News Update :

Politik

Kenyataan

Agama

Dunia

DIAM La Najib 2!

July 31, 2011

Kami juga komited tangani isu pengundi hantu sebelum, kata Najib

Oleh Syed Mu’az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 31 Julai — Datuk Seri Najib Razak berkata beliau juga komited untuk menangani isu pengundi hantu menjelang pilihan umum ke-13 — salah satu aspek yang ditekankan oleh pembangkang selama ini.

Tegas Perdana Menteri sistem biometrik yang akan diperkenalkan olehSuruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menjadi kaedah terbaik mengatasi perkara itu yang sentiasa dibangkitkan oleh pembangkang.

Justeru kata Najib, pentadbirannya juga mahu memastikan agar transformasi pilihan raya dilakukan SPR.

“Kita komited mahu lakukan transformasi pilihan raya, kita juga mahu tangani isu pengundi hantu.

“Dengan adanya sistem biometrik kita boleh lakukan,” katanya pada majlis perasmian penutup Persidangan Tahunan Pemimpin Mahasiswa Malaysia Summit (MSLS) Kelima di sini.

Sebelum ini SPR mengumumkan akan menggunakan sistem biometrik pada pilihan raya namun tidak memberi jaminan ia boleh digunakan pada pilihan raya umum ke-13.

Bagaimanapun Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang dipengerusikan Datuk Ambiga Sreenevesan tetap mendesak agar SPR menggunakan dakwat kekal bagi menangani isu pengundi hantu pada pilihan raya umum ke-13.

Dalam ucapan di hadapan kira-kira 1,000 perwakilan mahasiswa, Najib juga menyentuh pentadbiran PAS di Kelantan sambil menegaskan Barisan Nasional (BN) boleh menawan negeri itu pada pilihan raya umum 2004 sekiranya diadakan dengan tidak adil.

Jelas beliau, mudah untuk BN memanipulasikan undi namun tidak mahu berbuat demikian kerana berpegang kepada prinsip pilihan raya bersih dan adil.

“Kerajaan PAS di Kelantan sebelum pilihan raya umum 2004, mereka hanya menang dengan majoriti satu kerusi, jika anda rasa kita boleh manipulasi undi tak mustahil untuk kita dapatkan tiga undi.

“Jika kata SPR tidak telus... tuduh kita manipulasi undi, kita boleh buat tapi kita tidak mahu lakukan,” kata Najib.

Pada pilihan raya umum 2004, daripada 45 kerusi DUN, BN memperoleh 21 kerusi manakala PAS 24 kerusi.

Kerajaan Kelantan yang dipimpin Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mentadbir negeri Cik Siti Wan Kembang itu sejak 21 tahun lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, PAS menang 38 kerusi, PKR satu kerusi dan BN hanya enam kerusi.

Jelas Najib, beliau menghormati amalan demokrasi berparlimen yang diamalkan dalam sistem pentadbiran negara.

Kata beliau, semua calon yang akan bertanding dalam pilihan raya pasti akan bimbang kerana kemenangan bergantung kepada undian rakyat.

“Saya nak tegaskan adakah tiada demokrasi berparlimen di Malaysia? Kita boleh berdebat, bercakap pasal pilihan raya bebas.

“Bila tiba pilihan raya semua orang rasa takut, saya sendiri takut kerana bukan jaminan kita boleh menang, mustahil kita boleh memanipulasikan undi . . . mustahil kita boleh lakukan,” katanya.

DIAM Lah Najib!

Saya sebenarnya mahu beri Bersih 2.0 Stadium Shah Alam, kata Najib

Oleh Syed Mu’az Syed Putra


KUALA LUMPUR, 31 Julai — Datuk Seri Najib Razak berkata beliau sebenarnya berhasrat mahu menawarkan Stadium Shah Alam kepada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) untuk berhimpun, namun gabungan 62 badan bukan kerajaan itu memilih Stadium Merdeka sebagai lokasi.

Najib sebelum ini tidak pernah mencadangkan mana-mana lokasi stadium kepada Bersih 2.0, sebaliknya hanya berkata bersedia menawarkan stadium.

Bagaimanapun Bersih 2.0 yang dipengerusikan Datuk Ambiga Sreenevesan mahu menggunakan Stadium Merdeka bagi menjayakan Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Namun polis tidak mengeluarkan permit kepada Bersih 2.0.

“Kita mahu ia (perhimpunan) dilakukan ikut saluran yang betul, sebab itu kita tawarkan stadium. Mengapa kita tawarkan stadium? Supaya mereka boleh berucap dan tidak turun ke jalanan kerana tiada sesiapa yang boleh jamin perhimpunan di jalan tidak akan timbulkan apa-apa masalah.

“Kita cadangkan stadium tapi tidak diterima, mereka masih mahu turun ke jalan . . . dalam pemikiran saya, saya mahu berikan Stadium Shah Alam tapi mereka tolak,” kata Najib pada majlis perasmian penutup Persidangan Tahunan Pemimpin Mahasiswa Malaysia Summit (MSLS) Kelima di sini.

Jelas beliau, perhimpunan yang dibuat di stadium lebih selamat daripada diadakan di jalan.

“Kalau kita buat (perhimpunan) di jalan siapa yang boleh jamin tiada orang (awam) berada di sana? Siapa dapat jamin tiada masalah yang akan timbul?

“Setiap rakyat Malaysia dilindungi, sebab itu kita mahu ia (Himpunan Bersih 2.0) dibuat di stadium,” katanya di hadapan kira-kira 1,000 perwakilan kalangan mahasiswa.

Himpunan Bersih 2.0 menyaksikan hampir 1,700 peserta telah ditahan termasuk pemimpin Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat.

Najib mencari ‘Talian Hayat’

Oleh Dr Dzulkefly Ahmad

Bila penulis menerbitkan satu makalah “General Election in July, folks!” pada 20 Mei lalu, ia bukan bertujuan untuk ‘spin’. Mengimbas kembali, itulah ruang tarikh atau ‘window’ paling wajar menyerang-hendap atau ‘ambush’ Pakatan Rakyat. Pengumuman pembubaran parlimen boleh menjadikan perhimpunan Aman Bersih 2.0, 9-Julai lalu di satu kedudukan yang sukar diberikan tumpuan oleh penganjur. Lebih parah lagi bagi parti-parti politik yang dalam ‘panic mode’. Najib gagal.

Malang buat Umno-BN, Perdana Menteri Najib tidak sehebat pendahulunya. Najib kini sudah kehilangan jendela atau ‘window’ paling strategiknya. Sebaliknya, tidak keterlaluan kalau penulis nyatakan bahawa Najib mungkin sahaja akan kehilangan peluang untuk memimpin dalam perang PRU k-13 ini! Maksudnya, penulis meramalkan Najib akan disingkir sebagai Presiden Umno sekaligus Pengerusi BN sebelum PRU ke-13,.

Begitu sekali? Ya, demi menyelamatkan Umno-BN, Najib akan bakal diketepikan. Sejarah akan berulang. Tun terpaksa diketepikan Umno untuk menyelamatkan parti Melayu itu, sebab telah menjadi ‘liabiliti’ terbesar perjuangan parti mereka. Ternyata strategi itu berbisa dan mengena. Pak Lah menang besar dalam PRU ke-11, April, 2004 itu, bahkan antara terbesar dalam sejarah politik pilihanraya Umno.

Kini Umno sedang menghitung opsyen atau pilihan strategik yang sama. Bezanya Tun diketepikan setelah terlalu lama memimpin; 22 tahun. Najib baru sahaja masuk tahun ketiganya. Najib pun belum pernah menang pilihanraya umum yang dikemudinya sendiri. Besar harapan Najib untuk membuktikan kepemimpinannya.

Mungkin sahaja itu akan tinggal cita-cita. Dia semacam akan tersungkur di garis permulaan tampaknya. Dia sedang menemui ‘ su’ul khatimah’ atau ‘kesudahan buruk’ dalam kerjaya politiknya. Bagi seorang ahli politik tambahan calon negarawan, kesudahan seperti itu amat mengaibkan dan mengerikan sekali.

Mengapa Umno terpaksa singkirkan Najib?

Sebabnya banyak dan terus menonjol. Pendeknya (bukan ‘pendek kata’), Najib telah menjadi ‘liabiliti paling besar’ buat Umno diambang PRU ke-13 ini. Dia telah menjadi seumpama Tun dalam masa yang jauh lebih singkat. Bagi sebuah parti, yang penting ialah survival atau kesinambungan hidup parti untuk terus berkuasa. Pemimpin boleh datang dan pergi. Tak ada siapa yang akan kekal. Tapi parti dan ‘perjuangan’ mesti dipertahankan, walau apapun. Mungkin ‘mantra’ atau ‘maxim’ ini umum dan berkuatkuasa untuk semua. Tempoh tiga tahun ini menyaksikan Najib berusaha keras membuktikan bahawa beliau punya wibawa dan wawasan. Beliau tidak lengah untuk meyakinkan rakyat dan pengundi. Tahap sokongan atau ‘approval rating’ beliau, mengikut dapatan beberapa pusat kajian polls, menunjukkan peningkatan pada peringkat awalnya menjadi PM. Najib telah cuba buktikan bahawa beliau peka kepada soalan ‘pandangan awam’ atau ‘public opinion’ sehingga sanggup mengungkpakan bahawa ‘Era kerajaan tahu semua telah berlalu”. Ketika itu kononnya beliau sanggup mendengar rakyat.

