News Update :

Politik

Kenyataan

Agama

Dunia

Umat Islam Malaysia Jangan Leka

July 31, 2010

AMAT elok kita berbahas mengenai perpaduan umat Islam di negara kita kerana tanpa perpaduan, umat Islam tidak akan mampu bertahan.

Sekarang mungkin mudah kita mengamalkan Islam. Jika dibandingkan dengan banyak negara Islam, kita di Malaysia cukup bernasib baik.

Tetapi janganlah kita sekali-kali menganggap keselesaan itu datang bergolek dan akan kekal selama-lamanya.

Percubaan mengawal kebebasan umat Islam Malaysia dan menguji akidah mereka sudah pun berlaku cuma tidak secara terbuka atau dihebohkan.

Misalnya sudah ada masjid dan surau di kawasan bercampur yang “terpaksa” merendahkan bunyi azan. Cadangan membina masjid dan surau di kawasan seperti itu semakin dipersoalkan. Kini, penggunaan kalimah Allah di seluruh pelosok negara turut dituntut oleh Kristian Roman Katolik.

Umat Islam Malaysia Bertuah

Sebenarnya, sebagai umat Islam, kita di Malaysia amat bertuah. Hatta kedudukan negara kita di segi geografi pun membantu. Waktu solat dan berpuasa hampir tidak berubah. Kalau berganjak pun, beberapa minit sahaja.

Adakah terfikir oleh kita untuk bangun Subuh jam 3.46 pagi kerana jam 6.02 pagi habis waktu atau tunggu hingga jam 11.09 malam untuk menunaikan sembahyang isyak?

Di mana saya berada sekarang di Eropah, itulah kedudukannya. Masuk zuhur 1.33 petang dan Asar 5.37. Kini musim panas, jadi siang hari panjang. Maka sebab itulah jam 9.02 malam baru Magrib. Kalau puasa pun macam itu – dari jam 6 pagi hingga 9 malam.

Tetapi, alhamdulillah Islam tidak tercorot macam dulu lagi walaupun terus tercabar. Masa saya awal-awal menjelajah dunia menjalankan tugas bermula tahun 1970an, kesedaran mengenai Islam amat terhad.

Kalau bukan dalam kapal terbang negara Islam, tidak ada makanan halal. Hari ini naiklah kapal terbang milik siapa pun, kecuali dari tempat terpencil, kita boleh pesan “Muslim meal” (makanan Islam).

Kebetulan, kesedaran mengenai Islam di kalangan syarikat penerbangan khasnya dan negara-negara bukan Islam bermula sekitar pertengahan tahun 1970an.

Ia dicetuskan oleh sekatan pengeluaran minyak oleh Pertubuhan Negara-Negara Pengeluar Petroliam Arab (OAPEC) pada bulan Oktober, 1973 sebagai membantah perbuatan Amerika menggantikan senjata tentera Israel yang musnah dalam perang “Yum Kippur”.

Pada mulanya tentera negara Zionis tewas dan wilayah Palestin dirampas tentera Arab. Tetapi apabila senjata mereka yang musnah diganti oleh Amerika, tentera Zionis menyerang balas dan menakluki banyak wilayah Arab.

Tindakan OAPEC menyekat bekalan hingga Mac, 1974 itu menyebabkan harga minyak naik 70 peratus dan mengancam kemelesetan ekonomi global. Dengan serta merta Amerika bertindak memerintahkan Israel berundur dari wilayah Mesir yang ditaklukinya. (Pada waktu itu, minyak mentah berharga tidak sampai AS$3 satu tong.)

Negara Islam Tidak Lagi Bersatu

Sejak itu, negara-negara Arab tidak lagi bersatu menghadapi Israel dan harapan mendapatkan balik bumi Palestin secara ketenteraan sudah tidak wujud lagi. Amerika dan sekutunya tidak akan membenarkan kemungkinan itu berlaku. Apatah lagi, banyak sekutu Amerika hari ini adalah negara-negara Arab.

Jadi, kita di Malaysia janganlah seronok sangat berpolitik dan berpolemik hingga apa yang kita kendung berciciran dan apa yang kita kejar tak dapat. Jangan lupa, tak sampai 60 peratus penduduk Malaysia adalah Islam.

Di negara tempat saya berada ini (untuk melawat cucu – tiga orang), pada bulan November tahun lalu mereka mengadakan pungutan suara dan berjaya mendapat sokongan mengharamkan pembinaan menara di masjid-masjid.

Gerakan anti orang Islam semakin menjadi-jadi di Eropah berpunca daripada kebimbangan meningkatnya bilangan penduduk Islam di benua ini. Ia adalah reaksi politik Judeo-Christian Eropah (termasuk Amerika) terhadap Islam sejak zaman berzaman.

Inilah akibatnya apabila orang Islam tidak ada kuasa dan menjadi kelompok minoriti. Walaupun mereka hidup secara aman dan menyumbang kepada negara mereka menetap, hak mereka tetap dikawal dan dihadkan.

Berbaik Tapi Ada Had

Tetapi kita di Malaysia tidak tegah penganut agama lain membina tempat ibadat hingga ada yang melampau-lampau membina tempat ibadat tanpa kebenaran dan secara haram.

Jadi ingatlah, jangan kerana gilakan kuasa, tak kira kuasa politik atau ekonomi, kita memperjudikan hak dan kedudukan kita sebagai orang Islam.

Jangan kita jadi macam umat Islam di banyak negara Islam yang sudah dicucuk hidungnya oleh imperialis ekonomi dan ketenteraan Barat, atau diperkotak-katikkan oleh Muslim liberal yang mengamalkan konsep kebebasan Judeo-Christian Eropah.

[Sumber]

Dakwaan rasuah: DAP pecat ahli majlis MPK

Oleh Asrul Hadi Abdullah Sani


PETALING JAYA, 31 Julai – DAP memecat ahli Majis Perbandaran Klang (MPK) Tee Boon Hock hari ini ekoran dakwaan rasuah memperoleh kontrak RM1 juta daripada pihak berkuasa tempatan itu dengan menggunakan surat sokongan Exco Kerajaan Negeri.

Tee sebelum ini diminta mengambil cuti oleh Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Tan Kok Wai selepas kes itu dilaporkan oleh akhbar awal minggu ini.

Kelmarin, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Tee telah diarahkan bercuti sementara siasatan dilakukan ke atas dakwaan yang mengaitkan beliau dengan penyalahgunaan kepala surat dan cap rasmi Exco bagi mengeluarkan surat sokongan untuk kontrak MPK.

Tee bercuti bermula semalam sehingga satu tempoh yang akan diberitahu.

“Tee sendiri telah maklum dengan perkara ini dan beliau bersetuju dengan rela hati untuk bercuti buat sementara waktu,” kata Khalid.

Kerajaan negeri telah mengarahkan Jabatan Audit Negeri menyiasat dakwaan seorang ahli majlis MPK telah menyalahgunakan kepala surat dan cap rasmi Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Kajian Selangor Ronnie Liu bagi mengeluarkan surat sokongan untuk kroni dan anggota keluarganya untuk mendapatkan kontrak MPK.

Ahli majlis penggal ketiga itu telah menafikan dakwaan itu sambil meminta MPK membentuk pasukan petugas khas untuk menentukan kebenaran.

Liu juga menafikan kepala surat beliau telah disalahgunakan.

[Sumber]

Karpal syor hukum mati perogol kanak-kanak

KUALA LUMPUR, 31 Julai – Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh hari ini meminta kerajaan meminda Seksyen 376 Kanun Keseksaan agar perogol kanak-kanak boleh dikenakan hukuman mati.

Karpal berkata walaupun sebelum ini beliau memperjuangkan agar hukumn mati dimansuhkan, tetapi memandangkan saban hari, semakin banyak kanak-kanak menjadi mangsa penjenayah, termasuk perogol, maka sudah tiba masanya kerajaan bertindak menjaga kepentingan awam dengan melaksanakan tindakan lebih tegas dan berkesan.

“Ini boleh memberi mesej jelas kepada mereka yang bercita-cita untuk melakukan kesalahan bahawa undang-undang tidak akan lagi bertolak ansur dengan perbuatan merogol kanak-kanak yang tidak bersalah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Karpal (gambar) berkata kes terbaru bahawa seorang kanak-kanak berusia 10 tahun didakwa telah dirogol oleh pemandu bas sekolah yang dinaikinya, menuntut perhatian khusus tentang perlunya hukuman sedia ada bagi perbuatan itu, dikaji semula.

Semalam, polis mendapat kebenaran mahkamah untuk melanjutkan enam hari lagi tempoh tahanan reman ke atas pemandu van sekolah tersebut.

Isnin lepas, lelaki yang mempunyai anak berusia antara sembilan hingga 20 tahun itu ditangkap orang ramai yang ternampak bas itu diparkir di tepi jalan dalam keadaan mencurigakan, kira-kira pukul 12.45 tengah hari.

Sekurang-kurangnya tiga murid perempuan sekolah rendah di Petaling Jaya telah dikenal pasti menjadi mangsa rogol pemandu bas sekolah yang ditahan itu.

Kata Karpal, mengikut Seksyen 376 (2) (e), Kanun Keseksaan, hukuman bagi kesalahan merogol kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah ialah penjara tidak melebihi 30 tahun dan sebatan.

Beliau berkata memang tidak dapat dinafikan bahawa kesalahan tertuduh perlu dibuktikan melebihi keraguan munasabah, tetapi dalam kes di mana tertuduh didapati melakukan perbuatan demikian secara terang-terangn serta disokong oleh saksi berwibawa yang melihat perbuatan itu dilakukan, maka tiada masalah untuk membuktikan kes berkenaan di luar keraguan munasabah.

“Saya sedar tentang bahaya kemungkinan seseorang yang tidak bersalah, dikenakan hukuman. Pelaksanaan hukuman mati tidak boleh diubah kembali. Kesengsaraan yang dialami seseorang insan yang tidak bersalah, tetapi dikenakan hukuman mati, memang tidak dapat digambarkan,” katanya.

Bagaimanapun Karpal memberitahu, perbuatan merogol kanak-kanak yang tidak berdosa di hadapan orang lain, menuntut agar undang-undang sedia ada, dibuat pindaan.

Kelmarin di Kota Baru, Mohd. Roslan Ali, bapa kepada pelajar tingkatan tiga yang diculik di Besut bersyukur kerana dia tidak dirogol dan dapat ditemui semula.

Anaknya diculik dilarikan oleh penjenayah dengan menaiki sebuah Perodua Kenari.


[Sumber]

Tengku Mahkota Pahang kembali dipilih Timbalan Presiden FAM

SHAH ALAM, 31 Julai – Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah kembali ke pangkuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas dipilih sebagai Timbalan Presiden bersama Tan Sri Annuar Musa, pada pemilihan barisan kepimpinan badan induk bolasepak negara bagi penggal 2010/2014.

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah mengekalkan jawatan presiden yang disandang baginda sejak 1984, apabila menang tanpa bertanding selepas pencalonan ditutup 18 Julai lalu.

Pada pemilihan dalam kongres tahunan FAM kali ke-47 yang berlangsung di sebuah hotel di sini hari ini, Tengku Abdullah mendapat 29 undi sementara Annuar mendapat 23 undi daripada 38 ahli majlis yang mengundi, mewakili 19 gabungan badan induk itu.

Penyandang jawatan sebelum ini, Khairy Jamaluddin tidak mempertahankan jawatannya sementara Datuk Seri Redzuan Sheikh Ahmad tewas dalam pemilihan.

Dua lagi calon bagi jawatan Timbalan Presiden tetapi tewas ialah Datuk Che Mat Jusoh dan Datuk Abdul Mokhtar Ahmad.

Pada sidang akhbar selepas kongres itu, Tengku Abdullah berkata beliau akan berbincang terlebih dahulu bersama ayahandanya dan barisan kepimpinan baru mengenai misi dan visi FAM.

Beliau yang juga Presiden Persekutuan Hoki Malaysia berkata beliau tidak mempunyai masalah untuk membahagikan masa di antara sukan hoki dan bolasepak.

“Bola sepak tetap di hati,” katanya.

Tengku Mahkota Pahang itu sebelum ini pernah memegang jawatan berkenaan pada Februari 1992, namun melepaskannya pada bulan Mac tahun berikutnya.

Beliau bagaimanapun dipilih memegang jawatan itu semula pada Februari 1994 sebelum melepaskannya kembali pada Julai 2007.

Sementara itu, Annuar yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) berkata beliau mempunyai beberapa idea bagi mempertingkatkan lagi mutu bolasepak di negara ini tetapi terlebih dahulu perlu mendapat perkenan Sultan Ahmad Shah dan persetujuan ahli majlis FAM.

“Akan ada pendekatan baru bagi tujuan penambahbaikan arena bola sepak negara,” katanya.

Bagi jawatan naib presiden, Datuk Afandi Hamzah muncul satunya-satu penyandang yang berjaya mempertahankan jawatannya pada pemilihan kali ini.

Namun Datuk Subahan Kamal mendahului pemenang yang mendapat undi tertinggi, dengan 28 undi, diikuti Datuk Hamidin Mohd Amin (27 undi), Afandi (20) dan Datuk Seri Abdullah Hishan Mohd Hashim (19).

Calon yang tewas ialah Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, Datuk S. Subramaniam, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Datuk Lawrence Gimbang.

Bagi jawatan ahli majlis, seramai 13 calon menawarkan diri bagi mengisi lapan jawatan.

Mereka yang terpilih ialah Datuk Takiyuddin Hassan, Datuk Astaman Abdul Aziz, Mejar Rani Abdul Rahim, S.Sivasundram, Dr Hamdan Mohamed Khalib, Datuk Osman Salleh, Rosmadi Ismail dan Datuk Jeffery Low Han Chau. – Bernama

Melayu Malaysia dan Melayu Singapura — Sakmongkol AK47

JULY 31 — Why do we bother about the Singapore Malays. They have been taking care of themselves for 45 years (Singapore was asked to leave Malaysia in 1965). What they have achieved is owned by them. How they got where they are today is largely a product of who they are and what they can become. Because in the final analysis, the determining factor is the achieved norm — what you can do with your abilities.

