News Update :

Politik

Kenyataan

Agama

Dunia

Woi! Jangan Cabar Melayu! Jangan Pertikai Ketuanan Melayu!

November 30, 2010

RON97 Naik 15 Sen


KUALA LUMPUR, 30 Nov- Kerajaan Barisan Nasional(BN) akan menaikkan harga minyak petrol RON97 sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter mulai 1 Disember ini, lapor Malaysiakini.

Pengumuman rasmi mengenai kenaikan harga minyak petrol berkenaan akan dibuat esok. Bagaimanapun harga minyak petrol RON95 kekal pada tahap RM1.85 seliter.

Kerajaan BN awal tahun ini memulakan langkah memotong subsidi berdasarkan aras tanda harga minyak RON95.

Langkah tersebut adalah antara beberapa ‘pembaharuan’ yang disyorkan oleh penasihat kerajaan kononnya dalam usaha mereka mengurangkan beban subsidi kepada lima barangan keperluan asas yang ditanggung dan merencatkan rancangan pembaharuan ekonomi negara ini.

Bagaimanapun tidak semua syor yang diunjurkan dilaksanakan oleh kerajaan kerana bimbang langkah itu bakal menjejaskan sokongan rakyat kepada kerajaan BN khususnya Umno

Minyak petrol RON97 yang mempunyai tahap octane yang lebih tinggi berbanding RON95 tidak disubsidi oleh kerajaan. Dan ini merupakan kenaikkan kedua dalam tempoh tiga bulan.


melayu? melayu bodohkan melayu? melayu rogol melayu? melayu makan melayu? melayu.....umno nak jawab apa? gila umno!

Selangor peruntuk RM6 juta setahun untuk sekolah agama rakyat

http://www.harakahdaily.net/v2/images/stories/drhalimah_bouti.jpg
Harakahdaily

SUBANG JAYA, 30 Nov: Kerajaan Selangor memperuntukkan RM6 juta setahun bagi membantu Sekolah Agama Rakyat (SAR) di negeri itu untuk membolehkan cita-cita kerajaan negeri mencapai hasrat negeri maju yang mendapat keredhaan Allah.

Exco kerajaan negeri, Dr Halimah Ali berkata, sehingga kini RM12 juta telah diserahkan kepada sekolah-sekolah berkenaan.

"Kerajaan negeri Selangor sedang berusaha membentuk anak mudanya menjadi khalifah Allah yang bakal mentadbvir dunia. Khaira ummah (ummah terbaik) menjadi agenda kerajaan negeri Selangor," kata Dr Halimah.

Beliau berkata demikian ketika berucap di persidangan antarabangsa yang dikenali sebagai 'International Conference On Islamic Education 2010 (ICIEd2010)' sebagai satu perancangan untuk memperkasakan sistem pendidikan bukan hanya di Selangor malah di seluruh dunia.

Program yang dirasmikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim merupakan satu inisiatif yang dilakukan oleh Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan dengan kerjasama beberapa pihak lagi termasuk Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis).

Sebanyak 140 kertas kerja telah dibentangkan dalam persidangan diadakan di Holidays Villa Hotel & Suites, di sini telah bermula pada 29 November lalu hingga 1 Disember 2010, oleh tokoh-tokoh pendidikan Islam seperti Sheikh Professor Dr Mohammad Said Ramadhan al Bouti, Professor Dato' Sidek Baba dan ramai lagi.

Persidangan yang disertai oleh 250 peserta dari pelbagai negara berjalan atas usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri melalui exco pendidikan menaikkan taraf pendidikan di Selangor.

Persidangan ini berjaya menjurus ke arah zaman cerah selepas mendapat suntikan semangat perjuangan baharu dari tokoh pendidikan terkenal dunia Islam, Sheikh Professor Dr Mohammad Said Ramadhan al-Bouti daripada Universiti Damascus, Syria.

Intipati ucapannya menyebutkan pendidikan Islam walau di mana sahaja tempatnya dan pada bila-bila masa tetap perlu berteraskan kepada bagaimana bentuk perjalanan perjuangan Nabi Muhammad saw yang berjaya melahirkan satu generasi sahabat paling hebat yang terkenal di alam dunia dan berjaya di akhirat kelak.

Tegas beliau, daripada model emas itulah, dibentuk berbagai kaedah dan pendekatan yang meskipun berbeza daripada bentuk asal berasaskan kelainan geografi setempat dan berbeza latar belakang kehidupan sesebuah negara tetapi hadaf dan matlamat utama pendidikan Islam tetap mengajak manusia ikhlas melakukan ketundukan kepada Allah SWT.

Dr Said Ramadhan yang juga Ketua Jabatan Agama dan Pegangan, Fakulti Perundangan Islam di Universiti Damascus berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama bertajuk Masa Hadapan Pendidikan Islam: Iktibar daripada Sirah Nabawi di hari pertama persidangan tiga hari bermula 29 November dan berakhir pada 1 Disember esok.

[Gambar] Presiden PAS luang masa kunjungi Maha 2010

http://www.harakahdaily.net/v2/images/stories/news_dec2010/nazri2.jpg


Nazri & Wan Nordin Foto: Wan Zahari

SERDANG, 30 Nov: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan isteri, Toh Puan Seri Zainab Awang Ngah hari ini meluangkan masa melawat tapak Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (Maha) 2010.

Turut serta ke pameran yang berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) itu, Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dan isteri.

Mereka tiba di sini kira-kira jam 11.30 pagi tadi, dan meluangkan masa hampir tiga jam melawat tapak pameran.

Kehadiran mereka disambut oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, timbalannya, Datuk Johari Baharom dan Timbalan Ketua Pengarah Operasi FAMA, Nordin Ahmat di dewan khas.

Mereka kemudian diberi penerangan mengenai penganjuran MAHA kali ini.

Selepas itu mereka dibawa ke Laman Jentera sebelum dipertontonkan persembahan aksi lasak bagaimana koboi menumbangkan lembu liar.

Pertunjukan hebat itu dilakukan sekumpulan penunggang Rodeo profesional dari Australia Bushmen’s Campdraft and Rodeo Association Ltd (ABCRA) yang didatangkan khas untuk pameran MAHA.

Selepas menyaksikan pertunjukan bahaya itu, mereka kemudiannya pula dibawa melawat ke kawasan laman sayuran.

Di sini, rombongan Tuan Guru Abdul Hadi bertembung dengan rombongan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Kesempatan itu diguna dengan saling bertanya khabar dan berkongsi cerita tentang sayur-sayuran.

Setelah berada di situ hampir 10 minit, mereka kemudiannya dibawa melawat ke kawasan laman penternakan sebelum dijemput menikmati jamuan khas yang disediakan oleh MOA.

Selesai menikmati juadah yang disediakan, mereka kemudian mengakhiri sesi lawatan dengan berkunjung ke bazar agro di dewan pameran.

Pameran MAHA bertemakan `Inovasi Pertanian Pemangkin Pembangunan’ akan berlangsung sehingga 5 Disember ini.

Isu Air: Kerajaan Pusat belakangkan rakyat Selangor

KUALA LUMPUR, 30 Nov – Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad mencadangkan agar gaji Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dipotong sebanyak RM10 di atas kegagalannya menguruskan dasar penswastaan dalam sektor berkaitan, secara tidak langsung telah membelakangkan masalah rakyat Selangor.

Beliau sewaktu mengemukakan usul berkenaan berkata, menteri tersebut gagal melaksanakan tarif yang dijanjikan dalam perjanjian konsesi penswastaan dahulu dan untuk mendapatkan pulangan yang telah mereka janjikan, kerajaan terpaksa sama ada membayar pampasan dan subsidi dengan mengorbankan wang rakyat.

“Contoh empat konsesi air di Selangor, tiga yang merawat, satu yang mengagih. Puncak Niaga, Splash dan Abbas yang mengagih dan Syabas yang merawat air manakala empat konsesi ini menanggung hutang RM6.4 bilion,” katanya dipetik daripada Harakahdaily,

Menurutnya juga, sehingga kini masalah penstrukturan air di Selangor gagal diselesaikan kementerian berkenaan.

“Pertikaian di Selangor sehingga kini setelah dua tahun lebih Selangor di bawah Pakatan, sehingga kini persoalan penstrukturan air tidak dapat diselesaikan.

“Nyata dalam perkara ini wujud kecenderungan yang menyaksikan masalah yang terbit kerana air tidak diurus secara baik padahal Span telah diwujudkan,” katanya.

Beliau turut menyentuh mengenai audit yang tidak dijalankan dengan baik menyebabkan banyak berlakunya kepincangan.

“Kita masih tidak dapat melihat satu audit ke atas tadahan air yang seperti tidak diletakkan kepentingan. Semua air mentah sehingga kini tidak diurus tadbir dengan baik,” katanya lagi.

Beliau turut menegaskan, sekiranya menteri masih mahu memberikan penguruskan air kepada syarikat swasta khususnya di Selangor, ternyata mereka membelakangi rakyat.

“Jika kementerian masih bertegas untuk memberi kembali hak mengurus air kepada pihak swasta, khususnya di Selangor maka nyata menteri bersedia membelakangi rakyat dan tidak melindungi kepentingan umum,” katanya.

Usul itu bagaimanapun tidak dipersetujui oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) setelah dibahaskan.

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (Pakatan) seramai 15 orang bagaimanapun bangun mempertikaikan keputusan itu bagi membolehkan undi belah bahagian diadakan.

Undi belah bahagian itu menyaksikan seramai 58 wakil BN tidak bersetuju manakala seramai 47 wakil Pakatan bersetuju.

MP Bebas cabar Anwar serah darjah kebesaran

Oleh Muda Mohd Noor

PARLIMEN KUALA LUMPUR: Datuk Mohd Zahrain Hashim (Bebas – Bayan Lepas) mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim mengembalikan darjah kebesaran dan ganjaran yang diperolehi dari keistimewaan orang Melayu.

Katanya, jika Anwar tidak mahu menyerahkan semula darjah kebesarannya itu, beliau memohon Tuanku Sultan menarik balik darjah kebesaran berkenaan.

"Mereka ini tidak layak menerima darjah kebesaran itu. Anwar merupakan orang yang hipokrit besar kerana beliaulah yang mewujudkan konsep Ketuanan Melayu semasa beliau menjadi timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno.

"Tetapi kini dia menolak konsep Ketuanan Melayu. Adakah dia merasa kesal kerana beliau tidak lagi berkuasa," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini. Hadir sama dalam sidang media tersebut ialah Zulkifli Noordin (Bebas – Kulim Bandar Baharu).

Sultan Selangor kesal

Semalam akhbar melaporkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dukacita dengan sikap orang Melayu yang mempertikaikan kerelevanan institusi raja Melayu dan peranannya dalam sistem pemerintahan negara.

Baginda mendedahkan, matlamat golongan berkenaan adalah agar sistem Raja Berperlembagaan disemak dan dikaji semula.

Mohd Zahrain berkata, konco-konco Anwar mendapat habuan daripada konsep Ketuanan Melayu itu.

"Masa dia (Anwar) berkuasa banyak kawan dia yang mendapat borang samar (pink form)," katanya.

Dalam Kongres PKR hujung minggu lalu, Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam ucapannya meminta orang Melayu menolak konsep Ketuanan Melayu kerana ia menguntungkan kelompok tertentu.

Bagaimanapun, pelbagai pihak mengecam ucapan isteri Anwar termasuk Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia yang membuat laporan polis.

Maha: Jangan sekadar pameran sahaja

Nazri Abdullah

SERDANG, 30 Nov: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menggesa kerajaan lebih serius untuk memajukan bidang pertanian, dan bukan sekadar mengadakan program seperti Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (Maha) 2010 sahaja.

Walaupun memuji langkah mengadakan Maha, namun beliau mahu kerajaan turut menyediakan insentif dan subsidi kepada rakyat yang mahu menceburkan diri dalam bidang pertanian seperti dibuat beberapa negara lain.

"Sebagai contoh, dalam sektor penanaman padi di Jepun, kerajaannya memberi subsidi 99 peratus mengalakkan pertanian ini dalam persediaan mereka membekalkan makanan yang cukup kepada rakyatnya.

"Malangnya negara membangun seperti Malaysia hanya mengejar kemajuan dalam bidang teknologi yang lebih canggih, berbanding sektor pertanian yang sebenarnya perlu diperkasakan," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang kepada media selepas melawat Maha 2010, hari ini.

Justeru, beliau mengharapkan agar Maha tidak hanya sekadar berhenti di peringkat pameran sahaja, sebaliknya sebagai satu lapangan awal untuk memajukan sektor pertanian negara.

"Yang penting tindakan susulan oleh kementerian, jabatan atau agensi kerajaan," kata beliau yang turut disertai isteri, Toh Puan Seri Zainab Awang Ngah.

Turut sama ialah timbalannya, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan isteri.

Gelar Wan Azizah "pelacur politik" kurang ajar

Oleh Muda Mohd Noor

PARLIMEN KUALA LUMPUR: Beberapa pemimpin PKR mengecam Ketua Wira Perkasa Arman Azha Abu Hanifah yang mengatakan Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai "pelacur politik."

Arman membuat kenyataan tersebut ekoran ucapan Dr Wan Azizah dalam kongres PKR di Petaling Jaya Sabtu lalu yang mahu orang Melayu meninggalkan konsep Ketuanan Melayu kerana ia hanya menguntungkan segelintir kroni sahaja.

Bercakap dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff berkata, kenyataan Arman Azhar itu berupa kurang ajar dan tidak mencerminkan budaya orang Melayu.

"Arman adalah anak muda yang dayus kerana menghina seorang pemimpin wanita yang banyak berjuang untuk rakyat sejak tahun 1999.

"Dalam Perlembagaan Persekutuan tidak ada konsep Ketuanan Melayu. Yang ada hanyalah keistimewaan Melayu.

