News Update :

Politik

Kenyataan

Agama

Dunia

Pilihanraya di Malaysia: BN pernah kalah — Loyar Muda

October 31, 2010

31 OKT — Dua pilihanraya kecil akan berlangsung tidak lama lagi. Suara-suara biasa kedengaran lagi dengan janji yang bernilai jutaan ringgit.Kadang-kadang kita naik hairan kenapa baru sekarang baru ‘terfikir’ nak buat itu ini sedangkan ketika jadi wakil rakyat dulu tak pernah pula nak merancang buat pelbagai projek. Berbillion ringgit bakal ditaburkan, duit akan mempengaruhi fikiran dan kepercayaan rakyat.

Tetapi dunia sentiasa berubah. Pilihanraya kecil di Sibu telah membuktikan bahawa tidak semua boleh dibeli dengan duit. Malangnya, siasatan berkaitan wujudnya rasuah sewaktu kempen pilihanraya tersebut hanya tinggal bahan bacaan semata-mata.

Sistem pilihanraya di Malaysia mengamalkan single plurality system atau bahasa mudahnya ‘yang menang ambil semua’. Calon yang menang tidak perlu mendapatkan majority undi 51 peratus, cukup apabila beliau mendapat undian tertinggi maka beliau layak untuk menjadi wakil rakyat. Justeru system ini telah mengakibatkan ketirisan antara jumlah kerusi yang dimenangi serta jumlah undi yang diperolehi sewaktu pilihanraya berlangsung.

Sebagai contoh, dalam pertandingan tiga penjuru calon A barangkali mendapat undian 40 peratus manakala 30 peratus diberikan kepada calon B dan 30 peratus kepada calon C. Calon A diisytiharkan menang. Jika diperhatikan balik calon A sebenarnya mendapat undian minoriti yakni sebanyak 40 peratus sementara undi yang tidak menyokong beliau sebanyak 60 peratus, Justeru yang kedengaran di Dewan Rakyat adalah suara yang mewakili 40 peratus sahaja, sementara baki 60 peratus tidak kedengaran.

Kita hanya mengetahui akan jumlah kerusi yang dimenangi oleh parti-parti yang bertanding dalam pilihanraya tetapi saya bertuah kerana melalui proses pembelajaran undang-undang, saya dapat mengetahui bahawa jumlah kerusi yang dimenangi bukanlah bererti jumlah sokongan yang diperolehi oleh parti tersebut.

Ambil contoh pilihanraya umum 2008. Barisan Nasional memperolehi 140 kerusi sementara Pakatan Rakyat memperolehi 82 kerusi. Tetapi jumlah undi keseluruhan yang diterima oleh Barisan Nasional ialah sebanyak 4,082,411 sementara Pakatan memperolehi 3,796,464. Jika ditukar kepada peratusan, maka BN hanya mendapat 50.6 peratus undian sementara 49.4 peratus dimenangi oleh PKR. Hal begini adalah biasa berlaku di negara yang mengamalkan sistem pilihanraya sebegini.

Satu lagi contoh menarik ialah sewaktu pilihanraya 2004 apabila media begitu ‘teruja’ mewar-warkan BN memenangi kerusi di Parlimen sebanyak 90.41 peratus tetapi apabila dinilai jumlah undian, BN mendapat 63.9 peratus.

Namun, yang pasti mengejutkan ialah pada tahun 1969 di mana Parti Perikatan memenangi kerusi di Dewan Rakyat sebanyak 66 peratus tetapi hanya mendapat 49.3 peratus jumlah undian keseluruhan. Ini bererti pada tahun 1969 Parti Pembangkang sebenarnya secara ‘teknikal’ telah memenangi jumlah peratusan undi keseluruhan dengan peratusan sebanyak 50.7 peratus, rujuk: http://www.iseas.edu.sg/trends120.pdf

Apabila diteliti kembali, pada tahun 2008 BN hanya menang 1.2 peratus jumlah undian berbanding Pakatan Rakyat. Sekiranya fakta ini tidak diambil peduli oleh kerajaan maka tidak mustahil pada pilihanraya akan datang BN akan mengalami kekalahan dari segi jumlah undian apatah lagi melihat kepada faktor-faktor semasa termasuklah kedudukan Malaysia dalam indeks rasuah, dasar ETP yang bertentangan dengan moral masyarakat serta jumlah pengundi muda yang akan membentuk hampir 49 peratus pengundi dalam pilihanraya akan datang, pastinya ini juga satu petanda bahawa PR boleh memenangi jumlah undian dalam pilihanraya akan datang.

Atau mungkin PR juga boleh memenangi kerusi di Dewan Rakyat? Kuasa di tangan rakyat. Rakyat yang menentukan siapa yang akan memegang tampuk kuasa kerajaan. Gunakan hak anda sebagai rakyat Malaysia untuk mengundi. Perubahan hanya boleh dilakukan oleh rakyat yang sedar akan pentingnya integriti, ‘kebersihan’ dan kejujuran dalam berpolitik serta berkempen. Sepertimana yang ditekankan sebelum ini,

Tidak semua boleh dibeli dengan duit!

* This is the personal opinion of the writer or publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified.

(Video) Gol-gol Kelantan Melawan Negeri Sembilan





Warisan Merdeka - Mewariskan penentangan

Usaha PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd untuk membangunkan project mega Warisan Merdeka yang setinggi seratus tingkat itu mendapat tentang yang menyeluruh dari rakyat dan PNB sedang mencari jalan untuk menepis tentangan ini. Semasa saya menulis artikel ini seramai 205000 orang telah menzahirkan penolakkan itu melalui facebook ‘1Malaysians Reject 100 storey mega towers’.

Angka 205000 orang itu hanyalah merupakan angka dikalangan mereka yang melayari facebook yang giat dan pandangan rakyat ini tidak boleh dipandang enteng oleh pihak kerajaan BN yang memerintah sekarang. Jika kerajaan tidak mengambil berat tentang isu ini maka ianya akan menjadi isu yang boleh membawa keruntuhan kepada kerajaan yang ada pada hari ini.

Walaupun pimpinan memberi alasan yang wang yang digunakan untuk membangunkan projek mega itu bukan wang kerajaan, maka rakyat ingin bertanya pula; wang untuk penubuhan PNB itu datangnya dari mana? Sudah tentu wang itu bukan turun menggolek dari kayangan; ianya datang dari wang kerajaan yang kepunyaan rakyat dan ianya diberikan kepada PNB untuk menjayakan bidang ekonomi yang lain. Alasan untuk menjadikan bangunan ini sebagai lambang kejayaan orang Melayu itu menunjukkan yang kita masih berkhayal dengan kosmetik penampilan. Orang Melayu kini mahukan kejayaan bukannya dengan lambang semata-mata.

Sikap menunjuk-nunjuk ini elok dihentikan dan pemimpin kita tidak boleh memandang mereka yang menolak ini semata-mata untuk menolak sahaja. Diantara mereka yang menolak itu adalah orang-orang yang berfikir dan jika pimpinan memandang rendah kepada pandangan mereka maka BN harus bersedia untuk menghadapi risiko untuk ditolak didalam piliharaya yang akan datang.

Rakyat sekarang bukan lagi seperti rakyat dua dekad yang lalu dimana mereka mudah diperkotak-katekkan; mereka mahukan suara mereka didengar dan diambil perhatian. Sudah tamat waktunya dimana segala-gala yang datang dari atas itu disambut baik kerana rakyat sudah begitu curiga dengan apa sahaja yang dilakukan oleh lerajaan kerana pengalaman yang sudah-sudah. Didalam melaksanakan satu-satu projek mega itu selalunya mengendungnya sekali elemen rasuah dan ketirisan dalam jumlah yang terlalu besar.

Sebenarnya inilah salah satu indikasi yang pimpinan sekarang sedang menghadapi ‘crisis of confidence’ dan persepsi ini bukan mudah untuk dihapuskan. Kalau tuduhan saya ini tidak benar masakan BN hampir tersungkur didalam pilihanraya umum yang lalu. Penganalisa-penganalisa politik mempunyai pandangan yang ‘conclusive’ yang jika berlaku ‘swing’ sebanyak 8 peratus sahaja sokongan dari BN kepada barisan pembangkang maka riwayat BN selepas PRU 13 yang akan datang akan tamat secara ‘unceremonious’.

Jika PNB benar-benar ingin memainkan peranan dalam pembangunan negara (nation building) institusi gergasi ini lebih molek jika memberikan tumpuan kepada bidang pendidikkan dan pembangunan insan terutamanya dalam membina kumpulan pekerja mahir yang akan lebih memberikan keuntungan kepada negara dalam jangka masa yang panjang. Untuk menjadikan negara ini sebagai negara maju kita perlukan kumpulan pekerja mahir dan sekali gus boleh menyelesaikan masalah pekerja tidak mahir yang membanjiri negara kita dalam jumlah yang begitu besar.

Dalam tulisan saya beberapa hari yang lalu saya telah menyuarakan perasaan ramai orang yang mengimpikan hidup dalam negara maju yang mempunyai dasar-dasar yang boleh membina kelas menengah yang besar dikalangan rakyat dinegara kita. PNB boleh mengasingkan jumlah dana yang besar dari keuntungan yang diperolehi dari pelaburannya untuk dikembalikan kepada rakyat dengan membangunkan bidang pendidikkan yang ketika ini belum mencukupi untuk menjadikan rakyat negara kita rakyat yang bertaraf dunia.

Blog ini telah menulis beberapa kali untuk memberikan pandangan kepada pihak yang ingin mendengarnya; iaitu kita mesti mengikut dan meneladani contoh-contoh yng baik yang dilakukan oleh pimpinan negara yang sudah maju dan yang mempunyai rakyat yang berpendapatan yang tinggi.

Saya telah menyebut negara-negara Scandinavia yang lebih maju dari negara G8 dalam mana pendapatan rakyatnya adalah 30 peratus lebih tinggi dari negara maju G8 itu. Disana tidak ada menara pencakar langit dan tidak ada apa-apa yang tertinggi, terpanjang dan terbesar dalam dunia. Yang ada hanyalah kerajaan yang membina negaranya mengikut kehendak rakyatnya dan mereka akur kepada undang-undang dan lebih-lebih lagi terhadap etika kepimpinan mereka.

Pemimpin-pemimpin negara ini tidak pun memaparkan wajah-wajah mereka melalui media letronik setaiap hari dan masa kerana mereka tidak memberikan ‘priority’ untuk menonjolkan imej peribadi mereka. Mereka hanya menunjukkan kemampuan mereka untuk membangunkan rakyat dengan fokus.

Tidak ada pun pemimpin dikalangan negara-negara ini yang dikenali oleh masyarakat antarabangsa dan saya ulangi mereka tidak ada ‘first ladies’ yang membelanjakan wang rakyat untuk mengendalikan ‘summit’ dikalangan ‘first-ladies’ kerana itu bukannya ‘priority’ kepada kehendak rakyat jelata dan pentadbiran kerajaan mereka.

Mereka tidak ada memberikan fokus untuk ber ’glamour’ dengan membangunkan pusat pentadbiran yang memakan belanja dari wang rakyat seperti yang kita lakukan disini. Britain merupakan gergasi ekonomi dan ketenteraan dunia tetapi pentadbiran negara maju itu hanya meletakkan pejabat PMnya diDowning Street, London yang terletak dihujung Downing Street, seolah-olah hanya sambungan kepada rumah kedai dijalan itu. Tetapi disitulah letaknya kuasa dunia yang terbesar.

Pejabat PM Britain kekal disitu sejak ratusan tahun yang lalu dan negara itu tetap maju dan pernah menjajah hampir separuh dunia ini suatu ketika dulu dan negara kita merupakan salah satu negara jajahan mereka. Kalau diikutkan kata akal, Britainlah yang sepatutnya membina pentadbiran kerajaan seperti yang ada diPutrajaya itu.

Kita terlalu memberikan tumpuan kepada ‘glamour’ dan masih kekal terkepong dengan ‘mentality’ pemimpin dunia ketiga walaupun pimpinan kita beretorik untuk menjadikan rakyat negara ini sebagai rakyat dunia pertama. Kita terlalu berbangga dengan structure bangunan yang mahal-mahal dan cantik-cantik tetapi kita hilang fokus kepada kehendak harian penduduk yang masih jauh ketinggalan terutamanya bumiputra yang sedang terkial-kial untuk hidup.

Dalam isu membangunan Warisan Merdeka ini kita tidak memberikan pertimbangan keadaan kesesakkan lalu lintas yang sekarang ini menjadi masalah besar kepada penghuni Kuala Lumpur. Kita belum pun lagi menyelesaikan masalah ini dan ditambah pula dengan pembangunan yang akan membuatkan keadaan kesesakkan itu lebih parah lagi.

Dengan pembangunan ini jika dilakukan juga nilai tanah disekitarnya akan naik melambong dan disini kita bertanya lagi, siapakah yang empunya tanah-tanah disekeliling Menara Warisan Merdeka ini? Jika kita ingin lakukan juga hasrat untuk menunjuk-nunjuk ini, tidak boleh kah kita bangunkannya dikawasan-kwasan yang mana tanah disekelilingnya dipunyai oleh kaum bumiputra supaya orang Malayu dan Bumiputra ini boleh menumpang dari pembangunan raksaksa ini?

Jika ianya dibangunkan dikawasan yang tanah dan ‘properties’ disekelilingnya yang dipunyai oleh orang Melayu maka nilai tanah-tanah orang Melayu ini akan naik dan memberikan faedah kepada mereka. Kita sekarang tidak lagi melakukan usaha pembangunan dengan memberikan pertimbangan dari sudut ‘pembangunan social dan economic engineering’ seperti apa yang dilakukan dalam DEB dahulu.

Pendeknya penentangan terhadap pembangunan Warisan Merdeka ini ada ‘basis’nya. Orang ramai bukan hendak menentang semata-mata untuk menentang. Kalau tidak ada arus yang kuat masakan sampah sarap hanyut sampai kemuara.