Najib cuba perbaikki imej partinya yang tercalar kerana terlalu angkuh pra PRU ke-12 dengan mantranya “Rakyat di dahulukan dan prestasi diutamakan’. Kesemua itu adalah cubaan gigih Najib untuk baikpulih ‘persepsi’ terhadap partinya. Najib juga cuba mendekati dan melayani warga ‘netizen’ dan golongan muda dalam media baru- facebook dan twitter dan berinteraksi secara maya dan ‘engaged’ secara langsung juga dengan mereka.

Justeru, tidak hairan Najib masih boleh memenangi beberapa pilihanraya kecil sehingga keputusan mutakhir terikat pada kedudukan seri 8-8 sejak selepas PRU ke-12.

Namun amat malang bagi Najib, semakin ghairah beliau membuktikan kepimpinannya, semakin menyerlahkan kelemahan sebenar dirinya, samada pada rakyat atau pengundi dan lebih parah lagi kepada pendukung setia dan ‘warlords’ partinya sendiri, Umno.

Mutakhir ini, ‘tahap sokongan’ atau ‘approval rating’ terus merosot berbanding sedikit waktu dahulu. Tiga tahun adalah lama dalam politik. Pelbagai pergolakan politik nasional, pertentangan agama dan pertelingkahan atas garis ras atau kaum, kemelut rasuah, ketirisan serta kebocoron dalam pengurusan kewangan dan pembangunan Negara, semua menyerlahkan kepemimpinan Najib sebenarnya. Najib seharusnya sedar, tetapi beliau tidak begitu. Beliau semacam dirasuk sindrom penafian.

Samada isu nama Allah, isu kepala lembu atau babi hutan. serangan terhadap rumah ibadat, Interlok, PPSMI, GMI, rampasan negeri Perak dan pelbagai lagi perilakunya dalam beberapa PRK khususnya di Sibu, Serawak dan Hulu Selangor, telah pun menyelak hakikat sebenar ‘dirinya’. Beliau ‘reckless’ atau tidak punya ‘jatidiri politik’ yang wajar disanjungi seumpama bapanya, seorang negarawan.

Sebaliknya kata-kata tidak cermat, seperti ‘you help me dan I help u’ memperkuhkan pelbagai amalan buruk dalam rasuah politik pilihanraya. Memberi kedudukan tinggi orang yang sabit rasuah sementara dia mahu perang rasuah. Dia sinonim dengan tabiat flip-flop, satu ciri yang tidak membuktikan ketegasan. Beliau hanya mahu ‘sokongan’ semua.

Kini Najib berdepan pelbagai ujian getir. Rakyat dan pengundi terus menilai sementara partinya terus cemas serta rimas dengan prestasi Najib dan mutakhir ini gelagat buruk dan perilaku ‘first ladynya’ . Ia memburukkan lagi peluang Najib. Berbelanja besar dan ‘taste’ atau selera hyper-mewah berlawanan dengan anjuran menyuruh rakyat bercermat. RM4.5 juta menganjur Persidangan Wanita Pertama Dunia yang dihadiri 14 wanita pertama kebanyakan dari Negara Afrika bukan satu yang wajar dalam 13 tahun bajet defisit yang ditanggung kerajaan BN.

Beg tangan, gelang tangan mewah dan cincin belian didakwa RM24 juta yang ada hubungkait dengan FLOM itu amat tidak disenangi rakyat yang dianjurkan berjimat dalam mendepani himpitan kos saran hidup yang tinggi. Perbelanjaan besar rumah kediaman PM dan TPM juga dipandang cukup jelek oleh rakyat. Pertikaian pelbagai pihak tentang ‘entourage’ keluar Negara seperti urusan pra-pertunangan di Kazakhstan masih menantikan pertanggungjawaban secara telus dan amanah.

Najib kini kehilangan ’goodwill’nya atau ‘sangka baik’ dan ‘hormat’ rakyat pada dirinya. Ini petanda buruk bagi seorang pemimpin, khususnya ketua sesebuah kerajaan.

Bersih 2.0 pula terus menyerlahkan kepimpinan buruk Najib dan kegagalan beliau menangani cabaran Politik Baru. Kini rakyat-pengundi yang mengalami pencerahaan minda dan kemerdekaan jiwa serta punya keberanian menyatakan segala yang salah yang dilakukan orang politik dan parti-parti politik samada kerajaan atau pembangkang. Najib gagal mendepani tuntutan dan melayani desakan masyarakat sivil sekaligus meletakkan persepsi negatif terhadap diri dan kerajaannya yang semacam mahu terus melindungi yang ‘kotor’ dalam sistem pilihanraya. Ini termasuk hal kekotoran dalam daftar pemilih dan mengundi lebih sekali. Isu dakwat kekal lawan kaedah biometric akan terus menjadi polimik tajam. Najib gagal menangani isu semudah ini. Ataukah beliau mahu menyerlahkan niat jahat kerajaannya?

Kezaliman dan tindakan ganas pihak PDRM terhadap peserta Bersih 2.0 satu hal yang menunjukkan bahawa Najib dan menteri-menteri gagal memahami bagaimana mendahulukan rakyat dan faham bahawa ‘era kerajaan tahu semua sudah berlalu’. Najib mendapat liputan buruk media dalam dan luar Negara, termasuk kritikan dari pimpinan politik dalam partinya seperti Saifudin Abdullah dan Khairy Jamaludin., Kedua-dua tokoh pemimpin muda Umno. Mungkin ramai yang takut bersuara.

Tidak pernah disaksikan betapa masyarakat ‘netizen’ media sosial memarahi pemimpin parti politik seteruk kali ini. Tetapi dengan Najib ini, selepas Bersih 2.0, lebih 200,000 warga sebuah facebook menuntut Najib berundur segera. Ini cukup menyiksakan seorang pemimpin!

Semacam tidak memahami realiti akar umbi, Najib terus membuka pelbagai ‘front’ memerangi rakyat-pengundi yang sepatutnya dimenangi hati-budi mereka. Umno-BN terus memerhatikan Najib yang bertindak ‘sumbang’ mungkin dengan nasihat pelbagai firma ‘consulting’nya termasuk APCO, yang tidak tahu waqi’ atau realiti politik Negara dan salur-galur psiki orang Melayu, kaum Cina-India dan ratusan etnik dari sabah dan Sarawak.

Najib wajar melebarkan lingkungan kawan dan memperkcilkan lawan. Perilaku mencetuskan kesan sebaliknya. Najib tidak tahu bahawa beliau punya musuh dalam selimut. Najib melalui sepupunya Hishamuddin menahan 6 pemimpin Parti Sosialis Malaysia, yang hari ini dinobat sebagai PSM06 atau EO6. Dr Jeyakumar, MP Sg Siput yang juga ditangkap telah memulakan mogok laparnya. Atas tekanan rakyat, penulis meramalkan mereka akan di bebaskan. (Telah pun).

Najib mengundang amarah kaum India, yang sokongan mereka belum pasti akan kembali kepada BN. Menteri Sumber Manusia dari MIC dan Presiden telah ‘broke-rank’ lantas mengecam kerajaan Najib atas tahanan di bawah Ordinan Dharurat 1960. Kini seluruh lapisan rakyat sivil dan politik Pakatan bergandingan untuk membebaskan tahanan EO6 ini.

Front perang antarabangsa juga dibuka oleh Najib ketika secara ‘terdesak’ mengambil tindakan menahan lantas ‘mendeport’ William Bourdon, peguam hak asasi manusia yang menjadi peguam sebuah NGO, Suara Rakyat Malaysia, SUARAM, yang mengangkat pendakwaan rasuah dalam perolehan kapal selam Scorpene di Mahkamah Perancis.

Peguam yang datang untuk berucap dalam program ‘fund raising’ Suaram bagi membiayai kes perbicaraan terhadap dakwaan rasuah syarikat Perancis DCNS yang membekalkan kerajaan Malaysia kapal selam scorpene, akhirnya dihantar pulang setelah didakwa melanggari peraturan visa kemasukannya. Sekali lagi rakyat dan dunia memerhatikan apa pulak yang cuba dilindungi Najib kali ini. Kes akan didengari di Mahkamah Perancis pada bulan September tahun ini.

Bermakna Najib kini terpaksa berdepan dengan risiko besar dengan apa yang bakal didedahkan siasatan peguam Suaram ini. Mampukah Najib mengangkis persepsi buruk ini, jika sebutan itu membabitkan orang kepercayaannya? Mampukah Umno menerima dampak buruknya seandai dapat di dedahkan Willaim Bourdon nanti skandal perolehan scorpene tentang siapa antara penerima RM540 juta itu?

