News Update :

Politik

Kenyataan

Agama

Dunia

Selamat Pagi Chua Sial Lek?

January 31, 2011

salam semua. Chua jangan jawab pulak.

Kami ni dalam perjalanan pulang dari tenang. Hujan bukan main lebat di sepanjang jalan. Ni berenti makan pagi jap.

Kawan-kawan kami pagi ni bagi info katanya chua sial lek bercakap sakan yang katanya kaum cina dah mula menyokong mca di labis. Aiyo, kami rasa pelakon ni maimai dalam politik. Oit apek, lu dah hina kaum islam masih berbekas lagi.

Lagi info yang kami dapat, katanya pasukan keselamatan tidak ambik peduli penyokong pakatan yang ingin mendapatkan bantuan semasa nak pegi mengundi.

Ermm bagus la, malaysia negara demokrasi kan.

Live blogging.

MB Kedah: Pengundi akan hukum Gobalakrishnan

January 30, 2011

ALOR SETAR, 30 Jan — Tindakan Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedikitpun tidak menjejaskan kekuatan pakatan pembangkang di Kedah, kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Beliau berkata tindakan itu telah lama dijangka kerana Gobalakrishnan mungkin mempunyai kepentingannya sendiri kerana terlibat dalam banyak kesalahan di sisi undang-undang sebelum ini.

“Jadi, sebagai wakil rakyat, kalau dia buat sesuatu (keluar parti) mungkin orang akan hukum dia esok,” katanya kepada pemberita pada jamuan sempena sambutan Tahun Baru Cina di Dewan Seri Mentaloon hari ini.

Azizan diminta mengulas tindakan Gobalakrishnan yang meletakkan semua jawatan dalam parti dan keluar PKR serta memilih menjadi wakil rakyat Bebas kerana tidak puas hati dengan kepimpinan parti itu semalam.

“Kita tidak goyah...malah kita jadi lebih kuat... mereka serang kita melalui televisyen pun kita tak terjejas,” katanya mengenai dakwaan Pakatan Rakyat semakin goyah. — Bernama

Hsien Loong pertahan umat Islam Singapura

Oleh Asrul Hadi Abdullah Sani

Hsien Loong berkata pandangannya “tidak sama” dengan apa yang dilontarkan oleh bapanya. — Foto Reuters
KUALA LUMPUR, 30 Jan — Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong mempertahankan komuniti Islam republik itu sambil menegaskan, pandangan kerajaan pimpinannya berbeza daripada apa yang dikeluarkan oleh bapa beliau, Lee Kuan Yew dalam buku terbarunya.

Akhbar Singapura The Straits Times melaporkan bahawa Lee Hsien memuji umat Islam atas sumbangan mereka ke arah usaha memantapkan keharmonian pelbagai agama republik itu.

Malah beliau juga menekankan, pandangannya “tidak sama” dengan apa yang dilontarkan oleh bapanya yang juga bekas perdana menteri Singapura.

“Umat Islam adalah komuniti yang dihargai dan dihormati, yang telah memainkan peranan dalam memperkukuhkan keharmonian kita dan kepaduan sosial,” kata Hsien Loong kepada pemberita negara itu.

Dalam buku terbarunya Kuan Yew antara lain meminta umat Islam Singapura agar tidak terlalu berpegang kuat kepada ajaran Islam bagi membantu proses integrasi dan pembangunan negara.

Aspek itu mencetuskan rasa tidak senang di kalangan pemimpin Islam dan NGO Melayu di Malaysia sejak awal minggu lalu.

Dalam tulisan terbaru buku berjudul “Lee Kuan Yew: Hard Truths To Keep Singapore Going”, Kuan Yew juga berkata, beliau tidak pernah memperlekehkan penggantinya sebagaimana dilakukan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, tetapi mendakwa peranan beliau hanyalah memberi nasihat kepada barisan pemimpin yang menggantikannya di republik tersebut.

“Inilah niat saya. Jika perdana menteri yang baru gagal, saya gagal,” kata pengasas Singapura ini.

Buku 458 halaman ini diterbitkan oleh Straits Times Press awal tahun dan memuatkan siri temu bual dengan menteri mentor yang diadakan di antara Disember 2008 dan Oktober 2009.

Membandingkan dengan sikap perdana menteri keempat Malaysia, Kuan Yew seterusnya menulis: “Mahathir tidak pernah fikir begitu. Beliau memperlekehkan penggantinya.”

Dalam satu temu bual disiarkan oleh Mingguan Malaysia hari ini, Dr Mahathir mengecam tulisan terbaru Kuan Yew dengan mendakwa bagi bekas perdana menteri Singapura itu “agama tidak penting” dan oleh itu beliau tidak hairan dengan pandangan terbarunya.

Malah Dr Mahathir juga berkata, Lee juga seorang pemimpin yang langsung tidak menghormati agama dan sensitiviti orang lain.

“Saya tidak hairan dengan kenyataan itu sebab bagi beliau agama tidak penting. Lebih-lebih lagi agama Islam.

“Bagi dia seperti kata mat salleh ‘the end justify the means’, jika beliau mahu supaya ada integrasi kaum di Singapura, maka beliau tidak boleh membenarkan Islam menjadi penghalang kepada matlamat itu,” kata Dr Mahathir.

Tidak rasmi: BN kekalkan kerusi DUN Tenang

LABIS, 30 Jan — Keputusan tidak rasmi menunjukkan Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerusi DUN Tenang.

Maklumat diperoleh menerusi Twitter menunjukkan calon BN Azhar Ibrahim memperoleh 6,027 undi manakala calon PAS Normala Sudirman mendapat 2,331 undi.

Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) juga menghantar mesej Twitter bahawa calon BN menang pilihan raya kecil hari ini.

“Tahniah BN berjaya memenangi dan mempertahankan DUN Tenang. Selamat bertugas kepada YB Azhar,” kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Satu lagi maklumat tidak rasmi menunjukkan BN memperoleh 6,698 undi manakala PAS pula 2,963 yang membawa kepada perbezaan 3,735 undi.

Justeru majoriti dilihat dalam lingkungan 3,700 undi.

Pada pilihan raya umum 2008, calon BN menewaskan PAS dengan kelebihan 2,492 undi.

Live Dari Team Kerabu Bersuara Di Tenang

BN MENANG. Keputusan tak rasmi PRK Tenang: BN 6,698, PAS 2,963, maj 3,735, rosak 35 undi. 12 peti, termasuk pos telah dikira.

Tunggu selanjutnya...

Live Dari Tenang, Pondok Polis Hanyut Dibawa Arus

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs794.ash1/168466_176932172348827_100000961352105_378025_3481928_n.jpg

pergi mana semua polis?
habis duit berjuta-juta, korang p minum air kat mana?
hanyut beb pondok ni

Anwar: Kami memang sudah jangka Gobala akan keluar PKR

Oleh Shazwan Mustafa Kamal


SHAH ALAM, 30 Jan — Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan N. Gobalakrishnan meninggalkan PKR berkuat kuasa semalam sudah lama dijangkakan sambil menolak ia akan membawa kesan jangka panjang ke atas parti itu.

Gobalakrishnan merupakan ahli Parlimen keenam meninggalkan PKR sejak setahun lalu dengan memberikan alasan beliau tidak berpuas hati dengan kepimpinan parti khususnya Anwar, yang merupakan Ketua Umum Pakatan Rakyat.

“Kami sudah lama menjangkakan yang ini, melihat pada trendnya, tidak, tidak ini bukan sesuatu yang mengejutkan,” kata Anwar kepada pemberita hari ini.

Anwar mengesahkan bahawa Gobalakrishnan tidak membalas surat tunjuk sebab yang dikeluarkan ke atasnya dan begitu juga tidak memberika surat formal mahu meninggalkan parti.

“Setakat ini apa yang kami ada ialah beliau telah melepaskan jawatan (dalam parti, dibuat menerusi sidang media dan Twitter),” kata Anwar.

Ketika ditanya sama ada Gobalakrishnan ada bercakap dengan beliau baru-baru ini mengenai rungutannya mengenai parti, Anwar berkata:

“Tidak.” “Kali terakhir beliau bercakap secara peribadi dengan saya ialah ketika di Parlimen,” kata Anwar sebelum memasuki keretanya.

Pada sidang media di Kulim semalam, Ahli Parlimen Padang Serai itu yang mengisytiharkan dirinya keluar dari PKR untuk menjadi wakil rakyat Bebas berkata, beliau sudah “bosan” dengan kepimpinan Anwar dan timbalan presiden Azmin Ali.

Wakil rakyat itu meningkatkan serangan ke atas kedua-dua pemimpin itu akhir tahun lalu, memberi bayangan bakal keluar PKR.

“Saya sudah fed up (bosan) dengan (Penasihat PKR) (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) serta (Timbalan Presiden PKR) Azmin Ali, yang kini telah mengawal 100 peratus pentadbiran PKR,” kata Gobalakrishnan, 50.

Dengan keputusannya itu, katanya beliau turut melepaskan jawatan sebagai Ketua Cabang PKR Padang Serai. Bagaimanapun, katanya beliau tidak akan mengeluarkan sebarang surat mengenai perkara itu kepada PKR.

Gobalakrishnan berkata, beliau bersama beberapa orang temannya terdiri daripada peguam, jurutera, doktor dan lain-lain akan menubuhkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memperjuangkan dan menjaga kepentingan pengundi di kawasan Parlimen Padang Serai.

Gobalakrishnan berkata pengorbanan dan perjuangan yang dilakukannya selama 12 tahun menjadi anggota parti itu tidak pernah dihargai dan merasa amat kecewa dengan sikap Anwar dan Azmin yang mengambil sikap membisu seribu bahasa terhadap semua komennya termasuk dalam Twitter beliau sejak dua bulan lalu.

Beliau berkata selama ini tindakan Anwar bukan sahaja memperkudakan kaum Melayu dan Cina sahaja dalam mencapaikan cita-citanya tetapi kaum India juga tidak terkecuali.

PAS gesa SPR tangguh pengundian

Nazri Abdullah

LABIS, 30 Jan: PAS mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menangguhkan pengundian bagi Pilihan Raya Kecil Dun Tenang hari ini ekoran kebanyakan kawasan terputus hubungan.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, SPR perlu segera membuat keputusan itu ekoran pengundi kini tidak boleh keluar akibat hujan lebat dan banjir.

"Saya minta SPR menangguhkan proses pengundian hari ini kerana hujan lebat dan banjir.

"Pengundi kini sudah terputus hubungan kerana jalan sudah ditutup dan ada dikalangan mereka takut meninggalkan rumah untuk keluar mengundi ekoran banjir di kawasan mereka," katanya.

Hujan lebat sejak awal pagi tadi menyebabkan Labis kini terkepung oleh banjir dari kedua dua arah jalan masuk Segamat dan Yong Peng.

Manakala di Tenang sendiri, beberapa kawasan kini ditenggelami air dan penduduk sedang giat dipindahkan oleh pihak keselamatan termasuk pasukan tentera dan Pertahanan Awam Malaysia.

Laluan di Tenang Stesen ditutup sejak jam 12 tengahari tadi ekoran paras air tinggi mencapai lebih satu meter.

Jalan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Kamarul Ariffin menuju ke Air Panas turut ditutup.

Ianya sekaligus menghalang pergerakan penduduk yang mahu keluar mengundi.

SPR sebelum ini menjelaskan, proses pengundian tetap akan diteruskan kerana banjir hanya melanda kawasan kediaman penduduk dan bukan tempat mengundi.

Mereka turut menyediakan kenderaan bagi mengangkut pengundi ke tempat mengundi.

Namun menurut Mahfuz, keadaan kini bertambah buruk ekoran hujan lebat masih tidak berhenti, dan beberapa jalan lagi telah dinaiki air.

"SPR perlu tegas dan jangan hanya menjaga kepentingan Umno BN sahaja," katanya.

Sehingga jam 2 petang tadi, SPR memaklumkan 61.17 peratus iaitu 9,025 pengundi.

Live Dari Tenang, Cuaca buruk, peratus keluar mengundi pula tinggi?

LABIS: Cuaca buruk dengan hujan lebat sejak pagi tadi dan banjir kecil menenggelami beberapa tempat menjadi petunjuk peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil Dun Tenang, dijangka rendah.

Namun apa yang meragukan bilangan keluar mengundi sehingga pukul 1.00 tengahari mencatatkan peratusan sebanyak 55.36 peratus, meskipun pengundi dilihat tidak ramai yang keluar menunaikan kewajipan mereka di beberapa tempat akibat hujan lebat.


ha...ha...ha...hantuuuuuuu....lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..........................

Live Dari Tenang, Gambar-gambar Tenang Dilanda Banjir

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/hs014.snc6/166475_176920009016710_100000961352105_377972_6698904_n.jpg


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs752.ash1/164367_176920132350031_100000961352105_377975_5634134_n.jpg

Live Dari Tenang, Pengundi Cina Boikot Chua Sial Lek?

Ni berenti pusing-pusing jap, sejuk betul hujan macam ni. Banyak dah jalan kat labis ditenggelami air. Kalau hujan lebat terus menerus mungkin johor banjir macam tahun 2009.

Mengikut maklumat kawan-kawan dari team pakatan, kaum cina majoriti tak ramai yang keluar mengundi lagi. Arahan dah di keluarkan dari pemimpin pakatan supaya team yang di bagi kerja untuk tolong angkut pengundi supaya lebih ramai lagi dibawa.

Kami sempat bertanya la penduduk pasal apa ramai pengundi cini tak keluar, katanya mereka meluat dan benci dengan chua sial lek. Banyak janji yang chua bagi tapi tak ditunaikan kan. Tambah pulak moral pemimpin ni yang dikritik dan dipertikai.

Ayuh teman, ajak la sedara keluar ramai-ramai. Team pengangkutan, kerah lagi ramai supaya penduduk tenang keluar mengundi.

Umno pun tengah gelisah jugak kata seorang penyokongnya. Macam-macam lagi akan terjadi. Umno pun terus bungkus beb.

Live blogging.