[Sumber]

Terkini! 31.10.10 - Cuti Peristiwa, Kemenangan The Red Warriors Di Bukit Jalil!

Timbalan menteri besar Kelantan, yang mewakili Menteri Besar, sebentar tadi telah mengumumkan cuti peristiwa pada Ahad, 31.10.10, bersempena kejayaan skuad Red Warriors membawa pulang Piala Malaysia.

Terima kasih diucapkan kepada MB Kelantan.

Tahniah diucapkan kepada pemain-pemain yang mempamerkan semangat juang yang tinggi walaupun ketinggalan pada separuh masa pertama. Gol pertama hasil tandukan Hai-O nampaknya telah membangkitkan semangat pemain-pemain dan hasilnya beberapa minit kemudian, Piya memastikan gol kemenangan untuk memastikan Piala Malaysia di bawa pulang ke Kelantan buat julung-julung kalinya.

Sorakan yang tidak putus-putus dari penyokong-penyokong Kelantan juga telah memberi inspirasi kepada pemain-pemain untuk terus berjuang hingga ke minit terakhir, walaupun dalam keadaan injured spt Hai-O dan Daudsu.

Terima kasih sekali lagi kami ucapkan kepada pemain-pemain yang memastikan Piala Malaysia di bawa ke tanah Cik Siti Wan Kembang. Terasa pengorbanan kami selama ini terbalas. Terima kasih.

Live update: jalan tengah sesak! macam kat kota bharu jadinya!

Kelantan Catat Sejarah, Muncul Juara Piala Malaysia 2010

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Kelantan melakar sejarah negeri apabila buat julung kali menjulang Piala Malaysia, setelah menewaskan juara musim lepas Negeri Sembilan 2-1, pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini Sabtu malam.

Kemenangan itu turut menebus kehampaan tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan pada saingan akhir piala paling berprestij Liga Malaysia itu musim lepas, selain menamatkan kemarau selama 55 tahun sejak kali pertama Kelantan mara ke pusingan akhir pada 1955, ketika piala tersebut dikenali sebagai Piala H.M.S Malaya.

Negeri Sembilan memperolehi gol pertama seawal minit ke-13 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Shahurain Abu Samah.

Pengadil perlawanan Subkhiddin Mohd Salleh memberi sepakan itu kepada Negeri Sembilan setelah penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat menjatuhkan S. Kunalan dalam kotak penalti.

Negeri Sembilan terus mengasak pintu gol Kelantan menerusi beberapa serangan namun gagal menembusi kekentalan benteng lawan yang dibarisi Mohd Daudsu Jamaludin, Mohd Farisham Ismail dan Rizal Fahmi Abdul Rosidi.

Bersambung babak kedua, 'The Red Warriors' yang ditemani sekurang-kurangya 60,000 penyokong terdesak untuk mencari gol dan melakukan beberapa asakan yang akhirnya membuahkan gol penyamaan pada minit ke-57.

Hantaran luar Norshahrul Idlan Talaha tidak disia-siakan Ketua Pasukan 'The Red Warriors' Indra Putra Mahayuddin yang menanduk dan merobek gol Negeri Sembilan.

Kelantan semakin garang apabila Mohd Badri Mohd Radzi menambah jaringan pada minit ke-65 hasil hantaran cantik Mohd Norfarhan Muhamad.

Ketiadaan tonggak utama Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak yang terpaksa dikeluarkan selepas mengalami kecederaan menyebabkan Negeri Sembilan semakin tertekan apabila ketinggalan 1-2.

Bagi mengukuhkan kubu pertahanan, jurulatih Kelantan B. Sathianathan mengambil tindakan bijak memasukan Akmal Rizal Ahmad Rakhli dan Khairan Eroza Razali.

Strategi itu berjaya apabila tamat masa permainan menyaksikan Kelantan muncul juara Piala Malaysia musim ini selepas berjaya mempertahankan kedudukan 2-1 menewaskan Negeri Sembilan.

Live suasana awal stadium bukit jalil

October 30, 2010


Live suasana awal stadium bukit jalil
Originally uploaded by Atendent

Ni gambaran awal suasana dalam stadium bukit jalil.

Live Osman Kering Dikir Barat


Live Osman Kering Dikir Barat
Originally uploaded by Atendent

Boleh tengok pelakon osman kering tengah berdikir di atas pentas di stadium bukit jalil.

Laporan dari ajil dari bukit jalil.

Perhimpunan Umno gagal perdaya Melayu

Oleh Mohd Rashidi Hasan

PERHIMPUNAN Agung Umno yang baru berlangsung minggu lepas, boleh disifatkan perhimpunan golongan syok sendiri yang gagal memperdaya rakyat, khususnya di kalangan orang-orang Melayu. Mereka syok sendiri kerana mereka menyangka mereka merupakan sebuah parti yang kuat dan masih berpengaruh dalam negara.

Perasaan sangka hebat itu wujud, kerana seluruh media massa, sama ada akhbar atau televisyen diarahkan membuat liputan besar-besaran, semakin menyerlahkan wajah mereka sebagai media talibarut Umno.


Habis semua pemimpin, perwakilan dan pemerhati Umno berasa amat megah dan bertuah kerana kononnya menunjangi satu-satunya parti politik Melayu yang terbesar dalam negara.

Perhimpunan Umno hanya dipenuhi dengan ungkapan ampu-mengampu pemimpin, gurindam, pantun dan seloka buat pengubat duka nestapa akibat kemerosotan sokongan sejak Pilihan Raya Umum ke-12, 8 Mac 2008.

Para pemimpin dan perwakilan yang berucap, seumpama memalu gendang-gendang yang kosong buat penghibur juak-juak yang hadir di Dewan Merdeka, PWTC.

Dalam kemegahan menayangkan perhimpunan mereka, mereka membuat pelbagai janji dan peruntukan kepada kononnya orang-orang Melayu, seolah-olah harta milik negara dijadikan harta pusaka Umno.

Dengan bongkaknya pemimpin Umno mendakwa jasa Umno begitu besar. Kerana katanya, peruntukan Umno yang bagi, naik elaun JKKK Umno yang bagi, pembangunan negara Umno yang buat, pendek kata banyak lagi Umno yang bagi. Rakyat yang menolak Umno dianggap tidak mengenang jasa Umno.

Mereka betul-betul tidak sedar diri. Yang pemimpin Umno bagi kepada rakyat itu duit 'mak bapak' mereka ke? Sedarlah diri sedikit. Duit kerajaan bukan duit Umno. Duit itu datang dari mana? Duit itu datang dari saku rakyat. Duit hasil pembayar cukai dan sebagainya.

Sama dengan duit yang ditabur sewaktu pilihan raya. Sama dengan projek yang ditabur sewaktu pilihan raya. Semua wang dan projek itu bukannya wang Umno. Ia adalah wang rakyat, yang disalahurus dan disalahgunakan oleh Umno.

Duit rakyat dikatakan duit Umno. Hakikat inilah yang menyebabkan rakyat di luar sana, begitu meluat dengan gelagat pemimpin Umno yang senantiasa 'perasan' kononnya di tangan merekalah nasib bangsa Melayu disandarkan.

Perhimpunan Umno bukannya dibincangkan permasalahan dan keperluan rakyat. Ia merupakan medan untuk pemimpin Umno 'memberi makan' juak-juak yang kelaparan. Ia dijadikan medan untuk orang-orang Umno, untuk leka dibuai perasan, kononnya mereka masih relevan.

Dalam satu pembaca kepada penulis, mencatatkan:

"Mohon saudara menulis hentam balik Umno, perhimpunan Umno yang paling ceroi. Tiada idea selain mencaci hina pembangkang, macam budak-budak. Orang Melayu di mana-mana pun meluat tengok perangai Umno."

Pada suatu malam, sedang TV3 memancarkan buletin utama memaparkan pemimpin Umno sedang berucap, seorang pekedai borong di Selayang memberi komen spontan," Ini semua menipu rakyat, kata tolong rakyat, tapi harga minyak, harga barang semuanya naik."

"Saya pun naik meluat, asyik-asyik muka ini sahaja yang keluar tv, surat khabar hari-hari," kata seorang pembeli.

Ini sekadar contoh daripada banyak lagi rungutan rakyat terhadap pemimpin Umno dan parti Umno yang jelas 'me mak bapak kan' harta, media negara.

Pemimpin Umno tidak menjawab secara jelas bertapa elaun JKKK lebih tinggi daripada elaun imam dan guru Kafa? Tidak dibincangkan mengapa peruntukan untuk projek Permata yang tidak menyeluruh, lebih besar dari peruntukan sekolah agama di seluruh negara?

Mengapa pemimpin-pemimpin dan orang Umno tidak membincangkan, siapa di antara mereka, atau berapa ramai yang berhimpun di PWTC, yang membeli seluar dalam dan baju dalam dari luar negara sehingga kerajaan terpaksa menghapuskan cukai?

Sekarang kita tanya pak-pak lebai, imam-imam kampung, guru-guru Kemas, petani, penternak atau dari kalangan wanita Umno, apakah faedah yang mereka dapat dari penghapusan cukai untuk seluar dalam, baju dalam yang diimport, dan sebagainya?

Jelasnya yang memberi barangan import ini semua hanyalah isteri-isteri orang kenamaan, orang-orang kaya, orang-orang standard. Orang miskin, rakyat biasa, tidak mendapat faedah apa-apa.

Fakta-fakta ini hanya menunjukkan, pemimpin Umno-BN hanya bertungkus lumus melindungi kepentingan kelompok mereka sahaja, bukan rakyat kebanyakan.

Dari sudut pertembungan ideologi mengapa tidak dibincangkan pertembungan antara ideologi 1Malaysia dengan perjuangan Melayu Umno?

Mengapa perwakilan Umno tidak berani membangkitkan soal syarikat Yahudi APCO Worldwide yang dibayar puluhan juta untuk 'mensucikan' imej Perdana Menteri, Umno-BN? Apakah seluruh perwakilan Umno setuju kerajaan Umno-BN membiayai syarikat Yahudi?

Apakah seluruh pemimpin dan perwakilan Umno yang berhimpun di PWTC sudah bisu atau minda mereka sudah diresapi minda Zionis?

Kalau hendak dicatat di sini, banyak sungguh perkara yang kita boleh gasak balik Umno-BN. Cukuplah sekadar ini dahulu.

Justeru bagi penulis, persoalan yang harus diajukan kepada Umno, apakah selepas berhimpun selama lima hari, dengan liputan penuh akhbar, televisyen yang menjadi alat, propaganda umno berjaya mempengaruhi rakyat kembali menyokong umno?

Apakah dengan propaganda itu rakyat berjaya diperdaya sehingga percaya Umno sudah pulih?

Orang Umno sendiri tidak akan percaya bahawa Umno kini sudah pulih. Yang mereka seronok sewaktu perhimpunan ialah kerana dapat duit, dapat makan free, dapat duduk hotel mewah, dapat shopping di Kuala Lumpur. Itu sahaja.

Seperti kata Pengarah Pilihan Raya BN bagi Dun Galas, Tengku Razaleigh Hamzah, yang mendakwa tidak wujud sebarang reform yang tulen dibentangkan dalam Pehimpunan Agung Umno.

"It will be the same thing. There will be a lot of talk followed by a lot of laughter. I don't think there will be a difference," kata Ku Li sewaktu ditemui media sebelum perhimpunan diadakan.

(Gambar) Bas pelancong terbabas: Enam maut, 21 cedera

October 29, 2010

http://media.themalaysianinsider.com/images/uploads/2010/october/29/bus.jpg

KUALA LUMPUR, 29 Okt — Enam maut manakala 21 lagi dilaporkan cedera selepas sebuah bas pelancongan yang membawa para belia terbabas lalu terbalik di Km38 Genting Sempah dekat sini kira-kira 7.50 malam ini.

Kemalangan yang melibatkan bas yang membawa 44 penumpang yang terdiri daripada ahli Belia 4B Kampung Siong, Baling dan dua pemandu bas berlaku ketika kenderaan itu menuruni Genting Highlands.

Bas tersebut yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas lalu terbalik di laluan bertentangan, demikian menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail.

Penumpang bas berkenaan bermalam di Genting Highlands semalam. Beliau berkata bomba Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan kira-kira

7.51 malam daripada bomba Bentong yang memaklumkan mengenai insiden itu.

Tujuh jentera bomba termasuk dari Bentong, Kuala Lumpur, Selayang dan Taman Melawati berada di tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa antaranya yang maut kerana tersepit di bawah bas.

Mangsa-mangsa dibawa ke Hospital Bentong, Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur.

Berikut ialah senarai enam penumpang bas ekspres yang yang maut: Mohamad Khairy Mohamad Mazuki, 14; Mohd Amirul Muhamat Isa, 13; Mohamad Firdaus Rosedi, 16; Mohammad Yussof A. Akhit, 16; Mohd Ridzuan Husin, 17; dan Muhd Fahmi Abdul Mustaffa, 17. — Bernama

Bas Terbabas: Senarai Mangsa Korban Kemalangan Di Genting Sempah

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Berikut ialah senarai enam penumpang bas ekspres yang membawa ahli Belia 4B dari Kampung Siong, Baling, Kedah yang maut dalam kemalangan di Km 38 Genting Sempah dekat sini pada 7.05 malam.

Mereka dikenali sebagai:-

Mohamad Khairy Mohamad Mazuki, 14;

Mohd Amirul Muhamat Isa, 13;

Mohamad Firdaus Rosedi, 16;

Mohammad Yussof A. Akhit, 16;

Mohd Ridzuan Husin, 17;

Muhd Fahmi Abdul Mustaffa, 17.

Bas Pelancongan Terbabas: Enam Maut, 21 Cedera

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Enam maut manakala 21 lagi dilaporkan cedera selepas sebuah bas pelancongan yang membawa para belia terbabas lalu terbalik di Km38 Genting Sempah dekat sini kira-kira 7.50 malam.

Kemalangan yang melibatkan bas yang membawa 44 penumpang yang terdiri daripada ahli Belia 4B Kampung Siong, Baling dan dua pemandu bas berlaku ketika kenderaan itu menuruni Genting Highlands.

