News Update :

Politik

Kenyataan

Agama

Dunia

Zaid: Kesian Zahrain; So Pathetic

June 30, 2010

Wakil Rakyat sepatutnya menimbulkan cadangan yang bernas mengenai dasar negara dan berani mengkritik keputusan Kerajaan . Itulah tugas dan tanggungjawab yang sepatutnya dipikul oleh saorang Yang Berhormat. Lebih lebih lagi kalau kita itu Wakil rakyat “Bebas” yang begitu di gemari oleh PM Najib Tun Razak. Kenalah jaga standard supaya orang tak mengatakan kita ini budak suruhan semata mata, dan tidak ada modal bernas untuk diketengahkan dalam Dewan.

Jadi saya hairan mengapa pertemuan saya dengan Raja Petra di Manchester tahun lalu menjadi isu kepada YB Bayan Baru ini. Dia sudah semacam menjadi wakil special Branch bangga dengan pendedahannya yang saya duduk di Hotel Britannia bersama dengan Raja Petra di Manchester tahun lalu. Dia kata MACC kena siasat petemuan ini. Inilah kerja Wakil Rakyat pro BN kita hari ini. Tak ada perkara lain nak ditimbulkan. Kalau dia tanya saya, saya akan beritahu lebih dari itu. Jumpa Raja Petra tidak salah wahai YB. YB pun boleh kerumahnya di Manchester.

Raja Petra dan isterinya Marina kawan saya . Saya tak tinggalkan kawan semata mata kawan ada dalam kesusahan. Jadi setiap kali saya ke London, saya jumpa mereka. Tahun lepas saya bawa Petra tengok bolasepak di Old Trattford; dia minat kepada Manchester United. Jadi saya belanjalah dia. Itulah sedikit hiburan baginya yang terpaksa meninggalkan tanah air kerana menuntut kebenaran. Perjuagan seperti Petra mungkin YB Bayan Baru kita itu tak mengerti atau faham.

Memang dia booking Hotel itu untuk saya, tapi tak benar dia tinggal disitu kerana rumah mereka hanya 15 min dari situ. Hotel yang saya menginap itu pun 3 star , tak lah saperti hotel Zahrain guna semasa ke Washington. Maklumlah saya bayar sendiri. Minggu depan saya akan ka London dan inshaaallah akan bertemu Marina dan Petra. Saya akan bekalkan butir lanjut jika YB Zahrain atau MACC mahu maklumat lain. Saya harap dapat juga bertemu Bala kalau MACC tidak mahu bertemu dengannya.

http://myzaidibrahim.wordpress.com/

Jambatan bengkok: Najib tidak wajar diberi tekanan

KUALA LUMPUR, 30 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu diberi peluang serta ruang secukupnya bagi menyelesaikan segala masalah tertangguh dalam hubungan dua hala Malaysia dan Singapura dalam membawa manfaat kepada negara untuk tempoh jangka masa panjang.

Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata sebagai ketua kerajaan Najib sudah pasti mempunyai kebijaksanaan dalam membuat rundingan dengan Singapura yang selama ini gagal dilakukan pemimpin terdahulu termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kenapa perlu beri tekanan kepada Perdana Menteri... saya yakin beliau tahu apa yang dilakukan dan ia dibuktikan dengan kenyataan segera bahawa kerajaan akan mengkaji pembinaan jambatan sebaik mendapat titah Sultan Johor, Sabtu lalu,” kata beliau hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Dr Mahathir yang menggesa kerajaan melaksanakan segera pembinaan jambatan bengkok menggantikan Tambak Johor.

Nur Jazlan berkata, pembinaan jambatan bukannya satu keperluan mendesak memandangkan kerajaan perlu berhemah dalam perbelanjaan dan perlu mengutamakan perbelanjaan yang memberikan manfaat kepada rakyat secara keseluruhannya.

Pada masa sama, beliau berkata, kerajaan mengambil pendekatan proaktif dalam menyelesaikan masalah trafik di Tambak Johor dengan mengumumkan penurunan kadar tol sebanyak 30 peratus di Laluan Kedua Malaysia-Singapura.

“Saya secara peribadi merasa hairan mengapa Tun Dr Mahathir begitu beria-ia mahukan jambatan berkenaan... selama lebih 80 tahun, Tambak Johor tidak mendatangkan sebarang masalah kepada rakyat Johor.

“Beliau sebagai pemimpin dari utara tanah air sendiri, gagal menyelesaikan masalah dalam hubungan dua hala Malaysia dan Thailand, sebagai contoh konflik selatan Thailand dan sudah pasti Tun (Dr Mahathir) tidak gagal menyelami sentimen sebenar rakyat Johor berhubung isu Tambak Johor ini,” katanya.

“Sehubungan itu, Nur Jazlan mahu semua pihak supaya memberikan peluang kepada Perdana Menteri dalam menyelesaikan terlebih dulu Perjanjian Capai Persetujuan (POA) yang gagal diselesaikan sejak 20 tahun lalu.

“Sekarang, Perdana Menteri dalam proses menyelesaikan semua isu dalam POA dan kita perlu memberikan sokongan padu kepada beliau bagi memastikan hubungan lebih erat dapat terjalin antara Malaysia dan Singapura, demi manfaat generasi akan datang,” katanya.

Beliau berkata, jika semua masalah tertunggak dalam hubungan dua hala Malaysia dan Singapura dapat diselesaikan, sudah pasti pembangunan Iskandar Malaysia akan mendapat pelaburan asing lebih besar dari Singapura.

Dalam pandangannya hari ini, Dr Mahathir mengulangi pendirian beliau agar pentadbiran Najib menghidupkan semula pelan membina “jambatan bengkok” yang pernah dicadangkannya untuk menggantikan Tambak Johor menghubungkan Johor dan Singapura.

Sehubungan itu, bekas perdana menteri menyoal sebab Datuk Seri Najib Razak enggan meneruskan idea berkenaan memandangkan perkara tersebut juga telah disentuh oleh Sultan Johor minggu lalu.

“Dilaporkan bahawa Sultan Ibrahim Iskandar, Sultan Johor telah bertitah bahawa baginda suka untuk melihat jambatan menggantikan tambak Johor.

“Demikian juga dititah oleh Al-Marhum Sultan Iskandar bahawa baginda hendak tambak Johor diganti dengan jambatan.

“Saya tidak pernah dengar rakyat Johor kecuali seorang yang bersetuju kekalkan tambak dan kesesakan lalu lintas di Johor Baru kerananya. Demikian juga saya tidak dengar bantahan oleh rakyat Malaysia terhadap projek jambatan mengganti tambak Johor ini,” kata Dr Mahathir dalam tulisan terbaru blognya hari ini.

Dalam pada itu, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek turut menggesa agar Perdana Menteri menghidupkan semula projek jambatan bengkok.

“Majlis Presiden MCA berpandangan bahawa kerajaan seharusnya dengan serius melihat projek ini sebagai kehendak rakyat Johor,” kata beliau kepada pemberita di sini.

“Pemimpin kedua-dua negara harus melihat perkara ini untuk memenuhi kehendak rakyat Malaysia khususnya rakyat Johor,” kata beliau.

Edisi sulung Suara Perkasa garang, gesa Ka Siong ditahan ISA

Oleh Boo Su-Lyn
June 30, 2010

KUALA LUMPUR, 30 Jun – Edisi sulung Suara Perkasa, akhbar Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), akan muncul “garang” esok dengan tajuk “Tahan Ka Siong di bawah ISA” – laporan yang merujuk kepada Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong yang menjadi sasaran kecaman NGO itu minggu lalu.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali sebelum ini memanggil Wee “biadap” dan menuduh beliau mempersoalkan kontrak sosial, yang menyebabkan pertengkaran antara dua pemimpin berkenaan.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin juga terlibat dalam pertengkaran itu dengan melabelkan Ibrahim “gedebe politik”, pertikaman lidah yang berpanjangan dengan Ibrahim mendesak beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Rembau kerana mempertahankan Wee.

“Perkasa mahu kerajaan menahan Wee Ka Siong di bawah ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri),” kata Timbalan Presiden Perkasa Datuk Abdul Rahman Abu Bakar ketika memperkenalkan edisi sulung “Suara Perkasa” kepada wartawan hari ini.

“Wee Ka Siong tidak boleh kata Mara (biasiswa) perlu dikurangkan... beliau menentang Perlembagaan Persekutuan,” kata Naib Presiden Perkasa, Dr Zubir Harun hari ini.

Wee sebelum ini dilaporkan meminta supaya program biasiswa Mara kepada pelajar Bumiputera perlu dimasuhkan bersama dengan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Jika kerajaan hanya mahu memansuhkan biasiswa (JPA) tetapi mengekalkan biasiswa Mara, ini tidak selari dengan konsep 1Malaysia yang dipromosikan kerajaan,” katanya.

“Wee membuat kenyataan itu sebagai respons kepada keputusan kerajaan yang mahu memansuhkan sebanyak 1,500 biasiswa JPA. Timbalan Menteri Pelajaran itu terlepas daripada tuduhan kerana mempersoalkan kedudukan istimewa orang Melayu.

“Isu biasiswa mempunyai kaitan dengan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera,” kata Abdul Rahman dalam artikel itu.

“Oleh itu, ia menyentuh Artikel 153 Perlembagaan Negara, yang mana Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab dalam hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera termasuk biasiswa,” kata beliau.

Wee harus ditahan di bawah ISA kerana boleh menimbulkan perbahalahan sama seperti peristiwa 13 Mei, jelas Zubir.

Wee merupakan antara pemimpin terbaru menjadi sasaran kecaman Perkasa, NGO yang ditubuhkan akhir 2008 susulan landskap politik negara selepas tsunami politik Mac 2008.

Kira-kira 100,000 ahli NGO Islam mahu Wee memohon maaf kerana mempertikaikan biasiswa Mara.

Bagi memastikan beliau bertindak demikian, Perkasa akan memastikan bahawa pengundi Melayu tidak memberikan sokongan kepada Ketua Pemuda MCA itu dalam pilihan raya umum akan datang, tambah Abdul Rahman.

Apabila ditanya jika ada sesiapa yang mempersoalkan Artikel 153 perlu ditahan di bawah ISA, Abdul Rahman dan beberapa pemimpin Perkasa lain menegaskan, “ya”.

“MCA seharusnya tidak hanya menjadi jaguh bagi orang Cina tetapi juga 1 Malaysia,” kata Zubir.

“Wee Ka Siong tidak mempertahankan (Artikel) 153, jadi beliau menentang konsep 1 Malaysia yang diasaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak... jadi beliau perlu dipecat daripada Kabinet,” tambah naib presiden Perkasa itu.

Kira-kira 25,000 naskhah akan diedarkan di seluruh negara esok.

“Kita akan bermula dengan dwibulanan (isu), kemudian dengan kebenaran KDN (Kementerian Dalam Negeri), kita harap ia boleh dipasarkan seminggu sekali,” kata Zubir.

“Akhbar ini adalah suara Perkasa dan akan menyiarkan tentang masalah orang Melayu... berkaitan dengan hak keistimewaan orang Melayu,” tambahnya.

Dijual dengan harga RM2 senaskah, akhbar itu dibiayai Media Perkasa Sdn Bhd dan modal permulaan berjumlah RM500,000.

PAS mahu guna gandingan Azmin hadapi PRU-13

KUALA LUMPUR, 30 Jun — PAS Selangor percaya pelantikan Naib Presiden PKR Azmin Ali sebagai pengerusi baru Selangor akan memantapkan lagi parti itu, sekali gus memperkasakan jentera Pakatan Rakyat menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Ketua Penerangannya, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata dengan rombakan kecil yang dilakukan PKR Ahad lalu, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim akan dapat menumpukan perhatian ke arah membangunkan Selangor dengan memberi fokus kepada agenda Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor (MES).