Live Dari Tenang, Penyokong Bn Hina Cikgu Mala

kami mungkin tak sempat nak habiskan melawat kesemua tempat di labis. Hujan yang turun lebat di sini menyukarkan sedikit perjalanan, tambah pulak ni kali pertama sampi di sini.

Sapa kata tenang ni maju? Haha..anda silap la. Kalau kat galas, hulu kelantan lagi maju dari kat tenang. Padahal sebelum ni pelakon lucah yang jadi yb. Sampai bila la bn nak bodohkan rakyat.

Sambil kami lalu tadi, ramai penyokong umno dok hina cikgu mala, katanya orang yang tak pernah masuk universiti nak pilih jadi calon? Haha..bodoh betul puak umno. Kesian. Patut la pemimpin umno ramai yang bodoh dan kaki rasuah. Kaki betina pun ada haha..

Ayuh keluar ramai ke tempat mengundi, rakyat humbankan puak umno ke liang lahad.

Live blogging.

Live Tenang Hujan Lebat

Alhamdulillah team kerabu bersuara sampai kat tenang awal pagi tadi. Ni pun kami tumpang kawan-kawan yang ada berdekatan sini.

Hujan pagi ni turun dengan lebat. Ada sesetengah kawasan banjir tapi tidak la memburukan keadaan kat sini. Orang ramai mula memenuhi tempat pengundian.

SPR jangka kalau hujan lebat macam ni mungkin 50% saja yang keluar. Ayuh kawan-kawan kat tenang, ramai keluar mengundi pada hari ni. Kita humbankan puak umno ke dalam tanah. Takbir.

Live blogging.

GOMO KELATE GOMO

http://kosmo.com.my/kosmo/pix/2011/0130/Kosmo/Sukan/su_01.1.jpg


Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my

PEMAIN dan pegawai pasukan Kelantan meraikan ke jayaan mereka muncul juara Piala Sultan Ahmad Shah selepas menewaskan Selangor 2-0 di Stadium Shah Alam, malam tadi.

KELANTAN terus mencipta sejarah, kali ini berjaya menjuarai Piala Sultan Ahmad Shah buat kali pertama setelah menewaskan Selangor 2-0 di Stadium Shah Alam malam tadi.

Jaringan penalti Norshahrul Idlan Talaha dan sepakan percuma Badhri Radzi sudah cukup untuk menggagalkan hasrat Selangor meraih kejuaraan sumbangsih itu buat kali ketiga berturut-turut.

Tuah jurulatih baru, Datuk M. Karathu membawa kejayaan kepada Kelantan manakala aksi pemain Selangor kendalian K. Devan tampak lesu dan serba tidak menjadi.

Perlawanan yang dimeriahkan dengan kehadiran 35,000 penonton itu, menyaksikan Kelantan mendahului seawal minit kelapan menerusi sepakan penalti Norshahrul setelah bek kanan Selangor, Razman Roslan menjatuhkan Nurul Azwan Roya.

Tertekan dengan jaringan awal itu, Selangor cuba bangkit dan mendapat peluang terbaik pada minit ke-31 menerusi tandukan Safee Sali tetapi sekadar menggegar palang gol Kelantan.

Sebaik babak kedua bermula, Selangor memasukkan Fitri Shazwan Raduwan menggantikan Safiq Rahim manakala Kelantan pula memasukkan Khairul Izuan Rosli menggantikan Danial Fadzly Abdullah pada minit ke-58.

Permainan terhenti hampir 10 minit pada minit ke-62 setelah penyokong Kelantan bertindak membaling botol minuman dan mercun ke arah padang.

Begitupun ia tidak menghalang Kelantan untuk mendapatkan gol kedua pada minit ke-83 menerusi sepakan percuma Badhri dari sebelah kiri yang gagal diagak dengan baik penjaga gol Selangor, Iqbal Suhaimi.

Jaringan tersebut terus mematikan langkah Selangor meskipun terus menggandakan asakan untuk mencari gol.

Trofi kejuaraan disampaikan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah diiringi Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Tan Sri Khalid Ibrahim dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa.

“Turun selaku juara Piala Malaysia, tekanan hebat terpaksa dipikul Kelantan. Tapi para pemain telah menunjukkan keyakinan diri yang tinggi.

“Ini merupakan kali pertama Kelantan muncul juara dan saya hadiahkan piala ini buat seluruh penyokong setia Kelantan," kata Karathu.

Devan pula berkata: “Gol awal Kelantan menerusi sepakan penalti telah mematikan rentak permainan kami. ”

Pada perlawanan tersebut, penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat yang beraksi cemerlang telah dipilih sebagai Pemain Terbaik Astro.

KPG Felda Chempelak antara paling rendah di Malaysia

Sidiqin Omar

LABIS: Peneroka Felda di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang terutama Chempelak Barat antara tanah rancangan yang menerima Kadar Perahan Gred (KPG) paling rendah di negara ini, kata Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan orang Asal KEADILAN, Suhaimi Said.

“Kadar KPG Felda Chempelak sekitar 16 hingga 17 peratus. Jumlah yang sangat rendah berbanding tanah rancangan lain,” katanya kepada Keadilandaily.com selepas membuat tinjauan di Felda Chempelak, hari ini.

Berbanding dengan Felda Chempelak, Zabidie Abas, Setiausaha Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) pula berkata, tanah rancangan kawasannya di Felda Bukit Besar, Kulai menerima KPG sehingga 21 peratus.

“Jauh betul perbezaan KPG antara tempat saya dengan Felda Chempelak iaitu sekitar lima, enam peratus walaupun Felda Chempelak adalah tanah rancangan terawal di Johor,” katanya.

Justeru, beliau mengingatkan peneroka DUN Tenang supaya lebih berani melakukan perubahan, dengan mencontohi keberanian peneroka Felda Bukit Besar yang membuat tuntutan dan desakan melalui kuasa undi.

“Peneroka Felda melalui Anak dan Biro Felda KEADILAN di kawasan kami sejak sekian lama membuat tuntutan kepada pengurusan Felda. Hasilnya, kadar KPG di tempat kami antara paling tinggi di negara ini.

“Jadi, inilah masanya untuk pengundi Felda Chempelak melakukan perubahan. Jika mereka bertindak secara isyarat melalui undi, sudah tentu pengurusan Felda akan memikirkan sesuatu dan membuat tindakan yang menguntungkan peneroka,” katanya.

Cina nyanyi 'The moon is my heart' bersama Nizar

Harakahdaily

LABIS, 30 Jan: Walaupun hujan lebat namun kira-kira 800 penduduk Cina pekan Labis setia mendengar ceramah yang diberikan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat malam tadi.

Yang menariknya, mereka dengan penuh ghairah turut menyanyi bersama Datuk Seri Nizar Jamaludin apabila beliau menyanyikan lagu Cina, "The moon is my heart" (Bulan adalah hatiku).

Walaupun jam sudah menunjukkan waktu 11.30 malam namun mereka masih setia mendengar ucapan demi ucapan dari para pemimpin DAP, PAS dan PKR di pusat operasi DAP di pekan Labis itu.

Di seberang jalan, MCA juga mengadakan majlis ceramah namun hanya kira-kira 30 penonton menyertainya.

Jika suasana sokongan ini boleh diterjemahkan dengan undi esok, nescaya calon Pakatan dari PAS, Cikgu Normala Sudirman akan mendapat majoriti undi Cina esok.

Teresa Kok yang turut berada di situ menyifatkan hujan yang turun ini umpama kerja tuhan membersihkan segala daki rasuah di atas bumi Labis ini.

Selain beliau, turut berada di situ adalah Teng Chan Khim dan Tony Pua.

Selain di kawasan Cina, Pakatan juga mengandakan ceramah di 15 kawasan malam ini walau dalam hujan lebat.

Pengundi DUN Tenang perlu berani buat perubahan

Sidiqin Omar

LABIS: Pakatan Rakyat yakin dengan kematangan pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang untuk membuat keputusan tepat bagi memilih wakil rakyat baru, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Menegaskan penerangan mengenai peri pentingnya untuk rakyat memenangkan Pakatan sudah disampaikan, beliau mengingatkan pengundi supaya tidak memandang pilihan raya kecil semata-mata dari konteks tempatan tetapi harus berdasarkan isu semasa dan senario politik di seluruh negara.

“Bukan bermakna semua beban rakyat Malaysia ditanggung pengundi DUN Tenang tetapi itulah hakikatnya. Kebijaksanaan membuat keputusan politik akan memberi kesan kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Jika pengundi DUN Tenang yang terletak dalam negeri yang dikatakan kubu kuat Umno Barisan Nasional (BN) berani melakukan perubahan, ia pasti mendorong kerajaan memikirkan semula polisi dan dasar mereka selama ini,” katanya pada ceramah, malam tadi.

Walaupun dalam keadaan hujan lebat, kira-kira 2,0000 menghadiri ceramah terakhir kempen pilihan raya kecil itu, sekaligus membuktikan sokongan padu kepada calon PAS, Normala Sudirman.

Dalam pada itu, Mahfuz turut mengingatkan petugas dan penyokong supaya menjaga imej parti dan mengelakkan dari terbabit dengan sebarang tindakan provokasi pihak lawan.

Beliau bimbang berlaku perkara yang tidak diingini yang akan menjejaskan usaha dan kempen Pakatan Rakyat selepas hampir sebulan bekerja kuat, berkempen dan memberi penerangan kepada rakyat.

Mubarak enggan tunduk, 68 maut Mesir terus gelora

KAHERAH, 29 Jan — Presiden Hosni Mubarak terus berpegang pada tampuk kuasa meskipun desakan rakyat Mesir agar beliau berundur terus meningkat hari ini.

Setakat malam ini (waktu Malaysia) hampir 70 orang dilaporkan terbunuh manakala lebih 2,000 cedera dalam demonstrasi menggesa pemimpin berusia 82 tahun itu berundur daripada memimpin negara itu.

Sumber-sumber hospital dan saksi memberitahu Reuters, 68 orang sudah disahkan terbunuh di Kaherah, Suez dan Iskandariah.

Semalam, Mubarak yang sudah tiga dekad memimpin Mesir, mengarahkan Kabinetnya meletakkan jawatan untuk membentuk kerajaan baru dan membawa pembaharuan.

Hosni turut mengarahkan tentera mengawal ibu negara Kaherah dan beberapa bandar lain sepanjang malam dan mengenakan darurat dalam usaha mengawal demonstrasi negara Arab yang paling padat penduduk dan negara sekutu Amerika Syarikat itu.

Laporan BBC juga menyebut letupan kedengaran di bangunan keselamatan di Rafah.

Juara Piala Malaysia Kelantan julang Sumbangsih

January 29, 2011

SHAH ALAM, 29 Jan — Juara Piala Malaysia 2010 Kelantan memenangi pertemuan sumbangsih untuk menjulang Piala Sultan Ahmad Shah malam ini.

Kelantan membawa pulang piala itu menerusi pertemuan julung kali baginya dengan mengatasi Selangor 2-0 di Stadium Shah Alam.

Ini kali pertama Kelantan menguasai piala itu yang diperkenalkan 26 tahun lalu dan muncul pasukan ke-13 memenangi gelaran tersebut.

Perlawanan Piala Sultan Ahmad Shah yang lazimnya juga dikenali sebagai Piala Sumbangsih diadakan sebagai pembuka tirai Liga Malaysia musim ini, melibatkan Selangor, selaku penyandang juara Liga Super 2010 dan Kelantan sebagai juara Piala Malaysia musim lalu.

tahniah dari kami team kerabu bersuara.

PAS kesal dihalang berkempen

Hazayani Zakaria

LABIS, 29 Jan: PAS kesal dengan sikap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang didakwa berat sebelah terhadap Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Tenang.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Dzulkefly Ahmad berkata, kekesalan tersebut ekoran SPR gagal memastikan semua parti bertanding berhak mengakses ke semua kawasan yang terlibat dengan PRK tersebut.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada maklumat yang diterima daripada petugas parti bahawa mereka tidak dibenarkan masuk berkempen di Ladang Labis Utara dan Ladang Bukit Datuk.

"Kenapa BN boleh masuk berkempen, Pakatan Rakyat tak boleh masuk?

"Sepatutnya semua pengundi ada hak untuk akses maklumat daripada kedua-dua parti," kata beliau pada sidang media harian dekat sini, hari ini.

Tambahnya apabila petugas parti memaklumkan perkara demikian kepada SPR, mereka berkata perkara tersebut di bawah kuasa pemilik ladang berkenaan.

"Kita bawa peguam kita jumpa SPR,tapi mereka kata itu terpulang kepada pemilik ladang. Tapi kita katakan SPR bertanggungjawab dalam memastikan rakyat mendapat maklumat," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap agar SPR dapat mengambil tindakan segera memandangkan hari ini merupakan hari terakhir kempen.

Sementara itu, beliau berkata Pakatan Rakyat akan berhimpun di Dataran Cikgu Mala malam esok bagi mendengar keputusan PRK ini.

"Kita akan adakan perhimpunan untuk dengar keputusan di Dataran Cikgu Mala malam esok samaada menang atau kalah, kita tak kisah," katanya.

PAS harap kerjasama polis, petugas berdisiplin

Hazayani Zakaria

LABIS, 29 Jan: Pengarah Pilihan Raya Kecil PAS bagi Dun Tenang, Salahuddin Ayub menyeru semua pihak memainkan peranan untuk memastikan proses membuang undi esok berjalan dalam keadaan yang terkawal dan mendapat kerjasama yang sepenuhnya daripada pihak polis.

Salahuddin yang juga Naib Presiden PAS seperti sebelum ini, terus memberi jaminan bahawa Pakatan Rakyat akan mengikut segala prosedur yang ditetapkan dan memastikan tiada penyokong yang menimbulkan suasana tidak harmoni.

"Bagi penyokong-penyokong parti khususnya PAS dan Pakatan Rakyat, kita memberikan satu jaminan bahawa kita akan mematuhi segala prosedur pilihan raya dan berdisiplin dalam kita berkempen pada hari esok.

"Kita mengharapkan satu keadaan di mana polis boleh memberi kerjasama tanpa ada perkara-perkara yang tidak kita ingini berlaku," katanya ketika ditemui di balai polis Labis petang tadi.

