News Update :

Politik

Kenyataan

Agama

Dunia

Kisah Seorang Macha Dipujuk Masuk Pakatan

March 31, 2010

Dr Zambry Dedah Dipujuk Lompat Parti, Jadi MB

IPOH, 31 Mac – Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini mendedahkan tawaran oleh “seorang pemimpin hebat pembangkang” untuk beliau menjadi Menteri Besar Perak jika sanggup melompat parti selepas Barisan Nasional (BN) kalah di negeri itu pada pilihan raya umum ke-12.

Katanya, beliau adalah calon pertama bagi jawatan Menteri Besar Perak dan bukannya anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Pasir Panjang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada Pas apabila pakatan Dap-Pas-PKR mahu menubuhkan kerajaan negeri.

Ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih bagi titah ucapan perasmian Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah pada persidangan DUN Perak hari ini, Zambry berkata beliau telah dihubungi melalui panggilan telefon oleh “tokoh hebat” berkenaan yang kemudiannya diikuti rombongan dan utusan yang datang ke rumahnya.

“Saya menolak tawaran itu kerana berpegang kepada prinsip perjuangan,” katanya ketika menjawab perkara yang dibangkitkan oleh Datuk Seri Tajol Rosli (BN-Pengkalan Hulu) bahawa tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) UMNO ditawar jawatan Menteri Besar sekiranya melompat parti.

Tajol Rosli semasa membahaskan usul itu berkata beliau tidak berhak untuk mendedahkan siapa ketiga-tiga Adun yang dimaksudkan itu kerana terpulang kepada mereka untuk berbuat demikian.

Jamaluddin Mohd Radzi (Bebas-Behrang) pula berkata beliau yakin pemimpin yang dimaksudkan oleh Zambry itu adalah penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya tawaran itu diketahui oleh ramai pemimpin PKR Perak tetapi ia dirahsiakan daripadanya kerana beliau ketika itu adalah juga seorang daripada calon Menteri Besar.

“Anwar berdolak dalik kerana dia ada memanggil (telefon) saya dan menyatakan saya sesuai menjadi Menteri Besar tetapi dalam masa sama membuat tawaran jawatan itu kepada orang lain,” kata Jamaluddin, yang ketika itu Bendahari PKR Perak.

Zambry sebelum mengakhiri penggulungan itu telah menawarkan perdamaian kepada pembangkang.

“Dengan suci hati, saya ingin meniup wisel perdamaian… jawatan MB boleh datang dan pergi tetapi perdamaian yang abadi adalah demi rakyat,” katanya.

Perjalanan sidang DUN hari ini dicemari dengan tindakan kesemua 28 ADUN pembangkang keluar dewan dengan alasan tidak berpuas hati dengan perjalanan mesyuarat yang dikendalikan oleh Speaker Datuk R.Ganesan.

Zambry menyifatkan tindakan keterlaluan pembangkang pada persidangan hari ini seperti tidak mengemukakan soalan ketika sesi soal jawab lisan, tidak menghormati Speaker, menjerit-jerit, menyeberangi kawasan dan mengganggu Adun BN serta menayangkan kertas dengan perkataan ‘penyamun’, ‘perompak’ dan ‘pencuri’, akan perbuatan yang mengkhianati amanah rakyat dan ini akan dinilai sendiri oleh rakyat.

“Inikah ini moral dan akhlak pembangkang yang baik?” katanya.

Mengenai cadangan seorang penyokong kerajaan supaya DUN mengusulkan supaya gelaran kepada Mohammad dan Datuk Ngeh Koo Ham (Dap-Sitiawan) ditarik balik kerana sikap biadap mereka, Zambry berkata itu adalah hak Istana Perak.

Persidangan yang berakhir hari ini meluluskan usul pindaan Enakmen Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Perak selain usul pelantikan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri, Jawatankuasa Perintah-perintah Tetap Negeri, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Negeri serta usul pembelian saham terbitan bernilai RM5.6juta berharga RM1.12 seunit yang ditawarkan oleh Kumpulan Axiata.

Persidangan kemudian ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak. –MediaUMNO/Bernama
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Proksi Najib, Muhyiddin bertarung di Sabah

Oleh staf FMT
KOTA KINABALU: Pertikaman lidah di antara pemimpin-pemimpin peringkat tertinggi di Sabah dilihat sebagai pertarungan di antara proksi Perdana Menteri Najib Tun Razak dan timbalannya Muhyiddin Yassin.

Dalam satu insiden menghentak meja, Ketua Menteri Musa Aman dan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Shafie Apdal dilaporkan bertikam lidah di depan Muhyiddin.

Shafie, ahli parlimen daerah pantai timor Sabah, Semporna, merupakan naib presiden Umno yang pertama dari negeri itu dan dilihat sebagai budak kesayangan Najib.

Sejak akhir-akhir ini, di kalangan Umno tersebar berita Musa, yang setakat ini mampu mengekalkan pengaruhnya sebagai Ketua Umno Sabah, akan dibawa ke Putrajaya pada pilihan raya akan datang.

Apabila Muhyiddin membuat lawatan tiga hari ke negeri itu dua minggu lalu susulan lawatan Ketua Menteri Melaka Ali Rustam ke sana, beliau merasmikan satu mesyuarat di kalangan pemimpin-pemimpin Sabah.

Perbalahan mengenai peruntukan kewangan

Menurut para pemimpin Umno yang hadir di dalam mesyuarat tertutup itu, perbincangan di adakan mengenai peruntukan kewangan dari kerajaan persekutuan untuk pembangunan luar bandar, hingga mencetuskan perbalahan di antara Musa dan Shafie.

Mereka yang hadir mendakwa Musa menekankan bahawa semua peruntukan daripada kerajaan pusat yang disalurkan menerusi kementerian di bawah Shafie, hendaklah disalurkan terus kepada kerajaan negeri.

Mereka menyatakan Shafie bagaimanapun bertegas bahawa peruntukan kerajaan persekutuan hendak diuruskan oleh kementeriannya memandangkan kerajaan negeri mempunyai peruntukannya sendiri untuk pembangunan luar bandar.

Kebuntuan ini menyebabkan Musa dan kemudian Shafie menghentak meja bagi mempertahankan pendapat masing-masing dengan Muhyiddin lebih menumpukan perhatian kepada hujah Musa.

Kejadian ini membuat Umno yakin Muhyiddin menyebelahi Musa menentang Shafie, yang disebut-sebut akan memegang jawatan ketua menteri itu nanti.

Perbalahan di antara Musa dan Shafie berhubung bahagian-bahagian Umno di Sabah sudah diketahui ramai di arena politik negeri.

Pada pilihan raya bahagian Umno Sabah dua tahun lalu, para penyokong Musa secara terbuka menyokong calon-calon yang bertanding menentang para pemimpin yang mempunyai kaitan dengan Shafie.

Insiden terbaru di antara ketua menteri dan naib presiden Umno itu memberi persepsi yang berbeza dan kini ditafsirkan sebagai pergaduhan di antara proksi Najib dan Muhyiddin bagi menghadapi pilihan raya yang akan datang.

Perbalahan Musa-Shafie dilihat oleh setengah-setengah pemerhati sebagai perebutan untuk menguasai wang yang akan mengalir dari Kuala Lumpur bagi memperkukuhkan cengkaman mereka dalam bahagian-bahagian Umno Sabah melalui peruntukan projek-projek.

Musa dilihat sebagai pemimpin Umno Sabah terkaya dengan memegang kewangan negeri, konsesi balak dan projek-projek negeri manakala Shafie cuba melebarkan pengaruhnya dengan peruntukan-peruntukan terbaru untuk pembangunan luar bandar di Sabah.

Dengan mempunyai jumlah perwakilan yang kedua terbesar di negara ini pada perhimpunan agung Umno, Sabah boleh mempengaruhi keputusan-keputusan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin peringkat nasional.

Musa yang memegang tampuk ketua menteri lebih lima tahun, sejak akhir-akhir ini berusaha mengukuhkan kedudukannya ke atas parti itu.

Sebilangan ahli-ahli Umno mengadu mereka tidak menerima peruntukan negeri yang sepatutnya melalui Musa kerana mereka dikenal pasti sebagai penyokong Shafie.

Mereka menganggap Musa adalah seorang ahli perniagaan yang licik dan Shafie tidak boleh menandinginya apabila menggunakan projek dan wang untuk kekal berkuasa.

Jadi, apabila berita mengenai hentakan meja bocor, khabar-khabar angin mula berterbangan bahawa Musa terpaksa mengundur diri.

Menguji ‘kocakan air’ politiik

Cakap-cakap di kalangan politik di Sabah ialah Muhyiddin, Menteri Pertahanan Ahmad Zaid Hamidi dan Menteri Pengajian Tinggi Khalid
Nordin bergabung untuk menguji ‘kocakan air’ politik menentang kem Najib dan sepupunya Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Tun Hussein.

Sejak kemasukan Umno ke Sabah pada tahun 1990, para perwakilan telah memainkan peranan mereka bagaimana pertarungan di antara proksi-proksi pada peringkat nasional terjadi.

Ketika bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menyokong Allahyarham Ghafar Baba untuk jawatan timbalan presiden Umno, 14 bahagian Umno yang diketuai oleh bapa saudara Sakaran Dandai menentang Dr Mahathir.

Mereka menghantar memorandum menyatakan sokongan terhadap Anwar Ibrahim hingga memaksa Dr Mahathir menggugurkan sokongannya terhadap Ghafar.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

APCO: Negara dalam bahaya

Anwar Ibrahim


MUKADIMAH

 Terima kasih kepada Tan Sri Speaker kerana memberi ruang kepada saya untuk memberi penjelasan mengenai peranan dan skop penglibatan firma perhubungan awam bernama APCO. Isu ini wajar diberi perhatian khusus kerana ianya bukan sekadar isu 1Malaysia atau 1Israel atau tohmahan yang dilemparkan kepada saya sebagai seorang agen Yahudi. Namun demikian, isu-isu terbabit ditenggelami jika hendak dibandingkan dengan skandal dahsyat yang bakal didedahkan hari ini; yang tidak bersangkutan dengan kedudukan mahupun reputasi saya atau pun reputasi rakan-rakan saya.


Sesungguhnya keselamatan negara kita dalam bahaya. Isu ini membongkar politik kronisme yang membarah serta rundingan sulit pihak tertentu sehingga membelakangkan kepentingan rakyat dan negara. Tidak dapat dinafikan lagi kini wujud ancaman terhadap keselamatan nasional, maklumat strategik negara terdedah kepada agensi perisikan asing dan tercalarnya maruah umat.

 Bagi mengelak sebarang keraguan penjelasan saya hari ini bukan sekadar muslihat politik atau tuduhan tidak berasas, Insya Allah, setiap kenyataan saya hari ini akan disokong dengan dokumen, rencana malah salinan perjanjian yang ditandatangani oleh pihak-pihak terbabit.

 Sehingga kini Perdana Menteri belumpun memberi sebarang maklum balas terhadap gesaan saya agar segera mendedahkan serta memperincikan bentuk hubungan di antara kerajaan dan APCO, apa skop tugasannya, jumlah peruntukannya, setiap penasihat yang terbabit; peranan serta pengaruh mereka dalam kerajaan.

 Selama ini kita hanya dimaklumkan bahawa penglibatan APCO adalah terhad, tetapi kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan kebelakangan ini menunjukkan penglibatan yang lebih menyeluruh dan membimbangkan.

 Ini berdasarkan kepada jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sendiri yang menyatakan:

“Kerajaan ada melantik Syarikat APCO Worldwide Sdn Bhd untuk melaksanakan perkhidmatan berkaitan komunikasi kepada Kerajaan Persekutuan secara menyeluruh…APCO Worldwide juga disarankan menjayakan program untuk mempromosi dan meningkatkan imej Malaysia di luar negara ”

 Manakala bagi pihak APCO sendiri, mereka merumuskan penglibatan mereka seperti berikut:

“APCO's work has included communication support for a broad range of reform initiatives undertaken by the government of Malaysia, especially in the areas of creating jobs, promoting education, and strengthening delivery of services to the people.”

