News Update :

Politik

Kenyataan

Agama

Dunia

KEMPEN BESAR-BESARAN : BONGKAR PENYELEWENGAN PRK UKM

January 31, 2010

Berkenaan Pilihan Raya Kampus (PRK) UKM baru-baru ini yang banyak berlaku penyelewengan, pihak kami telah membuat aduan secara profesional. Namun, aduan kami hanya dibakul sampahkan. Justeru, saya menyeru sahabat-sahabat yang mempunyai ruang seperti blog, FB dan lain-lain, sila "publish"kan penyelewengan-penyelewengan ini secara besar-besaran. Biar semua orang tahu bahawa ada sekumpulan manusia yang sedang menindas mahasiswa di UKM.

Yang pasti, di akhirat nanti akan saya tuntut satu persatu dari setiap orang yang merupakan PENINDAS, pendokong kumpulan penindas, penyokong dan mereka yang berdiam diri tatkala melihat penindasan. Kalau kamu yakin di pihak yang benar, jangan takut dengan ayat saya ini.

Kepada pimpinan ASPIRASI dan CCC yang kononnya bijak mahu mengajar kami supaya menggunakan pendekatan "nego" dalam menyelesaikan masalah, jangan anggap kami bodoh. Jangan anggap kami selalu demontrasi sahaja. Kami sudah banyak kali "nego". Saya bersedia berdebat dengan mana-mana pimpinan ASPIRASI dan CCC dalam isu ini kerana kamu sudah banyak kali menipu mahasiswa lain terutama tahun satu dalam hal ini.

Mesti ASPIRASI akan kata "ini fitnah!". Ya, saya cabar kamu bawa kes ini, kita tribunalkan secara terbuka. Mana tahu, kamu boleh membawa kes ini ke tribunal yang kami juga inginkan kerana kamu ada KABEL BESAR.....

Ayuh sahabat-sahabat, rancakkan kempen ini..... Sebarkan.....


ADUAN KESALAHAN DALAM TEMPOH PEMBUANGAN UNDI DAN PENGIRAAN PERJALANAN BAGI PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UKM SESI 09/10.


Berikut adalah antara tindakan yang telah dilakukan oleh pihak Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar di beberapa Kolej Kediaman.


Kolej Keris Mas.

1) Bermula jam 9 pagi salah seorang pelajar Fakulti Pengajian Islam Tahun 2 telah diberikan kertas undi bagi kerusi Fakulti Pengajian Islam tahun 3 sedangkan tiada pertandingan untuk kerusi Pengajian Islam tahun 2 kerana Menang Tanpa Bertanding. Merujuk kepada Perkara 29 Peraturan Pemilihan, calon yang menang tanpa bertanding akan diisytiharkan tiada pertandingan akan dijalankan. Tindakan ini jelas menyalahi peruntuntukan ini yang boleh dianggap sebagai berniat jahat tujuan mengelirukan pengundi dan seterusnya menunjukkan ketidakcekapan Jawatankuasa Pelaksana kolej ini.

1) Jawatankuasa Pelaksana Kolej telah berterusan mencatat nombor siri yang tercatat pada kertas undi walaupun telah dibantah oleh Calon dan Wakil Calon secara terhormat kepada Pengetua yang bertindak sebagai Ketua Pusat Undi dengan merujuk kepada buku Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UKM 2009. Merujuk kepada Perkara 43 (1) Peraturan Pemilihan MPP.,Kertas undi adalah rahsia dan hanya dapat dikeluarkan pada hari pembuangan undi sahaja. Lebih teruk lagi Calon dan Wakil Calon yang membuat bantahan telah ditekan dan dimarahi oleh Pegetua Kolej berkenaan. Tindakan Jawatankuasa Pelaksana di peringkat Kolej ini telah dengan jelas melanggar peruntukan dalam Peraturan ini walau dengan apa alasan sekalipun. Tindakan ini juga telah dengan jelas sebagai usaha memberikan tekanan kepada pengundi pengundi terutama pelajar pelajar tahun 1.

2) Pihak Felo telah memberikan arahan kepada JAKSA Kolej untuk membuka Kaunter SPKG yang telah menimbulkan keraguan dan ketegangan antara calon dan wakil wakil calon yang bertanding. Alasan yang digunakan untuk perkara ini adalah setiap siswa/I perlu mendaftar di kaunter SPKG tersebut dahulu sebelum mengundi dengan alasan pemberian merit untuk pelajar yang turun mengundi. Ini adalah dikira sebagai penyalahgunaan kuasa oleh felo felo untuk tujuan yang salah. Merujuk kepada Perkara 48(3)(a) Peraturan Pemilihan , adalah tidak dibenarkan untuk mewujudkan pondok pondok panas sepanjang hari pengundian. Tindakan Felo felo dan JAKSA ini jelas telah melanggar peraturan dan menimbulkan ketegangan yang gagal di tangani walaupun aduan telah dibuat kepada Jawatankuasa Pelaksana peringkat kolej.

3) Tindakan diatas juga telah menimbulkan pertelingkahan yang buruk antara calon dan wakil calon dengan pihak Pegawai Keselamatan peringkat atasan sendiri iaitu Ketua Pegawai Keselamatan yang merupakan Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP merujuk kepada Perkara 5 (2)(i) yang bertindak bias atau berat sebelah selepas gagal menangani isu ini sehingga jam 5.00 petang.

4) Tindakan mewujudkan Kaunter SPKG ini juga telah dikesan dengan tujuan yang menyalahi Peraturan 48(3)(b) dan (c) yang mana Kaunter tersebut telah digunakan untuk berusaha meraih undi kepada pihak pihak tertentu dan juga bagi tujuan mengedar senarai nama nama calon yang bertanding. Kewujudan kaunter SPKG ini telah disahkan oleh YDP JAKSA kolej ini iaitu Saudara Faizul Imran Bin Nadzri melalui notis yang di cop olehny dan ditampal di dinding Kolej berkenaan.

5) JAKSA kolej Keris Mas juga telah bertindak memakai baju yang sama berlabel “Aspirasi” bagi tujuan meraih undi dan memberi tekanan kepada para pengundi, Calon dan Wakil Calon sepanjang tempoh hari pengundian. Perkara ini telah melanggar Perkara 48(2) yang melarang menunjukkan identiti yang melambangkan identiti sebuah kumpulan seperti pakaian, tanda nama dan lain lain. Perkara ini telah diadu dan dibantah kepada Ketua Pusat Undi iaitu Pengetua Kolej sendiri oleh calon calon tetapi tidak dapat diselesaikan malahan tekanan diberikan kepada Calon yang mengadu dan membantah.

Kolej Burhanuddin Helmi.

1) Pihak JAKSA kolej bersama beberapa kumpulan pelajar telah bertindak mengedarkan senarai nama nama calon kepada pelajar pelajar Tahun 1 sebagai tekanan meraih undi kepada pengundi. Pelajar adalah dilarang untuk memancing undi sepanjang hari pengundian dengan merujuk kepada Perkara 23 Buku Panduan Calon Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar 2009. Walaupun perkara ini telah dibantah oleh Calon dan Wakil CAlon, namun perkara ini masih lagi berterusan berlaku dan Wakil Calon dan Calon pula yang diberi tekanan apabila membuat bantahan.

2) Jawatankuasa Pelaksana Kolej telah berterusan mencatat nombor siri yang tercatat pada kertas undi walaupun telah dibantah oleh Calon dan Wakil Calon secara terhormat kepada Pengetua yang bertindak sebagai Ketua Pusat Undi dengan merujuk kepada buku Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UKM 2009. Merujuk kepada Perkara 43 (1) Peraturan Pemilihan MPP.,Kertas undi adalah rahsia dan hanya dapat dikeluarkan pada hari pembuangan undi sahaja. Lebih teruk lagi Calon dan Wakil Calon yang membuat bantahan telah ditekan dan dimarahi oleh Pegetua Kolej berkenaan. Tindakan Jawatankuasa Pelaksana di peringkat Kolej ini telah dengan jelas melanggar peruntukan dalam Peraturan ini walau dengan apa alasan sekalipun. Tindakan ini juga telah dengan jelas sebagai usaha memberikan tekanan kepada pengundi pengundi terutama pelajar pelajar tahun 1


3) Semasa proses pengiraan undi dijalankan, Pengetua sebagai Ketua Pusat Undi telah melakukan tindakan yang meragukan Calon dan Wakil Calon yang mengira undi. Tindakan Pengetua Kolej iaitu Prof.Madya Dr.Kadderi Md.Desa.

Kolej Tun Hussin Onn.

1) Pengundi pengundi tahun 3 Fakulti teknologi dan Sains Maklumat telah tidak dibenarkan untuk mengundi atas alasan kerusi yang dipertandingkan adalah bagi pelajar tahun 1 dan 2 sahaja. Mereka hanya diberikan 1 kertas undi sahaja iaitu bagi memilih Caloon Umum.

2) Semasa Pengiraan Undi dijalankan, tiada penyelarasan untuk memisahkan undi yang rosak. Ada diantara kertas undi yang rosak diterima tanpa sebab yang munasabah dan tanpa persetujuan daripada calon wan wakil kira undi calon.

3) Terdapat sekumpulan pelajar yang masih lagi meraih undi disekitar kawasan kolej dengan menunjukkan identity perkumpulan dan berusaha mengedar risalah senarai nama calon sepanjang hari pengundian.

Kolej Ibrahim Yaakob.

1) Jawatankuasa Pelaksana Kolej telah berterusan mencatat nombor siri yang tercatat pada kertas undi walaupun telah dibantah oleh Calon dan Wakil Calon secara terhormat kepada Pengetua yang bertindak sebagai Ketua Pusat Undi dengan merujuk kepada buku Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UKM 2009. Merujuk kepada Perkara 43 (1) Peraturan Pemilihan MPP.,Kertas undi adalah rahsia dan hanya dapat dikeluarkan pada hari pembuangan undi sahaja. Lebih teruk lagi Calon dan Wakil Calon yang membuat bantahan telah ditekan dan dimarahi oleh Pegetua Kolej berkenaan. Tindakan Jawatankuasa Pelaksana di peringkat Kolej ini telah dengan jelas melanggar peruntukan dalam Peraturan ini walau dengan apa alasan sekalipun. Tindakan ini juga telah dengan jelas sebagai usaha memberikan tekanan kepada pengundi pengundi terutama pelajar pelajar tahun 1.

2) Salah seorang pelajar tahun 2 Fakulti Sains dan Teknologi hanya diberikan kertas undi bagi memilih calon kerusi umum sahaja tanpa diberikan kertas undi Fakulti. Tindakan ini telah menimbulkan keraguan kepada pengundi, Calon dan wakil calon di kolej berkenaan.

Pusat Pembuangan Undi di Pusaneka.

1) Pusat pembuangan undi ini telah dibuka lewat iaitu sekitar jam 8.20 pagi. Ini telah menimbulkan masalah kepada pelajar pelajar yang ingin mengundi. Tempoh waktu pembuangan undi adalah dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.



Secara umumnya, terdapat banyak salahlaku yang ditelah dikesan yang dilakukan diperingkat Kolej Kediaman dan kebanyakan daripadanya gagal ditangani dengan baik oleh Pengetua yang bertindak sebagai Ketua Pusat Undi. Kebanyakan tindakan ini telah memberikan tekanan kepada para pengundi, Calon dan Wakil Calon sepanjang tempoh Pengundian dan Pengiraan Undi yang berlangsung semalam bersamaan 28 Januari 2010. Masalah catatan nombor siri ini berlaku hampir di kesemua kolej kediaman yang dikawal oleh Pengetua pengetua tetapi perkara ini tidak berbangkit sama sekali di Pusat Pembuangan Undi di Pusaneka yang diuruskan oleh Jawatankuasa Pelaksana daripada Fakulti fakulti.