Beliau bersama seorang lagi Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar ke balai polis berkenaan untuk bertemu dengan bahagian atasan pasukan polis daerah itu bagi meminta kerjasama pihaknya mengawal keadaan esok.

Bagaimanapun pertemuan itu gagal diadakan kerana pihak polis Labis sedang bermesyuarat.

Pertemuan itu, katanya bagi memastikan keadaan esok terkawal di bawah pengawasan polis.

"Kita ingin berjumpa atas nama PAS Negeri Johor dan saya mengharapkan agar pilihan raya esok dapat berjalan dengan baik sebagaimana yang dirancang dan tidak menimbulkan apa-apa masalah kepada pengundi-pengundi di Dun Tenang ini," katanya.

Tambahnya, pihaknya sentiasa memberikan taklimat kepada petugas-petugas parti agar tidak melanggar prosedur pilihan raya yang ditetapkan.

"Kita sentiasa memberikan taklimat dan pengarahan supaya petugas-tugas parti mengikut prosedur yang telah kita tetapkan, beretika, berdisiplin dan tidak membuat provokasi dan tidak mudah termakan dengan apa juga provokasi yang cuba dilakukan," katanya.

Jangan sia-siakan peluang martabatkan wanita dan guru

Harakahdaily

LABIS, Jan 29: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyeru pengundi-pengundi wanita dan guru di Tenang tidak mensia-siakan peluang bagi mengangkat martabat kaum hawa untuk menjadi jurubicara mereka di Dewan Undangan Negeri Johor.

“Pencalonan Cikgu Mala, seorang tokoh yang tegas dan mempunyai karisma sebagai pimpinan, serta pengorbanan beliau dalam meletakkan jawatan sebagai guru dan kehilangan segala pencen diharap akan menambah simpati pengundi kepada beliau,” kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataannya ke Harakahdaily hari ini.

Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata perkara yang menarik di pilihanraya kecil Tenang kali ini ialah kekalutan yang menimpa Wanita dan Puteri Umno yang dilihat kurang menyerlah apabila pemimpin yang diwar-warkan mereka, iaitu Ketua Wanita Umno Labis tidak dipilih sebagai calon.

“Wanita dan Puteri Umno kurang menyerlah, tidak sebagaimana kebiasaannya dalam PRK, hal ini banyak dikaitkan dengan kekecewaan Ketua Wanita Umno Labis tidak dicalonkan, sedangkan nama, gambar serta gempar-gempur beliau akan jadi calon telah diisytiharkan lebih awal, dan antara yang jelas kecewa ialah Ketua Wanita UMNO Sharizat Jalil,” ujar Tuan Ibrahim.

Profesyen perguruan juga agak tertinggal sejak kebelakangan ini terutama apabila golongan guru tidak lagi mendapat tempat dalam politik negara. Kalau dahulu guru menjadi tokoh pilihan untuk menjadi calon dalam Umnio, kini tidak lagi apabila ahli perniagaan pula yang mendapat tempat.

Di PRK Tenang, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat sedang mencuba saranan terbarunya dalam memilih calon PRK iaitu “BN akan memilih calon yang boleh menang (winnable candidate) yang tidak semestinya yang mempunyai jawatan dalam parti” dengan memilih Mohd Azahar Ibrahim, bekas ADO Rengit yang tidak mempunyai sebarang jawatan dalam parti sebagai calonnya.

"OK itu tidak ada masalah tetapi yang akan menjadi masalah nanti adalah dalam menghadapi pilihan raya umum ke 13. Apakah faktor ini akan menjadi kriteria Najib?

"Andaikatalah Azahar benar-benar dibuktikan sebagai winnable candidate dalam pilihan raya kecil ini. Beliau mendapat undi yang besar bahkan lebih dari sasaran BN iaitu melebihi 5,000 undi majoriti.

"Apakah sebenarnya akan terjadi kepada kesemua pemegang jawatan dalam Umno sekarang di seluruh negara.

"Apakah mereka juga termasuk dalam senarai winnable candidate atau pimpinan Umno tidak lagi melihat mereka sebagai calon-calon yang berpotensi untuk menang,” tulis Zulkifli Sulong, Ketua Pengarang Harakahdaily di kolumnya dalam The Malaysian Insider.

Ada juga pemerhati politik yang berpendapat bahawa Umno-Barisan Nasional sedang melayan pengundi-pengundi di Tenang sebagai anak tiri berbanding dengan pilihanraya-pilihanraya kecil yang lain dengan jumlah wang yang ditaburkan jauh lebih sedikit dan ketiadaan janji-janji projek besar seperti kawasan lain.

Bahkan sepanjang kempen, Najib juga tidak berapa kelihatan di Tenang kerana yakin bahawa pengundi-pengundi yang marah di kubu kuat mereka tetap akan mengundi calon Barisan Nasional.

Berdasarkan pengamatan tersebut, Tuan Ibrahim menyeru pengundi di Tenang untuk membuat perubahan bagi menaikkan taraf mereka kepada status anak kandung Umno-Barisan Nasional dengan memberikan undi ke calon PAS bagi mencatatkan sejarah politik di Johor esok.

Tempoh berkempen bagi DUN Tenang akan berakhir jam 12 malam ini dan pengundi akan mula membuang undi bermula jam 8 pagi besok.

Isu kehakiman, media titik persamaan Tunisia-Malaysia – pemikir Islam

Fazallah Pit

SHAH ALAM: Kebangkitan rakyat Tunisia menumbangkan kerajaan korup dan Zalim hampir pasti merebak ke Malaysia kerana ada persamaan ketara antara dua-dua negara itu, kata pemikir Islam moden, Ziauddin Sardar.

Bercakap pada sidang media, hari ini, beliau menamakan masalah kebebasan institusi kehakiman dan kebebasan media di Tunisia dan Malaysia, sebagai titik persamaan utama kedua-dua negara itu.

“Sekiranya institusi kehakiman dan dasar media di Malaysia bebas tanpa dipengaruhi pihak penguasa, saya bersetuju kebangkitan rakyat di Malaysia mampu berlaku.

“Lebih-lebih lagi negara ini diperintah oleh penguasa zalim dan terpalit dengan sistem rasuah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucapan pada Seminar Critical Islam anjuran bersama Institut Kajian Dasar (IKD) dan Yayasan Selangor di Menara Yayasan Selangor di Petaling Jaya, hari ini.

Ziauddin Sergar sehingga kini menghasilkan 45 buku termasuk ‘Kembali Ke Masa Depan; Syariat sebagai Metodologi Pemecahan Masalah’ terkenal terutama di negara Islam.

Beliau juga sering diundang dipelbagai program televisyen selain mendapat pelbagai pengiktirafan di peringkat antarabangsa kerana keberjayaan pemikirannya berkaitan isu Islam.

Turut hadir ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Pengerusi IKD, Khalid Jaafar; Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad; Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yussof, golongan intelek dan profesional dari pelbagai Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara.

Bagaimanapun, Ziauddin berkata, istilah yang sesuai digunakan di Malaysia bukan revolusi tetapi transformasi kerana beberapa sistem di Malaysia memerlukan reformasi menyeluruh terutama melibatkan media dan institusi kehakiman.

Beliau berkata, antara punca berlaku revolusi di Tunisia kerana rakyat negara itu tidak tahan dengan penindasan rakyat akibat kenaikan harga barang yang melampau, dan ia turut berlaku di Malaysia.

Status DUN Pelabuhan Klang: SPR mahu tunggu keputusan mahkamah

Oleh Syed Mu’az Syed Putra

LABIS, 29 Jan — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat keputusan untuk tidak mengadakan sebarang mesyuarat khas bagi menentukan status kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang dalam waktu terdekat.

Sebaliknya menurut Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, pihaknya akan menunggu keputusan mahkamah memandangkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerusi itu Badrul Hisham Abdullah telah memohon perintah mahkamah bagi menghalang badan pilihan raya itu daripada membuat keputusan mengenai statusnya.

Semalam Mahkamah Tinggi Shah Alam menetapkan 7 Februari ini untuk mendengar permohonan Badrul Hisham agar SPR dihalang daripada menentukan status kerusi DUN Pelabuhan Klang.

Malah semalam, Hakim Datuk Suraya Othman memutuskan untuk menolak permohonan Badrul Hisham untuk mendapatkan perintah sementara bagi menghalang SPR mengadakan sebarang perbincangan mengenai status kerusi itu sementara menunggu permohonan injunksi itu didengar pada 7 Februari.

“Perkara ini sudah dibawa ke mahkamah, jadi kita tidak akan buat sebarang mesyuarat khas mengenai kerusi Pelabuhan Klang.

“Mahkamah juga sudah tetapkan 7 Februari untuk dengar kes ini, bila sudah bawa ke mahkamah kita kena ikut.

“Jadi SPR akan tunggu keputusan mahmakah dulu,” kata Abdul Aziz (gambar) ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Badrul Hisham memfailkan permohonan injunksi di Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi menghalang SPR daripada membincangkan status kerusi DUN Pelabuhan Klang, yang kemungkinan membawa kepada pilihan raya kecil.

Kerusi itu diisytiharkan kosong oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Teng Chang Khim minggu lalu.

Pada Isnin lalu, Badrul Hisham memfailkan saman pemula untuk mendapatkan deklarasi bahawa beliau masih lagi Adun Pelabuhan Klang dan berhak menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor.

Badrul Hisham juga memohon deklarasi bahawa tiada kekosongan untuk kerusi DUN Pelabuhan Klang.

Badrul Hisham menamakan Teng sebagai defendan pertama dan SPR sebagai defendan kedua.

Perintah-perintah deklarasi yang lain yang dipohon oleh plaintif termasuk pengisytiharan bahawa keputusan defendan pertama yang mengisytiharkan kerusi tersebut telah kosong adalah ultra vires Artikel LXIX Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dan adalah batal dan tidak sah.

Teng, pada 19 Januari lepas, mengisytiharkan kerusi DUN Pelabuhan Klang yang disandang Badrul Hisham kosong dengan alasan wakil rakyat itu gagal menghadiri sidang Dewan dalam tempoh enam bulan tanpa alasan munasabah, berdasarkan Perkara 69 dan 70 perlembagaan negeri dan tiada peruntukan untuk rayuan.

Badrul Hisham memenangi kerusi DUN itu sebagai calon PKR pada 2008 sebelum keluar parti pada 29 Oktober 2009 dan menjadi Adun Bebas kawasan Pelabuhan Klang. Beliau menyertai Umno Mei tahun lepas.

SPR mengadakan mesyuarat khas malam tadi bagi menetapkan pilihan raya kecil kerusi DUN Merlimau di Melaka.

RM888 bilion lesap: Kerajaan dicabar tubuh jawatankuasa khas

Norutul Ilham

KUALA LUMPUR: Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) dicabar menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat punca dan dalang di sebalik pengaliran wang haram sebagaimana yang didedah Global Financial Integrity (GFI), baru-baru ini.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli percaya siasatan itu jika dibuat akan membuktikan salah laku pentadbiran kerajaan Persekutuan yang sehingga kini hanya menutup mata dengan pendedahan itu.

“Jika melihat kepada laporan GFI di bawah kajian Illicit Financial Flow From Developing Country 2000 hingga 2009, membuktikan pengaliran wang berlaku sejak dahulu lagi sehingga kini.

“Kenyataan itu ada logiknya kerana laporan Bank Negara menunjukkan RM120 bilion wang keluar masuk tidak dilaporkan antara 2005 hingga 2009 tetapi tiada tindakan daripada kerajaan,” katanya.

GFI sebelum ini mendedahkan, sebanyak RM888 bilion wang haram dilarikan ke luar negara antara tahun 2000 hingga 2009.

Badan pemerhati kewangan antarabangsa itu mendefinisikan wang haram sebagai merujuk kepada wang daripada aktiviti tidak sah seperti rasuah, kecurian, sogokan serta pengelakan cukai.

Bercakap kepada Keadilandaily, Rafizi turut mengulas mengenai kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan industri (MITI), Datuk Mukhriz Tun Mahathir berhubung pengaliran wang haram, kononnya GFI ada muslihat dan agendanya tersendiri.

“Kenyataan Mukhriz seperti tidak faham soal ekonomi. Sepatutnya mereka buka mata apabila isu ini dibangkitkan, bukannya mengatakan pembangkang membesarkan isu kerana ia melibatkan jatuh bangunnya ekonomi negara.

“Antara kesan yang dapat dilihat apabila berlakunya aliran wang haram ialah cukai tidak dibayar, sekaligus menyebabkan perkembangan ekonomi negara semakin lembap,” katanya.

Pakatan lancar manifesto Kuala Lumpur sejahtera

Keadilan Daily

KUALA LUMPUR: Sembilan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini sepakat menghasilkan manifesto bersama untuk Wilayah Perskutuan Kuala Lumpur.

Bercakap pada sidang media di Kelab Sultan Ismail Kampung Baru, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, sempena Hari Wilayan 2011, pelancaran manifesto itu bertujuan untuk memastikan Kuala Lumpur benar-benar menjadi bandar raya sejahtera.

“Inilah janji-janji kami, Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan yang akan kami kotakan demi memastikan kita mencapai Wawasan 2020 dan menjadikan Kuala Lumpur benar-benar bandar raya sejahtera,” katanya.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun; Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng; Ahli Parlimen Cheras, Tak Kok Wai dan Ahli Parlimen Kepong, Tan Seng Giaw.

Lapan agenda manifesto itu ialah:

1) Menjalankan inisiatif membina baru dan memperbaiki bangunan-bangunan Pusat Perumahan Rakyat supaya mampu mengubah kehidupan golongan berpendapatan rendah.

2) Melaksanakan cadangan transit yang akan menitegrasi sistem pengangukatan awam, dan pada masa sama membina dan membaik pulih prasarana awam agar mampu menjana persekitaran yang mampan.

3) Melaksanakan inisiatif sedia ada kerajaan Persekutuan ke seluruh Wilayah Persekutuan, di mana akan dibina pusat-pusat pengajian di Zon-zon Bandaraya suapaya melahirkan Budaya Pembelajaran Cemerlang.