Tiada Ketuanan Melayu dalam Perlembagaan

"Arman tolong jelaskan adakah ada konsep Ketuanan Melayu dalam Perlembagaan," katanya dalam sidang media yang turut dihadiri oleh Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dan ahli Parlimen PKR Indera Mahkota, Azan Ismail.

Yusmadi mencabar Arman untuk mengadakan debat terbuka mengenai masa depan orang Melayu pada tahun baru ini.

"Jangan jadi dayus hanya berani kepada wanita. Dia (Arman) tidak tahu dalam Perlembagaan tidak ada Ketuanan Melayu," tambahnya.

Zuraidah yang juga ahli Parlimen Ampang pula berkata, kenyatan Arman itu menunjukkan betapa cetek dan dangkalnya pengetahuan beliau.

Katanya, Arman juga cuba mengaitkan Ketuanan Melayu dengan Raja-raja Melayu seolah-olah dia mahu berselindung di sebalik Raja-raja Melayu.

Manakala Azan mencadangkan Perkasa memecat Arman kerana telah merosakkan imej pertubuhan itu.

"Jangan menggunakan perkataan yang tidak menentu kerana boleh merosakkan imej pertubuhan," katanya.

Berani Betul 'Melayu' Ini Berkata-Kata

Dr M: Lupakan keturunan jika ingin 1Malaysia berjaya

Hazlan Zakaria

Konsep 1Malaysia yang dipelopori oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak hanya akan berjaya jika rakyat membelakangkan bangsa dan keturunan masing-masing dan mengasimilasikan diri menjadi satu, kata mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

NONEKatanya, konsep Najib hampir sama dengan prinsip Wawasan 2020 yang diterajuinya dalam percubaan mewujudkan bangsa Malaysia bagi mencapai perpaduan kebangsaan.

"Apabila kita berbicara mengenai perpaduan kebangsaan kita mesti lupakan sejarah kita, keturunan dan menganggap diri kita sebagai rakyat Malaysia. Kita bercakap dalam satu bahasa dan tidak minta keistimewaan hanya kerana kita bumiputerab ataupun bukan bumiputera,” kata Dr Mahathir.

Beliau menjawab soalan daripada hadirin ketika sesi dialog pada forum ketiga dialog Malaysia-Eropah (MEF) di Kuala Lumpur.

Dr Mahathir juga membidas kumpulan yang menyokong 'prinsip 1Malaysia' tetapi masih mempertahankan diri mereka daripada kumpulan yang berasal daripada latar belakang sesuatu keturunan.

"Kita tidak boleh lagi anggap diri kita rakyat Malaysia yang berketurunan Melayu, Cina ataupun India,” katanya sambil menambah jika rakyat boleh melupakan perkara itu, 1Malaysia akan mempunyai pengertian sebenar.

NONEForum ini menyaksikan Mahathir duduk di pentas yang sama dengan bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri, Tan Sri Rafidah Aziz yang bertindak sebagai moderator sesi dialog.

Rafidah kemudiannya menegaskan bahawa hubungan erat antara beliau denganDr Mahathir tidak pernah terjejas di sebalik percanggahan pendapat mereka berhubung isu Permit Import (AP) lima tahun lalu.

Tidak sehaluan

Rafidah sebaliknya menafikan laporan media yang mengatakan beliau dan Dr Mahathir sudah tidak sehaluan lagi dan beliau masih menghormati tokoh negara itu serta masih menghubunginya seperti biasa untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan.

"Seperti anda boleh lihat, memang (kemesraan) tak pernah luntur atau terjejas. Cuma kita bukan dalam Kabinet dah...tak ada la mesyuarat hari hari.

NONE"Saya dengan Tun masih seperti biasa, saya masih menghubungi beliau, masih ke pejabat beliau, dan masih berjumpa dengan beliau dalam majlis-majlis sebegini," katanya.

Dalam forum ini, Dr Mahathir menyampaikan ucaptama dan turut meluangkan masa menjawab beberapa soalan daripada perwakilan berhubung suasana politik, isu-isu semasa, dan sejarah kecemerlangan beliau semasa menjadi Perdana Menteri.

Pada 2005, Rafidah, yang ketika itu menyandang jawatan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, menjadi sasaran kecaman selepas Dr Mahathir membangkitkan isu berkaitan Permit Import kereta yang dikeluarkan kementerian berkenaan.

Rafidah dan Dr Mahathir saling membalas kenyataan berhubung isu kontroversi berkenaan hingga mendorong banyak pihak menyarankan agar Rafidah memohon maaf kepada Dr Mahathir berikutan kenyataan beliau yang mereka anggap mengguris hati bekas Perdana Menteri itu.

NONEKetika diminta mengulas mengenai forum bertemakan "Menoleh ke Belakang Untuk Mara Ke Hadapan" itu, Rafidah yang juga penaung dan penasihat MEF berkata, program itu diadakan bagi memastikan pihak Malaysia dan Eropah saling memahami dasar yang dibawa masing-masing terutamanya dalam soal pelaburan.

Salah tafsir

Selain Dr Mahathir yang menyampaikan ucaptama, forum berkenaan turut menyaksikan penyampaian kertas kerja oleh Timbalan Ketua Setiausaha MITI, Datuk Dr Rebecca Fatima Sta Maria, wakil dari Kedutaan Norway Ashild Kjok, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Biotechnology Corporation Datuk Iskandar Mizal Mahmood, dan Pengerusi Dewan Perniagaan dan Perindustrian Malaysia Kesatuan Eropah David Jones.

NONE"Tujuan forum ini adalah untuk mempereratkan lagi kaitan ekonomi antara kedua-dua pihak, dan juga untuk menjelaskan kedudukan negara kepada Eropah, kerana kadang-kadang salah tafsir mereka terhadap dasar kita mengakibatkan ketidakcenderungan pelancong untuk melawat, melabur dan menjalankan perniagaan di Malaysia.

"Program sebegini diharap dapat membantu kerajaan memperjelaskan kedudukan Malaysia sebagai negara dinamik di rantau Asia dan Asean di samping menerangkan kepada Eropah tentang dasar-dasar mereka yang menjadi kebimbangan kepada kita," katanya.

Forum itu turut dihadiri 250 pewakilan terdiri daripada ahli perniagaan, pegawai kerajaan, ahli akademik, dan pertubuhan pelajar dari dalam dan luar negara.

Negara mula program nuklear 3 dekad lalu

Oleh Nazli Ibrahim

PARLIMEN KUALA LUMPUR: Parlimen diberitahu hari ini bahawa Malaysia pernah memulakan program pembangunan nuklearnya sejak tiga dekad lalu.

Namun program tersebut dihentikan berikutan harga minyak mentah di pasaran ketika itu masih berada pada tahap yang rendah, demikian menurut Ahli Parlimen Tenggara, Halimah Mohd Sadique.

"Kita juga tahu Malaysia pernah memulakan program pembangunan nuklear sejak tiga dekad lalu tapi terhenti dengan alasan kerana pada waktu itu harga minyak mentah murah.

"Sedangkan negara lain yang kita tahu seperti Thailand dan Filipina tetap meneruskan program pembangunan nuklear ini dan telah pun berjaya walaupun berskala kecil pada 1976 dan siap sepenuhnya pada 1984," katanya.

Beliau memberi pandangan agar program pembangunan nuklear yang dicadangkan kerajaan dijalankan segera bagi menjana pendapatan negara.

Ujar beliau, "pada pandangan saya Yang Berhormat Menteri, Malaysia sewajarnya bergerak dengan lebih maju lagi, dengan lebih nyata lagi dalam pembangunan program nuklear.

Jana pendapatan RM12.7 juta

"Kerana kita tahu melalui aktiviti pengkomersialan dan juga pemindahan teknologi nuklear, Malaysia telah pun berjaya menjana pendapatan sebanyak RM12.7 juta iaitu kira-kira 22.3 peratus dari sasaran biaya diri yang diperlukan," jelas beliau.

Beliau berkata kerajaan hari ini dilihatnya teragak-agak dalam usaha membangunkan program nuklear negara dan menyebabkan negara ketinggalan dengan negara-negara Asia lain.

"Saya nak tahu dari YB Menteri, berbanding Thailand, Filipina dan Vietnam, nampak kita seperti teragak-agak dalam usaha membangunkan program nuklear untuk kuasa elektrik ini. Agaknya setakat mana kesungguhan yang dijalankan oleh kerajaan?

"Selain itu, pembangunan reaktor nuklear akan memakan masa paling minima 15 tahun sebelum dapat berfungsi sepenuhnya. Kerana kita tahu pembinaan ini terpaksa melalui banyak peringkat tapisan yang ketat dari segi perundangan dan juga protokol-protokol yang
ada.

Sementara itu, dalam isu berkaitan, negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini menolak pembinaan reaktor nuklear di negeri masing-masing.

Projek pembangunan nuklear ini bukan sahaja telah mendapat bantahan daripada pemimpin-pemimpin PR, malah beberapa badan bukan kerajaan dilaporkan turut membantah program pembangunan nuklear.

Zulkifli: Pertikai Ketuanan Melayu, Pakatan 3A alami ‘penyakit politik’

Oleh Staf FMT

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bharu Zulkifli Noordin menyifatkan tindakan segelintir orang Melayu yang mempertikaikan institusi Ketuanan Melayu di negara ini sebagai petualang dan pengkhianat kepada bangsa.

Sambil merujuk kepada Pakatan 3A (Anwar, Azizah, Azmin) Zulkifli berkata mereka tidak layak mempertikaikan institusi Ketuanan Melayu dan Raja-raja Melayu semata-mata untuk menutup kemelut parti yang kian hancur.

Katanya, PKR kini mengalami ‘penyakit politik’ yang sanggup melakukan apa sahaja demi menyelamatkan parti politik mereka.

"Pakatan 3A iaitu Anwar, Azizah dan Azmin beserta konco dan balaci mereka telah secara terbuka mempertikai institusi Ketuanan Melayu dan secara terbuka mengisytiharkan untuk memansuhkannya.

"Pendek kata mereka sudah gila kuasa. Dalam menghadapi kemelut parti yang kian hancur, dalam menutup kelemahan peribadi dan ‘penyakit politik’ yang dihadapi, mereka bisa melakukan apa sahaja demi survival politik dan gila kuasa mereka.

Putrajaya "at all cost"

"Putrajaya "at all cost." Menggunakan politik sumbang, pembohongan dan cakap tidak serupa bikin, hanya untuk memahkotakan diri ke Putrajaya," katanya yang dipetik dari blognya.

Katanya, Anwar ketika berada di puncak Umno antara pelopor kepada konsep ketuanan Melayu dan sentiasa dicanang beliau sehingga menjadi agenda besar ketika berada dalam komponen parti Barisan Nasional itu.

Zulkifli turut mendedahkan tentang budaya ‘pink form’ ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.

Ramai rakan taulan, kroni dan teman Anwar yang menjadi kaya raya kerana anugerah "pink form" ini. Ini terbukti apabila meletusnya perang kroni pada tahun 1996-1997 di mana Anwar, yang sudah tidak sabar untuk memahkotakan diri sebagai Perdana Menteri, menyerang Tun Mahathir (Mohamad) menggunakan isu kroni dan nepotisma.

"Namun Mahathir membalas dengan mendedahkan senarai rakan, teman dan kroni Anwar yang mendapat limpah rahmat agihan kekayaan negara dari dasar "pink form" yang dipelopori Anwar dengan menggunakan slogan Ketuanan Melayu," dakwa beliau.

Belanjawan Negeri Pahang Mengecewakan

23 Dzulhijjah 1431 H | 30 November 2010

Meneliti keseluruhan belanjawan Kerajaan Negeri Pahang yang dibentangkan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri baru-baru ini sangat mengecewakan rakyat Pahang. Ianya benar-benar mencerminkan sebuah kerajaan yang tidak mempunyai perancangan bagi membangunkan negeri yang mempunyai sumber hasil yang besar ini, kerana tidak mempunyai sebarang perancangan masa depan, selain daripada pergantungan kepada kerajaan persekutuan.

Kenyataan YAB Menteri besar dalam bahagian awal pembentangan jelas mengambarkan kerajaan BN Pahang kekeringan idea dalam memajukan negeri dan tidak mempunyai perancangan dalam menyusun pembangunan negeri. Kenyataan beliau bahawa “kedudukan kewangan negeri tidak mungkin, bahkan mustahil sehingga hari Kiamat, boleh menanggung kesemua kos pembangunan tanpa bantuan kerajaan Persekutuan’, benar-benar menggambarkan kerajaan UMNO/BN ‘menopause’!

Kenyataan ini adalah gambaran keseluruhan belanjawan kerajaan negeri yang hanya merancang dengan bantuan Pusat tanpa berusaha untuk merancang sumber baru bagi meningkatkan hasil negeri.

Dengan peruntukan sebanyak RM871,117,390.00 kerajaan membelanjakan 68.92% untuk belanja mengurus, manakala untuk pembangunan hanya RM270,693,250.00. Itupun sebanyak RM82,760,000 adalah pergantungan kepada pinjaman dari kerajaan pusat. Dengan peruntukan sebanyak RM27.06juta tentulah tidak banyak perkara yang dapat dilakukan. Ini mengingatkan kita kepada komisyen pembelian kapal selam sebanyak RM530 juta, ternyata melebihi keseluruhan projek pembagunan setahun kerajaan Pahang.Peruntukan pembangunan yang kecil adalah kerana sumber kewangan yang terhad yang dapat dikutip oleh kerajaan.

Kegagalan kerajaan menjana sumber baru dan pergantungan kepada sumber sedia ada, menyebabkan kerajaan sebenarnya dilihat gagal membuat suatu perancangan besar bagi meningkatkan pembangunan di Pahang. Dengan belanjawan ini, ternyata Pahang akan terus gagal menjadikannya sebagai sebuah negeru maju bagi bersaing dengan negeri-negeri lain, yang terus berkembang dengan peningkatan sumber hasil negeri.

