News Update :

Politik

Kenyataan

Agama

Dunia

Sinar Harian Memutarbelit Kenyataan Saya

April 30, 2010

Laporan muka hadapan Sinar Harian hari ini 30 April 2010 telah memutarbelitkan kenyataan saya dengan melaporkan apa yang saya tidak sebut. Di bawah tajuk : ‘Pemuda PAS Cabar Dedah Dalang’, saya mengira Sinar Harian

berusaha untuk melanjutkan polemik sekaligus melariskan jualan. Kenyataan saya hanyalah berikut tanpa sebarang tambahan :

1. Saya ingin merujuk kepada laporan tajuk utama di muka depan akhbar Utusan Malaysia 29 April 2010 yang memetik dakwaan terbaru blogger Kickdefella. Di antara isi kandungan laporan tersebut turut mengaitkan nama saya.

2. Suka saya memaklumkan bahawa kenyataan saya baru-baru ini yang mencabar beliau membuat lapooran polis dibuat di atas nama Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan di mana saya merupakan Ketua Penerangannya dan tidak mempunyai kaitan langsung dengan posisi saya di Pejabat Menteri Besar Kelantan sebagai Setiausaha Akhbar.

3. Merujuk kepada dakwaan terbaru beliau, isu tersebut akan dibincangkan di peringkat pimpinan parti terlebih dahulu sebelum apa-apa respon dan ulasan dikeluarkan.

4. Bagaimanapun, suka saya ingatkan, jumlah RM4 juta yang didakwa kononnya untuk tujuan gerak saraf tersebut masih kecil jika dibandingkan dengan jumlah RM77 juta yang dibelanjakan oleh kerajaan Malaysia untuk melanggan khidmat APCO. Ia masih belum termasuk penggunaan media massa eletronik dan cetak oleh kerajan Barisan Nasional untuk memburukkan imej kerajaan Kelantan semenjak 20 tahun yang lalu.


Sekian, wassalam.


AHMAD FADHLI BIN SHAARI

Ketua Penerangan,

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.

Bertarikh : 29 April 2010.

Saya Kesal Dengan Prestasi Polis - Timbalan Menteri (Ketua Pemuda MCA)

Saya berasa kesal dengan kematian Aminulrasyid Amzah, dan marah kerana polis memperlekehkan nyawa rakyat. Remaja ini tidak seharusnya mati di tempat kejadian. Masa depan seseorang remaja terkubur begitu sahaja hanya kerana kesilapan polis ketika membuat tafsiran.

Aminulrasyid Amzah tidak harus dilihat sebagai penjenayah tegar, malah tidak mempunyai rekod jenayah lama. Mengapa remaja sebegini dilihat sebagai penjenayah besar? Ia tidak memperlihatkan kewajaran.

Isu remaja ditembak mati polis telah mencungkil perbincangan umum, terutamanya di laman sosial, Facebook. Tidak kurang pelayar internet yang menganggap bahawa polis membunuh mereka yang tidak berdosa.

Kita ketepikan isu sama ada Aminulrasyid Amzah disyaki melakukan jenayah atau tidak buat sementara. Bagaimanapun polis tidak harus menembak mati remaja ini. Polis mempunyai banyak cara untuk menghentikannya, termasuk menembak dengan menghala ke atas, menembak ke arah tayar keretanya, tetapi bukan menembak ke arah seorang remaja berumur 15 tahun.

Saya amat kesal dengan prestasi polis. Beberapa bulan kebelakangan ini, pasukan polis bersungguh-sungguh dalam usahanya untuk membina imej mereka. Malah, Perdana Menteri Najib Razak telah memutuskan untuk mempertingkatkan kebajikan polis, dengan harapan untuk memperkemaskan pasukan polis, lantas mengembalikan kewibawaan polis. Namun, kini polis disyaki memperlekehkan nyawa rakyat, membunuh mereka yang tidak berdosa, mengakibatkan usaha sebelum ini disia-siakan begitu sahaja.

Saya amat yakin, Aminulrasyid Amzah bukanlah penjenayah yang terkenal dengan rekod buruknya, malah beliau tidak mempunyai rekod jenayah. Dalam keadaan sedemikian, saya anggap beliau cemas dan cuba melarikan diri kerana memandu tanpa lesen. Tetapi, polis seharusnya boleh menafsir pada ketika itu. Realiti membuktikan bahawa polis yang bertugas salah tafsir. Malah, hukum mati bukan jawapannya seandainya kesalahan memandu tanpa lesen dibawa ke mahkamah.

Sementara sesetengah pihak menyalahkan pengundi Cina tidak mengundi BN kerana tidak tahu bersyukur, kita seharusnya faham bahawa isu seperti Aminulrasyid Amzah adalah punca pokok mengapa Cina hilang yakin kepada kerajaan BN. Isu ini menjurus kepada hilang yakin rakyat terhadap polis, tidak kira warna kulit mangsanya, dan ini menyebabkan imej kerajaan terjejas.

Saya berharap, sementara kerajaan mengendalikan kes Aminulrasyid Amzah ini, kerajaan juga harus bertekad untuk memperkemaskan pasukan polis, termasuk menggunakan segala penyelasaian untuk memperbaiki imej polis, barulah meningkatkan kewibawaan kerajaan BN di kalangan rakyat.

*Wee Ka Siong ialah Ketua Pemuda MCA merangkap Timbalan Menteri Pelajaran. Diterjemah dari kenyataan bahasa Cinanya.

M'sia mungkin dipaksa dedah butiran beli Scorpene

Malaysia boleh dipaksa mendedahkan maklumat yang diperlukan untuk menyelesaikan dakwaan kes rasuah membabitkan penjualan dua kapal selam Scorpene oleh syarikat Perancis, DCN.

Joseph Brehem (kanan), salah seorang peguam Perancis yang menyaman DCN bagi pihak NGO hak asasi manusia Suaram, mungkin memohon mendapatkan 'waran geledah antarabangsa' supaya pegawai Malaysia mendedahkan maklumat mengenai imbuhan yang diterima oleh individu-individu tertentu.

Brehem, yang berada di sini selama dua hari untuk mengumpulkan maklumat berhubung kes tersebut berkata, beliau boleh membuat permohonan supaya Perimekar - syarikat milik isteri Abdul Razak Baginda yang merupakan teman rapat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak - supaya mendedahkan akaunnya dan menjelaskan baagaimana ia memperolehi Euro114 juta tanpa berbuat apa-apa, tetapi hanya kerja "pentadbiran".

Razak (kiri) dibebaskan daripada tuduhan bersubahat dalam pembunuhan jurubahasa Mongolian, Altantuya Shaariibuu pada 2006.

"Sebaik sahaja hakim membuat keputusan, beliau boleh mengeluarkan satu arahan yang dikenali sebagai 'waran geledah antarabangsa' dan waran itu akan dihantar kepada badan kehakiman Malaysia," kata Brehem, dalam satu wawancara eksklusif dengan Malaysiakini di Kuala Lumpur semalam.

"Menurut Konvensyen Korupsi PBB (yang turut diperakui oleh Malaysia sejak 2003), Malaysia wajib bekerjasama dengan Perancis dalam perkara ini," tambahnya.

Brehem berkata, jika Malaysia tidak memenuhi arahan tersebut, maka ia akan membuktikan bahawa kerajaan 'ada sesuatu yang hendak disembunyikan".

Sambil berjenaka, Brehem berkata: "Untuk mencari penyelesaian terhadap kes-kes rasuah, ikut ke mana pergi wangnya."

Menurutnya, keputusan untuk menghanar arahan seumapama itu bergantung sepenuhnya kepada hakim di Perancis.

Bagaimanapun, tambahnya, jika permohonannya itu ditolak, beliaiu akan memfailkan rayuan.

Hot! MCA didesak keluar BN

KUANTAN – Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman mendesak MCA keluar dari Barisan Nasional (BN) daripada terus menuding jari di atas kegagalan mendapatkan sokongan pengundi Cina di pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, Ahad lalu.

Ahmad Tajuddin mendakwa kegagalan MCA meraih sokongan pengundi Cina tidak hanya di Hulu Selangor tetapi pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu juga keadaan sama berlaku.

Menurutnya, pilihan terbaik kepada MCA adalah menarik diri sebagai parti komponen supaya tidak terus membebankan BN dengan kegagalan meraih kepercayaan pengundi Cina.

“Keluarlah dari BN untuk elak daripada terus membebankan parti komponen lain. Jangan menuding jari kepada sesiapa berikutan kegagalan kita sendiri. Sepatutnya mereka mengakui kesilapan bukan menuduh orang lain sebagai penyebab.

“MCA perlu mengaku bahawa mereka tidak lagi diberi kepercayaan daripada kaum Cina. Ia bukan berlaku pada pilihan raya kecil tetapi pada PRU 2008 lalu juga berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan MCA menyalahkan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) kerana menjadi penyebab kekurangan undi masyarakat Cina pada pilihan raya kecil di Parlimen Hulu Selangor.

“Dakwaan MCA sekadar untuk menutup kegagalan mereka meraih sokongan masyarakat Cina. Pada saya ia tindakan yang tidak bertanggungjawab. MCA gagal meyakinkan masyarakat Cina supaya menyokong calon BN daripada MIC di Hulu Selangor.

“Jika UMNO mampu meyakinkan pengundi Melayu untuk menyokong calon MIC, mengapa MCA tidak boleh?. Jangan mencipta alasan yang tidak bijak untuk menutup salah,” katanya. Sinar Harian

Sekarang Setiap Blog Bersedia Untuk Menjadi Jutawan!

Syed Azidi Aziz dapat 4 juta untuk hentam Pak Lah?

Ada yang mengatakan bahawa bloggers itu goblok – ada yang mengatakan mereka penyebar fitnah – tidak ada etika kewartawanan dan macam-macam lagi yang dilemparkan ke atas mereka, sungguhpun begitu antara penuduh tersebut hari ini sudah memiliki laman sendiri. Saya teringat ada beberapa pemimpin UMNO yang mengatakan bahawa media Internet tidak ada impak dalam pilihan raya tetapi apabila penampar terkena pada UMNO maka hari ini mereka turut terlibat membuka blog mereka sendiri. Media Internet penting dan partisipasi perlu ada dalam siber untuk terus mendahului dan menerajui media tersebut.

Hari ini kita di kejutkan – Syed Azidi Aziz, seorang blogger yang sebelum ini tersangkut dengan kerajaan Kelantan PAS mendakwa beliau menerima secara keseluruhan 4 juta untuk membuat perang saraf bagi membelasah Pak Lah. 4 juta banyak tu....kredibiliti kena tinggi, working paper untuk dapatkan peruntukan mesti ada – tak kan cakap mulut dan lihat gambar-gambar super impose orang nak bayar 4 juta – kerja mesti sudah terbukti baru boleh di gaji....agaknya lah.

Tetapi mungkin PAS tidak pandai sangat – lantik Syed Azidi dengan bayaran hampir 4 juta untuk jatuhkan Pak Lah. Siapa lagi yang menjadi gajian PAS – Sang Kelembai, satu blog yang pernah ada membelasah cukup-cukup Pak Lah – amat terkenal di kalangan pembaca web dan tahu bahawa fungsi blog itu adalah membelasah Pak Lah. Berapa pula agaknya – bayarannya. Perlu di kupas semula – Sang Kelembai - http://sangkelembai2006.blogspot.com/ inilah yang memulakan gerakan nyah Pak Lah dengan cerita-cerita panas – kerajaan anak-beranak – membuat ceramah di pentas PAS mengenai UMNO dan Pak Lah – orang kata “concentrated effort” dalam usaha menjatuhkan Pak Lah. Berapa agaknya bayaran yang di terima, 4 juta – 5 juta. Berjuta-juta sahaja yang ada hari ini – untuk nilai sebagai seorang blogger panas. Tidak hairanlah blog hari ini berlumba-lumba mahu popular – tidak kiralah cara mana – menghentam, mengkritik dan mempamerkan berita-berita sensasi serta memuatkan gambar-gambar – untung-untung dapat di beli dengan nilai 4 juta. Maka hari ini semua blog bersedia – untuk jadi jutawan.

http://umno-reform2.com/front/index.php?option=com_content&task=view&id=715&Itemid=58

PRK Hulu Selangor – Tuan Guru mangsa media

Banyak pihak berpandangan peranan media massa, khususnya surat khabar adalah penyampai maklumat dan pencetus kesedaran rakyat. Peranan itu amat popular zaman berzaman. Di atas kekuatan peranan media massa inilah, maka setiap kali kempen pilihan raya media massa telah dimanfaatkan sebagai penghubung antara parti, calon dan pemimpin parti dengan pengundi. Ini kerana media massa, khususnya surat khabar dan radio-tv dapat memanjangkan isu-isu pilihan raya yang dibangkit oleh parti-parti yang bertanding.

Namun, peranan media massa akan dipertikaikan apabila terlibat dengan penyebaran maklumat yang berat sebelah atau tidak adil dalam laporannya. Perkara ini akan berlaku tatkala media massa berkenaan mula dipengaruhi agenda tersembunyi (the hidden agenda) oleh pihak tertentu. Lebih teruk lagi apabila media massa berkenaan telah dipengaruhi matlamat perniagaan dan putaran isu sensasi yang memacu circulation dan volume pembaca atau penonton.

Justeru itu, peranan dan pengaruh media massa arus perdana, khususnya surat khabar dan radio-tv dikira paling tinggi pengaruhnya. Ia menyebabkan pihak kerajaan telah mengawal sepenuhnya agenda berita media massa arus perdana bagi memastikan segala program dan dasar-dasar kerajaan dapat diterima oleh rakyat.

Walau pun begitu, peranan media massa musim kempen pilihan raya paling jelas menjadi mata rantai kepada agenda parti-parti yang bertanding, bukan lagi penyambung dasar kerajaan. Semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor (17-25 April 2010) kempen Barisan Nasional jelas dimanipulasikan untuk menghentam dan memburukkan calon, pemimpin dan parti lawan – Pakatan Rakyat.

Malah secara sedar akhbar dan radio-tv dilihat berperanan mengikut selera parti berkuasa (Barisan Nasional) yang mengawal atau memiliki kepentingan dalam media massa berkenaan. Tujuannya tidak lain ialah untuk mempengaruhi pemberitaan/pendedahan isu supaya rakyat responsif dan positif kepada parti/pihak calon Barisan Nasional.