Najib terus ditimpa nasib malang kerana mantra keramat “1-Malaysia” nya pada awalnya adalah memenangi pengundi kaum Cina dan India yang telah menyokong pembangkang. Ini pendekatan ‘inklusif’ atau ‘keterangkuman’nya. Sedari awal mantra ini kurang disenangi oleh partinya sendiri. Ia dilihat terlalu lunak kepada kaum bukan-Melayu. Mahyuddin sedari awal telah menyanggah dengan beliau bertegas dia Melayu dulu ‘Malay first’ sesuai dengan slogan ‘Hidup Melayu’ dan ‘Ketuanan Melayu’ yang didukungi Umno sejak azali.

Pelbagai pendekatan ‘inklusif’ Najib tidak di’kongsi’ oleh partinya dan Perkasa digunakan oleh ‘warlords’ Umno seperti Tun Malhathir untuk membantah segala program Najib termasuk agihan projek MRT dan pelbagai lagi yang dilihat terlalu “1-Malaysia”. Seawalnya Perkasa mahu mengheret Najib sebagai bertindak bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan Perkara 153 dsbnya.

Kini Najib bukan sahaja dilihat gagal membaikpulih ekonomi dengan segala program transformasinya bermula NKRA, NKEA, SRI, Model Ekonomi Baru (NEM), ETP dan EPP, tetapi ditanggapi ‘warlord’ partinya sendiri sebagai menghakis ‘penguasaan politik’ dan ‘kedudukan ekonomi’ orang Melayu. Penubuhan Teraju, penghapusan Suruhanjaya Peluang Saksama (EOC) dan pelbagai tindakan bolak-balik dan ‘patah-balik’ tidak dapat merawat ‘kemarahan warlords’ partinya sendiri. Hakikat tentangan dari dalam ini tidak mudah Najib tangani. Ia lebih menusuk jiwanya dari serangan Pakatan Rakyat dan masyarakat sivil.

Mutakhir ini dan sedikit berlain adalah penubuhan Angkatan Amanah Rakyat (Amanah) oleh Tengku Razaleigh Hamzah dan kawan-kawanya. Ia tidak boleh dipandang mudah oleh Najib. Mereka bukan parti pembangkang dan bukan juga 62 NGOs yang menubuhkan Bersih 2.0. Mereka adalah ahli Umno dan BN, sebahagian besar adalah pemimpin atau mantan pemimpin Umno-BN dan berjawatan dalam kerajaan seperti Kadir Sheikh Fadzil, Syed Hamid Albar, Osu Sukam dan dari MCA seperti Ong Tee Keat. Penentangan mereka adalah atas dasar menentang “korupsi, kronisme dan krisis perkauman” yang membarah dan endemik dalam Umno dan BN.

Mereka juga mahu menjadi kuasa ketiga dan sanggup menentang Najib. Apakah mereka bersedia untuk bersama Pakatan dalam satu “Grand Coalition” untuk menjatuhkan kuasa Najib dan Umno-BN? Apakah ‘game-plan’ atau strategi Ku Li. Tidak jelas sehingga kini. Yang jelasnya mereka sangat marah kepada Najib yang dilhat gagal mengeluarkan Negara dari segala macam krisis yang mereka juga adalah sebahagian darinya satu masa dahulu.

Di persimpangan kritikal ini, Najib semacam keseorangan. Yang jelasnya menyokongnya ialah Rosmah. Kalau cepat dilakukan PRU ke-13, ramai yang mahu terus bertanding akan terus terpaksa bersamanya. Sebabnya dalam tradisi Umno, Presiden menentukan calon-calon. Tetapi kalau lambat, tak siapa pun takut dan segan kepada Najib. Dan masa tidak menyebelahinya. Kalau mahu tunggu lepas Bajet, yakni bulan Oktober-November, skandal Scorpene menghantuinya. Kalau mahu tunggu tahun depan Mac-April, pemilihan partinya menjadi Najib lebih gusar dan gundah gulana.

Di persimpangan ini, kombinasi fraksi 3-M – Mahyuddin, Mukhriz dan Mahathir, dikatakan tidak akan duduk sahaja untuk menyaksikan partinya mereka punah kerana gelagat Najib-Rosmah. Usaha Najib mengembalikan sokongan kaum Cina-India disaksikan sebagai gagal. Umno mungkin sahaja memikirkan supaya jangan buang masa dengan kelompok kaum ini.

Apakah Mahyudin-Mukhriz-Mahathir akan merancang manjtauhkan Najib bagi mempastikan Umno berpeluang untuk terus menguasai kepimpinan Negara? Mampukah fraksi 3-M ini mengekalkan sokongan kaum Cina dan India yang cuba dimenangi Najib? Tentunya tidak. Mampukah Umno bertahan dengan hanya sokongan Melayu yang juga terbelah dua? Apakah mereka ini disokong fraksi Amanah Ku Li?

Umno jelas di kedudukan yang paling parah sejak pasca PRUke-12. Mereka masih belum mendapat sentuhan strategi keramat lagi. Apakah Najib-Rosmah akan terpaksa dikambinghitamkan bagi memberi talain hayat kepada parti Melayu tertua di dunia ini?
Najib terus mencari tallian hayatnya untuk kekal bernafas di Putrajaya

KEDAH: ULAR TEDUNG DAN ULAR KAPAK

Ruhanie Ahmad

Di Kedah mutakhir ini kononnya tercetus satu psywar atau perang saraf yang menggunakan analogi sikap ular tedung dan ular kapak.

Psywar ini jauh berbeza dengan huraian Niccolo Machiavelli mengenai singa dan serigala dalam karyanya the Pricne kerana Machiavelli mengeluarkan analoginya untuk memotivasikan kepimpinan negara dalam menjaga kelangsungannya.

Tetapi, perang saraf di Kedah ini mempunyai matlamat yang sama dengan kisah singa dan serigala ala-Machiavelli. Perang saraf ini dipercayai adalah satu daripada strategi PAS Kedah untuk mempertahankan kelangsungannya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 13 kelak.

Ular tedong bila ditiupkan serunai dengan irama yang lunak dan merdu akan membangkitkan kepalanya yang seperti senduk, kemudiannya menghembus-hembus, tetapi jarang sekali mematuk peniup serunai berkenaan.

Ular kapak tidak boleh dijinakkan oleh mana-mana peniup serunai. Ia juga sering bertindak seolah-olah mematikan dirinya. Tetapi, bila dipijak oleh binatang buas atau manusia, dia terus bingkas mematuk si pemijak tersebut dengan bisanya yang boleh membawa maut.

Perang saraf ala-ular kapak ini kononnya sudah diketahui umum di Kedah pada hari ini. Ianya dikatakan ditujukan khusus kepada kalangan ADUN BN, terutamanya UMNO.

Menerusi doktrin ini PAS Kedah dikatakan cuba menyebarkan mesej perang safar bahawa ADUN BN jangan cuba-cuba menggugatnya tanpa usul periksa.

Jika mereka berbuat demikian, pentadbiran Negreri Kedah di bawah PAS dikatakan akan berindak seperti ular kapak yang dipijak (walaupun secara ak sengaja) oleh binatang buas atau manusia. Ia akan terus mematuk sipemijaknya dengan bisanya yang boleh menyebabkan nahas.

Inilah kisah yang berlegar di kedai-kedai kopi di Kedah sekarang. Benar atau tidak, sukar untuk dipastikan. Namun begitu, sumber-sumber memberitahu saya baru-baru ini, kononnya wujud sesetengah kalangan yang memang gentar dengan psywar ini.

Tetapi, ada juga sahabat-sahabat memberitahu saya bahawa majoriti pihak UMNO tidak gentar dengan perang saraf ini. Mereka terus bekerja keras untuk menebus kekalahan BN di Kedah menerusi PRU13.

Kata mereka, jika karenah beberapa ‘panglima perang’ atau warlords di kalangan mereka dapat dihapuskan, dan semua pihak bekerja keras sebagai satu pasukan yang komited, peluang BN menebus Kedah adalah tidak mustahil.

Dalam pada itu, ada juga sahabat-sahabat berkata, BN Kedah perlu menganalisis tindak-tanduk serta gerak-geri Menteri Besar Kedah yang dikatakan sentiasa merendah diri dan pintar memikat hati orang BN menerusi pendekatan ala-kampungan, walaupun dikatakan sehingga menyebabkan sesetengah kalangan PAS berasa kecil hati.

Pada waktu yang sama, Menteri Besar Kedah mutakhir ini adalah seorang yang tidak jauh bezanya dengan kalangan BN. Beliau dikatakan sering memberikan sidang media dalam bahasa Inggeris yang fasih, tidak berjubah malahan selalu berkemeja siap dengan cufflings, dan pernah menghadiri majlis rasmi dengan berpakaian monkey jacket siap dengan bow-tie.

Demikian ole-ole yang saya bawa pulang dari Kedah baru-baru ini. Kisah di atas mungkin kecil, tetapi inilah realitinya di Kedah sekarang. Menteri Besarnya boleh disorong ke tengah dan di heret ke tepi---bertindak serba boleh untuk menawan hati orang UMNO, MCA serta masyarakat Siam yang menjadi sumber kekuatan BN di era pra PRU 12.