“Kita mengalu-alukan pelantinkan Azmin sebagai Penegrusi Majlis Pimpinan PKR Selangor yang baru dan kita yakin Khalid akan dapat menumpukan lebih perhatian dalam membangungkan Selangor selepas melepaskan jawatan kepada Azmin.

“Sesungguhnya Azmin memiliki pengalaman yang luas dalam bidang politik malah sudah menjalin hubungan kerja dengan PAS Selangor sejak beliau dan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS yang diketuai Datuk Dr Hasan Ali ketika memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum 1999.

“Justeru PAS Selangor akan terus memberikan kerjasama sepenuhnya kepada beliau selaku ketua PKR negeri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat Ahad lalu, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan Azmin mengambil alih jawatan pengerusi negeri Selangor.

Wan Azizah berkata, rombakan itu dibuat bagi membolehkan Khalid menumpukan perhatian terhadap soal pentadbiran kerajaan negeri.

Roslan Shahir berkata pihaknya akan mengaturkan pertemuan segera dengan Azmin bagi menyelaraskan gerak kerja politik antara kedua-dua parti.

“Kita akan mengadakan pertemuan dengan beliau untuk menyelaraskan gerak kerja politik selain menantikan kehadirannya dalam mesyuarat Pakatan Rakyat peringkat Selangor.

“Selain itu, kita juga akan mengadakan pertemuan dengan Khalid selaku menteri besar bagi menyatakan sokongan dan keyakinan PAS Selangor terhadap kepimpinan beliau,” katanya.

Beliau berkata PAS Selangor komited untuk memastikan kejayaan Pakatan Rakyat bukan hanya dalam mempertahankan Selangor malah menyumbang ke arah kejayaan untuk menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

Mahathir gesa Najib hidupkan ‘jambatan bengkok’

KUALA LUMPUR, 30 Jun - Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi pendirian beliau agar pentadbiran Najib Razak menghidupkan semula pelan membina “jambatan bengkok” yang pernah dicadangkannya untuk menggantikan Tambak Johor menghubungkan Johor dan Singapura.

Sehubungan itu, bekas perdana menteri menyoal sebab Datuk Seri Najib Razak enggan meneruskan idea berkenaan memandangkan perkara tersebut juga telah disentuh oleh Sultan Johor minggu lalu.

“Dilaporkan bahawa Sultan Ibrahim Iskandar, Sultan Johor telah bertitah bahawa baginda suka untuk melihat jambatan menggantikan tambak Johor.

“Demikian juga dititah oleh Al-Marhum Sultan Iskandar bahawa baginda hendak tambak Johor diganti dengan jambatan.

“Saya tidak pernah dengar rakyat Johor kecuali seorang yang bersetuju kekalkan tambak dan kesesakan lalu lintas di Johor Baru kerananya. Demikian juga saya tidak dengar bantahan oleh rakyat Malaysia terhadap projek jambatan mengganti tambak Johor ini,” kata Dr Mahathir dalam tulisan terbaru blognya hari ini.

Pada 26 Jun lalu, Sultan Ibrahim meminta kerajaan mempertimbangkan semula rancangan asal pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor.

Sultan Ibrahim bertitah Tambak Johor amat penting kepada rakyat, malah institusi kesultanan Johor sejak pemerintahan terdahulu sentiasa memberi sokongan kepada usaha menaik taraf Tambak Johor.

Dalam ulasan segera pada hari yang sama Najib berkata, kerajaan akan mengkaji semula rancangan asal pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor.

Bagaimanapun Perdana Menteri tidak mengulas lanjut berhubung perkara itu.

Menjawab soalan pengunjung blognya bekas presiden Umno ini menambah, terdapat juga surat daripada bekas perdana menteri Singapura Goh Chok Tong yang disiarkan oleh kerajaan Singapura dalam buku “Water Talks - If Only It Could” bahawa beliau tidak membantah pembinaan jambatan di perairan Malaysia jika itu dikehendaki oleh Malaysia.

Oleh itu kata Dr Mahathir, yang menolak pembinaan jambatan ini hanyalah perdana menteri Malaysia yang kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi yang mendakwa rakyat Johor tidak mahu jambatan ini walaupun tiga hari sebelum kenyataan ini dibuat timbalan perdana menteri ketika itu iaitu perdana menteri sekarang telah mengesahkan bahawa Jambatan berkenaan tetap akan dibina.

“Soal yang ditanya oleh ramai kepada saya, dan saya yakin yang tertanya-tanya oleh majoriti rakyat ialah kenapakah Dato Seri Najib sebagai Perdana Menteri yang penuh berkuasa tidak sanggup meneruskan pembinaan jambatan ini?

“Apakah beliau terikat janji dengan perdana menteri kelima? Apakah status janji ini?” katanya.

Dr Mahathir juga menulis, “dengan itu banyaklah tuduhan dibuat yang mungkin akan memedihkan telinga pihak yang berkenaan.”

Kata beliau lagi walaupun pemimpin Umno Johor telah ikrar mereka akan terus sokong Barisan Nasional, tetapi di kalangan pengundi berbilang kaum ramai yang kurang percaya akan kewibawaan kerajaan.

“... dan belum membuat keputusan berkenaan siapa pilihan mereka. Dan, NGO-NGO Melayu di seluruh negara juga berpendirian yang sama.

“Saya tulis berkenaan jambatan untuk ganti tambak Johor kerana saya percaya rakyat ingin tahu dan berhak diberitahu,” kata beliau.

Satu Lagi Serangan Umno-BN: Dua ADUN Pakatan Rakyat Selangor dipanggil SPRM

SHAH ALAM 30 Jun - Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengeluarkan notis pemeriksaan kepada dua orang Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat Selangor untuk hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM, Putrajaya esok.

Surat dikeluarkan kepada Adun Batu Caves Amirudin Shari dan Adun Sri Muda Shuhaimi Shafie pada Isnin lalu mengarahkan kedua-dua mereka untuk bantu siasat di bawah kesalahan 17(A) Akta SPRM.

"Kami yakin langkah SPRM ini ketika spekulasi berkenaan empat ADUN Parti Keadilan Rakyat akan meninggalkan parti baru-baru ini merupakan satu lagi serangan baru daripada siri percubaan untuk menjatuhkan pimpinan Pakatan Rakyat di Selangor.

"Kami juga tidak menyangkal kemungkinan SPRM dipergunakan untuk menjayakan agenda Umno-Barisan Nasional merampas kuasa pentadbiran Selangor, sepertimana berlaku dalam insiden rampasan kuasa Kerajaan Negeri Perak pada tahun 2009.

"Kami menggesa SRPM professional dalam menjalankan tugas dengan turut menyiasat serta mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin Barisan Nasional yang terang-terang melakukan rasuah seperti bekas Menteri Besar Selangor Khir Toyo," kata Pengarah Penerangan KEADILAN Selangor, Dr Badrul Amin Baharom dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Kedua-dua Adun itu akan hadir bersama peguam masing-masing ke Pejabat SPRM di Putrajaya pada jam 3 petang esok (1 Julai) untuk memberi kerjasama yang sewajarnya kepada pihak SPRM.

200 Mendakwa Peneroka Felda Serbu Suara Keadilan

SHAH ALAM 30 Jun - Lebih 200 dipercayai peneroka Felda kebanyakan kaum wanita berhimpun di hadapan pejabat Suara Keadilan, Shah Alam menghantar memorandum bantahan berhubung isu 237 yang bertajuk 'Felda Bankrap'.

Demonstrasi tersebut dianjurkan oleh Majlis Belia Felda Malaysia itu kemudiannya bertindak membakar organ rasmi parti KEADILAN, Suara Keadilan.

Kumpulan berkenaan mulanya berhimpun di sebuah restoran berhampiran manakala kereta peronda polis dilihat berlegar-legar di kawasan sekitar.

Turut dilihat ialah kumpulan pemberita media arus perdana yang diarah membuat liputan terhadap penyerahan memorandum itu.

Pengarang Suara Keadilan Dzulkarnain Taib ditemani Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin kemudiannya menerima memorandum daripada kumpulan berkenaan, diiringi kata-kata kesat dari sebahagian ahli kumpulan itu.

Bagaimanapun Dzulkarnain kelihatan tenang biarpun para penunjuk perasaan itu kelihatan emosi mencerca dan menuduh beliau sebagai tidak bertanggungjawab.

Selepas menyerahkan memorandum, polis meminta kumpulan tersebut bersurai.

Kelihatan juga kesemua kumpulan berkenaan diberi makanan dan minuman percuma ketika menuju ke kenderaan yang disediakan.

SPRM Dituntut Lebih Telus, Berani

Oleh Sidiqin Omar

KUALA LUMPUR 30 Jun - Ahli Parlimen Batu, Tian Chua menuntut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia agar menggunakan kesempatan mereka di Eropah untuk menghubungi pihak berkuasa Perancis yang sedang menjalankan siasatan berkenaan kes skandal komisen pembelian dua buah kapal selam Scorpene.

"Saya berterima kasih kepada Yang Dipertua Speaker kerana memaklumkan kepada saya, bahawa satu siasatan sedang dijalankan. Kami menyeru dan mengalu-alukan tindakan SPRM dan berharap mereka akan bertindak secara telus dan berani, untuk menyiasat sedalam-dalamnya bagi mendapatkan maklumat berkaitan," kata Tian.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di lobi Parlimen selepas sesi perbahasan Rancangan Malaysia ke-10 bagi peringkat Kementerian pagi ini.

Turut hadir bersama beliau dalam sidang media tersebut ialah Ahli Parlimen Selayang, William Leong.

Tian turut memaklumkan bahawa beliau bersedia untuk memberikan kerjasama bagi membantu pihak SPRM menjalankan siasatan tersebut. Ini bertujuan untuk membantu bagi mendapatkan maklumat kemungkinan wujudnya rasuah dan penglibatan individu-individu tertentu dalam kes ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Tian mencadangkan kepada SPRM, untuk memanfaatkan kunjungan mereka ke Eropah dan berhubung dengan pihak berkuasa Perancis dan menjalinkan kerjasama antara dua pihak terbabit. Ini adalah kerana pihak berkuasa Perancis telah pun memulakan siasatan berkaitan dengan kes yang melibatkan skandal komisen pembelian kapal selam Scorpene tersebut.

Tian turut memaklumkan bahawa, SPRM akan ke Eropah khusus untuk bertemu Penyiasat Persendirian, Balasubramaniam bagi mendapatkan maklumat terperinci berkenaan penglibatannya dalam isu komisen pembelian kapal selam Scorpene dan lain-lainnya.

Ketika ditanya mengenai tarikh keberangkatan pasukan penyiasat SPRM yang akan ke berkunjung ke Eropah untuk tujuan tersebut, Tian menjelaskan bahawa mereka akan berada di Eropah dalam masa terdekat.

"Mungkin dalam minggu hadapan, jelasnya.

Isu Kampung Baru Kerajaan perlu Telus

Oleh Faizal Ezzany

KUALA LUMPUR 30 Jun - Pakatan Rakyat hari ini mendesak agar Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal menjelaskan tentang kedudukan terkini program pembangunan Kampung Baru yang dilihat akan mengugatkan kedudukan masyarakat Melayu yang telah lama tinggal di situ selain kebimbangan terhadap status tanah mereka.

Raja Nong Chik semasa sesi jawapan menteri terhadap perbahasan Rancangan Malaysia kesepuluh (RMK10) menjelaskan perbincangan telah dilakukan antara pihak kementerian dan juga penduduk setempat.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul memberitahu seluruh penduduk Kampung Baru tidak pernah menolak pembangunan di tempat mereka tetapi disebabkan sebelum ini telah berlaku penipuan yang dilakukan oleh seorang pemimpin dari Umno menyebabkan mereka telah serik dengan janji yang diberikan oleh kerajaan.