Walau bagaimana pun, apa jadahnya pihak pengurusan media massa dikuasai Barisan Nasional semasa pilihan raya Hulu Selangor apabila didapati begitu ghairah mensasarkan pukulan maut (killing characters) terhadap Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Hassan Ali. Isu yang digunakan adalah penggunaan masjid untuk tujuan politik dan diadukan dengan perintah Sultan Selangor dan larangan jabatan agama Islam Selangor.

Berikutan kehadiran Tuan Guru sekembali daripada umrah di tanah suci, nyata perangkap media massa telah di pasang, apabila pemberita upahan dari media masaa berkenaan menghujani persoalan penggunaan masjid dan surau untuk tujuan politik (musim pilihan raya).
Perangkap yang sama dikenakan terhadap Datuk Hassan tatkala Datuk Zahid Hamidi dan akhbar Utusan Malaysia (pada sehari sebelum hari mengundi dan diulangi lagi pada hari mengundi 25 April) turut memfitnah khutbah Datuk Hassan didakwa tidak sah kerana tidak disebut selawat nabi. Hal inilah menyebabkan Datuk hassan mengemukakan saman terhadap Zahid dan Utusan Malaysia.

Persoalannya, apakah permainan media massa tersebut adalah didorong secara rasional oleh disiplin media massa, atau didorong oleh kehendak Barisan Nasional yang terdesak dan inginkan kemenangan besar majoriti 6,000 undi seperti mana disebut Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yasin (Malaysiakini, 25 April). Apa pun, pihak media massa berkenaan nyata akan mencapai peningkatan volume penonton dan pembaca.
Apa yang pasti, permainan media massa tersebut telah membawa impak negatif terhadap integriti menteri besar Kelantan atau menjejaskan reputasi exco kerajaan negeri Selangor. Apa yang penting, cara pemberitaan yang bernada fitnah itu sudah pasti akan dipuji Umno dan semua orang Umno akan tertarik membeli dan membacanya. Hal ini terbukti apabila pihak jentera Barisan Nasional turut mengedar secara percuma akhbar tersebut kepada pengundi pada tarikh-tarikh kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Apa pun, peranan media massa harus dipadukan dengan moral. Sewajarnya pemain dan pengamal media massa dan kapitalisnya harus melihat prinsip kebenaran dan keadilan. Prinsip ini boleh dijayakan sekiranya melihat secara tawaduk nilai mengutamakan moral di dalam proses maklumat (moral first in information). Sebenarnya prinsip ini hanya ada kepada pemain, pengamal dan kapitalis media massa yang beragama sahaja.

Jika begitu, mungkin radio-tv dan akhbar berkenaan adalah kelompok media massa yang tidak termasuk di dalam lingkungan media massa beragama. Selayaknya, akhbar yang memfitnah Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Datuk Hassan atas isu yang dicipta itu sebenarnya layak diberi title 'media pembuli' dan rasionalnya ia disaman.

Semoga Tuhan yang Esa memberi petunjuk dan hidayah ke atas golongan pembuli dan masukkan iman serta takwa di lubuk hati mereka. sedia hadapi tindakan Umno.

Wan Nik Wan Yussof
Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan
merangkap Timbalan Pengarah 1 Jabatan Pilihan Raya PAS Kelantan.

Panas! Nik Aziz Terima Ugutan Bunuh Dari Pemuda Umno…..

http://syukran.files.wordpress.com/2010/04/safuan-hilmi2.png?w=571&h=443



Saya terkejut membaca Facebook saya hari ini. Rakan-rakan facebook memaklumkan bahawa seorang pemuda Umno mengugut untuk membunuh Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Aziz.

Mohd Safuan Hilmi, 24 yang mengaku graduan UiTM dan kini bekerja di Syarikat Prasarana Negara Berhad membuat ugutan mahu membunuh Nik Aziz dalam komennya di satu wall perbincangan dalam facebook.

“Belum lengkap lagi sebab seekor lagi barua tak mati iaitu Nik Aziz. Tunggu aku pi bunuh Nik Aziz dulu baru lengkap. Setan tu tak layak duduk kat muka bumi ni lagi”

“Senang bunuh orang. Tikam jer. Aku sanggup dihukum gantung jika aku dapat bunuh Nik Aziz al Dajal tu”….begitulah kata-kata biadap pemuda Umno ini.


Saya minta pimpinan PAS khususnya PAS kelantan dan Tok Guru Nik Aziz sendiri membuat laporan Polis. Ini adalah satu perkara yang serius kerana jelas, Umno telah merosakan pemikiran generasi muda dan menjadikan ugutan bunuh sebagai permainan biasa. Umno harus bertanggungjawab kerana melahirkan makhluk sebiadap ini.

Saya dapati laman Facebook beliau sudah ditutup…tapi ini maklumat yang saya sempat ambil. Harap disiasat kerana kita tidak boleh memadang kecil hal ini. Kalau dibiar, nanti lebih ramai yang besar kepala dan buat ugutan serupa.

Misteri Kehilangan Dua Blok Padang Minyak

A kadir Jasin

ADAKAH benar dakwaan bekas Pardana Menteri, (Tun) Dr Mahathir Mohamad dan akhbar The Edge bahawa Kerajaan Malaysia di bawah pentadbiran (Tun) Abdullah Ahmad Badawi telah secara diam-diam menyerahkan dua blok padang minyak (oil fields) kepada negara Brunei?

Dr Mahathir menulis dalam blongnya semalam bahawa Blok L dan M telah secara diam-diam dan tanpa pengetahuan Petronas diserahkan kepada Brunei walaupun Petronas telah menandatangani perjanjian perkongsian pengeluaran dengan syarikat minyak Amerika, Murphy Oil.

Dr Mahathir yang juga Penasihat Petronas berkata dua blok itu dituntut oleh Malaysia berasaskan fakta sejarah dan dianggarkan mempunyai simpanan minyak mentah mutu tinggi sebanyak 1 bilion tong.

Laporan The Edge dan The Brunei Times mendakwa dua blok padang minyak itu tidak lagi dimiliki Malaysia.

Akhbar ekonomi The Edge pada 22 April memetik Murphy Oil sebagai berkata Petronas telah menamatkan kontrak perkongsian pengeluaran untuk Blok L dan M kerana padang minyak itu “bukan sebahagian daripada Malaysia lagi".

Murphy Oil berkata Petronas telah memaklumkan kepadanya pada 21 April bahawa “berikutan pelaksanaan pertukaran surat antara Malaysia dan Brunei pada 16 Mac, 2009, kawasan penerokaan luar pantai yang diberi nama Blok L dan M bukan lagi sebahagian daripada Malaysia.”

Kerajaan wajib menjawab sama ada dakwaan Dr Mahathir dan laporan media massa itu benar atau sebaliknya. Kalau benar, ini adalah perbuatan menyembunyikan maklumat yang boleh dianggap satu pengkhianatan.

Kalau benar, kenapakah padang minyak itu tiba-tiba bukan lagi milik kita dan adakah benar pemilik barunya adalah Brunei?

Adakah ini ada kena mengena dengan penyelesaian yang kononnya telah dicapai dengan Brunei mengenai tuntutan negara itun ke atas Limbang, Sarawak?

Pada 16, 2009 Bernama memetik Abdullah sebagai berkata di Bandar Seri Bengawan bahawa “Brunei telah secara rasmi menggugurkan tuntutannya yang lama ke atas Limbang.”

Abdullah berkata pengguguran tuntutan oleh Brunei itu adalah sebahagian daripada Pertukaran Surat-Surat yang dimeterai beliau dengan Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman.

Tetapi dua hari kemudian, pada 18 Mac, Menteri Luar dan Perdadangan Kedua Brunei, Lim Jock Seng, dipetik oleh akhbar The Brunei Times sebagai berkata “isu tuntutan wilayah ke atas Limbang tidak dibincangkan dalam perjanjian-perjanjian yang ditandatangani pada hari Isnin yang menyelesaikan isu dua-hala yang tertangguh antara Brunei Darussalam dan Malaysia.”

Dr Mahathir dalam blognya berkata Kementerian Luar Negeri Malaysia tidak pernah menafikan kenyataan Brunei itu.

Jadi adakah kita kehilangan dua padang minyak kepada Brunei tetapi Brunei tidak menggugurkan tuntutan ke atas Limbang?

Kerajaan Mohd Najib Abdul Razak perlu memberi penjelasan tanpa sebarang percubaan “cover-up”.

Setelah kita kehilangan Pulau Batu Putih kepada Singapura pada zaman singkat pemerintahan Abdulllah, kita berhak untuk tahu apakah kepentingan dan kedaulatan kita di Sarawak juga telah disabotaj akibat kedangkalan pemerintah waktu itu.

Kita takut padang minyak yang kita kendong telah berciciran dan pembebasan Limbang daripada tuntutan Brunei yang kita kejar tak dapat.

Kita tidak mahu cerita si Luncai yang terjun ke sungai dengan labu-labunya terjadi kepada kita. Si Luncai tak apalah. Labu-labu itu miliknya. Tapi dua padang minyak dengan potensi hasilnya dianggarkan RM320 bilion itu milik kita. Ia bukan milik mana-mana Luncai.

Saya telah beberapa kali menyuarakan secara terbuka keraguan saya terhadap kemampuan penasihat-penasihat hal ehwal luar dan perundangan Abdullah, khasnya dalam hal Pulau Batu Putih. Keraguan itu terbukti apabila kita kalah perbicaraan menuntut pulau strategik itu pada 23 Mei, 2008.

Soalnya, kalau betul dua padang minyak itu diserahkan kepada Brunei oleh Abdullah, apa yang menteri-menteri dan penasihat-penasihat beliau ketika itu buat? Adakah mereka bersubahat (complicit) atau mereka tertidur?

Kita juga ingin tahu kepada siapa kontrak pengeluaran minyak di dua blok itu diberikan oleh pemilik barunya. Bukan apa, tetapi takut-takut si Luncai terjun ke sungai sambil itu mimum air. Manalah tahu, di depan kita si Luncai buat bodoh, tetapi di belakang dia sapu.

Mahfuz: CPO Selangor usah celupar, kami cuma bantu rakyat

KUALA LUMPUR, 30 April — Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menasihatkan Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar tidak mengeluarkan kenyataan celupar meminta ahli-ahli politik mengelak dari mengulas insiden remaja 15 tahun mati ditembak polis.

“Adalah menjadi tanggungjawab warga PDRM untuk menuntut Ketua Polis Selangor Datuk Khalid menutup mulut dari mengeluarkan kenyataan celupar dan tidak membantu usaha memperbaiki imej PDRM,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata kenyataan Khalid yang meminta ahli politik jangan campur tangan dalam kes menembak mati Allahyarham Aminulrasyid Amzah di Shah Alam Isnin lalu amat dikesali.

“Kenyataan beliau seolah olah ahli politik cuba mencampuri dan mengganggu urusan polis,” kata beliau lagi.

Mahfuz juga berkata, kenyataan ketua polis negeri itu juga dilihat sebagai satu percubaan yang terdesak untuk mengalihkan pandangan rakyat dari mempersoalkan integriti polis.

Kejadian yang menimpa Aminulrasyid, kata beliau, memburukkan lagi persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan dan polis.

“Sedangkan tindakan yang diambil oleh ahli politik hanya bersifat untuk memberi pembelaan dan keadilan untuk mangsa dan keluarganya.

“Kepada anggota PDRM ingin saya nyatakan kenyataan ketua Polis Selangor telah menambah persepsi negatif rakyat terhadap polis,” katanya.

Kelmarin, Khalid meminta semua pihak termasuk ahli politik supaya tidak campur tangan dalam siasatan polis berhubung insiden tersebut.

Beliau berkata campur tangan sedemikian akan hanya mengganggu siasatan.

Dalam kejadian berkenaan kira-kira pukul 2 pagi, Aminulrasyid meninggal dunia selepas terkena tembakan anggota polis peronda apabila remaja itu dikatakan cuba melarikan diri dalam satu sekatan polis.

Editor penyebar fitnah perlu dirotan 80 kali

Oleh LanH

SEPANJANG saya belajar ilmu kewartawanan, tidak pula saya diajar matlamat membenarkan cara (Machiavelli) yang menyebabkan wartawan dan penulis tersungkur dalam lembah kehinaan. Tetapi inilah yang berlaku hampir setiap hari jika dilihat daripada penulisan laporan dan komentar dalam media massa tanah air ketika pilihan raya kecil Hulu Selangor.


Wartawan adalah kerja mulia, tetapi wartawan sendiri menyebabkan kerjaya mereka dipandang hina. Bayangkan segala fitnah (muntahan beracun) pemimpin ditangkap muat dan disiarkan dalam akhbar tanpa ditapis atau difikir-fikirkan kebenarannya. Memang betul wartawan bagaikan posmen, menghantar maklumat daripada Y kepada Z, tetapi apakah wajar segala najis yang diposkan, dihantar kepada penerima.

Pos Malaysia pun tidak menghantar semua serahan kepada si penerima. Malah awal-awal lagi bungkusan mencurigakan ditolak. Antara ditolak adalah bahan mudah hancur, ubat-ubatan dan sudah tentu bahan letupan. Tetapi media massa kita nampaknya menerima saja bahan fitnah pemimpin E untuk diletupkan di muka pemimpin A. Dan A pula tidak langsung diberi peluang untuk menjawab. Demikianlah betapa jahatnya media massa Malaysia hari ini.

Wartawan atau penulis perlu ingat apa yang mereka sampaikan itu, dosa dan pahalanya akan mereka tanggung secara berkekalan sehingga berakhirnya kesan daripada penulisan mereka itu. Ya, ia mungkin tidak akan berakhir sehinggalah dunia ini kiamat. Jadi bayangkan berapa juta pahala atau dosa (ribuan tahun kesan positif atau negatif akibat tulisan) yang akan dihimpunkan oleh seseorang wartawan itu.

Jika seorang penulis menghasilkan karya yang menjurus kepada kebaikan, pahala kebaikan daripada usahanya itu akan terus dinikmatinya sekalipun dia sudah berada ribuan tahun dalam kubur namun seorang wartawan yang menghasilkan tulisan berupa racun fitnah, dosanya akan ditanggung berterusan sehinggalah kesan daripada tulisannya itu berakhir. Bagaimana ini akan berakhir sedang keburukan itu akan diturunkan daripada satu generasi kepada generasi lain?