Kesimpulannya, doktrin ala-ular kapak di Kedah hanya sekadar perang saraf, BN Kedah, khususnya UMNO, perlu mengukuhkan saf serta jemaah perjuangan mereka, seluruh warlords UMNO perlu segera berdamai, dan kesemua lapisan kepimpinan BN juga perlu mendampingi rakyat secara kampungan dengan ikhlas dan jujur. Jika ini sedang dilakukan, ianya perlu ditingatkan sehingga rakyat jelata, khususnya golongan atas pagar, kembali tertawan dengan BN dalam PRU 13.

Najib harus diundurkan

Mohd Rashidi Hassan

Rakyat menyambut kepulangan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak dari lawatan ke tiga buah negara Eropah 22 Julai 2011, dengan tekad untuk meneruskan reformasi yang digerakkan melalui Perhimpunan Bersih 2.0, 9 Julai lepas.

Walaupun keberangkatan Najib ke luar negara mendapat liputan hebat daripada media arus perdana, hakikatnya Najib sendiri berada dalam keadaan yang amat tidak selesa.

Najib menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-58 pada 23 Julai lepas dalam keadaann yang tidak selesa kerana populariti yang cuba dibinanya, selepas mengambil alih jawatan PM daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 4 April 2009, semakin jatuh merudum.

Najib ternyata gagal mendapatkan sokongan rakyat, apabila banyak slogan dan dasar yang dijajanya tidak mendapat sambutan.

Malah, Najib semakin kehilangan sokongan dari dalam Umno, kerana banyak tindak tanduknya dilihat tidak membantu memulihkan Umno yang terjejas teruk sejak Pilihan Raya Umum Mac 2008.

Yang paling teruk ialah apabila media dalam dan luar negara membuat kritikan yang amat keras terhadap Najib kerana cara kerajaan Umno-BN pimpinannya mengendalikan pra dan pasca Perhimpunan Bersih 2.0 dianggap yang paling buruk dalam sejarah demokrasi Malaysia moden.

Sehingga sebelum Najib berangkat menemui Ratu Elizabeth dan PM British, David Cameron, akhbar-akhbar di negara berkenaan melabelkan beliau sama seperti diktator Mesir, bekas Presiden Hosni Mubarak.

Malah akhbar Guardian yang berpengaruh di United Kingdom memaparkan rencana bertajuk 'Mubarak Model', apabila merujuk kepada cara polis Malaysia yang bertindak ganas ke atas peserta demonstrasi Bersih 2.0.

Dalam satu tulisan, mereka menggesa PM Malaysia dengan mengatakan 'Malaysia’s Najib Must Abandon The Mubarak Model.'

Akhbar tersebut juga memberi amaran kepada Najib, bahawa beliau akan menghadapi tekanan dan kritikan global, kerana cara beliau mengendalikan Bersih 2.0 bertentangan dengan norma kebebasan hak asasi yang diterima pakai oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Seorang kolumnis akhbar harian di UK, Simon Tisdall membelasan Najib dan memberi amaran kepada beliau bahawa di bawah kepimpinannya Malaysia sudah mengambil pendekatan diktator seperti Hosni Mubarak.

Malah akhbar-akhbar di UK juga menggesa PM mereka supaya mengambil kira rekod buruk Najib yang tidak langsung menghormati hak asasi kemanusiaan, sebelum berunding mengenai hubungan dua hala serta perdagangan.

Najib dikritik keras oleh Amnesty International, yang menjadi saksi ramai peserta demonstrasi yang cedera, mengalami pendarahan akibat dipukul oleh polis.

Bantahan dan tekanan terhadap kerakusan pihak polis tidak akan terhenti selagi pihak yang bertanggungjawab tidak diheret ke muka pengadilan.

Najib berada dalam keadaan 'serba tak kena' kerana beliau akan terus menerima tekanan dari dalam dan luar negara, akibat kesilapan kerajaan menangani tuntutan rakyat.

Najib barangkali lupa bahawa beliau berhadapan dengan kuasa rakyat. Iaitu kuasa rakyat yang tidak mempercayai sistem pilihan raya di Malaysia bebas dan demokratik, rakyat yang sangsi dengan sistem kehakiman dan rakyat yang tidak boleh menerima tindakan ganas polis terhadap mereka.

Najib jumpa, bahawa ini adalah perhimpunan rakyat yang tulen, bukannya perhimpunan yang diangkut dengan bas-bas, dijamu dengan nasi bungkus dan sebagainya, seperti yang dilakukan dalam perhimpunan tajaan Umno-BN.

Rakyat akan terus membuat tuntutan, rakyat akan terus tegakkan keadilan. Tiada istilah berundur pada hati dan jiwa rakyat.

Rakyat tidak akan berhenti dan tidak akan berpuashati selagi Najib tidak diundurkan, selagi Umno-BN tidak diturunkan dari tampuk pemerintahan.

Najib liabiliti paling besar buat Umno, kata MP PAS

Oleh Syed Mu’az Syed Putra


KUALA LUMPUR, 31 Julai — Dr Dzulkefly Ahmad dari PAS menyifatkan Datuk Seri Najib Razak sudah menjadi “liabiliti paling besar” kepada Umno, menjelang pilihan raya umum ke-13 berikutan kegagalan perdana menteri dalam menangani beberapa isu penting termasuk Bersih 2.0 dan penahanan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) di bawah Ordinan Darurat.

Justeru menurut Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat ini, Najib kini terpaksa mencari “talian hayat” dengan menggunakan apa sahaja cara untuk terus kekal berkuasa.

“Mengapa Umno terpaksa singkirkan Najib? Sebabnya banyak dan terus menonjol. Pendeknya, Najib telah menjadi liabiliti paling besar buat Umno di ambang pilihan raya umum ke-13 ini.

“Beliau (Najib) telah menjadi seumpama Tun (Dr Mahathir Mohamad) cuma dalam masa yang jauh lebih singkat, bagi sebuah parti yang penting ialah survival atau kesinambungan hidup parti untuk terus berkuasa,” katanya dalam tulisan terbaru beliau.

Beliau berkata, dalam tempoh tiga tahun memerintah negara Najib telah melakukan banyak perkara untuk mendapatkan semula kepercayaan rakyat, namun ia ternyata satu usaha yang sia-sia.

“Tempoh tiga tahun ini menyaksikan Najib berusaha keras membuktikan bahawa beliau punya wibawa dan wawasan. Beliau tidak lengah untuk meyakinkan rakyat dan pengundi, malah beliau telah cuba buktikan bahawa beliau peka kepada soalan pandangan awam sehingga sanggup mengungkapkankan bahawa era kerajaan tahu semua telah berlalu.

“Ketika itu kononnya beliau sanggup mendengar rakyat. Najib cuba perbaiki imej partinya yang tercalar kerana terlalu angkuh dengan mantranya ‘Rakyat di dahulukan, pencapaian diutamakan’, kesemua itu adalah cubaan gigih Najib untuk baik pulih persepsi (rakyat) terhadap partinya,” katanya sambil menambah, Najib juga cuba mendekati rakyat melalui laman sosial seperti Facebook dan Twitter.

Kata Ahli Parlimen Kuala Selangor ini, kegagalan Najib menangani isu-isu agama dan penyelewengan yang berlaku membuktikan anak kepada perdana menteri kedua itu adalah seorang pemimpin yang tidak tegas dalam menguruskan negara.

“Pelbagai pergolakan politik nasional, pertentangan agama dan pertelingkahan atas garis ras atau kaum, kemelut rasuah, ketirisan serta ketirisan dalam pengurusan kewangan dan pembangunan negara, semua menyerlahkan kepemimpinan Najib sebenarnya... beliau seharusnya sedar, tetapi beliau tidak begitu, beliau semacam dirasuk sindrom penafian.

“Beliau tidak mempunyai jati diri politik yang wajar disanjungi seumpama bapanya, seorang negarawan sebaliknya kata-kata tidak cermat seperti ‘you help me, I help u (anda tolong saya, saya tolong anda)’, beliau sinonim dengan tabiat ‘flip-flop’, satu ciri yang tidak membuktikan ketegasan kerana beliau hanya mahu sokongan semua,” katanya.

Menurut Dzulkefly, Najib kini berhadapan dengan pelbagai cabaran getir termasuk mendapatkan semula keyakinan dan kepercayaan ahli parti Melayu terbesar itu.

Tambah beliau, gesaan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) agar transformasi sistem pilihan raya dilaksanakan menyerlahkan lagi kepimpinan buruk Najib.

“Kini rakyat dan pengundi yang mengalami pencerahaan minda dan kemerdekaan jiwa serta punya keberanian menyatakan segala yang salah yang dilakukan orang politik dan parti-parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang.

“Najib gagal mendepani tuntutan dan melayani desakan masyarakat sivil sekaligus meletakkan persepsi negatif terhadap diri dan kerajaannya yang semacam mahu terus melindungi yang kotor dalam sistem pilihan raya,” katanya.