Atas sebab-sebab inilah dan banyak sebab-sebab yang lain yang tidak dikemukakan diperingkat kami merasakan perlu melakukan beberapa tindakan,baik dari segi rundingan dan majlis-majlis penerangan kepada mahasiswa terutamanya.

Kepada mahasiswa sekalian, marilah kita terus menyatakan sokongan kita menolak kezaliman dan penipuan yang dilakukan oleh pihak-pihak yang mempunyai kepentingan tertentu dalam mencatur politik kampus saban tahun.

Nik Aziz: Tolong Kirim Salam Ko Umno!

Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata wang ehsan seharusnya dibayar kepada kerajaan Pusat kerana Kuala Lumpur tidak mempunyai rizab minyak dan bukan sebaliknya.

Bercakap di satu ceramah di Negeri Sembilan semalam, Nik Aziz berkata konsep wang ehsan yang diterima-pakai pemerintah BN bukan sahaja wajar, bahkan tidak masuk akal.

“ Minyak Kelantan untuk Kelantan. Kuala Lumpur tidak ada minyak setitik pun. Kuala Lumpur sendiri tidak ada minyak. Dia ambil minyak kita, dia beri ehsan kepada kepada kita. Sepatutnya kita beri wang ehsan kepada dia (Kuala Lumpur).

Kerajaan Pusat menolak rayuan Kelantan untuk mendapatkan royalti minyak atas alasan Kelantan bukan negeri pengeluar minyak kerana bahan galian itu terletak melebihi tiga batu nautika dari pesisir pantai Kelantan.

Pakatan Rakyat berpandangan Kelantan berhak kepada royalti minyak sepertimana yang ditetapkan Akta Petroleum 1974.

Nik Aziz menjelaskan tindakan Umno-BN menyekat pemberian royalti minyak kepada rakyat Kelantan menunjukkan pemerintah meletakkan keutamaan pada wang ringgit, bukan rakyat.

“ Kelantan miskin. Dari dulu sampai sekarang miskin. Tapi manusia undi PAS. Daripada 45 kerusi di Kelantan UMNO hanya baru dapat 6 kerusi. PAS miskin. Perkara-perkara sebegini tolong kirim salamlah kepada UMNO biar dia faham sikit” katanya lagi.

Apa gunanya Anwar yang kini berada di luar kalau dia tidak melakukan apa-apa?

Sumber: Malaysian Today
Penulis: Raja Petra Kamarudin
Terjemah Oleh: GoMalaysian
Tajuk: Bercakap Tentang Arahan Baru (Talkin’ bout The New Order)

Apa gunanya Anwar yang kini berada di luar kalau dia tidak melakukan apa-apa? Lebih baik dia pergi ke penjara. Setidaknya pembangkang boleh mendapat manfaat daripada itu. Anwar merupakan aset mati daripada hidup.....


THE CORRIDORS OF POWER

Raja Petra Kamarudin


Ahli Parlimen untuk Bayan Baru, Zahrain Mohd Hashim, telah mengumumkan bahawa terdapat sepuluh orang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bersedia bersamanya untuk menyertai Barisan Nasional.

Ok, dia mungkin mempunyai bilangan dua atau tiga; mungkin empat, tapi masih tidak sampai sepuluh, seperti yang dituntu olehnya.

Sebenarnya, rancangan untuk melompat parti oleh Zahrain telah wujud sejak lama lagi. Hanya kebelakangan ini dia telah bertindak. Tapi dia tidak boleh melompat tanpa mempunyai alasan. Dia memerlukan 'alasan yang kuat', atau seperti 'satu kemestian', untuk mengizinkan tindakannya.

Sebab itulah dia telah mengelar Ketua Menteri, Lim Guan Eng, sebagai seorang diktator, mindakan komunis, dan sebagainya.

Dia berharap bahawa Guan Eng akan membalasnya dan mencabar dia untuk meninggalkan PKR dan menyertai UMNO atau apa pun. Lalu Guan Eng akan dilihat sebagai "Chow Lang" (orang jahat) yang telah 'memaksa' Zahrain keluar parti. Guan Eng kemudian akan dilihat sebagai orang jahat dan Zahrain merupakan mangsa kepadanya.

Tapi Guan Eng lebih cerdas daripada mereka memberi kredit anda dan ia tidak memakan umpan. Dia tidak respons dengan cara yang mereka harapkan dan diharapkan. Jadi, rencana sekarang mati di dalam air. Dan jika Zahrain dibuat nya bergerak kemudian ia akan menderita yang sangat serius masalah kredibiliti.

Zahrain tidak mempunyai banyak masa lagi. Dia perlu selesaikan hal ini secepat mungkin, sebelum SPRM menangkapnya. Nampaknya dia mempunyai banyak kesalahan ketika bersama UMNO dulu. Kesalahan itu sudah membolehkan SPRM menghantarnya ke penjara selama 100 tahun. Dan hanya menyertai UMNO barulah dia terselamat. Jika dia masih menunggu SPRM datang menangkapnya dan didakwa atas pelbagai kes rasuah sebelum dia mengumumkan untuk meninggalkan PKR menyertai UMNO, mungkin itu sudah terlambat.

Dan dia perlu menawarkan sedikit tarikan untuk membuatnya lebih menarik bagi UMNO. Jadi dia telah menawarkan UMNO dengan 'pakej yang lazat' ini. Sebab itulah dia mengumumkan dia mampu membawa sepuluh orang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang akan bersama-sama dengan dia untuk menyertai Barisan Nasional. Dan dia bukan sahaja dapat menarik Ahli Parlimen Melayu bersamanya, malah termasuk beberapa orang Cina dan India juga.

Tetapi semua Ahli Parlimen yang dimaksudkan adalah apa yang disebut oleh orang Melayu sebagai 'orang-orang yang bermasalah'.

Salah seorang daripada Ahli Parlimen Cina itu adalah orang yang mempunyai banyak hutang judi. Untuk membayar hutang judi ini dia terpaksa meminjam wang daripada along dan kini mereka memaksanya untuk mengembalikan wang tersebut. Dia ditekan sekarang malah takut untuk kembali ke rumah sebab takut akan bertemu dengan along itu.

Dia memerlukan wang untuk menjelaskan hutang judi dan juga wang yang berhutang dengan along. Jadi mana lagi untuk mendapatkan wang kalau bukan Barisan Nasional? Jadi dia akan bersama Zahrain apa yang disebut 'Eksodus' untuk membayar balik hutangnya.

Masalahnya, dia bukan sahaja memerlukan banyak wang untuk membayar hutang-hutangnya dan untuk membayar along. Malah dia juga memerlukan wang untuk membiayai gaya hidupnya yang penuh dengan arak, wanita, lagu dan kasino.

Jadi, ini bukan hanya untuk membayar hutang-hutangnya. Ini juga tentang mengizinkannya untuk meneruskan kehidupan dengan wanita dan perjudian kerana dia tidak belum bersedia untuk 'bersara'. Dia ingin meneruskan gaya hidupnya - tetapi hanyalah dia mempunyai wang untuk membiayai gaya hidup.

Ahli Parlimen Cina lain yang akan melompat parti ialah orang yang memiliki dua orang perempuan simpanan. Ya, itu benar. Dua perempuan simpanan! Dan salah satu perempuan simpanan ini - yang tinggal di Taman Tun Dr Ismail - baru saja melahirkan seorang anak. Jadi Ahli Parlimen Cina ini yang baru saja menjadi ayah dan mempunyai anak haram telah membawa masalah kepada dirinya.

UMNO telah mengancam untuk mendedahkannya dan gaya hidupnya yang tidak bermoral. Jadi adakah dia masih mempunyai masa depan selepas dedahan ini? Jadi, untuk menyimpan rahsia dan memastikan bahawa UMNO tidak akan mendedahkan kisahnya iaitu perempuan simpanan dan anak haram dan yang lain, dia harus mempertimbangkan untuk meninggalkan Pakatan Rakyat dan menyertai Barisan Nasional, mungkin MCA, Gerakan atau PPP.

Jadi, seperti yang saya katakan, mereka dalam geng sepuluh orang yang akan bersama dengan Zahrain yang akan meninggalkan Pakatan Rakyat untuk menyertai Barisan Nasional adalah orang-orang yang bermasalah.

Ok, jadi sepuluh orang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan melompat ke Barisan Nasional, kata Zahrain (meskipun saya percaya adalah lebih kurang daripada bilangan itu). Dan jika itu berlaku maka Barisan Nasional akan memperolehi semula majoriti dua pertiga di parlimen. Namun, secara jujur, saya tidak peduli. Biarkan mereka pergi dan Barisan Nasional kembali dengan majoriti dua-pertiga di parlimen.

Kita harus mula berbicarakan tentang Order Baru. Dan untuk mencapai Order Baru ini kita memerlukan Ahli Parlimen dan Ahli DUN yang mempunyai kualiti moral yang lebih tinggi. Pakatan Rakyat harus menetapkan piawaian tertentu dan membentuk satu sistem untuk menilai. Dan sesiapa yang tidak mampun mencapai tetapan itu, dia harus pergi.

Mari kita mula berbicarakan tentang Politik Baru (New Politik). Politik gaya lama tentang manfaat dan kesempatan perlu dihapuskan. Dan sesiapa yang masih bermain dengan gaya lama harus disingkirkan. Hanya menyingkirkan mereka dan mencampakkan tubuh mereka ke dalam kandang khinzir untuk menjadi makanan malam khizir.

Orang-orang telah muak dengan apa yang telah terjadi dalam masa dua tahun ini. Mereka memilih untuk perubahan. Mereka memilih kerajaan baru untuk melihat perubahan ini. Tapi semua yang mereka dapat adalah cara kotoran lama yang sama tetapi dalam botol baru sahaja.

Itulah yang mereka pilih pada 8 Mac 2008? Kenapa mereka memilih untuk berubah? Jika kita ingin gaya politik Barisan Nasisonal jadi cuma pilih Barisan Nasional. Mengapa memilih Pakatan Rakyat jika semua yang anda dapatkan adalah cara politik lama yang sama?

Tapi itu memerlukan dua tangan (dua pihak) untuk bertepuk tangan. Tikus-tikus tidak akan bermain kalau bukan kerana kucing telah pergi. Dan itulah sebabnya ia telah menjadi binatang pemburu tikus yang paling buruk - kerana kucing telahpun tidur.

Dan 'kucing' saya maksudkan ialah Anwar Ibrahim. Terdapat kebetulan dimana orang-orang yang bermasalah ialah orang-orang yang mempunyai hubungan yang rapat dengan Anwar?

Orang-orang yang bermasalah telah menjadi masalah besar kerana Anwar tidak melakukan apa-apa terhadap mereka. Tidak diragukan lagi, semua orang ini sudah bermasalah sejak awal lagi dan sejak 'kehidupan sebelumnya' dalam UMNO atau Barisan Nasional. Tetapi mereka hanya mampu menjadi masalah sekiranya Anwar yang membenarkan mereka menjadi masalah.

Anwar mula menjadi beban kepada pembangkang. Anwar boleh memberikan pembangkang lebih selesa sekiranya beliau masuk ke dalam penjara. Setidak-tidaknya kita boleh menggunakan Anwar dalam penjara sebagai ikon ketidakadilan. Kini pembangkang tidak mendapat apa-apa walaupun Anwar kini bebas diluar.

Apa gunanya Anwar yang kini berada di luar kalau dia tidak melakukan apa-apa? Lebih baik dia pergi ke penjara. Setidaknya pembangkang boleh mendapat manfaat daripada itu. Anwar merupakan aset mati daripada hidup.

Bolehkah Zahrain meyakinkan Anwar untuk menyertai geng sepuluh orang yang akan akan meninggalkan Pakatan Rakyat dan menyertai Barisan Nasional? Itu merupakan satu batu dapat membunuh dua ekor burung. Masalahnya selesai dan orang yang membiarkan masalah juga dapat diselesaikan pada waktu yang sama.