Kita telahpun diwar-warkan beberapa negeri telah mengisytiharkan untuk menjadi negeri maju menjelang 2020, tetapi di mana Pahang pada waktu itu? Apakah Pahang akan terus berada dalam kategori ‘negeri hampir bangkrap, dengan bebanan hutan yang berbillion, dan apakah Kerajaan Persekutuan mampu menanggung kerajaan negeri yang hanya tahu pinjam, tetapi’liat’ membayar hutang? Fikir-fikirkanlah…

Apa yang lebih mendukacitakan ialah tiadanya perancangan baru dalam meningkatkan sumber hasil negeri, selain rancangan jangka pendek kerajaan bagi memaksa anak-anak syarikat kerajaan negeri (GLC) menyumbang 50% dari keuntungan kepada kerajaan negeri. Persoalannya berapa kerat anak syarilkat kerajaan negeri yang mencatat keuntungan. Setahu kita hampir semua anak-anak syarikat kerajaan negeri berada dalam keadaan kritikal, dan terus mengharapkan suntikan kerajaan.

PAS mencabar kerajaan bagi mendedahkan kedudukan kewangan semasa anak-anak syarikat kerajaan negeri supaya rakyat tahu sejauh mana anak-anak syarikat yang ditubuh untuk membantu kerajaan dapat mencapai hasil sebagaimana diharapkan oleh seluruh rakyat. Kalau gagal, maka hasrat meningkatkan hasil melalui sumbangan 50% keuntungan hanyalah angan-angan dalam belanjawan sahaja, dan ternyata strategi peningkatan hasil melalui sumbangan anak-anak syarikat kerajaan akan sangat mengecewakan.

Ke mana pergi hasil-hasil lain yang utama, hasil hutan? Pahang yang terkenal mempunyai keluasan kawasan hutan, dan kerajaan juga gagal mendedahkan berapa sebenarnya hasil kayu kayan yang diperolehi oleh kerajaan negeri, dan nisbah keluasan kawasan penebangan.

Dalam belanjawan yang dibentang kerajaan hanya menyatakan hasrat untuk meneruskan projek penanaman semula hutan yang telah gondol, tetapi rakyat juga perlu tahu berapa hasil yang diperolehi. Polisi penebangan sehinga 90% hasil hutan dalam tanah milik kerajaan perlu diubah segera. Kita lihat penebangan hutan yang melampau, sehingga menggondolkan kawasan pembalakan yang dibenarkan, adalah kerakusan kerajaan UMNO / BN tanpa memikirkan masa depan generasi akan datang.

Demikian juga hasil keluaran emas yang semakin banyak lombong dibuka - lombong di Lipis, Raub dan Cameron Highland yang difahamkan telah mengeluarkan hasil yang banyak, dan juga hasil dari bijih besi, di daerah Rompin, Maran, Jerantut, dan lainnya. Rakyat perlu tahu kemana hasil tersebut, berapa kerajaan perolehi dan juga usaha kerajaan meneroka sumber minyak di perairan Pahang, yang satu masa dahulu dimaklumkan Pahang berkemungkinan mempunyai hasil minyak. Demikian juga berapa hasil pelaburan luar yang melabur di Pahang; walaupun kita menyediakan hampir setiap daerah kawasan industri, ternyata masih kosong dan terbiar. Seandainya tiada sesuatu perangcangan segera dibuat, tidak mustahil Pahang akan muflis.

[Sumber]

Isu Air: MB yakin rakyat Selangor bersama kerajaan negeri

SHAH ALAM, 30 Nov – Kempen ‘Kembalikan Hak Air Selangor’ telah mencecah 50,000 tandatangan rakyat Selangor dan Wilayah Persekutuan, menunjukkan rakyat negeri ini bersama kerajaan dalam menuntut hak air, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Sehubungan itu katanya, perhimpunan pada Ahad, 5 Disember ini akan diteruskan seperti dirancang dan meminta rakyat turun beramai-ramai ke Masjid Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.

Beliau juga turut menyatakan komitmen untuk hadir mengetuai perarakan tersebut.

“Saya akan turun bersama-sama rakyat untuk berhimpun di Masjid Negara dan jika perlu, rakyat akan bergerak ke Istana Negara untuk serah memorandum untuk minta Yang di-Pertuan Agong beritahu Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) supaya penswastaan air dihentikan.

“Beri peluang kepada rakyat agar diberi harga yang munasabah,” katanya dipetik daripada Harakahdaly.

Himpunan itu merupakan kemuncak siri kempen membantah penswastaan air di Selangor, yang dianjur kerajaan negeri.

Ia juga sebagai desakan agar empat syarikat swasta air dibeli semula dan diletak dalam satu badan milik kerajaan negeri untuk dikawal urus.

Melalui penghapusan penswastaan air, kerajaan negeri menjangkakan tarif air mampu dikurangkan sehingga 12 peratus setahun dan mengekalkan dasar pemberian 20 meter padu air percuma kepada isi rumah.

Jika penswastaan diteruskan, rakyat negeri ini akan menghadapi kenaikan tarif air sehingga 27 peratus.

Sebelum ini, kerajaan Selangor juga telah menghantar notis 14 hari kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) agar memberhentikan Program Tabung Budi kerana melanggar syarat perjanjian konsesi air negeri.

Jika gagal berbuat demikian, kerajaan negeri akan menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang

Bisakah SPRM mencontohi S'pura No.1 bersih rasuah?

Faisal Mustaffa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dahulunya dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah atau singkatannya BPR mula beroperasi pada Okt 1, 1967 sebagai sebuah jabatan penuh. Akhirnya pada Jan 1, 2009, ia diambilalih oleh SPRM.

SPRM beroperasi mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2008 yang digubal bagi menggantikan Akta Pencegah Rasuah 1997 dan diketuai oleh seorang ketua pesuruhjaya.

Tindakan menubuhkan SPRM mungkin membawa ruang dalam kerajaan memberi sedikit keyakinan kepada rakyat yang melihat rasuah ini salah satu punca kegagalan di dalam amalan urus-tadbir baik. Namun, sebaik sahaja suruhanjaya ini beroperasi beberapa bulan, Teoh Beng Hock didapati mati selepas disoalsiasat SPRM.

Malaysia telah menunjukkan prestasi yang amat buruk dalam indeks rasuah. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Transparency International, Malaysia terletak di tangga 56 manakala negara-negara jiran seperti Singapura (tangga ke-1), Brunei (tangga ke-38). Negara-negara yang berada di belakang Malaysia ialah Thailand (tangga ke-78), Indonesia (tangga ke-110), dan Filipina (tangga ke-134).

Sekiranya kita melihat kepada persepsi rakyat terhadap rasuah, Merdeka Center telah menjalankan kajian dan mereka mendapati 81% daripada 1,241 respondennya berpendapat korupsi dan amalan rasuah masalah yang serius di Malaysia. Seramai 72% pula berpendapat pemberi maklumat (whistleblowers) diperlukan bagi membendung kegiatan tersebut.

Mencurahkan air ke daun keladi

Kita bersyukur Akta Perlindungan Pemberi Maklumat (Whistleblower Protection Act) 2010 akhirnya akan digubal pada Dis 15 akan datang. Kita juga mengharapkan bahawa Parlimen akan menggubal Akta Kebebasan Maklumat yang sememangnya memudahkan pihak SPRM dalam menjalankan siasatan dan orang ramai tampil ke hadapan dalam bekerjasama membendung kegiatan rasuah.

Media juga mempunyai peranan yang penting di dalam perihal ini. Media sepatutnya lebih professional dalam membuat laporan penyiasatan (investigative report) memandangkan mereka lebih rapat dan terdedah dengan kejadian semasa. Media juga boleh memainkan peranan yang amat penting dalam memberi kesedaran kepada orang ramai di semua peringkat umur.

Konvensyen PBB Melawan Korupsi juga bersependapat bahawa pencegahan dan pendidikan awam ialah cara terbaik dalam menangani korupsi.

Apa yang diharapkan agar tidak ada pendakwaan terpilih dijalankan ke atas orang yang disyaki, termasuk ianya dikuatkuasakan kepada sesiapa sahaja, termasuk menteri kabinet dan orang yang di belakang pembunuh model-model terkenal serta jutawan jelita.

Peguam yang mengatur hakim juga bebas berlegar.

Disamping itu, akta yang bercanggah dengan pemberi maklumat seperti Akta Rahsia Rasmi dan Akta Hasutan perlulah dimansuhkan bagi menunjukkan keseriusan kerajaan.

Mengikut pengalaman Malaysia, isu-isu yang membabitkan rasuah secara besar-besaran seperti Perwaja dan PKFZ masih mendapat 'perlindungan'.

Individu seperti Ketua Menteri Sarawak masih semangat menampuk kuasa. Ketua Menteri Sarawak hidup seperti raja manakala rakyat Sarawak hidup dalam kemiskinan. Pada tahun 2009, hasil pendapatan Sarawak berjumlah RM3.726 billion, tetapi 70% daripada penghuni rumah panjang masih tidak disalurkan tenaga elektrik dan air paip bersih ataupun menikmati kemudahan jalanraya yang sempurna.

Kesedaran di Hong Kong, S'pura

Pertubuhan Banga-bangsa Bersatu (PBB) melihat rasuah sebagai salah satu faktor yang menyekat sesebuah negara daripada membangun. Mengikut ukuran PBB, negara membangun bukanlah dilihat pada bangunan-bangunan pencakar langit dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sesebuah negara itu sahaja.

Kajian perbandingan United Nations Development Programme (UNDP) 2005 menyatakan agensi penguatkuasaan korupsi mempunyai kuasa untuk menjalankan siasatan sungguhpun tiada laporan diterima. Selain daripada ketakutan akan keselamatan pelapor, sistem birokratik yang diamalkan menyukarkan orang ramai untuk membuat laporan.

Kajian daripada (UNDP) menyatakan, Singapura mengambil masa 15 tahun untuk menubuhkan Biro Penyiasatan Amalan Rasuah (CPIB) sebagai sebuah agensi bebas, bermula 1952, di luar bidnag kuasa polis. Hong Kong mengambil masa 26 tahun bagi menubuhkan Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) bermula 1974.

Sebenarnya, Singapura hanya mengerah CPIB untuk menjalankan pencegahan rasuah mereka bermula tahun 1959. Bagi ICAC pula, badan itu hanya memerlukan beberapa bulan sahaja untuk ditubuhkan bermula Februari 1974. Menurut bekas pesuruhjaya ICAC Betrand de Speville, kunci kepada kejayaan bagi kedua-dua negara itu ialah kesedaran yang tinggi dan usaha yang berlipat ganda.

Apa yang dicadangkan (dan berdasarkan kepada pengalaman kebanyakan negara melawan korupsi), sekiranya sesebuah negara itu bersungguh-sungguh memerangi korupsi, kerajaan perlulah memperuntukkan sekurang-kurangnya 0.5% daripada belanjawan kepada usaha ke arah itu.

Berdasarkan maklumbalas yang diperolehi daripada rakyat Singapura dan Hong Kong, pelaburan pembayar-pembayar cukai yang paling berbaloi ialah perbelanjaan melawan korupsi di negara mereka.

[Sumber]

Pakatan Rakyat perlu jelaskan tentang ‘Ketuanan Rakyat’ – Anwar

SHAH ALAM, 30 Nov – Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (Pakatan) perlu menerangkan dan memberi penjelasan kepada rakyat negeri masing-masing mengenai konsep ‘Ketuanan Rakyat’ yang diangkat bersama Pakatan.

Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, polemik Umno memutarbelitkan kenyataan Presiden Parti KEADILAN Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, semalam, mengenai isu meninggalkan ‘Ketuanan Melayu’.

Anwar yang juga Ketua Umum KEADILAN berkata, segala data dan fakta mengenai kegagalan konsep yang dibawa Umno dapat dilihat.

“Begitu juga dalam isu ini, tanggungjawab utama kerajaan negeri ialah untuk menegaskan pendirian kita mengenai ‘Ketuanan Rakyat,’ kerana nampaknya polemik atau Wacana Ketuanan Melayu itu juga diputarbelitkan oleh kelompok Melayu yang kaya dan rasuah,” katanya.

Persidangan sehari itu dihadiri Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Exco-exco kerajaan negeri dan wakil-wakil anak syarikat kerajaan negeri.

Resolusi Shah Alam yang dikeluarkan hasil persidangan ini juga membawa kepada hubungan lebih rapat dalam melawan serangan daripada Kerajaan Pusat.

Malah, satu badan media antara negeri Pakatan bakal ditubuhkan untuk menghakis serangan media Barisan Nasional (BN).

“Negeri-negeri ini adalah Kerajaan Pakatan, secara rasmi mereka kemukakan ketetapan yang diluluskan kepimpinan Pakatan yang menjadi dasar Pakatan supaya tidak ada usaha khianat dari Umno, pimpinan atau media mereka untuk cuba merosakkan institusi ini sepertimana dilakukan sebelumnya untuk menimbulkan kecurigaan,” ujarnya lagi.

Anwar mahukan agar hubungan akrab antara parti dan ahli biasa terjalin di peringkat bawah bagi memastikan tiada ruang kelemahan dapat dieksploitasi BN.

“Saya tidak runsing sangat dengan serangan, tapi saya setuju dengan Kit Siang bahawa tiba masa dan ketikanya untuk memastikan muafakat dan keakraban kita dalam parti cukup mantap.

“Kita tidak mungkin dipatahkan dari serangan luar, kita mungkin sedikit lemah dan tergugat kalau kita menimbulkan sedikit syak dan wasangka dari dalam, maka kami kepimpinan mengesyorkan kerjasama dari peringkat negeri,” kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Kementerian Pelajaran tolak khabar angin calon SPM perlu ambil semula Bahasa Melayu Kertas 2

PUTRAJAYA, 30 Nov - Kementerian Pelajaran menafikan khabar angin bahawa calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 berkemungkinan perlu menduduki semula peperiksaan Bahasa Melayu Kertas Dua yang dijalankan pada 23 November lepas.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd Ghafar Mahmud berkata berdasarkan siasatan yang dijalankan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia, peperiksaan subjek itu sah dan calon-calon yang menduduki peperiksaan itu tidak perlu menduduki semula kertas tersebut.