"Orang Kampung Baru tidak pernah menolak rancangan pembangunan di kawasan mereka tetapi disebabkan oleh mereka yang tinggal di sana telah tertipu sebelum ini dan ia dilakukan oleh seorang pemimpin dari Umno.

"Atas sebab inilah seluruh penduduk Kampung Baru serik dan tidak yakin dengan perancangan yang dilakukan oleh kerajaan. Saya ingin menyatakan agar menteri turun sendiri ke kawasan tersebut bagi menjelaskan dan mengetahui permasalahan sebenar mereka bukan menyerahkan kepada orang lain.

"Menteri bukan sahaja perlu berjumpa dengan penduduk atau pun pewaris tetapi perlu duduk bersama dengan badan bukan kerajaan mahupun ahli politik setempat kerana segala permasalah di kawasan tersebut menjadi tanggungjawab mereka.

"Apa yang pasti sehingga kini seluruh penduduk tersebut tidak mendapat penjelasan yang tepat dari kerajaan dan juga kementerian terbabit, ini menunjukkan kerajaan hanya mementingkan soal pembangunan sahaja tanpa mengambil perhatian terhadap permasalah sebenar penduduk," jelasnya.

Desakan yang sama turut dilakukan oleh Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang meminta jaminan daripada kerajaan terhadap status hak milik tanah agar tidak hilang.

"Saya ingin meminta jaminan dari kerajaan terhadap pembangunan di atas tanah penduduk Kampung Baru bagaimanakah status hak milik mereka keatas tanah tersebut, perkara ini amat penting bagi kita memelihara kepentingan intitusi melayu yang ada di sana.

"Selain itu juga kerajaan mahupun Menteri Wilayah perlu melibatkan kerajaan negeri Selangor dalam pembangunan tersebut kerana mengikut sejarah sebelum ini tanah tersebut adalah milik Selangor, tanpa pengibatan kerajaan negeri maka agenda pembangunan Kampung Baru tidak akan tercapai sepenuhnya," kata Tian.

Sementara itu Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo'Lo' Mohamad Ghazali mendesak agar menteri terbabit memberi penjelasan sebenar yang dilihat terdapat kekeliru terhadap jawapan yang diberikan itu terhadap kedudukan pemilikan tanah, kerana maklum balas yang beliau perolehi dari penduduk setempat bahawa keseluruhan penduduk tidak mendapat penjelasan yang jelas dengan statut pemilikan tanah mereka pada masa yang akan datang.

Kerajaan yang mempunyai perancangan pembangunan Kampung Baru bagi menaik taraf keadaan keadaan penempatan tersebut mengikut arus pembangunan negara, dalam pada itu perancangan tersebut telah menjadi tumpun ahli politik dan penduduk setempat kerana mereka khuatir status pemilikan tanah mereka akan terlepas kepada orang lain.

Pemansuhan peperiksaan tak boleh selesai masalah

Oleh Ruhaiza Rusmin dan Ihsan Noorzali


PELAJAR negara ini cukup sinonim dengan peperiksaan dan dianggap tunjang utama dalam menentukan kecemerlangan individu serta institusi pendidikan.

Peperiksaan menjadi ukuran kebijaksanaan dan kejayaan negara melahirkan pelapis generasi masa depan lebih berwibawa, selain dianggap aset kecemerlangan.

Justeru, apabila ada cadangan memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR), pelbagai pihak tampil melontarkan pandangan.

Ada bersetuju kerana berasakan sistem berorentasikan peperiksaan sudah lapuk dan tidak relevan dengan konsep pendidikan alaf baru tetapi tidak kurang yang membantah. Persoalannya, adakah pemansuhan itu mampu mengubah senario sistem pendidikan negara ke tahap lebih baik atau sebaliknya? Profesor Pendidikan Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris, Profesor Emeritus Datuk Dr Isahak Haron berkata, peperiksaan sedia ada tidak perlu dimansuhkan supaya tahap penguasaan dan pemahaman pelajar boleh dinilai.


Menurutnya, peperiksaan adalah teras dalam menentukan institusi persekolahan sudah bersedia mencapai sasaran atau masih memerlukan sokongan demi melancarkan proses pembelajaran.

"Memansuhkan peperiksaan tidak boleh menyelesaikan masalah. Perkara yang perlu diperbetulkan adalah pelaksanaan sistem pendidikan bagi melancarkan proses pemberian dan penerimaan ilmu.

"Menilai kesediaan dan mengukur prestasi pelajar adalah menerusi peperiksaan. Melalui cara ini, institusi pendidikan boleh membuat kesimpulan sama ada proses pendidikan diterima berjaya atau sebaliknya," katanya.

Falsafah pendidikan menggariskan tiga kaedah asas menilai prestasi pelajar iaitu penilaian rujukan kendiri seperti memperbaiki pencapaian, penilaian rujukan norma (membandingkan prestasi) dan penilaian rujukan kriteria (pembelajaran pada tahap dijangkakan).

Menurutnya, jika pelajar boleh memberi tindak balas positif terhadap kaedah asas itu, bermakna mereka berkemampuan menjalani proses pembelajaran.

Justeru, masyarakat perlu jelas dan memahami matlamat utama peperiksaan serta tidak melihatnya sebagai mekanisme menyusahkan pelajar.

"Sebahagian besar masyarakat mengaitkannya sebagai tekanan akademik, bebanan yang merosakkan pembangunan modal insan serta sosial. Lihat peranan dan kepentingannya dalam melaksanakan falsafah pendidikan negara.

"Juga nilai kesediaan pelajar secara berperingkat terhadap proses pembelajaran supaya dapat memperbaiki pencapaian, " katanya.

Beliau mengakui sistem pendidikan negara juga perlu lebih anjal dan menggunakan mekanisme pendidikan berbeza seperti yang dilaksanakan negara maju.

"Negara seperti Korea menilai tahap pelajar menerusi peperiksaan khas dengan penentuan kelas mengikut tahap kesediaan, selain melakukan pemantauan berkala bagi melihat peningkatan," katanya.

Dr Isahak berkata, kaedah itu diperakui, malangnya tidak dipraktikkan di negara ini mengakibatkan pelajar lemah terus ketinggalan.

Tiada istilah pelajar gagal dalam falsafah pendidikan dan masing-masing mempunyai keupayaan berbeza yang memerlukan lebih masa, bimbingan dan latihan bagi memantapkan pencapaian.

"Sistem pendidikan lebih fleksibel berdasarkan minat, kebolehan dan bakat perlu diwujudkan supaya pengakhiran proses pembelajaran mampu mencapai sasaran.

"Jika peperiksaan ingin dimansuhkan, pastikan wujud sistem pendidikan lebih berkualiti dengan penjanaan pelbagai program alternatif seperti melaksanakan ujian mudah berkala.

"Keputusan ujian juga perlu dihebahkan untuk tatapan umum supaya masyarakat boleh melihat prestasi semasa. Sebarang pendekatan sekali pun, perlu ikut kemampuan pelajar," kata Dr Isahak.

Beberapa Akhbar Harian Dan Tabloid Tidak Patuhi Peraturan - KDN

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendapati bahawa terdapat beberapa akhbar harian dan tabloid yang tidak mematuhi syarat permit, garis panduan penerbitan yang ditetapkan atau peruntukan yang terdapat di dalam Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984.

Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Datuk Zaitun Ab. Samad berkata KDN telah mengeluarkan sebanyak 43 surat teguran kepada akhbar harian pada 2009 manakala 10 surat teguran telah dikeluarkan pada 2010.

Bagi akhbar tabloid pula, Kementerian ini telah mengeluarkan sebanyak 19 teguran pada 2009 hingga bulan Mei 2010. Bagi tempoh yang sama, KDN telah mengeluarkan sebanyak enam surat teguran dan satu surat tunjuk sebab kepada surat berita parti politik.

"Mengikut Seksyen 7 (1), AMCP 1984, apa-apa hasil penerbitan tidak boleh mengandungi perkara-perkara yang memudaratkan ketenteraman awam, memudaratkan keselamatan, memudaratkan moral, menggemparkan fikiran orang ramai, berlawanan dengan mana-mana undang-undang, memudaratkan kepentingan awam dan memudaratkan kepentingan negara," katanya.

Apa-apa hasil penerbitan juga dilarang menyiarkan berita tidak benar dan jika ini dilanggar maka ia bertentangan dengan Seksyen 8A AMCP 1984, katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Zaitun berkata surat tunjuk sebab telah dikeluarkan kepada penerbitan Suara Keadilan pada 28 Jun 2010 kerana telah menyiarkan berita yang menggemparkan fikiran orang ramai dan ini telah melanggar Seksyen 7 (1), AMCP 1984.

Menurutnya berdasarkan pemerhatian, didapati beberapa penerbitan tabloid juga telah melanggar syarat-syarat permit khasnya bagi syarat-syarat berikut:

* Lapan salinan tiap-tiap keluaran dan edisi akhbar hendaklah dihantar kepada kementerian sebaik sahaja ia dicetak.

* Selain itu, format akhbar hendaklah mematuhi contoh yang telah diserahkan bersama dengan permohonan bagi permit ini.

* Akhbar itu hendaklah tidak menerbitkan apa-apa bahan, fotograf, artikel atau perkara lain yang memudaratkan atau mungkin memudaratkan ketenteraman awam, kemoralan, keselamatan, perhubungan dengan negara atau kerajaan asing, atau yang mungkin berlawanan dengan mana-mana undang-undang atau selainnya memudaratkan atau mungkin memudaratkan kepentingan awam atau kepentingan negara.

"Akhbar itu hendaklah tidak dengan apa-apa cara salah nyata fakta-fakta berhubungan dengan kejadian-kejadian ketenteraman awam dan keselamatan yang berlaku di Malaysia," katanya.

Bagi penerbitan surat berita parti politik, syarat-syarat berikut juga hendaklah dipatuhi iaitu pengedaran hendaklah dihadkan kepada anggota parti sahaja dan pengedaran dan penjualan hanya dibenarkan kepada anggota parti di pejabat urusan dan markas parti sahaja. - BERNAMA

Cina Muslim buat laporan polis

Cina Muslim buat laporan polis

JITRA- Persatuan Cina Muslim Kedah dan Perlis membuat satu laporan polis terhadap bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) persatuan itu, Aniq Ammar Ho kerana didakwa memfitnah menerusi siaran berita televisyen, kelmarin.

Pengerusi Cina Muslim Kedah dan Perlis, Ibrahim Lai Abdullah berkata, Aniq Ammar bukan sahaja melemparkan fitnah terhadap persatuan itu malahan juga mendakwa beliau sebagai penipu dan tidak boleh dipercayai.

Menurutnya, pada kenyataan yang disiarkan itu, Aniq Ammar juga menyatakan dia pernah bekerja dengan Ibrahim namun dakwaan itu sama sekali tidak benar.

“Dia tidak pernah bekerja dengan saya kerana dia bekerja sebagai tukang besi, saya pula seorang petani, jadi macam mana dia boleh dakwa bekerja dengan saya?

“Perkara ini tidak sepatutnya timbul kerana sewaktu mula-mula dia datang ke sini, kami yang carikan dia tempat perlindungan dan bawa dia tinggal di Tanjung Pauh, jadi kenapa dia perlu buat kami begini?” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu, di sini, semalam.

Ibrahim berkata, laporan polis itu bukan sahaja dibuat untuk membersihkan nama beliau malahan juga bertujuan membersihkan nama persatuan.