Adakah saya mengharapkan terlalu banyak?

Artikel Asal: malaysia-today.net
Terjemahan: gomalaysian.blogspot.com

HARI WILAYAH PERSEKUTUAN

Bagi pihak PAS Wilayah Persekutuan dan Labuan (PAS Wilayah Persekutuan), saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan yang jatuh pada 1 Februari 2010 kepada seluruh warga Wilayah Persekutuan dan Labuan. Sesungguhnya, di bumi Wilayah Persekutuan inilah kita bersama-sama menuai jasa bakti bagi membangunkan sebuah negeri yang menjadi mercu tanda kemegahan rakyat Malaysia.

Umum mengetahui bahawa Wilayah Persekutuan khususnya Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah ibu negara Malaysia. Sebagai ibu negara di sebuah negara maju, ia menjadi tumpuan baik rakyat Malaysia sendiri mahupun pelancong dari luar. Wilayah Persekutuan adalah model kepesatan kemajuan negara lambang kemodenan Malaysia.

Dalam menghadapi hidup di ibu kota yang semakin mencabar, sudah tentu warga Wilayah Persekutuan merasa terbeban dengan pelbagai tekanan hidup. Daripada kenaikan kos hidup yang semakin tinggi, krisis pekerjaan yang serius, gejala sosial yang meningkat, jenayah yang menjadi-jadi, kegiatan ekonomi yang menguncup, masalah trafik yang tidak selesai dan pelbagai lagi masalah yang menimpa. Warga Wilayah Persekutuan amat mengharapkan pembelaan dari kerajaan yang menunjangi negara ini.

Pelbagai perkhidmatan yang dijanjikan dan ditawarkan untuk rakyat amat ditagih bagi menyelesaikan kemelut yang membelenggu rakyat. Dalam hal ini, kita melihat perkhidmatan untuk rakyat yang disediakan kerajaan masih belum mencapai tahap yang memuaskan.

Antara contoh perkhidmatan yang sedang dibangunkan adalah klinik 1Malaysia yang dilancarkan baru-baru ini di kawasan penduduk awam. Khidmat kesihatan percuma yang terbaik adalah perlu bagi rakyat Malaysia. Sepertimana banyak yang berlaku di negara maju, kesihatan adalah keperluan yang mesti dipenuhi oleh kerajaan.

Idea dan matlamat Klinik 1Malaysia ini baik, iaitu untuk membantu rakyat khususnya orang awam untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan secara percuma. Namun khidmat kesihatan ini belum benar-benar memenuhi keperluan rakyat apabila kerajaan tidak membekalkan bersama doktor di setiap klinik ini. Yang ada hanyalah pembantu perubatan yang tidak boleh memberi rawatan penuh kepada pesakit. Yang kita harapkan agar Klinik 1Malaysia yang dilancarkan baru-baru ini setaraf dengan pusat kesihatan di negara maju, setidak-tidaknya setaraf dengan pusat kesihatan milik swasta.

Selain itu, rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang disediakan bagi membantu warga awam memiliki rumah sendiri juga tidak memuaskan. Pelbagai peraturan dan proses yang dikenakakan ternyata amat menekan pembeli rumah PPR seolah-olah mahu menafikan hak milik rumah sendiri kepada penghuni PPR. Sebahagian warga kelas bawahan gagal untuk memiliki rumah PPR akibat dari kos deposit sebanyak RM6,000 yang perlu dibayar dalam masa singkat . Sedangkan ramai yang tinggal di rumah PPR adalah mereka yang berpendapatan rendah, warga emas, OKU, dan ibu tunggal.

Bagi sesi baru pemerintahan YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-enam, Kementerian Wilayah Persekutuan ditukar nama kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. YB Dato Raja Nong Chik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar diharap mampu merealisiasikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat warga Wilayah Persekutuan tanpa mengira latar belakang politik dan ideologi mereka.

Walaupun demikian, kesejahteraan yang diidamkan rakyat sesuai dengan nama kementerian tersebut belum dapat dirasai oleh segenap lapisan rakyat di Wilayah Persekutuan. Masih terdapat kebimbangan mengenai peratusan jenayah yang tinggi di Kuala Lumpur. Antaranya seperti kes ragut, pecah rumah, kecurian, culik, rompak, rogol dan lain-lain. Ia menjadi igauan buruk buat warga untuk meninggalkan rumah di musim perayaan mahupun tinggal bersendirian di rumah.

Selain itu, dadah dan pelacuran masih menjadi masalah besar di ibu kota seperti di Kuala Lumpur ini. Masih banyak sarang penagih dan aktiviti pelacuran dikesan di sekitar Chow Kit,Lorong Haji Taib, Bukit Bintang, Bangsar dan lain-lain. Antara punca berlakunya dadah dan pelacuran ini adalah kerana bercambahnya kelab-kelab malam. Kita merasa kesal dan bertanya mengapakah tiada tindakan berkesan dari pihak DBKL, Polis serta Majlis Agama Islam (MAIWP) untuk menyekat pusat hiburan daripada beroperasi di tengah-tengah bandar setakat ini.

PAS Wilayah Persekutuan amat mengharapkan pihak Kementerian agar segera mensejahterakan penduduk di ibu kota daripada pelbagai gejala sosial yang menimpa anak-anak muda. PAS WP sanggup duduk semeja dengan pihak Kementerian dan agensi kerajaan bagi merundingkan pelbagai aktiviti bermanfaat serta pengisian rohani bagi mengisi masa anak-anak muda.

Kita juga mengharapkan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, YB Dato' Nong Chik agar menjadikan insititusi masjid sebagai entiti terpenting pembentukan jatidiri warga Wilayah Persekutuan. Kami mengharapkan urusan masjid diserahkan sepenuhnya kepada jawatankuasa kariah yang bertanggungjawab mengimarahkan masjid tersebut. Jangan mempolitikkan masjid dengan merampas, melucut atau melantik Jawatankuasa Masjid sesuka hati di samping menyekat program-program keagamaan yang bertujuan membina masyarakat. Dengan ini penghayatan agama Islam dapat dilaksanakan sepenuhnya dengan memberi kebebasan kepada jemaah masjid menentuka aktiviti yang berfaedah buat masyarakat sekitarnya.

Akhir sekali saya mendoakan kesejahteraan dan kebaikan buat semua warga Wilayah Persekutuan yang menyambut Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 2010. Semoga kita terus hidup dengan budaya dan suasana yang tenteram, sihat dan aman di Malaysia ini.

HJ MOHAMAD NOOR BIN MOHAMAD
PESURUHJAYA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

Minyak Kelantan Untuk Kelantan!

Gambar Majlis Makan Malam Bersama Tok Guru Perakan






















Gambar Sempena Makan Malam Bersama Tok Guru Di KL












selanjutnya

Kerajaan silap tutup kementerian

Dr Nordin

Sesudah membaca artikel tulisan rakan saya Datuk Salleh Majid berkaitan isu usahawan bumiputra, saya terfikir adakah kerajaan wajar ataupun tersilap congak ketika membubarkan MECD berbanding kementerian lain. Impak dari MECD amat besar kepada ekonomi negara terutama sekali kepada bumiputra. Pembubaran MECD benar-benar melesukan program keusahawanan.

Walaupun fungsi MECD diagihkan kepada beberapa kementerian tapi banyak yang menjadi lesu. Lihat saja INSKEN yang sehingga kini gagal mewujudkan program latihan. Layarilah web INSKEN dan anda akan terkejut dengan mesej mereka. Semua menteri yang diagihkan fungsi MECD samada MITI, Kem. Agro, KPLB lebih memberi tumpuan kepada aktiviti dana besar saja. Aktiviti usahawan diberikan perhatian amat rendah dan ada juga tiada langsung. Bayangkan permohonan geran pelancaran pun tidak selesai setelah 6 bulan.

Kalaupun Kerajaan nak menjimatkan kos pengurusan sekalipun. Lihatlah juga setakat mana impak dan sumbangan kementerian sebelum in dibubarkan. Impak ke atas rakyat dan ekonomi adalah sangat besar. Tak perlulah kerajaan malu sekiranya terpaksa mewujudkan semula MECD. Malah kerajaan akan dipuji kerana prihatin.

Terbaca saya komen Tun M bahawa parti Melayu kini sudah mengabaikan kebajikan bumiputra. Mungkin lebih baik dibubarkan Kementerian Pengajian Tinggi yang bermasalah. Serap saja kepada kedudukan asalnya iaitu di Kementerian Pelajaran seperti dulu. Kedudukan IPT pasti menjadi lebih kukuh dan mantap di bawah pimpinan Timbalan Perdana Menteri kita yang lebih berautoriti. Kementerian Pengajian Tinggi menelan kos yang amat tinggi yang sepatutnya diberikan kepada kemakmuran ekonomi negara. Mereka sekadar posmen dan bukan pun pos laju. Semua masalah dikembalikan kepada IPTA untuk diselesaikan atas nama autonomi.

Jadi kita tak perlukan begitu ramai orang yang memberi arahan saja. Apabila perlaksanaan AUKU diperturunkan kepada pihak IPTA, apakah masih perlu lagi sebuah kementerian untuk terus mengelirukan pelajar. Bajet IPTA tahun 2010 ini terlalu banyak berkurangan sekadar cukup untuk membayar gaji saja. Aktiviti pencarian ilmu pun seperti persidangan, seminar telah ditangguhkan. Pelajar dalam kesempitan apabila jam mengajar pun dikurangkan kerana penjimatan elektrik dan gaji pengajar kontrak. Tentunya lebih baik kementerian berkenaan dibubar dan bergabung dengan Kemeterian Pelajaran dan kos pengurusan kementerian berkenaan yang tinggi itu diagihkan kepada IPTA untuk kepentingan pelajar.

Anwar : Siap Sedia Hadapi Serangan UMNO-BN

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pimpinan parti merapatkan saf menghadapi gelombang baru serangan Umno-BN.

Bercakap di satu siding akhbar di Ibu Pejabat PKR Pusat hari ini, Anwar berkata Umno sengaja merancakkan masalah kecil dalam Pakatan Rakyat untuk menghakis keyakinan rakyat.

Antara bukti jelas operasi terbaru ini adalah siasatan rasuah dan hasutan keatas wakil rakyat Pakatan Rakyat dan pembantu-pembantu mereka.

“Ada usaha untuk menyiasat juga bukan pimpinan kerajaan negeri Selangor, YB Lim Guang Eng, YB Lim Kit Siang, YB Karpal Sing dan YB Nik Aziz dan kita tengok semua ini disegerakan dan dalam masa yang sama termasuk saya akan dihadapkan ke mahkamah. Jadi dengan cara ini mereka rasa kekuatan kita akan terjejas.

Sementara itu, Anwar berkata pihak parti akan memanggil Ahli Parlimen Bayan Baru Zahrain Hashim ke jawatankuasa displin parti untuk menjelaskan pertelagahan beliau dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

“Kita tidak setuju dan kita tidak sependapat dengan beliau malah kita bantah keras, hubungan kita YB Lim Guang Eng baik dan saya memerhatikan dalam banyak hal, beliau berjaya mentadbir dengan baik dan ada masalah-masalah dibangkitkan dengan baik dan ada masalah-masalah orang Melayu soal perobohan gerai-gerai, soal mikrokredit dan soal projek, itu perlu kita bincang dengan baik.” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, kerajaan negeri Pulau Pinang telah menyenaraikan projek-projek yang telah diluluskan kerajaan negeri hari ini.

Senarai ini menunjukkan kontrak-kontrak biasa yang dibida secara tender terbuka dimiliki kontraktor Bumiputera, selain darin kontrak-kontrak kelas F.

Anwar mengingatkan adanya ejen-ejen provokasi yang diwujudkan Umno-BN untuk mengugat persepsi rakyat terhadap PKR.