They may not have a high CPI compared to the Singapore Chinese and Singapore Indians. Their lot is a cause for sympathy because of our ethnic identity, but we can't interfere nor can we judge them. The recent speech by one of the Malay thought leaders at a Berita Harian do represents the thinking of Singapore Malays generally. He was saying that Malays in Malaysia have no reason to be judgmental on them. They adapt to the enabling environment in that country.

I tend to agree with his assertions. I have always felt that Singapore Malays have a robust thinking personality. They know they have to pull themselves up by their own bootstraps. They have to advance through education and hard work. They depend less on government assistance. They qualify themselves for government assistance by helping themselves first. Hence many mosques were built with the government matching the Malays dollar for dollar. Some are now built by harnessing the Malay community's own resources.

Having empathy with them, regretting their lot relative to the more affluent Singapore citizens is another matter. This emotional kinship should not be translated into open political agitation. Singapore Malays deserve sympathy and encouragement and not used as a negative role model and a continuing reminder of what Malays in Malaysia can become.

Here in Malaysia, we have often heard about this slogan — Tidak akan Melayu hilang di dunia. What can happen is the other way round — Melayu akan hilang dunia mereka. They will lose their world if they don't adapt to a new enabling environment. That the way forward in this world is through educational excellence and hard work. These and the right enabling environment provided by good leadership.

Without these, Melayu akan hilang dunia nya! — sakmongkol.blogspot.com

Ku Li ulangi desakan minta kerajaan mansuh akta sekat kebebasan

Oleh Asrul Hadi Abdullah Sani


KUALA LUMPUR, 31 Julai – Pemimpin veteran Tengku Razaleigh Hamzah hari ini mengulangi desakannya agar kerajaan memansuhkan undang-undang yang dilihat menyekat kebebasan selain digunakan untuk menyemai perasaan takut di kalangan rakyat.

“Ketika anda berada di persidangan ini, biar saya berhujah, sehingga ke tahap minimum yang mutlak, kita harus meminta agar memansuhkan akta-akta yang tidak adil dan yang disalah guna sehingga menyekat kebebasan yang kita pernah menikmati ketika negara merdeka (lima dekad lalu),” kata beliau.

Kenyataan Tengku Razaleigh itu disusuli dengan permintaannya agar rakyat menyertai beliau mendesak agar undang-undang sedemikian tidak lagi diguna pakai.

“Saya meminta anda menyertai saya dalam mendesak agar memansuhkan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960) dan OSA (AKta Rahsia Rasmi 1972).

“Undang-undang ini lazimnya digunakan sebagai alat politik, bukannya sebagai instrumen keselamatan negara. Ini mencetuskan iklim ketakutan (di kalangan rakyat),” kata beliau pada Sidang Kemuncak Tahunan Kepimpinan Pelajar Malaysia Keempat di sini.

Selain itu beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang menggesa agar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 yang turut menjejaskan mutu sistem pendidikan dimansuhkan.

“Saya minta anda sertai saya dalam menggesa tindakan memansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, dan yang pentingnya AUKU.

“Saya tidak dapat lihat bagaimana anda boleh meneruskan aktivisme seperti kebebasan di UK dan Eire sementara rakan-rakan anda di tanah air dinafikan hak asasi berpersatuan dan bersuara oleh AUKU,” kata beliau dengan merujuk kepada hak-hak yang diperuntukkan oleh perlembagaan.

Sehubungan itu, Tengku Razaleigh berkata rakyat mesti proaktif dan perlu ada inisiatif untuk menentukan masa depan negara.

Beliau menambah, jika pihak pemerintah mengatakan bahawa “masa depan anda terletak di tangan anda, harap bertanya kepada mereka agar diberikan masa depan itu (kepada anda) terlebih dahulu.”

“Tanya mereka bagaimana anggota paling paling muda dalam Kabinet berusia 45 (tahun)?”

“Purata umur Kabinet (ketika) merdeka bawah 30 tahun. Anda bukan generasi pertama yang cerdik. Tetapi (anda juga) bukannya kurang cerdik.

“Tetapi anda boleh jadi generasi pertama pelajar dan graduan muda dalam 50 tahun membuat negara ini melalui pembaharuan yang besar. Dan, pembaharuan itu kini mendesak,” katanya lagi.

Malah kata beliau, rakyat Malaysia tidak harus diperdayakan dengan rasa terhutang budi palsu kepada kerajaan.

“Anda akan diberitahu bahawa banyak yang diharapkan daripada anda, banyak yang telah diberikan kepada anda, dan sebagainya.

“Semua ini adalah benar. Sebenarnya, banyak yang telah dicuri daripada anda. Sepanjang 25 tahun yang lalu, banyak kekayaan yang dijana oleh rakyat yang berdaya maju dan sumber-sumber yang banyak jumlahnya telah dirampas,” kata Tengku Razaleigh.

“Ini adalah (harta) patrimoni anda,” katanya lagi sambil menegaskan, rakyat tidak harus diimlakkan oleh parti-parti politik.

Justeru kata beliau, generasi muda tidak harus menerima naungan politik, sebaliknya harus berjuang demi masa depan yang lebih baik.

Umat Islam minoriti dibiar terus menderita

Dengan nama Allah Yang Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
“Bandingan (pahala) orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan setiap tangkai itu pula terdapat 100 biji, dan Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah maha luas (Kurnia-Nya) lagi maha mengetahui.” (Al-Baqarah 261)
***

Kini Ramadan menjelma lagi. Ramadan beberapa tahun lalu, kita dikejutkan dengan tragedi umat Islam selatan Thailand apabila lebih ratusan orang terbunuh selepas pasukan tentera Thai melepaskan tembakan ke atas penunjuk perasaan yang membantah penangkapan guru agama.


Tragedi Thailand dulunya mengingatkan kita bahawa kisah sedih yang menimpa umat Islam bukan lagi berlaku jauh daripada kita. Kita bukan lagi menatap paparan duka umat Islam Palestin, Bosnia, Chechnya, Iraq tetapi di negara jiran kita, Thailand yang hanya dipisahkan oleh Sungai Golok.

Suasana di selatan Thailand kini tidak aman. Ada saja laporan letupan bom dan serangan; yang terbaru di Hatyai yang menyebabkan beberapa orang termasuk rakyat Malaysia terbunuh.

Tragedi Thailand sewajarnya menjadi ingatan kepada umat Islam Malaysia bahawa sikap leka dan sambil lewa mereka terhadap agama akan membawa padah. Ini kerana dalam kelekaan itu, musuh-musuh mengambil peluang, melakukan pukulan maut, sama seperti pasukan Uhud pada zaman Rasulullah (s.a.w.).

Tragedi Thailand sekali gus memalitkan rasa malu kepada pertubuhan serantau Asean kepada pertubuhan sejagat OIC dan PBB yang setakat ini 'malu-malu untuk bersuara' apatah lagi bertindak. Ia juga memalukan pemerintah Thai dan negara Asean lain yang kerap mendendangkan lagu 'toleransi beragama'.

Pelbagai laporan menyebut orang Islam selatan Thai didiskriminasi secara sistematik, termasuk dari segi pengamalan agama dan juga bahasa. Sekalipun kebanyakan mereka orang Melayu, disebabkan penerapan nilai-nilai Thai, ramai generasi muda tidak dapat lagi bertutur dalam bahasa itu.

Malaysia yang pernah menjadi Pengerusi OIC selepas dimalukan dalam tragedi selatan Thailand, perlulah bertindak segera bagi membela golongan minoriti itu. Tidak perlulah menunggu 'sebuah lagi Bosnia' berlaku di Thailand, barulah OIC hendak bertindak, itupun selepas mendapat lampu hijau daripada PBB dan kuasa besar yang menguasainya.

Berdasarkan sejarah, kita tahu PBB akan bertindak segera untuk menangani apa yang mereka dakwa keganasan yang berlaku di sebuah negara umat Islam. Krisis di Dafur, Sudan; Timor Timur (bekas wilayah Indonesia), Iraq; Afganistan, Iraq dan Iran adalah sebahagian contohnya.

Tetapi dalam kes membabitkan penganiayaan ke atas umat Islam seperti di Kashmir (India), Xinjiang (China), Chechnya (Russia), Rohingya (Myanmar) dan kini di Thailand, PBB 'tidak berkutik' pun, apatah lagi untuk mengharapkan suara lantang kuasa besar dunia.

Dunia Islam juga memandang sepi. Masalah umat Islam Thailand bukan masalah mereka, jadi tidak perlu susah-susahkan diri. Jika OIC yang mendakwa sebagai 'payung umat Islam' sedunia pun menyepikan diri, apa lagi yang dapat dilakukan ummah, selain mendoakan keselamatan saudara seagama di sana.

Bagi sesetengah umat Islam Malaysia, tragedi di selatan Thailand dan negara umat Islam lain seperti Iraq dan Palestin hanya sekadar berita.

Bagi yang prihatin mungkin terlintas rasa sedih sebentar, tetapi kemudian melupakannya kerana sibuk untuk memenuhkan juadah berbuka di meja, mengisi perut sepuas-puasnya selepas pulang daripada 'Fiesta Ramadan', 'Bazar Ramadan' dan apa-apa pesta lagi termasuk makan besar di hotel dan restoran!

Sumber LanH

Guru dan politik

Oleh Syed Imran

Akibat berkurangnya sokongan orang Melayu,* maka dilonggarkan syarat dan dikendurkan larangan dalam Perintah-Perintah Am untuk membenarkan guru siswazah dalam gred tertentu aktif dalam politik. Langkah tersebut juga ada kaitan dengan, saya difahamkan, kedudukan dimana semakin bertambah guru, terutama guru Melayu, yang menyokong parti bukan UMNO.


* (Pemimpin UMNO akan cepat menyatakan bafhawa sokongan orang Melayu bertambah ekoran daripada bertambahnya ahli parti itu. Tetapi ia tidak melambangkan sokongan majoriti orang Melayu)

Ramai orang yang bertanya kenapa guru sahaja dan tidak mencakupi perkhidmatan awam yang lain?

Alasan yang diberikan adalah tugas guru tidak terlibat dalam tindakan-tindakan bercorak eksekutif yang berada di tangan pegawai tadbir (pegawai peringkat pengurusan yang dilarang berpolitik) yang memungkinkan mereka menyalahguna kuasa yang ada. Kita terima sajalah alasan tersebut kerana ada kebenarannya.

Walaubagaimanapun, kedudukan dan peranan guru sekarang tidak boleh disamakan dengan zaman tercetusnya semangat kebangsaan di kalangan orang Melayu berikutan cadangan pembentukan MalayanUnion pada 1946. Ketika zaman itu, majoriti orang Melayu yang "berpelajaran" berkhidmat sebagai guru, kerani, posmen dan amat sedikit yang berjawatan tinggi. Oleh itu, kebanyakan "cerdik-pandai" peringkat pinggir bandar, kampung dan desa adalah guru dan merekalah yang berperanan selaku pemimpin.

Keadaan sudah berubah dan di kalangan orang Melayu sekarang sudah wujud golongan "terpelajar" dalam semua bidang termasuk perniagaan dan perdagangan, iaitu golongan yang disebut sebagai "orang korporat" walaupun istilah tersebut tidak tepat.

Kewujudan golongan elit Melayu sedikit sebanyak mengurangkan pengaruh dan peranan guru Melayu dalam politik, terutama politik UMNO dan ditambah pula dengan politik wang atau rasuah politik. Oleh itu, kita tidak boleh samakan peranan dan pengaruh guru semasa zaman tercetusnya semangat kebangsaan dan sebelum dan sedekad selepas Merdeka, dengan keadaan sekarang.

Jika UMNO berfikir yang dengan membenarkan guru siswazah aktif dalam politik akan menguntungkan perjuangan parti, mereka silap besar. Seperti yang saya sebutkan terdahulu, ramai guru yang tidak menyokong UMNO mahupun Barisan Nasional.

Seperkara lagi yang mungkin menimbulkan masalah dan ketegangan di peringkat sekolah mahupun Jabatan Pelajaran ialah wujudnya dua atau tiga puak yang berlainan fahaman dan sokongan politik di sesebuah sekolah mahupun Jabatn negeri. Sekarang keadaan tidak begitu ketara kerana ada larangan berpolitik, tetapi ia pasti berubah apabila politik dibenarkan.

Cuba bayangkan satu kedudukan di sebuah sekolah menengah, pengetua sokong UMNO, penolong kanan hal ehwal pelajar sokong PAS manakala penolong kanan yang seorang lagi berkecuali dan di kalangan guru siswazah yang mengajar di sekolah berkenaan pun ada yang sokong UMNO dan ada yang sokong parti bukan UMNO.

Mahu atau tidak, suka atau tidak, satu hari mereka akan bertelagah, bertengkar dan "berkelahi" di sekolah kerana berlainan fahaman dan sokongan politik. Apa yang akan terjadi kepada kemajuan pembelajaran dan pengajaran di sekolah? Siapa yang rugi?

Ya, mungkin pihak Kementerian Pelajaran atau Pejabat Ketua Setiausaha Negara akan berkata guru tidak boleh membawa politik ke sekolah, tetapi siapa yang nak kawal? Siapa yang nak larang atau sekat seseorang guru daripada mengulas mengenai sesuatu isu politik yang sama ada di sokong atau di bantah olehnya semasa dia berehat di bilik rehat guru? Siapa pula yang nak larang seorang guru lain yang berlainan fahaman dan sokongan politik daripada membuat ulasan balas? Keadaan tersebut sudah tentu menjurus kepada perdebatan hangat antara mereka dan mungkin ada guru lain yang masuk campur. Apa kesudahannya?