Beliau berkata, pelucutan jawatan sebagai AJK yang dipegang oleh Aniq Ammar itu juga dilucutkan kerana menyedari sikap Aniq Ammar.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Kubang Pasu, Ahmad Masduki Lebai Abdullah berkata, dakwaan yang turut mengaitkan Pas dengan menyatakan parti itu penipu adalah tidak benar sama sekali kerana kerja yang dilakukan olehnya tidak berkaitan dengan Pas kawasan itu.

“Dia tidak seharusnya menimbulkan fitnah ini kerana dia seharusnya sedar bahawa siapa yang menolongnya sewaktu dia dalam kesusahan.

“Jika dia berasa tidak puas hati, datang berjumpa sendiri untuk berbincang dengan kami bukannya melemparkan tuduhan fitnah seperti ini menerusi media,” katanya.

Ahmad Masduki berkata, tuduhan yang dilemparkan oleh Aniq Ammar juga secara tidak langsung telah terpalit kepada Kerajaan Negeri kerana Pas merupakan peneraju Kerajaan Negeri.

Pemuda UMNO Kelantan Bagi Amaran Kepada Ibrahim Ali

Ibrahim jangan berlagak

KOTA BHARU - Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan mengingatkan Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali supaya tidak terlalu berlagak dengan kewujudan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan sokongan ahli yang diberikan sehingga sanggup menghentam sesama sendiri tanpa fakta yang jelas.

Ketuanya, Anuar Safian berkata, beliau percaya bahawa Ibrahim mewujudkan Perkasa semata-mata kerana ingin menjadi ikon nasional dan menentukan kemenangan beliau di Parlimen Pasir Mas dalam pilihan raya yang akan datang.

Katanya, sekarang dari segi realitinya Ibrahim sudah tidak lagi mendapat tempat di hati Pas malah UMNO juga belum tentu sekiranya beliau mengambil sikap yang sedemikian.

“Malahan dengan tindakan beliau yang memutar belitkan isu di sebalik kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong seolah-olah beliau sudah menjadi jaguh orang Melayu dalam negara ini.

“Ibrahim harus sedar bahawa selaku orang lama dalam politik, beliau tidak sepatutnya mencari isu murahan seperti itu untuk menjadi jaguh sebaliknya perlu melihat kepada sensitiviti dasar yang hendak dilaksanakan oleh Perdana Menteri dengan konsep 1Malaysia yang hendak digagaskan,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Beliau berkata, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin telah memberikan penjelasan terhadap isu tersebut malah Wee sendiri telah pun memberi penjelasan kepada Pengerusi Pemuda Barisan Nasional berkenaan hal tersebut.

“Jadi ianya tak perlu lagi dibesar-besarkan. Pemuda negeri bukanlah hendak mencampuri urusan perbalahan pendapat antara beliau dengan Khairy tetapi harus diingat bahawa majoriti pemuda seluruh negara adalah bersama-sama dengan Khairy dalam hal ini.

“Bagi Pemuda UMNO Kelantan kenyataan Khairy mengatakan bahawa Ibrahim adalah Gedebe Politik tepat memandangkan beliau sebagai ahli politik bermacam warna yang cuba mewujudkan satu blok minoriti bebas dalam parlimen,” katanya.

Menurutnya, sekiranya Ibrahim ingin bersama-sama UMNO dalam memperjuangkan hak dan kedudukan orang Melayu ianya harus bersederhana dalam kedudukan kita sebagai sebuah negara majmuk dan terbukti berjaya seperti mana yang diamalkan sebelum ini.

“UMNO sudah perjuangkan hak orang Melayu lebih 64 tahun, masakan Perkasa yang baru setahun jagung hendak mempertikaikannya,” katanya.

Kelmarin, Khairy menyifatkan Ibrahim sebagai ‘gedebe politik’ (samseng politik). Beliau sebelum ini menyifatkan Ibrahim sebagai penghalang konsep 1Malaysia.

Beliau turut dilaporkan berkata, gelaran terhadap Ibrahim itu memang tepat berdasarkan tindak-tanduk Ahli Parlimen Pasir Mas itu selama ini.

Justeru beliau tidak akan meminta maaf ataupun menarik balik kenyataan yang dilemparkan terhadap Presiden Perkasa itu sejak beberapa hari lalu.

Yusuf belum mahu dakwa Cut Tari berzina

JAKARTA: Suami Cut Tari, Yusuf Soebrata berada dalam keadaan serba salah berhubung skandal seks isterinya, Cut Tari.

http://www.hmetro.com.my/articles/YusufbelummahudakwaCutTariberzina/pix_middle

YUSUF menemani isterinya ketika disoal siasat oleh polis, semalam.

Bapa seorang anak itu masih belum membuat laporan mengenai perzinaan isterinya walaupun masyarakat menunggu tindakan tegas daripadanya.

“Jika Yusuf membuat laporan mengenai perzinaa Cut dengan Ariel, bukan saja Ariel, malah isterinya juga akan berdepan dengan masalah yang lebih berat,” kata seorang anggota polis yang turut terbabit dalam siasatan kes video seks membabitkan penyanyi utama kumpulan Peterpan, Ariel, Cut dan seorang lagi selebriti, Luna Maya. “Kerana masih belum ada pihak yang melaporkan perzinaan itu menyebabkan Ariel hingga kini tidak didakwa atas tuduhan berzina,” katanya.

Sementara itu, Cut disoal siasat buat kali kedua semalam.

Akhbar Internet, Detikhot, melaporkan pengacara televisyen yang juga pelakon terkenal itu berada di ibu pejabat polis di Jakarta selama sembilan jam.

Cut yang enggan menjawab sebarang soalan yang diajukan wartawan bergegas memasuki keretanya sambil ditemani Yusuf. - Agensi

Nik Aziz: Ulama sertai UMNO sebagai ‘ulama sekular’

KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggelar 40 ulama yang menyertai UMNO sebagai ‘ulama sekular’ kerana mereka tidak berpegang kepada ajaran Islam sebenar dan menolak perjuangan Islam yang dibawa Pas.

Beliau berkata, di dalam al-Quran golongan ulama yang tidak berpegang kepada ajaran Islam dan orang yang menentang Rasulullah SAW dianggap sebagai golongan munafik.

“Munafik ini gelaran al-Quran. Al-Quran bahagikan manusia ini kepada tiga kumpulan iaitu mukmin, munafik dan kafir. Kalau nak gelar (ulama itu) munafik... saya tidak berapa suka.

“Ia boleh menimbulkan naik darah... tak payah gelar munafik, gelar sekular sudahlah,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Nik Abdul Aziz berkata, beliau tidak merasa pelik dengan apa yang berlaku kerana sewaktu zaman Rasulullah juga perkara yang sama berlaku.

“Zaman nabi SAW sewaktu nabi masih hidup ada orang lawan nabi. Ini kita panggil munafik. Orang itu buat masjid, ‘masjid Birar’. Jadi kalau zaman nabi, nabi masih hidup, orang tengok wajah nabi dengar ucapan nabi pun ada yang melawan senyap-senyap. Pelik apa kalau sekarang yang dah sampai 2,000 tahun,” katanya.

Jumaat lalu, seramai 40 ulama muda profesional berkelulusan sarjana dan doktor falsafah yang diketuai oleh Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fadlan Mohd Othman menyertai UMNO dan menyerahkan borang keahlian mereka kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.

Nik Aziz turut menyifatkan golongan terbabit sebagai mangsa bagi kempen kerana semasa di kampus mereka tidak dibenarkan berpolitik.

“Mereka ini mungkin jadi mangsa. Semasa di kampus tidak boleh berpolitik. Di Malaysia, kempen dalam kampus tak boleh. Tidak boleh terlibat dengan politik. Jadi pelajar-pelajar di dalam kampus ini buta politik.

“Bila habis kampus, pelajar keluar mereka meraba-raba kerana mereka tak biasa dengan politik. Boleh jadi mereka ini mangsa kempen jangan berpolitik dalam masa kampus. Ini semua bukan jadi pelik,” katanya.

Mengulas mengenai kemungkinan ulama itu tertarik dengan nilai islam yang diterapkan UMNO, beliau enggan mengulas lanjut.

“Itu saya tak tahu. Itu kena tanya dia la. Yang tentunya itu bukan laluan nabi. Bukan laluan Siddiqin, Syuhadah dan solihin. Laluan nabi ialah tauhid kepada Allah,” katanya.

Plat TAY 1 RM242,000

KUALA TERENGGANU: Terengganu melakar sejarah tersendiri apabila nombor pendaftaran kenderaan TAY berjaya memungut hasil jualan berjumlah RM1.02 juta selain nombor plat TAY 1 direkodkan sebagai nombor termahal setakat ini.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, Abdul Rahman Emang Ayie, berkata TAY nombor plat pilihan dan paling hangat permintaannya dalam sejarah negeri ini.

Beliau berkata sebanyak, RM1,002,518.25 dikutip daripada peminat nombor plat TAY selepas bidaannya ditutup pada 31 Mac lalu.

Katanya, nombor pendaftaran TAY 1 pula adalah yang termahal pernah dibayar pembida apabila nombor plat terbabit dijual pada harga RM242,000.


“Kami gembira mengumumkan ia rekod termahal yang pernah dicatatkan di seluruh negara setakat ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Apa Nak Malunya, Mat Said?

Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said merasa malu terhadap runtuhan stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang masih belum dibersihkan. Pemandangan itu mungkin memedihkan mata beliau sebagai Menteri Besar. Bumbung stadium itu runtuh sejak lebih setahun lalu disebabkan berlaku rasuah dalam pembinaannya tetapi tidak dibersihkan hingga ke hari ini.

Katanya dia telah meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) membersih dan membaikinya. JKR sudah pun memalumkan tander telah dibuka dan sudah pun ada 40 orang kontraktor. Lantaran itu Mat Said mahu ianya dibersih dan dibaiki secepat mungkin.

Apa yang diperkatakan oleh Mat Said itu, itulah hasrat sebagai seorang Menteri Besar. Apa juga yang berlaku di dalam negerinya dia kena bertanggungjawab. Sudah tentulah kalau pemandangan stadium itu menyerabutkan mata, ia juga turut menyarbutkan otak dan kepala Mat Said. Kalau kepala serabut bagaimana beliau hendak bekerja dengan tenang dan baik.

Bagaimana pun sebelum Mat Said mengeluh beliau hendaklah menyedari hakikat yang berlaku hari ini. Mat Said kena sedar bahawa keadaan negara kita hari ini yang dalam ketiadaan wang. Bukan saja mengenai stadium berkenaan yang masih belum diperbaiki, tetapi perkara lain juga menghadapi masalah sama.

Apakah Mat Said tahu bahawa banyak kontraktor yang telah menyiapkan kerja tetapi tidak dibayar. Tempohnya bukan sehari dua tetapi sudah lebih tiga tahun. Bayangkan kalau projek bernilai RM30 juta pun kerajaan lambat membayarnya macam mana dengan projek baru yang ditander. Tander boleh dikeluarkan seberapa banyak tetapi kalau wang tak ada ia tak jalan juga.

Para menteri pula siang malam bercakap soal projek arah itu arah ini, cadang itu cadang ini tetapi dia tidak fikir mengenai wang. Yang pening mencari wang dan mengagihkan wang ialah pegawai kerajaan. Sesekali Mat Said harus berdialog dengan pegawai-pegawai kewangan negeri, tanya sumber kewangan dan macam mana kedudukan kewangan.

Hakikat yang berlaku hari ini keadaan ekonomi kita pulih, pelabur banyak berminat hanya tembereng saja hakikatnya tak ada pun. Najib Razak sudah berbueh mulut mengumumkan mengenai peningkatan kadar ekonomi negara, setiap tiga bulan sekali beliau umumkkan... tetapi setakat umumkan saja, hakikatnya tidak pun bertambah. Kurang mungkin ada.