“Jadi kalau ada masalah dibangkitkan dan mereka berjaya mendampingi beberapa orang di kalangan kita, itu kita tangani dengan cukup tegas,” katanya.tv selangor

Guan Eng: 70 peratus tender terbuka dikuasai Bumiputera

KUALA LUMPUR, Jan 31 — Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menolak dakwaan kontraktor Melayu dipinggirkan dari memperoleh kontrak menerusi sistem tender terbuka yang diamalkan negeri itu sejak Mac 2008.

Kata beliau, tanggapan bahawa orang Melayu tidak boleh bersaing dengan kontraktor bukan Melayu melalui sistem tender terbuka adalah salah sama sekali.

“Sejak kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang telah melaksanakan 23 tender terbuka di mana 7 (30%) daripada 23 dimenangi oleh kontraktor bukan Melayu dan baki 16 (70%) dimenangi oleh kontraktor Melayu.

“Manakala bagi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang yang telah mengeluarkan 66 tender terbuka, 22 (33%) dimenangi oleh kontraktor bukan Melayu dan 44 (67%) dimenangi oleh kontraktor Melayu,” kata Lim dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Pulau Pinang merupakan negeri pertama yang mengamalkan sistem tender terbuka dalam semua kontrak dan pembelian kerajaan melalui internet.

Lim mengatakan demikian sebagai mengulas pandangan beliau gagal memberikan kepimpinan baik di Pulau Pinang.

Rabu lalu bekas pengerusi PKR negeri Datuk Seri Zahrain Hashim menyifatkan Lim sebagai seorang diktator, cauvanis dan berfikiran komunis.

Zahrain dipetik sebagai berkata PR tidak akan berkrompomi dengan pemimpin dari Melaka itu kerana Lim telah gagal memenuhi janji pilihan rayanya.

Lim, yang juga setiausaha agung DAP berkata, sistem tender terbuka, kontraktor kelas F yang mana hanya diberikan kepada golongan Bumiputera sahaja, buat pertama kali memberi peluang kepada mereka yang bukan kroni Umno untuk mendapatkan kontrak di Pulau Pinang.

Sebelum ini, kontrak-kontrak hanya diberikan kepada kroni-kroni Umno dan mereka dari luar Pulau Pinang.

Lim berkata adalah jelas persaingan melalui tender terbuka yang diperkenalkan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) adalah lebih telus serta telah memberi manfaat kepada semua golongan berbanding sistem rundingan terus kerajaan BN kepada kroni-kroninya.

Apa yang amat menarik adalah hasil daripada pelaksanaan sistem tender terbuka kepada semua kaum, katanya.

Tambah beliau sistem tender terbuka telah membuktikan kontraktor Melayu dapat bersaing dengan kontraktor bukan Melayu dan berjaya memperoleh kontrak tersebut melalui merit dan kebolehan mereka sendiri.

“Jelaslah kepada kita bukan kebolehan sesuatu kaum yang menjadi persoalannya sekarang tetapi polisi yang salah yang telah menjadikan mereka bergantung hidup terutamanya apabila ia membantu kerajaan BN mengekalkan kuasa yang dimilikinya.

“Contoh terbaik adalah negara China yang mengalami kebuluran dan keadaan ekonomi yang teruk disebabkan oleh polisi makan daripada “periuk besi tunggal” tanpa mengira sejauh mana mereka bekerja keras atau tidak.

“Walau bagaimanapun, semenjak negara China membuka pintu ekonominya dan membenarkan seseorang itu menentukan kejayaan dan pulangannya melalui kesungguhan dan kerja keras, negara China telah berjaya mentransformasikan negaranya daripada sebuah negara yang “sakit di rantau Asia” dalam tahun 1960-an kepada kedudukan ekonomi kedua terbesar di dunia menjelang tahun 2011,” katanya.

Lim berkata, BN telah mengamalkan polisi yang menyekat inisiatif, kerja keras, kesungguhan dan produktiviti yang mana ia hanya memberi faedah kepada segelintir kroni mereka.

Contohnya, kata Lim, kuota sebanyak 30% saham terbitan syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia diberikan kepada orang Melayu hanya memanfaatkan segolongan orang Melayu sahaja sedangkan golongan kebiasaan yang lain tidak pernah mendapat saham atau pulangan daripada kerajaan persekutuan.

Oleh itu menurut Lim, kerajaan negeri berasa kesal dengan unsur-unsur yang bersekutu dengan BN yang terdapat di kalangan kerajaan PR dalam menentang usaha kerajaan melaksanakan sistem tender terbuka dan urus tadbir CAT.
“Kita mestilah terus teguh bersama kerana apa yang dilaksanakan adalah berlandaskan pencapaian dan prestasi,” katanya.

Tahniah. Rocky Bru Dapat Anugerah Datuk

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi mendahului senarai 240 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Wilayah Persekutuan 2010 sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan di Istana Negara di sini, hari ini.

Abdullah dianugerah darjah kebesaran Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) yang membawa gelaran "Datuk Seri Utama" daripada Pemangku Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru turut dianugerahi SUMW.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Fuad Ismail pula antara tujuh penerima darjah kebesaran Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran "Datuk Seri".

Turut menerima SMW ialah dua Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Gopal Sri Ram dan Datuk James Foong Cheng Yuen; Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah; Naib Pengerusi Eksekutif Yayasan Al-Bukhary, Datuk Ismail Yusof; Penasihat Media kepada Perdana Menteri, Datuk Jalaludin Bahaudin dan pengerusi Pusat Dagangan Dunia Putra, Datuk Alies Anor Abdul yang juga bekas setiausaha politik kepada Datuk Seri Najib Razak ketika menjawat jawatan Menteri Pertahanan.

Tiga pemimpin media iaitu Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya; Ketua Pengarang Malay Mail, Ahirudin Attan yang lebih dikenali sebagai blogger Rocky Bru dan presiden penaja Alliance of Bloggers (All-Blogs) serta Pengarang Kumpulan Harian Metro, Mustapa Omar adalah antara 27 penerima darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran "Datuk".

Turut dianugerah PMW ialah Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Hasnah Mohammed Hashim; Hakim Mahkamah Tinggi, Lim Yee Lan, Dr Sharuddin Md Salleh yang juga bekas setiausaha politik kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika beliau menyandang jawatan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pengajian Tinggi, Omar Abd Rahman.

Pengarah Bahagian Perancangan, Penyelidikan dan Korporat Jabatan Perkhidmatan Awam, Dr John Antony Xavier; Pengarah Jabatan Siasatan Narkotik Polis Diraja Malaysia, Datuk Zul Hasnan Najib Baharudin; Timbalan Ketua Setiausaha I Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Aziyah Mohamed; Pengarah Kanan Cawangan Kerja Bangunan Am Jabatan Kerja Raya, Datuk Dr Amer Hamzah Mohd Yunus; Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Kementerian Pelajaran, Dr Haili Dolhan dan Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Mohamad Abdullah.

Penerima lain PMW ialah Panglima Markas 4 Divisyen Kem Wardieburn Angkatan Tentera Malaysia, Mej Jen Datuk Zulkiple Kassim; Pengarah Perkhidmatan Korporat Perbadanan Putrajaya, Muhamad Haitamin Ishak; bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman SAC II (B), Leong Chee Woh; Pengarah Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan, Mohd Idris Mohd Isa.

Presiden Persatuan Penduduk Bukit Bandaraya Bangsar, Tunku Zahiah Tunku Sulong; Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Cawangan Labuan, Yussof Mohammad; Ahli Lembaga Penasihat DBKL dan Ketua Umno Bahagian Seputeh, Mustapa Kamal Mohd Yussof; Ahli Lembaga Penasihat DBKL dan Ketua Umno Bahagian Batu, Yahaya Mat Ghani; Setiausaha Badan Perhubungan MCA Wilayah Persekutuan, Lai Kong Fah; Ketua Penerangan MIC Wilayah Persekutuan, K P Peru Karupan; Ketua Penerangan Parti Progresif Penduduk (PPP), A Chandrakumanan yang juga pengerusi PPP Wilayah Persekutuan.

Chef profesional negara, Redzuawan Ismail atau Chef Wan, perunding dan bekas pelumba basikal kebangsaan Ng Joo Ngan serta Pengerusi Masjid Al-Ghufran Taman Tun Dr Ismail, Hassanuddin Ali juga turut menerima PMW.

Seramai 32 individu lain dianugerah Johan Mahkota Wilayah (JMW) termasuk Timbalan Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Zulkefli Salleh dan Pengarang Urusan Kumpulan Media Prima, Shaharudin Abd Latif.

Seramai 30 orang menerima Kesatria Mahkota Wilayah (KMW) termasuk Pengarang Kumpulan Sistem Televisyen Malaysia Bhd (TV3), Mohd Ashraf Abdullah manakala seramai 43 menerima Ahli Mahkota Wilayah (AMW) dan 90 orang menerima Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (PPW). - Bernama

Anda Tahu Kenapa Zahrin Marah Lim Guang Eng?

Sebut pasal Zahrin Hashim, semua orang tempatan yang minat politik, kenal sangat-sangat Zahrin ni. Semua lubang dia ada dalam 'poket' gurkah-gurkah politik di 'port', dan ada yang pernah buat kerja-kerja 'underground' untuk dia semasa dia jadi Ketua Bahagian UMNO dulu.

Apa punca? Ada mulut gatal yang nak tahu sebab apa Zahrin ni sudah 'attack' Guan Eng.

Puncanya cukup simple, iaitu selepas kecewa jawatan pengerusi PKR dirampas oleh Prof.Mansor, dia memendam rasa, 'merekam' kata gurkah, hanya tunggu masa nak meletup.

Menurut gurkah-gurkah politik, Zahrin melompat sebab cubaannya untuk mengambil alih projek pengswastaan pengurusan kelab golf bukit jambul dengan syarikat yang bermodalkan RM2.00 telah ditolak oleh Guan Eng.

Jadi Zahrin begitu 'frust' selepas gagal mendapatkan 'endorsement' dari Guan Eng untuk ambil projek tersebut.

dollah yankee

Pakatan anjur dialog antara agama

Pakatan Rakyat akan menganjurkan satu dialog antara agama mengenai isu penggunaan kalimah Allah selewat-lewatnya sebelum sambutan tahun baru Cina.

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dialog itu akan diadakan antara lainnya bagi menjelaskan pendirian parti tersebut berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

"Kerana kita tahu sensitiviti (isu ini) dan percubaan media Umno untuk memutar belit dan menghasut rakyat untuk mempertikai pendirian yang dibuat oleh kami, terutamanya oleh PAS," katanya selepas mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya petang ini.

"Kita juga menghargai rakan-rakan yang mengambil pendirian tegas dan berani dalam menjelaskan isu ini atas kenyakinan mereka, terutamanya kepada (presiden PAS) Datuk Seri Hadi Awang dan pimpinan PAS.

"Keberanian mereka untuk menghadapi masalah ini membantu meredakan kekeliruan yang ada dan beri keyakinan kepada rakan-rakan kita," tambahnya.

Katanya lagi, dialog itu juga diadakan memandangkan BN masih berdolak-dalik dan tidak memegang pendirian yang konsisten dalam isu berkenaan.

"Lebih-lebih lagi apabila mereka kata ia dibolehkan di empat negeri tetapi tidak boleh diguna di negeri lain," katanya lagi.

[Raja Petra] Guan Eng diktator? Baik untuk Guan Eng (Guan Eng dictator? Good for Guan Eng)

Sumber: Malaysian Today
Penulis: Raja Petra Kamarudin
Terjemah Oleh: GoMalaysian
Tajuk: Guan Eng diktator? Baik untuk Guan Eng (Guan Eng dictator? Good for Guan Eng)

Tapi Lim Guan Eng bukan upahan sesiapa pun. Dia bukan berada di pejabat untuk menjaga kepentingan UMNO, ataupun kepentingan bekas ahli UMNO yang merasakan mereka tidak mempunyai masa depan jika terus berada di UMNO dan cuba untuk membina semula kepentingan barunya di PKR.....