Imam Syatibi Rahimahullah di dalam kitabnya ‘Al Muafaqat menyatakan: “Beruntunglah sesiapa yang mati dan mati bersama-sama dosa-dosanya, dan celaka yang berpanjangan bagi sesiapa yang mati dan dosa-dosanya terus kekal berterusan 100 tahun dan 200 tahun diazab dengannya di dalam kubur…”

Mengenai bahana menolong menyebarkan berita fitnah seperti yang berlaku setiap hari sekarang ini, Haji Ahmad Haris Suhaimi dalam kitabnya ‘Bagaimana Mendapat Pahala Hidup 7000 Tahun’ (Penerbit HRs Consultant, Singapura) antara lain menulis: “Menolong menyebarkan fitnah jahat tidak kurang besar tanggungan dosanya seperti juga orang yang mula-mula menimbulkan fitnah itu.

“Sebab itulah apabila berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w. di mana orang-orang munafik mula menyebarkan berita fitnah terhadap Saiyidah Aishah r.a., suaminya iaitu Rasulullah s.a.w., maka beberapa sahabat juga (kerana terlupa) turut menyebarkan berita fitnah ini tanpa membuat penyelidikan dahulu.

“Maka setelah agak lama berlakunya penyebaran fitnah sehingga menyusahkan hati baginda s.a.w. baharulah setelah itu wahyu diturunkan untuk membersihkan Saiyidah Aishah r.a. daripada tuduhan itu. Lalu hukuman hudud iaitu rotan 80 kali dikenakan terhadap mereka yang mula-mula membawa fitnah ini dan juga MEREKA YANG MENOLONG menyebarkan fitnah ini, walaupun jika ada yang mendakwa mereka hanya menyampaikan berita itu saja.”

Sejak akhir-akhir ini media massa begitu giat menolong menyebarkan dakwaan pemfitnah. Pembuat fitnah mendakwa pelbagai perkara termasuk perkara keji seperti liwat. Tidakkah sesuatu dapat dipelajari daripada kisah Aisyah yang difitnah itu?

Jika sahabat yang tanpa sedar telah terbabit menyebarkan berita fitnah mengenai Aisyah, dikenakan rotan 80 kali, tidakkah EDITOR dan wartawan yang menolong menyiarkan berita fitnah termasuk dalam kes liwat layak DIROTAN 80 KALI?

Demikianlah betapa Islam memandang serius perkara membabitkan fitnah ini.

Selanjutnya, Haji Ahmad Haris Suhaimi menulis: “Ingatlah selalu pesanan Allah SWT kepada kita dalam menghadapi cerita-cerita yang tidak baik tentang orang lain dengan firman-Nya yang bermaksud ‘(Ingatlah) di waktu kamu menerima berita (bohong) itu dari mulut ke mulut, dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja, padahal ia di sisi Allah adalah besar’. (Surah Al-Nur Ayat 15)

“Dan ingatkan pesanan Rasulullah s.a.w. tentang maruah seorang Muslim dengan sabda baginda yang bermaksud: ‘Maruah seorang Muslim itu adalah satu lubang daripada lubang-lubang api nereka’. Ini bermaksud, jangan suka memburuk-burukkan peribadi seorang Muslim, kerana perbuatan itu seperti bermain dengan lubang-lubang api nereka.

“Apapun jika seorang Muslim itu terbukti bersalah sekalipun, kita disunatkan menutup keaibannya, melainkan kesalahannya sudah terlalu amat besar yang mana ia perlu diberitahu kepada pihak berkuasa.

“Ingatlah selalu firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah Ayat 192 yang bermaksud: “Dan fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh!”

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Melerai rasa tidak puas hati pengundi Cina terhadap BN — Jamhariah Jaafar

30 APRIL — Agak aneh apabila parti komponen Barisan Nasional (BN), MCA membidas Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, yang dianggap sebagai penyebab kepada pengundi Cina pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, tidak mengundi calon BN.

Hakikatnya, sejak awal lagi pengundi Cina sudah membuat keputusan untuk “mengajar” BN terutama Umno, yang dianggap masih ekstrem dalam memelihara hak-hak keistimewaan bangsa Melayu walaupun ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menjulang slogan 1 Malaysia.

Sikap majoriti pengundi Cina yang condong kepada pembangkang amat terserlah pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, sehingga MCA sendiri gagal mendapat sokongan padu ahlinya sendiri.

Kemelut dalaman MCA yang baru berakhir dua tiga minggu lalu juga tidak membantu BN untuk menyemarakkan semula semangat sayangkan BN, kerana majoriti penduduk Cina di Malaysia hari ini semakin lantang menuntut hak sama rata dengan rakyat pribumi.

Malah, ramai semakin lantang mendesak konsep 1Malaysia yang menjadi amalan kepemimpinan BN hari ini, dilaksanakan bersandar pada kesaksamaan, bukan lagi kepada Perlembagaan Persekutuan seperti ditegaskan Perdana Menteri.

Justeru, apabila Naib Presiden MCA, Gan Peng Sieu, membidas Ahli Parlimen Pasir Mas itu sebagai Melayu ‘ultra’ dan kenyataan kerasnya membuatkan bangsa Cina kecil hati, ramai tersenyum sinis terutama mereka yang terbabit secara langsung di Hulu Selangor.

Sejak awal kempen lagi semua dapat melihat tren majoriti pengundi Cina di Hulu Selangor memang condong kepada pembangkang dan ia langsung tiada kena mengena dengan kenyataan keras Presiden Perkasa atau isu perkauman lain.

Kerana itu, amat dangkal apabila membaca artikel sebuah laman web bertajuk “The BN’s culture of ‘balas budi’” (budaya balas budi BN), apabila penulisnya berkata: “Sejak sekian lama, BN sudah menyemai perasaan di kalangan pengundi bahawa mereka perlu “balas budi” dan menunjukkan rasa terima kasih atas apa yang memang sepatutnya menjadi tanggungjawab kerajaan dan hak rakyat.”

Penulisnya berkata, pemimpin komuniti Cina dan ahli politik MCA memberi reaksi agak keras terhadap desakan Perkasa supaya “menghukum” pengundi Hulu Selangor yang tidak mengundi BN.

“Saya percaya kita akan menerima lebih banyak retorik seperti ini, tindakan menyalahkan bangsa Cina Malaysia. Mahu tidak mahu ia akan berlaku ketika kerajaan cuba menyeimbangkan antara tekanan politik dan ekonomi.

“Saya yakin pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengenai apa yang perlu dilakukan. Ekonomi memerlukan bebas daripada polisi tiada persaingan dan berasaskan perkauman. (Konsep) 1 Malaysia perlu direalisasikan tanpa pilih kasih perkauman,” kata penulisnya, Deborah Loh, melalui portal berita, The Nut Graph.

Penulis ini lantang meluahkan pendirian bangsa Cina lain: “Apa yang Perkasa dan ramai kumpulan konservatif dalam kerajaan gagal menyedari ialah sikap berterima kasih bukan lagi satu premis bagi BN untuk memenangi undi daripada bangsa Cina Malaysia.

“Era ‘membeli’ undi melalui janji pembangunan dan hadiah pilihan raya sudah berlalu di kalangan bangsa Cina Malaysia.”

Katanya, dari awal lagi harapan supaya rakyat berbangsa Cina berterima kasih adalah salah kerana pembangunan adalah tanggungjawab kerajaan.

“Tetapi, sejak 10 pilihan raya kecil lalu, kita sudah mendengar retorik mengenai ‘rasa perlu untuk berterima kasih’. BN, yang sebelum ini dikenali sebagai Perikatan, mendapatkan kemerdekaan untuk anda. Melalui Perikatan, anda, bangsa bukan Melayu diberi kewarganegaraan kerana bangsa Melayu bersikap bertolak ansur dengan anda.

“Selepas itu, BN membina anda jalan raya, sekolah, rumah dan mencipta pekerjaan. BN turut memberi bantuan untuk kuil dan gereja, bukan saja masjid. BN memberi anda duit untuk meningkat dan membina semula sekolah Cina. Jadi berterima kasihlah. Tunjukkan terima kasih anda dengan mengundi BN sekiranya anda mahu masa depan yang terjamin,” kata Deborah yang mengaku sinis ketika menulis kenyataan ini.

Dia mengemukakan soalan, sama ada kerajaan tahu di mana hendak bermula untuk meleraikan perasaan tidak puas hati bangsa Cina Malaysia ini, serta betapa model ekonomi seperti Model Ekonomi Baru (MEB) langsung tidak relevan dengan peniaga Cina Malaysia di luar bandar seperti Hulu Selangor.

Walaupun kenyataan penulis ini amat dangkal, tidak dapat disangkal ini adalah permintaan bangsa Cina Malaysia yang menganggap kerajaan BN korup, sehingga membuatkan mereka berasa tidak perlu berterima kasih kerana apa dilakukan untuk rakyat adalah tanggungjawab pemerintah.

Dalam isu perjuangan agama dan bangsa, tidak timbul persoalan siapa yang benar atau salah. Setiap bangsa bekerja keras untuk memartabatkan hak masing-masing.

Ibrahim ketika mengulasnya semalam, berkata: “Pemberian RM3 juta kepada SRJK Rasa kelmarin, begitu cepat membuktikan betapa Perdana Menteri hari ini berpegang pada janji dan amat prihatin. Luahan saya sebelum ini agar ditangguh segala janji adalah bertujuan provokasi agar mereka insaf dan sedar,” katanya.

Hakikatnya, Malaysia yang asalnya Tanah Melayu, kini dihuni rakyat pelbagai bangsa dan agama, sikap toleransi antara kaum menjadi tunjang kekuatan sebuah negara. Kewujudan BN adalah pengikat silaturahim antara semua kaum di Malaysia dan sudah membawa kita menjadi sebuah negara yang kukuh dan disegani dunia.

Tidak timbul budaya balas budi dalam isu toleransi. Persoalan yang harus dijawab oleh bangsa Melayu, Cina Malaysia dan bangsa lain - apakah kita mahu terus hidup dalam semangat setia kawan di bawah bumbung BN yang sudah terbukti dengan sikap tolak ansurnya, atau terus bergelut dengan konflik perkauman yang tidak kunjung padam. — Berita Harian

Isi perut terburai di Hulu Selangor!

Memang benar banyak yang dapat dipelajari dari pilihanraya kecil Hulu Selangor.

Tetapi yang paling penting bagi saya dan mereka yang bergerak di peringkat akar umbi adalah kita sekarang tahu siapa kawan dan lawan.

Di Pandan dan tentu serupa di kawasan-kawasan lain, kami didatangi oleh mereka yang mengaku menyokong Pakatan. Mungkin pada anggapan mereka kalau kata sokong Pakatan senang dapat sokongan, kelulusan, bantuan atau peruntukan.

Kadang kala mereka marah-marah kerana tidak dapat apa yang mereka mahu dan berkata sia-sia menyokong Pakatan. Walhal di masa yang sama mereka yang telah bertahun-tahun mengedar risalah atau bertugas di ceramah-ceramah tidak pula menuntut itu dan ini.

Tetapi isi perut mereka terburai di Hulu Selangor. Kita nampak siapa mereka. Kita tahu siapa mereka. Kita pun ada menghantar orang ke bilik gerakan UMNO Pandan di Hulu Selangor.

Kalau betul bersama kita, kenapa bekerja untuk BN?

Ada seorang yang cukup baik dengan kita. Bila bercerita memberi sokongan kepada kita. Tetapi di Hulu Selangor menjadi memandu kereta BN yang mengangkut pengundi!

Memang negeri ini mengamalkan sistem demokrasi tetapi kenapa bermuka-muka? Kenapa menipu?

Tidak kira siapa. Orang awam, AJK surau, persatuan penduduk, rukun tetangga atau kakitangan kerajaan, Hulu Selangor telah mendedahkan pendirian mereka.

30 April 2010

http://iskandar56100.blogspot.com/

Ibrahim: Saya bukan pemimpin dahagakan publisiti

http://media.themalaysianinsider.com/images/2010/04/30/ibrahim-april30.jpg

KUALA LUMPUR, 30 April — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali (gambar), yang berhadapan dengan kecaman MCA sejak awal minggu ini susulan keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor, menyangkal dakwaan yang beliau “dahagakan publisiti” semata-mata.

“Presiden MCA Datuk (Dr) Chua Soi Lek berkata saya dahagakan publisiti. Komen saya, saya tidak mengejar publisiti.

“Jikapun kenyataan datang daripada saya, ia adalah ekoran pertanyaan pemberita berhubung pelbagai isu,” kata Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini.

Dalam komennya menerusi SMS, Ibrahim memberitahu, sejak kebelakangan sekurang-kurangnya 20 pemberita menelefonnya setiap hari untuk mendapatkan ulasan sehingga tidak dapat memberi tumpuan terhadap kerja seharian beliau.

“Jika saya tidak respons mereka akan mengatakan saya sombong.

“Sudah tentu Soi Lek tidak memerlukan publisiti lagi sebab video seks beliau sudah cukup, tidak perlu dahagakan publisiti,” katanya.

Petang semalam, selepas mempengerusikan mesyuarat parti, Dr Chua membidas lagi Ibrahim sebagai seorang pemimpin hanya mendahagakan publisiti.

Ibrahim dan MCA berhadapan dengan kontroversi selepas ketua Perkasa itu menggesa kerajaan menangguhkan bantuan dan peruntukan kepada masyarakat Cina selepas Barisan Nasional menyaksikan kemerosotan sokongan mereka di Hulu Selangor, Ahad lalu.

Gambar terbaru arwah sebelum menemui ajal ditembak polis..

http://1.bp.blogspot.com/_AnovcU-a9ZY/S9oxD-o1DnI/AAAAAAAAHEI/4gFzSGLPkeA/s400/DSC00445.JPG

Gambar di atas (berbaju kuning) adalah antara gambar terbaru arwah Aminulrashid sebelum arwah meninggal dunia.. baju yang sama juga dipakai oleh arwah sewaktu arwah terbunuh akibat tembakan polis..

Umno Kata Tak Boleh Berpolitik Dalam Masjid?



kecoh satu malaysia kononya sultan selangor tegur tok guru nik aziz!
hahaha..sebenarnya umno bodoh sebab nak sekat politik suku agama suku.
deyyy macha, hang pa tengok banner kat atas tu..
lambang apa yang ada?
memang penyokong umno bongok la. ada akal tak leh nak pikir!


