Perbicaraan Liwat Ke-2: Anwar Mohon Tangguh Minggu Depan

utrajaya, 12 Januari - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memfailkan permohonan untuk menangguhkan perbicaraan kes liwat kedua melibatkan beliau yang dijadual bermula 25 Jan ini.

Peguamnya Karpal Singh memberitahu permohonan akan difailkan minggu depan.

“Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa ia tidak akan melayan permohonan kami agar perbicaraan ini ditangguhkan tetapi meminta kami berbuat demikian di Mahkamah Persekutuan, jadi kami akan berbuat demikian,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Karpal berkata beliau juga memfailkan rayuan di bawah Seksyen 51A Kanun Prosedur Jenayah di Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan lebih banyak dokumen berhubung kes liwat kedua daripada pendakwa raya.

Awal bulan ini Mahkamah Persekutuan menangguhkan rayuan Anwar mendapatkan dokuman sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian bagi membolehkan beliau mengemukakan petisyen dan menyediakan kesnya.

Rayuan itu difailkan semalam.

Antara dokumen yang diminta Anwar ialah kenyataan saksi tertuduh Mohd Saiful Bukhari Azlan selain Dr Osman Abdul Hamid dari Pusrawi Hospital, dan pemilik kondominium Hassanuddin Abdul Hamid. Beliau juga ingin memperoleh kenyataan daripada tiga doktor Hospital Kuala Lumpur Hospital, satu nota kimia dan laporan-laporan perubatan yang lain.

No comments

Powered by Blogger.