Bas tersebut yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas lalu terbalik di laluan bertentangan, demikian menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail.

Penumpang bas berkenaan bermalam di Genting Highlands pada Khamis.

Beliau berkata bomba Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan kira-kira 7.51 malam daripada bomba Bentong yang memaklumkan mengenai insiden itu.

Tujuh jentera bomba termasuk dari Bentong, Kuala Lumpur, Selayang dan Taman Melawati berada di tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa antaranya yang maut kerana tersepit di bawah bas.

Mangsa-mangsa dibawa ke Hospital Bentong, Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur.

Antara Fatmi Dan Ramzi,Dalam Mata Umno

Oleh Mohd Sayuti Omar

KETIKA berada di tempat di lokasi persiapan perarakan calon Umno di Galas tempoh hari saya kesempatan memerhati lagak dan gaya para ahli dan pemimpin Umno. Paling ketara ialah bagaimana pemimpin Umno yang berkedudukan dan ada kuasa dihormati dan dikerumuni macam burung ketut (pungguk) dihurungi oleh sang burung-burung lain.

Mereka yang ada kuasa atau talian terus dengan sang penguasa ini nampak sekali dirai dan disanjung. Semua datang bersalam ataupun bertepuk bahu, bercanda menunjukkan kemesraan dengannya.


Berlainan dengan mereka yang tidak ada kuasa atau pun hubungan langsung dengan menteri atau perdana menteri. Atau lebih tepat dikatakan bekas. Mereka ini tidak dipedulikan lagi. Kalau bersalaman pun ala kadar sahaja dan tidak berlama-lamaan untuk bertanya khabar dan bergurau senda seperti mana dengan orang yang ada kuasa. Kalau bersalam dengan orang ada kuasa lama dan mahu pula menunjukkan yang mereka akrab dan rapat. Jika ada jurukamera lalu mereka akan bertengek dekat orang berkuasa itu untuk diambil gambar.

Untuk memberi gambaran ini saya mengambil contoh macam mana perbezaan layanan orang Umno kepada dua orang yang keduanya saya kenal dan baik dengan saya, Fatmi Che Salleh dan Ramzi Abdul Rahman. Dari segi pencapaian politik di Kelantan mereka ini lebih kurang saja. Fatmi adalah ketua bahagian Umno Kota Bharu, manakala Ramzi ketua bahagian Kuala Krai. Mereka kini hanya dibezakan oleh kedudukan, Fatmi selaku setiausaha politik perdana menteri manakala Ramzi pula bekas setiausaha politik perdana menteri.

Sebenarnya kehebatan dan kegahan yang dirasai Fatmi kini sudah dilalui oleh Ramzi. Aura ataupun sanjungan orang terhadap Fatmi kini sudah dikecapi Ramzi. Bagaimana kuasa yang ada kepada seorang setiausaha politik sudah dilaluinya. Tetapi ternyata sekali di antara penyandang dan bekas penyandang jawatan yang sama itu bezanya seperti Kutub Utara dengan Kutub Selatan, atau seperti ikan selayang dengan ikan aya.

Di lokasi itu saya memerhatikan tanpa di sedari kedua mereka. Sebaik saja Fatmi muncul di tempat perarakan itu semua orang berebut-rebut untuk bersalaman dengannya. Beliau diikuti macam anak ayam yang mengejar ibunya melarikan seekor cacing. Tidak cukup tangan Fatmi untuk bersalaman dengan setiap orang yang mendekatinya.

Kemunculan Rais Yatim di situ juga diatasi oleh kemunculan Fatmi. Saya nampak Rais tidak begitu dikerumuni oleh orang Umno.

Sebentar kemudian masuk pula Ramzi bersendirian. Tiada sesiapa mengekori sebagai pengawal atau pun jong dondangnya. Tidak ada siapa menyambut beliau. Seolah kemasukan atau kehadirannya tidak disedari. Mereka yang mengerumini Fatmi tidak beralih pandangan. Paling jelas Ramzi pula yang terkayan-kayan untuk mencari kawan ataupun cuba menyelitkan diri dalam kelompok itu elit itu, tetapi tidak begitu dipedulikan.

Setelah menyedari beliau tidak penting, Ramzi berjalan bersendirian. Dari kejauhan saya dapat merasakan betapa dia merasa tidak berguna dalam keadaan itu. Apa yang dilalui itu amat berbeza semasa beliau menjawat jawatan setiausaha politik. Ketika memegang jawatan itu, keadaanya samalah seperti Fatmi hari ini, tidak cukup tangan beliau bersalaman dengan para peminat yang semuanya menyimpan 'anak kerengga' dalam baju.

Apa yang saya saksi itu menjelaskan keadaan di dalam dunia Umno. Bahawa begitu sekali maruah dan darjat seseorang itu akan jatuh ke bumi kalau dia tidak lagi ada kuasa. Keadaan begitu hina sekali serolah-olah itik tidak sudu ayam tidak patut.

Kenapa ini berlaku? Jawabnya tidak lain kerana Umno tidak mengajar budaya menghormati sesama manusia sebagai hamba Allah. Tidak menghormati sesama manusia sebagai ahli Umno. Sebaliknya Umno membawa budaya, seseorang itu perlu dihormati bila ia ada kuasa dan kedudukan. Semua itu boleh ditafsirkan bahawa Umno adalah pertubuhan yang mengajar manusia menghormati orang kerana kuasa dan kedudukan bukan menghormati orang kerana darjahnya sebagai manusia atau ahli parti.

Jadi tidak hairanlah kalau ramai kalangan ahli Umno yang sudah tidak berkuasa merasakan mereka disisih dan dilupakan kemudian perlahan-lahan akan menginsutkan langkah mendeakti parti lain ataupun mengambil sikap bermain dengan cucu dan cicit di kebun belakang rumah.

Batu Sapi - kayu pengukur masa depan BN.

Batu Sapi akan menghadapi PRK kerana kematian Ahli Parlimennya Edmund dilebuhraya Sembulan Tanjung Aru 2 minggu yang lepas akibat kemalngan jalaraya. Kematian Ahli Parlimen yang mewakili PBS ini memaksa diadakan PRK dalam mana pertandingan 3 pejuru diantara BN (PBS), SAPP dan PKR yang akan berlaku serentak dengan PRK DUN Galas pada 4hb November ini.

Dalam banyak-banyak ‘input’ yang saya sendiri perolehi dari Sabah, Yong Teck Lee, calun SAPP dikatakan mampu untuk memberikan cabaran sengit kepada calun BN parti penyandang kepada kawasan Parlimen Batu Sapi ini. Bekas Ketua Menteri ini yang merupakan Presiden SAPP yang telah membawa partinya keluar dari BN awal tahun lepas nampaknya mempunyai ‘advantage’ jika dibandingkan dengan dua calun yang lain.

Sebagaimana ditempat-tempat yang lain isu nasional dan isu tempatan adalah isu yang besar yang bermain didalam pemikiran rakyat Sabah amnya dan juga pengundi diBatu Sapi khasnya. Penolakkan rakyat dan pengundi kepada BN diSemenanjung pada pilihanraya 2008 yang lalu sedikit sebanyak mempengaruhi pengundi dalam PRK Batu Sapi ini. Ramai berpendapat pengundi Sabah telah memberikan sokongan yang padu kepada BN dalam pilihanraya yang lalu kerana mereka tidak menyangka yang penolakkan rakyat diSemenanjung terhadap BN begitu kuat.

Jika mereka dari awal telah menjangka yang diSemnanjung BN boleh kehilangan 80 kerusi parlimen, mereka secara terang-terang akan mengikut trend perubahan itu diSabah. Oleh kerana mereka tidak dapat merasakan angin perubahan itu maka mereka memberikan sokongan yang padu kepada calun-calun BN dan diSabah BN telah memenangi 100 peratus kerusi parlimen yang ditandinginya dan Sabah adalah ‘fixed deposit’ bagi BN.

Tetapi sekarang pengundi diSabah sedikit sebanyak merasakan mengundi pihak pembangkang bukan lagi satu isu besar lagi dan ini dirasakan oleh ramai kumpulan pengundi atas pagar. Sebagai seorang yang pernah menjadi Ketua Menteri Yong masih mempunyai 'network' politik yang menyeluruh terutamanya dikalangan orang Cina termasuk diBatu Sapi.

Yong merupakan tempat orang ramai yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan diSabah sekarang ini. Dikalangan pemimpin-pemimpin diSabah mereka berpecah diantara satu dengan lain dan ditambah pula dengan isu yang dihadapi oleh Ketua Menterinya sendiri yang sedang hebuh diperkatakan oleh masyarakat.

Isu peribadi Musa Aman yang sedang dihadapinya menyebabkan beliau tidak mendapat sokongan padu dari pemimpin dalam komponen BN sendiri dan untuk mengalihkan sokongan kepada pihak-pihak yang membangkang agak mudah seperti mana yang berlaku diSemenanjung tanah air. Janji PM Najib untuk merobah kepimpinan diperingkat negeri untuk membersihkan imej parti semasa Perhimpunan Agong UMNO baru-baru ini diharapkan akan melibatkan juga kepimpinan diSabah.

Dengan penyertaan Ansari dari PKR dalam PRK ini ianya akan memberikan beban yang lebih kepada BN kerana perpecahan undi dari Melayu dan Bumiputra yang merangkumi 60 perataus dari 25582 pengundi berdaftar dikawasan ini. Fenomena ini juga akan memberikan kelebihan kepada Yong Teck Lee. Seandainya Yong mendapat hanya 38 peratus dari mereka yang keluar mengundi peluang bagi Yong untuk memenangi kerusi Batu Sapi ini akan lebih cerah.

Walau bagaimana pun dalam politik berbagai-bagai kemungkinan akan terjadi. Tetapi kita kena akui untk BN mengekalkan kerusi Batu Sapi kali ini ianya memerlukan cara pendekatan pengundi yang berbeza dari yang selalu kita lakukan. Hanya orang Sabah sahaja yang sepatutnya faham bagaimana untuk meraih sokongan dari pengundi dikawasan ini.

Jika kerusi ini dimenangi oleh SAPP melalui Presidennya ini maka BN kehilangan satu lagi suara diDewan Parlimen dan sekali gus rakyat masih lagi tidak dapat menerima segala pembaharuan yang dijanjikan oleh pucuk pimpinan kita diKuala Lumpur.

Kemenangan Yong Teck Lee akan memberi gambaran yang trend penolakkan BN yang berlaku diSibu, Sarawak tidak berapa lama dahulu itu akan menular keSabah pula. Maka BN terpaksa mencari jalan lain untuk mengekang kemaraan parti alternative untuk menghampiri Putrajaya selepas PRU yang akan datang.

Kita tengok kali ini; samada BN benar-benar telah memilih ‘winable candidate’ atau pemilihan calun yang didasarkan kepada jawatan parti yang dipegangnya. Kita mesti ingat yang seseorang yang laku kepada parti mereka tidak semestinya laku kepada rakyat ramai yang mengundi.

Begitu jugalah didalam UMNO; yang berjaya memegang jawatan parti tidak semestinya memenangi hati rakyat. Jika seseorang yang memenangi jawatan dalam parti itu adalah juga yang disenangi oleh rakyat ramai masakan banyak calun UMNO jatuh tersungkur dalam PRU yang lalu.

Tetapi masih lagi ramai pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli kita sedang dibuai oleh sindrom penafian kepada hakikat ini. Mungkin kita terpaksa menghadapi kekalahan mutlak dahulu sebelum kita menerima hakikat yang kita perlu perubahan secara ‘structural’ kepada parti kita.

Jika kita kalah secara ‘total’ adalah ditakuti kita tidak mampu bangun lagi kerana kita tidak lagi pernah mengalami menjadi pembangkang diperingkat pusat. Kita sama-sama sedang melihat bagaimana terseksa UMNO/BN untuk kembali memenangi hati rakyat dinegeri-negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat.

BN diSelangor, Perak, Kedah, dan P Pinang serta Wilayah Persekutuan sampai sekarang belum lagi mampu untuk mencari seseorang yang sesuai mengikut kehendak rakyat siapa yang akan menjadi MB atau KM jika UMNO ingin mengambil kembali kuasa dari tangan Pakatan Rakyat.

[Sumber]

Siti Balqis Lari Ke Jelebu, Bukan Dilarikan Jin Ke Gunung Jerai

BESUT, 28 Okt (Bernama) -- Kehilangan Siti Balqis Mohd Nor yang mencetuskan misteri dan menarik perhatian ramai sejak lebih dua bulan, terjawab apabila beliau ditemui di rumah rakannya di Jelebu, Negeri Sembilan Rabu.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamarudin Mohd Zakaria berkata polis yang mula menyiasat kes kehilangan gadis itu, mendapati khidmat pesanan ringkas (SMS) Siti Balqis kepada ibunya dihantar dari Negeri Sembilan, dan bukan dari Gunung Jerai, Kedah.

"Dengan kerjasama polis Negeri Sembilan, kita dapat mengesan Siti Balqis berada di sebuah rumah rakannya yang dikenali menerusi (aktiviti) surat-menyurat sejak lima tahun lalu, iaitu Norwaniza Ramli, 19, di Batu 18, Kampung Ulu Klawang, Jelebu.

"Anggota telah dihantar ke rumah itu dan dia bersama rakannya itu telah dibawa pulang ke sini," katanya pada sidang akhbar di sini.

Beliau berkata berdasarkan tiket bas yang ditemui pada Siti Balqis, gadis itu didapati menaiki bas dari Jerteh ke Shah Alam, sebelum ke Negeri Sembilan, dan beliau sebenarnya merancang untuk pulang ke Besut pada 31 Okt ini.

Sementara itu, Norwaniza ketika ditemui berkata beliau mengenali Siti Balqis menerusi majalah Remaja, dan sejak itu, mereka sering berutus surat tetapi tidak pernah bertemu.