Sekali ekonomi negara melonjak 1% kemudian 1.5% kemudian sudah mencecahkan ke 5% atau angka-angka yang diluar dugaan kononnya. Pengumuman dan kenyataan itu hanya ilusi saja dari pemimpin yang berangan-angan untuk memulihkan ekonomi.

Mat Said harus faham ini dan jangan malu dengan keadaan yang ada. Apa yang penting Mat Said kena jaga rakyat Terengganu jangan lapar sudahlah. Pastikan perut orang Terengganu semuanya dalam keadaan kekenyangan. Tidak dapat main bola, main hoki, main tenis, berlumba lari tak mengapa asalkan perut senantiasa kenyang.

Bukan Mat Said sorang merasa malu dengan keadaan yang berlaku, tetapi menteri besar lain juga merasa hal yang sama. Perdana Menteri juga mungkin malu cuma 'gensi' (agah) untuk mengakui akan kelemahannya. Tetapi selama mana beliau dapat bertahan dengan ilusi demikian? Kita tunggulah.... pengakhirannya kelak.

http://msomelayu.blogspot.com/

Menikmati hak memilih parti politik

Oleh Rahman Saari

Sejumlah sarjana Islam menyertai UMNO. Penyertaan mereka sekurang-kurangnya membawa makna bahawa pilihan seseorang atau sekumpulan orang benar-benar tertakluk pada kecenderungan dalaman, bukan pada propaganda luaran. Ertinya kata-kata propagandik berlebih-lebihan, bahawa UMNO parti yang menyeleweng dari jalan ke syurga telah tersangkal.


Saya secara peribadi tidak terlalu merasakan penyertaan sarjana agama dalam UMN0 sebagai satu kelebihan. Mereka tidak lebih daripada sarjana dalam bidang-bidang lain, misalnya sarjana sastera, sains, sains politik dan banyak lagi. Sarjana adalah sarjana, ketakwaan lain pula. Pada masa lalu, Ketua Abim pun tidak memerlukan kesarjanaan agama, sebaliknya kesarjanaan sastera. Jika kita perpanjangkan hal ini, akan kita simpulkan bahawa ahli-ahli politik memilih parti laksana pembaca memilih akhbar. Pilihlah Sinar Harian jika pembaca mahu menatap aneka corak pandangan politik.

Dalam tiga bicara yang lepas saya menyebut; dalam fikiran setiap ahli politik ada plot dan cerita, ditambahi perwatakan. Songkok dan ketayap adalah luaran, manakala selok-belok fikiran adalah rumit, tidak dapat diwakilkan oleh songkok dan ketayap. Namun, pakaian juga berperanan, kerana seperti yang disebut Rendra: Pakaian kita diperhitungkan orang. Dalam hal ini, Rendra mahu menekankan yang luaran sering diambil kira masyarakat.

Orang yang berfikiran terbuka akan berasa senang apabila mengetahui masih ada golongan yang mengkhusus ilmu agama bersedia memilih UMNO. Kekacauan dan haru-biru dalam UMNO, sama juga dalam beberapa parti lain, sebelah kerajaan atau pembangkang, antara lain disebabkan ketiadaan jaminan, bahawa ahli menekankan segi agama. Sekurang-kurangnya pada masa ini, kita dapati orang Pas berpendirian kukuh mempertahankan prinsip berparti. Mereka tidak menukar parti seperti menukar baju. Mereka menghayati prinsip dan perjuangan Pas, dalam hal mempertahankan pemimpin dan agenda parti. Sekurang-kurangnya begitu.

Orang UMNO perlu belajar untuk setia kerana prinsip. Memanglah tidak besar jumlah orang UMNO yang menyeberang ke pihak pembangkang, namun itu tidak terlalu dikaitkan dengan kesetiaan kepada prinsip. Ahli-ahli UMNO sejumlahnya berasa tenteram berada dalam UMNO kerana wujudnya peluang-peluang. Dalam hal ini, pernah Dinsman menasihati pihak PKR agar jangan jadi macam UMNO.

Lanjutan sedikit daripada Dinsman, saya ingin menyarankan agar orang UMNO juga jangan jadi macam orang PKR. Orang PKR, dalam perhatian saya, amat mudah melompat keluar, baik melompat menjadi ahli UMNO, juga bebas. Saya tidak mempersalahkan mereka, kerana mempersalahkan orang bukanlah kerja saya. Kerja saya, melalui hukum anjakan makna, mahu menyatakan, semua pihak baik-baik belaka. Buruk atau jahat ialah celahan-celahan kebaikan itu, iaitu sesuatu yang turut wujud beriringan dengan kebaikan. Neraka ialah untuk sesiapa yang memilih celahan-celahan itu, bukan yang memilih Pas, UMNO atau PKR.

Tidaklah wajar dikatakan UMNO atau BN bernilai negatif, setelah negara mencapai kemajuan ke tahap kini. Sarjana-sarjana Islam yang baru menyertai UMNO sedang membawa mesej ini. Di samping itu, tidak pula wajar Pas dicemuh kerana menjauhi UMNO, kerana mereka ada plot dalam fikiran, seperti adanya plot PKR yang ingin melihat Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. Seperti disebutkan Subky Latiff dalam tulisannya baru-baru ini, impian Anwar tidak salah.

Apa yang silap dalam politik kita akhir-akhir ini ialah kewujudan pertentangan mengharu-birukan rakyat. Nilai negatif dikenakan kepada pihak lawan, semata-mata bagi menaikkan seseorang tokoh. Sebenarnya, usaha mencari nilai negatif manusia akan menjadi-jadi, jika tabiat itu tidak disekat. Segala hal yang berlaku dalam bilik tidur, bahkan dalam selimut musuh politik dibongkar. Hal pintu depan dan pintu belakang dijadikan sumber utama dalam penghujahan, padahal yang sedang kita perjuangankan ialah kehidupan rakyat agar lebih berbahagia. Sekarang, gambar bogel mudah diambil orang, jadi janganlah keterlaluan memikirkannya, kerana nanti gambar bogel sendiri pun terpapar di mana-mana. Malah siap dengan aksi.

Masuknya sarjana agama dalam UMNO, saya kira bagus, bukan hanya untuk UMNO, malah untuk semua. Mereka secara langsung dan simbolik menyatakan perihal kebebasan memilih parti politik. Walaupun parti politik mungkin memperjuangkan agama, namun hakikatnya parti politik bukanlah agama, dan tidak sinonim dengan agama. Parti politik ialah pertubuhan moden, dan rangka perjuangan parti politik ialah rangka yang dipelopori barat. Kita hendaklah menerima parti politik sama seperti kita menerima novel dan puisi moden, iaitu dua cabang seni bahasa dari barat, yang meninggalkan hikayat dan pantun, dua cabang seni bahasa tradisi kita.

Saya melihat UMNO sebagai parti yang telah berusia dan berjasa. Dari segi usia, Pas ialah adiknya. Dari segi usia juga, PKR laksana anaknya. Masing-masing wujud di tengah-tengah masyarakat kita, maka kita pilihlah dengan penuh hemat. Jika kita penyokong UMNO, dan anak kita memilih Pas, biarkan. Itu haknya. Jika kita UMNO, isteri kita memilih PKR, tidak mengapa juga, cuma jangan terlalu berhujah ketika di bilik tidur, kerana itu boleh mengurangkan mood untuk berjuang.

Pemilihan parti politik ialah hak kita.

Ahli parlimen "lompat katak" patut kosongkan kerusi

Wakil rakyat yang mengambil tindakan meninggalkan parti yang diwakilinya dalam pilihan raya umum lalu lebih wajar untuk dikenakan tindakan mengosongkan kerusi berbanding mereka yang dikenakan tindakan undang-undang ketika memperjuangkan nasib rakyat mereka.

Demikian ditegaskan Ketua Jabatan Pengajian Media, Fakulti Sains Sosial Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Abu Hasan Hasbullah kepada Harakah ketika diminta mengulas mengenai perkembangan kes melibatkan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua

"Bagi saya, wakil rakyat yang melompat parti lebih patut dihukum mengosongkan kerusinya yakni diminta agar diadakan pilihan raya semula berbanding wakil rakyat yang dikenakan tindakan undang-undang sewaktu melaksanakan tugas membela nasib rakyat," katanya. Ujarnya, isu mengenai tindakan undang-undang ke atas Tian Chua kini disensasikan oleh media dan Umno-BN yang mahu menangguk di air keruh.

"Pelbagai spekulasi dibuat tetapi ianya mestilah berdasarkan konsensus kerana sesuatu pilihan raya yang hendak dilaksanakan itu pastinya dengan sebab yang diperuntukkan oleh undang-undang," tegasnya. Buat masa ini ujarnya, mahkamah telah memutuskan agar beliau membayar denda sebanyak RM2,000 dan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri mengesahkan tiada sebarang arahan yang diterima daripada mahkamah bagi mengarahkan pilihan raya kecil diadakan.

"Tiada sebarang sebab yang kukuh untuk diadakan pilihan raya kecil kerana undang-undang yang ada menjelaskan seserang wakil rakyat yang dihukum boleh kehilangan kerusinya dengan sebab-sebab tertentu. Maka dengan mengambil tafsiran tersebut, sepatutnya kita harus percaya keputusan ini memandangkan negara ini mengamalkan sistem demokrasi," ujarnya.

Tian Chua diberi tempoh selama 14 hari untuk merayu keputusan Mahkamah Tinggi itu, yang menetapkan denda sebanyak RM2,000 atau dua bulan penjara atas kesalahan menggigit polis. Pertikaian pada masa ini tertumpu kepada kesan denda tersebut ke atas kerusi Chua, memandangkan Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa kerusi seseorang wakil rakyat boleh dibatalkan oleh mana-mana mahkamah sekiranya dihukum denda "tidak kurang daripada RM2,000."

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 17 Jun lalu mengurangkan hukuman denda sebanyak RM3,000 atau enam bulan penjara, yang ditetapkan oleh Mahkamah Majistret pada 29 Oktober tahun lalu.

"Memandangkan perkara ini pada awalnya didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Majistret, rayuan di Mahkamah Rayuan bukanlah (secara) automatik. Penangguhan hukuman oleh Mahkamah Rayuan adalah perlu dan tertakluk kepada persoalan undang-undang yang timbul dalam proses rayuan di Mahkamah Tinggi," kata peguamnya, Ranjit dalam satu kenyataan.

"Walau pun penetapan hukuman telah menjadi pertikaian umum (berkaitan kesan kepada kedudukan Chua), permohonan untuk menangguhkan hukuman bagi rayuan akan dikemukakan, sebahagian besarnya, (bagi mencabar) keputusan Mahkamah Tinggi yang mempertahankan sabitan tersebut," katanya

MCA lupa asas kuasa mereka adalah ehsan orang Melayu

MCA dengan jelas menunjukan kecenderungan Chauvinis Cina mereka membatasi semangat ‘kongsi-kuasa’ sebagai rakankongsi Barisan Nasional. Isu ketelanjuran bahasa Ketua Bahagian UMNO Tanjong Piai Dato’ Nasir Safar masih lagi disandarkan sebagai modal politik berbanding dengan mengenepikan isu itu demi kesejahteraan perasaan orang Melayu.

Laporan Malaysiakini:

Appalled by ‘no further action’ against Nasir Safar

Loh Seng Kok, June 29 2010 8.422pm

MCA is aghast with the reply by Minister in the Prime Minister’s Department Nazri Aziz in Parliament that there was insufficient evidence to prove intention on the part of Safar to incite racial ill-will, according to subsection 3(1) of the Sedition Act 1948 despite his unequivocal labeling of Chinese and Indians in Malaysia as “pendatangs” and reference to Chinese women as “prostitutes”.