 Kenyataan tersebut sebenarnya membuka pekung serta memunculkan lebih banyak persoalan. Ini bukan syarikat perhubungan awam biasa yang sekadar menulis ucapan mahupun kenyataan akhbar ataupun bertindak melonjakkan imej Perdana Menteri walau itupun amat dikesalkan kerana ianya dilakukan menggunakan dana rakyat. Dilaporkan usaha ini menelan belanja sekitar RM 20 juta. Secara sedar atau tidak kenyataan APCO mengakui bahawa lantikannya adalah untuk membantu strategi komunikasi yang menyeluruh, bermakna firma tersebut terlibat secara langsung memberi bantuan komunikasi di dalam pelbagai inisiatif dan dasar kerajaan. Ini bermakna, APCO terlibat secara langsung dalam mempengaruhi mesej yang disampaikan kepada rakyat dan saya akan terangkan dengan mendalam kenapa perkara ini sangat membahayakan kepada rakyat dan negara.

 Pada 18hb Mac 2010, APCO mengeluarkan kenyataan menafikan penglibatan mereka dengan gagasan 1Malaysia, kononnya konsep itu wujud sebelum APCO dilantik sebagai firma perunding.

 Penafian yang dibuat oleh APCO itu merupakan usaha mereka untuk mengelirukan kita akan tarikh sebenar firma tersebut terbabit dengan pentadbiran Perdana Menteri sekarang. Penafian tersebut menggambarkan bahawa ianya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan pentadbiran Dato’ Sri Najib Razak, atau Dato’ Sri Najib sendiri, pembantunya atau para penasihatnya.

 Sebuah portal berita telah melaporkan pada 28 Julai 2009 setakat mana penglibatan APCO dengan pentadbiran Perdana Menteri Dato’ Seri Najib.

 Antara lain, dilaporkan bahawa perkhidmatan APCO ini diperkenalkan kepada Perdana Menteri oleh Omar Mustapha, penasihat Perdana Menteri yang juga teman lama YB Rembau dan rakan kongsi dalam firma perunding Ethos Consultancy. Saya akan buktikan selepas ini bagaimana perkaitan di antara Omar Mustapha dan APCO sebelum pun APCO dilantik secara rasmi sebagai perunding kerajaan.

 Walaupun yang diumumkan kepada negara dan rakyat bahawa 1Malaysia dicetuskan sendiri oleh Perdana Menteri peranan Ethos Consultancy tidak boleh diremehkan. Ternyata kebanyakan dari kita tidak menyedari hubungan akrab eksekutif Ethos dan APCO yang masih berterusan.

 Sebab itu kita tidak hairan, sebaik sahaja Dato’ Seri Najib menjadi Perdana Menteri, Omar Mustapha dikhabarkan membawa masuk APCO menjadi perunding komunikasi kerajaan.

 Malah, laporan berita tersebut dengan jelas menyatakan bahawa seorang penasihat dari APCO telah pun ditempatkan di pejabat Perdana Menteri sejak dari awal Perdana Menteri mengambil alih.

 APCO juga dilaporkan terlibat secara langsung dalam menentukan strategi 100 hari pentadbirannya, termasuklah mesej dan dasar utama seperti 1Malaysia dan inisiatif yang lain.

 Berdasarkan laporan tersebut juga pegawai-pegawai kanan kerajaan dikatakan tidak selesa apabila Perdana Menteri ingin menganugerahkan kontrak bernilai RM20 juta kepada APCO untuk meneruskan kerja-kerja rundingan kepada kerajaan. Kontrak itu dijangka dianugerahkan antara bulan Julai dan September 2009; iaitu selepas penglibatan individu dari APCO yang dibawa masuk pada tempoh awal Perdana Menteri mengambil alih.

 Semua ini bukan saya yang kata, bukan Pakatan Rakyat yang cipta – semuanya telah pun dilaporkan sejak tahun lalu dan ianya belum pun dinafikan pihak yang dikatakan terlibat.

 Sebab itu mengambil kira beberapa peristiwa atau contoh yang berlaku apabila kerajaan ditipu oleh penasihat-penasihat asing sehingga menyebabkan kerugian berbillion ringgit; atau diaibkan di peringkat antarabangsa; saya melihat episod perlantikan APCO ini sebagai satu lagi kelalaian yang boleh merugikan dan membahayakan negara.

 Adalah menjadi tanggungjawab saya untuk mengingatkan Perdana Menteri dan kerajaan untuk tidak mengulangi kesilapan dan kelalaian lepas apabila terlalu percayakan penasihat asing sehingga kita tidak memeriksa dengan tepat reputasi mereka serta penglibatan mereka sebelum ini. Apatah lagi perlantikan tersebut diselubungi misteri dan tanpa penelitian.

 Dulu, mantan Perdana Menteri mengizinkan kerajaan melantik David Zaidner dari firma Marc Rich untuk menasihati agensi kerajaan dan Bank Bumiputra cuba memanipulasi pasaran timah sedunia sehingga kita kerugian besar. Tidak sewajarnya kita lupa skandal Maminco itu. Mantan Perdana Menteri ketika itu seolah-olah tidak meneliti dahulu rekod David Zaidner, yang diketahui umum tidak suka mengikut peraturan dan undang-undang di dalam amalannya.

 Kemudian, episod yang membabitkan Jack Abramoff hanya untuk mendapatkan satu temujanji dengan Presiden Bush dalam tahun 2002 dengan membayar USD$1.2 juta tanpa memeriksa dahulu latar belakang Jack Abramoff. Dalam tahun 2006, kerajaan Malaysia dimalukan apabila Jack Abramoff didapati bersalah menipu dalam satu transaksi kewangan sehingga dipenjarakan dan pada masa itulah semua penglibatan kerajaan Malaysia didedahkan. Abramoff juga merupakan seorang pelobi yang terlibat dalam penipuan tanah kaum peribumi Amerika Syarikat(Red Indian) untuk tujuan pembinaan kasino. Perlantikan Abramoff juga dibuat dengan penuh kerahsiaan dan pasti tidak diketahui umum sekiranya Abramoff tidak diheret ke muka pengadilan di Amerika Syarikat.

 Walaubagaimanapun, mantan Perdana Menteri tersebut hanya memberikan tugasan yang spesifik kepada firma Marc Rich dan Jack Abramoff dan tidak melibatkan perjalanan jentera kerajaan yang menyeluruh.

 Dalam konteks inilah, kita melahirkan kebimbangan kerana kenyataan keraajaan sendiri menjelaskan bahawa mereka memainkan peranan penting membentuk strategi komunikasi kerajaan dalam dasar-dasar penting terutamanya yang melibatkan rakyat. Kenyataan APCO menyatakan:

“will work to assist in strengthening the government’s online and other strategic communication capabilities to speed the delivery of accurate information to the media and public.”

 Sekarang, kebimbangan kita bukan sahaja latar belakang APCO, tetapi bentuk penglibatan APCO dengan kerajaan Malaysia dan apakah maklumat yang telah dikongsi oleh kerajaan dengan APCO.



APCO DAN MODUS OPERANDI

 Tetapi sebelum kita meneliti dengan lebih dalam kenapa penglibatan APCO secara rapat dengan kerajaan merupakan satu risiko yang wajar kita elakkan, kita perlu meneliti dahulu modus operandi firma-firma seperti APCO.

 Hanya dengan memahami modus operandi yang digunakan oleh APCO, baru kita boleh memahami kenapa penglibatan APCO dengan kerajaan Malaysia diselubungi misteri dan rahsia.

 APCO memanglah sebuah firma hubungan awam bertaraf antarabangsa. Reputasinya digilap kerana penglibatan tokoh-tokoh yang ada kaitan dengan pentadbiran Amerika Syarikat atau pun ahli-ahli politik di Capitol Hill.

 Pada masa yang sama, APCO juga menggunakan khidmat mereka yang mempunyai pengaruh di dalam bidang atau kerajaan masing-masing. Kalau kita lihat senarai Panel Penasihat Antarabangsanya, ahli penasihat APCO termasuklah beberapa tokoh diplomatik dan tokoh perisikan Israel.

 Oleh itu, adalah penting untuk Dewan dan rakyat memahami bahawa reputasi APCO adalah sebagai sebuah firma pelobi. Apa fungsi firma pelobi di Washington?

 Selalunya mereka akan mengaturkan perjumpaan atau seminar untuk membaiki imej sesebuah organisasi; terutamanya pemimpin-pemimpin yang mempunyai rekod hak asasi atau rasuah yang buruk di mata dunia.

 Jadi, fungsi utama mereka adalah untuk membaiki imej pemimpin-pemimpin (atau badan-badan) yang mempunyai rekod yang tidak baik. Saya akan senaraikan selepas ini contoh-contoh pemimpin sebegini; yang secara tidak langsung kini Perdana Menteri Dato’ Seri Najib telah mendapat penghormatan kerana tergolong dengan pemimpin-pemimpin sebegini.

 Untuk menjalankan tugas ini, mereka juga perlu menjaga nama dan reputasi mereka sebagai firma perhubungan awam. Sebab itu ada beberapa perkara penting di dalam modus operandi mereka yang perlu kita fahami.

 Pertama – mana-mana pihak yang mengambil APCO sebagai perunding akan menandatangani perjanjian. Salah satu bahagian utama di dalam perjanjian ini adalah mengenai perkara-perkara rahsia; dengan izin “Confidentiality” atau “non-disclosure”.

 Reputasi APCO sebagai firma pelobi banyak bergantung kepada kemampuannya menangkis soalan-soalan mengenai peranan dan penglibatannya dengan badan yang melantiknya, terutamanya pemimpin-pemimpin yang berimej buruk ini.

 Sebab itu, tidaklah sukar untuk Barisan Nasional ingin mengabui mata rakyat dengan meminta APCO mengeluarkan kenyataan menafikan penglibatan dalam 1Malaysia, atau peranan sebenar dengan kerajaan Malaysia. Biar saya ingatkan rakyat Malaysia tidak mudah untuk diputarbelitkan.

 Mereka faham bahawa adalah menjadi sebahagian dari tugas APCO, seperti yang termaktub di dalam perjanjian lantikan bersabit perkara-perkara sulit dan rahsia; untuk melindungi klien mereka dan secara langsung menafikan penglibatan.

 Saya ambil contoh dua perjanjian lantikan yang melibatkan APCO. Satu yang ditandatangani oleh kerajaan Malaysia dengan APCO bertarikh 4hb Ogos 2009 yang secara khusus memberi tugasan kepada APCO untuk membaikpulih imej kerajaan Malaysia. Ini mempunyai tandatangan Setiausaha Akhbar Perdana Menteri sendiri, iaitu Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad yang menunjukkan betapa dekatnya APCO dengan Perdana Menteri – sedangkan pada kebiasaannya perjanjian kerajaan hanyalah ditandatangani oleh pegawai-pegawai kerajaan sahaja.

 Satu lagi contoh adalah perjanjian lantikan oleh Kerajaan Israel yang melantik APCO untuk menjalankan tugasan yang sama, bertarikh 9hb Januari 1992 . Pada jangka waktu yang sama, Ehud Barak masih berkhidmat sebagai Ketua Turus Angkatan Tentera Negara Israel.

 Kedua-dua perjanjian ini dengan jelas menghuraikan peranan APCO sebagai pelobi; yang antara lain perlu menyimpan rahsia-rahsia kerajaan yang diberikan kepada APCO dalam menjalankan tugasan. APCO juga tidak boleh mendedahkan maklumat kecuali diberi keizinan oleh kerajaan Malaysia. APCO malahan terlibat dengan apa yang dipanggil sebagai komunikasi strategik yang menyeluruh.

 Kita berhak menuntut kerajaan dan Perdana Menteri datang ke Dewan Rakyat dan berterus terang mengenai perjanjian yang telah ditandatangani dengan APCO – terutamanya semua soalan-soalan yang telah saya timbulkan minggu lalu mengenai tugasan, bayaran, penasihat-penasihat yang terbabit dan pengaruh mereka setakat ini.

 Berbalik kepada modus operandi yang kita tekankan tadi. APCO dalam operasinya membentuk pertalian dengan kerajaan-kerajaan yang melantiknya menggunakan firma bersekutu (dengan izin “associates”) di seluruh dunia. Selain Asero, firma bersekutu lainnya adalah Global Political Strategies.

 Di Israel, salah satu firma bersekutu adalah Asero Worldwide yang diketuai oleh Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel dengan berpangkat Mejar Jeneral. Beliau juga adalah salah seorang penasihat antarabangsa kepada APCO.

 Jadi kontrak-kontrak yang melantik APCO tidak semestinya di antara APCO dan kerajaan semata-mata. Kerajaan boleh sahaja melantik firma bersekutu APCO tetapi tenaga pakar dan jaringan penasihatnya serta jaringan sekutunya adalah dari APCO.