4) Melaksanakan jaringan CCTV menyeluruh dan diintegrasikan dengan badan-badan berkenaan seperti hospital, pengawalan trafik, polis dan sebagainya serta melahirkan unit sokongan bagi menangani peningkatan kdar jenayah yang sebenar.

5) Mengadakan Hari Kanak-kanak Sedunia peringkat Wilayah Persekutuan tahunan bertujuan mempromosi kebudayaan Malaysia dengan tumpuan khusus pada komuniti dan pembangunan anak muda.

6) Memperkenal dasar lebih mesra perniagaan seperti badan pelesenan untuk menarik minat serta memberi semangat kepada usahawan dan pemilik perniagaan untuk memulakan perniagaan di Kuala Lumpur.

7) Menubuhkan badan bertindak untuk mengkaji dan mengutarakan langkah berkesan yang akan membolehkan adanya Pilihan Raya Kerajaan Tempatan di Kuala Lumpur.

8) Mengkaji dasar dan menggubal dasar-dasar yang akan melindungi alam sekitar di Kuala Lumpur terutamanya kawasan hiutan dalam lingkungan bandar raya serta melaksanakan konsep “indeks bandar raya hijau”.

Gobalakrishnan: Saya bosan dengan Anwar, Azmin

KULIM, 29 Jan — Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan yang hari ini mengisytiharkan dirinya keluar daripada PKR untuk menjadi wakil rakyat Bebas berkata, beliau sudah “bosan” dengan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalan presiden Azmin Ali.

Wakil rakyat itu meningkatkan serangan ke atas kedua-dua pemimpin itu akhir tahun lalu, memberi bayangan bakal keluar PKR.

“Saya sudah fed up (bosan) dengan (Penasihat PKR) (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) serta (Timbalan Presiden PKR) Azmin Ali, yang kini telah mengawal 100 peratus pentadbiran PKR,” kata Gobalakrishnan (gambar), 50, pada sidang media di pejabatnya di Paya Besar Lunas dekat sini, hari ini.

Dengan keputusannya itu, katanya beliau turut melepaskan jawatan sebagai Ketua Cabang PKR Padang Serai.

Bagaimanapun, katanya beliau tidak akan mengeluarkan sebarang surat mengenai perkara itu kepada PKR.

Gobalakrishnan yang dipetik Bernama berkata, beliau bersama beberapa orang temannya terdiri daripada peguam, jurutera, doktor dan lain-lain akan menubuhkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memperjuangkan dan menjaga kepentingan pengundi di kawasan Parlimen Padang Serai.

Gobalakrishnan berkata pengorbanan dan perjuangan yang dilakukannya selama 12 tahun menjadi anggota parti itu tidak pernah dihargai dan merasa amat kecewa dengan sikap Anwar dan Azmin yang mengambil sikap membisu seribu bahasa terhadap semua komennya termasuk dalam Twitter beliau sejak dua bulan lalu.

Beliau berkata selama ini tindakan Anwar bukan sahaja memperkudakan kaum Melayu dan Cina sahaja dalam mencapaikan cita-citanya tetapi kaum India juga tidak terkecuali.

Katanya beliau yakin hasrat Anwar untuk menakluk Putrajaya akan tersasar sekali gus gagal kerana bagaimana mahu mentadbir negara dengan masalah dalaman parti pun semakin teruk.

“Kerana itulah saya membuat keputusan keluar parti yang saya juga menjadi salah seorang pengasas ketika penubuhannya. Nampaknya parti ini sudah nak runtuh, jadi biarlah saya keluar sebelum “rumah” ini runtuh,” katanya.

Gobalakrishnan berkata tindakannya keluar parti adalah tindakan bersendirian dan terpulanglah kepada penyokong-penyokongnya sama ada mahu ikut bersamanya atau kekal sebagai anggota PKR.

Sementara itu, Setiausaha PKR Cabang Padang Serai S. Nagalingam yang turut hadir pada sidang media itu berkata timbalan pengerusi cabang berkenaan Johari Ismail akan memangku jawatan Ketua Cabang yang dilepaskan Gobalakrishnan.

Tangga ke-2 bawa keluar wang haram, Malaysia bakal muflis – Anwar
Sidiqin Omar

LABIS: Malaysia kini berada di tangga kedua tertinggi di dunia yang mempunyai aliran keluar wang haram sekaligus bakal menempatkan Malaysia sebagai negara bankrap, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian merujuk kepada laporan Global Financial Integrity (GFI) di bawah kajian Illicit Financial Flow From Developing Country 2000 hingga 2009.
“Tahun 2000 sahaja, sejumlah USD 28 bilion wang dibawa keluar dari negara ini. Manakala pada 2008 telah naik sehingga 33%, iaitu dengan jumlah USD 68 bilion.
“Wang ini adalah wang rasuah, wang tipu dengan kerja-kerja tidak halal dan wang yang dilarikan daripada cukai. Maknanya, wang tanpa rekod yang dibawa keluar berjumlah RM240 bilion setahun,” katanya dalam ceramah pada kempen Pilihanraya Kecil Tenang di Dataran Wayang Pacak, malam tadi.

Anwar bagaimanapun mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menjelaskan segera mengenai laporan tersebut, yang didakwanya sebagai tanda-tanda bahawa negara ini bakal muflis.

“Sepatutnya Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan mengambil tanggungjawab kerana ada laporan antarabangsa. Mana dia Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara, Kementerian Kewangan dan Unit Perancang Ekonomi?

“Jabatan Siasatan Jenayah Komersil kena jalankan siasatan, tentang siapa yang bertanggungjawab melarikan wang dan khianat
kepada negara. Kalau macam ini alamatnya negara akan bankrap.

“Bila ditanya kepada Menteri, tak tahu untuk menjawab. Menteri apa ini? Sebab itu saya ulang, saya nak debat soal ekonomi. Bukan kita nak aibkan orang,” jelas Anwar di hadapan kira-kira 2,000 hadirin.

Beliau juga menegaskan, sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya, pesalah-pesalah tersebut akan didakwa dan wang tersebut akan dikembalikan kepada rakyat Malaysia.
Pada 20 Januari lalu, GFI – sebuah badan pemerhati kewangan menyenaraikan Malaysia antara negara yang merekodkan jumlah aliran wang haram tertinggi dalam tempoh sembilan tahun.
Laporan itu menyebut, aliran wang keluar dari negara ini meningkat lebih tiga kali ganda dalam tempoh 2000 hingga 2008.

Aliran wang keluar dari Malaysia pada 2000 berjumlah RM67.7 bilion. Lapan tahun kemudian, jumlah ini bertambah sehingga RM208 bilion.

GFI mendefinisikan wang haram sebagai merujuk kepada wang daripada aktiviti-aktiviti tidak sah seperti rasuah, kecurian, sogokan serta pengelakan cukai.

Sehingga kini, belum ada reaksi rasmi daripada pihak berkuasa berhubung laporan, malah Perdana Menteri enggan mengulasnya ketika ditanya pada 21 Januari lalu.


Sehingga kini, belum ada reaksi rasmi daripada pihak berkuasa berhubung laporan, malah Perdana Menteri enggan mengulasnya ketika ditanya pada 21 Januari lalu.

Pakatan dihalang berkempen kepada 300 pekerja ladang

Sidiqin Omar

LABIS: Petugas PAS dan parti gabungan Pakatan Rakyat dihalang dari memasuki Ladang Bukit Dato untuk berkempen sedangkan jentera Umno Barisan Nasional (BN) dibiar keluar masuk sesuka hati, kata Timbalan Pesuruhjaya Pas Johor, Dzulkefly Ahmad.

Beliau kesal kerana Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Johor, Othman Noh gagal memberi penjelasan munasabah dan menyerahkan masalah itu kepada pemilik ladang berkenaan.

“SPR menyatakan, ia terpulang kepada tuan punya ladang, sama ada untuk membenarkan atau tidak. Soalnya, mengapa petugas BN dibenarkan untuk masuk? Ini tidak adil dan satu bentuk diskriminasi.

“Sedangkan, ladang itu menempatkan kira-kira 300 pengundi berdaftar. Sepatutnya semua pengundi mempunyai hak untuk akses kepada maklumat daripada PAS mahupun BN.

“Esok adalah hari mengundi, jadi mereka boleh membuat keputusan berdasarkan maklumat,” kata Dzulkefly yang merujuk kepada laporan petugasnya, petang semalam.

Sehingga sidang media pagi ini, Pengarah Operasi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang itu dimaklumkan, mereka masih gagal memasuki kawasan itu.

“Tindakan sedemikian tidak menyuburkan proses demokrasi di negara ini,” katanya.

Dalam pada itu, Dzulkefly berkata, pimpinan Pas dijangka mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mohktar Mohd Shariff, jam 4 petang ini untuk berbincang isu keselamatan.

Kes Fitnah II tak menjadi, Umno cuba guna alasan ‘pengganas’

Norutul Ilham

KUALA LUMPUR: Arahan siasatan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim, kononnya ada kaitan dengan kumpulan pengganas antarabangsa sebagai usaha terbaru Umno Barisan Nasional (BN) mencari alasan untuk mengheret Ketua Pembangkang itu mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar ketika bercakap kepada KeadilanDaily.com tidak menolak kemungkinan kerajaan Umno BN sengaja berbuat demikian berikutan alasan untuk memenjarakan Anwar melalui kes Fitnah II semakin kabur.

“Kes Fitnah II sudah gagal membuktikan fakta sebenar yang disembunyikan, saya tidak menolak jika ini adalah serangan terbaru kerajaan Umno untuk menjatuhkan Anwar. Mereka mahu mengaitkan isu itu bagi memperkukuh tindakan ke atas Anwar,” katanya.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengeluarkan arahan kepada polis bagi menyiasat dakwaan dalam laporan CNN yang mengaitkan Anwar dengan kumpulan pengganas antarabangsa, walaupun sepupu Perdana Menteri itu mengakui belum membaca laporan berkenaan.

“Saya telah mengarahkan unit anti-pengganas dan juga Cawangan Khas dan mereka sedang berhubungan dengan perisikan Saudi untuk mengetahui sejauh mana Anwar Ibrahim mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas ini,” kata Hishammuddin.

Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut mengaitkan isu dakwaan pengganas terhadap Anwar dengan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang mengadakan lawatan ke negara Oman, baru-baru ini.

“Jika mahu siasat Anwar, Rosmah juga mesti disiasat kerana lawatan beliau ke Oman dibiayai negara itu. Kita tidak tahu mungkin mereka juga mempunyai agendanya tersendiri.

“Dalam isu Anwar, sudah jelas Kerajaan Saudi menafikan tiada dana diperuntukkan kepadanya. Apa lagi yang mereka mahu siasat?” katanya.

Mahfuz turut menyelar tindakan kerajaan Umno BN yang mengamal politik tidak bertamadun kerana tidak memandang sejarah beberapa negara Timur Tengah termasuk Mesir, Tunisia dan Yaman yang memperlihat kebangkitan rakyat.

“Mereka tidak boleh hanya bercakap tanpa memandang sekeliling dan belajar daripada sejarah beberapa negara yang menyaksikan kebangkiran rakyat akibat kebencian terhadap pemerintah sehingga berlakunya penggulingan,” katanya.

Habis modal tolak debat, Najib alih isu pengganas

Wan Nordin Wan Yaakob

LABIS, 29 Jan: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan kehilangan modal untuk menolak debat pelawaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kini mengalihnya kepada isu kononnya Anwar pengganas.

Mengulas isu itu, Anwar semasa berceramah di Dataran Cikgu Mala dekat sini 29 Jmalam tadi berkata, Najib pada tahun 2010 telah bertemu dengan pemimpin Arab Saudi bagi menyiasat dakwaan kononnya Anwar ada menerima dana dari negara teluk untuk kempen pada pilihan raya umum ke-13.

Turut serta dalam ceramah tersebut ialah, Presiden PAS, Datuk seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa; Timbalan Presiden KeADILan, Azmin Ali; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Pengerusi KeADILan Johor, Dr Chua Jui Meng; Adun Sungai Abong, Dr Syed Ibrahim dan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir Muhammad Nizar Jamaluddin.

Anwar berkata, stesyen televisyen antarabangsa Cable News Network (CNN) telah melihat laporan rahsia dari siasatan Arab Saudi itu menunjukkan tiada bukti menunjukkan adanya tokoh-tokoh negara teluk membiayainya.

Laporan CNN itu juga menyebut, tidak ada bukti pegawai Arab Saudi yang pernah menyokong Anwar Ibrahim dan dakwaan sokongan dari keluarga diraja Saudi yang disebutkan dalam laporan awal [nama diubah] adalah tanpa asas.

Anwar sendiri menyatakan laporan itu bukan suatu yang mengejutkannya, malah bagi Ketua Pembangkang itu, tindakan tersebut menunjukkan bahawa Najib takut berdepan dengannya menjelang pilihan raya umum ke-13.

Sehingga kini Najib belum mampu menyahut cabaran debat Anwar, tetapi membuka gelanggang lain untuk menyerangnya dalam isu dana pengganas, katanya.

Anwar juga tidak pelik dengan laporan Najib ke luar negara bukan atas urusan pelaburan, sebaliknya sanggup singgah untuk memfitnahnya.

“Saya tidak terkejut sekiranya Perdana Menteri sanggup ke luar negara, bukan demi menarik pelaburan tapi semata-mata untuk menyekat dan mentohmah saya. Mereka sebenarnya sudah mula merasai angin perubahan yang bakal melanda.

“Mereka sedar rakyat Malaysia mulai mual dengan segala macam kebobrokan. Kepimpinan Umno Barisan Nasional (BN), sebenarnya fobia dengan kemaraan rakyat,” katanya pada satu kenyataan media hari ini.

Anwar berkata, laporan itu memperlihat reaksi Najib untuk menyekat kemaraan Pakatan Rakyat yang saban hari membina sokongan rakyat demi menyelamatkan Malaysia dari kepincangan pentadbiran BN yang lemah mentadbir negara dan tiris akibat rasuah yang membarah.