Kita akui bahawa sokongan dan keanggotaan dalam mana-mana parti politik adalah hak mutlak seseoraang warga negara tanpa mengira apa tugas, jawatan dan kedudukannya. Kita juga mengakui bahawa pelajaran dan pendidikan amat penting bagi sesebuah negara untuk maju dan terus maju. Ianya tiada tolak ansur.

Tetapi, kita tidak mahu melihat politik di bawa masuk ke dalam sekolah kerana ia pasti akan menganggu-gugat perjalanan pembelajaran dan pengajaran yang boleh menjejas penimbaan ilmu di kalangan anak bangsa

Ku Li: Ubah BN, Pakatan parti pelbagai kaum dengan keahlian terus

Oleh Asrul Hadi Abdullah Sani


KUALA LUMPUR, 31 Julai — Tengku Razaleigh Hamzah hari ini menggesa agar Barisan Nasional (BN) berubah sebagai parti pelbagai kaum menerusi status keahlian terus.

Beliau yakin jika BN mengambil langkah itu Pakatan Rakyat (PR), yang dibentuk dua tahun lalu selepas keputusan pilihan raya umum ke-12 akan menyusul.

Pemimpin veteran itu berkata rakyat wajar mengetepikan politik berimejkan perwakilan kaum jika mahu negara ini serius dalam penerimaan slogan 1 Malaysia.

“Jadi, jika serius dengan slogan 1 Malaysia, tukar Barisan Nasional menjadi sebuah parti yang terbuka kepada semua warganegara. Ubah ia sebagai parti pelbagai kaum dengan menjadikan keanggotaan langsung,” katanya.

Dengan mengambil tindakan itu, kata beliau PR juga akan dipaksa berbuat demikian kerana jika tidak, ia akan ketinggalan.

“Kemudian kita patut ada laluan kepada sistem dua parti bukan berasaskan kaum,” kata Ahli Parlimen Gua Musang ini pada Sidang Kemuncak Tahunan Kepimpinan Pelajar Malaysia Keempat di sini.

Felda Tidak Perlu Bayar Cukai

Oleh Frederick Luccas

SHAH ALAM 31 Julai - Pakar Perlembagaan, Dr Samarudin Rejab menganggap tindakan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) membayar cukai sebanyak RM1.303 bilion sebagai tidak munasabah kerana Felda adalah agensi milik kerajaan dan tidak perlu membayar cukai pendapatan.

Justeru itu beliau mempersoalkan kesahihan pengumuman yang dibuat oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan pada 26 Julai lalu yang tidak menjelaskan kepada rakyat kedudukan sebenar isu tersebut.

Menurut Ahmad, pembayaran cukai pendapatan oleh Felda adalah untuk tempoh empat tahun iaitu sebanyak RM314.96 juta untuk, RM205.99 juta bagi 2005, RM151.94 juta bagi 2006 dan pada tahun 2007 sebanyak RM186.55 juta.

"Takkanlah sebuah badan yang sudahpun menjadi sebahagian daripada struktur kerajaan membayar cukai kembali kepada kerajaan? Saya rasakan itu tidak munasabah langsung," kata beliau dalam satu temubual dengan Suara Keadilan.

Tambah beliau, Felda merupakan satu badan kerajaan dan bukannya syarikat swasta ataupun syarikat berhad bagi memerlukannya diiktiraf sebagai entiti membayar cukai pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Sehubungan itu Dr Samarudin mempertahankan artikel Suara Kesdilan bertjuk 'Felda Bankrap" yang menjadi begitu kontroversi sehingga menggamit tindakan gantirugi sebanyak RM200 juta daripada agensi tersebut.

"Yang menjadi pertikaian dan topik perbahasan ialah Felda itu sendiri, bukan anak syarikat Felda yang telahpun dikorporatkan seperti Felda Global Ventures Holdings dan sebagainya.

"Dalam kes ini syarikat berkait kerajaan seperti anak syarikat Felda yang berjumlah kira-kira 40 buah perlu membayar cukai pendapatan tetapi Felda yang merupakan satu agensi yang berada terus di bawah kerajaan tidak diperlukan untuk membayar cukai.

"Cukai tersebut mungkin daripada anak syarikat yang begitu banyak, maka tidak hairanlah jika dijumlahkan boleh mencapai jumlah mencecah ribuan juta ringgit," tegas beliau lagi.

Umno-BN Kerajaan Kuku Besi 1Malaysia Peralat Polis

Oleh Sidiqin Omar

SHAH ALAM 31 Julai - Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Johor, Datuk Chua Jui Meng menyifatkan kerajaan Umno-Barisan Nasional sebagai 'Kerajaan Kuku Besi 1Malaysia' apabila memperalatkan agensi kerajaan seperti polis untuk menghalang program politik yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat.

"Ini memang satu strategi baru untuk halang program Pakatan Rakyat. Mereka ingin mengatakan bahawa mereka ada hak yang lebih daripada rakyat. Sedangkan Perlembagaan yang bertanggungjawab menjamin hak rakyat. Ini bercanggah dengan semangat Deklarasi Kemerdekaan yang dibacakan pada tahun 1957 itu," kata beliau kepada Suara Keadilan ketika dihubungi.

Chua menjelaskan Perlembagaan telah menjamin kebebasan kepada setiap warganegaranya untuk berhimpun dan berekspresi bagi membincangkan isu semasa dan dasar parti politik termasuk daripada Pakatan Rakyat

"Kita tahu negara ini adalah negara bebas, tetapi seolah-olah hak asasi telah dinafikan. Polis seperti diberi kuasa yang terlalu luas dan lebih tinggi dari Perlembagaan Persekutuan. Ini sangat memualkan. Saya nak ingatkan kepada Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri, dalam pilihan raya umum akan datang, belum pasti lagi Umno dan Barisan Nasional akan mengekalkan kuasanya," kata Chua.

Beliau memberikan contoh mengenai nasib yang menimpa Chen Shui-bian, bekas Presiden Taiwan yangdipenjara seumur hidup akibat kesalahan penyelewengan, rasuah dan salahguna kuasa semasa menerajui tampuk pemerintahan negara itu.

Beliau turut mengingatkan pimpinan Umno-BN supaya tidak angkuh dengan sikap mereka apabila memberikan tekanan yang melampau kepada lawan politik mereka.

"Kini hak dan kebebasan kepada rakyat Malaysia jauh lebih merosot berbanding negara-negara di Afrika Selatan dan Amerika Latin. Mereka sudah pamerkan pemerintahan 'Kuku Besi 1 Malaysia'nya," kata Chua lagi.

Semalam Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris memberi amaran jika mana-mana pertubuhan menganjurkan perhimpunan tanpa permit mereka boleh ditahan dan didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 27 Akta Polis 1967.

Jika didapati bersalah mereka boleh dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda RM2,000 mengikut akta yang sama.

Siri Jelajah Anwar Keseluruh Negara Bermula Di Perak

Oleh Fazli Othman

SHAH ALAM 31 Julai - Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjelajah seluruh negara dalam program lawatannya yang akan bermula di negeri Perak semalam.

Koodinator Politik, Abdul Rahman Yusuf berkata program pertamanya adalah acara makan malam bersama rakyat di Cabang Bagan Serai Serai bagi menyampaikan mesej kepda pengundi kawasan itu walaupun ahli parlimen mereka melompat menjadi anggota Bebas, KEADILAN tetap mengambil berat kebajikan rakyat di sana.

"Anwar kemudiannya akan bergerak ke kawasan Parlimen Kuala Kangsar iaitu kubu bekas Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Rafidah Aziz untuk memberi ceramah berhubung isu dan perkembangan semasa. Ceramah Perdana itu akan diadakan di Bukit Chandan pukul 10 malam ini.

"Siri ceramah perdana yang diadakan bertujuan bagi merampas semula negeri Perak daripada tangan Umno-Barisan Nasional," jelas Abd Rahman.

Keesokan harinya, siri jelajah itu akan diteruskan ke selatan tanah air untuk program majlis makan malam dan pelancaran Pakatan Rakyat Batu Pahat, Johor.

"KEADILAN memberikan tumpuan ke negeri Johor selepas kita mendapati sambutan dari rakyat yang dikatakan kubu kuat Umno-BN itu sangat hebat dan luar biasa.

"Kita akan memberikan tumpuan yang khusus dan memberikan lebih banyak pendedahan kepada rakyat di negeri Johor," kata beliau.

Tambahnya lagi, walaupun pada pilihan raya umum Ke-12, Pakatan Rakyat tidak memberikan tumpuan besar kepada Johor, kebanyakkan calon Pakatan Rakyat hanya kalah dengan majoriti kecil.

Ketua Pembangkang juga dijangka akan menyampaikan ceramahnya di Kampung Sungai Tongkang, Rengit.

Selepas itu, pada Ahad malam, beliau akan menyampaikan ceramah perdana di Taman Ehsan, Kepong bersama pemimpin KEADILAN yang lain.

Gambar TGNA selepas kuliah


Gambar TGNA selepas kuliah, originally uploaded by Atendent.

Ni pic dekat yang saya sempat ambil. Ketika ni tok guru berjalan ke kereta.

Takbir!

Gambar TGNA ditemubual oleh wartawan

July 30, 2010

Ni pic yang saya sempat ambik. Masa ni tok guru ditemubual oleh beberapa wartawan. Tok guru ditemani oleh s/u akhbar dan naib presedin pas.

Maaf lewat, baru top up.

Gambar TGNA hadir kuliah mingguan

Alhamdulillah, tok guru nik aziz dapat hadir pada pagi. Tok guru banyak mengulas berkaitan isu semasa.

*maaf lewat, baru top up

Gambar T.Ibrahim di kuliah


Gambar T.Ibrahim di kuliah, originally uploaded by Atendent.

Habis sudah sesi pertama oleh tuan ibrahim tuan man tamat. Ni pic yang saya sempat snap untuk tatapan pengunjung blog.

* maaf lewat post, baru top up je.

50 Buah Bas Akan Ke Rumah Nik Aziz Di Pulau Melaka?

Penyatuan Melayu: NGO digesa hantar 50 bas rayu Nik Aziz

Oleh G. Manimaran dan Syed Mu’az Syed Putra



KUALA LUMPUR, 30 Julai — Sebuah pertubuhan bukan kerajan (NGO) mengadakan forum penyatuan Melayu malam tadi dengan salah seorang panel penceramah meminta agar rombongan rakyat biasa dihantar merayu Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima idea kerjasama perpaduan orang Melayu Islam.

“Saya mencadangkan pelan tindakan rakyat, usaha membabitkan rakyat jelata dengan menghantar 50 buah bas ke Pulau Melaka, bertemu dengan Datuk Nik Aziz, bertemu dengan beliau di masjid, merayu kepada beliau supaya terima idea kerjasama penyatuan orang Melayu,” kata blogger Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz kepada The Malaysian Insider.

Kediaman bukan rasmi Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan terletak di Pulau Melaka, kira-kira 10 minit perjalanan dari Kota Baru.

Menurut Syed Azidi, pelan tindakan itu hanya melibatkan pembabitan rakyat biasa atas alasan rakyat jelata sahaja yang boleh menggerakkan usaha sedemikan.

“Rakyat tidak boleh lagi mengharapkan ahli-ahli politik akan membawa perubahan dalam soal ini, sebaliknya rakyat perlu membawa perubahan dengan menentukan masa depan mereka (ahli-ahli politik),” katanya.

Bagaimanapun beliau tidak dapat menyatakan dengan tepat bila rombongan itu, dijangka membabitkan kira-kira 2,000 orang, akan dihantar ke Kelantan.

Kira-kira 100 orang menghadiri sesi bicara “Melayu Berpecah: Apa Tindakan Kita?” yang diadakan secara tertutup di Ampang dengan 10 orang berucap.

Pihak penganjur tidak membenarkan nama NGO menjadi nadi kepada usaha mereka itu didedahkan. Antara yang hadir ialah budayawan, ahli-ahli akademik dan pengamal media.

Syed Azidi berkata, beliau juga ada mencadangkan agar setiap orang yang menghadiri sesi malam tadi mengadakan pertemuan dengan rangkaian 10 orang mulai hari ini bagi menyebarkan idea dan matlamat yang dibincangkan.

“Jika 100 orang yang hadir malam tadi menyebarkan idea ini kepada 10 orang bermakna kita sudah ada 1,000 orang dan kemudian 10,000 sehingga kita mencapai sasaran akhir.

“Kami mahu pendekatan ini digunakan selepas mendapati tidak lagi boleh meletakkan harapan pada ahli-ahli politik dalam usaha menyatukan orang Melayu,” kata beliau dipercayai merujuk kepada idea ini yang berulang kali dibangkitkan selepas prestasi pilihan raya umum ke-12 dua tahun lalu.

Setakat ini Umno berulang kali membangkitkan idea kerjasama perpaduan dan kerjasama politik dengan PAS tetapi PAS bertegas akan kekal bersama Pakatan Rakyat.

Dua tindakan lain disyorkan Syed Azidi, yang sehingga akhir tahun lalu berkhidmat dengan agensi kerajaan negeri Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), ialah menghantar memorandum minta campur tangan raja-raja Melayu dan kemuncaknya kepada Yang di-Pertuan Agong kelak.

“Kita hendak dan perlu bergerak dengan rakyat, mengadakan pertemuan-pertemuan kecil mulai sekarang... Umno dan PAS tidak terlibat dalam usaha kami ini,” kata beliau ketika ditanya mengenai pembabitan parti-parti politik.

Ketika ditemui malam tadi, Syed Azidi berkata kegagalan kerjasama Umno-PAS berpunca daripada sikap Nik Aziz yang tidak mahukan perpaduan Melayu tercapai.

Syed Azidi berkata, kegagalan dalam mencapai kerjasama dua parti Melayu itu bukan berpunca daripada Umno tetapi PAS.