Keikhlasan Bernilai RM4 Juta

Hari ini Blogger Kickdefella menulis didalam blognya yang petikannya adalah seperti berikut:

Sepanjang hampir 3 tahun berkhidmat di Kelantan, saya telah membelanjakan sejumlah hampir lebih RM4 juta untuk membiayai pelbagai aktiviti termasuklah pembelian asset, peralatan, pembayaran upah operatives, percetakan dan lain-lain yang bertujuan menggerakkan satu Operasi Gerak Saraf.

Saya tidak mempunyai wang sebanyak itu. Dari mana saya mendapat wang sebanyak itu bagi mengendalikan satu Operasi Gerak Saraf untuk mewujudkan persepsi yang boleh melemahkan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi seterusnya mempermudahkan bagi PAS menewaskan Barisan Nasional di Kelantan?



Pembiayaan Sebanyak RM4 Juta

Saya kira, antara mereka-mereka yang bergelar "Blogger", "Penulis", "Editor" atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan "Media", Blogger Kick adalah seorang yang amat-amat bernasib baik. pembiayaan sebanyak RM4 juta (lebih kurang) bukanlah 1 jumlah yang kecil untuk diperuntukkan kepada "seseorang" daripada seseorang melainkan "tujuannya" itu "besar" dan berbaloi.

Agak malang kerana selama ini Kick menikmati jumlah sebanyak itu seorang diri sahaja dan tidak berkongsi dengan saya atau lain-lain Blogger yang sealiran dengannya (pada waktu itu)...

Lebih malang lagi apabila Kick mengaku menerima pembiayaan sebanyak hampir atau lebih dari RM4 juta bagi mengendalikan 1 operasi yang dinamakan sebagai "Operasi Gerak Saraf untuk mewujudkan persepsi yang boleh melemahkan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi seterusnya mempermudahkan bagi PAS menewaskan Barisan Nasional di Kelantan".

Pak Lah 2008

Perdana Menteri Malaysia ketika Pilihanraya Umum ke-12, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi pada ketika itu dan beberapa tahun sebelumnya (sebelum Kick "berhijrah" ke Kelantan) dikenali kerana kelemahannya dalam pentadbirannya, tabiatnya yang seronok tidur dalam majlis-majlis rasmi, tunduknya beliau pada Al-Menantunya dan beberapa lagi kelemahan yang kalau nak dilistkan dibawah... terlalu banyak.

Jadi saya tak fikir keperluan untuk memperuntukkan sejumlah wang yang banyak untuk 1 Operasi seperti yang disebutkan oleh Kick. kenapa perlu membazirkan sejumlah wang yang besar untuk berperang dengan musuh yang sedang tidur..?

Tambahan pula, dalam Pilihanraya Umum ke-12, sebilangan besar pro UMNO/BN sendiri bermati-matian "tidak mempertahankan" Pak Lah malah mereka-mereka ini jugalah yang menonjolkan watak Pak Lah "Sleeping Beauty" kepada umum dengan dibantu oleh media-media Perdana yang kita tahu 100% dipengaruhi oleh KERAjaan Pusat.

Jangan kita lupa bahawa Tun Dr.Mahathir sendiri yang sehingga kini adalah ahli UMNO/BN mengetuai gerombolan mereka-mereka yang berusaha menjatuhkan Pak Lah dan Tun Dr.Mahathir sendiri pada ketika itu hanya bermodalkan 3 patah perkataan yang sangat murah harganya iaitu "Budak Tingkat 4". ayat murah itu seterusnya menjadi modal "makan untung" UMNO/BN anti KJ dan Pakatan Rakyat sehingga ke hari ini.

Dalam hal ini saya tak fikir modal sebanyak itu diperlukan untuk menjatuhkan KERAjaan Pak Lah the "Sleeping Beauty" (UMNO/BN) di Kelantan sebab pada ketika itu, KERAjaan Pak Lah the "Sleeping Beauty" sudah nyawa-nyawa ikan. perlukah kita melancarkan sebutir bom nuklear untuk membunuh seekor ikan yang tinggal "nyawa-nyawa ikan"..? tak mungkin...

Ikhlas

Dalam perjuangan baik pro UMNO/BN atau pro Pakatan Rakyat, yang sering disebut-sebut dan menjadi modal untuk menunjukkan "power" ialah "keikhlasan dalam perjuangan". bila ada keikhlasan bermakna 100% jujur dalam perjuangan tak kiralah yang diperjuangkan itu betul atau salah. puak Yahudi juga "ikhlas" berjuang untuk kaum mereka walaupun caranya tak betul tetapi pokok pangkalnya ialah "jujur dan ikhlas".

Kalau kita jujur dan ikhlas, apa sahaja yang kita buat adalah kerana kita mahu, kerana kita yakin pada diri dan kita tahu apa yang kita buat adalah kerana kehendak "roh" kita. bukan kerana pengaruh dari mana-mana pihak atau material lebih-lebih lagi "RM".

Senang cerita dan ringkas - kalau mati pun mati tanpa harta, hutang pulak saya yakin terpaksa dilangsaikan oleh saudara-mara dan handai-taulan yang ada perasaan bertanggungjawab. bab ini saya yakin ke 2-2 pihak pro UMNO/BN dan Pakatan Rakyat bersetuju 100%. geng-geng katak lompat Insya-Allah tidak akan merasa keadaan ini tetapi terpaksa berhadapan dengan "hari pengadilan"... ini saya sangat-sangat yakin.

Ikhlas II

Ikhlas II pula merujuk kepada "ikhlas kerana bla bla bla" (bla bla bla merujuk kepada RM) noktah.

Kalau Blogger Kickdefella menyatakan secara jelas bahawa beliau ada menerima pembiayaan secara jelas didalam tulisannya yang melibatkan jumlah sebanyak lebih kurang RM4 juta untuk mengendalikan Operasi tersebut dalam masa 3 tahun, timbul persoalan - ikhlaskah Blogger Kickdefella dalam perjuangannya selama ini..?

RM4 juta telah dijelaskan oleh Blogger Kickdefella sebagai "pembiayaan" untuk 1 "Operasi Gerak Saraf bagi mewujudkan persepsi yang boleh melemahkan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi seterusnya mempermudahkan bagi PAS menewaskan Barisan Nasional di Kelantan".

Berapa juta pula agaknya pembiayaan yang diterima oleh Blogger Kickdefella untuk 1 Operasi Gerak Saraf untuk mewujudkan persepsi yang boleh melemahkan Menteri Besar Kelantan - Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat seterusnya mempermudahkan bagi Barisan Nasional menewaskan PAS di Kelantan..?

RM4 juta itu "keikhlasan"..?

TV3 (suku)

Beberapa hari sebelum kontrak Blogger Kickdefella dengan PMBK ditamatkan (serta-merta), Blogger Kickdefella dikatakan ada menerima tawaran daripada Stesyen Berita TV3 (suku). tawarannya ialah mengendalikan "1 Operasi" yang diklasifikasikan sebagai "Media ke-2" atau "Alternative Media" yang mana antara tugasnya ialah menyelia laman-laman Blog dan Website dengan tujuan menarik para pengundi muda dan celik IT supaya cenderung kearah UMNO/BN dan seterusnya meningkatkan undi anak muda kepada UMNO/BN.

Jumlah Gaji/Salary/Peruntukan atau "pembiayaan" yang ditawarkan oleh pihak TV3 (suku) kepada Blogger Kickdefella ialah tidak kurang dari RM15,000 sebulan.

Modus Operandi

Pada ketika ini Blogger Kickdefella dilihat (malah dipersetujui) banyak menyerang Kerajaan PAS Kelantan dengan agresif sekali seolah-olah Kerajaan PAS itu terlalu pincang dan tidak layak untuk menerajui Negeri Kelantan padahal majoriti rakyat Kelantan berkata sebaliknya.

Modus Operandinya lebih kurang sama dengan apa yang berlaku pada zaman Pilihanraya Umum ke-12 cuma "subjek"nya berbeza.

2008 - Pak Lah Al-Menantunya.
2010 - TGNA Al-Menantunya.

Ada persamaan dengan apa yang dilakukan oleh Tun Dr.Mahathir pada tahun 1998 dan 2009 terhadap musuhnya DSAI.

1998 - DSAI Liwat
2009 - DSAI Liwat II

Kebetulan pula Blogger Kickdefella ialah pengkagum kepada Tun Dr.Mahathir dulu, kini dan selamanya.

Persepsi

Lagi-lagi "Persepsi". tapi itulah tujuan utama. menimbulkan "Persepsi" yang kurang baik kepada subjek. tak kiralah apa yang diwar-warkan itu betul atau salah. kelebihan menyertakan "dokumen" adalah 1 kelebihan. MeLAYU mudah terpengaruh dengan dokumen padahal dokumen boleh sahaja di"klon"kan. tak percaya..? tanya pemegang-pemegang "sijil beli" Universiti Kangkung.

Persoalan

Dalam hal ini, siapakah dibelakang Blogger Kickdefella..? skill yang sama, musuh yang sama cuma subjek yang berlainan. kebetulan pula Tun Dr.Mahathir yang cukup-cukup dikagumi oleh Blogger Kickdefella cenderung menggunakan "senjata yang sama" setiap kali berperang.

Apakah Blogger Kickdefella berdiri teguh dan setia dibelakang Tun Dr.Mahathir dulu, kini dan selamanya...?

Siapa sebenarnya yang membiayai "Operasi" yang dikendalikan oleh Blogger Kickdefella..?

1997 - TDM..?
2010 - TV3 (suku)..?

-Task Force 13

Tidak Munasabah Speaker Tolak Soalan Isu Ketenteraan

Oleh Norasikin Samsi

KUALA LUMPUR 29 Apr - Tindakan Kementerian Pertahanan menolak empat soalan lisan daripada Ahli Dewan Negara Pakatan Rakyat, Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim semasa sidang Dewan Negara pagi tadi dinaggap tidak munasabah.

Menurut Tunku Aziz keputusan Speaker menolak soalan beliau kononnya dibuat berdasarkan faktor empat daripada tujuh soalan yang dikemukakan menyentuh mengenai rahsia ketenteraan.

"Dalam hal ini, saya rasa adalah tidak munasabah untuk Kementerian Pertahanan menolak soalan-soalan tersebut memandangkan jelas isu menyentuh rahsia ketenteraan tidak wujud.

"Saya memahami pembelian kelengkapan tentera adalah sensitif dan perlu menjaga rahsia ketenteraan seperti unsur-unsur spesifikasi dan atur gerak.

"Tetapi soalan yang ditanya itu bukan bertujuan untuk mendapat rahsia ketenteraan seperti yang disebut, tetapi untuk mendapat maklumat latar belakang pembelian dan pembangunan kelengkapan tentera yang telah diumumkan oleh Kementerian Pertahanan sendiri," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Berikut dinyatakan kesemua soalan yang ditolak itu:

1. Minta Menteri Pertahanan menyatakan latar belakang kerajaan membeli sistem Vera-E sepertimana yang dinyatakan dalam laporan tahunan kementah 2007 pada muka surat 72. Adakah ia mempunyai kaitan dengan projek Padas dan ancaman dari pesawat 'Stealth' luar negeri?

2. Minta Menteri Pertahanan menyatakan latar belakang pembelian 'Cruise Missile' yang akan dilancarkan oleh kerajaan sepertimana dinyatakan oleh bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin pada 4 Julai 2007 di Dewan Rakyat?

3. Minta Menteri Pertahanan menyatakan status pembangunan peluru berpandu Taming Sari XK98 dibangun oleh Stride dari segi pembelanjaan dan kerjasama teknologi dengan negara mana serta latar belakang, keberkesanan pembangunan dan status peluru berpandu ini?

4. Minta Menteri Pertahanan menyatakan senarai kelengkapan dalam pecahan jenis, bilangan dan peruntukan yang akan dilancarkan dalam masa lima tahun depan oleh TDM, TLDM, TUDM, dan Markas ATM/AB?

Tunku Aziz turut menegaskan jika Kementerian Pertahanan sendiri yang membuat pengumuman pembelian kelengkapan tersebut, maka ini tidaklah dikira sebagai rahsia lagi.

"Antaranya seperti pembelian Vera-E Radar Pasif dari Omnipol, Republik Czech telah beberapa kali dicatatkan dalam laporan tahunan Kementerian Pertahanan 2007 dan 2008. Dan laporan tersebut telah menyatakan projek timbal balas Vera-E sedang dipantau oleh kementerian," katanya.

Begitu juga menurutnya mengenai pembelian Cruise Missile yang diumumkan bekas Timbalan Menteri Pertahanan di Dewan Rakyat serta Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (Strike) telah menunjukkan peluru berpandu Taming Sari XK98 kepada ke seluruh negara pada 31 Ogos 2007 bersempena Perarakan Merdeka 2007 di Dataran Merdeka.

Tambah Abdul Aziz, pembelian kelengkapan ketenteraan menggunakan peruntukan awam dan perlu mendapat persetujuan dari Parlimen.

"Oleh itu, adalah munasabah dan berpatutan untuk Ahli Parlimen membincang dan mengetahui latar belakang mengenainya," ujarnya.

Ahli Parlimen dan rakyat juga katanya mempunyai hak untuk mengetahui senarai pembelian kelengkapan ketenteraan yang akan dilancar pada lima tahun akan datang iaitu dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh.

"Memandangkan pembelian kelengkapan ketenteraan adalah sangat mahal dan mudah berlaku penyelewengan, maka adalah perlu dipantau oleh Parlimen dan rakyat supaya selaras dengan prinsip-prinsip 'good governance' dan meningkatkan lagi ketelusan kerajaan," katanya lagi.

Beliau juga percaya rakyat tidak membantah pembelian kelengkapan ketenteraan penting demi untuk memastikan keselamatan negara, namun adalah mustahak bagi rakyat memastikan peruntukan tersebut kerana wang mereka digunakan bagi tujuan sedemikian.

Husam Musa: Telaga Minyak Malaysia tergadai: Kesilapan Abdullah Penerusan Najib

April 29, 2010

Tun M dalam posting terbarunya mempersoalkan terlepasnya dua medan Minyak Blok L dan M milik Malaysia kepada Brunei.

Ia mungkin sebahagian dari persetujuan yang ditandatangani oleh Pak Lah dengan Sultan Brunei pada 16 Mac 2009 - Letters of Exchange (LoE) - 19 hari sebelum Najib mengambil alih sebagai Perdana Menteri.

Apa yang dipersetujui Pak Lah diteruskan oleh Najib. Surat Petronas untuk menamatkan perjanjian perkongsian pengeluaran dengan Murphy Oil Corp telah dikeluarkan pada 7 April baru lalu. Di Bawah CEO baru Petronas dan era Najib.