Ujat Anwar, Buku Jingga adalah dokumen mengandungi saranan Pakatan Rakyat demi menyelamatkan Malaysia dari kerakusan dan ketidakcekapan pimpinan Umno BN hingga menyebabkan Najib berasa takut.

Lebih 70 peratus Cina Tenang sokong Cikgu Mala

Sidiqin Omar

LABIS: Sokongan masyarakat Cina terhadap calon Pas, Normala Sudirman meningkat kepada lebih 70 peratus, kata Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Johor, Datuk Chua Jui Meng.

“Pada pilihan raya umum lalu, sokongan mereka adalah 55 peratus. Tetapi kali ini respon dari masyarakat Cina adalah hebat.

“Bagi masyarakat Tionghua, bila Cikgu Mala senyum sahaja, hati masyarakat Tionghua terus ‘cair’,” kata secara seloroh dalam ceramah pada kempen Pilihan raya Kecil Tenang di Dataran Wayang Pacak, malam tadi.

Beliau berkata, selama tiga minggu, KEADILAN menjalankan kempen dan mendapat maklumat termasuk dari program jamuan makan malam, ceramah dan culaan di kawasan sekitar.

Dalam pada itu, Jui Meng berkata, pasukan khas dari KEADILAN Johor dan Selangor ditugaskan untuk menjalankan penerangan dan kempen di kawasan estet dan ladang.

Beliau berkata, masyarakat Cina muak dengan sikap hipokrit Umno Barisan Nasional (BN) berikutan isu peribadi yang dibangkitkan Presiden MCA, Chua Soi Lek dan bertekad untuk menolak BN pada pilihan raya kecil kali ini.

“Secara serius, saya katakan, masyarakat Cina di Tenang akan ‘bungkus’ dia, anak beranak,” jelasnya, merujuk kepada Chua Soi Lek dan anaknya, Chua Tee Yong.

“Reformasi di Malaysia dan Johor perlu bermula di Tenang. Jadi, saya meminta kawan-kawan Melayu untuk membantu kita memberi penerangan kepada orang kampung dan Felda untuk sama membuat perubahan,” katanya.

Najib temu ADUN Sarawak di Miri 6 Feb

KUCHING, 29 Jan — Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak akan mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Miri pada 6 Februari ini — satu lagi petanda pilihan raya umum negeri itu dilihat semakin dekat.

Mandat kerajaan negeri berakhir Julai ini dan spekulasi menyebut Dewan Undangan Negeri akan dibubarkan bila-bila masa dari sekarang.

Najib (gambar) mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli Parlimen dari seluruh negara di ibu negara awal bulan ini.

Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah ketika mengesahkan perkara tersebut berkata perjumpaan tersebut adalah mirip kepada perjumpaan bersama anggota Parlimen BN yang diadakan di Kuala Lumpur 8 Januari lalu.

Majlis rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina akan diadakan di Miri akhir minggu depan.

“Kali ini Perdana Menteri akan membuat perjumpaan bersama semua anggota DUN dari komponen BN di Sarawak dan ia pastinya akan membincangkan beberapa perkara termasuk hal berkaitan persiapan pilihan raya negeri,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian mesyuarat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) cawangan Kuching di sini hari ini.

Dipetik Bernama, Fatimah yang juga Timbalan Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata perjumpaan bersama perdana menteri itu akan diadakan secara berperingkat mengikut kumpulan kecil sepertimana perjumpaan bersama anggota Parlimen BN baru-baru ini.

Ketika ini Sarawak mempunyai 63 ADUN yang mewakili BN iaitu PBB (35 kerusi), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (12 kerusi) manakala Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) masing-masing memiliki lapan kerusi daripada 71 kerusi DUN yang ada.

Anwar a terrorist? — Othman Wahab

JAN 28 — Anwar Ibrahim certainly is everything to everybody. A serial sodomiser, a chameleon-style politician, a sellout of Malay rights, a US stooge and now it appears a recipient of funds from some shady people.

The timing of the CNN report is suspicious but the tone and content stinks like a stitch-up job.

It is a strange, strange story with an introduction having Najib Razak complaining to the Saudi government about Anwar Ibrahim’s source of funding and then both Malaysian politicians disappearing from the article.

Then the CNN report talks about how the Saudis then investigated this complaint and wallah! they learn about how suspicious charities and groups like Muslim Brotherhood are funnelling money to politicians and others around the world.

In short, dubious money is buying support around the world. It is simply incredible that the country which gave us the 9/11 hijackers only decided to learn about terrorist funding after a comment by Najib.

If the Saudis are that lax, the House of Saud must be a joke.

The intention of the article or the promoters of the report was to hope that the readers would read in between the lines and reach some conclusion that Anwar has received funding from terrorist organisations.

The Malaysian Insider, in its aim to be the first to publish this story, took this bait hook, line and sinker.

In such a game, the report will be seized upon by government agencies to launch an investigation.

Hishammuddin Hussein has played the part well and now wants the Special Branch to investigate these so-called links. So the pantomime continues and CNN has advertently or inadvertently become a tool.

If the Saudis or others have solid evidence linking Anwar to bad money, wonder why CNN did not put it down. Is it because there wasn’t any evidence? Or is it because it is more damaging to sink someone with speculation?

Looks like Anwar has some serious enemies in Saudi Arabia or maybe some of his friends have turned.

* Othman Wahab reads The Malaysian Insider.

* This is the personal opinion of the writer or publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified.

Rais Yatim Lebih Islamik Dari TG Nik Aziz?

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim menegaskan pelakuan seperti Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan mereka yang tidak mengundi PAS sebagai orang jahiliah hanya dilakukan ketika zaman jahiliah.

Beliau berkata Mursyidul Am PAS itu tiada hak untuk menentukan siapa yang masuk syurga atau neraka, jauh sekali melabelkan mengundi yang memilih parti lain selain PAS sebagai orang jahiliah.

"Ini adalah kata-kata yang tidak wajar dikeluarkan oleh seorang Mursyidul Am dan saya percaya ramai di dalam PAS tidak setuju dengan pandangan beliau. Menteri Besar itu akhir-akhir ini sudah jadi pengeluar fatwa sendiri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Karangkraf 2011 di Shah Alam hari ini.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dikatakan mengeluarkan perkataan jahiliah itu pada sidang media di Kampung Redong di Labis dua hari lalu, semasa berkempen dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

Sehubungan itu, Rais berkata sudah sampai masanya orang Melayu dan Islam khususnya menilai Mursyidul Am PAS itu dengan sebaiknya dan tidak lagi diperlekehkan oleh beliau.

"Sekarang, setiap yang bernama Melayu dan Islam harus kerjakan sesuatu yang lebih dalam iaitu memahami agama kita dan tolong cari dalam al-Quran atau Hadis bahawa seseorang yang tidak memilih partinya (PAS) dia langsung menjadi seorang yang jahil atau tidak".

Rais berharap pengundi di Tenang tidak terperdaya dan membiarkan diri mereka diperkotak-katikkan dengan kenyataan Nik Abdul Aziz itu.

- Bernama

Suruhanjaya siasatan Teoh perlu sedia laporan 25 April

Oleh Shazwan Mustafa Kamal


KUALA LUMPUR, 29 Jan — Suruhanjaya Siasatan yang dibentuk berhubung kematian Teoh Beng Hock perlu menyelesaikan siasatan dan menyerahkan laporannya menjelang 25 April ini, kata pengerusinya Tan Sri James Foong hari ini.

Beliau berkata laporan itu akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Suruhanjaya itu diadakan ekoran keputusan terbuka yang diumumkan oleh koroner inkues yang menyiasat kematian Teoh lebih setahun.

Tenang: PAS masih optimis, harapkan keajaiban esok

Oleh Syed Mu'az Syed Putra


LABIS, 29 Jan — Walaupun ramai yakin Barisan Nasional (BN) dengan keseluruhan jenteranya hampir pasti mempertahankan kerusi DUN Tenang esok, namun PAS masih optimis akan berlaku “keajaiban” yang akan memihak kepada calon mereka Normala Sudirman.

Pengarah Pilihan Raya PAS DUN Tenang Salahuddin Ayub berkata, jentera parti komponen Pakatan Rakyat telah bergerak ke tahap paling maksimum sepanjang kempen pilihan raya kecil kawasan itu.

Kempen berakhir tengah malam ini. Pengundian bermula 8 pagi esok.

Beliau juga mengakui menghadapi masalah untuk mendekati pengundi Melayu terutama di kawasan Felda yang merupakan kubu kuat BN.

“Kita dah bergerak ke tahap paling maksimum, kita dah kerahkan kekuatan untuk pastikan segala maklumat dapat disalurkan seperti yang diharapkan.

“Saya akui kita menghadapi saingan yang hebat di kawasan peti-peti undi Melayu tapi kita akan terus ke garisan penamat.

“Walaupun sekarang kita tumpu kepada pengundi Melayu, namun kita tak tinggalkan pengundi bukan Melayu yang kita serahkan kepada PKR dan DAP,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Dengan menyasarkan hanya 75 peratus pemilih yang akan keluar mengundi esok, Salahuddin yang juga Naib Presiden PAS berkata, Pakatan Rakyat berharap pengundi Melayu akan memihak kepada Normala.

Kerusi DUN Tenang menjadi saingan Normala dan calon Umno-BN Mohd Azhar Ibrahim.

“Kita hanya sasarkan lima hingga tujuh peratus undi Melayu termasuk kawasan Felda. Kita realistik, dulu pada 2008 kita dapat 28 peratus undi Melayu dan sekarang kita sasarkan antara 35 peratus hingga 40 peratus sahaja.

“Bagi pengundi Cina, kita sasarkan antara 75 peratus hingga 80 peratus akan memihak kepada kita manakala pengundi India hanya 50 peratus sahaja.

“Kita boleh menang walaupun majoriti kecil, kita harap akan berlaku sentuhan dan keajaiban esok,” katanya.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu menambah, dengan kempen yang dilakukan Pakatan Rakyat, tidak mustahil sekiranya Normala akan memenangi pilihan raya kecil kawasan itu.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau mahu BN mempertahankan DUN Tenang dengan majoriti lebih 5,000 undi pada pilihan raya kecil itu.

Kerusi DUN Tenang mempunyai 14,735 pemilih berdaftar termasuk 18 pemilih pos.

Pilihan raya kecil ke-14 ini diadakan bagi mengisi kekosongan berikutan kematian penyandang Datuk Sulaiman Taha, wakil rakyat Umno-BN, 17 Disember lepas.

Allahyarham Sulaiman mempertahankan kerusi DUN Tenang pada pilihan raya umum ke-12 dengan menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran, dengan majoriti 2,492 undi.

Tarik subsidi tol, tambang bas akan naik

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 29 Jan: PAS mendesak kerajaan mengkaji tindakan menarik semula pemberian subsidi tol sebanyak 50 peratus kepada pengusaha bas bermula 15 Januari lalu.

Ketua Penerangannya, Idris Ahmad berkata, PAS membantah tindakan itu kerana ia akan menyebabkan pengusaha bas menaikkan tambang kepada pengguna.

Kenaikan tambang ini seterusnya akan menambahkan kesusahan rakyat yang sedia terbeban dengan kenaikan harga barang keperluan asas.

"Akibatnya pengusaha bas akan menaikkan tambang, ini akan membebankan rakyat bawahan yang memang sedia terbeban dengan kesempitan kewangan angkara rasuah, boros dan tidak berhemah oleh pemimpin BN.

"PAS mendesak kerajaan mengkaji balik tindakan menarik semula diskaun tol kerana kepentingan rakyat berpendapatan rendah. Rakyat baru sahaja menerima bahana kenaikan tambang bas sebanyak 30 peratus kerana kenaikan harga minyak. Berapa peratus pula rakyat perlu bayar tambang dengan penarikan diskaun tol nanti?" soalnya.

Menurut Idris juga, PAS tidak mahu isu kenaikan tambang bas dijadikan alasan oleh kerajaan untuk menyalahkan pengusaha bas sedangkan mereka yang bersalah.

"Padahal mereka terpaksa berbuat demikian kerana kos meningkat. PAS yakin kerajaan terpaksa menarik balik diskaun tol kerana kerajaan sudah tidak ada wang, cuma berlagak macam orang kaya," katanya.

Kerajaan menarik balik potongan kadar tol sebanyak 50 peratus itu yang mula diberikan kepada pengusaha bas sejak 15 September 2008 sebagai usaha membantu mereka yang terjejas berikutan peningkatan bahan api di pasaran ketika itu.

Insentif itu juga bagi mengelakkan pengusaha bas menaikkan kadar tambang sehingga menjejaskan pengguna pengangkutan awam itu, terutama bagi perjalanan jarak jauh yang kadar tolnya agak tinggi.

SPR: Pengundi Tenang perlu keluar pagi elak hujan lebat

LABIS, 29 Jan — Penduduk di kawasan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang diseru menunaikan tanggungjawab mereka pada sebelah pagi bagi mengelak hujan lebat yang dijangka berlaku petang esok.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata Jabatan Meteorologi meramalkan cuaca pagi esok mendung manakala hujan lebat pada sebelah petang.

“Kita mahu pengundi turun mengundi di sebelah pagi... jangan tangguh-tangguh,” katanya kepada pemberita selepas melawat dan memberi amanat kepada petugas SPR di Dewan Serba Guna Majlis Daerah Labis hari ini.

Abdul Aziz berkata semua 12 pusat yang mempunyai 32 saluran mengundi adalah selamat daripada kemungkinan dilanda banjir kerana terletak di tempat tinggi.

Bagaimanapun, beliau berkata banjir dikhuatiri berlaku di sebatang jalan sepanjang tiga kilometer menuju ke pusat mengundi Kampung Sawah Baru, iaitu Sekolah Kebangsaan Sawah Baru, kerana terletak di kawasan rendah dan mudah ditenggelami air.

“Pengundi tidak perlu risau kerana SPR telah mengadakan persiapan yang rapi dengan kerjasama pelbagai agensi seperti Jabatan Pertahanan Awam, Bomba dan polis bagi menyediakan kemudahan pengangkutan untuk membawa pengundi ke pusat tersebut,” katanya.