“Saya tidak lihat ia berpunca daripada Umno kerana parti itu bersedia untuk bekerjasama dengan PAS,” katanya.

“Punca utama adalah kerana halangan daripada Nik Aziz, padahal beliau sebenarnya tidak ada kuasa eksekutif untuk membuat keputusan,” katanya.

Syed Azidi mendakwa apabila Nik Aziz bersuara tiada pemimpin lain yang berani membantah keputusan itu.

“Sebenarnya dalam PAS majoriti pemimpinnya mahukan kerjasama dengan Umno tetapi dihalang oleh kumpulan menentang cadangan itu.

“Malah saya percaya kumpulan ini yang menekan Nik Aziz supaya menolak cadangan kerjasama itu kerana beliau mempunyai pengaruh besar dalam PAS,” kata beliau yang dipecat sebagai pegawai perhubungan awam PMBK tahun lalu.

Agensi itu diketuai oleh menantu Nik Aziz.

Sebelum ini Nik Aziz tetap dengan pendiriannya menolak sebarang perbincangan atau kerjasama dengan Umno kerana menganggap parti itu telah menyimpang daripada perjuangan Islam.

Malah Nik Aziz mengulangi bahawa Umno terus menunjukkan minat mahu membincangkan kerjasama dengan PAS selepas menyedari kedudukannya menjadi lemah pada pilihan raya umum ke-12 dua tahun lalu.

“Bila dah kalah baru cari kawan... selepas 13 Mei, (Allahyarham) Tun Abdul Razak datang jumpa PAS, kami ingat ikhlas, sebab saya orang yang paling kuat menerima jemputan (daripada Tun Abdul Razak).

“Tetapi bila sudah gemuk (selesa kedudukan), gigit (tangan PAS)... dia orang (akhbar menulis) PAS keluar (BN), tetapi bukan keluar, tetapi ditendang, macam mana punya wartawan tulis macam itu,” katanya di Kuala Terengganu Sabtu lalu.

Selain itu, pemimpin-pemimpin kanan PAS termasuk Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata tidak mahu bercakap mengenai isu berkenaan dengan ada yang menganggap bab perbincangan parti itu dengan Umno “sudah ditutup.”

Syed Azidi yang seringkali menulis isu-isu berkaitan perkembangan politik Kelantan dan penyatuan Melayu menambah, mengikut keadaan politik semasa, sekarang adalah masa terbaik untuk Umno dan PAS bekerjasama demi penyatuan orang Melayu di negara ini.

“Sekarang adalah masa terbaik untuk kedua-dua parti itu bekerjasama demi mempertahankan hak dan perpaduan orang Melayu yang dilihat berpecah.

“Tidak ada perpaduan yang boleh dicapai dengan masing-masing masih memegang kris kerana perpaduan itu boleh berjaya apabila berjabat tangan dan saling menghormati,” katanya.

Oleh itu kata Syed Azidi, Umno dan PAS perlu meletakkan senjata dan bertenang sebelum berunding.

“Ia mungkin boleh berjaya,” katanya.

ADUN Galas dimasukkan ke ICU

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas dari PAS, Che Hashim Sulaima kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital di Kota Bharu akibat penyakit barah ususnya yang dihidapi sejak kira-kira setahun lalu.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Nasuruddin Daud mengesahkan mengenai keadaan Hashim itu yang sedang dirawat di ICU Hospital Pakar Perdana.

“Dia sudah masuk hospital sejak dua tiga hari lalu,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Che Hashim pernah menjalankan rawatan susulan untuk barah ususnya di sebuah hospital di Guangzhou, China pada 2009.

Wakil rakyat itu disahkan menghidap barah usus kira-kira tiga bulan sebelum beliau pergi ke China, selepas menjalani rawatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Dalam pilihan raya umum lalu, Che Hashim berjaya merampas kerusi DUN Galas dari BN dengan majoriti 646 undi. Beliau mendapat 4,399 undi menewaskan penyandangnya Saufi Deraman. – Bernama

Kuliah TGNA: T.Ibrahim T. Man


Kuliah TGNA: T.Ibrahim T. Man, originally uploaded by Atendent.

Kuliah agama sebelah pagi ni disampaikan oleh naib presedin pas, tuan ibrahim tuan man.

Melayu serba salah: nak sokong UMNO takut terus dibohongi........sambungan.

July 29, 2010

Kalaulah UMNO berjaya untuk menghilangkan perasaan was-was orang Melayu terhadapnya ini merupakan satu ‘miracle’. UMNO tidak boleh lagi bertindak semata-mata untuk menghilangkan sakit tetapi mesti bertindak untuk menghilangkan penyakit.

Sakit dan penyakit merupakan dua perkara yang berbeza. UMNO mesti faham apakah penyakit yang sebenar yang dihadapinya.

Selama ini UMNO hanya bertindak untuk menghilangkan sakit-sakit yang ada kepada tubuh UMNO itu sahaja sama seperti kita hanya makan ‘pain killer’ apabila terasa sakit kepala atau terasa sakit ditengkok dan telinga.

Memakan ‘pain killer’ apabila terasa sakit itu hanyalah tindakkan yang menghilangkan sakit buat sementara dan sakit itu akan berulang-ulang sehinggalah tubuh kita hilang daya tahan dan ‘pain killer’ itu tidak mampu lagi berfungsi sebagai penyelesaian terhadap rasa sakit kita tadi.

Yang tidak diubati ialah penyakit yang menghinggapi parti kita iaitu salahguna kuasa dan rasuah, kerana rasuah ini memberikan kesakitan yang amat sangat.

Banyak penyakit kanser misalnya hanya mengetahui yang kansernya telah sampai ketahap 3 atau 4 kerana selama ini mereka hanya memakan ubat sakit kepala, telinga dan sebagainya kerana tidak prihatin dengan penyakit yang sebenarnya yang dihadapinya.

Hanya setelah ubat yang menghilangkan sakit itu sudah tidak efektif lagi baru lah bergegas-gegas nak membuat ‘medical check up’ dan menyedari kansernya sudah sampai ketahap yang ‘terminal’.

Penyakit rasuah dikalangan pemimpin dan kerajaan sudah sampai ketahap ‘terminal’ dan sudah tidak terkawal lagi. Rakyat sudah tidak percaya lagi segala pengumuman tentang tindakkan kerajaan membeteras rasuah ini.

Apabila penyakit dalam UMNO ini sudah ‘terminal’ maka tidak ada siapa pun percaya penyakit UMNO ini tidak akan boleh sembuh lagi. Apabila masyarakat sudah tidak yakin yang penyakit yang kita hadapi akan sembuh, mereka akan hanya memikirkan waktu dan saat untuk menziarah jenazah dan mentalkinkan kita.

Tidak akan ada lagi orang untuk berususan dengan kita yang pada adatnya dan zahirnya akan mati.

Sesungguhnya itulah penyakit yang kita hadapi dalam UMNO…pemimpin disetiap peringkat sudah tidak lagi diyakini untuk mereka berurusan, kerana penyakit mereka sudah sampai ketahap ‘terminal’.

Itulah sebabnya UMNO tidak mampu lagi untuk melakukan penyelasaian dengan hanya menhurus sentimen perkauman semata-mata.

Pandangan yang orang Melayu akan hilang kuasa politik jika UMNO tidak memerintah tidak menjadi isu yang boleh menyatukan orang Melayu lagi.

Melayu memang hendak bersatu, tetapi mereka hendak bersatu diluar UMNO. Mereka merasakan bersatu didalam UMNO hanya memungkinkan harta benda mereka dikaut dan di faraidkan oleh pemimpimpin dan anak isteri pemimpin mereka sahaja.

Mereka sudah tidak yakin yang UMNO mampu memberikan perlindungan kepada orang Melayu. UMNO hanya hendak menjadikan orang Melayu untuk memberikan kemudahan untuk pemimpinnya menyuburkan kegiatan rasuah.

Orang Melayu dan semua rakyat Malaysia sudah faham rasuah itu adalah penyakit yang membawa kepada banyak masalah didunia ini.

Orang Melayu dan semua bangsa sudah tidak menghormati individu-individu pemimpin dalam UMNO dan BN kerana mereka ada persepsi yang pemimpin UMNO dan BN mempunyai ‘attribute’ yang dibenci rakyat; iaitu mereka adalah gerombolan perasuah yang tidak ada hadnya.

Mereka tahu yang UMNO tidak boleh diperbaikki lagi; ianya hanya boleh diperbaikki jika kesemua pemimpin yang ada diatas ditukar 100 peratus, dan keadaan itu tidak mungkin berlaku.

Pemimpin-pemimpin ini rela UMNO berkubur dari menyerahkan kuasa kepada orang yang lebih bertanggung jawab untuk menyelamatkan UMNO.

Jadi, isu yang digunakan oleh pemimpin-pemimpin UMNO untuk ‘survival’nya dengan isu perkauman sambil menakut-nakutkan orang Melayu semata-mata merupakan tindakkan 'desperate'. Sebenarnya isu itu sudah tidak laku lagi kerana isu itu telah dibangkitkan pada setiap kempen pilihanraya Umum sejaka 1974 dahulu.

Orang Melayu tidak ingin bergaduh lagi, dan orang Cina pun memang tidak mahu keadaan yang mengerikan itu berulang lagi. Masing-masing berkehendakkan kehidupan yang aman damai dan makmur.

Kepada mereka, selagi UMNO menggunakan isu perkauman itu, UMNO akan hilang asanya untuk kekal dengan kewujudannya kerana tidak berhenti-henti menggunakan sentiment perkauman untuk mengekalkan sokongan rakyat yang berbilang kaum ini.

Dalam keadaan ‘desperate’ UMNO menggunakan isu pasir untuk menjatuhkan lawan diSelangor dan di P Pinang, sedangkan pasir ini menjadi bahan untuk dicuri sejak UMNO memerintah negeri itu.

UMNO dan penyokong-penyokongnya tidak mahu menerima hakikat yang mereka telah ditolak rakyat dan jika pasir hendak dijadikan isu untuk menjatuhkan PR diSelangor itu merupakan isu yang tidak betul untuk dipakai.

Sekarang kerajaan negeri Selangor telah membuktikan yang mereka telah mendapat sejumlah RM15.4 juta dalam tahun 2010 sedangkan selama BN memerintah Selangor, negeri itu tidak pernah berjaya mengutip lebih dari RM5 juta royalti pasir setiap tahun.

Rakyat sudah tidak ada lagi toleransi terhadap kepimpinan UMNO Selangor kerana semasa mereka memerintah mereka merasakan mereka memrintah dari kayangan dan selalunya terjebak dengan penyakit kufur nikmat.

Kita terlalu marah dengan orang bangsa Cina, kerana tidak memberikan sokongan kepada BN dan UMNO.

Apabila Dr Mahathir memindahkan kuasa kepada Abdullah, orang Cina memberikan sokongan yang hebat dan kuat sekali kepada kepimpinan Abdullah sehinggakan Abdullah mendapat 90 peratus sokong dari rakyat termasuk orang-orang Cina pada PRU11 pada tahun 2004 dahulu.

Mereka memberikan sokongan kepada Abdullah semata-mata kerana imej Mr Clean dan latarbelakang Agama yang ada kepada beliau. Orang-orang Cina sendiri berkeyakinan bagi seorang yang berlatar belakangkan Agama memang boleh dipercayai.

Tetapi bangsa Cina kecewa dengan Abdullah tidak ada bezanya dengan pimpinan yang sebelumnya dan mereka tidak lagi percaya kepada mana-mana kepimpinan Melayu kerana kepada mereka semuanya sama tidak kira mereka berlatar belakngkan Agama atau pun tidak.

Bagi mereka tidak ada sesiapa pun yang boleh dipercayai didalam kepimpinan UMNO yang ada pada hari ini. Berilah mereka jutaan ringgit untuk membangunkan sekolah jenis kebangsaan Cina mereka tetap tidak berkeyakinan.

Tetapi mereka juga faham yang negara perlu dipimpin oleh seorang pemimpin Melayu yang mereka percayai yang boleh membina masyarakat yang bersatu dan bersama-sama membangunkan negara yang kita sama-sama cintai ini.

Jika ini keadaannya maka kita orang Melayu masih ada harapan untuk berkuasa jika kita sanggup berusaha mencari sesiapa yang boleh melakukan tugas yang sangat berat ini.

Selagi pemimpin yang ada pada hari ini masih diharapkan untuk mencapai matlamat itu, kita tidak akan mencapainya sampai bila-bila.

[Sumber]

Kisah Anak Pembesar Negara dan si Panglima Tua

Pada suatu hari, di sebuah Negara yang telah lama ditelan zaman, seorang Panglima tua telah diarahkan untuk menemani anak seorang pembesar Negara dalam perjalanan bersiar-siar di waktu petang. Kedua-dua mereka menunggang kuda. Panglima tua menunggang kuda yang telah berkali-kali dipacunya di medan perang. Anak pembesar Negara pula dengan kuda putihnya, cantik dengan pelana bertaburan baru permata.

Sambil menunggang kuda, di mana Panglima tua mengekori di belakangnnya, anak Pembesar Negara melihat ke kanan dan kiri, menikmati keindahan kawasan hijau hutan temperat di sekeliling mereka. Dia seorang yang muda, belasan tahun dan dibesarkan di dalam suasana yang serba mewah. Mukanya licin, telapak tangannya lembut, seperti kebiasaan mana-mana anak pembesar yang jarang membuat kerja keras. Panglima tua pula jauh berbeza, mukanya terukir dengan pengalaman zaman susah dan zaman perjuangan. Tangannya besar, kasar dan berparut. Perbezaan di antara mereka bagaikan bezanya zaman mewah dan zaman susah, zaman peperangan dan zaman perdamaian. Oleh yang demikian, perjalanan mereka pada hari itu merupakan satu perjalanan yang tanpa perbualan, kerana sukar untuk mencari tajuk yang boleh dibualkan bersama.