“Saya ingin menegaskan di sini, supaya ibu bapa dan terutamanya calon-calon peperiksaan supaya tidak mempercayai khabar angin yang tidak berasas ini,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau meminta ibu bapa dan calon-calon peperiksaan supaya tidak risau atau bimbang kerana Kementerian Pelajaran sentiasa mengambil langkah-langkah untuk memastikan semua peperiksaan adalah sah serta memastikan kualiti atau standard peperiksaan berada pada tahap yang baik.

Abd Ghafar berkata sehingga hari ini, peperiksaan SPM yang bermula pada 23 November lepas dan berakhir pada 20 Disember depan berjalan baik dan lancar seperti yang telah dijadualkan.

Sebarang kemusykilan atau pertanyaan mengenai peperiksaan SPM 2010 boleh dikemukakan kepada Bilik Gerakan SPM, Lembaga Peperiksaan Malaysia yang beroperasi setiap hari peperiksaan dari pukul 7 pagi hingga 6 petang atau menghubungi talian 03-8889 3551, 03-8889 3601 atau 03-2889 3520.

Bernama

Pakatan Rakyat senada tawan Putrajaya

SHAH ALAM 30 Nov – Penasihat DAP, Lim Kit Siang, menolak tanggapan bahawa Pakatan sudah berkubur dan tidak lagi senada, sebaliknya mereka kini bakal terus erat, terutama selepas terbentuknya Resolusi Persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat (Pakatan) yang dilihat sebagai satu ‘turn around’, yang membawa kembali Pakatan ke landasan yang betul bagi menawan Putrajaya.

Datuk Seri Anwar, Tan Sri Khalid, Lim Kit Siang serta para tetamu sedang menjamu selera selepas tamat persidangan

Kit Siang juga menolak tanggapan bahawa Pakatan sudah berkubur dan tidak lagi senada, malah kini mereka bakal terus erat terutama selepas terbentuknya Resolusi Persidangan di Shah Alam ini.

“Kita masih lagi bernyawa dan bersemangat dan merancang untuk terus ke depan dalam perjuangan politik di Malaysia. Saya percaya bahawa persidangan kemuncak ini merupakan peristiwa penting bagi ‘turn around’ Pakatan, ‘turn around’ untuk mengembalikan momentum politik bagi melakukan perubahan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang,” katanya.

Kit Siang berucap pada sesi penggulungan Persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat yang berlangsung di Kediaman Pegawai Kerajaan, di Seksyen 7, di sini semalam.

Beliau menyatakan bahawa hanya pertukaran kerajaan dapat menjadikan Malaysia negara demokrasi normal.

Malah menurut Kit Siang, Pakatan perlu menjadi ‘offensive’ dan merampas kembali Perak selain menawan negeri utama seperti Johor, Negeri Sembilan, Pahang serta Sabah dan Sarawak dalam PRU akan datang.

“Hanya jika ada perubahan radikal yang bermakna perubahan kerajaan. Ia boleh jadi transformasi asas yang besar di negara ini dan inilah harapan yang diberi apabila berlaku tsunami politik dua tahun dulu. Untuk pertama kali, rakyat Malaysia melihat kemungkinan perubahan berlaku dan pilihan raya umum depan merupakan saat penting menentukan sama kita dapat menjadi negara demokratik yang normal,” katanya.

Menurut beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur, rakyat perlu melihat tiada perubahan di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak walaupun pelbagai program telah diperkenalkan sejak 20 bulan beliau menerajui Barisan Nasional (BN).

“Kita lihat saja laporan berita, setiap hari satu peringatan bahawa keadaan masih tidak berubah walau banyak yang diperkatakan mengenai ‘reform’ dan transformasi, sama ada slogan baru 1 Malaysia Najib atau GTP, rancangan negara untuk perbaiki kehidupan, penuhi standard antarabangsa,” tambahnya bersemangat.

Hadi: Muhasabah diri bagi tambah keyakinan rakyat

SHAH ALAM 30 Nov – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu Negeri Pakatan Rakyat (Pakatan) muhasabah atau memeriksa kelemahan dan kekuatan diri bagi membetulkan kesilapan dan menambah keyakinan rakyat negeri lain terhadap kepimpinan Pakatan.

Katanya, usaha meneruskan kesinambungan kejayaan mereka mentadbir negeri dengan baik ini penting agar menjadi kekuatan dalam menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Seterusnya, marilah kita muhasabah bagi menghadapi pilihan raya akan datang dengan mengambil kekuatan dari perubahan yang telah kita lakukan dalam PRU-12 dengan membina kejayaan itu melalui pencapaian kerajaan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat dengan penerusan agenda yang berjaya,” Abdul Hadi berkata demikian ketika membuat ucapan penggulusan Persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat di sini, semalam.

Menurut Ahli Parlimen Marang itu lagi, usaha Kerajaan Negeri Pakatan yang berhadapan serangan dan penindasan Kerajaan Pusat sehingga semua perbuatan mereka diperhati teliti dan diperbesar media kawalan Umno-Barisan Nasional (BN) haruslah menjadi kebanggaan.

“Kejayaan Menteri Besar dan Exco untuk bertahan adalah kejayaan yang perlu dibanggakan. Kita menyedari, berdepan dengan demokrasi yang salah, tidak tulen dan tak sama rata sehingga kita berdepan dengan amalan federalisme yang tidak mengikut perlembagaan dan tidak mengikut polisi federalisme yang sebenarnya,” ujarnya.

Beliau turut menyelar sikap segelintir pegawai kerajaan negeri yang bersikap tidak profesional dan melakukan sabotaj kerana memihak kepada BN.

“Dalam masa yang sama, kita berdepan dengan kakitangan kerajaan yang tidak semuanya bertugas secara profesional. Ada antaranya mempunyai semangat kepartaian, yang menjadi duri dalam daging yang tidak melancarkan jentera kerajaan.

“Walau dalam amalan sistem demokrasi, pegawai kerajaan haruslah bekerja di bawah kerajaan parti yang memerintah walau apa kepercayaan yang dianut oleh parti itu. Kadang-kadang kita berhadapan dengan hal seperti ini yang tentu menyebabkan Menteri Besar dan Exco tidak selesa menjalankan tugas mereka,” katanya yang berpengalaman mentadbir Terengganu selepas PRU 1999.

Pakatan berjaya merampas negeri Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak pada pilihan raya lalu tetapi kehilangan Perak tahun lepas setelah campur tangan dari Kerajaan Pusat.

Demokrasi Terpilih atau Demokrasi Berpilih?

Oleh Faisal Mustaffa dan Lingswaran Singh

Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Konvensyen Selangor Democratic Action Party (DAP) baru sahaja selesai. Masing-masing sarat dengan permasalahan sendiri. Apa yang menarik untuk diperhatikan adalah perkembangan politik baru yang sudah mula bercambah dengan baik.

Pemilihan Majlis Pimpinan KeADILan, walaupun dicemari pelbagai dakwaan penyelewengan seperti juga Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), telah berjalan dengan baik.Ramai pengkritik yang tidak puas hati dengan cara perjalanan pemilihan tersebut. Namun itu bukan masalah rakyat. Itu permasalahan dalam parti tersebut, tidak melibatkan mereka yang bukan anggota parti.

Sebagai pemerhati, sudah semestinya Malaysia telah melangkah ke arah demokrasi yang lebih matang dengan pengenalan sistem pemilihan terus ini.

Membawa perubahan ke Putrajaya

Kami harapkan agar KeADILan komited untuk membawa perubahan ini kepada sistem pilihan raya Malaysia jika suatu hari nanti mereka berjaya menawan 2/3 Dewan Rakyat. Suatu sistem di mana setiap rakyat berhak untuk menentukan tampuk pimpinan negara. Kami pasti rakyat Malaysia juga mahu peluang untuk memilih kabinet mereka sendiri, bukan seperti sekarang di mana mereka yang kalah pilihan raya umum dilantik menjadi senator dan kemudiannya menjadi menteri dan timbalan menteri.

Ada juga yang memperlekeh pemilihan menerusi pengenalan dasar satu anggota satu undi yang pertama di Malaysia, kerana jumlah yang keluar mengundi tidak memberangsangkan. Dari satu sudut yang lain, itu sebenarnya demokrasi. Hak untuk mengundi itu tidak boleh dipisahkan dengan hak untuk tidak mengundi. Jika ahli parti tersebut enggan untuk mengundi maka itu adalah satu demonstrasi demokrasi yang semakin matang. Berhubung masalah penipuan dan sebagainya, itu adalah perkara kedua, apa yang penting adalah amalan demokrasi itu sendiri.

Kami juga tidak sekepala dengan SPR yang mengikut nasihat kabinet yang rata-rata terdiri daripada mereka yang kalah dalam pilihanraya umum. Kononnya masalah yang akan dihadapi akan menjadi lebih besar daripada kebaikan yang akan diperoleh. Oleh yang sedemikian, mereka menangguhkan cadangan untuk mendaftarkan secara automatik hampir empat juta rakyat yang belum berdaftar. SPR juga khuatir kemungkinan jika sistem itu dilaksanakan pengundi yang tidak dapat dikesan akan berlipat ganda.

Selain daripada itu, parti pemerintah pula baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan membuka keahlian terus ke dalam Barisan Nasional. Ini juga satu perkembangan politik yang baik dan menggambarkan perubahan politik tanah air yang kian dewasa. Kami cuma berharap agar kenyataan itu tidak menjadi gimik politik semata-mata, dan jika terlaksana mungkin ada baiknya sistem pemilihan keADILan ditiru tanpa mempedulikan retorika politik yang bakal timbul. Barangkali parti-parti komponennya juga wajar mengadaptasi sistem pemilihan ini.

Demokrasi tanpa hak asasi

Ini adalah kerana, pemilihan terus memperlihatkan ciri-ciri demokrasi tulen, sistem ini bukan milik sesiapa, sistem ini milik masyarakat yang mengamalkan prinsip-prinsip demokrasi, dan Malaysia adalah satu contoh demokrasi. Namun tidak memadai jika demokrasi hanya dizahirkan melalui pemilihan tampuk pimpinan parti dan kerajaan, demokrasi juga harus dipupuk melalui amalan sosial. Kebebasan kehakiman, kebebasan media, kebebasan bersuara dan sebagainya adalah komponen-komponen penting dalam menyuburkan demokrasi.

Demokrasi tanpa hak berhimpun, hak bersuara, hak untuk berpolitik dan hak asasi umpama demokrasi sandiwara buatan Myanmar. Suatu produk yang kita tidak mahu, satu produk yang amat menghampakan, suatu produk yang menghina intelek rakyatnya. Kami mengharapkan amalan demokrasi yang lebih berkesan di Malaysia, di mana proses membuat keputusan sesuatu dasar awam mahupun projek awam melibatkan masyarakat secara terus.

Sewajarnya kita sebagai masyarakat yang mendukung demokrasi harus menjadikan amalan demokrasi itu satu proses dalam hidup seharian. Anak-anak kita harus diajar berdemokrasi dari bangku sekolah lagi. Mungkin Malaysia berpeluang menjadi lebih baik, mungkin Negara yang terbaik di rantau ini, namun semua itu hanya harapan suatu perjuangan indah semata-mata jika kita tidak berani berubah.

Nelson Mendela berjaya menghapuskan dasar Apartheid yang memisahkan rakyat Afrika Selatan selama 47 tahun melalui demokrasi. Barangkali demokrasi yang lebih baik mampu menyelesaikan masalah-masalah politik yang telah membelenggu fikiran kita sejak merdeka. 28 juta rakyat tidak mungkin diwakili oleh satu kabinet kecil yang terdiri daripada mereka yang kalah dalam pilihanraya, demokrasi tulen datangnya daripada rakyat, bukan mana-mana parti politik.MerdekaReveiw

*Faisal Mustaffa dan Lingswaran Singh ialah penulis bebas.

Melayu yang kerjanya makan Melayu

Oleh Kassim Muhammad

‘Melayu’ sebagai komoditi .‘Melayu’ itu jenama yang biasa dijual-beli di pasaran. Bergantung pada tempatnya, ‘Melayu’ itu boleh ― dan laku jika diniagakan. Biasanya di kebanyakan tempat, hanya ‘Melayu’ yang diterima sebagai bahan perdagangan dan cagaran. Untuk itu ramai yang berlumba-lumba supaya cepat-cepat, lekas-lekas dan segera pula menjadi ‘Melayu.’

Ramai juga yang marah-marah kerana katanya segala yang buruk-buruk tentang ‘Melayu’ itu dijaja sepanjang masa, di mana saja, seolah-olah tak ada lagi yang baik tentang ‘Melayu’.

Usman Awang pernah bersajak tentang ‘Melayu’ dan sesekali sajak penyair yang romantis-kritis ini dipetik oleh pemimpin yang mahu tingkatkan aroma ‘Melayu’nya.

‘Melayu’ laris dan laku untuk memperolehi tender, diskaun dan konsesi walaupun yang memohonya sudah berlipat kali jadi jutawan. Halaman rumah sudah penuh dengan kereta-kereta mewah sehinggakan tak ada lagi tempat untuk memakir armada keretanya.

Seorang anak sering juga melihat betapa mudahnya sang bapa menjana rezeki kerana hubungan keramat ‘Melayu’nya. Lebih bagus, jika bapa itu Ketua Bahagian kerana itulah lubuk dan lesen besar buat mencengkau dana.