Murphy Oil mengeluarkan kenyataan rasmi memaklumkan penamatan perjanjian oleh Petronas itu dan seorang Menteri Brunei pula mengesahkan kedua-dua blok minyak yang dulunya menjadi milik Malaysia telah secara rasmi menjadi milik Brunei.

Acara penandatanganan itu ikut dihadhiri oleh kedua-dua Ketua Menteri Sarawak dan Sabah, Menteri Luar waktu itu, Rais Yatim dan Menteri Kabinet, Hishammuddin Tun Hussien - seperti laporan Bernama bertarikh 16 Mac 2009.

Rais dan Hishamuddin masih menjadi anggota Kabinet sekarang dan tentulah mereka boleh memberikan penjelasan atas pelepasan khazanah berharga kita semudah itu. Bahkan seluruh kabinet Najib harus bertanggungjawab dan memberikan penjelasan.

Tun M mengganggarkan paling kurang USD 100 B atau RM 320 B khazanah kekayaan negara kita terlepas kepada Brunei.

Bayangkan! Untuk membayar royalti yang terhak kepada Kelantan yang bernilai hanya beberapa billion, mereka menggunakan berbagai alasan untuk menafikannya. Pada masa yang sama, mereka sanggup melepaskan khazanah yang beribu kali lebih tinggi nilainya dengan sebegitu mudah.

Janganlah Tun M hanya nampak kelemahan Pak Lah tanpa berani bertanya Najib kenapa surat penamatan rasmi dikeluarkan oleh Petronas dan secara terang menyebut pemilikan Malaysia ke atas Blok L dan M tidak lagi menjadi milik Malaysia.

Isu sebesar ini hanya layak dijawab oleh PM.

Pilihanraya Sibu memberi peluang rakyat Sarawak memberikan pandangan awal mereka tentang sebahagian kekayaan negeri mereka juga telah tergadai.

http://cetusan-hati.blogspot.com/2010/04/telaga-minyak-malaysia-tergadai.html

Ezam Bakal Dilantik Timbalan Menteri?

SHAH ALAM 29 Apr - Bekas Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pusat, Mohamad Ezam Mohd Nor dijangka akan dilantik sebagai Timbalan Menteri selepas mengangkat sebagai Ahli Dewan Negara Isnin depan.

Sumber Umno mengatakan Ezam kemungkinan akan dilantik sebagai salah seorang Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri di bawah porfolio Tan Sri Koh Tsu Koon dan akan bertanggungjawab mengenai NKRA dan KPI.

Lantikan sebagai Senator dan Timbalan Menteri dilihat sebagai satu "habuan politik" setelah membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Barisan Nasional memenangi kerusi Parlimen Hulu Selangor dalan pilihan raya kecil Ahad lalu.

Antara tugasan Ezam yang dianggap "berjaya" oleh pimpinan Umno ialah tindakan keluar parti oleh beberapa pimpinan AMK peringkat cabang di Selangor dan Kelantan serta memainkan isu arak terhadap calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim di kawasan majoriti pengundi Melayu di kawasan Felda semasa kempen PRK Hulu Selangor.

Ezam, 42, meletak jawatan sebagai Ketua AMK Pusat yang dipegang beiau sejak 1999 dan juga Ketua Cabang Shah Alam pada Februari 2007 dan keluar KEADILAN pada Jun berikutnya.

Beliau menyertai semula Umno pada 28 Mei 2008 dengan menyerahkan borang keahlian parti kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau juga pernah menjadi Setiausaha Politik kepada mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut dijangka mendapat "hadiah politik" ialah Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel ayang bakal dilantik sebagai Menteri.Palanivel yang merupakan pilihan Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu terpaksa memberi laluan kepada calon MIC pilihan Umno, P Kalamanathan setelah mendapat bantahan dan pandangan negatif dari kalangan pimpinan Umno.

Dua lagi Senator baru selain Ezam dan Palanivel ialah Pengerusi Eksekutif firma Rahim and Co, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan Ketua Wanita Umno Pagoh, Noriah Mahat.

Mereka akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Presiden Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang di Dewan Negara pada hari Isnin pukul 9 pagi.

Siasat mengapa GMC lingkup di bawah Kickdeffela

Salmah & Muhd Yusri

KOTA BHARU, 29 April: Menjelang pilihan raya umum ke-12, Global Media Channel (GMC) diwujudkan lengkap dengan pasukan petugas media bagi menjawab isu semasa yang dibangkitkan pemimpin Umno.

Namun syarikat itu tidak ada kaitan dengan kerajaan negeri dan PAS Kelantan.

GMC lengkap dengan bilik sidang media dan peralatan audio visual yang canggih. Pejabatnya menumpang di bahagian bawah bangunan tiga tingkat milik sebuah yayasan.

Ketika itu Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang lebih dikenali sebagai Kickdeffela diberi amanah mengetuai GMC.

Menurut sumber, Azidi diberi tanggungjawab mengendalikan GMC kerana dikata orang ada kepakaran dalam bidang berkaitan.

”Namun hampir dua tahun beroperasi GMC bermasalah sehingga seorang demi seorang kakitangan berhenti kerja sehingga ada yang membawa diri ke Kuala Lumpur.

”Mereka tidak senang dengan cara pengurusan yang diketuai Syed Azidi dan isterinya. Ramai yang tidak dapat mendapat gaji, sedangkan pada peringkat awal ada pihak memberi modal bagi mengurus operasi GMC.

”Persoalan mengapa syarikat itu kini lingkup, ke mana duit peruntukan yang disumbang pelbagai pihak. Kita bimbang berlaku silap urus sehingga GMC berkubur,” kata sumber berkenaan.

Sebuah akhbar hari ini memetik blog milik Azidi yang mendakwa beliau menerima RM4 juta bagi melemahkan kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika menjadi perdana menteri dan memperkuatkan PAS Kelantan.

Sumber itu berkata, sepatutnya satu siasatan dilakukan kerana amanah yang diberi untuk mengurus GMC akhirnya lingkup di tengah jalan.

Ditanya mengenai dakwaan sebanyak RM4 juta diberi pihak tertentu kepada Azidi, katanya, hanya dia yang sahaja tahu kedudukan sebenar sama ada betul atau sebaliknya.

Mengenai dakwaan Azidi mengatakan dia banyak membantu PAS mempertahankan Kelantan pada pilihan raya tersebut kata sumber terbabit, tidak ada asas untuk menyokong kenyataan itu.

Katanya, rata-rata pemimpin PAS di Kelantan pun tidak tahu kewujudan GMC ketika itu sehingga dikatakan Azidi kononnya memainkan peranan untuk melemahkan kepimpinan Pak Lah.

Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, kenyataannya sebelum ini yang mencabar penulis blog Kickdefella membuat laporan polis berhubung tuduhannya terhadap kerajaan negeri dan PAS tidak ada kaitan dengan jawatannya sebagai Setiausaha Akhbar Menteri Besar.

“Suka saya memaklumkan kenyataan saya baru-baru ini yang mencabar beliau membuat laporan polis dibuat di atas nama Dewan Pemuda PAS Kelantan dan tiada kaitan langsung dengan posisi saya di Pejabat Menteri Besar,” ujarnya.

Utusan Malaysia Sampah Busuk Masyarakat!

RM4 juta vs. RM77 juta !

Ali Zaidan - Aku sebenarnya sedang berada di Hulu Terengganu atas urusan kerja. Senak jugak dekat sini, internet slow. Nasib baik Maxis Broadband boleh tahan speednya. Tengahhari tadi, sempat turun sekejap, beli surat khabar. Tajuk utama Utusan Malaysia hari ini berkenaan dedahan Kickdefella tentang peruntukan RM 4 juta yang dibagi untuk menyerang pentadbiran Pak Lah dengan matlamat mempertahankan kerajaan PAS Kelantan.

Aku termenung sekejap. Bukan terkejut dengan dedahan Kickdefella, tapi sebab tak ada isu sangat Utusan Malaysia ni sampaikan sampah sarap blog pun di kutip jadi headline.

Tapi kalau fikir balik, suratkhabar macam ni jugak yang buat pendedahan muka depan tentang sesetengah blogger Umno yg nak publish gambar Zaid minum arak, turn out, gambar itu superimpose.

Alahai bodohnya. Siapalah yang Pengarang Utusan yang kecik sangat otaknya tu. Utusan dah jadi lagi teruk dari URTV atau Mangga. Gosip 24 jam!

Ikut hati aku malas jawab, sebab bodoh sangat. Lagipula, persoalan yang pernah aku timbulkan tentang pendedahan dia dulu tak ada pula disentuhnya. Dia lagi berminat dengan Tulang Besi. Ya la, yang boleh pancung kau beranila Kick!

Tapi bila ada kawan2 yang mesej minta penjelasan, aku gagahkan diri menaip dengan netbook kecil dibantu Maxis Broadband. Terima kasih Ananda Krishnan!

1. Pendedahan itu langsung tidak disertakan dengan apa-apa bukti sokongan. Jadi apa hal kita nak percaya pula? Satu dokumen rasmi pun yang menunjukkan penyelewangan berlaku tidak langsung didedahkan. Jadi, apa sebab untuk anda percaya?

Takat mengembek, kambing pun boleh buat!

2. Kita semua tahu operasi gerak saraf yang dimaksudkan oleh Kickdefella ialah Global Media Channel (GMC). GMC ditubuhkan sebagai tindak balas kepada serangan Cybertrooper UMNO menyerang pemimpin dan kerajaan negeri. Soalan, apa masalahnya? Penubuhan Unit Media mempertahankan kredibiliti mana-mana kerajaan ialah satu perkara biasa. Imej ialah hal penting bagi kerajaan.

RM4 juta untuk operasi 3 tahun ialah jumlah yang logik. Kira-kira RM100k sebulan. Perbelanjaan operasi, pengurusan dan gaji.

Lainlah 77 juta setahun. Baru tak logik!

3. Kalau benar peruntukan RM4 juta itu datang dari sumber penyelewengan, maka ia ialah sumber haram dan Kickdefella telah hidup dan membesar dan membuncit dengan harta haram dalam tempoh 3 tahun. Setiap daging yang tumbuh dari sumber yang haram, neraka lebih utama baginya. Hadis ni bang, bukan aku saja-saja cakap.

Ha, kan dah terludah kat muka sendiri.

4. Aku paling benci ayat ini:

Saya tidak mempunyai wang sebanyak itu. Dari mana saya mendapat wang sebanyak itu bagi mengendalikan satu Operasi Gerak Saraf untuk mewujudkan persepsi yang boleh melemahkan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi seterusnya mempermudahkan bagi PAS menewaskan Barisan Nasional di Kelantan

Engkau urus, engkau sendiri tak tahu mana datang duit tu? Apa punya leader kau ni. Kau buat pendedahan, tapi orang lain kena buktikan. Mana undang2 kau belajar? Sendiri tuduh sendiri kasi buktila macha!

Tok Guru jangan jawablah. Buat jatuh prestij Tok Guru saja. Tuduhan tak ada bukti ni, orang macam saya sudah la jawab. (sumber)

Pas Tidak Bangsat Untuk Kumpul RM4 Juta

ISU terbaru di Kelantan kini ialah mengenai pengakuan seorang bloger yang beliau ada menerima RM4 juta untuk belanja operasi perang saraf melanyak Umno dan bekas PM, Abdullah Badawi dalam masa tiga tahun. Perbelanjaan sebanyak itu ialah bagi menjamin kerajaan Pas Kelantan kekal.

Bagi saya isu itu isu terpencil yang tidak perlu diberikan perhatian besar. Akhbar yang memainkan isu berkenaan juga seolah tidak ada modal lain untuk memburukkan kerajaan Kelantan terpaksa mengutip sampah sarap dalam blog-blog tertentu untuk terus memburukkan Pas dan kepimpinan kerajaan Kelantan.

Kata orang kerana tak ada model besar dan konkrit, maka modal angin pun boleh digunakan. Kepada saya isu RM4 juta itu adaah modal angin yang tidak ada asasnya. Ia adalah pengakuan bloger tersebut saja dan tidak ada dokumen mengenai penyelewengan atau penggunaan wang haram dalam membelanjakan membelian peralatan operasi perang saraf itu dikemukakan.

Saya sedikit merasakan pelik apabila bloger itu membuat pendedahan dan beliau meminta orang lain menyiasat. Kenapa beliau tidak mendedahkan maklumat yang beliau ada. Apakah maknanya ini semua? Hanya beliau saja yang mengetahuinya.

Apabila bloger berkenaan mengakui dia tidak mempunyai wang sebanyak itu, (untuk membiayai operasi saraf itu) ia menjelaskan ada motif senyap di sebalik pengakuan itu. Bagi orang waras tentu tidak merasakan pengakuan itu pelik, kerana apabila beliau bekerja dengan sebuah kerajaan negeri, tentulah wang itu akan disediakan oleh pihak lain demi kepentingan dan kelangsungan kerajaan berkenaan. Masakan Pas mahukan beliau mencari wang sendiri untuk kepentingan Pas?

Sekiranya benarlah bloger berkenaan menerima peruntukan sebanyak RM4 juta, ia bukan menjadi kesalahan pun. Bahkan wajar kalau wang itu digunakan untuk tujuan yang betul untuk kepentingan Pas atau sesiapa saja yang berusaha untuk mengekalkan kerajaan Pas. Malahan orang Pas boleh angkat jempol kepada mana-mana individu atau pihak yang menyediakan wang berkenaan kerana ia adalah untuk kebaikan parti itu. Tepatlah menghabiskan wang seberapa banyak untuk mempertahankan sebuah kerajaan.

Menurut pengakuannya seperti mana dipetik akhbar, RM4 juta dibelanjakan dalam tempoh tiga tahun. Ooo... bukan tiga bulan! Ini bererti kira-kira RM1.3 juta setahun. Jumlah itu adalah hama dalam perbelanjaan untuk melawan sebuah parti gergasi seperti BN. Tentunya bloger itu bukan berkerja seorang diri. Tentulah ianya dibantu oleh beberapa orang staf. Jadi RM1.3 kalau dibahagikan kepada beberapa orang staf berapalah sangat untuk satu tahun. Itu belum termasuk untuk sewaan bangunan, pembelian peralatan dan kos-kos lain.