Secara tiba-tiba anak Pembesar berhenti sambil menunjuk ke arah se pohon pokok yang besar dan tinggi. “Lihat di situ”, katanya kepada Panglima tua. “Ada sesuatu yang berkilauan di atas dahan pokok itu”, katanya lagi sambil bergegas turun dari kuda tunggangannya.

Panglima tua pun mendongak ke atas, melihat dengan matanya yang sudah letih melihat segala kedurjanaan dunia serta tipu helah dan muslihat manusia. Ya, ada sesuatu yang berkilauan, jauh di atas hampir di puncak pokok tersebut. Dia menoleh pula ke anak pembesar Negara dan terkejut apabila mendapati bahawa dia sudah berada di bawah pokok berkenaan, menghentak-hentak kedua kakinya sambil melaung, “saya inginkan kamu, wahai yang berkilauan, mari, turunlah kamu ke pangkuan aku”. Anak pembesar Negara terus melaung dan merengek, menghentak-hentak kakinya, mendongak ke atas, langsung tidak menghiraukan si Panglima tua.

Si Panglima tua terfikir kepada dirinya sendiri, “Hmmm, mentang-mentang kamu anak Pembesar Negara, kamu ingat semua akan ikut kata-kata kamu?” Sambil menggeleng kepala, beliau turun dari kudanya dan melihat kepada pokok yang di atasnya terdapat barang berkilau tersebut. Panglima tua sedar bahawa sekiranya anak pembesar Negara tidak mendapat apa yang diinginkan, sudah pasti bapanya akan memarahinya. Itulah sebab mengapa mereka berada di sini, pada waktu yang sudah hampir senja, dalam cuaca yang semakin sejuk, semata-mata kerana itulah kehendak anak Pembesar Negara. Dan sepertimana kebiasanan, apa yang dihajatkannya, dia mesti dapat! Dan itulah tugas Panglima tua, untuk mendapat apa sahaja yang diinginkan budak yang terlalu dimanjakan oleh ayahnya.

Panglima tua melihat kepada pokok tersebut, betapa besarnya lilitan batang pokok itu, betapa kukuh kelihatan dahan-dahannya serta betapa licin permukaannya disebabkan lumut yang sudah mulai tumbuh. Beliau melihat ketinggian pokok berkenaan dan terpandang seolah-olah ada yang bergerak di atas sana. “Seekor burung agaknya”, katanya kepada dirinya sendiri. Tanpa berfikir panjang, Panglima tua membuka sebahagian dari pakaiannya, memasang tapak bergigi besi dikasutnya dan memegang sebilah pisau kontot di tangan kanan dan sebilah lagi di tangan kirinya. Pedangnya tetap berada di pinggangnya dan pada masa yang sama, dia meletakkan lilitan tali bagaikan selendang di bahunya.

Setelah membaca “Bismillah”, dia terus menuju ke pokok berkenaan dan memanjatnya. Pisau kontot digunanya untuk mendapat pegangan yang mantap dan kukuh sambil kasut bergigi besi menjamin beliau tidak tergelincir disebabkan kelicinan lumut.
Sambil Panglima tua memanjat, anak Pembesar Negara terus merengek di bawah sana. “Saya nakkan benda berkilau itu!” katanya sambil melompat-lompat bagaikan anak kecil yang mengamuk tidak mendapat gula-gula. Dia terus menangis sambil melambai-lambai tangannya dan meratib ayat yang sama berulang kali, “saya nakkan benda berkilau itu!”

Sambil itu Panglima tua terus memanjat sehingga ke peringkat pertengahan pokok tersebut tanpa menghiraukan rengekkan anak Pembesar yang berada di bawah. Dia melihat ke atas dan tersenyum, sambil berkata, “usaha memanjat kamu tidak sesukar yang dianggarkan semasa aku berada di bawah, wahai si pokok”. Seperti biasa, semua cabaran kelihatan sukar, sehingga kita usahakan secara terancang. Sejurus sahaja beliau berkata sedemikian, tiba-tiba ternampak seekor ular besar di sebelah kirinya. Selama ini ular itu bersembunyi di sebatang dahan yang rimbun yang ditutupi daun. Ular itu menyelar dengan cepat ke arahnya, melilit kaki kirinya, menuju ke badannya.

Anak Pembesar Negara yang melihat peristiwa ini terus menyahut, “Jangan apa-apakan ular tersebut! Ia penjaga benda yang berkilau. Berbaik-baiklah dengannya!” Sebaliknya Panglima tua tahu bahawa ular besar itu akan melilit tubuhnya dan mencengkamnya sehingga patah-patah tulang rusuknya. Selepas itu ular tersebut akan menelannya! Menyedari dirinya dalam bahaya, Panglima tua segera melepaskan pisau kontot yang di tangan kanannya dan dengan tangan yang sama, menghunuskan pedangnya dan memenggal kepala ular tersebut. Bangkai ular itu terlepas jatuh, terhempas ke bumi.

Anak Pembesar Negara terkejut mendengar bunyi terhempasnya bangkai ular berkenaan. Dia berhenti seketika, menggaru kepalanya. Dia segera pergi ke bangkai tersebut dan selepas beberapa saat, kembali merengek sambil berkata, “Apa yang kamu buat ini? Bukan ini yang aku inginkan wahai Panglima tua! Dahlah tua, bodoh pula! Aku inginkan benda yang berkilau itu! Marilah sini wahai yang berkilau. Indahnya kamu wahai yang berkilau ke biru-biruan dan ke hijau-hijauan! Marilah sini, aku inginkan kamu!”

Panglima tua tersentak dengan kata-kata kasar dan biadap anak Pembesar Negara. Namun memandangkan dia pun sudah hampir mencapai benda yang berkilauan tersebut, dia meneruskan usahanya. Bila tibanya ke puncak pokok dia mencapainya. Ianya seutas rantai emas yang mempunyai sebiji permata berlian yang besar. Dengan hati-hati dia mengikat rantai tersebut dengan tali yang dibawanya tadi dan menghulurkannya ke bawah, ke tangan anak Pembesar Negara yang terus menjerit keseronokan. “Ianya rantai yang mungkin telah diterbangkan ke sini oleh seekor burung. Mungkin diambilnya dari sebuah istana yang tidak jauh dari sini” fikir Panglima Tua. “Sudah pasti pemiliknya cuai dalam menyimpannya dan oleh itu ia disambar burung. Si anak pembesar Negara juga seorang yang cuai. Besar kemungkinana dia akan kehilangannya juga”, fikirnya lagi sambil tersenyum.

KESIMPULAN

Rantai emas berpermata berlian dalam kisah ini menggambarkan kepimpinan.
Anak Pembesar Negara adalah ahli, penyokong dan pemimpin PAS yang inginkan PAS memperolehi kepimpinan tersebut, khususnya memimpin PR, tetapi hanya mampu menuntut dan mendesak dengan seruan “PAS mesti memimpin PR, PAS mesti memimpin PR”. Mereka menganggap kepimpinan ini boleh dimilikki dengan begitu sahaja, iaitu dengan tuntutan, desakan dan tindakan merengek.

Panglima tua pula bolehlah diumpamakan sebagai ahli, penyokong dan pemimpin PAS yang memahami bahawa kepimpinan mesti dimilikki dengan usaha ‘memanjat pokok kehormatan’ yang di puncaknya terletak kepimpinan yang diinginkan. Memanjat pokok kehormatan ini bererti menawan hati rakyat melalui usaha dan tindakan sehingga PAS disanjung tinggi dan dihormati. Ini memungkinkan rantai emas berpermata berlian diperolehi. Untuk memanjatnya, PAS mesti mempunyai kelengkapan dan pendekatan yang tepat. PAS mesti sedar betapa licinnya permukaannya, mana dahan yang kukuh serta mana pula ranting yang rapuh. Silap pijak, maka akan terjatuh atau tergelincir kembali ke bawah. Pendirian dan prinsip yang dilaungkan mesti dizahirkan melalui amalan dan pendirian. Dalam masa yang sama ia mesti tepat dan tegas serta kukuh, seperti kukuhnya pisau kontot yang terpacak ke atas pokok tersebut, tidak berubah-ubah dan ‘flip flop’. Barulah rakyat akan percaya dan hormat apa yang diperjuangkan.

Ular yang menyelar dan ingin ‘bersatu’ dengan Panglima tua itu tidak lain dan tidak bukan ialah UMNO. Ular itu hanya mengendahkan Panglima tua apabila beliau sudah berjaya memanjat pokok ke tahap yang tinggi. Semasa Panglima tua di paras tanah, ular tersebut tidak menghiraukan beliau. Ianya samalah seperti UMNO. Hanya ingin ‘berkawan’ bila PAS sudah dipandang tinggi dan mencabar kedudukan mereka.

Walaupun anak Pembesar Negara meminta Panglima tua berbaik dengan ular berkenaan, kerana yakin ular itu adalah pemilik rantai tersebut, Panglima tua yang berpengalaman itu tahu bahawa rantai tersebut akan hanya dimiliki dengan memenggal kepala ular itu. Ada yang menganggap UMNO adalah pemilik kepimpinan Negara, buat selama-lamanya. Oleh itu, cara PAS untuk memiliki kepimpinan, mesti melalui berbaik-baik dengan UMNO. Sebenarnya UMNO yang menghalang PAS dari mencapai kepimpinan itu dan usaha bekerjasama dengan UMNO akan menghancurkan PAS, dari dalam dan dari luar.

Kesimpulan dan rumusan lain bolehlah tuan-tuan perolehi sendiri dari kisah di atas. Yang penting, harapan saya, biarlah PAS kekal merancang, berusaha dan bersabar sepertimana yang telah ditunjukkan oleh Panglima tua tersebut dan jangan sekali-kali tergopoh-gapah seperti anak pembesar Negara yang tidak memahami erti perjuangan.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

[Sumber]

Pemimpin Pakatan Diingatkan Supaya Tidak Membangkitkan Isu Sensitif Berkaitan Dengan Mana-mana Bangsa

Dewan Pemuda PAS Wilayah (DPPW) mengingatkan semua pemimpin Pakatan agar tidak membangkitkan isu-isu sensitif berkaitan dengan mana-mana bangsa termasuklah isu hak keistimewaan, kuota saham, kuota diskaun pemilikan hartanah dan juga pengagihan peruntukan kerajaan kepada institusi-institusi tertentu.

Selama ini Umno-BN lah yang menjuarai pencabulan hak dan membangkitkan isu-isu sensitif yang mengundang ketegangan antara bangsa dan agama dinegarai ini termasuklah dalam tragedi 13 Mei dan juga siri kebangkitan Suqiu, Hindraf dan Perkasa. Malah tragedi menghalang pembinaan kuil, heret kepala lembu, robohkan masjid dan kuil, baling bom api dan sebagainya berlaku akibat provokasi pemimpin Umno-BN.

Malah Hishamuddin ketika menjadi ketua Pemudanya pernah menjulang keris sebagai satu simbol mengugut kaum-kaum lain agar tidak mempersoalkan tindakan Umno.

Pakatan adalah satu-satunya pilihan alternatif rakyat dan organisasi ini harus dilihat sebagai penyatu dan mampu memberikan keadilan pada rakyat. Keadilan yang dimaksudkan disini adalah bererti meletakan sesuatu itu pada kedudukan yang sepatutnya bukan memberikan hak yang sama rata pada semua dengan membelakangkan persefahaman dan kontrak sosial yang saling difahami sebelum ini.

Cadangan Tony Pua agar kerajaan negeri Selangor mengurangkan diskaun Bumiputera untuk pemilikan rumah dan serta aset komersial mewah di negeri itu demi memperbaiki daya saing dan memulihkan keyakinan pelabur adalah sesuatu yang tidak wajar dibangkitkan buat masa ini.

Ianya sama sahaja dengan dasar liberalisasi yang diperkenalkan Najib yang mahu mengurangkan kuota bumiputra dan ini sekaligus hanya akan meningkatkan dayasaing kalangan pelabur ruang dan mengetepikan hak bumiputra untuk mendapatkan kediaman mewah mampu milik dengan kadar diskaun.

Desak itu sepatutnya tidak timbul dan Pakatan Selangor harus mencari alternatif lain bagi mengalakan pertumbuhan tarikan pelabur dinegeri berkenaan sebagai menunjukan kemampuan mereka mentadbir negeri itu.

Tindakan Tony Pua hanya memberikan advantage kepada Umno menyerang Pakatan semula disamping menyembunyikan dosa-dosa mereka kepada kaum Melayu khususnya. Dalam keadaan sebegini, Umno akan dilihat juara sedangkan Pakatan dilihat sebagai pemusnah harapan rakyat.

Hal ini tidak boleh dibiarkan berlaku dan pemimpin Pakatan tidak boleh melakukan kesilapan walau sekecil mana pun dalam membicarakan hak istimewa dan dasar-dasar berkaitan bangs ada agama yang diterima pakai selama ini.

Apa pun jua, Pakatan harus pertahankan hak sedia ada bagi semua bangsa dan agama. Dan tidak ada bangsa yang harus dianaktirikan sama ada ia Melayu, Cina dan India kerana kita sama-sama mempunyai hak ke atas pemilikan negara ini dan faktor sejarah sesekali jangan dilupa.

[Sumber]

Aktif berpolitik: Guru bakal untung atau dianiayai?

Oleh Syed Mu’az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 29 Julai — Polemik mengenai keputusan kerajaan membenarkan guru siswazah termasuk guru besar dan pengetua terlibat aktif dalam politik belum reda dengan ada yang berpandangan ia hanya langkah untuk mengenal pasti arah aliran sokongan sama ada mereka menyokong BN ataupun Pakatan Rakyat (PR).

Ketua Pemuda Sosialis DAP Loke Siew Fook melihat keputusan membenarkan guru aktif berpolitik sebagai salah satu cara untuk mengenal pasti pendirian politik pegawai pendidikan sama ada menyokong kerajaan ataupun pembangkang.