Beliau juga berkata Siti Balqis hanya memberitahu menerusi telefon akan berkunjung ke rumahnya, dan gadis itu tiba pada pagi Isnin lepas dengan menaiki sebuah teksi.

Norwaniza mendakwa beliau dan keluarganya tidak mengetahui kisah kehilangan Siti Balqis yang dikatakan ghaib dan menimbulkan misteri, sehinggalah anggota polis datang ke rumahnya.

(Gambar) Mayat Kanak-kanak Perempuan Ditemui Dalam Beg Di Kawasan Semak!

October 28, 2010

http://cdn.ondscene.my/wp-content/uploads/2010/10/IMG_69031-450x300.jpg

malaysia sudah teruk. banyak pendatang mari!

[Sumber dan berita selanjutnya]

(Video) Islamic Fashion Festival

(Gambar) Orang Asli Pakai Baju Tulis 'Adik Sayang Tok Guru'


alhamdulillah..

takbir!

hancur umno dengan gerombolanya

AC Mizal Bayar Tunggakan Nafkah Anak, Terlepas Hukuman Penjara

KAJANG, 28 Okt (Bernama) -- Penyanyi dan pengacara AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini pada Khamis terlepas daripada hukuman penjara selepas beliau membayar tunggakan nafkah anaknya seperti yang diperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Kajang di sini.

Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah memerintahkan Mizal, 38, dipenjara selama 25 hari bermula hari ini sekiranya bekas pengacara program realiti Akademi Fantasia itu gagal membayar tunggakan nafkah dua anak lelaki hasil perkongsian hidup bersama bekas isterinya Shafnie Zainuddin, 34, sebanyak RM9,800.

Selain hukuman tersebut, pengacara berkenaan turut dikenakan denda RM1,500 sekiranya gagal membayar denda, penjara selama 10 hari bagi kesalahan kegagalan beliau menghantar penyata kewangan syarikat miliknya kepada Shafnie.

Abdul Halim dalam penghakimannya berkata secara keseluruhannya perbuatan Mizal tidak disifatkan sebagai menghina mahkamah sebaliknya pengacara berkenaan dianggap telah melanggar perintah mahkamah.

"Perbuatan responden tidak membayar nafkah anak sebanyak RM200 bermula sejak Januari 2005 hingga 19 Feb 2009 iaitu selama 49 bulan yang kesemua tunggakan berjumlah RM9,800 merupakan satu tindakan yang tidak mematuhi perintah mahkamah dan ia bukannya penghinaan kepada mahkamah.

"Justeru mahkamah memerintahkan bahawa wang tunggakan nafkah anak RM9,800 dimasukkan hari ini juga dan bagi perbuatan respondan yang tidak menghantar penyata kewangan syarikat kepada plaintif, mahkamah mendapati ia adalah satu penghinaan dan mahkamah mengenakan hukuman denda RM1,500 atau penjara 10 hari jika gagal membayar denda tersebut," katanya.

AC Mizal yang diwakili peguam syarie Siti Aishah Din kemudiannya menjelaskan jumlah tunggakan nafkah tersebut ke akaun RHB milik Shafnie dan anak pertamanya serta membayar denda berkenaan.

Abdul Halim berkata pelanggaran perintah mahkamah yang dibuat penyanyi tersebut belum mencapai tahap menghina mahkamah kerana mahkamah mendapati Mizal masih lagi mematuhi perintah dengan menjalankan tanggungjawabnya menyediakan perbelanjaan awal persekolahan anak-anaknya.

Abdul Halim turut menyifatkan hukuman yang dijatuhkan kepada responden adalah bertujuan untuk memberi pengajaran kepada penyanyi itu serta memberi kesedaran kepada orang ramai.

Pada 19 Feb tahun lalu, Shafnie telah menfailkan notis tunjuk sebab berhubung kes komital atau perintah memenjarakan Mizal kerana menghina mahkamah ekoran gagal membayar nafkah anaknya seperti yang diperintahkan selepas perceraian mereka pada 17 Okt 2001.

Mengikut perjanjian asal, AC Mizal diperintah membayar nafkah dua orang anaknya iaitu Muhammad Shafiq Iman, 14, dan Muhammad Shabil Iman, 11 sebanyak RM2,000 sebulan sehingga kanak-kanak terbabit berusia 18 tahun.

Bekas pengacara rancangan Akademi Fantasia itu bagaimanapun gagal membayar nafkah anak sehingga mencecah RM50,000.

Pada 22 Dis 2004, mahkamah mengeluarkan perintah agar jumlah tunggakan itu dibayar secara ansuran sebanyak RM200 sebulan dan bakinya akan dibayar melalui potongan gaji daripada akaun bank milik artis itu.

Dia diperintahkan membayar nafkah semasa bagi setiap bulan untuk kedua-dua anaknya sebanyak RM300.

Sementara itu, AC Mizal ketika ditemui pemberita di luar mahkamah memberitahu beliau berasa lega dengan keputusan yang dibuat oleh mahkamah.

"Saya berpuas hati dengan apa yang mahkamah tentukan, syukur saya tidak seratus peratus bersalah dan saya berharap selepas ini tiada lagi orang memfitnah saya kerana saya telah menjelaskan nafkah," katanya.

Bajet 2011: Tidak Membantu Golongan Berpendapatan Rendah

SHAH ALAM, 28 Okt – Belanjawan 2011 tidak menangani masalah kos sara hidup yang semakin tinggi di bandar malah memburukkan lagi keadaan dengan memperkenalkan projek-projek mega yang tidak tidak memberi manfaat secara langsung kepada kesejahteraan rakyat Selangor.

Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, Rafizi Ahmad, menjelaskan intipati rancangan Kuala Lumpur Raya bersifat jangka masa pendek dan dikhuatiri akan hilang nilai ekonominya selepas 4 atau 5 tahun dilaksanakan.

Rafizi berkata, ‘Skim Rumah Pertamaku’, contohnya tidak realistik dalam keadaan pasaran semasa untuk membantu pengguna khususnya belia memiliki rumah.

Meskipun pengecualian duti setem 50 peratus untuk pembelian rumah di bawah harga 350 ribu ringgit
tampak memberi penjimatan, namun hakikat adalah sebaliknya.

“Pengumuman itu sebenarnya tidak menyelesaikan masalah, yang pasti hak itu terpaksa dinaikkan pada rumah yang berharga RM250 ribu ke RM350 ribu kerana rumah RM250 sudah tidak banyak, maknanya kita gagal memastikan ada rumah mencukupi bagi jenis mampu milik pada orang muda dan berpendapatan rendah,” katanya.

Menurut Rafizi, projek-projek mega hanya akan menaikkah lagi nilai hartanah dan sekali gus kos sara hidup di Lembah Kelang.

“Masalah ini semakin parah sekarang, terutamanya apabila orang muda sukar untuk membeli rumah jenis mampu milik, sedangkan harga tanah semakin melonjak di pasaran,” katanya.

Rafizi turut mempersoalkan kenaikan peratus cukai perkhidmatan daripada lima ke enam peratus.

“Jadi cukai itu dinaikkan sebanyak 1 peratus dari 5 ke 6 peratus, mungkin 1 peratus tidak besar dari segi jumlah, tetapi ia melibatkan ramai orang.

“Cukai perkhidmatan dikenakan pada TV langgan sebanyak 6 peratus, ini pilihan masing-masing, sama ada hendak tengok atau tidak, tetapi dari segi hirerki, ia menjadi satu keperluan. Lagipun sebelum ini pakej tersebut murah, hanya RM30,” katanya.

Mengulas dengan lebih lanjut, Rafizi mempersoalkan bagaimana wang jutaan ringgit dari hasil cukai yang dikenakan ke atas rakyat berpendapatan rendah dan sederhana ini akan digunakan untuk menaik taraf kesejahteraan rakyat, khususnya di Selangor.

Beliau berkata, projek yang diperincikan dalam pelan Kuala Lumpur Raya, majoritinya memanfaatkan pembida-pembida projek-projek berkenaan

Contoh yang terpaling jelas adalah pembinaan mercu tanda baru di ibu negara, iaitu Menara 100 tingkat Warisan Merdeka.

“Kita dah labur banyak duit dan masa untuk bina mercu tanda-mercu tanda yang terkenal, paling kurang ia ada keunikan sebagai menara berkembar, tetapi yang ini tidak ada satupun keistimewaannya, nak kata menara paling tinggi tidak juga, tidak ada apa isitimewa untuk kita jual di seluruh dunia,” katanya.

Kerjasama Dengan Bukan Islam, Pas Tidak Tiru Umno.

ustaz idris ahmad

Parti Islam Semalaysia Pas menafikan dengan sekerasnya dakwaan Tan Sri Muhyidin Yasin yang mengatakan bahawa Pas meniru umno dalam soal kerjasama dengan parti bukan Islam. Perlu ditegaskan kerjasama Pas dengan bukan Islam ialah “Tahaluf Siasi” tanpa menggadaikan prinsip perjuangan yang dibawa oleh Pas. Sedangkan kerjasama umno dalam Barisan Nasional dalam dalam bentuk “wala’, yang menggadaikan prinsip Islam.

Pas sebagai sebuah parti yang berdasarkan Islam, rujukannya pula ialah al-Quran, Sunnah, Ijma dan Qias. Pas sekali-kali tidak akan membuat sesuatu yang boleh menjerumuskan diri ke dalam neraka, semata-mata untuk mendapatkan kuasa. Perjuangan yang menuntut mardhatillah tidak akan menggadaikan prinsip Islam. Jika dunia dan kuasa menjadi perhitungan, lebih baik Pas bekerjasama dengan Bn untuk sama-sama menaja program mungkar yang terbaru seperti pusat hiburan malam yang bakal meruntuhkan tamadun negara ini.

Pas mencabar Tan Sri Muhyidin tolong jelaskan, bilakah Pas menggadaikan prinsip Islam dan memusnahkan Islam di negara ini. Tidak ada sebuah masjid dan surau yang ditutup dan diroboh ketika Pas bekerjasama dalam Pakatan Rakyat. Sebaliknya umno yang bekerjasama dengan bukan Islam dalam Bn, telah bertindak biadab dengan agama, antaranya ialah merobohkan Masjid Bujal Kemaman, Surau Kampung Berembang Ampang Jaya, menutup Surau al Rahman Seksyen 8 Shah Alam dua minggu sebelum puasa 2007.

Tahaluf Siasi membolehkan Pas melaksanakan dakwah dengan lebih cergas. Masjid dan surau meriah dengan majlis ilmu. Umno yang bekerjasama dengan bukan Islam mematikan majlis ilmu, meletakkan ahli jawatankuasa masjid bukan ahlinya sebagai orang yuang mengendalikan masjid, akhirnya masjid dan surau telah mati sebelum manusia mati.

Isu Perubahan Senarai Muktamad Calon MPP

UNTUK TERBITAN SEGERA

28 Oktober 2010

Pertama sekali, saya ingin merakam rasa gembira saya kerana Pemilihan Keadilan 2010 telah berjalan dengan jayanya, dengan penuh kesopanan, walaupun kita sedar akan kesukaran-kesukaran dan kekurangan-kekurangan yang dialami pihak Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) dan ibupejabat parti.

Hingga hari ini, hampir kesemua cabang PKR telah berjaya mengadakan pemilihan di peringkat cabang, dengan gangguan yang amat minimal. Pengalaman sewaktu pemilihan di peringkat cabang kini membolehkan JPP dan ibupejabat parti mengenal pasti perkara-perkara teras yang perlu diperbaiki, dengan niat memperkukuh asas-asas demokrasi di dalam parti.

Ini semua menunjukkan dengan jelasnya kebijaksanaan para pemimpin PKR dalam usaha memperkasa anggota-anggota parti dengan semangat demokratik “1 ahli, 1 undi.”

Pada masa yang sama, saya telah dimaklumkan bahawa pada 27 Oktober 2010, ibupejabat parti telah mengumumkan senarai baru yang mengandungi perubahan aturan nama calon-calon Naib Presiden dalam kertas-kertas undi. Saya cuma ingin menyatakan yang situasi ini agak sedikit membimbangkan, atas dua sebab:

1) senarai muktamad calon-calon yang bertanding jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) telah dikeluarkan pada 24 Oktober 2010 yang lalu. Pengumuman senarai muktamad terbaru pada 27 Oktober, yang mengandungi perubahan aturan nama calon-calon dalam kertas undi, meletakkan tanda tanya pada senarai muktamad pertama tadi. Persoalannya: Adakah senarai pertama itu senarai muktamad? Kalau bukan, siapa yang bertanggungjawab menerbitkannya? Senarai ini sudah pasti telah diguna calon-calon dalam kempen mereka, dan kita harus bersikap adil kepada semua calon yang mengambil bahagian dalam Pemilihan 2010 ini.

Namun saya meletakkan kepercayaan penuh pada JPP dan ibupejabat parti agar isu ini diberi perhatian dan tindakan secukupnya.

2) jangkamasa pengumuman ini, yang dilakukan dua (2) hari sebelum minggu pertama anggota-anggota keluar mengundi untuk calon-calon MPP, mungkin membangkitkan masalah logistik, walaupun saya percaya ianya pasti kita atasi. Pada 29-31 Oktober, anggota-anggota parti PKR dari sebanyak 69 cabang seluruh Malaysia akan keluar mengundi, dan bilangan ini hampir sepertiga jumlah keseluruhan cabang PKR yang berdaftar.

Adalah menjadi harapan saya yang kertas-kertas undi yang betul akan dapat tiba di pusat-pusat pengundian berkenaan, semoga anggota-anggota parti akan dapat melaksanakan tugas demokratik mereka demi parti yang kita cintai ini. Saya pasti parti ini akan melakukan sedaya mungkin untuk memastikan semuanya berjalan lancar.

Sekali lagi, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih buat pihak JPP dan ibupejabat parti di atas usaha mereka yang tak terhenti untuk menjamin Pemilihan 2010 berjalan dengan jayanya, bukan sahaja demi masa depan parti, tetapi juga demi masa depan negara.

Semoga mekar demokrasi.