The reasoning that the labels referred to “economic migrants and not locally-born Chinese or Indians” is pathetically insulting to the early arrivals of our ancestors who contributed tremendously towards and growth, development and wealth of our beloved nation. This reasoning is flawed, and therefore unacceptable to public sensibilities.

But, to give Nasir Safar the benefit of the doubt, if his racist remarks were not targeted at Malaysian Chinese and Indians, is he alluding that the Chinese were fleeing China for political purposes given the political turmoil in China and India circa mid 19th to mid-20th century?

The fact remains that the Malaysian Chinese and Indians were offended by the racist spews, and it does not matter whether the labels were meant for “economic migrants” and not Malaysian Chinese and Indians.

It does become paramount that guidelines with definitive parameters are established as to what form of contents (be they verbal or publication or public policy) are tantamount to inciting racial ill-will and sedition. I fear that sensible readers would read the government’s move of “no further action” as sweeping the problem under the carpet, or selective enforcement of the Sedition Act.

MCA recalls that Sin Chew journalist Tan Hoon Cheng was detained under ISA for reporting on the “pendatang” and “penumpang” slurs, but no form of punitive measures by the government were taken against Ahmad Ismail who uttered them.

Some form of government action should have been instituted against both Nasir Safar and Ahmad Said to serve as a deterrent to other Malaysians from wantonly categorising individuals irrespective of nationality or ethnicity with derogatory terms or less-than-glorified professions according to racial groups.

The failure to do so would only embolden other racist-bent Malaysians to espouse similar bigoted identification only to conveniently apologise which even then, seems half-baked after public uproar.

The world is now a global village where it is not uncommon that mankind, irrespective of country of origin would venture for economic opportunities abroad, even legally settling down in other continents for foreign direct investment or simply to earn higher salaries or to gain experience. Hence, the application of the term “economic migrants” is an insult to all individuals working overseas, away from their domicile country.

Can the “pendatang” label for “economic migrants” be similarly applied to the more than million-odd foreign workers in Malaysia (be they illegals or with legitimate work permits) from fellow Asean neighbouring countries who search for greener pastures on our Malaysian shores arriving by the boat-loads after surviving crossing the tenuous Straits of Malacca or reaching Sabah from Mindanao? It is not surprising to find two generations of such “economic migrants” among illegals in Malaysia.

We have to be frank and acknowledge that majority of people working and living away from their homelands is due to economic pursuit, rather than political-refugee status. Thus, why come up with less-than-savoury terms in such cases?

The writer is member of MCA central committee, MCA presidential council and deputy chairman of MCA publicity bureau.

**************


Sentimen ini sebenarnya dikongsi pelbagai pemimpin MCA dibanyak peringkat, termasuk Ketua Pemuda MCA Dato’ Wee Ka Siong. Namun kewajaran untuk memanjang isu ini walaupun Dato’ Nasir sebagai Pegawai Khas Perdana Menteri telah pun meletakan jawatan serta merta atas kesedaran sendiri tanpa diminta, apabila kontroversi mengenai isu ini dibangkitkan, demia untuk menjaga perasaan MCA sebagai rakan kongsi BN dan UMNO sebagai tunjang parti ‘kongsi kuasa’ itu menghargai kedudukan MCA.

Wee sendiri baru baru ini menimbulkan kontroversi apabila mempersoalkan peruntukan biasiswa dan tajaan oleh MARA, tatkala peruntukan pembiayaan dan tajaan pengajiang tinggi oleh JPA mahu dikurangkan terutama langkah jimat-cermat Kerajaaan Persekutuan. Kenyataan Wee itu harus dilihat sebagai ‘menyinggung’ perasaan orang Melayu kerana soal biasiswa merupakan hak istimewa yang diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan bawah Artikel 153 dan juga MARA ujud bawah Akta MARA.

Sekiranya pemimpin MCA mendesak Nasir diambil tindakan bawah Akta Hasutan, maka UMNO juga wajar mendesak agar tindakan bawah akta yang sama diambil keatas Wee kerana mempersoalkan isu yang dengan nyata diperuntukan bawah Akta 153.

Pemimpin MCA wajar sedar bahawa majoriti wakil rakyat mereka, samada MP atau ADUN masih lagi berkuasa kerana ‘deposit tetap’ undi Melayu, yang dijana oleh UMNO. Polar pengundian PRU 12 jelas menunjukan masyarakat etnik Cina rata rata tidak memberikan undi mereka kepada BN terutama calon MCA dan sebaliknya kepada DAP dan PKR. Data menunjukan DAP merakam peningkatan sebanyak 58% pertambahan undi pada PRU 12 berbanding PRU 11 dan majoriti undi ini datang dari etnik Cina.

Sekiranya pemimpin MCA tidak ‘sedar diri’ atas kedudukan mereka yang masih lagi dipilih sebagai MP dan ADUN dan juga diperuntukan kerusi dalam Dewan Negara atas lantikan Perdana Menteri, yang juga Presiden UMNO (mandat oleh orang Melayu) dan memungkinkan antara mereka dilantik ke 4 jawatan Kabinet dan lain lain jawatan Timbalan Menteri. Malah 13 dari 15 MP MCA samada sedang atau pernah menduduki jawatan dalam pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Kuasa yang MCA yang mewakili etnik Cina dalam formula ‘kongsi-kuasa’ yang berjaya dipupuk oleh Presiden UMNO II Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dari 1955 dan diteruskan sehingga hari ini mungkin akan sampai ketempoh luput sekiranya pemimpin MCA masih lagi tidak sedar diri dan sikap menyuarakan perasaan tanpa menimbangkan perasaan dan kesan. Ehsan orang Melayu sebagai ‘deposit tetap’ (fixed deposit) BN semestinya akan ada hadnya. MCA hari ini juga perlu sedar bahawa konflik perebutan kuasa dan kepimpinan dalaman MCA berjaya dilerai dan selesaikan oleh pemimpin UMNO, samada Tan Koon Swan Vs Neo Yee Pan oleh Tun Ghaffar Baba pada tahun 1980an maupun Ling Liong Sik Vs Lim Ah Lek (dan berlanjutan kepada Ong Ka Ting Vs Chan Kong Choy) oleh PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Akhbar yang dikuasai MCA The Star dewasa ini menunjukan kecenderungan menengahkan agenda Chauvinis Cina yang lebih kurang membayangkan sikap dan hala tuju Kepimpinan MCA. Baru baru ini juga Presiden MCA Dato’ Seri Dr Chua Soi Lek juga menyalahkan NGO Melayu Perkasa kerana ketirisan undi etnik Cina dalam PRK P094 Hulu Selangor, walaupun MCA menunjukan penurunan kerusi dalam Dewan Rakyat sebanyak 50% pada PRU 12 berbanding PRU 11 sedangkan Perkasa belum pun ujud pada ketika itu.

Kompromi dengan masyarakat etnik Cina wajar menurut lunas prinsip formula ‘kongsi-kuasa‘ agar kedudukan dan kuasa orang Melayu sebagai majoriti dihormati dan mereka sebagai minoriti yang diperuntukan hak sama rata tidak berlaku biadap. Sikap tidak mahu menyokong Sistem Sekolah Satu Aliran demi perpaduan dan keharmonian rakyat Malaysia saling memahami dan sedia berkerjasama menunjukan mereka tidak mengenangi asas kuasa yang mereka nikmati.

Oleh demikian, sekiranya MCA secara totalnya menghargai perananan dan ehsan orang Melayu dalam perjalanan kareer politik dan kuasa mereka sepanjang 55 tahun ini, maka episod seperti Nasir Safar yang telah pun memohon maaf secara sukarela ini wajar diketepikan dan sebaliknya, mereka wajar memberikan tumpuan besar merangka strategi untuk menentang DAP.

http://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/06/29/mca-lupa-asas-kuasa-mereka-adalah-ehsan-orang-melayu/


gaduh-gaduh

Karikatur Yang Membuatkan Israel Melenting!




Kedutaan Israel di Kaherah Mesir menuduh sebuah surat kabar parti yang berkuasa di Mesir memuat karikatur anti-Yahudi yang mengaitkan Israel dengan kelompok Nazi.

Seorang jurucakap kedutaan mengatakan pihaknya telah menghantarkan surat protes kepada surat kabar Al-Watani Al-Youm, milik Parti Demokrat Nasional Presiden Hosni Mubarak. Ia menyebut karikatur karya seorang seniman Brazil itu sebagai “pencemaran,” karena karikatur tersebut menyamakan pemerintah Israel dengan Nazi.

Surat kabar Al-Watani Al-Youm memuat karikatur yang menunjukkan sebuah kapal bantuan yang sedang menuju Gaza, ditangkap seekor sotong kereta yang membawa bendera Israel yang bergambar swastika dan bukannya lambang bintang David.

Dibayangkan yang sotong kereta itulah melambangkan tentera Israel menyerang kapal Mavi Marmara dalam penghantaran misi kemanusiaan ke Gaza baru baru ini.

Sementara itu editor surat kabar Al-Watani Al-Youm, Mohamed el-Alfy, mempertahankan siaran mereka melalui sebuah tajuk editorial dengan mengatakan bahwa persoalan ini berkaita dengan urusan kebebasan bersuara.

Mesir menandatangani perjanjian perdamaian dengan Israel tahun 1979 dan pertemuan antara pejabat tinggi kedua negara boleh dilakukan, tetapi media dan masyarakat Mesir sebagian besar menentang negara Yahudi ini, terutama karena kekejamannya terhadap Palestin. - mat/voanew

Datuk K Kantoi Tak Bayar Saman JPJ Lebih RM12 Ribu

http://img580.imageshack.us/img580/2884/samandk.png

tepuk dada tanya iman. hehehe.......saya no komen

sumber

Umno takut kuasa undi anak muda

Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 30 Jun: “Pemuda Umno mungkin tiupkan sentimen perkauman ini kerana mereka sendiri mungkin yakin bahawa anak muda Melayu mampu mengancam Umno pada pilihan raya umum akan datang,” kata Mohd Firdaus Jaafar (gambar).

Pengarah Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat menyatakan demikian ketika mengulas kenyataan Pemuda Umno kononnya nisbah pengundi baru antara Melayu dan bukan Melayu sejak Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) lalu adalah 1 Melayu nisbah 40 bukan Melayu.

Menurut beliau, Umno tidak ada jalan lain untuk mengekalkan kuasa mereka dalam negara, kecuali mereka terpaksa bergantung pada undi tradisi daripada ahli-ahli Umno serta pengundi Melayu yang masih menaruh harapan pada parti perkauman tersebut.

“Kaum Cina, India dan kaum-kaum lain umumnya lebih berminat dengan Pakatan Rakyat, kalau nak bergantung pun mungkin dengan undi tradisi dari Umno dan orang Melayu,” ujar beliau.

Pun begitu, beliau berkata, para pengundi bandaran serta mereka yang terdedah dengan media baru yang sebelum ini pernah mengundi Umno telah menunjukkan minat dengan PAS dan Pakatan Rakyat menjelang tsunami politik PRU12 lalu.

Impaknya, beliau berkata, rakyat memberi mandat pada Pakatan Rakyat untuk memerintah kerajaan negeri di Kedah, Selangor, Perak (sebelum kudeta) dan Pulau Pinang.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Jerai turut mempersoal pendirian Umno ekoran sokongan semua kaum bukan Melayu sebelum PRU12 yang lalu.

“Sudah 50 tahun orang Cina, orang India dan lain-lain mengundi, mengapa hak mengundi mereka ini seakan terancam dengan kenyataan pemuda Umno ini.

“Jadi Umno, dia buat kenyataan bersifat ancaman macam ini kononnya orang Cina dan India nak ambil kuasa politik daripada Umno,” ujarnya.