THE CORRIDORS OF POWER

Raja Petra Kamarudin

Sekiranya orang UMNO mengecam orang Cina dari pembangkang, perkataan biasa yang digunakan oleh mereka ialah 'Komunis'. Kepada orang UMNO, orang Cina yang menyerang UMNO adalah penganut Komunis.

Dan inilah perkataan yang digunakan oleh MP Zahrain Mohd Hashim dari PKR untuk mengelar Ketua Menteri Lim Guan Eng dari DAP - 'Berfikiran Komunis'.

Maka Zahrain ialah UMNO. OK, mungkin sekarang dia berada di PKR. Tapi itupun baru sahaja. Untuk berabad-abad lamanya dia telah bersama UMNO, tambahan lagi, dia merupakan orang penting UMNO di Pulau Pinang yang memegang jawatan penting dalam kerajaan negeri.

Ringkasannya, itulah UMNO, Zahrain merupakan salah seorang panglima (warlords) di Pulau Pinang - bertahun-tahun lamanya dia sudah begitu. Tapi panglima UMNO, bahkan bekas panglima UMNO kini telah berada di tempat pembangkang, dan tidak lagi mempunyai pengaruh di Pulau Pinang. Inilah yang tidak disenangi oleh mereka seperti Zahrain, dimana dia sudah biasa dengan penguasaannya keatas Pulau Pinang - tapi sekarang dia tidak ada kuasa lagi bahkan menukar langsir di pejabatnya tanpa persetujuan daripada 'ditaktor' Lim Guan Eng.

Yang lebih mengecewakan UMNO, bahkan bekas ahlo UMNO yang kini berada di PKR, adalah ketika GERAKAN mentadbir Pulau Pinang, Ketua Menteri Gerakan hanya menjadi upahan UMNO dan berada di dalam pejabat semata-mata untuk menjaga kepentingan UMNO.

Tapi Lim Guan Eng bukan upahan sesiapa pun. Dia bukan berada di pejabat untuk menjaga kepentingan UMNO, ataupun kepentingan bekas ahli UMNO yang merasakan mereka tidak mempunyai masa depan jika terus berada di UMNO dan cuba untuk membina semula kepentingan barunya di PKR.

Bekas ahli UMNO yang berada di PKR, khasnya di Pulau Pinang harus belajar untuk menghadapi 'kebudayaan' baru. Ketika zaman UMNO, orang Cina yang menjadi pentadbir manakala orang Melayu yang berada di sebalik pentadbir itu yang mengarahkan Gerakan dan Ketua Menteri. Sekiranya UMNO menyuruh Ketua Menteri untuk terjun mana dia akan membalas, "Seberapa tinggi?"

Lim Guan Eng, bagaimanapun, mempunyai pemikiran tersendiri. Dia tahu apa yang harus dilakukan (Kerajaan Pulau Pinang telah dikategorikan sebagai kerajaan negeri yang paling baik, mengikut Auditor-General). Dia memahami budaya UMNO kuno, dimana budaya itu kini telah 'diimport' ke dalam PKR. Tidak ada seorang pun yang akan memberikan tekanan kepadanya. Dia tidak akan membiarkan dirinya untuk menjadi boneka Ketua Menteri seperti Ketua Menteri Gerakan dahulu ketika UMNO mentadbir Pulau Pinang dengan Gerakan penutup mata.

Jadi, kami akan kehilangan beberapa orang bekas ahli UMNO dalam PKR yang akan kembali kepada UMNO kerana mereka tidak lagi merupakan panglima seperti dulu. Yah, biarkannya. Lebih baik mereka pergi sekarang daripada kita melihat situasi Perak berulang. Pembersihan dalam PKR (dan DAP dan PAS juga) yang sudah terlambat.

Saya muak dengan semua bekas ahli UMNO seperti Hassan Ali, Zulkifli Noordin, Zahrain Mohd Hashim, dan banyak lagi yang menjadi sumber masalah kepada PKR dan Pakatan Rakyat. Sekiranya saya hendak menyeranaikan nama-nama seperti Ruslan Kassim, Ezam Mohd Nor, Lokman Adam, Rozaid Abdul Rahman, Hanafiah Man, dan yang lain yang datang dari UMNO masuk ke PKR, dan kemudian meninggalkan PKR untuk kembali bersama UMNO setelah menyebabkan begitu banyak masalah, artikel ini mungkin akan menjadi 20 atau 30 halaman.

Sudah tiba masanya menggigit peluru (tindakan yang keras) dan membersihkan parti, walaupun perlu dengan cara 'tidak demokratik', atau masalah ini tidak akan berakhir. Mungkin Lim Guan Eng boleh mengajar kita cara-caranya yang 'tidak demokratik' supaya kita boleh menggunakanya untuk membersihkan PKR.

**********************************************************************************************

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
[ADS] Earn $$$ From Your Website With Adbrite!!!

Krisis Pakatan Rakyat Merebak Ke P. Pinang, Lim Dikritik Pemimpin PKR

PULAU PINANG: Krisis Pakatan Rakyat (PR) semakin serius apabila ia merebak ke negeri ini selepas Ketua Menteri, Lim Guan Eng hari ini dikritik keras oleh Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim.

Zahrain melabelkan Setiausaha Agung DAP itu sebagai pemimpin diktator, cauvinis dan berpemikiran komunis.

Malah beliau turut menegaskan, pakatan pembangkang itu harus berhenti bertolak ansur dengan pemimpin dari Melaka terbabit yang gagal melaksanakan janji-janji mereka yang 'ditabur' pada pilihan raya umum lalu.

Bekas ketua perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu memberitahu, Lim menjadi bebanan kepada PR Pulau Pinang jika dia terus memerintah dengan gaya diktatornya sambil berkata beliau bukan menyerang DAP, .

"Lim tidak gemar dikritik. Beliau juga melabel mereka yang mengkritiknya sebagai ejen Barisan Nasional, malah rakan-rakan DAP juga tidak boleh membantah jika beliau membuat sesuatu keputusan,” dakwanya.

Zahrain berkata antara janji-janji manis pilihan raya itu adalah pilihan raya majlis tempatan dan sistem tender terbuka.

Katanya, Lim keberatan untuk menjalankan pilihan raya peringkat pihak berkuasa tempatan itu kerana ia mungkin akan mengurangkan kuasanya.

"Dia yang juga berjanji untuk menjalankan sistem tender terbuka tetapi apa yang dilakukannya sekarang lebih teruk dari Barisan Nasional (BN) kerana dia sendiri yang mempengerusikan lembaga tender.

"Semasa Barisan Nasional memerintah, pemilihan lebih telus dan seimbang kerana pengerusi akan dilantik daripada kakitangan awam," katanya.

Tambahnya, beliau akan dituduh ejen kepada Umno jika mengkritik pemimpin nombor satu negeri ini.

"Saya sudah tentu bukan ejen Umno. Saya tidak mahu melihat PR melupakan janji-janjinya kepada rakyat,"

"Ia amat memalukan apabila projek-projek dianugerahklan kepada kroni," katanya.

Zahrain berkata, Lim tidak sesuai sebagai Ketua Menteri kerana beliau bukan dari kalangan rakyat tempatan dan tidak memahami tentang sentimen tempatan.

"Beliau juga gagal membawa pelabur luar walaupun telah ke seluruh dunia untuk menarik pelabur. Pengundi tahu, rakyat Pulau Pinang sangat teliti dengan perkembangan ekonomi," katanya.

Dalam pada itu beliau mempersoalkan, satu pertiga daripada ucapan Lim ketika konvensyen PR dibuat dalam bahasa Mandarin.

Sebagai seorang pemimpin dalam PR, dia seharusnya menghormati setiap bangsa dan berucap dalam bahasa yang difahami pada setiap majlisnya, katanya.

Serangan oleh Zahrain ini menyusul sebaik Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin tidak sependapat dengan parti dalam isu kalimah Allah.

Kontroversi itu turut melibatkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad apabila Zulkifli membuat laporan polis ke atas pemimpin PAS terbabit.

Malah anggota PKR itu turut mencabar sebarang tindakan lembaga displin parti tersebut. - mstar



Artikel Asal: malaysia-today.net
Translate Into Chinese: ccliew.blogspot.com

Terjemahan: gomalaysian.blogspot.com

Mustafa CEO PMBK, Ahmad Fadhli SU akhbar MB?

Oleh Mohd Zuharman

KOTA BARU, Jan 31 – Kontroversi membabitkan menantu Menteri Besar Abdul Ariffahmi Abdul Rahman dalam isu peletakan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) secara rasmi berakhir hari ini.

Notis peletakan jawatan tersebut sepatutnya berakhir pada Mac 23, bagaimanapun ia diperawalkan dua bulan.

Difahamkan langkah itu diambil bagi membolehkan pengurusan baru mengambil alih tanggungjawab di agensi kerajaan negeri itu.

Tempat Ariffahmi dipangku oleh bekas Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, Ir Mustafa Salleh.

Ariffahmi, semasa dihubungi enggan mengulas lanjut perkara itu.

Bagaimanapun mengesahkan penyerahan tugas kepada Mustafa telah berlangsung dalam satu majlis ringkas di pejabat PMBK Khamis lepas.

“Tak ada apa-apa komen. Terima kasih kepada kerajaan dan parti kerana memberi peluang kepada saya berada di PMBK selama ini.

“Saya percaya Ketua Pegawai Eksekutif baru dapat meneruskan segala agenda yang telah dijalankan dan menambah baik apa yang ada sekarang,” katanya.

Turut hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Pegawai Kewangan negeri, Faudzi Che Mamat dan Pegawai Sulit Khas Menteri Besar, Rosdi Abdullah.

Isu peletakan jawatan Ariffahmi menimbulkan kontroversi setelah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan berlaku penyelewengan dalam perbadanan di bawah pentadbiran beliau sehingga menuntut PAS pusat mendesak beliau supaya meletak jawatan demi menjaga imej parti.

Krisis PMBK melibatkan Ariffahmi tersebar kepada umum apabila seorang blogger dikenali sebagai ‘Kickdefella’ yang juga bekas pegawai PMBK mendedahkan pelbagai isu membabitkan Ariffahmi.

Dalam pada itu Mustafa juga enggan mengulas lanjut perkara itu hanya melahirkan iltizam akan meneruskan usaha yang telah dilakukan Ariffahmi sebelum ini bagi meneruskan kecemerlangan agensi tersebut.

“Tunggulah dulu. Saya belum menduduki kerusi itu lagi. Tunggu biar saya masuk dan berkhidmat dulu. Sekarang tak ada apa-apa komen daripada saya,” katanya semasa dihubungi.

Mustafa dijangka memulakan tugas jawatan barunya itu esok.

Mustafa adalah Timbalan CEO Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).

Sementara itu pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Ahmad Fadhli Shaari didesas-desus bakal mengisi kekosongan kerusi Setiausaha Akhbar Menteri Besar selepas kontrak penyandangnya Mohd Saiba Yaakub berakhir Feb 2 ini.

Saiba yang telah berkhidmat sebagai Setiausaha Akhbar Menteri Besar selama genap lapan tahun tidak berniat menyambung kontraknya berhasrat ingin menyambung pengajian.

Ketika dihubungi semalam Saiba sekali lagi turut mengesahkan perkara itu.

“Perkhidmatan saya akan tamat pada Feb 2 ini. Insya-Allah lusa adalah penggantinya.

"Mungkinlah. Saya pun tak pasti juga. Kalau nak lihat keperluan dari sudut pembaharuan saya kira lapan tahun itu sudah cukup tempoh matangnya,” katanya.

Pada Jan 1 lalu Annual Bakhri Harun melepaskan jawatannya sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar kerana masalah peribadi.

Namun di sebalik itu ada yang mengatakan pelucutan dua pegawai kanan itu (setiausaaha politik dan akhbar) berkaitan dengan krisis pentadbiran PMBK.