Ramai yang berniaga dengan lesen jenama “Melayu’ dan dengannya memperolehi kontrak berjuta-juta supaya dijual kepada Cina dengan memakan persen. Kerja makan dan tidur tetapi menjadi kaya kerana lesen besar “Melayu’ adalah kerja paling mudah dan inovatif.

Anehnya masih ramai ‘Melayu’ berbangga dan tebal muka menjadi kaya raya walaupun tanpa bekerja. Untuk terus mendapat kontrak, habuan dan dana, ketaatan mutlak adalah syarat yang paling utama.

Menjadi kaya tanpa perlu bekerja ini dan menambahkan lemak perut dan lemak-lemak di bawah dagu adalah perjuangan mempertahankan ketuanan ‘Melayu.’

ii.

Ada ‘Melayu’ Ulu Tembeling yang bertungkus lumus menyara anak-anak supaya membesar dan menjadi manusia berguna. Namun ‘Melayu’ kerap juga dicemuh kerana katanya ke menara gading kerana kuotanya, bukan kerana ilmu, ketrampilan dan wibawanya.

Tahun yang baru lalu, Melayu dhaif Ulu Tembeling ini sudah pun menjual tanah pusakanya untuk sekolahkan anak sulungnya.

Dan para pemimpin ‘Melayu’ dari pelbagai lapisan masyarakat yang itu, masih juga menjerit-jerit bahawa ‘Melayu’ dan ketuanannya, mestilah dipertahankan. v iii.

Nah, ini pesanan ringkas, sms yang baru kuterima dari seorang teman, di Utara:

“Pagi ini dah bercupak aku maki xxxxxx tu sampai dadaku sakit.”

Usman,

Ada lagikah sajak-sajakmu tentang ‘Melayu’ yang hanya pandai menipu ‘Melayu’ ini? Jika ada, biarlah kubaca di mana-mana saja. http://barabarajiwa.blogspot.com/

Anwar, masa lalu dan masa depan PKR

Oleh Haris Zalkapli

Kongres Parti Keadilan Rakyat yang baru berakhir menegaskan lagi hubungan parti dengan personaliti Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemimpin berkarisma yang menyebabkan tertubuhnya parti ini sebagai Parti Keadilan Nasional selepas dipecat pada 1998.

Tindakan mengikat parti dengan Anwar ini menjadikan tokoh itu sebagai penentu hayat PKR. Dari satu sudut, tindakan mengaitkan Tuhan dengan kepimpinan Anwar boleh menguatkan semangat ahli dan penyokong tegar, tetapi pada masa sama juga mendedahkan parti kepada pandangan negatif orang ramai.

Walaupun seorang pemimpin pusat yang juga anak Anwar sendiri, Nurul Izzah Anwar menegaskan prinsip yang perlu diinstitusikan dan bukan personaliti, ini bukan realiti PKR.

Realiti PKR ialah pengkultusan pemimpin agungnya, dan wacana yang semakin kelihatan didasari satu perasaan benar keterlaluan yang boleh membunuh (fatal conceit).

Sejurus selepas 1998, hubungan Anwar dengan parti memberi kelebihan kepada parti. Sehingga beberapa tahun selepas itu, hubungan ini terbukti bermanfaat besar kepada PKN dan PKR.

Tetapi Anwar semakin tidak dikaitkan, disinonimkan atau didefinisikan dengan agenda-agenda perubahan ke arah kebaikan yang disebut-sebut sejak sebelum 1998 lagi.

Hujah menuntut PKR bergerak melepasi personaliti Anwar kepada prinsip dan nilai-nilai sebenarnya bukan hanya untuk meluaskan sokongan, tetapi juga akan menentukan survival PKR.

PKR yang diikat kemas dengan Anwar akan menjadikan Anwar sebagai penentu segalanya. Dan dalam keadaan Anwar dan orang yang rapat dengannya semakin kurang diyakini dan dilemparkan pelbagai kritikan, wajar sekali parti tidak terus meletakkan nasibnya pada seorang pemimpin.

http://www.politikpop.com/

Barcelona belasah Real Madrid 5-0

BARCELONA (Sepanyol): Jose Mourinho mengalami mimpi buruk apabila skuad bimbingannya Real Madrid dibelasah 5-0 oleh Barcelona di Camp Nou, awal pagi tadi, sekali gus kekalahannya yang pertama sejak menjadi jurulatih kelab itu musim ini.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan Barcelona bimbingan jurulatih Pep Guardiola melonjak ke kedudukan pendahulu Liga Sepanyol. Wira Sepanyol ketika final Piala Dunia Afrika Selatan, Xavi dan Pedro Rodriguez meletakkan Barcelona di depan sebaik perlawanan memasuki minit ke-10 dan ke 18.

Penyerang Sepanyol David Villa menambah derita Real dengan melakukan dua jaringan pada minit ke-54 dan minit ke-56.

Pemain ganti Jeffren Suarez kemudian menjadikan gol kelima Barca pada minit-minit terakhir permainan.

Mourinho nyata tidak mampu mengulangi kejayaannya ketika membimbing Inter Milan musim lalu yang berjaya mengalahkan Barcelona pada peringkat separuh akhir saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Barcelona memintas Real di takhta liga dengan memungut 34 mata, Real di tempat kedua dengan 32 mata, diikuti Villareal (27 mata), Espanyol (25) dan Valencia (24).

- AFP

Sepakat Pakatan Rakyat : Tubuh dana pelaburan

Menteri Besar dan Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat yang bersidang di Shah Alam pada 29 November 2010 telah berjaya membuat beberapa komitmen penting. Antaranya sepakat di dalam menyedari terhadap amalan Kerajaan Pusat yang semakin menghakis hak-hak negeri di sebalik pembuatan dasar-dasar yang tidak pro-rakyat; menyedari juga keterbatasan kuasa Negeri di sebalik amalan federalisme yang mendiskriminasikan Negeri, dan; menyedari ada beberapa kekangan kuasa dalam berhadapan dengan kuasa Pusat.

Demikian antara kandungan resolusi Persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat yang bertemakan ‘Meneruskan Cita-cita Rakyat’ yang dibentangkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, malam tadi.

Pada persidangan yang diadakan sehari dari pagi hingga ke malam telah dihadiri oleh semua menteri besar (Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah), ahli exco dan pemimpin kanan parti-parti Pekatan Rakyat serta para pegawai kanan negeri dan GLC. Natijahnya amat positif di dalam mempertegaskan beberapa program dan amalan yang dikongsi bersama (common platform).

Menariknya persidangan kali ini ialah pengiktirafan masing-masing modal besar bagi Pakatan Rakyat iaitu memiliki kepemimpinan yang baik dari segi visi dan arah tuju dalam mentadbir Negeri. Bertolak daripada sini, dizahirkan kesepakatan untuk mewujudkan penyelarasan pelaksanaan dan perkongsian pengalaman serta pewujudan jawatankuasa bersama demi pembangunan negeri dan kemajuan rakyat.

Inilah titik keyakinan rakyat yang disebut oleh Ustaz Azizan, Menteri Besar Kedah yang menggesa pemimpin Pakatan Rakyat supaya mempertahankan keyakinan rakyat kepada kerajaan negeri yang diperintah. Ini kerana Umno BN sentiasa berusaha untuk memecahkan keyakinan itu dan perpaduan di kalangan komponen Pakatan Rakyat. Kemudian ditegas secara politik oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan, betapa hakikatnya kerja Umno atau BN selalu merangka pecah belah hubungan sesama Pakatan Rakyat yang kononnya PAS diperalat oleh DAP. Sedangkan muncul juga persoalan, adakah Umno alat MCA? Sebenarnya, bagi PAS yang membawa Islam telah dianggap berjaya memperkenalkan Islam kepada DAP!

Resolusi penting

Apa yang penting pada persidangan kali kedua itu, menjanjikan pembentukan sebuah pakatan ekonomi antara Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat, menyediakan persekitaran mesra pelaburan, tidak terlalu birokrasi dan tiada karenah pentadbiran, melaksana apa-apa dasar pembangunan yang boleh disepakati bersama terutama dalam bidang sosial, ekonomi dan politik dan meneruskan penambahbaikan pengurusan dan pentadbiran.

Justeru, Selangor atas sifat negeri yang maju bakal menjadi pemodal kepada rakan-rakan Negeri Pakatan Rakyat lain dalam aspek pelaburan projek ekonomi. Oleh itu suatu resolusi persidangan yang paling signifiken ialah memastikan pelaburan berlaku dalam projek-projek ekonomi, dengan cara Negeri Selangor menyediakan dana pemula (seed money) sebanyak RM10 juta dalam “dana kelab” (club deal).

Mengulas lanjut bagi pembentukan dana pelaburan ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid mengulas di dalam pembentangan bertajuk “Ekonomi, infrastruktur dan pelabuiran” telah membuka laluan bertindak ke arah memaju pelaburan ekonomi di Negeri Pakatan Rakyat. Dalam hal ini, Selangor sedia mengambil inisitif melalui GLC masing-masing negeri untuk mengumpul pelaburan luar menerusi “dana kelab” (club deal) untuk membiayai projek-projek di Negeri-negeri Pakatan Rakyat. Inisiatif pemulanya akan diuruskan oleh Syarikat Pelaburan Kerajaan Negeri Selangor (SSIC). Apa yang jelas, kekuatan persekitaran dimiliki Selangor dalam pelaburan ekonomi wajar dijadikan jambatan bagi mengalirkan pembangunan ekonomi yang selari ke Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang.

Atas kekuatan masing-masing Negeri (Selangor dan Pualau Pinang – sektor pembuatan dan pembinaan; Kedah dan Kelantan – sektor pertanian), maka rasionalnya dana pelaburan itu bagi memacu kerjasama ke arah mengoptimumkan kekuatan tersebut.

Semoga Negeri Selangor berupaya mencetus pembinaan rangkaian dan jaringan ekonomi utuh Negeri Pakatan Rakyat. Ambillah semangat dan misi Laksamana Cheng Ho yang berjaya merangkaikan Negara China dengan dunia antarabangsa dalam bidang ekonomi sejak kurun ke-14 lagi. Harapannya, keseimbangan pembangunan Negeri Pakatan Rakyat bakal meningkatkan keyakinan rakyat yang komited dengan akidah perjuangan untuk meneruskan cita-cita rakyat.

http://greencresent-wanibrah.blogspot.com/2010/11/sepakat-pakatan-rakyat-tubuh-dana.html

Iran negara paling berpengaruh keselamatan serantau

TEHRAN: Republik Islam Iran merupakan sebuah negara paling berpengaruh di Timur Tengah dari segi mewujudkan perseimbangan kepada keselamatan serantau.

"Iran mempunyai seluas 2,000 kilometer pesisiran pantai di sekitar Teluk Parsi dan mengawal selia koridor tenaga dunia," kata IRNA yang memetik Mejar Jeneral Yahya Rahim-Safavi.

Beliau yang merupakan seorang penasihat kanan tentera Pemimpin Revolusi Islam Ayatollah Seyyed Ali Khamenei berkata demikian semalam pada perhimpunan pasukan tentera sukarela Basij di bandar Karaj, barat Tehran.

Beliau berkata Republik Islam sedang berusaha membangunkan politik dan kemampuan strategik pertahanannya untuk melindungi negara itu dan struktur keislamannya.

Rahim-Safavi menekankan bahawa Iran mempunyai hak untuk mengekal keselamatan dan mempertahankan kepentingannya, walaupun terpaksa mengembangkan serangkaian keupayaan pertahanannya bagi menghadapi ancaman dari "musuh Zionis".

Bekas komander Pertubuhan Pertahanan Revolusi Islam itu juga memuji negara Iran kerana sanggup menentang "musuh" dan menggagalkan plot kejahatan mereka.

- GHN/HGL

Hishamuddin, Azizah Dan Raja

KITA tidak tahu apakah Hishamuddin Hussein memahami betul-betul atau tidak sebelum beliau mengulas atau membuat kritikan balas terhadap sesuatu isu yang ditimbulkan oleh pihak Pakatan Rakyat. Kenapa saya mengatakan begitu, sebab ada kritikan dan bidasan beliau kadang-kadang tidak berpijak di bumi nyata.

Seolah-olah beliau tidak memahami isu atau makna persoalan yang timbul, tetapi lembek dan gatal mulut untuk bercakap. Iya orang politik boleh bercakap apa saja dan di mana saja, tetapi mereka harus membuat sedikit kajian dan penilaian supaya apa yang diucapkan itu tidak menampakkan kedangkalan dan kenaifan kita. Malang sekali kalau sebagai pemimpin, kalau kita bercakap macam orang bebal dan Mat gagap gigi jongang yang melaram mengusik dara di kepala jambatan di desa-desa.

Beliau mengatakan isu ketuanan Melayu yang ditimbulkan oleh Dr Wan Azizah Wan Ismail sesuatu yang tidak bertanggungjawab. Katanya isu itu sengaja ditimbulkan untuk mengundang suasana panas. Maksud susana panas itu ialah untuk menarik kebencian bukan Melayu kepada hak-hak Melayu. Atau melenyapkan hak Melayu apabila ketuanan Melayu diganti dengan ketuan rakyat.

Kononnya Azizah atau PKR sengaja mahu menjadikan ianya sebagai isu yang menindas bukan Melayu. Dalam pemahaman Hishamuddin, Azizah mahu mendedahkan isu ketunaan Melayu yang menjadi kesayangan Umno. Dalam masa sama juga Hishamuddin cuba melagakan PKR - rakyat dengan istana apabila beliau menghuraikan bahawa ketuanan rakyat itu sebagai hendak menghapuskan institusi raja.

Saya tidak mengira apakah Hishamddin memahami apa yang diungkap oleh Azizah dan menjadi falsafah PKR mengenai ketuanan rakyat itu. Kalau dia faham dia tidak akan tergamak menuduh melontarkan kepada Wan Azizah apakah PKR juga mahu menolak institusi raja-raja Melayu. Tetapi kerana beliau tidak faham dan tepu minda untuk mengertinya maka beliau beranggapan demikian.