Beliau berkata jentera pilihan raya parti yang bertanding turut menyediakan pengangkutan bagi penyokong masing-masing.

Pusat mengundi akan dibuka pada 8 pagi dan ditutup 5 petang, manakala pengiraan undi dijangka siap pukul 6 petang.

Kesemua kotak undi dijangka tiba di pusat penjumlahan di Dewan Serba Guna Majlis Daerah Labis pada 6.45 petang, dan keputusan awal boleh diketahui sekitar 7.30 malam.

Keputusan pilihan raya kecil yang menyaksikan pertandingan antara calon Barisan Nasional Mohd Azahar Ibrahim, 39, dan calon PAS Normala Sudirman, 38, dijangka diumumkan pada 8 malam. — Bernama

Perubahan wajah MCA dan wajah sebenar DAP

Ahmad Tajdid

RAMAI penganalisis politik menyifatkan keputusan pilihan raya kecil (PRK) Dun Tenang mempunyai signifikan tertentu dalam episod terkini politik tanah air. Ia menjadi penanda aras bagi BN mengukur kestabilan pengaruh di kawasan kebal yang dikuasainya khususnya negeri Johor. Di masa yang sama, Dun Tenang juga menguji kemampuan Pakatan Rakyat untuk menembusi kubu Umno dan BN yang telah berakar sejak lebih 50 tahun lalu.

Satu lagi aspek penting yang patut dilihat adalah perubahan ' rupa dan pendekatan' parti-parti dominan Cina dalam meraih sokongan masyarakat Tionghua dalam suasana real politik yang ada.

Aspek paling ketara dilihat sepanjang PRK Dun Tenang adalah perubahan pada rupa, wajah dan pendekatan MCA dalam memperdagangkan isu ketika berkempen. Di masa yang sama, komitmen tinggi yang ditunjukkan para pemimpin DAP dalam membantu calon PAS juga berjalan seiring dengan wajah dan pendekatan parti itu yang begitu kontradik dengan persepsi dan tanggapan majoriti masyarakat Melayu negara ini; khususnya yang mempunyai kecenderungan politik terhadap Umno dan BN.

MCA yang dikenali sebagai parti kerabat BN yang moderat, moden dan toleran dengan realiti masyarakat majmuk di negara ini tiba-tiba muncul sebagai sebuah parti 'ekstremis sekular' yang tidak langsung mahu menghormati adab, tatasusila dan ajaran agama (dalam konteks ini Islam sebagai agama rasmi negara). Ini dapat dilihat daripada isu bersalam calon PAS dengan pengundi lelaki, usaha menakut-nakutkan kaum Tionghua dengan konsep negara Islam dan momokan terhadap hukum syariah khususnya hudud pada kelompok pengundi yang sama.

Malah anak Presiden MCA yang mewarisi kerusi parlimen Labis daripada ayahnya, pergi lebih jauh dengan berbohong kononnya calon PAS, Normala Sudirman mempersoalkan tindakan seorang peniaga Cina yang menjual arak di kedai kopi yang diusahakannya. Chua Tee Yong @ Chua Jr bagaimanapun gagal memberikan sebarang bukti terhadap dakwaannya itu apabila dicabar PAS. Malah berdolak-dalih kepada media apabila diminta mendedahkan perkara sebenar.

Tindakan Chua Jr ini dilihat tidak menggambarkan keberanian yang dimiliki ayahnya, Dr Chua Soi Lek yang mengaku sebagai lelaki yang dirakam melakukan hubungan seks dengan seorang wanita di sebuah hotel di Segamat. Keberanian Chua diiktiraf anggota MCA sehingga menobatkan beliau sekali lagi sebagai presiden parti setelah melepaskan jawatan dalam parti dan kerajaan ekoran skandal yang menjijikkan itu.

Sebelum kontroversi dicetuskan Chua Jr, ayahnya sendiri Chua Soi Lek memulakan kempen serangan peribadi terhadap calon PAS apabila mempersoalkan tindakan Normala yang memakai sarung tangan apabila bersalaman dengan pengundi lelaki.

"(Normala) memakai sarung tangan ketika berjabat tangan. Jika anda boleh menerima nilai Islam sebegini, undilah PAS," katanya.

Keceluparan Soi Lek ini disambut beberapa pemimpin utama MCA dan Gerakan seperti Naib Presiden MCA, Ng Yen Yen, Chua Jr, Fong Chan Onn dan Ketua Wanita Gerakan, Tan Lian Hoe.

Yen Yen dilaporkan berkata, "... mengapakah (Normala) membesar-besarkan isu berjabat tangan dengan pengundi lelaki?"

Chua Jr dalam laman Twitternya menyebut, "Normala memakai sarung tangan dan pembantunya sedang berjabat tangan bagi pihaknya. Sudah pasti dia akan mendakwa faktor kesihatan atau pun sebab peribadi."

Chan Onn menyindir melalui Twitter, "Apa akan berlaku jika (Normala) nampak seorang lelaki dilanggar kereta. Adakah dia akan membantu?" dan menambah, "Tidak bersalam adalah langkah pertama ke arah pengasingan jantina. Selepas itu lelaki dan perempuan tidak dibenarkan berada dalam dewan yang sama..."

Lian Hoe pula berkata, "Bukan saja lelaki, tetapi dia juga memakai sarung tangan apabila berjabat tangan dengan perempuan. Ini tidak peramah, seolah-olah dia menganggap tangan kami ini kotor."

Kenyataan-kenyataan tidak beradab pemimpin MCA dan Gerakan ini sebaliknya mendapat kecaman daripada para pemimpin DAP. Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok dalam kenyataan medianya 'mengutuk keras' tindakan pemimpin MCA dan Gerakan itu dan menyifatkan mereka sebagai 'ekstremis'.

"Cemuhan pemimpin-pemimpin MCA dan Gerakan (terhadap Normala) membuktikan bahawa mereka tidak dapat menerima pengamalan agama yang berbeza daripada agama mereka sendiri. Mereka berkeras memaksa Normala untuk mengaibkan pegangan agamanya. Tindakan mereka seakan-akan memaksa seseorang 'vegetarian' untuk memakan daging.

"Hakikatnya, pemimpin-pemimpin MCA dan Gerakan ini merupakan ekstremis tersendiri. Segala sokongan mereka terhadap konsep 1Malaysia merupakan wayang semata-mata demi memelihara kepentingan politik mereka."

Menurut Teresa, sekiranya pemimpin MCA dan Gerakan benar-benar ikhlas mendokong konsep 1Malaysia, sudah pasti mereka memahami bahawa amalan agama adalah pilihan peribadi setiap orang dan tidak mengeluarkan kenyataan-kenyataan berunsur penghinaan.

Sentimen Teresa dikongsi bersama seluruh pemimpin DAP. Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng ketika berceramah di Dun Tenang menyifatkan tindakan MCA memomok-momok masyarakat Tionghua dengan isu bersalaman, negara Islam dan hudud bertujuan menghalang mereka (masyarakat Tionghua) daripada memahami Islam.

Pelbagai pihak khususnya badan NGO Islam mengecam kempen tidak beretika MCA ini. Umno yang pada mulanya berdiam diri terhadap tindakan menghina Islam para anggota kerabat BNnya akhirnya terpaksa 'memujuk' MCA supaya tidak lagi memainkan isu itu. Langkah itu dibuat setelah menyedari isu bersalaman calon PAS tidak mendatangkan kesan kepada pengundi Tionghua malah merugikan BN.

Semangat setiakawan yang ditunjukkan DAP dalam pilihan raya kecil Tenang perlu dijadikan renungan para pengundi Melayu. Mereka sewajarnya mengetepikan sentimen dan kecurigaan terhadap DAP yang selama ini dimomokkan sebagai parti ekstremis Cina, anti-Melayu dan anti-Islam. Sentimen dan kecurigaan ini berjaya ditanam Umno sejak sekian lama sehingga sisi positif kehadiran DAP (sebagai sebuah parti pelbagai kaum dan agama) dalam politik negara tidak langsung dilihat.

PRK Dun Tenang berjaya memperlihatkan kita real politik tanah air masa kini. Ia memperlihatkan transformasi MCA daripada sebuah parti kaum Cina yang dianggap moderat, moden dan toleran kepada sebuah parti perkauman yang ekstrem dan anti-Islam.

Sebaliknya DAP yang selama ini dimomok-momokkan Umno sebagai parti chauvinis Cina, anti-Melayu dan anti-Islam berjaya menonjolkan imej yang moderat, mesra Islam dan reseptif dengan realiti kewujudan Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum dan agama.

Sudah sampai masanya untuk rakyat Malaysia khususnya di Dun Tenang melakukan perubahan bagi masa depan negara dan generasi akan datang.

HUAN!!!

BERUBAH!!!

BN gagal capai majoriti sasaran - ILHAM Center

Harakahdaily

LABIS, 29 Jan: Keputusan pilihanraya kecil Dun N05 Tenang yang dijadualkan berlangsung esok dijangka akan memihak kepada calon Barisan Nasional, Mohd Azahar Ibrahim namun hasrat parti itu untuk meraih majoriti melebihi 5 ribu undi tidak kesampaian.

Laporan survey badan penyelidikan bebas ILHAM Centre yang dikeluarkan pagi ini menunjukkan calon BN mendahului PAS dengan majoriti sekitar 3 ribu undi di mana BN dijangka memperolehi sekitar enam ( 6) ke tujuh (7) ribu manakala PAS, empat (4) ribu undi. Berdasarkan hasil dapatan silang kaum dengan soalan parti mana dijangka menang, BN dijangka memperolehi 73.1 peratus undi Melayu, Cina (48.6 peratus), India (50 peratus) dan Kaum lain (75 peratus).

Dapatan Kajian Sikap dan Kecenderungan Pengundi dalam Pilihan Raya Kecil N5 Tenang

ILHAM Centre merupakan firma penyelidikan bebas, telah melakukan satu kajian sempena Pilihan Raya Kecil Ke 14 yang kini berlangsung di N5 DUN Tenang,Johor. Pihak ILHAM Centre memulakan kajian pada 26 hingga 28 Januari 2011 lepas untuk melihat perspektif pengundi terhadap parti, calon dan kecenderungan pengundian mereka.

Tinjauan selama 2 hari secara komprehensif ini dilakukan di sebuah daerah mengundi dengan menemubual pengundi berdaftar secara bersemuka di 10 daerah mengundi daripada 13 daerah mengundi yang ada dalam DUN ini. Responden yang berjaya dinilai sebagai “sample” kajian ini seramai 549 orang yang terdiri daripada semua komposisi kaum, peringkat umur dan pekerjaan.

Populariti parti mengatasi kekuatan calon

Berdasarkan hasil dapatan kajian ILHAM Centre, faktor utama responden memberi undi adalah berasaskan parti berbanding faktor calon dan isu yang dimainkan. Faktor parti di wakili 62.5% daripada keseluruhan responden.

Jika dilihat kepada kekuatan calon, kedua-dua parti dilihat mempunyai kelebihan masing-masing. Namun calon BN, Mohd Azhar Ibrahim atau lebih dikenali sebagai “Tok Ai” mendapat 91.4 % dikenali oleh pengundi. Manalaka Normala Sudirman atau Cikgu Mala menadapat 79.6 % popularity di kalangan responden.

Isu serangan kepada Normala tidak memberi kesan kepada pengundi

Antara isu serangan kepada peribadi calon PAS, Normala Sudirman mengenai memakai sarung tangan bila berjabat tangan dengan pengundi lelaki tidak memberikan kesan kepada responden sebagai isu yang kuat. Begitu juga isu lainnya seperti penyelewengan tanah, suami Cikgu Mala sakit dan sebagainya tidak cukup untuk mempengaruhi pola pengundian di sini.

Jentera PAS masih gagal menembusi kubu kuat Umno di perkampungan tradisi dan FELDA

Merujuk kepada dapatan kajian juga, jentera PAS di Tenang kali ini cukup agresif dalam siri-siri kempen dan ziarah rumah ke rumah. Dengan menyasarkan undi wanita dan kakitangan kerajaan terutama nya guru, tema Cikgu Mala dilihat signifikan dalam strategi kempen PAS. Namun, berdasarkan maklum balas responden di perkampungan tradisi sekitar Kampung Tenang, Pekan Ayer Panas, Kg Redong, tidak berlaku anjakan ketara paten sokongan di sana.

Jentera PAS/PR juga dilihat belum mempunyai kekuatan untuk mengubah pendirian politik golongan peneroka FELDA, namun terdapat sedikit sinar harapan terutama generasi kedua FELDA yang mempunyai pendirian politik rasional untuk memilih Pakatan Rakyat.

Jentera Pakatan Rakyat belum dapat meyakinkan pengundi

Di kawasan bandar Labis dan beberapa lokaliti majoriti pengundi Cina, ILHAM Centre dapati, tahap sokongan pengundi Cina kepada PAS tidak berlaku sokongan ketara walaupun terdapat protes senyap di kalangan pengundi Cina. Ini dapat dilihat dengan ketiadaan bendera BN di kawasan kediaman pengundi Cina berbanding perkampungan Melayu.

Pengundi Cina juga dilihat kurang berkeyakinan dengan Pakatan Rakyat kerana jentera dilihat tidak bersepadu sepertimana jentera Barisan Nasional. Kesannya, Pakatan Rakyat mungkin tidak mendapat sokongan daripada pengundi Cina sepertimana yang diharapkan.

Di kalangan pengundi Melayu pula, rupabentuk kerjasama Pakatan Rakyat masih kabur di kalangan kebanyakan pengundi. Di samping kejayaan media BN memanipulasi beberapa isu berkaitan perkara ini, pergerakan kempen calon PAS turut tidak meyakinkan pengundi. Pergerakan rumah ke rumah Cikgu Mala misalnya tidak disertai tokoh-tokoh lain selain pemimpin-pemimpin PAS.