Ahmad Fadhli semasa dihubungi bagaimanapun hanya berkata “saya mengambil sikap tunggu dan lihat” ketika diminta komen berhubung perkara tersebut.

Tanpa menafikan turut mendengar desas-desus namanya bakal dilantik sebagai pegawai kanan di pejabat Menteri Besar itu menafi telah menerima surat tawaran berhubung pelantikan itu.

“Setakat ini saya belum lagi menerima apa-apa surat tawaran mengenainya,” katanya.

Menjawab kesediaannya menerima pelantikan tersebut Ahmad Fadhli berkata terlebih dahulu akan meneliti terma dan syarat pelantikan berkenaan.

“Saya akan tengok juga dulu terma dan syarat lantikan itu. Saya masih bekerja sekarang ini” jelasnya.

Ahmnad Fadhli juga selaku Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan menggantikan Dr Rosli Allani Abdul Kadir hampir tiga minggu lalu yang melepaskan jawatannya bulan lalu ekoran kontroversi perkahwinan keduanya dengan Ilyani Mohd Noor dikatakan terlibat dengan perkahwinan sindiket.

Azan Akui Ada Tawaran Untuk Lompat Parti

Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail mengulangi kenyataan bahawa beliau tidak akan keluar dari Parti Keadilan Rakyat.

Bercakap kepada TV Selangor selepas sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR Pusat tengahari tadi, Azan berkata beliau komited kepada agenda PKR dan Pakatan Rakyat.

Beliau berkata demikian mengulas desas-desus beliau akan keluar parti.

Azan bagaimanapun akui ada cubaan untuk memancingnya melompat parti dengan pelbagai tawaran dan desakan diterimanya.

“Cubaan mereka berhenti setakat itu kerana mereka sudah tahu saya tidak berminat dan saya tetap bersama PKR dan PR.

“Pendirian itu saya rasa tindakan mereka terdorong apabila mereka melihat saya membuat sidang akhbar baru-baru ini,” katanya.

Roti Naik Harga Dimasa Rakyat Susah!

Selepas rakyat dikejutkan dengan kenaikan harga gula putih sebanyak 20 sen pada awal tahun baru, kini harga roti pula naik.

Tapi tak ada pulak cerita rakyat yang membantah dengan kenaikan harga gula. Katanya rakyat ok je...tapi tak tahu la kalau bantahan itu tidak disiarkan dalam tv yang dikuasai Umno.

Perasaan tak...roti putih yang ditarik subsidi naik harga. Saya suka juga makan roti sapu jem atau planta selepas dibakar. Memang sedap...

Dulu roti yang bersaiz kecil harga RM1.90 dan yang besar RM2.90. Boleh la tahan dua tiga hari. Tapi sekarang roti saiz kecil sudah jadi RM2.30 dan yang besar jadi RM3.15.

Saya tengok rakyat Malaysia biasa je beli juga roti. Tak pa la...masing-masing makan gaji kan. Jadi mungkin tak ada masalah dengan kenaikan harga roti dan gula putih.

Dengar khabar subsidi minyak masak pun nak ditarik. Bulan Mei pula harga petrol akan naik. Ok ke?

Macam mana pulak dengan caj RM50 kepada pemegang-pemegang kad kredit, rela ke? Senyap je tak ada bunyi langsung. Macam mana nak berbunyi hutang masih belum selesai.

Nak potong ada hutang lagi jadi terpaksalah tahan dan sabar je...

Alangkah seronoknya kalau Pakatan Rakyat mentadbir Malaysia, tentu dapat air percuma dan mungkin juga tidak ada pengangguran. Dalam pada itu sudah tentu harga petrol tidak akan naik.

Jadi...apa tunggu lagi rakyat Malaysia ubahlah minda dan jangan undi lagi Umno/BN. Menekan kehidupan kita. Dia kaya kita papa...

Najib tidak berani bertindak keatas Ku Li

Ada sahabat mahukan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaliegh Hamzah keluar sahaja Umno dan masuk PKR. Mungkin bagi Ku Li, PAS tidak sesuai dengan idealismenya. Jadi masuk saja PKR.

Tetapi saya berpendapat biar sahaja Ku Li bersama Umno sehingga jawatankuasa disiplin Umno mengambil tindakan keatas beliau sama ada pecat atau gantung daripada Umno.

Ini lebih sesuai bagi menjaga kredibilitinya sebagai orang politik. Kalau dia bertindak sewenang-wenangnya ia mungkin setaraf Ibrahim Ali, Ahli Parlimen Pasir MAS. Jadi nama baik seorang ahli politik kena jaga.

Saya juga terbaca blog sahabat saya http://sokongpr.blogspot.com/ dan apa yang ditimbulkan itu telah saya bincangkan bersama Amin dan kawan-kawan semasa makan majlis rumah terbuka hari raya di rumah sahabat kita di Taman Melewar.

Perbincangan ketika itu berlaku sebelum pilihan raya umum 2008. Ia mengambil kira peranan Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengadakan pertemuan dengan Ku Li serta tuntutan PKR bagi kerusi Dun di negeri itu. Bagaimanapun pendapat itu sukar diterima memandangkan PAS lebih majoriti tetapi mengambil kira persaingan dengan istana ia boleh menjadi barangkemungkinan.

Selepas pilihan raya umum perlantikan Menteri Besar Terengganu tertangguh sehingga orang yang tidak diminati jadi MB negeri itu. Mengambil kira kes di Terengganu itu maka ia menambah hujah Ku Li boleh menjadi MB Kelantan malah Ku Li disukai istana dan menajdi cabaran kepada PAS.

Semasa perbincangan itu saya tidak terlintas pula pandangan sahabat saya sokongpr, Ku Li boleh jadi Perdana Menteri. Kemungkinan juga ketika itu tidak terbayang PR boleh mengalahkan BN.

Namun melihat senario politik Anwar sekarang seolah ada peranan politik dalam penghakiman kes tuduhan liwat beliau maka nama Ku Li boleh terserlah. Bagaimanapun terpulang kepada DAP kerana Karpal Singh pernah hembur Ku Li kat Parlimen disamakan dengan Ibrahim Ali.

Karpal orang yang mempunyai prinsip yang kuat bagaimanapun sehingga kini beliau boleh bermesra dengan PAS yang beliau juga pernah serang dahulu. Melihat itu bukan perkara yang besar dalam soal karpal.

Sekiranya Ku Li bersedia bermakna PR sebenarnya tidak ketandusan pemimpin yang layak jadi PM kalau politik Anwar dikambus oleh Umno.

nanbinjai

1Malaysia Ciptaan Najib! Kementerian Tak Pelajaran!

KEMENTERIAN Pelajaran ingin merujuk aduan dalam ruangan ini bertarikh 19 Disember lalu bertajuk 'Usah naik kadar yuran makan SBP' oleh 'Bapa yang merayu' dari Kampung Sungai Pinang.

Sebagai makluman, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.5/2009 bertarikh 26 Oktober 2009, Surat Edaran KP(BKEW/BT)D Jld.3(36) bertarikh 11 November 2009 dan Surat Edaran KP(BKEW/BT)1800/DJld.3(43) bertarikh 8 Januari 2010 dirujuk bersama.

Bayaran Yuran Makan Asrama yang perlu dibayar oleh ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak yang ditempatkan di asrama adalah seperti berikut:

# Kutipan Yuran Makan Asrama yang perlu dibayar oleh ibu bapa atau penjaga adalah untuk 200 hari.

# Kadar RM1 bagi penghuni asrama dengan jumlah pendapatan bulanan ibu dan bapa atau jumlah pendapatan penjaga RM4,999 dan ke bawah.

# Kadar RM3 bagi seorang penghuni dengan jumlah pendapatan bulanan ibu dan bapa atau jumlah pendapatan penjaga RM5,000 dan ke atas.

# Penghuni asrama di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan serta penghuni asrama di bawah PPRT, Orang Asli dan murid OKU dikecualikan daripada membayar Yuran Makan Asrama.

# Kaedah penentuan pendapatan adalah pendapatan kasar dan elaun ibu dan bapa atau penjaga seperti yang diisytiharkan dalam Borang Maklumat Murid (BMM) Sistem Maklumat Murid (SMM).

Bagi setiap murid yang tinggal di asrama penuh, kerajaan memperuntukkan subsidi antara RM14 hingga RM16 sehari.

Kadar baru Yuran Makan Asrama dikenakan atas penghuni yang pendapatan ibu dan bapa atau penjaga mereka tinggi.

Perubahan ini tidak dapat dielakkan kerana kenaikan jumlah peruntukan Bayaran Makan Asrama saban tahun berikutan kenaikan harga kontrak yang dipengaruhi oleh harga barang mentah serta kekangan peruntukan pada pihak kerajaan untuk menampung keperluan bayaran Makan Asrama yang tinggi akibat keadaan ekonomi semasa negara.

Bagaimanapun, pembayaran itu boleh dilaksanakan secara ansuran mengikut kemampuan ibu bapa atau penjaga.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT,
Kementerian Pelajaran.

1Malaysia Menate apa? Kenapa Bezakan semenanjung dengan sabah sarawak?nak jaga undi?tunggu la prk nanti tengok apa kata ibu bapa semenanjung!

Tok Pa Tiada Kuasa Nak Lawan Ku Li

JELI: Badan Perhubungan Umno Kelantan tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan ke atas Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, yang pendiriannya bertentangan dengan kerajaan pusat berhubung bayaran royalti minyak kepada Kelantan.

Pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata hanya Majlis Tertinggi Umno yang boleh membuat keputusan dalam soal itu.

"Ianya bukan bidang kuasa Umno Kelantan, hanya Majlis Tertinggi parti boleh tentukan dan putuskan tindakan ke atas Tengku Razaleigh," katanya selepas merasmikan Klinik 1Malaysia di Batu Melintang, di sini hari ini.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada Umno Kelantan boleh mengambil tindakan ke atas Tengku Razaleigh berikutan kenyataannya pada Khamis lalu yang mendakwa kerajaan negeri Kelantan kini patut mendapat bayaran royalti minyak dan bukannya wang ihsan.

Berikutan itu, Perdana Menteri dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pucuk pimpinan parti akan meneliti ucapan Tengku Razaleigh itu.

Mustapa, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai pendirian Tengku Razaleigh itu.

Sementara itu, pada majlis perjumpaan khas dengan Umno Bahagian Pasir Puteh di PASIR PUTEH malam tadi, Mustapa berkata, Badan Perhubungan Umno Kelantan akan menemui Perdana Menteri untuk berbincang dan mencadangkan projek-projek yang akan dilaksanakan di bawah pemberian wang ihsan kepada rakyat Kelantan.

Beliau berkata, pihaknya sedang mendapatkan tarikh yang sesuai untuk mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri.

"Apabila tarikh diperolehi satu rombongan akan menemui Perdana Menteri yang turut disertai ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) dan ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN)," katanya.

Mustapa, baru-baru ini mengumumkan kerajaan pusat akan menyalurkan RM20 juta wang ihsan kepada Kelantan bagi menggantikan royalti minyak dan jumlah itu adalah lima peratus daripada hasil perolehan gas dan petroleum di perairan Kelantan pada 2008. - Bernama

Apabila Tengku Razaleigh pun di pihak Nik Aziz

Dinsman (Artikel 137, 1/2)

Sewaktu artikel ini mula ditulis (malam, 28 Januari 2010), Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu penuh dibanjiri rakyat Kelantan yang datang untuk mendengar Tengku Razaleigh Hamzah berucap menyokong Kerajaan Negeri pimpinan Tok Guru Nik Aziz menuntut supaya kerajaan pusat pimpinan Najib Tun Razak membayar hak royalti minyak dan gas kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

Ini satu perkembangan yang cukup menarik dalam rentetan perjuangan Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan TG Nik Aziz menuntut hak royalti minyak tersebut. Tengku Razaleigh, seorang tokoh dalam pimpinan Umno, telah berjaya diikutsertakan ke dalam perjuangan ini, yang pada dasarnya adalah menentang pimpinan Umno.