 Kalau di Israel, lantikan dibuat melalui Asero Worldwide. Contohnya, kontrak lantikan bertarikh 9hb Januari 1992 itu adalah di antara kerajaan Israel dan sebuah firma bersekutu bernama GCI International. Tetapi apabila kita meneliti kandungan perjanjian tersebut termasuk tenaga utama yang akan menjalankan tugas-tugas melobi, salah seorang pengurus kanannya adalah Margery Kraus yang kini merupakan CEO APCO.

 Oleh sebab itu, kita perlu berhati-hati dengan penafian oleh APCO bahawa ianya tidak terlibat. APCO sebagai sebuah firma mungkin tidak terlibat dengan idea gagasan 1Malaysia – Apa mungkin Perdana Menteri hadir ke Dewan Rakyat dan menyatakan secara tegas bahawa tidak ada mana-mana individu yang ada kaitan dengan APCO atau firma bersekutu dengan APCO atau penasihatnya yang terlibat dengan gagasan 1Malaysia? Kita pertikai gagasan penting bagi pentadbiran sekarang tidak tergolong dengan apa yang dikira sebahagian dari komunikasi yang menyeluruh.

 Bolehkah Perdana Menteri menerangkan adakah sebelum Ethos atau Omar Mustapha; yang dikatakan bertanggungjawab membawa gagasan 1Malaysia bagi pertimbangan Perdana Menteri; Omar Mustapha atau mana-mana eksekutif Ethos tidak mempunyai apa-apa hubungan langsung dengan mana-mana individu yang ada kaitan dengan APCO? Perdana Menteri perlu menerangkan adakah kerajaan atau Ethos atau mana-mana firma yang dilantik kerajaan; pernah melantik Mind Teams Sdn Bhd iaitu nama syarikat sebelum APCO secara rasmi bertapak di Kuala Lumpur. Paul Stadlen yang kini mengetuai APCO di Kuala Lumpur merupakan individu sama yang menandatangani perjanjian bagi pihak Mind Teams Sdn Bhd dengan Kerajaan Malaysia. Antara pengarahnya juga adalah Margery Kraus; CEO APCO dan invidu penting yang terlibat dengan akaun di Israel.

 Perdana Menteri juga perlu menerangkan kepada Dewan; kenapa Omar Mustapha penasihat yang dipercayai Perdana Menteri dilaporkan membawa APCO untuk menasihati kerajaan dalam dasar-dasar penting terutamanya 1Malaysia? Tidakkah ini menimbulkan persoalan mengenai perkaitan di antara Ethos, APCO dan 1Malaysia? Manakala itu Perdana Menteri beria-ia menonjolkan Omar Musthapa sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah Petronas walaupun ditolak pada mulanya oleh Lembaga Pengarah atas alasan gagal membayar biasiswanya.

 Soalan-soalan ini perlu dijawab oleh Perdana Menteri, kerana kita tahu modus operandi APCO yang diselubungi degan rahsia dan melibatkan banyak individu yang bernaung dengannya tetapi menggunakan firma-firma yang berlainan.


REKOD APCO

 Kebimbangan kita mengenai penglibatan APCO dengan kerajaan Malaysia banyak bersabit dengan rekod APCO dengan pemimpin-pemimpin yang mempunyai rekod hak asasi manusia atau penyelewengan harta rakyat di seluruh dunia.

 Ada dua aspek yang membimbangkan kita – pertama; APCO banyak memberi khidmat untuk memulihkan imej pemimpin-pemimpin sebegini yang menindas rakyat di negara masing-masing. Sehinggakan akhbar The Times of India menulis bagaimana APCO mempunyai diktator-diktator di dalam senarai pelanggannya . Rencana tersebut menyenaraikan antaranya:

“Adolf Hitler was a brilliant propagandist. Narendra Modi too believes in the power of image.

Which is probably why the chief minister hired a US lobbying firm which has serviced clients like former Nigerian dictator Sani Abacha and President-for-life of Kazakhstan Nursultan Abishuly Nazarbayev.

This Washington-based firm, Apco Worldwide, was hired by Modi sometime in August this year, in the run-up to an important Assembly election, to improve his image before the world community. Among its recent clients are Mikhail Khodorkovsky, a former Communist youth leader-turned-Russian billionaire with mafia links.”

 Keduanya; mereka yang terlibat dengan APCO mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan Israel serta ahli politik Amerika Syarikat yang mempunyai pandangan yang serong terhadap umat Islam.

 Soalan saya kepada Perdana Menteri – jika ini reputasi dan rekod APCO yang diketahui umum; apakah mesej yang ingin disampaikan kepada rakyat melalui perlantikan APCO sebagai perunding kerajaan?

 Apakah pentadbiran Perdana Menteri mengakui bahawa Perdana Menteri dan partinya Umno adalah setaraf dengan rejim-rejim diktator di dunia; sehinggakan khidmat APCO yang selama ini membaiki imej diktator perlu digunapakai?

 Saya ingin kupas kedua-dua aspek dan memberikan bukti bahawa berdasarkan rekod APCO selama ini, sewajarnya kerajaan tidak melantik mereka kecualilah kepakaran yang diperlukan kerajaan adalah kepakaran menggunakan wang untuk membeli pengaruh di Washington.

 Dalam tahun 2007, seorang wartawan penyiasat yang terkenal di Amerika Syarikat bernama Ken Silverstein telah menyamar untuk melantik APCO mewakili kerajaan Turkmenistan. Beliau telah melaporkan hasil siasatannya mengenai peranan dan pendekatan APCO membantu membersihkan imej diktator-diktator dunia di dalam sebuah rencana yang disiarkan di dalam Majalah Harper’s. Berikut antara pendedahan majalah tersebut:

Apco was the first firm i contacted, because it was a natural candidate to represent Turkmenistan: it has experience working not just on behalf of authoritharian regimes in general-the dictatorship of General Sani Abacha in Nigeria, for example, which employed the firm in 1995, the same year it hanged 9 democracy activists.”

 Pendedahan Ken Silverstein itu jelas menunjukkan peranan yang dimainkan oleh APCO dalam membantu pemimpin-pemimpin yang begitu buruk rekodnya. Nama-nama yang disebut di dalam pendedahan tersebut termasuklah Barry Schumacher yang juga pernah terlibat di dalam tugasan lantikan kerajaan Israel pada tahun 1992 dan Jennifer Millerwise Dyck, bekas jurucakap CIA dan jurucakap Naib Presiden Dick Cheney; yang rekodnya di dalam perang di Afghanistan dan Iraq kita semua sedia maklum.

 Sekiranya YB meneliti laporan tersebut, lebih membimbangkan adalah pendekatan yang diambil oleh APCO dalam menjalankan assignment itu.

 Kepada kerajaan yang melantiknya, mereka dijanjikan pertemuan-pertemuan dengan pemimpin Kongres, dialog atau seminar dengan pelbagai institusi untuk memberi imej yang amat berlainan dengan apa yang berlaku.

 Kepada pemimpin Kongres dan kerajaan Amerika Syarikat, mereka akan menjaja pertemuan-pertemuan ini sebagai peluang untuk mempengaruhi kepimpinan kerajaan yang melantik mereka sebagai perunding. Tidakkan ini satu amalan yang kurang beretika kerana ia seolah-olah mengambil untung di kedua-dua belah pihak? Bukankah ini satu isu yang besar apabila ada risiko campur tangan semata-mata untuk mendapatkan pertemuan-pertemuan di Washington?

 Sebab itu saya akan terangkan selepas ini risiko-risiko yang telah ditanggung oleh negara apabila Perdana Menteri dicucuk hidung oleh Omar Mustapha dan juak-juak dari Ethos untuk melantik APCO.

 Senarai pemimpin-pemimpin yang menggunakan khidmat APCO untuk membaikpulih imej diktator adalah panjang dan mengejutkan.

 Selain Turkmenistan, Kazakhstan dan Azerbaijan; salah seorang klien APCO yang paling terkenal adalah bekas diktator Nigeria iaitu General Sani Abacha. Mengikut laporan-laporan BBC General Sani Abacha merupakan pemimpin berkedudukan No. 4 yang paling korup di dunia. Semasa pemerintahannya, berbillion-billion dollar dilesapkan. Wang yang dilesapkan oleh orang kanannya sahaja berjumlah USD$2.5 billion.

 APCO sebagai firma perhubungan awam yang terlibat dengan komunikasi strategi mempunyai misi untuk melunakkan imej Sani Abacha yang melesapkan wang negara.

 Aspek kedua yang membimbangkan kita adalah kehadiran ramainya tokoh-tokoh yang berkait rapat dengan kerajaan Israel dan organisasi pertahanan negara itu termasuklah agensi perisikan sebagai perunding atau penasihat APCO.

 Tidakkah tindakan Perdana Menteri melantik APCO, yang umum diketahui rapat dengan tokoh-tokoh kanan rejim Zionis, merupakan sikap kepura-puraan? Di depan rakyat, kerajaan Barisan Nasional bercakap mengenai perjuangan Palestin, mengutuk rejim Zionist malah merotan pesalah-pesalah rakyat marhaen yang lemah untuk membuktikan ia sebuah kerajaan yang menegakkan Islam – adil atau tidak itu belakang kira.

 Tetapi secara senyap di belakang, tanpa pengetahuan rakyat; Perdana Menteri dinasihati secara terus dan dekat oleh sebuah firma yang ditunjangi oleh tokoh-tokoh kanan rejim Zionis? Regim yang memenjarakan Gaza dan menindas baik umat Islam dan mereka yang beragama Kristian di Palestin.

 Secara khususnya, saya ingin membawa perhatian Dewan kepada tiga tokoh utama Israel di dalam APCO iaitu Doron Bergerbest-Eilon, Ittamar Rabinovich dan Shimon Stein . Ketiga-tiga tokoh ini adalah tokoh kanan rejim Zionis.

 Doron Bergerbest-Eilon adalah Ketua Bahagian Keselamatan dan Perlindungan, Agensi Keselamatan Israel. Apa itu Agensi Keselamatan Israel?( Israel Security Agency)

 ISA adalah nama rasmi kepada satu organisasi yang cukup busuk namanya di kalangan umat Islam; iaitu Shin Bet. Apa ini Shin Bet? Shin Bet adalah adik kembar kepada Mossad; iaitu agensi perisikan Israel. Bezanya – Shin Bet adalah agensi perisikan dalam negara dan Mossad adalah agensi perisikan luar negara.

 Siapa lagi tokoh-tokoh kanan rejim Zionis di dalam APCO? Antaranya Itamar Rabinovich; Duta Israel ke Amerika Syarikat, salah satu jawatan terpenting dalam rejim Zionis. Ini adalah jawatan diplomatik paling kanan dan hanya tokoh paling kanannya sahaja yang menjawat jawatan ini. Begitu juga dengan Shimon Stein iaitu mantan duta Israel ke Jerman. Kedua-dua ini merupakan jawatan diplomatik kanan buat Negara Israel. Kedudukan mereka yang kanan dalam lingkaran diplomatik memperlihatkan keupayaan mereka untuk mempengaruhi serta melobi bagi pihak APCO sekarang.


RISIKO KEPADA NEGARA


 Sebab itu kita menimbulkan isu ini kerana ia melibatkan keselamatan dan reputasi negara serta maruah umat.

 Kita jelas mengapa kita bangkitkan isu ini. Ianya kerana kita mempertikaikan tindakan kerajaan menganugerahkan kontrak perkhidmatan puluhan juta ringgit kepada sebuah syarikat yang mana ada dari kalangan eksekutif kanannya pernah memegang jawatan tinggi dalam organisasi seperti Shin Bet dan Kerajaan Israel. Kita khuatir kerana pentadbiran Dato’ Sri Najib seperti tidak runsing dan gundah mengambil sebuah firma yang tercemar dengan rekod berkhidmat untuk para diktator dan petindas. Sikap membisu Perdana Menteri pastinya mengundang pelbagai kemusykilan serta persoalan.

 Membicarakan persoalan seperti komunikasi menyeluruh, pastinya ia berkait rapat dengan Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Penerangan dan banyak kementerian lainnya. Maknanya APCO mempunyai akses/terdedah kepada jaringan strategik serta penting dan pastinya memberi kesan kepada keselamatan negara. Melantik organisasi asing yang mempunyai rekod seperti APCO, lalu mengamanahkannya dengan tanggungjawab besar serta kemudahan sedemikan rupa pastinya menggadai kepentingan negara. Oleh kerana itu saya menggesa kerajaan agar segara membatalkan kontrak perkhidmatan dengan APCO dan menubuhkan sebuah Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat skandal yang memalukan ini.