Pada pilihan raya umum 2008, Pakatan Rakyat berjaya menguasai Selangor, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Perak namun Perak kemudian jatuh ke tangan Barisan Nasional (BN) awal 2009.

Selain itu, Pakatan Rakyat yang turut dianggotai PKR dan DAP berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN di Dewan Rakyat.

Kelmarin polis telah membebaskan enam pemimpin PSM termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar yang ditahan selama 28 hari sejak 2 Julai lalu tanpa sebarang syarat.

Hiburan: Khairul Fahmi (Apek) Dan Elia Putus Tunang!



KUALA LUMPUR: Biarpun Malaysia gagal meneruskan kemaraan pada kempen bola sepak kelayakan Piala Dunia, ketangkasan penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat ketika mengikat Singapura 1-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis lalu, diakui ramai.

Namun di sebalik kecemerlangannya di gawang gol, Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek rupa-rupanya memendam rasa berikutan badai yang melanda pertunangannya dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia, 22.

Selepas pelbagai isu mengaitkan orang ketiga dalam hubungan Apek dengan tunangnya hangat diperkatakan menerusi pelbagai laman web dan blog tempatan, dia tidak lagi mampu berdiam diri.

Jiwanya bergelora berikutan pelbagai fitnah dan tohmahan dilemparkan kepadanya, Elia dan beberapa individu lain. Kelmarin, Apek tampil memberi penjelasan mengenai kemelut yang melanda dirinya.

Menerusi Metro Ahad (MA), Apek menyatakan dia kini nekad memutuskan pertunangannya dengan Elia. Ikuti luahan hati Apek dalam temubual eksklusif bersama wartawan MA, FIRDAUS SAHAT.

“SEBENARNYA, saya tampil membuat kenyataan kepada MA kerana tidak mahu perkara membabitkan saya dan Elia berpanjangan. Selepas berfikir panjang dan berbincang bersama keluarga, saya perlu memberitahu peminat mengenai perkara sebenar.

Saya tahu cerita mengenai saya bersama wanita lain tersebar luas dalam pelbagai laman web dan blog. Begitupun, saya ingin menjelaskan semua itu tidak benar. Saya bukan kaki perempuan atau ‘playboy’. Semua itu adalah tuduhan yang tidak berasas.

Kerana isu berkenaan, hubungan saya dengan Elia (tunang) semakin renggang. Malah, sejak ia menjadi lebih teruk, Elia memberitahu saya dia mendengar cerita kononnya saya berjumpa seorang wanita lain di luar dan berpimpin tangan.

Selain itu, beberapa gambar wanita lain turut tersebar di Internet dan ia dikaitkan dengan saya. Dalam banyak-banyak gambar, hanya beberapa yang saya kenal. Antaranya ialah Dahlia.

Namun, Dahlia bukan kekasih saya seperti didakwa ramai pihak. Dia sekadar kawan dan kami juga tinggal sekampung (di Kelantan). Malah, saya juga rapat dengan keluarganya.

Hubungan saya dengan Dahlia tidak lebih sebagai seorang abang dengan adik, lebih-lebih lagi dia masih berusia belasan tahun.

Selain itu, ada yang mengatakan wanita yang berdua-duaan dengan saya dalam gambar adalah Dahlia. Sebenarnya, gambar itu diambil ketika sesi temubual saya bersama wartawan dan wanita yang bergambar dengan saya adalah rakan kepada seorang daripada wartawan. Jadi, tidak timbul isu saya bergambar mesra dengan Dahlia atau wanita lain.

Saya juga dikatakan membeli sebuah kereta dan menghadiahkannya kepada Dahlia. Hakikatnya, tuduhan itu tidak berasas. Kereta dimaksudkan itu milik kakak saya. Malah, kereta itu juga atas nama kakak saya. Jadi, macam mana cerita ini boleh timbul?

Kerana pelbagai tuduhan berkenaan, Dahlia dan keluarganya pula menjadi mangsa dan menerima pelbagai tohmahan serta kata-kata kesat daripada pelbagai pihak. Kerana tidak tahan dengan masalah itu, mereka meminta saya menjelaskan segala-galanya, lebih-lebih lagi mereka tidak ada kena mengena dalam isu ini.

Selain itu, timbul isu kononnya saya tidak hormat orang tua, memarahi dan menengking ibu Elia. Saya tidak menafikan ada bercakap dengan mak cik (ibu Elia) tetapi tidaklah sampai menengking atau meninggi suara. Pada saya, semua itu lebih kepada perbincangan bagi menyelesaikan masalah antara saya dan Elia.

Mungkin, kenyataan dikeluarkan Elia di laman Facebook miliknya tempoh hari mengatakan saya memarahi ibunya disebabkan perasaan marah kerana pelbagai isu ini.

Terus terang, saya masih menyayanginya. Malah, perkenalan yang dibina selama dua tahun membawa kami melalui pelbagai perkara bersama. Cuma, bila keadaan menjadi bertambah keruh dan berpanjangan, saya perlu membuat keputusan muktamad.

Kini, selepas berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan yang saya rasakan sesuai bagi menjaga hati semua pihak iaitu memutuskan tali pertunangan kami.

Saya yakin, ini keputusan tepat dan saya juga sudah berbincang dengan Elia. Namun, dia tidak pasti mahu menerimanya atau tidak. Bagaimanapun, saya pasti ini keputusan terbaik untuk membersihkan nama semua pihak terbabit.

Keputusan yang saya ambil bukan kerana mahu mengambil jalan mudah. Saya sudah fikir masak-masak dan ia untuk kebaikan bersama. Tidak lama lagi, perkara ini akan diselesaikan oleh keluarga saya apabila mereka berjumpa keluarga Elia.

Saya ingin tegaskan, keputusan ini tiada kaitan dengan orang ketiga. Saya tahu pasti akan ada cerita tidak enak apabila kenyataan ini dibaca oleh masyarakat. Suka atau tidak, saya perlu berdepan semua kritikan demi membela semua orang yang saya sayangi.

Lagipun, masalah antara kami sudah lama berpanjangan. Cuma ia tidak diperbesarkan, lebih-lebih lagi ia cuma membabitkan kami berdua. Namun bila ia merebak dan melampaui batas, saya perlu segera menyelesaikannya.

Ramai juga mengatakan saya semakin lupa diri dengan kejayaan yang saya miliki. Sebenarnya, saya belum berjaya lagi. Perjalanan karier sebagai pemain bola sepak masih jauh. Lagipun, saya masih muda. Banyak perkara perlu saya pelajari sebelum saya bersedia menempuh alam perkahwinan.

Untuk setahun dua ini, saya bertekad mahu fokus sepenuhnya kepada bola sepak. Saya tidak mahu sebarang kontroversi merencatkan perjalanan kerjaya saya dan ia antara sebab kenapa saya buat keputusan berkenaan.”


INFO

NAMA: Khairul Fahmi Che Mat
ASAL: Kelantan
UMUR: 22 tahun
PENCAPAIAN: Anugerah Penjaga Gol Terbaik Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM, 2010 dan Anugerah Pemain Muda Terbaik Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM, 2010

Pelukis logo ‘ADIL’ meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Pelukis logo gerakan bukan kerajaan ADIL , Datuk Syed Ahmad Syed Jamal, 82, meninggal dunia malam semalam di kediamannya di Gombak, Kuala Lumpur.

Syed Ahmad ialah pelukis logo gerakan bukan kerajaan ADIL, atau Pergerakan Keadilan Sosial yang ditubuhkan sebagai respons tindakan-tindakan yang dikenakan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas timbalan perdana menteri dan pemimpin Umno.

Allahyarham meninggalkan balu Datin Hamidah Mohd Noor dan dua anak lelaki.

Beliau sangat dikenali dengan keberaniannya merakamkan peristiwa-peristiwa kemanusiaan termasuk politik negara dan dunia.

Ekoran keberaniannya, menyaksikan penyokong tegar Umno menuntut gelaran Seniman Negara yang dianugerahkan kepadanya ditarik balik.

Beliau menerima pelbagai tanggapan berikutan lukisannya yang menyentuh kemerdekaan, pembangunan negara dan politik di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, perjuangan Palestin, peristiwa politik 1998 dan tsunami pada 2004.

Beliau enggan menyertai mana-mana parti politik tetapi tidak mengelak daripada menyuarakan pandangan dan mengambil pendirian terhadap isu-isu kritikal.

Allahyarham juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Pusat Kebudayaan, Universiti Malaya dari tahun 1979 hingga 1982 serta pensyarah di Malayan Teachers Training College, Kirkby, England dari 1958-1959.

Beliau antara tokoh yang memainkan peranan penting dalam perkembangan Balai Seni Lukis Negara dan memegang jawatan Pengarah Balai Seni Lukis Negara dari 1983 hingga 1991.

Islam Dan Melayu Kepala Hotak! Agama Mana Ajar Buat Bodoh Macam Ni?