Kesimpulan

ILHAM Centre membuat bacaan berdasarkan dapatan kajian ini bahawa calon BN, Mohd Azahar Ibrahim akan memenangi kerusi DUN N5 Tenang ini menewaskan calon PAS, Normala Sudirman dengan berlaku peningkatan sokongan pengundi dan majoriti berbanding keputusan Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu. Jentera PAS perlu menampilkan imej gabungan Pakatan Rakyat yang sebenar sebagai gabungan utama berdepan dengan jentera Barisan Nasional jika mahu menang dalam siri pilihan raya akan datang.

Latarbelakang ILHAM Centre

ILHAM Centre ditubuhkan pada 2006 sebagai sebuah firma penyelidikan bebas yang menumpukan pengkhususan dalam kajian lapangan. Fokus dan tumpuan penyelidikan berasaskan kajian lapangan mengambil kira pendekatan sepertimana kaedah penyelidikan akademik di peringkat pengajian tinggi. Penyelidikan pandangan awam yang dilakukan menerusi kaji selidik lapangan dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan kemasyarakatan dan kajian dasar.

ILHAM Centre dibarisi oleh para pengkaji sosial yang mempunyai kepakaran di dalam bidang sains politik, politik antarabangsa, geografi poliitik, ekonomi dan kewangan, sains kemasyarakatan dan juga kajian dasar.

ILHAM Centre yakin bahawa sebuah negara yang maju harus didukungi dengan fakta dan statistik. Usaha ini juga bagi meletakkan harapan untuk menyumbangkan kepakaran untuk mengangkat tamadun Malaysia yang didasari dengan penggubalan dasar berdasarkan suara rakyat terbanyak.

Akankah Tunisia Menjadi Keping Domino yang Pertama?

Oleh Anwar Ibrahim

Awal bulan ini, warga Tunisia telah berjaya menyingkirkan presiden mereka menerusi satu revolusi popular yang pertama dalam sejarah moden negara-negara Arab. Kepantasan revolusi ini merebak semestinya memberikan isyarat jelas kepada negara-negara Muslim lain yang masih lagi tegar mempertahankan kerajaan otokratik dan diktator.

Jangka hayat panjang rejim sebegini dijamin menerusi keupayaannya dalam menekan suara-suara bantahan dengan jentera-jentera kerajaan yang dikawal, terutamanya institusi ketenteraan. Apa yang berlaku di Tunisia menzahirkan bahawa bila mana salah satu jentera kerajaan tidak berfungsi – seperti yang berlaku kepada pihak tentera ketika mereka gagal bergerak secara efektif – jentera-jentera lain seperti media dan kehakiman akan turut gagal berfungsi.

Apakah ini merupakan detik seperti runtuhnya Tembok Berlin bagi warga Timur Tengah? Apakah negara-negara Arab lain yang mengguna pakai modus operandi yang sama dalam amalan penindasan politik bakal ditumbangkan juga?

Pada tahun 2005, dalam satu ucapan di Forum Dunia Amerika Syarikat (AS) – Islam di Doha, saya mengungkapkan bahawa pendemokrasian bakal muncul di Timur Tengah jauh lebih awal dari yang diramalkan, dan saya mengkritik dasar luar AS dengan menyifatkannya sebagai “dasar talam dua muka.” Ketika pentadbiran Bush mendukung kebebasan dalam melancarkan perang melawan keganasan, AS tetap teguh bersekutu dengan negara-negara yang secara terang-terangan mengamalkan dasar penindasan untuk mengekang masyarakat awam dan menggagalkan demokrasi.

Di bawah pentadbiran Obama, dasar talam dua muka ini masih lagi wujud. Walaupun dalam ucapan bersejarahnya di Kaherah di mana beliau secara khusus memuji wakil kerajaan, pentadbiran Rumah Putih masih terus bekerjasama dengan pelbagai otokrat dari Timur Tengah. Dari perspektif para demokrat di rantau itu, dasar talam dua muka AS ini adalah disebabkan pendemokrasian akan mengakibatkan wujudnya kerajaan yang kurang cenderung menyokong agenda dan tuntutan AS terutamanya pentadbiran yang disifatkan Islamik oleh AS.

Merujuk kepada Tunisia, adalah mustahil Zine el Abidine Ben Ali mampu kekal menerajui negara selama 25 tahun tanpa dukungan dari Amerika. Kenyataan bahawa rejim kleptokratik pimpinan beliau akhirnya tumbang merupakan peringatan keras bahawa sesebuah kerajaan yang ditegakkan melalui penindasan ke atas rakyat takkan bertahan lama. Kita telah menyaksikannya di Iran pada tahun 1979 menerusi kejatuhan dramatik Shah, dan juga pada tahun 1998 ketika rakyat Indonesia mengecap nikmat demokrasi secara aman setelah hampir tiga dekad ditadbir di bawah kepimpinan tentera.

Masalah yang menghantui dunia Arab tetap mengejutkan: monopoli kekayaan dan kuasa oleh segelintir elit politik, kemerosotan infrastruktur, sistem pendidikan yang jumud, kepincangan dalam perkhidmatan kesihatan serta bebanan pendapatan dalam menghadapi kenaikan harga barang dan kos hidup. Rasuah dan nepotisme menjadi raja di sebalik tiadanya kebertanggungjawaban dan ketelusan.

Sememangnya semua ciri tersebut merupakan acuan terbaik sebuah pergolakan politik: peminggiran politik dan ekonomi ke atas rakyat serta perompakan kekayaan negara oleh elit pemerintah. Ianya merupakan satu realiti yang tidak dapat disucikan oleh propaganda – kerana rakyat boleh menyaksikannya di YouTube dan Facebook – walaupun dicuba dengan pelbagai kaedah oleh pemerintah. Pastinya, tiada seorang pun pemimpin Arab yang akan mengakui kebejatan ini, sebaliknya akan menzahirkan kewarakan dan menabur janji untuk terus memperbaiki tahap ekonomi rakyat.

Adalah sesuatu yang bodoh bagi kerajaan di rantau itu sekiranya menganggap bahawa apa yang berlaku di Tunisia ini sebagai kes terpencil. Permasalahan ekonomi dan politik yang mencetuskan revolusi merupakan sesuatu yang luar biasa terhadap negara tersebut. Seseorang hanya perlu berjalan di sepanjang kaki lima di Kaherah dan Karachi, atau merayau-rayau di pekan-pekan terpencil di Algeria dan Afghanistan untuk melihat bagaimana sengsaranya kemiskinan dan penindasan sehingga mampu memusnahkan martabat diri seseorang.

Pemerintah otokratik yang telah terbiasa dengan kedaulatan mutlak barangkali akan mengubah fikiran mereka. Kebangkitan di Tunisia didorong oleh hasrat untuk mencapai kebebasan dan keadilan, dan bukan kerana ideologi tertentu. Faktor keganasan Islam, yang sering dijadikan kambing hitam oleh para diktator di Timur Tengah untuk menghalalkan kezaliman mereka, perlu dipertimbangkan semula atau dibakulsampahkan terus. AS juga harus mengambil pengajaran tentang mitos bahawa diktator yang sekular merupakan taruhan terbaik dalam melawan golongan Islamis. Revolusi, sama ada yang bersifat sekular atau keagamaan lahir dari keinginan sejagat untuk memartabatkan hak. Persamaan di antara revolusi di Iran dan pergolakan di Tunisia adalah kebangkitan rakyat yang telah sekian lama menderita di bawah pemerintahan yang menindas.

Apakah revolusi di Tunisia ini mampu menjana kebangkitan warga Arab dan mengubahnya kepada pembebasan Timur Tengah? Tatkala Tunisia bergerak ke dalam kelompok negara-negara Timur Tengah yang memartabatkan demokrasi seiring dengan negara seperti Turki, namun untuk kebanyakan negara Islam lain, demokrasi masih lagi merupakan sesuatu yang sukar dikecap. Pakatan pembangkang di negara-negara seperti Mesir kini sudah menemui harapan baru menerusi perkembangan yang berlaku di Tunisia. Bantahan-bantahan di Kaherah dan di wilayah-wilayah sekitarnya telah mengubah tanggapan yang selama ini menganggap bahawa bangsa Arab dan umat Islam bersifat pasif dalam politik dan senantiasa cenderung terhadap otoritarianisme. Namun, apakah mereka akan diberi peluang yang adil? Rakyat Palestin pernah memilih pemimpin mereka menerusi pilihan raya namun kuasa Barat telah campurtangan dan mengubah peraturan pilihan raya tersebut.

Kenyataan asasnya adalah jelas iaitu AS mesti menghentikan sokongan terhadap pemimpin-pemimpin diktator dan kuku besi sama ada di Timur Tengah, Pakistan atau di Asia Tenggara. Apa yang berlaku di Tunisia sewajarnya diamati sebagai fajar baru bagi demokrasi di dunia Arab dan Islam.

*Diterjemahkan oleh Najwan Halimi dari artikel berjudul “Will Tunisia Be the First Domino?” tulisan Anwar Ibrahim yang diterbitkan di laman The Wall Street Journal pada 26 Januari 2011*

Cikgu Mala berkarisma, lebih bertanggungjawab

Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 29 Jan: Calon BN bagi pilihan raya kecil Dun Tenang, Mohd Azahar Ibrahim sehingga hari ini masih lagi gagal menjawab dakwaan terhadap beliau yang melelong tanah penduduk semasa menjadi Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat.

Oleh itu, beliau tentunya dilihat oleh orang ramai bukanlah sebagai seorang yang layak dipilih dalam pilihan raya Dun Tenang 30 Januari ini kerana tidak selayaknya menjadi pemimpin.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, sekiranya calon BN itu tidak bersalah, beliau pasti sudah dapat menjawab dakwaan terhadapnya itu, tetapi sehingga kini beliau tetap gagal menjawabnya.

Menurut beliau, sebaliknya, semua kenyataan yang dibuat oleh calon BN itu berhubung dakwaan tersebut bukanlah jawapannya, sebaliknya jauh menyimpang dari jawapan dan realiti sebenar.

"Keadaan itu amat jauh bezanya dengan calon PAS, Cikgu Normala Sudirman yang sememangnya diketahui umum sebagai seorang yang baik, berkarisma dan bertanggungjawab.

"Keistimewaan Cikgu Normala itu bukan hanya pada mata saya, tetapi turut diakui oleh penduduk di kawasan Tenang sendiri dan mereka yang mengenalinya," katanya ketika ditemui di sini.

Selain itu, keistimewaan Cikgu Normala juga, katanya, boleh dilihat dengan jelas oleh orang ramai apabila beliau pernah dianugerahkan dengan anugerah guru cemerlang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sendiri sewaktu beliau menjadi guru dulu.

Mohd Azahar sewaktu menjadi ADO didakwa dengan cuai telah melelong tanah seseorang secara tidak sah dan tidak mengikut prosedur.

Semua kesalahannya itu sudah terbukti apabila keputusan Mahkamah Tinggi Muar pada tahun 2008 sudah pun mengarahkan tanah tersebut dipulangkan kepada pemilik asalnya, Mansor Mohamad bersama kosnya.

Azahar akan dibicarakan di dalam satu tuntutan saman di mahkamah oleh pembeli tanah Mansor melalui lelongan tersebut iaitu Norhana Mohd Ali yang mendakwa terpedaya oleh Azahar, sehingga menyebabkan beliau membeli tanah Mansor secara lelongan yang disyaki palsu dan tidak sah itu.

Menurut Nurul Izzah, kes yang dihadapi oleh Azahar itu tidak mampu disembunyikan oleh beliau kepada orang ramai terutama kepada penduduk di kawasan Tenang, sehingga menyebabkan semakin ramai orang yang semakin hilang keyakinan terhadapnya.

"Ini amat berbeza dengan Cikgu Normala yang sememangnya semakin mendapat tempat di hati para pengundi di kawasan itu.

"Buktinya, semasa saya pergi ke Tenang Selasa dan Rabu lalu dan mengadakan ceramah di kawasan felda, ramai penduduk di kawasan itu yang hadir.

"Jumlah kehadiran mereka ratusan orang. Ini amat jauh bezanya ketika saya mengadakan ceramah di kawasan felda lain termasuk di kawasan Felda Suharto," jelasnya yang juga Naib Presiden PKR.

Kehadiran dengan jumlah itu di kawasan felda, menurut beliau, merupakan satu jumlah yang besar.

Ini jelas membuktikan Cikgu Normala dari PAS yang mewakili Pakatan Rakyat pada pilihanraya itu semakin diterima oleh orang ramai, setelah didedahkan kepada orang ramai tentang keistimewaannya oleh para pemimpin dan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat.

Sehubungan itu, beliau yakin Normala mempunyai harapan besar untuk menang dalam pilihanraya itu, memandangkan para pengundi di kawasan itu sendiri ternyata amat senang kepadanya.

Namun, beliau turut kesal kerana Umno atau BN terus menggunakan politik kotor dalam kempen mereka di Tenang, termasuk menggunakan politik mengugut para pengundi dengan ugutan yang bukan-bukan agar mereka tidak menyokong calon PAS.

Ribuan sertai ceramah perdana terakhir

http://www.harakahdaily.net/v2/images/stories/akhir_mala.jpg

Gambar oleh Wan Zahari

LABIS, 29 Jan: Ribuan penyokong menyertai ceramah perdana yang diadakan oleh PAS dan Pakatan Rakyat di Dataran Cikgu Mala sempena ceramah penutup kempen utama mereka di Tenang malam tadi.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng menyertai majlis itu yang turut disertai oleh para pemimpin kanan dari parti dalam komponen Pakatan Rakyat.

Kawasan tanah lapang yang disewa oleh PAS berhadapan dengan Dataran Wayang Pacak mereka telah diberikan nama jolokan iaitu Dataran Cikgu Mala sempena dengan nama calon PAS untuk pilihan raya kecil Tenang.

Kehadiran begitu ramai ini memberikan gambaran sokongan kepada Pakatan Rakyat. Kalau tidak semua mereka adalah penduduk tempatan, kesanggupan mereka datang membayangkan sokongan untuk Pakatan dari seluruh negara walaupun dimomokkan dengan pelbagai isu oleh media BN.