RUJUKAN

1Jawapan YB Dato’ Seri Nazri Abdul Aziz kepada YB Tanah Merah, Tuan Amran bin AB Ghani, bertarikh 16 November 2009.
2 Respon APCO bertarikh 18hb Mac 2010.
3“Money Being Splurged To Boost Image of Najib Administration” ditulis oleh Kumpulan Editor The Malaysian Insider dan disiarkan pada 28 Julai 2009.
4Mukasurat 150: “Malaysian Maverick” oleh Barry Wain mengenai skandal kerugian kerajaan Malaysia yang cuba memanipulasi pasaran timah sedunia setelah mendengar nasihat pedagang timah bernama David Zaidner yang sebelum itu ditolak oleh negara-negara lain. Kerajaan dilaporkan mengalami kerugian sebanyak RM661 juta.
5Laporan Associated Press bertarikh 21 Februari 2006 bertajuk “Malaysia Ex-PM: Abramoff Was Paid $1.2 M” dan laporan Los Angeles Times bertarikh 15 Februari 2006 bertajuk “Abramoff Bragged Off Ties With Rove: The disgraced lobbyist helped get Bush to meet the leader of Malaysia”
6Kenyataan APCO bertarikh 10hb Ogos 2009, http://www.apcoworldwide.com/content/news/press_releases2009/malaysia0809.aspx
7“Agreement between APCO and Malaysian Government” ditandatangani pada 4hb Ogos 2009 bagi tugasan melobi Washington untuk membaikpulih imej kerajaan
8“Agreement between APCO and Israeli Government” ditandatangani pada 9hb Januari 1992 bagi tugasan melobi Washington untuk merapatkan hubungan diplomatik dan dagangan di antara Israel dan Amerika Syarikat
9Tempoh berkhidmat dari 1hb April 1991-1hb Januari 1995
10Sila rujuk laman rasmi Asero Worldwide di www.asero.com
11Times of India, 18 November 2007 dalam berita bertajuk “Modi’s Image Builders Have Dictators On Client List”
12 Harper’s Magazine, July 2007 dalam rencana bertajuk “Their Men in Washington: Under-cover with DC’s Lobbyists for Hire”
13Laporan BBC “Abacha Advisor In Corruption Probe) bertarikh 2 Disember 1998 dan “Africa Looted for $140 Billion, Leader Says” bertarikh 13 Jun 2002
14Laman web APCO di www.apcoworldwide.com. Ittamar Rabinovich juga disebut dalam tulisan John J. Mearsheimer dan Stephen M. Walt; The Israel Lobby And US Foreign Policy, m/s 46, London, Penguin Books.

Krisis Istana Kelantan:Tengku Muhammad Faris Saman Tengku Abd Aziz

Pemangku Raja Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra memfailkan saman bagi memohon perintah mahkamah bahawa pelantikan Pengerusi Majlis Perajaan Negeri Tengku Abdul Aziz Tengku Mohd Hamzah 25 Mac lepas sebagai Pemangku Raja Kelantan adalah tidak tidak sah dan terbatal.

Tengku Muhammad Faris (gambar) memfailkan saman pemula itu pada 11 pagi semalam di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas di sini, melalui peguam yang mewakili baginda, Zainur Zakaria.

Dalam saman itu baginda menamakan diri baginda sebagai plaintif pertama, Kerajaan Negeri Kelantan dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, sebagai plaintif kedua dan ketiga manakala adinda baginda Tengku Muhammad Fakhry, Datuk Wan Hashim Wan Daud, yang mendakwa dirinya sebagai setiausaha sulit Sultan Kelantan, dan Tengku Abdul Aziz sebagai defendan.

Turut disertakan dengan saman itu ialah afidavit sokongan yang diikrarkan Tengku Muhammad Faris pada 27 Mac lepas dan juga perakuan segera oleh Zainur.

Zainur dalam perakuan itu memohon mahkamah supaya menyegerakan perbicaraan kes itu atas alasan pergolakan yang berlaku di Kelantan akibat tindak tanduk oleh Wan Hashim yang menamatkan Tengku Muhammad Faris sebagai Pemangku Raja telah menimbulkan kekeliruan, ketidaktentuan dan kegelisahan kepada negeri dan rakyat Kelantan.

Katanya sekiranya kes itu tidak disegerakan pendengarannya, pihak plaintif khuatir bahawa kemudaratan yang lebih serius akan dilakukan oleh Wan Hashim.

Mahkamah menetapkan 5 April ini untuk sebutan kes itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas, Datuk Aziah Ali.

Tengku Muhammad Faris dalam saman itu antara lain memohon deklarasi bahawa pelantikan Tengku Abdul Aziz sebagai Pemangku Raja oleh Wan Hashim adalah tidak sah dan terbatal, dan deklarasi bahawa pengumuman oleh Wan Hashim dan Tengku Abdul Aziz mengenai penamatan baginda sebagai Pemangku Raja pada 24 Mac lepas adalah tidak sah dan terbatal.

Baginda juga memohon deklarasi bahawa Wan Hashim tidak mempunyai sebarang kuasa atau otoriti dengan apa cara bentuk untuk mewakili atau bertindak bagi pihak Sultan Kelantan dalam urusan dan pelaksanaan tugas Sultan Kelantan dalam hal ehwal negeri itu.

Putera Raja Kelantan itu juga memohon perintah injunksi bagi menghalang Tengku Abdul Aziz daripada menrepresentasi atau mendakwa dirinya sebagai “Pemangku Raja” dan daripada mengganggu atau mencampuri tugas dan kuasa Pemangku Raja (Tengku Muhammad Faris) berkaitan urusan dan hal ehwal kerajaan negeri sehingga perintah mahkamah selanjutnya.

Baginda juga memohon perintah injunksi bagi menghalang kesemua defendan melalui wakil-wakil atau ejen-ejen mereka dalam bentuk apa cara sekali pun dari menrepresentasikan diri mereka mempunyai kuasa bagi mewakili atau bertindak bagi pihak Sultan Kelantan dalam hal ehwal kerajaan negeri sehingga perintah mahkamah selanjutnya.

Tengku Muhammad Faris memohon perintah injunksi bagi menghalang defendan-defendan daripada mencampuri atau mengganggu pelaksanaan fungsi dan tugas kerajaan negeri Kelantan dan setiausaha kerajaan negeri dalam pentadbiran negeri, sehingga keputusan mahkamah.

Baginda juga memohon kos dan lain-lain relif oleh mahkamah.

Antara alasan yang dikemukakan oleh Tengku Muhammad Faris dalam saman itu ialah baginda adalah Pemangku Raja Negeri Kelantan setelah dilantik oleh Majlis Perajaan Negeri Kelantan melalui pemasyhuran bertarikh 24 Mei 2009 kerana Sultan Kelantan gering dan tidak boleh menjalankan tugas hal ehwal negeri.

Baginda berkata selaku Pemangku Raja, menurut undang-undang baginda mempunyai kuasa untuk menjalankan segala urusan berkenaan dan berkaitan hal ehwal negeri itu sehingga Sultan Kelantan disahkan oleh Majlis Perajaan telah sembuh dan boleh menyambung semula tugas sebagai Sultan.

Baginda berkata Sultan Kelantan masih gering dan tiada sebarang perisytiharan oleh Majlis Perajaan bahawa Sultan telah sembuh dan boleh menyambung semula tugasnya.

Pemangku Raja itu berkata tindakan defendan dengan mempresentasikan diri mereka mempunyai kuasa untuk mewakili Sultan Kelantan dalam urusan hal ehwal negeri telah melanggar dan mencabul kuasa baginda sebagai Pemangku Raja, selain menggugat dan menjejaskan pelaksanaan tugas baginda sebagai Pemangku Raja.

Tengku Muhammad Faris berkata Tengku Abdul Aziz secara salah dan tidak sah mengisyhtiharkan, mengatakan atau mendakwa dirinya sebagai Pemangku Raja.

Baginda berkata tindak-tanduk Wan Hashim bukannya sahaja salah di sisi undang-undang malah ianya telah menimbulkan kegelisahan dan kekeliruan di kalangan orang ramai.

Tengku Muhammad Faris berkata sekiranya defendan-defendan tidak dihalang daripaa terus melakukan tindak tanduk yang bertentangan dengan undang-undang, ianyaakan mempunyai impak yang serius kepada pentadbiran dan rakyat Kelantan. — Bernama


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Hakikatnya MCA Sudah Hancur Dan Berkubur

Akhirnya, pemilihan semula MCA melabuh tirai. Tetapi, adakah perebutan kuasa dalaman akan dibubuh noktah? Biarpun begitu, bilakah pula perebutan kuasa dalaman seterusnya akan berlaku?

Apakah perebutan kuasa ini adalah babak terakhir untuk MCA? Selagi MCA masih berada di dalam Barisan Nasional, atau selagi BN mengekalkan model politik yang sedia ada, maka tanda penutup kata pergelutan hari ini akan berputar menjadi tanda pembuka kata pergelutan babak baru.

Untuk ahli MCA, ia kedengaran seperti sumpah yang terkutuk. Namun, dari perspektif yang lain, analisa dari strukturnya adalah lebih "murah hati", kerana tertumpu kepada bagaimana percaturan politik kini menyekat pemimpin MCA, dan bukannya memperbesarkan kualiti, ciri-ciri yang ada pada individu perseorangan.

Secara umumnya, perebutan kuasa dalam parti dilihat sebagai sesuatu yang negatif. Wajib kita persoalkan terlebih dahulu, apakah itu perebutan kuasa? Seandainya ia sekadar pergelutan kuasa dalam parti, maka ia bukanlah sesuatu yang negatif. Pada hakikatnya, persaingan bakal memperkasa sesebuah parti. Pemilihan awal Presiden dalam Parti Demokratik US antara Barack Obama dengan Hillary Clinton, biarpun sengit, namun cukup memberangsangkan, sehingga pemenangnya berjaya tampil sebagai Presiden US. Dengan kata lain, persaingan parti berkemungkinan memperkasakan parti.

Oleh itu, masalah MCA bukanlah pergelutan kuasa, tetapi pergelutan kuasa yang sering berakhir dengan perpecahan. Persoalannya, mengapa MCA semakin lemah? Kerana sistem politik yang tempang.

Sumber yang terhad

Kejayaan kemuncak untuk seseorang pemimpin MCA adalah menjadi menteri. Namun, dalam jangka puluhan tahun ini, MCA kekal dengan peruntukan empat jawatan menteri, sama ada kuat ataupun lemah. Pada tahun 2008, MCA hanya memenangi 15 kerusi parlimen daripada 40 yang dipertandingkan. MCA tetap diperuntukkan empat jawatan menteri sungguhpun ia mencapai prestasi yang paling teruk sejak tahun 1969.

Pada tahun 2004, MCA mencatat prestasi yang terbaik dalam sejarah, dengan kemenangan 31 kerusi parlimen. Dengan kata lain, seandainya pemimpin MCA bercita-cita untuk menyandang jawatan Menteri, maka ia bukan tercapai dengan menerokai gelanggang yang lebih luas, tetapi menggulingkan rakan separtinya dari jawatan Menteri.

Keadaanya tidak berbeza dalam politik peringkat tempatan. Untuk pemimpin akar umbi yang tidak terjangkau sebagai calon ahli parlimen mahupun ADUN, maka prestasi yang paling kemuncak atau cenderahati yang paling penting untuk mereka adalah menjadi ahli majlis tempatan.

Namun, kuota ahli majlis tempatan kepada MCA jugalah tetap, tidak menambah walaupun pengaruh MCA mengembang, dan jarang berkurang kerana penyusutan pengaruh MCA. Oleh yang demikian, kunci untuk menjadi ahli majlis tempatan bukanlah melalui perkhidmatannya untuk meluaskan pengaruh, tetapi memastikan diri agar berada dalam puak yang "betul", supaya nama dirinya tertera dalam senarai cadangan parti.

Dari atas hinggalah ke bawah, pemimpin MCA terpaksa melangkah mayat rakan seperjuangannya untuk mendaki ke puncak kuasa. Apakah ini tidak cukup untuk menjelaskan mengapa berlakunya kacau-bilau setiap tiga tahun, huru-hara setiap lima tahun dalam parti?