Hadiah pakaian dalaman tindakan biadab, kata bekas presiden Abim

Oleh Syed Mu’az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 31 Julai — Bekas presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Dr Mohd Razak Idris menyelar tindakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang cuba memberikan “hadiah” berupa pakaian dalam kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Kelmarin Persatuan Suara Anak-anak Malaysia Negeri menghadiahkan dua coli dan seluar dalam bercorak harimau bintang kepada Lim sebagai simbolik meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pentadbirannya.

Razak berkata tindakan Persatuan Suara Anak-anak Malaysia Negeri yang diketuai Mohamed Ghani Abdul Jiman itu satu perbuatan tidak berakhlak dan melanggar amalan orang Melayu di negara ini.

“Saya menyeru kepada pihak yang terlibat ini memohon maaf kepada beliau (Lim) kerana telah melanggar batas susila yang dianjurkan ajaran Islam,” katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada The Malaysian Insider.

Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini menambah sebarang pertikaian politik hendaklah dibuat dengan saluran yang betul dan bukan bertindak di luar batasan.

“Saya berharap supaya sebarang pertikaian politik dan ketidakpuasan hati tentang urusan pentadbiran negeri diluahkan dengan cara yang beradab pada masa akan datang.

“Jangan sesiapa merosakkan imej baik umat Islam yang menjunjung tinggi ketinggian budi dengan perbuatan yang berunsur biadap seperti itu,” katanya.

Pada sidang media yang diadakan di Komtar, George Town kelmarin Mohamed Ghani berkata “hadiah” itu diberikan kerana sikap Lim dan beberapa barisan pemimpin kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu termasuk Setiausaha Politik Ketua Menteri, Ng Wei Aik, yang didakwa menindas rakyat Pulau Pinang.

Menurutnya, coli dan seluar dalam wanita bercorak harimau bintang itu dijadikan hadiah kerana ia simbolik menandakan Lim dan Ng sebagai tarzan serta menggelar semua pemimpin kerajaan negeri sebagai harimau.

“Maskot Kerajaan Negeri bukan kucing dan kononnya mengamalkan dasar cekap, akauntabiliti dan telus (CAT), tapi sebenarnya adalah harimau. Oleh kerana dia tipu rakyat, kita hadiahkan coli dan seluar dalam kepadanya.

“Ini tunjukkan ketidakpuasan hati kami sebagai rakyat Pulau Pinang terhadap kerajaan negeri yang selama ini tidak bela nasib kami,” katanya.

Walaupun tiada wakil kerajaan negeri yang menerima “hadiah” itu, kumpulan itu telah menggantungkan coli dan seluar dalam itu di pintu masuk yang menyediakan lif untuk ke pejabat Lim.

Tambah Razak, tindakan Persatuan Suara Anak-anak Malaysia Negeri itu juga boleh mencemarkan hubungan baik antara orang bukan Islam.

“Kita selaku umat Islam harus mengakui iaitu hubungan kita dengan penganut bukan Islam adalah berasaskan ukhwah insaniah.

“Jangan sesekali mencemarkan hubungan abadi ini oleh sebab permusuhan politik,” katanya.

kalau nak buat benda bodoh dan biadap macam ni tolong jangan mengaku melayu Islam la bro. Memalukan. Belajar tinggi tapi BODOH!

Gambar Kenangan Hari Hiburan Islam Kelantan

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/185466_264665383547721_100000127833512_1256796_7738249_n.jpg

tahniah buat semua yang menjayakan program

Perutusan Ramadhan YAB TG Nik Aziz : Ramadhan Bulan Hidayah

July 30, 2011

Firman Allah SWT :

ياأيها الذين آمنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون

Yang bermaksud : “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa..” – Al-Baqarah, ayat 183

Alhamdulillah, sekali lagi tetamu mulia bernama Ramadhan menjenguk ke dalam ruang hidup kita. Sesungguhnya hidup ini merupakan satu perjalanan, tiba di destinasinya ia akan terhenti walau apa pun usaha untuk menegahnya daripada berhenti. Syukur kepada Allah SWT, ia masih belum terhenti sehingga ke saat ini untuk membenarkan kita sekali lagi bertemu dengan Ramadhan. Syukur kerana bulan ini ialah bulan yang menjanjikan hidayah dan ganjaran yang besar buat sesiapa yang memburunya.

Sebagaimana yang seringkali saya nyatakan sebelum ini, Ramadhan tidak usah lagi disebut sebagai bulan puasa. Kadang-kadang sebutan bulan puasa lebih terkenal dari sebutan bulan Ramadhan menyebabkan masyarakat hanya akan mengingati Ramadhan sebagai bulan untuk berpuasa. Justeru, ramai yang menganggap puasa sahaja dengan menahan lapar dan dahaga tanpa mengerjakan tuntutan-tuntutannya sudah cukup bererti di dalam menyambut Ramadhan. Ini merupakan satu kesilapan dalam memahami tuntutan Ramadhan.

Perkara paling penting dalam menyambut Ramadhan ialah taqwa kerana itulah matlamat daripada ibadat puasa. Taqwa tidak lahir melainkan dengan hidayah. Dan hidayah hanya tumpah ke dalam hati dengan izin Allah SWT. Hati yang mendapat hidayah akan memandu anggota untuk melakukan kebaikan. Kaki akan dipandu untuk ke masjid, lidah akan dipandu untuk membaca al-Quran, tangan akan dipandu untuk bersedekah dan begitulah anggota-anggota yang lain.

Hidayah ialah satu benda yang tidak diajar dalam sekular, komunis, kapitalis mahupun sosialis. Tidak pernah ideologi sekular mengajar penganutnya berusaha mencari hidayah. Kapitalis hanya mengajar penganutnya mencari harta kekayaan tetapi tidak pernah menyebut persoalan hidayah. Umat Islam yang terpengaruh dengan ideologi-ideologi ini hanya akan meratibkan soal-soal lahiriah tanpa menyentuh soal hidayah. Bahkan ia akan dilabel sebagai hak peribadi yang tidak boleh disentuh oleh sesiapa sekalipun.

Inilah silapnya pemikiran kebanyakan individu masyarakat pada hari ini. Sedangkan hidayah ialah satu nikmat daripada Allah SWT. Di dalam surah al-Fatihah yang wajib dibaca di dalam setiap kali solat, kita diminta untuk membaca permohonan mendapatkan hidayah atau petunjuk ke jalan yang lurus. Firman Allah SWT :

اهدنا الصراط المستقيم

Yang bermaksud : “Tunjukilah kami jalan yang lurus..” – Surah al-Fatihah, ayat 6

Sekiranya hidayah ialah persoalan yang tidak penting, maka apa perlunya untuk dipohon di dalam solat? Apa perlunya untuk sentiasa diangkat permohonan ini kepada Allah SWT berbelas-belas kali dalam sehari? Jawabnya, hidup ini tidak akan bererti melainkan dengan hidayah daripada Allah SWT. Justeru, mereka yang mendapat hidayah dianggap sebagai orang-orang yang mendapat nikmat yang besar. Firman Allah SWT :

صراط الذين أنعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين

Yang bermaksud : (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. – Surah al-Fatihah, ayat 7

Dan siapa pula orang-orang yang mendapat nikmat tersebut? Mereka bukan semestinya orang-orang yang kaya, berpangkat dan berpengaruh yang pada hari ini dipandang mulia di hadapan manusia kerana kekayaan, jawatan dan pengaruhnya. Mereka ialah orang-orang yang disebut oleh Allah SWT :

مَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَأُولَئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ

Yang bermaksud : “Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul(Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, yaitu: Nabi-nabi, para shiddiiqiin, orang-orang yang mati syahid, dan orang-orang saleh. dan mereka Itulah teman yang sebaik-baiknya..” – Surah an-Nisa’, ayat 69

Selain memohon untuk diberikan hidayah, semarakkanlah Ramadhan dengan bacaan al-Quran sebanyak-banyaknya. Selain membaca, fahamilah makna dan beramallah dengan kandungannya. Al-Quran ialah manual yang diturunkan Allah SWT untuk manusia menjalani kehidupan di muka bumi ini. Ini kerana bumi ini diciptakan oleh Allah SWT dan manual penggunaannya hanya dikeluarkan oleh Allah SWT. Memahami al-Quran membawa kita mengenali di antara dosa dan pahala, syurga dan neraka. Ia umpama lampu suluh yang menyuluh gelap pekat jahiliyyah. Sebagaimana kita akan mencari lampu suluh untuk menyuluh laluan pada saat malam pekat, demikian juga laluan hidup perlu disuluh agar bercahaya. Lampu suluh kehidupan ialah al-Quran. Inilah penyuluh yang akan menerangi laluan di dunia, alam kubur bahkan apabila bangkit di akhirat nanti. Mereka yang menolak al-Quran hakikatnya menolak lampu suluh yang disediakan oleh Allah SWT. Mereka perlu bersedia untuk menghadapi kegelapan di alam kubur dan kegelapan di hadapan Allah SWT kelak.