Nurul Izzah bt Anwar

Calon Naib Presiden PKR, Pemilihan 2010

=======

FOR IMMEDIATE RELEASE

28 October 2010

Firstly, I would like to record that I am very happy that heretofore the Parti Keadilan Rakyat (PKR) party elections (Pemilihan 2010) have proceeded well and with decorum, despite the logistical challenges and stretched resources experienced by both the Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) and party headquarters.

Up till today, most of the PKR divisions have successfully conducted their divisional elections with notably minimal interruptions. The experience of these divisional elections have helped the JPP and party headquarters identify key areas to be improved upon, with the aim of strengthening the pillars of democracy within the party.

All this reveals the wisdom of PKR party leaders in empowering ordinary party members with the democratic spirit of “1 member, 1 vote.”

At the same time, it has come to my attention that on 27 October 2010, party headquarters announced changes to the order of appearance for Vice Presidential candidates on the ballot papers. I would like to simply say that this is a cause for concern, for two reasons:

1) a confirmed list of candidates for the Majlis Pimpinan Pusat (MPP) was issued on 24 October 2010. The announcement of this new list on 27 October, featuring this new order of appearance on the ballot papers, casts a shadow of doubt on the original list. Questions arise: Was the first list not the confirmed list? If so, who was responsible for publishing it? This list would have been used by candidates in their respective campaigns, and we must be fair to all participating in this momentous democratic occasion.

Even so, I place complete faith in the JPP and party headquarters that this matter will be looked into with care and diligence.

2) the timing of this announcement, approximately two (2) days before the first voting weekend, may present a logistical hurdle, although one that I am sure we can surmount. On 29-31 October, PKR members from a total of 69 divisions throughout Malaysia will come out to vote, representing nearly a third of the total number of registered PKR divisions.

My hope is that the correct ballot papers will arrive in time for these divisions to carry out their democratic duty to the party, and I am certain the party will spare no effort in ensuring all will go as planned.

Once again, I would like to thank all the hardworking and dedicated members of the JPP and party headquarters in ensuring that this Pemilihan 2010 will be a most successful one, not only for the future of this party, but for the future of this nation.

Let democracy bloom.

YB Nurul Izzah bt Anwar

PKR Vice Presidential candidate, Pemilihan 2010

Penolakan Pas Terhadap Perpaduan Dengan Umno Ada Asas, Kata Nik Aziz

KOTA BAHARU, 28 Okt (Bernama) -- Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat menegaskan dasar parti itu untuk menerima dan menolak untuk bersatu dengan Umno dan sekali gus berbaik-baik dengan bukan Islam mempunyai asas yang kukuh.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, Pas menyertai Barisan Nasional (BN) sekitar tahun 70-an itu atas jemputan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein dan bukan Pas yang mahu menyertai gabungan itu.

"Pas tidak pernah meminta untuk bersatu dengan Umno apabila menyertai BN ketika itu...malah ketika "ditendang" dari BN, kita tidak diajak untuk berbaik-baik semula sehinggalah selepas pilihan raya umum ke-12 lalu," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Darulnaim, di sini, Khamis.

Nik Aziz berkata, Pas pernah berbaik-baik dengan Majlis Perundingan Cina (CCC) selepas Umno tidak menjemput Pas semula menyertai gabungan itu.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membidas Pas kerana dikatakan terus mengeluarkan 'fatwa' sesuka hati berhubung kerjasama UMNO dengan MCA dalam BN.

Dalam kenyataannya di Gua Musang semalam, Timbalan Presiden Umno itu dilaporkan berkata, Pas menganggap kerjasama Umno dengan MCA adalah salah tetapi pada masa sama 'menghalalkan' kerjasama Pas dengan DAP.

Ini membuktikan pemimpin Pas suka membuat 'fatwa' sesuka hati mengikut kepentingan politik mereka, katanya.

Menurut Nik Aziz, tindakan Pas menyertai BN sebelum ini menimbulkan perpecahan di kalangan Pas di mana wujud empat kumpulan di kalangan penyokong parti itu, termasuk Islah, Hamim dan Berjasa.

Katanya, selepas itu Pas ditendang keluar daripada parti gabungan BN itu sehingga bekas Presidennya, Datuk Asri Muda dilucutkan daripada Menteri Kemajuan Tanah dan Wilayah.

Beliau juga berkata, Pas mempunyai asas yang kukuh untuk bersekongkol dengan DAP dan pernah keluar dari gabungan itu bila DAP gagal menerima perjuangan Pas sehinggalah mereka kembali semula selepas memahami konsep perjuangan Pas.

Ng "digerudi" oleh bekas bos dalam parti

Oleh Rahmah Ghazali

KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan Dr Ng Yen Yen, yang menerima kritikan kerana berbelanja mewah ketika melawat ke luar negeri, kini kembali mendapat tumpuan, kali ini "digerudi" oleh bosnya dalam MCA, Ong Tee Keat.

Dalam jawapan bertulis kepada Menteri Pelancongan, Ong (BN-Pandan) menyoal perincian lawatan rasmi Ng sejak beliau mengambil alih tugas daripada Azalina Othman Said pada 2009 dan apa kesannya yang beliau bawa kepada industri.

Menurut kementerian berkenaan, Ng membuat 16 lawatan rasmi, melibatkan 26 buah negara dan 61 bandaraya sehingga Oktober 2010. Secara keseluruhan, kesemua lawatan itu melibatkan perbelanjaan sebanyak RM3.25 juta.

"Dan jumlah perbelanjaan lawatan beliau pada 2009 ialah RM1.67 juta dan RM1.58 juta di antara Januari hingga Oktober 2010," kata kementerian itu.

Walaupun melibatkan kos yang melambung tinggi, kementerian itu berkata usaha beliau untuk meletakkan kedudukan negara ini pada tangga ke 10 dalam "10 Tertinggi Negara Yang Dilawati" berbanding di tempat ke 11 pada 2008.

"Ini sesuatu yang membanggakan kerana Malaysia merupakan salah sebuah dari dua negara yang masuk dalam senarai tersebut," kata kementerian itu.

Minggu lalu, Ng mempertahankan dirinya dari kritikan mengenai lawatan rasminya dengan menyatakan usaha peribadi beliau pergi menemui para pelancong membawa kepada peningkatan jumlah ketibaan pelancong pada kos promosi yang lebih rendah.

Brosur Pavilion Expo di China memalukan

Serangan ke atas Ng tidak terhenti di situ saja apabila dua ahli parlimen pembangkang mendedahkan hari ini bahawa brosur yang mempromosi Pavilion Malaysia di Expo Shanghai 2010, telah menarik perhatian daripada para pelancong, tetapi dengan pandangan yang negatif.

Bercakap kepada para pemberita di lobi Parlimen hari ini, Teresa Kok (DAP-Seputeh) dan Anthony Loke (DAP-Rasah) berkata brosur dua muka surat itu diedarkan pada September lalu mengandungi beberapa kesilapan ejaan.

Mereka memberitahu perkataan yang mudah seperti "multicultural", "Taman Negara", "invite", "country", "development", "pavillion" dan "visitors" dieja dengan salah pada muka depan brosur itu. Sebaliknya perkataan-perkataan itu dieja dengan "nulticultural", "Taman Nerara", "incite", "ctry", "decelopment", "pacillion" and "visitous", yang telah mencemar imej negara pada mata dunia.

"Matlamat expo itu ialah untuk mempamer apa yang boleh disumbangkan oleh negara ini kepada ekonomi dunia. Malangnya tidak ada apa yang diperlihatkan oleh Pavilion Malaysia bagi tujuan ini," kata Loke.

Keuntungan Pasir Meningkat Sejak 2005

Oleh MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN

SHAH ALAM, 28 Okt- Industri pengeluaran pasir di Selangor menunjukkan bayaran royalti dan keuntungan jualan hasil mineral yang diperolehi Kumpulan Semesta Sendirian Berhad (KSSB) semakin meningkat kepada RM15.3 juta sejak 2005.

Kejayaan ini bukti ketelusan yang diamalkan Pakatan Rakyat (Pakatan) Selangor dalam pentadbiran negeri berbanding era Umno-Barisan Nasional (BN).

Antara faktor penyumbang kepada keberkesanan membendung ketirisan hasil perlombongan pasir di Selangor ialah mempertingkatkan penguatkuasaan hasil usaha sama Pejabat Tanah Daerah serta Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTG).

Selain itu, pencabulan hasil bumi negeri berjaya dikurangkan apabila kerajaan negeri menubuhkan Jawatankuasa Petugas Khas dalam usaha untuk mengemas kini dan menguruskan kewangan dengan telus dan bertanggungjawab.

“Apabila penguatkuasaan dilaksanakan, pertama kita rampas mesin-mesin yang terlibat dalam pencurian, yang kedua rampas tanah yang terlibat dalam pencurian, baru pencuri pasir tidak berani melakukan perlombongan haram.

“Malah mengikut perangkaan yang dikemaskini sehingga 26 Oktober 2010, terdapat 96 tangkapan dilakukan oleh Pejabat Daerah dan juga Pejabat Tanah dan Galian Selangor,” kata Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Dr Yaakob Sapari

Beliau berkata demikian kepada Selangor Kini yang dihubungi di Shah Alam hari ini.

Terdahulu, dalam kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada sidang media selepas Mesyuarat Exco semalam, beliau menyatakan pendapatan hasil pasir Selangor meningkat daripada RM13.76 juta pada 2009 kepada RM15.3 juta dalam tempoh enam bulan tahun ini.

Menurut Khalid, pendapatan terbabit merangkumi bayaran royalti dan keuntungan KKSB

Jelasnya KSSB memperoleh keuntungan sebelum cukai sebanyak RM8 juta pada tahun lepas manakala RM10.3 juta bagi enam bulan tahun ini.

Sementara itu bayaran KSSB kepada kerajaan negeri pada 2008 agak tinggi iaitu RM7.17 berbanding 2009-RM5.76 juta dan Jun 2010 RM 5 juta.

Bayaran royalti pada 2008 agak tinggi berikutan KSSB membina sebuah kolam tadahan air Wijaya Baru di Petaling melibatkan kerja-kerja pengeluaran pasir dengan bayaran royalti sebanyak RM3.1 juta.

FATWA IKUT SUKA PAS : UMNO KELIRU DAN TERUS KELIRU

Tergerak hati saya untuk memberikan ulasan berkenaan kenyataan Timbalan Presiden UMNO ketika berkempen di Galas, semalam. Seperti yang disiarkan di bawah ajuk TPM BIDAS ’FATWA’ IKUT SUKA PAS di muka 3, akhbar Utusan Malaysia, 28 Oktober 2010, Tan Sri Muhyiddin Yasin dilaporkan menyebut :

''Perangai mereka macam biasalah, apa yang mereka buat 'halal' yang kita 'haram', yang dia (buat) masuk syurga, yang kita masuk neraka. Dari segi konteks kerjasama dengan masyarakat apa bezanya antara DAP dan MCA,"

Nampaknya pilihanraya kecil N.45 Dun Galas sekali lagi menjadi medan UMNO untuk menghentam PAS khususnya berkenaan kerjasama PAS dengan DAP. Nampak sangat kemarahan UMNO apabila PAS menjalinkan hubungan kerjasama dengan DAP. Gerun benar UMNO apabila PAS yang dijadikan hantu untuk menakut-nakutkan masyarakat Cina rupa-rupanya sudah boleh didekati dan tidak lagi digeruni.

Perbezaan kerjasama antara UMNO dan MCA serta MIC dalam Barisan Nasional dengan kerjasama PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat amat jelas sekali. Bagaikan langit dengan bumi. Hairannya, penjelasan demi penjelasan telah diberikan. Namun, apabila telinga disumbat dan mata ditutup, tidak ada gunanya segala penjelasan yang diberikan. Pada hemat saya, pemimpin UMNO sudah tenggelam dalam keghairahan untuk memburu kemenangan di Galas, hingga lupa tinggi rendahnya lantai tempat berpijak.

Beberapa hari lepas, orang yang sama telah mencadangkan supaya Sejarah menjadi mata pelajaran yang wajib lulus dalam SPM mulai tahun 2013, saya ingin menambah bahawa al-Quran sendiri tidak pernah meninggalkan aspek sejarah dalam penceritaannya. Bermula dengan sejarah penciptaan manusia seterusnya sejarah dakwah para nabi dan juga sejarah kehancuran umat-umat terdahulu, al-Quran mahukan kita belajar dari sejarah. Justeru, PAS sendiri tidak pernah lupa untuk berguru dengan sejarah.

Bukankah sejarah mencatit bagaimana PAS telah diajak masuk bergabung ke dalam Barisan Nasional oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1973? Dengan hati yang ikhlas, PAS pada masa itu menyambut huluran tangan perpaduan tanpa menyedari musibah yang akan dihadapi. Rupanya Barisan Nasional hanyalah merupakan perangkap bagi PAS. PAS bergabung dengan UMNO membentuk Barisan Nasional demi perpaduan, namun hasilnya PAS di Kelantan khususnya telah berpecah kepada empat :- PAS, Bebas Bersatu, Hamim dan Berjasa. PAS hampir-hampir ranap akibat perpecahan tersebut. Seterusnya peristiwa PAS ditendang daripada Barisan Nasional dan akhirnya kehilangan kerajaan di Kelantan pada tahun 1978. Apa hasilnya kerjasama PAS dengan UMNO? Tangan UMNO yang terkapai-kapai kelemasan dipegang erat oleh PAS, lalu PAS pula ditendang supaya lemas keseoran

Dengan DAP yang dikatakan chauvinis Cina, PAS tidak dikhianati. Jika Timbalan Perdana Menteri bertanya, apa bezanya kerjama dalam Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat? Jawapannya, kerjasama PAS dengan DAP dalam Pakatan Rakyat tidak pernah menjejaskan prinsip PAS sebagai sebuah gerakan Islam. PAS masih dengan agenda Islamnya bahkan kami di Kelantan setiap tahun meraikan Hari Hudud. Islam tidak pernah diketepikan di dalam perjuangan PAS. Bahkan DAP sendiri pernah keluar daripada Barisan Alternatif apabila tidak dapat menerima agenda Islam yang dibawa oleh PAS. Secara umumnya, pemimpin DAP tidak anti Islam dan hari ini beransur-ansur mengenali Islam. Sekurang-kurangnya Islam sudah tidak digeruni oleh non muslim sebagaimana yang UMNO mahukan. Pemimpin DAP sekurang-kurangnya ada yang sudah boleh memetik ayat-ayat al-Quran untuk rujukan, pemimpin UMNO pula semakin menjauhi al-Quran. Ingin saya bertanya, apa ruginya Islam apabila DAP mula berjinak-jinak dengan Islam?