Saya sedikit pun tidak pelik kalau wang sebanyak itu digunakan. Kerana peruntukan untuk perang saraf di pihak Umno lebih besar daripada itu. Angkanya mungkin bernilai ribuan kali ganda dari jumlah itu. Apalah nak hebohkan peruntukan RM4 juta? Cara berfikir ini samalah dengan cara mempersoalkan pembelian sebutir kek kepada Tok Guru satu masa dulu.

Saya nak tanya apakah bagi sebuah parti yang mempunyai ahli lebih 1 juta, yang terdiri dari berbagai bidang dan profesional susah untuk mendapatkan wang sebanyak itu untuk dimanfaat bagi kepentingan mereka. Saya rasa kalau Pas Kelantan nak cari bukan saja RM4 juta, malahan RM40 juta pun boleh. Ahli Pas terkenal sebagai mereka yang ikhlas dan komited dengan parti dan dermawan.

Buka saja 'jabil' atau tadah kopiah duit akan melimpah masuk. Untuk jihad dan agama mereka sanggup menghulurkan seberapa banyak yang mampu sampai kering wang dalam poket. Pernah saya lihat sendiri dalam satu ceeramah perdana di stadium Sultan Muhammad ke-IV tahun 1990 (ketika itu bloger berkenaan belum pun lagi bergelewat di Kelantan) wang punggutan derma dari orang ramai malam itu dipikul dalam guni!

RM4 juta saya rasa kalau tadah guni dalam cermaha Pas di stadium atau di mana-mana pelusuk pun akan boleh dicari. Jadi janganlah cuba hendak memberi bayangan berlaku rasuah atau pengambilan wang haram oleh mana-mana pihak untuk tujuan perang saraf itu. Pas adalah berbeza dengan Umno dan parti lain. Walaupun Pas memerlukan wang untuk membiayai jentera partinya, saya yakin ia dari sumber yang sah dan halal. Ahli dan pemimpin Pas masih belum tergamak untuk melakukan rasuah untuk membiayai projek parti.

Kebanyakan ahli Pas masih dapat membezakan antara ular dengan belut atau babi dengan badak!

Jadi dalam hal ini tidak guna cabar mencabar. Kalau bloger berkenaan merasakan wang itu wang haram, kenapa beliau sedia mengambilnya? Kenapa beliau bersubahat selama tiga tahun menguruskannya? Kalau beliau juga sedia mengambilnya bermakna dia juga sedia bersubahat dengan wang gelap itu. Apa hukumanya bersubahat dengan kejahatan? Celakalah jawabnya.

Janganlah sesudah kita menelan buah yang pahit untuk mengalas perut yang kosong kita menyangka orang mengkhianati kita lalu kita mencercanya sebagai mengkhianati kita. Buruk sangatlah kalau kita menyerang orang yang memberikan kita rezeki untuk anak dan isteri kita.
Kalaupun kita tahu dia jahat tetapi kejahatan itu jangan di pamerkan di billborad untuk tontonan orang lain, cakaplah dengan baik. Juga kalau kita tahu wang itu rasuah tetapi kita tetap juga memakannya maka ternyata kita lebih hina dan bangsat dari orang yang memberi wang itu kepada kita.

Mengenai isu RM4 juta saya rasa bukan nawaitu bloger itu hendak dedahkan dan memburukan orang tertentu. Beliau sekadar menjelaskan keadaan apabila ada tuduhan buruk ke atasnya. Baginya wajar untuk membela diri, termasuklah membuat pengakuan yang meragukan itu.

Seperkara lagi orang yang membangkit dan menyentuh diri bloger berkenana juga kurang bijak. Janganlah kita mudah membuat tuduhan terehadap apa-apa yang didedahkan. Adakalanya ia sengaja membuat provokasi dengan tujuan yang tidak terlihat oleh kita. Dalam keadaan ini kalau kita memberi reaksi, maka buruklah padahnya dan dia hanya akan ketawa gembira. Itulah yang didingininya. Dalam hal ini semua pihak harus bijak.

Kepada Mustapa yang meminta Pas Kelantan mendedahkan dari mana sumber wang itu tidak payah dilayan. Yang pastinya RMN4 juta bukan dari royalti Petroleum Kelantan yang disembunyi dan disekat oleh Mustapa. Mustapa tidak payah risau tentang itu. Ia juga bukan dari wang kontraktor yang mendapat projek buat sekolah atau Maktab Sains Mara di Kelantan. Sesiapa juga jangan cuba meletakkan Pas Kelantan sebagai haprak untuk mengumpulkan dana sebanyak itu sehingga terpaksa melakukan rasuah. Jangan!

Perjuangan Pas perjuangan leluhur bagi ahli dan penyokongnya. Ahli Pas bukan seperti ahli Umno. Ia berbeza. Ahli Pas sedia mengimfakkan harta untuk perjuangan manakala ahli Umno senantiasa mencari peluang kebendaan dari partinya. Perbezaan ini hendaklah difahami sebaik-baiknya.

Dana RM4 juta itu kalau pun benar, ia adalah wang yang diambil dari sumber sah dan halal untuk manfaat perjuangan. Kalau ia dari sumber rasuah sudah lama ada pemimpin Kelantan didakwa oleh SPRM. Tidak salah kalau kita leburkan untuk perjuangan, sebaliknya salah kalau wang disimpan untuk kepentingan diri. Dan dalam politik sekular yang diamalkan di negara ini hari ini apalah salahnya kalau sehelai dua dari jumlah RM4 juta itu termasuk dari wang tumbuk rusuk! [wm.kl. 7:45 pm 29/04/10]

http://msomelayu.blogspot.com/

Ezam - Senator

Image
Ezam - Senator


Ezam Mohd Nor telah dilantik menjadi senator atas sumbangan beliau kepada negara khususnya dalam isu yang melibatkan Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat. Ezam menyerlah khususnya dalam ceramah-ceramah umum dan membantu dalam usaha BN untuk menangani gelombang reformasi. Ezam juga di percayai akan menjadi satu kekuatan BN dalam berdepan dengan isu liwat yang akan datang. Ezam yang telah melompat masuk kembali ke UMNO hari ini menjadi senjata UMNO dalam menangani kebangkitan Anwar Ibrahim. UMNO seakan senjata yang akan memberi konsentrasi utama untuk berdepan dengan Anwar Ibrahim. Setakat ini Ezam juga berperanan untuk memastikan golongan anak muda dan mereka yang terbabit dalam reformasi untuk meninggalkan perjuangan tersebut sekali gus bertindak untuk mengendurkan sokongan terhadap Anwar Ibrahim.

Sungguhpun Ezam adalah antara yang kuat menyelar UMNO – memburukkan kepimpinan UMNO sekitar 1998 – beliau menyertai UMNO, hari ini beliau secara terbuka memohon maaf kerana pernah mempertahankan Anwar Ibrahim sebelum ini. Apa komen anda?

http://umno-reform2.com/front/

Umno cuba heret istana untuk runtuhkan kerajaan PR

Hari ini Sultan Selangor dilaporkan membuat kenyataan umum yang difahami ditujukan kepada Tuan Guru Nik Aziz (TGNA). Kenyataan itu berikutan kenyataan TGNA yang menyatakan bahawa tindakan melarang bercakap soal politik di masjid sebagai mengarut dan ketinggalan zaman.

Sekali lagi istana dilihat diheret untuk membicarakan soal orang politik. Suasana itu sangat bahaya kerana ternyata bagaimana Umno berjaya mengheret institusi istana Perak hingga kerajaan Pakatan Rakyat Perak jatuh. Bermula dengan isu pemecatan serta merta Pengarah yang terpaksa ditarik balik oleh DS Nizar hinggalah kemuncaknya perkenan istana tanpa melalui DUN yang meruntuhkan kerajaan Pakatan. (di Kedah juga usaha itu terus berlangsung) .

Keadaan itu tak berhenti setakat itu. Tindakan DS Nizar yang tidak bersedia untuk melepaskan jawatan dimanipulasi oleh Umno terutama ungkapan "Derhaka". Kesannya Kerajaan Pakatan Rakyat dilihat berkonfrantasi dengan istana terutama DS Nizar . Kalangan masyarakat melayu dilihat terpengaruh dengan propaganda tersebut apatah lagi dengan peranan yang dimainkan mufti Umno -Harusani Zakaria.

Kerajaan Selangor terutama PAS nampaknya sekali lagi mahu dilagakan dengan institusi Istana. Ia mungkin usaha terbaru Umno merampas Selangor yang dilihat agak kukuh setelah beberapa insiden yang dicipta termasuk usaha mengheret pimpinan Selangor ke mahkamah melalui SPRM gagal. ( SPRM adalah jalan pertama umNO meruntuhkna kerajaan Perak).

TGNA telah menjelaskan kenyataan beliau bukanlah respon kepada kenyataan Sultan Selangor. Ia adalah kejayaan manipulasi wartawan dan lidah rasmi umNO. Umum mengetahui bahawa TGNA bukanlah seorang pemimpin yang suka membicarakan soal politik kepartian di masjid.

Prinsip itu diamalkan sejak dulu hingga kini. Malah dalam ceramah umum pun jarang menyentuh politik kepartian secara langsung melainkan di beberapa keadaan. Ceramahnya lebih kepada nasihat dan pimpinan agar beragama. Bezanya ialah kefahaman agama antara umNO dan PAS . PAS memahami kesyumulan Islam manakala Umno yang mewarisi sekular menolak politik Islam.

TGNA juga dilihat seorang yang sangat menghormati institusi istana. Kemelut dengan istana di awal pemerintahan PAS di Kelantan ditangani dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan. Ketika semua negeri di Malaysia membentangkan undang undang berkaitan menghapus imuniti raja raja, Kelantan adalah negeri yang paling akhir melaksanakannya. Itu pun setelah beberapa tahun kemudian.

Situasi terbaru ini adalah hasil salah faham terhadap istilah pilitik dalam Islam. TGNA maksudkan politik ialah membicarakan apa sahaja soal pemerintahan dan kehidupan, umNO memahamkannya sebagai politik kepartian. Siapakah yang menyalah fahamkan pengertian tersebut kepada Sultan.

Apakah penjelasan TGNA juga di sampaikan kepada sultan? Titah yang melarang TGNA secara umum ke Selangor adalah seiring dengan apa yang dilakukan oleh Khir Toyo semasa rejimnya menguasai Selangor. Satu tindakan penjelasan kepada Sultan perlu dilakukan oleh kerajaan Selangor terutama PAS Selangor.

Dalam masa yang sama dilaporkan TPM akan mengadap Sultan Selangor memohon agar Sekolah Menengah Agama Rakyat di Selangor didaftarkan sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan juga dilihat sebagai satu lagi strategi Umno menghadapi Kerajaan Selangor melalui institusi istana.

PAS yang memegang tanggungjawab exco agama melalui Pesuruhjayanya diletakkan dalam keadaan serba salah. Sultan pastinya dijangka memperkenankan permohonan TPM sedangkan Kerajaan Selangor tentunya tidak bersetuju. Kerajaan Selangor akan dilihat dan dipersepsikan sebagai menyanggah istana.

Sasaran kerja Umno adalah melayu yang sangat menghormati institusi istana. Namun harus diingat, melayu kini adalah melayu baru.... Sayang istana ialah dengan menasihatkannnya bukan dengan menyembahnya.

Kenyataan Musa Hassan Berkaitan Isu Arwah Aminulrasyid

KPN sedia arah anggota polis undur

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan membidas kritikan pelbagai pihak berhubung kematian remaja berusia 14 tahun - Aminulrasyid Amzah dan berkata beliau sedia mengarahkan anggotanya supaya tidak lagi mengawal jika itu kehendak rakyat.

"Biarlah apa yang nak dikatakan oleh ahli politik, tapi saya ingin tahu sama ada anda mahu kami menguatkuasakan undang-udnang atau tidak.

"Kalau tak nak, saya akan beritahu orang saya supaya tidak lagi menahan kereta yang dipandu dengan cara mencurigakan atau mengambil tindakan terhadap pelumba haram yang bermaharajalela di jalan raya," katanya dalam laporan The Star online.

Musa mengulas kenyataaan pelbagai pihak berhubung kematian Aminulrasyid, apabila polis melepaskan empat tembakan ke arah kereta yang dipandu remaja itu kerana didakwa cuba berundur dan merempuh ke arah polis.

Kejadian itu berlaku di Seksyen 11, Shah Alam apabila Aminulrasyid dikatakan memecut dan melanggar beberapa lampu isyarat merah tanpa berhenti meskipun diarahkan berbuat demikian.

Menurut Musa, beliau tidak mahu membuat seberang spekulasi mengenai perkara itu dan meminta orang ramai agar tidak terburu-buru membuat kesimpulan tentang kejadian.

Beliau juga mengulangi jaminannya bahawa tiada apa yang akan disembunyikan berhubung kes itu.

"Saya tak berat sebelah, jangan buat spekualsi. Seperti yang saya kata sebelum ini, kami tak akan menyembunyikan apa-apa dan kami akan berlaku adil dalam siasatan kami. Oleh itu, tunggulah hasilnya nanti," katanya dalam laporan Bernama.

Ditanya tentang keadaan yang membolehkan polis menggunakan senjata api, beliau berkata: "Orang saya tahu bahawa mereka hanya boleh menggunakan senjata api untuk mempertahankan diri, itu sudah menjadi peraturan dalam tugas kami".

Musa berkata sesebuah kenderaan itu sama bahayanya dengan pistol, pisau atau tukul.

"Kenderaan boleh digunakan sebagai senjata...senjata bukan bermakna pistol, pisau atau parang saja. Kalau seseorang itu enggan berhenti dan cuba merempuh pegawai yang cuba menahannya, ia (kenderaan) boleh dianggap sebagai senjata kerana ia boleh membahayakan nyawa pegawai penguatkuasa," kata beliau.

Sebelum ditembak, mengikut polis Aminulrasyid mengundur kereta dan cuba merempuh pegawai polis untuk cuba melepaskan diri daripada sekatan jalan raya berhampiran rumahnya.

Musa juga menasihati orang ramai supaya berhenti apabila diminta berbuat demikian oleh polis atau pegawai penguatkuasa dan jangan cuba melarikan diri kerana perbuatan demikian boleh menimbulkan rasa curiga.

"Dalam keadaan gelap itu, siapapun tak akan dapt pastikan sama ada pemandunya adalah seorang remaja atau orang dewasa.

