakangan ini agar tampil ke mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan polis.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, walaupun terdapat sebahagian kecil daripada maklumat itu tersiar di dalam blog dan laman sosial Facebook, pihaknya perlu memastikan maklumat yang disebarkan itu tepat dan betul.

"Berikutan beberapa insiden baru-baru ini, masih tiada saksi yang tampil untuk membantu siasatan. Polis perlu berhati-hati dengan maklumat yang disiarkan dalam Internet kerana kita mahu menangkap orang yang betul.

"Sehubungan itu, saya menyeru saksi yang ternampak kejadian itu supaya datang ke mana-mana balai polis, ibu pejabat polis daerah, bertemu ketua polis negeri atau pengarah cawangan khas," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menghadiri majlis perhimpunan bulanan dan amanat tahun baru oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Ismail berkata, siasatan berhubung kes serangan ke atas gereja itu dibuat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan iaitu melakukan khianat dengan api. Jika sabit kesalahan, mereka yang terlibat boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda.

Sejak Jumaat lalu, sebanyak lapan buah gereja telah diserang di seluruh negara termasuk tiga di Lembah Klang sehingga menyebabkan kerosakan.

panggil mamat dua orang t la..siapa suruh demo? nama allah bikin kecoh nak jaga tapi hukum allah senyap macam tikus bila orang suruh jaga!

No comments

Powered by Blogger.