“Kalau guru itu sokong kerajaan memang tidak ada masalah tapi kalau sokong pembangkang, bagaimana pula? Adakah mereka akan menghadapi masalah tidak naik pangkat, gaji dan mungkin di hantar mengajar ke kawasan lain?

“Adakah guru itu akan menghadapi kesan seperti dianaktirikan? Ini satu keputusan yang akan membahayakan guru-guru yang sokongan Pakatan Rakyat,” katanya lagi.

Oleh itu tambah Loke, “jadi saya melihat kerajaan sengaja untuk membenarkan guru berpolitik supaya ia senang dimanipulasikan kerana kerajaan tahu ramai kalangan guru sekarang menyokong pembangkang.”

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Loke yang juga ahli Parlimen berkata, kerajaan perlu bertindak adil kerana guru sebagai warganegara mempunyai hak dalam kebebasan berpolitik.

“Pada dasarnya saya memang bersetuju dengan cadangan kerajaan itu, tetapi dengan syarat guru diberikan kebebasan untuk berpolitik.

“Kita tidak mahu apabila guru sokong kerajaan tiada apa-apa tapi bila sokong pembangkang dikenakan tindakan pula.

“Ini tidak konsisten dan tidak adil kepada guru sebenarnya,” katanya.

Mengulas lanjut, Loke berkata kerajaan juga perlu bertindak adil kepada semua kakitangan awam yang lain.

“Tidak adil jika hanya guru dibenarkan berpolitik sedangkan kakitangan awam lain tidak boleh.

“Jadi saya harap supaya perlu ada satu kajian lebih mendalam dalam perkara ini kerana setiap warganegara mempunyai hak dan kebebasan berpolitik,” katanya.

Ahmad Maslan berpendapat kemasukan guru ke dalam gelanggang politik akan menambah bilangan pemimpin yang baik.
Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata penglibatan guru dalam politik akan menambah bilangan pemimpin dan aktivis yang baik.

“Ini kerana guru berada dalam kawasan yang dikelilingi masyarakat dan mereka ada rumah yang baik di bandar ataupun luar bandar kerana mendapat pinjaman perumahan kerajaan.

“Suara guru biasanya dihormati dan dengan dibenarkan berpolitik lebih ramai pemimpin dan aktivis yang baik dapat dilahirkan.

“Selain itu dengan masa lapang yang ada, mereka boleh menyumbang khidmat serta idea kepada masyarakat dan negara,” katanya.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menafikan dakwaan bahawa keputusan kerajaan itu hanya akan menguntungkan BN.

“Guru mengajar di sekolah kerajaan jika swasta itu lain.

“Tapi saya kira terpulang jika mereka nak sokong kerajaan ataupun pembangkang.

“Kerana saya rasa guru yang sokong pembangkang tidak ramai agaknya,” katanya.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata perkara itu bukan sesuatu yang baru kerana guru tetap tidak mendapat kebebasan dalam berpolitik.

“Jika guru perlu mendapatkan pengesahan daripada ketua mereka bermakna mereka tidak bebas. Hanya mereka yang menyokong BN sahaja akan mendapat kelulusan.

“Ini kerana guru yang menyokong Pakatan Rakyat sudah pasti tidak akan ke depan kerana bimbang akan dikenakan tindakan.

“Jadi siapa yang untung? Guru yang sokong kerajaan sahaja yang untung,” katanya.

Tambah beliau, kerajaan sepatutnya tidak mengenakan syarat agar guru yang mahu aktif berpolitik mendapat kebebasan yang sepatutnya.

“Adakah ini kebebasan berpolitik yang dikatakan kerajaan? Tidak, kerana guru tidak bebas.

“Jadi kerajaan perlu menarik balik syarat tersebut,” katanya.

Saifuddin berpendapat ramai guru terlibat dalam politik selama ini.
Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail pula berpendapat selama ini pun ramai guru terlibat dalam politik, cuma ia tidak sah.

“Pembabitan guru dalam politik sebenarnya sudah lama dan ia jelas berlaku dalam Umno apabila ramai guru memegang jawatan di peringkat cawangan ataupun bahagian.

Beliau berkata persoalan sekarang adalah sama ada guru diberikan hak kebebasan yang adil dalam berpolitik.

“Saya melihat guru yang menyokong kerajaan mendapat kelebihan apabila kerajaan membenarkan aktif berpolitik sedangkan guru yang sokong pembangkang mungkin akan dikenakan tindakan.

“Jadi saya berharap agak kerajaan tidak lihat ia sebagai politik kepartian. Hak berpolitik perlu diberikan kepada semua dengan adil,” katanya.

Bermula 1 Ogos ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan melibatkan diri dalam politik, demikian diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Menurut Mohd Sidek, langkah itu berlandaskan hakikat bahawa guru suatu masa dahulu memain peranan penting dalam memimpin masyarakat dalam senario politik negara.

“Masanya sudah tiba mereka dibenar aktif semula dalam politik,” kata beliau.

Bagi tujuan itu, beliau berkata pindaan Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Sebelum ini, Peraturan 21(2) peraturan tersebut menetapkan hanya pegawai dalam Kumpulan Sokongan boleh bertanding atau memegang jawatan atau dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam suatu parti politik dengan syarat terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha kementerian berkenaan.

Di bawah peraturan baru ini, pegawai pendidikan, selain pengetua atau guru besar di institusi pendidikan dan pegawai yang memegang apa-apa jawatan pentadbiran dalam mana-mana agensi kerajaan, perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran terlebih dahulu.

Benarkan Berpolitik Semula Bukti Umno-BN Tandus Sokongan Guru Melayu

Oleh Norasikin Samsi

SHAH ALAM 29 Julai - Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat, Nordin Mahmood menjangka langkah kerajaan membenarkan golongan guru berpolitik semula demi meraih semula sokongan di kalangan guru-guru Melayu adalah kurang bijak kerana ia bakal mencetuskan diskrimainasi pemilihan berpandukan jalur kepartian.

Ketika dihubungi Suara Keadilan, Nordin yang juga bekas Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) meramalkan guru yang memohon untuk melibatkan diri dalam parti politik kerajaan akan memperoleh keistimewaan sementara bagi mereka yang memohon untuk parti pembangkang - Pakatan Rakyat akan diketepikan.

Justeru itu sambil menyambut baik langkah tersebut, beliau melahirkan kebimbangan peluang demikian tidak mungkin adil pada peringkat pelaksanaannya.

"Saya merasakan kebenaran berpolitik membabitkan 140,000 guru siswazah tidak mendapat sambutan yang baik daripada guru-guru kerana guru-guru sekarang ini lebih berminat dengan parti politik pembangkang iaitu Pakatan Rakyat dan amat sedikit bilangannya yang menyokong parti kerajaan Umno-Barisan Nasional.

"Saya juga yakin permohonan mereka di kalangan parti pembangkang akan ditolak kerajaan dengan pelbagai alasan. Malah guru-guru yang memohon di kalangan parti pembangkang akan dipandang serong oleh pihak kerajaan," katanya.

Nordin berkata, beliau mengakui dan bersetuju kenyataan KSN yang menyatakan salah satu sebab kelonggaran ini dibuat kerana mengenangkan guru-guru ini pernah aktif dalam politik pada satu masa dahulu terutamanya bagi guru Melayu dalam Umno.

Katanya, perkara tersebut berlaku sehingga tahun 1970-an dan sebelumnya tetapi selepas itu, guru-guru Melayu sudah agak bosan dan tidak berminat untuk berpolitik kerana perjuangan mereka tidak diberikan perhatian bahkan tidak dihormati terutamanya dalam isu-isu bahasa Melayu, pendidikan Melayu, ekonomi dan agama Islam.

Menurut beliau, ketidakpuasan guru-guru ini pernah berlaku dalam tahun 1959 apabila desakan guru Melayu pada ketika itu supaya kerajaan menubuhkan sekolah menengah Melayu ditolak.

"Akibatnya guru-guru Melayu telah keluar daripada Umno secara beramai-ramai," katanya.

Mengulas lanjut, Nordin turut menjangkakan berlakunya kekosongan pemimpin dalam Umno yang boleh mendokong perjuangan Melayu sebagaimana yang dikehendaki oleh perlembagaan Umno itu sendiri.

"Usaha terdesak kerajaan ini supaya guru-guru berpolitik semula membuktikan kerajaan Umno-BN bankrap dalam perjuangannya," ujar beliau.

Selain itu, katanya guru-guru juga merasa kecewa dengan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang mengorbankan 500,000 pelajar setahun yang diakui sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yasin.

"Ini menjadikan pukulan kepada beliau walaupun menteri (Muhyiddin) telah berjanji pada 2012 untuk pemansuhannya, tetapi kesan buruk itu sukar diubati dalam masa singkat," jelas Nordin lagi.

Disebabkan antara isu berkaitan orang Melayu yang berlaku, Nordin berkata ia boleh mengakibatkan minat guru-guru Melayu sukar dipulihkan untuk menyokong Umno.

"Mereka kecewa bahasa Melayu hari ini sudah menjadi bahasa kedua bahkan menjadi bahasa ketiga dalam negara ini.

"Di samping mengembalikan PPSMI ke dalam bahasa Melayu mulai 2012 tetapi peruntukan untuk memperkasakan bahasa Inggeris telah diberi peruntukan sebanyak RM5 bilion untuk lima tahun yang akan datang," katanya.

Selain itu, jelas Nordin, kedudukan pelajar-pelajar Melayu mula dipinggirkan dan hak mereka mengikut Perlembagaan terutamanya dari segi mendapatkan biasiswa dan peluang melanjutkan pelajaran.

Menurut beliau, suatu ketika dahulu, biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk ke luar negara, peruntukan untuk Bumiputera adalah 90 peratus.

Namun, tidak lama kemudian pada 2009, ianya dipinda kepada 55 peratus.

Tambah beliau, baru-baru ini dalam biasiswa yang dinamakan 'Biasiswa 1Malaysia' yang dikeluarkan oleh JPA telah mensyaratkan 9A+ dalam SPM.

"Saya dapati dalam sekolah-sekolah biasa, kebanyakannya tidak ada pelajar Melayu dan Bumiputera memasuki asrama penuh, jika adapun mungkin tidak sampai 10 peratus," katanya.

Beliau juga berkata, peluang untuk melanjutkan pelajaran di dalam negara juga telah diubah dasarnya berdasarkan kepada meritokrasi.

Katanya, akibat daripada penubuhan itu, pengambilan pelajar-pelajar ke Institusi Pengajian Tinggai Awam untuk sesi 2009/2010, peratus Melayu dan Bumiputera hanya 26 peratus.

Tegas beliau, kesemua faktor ini menguatkan lagi Umno-BN bakal hancur meskipun terpaksa membuka peluang kepada pendidik berpolitik semula.

Umno-BN Hanya Benar Guru Berpolitik Takut Skandal Rasuah, Penyelewengan Terbongkar

Oleh Fazli Othman

SHAH ALAM 29 Julai - Naib Presiden PAS, Dastuk Mahfuz Omar berkata sebab pemimpin Umno-BN tidak membenarkan semua anggota kerajaan berpolitik adalah kerana takut rahsia mereka merompak hasil negara terbongkar dan aktiviti mereka mengumpul kekayaan melalui tender dan projek kerajaan terjejas.

Beliau berkata tindakan kerajaan membenarkan guru berpoltik hanyalah untuk mendapatkan 'political mileage' kononnya kerajaan Umno-BN sekarang ini sudah bersifat terbuka.

Sambil mengalu-alukan kenyataan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan bahawa kerajaan membenarkan pegawai pendidikan melibatkan diri dalam politik tetapi pada yang sama, Mahfuz juga mempersoalkan mengapa tidak semua pegawai kerajaan tanpa mengira kira pangkat dibenarkan berpolitik.

Jelas Mahfuz, PAS sudah lama memperjuangkan hak guru dan kakitangan kerajaan supaya dibenarkan berpolitik kerana ramai antara mereka menyokong tetapi takut untuk bersama-sama akibat tekanan daripada Umno-Barisan Nasional.

"Kebanyakkan golongan pendidik sebelum ini yang menyokong Pakatan Rakyat telah dianiaya kerana apabila mengetahui mereka ini penyokong kuat Pakatan Rakyat.

"Golongan pendidik ini mempunyai pengaruh yang kuat sebab itu sekarang ini secara tiba-tiba Umno-BN membenarkan mereka berpolitik. Otak pemimpin Umno ini lembab, baru sekarang nak berikan guru kebenaran untuk berpolitik," kata Mahfuz ketika dihubungi Suara Keadilan.

Apa yang memusykilkan kata Mahfuz, mengapa hanya dua kategori pegawai pendidikan yang dibenarkan sedangkan sepatutnya seluruh kakitangan kerajaan diberikan kebenaran berpolitik.

"Bukan sahaja golongan pendidik bahkan pelajar-pelajar universiti juga patut diberikan peluang yang sama untuk berpolitik.

"Kenapa dihadkan kepada sesetengah anggota kerajaan sahaja?" soal Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Beliau turut menegaskan supaya pemimpin Umno-BN tidak mempolitikkan kakitangan kerajaan tetapi membenarkan mereka berpolitik tanpa mengira fahaman politik masing-masing.

"Jangan pula dijadikan dua kategori golongan pegawai pendidik ini sebagai pemantau dan bertindak sebagai mata dan telinga bagi memantau guru-guru yang lain yang menyokong Pakatan Rakyat bagi tujuan untuk memberikan tekanan dan ugutan terhadap mana-mana guru yang didapati menyokong kita," ujarnya.

Mohd Sidek berkata mulai 1 Ogos ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan melibatkan diri dalam politik.

Golongan tersebut tidak dibenarkan berpolitik kecuali Kumpulan Sokongan dengan syarat terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha kementerian.