"Setakat itu saja yang boleh saya komen tentang isu ini kerana ia sedang disiasat. Oleh itu, jangan buat sebarang spekulasi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri acara menderma darah oleh anggota polis di Pusat Darah Negara bersempena sambutan Hari Polis di Kuala Lumpur hari ini.

Cek Najib kepada SJKC Rasa Tidak Jejas Peluang Pakatan di Sibu

Oleh Sidiqin Omar

SHAH ALAM, 29 April : Ahli Parlimen Batu, Tian Chua tidak hairan malah menganggap penyerahan cek kepada sekolah Kebangsaan Cina(SJKC) Rasa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai patut menerima bantuan tersebut.

"Semakin kuat penolakan kepada Umno-BN, semakin banyak peruntukan yang akan dibawa turun oleh Umno-BN. Bila kita lihat kawasan yang 90 peratus sokongan kepada BN, maka kawasan itu sudah pasti akan diabaikan. Sebab BN rasa tempat itu adalah kubu mereka, jadi mereka tak buat kerja disitu.

"Jadi mereka (pengundi) akan mendapat faedah sekalipun mengundi parti pembangkang," katanya.

Ketika ditanya mengenai usaha Pakatan Rakyat untuk menawan Parlimen Sibu dalam pilihan raya kecil yang bakal diadakan pada 16 Mei nanti, beliau optimis dengan peluang Pakatan Rakyat di Sarawak.

"Kita akan meningkatkan usaha bagi membawa isu-isu dan maklumat kepada rakyat agar mereka faham mengenai peranan dan hak mereka sebagai

rakyat Malaysia dan
juga tawaran Pakatan Rakyat kepada para pengundi di Parlimen Sibu," kata beliau.

Tian berpandangan bahawa kumpulan etnik atau kaum tertentu bukanlah asas utama sokongan atau penolakan kepada mana-mana parti politik. Tetapi kefahaman terhadap isu semasa, selain pengetahuan hak mereka sebagai warga dan pendidikan politik akan mempengaruhi keputusan mereka untuk memilih parti yang akan mewakili mereka.

"Contohnya warga Felda yang tiada akses kepada maklumat dan tinggal dalam persekitaran yang terkongkong menyebabkan pemahaman dan pengetahuan mereka agak singkat. Mereka juga mudah terpengaruh dengan dakyah dan pandangan yang bersifat sebelah pihak.

"Ini berbeza dengan masyarakat yang tinggal di bandar yang mana kemudahan untuk mendapatkan maklumat adalah lebih mudah," Pengarah Strategik KEADILAN itu lagi.

Pada pandangan beliau, selain dari pengaruh media dan maklumat, latar belakang ekonomi dalam masyarakat turut mempengaruhi pemikiran dan perkiraan politik mereka.

"Mereka yang 'independent' dan kurang bergantung kepada pihak kerajaan akan mempunyai pandangan yang berbeza berkenaan citarasa politik. Mereka sukar diugut dan ditekan seperti masyarakat Felda dan Orang Asal," katanya.

Kurangkan Beban Wanita Bekerja-Nurul Izzah

Oleh Fazli Othman

KUALA LUMPUR 29 April -Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menyeru kerajaan dan para majikan mengkaji semula dasar serta peraturan sedia ada agar mengambil kira dan melindungi kesejahteraan dan kebajikan wanita bekerja di Malaysia sempena sambutan Hari Pekerja Sabtu ini.

Nurul Izzah juga meminta ahli parlimen tidak kira dari pihak kerajaan mahu pun pembangkang agar bekerjasama untuk memperjuangkan nasib wanita yang bekerja.

"Sebagai jurubicara nasib rakyat di parlimen, kita harus dengan lantang menyuarakan isu-isu wanita yang bekerja agar dasar dan undang-undang yang melindungi hak dan kepentingan mereka dapat digubal dan dilaksanakan kelak,

"Dari segi penjagaan kanak-kanak, Institut Permata Negara seharusnya mengambil langkah proaktif menangani isu Pusat Asuhan Kanak-kanak (PAKK) di tempat kerja memandangkan wang yang sebegitu banyak telah dilaburkan untuk meningkatkan kualiti pengasuhan kanak-kanak.

"Kementerian Sumber Manusia juga seharusnya membentuk dasar untuk mengiktiraf sumbangan wanita dalam sektor bukan formal seperti industri desa, pertanian atau pekerjaan separuh mahir lain yang dilakukan di rumah. Ini adalah kerana dalam era globalisasi ini, wanita lebih terdedah kepada risiko dieksploitasi dan dinafikan hak serta kebajikan mereka," ujarnya dalam satu kenyataan media.

"Isu-isu yang dibangkitkan ini membuktikan bagaimana wanita, tidak kiralah bujang, sudah berkahwin atau berkeluarga terhalang dari menyumbang tenaga dan kemahiran kepada sektor ekonomi negara akibat dari kelemahan majikan dan kerajaan dalam memastikan hak dan kebajikan wanita untuk bekerja terjamin dan tidak didiskiminasikan.

Menurut Nurul Izzah, jika keperluan paling utama untuk wanita yang berkeluarga seperti PAKK ini tidak disediakan, tidak hairanlah sekiranya wanita masih gusar dan tidak yakin untuk berkerjaya.

"Selain isu PAKK yang tidak cukup, kemudahan lain seperti cuti bersalin yang cukup dan wajar, pendapatan dan insentif yang tidak sama rata di antara lelaki dan perempuan dan gangguan seksual merupakan masalah-masalah lain yang turut menjejaskan peluang dan penglibatan wanita untuk bekerja,

"Apa yang menyedihkan adalah apabila negara dilanda krisis ekonomi, pekerja wanita juga merupakan golongan pertama yang terdedah kepada risiko dibuang kerja atas dasar mengandung atau komitmen kepada keluarga," tambah Nurul Izzah lagi.

Timbalan Menteri di Kementerian Sumber Manusia pada Mac lalu, menyatakan antara faktor yang menyebabkan wanita tidak bekerja adalah kerana perlu menumpukan perhatian kepada penjagaan anak dan pengurusan keluarga apatah lagi bila mana tempat bekerja mereka tidak menyediakan PAKK dan 93 pusat dibina di tempat kerja swasta sejak 1992, hanya 16 yang masih beroperasi.

Habuan Kepada Yang Berjasa!

SEMALAM Najib Razak telah menyampaikan replika cek sebanyak RM3 juta kepada sekolah Cina di Rasa. Hulu Selangor. Penyampaian itu dibuat di Putrajaya. Pemberian wang itu sebagai melunasi janji beliau semasa kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor untuk membantu sekolah Cina di situ.

Sebelum ini belum sampai 48 jam diistyharkan menang, Kamalanthan telah menyampaikan cek RM1,000 kepada 30 bekas peneroka Felda Sungai Buaya yang tidak sempat menerimanya semasa kempen baru lalu.

Juga sebagai melunasi janji pilihan raya. Semasa kempen Najib berjanji akan memberi pampasan kepada bekas peneroka itu sebanyak RM50,000 tiap seorang. RM1,000 diberikan sebagai deposit. Yang lebihnya akan diberikan dalam bentuk bank deraf. (Diharap baki itu akan diterima peneroka dalam masa terdekat dan bukan ‘gombalan’ saja!).

Pelunasan hutang janji pilihan raya itu menunjukkan Najib bukan pembohong. Janjinya adalah janji berisi. Tentulah rakyat gembira dengan apa yang dilakukan itu. Rakyat tidak akan peduli apakah pemberian dan janji itu meyalahi peraturan atau tidak, yang penting mereka mendapat habuan. Rakyat hendak makan dan nak rasa, bukan rakyat nak dengar cerita. Rakyat tidak suka tenggelam dalam retorik.

Sekiranya Najib terus mengamalkan sikap sebegini ia boleh memberi kesan kepada Pakatan Rakyat, terutmanya orang Melayu yang mudah cair bila diberikan seringgit dua. Tetapi tidak dengan masyarakat Cina yang ambil tetapi akan mengigit jari orang yang memberi! Tak salah, kerana itulah politik! Sejak dulu lagi saya melihat politik orang Cina bijak tak macam politik orang Melayu. Apa yang berlaku mereka akan untung. Umpama naik perahu karam di depan mereka menyelam karam di belakang mereka berenang!

Berbicara bak melunasi janji atau memberi habuan ini, bukan saja rakyat di Hulu Selangor mendapat nikmat dan tuah dari Najib. Tetapi beberapa individu lain juga turut sama menerima habuah dan bahagian masing-masing. Najib kini sedang melunasi janji dan memberi penghormatan orang yang menyokongnya tanpa sangat mengira jasa mereka kepada nusa dan bangsa.

Apakah habuan itu kerana janji atas sesuatu yang dilakukan oleh individu ini atau individu ini yang menagihnya sebagai gaji atau upah, tak kisah. Yang penting selepas berlalu pilihan raya kecil Hulu Selangor Najib kini menyampai hadiah dan imbuhan.

Antara mereka yang mendapat ‘penghargaan’ dari Najib ialah Presiden Mubarak, Abu Zahar Ujang, yang dilantik menjadi Yang Dipertua Dewan Negara, Timbalan Presiden MIC, Palanivel dan bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Ezam Mohd Noor yang dilantik menjadi senator bersama dua yang lain.

Selalunya mereka yang dilantik menjadi senator adalah mereka yang cemerlang dari berbagai bidang profesional. Seorang tokoh yang berpengalaman dan ada kebolehan. Apakah keistimewaan orang-orang ini dilantik menjadi senator. Apakah ia bermeritkan kepada ketokohan mereka ataupun kerana apa?

Saya tidak mahu merendahkan mereka. Kesemuanya ada kelebihan dan kehebatan masing-masing. Tetapi jika hendak dilihat bukan saja mereka berempat atau bertiga yang hebat, tetapi masih banyak dalam Umno dan setia dengan Umno juga layak untuk menjadi ahli senet.

Malahan mereka yang lain lebih lama dan besar jasa mereka. Tetapi kenapa mereka?
Inilah yang menjadi pertanyaan atas dasar dan merit apa mereka dipilih? Penyegeraan perlantikan mereka ini juga menyebabkan ada tuduhan mereka telah berjasa besar kepada Najib dan bukan kepada negara, bangsa dan agama.

Perlantikan senetor adalah kuasa mutlak Najib Razak sebagai Perdana Menteri. Beliau bebas untuk melantik sesiapa saja dan dari bidang apa saja. Perlantikan itu tidak boleh dipertikaikan, kerana itu kuasa prerogatif Najib sebagai PM. Tetapi begitu pun ia tentu ada meritnya.

Siapa dia Abu Zahar Ujang? Dan apakah jasa besar beliau kepada negara dan Najib dalam konteks ini? Sudah pasti ada sesuatu yang istimewa buat Najib untuk melantik Najib.

Saya akan mendedahkan satu perisitwa yang berlaku dua tahu lalu menjelang saat permilihan kepimpinan dalam Umno. Satu pertemuan di KLCC di pejabat Dr Mahathir Mohamad telah diadakan. Dalam pertemuan ini hadir beberapa bekas pemimpin Umno yang skeptikal dengan Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri.

Pertemuan itu membincangkan mengenai cara untuk menjatuhkan Abdullah. Ia diadakan selepas Najib yang kelihatan penakut untuk mencabar kedudukan Abdullah sebagai perdana menteri. Perjumpaan itu telah mengambil konsensus untuk meregukan Tengku Razaleigh Hamzah untuk melawan rejim lemah Abdullah Ahmad Badawi. Tengku Razaliegh akan bertanding merebuat jawatan presiden manakala Muhyiddin, sebagai Timbalan Presiden.

Katanya, Abu Zahar mengetahui konsesus ini telah memaklumkan kepada Najib. Makluamt itu menyebabkan Najib gelabah dan tergesa-gesa memanggil ahli keluarganya dan juga penyokong setianya bagi membincang konsesnus itu. Selepas mendapat maklumat itu kata Najib telah mengubah sikap bersedia untuk mencabar Abdullah Badawi.

Walhasilnya apabila Najib menggerakkan jentera perang sarafnya akhirnya menyebabkan Abdullah Ahmad Badawi terpaksa membuat pengumuman berundur. Dengan itu juga konsesus untuk meregukan Tengku Razaleigh dengan Muhyiddin tidak menjadi.

Apakah kerana jasa itu maka Abu Zahar diberi penghormatan dengan melantiknya menjadi Yang Dipertua Dewan Negara? Kalau benar ini bermakna pemilihan Abu Zahar bukan kerana jasa dan kecemerlangannya sebagai seorang tokoh politik tetapi kecemerlangannya kerana telah menyelamatkan Najib Razak dari ditentang oleh Muhyiddin dan Tengku Razaleigh.

Bagaimana pula dengan perlantikan Ezam Mohd Noor? Apakah Ezam telah memberi jasa dan bantuan besar kepada Najib atau lebih besar dari Abu Zahar? Saya rasa tidak payah saya ulas panjang mengenai perlantikan Ezam ini. Ezam bukan saja pantas menjadi ahli parlimen atau ahli dewan negara, tetapi jauh dari itu. Bagi saya Ezam seorang yang mempunyai telent untuk jadi pemimpin di masa depan. Ia terserlah sejak menjadi pemimpin muda Keadilan lagi.

Apabila beliau keluar Keadilan dan menyertai Umno, beliau tidak habis-habis menyerang bekas bosnya. Ezam tidak sangat mengkritik dasar parti PKR yang disertainya, tetapi beliau membelasah Anwar Ibrahim. Di samping belasah Anwar beliau memuji Najib sebagai seorang yang bijak. Hanya dengan menggunakan kredik yang dibuat Anwar kononnya mengatakan Najib sebagai seorang bijak, Ezam menjadikan modal untuk memuji Najib.

Itulah jasa Ezam yang saya lihat sehingga beliau diangkat menjadi senator. Ertinya jasa dan kelebihan Ezam bukan pada yang lain tetapi pandai memuji dan mengkosmetikkan imej Najib. Ia ditambah dengan kritikan tidak henti-henti terhadap bekas bosnya. Mungkin atas ketrampilan itulah maka Ezam dikira Najib wajar berada di senat untuk terus mengguilap Najib sebagai seorang perdana menteri yang bijak. Kalau itulah dasar pemilihan Ezam ini bermakna Ezam akan menambahkan satu lagi rubber stam di dewan negara.