Pergelutan kuasa yang berlanjutan untuk 18 bulan ini adalah akibat daripada terlucutnya jawatan dalam kerajaan oleh sebahagian besar pemimpin MCA. Sumber dalam kerajaan tidak mencukupi, maka sumber parti menjadi mustahak. Malah, peluang bertanding dalam PRU ke-13 merupakan penentu hidup matinya nyawa politik masing-masing. Jadi, bagaimana perebutan kuasa boleh dielakkan? Perang dalaman ini pada hakikatnya untuk menentukan siapa si-kalah, agar pemenangnya memperolehi lebih sumber, supaya survive hingga PRU yang akan datang.

Pengagihan sumber

Sebelum dan selepas pemilihan, semua puak membincangkan penyatuan. Namun, seandainya semua orang diterima sebagai satu pasukan, mengapa pula tikam-menikam sesama sendiri sepanjang ini? Sungguhpun pimpinan tertinggi sudi untuk menerima semua puak, namun pembesar-pembesar di akar umbi dijangka tidak akan mengangguk kepadanya.

Chua Soi Lek memenangi kerusi Presiden dengan undi 38%, malah kedua-dua puak yang lain turut mendapat tempat masing-masing, dari jawatan Timbalan Presiden hinggalah AJK Pusat. Jadi, bersekutu dengan salah satu puak adalah satu-satunya pilihan.

Antara Ong Ka Ting dengan Ong Tee Keat, dendam Chua terhadap Ong Ka Ting lebih mendalam berikutan daripada DVD seksnya. Lebih-lebih lagi, puak Ong Ka Ting lebih ramai orangnya. Seandainya Chua bersekutu dengan Ong Ka Ting, sudah tentu sumber tidak cukup untuk diagihkan. Apakah pengikut Chua yang taat setia sepanjang ini akan berpuas hati?

Dalam keadaan sedemikian, mungkin Chua akan memilih untuk bersekutu dengan Ong Tee Keat, kemudian menarik beberapa pengikut Ong Ka Ting untuk meleraikan empayarnya. Jikalau begitu, adakah sekutu puak Chua Soi Lek - Ong Tee Keat akan berkekalan sehingga pemilihan parti pada tahun depan, seandainya pemilihan parti tidak ditunda atas alasan PRU?

Adakah puak Ong Ka Ting akan kembali untuk bertanding semula setahun kemudian? Lain kata jikalau Chua Soi Lek mampu mengagihkan sumber secara adil dalam masa yang singkat, agar perwakilan menerima "pengagihan kuasa" oleh "pimpinan kolektif". Jikalau keadaan ini tidak berlaku, maka pemilihan akan datang bakal menyaksikan pertarungan sengit.

Namun, nasib MCA dalam PRU ke-13 nampaknya bukan ditentukan sama ada MCA bersatu-padu atau berpecah-belah, tetapi lebih kepada sejauh manakah MCA respon kepada senario baru selepas dilanda "tsunami politik". Punca kepada malapetaka pergelutan MCA adalah UMNO yang mereka dan mengekalkan sistem politik yang tertutup ini, menurut analisa pergelutan di atas dari strukturnya. Namun, pihak yang harus dipersalahkan ialah pemimpin MCA yang bergantung dan ketagih kepada sumber.

Selagi MCA gagal membebaskan diri daripada kebergantungan terhadap sumber, maka MCA tidak mungkin berkata "tidak" kepada UMNO, malah gagal menukar peraturan yang ditetapkan oleh UMNO. Dilema MCA yang tidak terdaya mahupun tidak berani untuk menolak UMNO, adalah cabaran yang wajib diatasi MCA selepas PRU ke-12.

Ringkasnya, kemelut dalaman dan luaran MCA sebenarnya saling berkaitan, begitu juga dengan puncanya. Kebergantungan kepada sumber kerajaan mengakibatkan MCA tidak berani untuk mencabar kuasa UMNO, termasuk peraturan pengagihan sumber. Pemimpin MCA bukannya tidak menyedari masalah ini, cuma tidak terdaya untuk berbuat apa-apa.

Ong Ka Ting ketika menerajui tampuk pimpinan MCA telah mengehadkan tempoh untuk menyandang jawatan dalam parti. Langkah ini bertujuan untuk memecahkan jawatan, sumber yang ada kepada unit yang lebih kecil, untuk mengatasi masalah keperluan melebihi sumber yang sedia ada.

Oleh yang demikian, Kempen Pembelajaran Sepanjang Hayat, program kebajikan, yang melimpah semasa zaman Ong Ka Ting tidak terlari daripada logik pengagihan sumber ini. Oleh kerana Ong Ka Ting hanya menumpu kepada "pengurusan sumber", dan tidak berani untuk respond kepada kuasa UMNO, maka retorik politiknya untuk menutup kelemahan diri telah ditolak oleh pengundi. Lantaran itu, jawatan MCA berkurangan, mencetus perang perebutan sumber yang berlanjutan selama 18 bulan.

Ong Tee Keat telah menemui pasaran keperluannya, iaitu mencabar UMNO. Maka beliau menggunakan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) untuk menonjolkan diri sebagai wira. Namun, cara pengagihan sumbernya terlalu lemah. Ia berakhir sebagai pemancung Chua Soi Lek dalam EGM, dan dirinya nyaris-nyaris dipancung. Kegagalan Ong Tee Keat mententeramkan parti menjurus kepada kesudahan dirinya tersungkur dalam pemilihan semula parti. Sama ada beliau mampu bertahan pada jawatan menterinya untuk memainkan peranan "menangkis serangan luar", sebenarnya terpulang kepada perancangan Chua Soi Lek selanjutnya.

Cara pentadbiran Ong Tee Keat sungguhpun tidak cukup halus, tetapi imejnya yang lantang bersuara tetap mendahului pemimpin MCA lain, sama ada persepsi di kalangan Melayu atau bukan Melayu.

Chua Soi Lek pula terbeban dengan skandal seksnya. Seandainya beliau gagal mempamerkan kemampuan yang setanding ketika pemilihan parti dalam hal pengendalian hubungan antara MCA dengan UMNO, proses pendemokrasian negara dan sebagainya, maka pesaingnya akan menuduh bahawa beliau tunduk kepada UMNO kerana DVD seksnya. Undi 39% yang diperolehinya akan menjadikannya Presiden yang tempang, dan pergelutan kuasa parti akan kembali setahun kemudian.

Sesetengah media menggelar Chua Soi Lek sebagai "come-back kid", tetapi mungkinkah MCA menjadi "come-back kid" selepas tsunami politik PRU ke-12? Ia bergantung sama ada MCA yang dipimpin Chua Soi Lek mampu menggarap imaginasi orang ramai, misalnya mengambil pendirian yang tegas dalam Model Ekonomi Baru, atau menjadi parti komponen BN pertama yang menyokong pemulihan pilihan raya kerajaan tempatan.

Seandainya Chua Soi Lek sekadar versi "Ling Liong Sik yang lebih bijak" dalam persepsi ramai, dan jikalau pemilihan ditundakan sehingga selepas pilihan raya umum yang lain, maka kemungkinan besar perebutan kuasa kali ini bakal menjadi pergelutan parti yang terakhir. Ini kerana tiada makna lagi untuk bertelagah di dalam MCA yang sudah terkubur dalam PRU ke-13. -merdeka review

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Tazkirah: Walau Siapa Dirimu, Jangan Dilupakan Tugas Ini

Di celah-celah kesibukan manusia mencari pulangan harta dan gaji untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai suami, bapa, anak dan sebagainya. Ingatan berterusan diperlukan agar kita semua tidak mengabaikan usaha untuk mencari bekalan untuk kehidupan hakiki.

Jika kita ingin dianggap ‘manusia' dan bukan seperti ‘binatang ternak' di sisi Allah. Ingin mendapat kedudukan istimewa umat Muhammad di akhirat kelak, peruntukanlah masa secukupnya untuk melakar peta perjuangan yang patut ditempohi. Jangan sesekali kita lupa pula untuk melakarkan tahap-tahap bagi mencapainya, juga dugaan dan cabaran yang bakal mendatang.

Dari senarai panjang tugas dan objektif kehidupan kita di atas muka bumi ini, Ibn Mas'ud r.a mengingatkan sesiapa yang meluapakan sebagai ‘bangkai hidup'. Ia tidak lain dan tidak bukan,

"Al-Amr bil Maʿruf wa al-nahyu ʿAn al-Mungkar"

Iaitu : menyeru dan mengajak manusia lain kepada kebaikan dan melarang mereka dari melakukan kemungkaran.

DIRI TIDAK SEMPURNA

Walau diri masih tidak sempurna dan tidak akan sempurna kerana dosa yang pasti kita lakukan, tugas itu tidak sama sekali terangkat dari senarai kewajiban kita. Malah di waktu kita melakukan kesalahan yang sama.

Memang benar amat besar kemurkaan Allah taʿala terhadap sesiapa yang menyeru kebaikan yang dia sendiri tidak lakukannya. Pun begitu, kemurkaan Allah lebih besar kepada mereka yang melakukan kebaikan dan terus melupakan seruan kepadanya. Ia adalah dosa berganda.

Justeru itu, Allah tala sendiri mengutuk sikap Yahudi yang mana mereka TIDAK SALING MENCEGAH KEMUNGKARAN yang dilakukan oleh sesama mereka. Lihatlah firman Allah berkenaan celaan ini pada surah Al-Maidah :

كَانُوا لاَ يَتَنَاهَوْنَ عَن مُّنكَرٍ فَعَلُوهُ لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَفْعَلُونَ

Ertnya : kerana mereka (Yahudi) itu mereka tidak saling mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh mereka, amat buruklah apa yang mereka kerjakan. ( Al-Maidah : 79)



Dari Ibn Mas'ud r.a :

لما وقعت بنو إسرائيل في المعاصي نهتهم علماؤهم فلم ينتهوا فجالسوهم في مجالسهم وواكلوهم وشاربوهم فضرب الله قلوب بعضهم ببعض ولعنهم على لسان داود وعيسى ابن مريم

Ertinya : Apabila sahaja Bani Israel melakukan maksiat, para ilmuan mereka menegahnya, namun apabila tegahan tidak diendahkan, para ilmuan itu duduk bersama mereka di dalam majlis mereka, makan dan minum bersama mereka ( seolah-olah redha), maka kerana itu, Allah membiarkan hati-hati sama di antara satu sama lain ( kotor dan keji), dan dilaknat mereka itu dari lisan Nabi daud dan ‘Isa. ( Riwayat Ahmad)

Nabi menyebut :

والذي نفسي بيده لتأمرن بالمعروف ولتنهون عن المنكر أو ليوشكن الله عز وجل أن يبعث عليكم عذابا من عنده ثم تدعونه فلا يستجاب لكم

Ertinya : Demi Allah yang nyawaku ditangannya, mestilah bagimu menyeru kepda kebaikan dan melarang manusia lain dari kemungkaran, atau sangat hampirlah Allah ʿazza wa jalla menimpakan ke atasmu suatu azab dari sisiNya, sehingga apabila kamu berdoa, tidak lagi diperkenankan (Riwayat At-Tirmizi, Hadis Hasan)

Sekarang tugas kita, menggali ilmu sedalam mungkin sebagai benih untuk membolehkan kita membezakan mana yang mungkar dan mana yang maʿruf. Hanya melalui jalan itu, kita mampu melaksanakan tugas tersebut.

SERIBU ALASAN & ILMU BELUM MENCUKUPI

Jangan sesekali ditipu oleh Syaitan yang sentiasa mengutuk kita sebagai ‘tidak baik', ‘tidak soleh' dan ‘belum cukup ilmu' dan seribu satu macam alasan lagi. Pastikan semua bisikan itu diharungi dengan keazaman dan usaha yang tinggi untuk memadamkannya.

Hakikatnya semua kita belum cukup ilmu, namun Allah mewajibkan kita berusaha untuk menyampaikan apa yang kita faham dariNya dan sunnah rasulNya kepada manusia lain.

Berusahalah mencari kefahaman ilmu dan menyampaikannya seperti kita mencari sesuap makanan untuk diri dan keluarga.

Nabi juga bersabda :

الأنبياء لم يورثوا دينارا ولا درهما، ولكن ورثوا العلم، فمن أخذه أخذ بحظ وافر

Ertinya : Para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham ( wang dan harta), tetapi mewariskan ilmu, seseiapa yang mengambilnya maka dia telah mendapat kebaikan yang melimpah (Riwayat Abu Daud)



JIKA AJAKAN DAN TEGAHAN TIDAK DIIKUTI?

Sesudah ajakan dan larangan dalam bentuk yang sebaik mungkin, namun masih tidak didengari, tatkala itu sedarlah tugas kita hanya menyampai.