Bahayanya masyarakat yang hidup tanpa lampu suluh ini sangat besar. Pengalaman saya bermusafir ke Uzbekistan baru-baru ini cukup mengajar saya bagaimana teruknya masyarakat apabila mengenepikan al-Quran selaku manual hidup. Di bumi yang tersemadinya jasad muhaddis agung al-Imam al-Bukhari Rahimahullah itu, hari ini masih ditadbir dengan nilai-nilai komunis sekalipun Uzbekistan telah merdeka dari Soviet Union,ia masih mengekalkan beberapa dasar yang begitu sekali memberikan kemudharatan kepada Islam. Bumi ini yang pernah melahirkan ulama-ulama besar seperti Imam Bukhari, Abu Laits As Samarkandi, Imam Bahaudin, Imam Muslim, Imam Nasai, Imam Tirmizi, Imam Nakhai dan lain-lain, hari ini seolah-olah kehilangan kesemua kebanggaan yang pernah dicatat di dalam sejarah. Masjid-masjid cukup besar namun sunyi dari diimarahkan. Lebih teruk apabila anak-anak di bawah umur 18 tahun tidak dibenarkan datang ke masjid dengan alasan belum cukup umur. Akhirnya pendidikan Islam semenjak kecil tidak disemai dan melahirkan masyarakat yang hanya Islam pada nama tetapi tidak pada amalan kehidupan.

Inilah rupa wajah masyarakat yang tidak dibentuk dengan acuan al-Quran. Bagaimanapun, usaha-usaha untuk menyemarakkan dakwah mula berjalan dan saya berharap suatu hari nanti bumi Uzbekistan ini berjaya mengulangi sejarah kegemilangannya insya-Allah.

Apa yang penting, perkongsian ini untuk mengingatkan kita bahawa begitulah bahayanya apabila al-Quran dikesampingkan. Ditambah pula dengan para ulama yang tidak mahu turun ke medan menegakkan pemerintahan yang berlandaskan Islam, sedikit demi sedikit nilai Islam akan dicabut. Apabila ia berjaya dicabut, ia akan mengambil masa yang lama untuk disemai semula.

Justeru, jadikanlah Ramadhan sebagai ruang untuk menyemarakkan al-Quran. Ibubapa berperanan di rumah, guru-guru di sekolah dan kerajaan pula di dalam negara. Semua pihak perlu bekerjasama dan insya-allah saya yakin dengan usaha berterusan, masyarakat umat Islam dapat kembali menghayati al-Quran dalam kehidupan.

Akhir kata, selamat menyambut Ramadhan. Semoga Ramadhan tahun ini akan lebih mesra Qalbu bagi diri kita berbanding dengan Ramadhan yang telah berlalu.

YAB Tuan Guru Dato Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat

Al-Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 27 Julai 2011

Bantu Diri Sendiri Dulu La Shahrizat

Shahrizat sedih tak sempat bantu Ashraf

KUALA LUMPUR, 30 Julai — Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melahirkan rasa sedih tidak sempat memberi bimbingan kepada Mohd Ashraf Abdul Aziz yang ingin menukar namanya kepada Aleesha Farhana apabila pemuda itu meninggal dunia awal pagi tadi. Mohd Ashraf meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu, pukul 5 pagi tadi setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Shahrizat berkata kementerian itu sudah sejak awal menawarkan bimbingan kepada Ashraf kerana berasa prihatin dengan kedudukan pemuda berusia 25 tahun itu, bagaimanapun takdir Allah mendahului segala-galanya.

“Kita dari mula lagi kita amat rasa perihatin kerana kedudukan beliau. Pendekatan kami di kementerian buat ialah pendekatan kebajikan dan tidak menghukumkan orang,” katanya dipetik Bernama Online. “Kita sebaliknya cuba memahami dan membimbing sesiapa juga yang memerlukan bimbingan, terutamanya kepada mereka yang terjebak dalam keadaan terdesak seperti kes Ashraf ini tetapi apakan daya ajalnya sudah tiba,” tambahnya. Beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berharap mereka dapat bersabar dan menerima takdir itu dengan hati yang terbuka.

“Kita harap keluarganya menerima takdir ini dengan hati terbuka dan jika keluarganya memerlukan bantuan, diharapkan dapat menghubungi saya (Shahrizat) atau pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat secepat mungkin,” katanya.

Menurut beliau, ajal yang telah ditentukan Allah tidak memungkinkan pihaknya yang menawarkan bantuan bimbingan kepada Mohd Ashraf dapat ditunaikan kerana pemergian mengejutkan itu.

Allahyarham yang sebelum ini membibitkan kontroversi selepas memohon kepada Jabatan Pendaftaran Negara untuk menukar namanya, menghembuskan nafas terakhir selepas menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu akibat masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Pada 18 Julai lalu, permohonan Mohd Ashraf untuk menukarkan nama dalam Mykadnya kepada nama wanita iaitu Aleesha ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu selepas mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin semasa pemohon dilahirkan dan kewujudan organ dalaman.

Lelaki itu membuat permohonan berkenaan 25 Mei lepas dan telah menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand pada 2009 setelah disahkan layak dari seri psikologi oleh Pusat Perubatan Pantai.

Permohonan dibuat bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran dan kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita.

Polis: Saya tidak sembunyi, sedia kerjasama – Shuhardi

KUALA LUMPUR: Individu yang dikatakan menyamar sebagai Allahyarham Baharudin Ahmad, peserta Bersih yang meninggal dunia pada 9 Julai lalu, hari ini tampil menafikan beliau bersembunyi dan enggan bekerjasama dengan polis.

Shuhardi Md. Isa, berkata, beliau tidak pernah menerima sebarang surat rasmi memintanya menghadirkan diri bagi membantu siasatan dari mana-mana balai polis.

“Saya tidak bersembunyi, datanglah ke rumah saya dengan tertib. Saya akan bekerjasama dengan mereka (polis).

“Saya masih hidup… yang meninggal Allahyarham Baharudin. Blogger-blogger meminta maaf dan mengeluarkan gambar saya, saya ingat sudah selesai,” katanya.

Katanya, tindakan untuk menampilkan dirinya di sidang media hari ini ekoran kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang mendakwa beliau menyembunyikan diri.

“Tapi semalam bila saya lihat komen Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang berkata saya dipercayai menyembunyikan diri, saya terpaksa mendedahkan perkara ini.

“Saya yakin pihak polis mampu membuat siasatan berdasarkan maklumat dalam internet tanpa perlu melibatkan saya. Saya rasa sepatutnya saya yang menyaman mereka (blogger) yang salah dengan mengaitkan nama saya itu,” katanya.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Persatuan Usahawan Konsultan dan Pengarah Islam Malaysia (Uruskop) memberitahu bahawa beliau tidak bersubahat dengan mana-mana pihak dan tidak pernah mengenali Allahyarham Baharudin.

“Saya tidak kenal dengan mana-mana wartawan atau jurugambar yang datang buat liputan.Saya bukanlah “desperate” untuk dapatkan sogokan yang tidak bermaruah kerana Alhamdulillah saya hidup mewah,” ujarnya.

Suhardi berkata beliau bersedia memberikan kerjasama dengan pihak polis dan boleh dihubungi di talian 012-3900740.

Ibu: ‘Aleesha’ tak sempat pakai baju kurung Pahang baru

KUALA TERENGGANU, 30 Julai — Ibu Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz atau lebih mesra dipanggil “Aleesha”, yang meninggal dunia awal pagi ini terkilan anaknya itu tidak sempat mencuba baju kurung baru yang ditempah untuk dipakai pada sambutan Aidilfitri nanti.

“Arwah tempah baju kurung itu dengan sepupunya dan minta sepupunya menjahit baju kurung Pahang dalam masa satu hari, dan baju itu sempat disiapkan dalam masa ditetapkan.

“Namun, dia tidak sempat untuk melakukan perincian labuci di baju tersebut dan memakai baju kurung warna merah hati itu,” katanya yang hanya ingin dikenali sebagai Yah, 51, ketika ditemui di Rumah Mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Mohd Ashraf Hafiz, 26, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, 5 pagi tadi.

Allahyarham yang mengalami kemurungan dikejarkan anggota keluarga ke hospital pada 3 pagi kelmarin setelah mengalami muntah teruk. Dia disahkan mengalami masalah serangan jantung yang tidak stabil atau “unstable angina with cardiogenic shock” dan tekanan darah rendah.

Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, di sini, menimbulkan kontroversi apabila mengemukakan permohonan untuk menukar nama di dalam MyKad kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.

Permohonan itu dibuat bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran dan kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita.

Bagaimanapun, pada 18 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menolak permohonan itu setelah mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin semasa pemohon dilahirkan dan kewujudan organ dalaman.

Menurut ibunya lagi, sebelum meninggal arwah anaknya selalu menyebut perkataan “tidak sempat”.

“Arwah selalu menyebut perkataan tidak sempat nak berjumpa ahli keluarga, tak sempat nak raya, tidak sempat nak perbaharui lesen memandu dan tidak sempat memakai baju kurung yang baru ditempahnya,” katanya dipetik Bernama Online hari ini.