Ekoran itu, beliau menasihatkan Pemuda Umno supaya bersikap rasional dalam melihat minat pengundi baru di kalangan masyarakat bukan Melayu.

“Dunia twitter, dunia Facebook, dunia blog serta lambakan maklumat yang mengelilingi anak muda tak kiralah Melayu atau bukan Melayu sekarang ini, bagaimana Pemuda Umno masih dengan ‘politik ancaman’ yang lama,” nasihat beliau.

Tuntas dari itu, beliau mengajak pengundi baru yang berminat dengan Pakatan Rakyat untuk menggunakan kuasa undi masing-masing pada PRU13 kelak.

“Tak cukup kalau minat saja, daftarlah mengundi dan sokonglah calon PAS dan Pakatan Rakyat guna kuasa mengundi masing-masing,” ujar beliau.

Suara Perkasa lahir esok, nasib Suara Keadilan jadi tanda tanya

KUALA LUMPUR, 30 Jun — Ketika Suara Keadilan berhadapan dengan kemungkinan dikenakan tindakan oleh Kementerian Dalam Negeri ekoran isu Felda, Perkasa akan mengeluarkan edisi sulung akhbarnya — Suara Perkasa esok.

Akhbar terbitan dua kali sebulan itu akan memasuki pasaran mulai 1 Julai, kata pemimpin kanannya.

Ia sepatutnya dilancarkan ketika mesyuarat tahunan pertama Perkasa awal tahun ini, pertubuhan bukan kerajaan Melayu yang diasaskan oleh Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali selepas pilihan raya umum ke-12 dua tahun lalu, tetapi ditangguhkan atas sebab-sebab teknikal dan logistik.

Surat khabar itu menyuarakan kepentingan Melayu dan Islam, kata Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali.

Bagaimanapun beliau enggan memberikan maklumat terperinci atas alasan sidang media khas penerbitan akan diadakan petang ini.

Bagaimanapun Syed Hassan berkata, pihaknya bercadang untuk menjadikan Suara Perkasa sebagai akhbar harian pada tahun depan.

“Tahun ini kita tumpu pada edisi dwibulanan dan tahun depan ia akan dijadikan akhbar harian,” kata beliau ketika dihubungi lewat malam tadi.

Difahamkan edisi pertama akan diedarkan dalam lingkungan 50,000 naskhah.

Perkasa, yang kelahirannya mendapat perhatian pelbagai pihak keras pendiriannya yang lantang dan dilihat ultra Melayu, didaftarkan pada 12 Sept 2008 sebagai badan untuk membela orang Melayu dan Bumiputera.

Pendirian Perkasa mendapat sokongan berbelah bahagi dari dalam dan luar Umno.

Perkasa juga dilihat sebagai penggerak kepada penubuhan Majlis Perundingan Melayu yang dilancarkan awal Mac lalu.

Kelmarin, Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Suara Keadilan berhubung laporan mendakwa Felda sudah muflis.

Ia perlu menjawab surat tunjuk sebab dalam tujuh hari.

Difahamkan permit penerbitannya berakhir bulan ini dan nasibnya akan diketahui esok.

Kenyataan Media Dr Muhammad Nur Manuty Berkaitan Isu PKR

KENYATAAN MEDIA


Semangat musyawarah menjadi teras utama dalam proses membuat keputusan di dalam Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN). Program TemuRapat (retreat) KEADILAN yang telah berlangsung pada 26 - 27 Jun, di Hotel Quality, Shah Alam, Selangor, telah membuktikan bahawa KEADILAN sangat iltizam dengan prinsip musyawarah. Amalan tersebut bertepatan dengan perintah Allah (SWT) seperti yang termaktub di dalam al-Qur’an: “..Dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan peperangan dan keduniaan. Kemudian apabila kamu telah berazam (sesudah mesyuarat untuk membuat sesuatu), maka bertawakallah kepada Allah (SWT), Sesungguhnya Allah Maha Mengasihi orang-orang yang bertawakkal kepadaNya.” (Surah Ali ‘Imran: 159). Junjungan Muhammad (SAW) sendiri suka mendapat pandangan dari para sahabat seperti yang dapat dilihat dalam hadis berikut “Berikan pandangan kamu semua kapada Aku.”

Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang telah diadakan selepas program temurapat itu telah sebulat suara merumuskan untuk terus memperkukuhkan sistem penyampaian (delivery) kepada rakyat di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat (PR) dan mempersiapkan parti bagi menghadapi pilihanraya umum yang akan datang. Perlantikan YB Azmin Ali, Naib Presiden KEADILAN sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor (MPN) akan memberi ruang kepada YAB Tan Sri Dato Seri Abd Khalid Ibrahim (TSKI) untuk menumpukan sepenuh perhatian beliau dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat negeri Selangor.

Soal kedudukan TSKI sebagai Menteri Besar Selangor tidak pernah timbul sama sekali. Tidak ada sebab untuk TSKI digantikan dengan orang lain sebagai Menteri Besar Selangor. TSKI akan terus diamanahkan dengan tugas memimpin kerajaan negeri. Tempoh dua tahun yang lalu telah membuktikan kemampuan bekas tokoh korporat yang berwibawa ini mentadbir negeri Selangor dengan cekap, telus dan amanah. Kerajaan negeri Selangor di bawah kepimpinan beliau terbukti cemerlang dan bebas dari gejala salahguna kuasa yang sangat sinonim dengan kerajaan terdahulu. Pemimpin dan anggota parti di segenap peringkat memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap TSKI sebagai Menteri Besar Selangor.

Bagi memperkukuhkan agenda parti dalam menghadapi pilihanraya umum yang akan datang, KEADILAN telah memilih seorang Naib Presiden kanan parti yang sangat berpengalaman, YB Azmin Ali, sebagai Pengerusi MPN Selangor. Sdra Azmin Ali bertanggungjawab terhadap pengurusan jentera parti di peringkat negeri Selangor. Jentera parti akan diperkemaskan untuk menangkis fitnah dan serangan jahat Barisan Nasioanal yang semakin menjadi-jadi mutakhir ini. Jentera parti juga akan diperkukuhkan sebagai langkah utama menuju ke Putrajaya.

Pengagihan tugas di antara memimpin kerajaan dan mengemudi jentera parti bukanlah sesuatu yang asing. Amalan ini berlaku di mana-mana, samada di dalam atau pun luar negara. Malah amalan ini turut dianuti oleh UMNO yang seringkali melakukannya bagi mengatasi keberantakan yang berlaku di kalangan ahli mereka. Perhubungan UMNO Terengganu kini diketuai Dato Seri Hishamuddin walaupun kerajaan negeri sekarang ini dipimpin oleh Dato Ahmad Said. Tidak lama dahulu Tan Sri Muhammad Taib dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor walaupun Dato Seri Khir Toyo yang menjadi Menteri Besar. Di luar negara pula kita melihat kerjasama yang erat di antara parti dan kerajaan walaupun dipimpin oleh orang yang berbeza seperti yang berlaku di England, India, Amerika Syarikat dan banyak lagi. Malah amalan demokrasi di negara-negara berkenaan berkembang dengan sangat baik dan matang.

KEADILAN sebenarnya sangat maklum dengan mainan jahat Barisan Nasional melalui media yang dikuasai oleh mereka. Pelbagai cerita karut marut dihidangkan kepada rakyat. Mereka sangat berharap fitnah jahat ini akan dapat mengganggu gugat keutuhan kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat. Malang bagi BN, sehingga ke hari ini, sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat terus meningkat. Semangat anggota parti komponen juga tidak sama sekali terkesan oleh segala pembohongan tersebut.

Tarikh : 29 Jun 2010

Prof Madya Dr Muhammad Nur Manuty

Ahli Majlis Pimpinan Pusat

Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA)

UMNO lesu?

Salah satu komen yang www.umno-refomr2.com menarik perhatian kami. Komennya adalah seperti berikut, di bawah topik Rombakan Dalam Selangor. Posting itu memetik tulisan berikut :

Akar umbi Umno didakwa tak tahu strategi

Abdul Rahim Sabri | Jun 27, 10 4:55pm

Umno Kota Raja hari ini mengakui kepimpinan parti itu di peringkat akar umbi masih lesu dan gagal menggunakan peluang bagi menangani isu-isu yang timbul di Selangor, negeri pimpinan Pakatan Rakyat.

"Akar umbi sekarang lesu, bosan dan hilang semangat. Tidak tahan dan tak mengetahui strategi Umno negeri untuk merampas Selangor.

"Nak tunggu Pakatan bankrap, agak payahlah... Contohnya isu pasir, yang sepatutnya menjadi bom atom (kepada Pakatan) tetapi menjadi (umpama) kentut mak nyah," kata seorang perwakilan dalam mesyuarat Umno bahagian itu.

Sewaktu membahaskan usul bagi memperkasakan Umno Selangor, Rahman Nordin menggesa kepimpinan negeri seperti setiausahanya Datuk Satim Diman dan Ketua Penerangan Abdul Syukur Idrus menyerang kembali Pakatan bagi merampas semula Selangor.

"Kita akan terjah pemimpin malas, tidak menguntungkan untuk mempertahankan Islam dan Melayu yang cuba dihancurkan Pakatan Rakyat," kata Rahman.

Rahman juga turut mengkritik Umno negeri yang "berpeluk tubuh dan membisu seribu bahasa" berhubung kerajaan Selangor yang didakwanya mahu menyumbang peruntukkan kepada sebuah yayasan.
"Mana (pemimpin) Umno negeri, (mana) hulubalang kita, kerana mereka mahu mengembang sayap Pakatan Rakyat.

"Mana pemimpin kita, berpeluk tubuh dan membisu seribu bahasa.... Duit itu hak milik anak negeri Selangor," katanya.

Sementara itu seorang perwakilan - yang hanya dikenali sebagai Ismail - pula berpandangan sebaliknya.
Beliau mempertikaikan perkara itu kerana menurutnya kepimpinan Umno bahagian itu sendiri jarang membuat majlis penerangan kepada akar umbi.

"Sebaliknya pembangkang menggunakan pentas ceramah hampir setiap malam," kata Ismail.

Adakah benar UMNO semakin lesu khususnya di Selangor dan Wilayah Persekutuan? Adakah benar seperti apa yang dikatakan oleh perwakilan UMNO Kota Raja - UMNO tidak tahu strategi? Atau sebenarnya ahli UMNO masih lagi bercelaru dan keliru dan ada kalanya tidak dapat menjawab isu-isu semasa yang mungkin mereka sendiri tidak bersetuju dengan kerajaan. Dalam pada itu memang kita lihat UMNO masih lagi tercari-cari penyelesaian khususnya dalam menangani perkembangan politik hari ini. UMNO masih lagi teraba-raba – sudah tahu punca tetapi gagal mengambil tindakan wajar.

http://umno-reform2.com/front/index.php?option=com_content&task=view&id=771&Itemid=58

Pegawai MACC Mungkin Ditangkap Di London

Jadi inilah masalahnya. Para pegawai MACC, PI Bala, dan ketiga-tiga peguam Bala akan bertemu di London minggu depan. Biar kita lihat sama ada kenyataan Bala akan dirakam atau melihat pegawai MACC akan dibawa ke penjara?


NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

Pada hari Isnin (5 Julai 2010) dan Selasa (6 Julai 2010), MACC akan merakamkan kenyataan dengan Penyiasat Peribadi P. Balasubramaniam. Tempat ditetapkan di Holiday Villa yang terletak di London. Menurut laporan Berita Harian dan The Star, pertemuan itu telah disahkan oleh Bala dan ketiga-tiga peguamnya dan telah dijadualkan berlangsung di London.