Allah menyebut:

إِنْ عَلَيْكَ إِلَّا الْبَلاغُ

Ertinya : Sesungguhnya tiada kewajiban atasmu kecuali menyampaikan (sebaiknya) ( Al-Syura : 48)

Dan juga ingatan Allah taʿala :

وَمَا أَكْثَرُ النَّاسِ وَلَوْ حَرَصْتَ بِمُؤْمِنِينَ

Ertinya : Dan sebahagian besar manusia tidak akan beriman, walaupun kamu sangat menginginkannya ( Yusuf : 103)



Akhir sekali, marilah kita sama-sama merenung teguran Allah ini

أَرَضِيتُمْ بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا مِنَ الْآخِرَةِ فَمَا مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا فِي الْآخِرَةِ إِلَّا قَلِيلٌ

Ertinya : Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit (Surah al-Taubah : 38)

PENUTUP

Tugasan ini boleh dijalankan melalui pelbagai bentuk dan keadah mengikut kesusaian seseorang dan kemampuannya serta kepakarannya. Sama ada melalui parti politik, NGO yang terdiri dari perkumpulan, jamaʿah dan persatuan atau juga secara individu.

Ia boleh dilaksanakan di tempat kerja, sekolah, universiti, surau, kampung, felda, di persekitaran rumah, di ruangan internet, buku, majalah, bulletin, di waktu kursus dan seminar dan banyak lagi. Jangan disempitkankan medium dan ruangnya.

Sebagai penutup, sudikanlah meluangkan sekadar 9 minit untuk memahami tugasan ini dengan tambahan ilmu dari saya melalui petikan video ini




Sekian
Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

30 Mac 2010


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Adakah Menteri KDN Sendiri Yang Perlu DiSebat?

Ceritanya.. sila klik si sini..

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

BN Gaduh Rebut Kerusi. PR Tenang Menghadapi

Pakatan Pembangkang Letak Calon PKR Di Hulu Selangor: Anwar
KUALA LUMPUR: Pakatan pembangkang akan meletakkan calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan berunding terlebih dahulu dengan kepimpinan tertinggi PAS dan DAP sebelum menamakan calon itu dalam masa terdekat.

"Ia (pemilihan calon) masih terbuka...itu proses biasa dalam parti, kita kena dengar dari cabang negeri, masyarakat tempatan, kemudian kita bincang dengan rakan-rakan pimpinan PKR serta rujuk kepada pimpinan PAS, DAP dan kita bertanding itu atas nama Pakatan Rakyat," katanya.

Anwar berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Parlimen di sini hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat Jumaat ini untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad dari PKR Khamis lepas akibat barah otak.

Pada pilihan raya umum 2008, Zainal Abidin menewaskan penyandang kerusi itu ketika itu, Datuk G.Palanivel daripada Barisan Nasional dengan majoriti 198 undi. - BERNAMA

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Penakut Najib!

Mengapa Najib umum MEB di luar Parlimen?


Dzulfikar Mashoor
KUALA LUMPUR, 31 Mac: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mempersoalkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Model Ekonomi Baru (MEB) di luar Parlimen seolah-olah tidak mencerminkan konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

"Pengumuman Najib itu bercanggah dengan konsep rakyat didahulukan kerana pengumuman tersebut dibuat di luar Dewan Rakyat," jelasnya.

Senada dengan Abdul Hadi, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, tindakan Najib itu seperti menghina kemuliaan Dewan Rakyat.

Ini kerana, menurut beliau, Najib sanggup pergi mengumumkan MEB di luar Parlimen, sedangkan beliau berpeluang membentangkan di Dewan Rakyat sekarang.

Dalam pada itu, Majlis Pakatan Rakyat petang tadi menyifatkan MEB menyadur semangat Agenda Ekonomi Malaysia (AEM).

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Najib dilihat memuatkan prinsip-prinsip utama AEM dalam ucapannya, semalam.

"Seolah-olah prinsip utama yang diwar-warkan itu disadur dari AEM (apabila) Perdana Menteri bercakap mengenai keperluan mencapai pendapatan tinggi, membina ekonomi yang utuh secara berterusan dan menjamin kesaksamaan, peralihan bantuan berasaskan keperluan tanpa mengira kaum," jelas beliau di Parlimen.

Jelas Anwar, kesemua prinsip tersebut telahpun diperjuangkan Pakatan Rakyat sejak 2006 lagi, dan kemudiannya menjadi manifesto bersama-sama PKR, DAP dan PAS pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU 12) yang lalu.

Pun begitu, beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, Najib yang juga Menteri Kewangan I turut dilihat gagal menjelaskan mekanisme lanjutan untuk mencapai kelapan-lapan inti utama MEB.

Bagi Pakatan Rakyat, katanya kerajaan seharusnya menyentuh kaedah-kaedah kerajaan menangani isu rasuah, ketirisan, pembaziran, ketidakbebasan mahkamah, polis dan PDRM tidak profesional sebelum memperkenalkan MEB.

Dengan tidak menyentuh beberapa mekanisme tersebut, menurut beliau, mengakibatkan ekonomi negara terus dilihat tidak menentu oleh para pelabur luar.

Akibatnya, menurut Anwar, dana dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangkakan akan disalahgunakan oleh kroni-kroni tertentu melalui aktiviti pengkorporatan badan tersebut kelak.

"Pengkorporatan akan dilakukan di mana (dana) KWSP akan dipinda pada satu badan tertentu sedangkan tanpa reformasi menyeluruh, bahaya pada (aktiviti) penswastaan," jelasnya.

Dalam perkembangan yang lain, Majlis Pakatan Rakyat mengumumkan bahawa PKR direstui untuk meletakkan calon dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor kelak.

Turut menyertai Anwar, Lim dan Abdul Hadi di Pejabat Ketua Pembangkang adalah Dr. Syed Husin Ali (Timbalan Presiden PKR), Datuk Mahfuz Omar (Naib Presiden PAS), Datuk Mustafa Ali (Setiausaha Agung PAS), Saifuddin Nasution (Setiausaha Agung PKR) dan beberapa pemimpin tertinggi komponen PR.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Tu Diaaaa.Najib Cadang 'Rompak' KWSP, Jual Harta Kerajaan Melalui MEB

Oleh Faizal Ezzany

KUALA LUMPUR 31 Mac - Pakatan Rakyat mengalu-alukan pengakuan yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa melancarkan Model Ekonomi Baru (NEM) bahawa semua permasalahan ekonomi negara yang disuarakan oleh Pakatan Rakyat selama ini adalah masalah serius yang perlu ditangani segera.

Semasa sidang media yang diadakan di Pejabat Ketua Pembangkang hari ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Najib mengakui pentingnya pelaburan swasta ditingkatkan serta menghentikan ketagihan dan kebergantungan kepada perbelanjaan kerajaan yang boros untuk memacu ekonomi.

"Perkara ini telah dibangkitkan secara berterusan oleh Pakatan Rakyat sebelum ini. Rakyat yang arif tentang Agenda Ekonomi Malaysia (AEM) yang dibawa oleh Pakatan Rakyat sudah tentu akan tersenyum apabila meneliti ucapan Najib mengenai NEM kerana seolah-olah prinsip utama yang diwar-warkan itu disadur dari AEM.

"Perdana Menteri bercakap mengenai keperluan mencapai pendapatan tinggi, membina ekonomi yang utuh secara berterusan dan menjamin kesaksamaan. Inilah ciri-ciri model yang telah diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat sejak 2006 lagi dan telah menjadi sebahagian besar manifesto Pilihan Raya Umum Ke-12," kata Anwar.

Dalam masa yang sama beliau menjelaskan konsep NEM hanya akan terhenti di situ sahaja kerana kerajaan tidak meletak perkara tersebut sebagai kerangka utama.
"Walaupun kerajaan mengakui bahawa ekonomi kita memerlukan perubahan besar-besaran, ia masih tidak komited kepada reformasi utama membabitkan institusi awam, dasar dan amalan yang menjadi batu penghalang kemajuan kita selama ini.

"Tidak ada apa-apa cadangan kukuh untuk membina kredibiliti dan kewibawaan institusi kehakiman atau institusi kerajaan yang lain. Malah Perdana Menteri langsung tidak menyentuh mengenai langkah baru untuk membasmi rasuah. Akibatnya pengumuman NEM ini menjadi satu bukti bahawa Barisan Nasional hanya berminat mengaburi mata rakyat dengan taktik perhubungan awam semata-mata apatah lagi dengan pembabitan APCO.
"Kerajaan BN tidak mempunyai keberanian atau iltizam politik untuk melakukan reformasi yang sangat diperlukan untuk menyelamatkan negara ini. Kegagalan untuk mengakui permasalahan terbesar dalam ekonomi Negara kita ini akan sekali lagi menghalang pencapaian segala niat baik dan matlamat NEM," tegas beliau dalam sidamng media yang turut dihadiri Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Anwar juga menjelaskan rakyat khuatir dengan pengumuman Perdana Menteri berhubung rancangan penjualan harta kerajaan.
"Perdana Menteri telah mengumumkan beberapa rancangan untuk menjual harta kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta satu lagi proses penswastaan. Tanpa reformasi menyeluruh untuk membina ketelusan, urus tadbir yang baik, pertanggungjawaban dan amanah di dalam sistem negara ini maka kita berdepan dengan satu lagi musim rompakan besar-besaran harta rakyat seperti mana pemerintahan sebelum ini.

"Pengumunan bahawa dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan digunakan dengan lebih rancak untuk membeli syarikat-syarikat dan turut serta di dalam perniagaan baru adalah satu yang amat membimbangkan kerana masa depan berjuta-juta pekerja kita akan menjadi mangsa ketamakan dan kerakusan para pemimpin dan kroni yang akan mengambil kesempatan menggunakan dana rakyat untuk mengkayakan diri mereka.

"Adalah menjadi tanggungjawab semua rakyat untuk berjaga-jaga dan memantau apa-apa jua keputusan atau pembelian KWSP selepas ini, kerana pasti ada campur tangan yang cuba memaksa dan mempengaruhi keputusan KWSP. Tanggungjawab yang lebih besar adalah terletak di bahu Perdana Menteri dan kerajaan, beliau perlu menyenaraikan semua langkah yang telah diambil untuk memastikan apa-apa proses pelaburan dan penglibatan dalam perniagaan baru KWSP dibuat secara telus.
Anwar mengingatkan rakyat agar berhati-hati dengan apa yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri.

"Sementara kita bangga kerana Perdana Menteri secara senyap-senyap mengakui keberkesanan model ekonomi yang dibawa oleh AEM dan dimasukkan kedalam NEM, kami bimbang pusingan penswastaan dan panjualan aset kerajaan GLC akan diambil peluang oleh BN untuk membina dana pilihan raya umum Ke-13," tegas beliau.
Beliau juga menjelaskan pasukan ekonomi Pakatan Rakyat kini sedang meneliti laporan Majlis Penasihat Ekonomi Negara dengan terperinci.

Pakatan Rakyat akan mengumumkan analisa dan pandangannya mengenai inisiatif-inisiatif ekonomi yang disertakan di dalam laporan NEAC mengenai NEM dalam masa seminggu.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Pelawak Din Beramboi stabil

KUALA LUMPUR, 31 Mac — Pelawak dan penyampai radio popular, Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri, kini berada dalam keadaan stabil selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Selayang semalam.

Sambil menyangkal laporan media yang menyatakan bapanya koma, anak sulung pelawak itu Nil Aina Hadibah, 18, berkata kesihatan bapanya semakin baik berbanding semalam.

“Hari ini keadaan papa dah stabil. Memang semalam dia kritikal, tetapi dia tidak koma seperti yang dilaporkan akhbar. Dia cuma ‘ditidurkan’ oleh doktor sahaja bagi memudahkan proses rawatan,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Nil Aina berkata pihak hospital masih belum dapat mengenalpasti penyakit yang dihidapi bapanya namun dimasukkan ke ICU kerana disyaki menghidap demam denggi berdarah.

Katanya pihak hospital juga masih menjalankan rawatan susulan termasuk bagi mengesan sama ada pelawak itu yang dijangka dipindahkan ke wad biasa esok, mempunyai simptom dijangkiti virus kencing tikus.

Mengulas lanjut, Nil Aina berkata bapanya menunjukkan kurang tanda sihat pada hujung minggu lepas sebelum dibawa ke sebuah klinik swasta yang kemudian merujuknya ke Hospital Selayang pada Isnin lepas.