Sayang sekali, UMNO masih berfikir dengan kerangka perjuangan Melayu yang sempit. Melayu pun tidak terbela, Islam pun tidak terjaga. Umpama lebai malang, ke hilir pun berlapar, ke hulu pun tidak kenyang. Kononnya, bila Melayu dan Islam ialah perkara yang sama. Jika demikian, kenapa UMNO membenarkan isteri Perdana Menteri sendiri menjadi penaung Islamic Fashion Festival? Pada saat umat Islam yang prihatin di seluruh Malaysia bangun menentang program maksiat yang dibuat atas nama Islam ini, di mana pula ’keris’ pemimpin UMNO? Tersimpan dalam sarungkah atau hanya menjadi hiasan di dinding? Manakala hari ini apabila pentadbiran kerajaan UMNO/Barisan Nasional bercadang untuk menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam kononnya bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP), di pagar mana pula disangkut agenda Melayu Islam ala UMNO?

Hakikatnya, UMNO yang memperalatkan Islam. Bila tersepit, Islam juga yang dicari. Bukankah salah seorang Naib Presiden UMNO sendiri sewaktu Perhimpunan Agung UMNO yang lepas mencadangkan supaya UMNO menjadikan masjid sebagai tempat untuk mendaftar pengundi baru? Hairan saya, tidakkan bagi UMNO politik tidak boleh dibawa ke masjid? Hari ini, bila tersepit UMNO sendiri mula menggadaikan prinsip? Bukankah saya dihentam begitu teruk kerana kononnya ingin berpolitik di atas masjid? Nampaknya, selepas bangunan UMNO di Kota Bharu sudah terjual, UMNO sendiri sudah ingin menjual prinsipnya pula..

Nasihat saya, kembalilah kepada Islam. Tinggalkanlah pemikiran sekular yang tidak akan sampai ke akhirat. Sangatlah jauh berbeza pemikiran seorang mukmin dan seorang pendukung sekular. Orang-orang Mukmin melihat jauh ke akhirat berbeza dengan orang-orang sekular melihat hanya setakat dunia sahaja. Umpama seorang anak yang berumur dua tiga tahun bila bersama ibunya ke pasar. Anak kecil itu hanya berfikir untuk membeli belon dan alat-alat permainan yang boleh menyeronokkan. Berbeza dengan pemikiran si ibu yang berfikir lebih jauh, pemikiran ibu berkisar kepentingan sekeluarga, apakah lauk pauk atau makanan yang perlu dibawa pulang untuk kesiapan rumah nanti. Itulah perumpamaan pemikiran sekular yang hanya terhenti setakat di dunia, ia tidak lebih umpama seorang anak kecil yang hanya berfikir untuk alatan permainannya semata-mata!

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,

Pejabat Menteri Besar Kelantan

Bertarikh : 20 Dzulka'edah 1431 H | 28 Oktober 2010

Memang Dasar Tok Pa Lidah Biawak!

Hospital Baru Gua Musang Beroperasi Tidak Lama Lagi, Kata Mustapa Mohamed


GUA MUSANG, 28 Okt (Bernama) -- Penduduk Gua Musang bakal menikmati kemudahan kesihatan yang lebih baik apabila hospital baru bernilai RM61 juta beroperasi dalam masa terdekat.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata hospital itu akan menempatkan 90 katil pesakit berbanding 34 katil pada masa ini.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata hospital itu akan turut dilengkapi peralatan yang moden dan canggih.

"Keadaan hospital sekarang agak daif dan sesak selain mempunyai kemudahan (peralatan) lama yang tidak lagi mampu menampung pertambahan penduduk dan pembangunan Gua Musang," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Hospital Gua Musang, di sini Khamis.

Turut hadir ialah Pengarah hospital berkenaan Dr Nik Mohamad Faizal Zainal Abidin.

Mustapa berkata walaupun pembinaan hospital itu memakan masa yang lama iaitu kira-kira lima tahun akibat masalah dihadapi kontraktor, namun masalah tersebut berjaya diselesaikan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Katanya bangunan hospital baru itu siap pada Mac lepas dan kini dalam proses penerimaan peralatan sebelum dapat beroperasi sepenuhnya.

Dalam perkembangan lain, Mustapa berkata BN mempunyai banyak lagi perancangan untuk memajukan Gua Musang bagi meningkatkan sosioekonomi penduduk di kawasan berkenaan.

Beliau berkata segala perancangan itu akan menjadi lebih mudah jika penduduk khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas memilih calon BN, Abdul Aziz Yusoff pada pilihan raya kecil DUN itu 4 Nov ini.

Katanya persepsi mengenai tahap pendidikan calon BN itu yang lebih rendah berbanding calon PAS, Dr Zulkefkli Mohamad tidak harus dilihat sebagai penghalang untuk beliau berkhidmat kepada rakyat.

"Ada kelulusan kedoktoran tidak semestinya layak menjadi wakil rakyat, yang penting keikhlasan dan mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat," katanya.

Menyingkap sedikit PRK Galas dan Batu Sapi

Pilihan raya kecil Galas dan Batu Sapi tidak akan membuat apa-apa perubahan besar kepada senario politik negara. Namun, kesan mendalam akan membabitkan beberapa personaliti yang terlibat secara langsung dengan kedua-dua PRK di Kelantan dan Sabah itu.

Dalam PRK Dewan Undangan Negeri Galas, yang menjadi perhatian bukannya calon Umno atau PAS tetapi ketokohan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Ahli Parlimen Gua Musang sejak 1974 (ketika itu Parlimen Hulu Kelantan). Beliau juga kali pertama menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelantan Barat pada 1969.

Dalam pilihan raya umum 2008, Tengku Razaleigh atau lebih mesra dengan panggilan Ku Li mendapat undi selesa di ketiga-tiga DUN dalam kawasan parlimennya termasuk Galas walau pun kurang sedikit dari pencabarnya yang mewakili PAS.

Difahamkan, PAS menang di kubu kuat Ku Li di Galas berikutan sentiment pengundi Cina yang merupakan 20 peratus dari jumlah keseluruhan pengundi DUN berkenaan telah berpakat untuk menolak Umno dan Barisan Nasional pada 2008.

Kali itu keadaannya berbeza sedikit kerana Ku Li sejak 2008 lebih memaparkan jiwa dan suara Malaysia berbanding keMelayuan yang sempit. Mungkin pengundi Cina sudah kembali sejuk hati mereka.

Difahamkan, ada kalangan pemimpin Umno yang mahu melihat kejatuhan Ku Li melalui Galas. Congakan politik mereka mudah — kalau Umno kalah, Ku Li yang telah dilantik sebagai pengarah pilihan raya di Galas akan dipersalahkan; kalau Umno menang, ia tidak akan dianggap kejayaan Ku Li, sebaliknya akan dijadikan bahan kempen parti untuk memperlihatkan populariti Umno kembali semula.

Dengan itu, PRK Galas lebih merupakan medan perjuangan politik Ku Li, sama ada beliau tetap relevan atau semakin ditelan usia. Tokoh besar putera Kelantan itu sekarang itu tidak diberikan apa-apa jawatan penting dalam parti, sama ada di peringkat negeri atau Pusat.

Pendekatan sederhana yang dibawa beliau dalam PRK Galas mungkin dapat mengembalikan kerusi DUN itu; tidak semestinya sebagai kemenangan kepada Umno tetapi lebih kepada Ku Li sendiri.

Memang calon PAS Dr Zulkefli Mohamad dan BN Abdul Aziz Yusof, kedua-duanya orang Gua Musang, yang mencuba nasib tetapi mereka bertanding di bawah bayang-bayang Ku Li. Malah, ramai juga orang PAS yang sayang dan hormat dengannya.

Lagi pula, Ku Li dan beberapa rakan Umno di Kelantan telah berdiri bersama kerajaan negeri Pakatan Kelantan dalam usaha mendapatkan hak royalti minyak yang dinafikan oleh Kerajaan Pusat sejak penemuan petroleum dan gas di perairan negeri itu.

Yang boleh menjejaskan usaha Ku Li adalah anasir-anasir tertentu dari Umno yang membusukkan kempen sederhana yang cuba dibawakannya. Maki hamun dan fitnah dari kumpulan ini tidak akan membantu Ku Li menyejukkan hati pengundi Cina, malah menjauhkan Melayu yang sudah agak selesa dengan PAS.

Daripada keseluruhan 45 kerusi DUN, Pakatan Rakyat di Kelantan menguasai 39 kerusi manakala Umno-BN 6 kerusi.

Dalam PRK Parlimen Baru Sapi pula, ia lebih menumpukan kepada usaha orang lama di Sabah Datuk Yong Teck Lee untuk kembali aktif dalam politik arus perdana.

Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) itu yang pernah menjadi Ketua Menteri bergilir pada akhir 1990-an telah dilarang oleh mahkamah daripada bertanding atas tuduhan menggunakan pengundi hantu untuk menang pilihan raya 1999.

Walau pun dibenarkan bertanding pada 2008, beliau telah menarik diri berikutan BN tidak memberi ruang kepada SAPP untuk bertanding di kerusi Parlimen Kota Kinabalu. DAP menang tipis di kerusi berkenaan setelah undi calon BN dari Parti Bersatu Sabah, Parti Keadilan Rakyat dan Bebas berpecah.

Yong mengejutkan politik negara apabila membawa keluar SAPP dari BN selepas PRU 2008 atas alasan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menerajui BN pada masa itu. Sama ada beliau sekarang percaya kepada kepimpinan Datuk Seri Najib Razak, itu sedang menjadi topik perbahasan hebat di kedai-kedai kopi di Batu Sapi.

Ahli politik dari Kota Kinabalu itu kini berdepan dengan calon PBS Datin Linda Tsen, balu Datuk Edmund Chong yang dikatakan popular bukan sahaja di Batu Sapi tetapi juga di Sabah.

Yong juga terpaksa menghadapi cabaran Ansari Abdullah, calon Parti Keadilan Rakyat, yang cuba meraih undi daripada pengundi Muslim, hampir 60 peratus jumlah pengundi di Batu Sapi.

Congakan awal PKR adalah meletakkan calon beragama Islam untuk memujuk pengundi Muslim di samping mengharapkan kerapuhan perpaduan antara komponen BN Sabah akan memberi kelebihan kepada parti itu.

Dalam pertandingan satu lawan satu, calon PBS mungkin ditikam belakang dari komponen-komponen BN yang lain. Kebanyakan pemimpin BN Sabah hari ini termasuk Yong berasal dari parti yang sama PBS yang telah berpecah membentuk pelbagai parti apabila ditawarkan jawatan untuk melompat masuk BN pada pertengahan 1990-an.

Di Batu Sapi sekarang, apabila SAPP turut bertanding, para pemimpin saingan PBS yang turut merupakan musuh-musuh politik Yong kembali bertaut di bawah panji-panji BN. Mereka lebih rela membantu PBS daripada Yong. Ini memberatkan tugas PKR.

Satu lagi tekanan PKR adalah pemilihan parti yang sedang diadakan sekarang. Ia sengit serta bersifat serangan peribadi. Kumpulan-kumpulan yang bersaing dalam PKR tidak dapat bertentang muka. Ini menyukarkan kempen bersepadu.

Sudah tentu undi akan berpecah tetapi hala tuju belum jelas setakat ini. Jika sentimen kaum tidak terlalu besar, BN mungkin mengekalkan kerusinya. Jika pengundi memilih agama, PKR mempunyai peluang. Namun, jika kempen kenegerian mengutamakan Sabah yang dibangkitkan oleh SAPP memberi kesan kepada pengundi, BN dan PKR pula yang akan merasai tekanan perit.

Bagi Yong, para penyokongnya mungkin menganggap ia cuma satu permulaan untuk kembali aktif. Jika tewas sekali pun, beliau dijangka kembali ke Kota Kinabalu untuk mencari jalan merampas semula kerusi yang pernah dikuasainya, sama ada di peringkat Parlimen atau DUN, dalam PRU akan datang.

Tetapi musuh-musuh politiknya tahu bahawa jika beliau tewas, ia akan menjadi benih berakhirnya era politik Yong di Sabah.

Ini adalah PRK pertama untuk Sabah. Di negeri jiran Sarawak, PRK Parlimen Sibu telah mengejutkan BN apabila DAP menang pada Mei lalu. Keputusan itu memperlihatkan perubahan sikap di kalangan pengundi Sarawak pasca-2008; dalam PRU 2008, pengundi Sarawak dan Sabah telah memberi sokongan padu kepada BN.

Daripada keseluruhan 25 kerusi Parlimen di Sabah, BN menguasai 22 kerusi manakala SAPP 2 (yang dimenangi atas tiket BN) dan DAP 1.

Pengundian bagi kedua-dua PRK itu adalah pada Khamis 4 November ini.

* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.

Wan Hamidi is a veteran journalist who has a penchant for rock music.

KTM Komuter Lanjut Servis Sempena Perlawanan Akhir Piala Malaysia

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bagi laluan ke Seremban, Rawang dan Pelabuhan Klang akan dilanjutkan operasinya sempena perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu ini.

KTMB berkata bagi memenuhi kehendak penyokong pasukan Negeri Sembilan dan Kelantan yang akan berentap pada perlawanan akhir itu, enam tren tambahan akan disediakan yang akan mula beroperasi selepas waktu operasi biasa perkhidmaatn KTM Komuter di tiga laluan tersebut.