Situasi terbaru ialah MACC telah menghantarkan surat kepada Bala dan memberitahunya bahawa peguamnya tidak boleh hadir ketika rakaman dengan Bala. Namum peguam Bala berkeras untuk menghadiri pertemuan itu dan sekiranya MACC enggan membenarkan penglibatan mereka maka pertemuan tersebut akan dibatalkan serta-merta.

Mungkin ini harapan mereka. Mereka sebenarnya tidak mahu merakamkan kenyataan Bala kerana risau dengan pembongkaran Bala kelak. Bala akan membawa bersama kesemua dokumen yang diperlukan, termasuklah bukti yang menglibatkan pemberian wang kepadanya supaya mengeluarkan Surat Akuannya Kedua yang bertentangan dengan Surat Akuan Pertama.

Saya telah berbincang dengan sekumpulan peguam British dan mereka bercadang untuk menghadiri pertemuan itu di Holiday Villa yang dijadualkan pada hari Isnin pagi iaitu 5 Julai untuk mencabar tingkah laku MACC dari segi undang-undang.

MACC tidak boleh menggunakan Akta Anti Rasuah atau Akta Rahsia Rasmi untuk digunapakai di Tanah British. Peguam British yang memberitahu saya kesemua ini. Di British, adalah menjadi hak setiap orang bahkan saksi untuk ditemani oleh seorang peguam. Adalah bertentangan dengan undang-undang British sekiranya seseorang itu dilarang untuk ditemani oleh seorang peguam sekiranya rakaman kenyataan hendak dijalankan.

Walaubagaimanapun, Bala melakukannya secara sukarela. Tiada saman atau waran yang dieluarkan terhadapnya. Bala juga tidak dipaksa untuk memberitakan kenyataan yang enggan diberitahunya. "Jadi kenapa MACC keberatan untuk berbuat demikan?" tanya peguam British.

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!

British juga mempunyai Akta Kebebasan Maklumat (Freedom of Information Act) jadi MACC tidak boleh menggunapakai Akta Rahsia Rasmi untuk mencabar Akta Kebebasan Maklumat di British, tambah Peguam British.

Sekiranya MACC ingin melakukan operasi haram di London maka kita harus menujukan isu ini kepada perhatian polis Inggeris dan pegawai MACC akan ditahan dan didakwa, kata Peguam British.

Sini adalah British dan bukan Malaysia, yang mempraktikkan undang-undang rimba, tambah para peguam. Para pegawai MACC tidak boleh mengabaikan undang-undang British seperti yang mereka lakukan di Malaysia. Mereka akan menghadapi masalah sekiranya mereka cuba untuk melakukannya.

Jadi inilah masalahnya. Para pegawai MACC, PI Bala, dan ketiga-tiga peguam Bala akan bertemu di London minggu depan. Biar kita lihat sama ada kenyataan Bala akan dirakam atau melihat pegawai MACC akan dibawa ke penjara?

Saya akan berkunjung ke Holiday Villa dengan kamera saya Isnin depan dan menyaksi kesemua ini dengan hati yang bergembira. Dan saya yakin banyak Pegawai Cawangan Khas (Special Branch) dari Bukit Aman juga akan berada di sana dengan kamera mereka untuk mengambil gambar saya. Saya akan memakai topi Perancis, seluar jeans Amerika, kemeja Polo, memegang kamera Jepun dengan cerut Cuba di mulut saya.

Itulah yang disebut oleh saya pasal globalisasi.


Original Post www.malaysia-today.net
http://gomalaysian.blogspot.com/2010/06/pegawai-macc-mungkin-ditangkap-di.html

Umno: Antara judi sukan dan ulama’ muda

Editorial

Penyertaan 40 ulama’ muda ke dalam Umno bukan perkara baru kerana pada awal pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri usaha-usaha demikian juga telah dilakukannya.

Kejayaan terbesar Dr Mahathir tentulah penyertaan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Anwar Ibrahim pada 1982 beberapa bulan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU). Kemasukan pemimpin pelajar itu ke dalam Umno mengejutkan banyak pihak kerana Anwar dilihat lebih cenderung kepada PAS.

Dr Mahathir menarik masuk Anwar adalah kerana untuk membendung pengaruh Islam PAS berikutan kejayaan pemimpin Islam Ayatullah Imam Khomeini di Iran yang menumbangkan kerajaan sekular di negara itu pada tahun 1979.

Usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu adalah kesinambungan yang telah dibuat oleh Dr Mahathir pada tahun 1980-an. Dijangka usaha itu akan berterusan dan lebih ramai lagi golongan itu akan menyertai Umno dalam masa terdekat ini.

Perkara ini disahkan oleh bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim, orang yang mengatur majlis kemasukan ulama’ muda itu ke dalam Umno.

Apakah kemasukan ulama’ muda ke dalam Umno itu akan memberi kesan kepada PAS, parti yang selama ini banyak mendapat sokongan daripada golongan ulama’?

Seperti diketahui umum, dasar PAS yang memainkan slogan memperjuangkan Islam sekian lama telah menjadi tarikan kepada golongan muda lepasan agama menyertai parti itu.

Umno memperlihatkan dua wajah

Barangkali dengan pintu yang terbuka seluas-luasnya kepada anak muda yang berkelulusan agama mendorong golongan ini menyertai PAS dan seterusnya menjadi tenaga utama parti itu dalam pilihan raya.

Dianggarkan antara 20 hingga 30 peratus calon PAS dalam pilihanraya umum lalu merupakan golongan muda yang berkelulusan agama.

Ini sekurang-kurangnya telah menyedarkan Umno bahawa PAS kini memberi lebih ruang dan peluang kepada ulama’ muda dan jika Umno tidak bertindak segera, ulama’ muda tidak akan mendekati parti itu lagi.

Kini persoalan yang timbul ialah adakah penyertaan ulama’ muda ke dalam Umno akan mengubah pandangan bahawa Umno kini menjadi sebuah parti Islam seperti PAS?

Dengan pelbagai perkembangan yang berlaku dalam parti terbesar itu termasuk isu judi sukan yang dicetuskan oleh pemimpinnya, wajah Umno tetap sama walaupun mendapat kemasukan 1,000 ulama’ muda.

Bukankah ini bermakna Umno parti yang mempunyai dua wajah – mahu membenarkan judi sukan dan pada masa lain pula mahu menarik penyertaan ulama’ muda supaya orang Melayu khususnya generasi muda melihat parti itu juga ‘Islam’ seperti PAS.

Ia tidak lain tidak bukan kerana PRU ke 13 hampir menjelang tiba. Kerana Umno melihat sokongan pengundi Melayu terhadap parti itu tidak semantap semasa di bawah pimpinan Dr Mahathir.

Statistik Dan Keputusan Piala Dunia Portugal Menentang Spain

Round of last 16Green Point Stadium, Cape Town

June 29

FTSpain1 - 0Portugal

half-time(0 - 0)




referee :spectators :


Hector Baldassi (Argentina)66,500

match details :

63'D. Villa [1 - 0]

74'X. Alonso


80'

Tiago

90'

R. Costa

statistics :
shots on target : 8 - 3
shots off target : 5 - 5
possession (%) : 62 - 38
corner kicks : 6 - 3
offsides : 0 - 3
fouls : 13 - 18
yellow cards : 1 - 1
red cards : 0 - 1


HAMAS Berjaya Kesan Perisik Wanita Israel

Palestin di Jalur Gaza berhasil mengesan keberadaan seorang wanita yang bekerja untuk intelijen Israel selama hampir lima tahun.

Penegsanan terhadap mata-mata wanita ini terjadi sebagai akibat dari kempen kontraspionase yang akhir-akhir ini giat dilakukan oleh pihak keamanan Palestin di Gaza yang menyebabkan terbongkarnya puluhan jaringan mata-mata Israel termasuk elemen agen Israel yang wanita.

Menurut laman Al-Majd yang peduli dengan urusan keamanan, suami wanita ini berada di belakang terdeteksi nya wanita mata-mata Israel, di mana isterinya secara tidak sengaja membuat kesalahan kecil yang akhirnya terungkap adanya hubungan dirinya dengan intelijen Israel.

Laman Al-Majd tidak menyebutkan rincian lebih lanjut tentang kejadian ini, apakah wanita ini telah ditangkap atau kesnya ini diselesaikan secara damai dengan pihak keluarganya.

Wakil dekan bidang akademik di fakulti ilmu keamanan Palestin Hisyam Al-Maghazi mengatakan kepada pusat informasi Palestin (PIC) bahawa ada banyak mata-mata wanita yang terdeteksi sebelum ini dan kebanyakan kasusnya diselesaikan secara rahsia demi reputasi keluarga mereka.(fq/pic)

Tak usah campur urusan PKR, kata MB Selangor

SHAH ALAM, 29 Jun — Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta pihak yang tiada kaitan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya tidak mencampuri urusan pentadbiran parti itu.

Katanya urusan pelantikan dalam parti merupakan proses pembaharuan dan penambahbaikan terhadap kepimpinan hanya boleh ditentukan oleh mereka yang terbabit dalam parti.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desakan oleh beberapa pihak yang meminta beliau berundur sebagai Menteri Besar selepas melepaskan jawatan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor.

“Tidak menjadi masalah sekiranya Menteri Besar tidak dilantik menjadi Pengerusi MPN di sesebuah negeri itu kerana ia adalah satu reformasi yang dilakukan oleh PKR,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusi mesyuarat mingguan exco di sini hari ini.

Pada Pemukiman PKR, Ahad lepas, Abdul Khalid melepaskan jawatan Pengerusi MPN Selangor dan digantikan oleh naib presiden PKR Azmin Ali manakala Datuk Zaid Ibrahim dilantik menerajui MPN Wilayah Persekutuan, berkuat kuasa serta-merta. — Bernama

Keputusan Penuh Perlawanan P.Dunia Jepun Menentang Paraguay

Round of last 16Loftus Versfeld Stadium, Tshwane/Pretoria
18:43June 29

AETParaguay *0 - 0Japan

half-time(0 - 0)
penalty shoot-out(5 - 3)




referee :spectators :


Frank De Bleeckere (Belgium)36,742

match details :

58'

D. Matsui

72'

Y. Nagatomo

90'

K. Honda

114'

Y. Endo

118'C. Riveros







penalty shoot-out :

E. Barreto [1 - 1]Y. Endo

L. Barrios [2 - 2]M. Hasebe

C. Riveros [3 - 2]Y. Komano

N.H. Valdez [4 - 3]K. Honda

O. Cardozo [5 - 3]

statistics :
shots on target : 6 - 4
shots off target : 8 - 8
possession (%) : 60 - 40
corner kicks : 6 - 5
offsides : 0 - 2
fouls : 26 - 27
yellow cards : 1 - 4
red cards : 0 - 0

Keputusan Jepun Menentang Paraguay Ditentukan Melalui Sepakan Panalti

Round of last 16Loftus Versfeld Stadium, Tshwane/Pretoria
18:29June 29

AETParaguay0 - 0Japan

half-time(0 - 0)
penalty shoot-out(0 - 0)




referee :spectators :


Frank De Bleeckere (Belgium)36,742

match details :

58'

D. Matsui

72'

Y. Nagatomo

90'

K. Honda

114'

Y. Endo

118'C. Riveros


statistics :
shots on target : 6 - 4
shots off target : 8 - 8
possession (%) : 60 - 40
corner kicks : 6 - 5
offsides : 0 - 2
fouls : 26 - 27
yellow cards : 1 - 4
red cards : 0 - 0


Semasa

Hiburan

Sukan

 

© Copyright Kerabu Bersuara 2007 -2013 | Design by Kerabu Bersuara | Published by Kerabu Bersuara Group | Powered by Blogger.com.