“Saya dan mummy turut demam sejak minggu lepas dan kemungkinan papa berjangkit dengan kami tetapi demam saya dengan mummy tidak seteruk mana.

“Memandangkan demam papa tak kebah, papa buat pemeriksaan ke klinik swasta di Rawang sebelum beliau dirujuk ke sini (Hospital Selayang),” katanya.

Selain menjadi pelawak dan penyampai radio, Din Beramboi, 44, juga adalah seorang kartunis dan pernah bergiat dalam bidang nyanyian.

Turut kelihatan melawat Din Beramboi di hospital hari ini ialah penyampai radio swasta terkenal, Linda Onn dan Halim Othman. — Bernama

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Tu Diaaaa...Najib Bayar A$420,000 Kepada APCO Untuk Khidmat Nasihat 6 Bulan

KUALA LUMPUR 31 Mac - Kerajaan Umno-Barisan Nasional didakwa telah membayar A$420,000 kepada firma antarabangsa APCO Worldwide yang dikaitkan dengan rejim Zionis Israel untuk khidmat runding selama enam bulan.

Dalam surat yang bertarikh 15 Julai 2009 dengan menggunakan kepala surat rasmi Jabatan Perdana Menteri dan dialamatkan kepada Paul Stadlen, kerajaan Malaysia mengesahkan terma yang dipersetujui pada mesyuarat yang diadakan bersama APCO pada 10 Julai 2009.

Salinan surat tersebut yang dimuatnaikkan dalam blog dan internet didakwa telah ditandatangani oleh Samsuri Mohd Nor, Setiausaha Bahagian Kewangan dan Pembangunan di Jabatan Perdana Menteri.Surat Penerimaan setebal lima mukasurat itu menggariskan bidang kerja APCO kepada kerajaan Malaysia di bawah tajuk 'Public Affairs and Goverment Affairs Services' atau Perkhidmatan Perhubungan Awam dan Kerajaan.
"Dengan penerimaan kerajaan terhadap tender yang dikemukakan oleh pihak tuan, adalah dimaklumkan bahawa kini wujud ikatan kontrak antara kerajaan dan pihak tuan.
"Satu perjanjian yang lebih lengkap yang memasukkan semua terma dalam tender akan ditandatangani. Pihak tuan akan dimaklumkan apabila dokumen kontrak siap untuk ditandatangani," kata surat tersebut.

Surat itu yang juga ditandatangani oleh Paul Stadlen yang mewakili Mind Teams Sdn Bhd dan APCO Worldwide sebagai kontraktor serta Ronald Barnetto dari England sebagai saksi antara lain menggariskan empat bidang kerja utama berkaitan hubungan awam yang menjadi sasaran khidmat runding APCO kepada kerajaan Malaysia.
Mereka menandatangani surat penerimaan itu pada 21 Julai 2009.
Stadlen kini adalah Pengarah Urusan APCP Worldwide cawangan Malaysia.
Ini termasuk penyelidikan, pembangunan strategi dan mesej utama, pencapaian serta perundangan dan pematuhan.

Di bawah bidang penyelidikan, APCO dikehendaki mengenalpasti bidang kerjasama antara kerajaan Malaysia dan pemerintah Amerika Syarikat yang signifikan dan selari, membangunkan mesej komunikasi dengan pembuat dasar Amerika Syarikat dan tokoh penting masyarakat sivil serta mengenalpasti pegawai kerajaan, 'think tank', wartawan, NGO yang relevan kepada hubungan Malaysia-Amerika Syarikat.

Dalam sektor pembangunan strategi dan mesej utama pula, APCO akan memberi khidmat sokongan kepada Kedutaan Malaysia di Washington dan kerajaan Malaysia dalam melaksanakan program bagi mengukuhkan hubungan dan persefahaman antara Malaysia dan Amerika Syarikat.

Bagi khidmat pencapaian pula APCO akan membantu mengeratkan hubungan dengan 'think tank', melaksanakan kempen mempromosi Amerika Syarikat bersama sektor perniagaan penting di Malaysia dan melaksanakan kempen media bebas Amerika Syarikat.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Kiat Siang Penakut Atau Muhyiddin Yang Pengecut?

Kit Siang Berniat Jahat: Muhyiddin
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Lim Kit Siang berniat jahat kerana mencabarnya meletak jawatan jika gagal mengakui beliau 'Malaysian first, Malay second'.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional dan Timbalan Presiden UMNO berkata, Penasihat DAP itu hanya mahu menjejaskan hubungannya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kit Siang ada niat jahat sebab beliau sendiri tak sokong 1Malaysia," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) di sini hari ini.

Lim yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur, hari ini mencabar Muhyiddin meletakkan jawatannya jika Timbalan Perdana Menteri itu gagal mengakui beliau 'Malaysian first, Malay second' yang tidak selari dengan gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Najib.

Timbalan Perdana Menteri berkata, tindakan jahat Lim bertujuan untuk menyerang gagasan 1Malaysia yang disokong oleh rakyat tetapi tidak disokong oleh pemimpin DAP itu.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, penjelasannya dalam Dewan Rakyat mengenai 1Malaysia sebelum ini adalah apabila seseorang pemimpin bercakap mengenai kaumnya, itu tidak bermakna mereka tidak menyokong gagasan itu.

"Tidak salah bagi mana-mana pemimpin untuk berjuang untuk kepentingan kaum dia. Takkan Kit Siang kata (beliau) tak berjuang (untuk) kaum Cina. Kita berjuang untuk semua.

"Tak bermakna kata nak tolong Melayu, orang Cina tak tolong. Kit Siang sendiri tak sokong 1Malaysia, dia kata dia Middle Malaysia. Kalau nak guna dia punya benchmark (ukuran), pada saya tak betul," katanya.

Muhyiddin mempersoalkan cabaran Lim kerana Penasihat DAP itu sendiri tidak menyokong gagasan 1Malaysia malah DAP dianggap sebagai parti cauvinis didominasi satu kaum sahaja.

"Semua kaum ada dalam BN, mana ada semua kaum dalam DAP," katanya.

Timbalan Perdana Menteri juga mencabar Lim membuktikan bahawa dasar Middle Malaysia yang dicanang DAP disokong semua parti dalam pakatan pembangkang.

"Saya takkan termakan (tuntutan)...Kit Siang boleh sebut seribu kali (cabaran itu). Saya seorang Melayu tetapi sebagai seorang Melayu tidak bererti kita bukannya seorang rakyat Malaysia. Saya rasa Kit Siang tidak akan faham," kata Muhyiddin.

Ketika diberitahu oleh pemberita bahawa Lim mengakui beliau 'Malaysian first, Chinese second', Muhyiddin berkata, semua orang boleh bercakap apa sahaja tapi yang penting adalah pendirian individu berkenaan.

Mengenai calon Barisan Nasional untuk bertanding dalam pilihan raya bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor, beliau berkata perkara itu akan ditentukan selepas Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh penamaan calon dan hari pengundian pada Jumaat ini.

Kerusi itu kosong setelah penyandangnya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad daripada Parti Keadilan Rakyat meninggal dunia akibat kanser otak pada 25 Mac lepas. - BERNAMA

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Model Ekonomi Baru (MEB) Menyadur Semangat Agenda Ekonomi Malaysia (AEM)

KENYATAAN AKHBAR
MAJLIS PIMPINAN PAKATAN RAKYAT
31 MAC 2010

MODEL EKONOMI BARU (MEB) MENYADUR SEMANGAT AGENDA EKONOMI MALAYSIA (AEM)

Kita mengalu-alukan pengakuan oleh Perdana Menteri semasa melancarkan Model Ekonomi Baru (MEB) bahawa semua permasalahan ekonomi negara yang disuarakan oleh Pakatan Rakyat selama ini adalah masalah serius yang perlu ditangani segera.

Beliau mengakui pentingnya pelaburan swasta ditingkatkan serta menghentikan ketagihan dan kebergantungan kepada perbelanjaan kerajaan yang boros untuk memacu ekonomi. Perkara-perkara ini telah dibangkitkan secara berterusan oleh Pakatan Rakyat sebelum ini.

Rakyat yang arif tentang Agenda Ekonomi Malaysia (AEM) yang dibawa oleh Pakatan Rakyat sudah tentu akan tersenyum apabila meneliti ucapan Perdana Menteri mengenai NEM; kerana seolah-olah prinsip utama yang diwar-warkan itu disadur dari AEM. Perdana Menteri bercakap mengenai keperluan mencapai pendapatan tinggi, membina ekonomi yang utuh secara berterusan dan menjamin kesaksamaan; terutamanya dengan peralihan kepada bantuan berdasarkan keperluan tanpa mengira kaum. Inilah ciri-ciri model ekonomi yang telah diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat sejak 2006 dan telah menjadi sebahagian besar dari manifesto Pilihanraya Umum Ke-12.

Tetapi persamaannya terhenti hanya di situ.

Walaupun kerajaan mengakui bahawa ekonomi kita memerlukan perubahan besar-besaran; ia masih tidak komited kepada reformasi utama membabitkan institusi awam, dasar dan amalan-amalan yang menjadi batu penghalang kemajuan kita selama ini. Tidak ada apa-apa cadangan kukuh untuk membina kredibiliti dan kewibawaan institusi kehakiman atau institusi kerajaan yang lain. Malah, Perdana Menteri langsung tidak menyentuh mengenai langkah-langkah baru untuk membasmi rasuah; iaitu musuh ekonomi nombor satu negara. Akibatnya, pengumuman MEB ini menjadi satu lagi bukti bahawa kerajaan Barisan Nasional hanyalah berminat mengabui mata rakyat dengan taktik perhubungan awam semata-mata (apatah lagi dengan pembabitan APCO). Kerajaan Barisan Nasional tidak mempunyai keberanian atau iltizam politik untuk melakukan reformasi yang sangat-sangat diperlukan untuk menyelamatkan negara ini.

Kegagalan untuk memperakui permasalahan terbesar dalam ekonomi Negara kita ini akan sekali lagi menghalang pencapaian segala niat baik dan matlamat MEB. Kerajaan BN, samada tidak sedar lantas tidak langsung kesal atau lebih malang lagi akan terus kekal dalam sindrom penafian dan meneruskan kebobrokan pengurusan tempang ekonomi negara. Akhirnya rakyat dan Negara juga yang akan terhimpit dan terpaksa menanggung akibatnya.
Oleh kerana itu, rakyat perlu khuatir dengan pengumuman MEB ini. Perdana Menteri telah mengumumkan beberapa rancangan untuk menjual harta kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC); serta satu lagi pusingan proses penswastaan. Tanpa reformasi menyeluruh untuk membina ketelusan, urus tadbir yang baik, pertanggungjawaban dan amanah di dalam sistem negara kita – kita berdepan dengan satu lagi musim rompakan besar-besaran harta rakyat seperti mana yang pernah berlaku sebelum ini di zaman pemerintahan mantan-mantan Perdana Menteri.

Perdana Menteri juga telah mengumumkan bahawa dana KWSP akan digunakan dengan lebih rancak untuk membeli syarikat-syarikat dan turut serta di dalam perniagaan baru; di luar batasan pelaburannya yang diamalkan sebelum ini.

Ini sangat membimbangkan kerana masa depan berjuta pekerja kita akan menjadi mangsa ketamakan dan kerakusan para pemimpin dan kroni-kroni yang akan mengambil kesempatan menggunakan dana rakyat untuk mengkayakan diri dan anak beranak.

Adalah menjadi tanggungjawab semua rakyat Malaysia untuk berjaga-jaga dan memantau apa-apa keputusan pelaburan atau pembelian KWSP selepas ini; kerana kita pasti ada tangan-tangan yang cuba memaksa dan mempengaruhi keputusan KWSP.

Namun tanggungjawab yang lebih besar adalah terletak di bahu Perdana Menteri dan kerajaan. Beliau sepatutnya memberi jaminan dan komitmen untuk menyenaraikan semua langkah yang telah dan akan diambil untuk mempastikan apa-apa proses pelaburan dan penglibatan dalam perniagaan-perniagaan baru oleh KWSP dibuat secara telus, dengan urus tadbir yang baik, bertanggungjawab dan beramanah kepada rakyat.

Atas sebab-sebab inilah Pakatan Rakyat khuatir dengan MEB walaupun setakat ini hanya prinsip-prinsipnya sahaja diumumkan. Sementara kita bangga kerana Perdana Menteri secara senyap-senyap mengakui keberkesanan model ekonomi yang dibawa oleh AEM dan dimasukkan ke dalam MEB, kami bimbang pusingan penswastaan dan penjualan aset kerajaan/GLC akan diambil peluang oleh Barisan Nasional untuk membina dana Pilihanraya Umum ke-13, sekiranya rakyat tidak berhati-hati.

