Mohsin jumpa Najib sebelum keluar parti

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Bagan Serai sudah lama menjangka Ahli Parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzil Samsuri akan keluar parti setelah melihat reaksi beliau yang degil walaupun setelah ditegur berkali-kali mengenai sikapnya yang banyak membelakangi parti.

Ketua Cabang Bagan Serai Md Nasib Rahim berkata sikap Mohsin yang keras hati dan tidak boleh menerima teguran yang diberikan kepadanya jelas menunjukkan bahawa beliau akan mengikut langkah Ahli Parlimen Datuk Seri Zahrain Hashim (Bayan Baru) dan Tan Tee Beng (Nibong Tebal) keluar parti.

"Apa yang berlaku hari ini ibarat seperti anjing yang buruk kepala sudah dikutip orang dan dipinang oleh Umno-Barisan Nasional (BN).

"Beliau bukan sahaja mempunyai masalah disiplin, malah juga mempunyai masalah kewangan setelah beberapa projek ternakan lembu dan kambing yang diusahakannya terbengkalai dan mengalami kerugian," kata Nasib sewaktu ditemui dalam satu sidang media di Pusat Khidmat KEADILAN Bagan Serai baru-baru ini.

Tambah Nasib, disebabkan masalah kewangan dan kepentingan peribadinya, Mohsin nekad meninggalkan parti yang telah menaikkan beliau sebagai Ahli Parlimen di kawasan itu.

Disoal mengenai bibit-bibit hubungan Mohsin dengan Umno-BN, Nasib memberitahu Mohsin pernah bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Zahid Hamidi tanpa pengetahuan parti.

Beliau percaya perjumpaan ini berkemungkinan untuk urusan tawar-menawar bayaran yang akan diberikan oleh Umno-BN sekiranya beliau keluar dari KEADILAN.

http://freemalaysiatoday.com/bahasa/?p=2867


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.