Namun peraturan terbaru yang membenarkan pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 berpolitik yang diumumkan KSN tadi masih perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran terlebih dahulu.

PAS lancar Kempen Antisaman Ekor Isnin ini

Oleh Syed Mu’az Syed Putra


KUALA LUMPUR, 29 Julai – PAS akan melancarkan Kempen Antisaman Ekor Isnin ini bagi membela pemandu dan pemilik kenderaan yang disenarai hitam oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana mendakwa tindakan pihak berkuasa itu bertentangan dengan perlembagaan negara.

Jawatankuasa kempen itu yang diketuai oleh Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berharap dalam membantu mereka yang teraniaya kerana sistem saman ekor.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Mahfuz berkata jawatankuasa itu ditubuhan untuk memastikan halangan pemilik yang disenarai hitam itu boleh diselesaikan mengikut undang-undang yang sah.

“Ini kerana kita melihat tindakan menghalang pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan kerana mempunyai saman ekor amat bertentangan, malah kita akan kemukakan bukti bersama nanti,” katanya.

Beliau berkata kesalahan-kesalahan mengatakan pemilik kenderaan bersalah tidak wajar kerana tiada bukti yang kukuh.

“Tidak semestinya pemilik kenderaan bersalah apabila kenderaannya disaman oleh polis atau JPJ, mungkin orang lain yang menaiki kenderaan tersebut.

“Jadi ia tidak ada bukti jelas dan JPJ juga sebenarnya tidak mempunyai hak untuk menghalang pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan mereka.

“Ingin saya tegaskan bahawa kita tidak sokong pemandu yang memandu tanpa etika, cuma kita mahu JPJ bertindak adil kepada pemilik kenderaan,” katanya.

Difahamkan sejak September 2009, lebih 2.5 juta notis saman dikeluarkan kepada pesalah trafik dan daripada jumlah itu, sebanyak 1.07 juta pesalah trafik telah disenaraihitamkan oleh Polis Diraja Malaysia.

“Kita akan merangka tindakan yang akan diambil ke atas kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Saya tidak boleh beritahu sekarang, kena tunggu sidang media minggu depan,” kata Mahfuz.

Syor Lantik Satu Pengarah Untuk Satu GLC Sahaja

Oleh Norasikin Samsi

KUALA LUMPUR 29 Julai - Senator Dr S Ramakrishnan hari ini menggesa kerajaan supaya meminda dasar pelantikan pengarah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dengan melantik hanya seorang sahaja pengarah untuk mengendalikan satu syarikat GLC dan bukannya mewakili banyak syarikat seperti amalan sedia ada.

Kata beliau, pindaan itu perlu bagi memastikan pengurusan GLC dilaksanakan dengan lebih tersusun dan mendapat perhatian lebih khusus daripada pengarah yang dilantik itu.

"Kalau seorang menjaga lima GLC dengan terdapat hampir 30 hingga 40 anak syarikat di bawah jagaannya, bayangkan macam mana dia buat kerja, apa yang dia boleh sumbangkan untuk memenuhi tanggungjawab kepada kesemua syarikat yang dikendalikannya?

"Saya syorkan hanya satu pengarah untuk satu GLC, tidak boleh lebih daripada itu, jadi dia boleh memberi tumpuan terhadap syarikat yang diuruskan," katanya pada sidang media di lobi parlimen tengahari tadi.

Sebelum itu dalam jawapan kepada soalan Dr Ramakrishnan dalam Dewan Negara, Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Donald Lim berkata pelantikan tersebut dibuat oleh Lembaga Pengarah setiap GLC berdasarkan kepada garis panduan yang terkandung dalam Buku Hijau berkaitan meningkatkan keberkesanan lembaga yang diterbitkan oleh Jawatankuasa Putrajaya bagi prestasi tinggi GLC.

"Antara lain kriteria yang dinyatakan di dalam Buku Hijau adalah bagi memastikan setiap pengarah GLC yang dipilih berdasarkan kepada kelayakan masing-masing dan bukannya pertimbangan politik atau mempunyai hubungan mahupun kenalan baik kepada Menteri berkaitan," katanya.

Menurut Siang Chai, antara kriteria penting bagi setiap pengarah GLC termasuk memiliki pengetahuan serta kemahiran tertentu yang ditimba daripada pengalaman berkecimpung dalam pelbagai industri yang berkaitan dengan GLC yang mereka wakili.

Di samping itu, katanya mereka harus juga memahami dan sensitif kepada objektif pembangunan negara yang menjadi teras kepada setiap GLC.

"Kriteria-kriteria yang digunapakai untuk melantik pengarah GLC selama ini didapati berkesan dan sehubungan itu disebabkan faktor ini juga buat masa ini kerajaan tidak bercadang untuk menukar polisi sedia ada," kata Donald.

Elakkan Surat Sokongan Berunsur Perniagaan

Oleh Norasikin Samsi

SHAH ALAM 29 Julai - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mahu semua pemimpin termasuk Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, wakil rakyat dan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan agar mengelak daripada mengeluarkan surat sokongan yang berkaitan bagi mendapat peluang perniagaan.

Menurut beliau, surat sokongan bagi individu atau syarikat untuk mendapatkan kontrak perkhidmatan dan bekalan boleh menimbulkan konflik kepentingan serta menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap pentadbiran kerajaan negeri.

Bagaimanapun, Abdul Khalid menjelaskan surat sokongan untuk mendapatkan bantuan kebajikan adalah dibenarkan bagi membantu orang-orang dalam kesusahan dan memerlukan bantuan segera.

"Ini nasihat kita (kerajaan negeri) dan kita galakkan supaya pemberian surat sokongan itu adalah tertumpu kepada untuk menolong mereka yang memerlukan. Untuk bisnes, kita elakkan sebab dalam bisnes ada tender, ada cara pemilihan, dalam kontrak mesti memenuhi semua syarat-syarat kontrak itu sendiri.

"Oleh sebab itu, pemilihan-pemilihan itu dibuat dengan teratur tanpa ada sokongan, jadi sebab itulah kita galakkan tidak memberikan sokongan dan membenarkan mereka ini membuat permohonan dan menyertai tender-tender tersebut dengan cara yang telah diuruskan dan jika ia menang, ia akan mendapat keputusan dengan tidak mengasingkan pihak yang lain.

"Bagimanapun kita akan teruskan dan galakkan memberi sokongan untuk kebajikan seperti anak-anak masuk universiti, orang kurang upaya yang tidak mendapat kebajikan, saudara mara yang mendaftar peruntukan skim warga emas, dan banyak lagi perkara kebajikan termasuk rumah pangsa yang mengalami kerosakan lif.

"Jadi kita ada fail sokongan untuk kebajikan, kita juga ada fail sokongan untuk bisnes dan kontrak. Kita terima surat-surat itu tetapi kita asingkan yang mana kebajikan, yang mana bisnes tetapi yang kita tidak galakkan ialah untuk bisnes," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco semalam.

Dalam pada itu, Menteri Besar berkata kerajaan negeri juga akan meminta Datuk Bandar, Yang DiPertua dan agensi kerajaan untuk mengumpul semua surat sokongan yang telah dikeluarkan oleh semua pemimpin untuk diaudit dan dinilai keberkesanannya.

"Langkah ini akan menolong kerajaan negeri mengamalkan pentadbiran yang baik, dan berintergriti dalam pentadbiran membabitkan semua peringkat," katanya.

Menteri Besar berkata, beliau berasa malu kerana hasil siasatan berhubung kes melibatkan seorang ahli majlis yang menyalah-gunakan surat rasmi exco kerajaan untuk mendapatkan kontrak bagi kroninya dibocorkan (sehingga mendapat liputan akhbar).

Katanya lagi, kerajaan negeri akan menjalankan satu audit berhubung kejadian tersebut dan siasatan lanjut perlu dijalankan sebelum mengambil apa-apa tindakan ke atas individu terlibat.

Beliau mengulas laporan akhbar The Star yang menyebut, ahli majlis daripada parti DAP itu juga merupakan seorang pemimpin veteran dan mempunyai hubungan rapat dengan pimpinan parti negeri.

Ahli majlis berkenaan didakwa telah mendapatkan kontrak untuk kroni dan anggota keluarganya dengan menulis surat sokongan menggunakan surat rasmi seorang anggota exco.

Laporan berita itu menyebut ahli majlis DAP itu telah memperoleh kontrak bernilai lebih RM1 juta untuk 20 syarikat daripada majlis itu sejak berkhidmat pada Julai 2008.

Badan Peguam Malaysia Mahu Umno-BN Mansuhkan ISA

Oleh Norasikin Samsi

SHAH ALAM 29 Julai - Presiden Badan Peguam Malaysia, Ragunath Kesavan menuntut agar kerajaan Umno-Barisan Nasional menghormati dan menegakkan hak asasi rakyat Malaysia, seiring dengan taraf Malaysia sebagai ahli Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Tambah beliau, Malaysia kini terikat dengan tanggungjawab menegakkan piawaian hak asasi yang tertinggi, dan ini hanya boleh dicapai dengan pemansuhan undang-undang yang melanggar prinsip hak asasi manusia dan lain-lain perundangan yang membolehkan penahanan tanpa bicara serta penyekatan kebebasan bergerak rakyat di dalam kawasan sempadannya sendiri.

"Masanya kini tepat untuk kerajaan Umno-BN memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri yang telah membelenggu rakyat sejak 50 tahun lalu. Inilah masanya untuk membebaskan rakyat Malaysia daripada undang-undang yang tidak saksama dan adil," tegas beliau dalam sidang media di pejabat BPM Isnin lalu.

BPM telah menghantar satu memorandum kepada Kementerian Dalam Negeri pada 19 Julai lalu meminta pemansuhan ISA dan dua akta lain yang membenarkan penahanan tanpa bicara iaitu Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) dan Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985.

Memorandum itu turut menuntut pemansuhan Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Pencegahan Jenayah 1959 dan Akta Buang Negeri 1959 yang menghadkan pergerakan warga Malaysia di tanah sendiri.

"Akta-akta ini jelas melanggar prinspi-prinsip yang telah diperuntukkan di dalam Deklarasai Hak Asasi Sejagat 1948 serta knovensyen-knovensyen lanjutan selepas itu.

"Jika dibandingkan dengan negara-negara lain seperti Australia, Canada, United Kingdom dan Amerika Syarikat, mereka mempunyai peruntukkan menyeluruh melindingi keselamatan negara tanpa perlu mengabaikan kebebasan individu dan hak asasi manusia," kata Ragunath lagi.

Beliau seterusnya menjelaskan memorandum ini merupakan yang ke-10 dihantar oleh BPM dan kali ini, kementerian telah memberikan respons dengan menyatakan memorandum ini akan dikaji sebelum saranan dibuat.

"Jika kita mahu dihormati dan diberi perhatian oleh masyarakat antarabangsa, kita kena pastikan 'belakang rumah' kita bersih sebelum menunding jari kepada orang lain," jelas beliau.

Soi Lek Bangkit Isu Pasir Untuk Selamatkan MCA

Oleh Norasikin Samsi

SHAH ALAM 29 Julai - Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok berkata kritikan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengenai isu pasir di Selangor dibuat semata-mata mahu meraih perhatian dan mendapat sokongan semula masyarakat Cina yang semakin hari semakin hilang keyakinan terhadap MCA.

"Sikap terburu-buru Soi Lek untuk mengejar populariti di kalngan masyarakat Cina menyebabkan bekas Menteri Kesihatan ini mengenepikan fakta sebenar.

"Perbuatan Soi Lek yang tidak membuat kajian terlebih dahulu membuktikan beliau seorang pemimpin yang dangkal dan cetek ilmu pengetahuan mengenai isu perlombongan pasir di Selangor.

"Beliau perlu menerima hakikat bahawa penubuhan syarikat milik penuh kerajaan Selangor, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) telah berjaya meningkatkan kutipan hasil dan pembayaran royalti kepada kerajaan negeri," kata Teresa selepas mesyuarat Exco semalam.

Teresa menjelaskan, penubuhan KSSB ini bukan sahaja bertujuan mengaut keuntungan hasil perlombongan pasir malah telah berjaya mengawal industri pasir.

Menerusi tender terbuka juga katanya, KSSB berjaya mengurangkan kecurian pasir yang telah berlaku secara besar-besaran di bawah pentadbiran BN.

Katanya, meskipun aktiviti curi pasir masih dan tidak berjaya dibanteras sepenuhnya ketika ini, namun aktiviti curi pasir berterusan kerana tindakan yang diambil dilihat sekadar melepaskan batuk di tangga.

"Kritikan tidak berasas Presiden MCA ini menunjukkan sikap sebenar MCA yang suka membuat silap tetapi menyalahkan orang lain atas kesilapan itu. Namun sikap menuding jari kepada orang lain ini telah membinasakan MCA.

"Malah negara juga mengalami kerugian RM6 bilion dalam projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) disebabkan salah urus tadbir dan silap percaturan pemimpin-pemimpin MCA.

"Soi Lek hanya berdiam diri dalam isu ini walaupun beliau sedar pemimpin MCA yang menyebabkan kerugian besar melibatkan wang pembayar cukai.

"Oleh itu, Presiden MCA ini hanya layak menjadi orang terakhir yang bercakap mengenai pengurusan kewangan," katanya.

Teresa berkata Soi Lek bukanlah orang yang layak untuk membuat sebarang komen terhadap pengurusan kewangan kerajaan Selangor terutamanya melibatkan isu perlombongan pasir.

Beliau berkata, kritikan terhadap pengurusan pasir oleh Soi Lek membuktikan beliau ketinggalan dalam isu ini tanpa memeriksa fakta sebenar.

Sebelum membuat kritikan, Teresa menegaskan Soi Lek sepatutnya terlebih dahulu meneliti rekod kutipan hasil dan pembayaran royalti hasil perlombongan pasir di Selangor dan membuat perbandingan dengan angka-angka yang dicatatkan ketika pentadbiran Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat.