Pasukan ekonomi Pakatan Rakyat kini sedang meneliti laporan NEAC dengan terperinci. Pakatan Rakyat akan mengumumkan analisa dan pandangannya mengenai inisiatif-inisiatif ekonomi yang disertakan di dalam Laporan NEAC mengenai MEB dalam masa seminggu.

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang dan
Ketua Umum, Parti Keadilan Rakyat

DATO’ SERI HAJI ABDUL HADI AWANG
Presiden,
Parti Islam Se-Malaysia

LIM KIT SIANG
Ketua Parlimen,
Democratic Action Party

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

BN Dipimpin Personaliti Tercalar Moral

Oleh Datuk Halik Zaman

Begitu para pemimpin Umno sedaya upaya mengaibkan dan menjatuhkan imej PKR dan Pakatan Rakyat khasnya, begitu jugalah Allah SWT membiarkan keaiban terpalit pekat kepada para pemimpin Umno lantaran anak kandungannya BN yang dianggap sebagai anak sumpahan sebagai pembawa SIAL BESAR kepada Umno.

Di manakah letaknya kredibiliti para pemimpin Umno dalam kes pemimpin MCA yang baru ini? Haruskah para pemimpin Umno berbangga kerana mendapat seorang rakan baik Najib yang tergelar hero filem porno dalam gandingan Najib ke arah kepimpinan 1Malaysia? Percayakah orang Islam kepada BN bersama pelakon 'The Blue Filem' handalan itu?

Tidakkah para pemimpin Umno sedar bahawa imej MCA dalam BN sudah terpalit dengan kekotoran personaliti yang secara terang dan nyata walaupun tanpa melalui proses mahkamah kerana si pelakon filem porno itu sendiri telah membuat pengakuan terbuka?

Kita akur beliau menerima kemaafan daripada isterinya atas kesalahan kotor yang di lakukannya. Akan tetapi bagaimana persepsi rakyat khasnya ahli-ahli MCA? Mampukah mereka menerima seorang pelakon filem porno sebagai pemimpin mereka? Sekiranya ada itu hanyalah segelintir ahli-ahli yang merupakan ‘die-hard fan’ kepada beliau. Yang lain?

Jika di bandingkan undi mereka, seandainya digabungkan kedua-dua undi pemimpin lain, sudah pasti si pemenang ini tumbang. Apa boleh buat berlakunya percaturan calon tiga penjuru di sini maka perpecahan undi berlaku. Mahu atau tidak MCA sekarang ini berhadapan dengan krisis imej seks! Mesti diingat, kerana nila setitik, pasti rosak susu sebelanga.

Suka atau tidak, imej MCA kini telah hancur di mata masyarakat Cina khasnya dan rakyat Malaysia amnya dan bagaimana pandangan orang Islam dalam Umno pula?

Kes ini tidak ubah seperti kes rasuah Khairy Jamaluddin dan Ali Rustam. Walau ternyata mereka didapati bersalah namun kedudukan mereka dalam parti dan kerajaan tetap terpelihara, malah di angkat kesatu kedudukan yang lebih baik dan selesa. Apa nak di hairankan kerana segala dalam Umno-BN walau ianya salah dan hina, tetap di pandang mulia. Inilah budaya Umno yang harus dikeji.

Terkini, Ibrahim Ali dan mahagurunya, Dr Mahathir memainkan peranan mereka sebaik mungkin untuk memartabatkan rakyat Malaysia sebagai Melayu, namun usaha gigih mereka kini terserlah kelihatan menuju jalan buntu. Sindir menyindir berlaku kerana Sultan Selangor enggan merasmikannya. Ibrahim Ali lupa sindiriannya itu boleh dianggap derhaka juga Ke bawah Duli Yang Maha Mulia.

Kepada Dr Mahathir, sudah-sudahlah tu, bawa bertenang. Jantung yang penat itu bawa berehat, nanti melarat teruk pula. Cukuplah peninggalanmu kepada bangsa Melayu dua butir Menara Berkembar yang jadi kebanggaan mu, silap langkah akan dilupa oleh orang Melayu. Kerana Melayu Umno cepat lupa akan jasa mu.

Ibrahim Ali amat maklum akan masa hadapannya yang akan menghadapi jalan sukar untuk menggunakan label PAS mahupun Barisan Nasional untuk bertanding di PRU13 kelak. Oleh yang demikian, beliau memberikan sepenuh komitmennya untuk memperkasakan Pertubuhan Perkasa. Dengan harapan Perkasa mampu popular dan beliau mungkin akan berdiri sebagai calon Bebas dengan berpanjikan Perkasa. Buat Ibrahim Ali PRU13 adalah sayonara beliau kepada politik Malaysia.

Begitu juga dengan empat orang pengkhianat PKR yang sekarang telah bergelar wakil rakyat 'kebas'. Mereka sebenarnya mungkin telah memasuki alam ‘senile’. Mereka lupa mereka telah di hadiahkan undi atas dasar PKR. Kita tidak percaya mereka mampu meraih apa yang mereka nikmati sekarang ini seandainya mereka bertanding atas landasan Bebas, jauh sekali BN kerana kualiti politik mereka tidak stabil. Maka wajarlah rakyat menggelarkan diri mereka sebagai wakil rakyat 'kebas'. Takkanlah mereka tidak 'kebas' sebelum terima jadi pengkhianat PKR?

Rakyat telah memberikan mereka undi kerana kefahaman dalam Pakatan Rakyat dan bukan kerana individu itu sendiri. Benarlah seperti kata bidalan, seperti kacang lupakan kulit. Mereka terus menjadi buta hati apabila dilayangkan $$$$$$$$$$ di hadapan mereka dan kerana $$$$$$$$$$ itu jugalah mereka sanggup menjadi ‘pembunuh’ kepada karier politik mereka sendiri.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Berita Palsu 700 Ahli AMK Ipoh Barat Keluar Parti

Oleh Faizal Ezzany

IPOH 31 Mac - Kenyataan media arus perdana yang mengatakan seramai 700 ahli Angkatan Muda KEADILAN Ipoh Barat keluar parti hanya propoganda Umno yang sudah kehabisan modal politik.

Setiausaha Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Perak, Anwar Zakaria menegaskan kenyataan tersebut adalah pembohongan dan hanya mainan Umno ketika pilihan raya diadakan.

"Saya ingin menyatakan pada hari ini, apa yang telah dikeluarkan oleh media sebelum ini berkenaan dakwaan 700 ahli Ipoh Barat keluar parti adalah tidak benar sama sekali. Saya sebelum ini adalah bekas Ketua AMK Perak dan saya tahu aktiviti AMK kawasan di situ tidak begitu aktif. Macam mana pula keahlian AMK Ipoh Barat boleh mencecah sebegitu ramai?

"Saya ingin mencabar Subramaniam (Ketua AMK Ipoh Barat) memberikan kepada saya senarai nama mereka yang keluar parti itu kerana kita nak kepastian tentang dakwaan tersebut, selain mempermudahkan kita mengemaskini nama ahli.

"Ini adalah kerja agen Umno yang diketuai oleh Ezam Mohd Nor dan beberapa pengikutnya. Kenyataan yang dikeluarkan itu dilakukan sewaktu program yang diadakan di Ipoh. Dari gambar yang kita ada hanya beberapa sahaja ahli yang keluar tetapi kerana ingin menampakkan ramai, mereka telah meletakkan warga negara Nepal yang bekerja di situ.

"Saya berpesan kepada Ezam jika ingin menjadi pencacai Umno jangan sampai menggunakan warga asing, ini nampak sangat taktik kotor mereka," jelas Zainal dalam satu sidang media.

Beliau menjelaskan tujuan sebenar Subramaniam ingin keluar parti adalah kerana masalah peribadinya.

"Semalam saya telah menelefon Subramanian dan beliau juga merupakan Ketua AMK Ipoh Barat, tindakan beliau keluar parti kerana tidak puashati dengan Ketua Cabang di sana bukan pasal kepimpinan KEADILAN sekarang," kata beliau lagi.

Sebelum ini AMK Muar juga menafikan laporan media arus perdana berhubung tindakan keluar parti oleh 50 anggota AMK cbang itu.

Pemangku Ketua AMK Muar, Ahmad Anwar Asyraf Ismail berkata hanya tiga ahli yang melompat dan bukannya 50 seperti yang digembar-gemburkan sambil menyifatkan laporan tersebut sebagai tindakan terdesak Umno-Barisan Nasional.

"Perkara ini merupakan satu bentuk fitnah jahat yang bertujuan untuk menjatuhkan kredibiliti dan kekuatan AMK Muar yang semakin hari semakin mantap dan dipercayai oleh rakyat Muar untuk memimpin harapan mereka.

"Ini merupakan usaha terdesak Umno-Barisan Nasional Muar yang semakin hari semakin ditolak rakyat," kata Asyraf.

Beliau mencabar supaya pihak membuat dakwaan tersebut tampil menunjukkan bukti bahawa 50 yang melompat tersebut adalah anggota berdaftar AMK Muar.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

APCO Bekerja Untuk Israel Pada 1990-an

KUALA LUMPUR March 31 — Penafian APCO Worldwirde bahawa firma itu tidak pernah memberi khidmat kepada pemerintah Israel disanggah oleh satu laporan akhbar Straits Times yang mendedahkan penyataan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat membuktikan sebaliknya.

Firma antarabangsa itu dikatakan mengikat perjanjian perkhidmatan dengan pemerintah Zionis Israel pada 1992.

"Dalam jawapan berhubung laporan Jabatan Kehakiman tersebut, APCO menyatakan firma itu bekerjasama dengan sebuah syarikat bersekutu dalam sebuah projek untuk pemerintah Israel ketika itu," kata laporan Straits Times itu.

Timbalan Pengarah Urusan APCO, B. Jay Cooper berkata," Perkhidmatan yang diberi adalah dalam lingkungan media, melibatkan perolehan dana dari pemerintah Amerika Syarikat bagi perumahan pendatang dari Rusia".Cooper menjelaskan bagaimana APCO "dimiliki oleh Grey Global Group".

“Dalam tahun 2004, APCO melakukan pembelian saham oleh pihak pengurusan dan dengan itu memutuskan hubungan terus dengan Grey Global Group. Entiti baru, APCO Worldwide, adalah seperti yang wujud sekarang,” kata beliau.

Kontroversi isu APCO bermula apabila Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kempen 1 Malaysia yang diilhamkam oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah idea APCO dan hampir sama dengan kempen Satu Israel yang dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri Israel Ehud Barak.

Anwar mendakwa di dalam Parlimen bahawa Satu Israel juga dicetuskan oleh APCO.

Kaitan itu walaupun dipertikaikan penyokong kerajaan, dilihat mampu melemahkan sokongan terhadap pentadbiran Najib.

Setakat ini APCO dan pegawai kanan kerajaan telah menafikan sebarang pertalian dengan pemerintah Israel.

Bagaimanapun Anwar ketika berucap di Parlimen semalam membuat satu kejutan bahawa kaitan APCO dengan kerajaan Malaysia bermula sebelum lagi konsep 1 Malaysia dilancarkan.

Anwar juga menumpukan perhatian kepada Asero Worldwide, sebuah firma bersekutu APCO yang mmepunyai pengkhususan dalam bidang keselamatan dalam negeri dan diketuai oleh pakar keselamatan Israel.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Gambar Wanita Pengebom Berani Mati, Park kultury dan Lubyanka di Moscow

http://best1of4.files.wordpress.com/2010/03/gambar-pengebom1.jpg?w=450&h=265

http://best1of4.files.wordpress.com/2010/03/mangsa1.jpg?w=450&h=265



Polis Rusia semalam mencari petunjuk dari Caucasus Utara yang merupakan wilayah yang didiami ramai penduduk Muslim berhubung identiti dua pengebom berani mati wanita yang membunuh 39 orang di dua stesen tren bawah tanah di sini kelmarin.

Puak Umno Kata Gerakan Racis Babi?


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Panas! Pendedahan Dokumen Perjanjian APCO













perisik rakyat a.k.a tulang besi

klik kat gambar untuk lebih jelas
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Semasa

Hiburan

Sukan

 

© Copyright Kerabu Bersuara 2007 -2013 | Design by Kerabu Bersuara | Published by Kerabu Bersuara Group | Powered by Blogger.com.