Bukankah ini satu kejayaan dalam politik PAS/Pakatan Rakyat, khasnya pimpinan TG Nik Aziz? Ya, ini satu kejayaan! Apabila tokoh dalam pimpinan Umno sendiri menyertai satu agenda politik menentang Umno. Dan Tengku Razaleigh bukan seorang tokoh biasa dalam pimpinan Umno. Dia seorang tokoh yang berwibawa, yang dikenal dan diingat sebagai orang yang mungkin telah mengalahkan Dr Mahathir sebagai Presiden Umno, sekiranya tidak berlaku peristiwa ‘gelap lampu’ dalam pemilihan itu.

Dan dia seorang tokoh pemimpin veteran yang masih aktif. Di Kelantan dia terus menang dan tak pernah kalah mewakili rakyat Gua Musang ke Parlimen, walaupun pemimpin Umno yang lain telah kalah.

Secara kebetulan memang dia orang yang terlibat dan berpengalaman secara langsung dalam soal perjanjian antara kerajaan pusat dan kerajaan-kerajaan negeri berkaitaan petroleum. Maka dialah orangnya yang paling sesuai dan layak untuk bercakap dan memberi penjelasan kepada rakyat akan hakikat kedudukan sebenar mengenai royalti petroleum, yang sekarang menjadi krisis yang serius antara kepimpinan TG Nik Aziz dengan kepimpinan Najib Razak.

Awal Disember 2009 saya pernah menulis mengenai isu ini dan menyifatkan strategi yang digunakan oleh TG Nik Aziz dalam menuntut royalti ini sebagai “perang cara ghaib”, iaitu strategi solat hajat dan doa.

Tulisan itu diakhiri dengan paragraf berikut: “Maka sangat menariklah jadinya untuk kita mengikuti perkembangan ‘perang cara ghaib’ ini yang selanjutnya. Bagaimanakah pihak Perdana Menteri Najib dan panglima-panglimanya akan menghadapi strategi dan taktik perang yang entah kuno entah moden entah ‘avant-garde’ ini.”
Memang suasana negara kita dalam sebulan dua ini agak kucar-kacir; baik di pihak Umno/BN mahupun di pihak Pakatan Rakyat, khasnya PAS dan Keadilan. Memang agak kucar-kacir. Apakah itu kesan dan akibat daripada ‘perang cara ghaib’ itu ataupun itu langsung tak ada kena mengena dengannya, kita tak tahu. Dan tak mungkin kita tahu pun. Ia hanya kepercayaan.

Tetapi kita percaya ataupun tidak, proses ‘perang cara ghaib’ itu tetap berjalan. Tak peduli samada kita sedar tentangnya ataupun tidak. Sekali doa telah dipanjatkan, dan ia dipanjatkan oleh rakyat ramai yang dipimpin oleh seorang ulamak zuhud seperti TG Nik Aziz itu, seperti saya katakan tadi, “sangat menariklah jadinya untuk kita mengikuti perkembangan ‘perang cara ghaib’ ini yang selanjutnya.”

Dan strategi ‘perang cara ghaib’ itu diteruskan lagi, dengan tentera-tentera muslim dan muslimat sekitar 20,000 orang atau lebih, menunaikan solat hajat dan berdoa, sebelum Tengku Razaleigh menyampaikan ucapan pentingnya.

Sementara itu Exco kanan Kelantan, Dato’ Paduka Husam Musa mengumumkan satu penemuan baru yang agak menggemparkan – bahawa minyak telah mula digali di perairan sempadan Kelantan-Terengganu sejak tahun 1984 lagi, dan hakikat ini telah disembunyikan dari pengetahuan rakyat Malaysia buat sekian lamanya. Jangankan nak bayar royalti, beritahu rakyat pun tidak!

Itulah dia – perkembangannya. Saya sangat optimis dengan strategi ‘perang cara ghaib’ pimpinan ulamak zuhud TG Nik Aziz ini.

Apabila Allah akan menolong hamba-hamba-Nya yang dizalimi, yang telah berdoa kepada-Nya dengan tulus ikhlas, kita akan saksikan nanti - bagaimana Allah yang Maha Bijaksana itu mengatur peristiwa-peristiwa dan kejadian-kejadian-Nya, hingga menanglah pihak yang benar, dan tumbang musnahlah pihak yang batil.

Mereka menyangka merekalah pihak yang pandai dan mahir mengatur strategi yang penuh muslihat dan kezaliman untuk terus berkuasa ke atas harta kekayaan negara. Tetapi di luar sedar mereka, ada kuasa ghaib yang lebih berkuasa dan lebih bijaksana daripada mereka, sedang menyusun peristiwa-peristiwa yang akan membawa mereka ke jurang kemusnahan. Kita tunggu saat yang amat mendebarkan itu!

Sementara itu saya pun ada menerima banyak juga sms yang memberi idea dan cadangan strategi yang difikirkan patut digunakan dalam usaha menuntut kerajaan pusat membayar royalti kepada Kerajaan Negeri Kelantan ini. Antara cadangan mereka ialah supaya semua rakyat Kelantan yang menggunakan petrol dan gas, memboikot jangan beli minyak dan gas Petronas.

Idea itu (dan yang lain lagi) sudah lama dikemukakan oleh pembaca. Saya menyimpannya sahaja, tidak menghebahkannya, kerana saya percaya TG Nik Aziz mesti ada caranya sendiri dalam menghadapi masalah dan krisis ini. Bukan sahaja berdoa dan solat hajat, tetapi ikhtiar-ikhtiar yang lain lagi. Dan kedua-duanya itu sama pentingnya – ikhtiar dan juga doa.

Antara ikhtiar yang nampaknya sedang menunjukkan kesan sekarang ialah memberi pendedahan kepada rakyat tentang bagaimana kerajaan Umno/BN telah menipu dan merompak wang dan harta rakyat selama ini. Harta dan wang yang sepatutnya menjadi hak Kerajaan Negeri Kelantan telah dirompak oleh mereka, dengan memutar-belitkan faktanya.

Kemudian dengan muka tak malu mereka mendakwa pula yang wang itu tidak diserahkan kepada Kerajaan Negeri kerana mereka bimbang Kerajaan Negeri tidak pandai mengurus wang, sedangkan rakyat sudah melihat sendiri dengan jelas siapakah yang selalu menyalahgunakan wang rakyat.

Bayangkanlah apabila rakyat semua sudah sedar betapa jahatnya pemimpin Umno/BN selama ini menipu mereka dan merompak wang dan harta mereka… Itulah saat yang kita tunggu-tunggu!

(Penulis boleh dihubungi dengan emel dinsman_49@yahoo.com.my atau sms 0136362408)

Kenapa Mahathir Kecewa?

Dr. Mahathir kecewa parti Melayu bantu kaum sendiri

KUALA LUMPUR 30 Jan. – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tiga parti utama orang Melayu iaitu UMNO, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terlalu ‘asyik’ mendapatkan sokongan bukan Melayu sehingga tidak mempedulikan rintihan kaum mereka sendiri.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, ketika ini apa jua tuntutan bukan Melayu, sama ada beralas undang-undang, Perlembagaan atau perjanjian lalu, akan dilayan oleh parti-parti berkenaan.

Beliau percaya tindakan itu berpunca daripada keyakinan mereka yang menyedari bahawa orang Melayu tidak mempunyai banyak pilihan ketika pilihan raya dan akan tetap menyokong mereka.

“Tidak perlu saya nyatakan apa yang menyebabkan kita berasa kecewa. Tetapi kita lihat orang yang dulu kata orang Islam jika berkawan dengan bukan Islam akan jadi kafir, sekarang peluk cium orang bukan Islam dan dihalalkan segalanya bagi mereka kerana orang Melayu tetap akan bagi sokongan.

“Ia bukan tindakan yang bijak. Orang Melayu rasa tidak boleh lagi bergantung pada parti-parti politik, sebab itu ditubuhkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menyuarakan pendapat mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan lebih 2,000 hadirin pada majlis pelancaran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Selangor di Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Hulu Kelang di sini hari ini. (Utusan Malaysia)

Komen yang jujur daripada Tun – lahir daripada sekeping hati pejuang bangsa Melayu tulen yang kecewa.

MCA, MIC, Gerakan, PPP dan DAP telah lama memperjuangkan nasib bukan Melayu. Kini UMNO, PKR dan PAS pula berebut-rebut melayan kehendak orang bukan Melayu. Semua tuntutan mereka diteliti dan dipenuhi sewajarnya. Untung sungguh dilahirkan jadi Cina, India, Serani, Iban, Kadazan, Orang Asli, Siam dan lain-lain di bumi bernama Malaysia ini. Mereka dilahirkan bersama “hak istimewa” secara semulajadi.

Jikalau keadaan begini berterusan, susahlah Melayu. Oleh itu, saya sarankan Tun nasihati UMNO agar berhenti daripada melayan kehendak Cina, India, Iban atau Kadazan. Berikan tumpuan kepada kehendak Melayu sahaja.

Biarkan parti-parti “tidak sayangkan bangsa sendiri” seperti PKR dan PAS sahaja melayan kaum bukan Melayu. Parti yang bersemangat nasionalisme tinggi seperti UMNO wajib pertahankan Ketuanan Melayu dan perkara-perkara yang berkaitan. Permintaan, tuntutan atau keperluan orang bukan Melayu tidak penting kerana tiada istilah “Ketuanan Bukan Melayu” di Malaysia yang membolehkan mereka diberikan layanan istimewa.

Sekiranya UMNO asyik melayan kehendak bukan Melayu, orang Melayu akan hilang keyakinan kepada UMNO. Akibatnya pertubuhan NGO Melayu akan tumbuh melata bagai cendawan pada batang getah. NGO Melayu ini bakal membawa cabaran kepada UMNO. Tengoklah Perkasa, betapa gah penampilannya. Perkasa ini bakal “mengajar” UMNO betapa teruknya nasib yang bakal diterima oleh parti yang mengabaikan orang Melayu. UMNO mencium keris, Perkasa juga mencium keris. Bezanya, keris UMNO menikam diri, sedangkan keris Perkasa, menikam musuh.

Tun kecewa kerana parti berasaskan Melayu tidak membantu Melayu sewajarnya kerana terlalu asyik membantu bukan Melayu. Orang lain pun kecewa seperti Tun. Oleh itu, seandainya Tun berjaya menyakinkan UMNO agar mengurangkan masa melayan bukan Melayu, dan melebihkan masa melayan Melayu, pasti ramai sokong Tun.

Namun, mustahil UMNO melayan kesemua kehendak Melayu sekali gus kerana Melayu itu ramai. Melayu berasal daripada pelbagai keturunan – dari bumi Nusantara sehinggalah ke India dan Timur Tengah. Ini belum diambil kira Melayu “eee” yang sering muncul dalam Tukar Tiub.

Oleh itu, UMNO mesti menggunakan konsep “yang terdesak didahulukan, yang tidak terdesak, dikemudiankan” dalam pembahagian bantuan.