"Para penyokong Kelantan dan Negeri Sembilan boleh menaiki perkhidmatan KTM Komuter dari mana-mana stesen ke Stesen Bandar Tasik Selatan dan membuat pertukaran tren Rapid KL untuk ke Stadium Nasional Bukit Jalil," kata kenyataan KTMB pada Khamis.

Untuk perkhidmatan KTM Komuter ke laluan Seremban, jadual tren terakhir dari Stesen Bandar Tasik Selatan ialah pada pukul 1.03 pagi manakala ke laluan Rawang, jadual tren terakhir ialah pada pukul 12.48 pagi.

Bagi laluan ke Pelabuhan Klang pula, tren tambahan terakhir akan berlepas pada pukul 12.26 pagi dari Stesen KL Sentral.

Mereka yang ingin menggunakan perkhidmatan KTM Komuter dinasihatkan supaya membeli tiket perjalanan dua hala bagi melancarkan perjalanan pulang mereka.

Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi pusat panggilan KTM Bhd di talian 1-300-88-5852 atau datang ke stesen KTM Komuter yang berdekatan.

Mujahid Yusof Rawa :Hadiah harijadi terbaik untuk saya .

Harijadi kita mungkin tidak penting untuk diketahui umum, kecualilah keluarga terdekat dari isteri, anak-anak dan saudara-saudra lain. Harijadi selalu dikaitkan dengan hari istimewa, istimewa kerana kita diperingatkan tarikh kita muncul di dunia fana ini. Ia satu sambutan yang hebat kerana memberi harapan kepada kedua ibu bapa yang menanti saat-saat yang bahagia tersebut. Ada lagi aspek yang seringkali dilupai, bahawa setiap kali kita menyambut harijadi, kita menjadi semakin tua dan ditelan waktu, tanpa kita sedari orang yang lebih muda memanggil kita “Pakcik” dan bukan lagi “Abang”, ajaibnya betapa waktu begitu pantas berlalu! Harijadi hanyalah untuk kita diperingatkan “we are getting old”.

Ada satu lagi perkara yang sering dikaitkan dengan harijadi, iaitu hadiah yang diberikan kepada “birthday boy” untuk meraikan tarikh yang penuh dengan kegembiraan itu. Berbagai cara kreatif dibuat untuk menyampaikan mesej harijadi, yang penting ia diisi dengan kasih sayang dan memberikan kepada penerima satu makna yang besar dan berkesan dalam jiwanya. Selalunya hadiah ini diberi oleh orang yang paling disayangi. Saya menerima berbagai bentuk hadiah yang bermakna dari isteri saya sejak kami berkahwin begitu juga menerima hadiah dari ibu bapa saya dan keluarga saya dalam bentuknya yang berbagai tetapi penuh bermakna. Selalunya hadiah itu adalah sesuatu yang diinginkan oleh kita lalu pada harijadi kita akan menerimanya. Itulah keajaiban hadiah harijadi.

Kali ini saya menerima satu harijadi yang cukup bermakna. Seminggu sebelum menyambut harijadi saya berada dalam kesibukan jadual. Sidang Parlimen baru bermula 11 Oktober, pembentangan bajet 15 Oktober, 18 Oktober bermulanya perbahasan bajet manakala PRK Galas pulak saya dipertanggungjawabkan untuk menggerakkan DHPP (Dewan Himpunan Penyokong PAS), jadi mesyuarat membuatkan saya terpaksa menumpu kepada dua perkara pada waktu yang sama, sidang Parlimen dan Galas. Minggu itu juga pada 21hb saya bergegas ke Dubai dan Doha kerana menghadiri forum yang dianjurkan oleh Persatuan Malaysia di sana. Saya bertemu dengan berbagai rakyat Malaysia yang dikategorikan sebagai bidang pakar dan professional mengharumkan nama Malaysia. Pada 24hb pesawat Emirates mendarat di Kuala Lumpur. Keluarga saya tidak sabar menanti kepulangan saya setelah seminggu tidak bertemu lagipun 25hb adalah harijadi saya, jadi mereka tidak sabar untuk meraikan bersama dengan saya. Sudah tentu berada bersama keluarga pada detik penting dalam kehidupan kita adalah satu nikmat yang tidak dapat dibayangkan, saya akan senantiasa menghargainya namun sebagai wakil rakyat saya juga mempunyai tanggungjawab dengan pengundi saya. Pada esoknya 25hb saya tidak menduga akan mendapat “hadiah” yang mengajar saya erti menggalas tanggungjawab dan amanah rakyat.

Pada harijadi saya, saya berada bersama Ah Tek dan Wong di Kuala Kurau dan Bak Chua di Tanjung Piandang, misi saya ialah membuka kaunter daftar pemilih dan sekaligus bertemu dengan rakyat di sana, ia adalah routine biasa, apa yang tidak biasa ialah ia berlaku pada harijadi saya. Apa yang bermakna hadiah hari itu ialah saya berkesempatan menziarahi pasangan warga emas berbangsa Cina yang uzur dan dalam kedaifan. Suaminya lumpuh, manakala isterinya sudah tidak dapat bekerja lagi sebagai pembantu kedai makan. Matanya terkena minyak panas ketika sedang menggoreng dan kerana itu matanya hampir kabur. Ah Tek minggu sebelumnya menghubungi saya mengadu tentang bagaimana JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) enggan membantu apatah lagi surat sokongan ditandatangani oleh YB Yunus Jamhari, ADUN Kuala Kurau dari PKR. Saya berjanji kepada Ah Tek untuk menziarahi pasangan warga emas tersebut. Seperti yang dijanjikan, dengan membonceng motor bersama Ah Tek kami bergerak dari pusat daftar pemilih ke rumah warga emas tersebut. Saya mendapati rumahnya yang di tepi pelantar jeti Kuala Kurau kosong. Isterinya keluar mendapatkan kami di pintu, Ah Tek berbicara sesuatu yang saya faham katanya “ini ada YB datang nak tengok puan” sambil menunjukkan kepadanya surat permohonan JKM supaya menyimpannya dengan baik sebagai rujukan kepadanya. Saya menghulurkan sedikit bantuan sambil berkata “ini duit mau ciak (minum-minum) kopi saja, kita cuba dapat bantuan kalau boleh” hadiah harijadi saya pagi itu ialah melihat wanita itu menangis sebak dengan kedatangan saya, saya turut sebak sambil menenangkan dia bahawa bersabarlah dan moga Tuhan memberikan kekuatan mengharungi cabaran hidup ini, dia terus menangis. Ah Tek, Wong dan Abang Hamdan terdiam sejenak menahan sebak mereka. Alangkah besarnya kejadian Allah yang mengajar kita supaya “buta” dalam menghulur bantuan kerana kita manusia yang ada perasaan dan ada jiwa. Hebatnya hadiah harijadi saya hari itu. Kami meninggalkan warga emas itu dan menyinggah ke sebuah rumah menziarahi kematian seorang Cina. Saya menatap mayatnya dan mengenali orang tua itu yang sering menghadiri majlis PAS dan selalu mengulangi katanya bahawa beliau akan menyokong PAS sampai mati! Sayunya saya. Kami meninggalkan Kuala Kurau menuju ke Tanjung Piandang, Bak Chua menanti kami manakala Bob (pegawai saya) sudah ada di situ sejak pukul 9 pagi lagi mendaftar pemilih baru dan menerima aduan-aduan rakyat di sana. Saya membonceng motor Bak Chua pula ke kedai-kedai kopi sepanjang pekan Tanjung Piandang bersalaman dengan penduduk sana dan bertanya khabar. Mereka memanggil saya Mukasi (Mujahid) dan setiap kali mereka bersalaman mereka akan berkata “mesti koyok (PAS) punya, jangan takut!” Salah satu kedai kopi saya duduk bersama dan menerima aduan nelayan yang mengadu fobia turun laut kerana takut kepada APMM (Agensi Penguatkuasa Maritime Malaysia) yang sering menahan bot-bot mereka atas berbagai kesalahan khususnya mencerobohi sempadan. Saya menerima aduan dan memang pun sebelum ini Pusat Khidmat saya telah mengadakan sesi dialog dengan APMM, Perikanan dan Polis Marin dalam masalah yang dihadapi oleh Nelayan di Kuala Bagan Tiang.

Hadiah saya kedua pagi itu ialah apabila seorang nelayan memberikan saya satu keinsafan dengan kata-katanya “kita tau, PAS punya olang susah macam kita jugak, itu pasal kita sokong sama you, you mesti ingat mesti tolong sama kita susah punya olang!” Saya tersentak dalam senyuman kerana terkenangkan kepada hadis Nabi s.a.w “Ingatlah kamu dibantu dengan kemenangan kerana orang yang susah dan tertindas di kalangan kamu” Kata-katanya teriang di telinga saya sampai saat ini. Berbangganya kita menjadi YB bukanlah kerana kita hebat tetapi harapan pengundi yang susah kehidupannya serta memastikan amanah terlaksana adalah hakikatnya mengapa kita menjadi YB. Hadiah pertemuan dengan aduan nelayan hari itu adalah cukup istimewa. Tidak cukup bersembang di kedai kopi, kebetulan hari itu Perikanan berada di jeti Tanjung Piandang menilai dan mengukur vessel nelayan untuk memberi kelulusan lesen kepada mereka. Saya membuat surprise check dan apabila saya sampai bersalaman dengan pegawai-pegawai perikanan yang sibuk mengendalikan tugas meluluskan vessel-vessel nelayan. Mulanya mereka tidak mengenali saya tetapi setelah salah seorang dari mereka cam saya, terus mereka melayan saya dengan penuh hormat malah ada yang bergambar bersama saya untuk kenangan. Saya mengambil kesempatan bertemu dengan kelompok nelayan di atas jeti dan mengucapkan mereka selamat. Hampir semua mengadu hal mereka susah cari makan sekarang, saya mengatakan kepada bersabar dan jika ada masalah saya boleh membantu dengan kadar kemampuan yang ada pada saya. Sekurang-kurangnya mereka berasa tenang kalaupun tidak banyak menyelesaikan masalah mereka.

Pukul 12.00 tengah hari selesai misi saya pada pagi harijadi saya. Dalam kereta Abang Hamdan (pegawai khas saya) dan Jas (pegawai separuh masa) berbual berbagai perkara tentang insiden-insiden pagi tadi. Saya memberitahu mereka hari ini adalah harijadi saya, Abang Hamdan dengan seloroh berkata, harijadi kena sambut dengan keluargalah bukan dengan rakyat…”, saya pun membalas dengan berkata “kalau Abang Hamdan nak tau, pagi ini bersama rakyat adalah hadiah harijadi saya yang terbaik, malah warga emas dan kata-kata nelayan di kedai kopi adalah hadiah yang menginsafi saya hari ini”. Tentang keluarga sebenarnya saya telah menikmati saat-saat itu di malam harijadi saya. Isteri saya menyediakan makanan favourite keluarga iaitu Makroni Bakar Arab. Kami menikmatinya sambil menonton DVD filem Hindi bertajuk “Paa” lakonan Amitabh Bachchan dan anaknya, sungguh menyentuh hati.

Apapun, saya tidak sabar untuk menulis satu artikel tentang hadiah istimewa saya pada 25hb Oktober lalu bersama rakyat di Kuala Kurau dan Tanjung Piandang dengan harapan anda menikmati bersama hadiah unik saya pada hari tersebut. Ingin tahu umur saya? Cubalah teka…

* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.

Mujahid Yusof Rawa is MP for Parit Buntar and PAS National Unity Committee chairman.

Produk Red Warriors Laris Menjelang Perlawanan Akhir

KOTA BAHARU, 28 Okt (Bernama) -- Pelbagai barangan cenderamata berjenama "The Red Warriors" yang dijual di perkarangan Stadium Sultan Muhammed Ke-IV di sini laris dibeli penyokong Kelantan menjelang perlawanan akhir antara pasukan mereka menentang Negeri Sembilan di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu ini.

Tinjauan Bernama mendapati ratusan peminat berpusu-pusu membeli barangan berupa baju T, jam tangan, topi, selendang dan pengikat kepala untuk dipakai ketika menyaksikan perlawanan akhir itu nanti.

Pekerja-pekerja di lebih tujuh buah gerai menjual barangan tersebut tidak menang tangan melayan permintaan para penyokong.

"Alhamdulillah barangan jualan saya sangat laris kali ini, sehingga saya kena tambah pekerja. Tahun ini lebih banyak (barang) dijual berbanding tahun lepas. Mungkin barangan bertambah menarik dan sokongan oleh penyokong yang lebih bersemangat kali ini," kata Kasdi Awang, 46.

Sudah dua musim berturut-turut Kelantan melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia menentang pasukan yang sama iaitu Negeri Sembilan, walaupun ia tewas kepada Negeri Sembilan tahun lalu.

Kasdi berkata antara barangan yang paling laris dijual adalah baju T, pengikat kepala dan topi.

Setiap barangan jenama The Red Warriors dijual antara RM10 hingga RM150.

Seorang penyokong, Razmi Dollah, 42, berkata beliau datang dari Jeli semata-mata mahu membeli baju T dan topi.

"Alhamdulillah tercapai hajat saya nak dapat barang ni dan tiket pun dah ada, rasanya semangat semakin berkobar-kobar mahu ke Bukit Jalil," katanya.

Rakannya Asri Zukri, 39, menghabiskan kira-kira RM200 bagi membeli beberapa barangan buat dirinya dan anaknya yang akan ikut serta ke Bukit Jalil.

Namun di tengah-tengah semangat yang berkobar-kobar, ratusan peminat Kelantan turut kecewa apabila mendapati tiket perlawanan akhir tidak lagi dijual secara terbuka hari ini.

"Saya ingat hari ini ada jual tiket lagi tetapi diberitahu sebanyak 10,000 tiket terbuka sudah habis dijual sejak semalam lagi," kata Rashid Abu, 27 dari Pasir Mas.