Biarlah diterangkan apa yang difahami mengenai maksud ketuanan rakyat yang ditimbulkan Aizzah. PKR atau Pakatan Rakyat sama sekali tidak akan membiarkan dan menghapuskan Melayu. Perjuangan mereka juga adalah untuk Melayu di samping tidak memencilkan golongan lain. Itu tidak dapat diubah kerana ia dimaktubkan dalam perlembagaan.

Adapun yang menjadi mereka benci dan mempertikaikan ialah pelaksanaan agenda ketuanan Melayu itu sendiri tidak adil yang dilihat tidak adil, boros dan hanya menguntungkan pihak tertentu saja - dalam hal ini elits Melayu dalam Umno. Ketuanan Melayu hari ini adalah ketuanan untuk mengenyangkan para taukeh-taukeh dan keroni saja.

Kalau diperhatikan ketuanan Melayu itu hanya dongengan saja. Apakah keistimewaan yang diperolehi orang Melayu dengan ketunaan Melayu itu? Tidak ada guna kalau hanya setakat boleh berbangga dengan songkok hitam yang mereng atau pun puncaknya tinggi setinggi gunung Tahan.

Perhatinkan macam mana dengan nasib orang Melayu dalam segala bidang. Tidak payah pergi jauh, perhatikan saja hak orang Melayu mengenai biasiswa? Hak orang Melayu mengenai tanah, hak orang Melayu dalam ekonomi. Hak orang Melayu tentang agamanya dan budayanya. Apa sudah jadi? Melayu kini laih, lemah dan mumai. Walhal kini Umno masih lagi beretorik dengan ketunaan Melayu. Apakah untungnya orang Melayu?

Justeru ketuanan Melayu hanya gimik, retorika dan mitos saja. Ia hanya sebuah nyanyian saja sedangkan realitinya tidak ada. Ketunaan Melayu dendangan Umno hanya boleh didengar saja.

Saya bersetuju dengan pendapat Hishamuddin, Aizazah merendah-rendahkan konsep ketuanan Melayu. Memang patutnya pun direndah-rendahkan kalau natijahnya tidak memberi apa-apa kesan dan manfaat kepada orang Melayu. Zaman ini zaman orang bercakap di luar kelambu. Zaman orang menjamah bukan meraba. Zaman orang melihat bukan mendengar saja. Zaman orang memaki bukan memuji tidak tentu fasal.

Seperti dinyatakan tadi apakah keuntungan masih ada dengan konsep ketuanan Melayu? Kalaulah konsep itu boleh memberi keharmonian, kepuasan kepada semua orang, kenapa Umno perlu takut. Umno perlu memperkuatkan konsep ketuanan Melayu. Biarlah PKR dengan konsep ketuanan rakyat. Berlaga dan berlumbalah untuk menunjukkan konsep siapa yang lebih berkesan dan memberi kebaikan. Jangan menuduh orang khianati kita walhal kita yang bebal.

Tentang raja-raja Melayu, kenapa perlu dirungsing ianya akan hilang kalau konsep itu bertukar. Apakah kedudukkan raja kini tidak kukuh lagi. Bagaimana dengan jaminan Najib Razak semasa perhimpunan agung Umno baru-baru ini. Apakah Najib juga sama macam Hishamuddin, sama-sama gagap dan mumai?

Bagidan Raja-Raja sendiri kadang kala tidak menyedari di mana kuasa mereka dan sejauh mana mereka berkuasa. Raja-raja juga seolah tidak yakin kuasa dan daulat yang ada kepada mereka. Anih, walhal asalnya negeri ini mereka yang punya dan perjanjian dengan Bristish mereka yang tanda tangani. Apakah kekemasan kuasa yang termaktub dalam perlembagaan itu sudah longgar. Kalau longgar raja-raja harus menyedari siapa yang melonggar dan merombakan simpulan kemas dan kemennya. Tidak adilnya kalau ia ditalakan kepada pihak Pakatan Rakyat.

Raja-raja sebenarnya tidak perlu bernaung di bawah mana-mana kuasa politik. Apa yang patut berlaku kuasa politik tidak mengira parti yang menuangi baginda.

Yang memerintah negara ini selama 53 tahun ialah UBN bukan Pakatan Rakyat. Malang sekali kalau dalam tempoh setengah abad itu UBN gagal untuk menguguhkan kedudukan raja-raja sehingga ada kewalangan di sanubari para raja-raja mengenai nasib takhta mereka dan juga orang Melayu negara ini. Malang dan sedih! Jadi apa yang kita orang (Melayu Umno-Pas) lakukan selama ini? Mungkin kerja kita hanya mengerat kuku di hujung bendul sahaja sebelum senja menjelang untuk tidur di balik gubuk usang berselimut satu sarung dengan bini dan laki.

http://msomelayu.blogspot.com/2010/11/singgungan-tengahari.html

SULTAN ISMAIL PETRA DIMASUKKAN KE WAD KECEMASAN HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB II

Pada pukul 9.15 malam hari Isnin, 29 November 2010, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra, yang diiringi oleh Raja Perempuan Anis, Tengku Muhammad Fakhry Petra Sultan Ismail Petra, Tengku Merjan Sultan Yahya Petra dan Tengku Abdul Aziz Tengku Mohd Hamzah, telah dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, kerana disyaki mengalami masalah jangkitan kuman pada paru-paru Baginda. Bagaimanapun, belum pun sempat rawatan lengkap oleh pakar-pakar perubatan dibuat ke atas Baginda, Baginda telah dibawa pulang ke Istana Mahkota, Kubang Kerian, menjelang pukul 10.00 malam hari yang sama.

Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru pihak-pihak yang menjadikan penjagaan kesihatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra sebagai hak peribadi mereka supaya lebih bertanggungjawab di dalam soal penjagaan kesihatan Baginda ini. Sudahlah sewaktu Baginda mula-mula mengalami kegeringan dahulu anda semua melengah-lengahkan usaha membawa Baginda ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, mengapakah kali ini pun anda semua mengambil masa yang sangat lama untuk membawa Baginda ke Hospital Raja Perempuan Zainab II sedangkan Baginda dikesan mengalami masalah sejak lima hari lepas lagi?

Jika anda semua benar-benar prihatin ke atas kesihatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra, anda semua sepatutnya terus membawa Baginda sama ada ke Hospital Universiti Sains Malaysia atau Hospital Raja Perempuan Zainab II dengan segera sebaik sahaja Baginda dikesan mempunyai masalah kesihatan yang serius. Kami dan rakyat jelata amat tertanya-tanya mengapa Baginda terus dibawa pulang setelah tidak sampai pun satu jam menerima rawatan sedangkan dengan kedudukan Baginda selaku bekas Sultan dan selaku ayahanda kepada Sultan sekarang Baginda sepatutnya menerima rawatan terbaik dari pakar-pakar perubatan.

Kami merasa sangat hairan mengapakah anda semua begitu cepat mahu membawa pulang Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra sedangkan risiko yang terpaksa dihadapi oleh Baginda ekoran daripada tindakan kurang bijak anda semua ini adalah amat tinggi sekali. Mereka yang arif dengan dunia perubatan malah rakyat jelata yang berada di perkarangan hospital itu sekalipun kedengaran bersungut bahawa bagaimanakah rumusan tentang keadaan kesihatan Baginda dapat dicapai di dalam masa tidak sampai pun satu jam sedangkan ujian-ujian perubatan yang menyentuh tentang masalah jangkitan kuman ini biasanya memakan masa yang jauh lebih lama.

Mengapakah anda semua begitu bertegas mahu membawa pulang Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra secepat mungkin sedangkan Baginda sepatutnya menerima rawatan terbaik yang hanya mampu diberikan oleh pakar-pakar perubatan di hospital kerana hanya di hospital sahajalah rawatan rapi yang menggunakan peralatan-peralatan, mesin-mesin dan makmal-makmal tertentu mampu diberikan? Jika aspek keselesaan Baginda yang menjadi pertimbangan anda semua, maka wad diraja yang telah dibaikpulih, sama ada di Hospital Raja Perempuan Zainab II atau Hospital Universiti Sains Malaysia, kini sudah sangat menyelesakan.

Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II, Dato’ Dr Ghazali Hasni Md Hassan, juga sepatutnya lebih bertanggungjawab di dalam soal ini dengan memastikan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra menerima rawatan perubatan terbaik di hospital kendaliannya itu. Beliau sepatutnya mengambil inisiatif untuk menyelia dan mempengerusikan perbincangan di antara pakar-pakar perubatan berhubung dengan tahap kesihatan mutakhir Baginda serta segera menyembahmaklumkannya kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V dan bukannya menyerahkan tugas ini kepada Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Kamil Hassan.

Ingatlah, keabsahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V selaku Sultan Kelantan telah pun diperakui oleh Mahkamah Persekutuan sendiri, jadi mana-mana pihak, sama ada pakar-pakar perubatan atau kaum keluarga Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra sekalipun, tidaklah boleh membelakangkan Baginda di dalam apa sahaja perkara yang melibatkan keadaan kesihatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra yang juga merupakan milik rakyat jelata. Sudah-sudahlah mempergunakan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra untuk kepentingan diri sendiri sehingga ke tahap boleh memudaratkan kesihatan Baginda.

[Sumber]

[Gambar] Persidangan Ketua-Ketua Kerajaan Pakatan Rakyat

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1180.snc4/150253_466185607591_358919387591_6241780_7168308_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs603.ash2/155581_466185637591_358919387591_6241781_7872685_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs488.ash2/76152_466185662591_358919387591_6241782_1890873_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs488.ash2/76103_466185692591_358919387591_6241783_2323473_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs495.ash2/76812_466185722591_358919387591_6241786_2290612_n.jpg

Resolusi Persidangan Menteri Besar / Ketua Menteri di Shah Alam 29 November 2010

Kami, Menteri Besar dan Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat yang menyertai Persidangan Menteri Besar/Ketua Menteri pada hari ini, 29 November 2010 di Shah Alam, Selangor, telah memberi perhatian dan mengambil persetujuan atas semua pembentangan yang meliputi aspek ekonomi, sosial, politik dan pentadbiran.

Hasrat

Setelah mengambil kira hasrat pihak kami yang membentang dan menerima hasil perbincangan peserta persidangan yang begitu mendalam, bernas dan konstruktif berasaskan perkongsian pengalaman semua peserta, dengan ini kami menegaskan:

* Untuk terus memimpin kerajaan negeri dan bertekad bagi memenuhi keperluan, keinginan dan harapan rakyat;
* Untuk mempraktikkan prinsip-prinsip pentadbiran yang terbuka, mengutama nilai-nilai berteraskan agama dan norma-norma yang disepakati bagi menzahirkan ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus cemerlang;
* Untuk menentang dan membebaskan amalan rasuah dan salah urus dana awam serta memastikan pengurusan kewangan yang berhemat menurut prinsip integriti;
* Untuk mengamalkan falsafah ekonomi yang adil dan saksama untuk semua lapisan rakyat, mengutamakan golongan miskin dan terpinggir ke arah mewujudkan masyarakat madani; dan
* Untuk memastikan sumber kekayaan negeri diurus secara beramanah, lestari dan mengutamakan kesetabilan berterusan.

Janji

Kami, dengan ini berjanji di atas prinsip kesepakatan:

* Membentuk sebuah pakatan ekonomi antara Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat;
* Menyediakan persekitaran mesra pelaburan, tidak terlalu birokrasi dan tiada karenah pentadbiran (red-tape);
* Melaksana apa-apa dasar pembangunan yang boleh disepakati bersama terutama dalam bidang sosial, ekonomi dan politik;
* Meneruskan penambah-baikan pengurusan dan pentadbiran, sama ada secara rasmi atau tidak rasmi menerusi penglibatan pemimpin, pembuat dasar dan pegawai-pegawai antara Negeri Pakatan Rakyat; dan
* Memastikan amalan persefahaman dan kelunakan hubungan antara politicians dan pentadbir ke arah memantapkan hubungan kepimpinan parti dengan kerajaan negeri.

Komited

Kami selanjutnya komited untuk “meneruskan cita-cita rakyat” berpandukan satu set dasar awam dan agenda bertindak:

* Mengurangkan peningkatan kos hidup khususnya kepada golongan masyarakat berpendapatan rendah;
* Mengiktiraf hak rakyat menerima maklumat, dengan cara menggubal Enakmen Kebebasan Maklumat;
* Mengiktiraf kepentingan untuk menangkis serangan media BN, dengan menubuh satu badan yang dilengkapi infrastruktur media yang boleh berkongsi berita antara Negeri Pakatan Rakyat;
* Mengiktiraf hak rakyat untuk pemilikan tanah, dengan mempercepat proses pemberian hak milik tanah kepada yang layak;
* Mengiktiraf hak rakyat menikmati prasarana sempurna demi keselesaan hidup, dengan cara meningkatkan kecekapan perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan dan mana-mana agensi di bawah Kerajaan Negeri;
* Memberi keutamaan kepada projek perumahan rakyat dengan peruntukan kewangan yang munasabah, menerusi penubuhan task-force perumahan di peringkat Negeri dan Daerah;
* Menjamin ‘security’ makanan negeri, dengan cara amalan sistem pengagihan bantuan dan pengeluaran standard membantu nelayan, petani, dan penternak.
* Memastikan pelaburan berlaku dalam projek-projek ekonomi, dengan cara Negeri Selangor menyediakan dana pemula (seed money) sebanyak RM10 juta dalam “dana kelab” (club deal) bagi membantu Negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain;
* Mengiktiraf hak rakyat menggunakan kebebasan memilih, dengan mengusahakan pilihan raya kerajaan tempatan menjadi kenyataan;
* Mencipta persekitaran yang berterusan dan didiami melalui persekitaran selamat, bersih, dan hijau.