Menurut Teresa, sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan Selangor, hasil pengeluaran pasir tersebut meningkat berkali ganda sehingga RM15.3 juta sehingga pertengahan tahun ini berbanding kerajaan terdahulu yang hanya mencatatkan keuntungan hanya RM4.29 juta pada 2007.

"Angka-angka ini jelas membuktikan di bawah kerajaan Pakatan Rakyat, keuntungan dan royalti perlombongan pasir di Selangor telah melonjak berbanding di bawah pentadbiran BN.

"Ini jelas membuktikan kerajaan Pakatan lebih baik berbanding BN dalam pengurusan pasir tetapi Soi Lek hanya menutup mata dan membuat komen yang tidak berasas serta jauh menyimpang dari fakta sebenar," jelas Teresa lagi.

Pengusaha pasir Melayu Selangor setuju isu pasir tidak dipolitik

SHAH ALAM, 29 Jul – Pejabat Menteri Besar Selangor dan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) mengadakan dialog dengan Jawatankuasa Bertindak Pengusaha-pengusaha Pasir Melayu Selangor (JBPPPMS) berhubung isu perlombongan pasir.

Sesi dialog ini diadakan di Pejabat Menteri Besar semalam dihadiri Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin manakala KSSB diwakili Pengerusinya, Shukor Nagor, Ahli Lembaga Pengarah, Shuhaimi Shafie, Pengarah, Mohd Khairudin Othman dan Pengarah Eksekutif, Ir Ramli Majed,Pengerusi JBPPPMS, Tengku Datuk Shaiffuliazan Tengku Zainal Abidin telah menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selepas sesi dialog berakhir yang diserahkan kepada Faekah.

Faekah memberi jaminan kepada JBPPPMS akan melihat secara serius cadangan yang diutarakan dan akan memberi maklum balas dalam tempoh dua minggu.

Pertemuan ini diharapkan dapat menyelesaikan beberapa isu hangat sebelum ini yang mungkin diakibatkan oleh salah faham dan salah maklumat. Kerajaan Negeri dan KSSB berterima kasih kepada JBPPPMS atas cadangan dan kritikan. Pada masa yang sama JBPPPMS menyatakan rasa penghargaan mereka kerana kesudian Pejabat Menteri Besar menerima mereka.

Kerajaan Negeri dan JBPPPMS juga sepakat bahawa isu pasir ini tidak perlu dipolitikkan sehingga mengelirukan rakyat dan mendatangkan kebimbangan di kalangan pelabur asing serta tempatan.
Kedua-dua pihak juga setuju untuk bekerja sama bagi memastikan perlombongan pasir di Selangor dijalankan secara betul dan adil supaya hasilnya dapat dimanfaatkan semua rakyat.



[Sumber]

16 NGO kemuka memo mengenai isu air kepada MB Selangor

SHAH ALAM, 29 Julai — Enam belas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini mengemukakan memorandum kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, memohon persetujuan kerajaan negeri bagi projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2).

Memorandum disampaikan bersama oleh antara lain, Persekutuan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Selangor Water Watch dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), kepada anggota Exco negeri bagi Alam Sekitar, Pelancongan dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong, di pejabat Menteri Besar di sini.

Jurucakap NGO itu, Datuk N.Marimuthu, yang juga presiden Fomca berkata, memorandum itu antara lain menggesa kerajaan negeri bekerjasama dengan kerajaan persekutan dalam projek air itu oleh kerana penangguhannya akan mengakibatkan penduduk di Lembah Klang mengalami krisis air yang serius pada masa depan.

“Kami mahukan kerajaan negeri mewarta kawasan tadahan air kekal untuk menjamin kualiti bekalan air dan melindungi alam sekitar,” katanya kepada pemberita. – BERNAMA

Membezakan Antara Rasuah Dan Hadiah

Soalan: Kepada Dr Asri, saya berniaga tender kerajaan dan ingin memohon penjelasan Dr. Apakah perbezaan diantara rasuah dan hadiah? Kadang kala syarikat saya menghadiahkan sesuatu kepada pegawai yg terbabit sebagai tanda terima kasih walaupun hadiah itu tidak diminta oleh pegawai berkenaan. Adakah ini rasuah atau hadiah? Bagaimana pula jika memberi hamper sempena hari raya? Saya rasa macam kadang kala kita menyembunyikan rasuah dengan perkataan pemberian ikhlas. Harap Dr tolong huraikan.



Farid Ahmad, KL



Jawapan Dr MAZA: Sikap saudara yang berhati-hati tentang urusan rezeki atau sumber pendapatan dalam kehidupan ini amatlah dipuji. Ini satu tanda adanya nilai kesolehan dalam jiwa. Malang sekali di zaman kini, ramai yang kurang peduli soal halal dan haram hasil pendapatan yang diperolehinya. Soalan saudara asasnya mengenai perbezaan antara hadiah dan rasuah. Persoalan ini dibincang oleh para ulama sejak dahulu kerana bab ini sering disalahgunakan. Ramai yang mengambil kesempatan dengan permainan istilah yang seperti ini. Ada yang cuma menghalalkan rasuah dengan diberi nama hadiah. Saya jawab berdasarkan noktah-noktah berikut:



1. Adanya perbezaan antara rasuah dan hadiah. Rasuah adalah pemberian samada dalam bentuk harta atau manfaat tertentu yang bertujuan untuk memperolehi sesuatu yang bukan haknya, atau menzalimi hak pihak lain. Dalam Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwitiyyah ditakrifkan

“apa yang diberikan dengan tujuan memalsukan kebenaran dan membenarkan kepalsuan”. (lihat:, 22/220)

Adapun hadiah adalah pemberian atas sebab suka atau sayang tanpa sebarang tuntutan atau ganjaran balas yang disyaratkan. Al-Imam al-Mawardi merumuskan “rasuah apa yang diberikan kerana menuntut sesuatu, hadiah pula apa yang disumbang tanpa sebarang balasan”. Ertinya, pemberi rasuah mengharapkan sesuatu balasan yang dia tidak dapat memperolehinya tanpa sogokan tersebut. Dengan pemberian tersebut menyebabkan ada pihak lain yang dizalimi haknya; samada dihilangkan, atau dikurang, atau dilambat atau aka nada pihak yang dikenakan suatu tindakan yang tidak adil. Maka, rasuah merupakan pemberian bersyarat, sementara hadiah bukan pemberian bersyarat dan tidak menyebabkan kezaliman kepada pihak lain. Rasuah dikeji oleh Islam, sementara hadiah digalakkan.

2. Berdasarkan kepada penjelasan di atas, maka orang yang paling dapat mengesan sesuatu pemberian itu rasuah atau hadiah ialah pemberi itu sendiri. Hanya dia yang tahu bagi setiap pemberian yang dihulurkan. Adakah dia mengharapkan sesuatu pada masa tersebut, atau pada masa hadapan dari pihak yang diberikan, sedangkan apa yang harapkan itu dia tidak layak memperolehinya sedemikian rupa?

Selepas itu, pihak yang mengambil juga amat mengetahui bahawa pemberian itu memberikan kesan kepada urusannya atau tidak. Adakah pemberian tersebut akan menyebabkan dia terasa untuk akan membalas ‘budi’ pihak berkenaan dengan memberikan kepadanya apa yang bukan haknya, atau menzalimi hak orang lain?

Sabda Nabi s.a.w:

“Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat” (Riwayat al-Bukhari).

Juga sabda Nabi s.a.w:

“Kebaikan itu apa yang menenangkan jiwa, sementara kejahatan itu keraguan dalam jantung hati, teragak-agak di dada sekalipun manusia memberi fatwa kepadamu ( ianya baik)” (Riwayat Ahmad dan al-Darimi dengan sanad yang hasan).

Ertinya, sekalipun jika ada yang berfatwa untuk menghalalkan yang salah, nmun jiwa mukmin yang ikhlas akan tetap teragak-agak dan ragu mengenainya. Justeru, jika pemberi dan penerima mempunyai perasaan takutkan azab Allah, mereka sendiri dapat memutus apakah nilai pemberian yang diberi atau diterima tersebut.

3. Ertinya, jika pemberian itu atas dasar persahabatan yang tiada kaitan sama sekali dengan jawatan dan kedudukan yang dipegang, maka itu adalah hadiah. Jika ia diberikan kerana jawatan dan kedudukan yang boleh memutuskan sesuatu hak, maka itu adalah rasuah. Perkara ini pernah diingatkan oleh Nabi s.a.w mengenai pegawai atau petugas kerajaan yang mengambil hadiah yang kononnya diberikan kepada mereka. Sabda Nabi s.a.w:

“Apa jadi dengan pegawai yang kita utuskan, kemudian pulang dan berkata: “Ini bahagian kamu, ini bahagian aku. Silakan dia duduk di rumah ayah dan ibunya, lalu tunggu adakah akan diberikan hadiah kepadanya atau tidak?! Demi Allah, dia (pegawai berkenaan) tidak mengambil sesuatu melainkan pada Hari Kiamat nanti dia akan menanggung pemberian itu atas tengkoknya.” (Riwayat al-Bukhari).

Maka, seseorang penguasa atau pegawai atau petugas hendaklah merenung dirinya, pemberian yang diberikan kepadanya itu mempunyai kaitan dengan jawatan yang dipegangnya atau tidak. Jika ada kaitan yang akan mempengaruhi tindakannya atau akan mengganggu keadilan atau amanahnya, maka itu adalah rasuah. Kesan itu samada secara langsung atau secara tidak langsung. Jika pemberian itu atas dasar sahabat dan kenalan, ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa, dan tiada ruang untuk penyalahgunaan kuasa maka ia dinamakan hadiah. Ini seperti kita memberikan hadiah kepada sahabat kita sekalipun dia seorang pegawai besar dalam sesuatu urusan. Namun pemberian itu bukan kerana atau untuk penyalahgunaan kuasa maka itu dianggap hadiah.

4. Rasuah boleh muncul dalam berbagai bentuk; samada harta atau manfaat tertentu yang diberi atau dijanjikan. Juga dengan rasuah hak pihak lain itu boleh dicemari atau dizalimi dalam pelbagai cara. Ini seperti pemberian itu akan menyebabkan disegerakan urusan kita, sehingga menyebabkan terlewatnya urusan pihak lain. Atau jika dalam bentuk persaingan tender seperti zaman sekarang, pemberian rasuah boleh menafikan hak pihak lain untuk dinilai, atau menghapuskan persaingan yang adil antara pihak-pihak yang terlibat. Rasuah juga boleh menzalimi majikan seperti pegawai mengabaikan kualiti kerja disebabkan habuan yang disuap. Juga rasuah juga boleh menyebabkan ada pihak yang akan dihukum secara tidak adil. Firman Allah: (maksudnya)

“dan janganlah kamu makan (mengambil) harta antara kamu dengan cara yang batil, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan cara dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)” (Surah al-Baqarah, ayat 188)

5. Rasuah atas nama hadiah boleh merosakkan rakyat dan negara. Lihat sahaja negara seperti Mesir yang setiap kerja yang sepatutnya berjalan dengan baik terbengkalai kerana setiap urusan akan menuntut wang saguhati atau tips. Bermula dari driver bas di Airport Kaherah sehinggalah ke pihak-pihak yang lebih atas. Apabila keadaan ini berlaku orang miskin susah hendak berurusan kerana mereka tidak mampu memberikan ‘hadiah’ kepada pegawai-pegawai yang bertugas. Kualiti kerja menjadi rosak. Perasaan tanggungjawab terhadap tugas diukur dengan hadiah yang pernah diberikan atau yang akan diberikan. Maka rasuah merangkumi kesalahan berbohong dan khianat.

6. Adapun pemberian untuk mengelakkan kezaliman seperti memberikan suapan kepada sesuatu pihak bagi melepaskan diri dari kezaliman atau memperolehi hak yang sepatutnya. Ini seperti merasuah petugas kepada penguasa yang zalim demi melepas sesuatu kezaliman kepada diri sendiri atau pihak tertentu, atau mengembalikan sesuatu hak yang diambil dengan cara yang zalim, maka Dr. Al-Qaradawi berpendapat bahawa jika keadaan seperti itu berlaku, seseorang hendaklah berusaha dengan cara yang tidak merasuah sesiapa. Namun jika tiada jalan dan terpaksa, maka dosa tersebut ditanggung oleh pihak yang mengambilnya, tidak atas pihak yang memberikan suapan tersebut (lihat: al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, m.s 300, Beirut: al-Maktab al-Islami).

7. Perbuatan rasuah adalah dosa yang besar. Sabda Nabi s.a.w:

“Allah melaknat pemberi rasuah dan penerimanya” (Riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah, dinilai sahih oleh al-Albani).

Apa tidaknya, rasuah boleh meruntuh keseluruhan sistem keadilan dalam sesebuah masyarakat. Kata Saidina Ali bin Abi Talib:

“Sesungguhnya binasanya manusia terdahulu kerana mereka menghalang kebenaran sehingga ianya dibeli. Mereka membentangkan kezaliman sehingga ianya ditebus”. (Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar‘iyyah, 1/201. Beirut: Muasasah al-Risalah).

8. Hadiah yang ikhlas adalah digalakkan oleh Islam. Sabda Nabi s.a.w:

“Berilah hadiah nanti kamu akan sayang menyayangi” (Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad).

Ya, hadiah yang jujur kepada sahabat atau bakal pasangan hidup akan menimbul kenangan dan ingatan. Kasih-sayang tanpa kepentingan itu amat tinggi nilainya dalam kehidupan insan. Hadiah satu jalan mengeratkan hubungan antara kita atas kejujuran dan keikhlasan jiwa.

[Sumber]

Semasa

Hiburan

Sukan

 

© Copyright Kerabu Bersuara 2007 -2013 | Design by Kerabu Bersuara | Published by Kerabu Bersuara Group | Powered by Blogger.com.