Pada saya, baik kepada Abu Zahar Ujang atau Ezam Mohd Noor, perlantikan mereka oleh perdana menteri adalah tepat. Stail politik negara ini, seseorang itu akan dikatakan hebat dan cemerlang seseorang mampu menggilap seseorang yang menjadi ketuanya. Dan ketuanya pula akan menjadi cerah mata untuk melihat orang-orang yang boleh menjaga maruah dirinya, kepentingan peribadinya, walaupun seseorang jasanya kepada agama dan negara masih belum sampai secupak.

Jadi kepada mana-mana orang dan individu yang ingin menjadi senator atau menteri, jangan tumpukan sangat berbuat jasa kepada agama dan negara, ia tidak akan dinilai untuk diangkat menjadi anggota senat, sebaliknya berlumbalah untuk berjasa kepada perdana dan membina kilang ampu yang besar dan lebih canggih. Sesiapa yang dapat menaikan imej perdana menteri ataupun menyelamatkan perdana menteri dari ditimpa musibah, mereka akan dinilai dan akan diberi habuah berupa pangkat dan jawatan serta merta.

http://msomelayu.blogspot.com/

RESPON TERHADAP DAKWAAN BLOGGER KICKDEFELLA

Saya ingin merujuk kepada laporan tajuk utama di muka depan akhbar Utusan Malaysia 29 April 2010 yang memetik dakwaan terbaru blogger Kickdefella. Di antara isi kandungan laporan tersebut turut mengaitkan nama saya.

Suka saya memaklumkan bahawa kenyataan saya baru-baru ini yang mencabar beliau membuat lapooran polis dibuat di atas nama Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan di mana saya merupakan Ketua Penerangannya dan tidak mempunyai kaitan langsung dengan posisi saya di Pejabat Menteri Besar Kelantan sebagai Setiausaha Akhbar.

Merujuk kepada dakwaan terbaru beliau, isu tersebut akan dibincangkan di peringkat pimpinan parti terlebih dahulu sebelum apa-apa respon dan ulasan dikeluarkan.

Bagaimanapun, suka saya ingatkan, jumlah RM4 juta yang didakwa kononnya untuk tujuan gerak saraf tersebut masih kecil jika dibandingkan dengan jumlah RM77 juta yang dibelanjakan oleh kerajaan Malaysia untuk melanggan khidmat APCO. Ia masih belum termasuk penggunaan media massa eletronik dan cetak oleh kerajan Barisan Nasional untuk memburukkan imej kerajaan Kelantan semenjak 20 tahun yang lalu.

Sekian, wassalam.

AHMAD FADHLI BIN SHAARI
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.

Bertarikh : 29 April 2010.

Ezam Senator : Ayam Sabung Najib Dapat Habuan

Shah Alam 29 Apr -Perlantikan mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Ezam Mohd Nor sebagai Senator adalah ganjaran kepada serangan politik terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim semenjak 10 pilihanraya kecil yang diadakan sebelum ini.

Demikian menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin sambil menyifatkan Ezam tidak mempunyai kredibiliti dan wibawa serta tidak mempunyai jasa kepada negara untuk dilantik sebagai senator.

"Ini menjejas dan mencemarkan institusi negara dan bertentangan dengan perlembagaan negara kerana beliau tidak ada jasa kepada rakyat dan negara ini.

"Pada saya, ini bentuk suapan dan habuan politik hasil serangan bertubi-tubi beliau kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Terbukti Ezam merupakan ayam sabung kepada Datuk Seri Najib Razak," tegas Shamsul lagi kepada Suara Keadilan.

Menurut laporan portal berita The Star Online, Ezam merupakan salah seorang dari empat yang lain dilantik sebagai Senator termasuk timbalan presiden MIC Datuk G Palanivel, pengerusi eksekutif firma Rahim and Co, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan ketua Wanita Umno Pagoh, Noriah Mahat.

Mereka akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan presiden Senat, Tan Sri Abu Zahar Ujang di Dewan Negara, Isnin depan.

Insaflah, kata Ibrahim Ali kepada pengundi Cina

Oleh Syed Jaymal Zahiid

SHAH ALAM, 29 April — Datuk Ibrahim Ali (gambar) hari ini meminta pengundi-pengundi Cina di Hulu Selangor agar insaf dengan tindakan mereka selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menunaikan janji beri bantuan RM3 juta untuk pembangunan sekolah rendah Cina di Rasa, semalam.

Presiden Perkasa ini berkata demikian selepsas beberapa pihak termasuk Perdana Menteri sendiri dan pemimpin-pemimpin Umno dan MCA menolak gesaan agar masyarakat Cina dihukum kerana sokongan mereka kepada Barisan Nasional di Hulu Selangor bukan sahaja tidak memihak, malah merosot berbanding Mac 2008.

“Sumbangan RM3 juta petanda Perdana Menteri berpegang pada janjinya dan membuktikan kerajaan memang cukup prihatin.

“Mereka (masyarakat Cina) harus bersyukur dengan pemberian ini dan apa yang dijanjikan kepada mereka bukan sesuatu yang kecil... mereka perlu insaf,” kata beliau kepada The Malaysian Insider di sini.

How Many More ?


http://mob1900.blogspot.com/

Ezam Mohd Noor 2010 Ke Mana Khairy Selepas Ini?

KUALA LUMPUR 28 April - Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd. Noor adalah antara empat individu yang akan dilantik sebagai ahli Dewan Negara. Ezam yang juga bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan mengenai berita pelantikannya sebagai senator itu tetapi enggan mengulas lanjut.

"Ya, benar Alhamdulillah. Cuma saya akan buat kenyataan hanya selepas majlis angkat sumpah nanti. Sekarang masih di Jakarta, bertugas,'' katanya ketika dihubungi di sini malam ini. Beliau juga Pengerusi Yayasan Generasi Baru Nusantara.

Dalam pada itu, Utusan Malaysia difahamkan, turut akan dilantik sebagai senator ialah Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel; Pengerusi Eksekutif Rahim & Co, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Pagoh, Noriah Mahat. Mereka akan mengangkat sumpah jawatan untuk tempoh tiga tahun di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang pada Isnin ini. Bagi Palanivel, ura-ura yang beliau akan dilantik sebagai senator bukan lagi rahsia. Pelantikan itu dikatakan sebagai menghargai pengorbanannya yang tidak dicalonkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor. Selain dilantik sebagai senator, Palanivel juga disebut-sebut akan diberi jawatan dalam kerajaan. Sementara itu, Setiausaha Dewan Negara, Datuk Zamani Sulaiman yang dihubungi malam ini juga mengesahkan pelantikan itu tetapi enggan mengulas lanjut.

Ulasan Saya

1. Terdapat beberapa pandangan dalam soal ini - antaranya, ada dalam kalangan sebahagian besar ahli UMNO yang tidak berapa selesa dengan bekas ahli-ahli PKR yang kembali ke pangkuan UMNO. Menurut golongan ini - bekas ahli-ahli PKR inilah yang dahulu sangat ganas membelasah dan memburuk-burukan UMNO, malah, mereka juga dicop sebagai penderhaka kepada UMNO, sehingga UMNO dilihat begitu jijik serta kotor dalam kalangan rakyat jelata. Dan sekarang, ramai dalam kalangan ahli UMNO akar umbi yang tidak berpuas hati atas layanan yang diberikan kepada mantan pemimpin-pemimpin PKR, khususnya Ezam Mohd Nor.

2. Persoalan kedua - terdapat juga tanda-tanya dalam kalangan ahli UMNO akar umbi berhubung soal, perlukah UMNO diperkukuhkan dengan cara mengutip kembali ahli-ahli PKR yang sudah kembali ke pangkal jalan - bagi tujuan melondeh dan membuka pekung Anwar Ibrahim dan saki-baki kuncu-kuncunya? Menurut golongan ini - mereka bertanya, apakah UMNO tiada kekuatan sendiri? Sehingga terpaksa menggunakan bekas ahli-ahli PKR untuk memulihkan kembali keyakinan rakyat kepada UMNO? Apakah UMNO tidak mempunyai cukup pemidato dan penceramahnya bagi mendapatkan semula sokongan rakyat? Golongan ini, tidak mahu UMNO dilihat seolah-olah terpaksa mengambil "orang luar" dan mengenepikan "orang sendiri" bagi mengukuhkan parti.

3. Persoalan ketiga ialah - apakah Ezam Mohd Nor akan diberi tempat dalam barisan kepimpinan DS Najid pada masa akan datang? Baik dalam kabinet, mahupun dalam parti. Dan tidak mustahil Ezam akan dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO Pusat, sekaligus memegang potfolio seorang menteri. Apakah sejarah Anwar Ibrahim yang di bawa masuk oleh Dr Mahathir akan berulang?

4. Persoalan keempat - Kembalinya Ezam ke pangkuan UMNO dan dengan restu DS Najib - maka UMNO sudah mempunyai seorang pengucapan awam yang hampir setanding dengan Anwar Ibrahim - soalnya, ke mana Khairy Jamaluddin selepas ini? Apakah ini merupakan mesej daripada DS Najid bahawa Khairy telah gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai Ketua Pemuda UMNO? Dan apakah kumpulan pengucapan awam Pemuda UMNO yang dibentuk oleh Khairy telah gagal dengan fungsinya? Sehingga kita terpaksa mengambil Ezam bagi menyaingi kehebatan oreta Anwar Ibrahim?

5. Sememangnya, secara jujur kita akui Pemuda UMNO di bawah Khairy sangat lemah keadaanya. Tidak menonjol dan tidak ada banyak perubahan. Malah, jika di banding dengan dengan Dewan Pemuda PAS - mereka kelihatan lebih ke hadapan. Dan kehadiran Ezam dalam pentas arus perdana - setelah beliau dinobatkan sebagai senator - akan membawanya kembali ke tengah gelanggang politik, sekali gus menjadi pahlawan baharu UMNO di barisan hadapan, khususnya dalam PRU ke-13 kelak. Kehadirannya, mungkin tidak memberi apa-apa persaingan kepada Khairy dalam tempoh yang singkat - namun demikian, untuk tempoh yang panjang, ia bisa sahaja menjadi duri dalam daging kepada mana-mana pemimpin muda UMNO yang mempunyai sejarah hasad dengki dan iri hati.

6 Tetapi - bagi saya, secara berterus-terang dan jujur - saya mengalu-alukan Ezam kembali cergas ke barisan hadapan - bagi mempertahankan UMNO, andaikata tugas ini telah gagal dilakukan oleh Pemuda UMNO Malaysia secara berkesan. Malah, saya juga secara jujur mahu melihat kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia mempunyai persaingan yang sihat, dan ahli-ahli pemuda UMNO diberi kebebasan dalam memilih ketuanya yang berkualiti dan bukan liabiliti.

7. Ezam - pada saya merupakan aset baharu UMNO dalam usaha menggempur barisan pertahanan utama Anwar Ibrahim. Malah - andaikata DS Najid melantiknya sebagai menteri penuh sekali pun - saya fikir ahli-ahli UMNO akar umbi tidaklah perlu gelisah dan beralih arah. Sekurang-kurangnya - UMNO semakin bertambah dengan kepimpinan yang berkualiti.

8. Saya tidak tahu sejauh mana hubungan Ezam dengan Khairy - tetapi, setidak-tidaknya kemunculan Ezam di Parlimen, tetap akan memberi persaingan kepada Ketua Pemuda UMNO itu. Dan sesunggunhnya - untuk masa yang akan datang, persaingan yang sihat harus ada dalam memilih dan menentukan pucuk pimpinan parti.

9. Kita juga sedar - terdapat pemimpin-pemimpin UMNO yang kurang senang dengan kehadiran semula Ezam di pentas politik UMNO. Namun demikian, DS Najid tidak berupaya memuaskan hati semua ahli UMNO, bersyukur dan berfikiran terbuka, amat dituntut pada masa kini.

10. Saya percaya Ezam boleh pergi lebih jauh dalam hierarki kepimpinan UMNO pada masa akan datang. Dalam usianya yang masih muda -43 tahun- dan dengan sokongan DS Najid - tidak mustahil beliau kembali menjadi ikon golongan muda di dalam UMNO, apatah lagi dengan kelebihan pengucapan awamnya yang hebat, bertenaga dan pengalaman politiknya dalam UMNO dan PKR - menjadikan masa depan politik Ezam serba mungkin - Bahkan, jangan terkejut beliau mungkin mampu mendaki tangga Naib Presiden pada satu hari nanti.

11. Nampaknya - ramai yang tidak sedar, kehadiran semula Ezam dalam politik UMNO - bakal menyaksikan landskap politik UMNO berubah ke fasa yang baharu. Jika dahulu rumah UMNO pernah dipenuhi dengan "orang-orang ABIM" bawaan Anwar Ibrahim, maka pada kali ini - untuk permulaan yang baru ini - rumah UMNO akan mula dipenuhi dengan kehadiran "bekas orang-orang PKR" bawaan Ezam Mohd Nor. Ia terpulang kepada kita - bagaimana mahu menafsirnya. Jika dahulu Anwar Ibrahim dikatakan anak emas Dr. Mahathir, kerana membawa beliau menyertai UMNO (sekaligus menguatkan UMNO untuk bersaing dengan PAS), maka tiba giliran DS Najid pula "mungkin" menjadikan Ezam sebagai anak emas yang baharu untuk UMNO melangkah lebih jauh.

12. Walau apa pun alasanya - Ezam tetap diperlukan demi melemahkan Anwar dan PKR - hanya itulah cara yang paling segera dan pantas untuk mengembalikan semula sokongan orang Melayu kepada UMNO - setelah kaum Cina membuktikan tiada tanda-tanda bahawa mereka tetap tidak bersama BN dalam PRU yang akan datang. Kini, fokus BN adalah sedaya upaya untuk mendapatkat sebanyak mungkin sokongan orang Melayu dan India, bagi mengimbangi undi kaum Cina yang semaki hari semakin menyebelahi PKR dan DAP. Dan Ezam - merupakan kunci saktinya!.

13. Untuk masa yang akan datang - yang timbul hanyalah - apakah jenis hubungan yang akan wujud antara Ezam dengan Khairy? Sebagai pesaing, pelengkap, atau musuh? Dan bagaimana pula hubungan Ezam dengan Mukhriz? - Semua persoalan ini akan menjawab ke mana kepimpinan muda dan para pelapis kepimpinan UMNO selepas ini.

http://azlishukri.blogspot.com/

Semasa

Hiburan

Sukan

 

© Copyright Kerabu Bersuara 2007 -2013 | Design by Kerabu Bersuara | Published by Kerabu Bersuara Group | Powered by Blogger.com.