Kami menyedari kebelakangan ini berlaku amalan Kerajaan Pusat yang semakin menghakis hak-hak negeri di sebalik pembuatan dasar-dasar yang tidak pro-rakyat; berlaku keterbatasan kuasa negeri di sebalik amalan federalisme yang mendiskriminasikan negeri; dan kami mengakui ada beberapa kekangan kuasa dalam berhadapan dengan kuasa Pusat.

Namun demikian, kami percaya dengan memiliki kepemimpinan yang baik dari segi visi dan arah tuju dalam mentadbir negeri, maka kami bersepakat untuk mewujudkan penyelarasan pelaksanaan dan perkongsian pengalaman serta pewujudan jawatankuasa bersama demi pembangunan negeri dan kemajuan rakyat.

Justeru siri forum berkala melibatkan exco dan pegawai masing-masing negeri akan dilaksanakan bagi meningkatkan komitmen ke arah meneruskan cita-cita Pakatan Rakyat, demi memenuhi keperluan, keinginan dan harapan rakyat.

Adalah kami Menteri Besar/Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat menerima resolusi ini untuk dilaksanakan.


YAB Tan Sri Abdul Khaled Ibrahim,

Menteri Besar Selangor

YAB Tuan Guru Dato Bentara Setia Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

Menteri Besar Kelantan

YAB Tuan Lim Guan Eng

Ketua Menteri Pulau Pinang

YAB Dato Seri Azizan Abdul Razak

Menteri Besar Kedah

[Gambar] Jangan Lupa Turun Demo Dengan Mat Sabu

November 29, 2010

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs993.snc4/76597_176226265736430_100000471736948_561988_1175606_n.jpg

Ni pejuang jalanan sejati. Bukan pejuang yang dok di kerusi empuk dan selalu bertali leher. Ayuh kita bagi sokongan kepada kerajaan Selangor pada 5 Dis nanti. Kita turun demo secara aman untuk menetang kapitalis laknatullah!

AMK – Perkasa Pelacur Murahan

SHAH ALAM 29 NOV : Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin menganggap Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) sebagai ‘pelacur murahan’ kerana menggadaikan maruah bangsa bersekongkol dengan UMNO.

Menurut Shamsul serangan dan tuduhan Perkasa yang menyatakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden, Azmin Ali sebagai ‘pelacur politik’ dan ‘Pengkhianat’ kerana menolak konsep ‘ketuanan melayu’ yang dibawa UMNO jeles menunjukkan kedangkalan pemikiran mereka.

“Kalau kedua-dua pemimpin Keadilan ini dilihat mereka sebagai pelacur politik, Saya kira perkasa juga bakal digelar sebagai pelacur murahan kerana sanggup lacurkan bangsa sendiri demi kepentingan politik mereka.

Perjuangan perkasa ini ibarat tong kosong yang tidak mempunyai isi kerana gunakan istilah yang menunjukkan betapa dangkalnya pemikiran mereka bertujuan mencari publiciti murahan,” kata Shamsul kepada TV Selangor, petang tadi.

Ketua Wira Perkasa Arman Azha Abu Hanifah dalam sebuah sidang media mengecam kedua-dua pemimpin PKR terbabit atas alasan mereka dilahirkan dan mendapat kesenangan menerusi konsep ‘Ketuanan Melayu’

Arman juga mendakwa kononnya Wan Azizah dan Azmin sebagai ‘kacang lupakan kulit.’

PKR semalam mengangkat konsep ketuanan rakyat dan bangsa bermaruah bagi menggantikan konsep ketuanan melayu yang telah terbukti gagal kerana digunakan Umno bagi menguntungkan orang-orang tertentu sahaja.

Menurut Shamsul, AMK bakal mengadakan beberapa siri ‘dialog ilmiah’ berbentuk dua hala dan intelektual bertujuan menerangkan hal itu kepada orang ramai khususnya masyarakat muda.

Shamsul yakin rakyat kini cukup matang untuk berfikir tanpa mengira batasan agama dan kaum

Nik Aziz: Tidak salah bukan Islam baca Al-Quran

Oleh Fazy Sahir

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kempen ‘Kembalikan Hak Air Selangor’ kini telah mencecah 50,000 tandatangan rakyat Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Menurut Khalid, perhimpunan pada Ahad ini akan diteruskan dengan rakyat diseru turun beramai-ramai ke Masjid Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

"Saya akan turun bersama-sama rakyat untuk berhimpun di masjid negara.

“Jika perlu rakyat akan bergerak ke Istana Negara untuk serah memorandum untuk minta Yang Dipertuan Agong.

“Kami minta agar Yang Dipertuan Agong beritahu Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) supaya pengswastaan air dihentikan. Beri peluang kepada rakyat agar diberi harga yang munasabah," katanya.

Kempen ini merupakan agenda kerajaan negeri yang mahu empat syarikat swasta air dibeli semula dan diletak dalam satu badan d imana rawatan dan agihan air akan dilakukan oleh satu pengendali tunggal milik kerajaan negeri.

Melalui penghapusan penswastaan air, kerajaan negeri menjangkakan tarif air mampu dikurangkan sehingga 12 peratus setahun dan mengekalkan dasar pemberian air percuma sehingga 20 meter padu kepada isi rumah.

Ketika ditanya mengenai notis 14 hari yang dihantar kerajaan Selangor kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Khalid berkata pihaknya masih menunggu masa tamatnya notis tersebut.

Notis bertarikh 23 November 2010 ini dihantar supaya menghentikan Program Tabung Budi kerana melanggar syarat perjanjian konsesi air.

Selain menghentikan program tersebut dalam masa 14 hari, Syabas juga dikehedaki memaklumkan kepada kerajaan Selangor berkenaan pembatalan Tabung Budi.

Pembatalan tersebut juga perlu diiklankan di dalam akhbar-akhbar utama di Malaysia.

Tak tahu yang mana salah tafsir

Sementara itu, Khalid turut memberi reaksi berhubung tindakan perwakilan PKR bukan beragama Islam yang menggunakan ayat Al-Quran dalam ucapannya semalam sehingga mencetuskan pelbagai tanggapan negatif.

Khalid berkata jika perkara itu silap, PKR akan memohan maaf berhubung hal tersebut. Malah beliau turut mempertahankan tindakan perwakilan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hutan Melintang S Kesavan.

"Perkara itu bagus kerana semua orang akan membuat Al-Quran sebagai rujukan.

“Jika silap bagi pihak PKR kita akan minta maaf, tapi dia ikhlas berbuat demikian.

“Saya bukan pakar tentang hal ini tetapi dia mencuba dan saya tidak halang.

"Jika silap kita betulkan," katanya selepas persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri-negeri Pakatan Rakyat di sini hari ini.

Dalam pada itu, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat bersetuju dengan tindakan Kesavan

."Saya tidak tahu ayat mana yang orang maksudkan salah tafsir…saya setuju benar dengan tindakan orang bukan Islam untuk mempelajari dan menggunakan ayat Al-Quran.

“Tujuan tindakan itu benda yang baik.

"Malah mana-mana program yang kami buat adalah untuk mengajak orang Islam untuk turut serta," katanya.

Pakatan perlu sedia hadapi pilihanraya

Oleh Fazy Sahir

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata Pakatan Rakyat (PR) masih melihat beberapa aspek penting dalam persediaan menghadapi pilihan raya umum ke 13.

Namun, Khalid yang ditemui enggan memberitahu butiran lanjut berhubung strategi Pakatan, sebaliknya berkata persediaan itu perlu dilakukan dari sekarang.

"Saya tidak mahu bercakap mengenai strategi kami (Pakatan) tetapi saya nasihatkan kita perlu bersedia daripada sekarang.

"Kita akan lihat aspek di Malaysia persediaan apa yang pemimpin dan parti harus lakukan," katanya dalam sidang media selepas persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri-negeri Pakatan Rakyat di sini.

Pakatan Rakyat merupakan gabungan DAP, PKR dan PAS menjadi kerajaan negeri di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.

Khalid turut menafikan persidangan kali ini membincangkan tentang persediaan pilihan raya tersebut.

Sebaliknya persidangan yang masuk kali kedua itu katanya adalah untuk membincangkan sistem pentadbiran dan politik di negeri-negeri Pakatan.

"Tiada…kami tidak bincang tentang pilihan raya dalam persidangan ini. Kami bincang tentang sistem pentadbiran dan politik negeri Pakatan dalam meneruskan cita-cita rakyat seperti apa yang kita janjikan dahulu.

"Kita bincang Pakatan sebagai kumpulan politik malah setiap menteri besar daripada kita sendiri memberi ucapan dalam bengkel yang telah diadakan hari ini.

"Persidangan ini juga mengimbas kembali usaha -usaha dilakukan Pakatan pada Mac 2008 dan kita mahu kongsi pengalaman ini bersama-sama dan bekerjasama untuk bangunkan negeri kami," katanya.

Nasihat Lim Kit Siang wajar – Khalid Samad

SHAH ALAM, 29 Nov – Ahli Parlimen Shah Alam,menyifatkan amaran yang diberikan Penasihat DAP, Lim Kit Siang kepada DAP Selangor bahawa Pakatan Rakyat (Pakatan) berkemungkinan akan tewas dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang jika tidak bersatu padu adalah wajar.

Khalid Samad berkata, ketiga-tiga parti kompenan Pakatan wajar mengambil berat amaran dan pandangan tokoh politik itu agar kekalahan Pakatan di beberapa pilihan raya kecil (PRK) lepas dapat dijadikan panduan.

“Peringatan dan amaran Lim Kit Siang merupakan satu amaran yang wajar diambil berat oleh semua parti-parti dalam Pakatan dan pemimpin-pemimpin dalam pakatan rakyat.

Khalid berkata, demikian ketika dihubungi SelangorKini bagi mengulas kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang berhubung amarannya kepada DAP Selangor agar sentiasa bersedia serta bersatu padu dalam menghadapi cubaan Umno-Barisan Nasional (BN) menggagalkan usaha Kerajaan Negeri Pakatan melakukan reformasi.

Sebelum ini, Lim Kit Siang yang juga Ketua Ahli Parlimen DAP itu menyeru perwakilan supaya menyokong wakil-wakil parti yang berada dalam kerajaan Selangor sebagai tanda kesatuan yang utuh.

Beliau melahirkan rasa khuatir dengan sikap lewa sesetengah pemimpin dan ahli yang beranggapan Umno dan BN tidak mungkin dapat menewaskan Pakatan di Selangor.

Tambah Khalid, sekiranya pentadbiran kerajaan negeri-negeri pakatan rakyat dapat meneruskan prestasi cemerlang mereka, beliau yakin usaha ini akan dapat merealisasikan matlamat Pakatan menuju ke Putrajaya.

“Hargai rakyat dan mereka akan terus memberi amanah kepada kita untuk memerintah, malahan insya-Allah bukan sekadar negeri-negeri sedia ada, termasuk negeri-negeri yang lain dan juga peringkat pusat,” katanya.

DAP Selangor perlu bersatu padu – Lim Kit Siang

SHAH ALAM, 29 Nov – Penasihat DAP, Lim Kit Siang memberi amaran kepada DAP Selangor, bahawa Pakatan Rakyat (Pakatan) berkemungkinan tewas dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang jika tidak bersatu padu.

Tokoh politik itu menggesa perwakilan supaya menghayati kekalahan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di Terengganu pada tahun 2004.

Lim Kit Siang berkata demikian ketika berucap pada sesi pembukaan Konvensyen DAP Selangor.

Ketua Ahli Parlimen DAP itu menyeru perwakilan supaya menyokong wakil-wakil parti yang berada dalam kerajaan Selangor sebagai tanda kesatuan yang utuh.

Beliau melahirkan rasa khuatir dengan sikap sambil lewa sesetengah pemimpin dan ahli yang beranggapan Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak mungkin dapat menewaskan Pakatan di Selangor.

“Adakah Kerajaan Pakatan di Selangor sudah kebal daripada dirampas Umno-Barisan Nasional?” soal Lim Kit Siang

Kit Siang memberi amaran, persaingan sengit antara kem Ahli Parlimen Teresa Kok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teng Chang Khim, jika tidak terkawal akan mengundang kekalahan yang sama dialami PAS di Terengganu pada 2004.

“Pada pilihan raya umum (PRU) 1999, PAS tidak pernah menjangkakan kuasa untuk menang di Terengganu tetapi menyapu bersih 28 daripada 32 kerusi di Dewan Undangan Negeri.

“Dan pada pilihan raya umum 2004, PAS tidak menjangkakan akan kehilangan kuasa di Terengganu apabila tewas pada Umno-BN dengan keputusan terbalik, 4 daripada 32 kerusi,” Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Kit Siang berkata, beberapa pemimpin Umno-BN seperti Tun Dr Mahathir Mohamad meramalkan BN akan memenangi Selangor kembali jika persaingan kuasa antara pimpinan Pakatan berterusan.

Menteri Besar dan Ketua Menteri Negeri Pakatan, bersidang untuk tingkatkan perkhidmatan kepada rakyat

SHAH ALAM, 29 Nov – Persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri Negeri-negeri Paktan Rakyat kali ke-2 berlangsung hari ini di Kompleks Kediaman Pegawai Kerajaan di Seksyen 7 di sini, yang menyaksikan tiga Menteri Besar dan Ketua Menteri berazam untuk mengukuhkah kerjasama bagi meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat.

Persidangan sehari ini dihadiri Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Exco-exco Kerajaan Negeri dan wakil-wakil anak syarikat kerajaan negeri.

Dalam ucapan perasmian, Abdul Khalid berkata, persidangan ini adalah medium penting untuk berkongsi pandangan serta pengalaman dalam menggalas amanah rakyat berdasarkan prinsip ketelusan, pertanggungjawaban dan urus tadbir kerajaan yang baik.