Bagi peminat-peminat yang kecewa ini, nampaknya terpaksalah mereka menghala pula ke Pejabat Persatuan Bola Sepak Kelantan untuk meninjau tiket di sana atau bergegas segera ke Bukit Jalil.

Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) diperuntukkan 30,000 tiket dengan Kafa mengagihkan tiket terbuka dan bakinya untuk penyokong secara rombongan, kelab gabungan Kafa dan peminat di luar Kelantan.

Adik Ketua Menteri Sarawak Didakwa Ceroboh Tanah NCR

Oleh Fazli Othman
raziahKUALA LUMPUR 28 Okt - Ahli Parlimen Bandar Kuching, Chong Chieng Jen mengemukakan Peraturan Mesyuarat 18(1) berhubung isu hak asasi orang Iban ke atas tanah Native Customary Right (NCR ) yang telah diceroboh oleh sebuah syarikat pembalakan yang mempunyai kaitan rapat dengan adik Ketua Menteri Sarawak, Raziah Mahmud.

Notis itu katanya telah dikemukakan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia semalam.

Beliau berkata pada 16 Oktober lepas, satu kebakaran berlaku di kem pembalak terletak di kawasan Sebangan, Kuching yang dimiliki oleh Quality Concrete Holding Berhad.

"Pada 20 Oktober, seorang aktivis, Nicholas Mujah dan beberapa orang tua di rumah Iban telah ditangkap oleh pihak polis walaupun langsung tidak ada bukti yang menunjukkan pembabitan mereka dengan kebakaran kem tersebut.

"Beberapa hari sebelum itu, Nicholas dan beberapa orang yang lain telah mendirikan 'blockade' bagi menghalang syarikat tersebut menjalankan pembalakan di tanah NCR, lebih kurang seluas 3,000 hektar di kawasan tersebut," ujar beliau.

Menurut beliau, tujuan mereka mendirikan 'blockade' adalah untuk memepertahankan tanah NCR di mana, Jabatan Hutan Sarawak telah memberikan lesen pembalakan kepada syarikat itu tanpa menghiraukan tuntutan orang Ibang yang menduduki kawasan berkenaan.

"Sedang syarikat tersebut mengaut berpuluh juta ringgit, penduduk yang mendiami kawasan itu dipaksa menerima pampasan sebanyak RM250 untuk satu keluarga bagi menyerahkan hak mereka di mana kebanyakkan mereka tidak rela menerima pampasan tersebut," tambah Chong dalam notis tersebut.

Justeru, peristiwa tangkapan beberapa orang Iban itu telah menarik perhatian media luar negeri kerana ia bukan sahaja melibatkan perampasan tanah NCR orang Iban dan pengambilan sumber negeri Sarawak oleh syarikat yang berkaitan dengan ahli keluarga Ketua Menteri bahkan salah guna kuasa pihak polis untuk menakut-nakutkan mereka yang tidak bersalah.

Karpal Yakin Keterangan Dr Razali Berbeza Dengan Catitan Di Dalam Nota Klinikal

Oleh Suara Keadilan

saiful2KUALA LUMPUR 28 Okt - Ketua pasukan pembelaan, Karpal Singh yakin keterangan yang diberikan doktor pakar Hospital Besar Kuala Lumpur, Dr Mohd Razali Ibrahim adalah berbeza dengan apa yang tercatit dalam nota klinikal yang enggan diserahkan kepada pihak pembelaan.

Perbicaraan kes Fitnah 2 yang bersambung pagi tadi, mendapati pihak mahkamah dan pasukan pembelaan Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dibekalkan dua laporan perubatan saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang berlainan.

Pada sesi soal balas hari ini, Karpal mengemukakan semula sama ada hakim, Datuk Zabidin Mohd Diah memahami apa yang dituntut oleh pihak pembelaan semalam - iaitu nota klinikal perubatan.

"kekeliruan penghakiman mungkin mengakibatkan salah faham berhubung apa yang dituntut oleh pihak pembelaan sebenarnya. Apa yang kami mahu adalah nota klinikal. Laporan awal perubatan bukan satu isu.” kata beliau.

Perbicaraan kemudian berhenti seketika sementara Zabidin mengarahkan kedua-dua belah pihak mengadakan perbincangan secara tertutup di kamar hakim berhubung tuntutan tersebut.

Prosiding itu bersambung semula dengan Karpal mula bertanyakan soalan kepada Dr Mohd Razali berhubung nota klinikal yang enggan dijadikan sebagai rujukan beliau.

Selepas berkali-kali mengasak dengan pertanyaan itu, mahkamah akhirnya berehat sekali lagi.

Sementara itu, pihak pendakwaan pula menuntut Karpal supaya tidak berbuat demikian.

Seorang lagi peguam, Sankara Nair kemudiannya bangun dan mepersoalkan tindakan pihak pendakwaan yang cuba menghalang peguam menyoal Dr Razali.

Karpal dalam penghujahannya berkata beliau percaya apa yang Dr Razali tuturkan di mahkamah adalah berlainan dengan apa yang tercatit dalam nota klinikal.

Karpal bertanyakan mengenai laporan perubatan bertarikh 13 Julai 2008. Beliau ingin tahu sama ada terdapat laporan yang dikemukakan oleh dua ahli kimia.

Perbicaraan kemudiannya dihentikan dan hakim mengarahkan semua pihak terbabit berbincang di kamarnya buat kali kedua dalam tempoh sejam.

Semalam, Dr Razali memberikan keterangan bahawa hanya terdapat satu laporan kimia.

Beliau turut mengakui terdapat kesilapan dalam laporan terakhir berhubung wujudnya tiga laporan ahli kimia.

Satu daripada laporan kimia itu, PJ F atau 6334/08-2, tidak dinyatakan dalam laporan itu.

Menurut Karpal, PJ F atau 6334/08-1 tidak diberikan kepada pihak pembelaan meskipun ia ditimbulkan dalam laporan terakhir itu.

Mahkamah dihentikan buat kali ketiga pagi ini bagi membolehkan pegawai mahkamah untuk menyemak laporan ahli kimia.

Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata pihak pendakwaan tidak bercadang untuk menenderkan laporan kimia 01, dan atas alasan itu ia tidak dibekalkan kepada pihak pembelaan.

Pemimpin Umno-BN Sibuk Kumpul Timbunan Harta, Rakyat Miskin Terus Merana

Oleh Dzulkarnain Taib

SANDAKAN 28 Okt - Pemimpin Barisan Nasional Sabah hidup bermewah-mewahan dan sibuk mengumpul harta benda hinggakan kebajikan dan hak rakyat di abaikan lalu menyebabkan warga negeri yang kaya dengan sumber alam ini hidup miskin dan melarat.

Calon Pakatan Rakyat bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi, Ansari Abdullah berkata dalam kesibukan pemimpin BN mengejar kekayaan mereka telah melupakan tanggungjawab asas membela nasib rakyat miskin dan golongan yang memerlukan bantuan.

Bercakap kepada penduduk Kampung Cenderamata, sebuah penempatan setinggan di pinggir Sandakan semalam, Ansari menambah kegagalan pemimpin yang kononnya berpegang kepada prinsip 'rakyat didahulukan' menyebabkan antara lain masalah perumahan rakyat tidak diatasi, bekalan air dan elektrik tidak dibekalkan, jalan raya berlubang dan tidak berturap serta tidak ada khidmat pengangkutan sampah.

"Ini adalah faktor utama mengapa pengundi Cina di Batu Sapi menolak BN menyebabkan mendiang Edmund Chong kalah di semua kawasan majoriti Cina. Mereka pindah ke Batu 4 dan Batu 7 kerana keselamatan mereka tidak terjamin disebabkan masalah pendatang asing yang sudah tidak terbendung lagi. Akhirnya ekonomi kawasan Tanah Merah dan Bandar Leila di mana dahulunya ramai penduduk Cina semakin kosong dan sudah menjadi 'slum'.

"Malangnya yang memenangkan Edmund Chong ketika itu adalah pengundi Melayu di kawasan Melayu yang hidup melarat dengan pendapatan rata-rata RM200 hingga RM300 sebulan yang hidup di kawasan setinggan yang kotor dan tidak terurus.Ansari_Kggas
"Kalau pengundi Cina yang menguasai perniagaan di Batu Sapi sudah tolak BN mengapa pengundi Melayu yang miskin masih mahu terus menyokong BN yang telah mengkhianati mereka," tanya Ansari.

Suara Keadilan yang mengikuti rombongan Ansari ke ceramah kelompok di kawasan tersebut mendapati kampung setinggan itu amat kotor sekali dengan sampah sarap di merata tempat serta mengeluarkan bau yang meloyakan.

Malah jambatan katu (catwalk) yang digunakan oleh penduduk kampung untuk berjala di celah ratusan rumah kayu yang usang dan bertampal dengan zink buruk sudah berlubang-lubang dan membahayakan pejalan kaki.

"Pakatan Rakyat berharap pengundi Batu Sapi mengambil sikap rakyat di Sibu yang mengambil keputusan menolak BN sekali gus menamatkan riwayat parti itu.

"Tuhan telah memberi peluang kepada rakyat Batu Sapi untuk melihat samada mereka mahu membuat perubahan atau tidak , kerana Tuhan tidak mengubah sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri mengubah nasib mereka.

Ansari_KgGas3"Kemenangan kerusi Parlimen yang pertama bagi Parti Keadilan Rakyat di seluruh Borneo akan menandakan runtuhnya Putrajaya pada pilihan raya umum nanti. Ayuh mari kita sama-sama buat perubahan di batu Sapi dan insyaAllah kemenangan di tangan kita," kata Ansari menyuntik semangat kepada penyokong.

Sebelum itu ketika sampai di Kampung Gas baru, sebuah lagi penempatan setinggan, secara tiba-tiba bekalan elektrik terputus menyebabkan Ansari terpaksa memberi penerangan berlampukan lilin.

"Inilah akibatnya mengundi BN. Di Semenanjung kalau terputus bekalan elektrik dua minit sahaja riuh satu Semenanjung tetapi di Sabah terutamanya di Batu Sapi rakyat hanya menyerah kepada takdir apabila hari ini ada eletrik, luas tiada, lepas itu ada, dua hari tiada dan begitulah seterusnya yang berlaku selama berpuluh-puluh tahun. Negeri kaya, pemimpin BN yang kenyang dan rakyat terus dihimpit kemiskinan," tegas beliau lagi.

Kenyataan Akhbar Persatuan Peguam Muslim Malaysia Berkaitan Hub Hiburan

KENYATAAN AKHBAR: PERSATUAN PEGUAM-PEGUAM MUSLIM MALAYSIA (PPMM)

Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang mahu menjadikan Malaysia
sebagai hub hiburan malam amat mengecewakan umat Islam arusperdana.
Setelah Festival Fesyen Islam yang mencetus polemik penghinaan kepada
agama Islam dan umat Islam di Malaysia, kedudukan Islam dan umat Islam
dilihat seolah-olah terus diganyang oleh pihak Kerajaan. Program ini
amat bertentangan dengan ikrar Perdana Menteri baru baru ini yang
mengatakan hak istimewa orang Melayu dan kedudukan Islam di Malaysia
tidak perlu dipersoalkan lagi kerana ia terkunci kemas dan terpateri
di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Malah menurut Perdana Menteri kunci tersebut disimpan selamat oleh
Raja Raja Melayu yang telah berikrar memelihara Islam pada setiap masa
seperti yang terdapat di dalam Jadual Keempat Perlembagaan
Persekutuan.

Menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan malam ada suatu cubaan untuk
menanam budaya asing di bumi Malaysia. Malah ianya tidak selari dengan
semangat Perlembagaan Persekutuan yang berteraskan Islam serta prinsip
Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan.

Rakyat Malaysia khususnya orang Islam telah disogok dengan pelbagai
rancangan hiburan di dalam media elektronik dan bukan elektronik.
Sekarang budaya berhibur inimahu ditambahkan lagi dengan konsert-
konsert dan pertunjukan yang langsung tidak mencerminkan budaya
masyarakat timur. Berpeleseran di waktu malam hanya akan mengundang
lebih banyak keburukan dari kebaikan. Dengan kadar jenayah seperti
pembunuhan, rogol dan pembuangan bayi yang semakin meningkat,
kehadiran hub hiburan malam hanya akan menambahkan lagi statistik
jenayah ini sahaja.

Pelaksanaan undang-undang jenayah juga telah gagal menjadi factor
mengurangkan kadar jenayah di dalam negara kerana undang-undang
tersebut tidak menekankan aspek pencegahan dan naluri kerohanian
masyarakat negara.

Dengan membudayakan hub hiburan ini sudah pasti masyarakat Malaysia
akan terus pincang dengan kebejatan akhlak dan moral khususnya di
kalangan muda-mudi.

Kekayaan ekonomi negara sendiri akan punah sekiranya rakyat hanya mahu
berhibur dan tidak berusaha sepenuhnya mencapai kejayaan.

Tindakan kerajaan ini dilihat sebagai cuba mendekati masyarakat bukan
Islam dan masyarakat liberal tetapi mengenepikan kehendak masyarakat
Islam arusperdana yang merupakan majoriti rakyat Malaysia.

PPMM dengan tegas mendesak Perdana Menteri menarik balik Program ETP
tersebut dan menghormati kedudukan agama Islam di sisi Perlembagaan
Persekutuan. DYMM Yang Di Pertuan Agong juga mempunyai obligasi
beperlembagaan (constitutional obligation) pada setiap masa bagi
memelihara Islam dan tatabudaya orang Melayu. PPMM juga merafak
sembah kepada DYMM Yang Di Pertuan Agong agar mempertahankan jatidiri
kebangsaan yang berteraskan kepada Islam di dalam setiap tindakan
kerajaan.

Zainul Rijal Abu Bakar
Presiden
Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM)
Bertarikh pada 27hb Oktober 2010

Semasa

Hiburan

Sukan

 

© Copyright Kerabu Bersuara 2007 -2013 | Design by Kerabu Bersuara | Published by Kerabu Bersuara Group | Powered by Blogger.com.