Berikut adalah gambar-gambar yang dirakamkan oleh jurukamera Harakah, Wan Zahari Wan Salleh.

MP Shah Alam prihatin banjir di Padang Jawa

SHAH ALAM, 29 Jan – Penduduk Kampung Padang Jawa Petaling dan Kampung Jawa Klang, yang menghadapi kesulitan apabila pembangunan yang tidak terancang mengakibatkan bencana banjir apabila hujan lebat, mendapat perhatian Khalid Samad.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Shah Alam, mendesak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memperkemas pemantauan dan tegas mengambil tindakan terhadap pemaju hartanah yang didapati melanggar peraturan sehingga membawa kesulitan kepada pihak lain.

Isu banjir ini berpunca daripada tindakan pemaju, IRK Land menutup perparitan lama sehinggakan proses laluan air terganggu akibat pembangunan di Simpang Empat Padang Jawa.

Khalid berkata, beliau sebelum ini telah mengadakan perbincangan dengan Timbalan Datuk Bandar berhubung pemaju hartanah menutup semua sistem perparitan asal yang ada sehingga menyebabkan banjir.

“Saya mendesak pihak MBSA untuk bertindak sebelum timbulnya sebarang andaian ada perjanjian yang dirahsiakan,” katanya.

Tambahnya lagi, segala bentuk pembangunan yang ingin dilakukan perlu mengambil kira keadaan sekeliling terutamanya kawasan penempatan dan apa yang menjadi persoalannya, sikap MBSA dilihat yang seolah-olah berdiam diri tanpa sebarang tindakan.

“Dia menganggap orang di sebalik pagar dia itu adalah penduduk setinggan sedangkan penduduk di kampung itu bukanlah setinggan. Semua penduduk mempunyai geran dan selama ini mereka tidak pernah menimbulkan masalah,” katanya.

Projek pembinaan ini sudah masuk tahun kedua. Sebelum ini, penduduk tidak mengalami sebarang masalah tetapi setelah penutupan sistem perparitan semuanya menimbulkan masalah.

Sekurang-kurangnya 25 buah keluarga terlibat apabila berlakunya kejadian banjir kilat akibat pembangunan tersebut.

Pihak Ahli Majlis juga sudah berjumpa dengan pemaju berhubung masalah ini namun beliau hanya menjawab ‘tanah ini adalah tanah saya… saya boleh buat apa yang saya suka.’

Isu ini juga mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Tiga, Rodziah Ismail. Menurut wakil beliau, Naim Yusri, pihak adun sudah melakukan tinjauan berhubung masalah ini dan berpendapat Pihak MBSA perlu pengetatkan peraturan dan bertindak tegas memandangkan tindakan kompun yang dikenakan tidak memberikan kesan kepada pemaju.

“Kita mendapati laluan air sudah ditutup dan mereka berjanji membuka semula laluan longkang. Tetapi setakat ini masih belum ada tindakan daripada pihak pemaju,” katanya.

Menurut Ketua Kampung Padang Jawa Petaling, Abdul Aziz Baharan, situasi ini ternyata merumitkan penduduk.

Aduan telah diajukan kepada pihak Majlis Bandaran Shah Alam (MBSA) tetapi sehingga hari ini tiada sebarang tindakan yang dilakukan.

Abdul Aziz juga menambah, pihak MBSA sepatutnya menyelenggara parit alternatif bagi memudahkan proses pengaliran air.

Tambahnya lagi, penduduk kampung bukannya menolak pembangunan tetapi sikap pemaju yang pentingkan diri sehingga menyebabkan punca banjir mengundang rasa tudak selesa semua pihak.

N.Gobalakrishnan letak semua jawatan dalam KEADILAN

LABIS, 29 Jan - Bekas anggota Majlis Tertinggi Parti KEADILAn Rakyat (KEADILAN) yang juga anggota Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan hari ini mengumumkan peletakan semua jawatan dalam parti itu berkuatkuasa serta-merta.

Beliau membuat pengumuman itu menerusi laman sosial twitter beliau yang berbunyi: “Selamat Pagi kepada semua rakyat Malaysia. Saya dengan ini letak semua jawatan dalam parti PKR dan teruskan kerja saya melalui NGO Baru”.

Semasa dihubungi dari sini oleh Bernama dan bertanyakan sama ada pengumuman dalam twitter beliau itu adalah benar, beliau berkata: “Ya, ia adalah benar. Saya sedang mengadakan sidang media bagi mengumumkan keputusan ini.”

Keputusan beliau untuk meletakkan semua jawatan dalam parti dibuat dalam tempoh kurang sebulan selepas beliau diberikan surat tunjuk sebab kerana mengkritik parti dan pucuk pimpinan melalui surat 45 halaman dari parti bertarikh 31 Dis, 2010 melalui faksimili.

Gobalakrishnan diminta memberikan penjelasan mengenai tindakannya itu kepada KEADILAN dalam tempoh tujuh hari dari tarikh surat itu.

Bagaimanapun, Gobalakrishnan berkata, tempoh tujuh hari itu tidak adil dan tidak munasabah kerana beliau hanya mempunyai masa tiga hari untuk menjawab surat itu dan sebaliknya meminta 45 hari untuk menjawab surat itu kerana beliau perlu meneliti pelbagai dakwaan yang dilemparkan terhadapnya.

Gobalakrishnan diberikan surat tunjuk sebab itu kerana mengkritik Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa telah mengarahkan penutupan kuil Sivan di Petaling Jaya, Selangor.

PAS yakin masyarakat Cina kekal bersama Pakatan

Harakahdaily

LABIS, 29 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yakin masyarakat Cina di Dun Tenang akan bersama Paktan Rakyat pada pilihan raya kecil itu esok.

Berucap pada majlis makan malam anjuran DAP malam tadi, beliau yakin sokongan lebih besar akan diberikan kaum itu berbanding Pilihan Raya Umum lalu.

“Pada 2008, kaum Cina telah memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat. PAS dan DAP menang di kawasan Cina, harap kemenangan selepas ini lebih besar.

“Saya yakin pengundi Cina akan melakukan kerja menumbangkan Barisan Nasional untuk anak tangga menuju Putrajaya,” lapor portal The Malaysian Insider.

Tambahnya, hasrat utama Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, PKR dan DAP adalah untuk membela nasib rakyat semua kaum yang ditindas kerajaan BN selama ini.

“Pakatan yang diajar oleh Islam dinamakan tahaluf (kerjasama politik). Dalam satu negara, kita berpakat menegakkan keadilan dan membanteras kezaliman.

“Kita berpakat dalam perkara asas yang sama. Umno Islam duduk dalam BN, barisan ini berbaris bukan berpakat... Umno tidak konsisten dan tak tunjuk perangai baik depan orang bukan Islam.. Ini tidak selesai masalah,” katanya.

“Kita perlu mengajar pengundi memahami dengan betul perbezaan antara PAS dan Umno dan perbezaan Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.

“Orang melihat secara zahir Umno Islam dan Pas Islam... PAS tegakkan Islam sepertimana dalam al-Quran dan Umno anggap Islam hanyalah agama rasmi dalam Perlembagaan (Persekutuan) yang digubal British. Islam adalah sekular, Ini beza PAS dan Umno.

“Dalam politik yang dianjurkan Islam adalah berbeza dengan (Islam) yang dianjurkan Umno-Barisan Nasional, tiada masalah kita berbilang bangsa tinggal di tanah air, kita menolak politik perkauman,” katanya menjelaskan perbezaan.

Sehubungan itu jelasnya, semua pihak perlu memberi kepercayaan kepada Pakatan Rakyat yang telah terbukti di beberapa buah negeri yang diperintah memperjuangkan nasib rakyat tanpa mengira perbezaan agama dan kaum.

“Selamanya kita berpakat di atas persetujuan mengekalkan keadilan dan menolak yang zalim, adil untuk semua, tolong rakyat tanpa mengira kaum.

“Boleh tanya orang Kelantan, orang bukan Islam macam mereka diberi hak yang sama. Di Terengganu juga begitu, kita selesaikan tanah di Kampung Baru," kata bekas menteri besar Terengganu itu.

39 peratus pengundi Dun Tenang adalah terdiri daripada masyarakat Cina.

Pengundian diadakan esok. Kempen akan berakhir secara rasmi tengah malam ini.

Turut berucap pada majlis itu ialah Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Calon PAS, Normala Sudirman akan berdepan calon BN, Mohd Azahar Ibrahim.

Winnable candidate dan gunting dalam lipatan Umno

Oleh Zulkifli Sulong

Ketika melawat Sarawak baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan, BN akan memilih calon yang boleh menang (winnable candidate) dalam pilihan raya umum akan datang.

Calon-calon itu mestilah diterima oleh penduduk setempat dan tidak semestinya yang mempunyai jawatan dalam parti, katanya ketika berucap di Konvensyen SUPP di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK).


Selepas itu, apabila datang pilihan raya kecil Tenang, BN mengumumkan Mohd Azahar Ibrahim, bekas ADO Rengit menjadi calonnya. Azahar atau lebih dikenali dengan nama Tok Ai tidak mempunyai sebarang jawatan dalam parti.

Ketika mengumumkannya, timbalan Najib, Tan Sri Muhyidin Yassin berkata, Azahar diterima semua lapisan kepimpinan Umno bahagian.

“Semua lapisan kepemimpinan Umno bahagian juga menyokong dan membantu beliau, walaupun ketika ini Azahar tidak memegang sebarang jawatan dalam bahagian,” katanya pada sidang media selepas majlis pengumuman di hadapan kira-kira 1,000 penyokong BN, di pekarangan Pejabat Umno Labis.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, pemilihan Azahar tidak bermakna parti menafikan kepemimpinan peringkat bahagian, sebaliknya ia pertimbangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, selaku Pengerusi BN untuk meletakkan calon yang diterima semua pihak.

Melihat kepada latar belakang ini, ramai berpendapat Najib sebenarnya sedang mencuba formula beliau iaitu untuk meletakkan calon yang pada pandangan beliau boleh menang dalam sesuatu pilihan raya.

Pemilihan Azahar juga bermakna, kesemua 35 pemegang jawatan dalam Umno bahagian Labis yang ada tidak layak atau bukan winnable candidate. Mungkin pelbagai sebab boleh disenaraikan Najib ketika membuat pemilihan ini.

OK itu tidak ada masalah tetapi yang akan menjadi masalah nanti adalah dalam menghadapi pilihan raya umum ke 13. Apakah faktor ini akan menjadi kriteria Najib.

Andaikatalah Azahar benar-benar dibuktikan sebagai winnable candidate dalam pilihan raya kecil ini. Beliau mendapat undi yang besar bahkan lebih dari sasaran BN iaitu melebihi 5,000 undi majoriti.

Apakah sebenarnya akan terjadi kepada kesemua pemegang jawatan dalam Umno sekarang di seluruh negara. Apakah mereka juga termasuk dalam senarai winnable candidate atau pimpinan Umno tidak lagi melihat mereka sebagai calon-calon yang berpotensi untuk menang.

Kini pemikiran inilah sebenarnya yang sedang menghantui jentera Umno di Tenang. Ia tidak menjadi tenang di dalam Umno bahkan bergelora.

Ketika Azahar disifatkan sebagai calon yang bersih oleh BN (sebab itulah beliau terpilih), tiba-tiba PAS mendedahkan rekod sebenar Azahar. Beliau bukan sahaja tidak bersih bahkan terdedah skandal yang memalukan para pegawai tadbir seluruh negara.

Bayangkan bagaimana seorang ADO boleh melelong tanah milik individu tanpa pengetahuannya dan pada hari lelongan hanya seorang sahaja pembida yang hadir. Ekoran itu, tanah itu telah dijual dengan harga yang jauh lebih rendah dari harga pasaran.

Hasilnya, pemilik tanah itu menyaman Pejabat Tanah Segamat tempat dia bekerja dan mahkamah mengesahkan pejabat tanah itu bersalah dan pegawai yang kendalikan kes lelongan itu adalah calon BN yang dikatakan seorang pegawai yang cekap ini.

Selepas kalah di mahkamah, sekali lagi pejabat tanah ini menghadapi saman dari pembeli tanah yang dilelong tadi. Kesnya akan mula dibicarakan tidak lama lagi.

Pembeli tanah itu, Norhana Mohd Ali, menuntut gantirugi berjumlah kira-kira RM1.5 juta dari Azahar dan pejabat tanah Segamat dan Mahkamah Tinggi Muar telah pun menetapkan tarikh pendengaran kes tuntutan Norhana ke atas calon BN di Tenang itu dan tiga yang lain pada 7 Februari 2011 ini.

Persoalannya, bagaimana PAS boleh mendapat segala dokumen ini. Saya lebih percaya, ia adalah kerja orang dalam sendiri dan boleh jadi ia adalah kerja dari salah seorang 35 pajawat jawatan dalam Umno Bahagian Labis ini.

Ini kerana, kemenangan besar Azahar bermakna teori Najib betul. Jika betul bermakna peluang untuk semua pejawat jawatan dalam Umno seluruh negara untuk menjadi calon dalam pilihan raya umum akan datang tipis.

Turut terselah dalam pilihan raya Tenang adalah kehilangan kelibat para pemimpin kanan Wanita Umno samada pusat atau Labis sendiri. Mereka yang dianggap muka popular dalam mana-mana pilihan raya tiba-tiba hilang dari mata media dalam pilihan raya kecil ini.

Benar Wanita Bahagian dan juga Umno Labis menafikan hal ini tetapi siapa boleh menafikan realiti bahawa kelibat Wanita Umno kurang benar dalam pilihan raya kecil ini.

Apakah ia ada kaitan dengan penolakan cadangan mereka agar ketua Wanita Bahagian Labis dipilih sebagai calon? Tidak diketahui tetapi itulah yang ada di Tenang sekarang.M/I

Zulkifli Sulong is a veteran journalist and the editor of HarakahDaily.net and the Bahasa Malaysia weekly Siasah

Semasa

Hiburan

Sukan

 

© Copyright Kerabu Bersuara 2007 -2013 | Design by Kerabu Bersuara | Published by Kerabu Bersuara Group | Powered by Blogger.com.