Katanya, persidangan ini juga ruang penting untuk membolehkan persoalan dasar, strategi dan program yang telah dilaksanakan di setiap negeri terlibat dikongsi sebagai panduan atau pengajaran kepada semua pihak.

Abdul Khalid berkata, negeri-negeri Pakatan Rakyat (Pakatan) menghadapi pelbagai cabaran selama hampir tiga tahun memerintah tetapi berjaya mematahkan cubaan yang bertujuan menggagalkan usaha-usaha melakukan reformasi pentadbiran negeri.

Beliau berharap persidangan kali ini dijadikan landasan untuk berkongsi pengalaman bagi meningkatkan tahap perkhidmatan, sekali gus memperkukuhkan pentadbiran sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Lim Guan Eng pula berkata, pemimpin Pakatan perlu mengubah tanggapan bahawa mereka ini bukan lagi pembangkang tetapi pemerintah negeri dan perlu melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dengan sebaik mungkin.

Katanya, pemimpin negeri Pakatan tidak perlu birokratik atau terikat dengan protokol keranan pemimpin Pakatan perlu kekalkan budaya pemimpin berjiwa rakyat.

“Kita perlu kekalkan nilai-nilai mesra rakyat dan mudah didampingi yang kita amalkan sebelum menjadi kerajaan pemerintah, paling penting kita tahu bezakan yang mana lawan dan kawan,” katanya.

Lim juga menasihatkan kerajaan Pakatan Rakyat supaya mendapatkan sokongan kakitangan awam dan tidak mengabaikan mereka menjadi nadi pentadbiran sesebuah negeri.

Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat pula menasihatkan negeri-negeri Pakatan Rakyat terus bersatu menentang serangan arus media perdana yang terus memutar belit fakta bagi mengelirukan rakyat.

Beliau berkata, semua masalah yang timbul di negara ini adalah mainan Umno yang sengaja menimbulkan suasana yang tidak senag rakyat terhadap Pakatan Rakyat.

Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, Pakatan tidak boleh terlalu yakin untuk terus berkuasa dan jadikan pilihan raya umum 2004 sebagai pengajaran apabila PAS tewas di Terengganu dan menang tipis di Kelantan.

Bagaimanapun, beliau berkata, rakyat Kedah semakin selesa dengan pentadbiran Pakatan di Kedah yang mengamalkan ketelusan dan berjaya meningkatkan hasil negeri menerusi pembalakan.

Ketua umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang akan menyampaikan ucapan penggulungan pada malam ini

SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT MENTERI BESAR SELANGOR

Penghujung 2010 – anjakan baru Kelantan

Empat perkara besar berlaku di penghujung tahun 2010 bagi Negeri Kelantan, iaitu pemasyhuran al-Sultan Muhammad ke-V selaku Sultan Kelantan, sambutan 20 tahun pentadbiran Membangun Bersama Islam Negeri Kelantan, diikuti pilihan raya kecil Galas dan terakhir berlangsungnya Expo Cheng Ho Kelantan-China International Trade Fair. Bagi keempat-empat event besar itu, ternyata ia membawa suatu nilai anjakan baru untuk Kelantan.

Kenapa dikatakan anjakan baru, sedangkan bukan semua event itu yang menyerlah impak positif kepada Negeri Kelantan? Terutamanya kesan pilihan raya kecil Galas pada 4 November yang dikatakan memberi pukulan teruk kepada PAS, sedangkan pada masa sama ia memberi dorongan baru kepada Umno menambahkan satu lagi kerusi di Dewan Negeri Kelantan.

Apa pun bagi sesetengah penafsiran di pihak Kerajaan Negeri Kelantan, sebenarnya kesan paca Galas adalah suatu anjakan dalaman kerajaan Negeri dan parti PAS sendiri yang sudah dua dekad mengurus kepentingan rakyat. Ini kerana pilihan raya kecil Galas berlaku dalam suasana kerajaan Negeri baru sahaja menyambut usia 20 tahun pentadbiran berteraskan Membangun Bersama Islam pada 20 Oktober. Hatta beberapa acara sambutan itu turut di bawa ke kawasan pilihan raya, antaranya Program Bertani Satu Ibadat, penyampaian surat milikan tanah dan pemasangan billboard sambutan 20 tahun serta pengedaran risalah penerangan mengenai kejayaan pembangunan Negeri Kelantan bertemakan dua dekad Kelantan menerajui perubahan.

Walau pun demikian, sambutan 20 tahun pentadbiran kerajaan Negeri Kelantan yang berlandaskan dasar dan prinsip Membangun Bersama Islam tetap dianggap sebagai suatu anjakan baru lantaran banyak perkara yang dijayakan sebelum ini amat perlu dinilai demi survival sebuah mandat rakyat yang cintakan Islam terus mentadbir Negeri. Justeru itu, menjadi tugas utama (prioriti) bagi pemimpin dan ketua-ketua masyarakat serta individu yang memimpin pelbagai peringkat parti melakukan anjakan menurut lunas-lunas pentadbiran dan pengurusan sistematik agar setiap kelemahan dapat di atasi. Malah, di sebalik anjakan itu bakal menyerlah prosedur yang simple, dan terarah ke arah pemantapan segala-gala strategi, program dan pelaksanaan di peringkat kerajaan mahu pun parti.

Hal sedemikian boleh berlaku kerana Negeri dan rakyat seluruh pelusuk baru sahaja mendapat lonjakan semangat baru berikutan pemasyhuran sultan baru, Sultan Muhammad ke-V pada 13 September lalu sebagai meneruskan tradisi kekuasaan institusi raja berperlembagaan Negeri Kelantan. Sirna kegemilangan sewajarnya terserlah dan anjakan harapan sedia termaktub berikutan sifat kemuliaan dan keadilan serta peduli Sultan kepada Kerajaan dan Rakyat. Ia suatu lembaran baru yang dilihat boleh mencetuskan pengharapan tinggi rakyat yang bernaung di bawah payung tradisi al-sultan.

Paling istimewa kesan keberkatan Allah SWT ke atas bumi Negeri Kelantan dapat dilihat sepanjang berlangsungnya Ekspo Cheng Ho Kelantan-China International Fair bermula 21-26 November 2010. Tatkala ekspo tersebut telah mempamerkan suatu interaksi kaum, ekonomi dan nilai-nilai agama serta tradisi bertaraf global. Mana tidaknya, ekspo tersebut telah membawa masuk norma yang paling historikal kehebatan tokoh lagenda China, Laksamana Cheng Ho @ Zheng He @ 'Ma He' (1371–1435) yang pernah membawa tiga misi penting ke Negeri Kelantan tatkala misi pelayaran ke-4 (1413–1415).

Tiga misi penting itu melibatkan penyampain dakwah, pertukaran produk perdagangan dan penyebaran tradisi dan warisan tamadun China. Justeru kehebatan Cheng Ho yang dilahirkan sebagai seorang Muslim menjadi utusan Maharaja China era dinasti Ming turut tercatat dalam sejarah dunia apabila setiap destinasi dan titik singgahnya telah membawa impak kepada perkembangan perdagangan dan perubahan sosiobudaya serta adaptasi masyarakat sehingga membentuk komuniti China yang bersifat eksklusif, seperti Cina peranakan dan Cina kampung di Kelantan.

Di atas kehebatan tokoh Cheng Ho itulah, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan penganjuran Ekspo Cheng Ho 2010 tersebut berjaya mencapai matlamatnya. Ini kerana berdasarkan sambutan meriah daripada kalangan pengunjung tempatan, malah turut memenuhi kunjungan ialah masyarakat perdagangan, usahawan, budayawam dan pelancong.

Selain itu, kejayaan ekspo tersebut juga boleh dilihat dari segi penyertaan deligasi dagang China Muslim yang aktif dalam pemasaran produk halal bertaraf global. Kehadiran mereka cukup teruja dalam sentimen Kelantan ditadbir oleh seorang ulama’ yang tidak serik-serik mempromosi produk Islam dalam perspektif pentadbiran dan perekonomian Negeri. Sementelah pula, perancangan menonjolkan Kelantan bumi halal dan produk halal yang diberkati kerana selalu dibajai oleh siraman takwa. Dari segi pendekatan keselarian perniagaan (business matching) sudah pasti peluang sudah terbuka dan tunggu lagi jalinan kukuh jaringan perniagaan direalisasikan antara usahawan tempatan dengan peniaga China. Harapan seterusnya, semoga menjadi realiti pendekatan twinning state-province bakal berlaku antara Kelantan dengan China.

Mengurus peluang untuk masa depan

Apa yang penting bagi Negeri Kelantan pasca 20 tahun Kelantan mentadbir di bawah dasar Membangun Bersama Islam ialah bagaimana untuk mengurus rakyat agar terus komited menyokong usaha-usaha pembangunan yang dilaksanakan. Lebih-lebih lagi program pembangunan yang merakyati sumber (kekayaan) Negeri kepada semua golongan yang layak.

Justeru Kerajaan Negeri cukup komited untuk memperkasakan perkhidmatan prasarana untuk rakyat, antaranya memperkenalkan bekalan air berasaskan teknologi telaga jejari ke setiap jajahan, meramaikan lagi penerima deviden Ladang Rakyat, menyediakan ruang niaga yang lebih banyak sesuai dengan perancangan menjadikan Kelantan sebagai hub perdagangan serantau melibatkan Muslim Negara China, menambah bilangan projek perumahan rakyat, sedia mempertimbangkan kelulusan tanah untuk mana-mana rakyat yang layak dan mengusahakan kemasukan pelaburan baru bagi menambahkan peluang pekerjaan untuk rakyat.

Gagasan budaya khidmat cemerlang

Di sebalik kesungguhan melaksanakan program tersebut amat penting menjayakan gagasan budaya khidmat cemerlang berpandukan teras ibadat (ubudiah), tanggungjawab (masuliah) dan berkualiti (itqan). Penghayatan budaya khidmat berkonsepkan akidah merupakan orientasi beragama yang sudah diterapkan selama dua dekad diyakini dapat meningkatkan mutu perkhidmatan terbaik untuk rakyat. Justeru segala macam karenah birokrasi dapat dikurangkan dan jentera pelaksana berada pada kecekapan tuntas, mengutamakan daya kreativiti bersifat inovasi ke arah mencapai sasaran.

Sehubungan itu, selepas dua dekad dasar Membangun Bersama Islam memenuhi harapan rakyat, hakikatnya masih banyak peluang bagi Kerajaan Negeri melaksanakan program pembangunan yang bersifat spiritual dan material. Di antara peluang spiritual yang agak mencabar di sisi Kerajaan Negeri ialah bagaimana untuk memantapkan akidah generasi baru yang bakal menjadi pengundi pertama. Meskipun di pihak Kerajaan Negeri sudah menubuhkan Urusetia Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO, dan menjalankan program dakwah halaqat serta penjanaan pendidikan masyarakat untuk generasi muda, namun di sananya masih ramai generasi muda yang terjebak dengan pelbagai gejala penyakit spiritual. Tugas menyembuh penyakit ini merupakan cabaran agak besar untuk Kerjaaan Negeri menuju keharmonian masyarakat tanpa penyakit spiritual.

Demikian pula, dari aspek material adalah perlu dilihat secara khusus beberapa kepentingan rakyat yang wajar dipenuhi terutama melibatkan nilai-nilai ‘keselamatan’ rakyat berkaitan makanan, perumahan dan kebajikan. Rancangan pendataan (projek e-tegar) ahli masyarakat yang tegar dari segi kemiskinan dan keselesaan hidup merupakan kumpulan sasar yang harus ditangani secara serius bagi memastikan keperluan material dapat dipenuhi. Ini kerana indikator material (aspek keselesaan dan keperluan hidup bersifat basic needs) sering dijadikan rujukan serta asas menilai standard of living sama ada kecil atau besar saiz kemiskinan. Ini bermakna tumpuan pengurusan pembangunan material kumpulan sasar kelompok e-tegar harus dilihat secara bantuan, pemberian dan kebajikan. Program bantuan beras percuma, perumahan untuk sasaran dhuafat dan sumbangan kebajikan berupa one-off pendidikan adalah antara penyelesai. Namun ia dilihat masih belum mencukupi memandangkan aspek kebajikan rakyat masih perlu diperluaskan. Terutama melibatkan jaminan untuk mendapat pekerjaan atau menambah pendapatan demi survival.

Anjakan berteras Islam

Meskipun empat event penting sebagaimana dinyatakan pada awalnya dilihat sebagai milestone anjakan baru, namun perspektif penting dalam merealisasikan misi Kerajaan Negeri Kelantan di bawah kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ialah menjalankan anjakan berteraskan Islam. Justeru wajar diulang-ulang sebagai tazkirah untuk pemimpin, pentadbir dan pemuka masyarakat ialah pengukuhan akidah bekerja secara ikhlas dan kerana Allah SWT. Oleh itu, iringan semangat dan kesungguhan bekerja sebagai satu ibadat merupakan prinsip penting dijadikan etika ke arah mencipta hasil yang lumayan. Maka, kumpulan sasar (rakyat yang berkenaan) hendaklah dibina keyakinan untuk bergerak membina jati diri selari dengan prinsip ibadat yang perlu ditambah dengan budaya bersyukur.

Budaya bersyukur itu hendaklah diamalkan sebagai penghubung dengan keredhaan Ilahi. Di atas prinsip ini, pastinya Allah SWT sebagai pemilik dan pemberi rezeki akan melipatgandakan lagi nikmat rezeki dari seisi langit dan bumi (maksud al-Quran surah al-Araf ayat 96). Keyakinan kepada akidah bekerja inilah merupaskan anjakan sebenar yang perlu direalisasikan dalam konteks kemakmuran rakyat untuk mencapai keberkatan Allah SWT di sepanjang zaman.

[Sumber]

Semasa

Hiburan

Sukan

 

© Copyright Kerabu Bersuara 2007 -2013 | Design by Kerabu Bersuara | Published by Kerabu Bersuara Group | Powered by Blogger.com.