Melayu mana yang terdesak? Melayu mana yang patut didahulukan? Mungkin Tun boleh berikan idea?
satu malaysia

Panas! Pegawai Khas PM dan Pengerusi UNIT MEDIA BARU mengendalikan sesi FB

Zaharin Mohd Yasin Tun Faisal Ismail Aziz ketua media baru pemuda UMNO dlm komen isu KJ dlam wall saya telah menulis "ada org menghentam pemimpin kerana mahukan jawatan dan nak pau org" kerana dlm wall saya, maka 'ada orang' itu adalah saya. Cuba fikir sendiri cara Pemuda UMNO menjawab isu. Fikirlah sendiri. Kalau saya kata dia belum b...erakal tentu dia marah tetapi itulah akal yang ada pada Pemuda UMNO cara menjawab isu-isu politik.
Tun Faisal Ismail Aziz
Tun Faisal Ismail Aziz
saya tidak menuduh siapa2... bagi saya tiada masalah utk menegur pemimpin, tetapi kena ikhlas - bukan kerana kepentingan diri, bukan kerana mahukan jawatan dan bukan kerana nak pau org. saya berckp dalam konteks teguran exco yg digunakan secara betul menggunakan platform yang betul - iaitu mesyuarat AJK Pemuda. Kenapa pula sdr terasa? :)
about an hour ago
Zaharin Mohd Yasin
Zaharin Mohd Yasin
Saya harap Tun Faisal senaraikan nama orang yang saya 'pau' kerana sudah tentu dia ada bukti siapa yang saya pau. dan kedua pergi tanya PM Najib, saya minta jawatan atau saya diberi jawatan. Itu dua perkara yang berlainan. Budak kurang ajar ini kena dijawab secara kurang ajar, jika tak ada di buktikan dalam waktu kerja tujuh hari jelas dia anak haram, kerana anak haram sahaja yang suka buat kerja haram.
about an hour ago
Tun Faisal Ismail Aziz
Tun Faisal Ismail Aziz
ish ish ish emosionalnya sdr zaharin
about an hour ago
Zulkifli Said
Zulkifli Said
tahniah tugas baru tuan menjaga pemuda ke?
about an hour ago
Tun Faisal Ismail Aziz
Tun Faisal Ismail Aziz
sdr zaharin sbg org yg lebih tua kena jd contoh kpd yg lebih muda - kenapa guna perkataan tidak wajar spt anak haram dan sbgnya? :)
about an hour ago
Zaharin Mohd Yasin
Zaharin Mohd Yasin
Tun Faisal, saya tak peduli saya pegawai khas PM Najib ke tidak, saya bukan budak kecil. Saya banyak kali terima sogokan politik dari segi jawatan. Besuk pun saya boleh berhenti. Kalau anda buka gelanggang, saya sedia bertariung.
about an hour ago
Din Deraman
Din Deraman
>> Tuan Zaharin dan Tun Faisal....meh kita p minum kopi jantan dan pekena nasi lemak dulu....kita cool down sekejap !!!
about an hour ago
Tun Faisal Ismail Aziz
Tun Faisal Ismail Aziz
saya tanya kenapa sdr emosional sgt? saya ckp dlm konteks lain yg sdr terasa sgt ni kenapa pula. seharusnya sdr menjadi contoh kpd yg muda2 :)
about an hour ago
Gurdeep Hullon
Gurdeep Hullon
dey, apa marah2 ni. saya ingat itu zaharin suda salah faham. itu tun ckp ada betul apa. dia tarak tuduh sapa-sapa.
about an hour ago
Gurdeep Hullon
Gurdeep Hullon
betul la din deraman. pigi ajak ini 2 org minum
about an hour ago
Hamdi Abdullah
Hamdi Abdullah
saya rasa, kalau ada komentar tentang isu ketua pemuda, tidak perlu dijawab dgn telahan 'pau atau tidak'. Ini kerana bukan senang menjadi orang pemuda pusat pertama menimbulkan perkara ini. Sikap menegur pemimpin mesti diterima semua AJK pemuda Umno. Jangan didalihkan isunya. Jawapannya mesti sifulan sudah melakukan yg terbaik, bukan menuduh pengkritik
54 minutes ago
Zaharin Mohd Yasin
Zaharin Mohd Yasin
Tun Faisak Dalam posting di wall saya komen itu tidak relavan dlm perkara dibahaskan cuba tengok cara badak jawab dlam komennya, walau pun dia makan ditapak tangan khairi tetapi dia menjawabnya dengan sopan satun dan budi bahasa, kerana apa? kerana pernah berjumpa dengan saya hampir satu tahun dulu. dia tahu saya kenapa saya hentam KJ. malah saya... See More memberiikan perangsang untuk berkerja memenangkan KJ sebagai Ketua Pemuda. Jadi bila anda tidak pernah bercakap dan berjumpa dengan saya, tiba2 anda menila saya berdasarkan yang anda dengar.
50 minutes ago
Tun Faisal Ismail Aziz
Tun Faisal Ismail Aziz
saya rasa sdr zaharin terburu2 utk memberi komen. 2. sdr perlu ingat - jika sdr suka mengkritik org lain, sdr juga kena terbuka menerima kritikan org lain 3. saya berckp dlm konteks yg lain 4. bahasa sdr kasar, bagaimana nak menjadi contoh kpd yg muda?
48 minutes ago
Zaharin Mohd Yasin
Zaharin Mohd Yasin
Jadi bila anda tidak pernah bercakap dan berjumpa dengan saya, tiba2 anda menilai saya berdasarkan yang anda dengar, itu adalah satu kesilapan besar bagi seorang yang bertanggung jawab dalam media.
47 minutes ago
Gurdeep Hullon
Gurdeep Hullon
bawa bertenang. saya suda baca semua posting. saya rasa you sudah kritik worang banyak kali. you satu kali baru kena suda tarak tahan. apa arti ini semua. tarak boleh marah-marah. tarak baik. pigi minum dulu la anney
46 minutes ago
Romizati Mohd Amin Miza
Romizati Mohd Amin Miza
pakcik zahrin>alamak jgn lah emosi sgt...bahasa kasi lah baik sikit..tak baik lah ckp mcm tu...saya pu3 sedih ar tgk mcm ni...tak best ar...
pakcik tun>jgn mkin tmbah bara dgn minyak...biarkan lah ia sejuk...tak best lah nak gaduh2.kita warga umno jgn lah bertelagah....sori klu kata saya ni ni menguris perasaan pakcik berdua...
44 minutes ago
Zaharin Mohd Yasin
Zaharin Mohd Yasin
Saya bukan pemimpin besar yang perlu di contuhi. tetapi selama empat tahun menjadi setiausaha umno bahagian adalah contuh yang baik atau tidak baik, pergi tanyalah orang2 umno di bandar tun razak atau terus dengan KP rizalman mokhtar. jika saya katakan bahawa saya masih yang terbaik, nanti anda kata lain.pergilah siasat dan jika ada yang buruk, sila dedahkan, tiada masalah.
41 minutes ago
Zaharin Mohd Yasin
Zaharin Mohd Yasin
Brader Gurdeep, masa saya diluar UMNO 2006/2008 banyak orang kritik, apa mereka tak kata, saya tidak ambil peduli, tetapi soal membuat fitnah dan andaian dari seorang yang ada nama adalah satu perkara berlaianan. banyak kritik dlam posting saya, tetapi bukan mereka menulis komen berdasarkan andaian dan fitnah.
37 minutes ago
Zaharin Mohd Yasin
Zaharin Mohd Yasin
saya rasa sdr zaharin terburu2 utk memberi komen. 2. sdr perlu ingat - jika sdr suka mengkritik org lain, sdr juga kena terbuka menerima kritikan org lain 3. saya berckp dlm konteks yg lain 4. bahasa sdr kasar, bagaimana nak menjadi contoh kpd yg muda? PERSOALANNYA APA YANG KOMEN KONTEK YANG LAIN?
35 minutes ago
Gurdeep Hullon
Gurdeep Hullon
dey tuan zahrin. you sudah kritik worng berapa kali? saya ingat you hati kena kasi tenang la kalau worang kritik sama you. saya ingat dalam semua posting saya baca dekat bawah, saya tarak nampak tun kasi hantam sama you. dia minta you kasi you punya writing pasal itu tungku adalah. so tarak fair la itu macam tuan zahrin.
33 minutes ago
Tun Faisal Ismail Aziz
Tun Faisal Ismail Aziz
sdr zaharin, boleh baca balik posting saya di atas.... :)
30 minutes ago
Romizati Mohd Amin Miza
Romizati Mohd Amin Miza
alamak tak blh angat lah debat ni...pening jadi nye nantii...tgk je lah...tapi harap2 berakhir dgn kedamaian...tak best lah gaduh2 ni...
30 minutes ago
Romizati Mohd Amin Miza
Romizati Mohd Amin Miza
tun>dah ar jgn tambah bara yg sedia ada...tak best lah....
27 minutes ago
Tun Faisal Ismail Aziz
Tun Faisal Ismail Aziz
Nilai-nilai lah komen2 dlm post yg dibuat oleh sdr zaharin dan komen2 saya... :)
26 minutes ago
Romizati Mohd Amin Miza
Romizati Mohd Amin Miza
saya sebagai pu3 tgk je lah u all bedebat...tak berani komen sgt...salah komen lain jadi nye nanti...
24 minutes ago
Zaharin Mohd Yasin
Zaharin Mohd Yasin
Cik Romiti, jangan bimbang, saya dah banyak kali bertempor, ada masa saya menang, dan ada masa saya kalah. Jika saya kalah dan mati, saya terima kematian saya satelah saya berjuang habisan tetapi saya mati hanya kerana kelalaian dan tiada siap siaga, saya akan mati sia-sia dan saya kesal dengan kematian saya.
23 minutes ago
Romizati Mohd Amin Miza
Romizati Mohd Amin Miza
pakcik zahrin>alamak...mcm tu ke?jgn ar ckp mcm tu...klu nak bertempur siap sedia awal2 & mesti lah kuat..klu blh jgn kalah...hero mana blh kalah...hehhheh
18 minutes ago
Black Puteri
Black Puteri
Biasa la tu,orang umno lebih suka mencari kesalahan didlalam rumah mereka sendiri
15 minutes ago
Romizati Mohd Amin Miza
Romizati Mohd Amin Miza
ni di pangil masalah dalaman...tapi masalah dalaman lah yg blh melemahkan umno....
12 minutes ago
Ishak Abd Rahman
Ishak Abd Rahman
tumpang celah...Tun kata dia tak tuduh siapa siapa , saya rasa silapnya ialah dia TERtulis dlm wall abg zahrin. Kalau betul tak tuduh abg zahrin, Tun patut tulis dalam wall sendiri dgn thread baru. Biasa lah TER tu tak senjaga la. Abd Zahrin pun agak nya TER kata Tun anak haram kalau tak dapat beri bukti. Kalau ada bukti, jadi anak halal...simple, tosah gaduh
12 minutes ago
Zaharin Mohd Yasin
Zaharin Mohd Yasin
Tok ishak.. saya tak kata dia anak haram, jadi anak haram jika tak menjawab persoalannya ia itu siapa yang saya pau dan nak ugut dapat jawatan. Jika saya lihat jawabpan dia.. dia maksudhkan bahawa yang buat kerja ini ialah ecxo pemuda UMNO, jika saya balas komen macam itu, lagi huru hara.. i
8 minutes ago
Romizati Mohd Amin Miza
Romizati Mohd Amin Miza
bermaaf maafan lah...itu lbh baik dari tuduh menuduh salah menyalahi...antara 1 sama lain..ok lah nanti sambung lagi...nak gi melawat bapa kwn meningal tadi pagi...al-fatihah...
8 minutes ago
Mohd Lokman
Mohd Lokman
emm..jgn jadi seperti kata org..belajat tinggi-tinggi tetapi bodoh bertingkat-tingat...
7 minutes ago
Zaharin Mohd Yasin
Zaharin Mohd Yasin
UMNO tidak ada masalah dalaman yang berat.. Dia terlihat masalah dalaman kerana perbincangan secara terbuka, PAS juga ada masalah dalaman dan lebih tenat dari UMNO tetapi kerana dia melakukan dalam Usrah maka tertutuplah masalah dalaman, beberaoa isu PAS sebenarnya bermula didalam usrah.
6 minutes ago


http://1-mal.blogspot.com/

Semasa

Hiburan

Sukan

 

© Copyright Kerabu Bersuara 2007 -2013 | Design by Kerabu Bersuara | Published by Kerabu Bersuara Group | Powered by Blogger.com.