Sementara itu ayah Mohd Ashraf Hafiz, Abdul Aziz Ahmad, 60, berkata dia reda dengan pemergian anak ketiganya itu dan menganggap mungkin itu yang terbaik untuk Allahyarham.

“Dia seorang anak yang baik, manja dan rapat dengan semua ahli keluarga. Semasa menghembuskan nafas terakhir, saya, ibunya dan dua adiknya ada di sisi,” katanya.

Katanya bedah siasat di hospital itu mengambil masa kira-kira sejam setengah.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seberang Takir 4.30 petang tadi dengan dihadiri sanak saudara dan rakan-rakannya.

Sebelum itu, solat jenazah diadakan di surau hospital HSNZ dan sekali lagi di Surau Haji Wan Muda, Seberang Takir.

Ashraf gagal tukar nama jadi wanita meninggal dunia

KUALA LUMPUR, 30 Julai — Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana selepas menjalani pembedahan jantina, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu awal pagi ini.

Dia dilaporkan berhadapan dengan masalah jantung dan tekanan darah yang rendah.

Mahkamah menolak permohonan dia pada 18 Julai lalu.

Dalam satu temu bual dengan media keluaran 20 Julai lalu, Ashraf mengakui tertekan dengan pandangan negatif masyarakat terhadapnya dan sanggup dibunuh.

Bagaimanapun kata Ashraf, 25, ia tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus memperjuangkan hasratnya itu.

Sambil menyatakan mahu membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah itu, dalam sebak Ashraf yang lebih mesra dipanggil “Aleesha” berkata, jika masyarakat tidak dapat menerima keadaannya berdasarkan pelbagai kutukan dan hinaan yang diterima termasuk menerusi laman sosial Facebook, dia rela dibunuh jika itu penyelesaian terbaik.

“Suka atau tidak, perjuangan perlu diteruskan sehingga semua wadah perundangan tiada lagi. “Ramai mahu saya berdiam diri daripada masalah ini, tetapi saya mahu kehidupan yang aman,” katanya.

Ashraf membuat permohonan menukar jantina di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu 25 Mei lalu bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran, selain kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita dengan status lelakinya.

Dia membuat pendedahan menukar jantina di Thailand pada 2009.

Dalam pada itu, Bernama Online memetik bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.

Dia dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah. Aziz berkata beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan.

Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau ‘unstable angina with cardiogenic shock’.

Katanya Ashraf sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak.

Najib nafi restu projek saluran paip gas RM300b

Oleh Shannon Teoh


KUALA LUMPUR, 29 Julai — Datuk Seri Najib Razak menafikan beliau telah memberi lampu hijau kepada sebuah syarikat tempatan untuk membangunkan projek saluran paip gas serantau sejauh 8,000 kilometer menghubungkan negara-negara Asean termasuk Malaysia dengan China.

Perdana Menteri kelihatan bingung apabila ditanya oleh pemberita hari ini berhubung kenyataan PanelPoint Sdn Bhd semalam bahawa Najib telah memberikan restu ke atas projek mereka yang bernilai AS$100 bilion (RM300 bilion).

“Tidak, tiada perkara sedemikian. Ia tidak pernah dibincangkan,” kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini hari ini.

Syarikat tempatan yang hanya dikenali PanelPoint semalam mengumumkan usahanya membentuk sebuah konsortium bagi membangunkan saluran paip gas 8,000 kilometer melibatkan pelaburan AS$100 bilion (RM300 bilion).

Bagaimanapun semalam, wartawan yang skeptikal tidak memperoleh banyak maklumat mengenai usaha sama itu, yang bakal membangunkan projek dikenali sebagai saluran paip Trans-Asian Oil and Gas (TOAG).

Syarikat itu berkata ia telah menerima restu secara hitam putih daripada perdana menteri.

Bagaimanapun ia tidak mempamerkan sebarang dokumen yang berkaitan.

“Bercakap mengenai aspek kewangan, kami cuba dan tidak menghebahkan secara besar-besaran kerana kami tidak mahu mendedahkan terlalu banyak butiran,” kata Presiden dan Ketua Eksekutif PanelPoint Che Nordin Ismail.

TOAG, rangkaian paip gas semula jadi serantau yang pertama, akan menghubungkan Mersing dengan Jakarta, utara Kepulauan Natuna, Ho Chi Minh City, Hanoi, Guangzhou dan Hong Kong.

Gas, yang kebanyakannya dari Indonesia, akan disalurkan melalui saluran 8,000 kilometer kepada pembeli-pembeli di China sebaik sahaja ia selesai dalam 10 tahun.

Syarikat dalam konsortium terdiri daripada Hubei Weiguang Municipal Gas Investment and Development Co Ltd, PWS Manufacturing Sdn Bhd, Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Asia Bolts and Nuts Group, Lotus Action Sdn Bhd dan Techknow Industrial Sdn Bhd.

MP Sg Siput: Putrajaya bebas kami kerana risau risiko politik

KUALA LUMPUR, 29 Julai — Barisan Nasional (BN) tidak sanggup berhadapan dengan risiko politik dengan kemerosotan populariti dan sokongannya ekoran tindakan menahan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) sejak awal bulan ini, kata Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar malam ini.

Sehubungan itu tegas beliau, keputusan pentadbiran Najib membebaskan keenam-enam mereka adalah langkah politik dan bukannya kerana tindakan profesional polis.

Dr Jeyakumar, 56, dan lima yang lain iaitu setiausaha bahagian PSM Sungai Siput, A.P.Letchumanan, 49, anggota jawatankuasa pusat, Choo Chon Kai, 33 dan M.Sukumaran, 50, timbalan pengerusi PSM, M. Sarasvathy, 58, dan pemimpin pemuda, R. Sarat Babu, 25, dibebaskan petang ini dalam satu tindakan mengejutkan banyak pihak.

“Mereka (BN) semakin kehilangan populariti dan sokongan rakyat memandangkan ia sangat tinggi kos dari segi politik bagi mereka untuk kekal menahan kami (di bawah Ordinan Darurat),” kata beliau kepada pemberita selepas berucap di hadapan penyokongnya di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur di sini.

Justeru Dr Jeyakumar memberitahu, beliau tidak bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak petang tadi bahawa pembebasan mereka adalah selaras dengan undang-undang negara dan keputusan itu dibuat berdasarkan pemerhatian polis.

“Tidak, ia sudah tentu disebabkan tekanan daripada rakyat. Seleps lebih sebulan, tiada petanda sokongan awam kepada kami menurun, sebaliknya, ia mengalami peningkatan.

“Orang ramai berjalan, berpuasa di semua tempat. Ia menjadi satu keadaan (berisiko) yang terlalu besar bagi mereka,” kata beliau lagi.

Dr Jeyakumar menambah, Najib mengambil langkah bijak dengan membenarkan mereka dibebaskan sebelum keadaan bertambah buruk ke atas kerajaan.

“Ini bukan kerana polis sudah sedar ataupun menjadi jujur dan profesional. Tidak, mereka tidak,” katanya lagi.

Kata beliau, polis meletakkan keenam-enam mereka dalam tahanan untuk menakut-nakutkan rakyat Malaysia daripada menyuarakan pandangan mereka.

“Tetapi ia tidak menjadi. Orang ramai berani dan disebabkan mereka, saya bebas hari ini,” kata wakil rakyat penggal pertama ini.

Ketika ditanya mengenai tindakan susulan, Dr Jeyakumar berkata, beliau kemungkinan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan ke atas pihak berkuasa berhubung tindakan menahan mereka secara tidak sah.

“Tetapi kami baru sahaja keluar dan kami kena duduk dan berbincang,” katanya lagi.

Petang tadi, Najib berkata kerajaan menerima baik keputusan polis membebaskan enam aktivis PSM termasuk Dr Jeyakumar, yang ditahan di bawah Ordinan Darurat selama 28 hari.

Perdana Menteri berkata keputusan itu dibuat berdasarkan pengamatan dan siasatan yang dilakukan oleh polis.

Bagaimanapun, beliau berkata terpulang kepada Peguam Negara untuk menentukan tindakan selanjutnya terhadap enam aktivis tersebut.

Mereka ditahan pada 2 Julai lepas di Seberang Prai, Pulau Pinang mengikut Seksyen 3 (1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan).

Terdahulu, mereka ditahan bersama 24 yang lain dalam sebuah bas persiaran di Plaza Tol Sungai Dua, Kepala Batas pada 25 Jun dan didakwa di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan kerana cuba melancarkan peperangan ke atas Yang di-Pertuan Agong.

Ordinan Darurat: Ambiga harap Putrajaya tak ulang kesalahan sama

July 29, 2011

Oleh Syed Mu’az Syed Putra


PETALING JAYA, 29 Julai — Terkejut dengan pembebasan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM), Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) Datuk Ambiga Sreenevesan menggesa Putrajaya agar tidak mengulangi tindakan sama.

“Ini adalah berita yang paling menggembirakan hari ini, mereka memang tidak sepatutnya ditahan di bawah Ordinan Darurat.

“Saya tidak faham mengapa kerajaan gunakan Ordinan Darurat untuk menahan mereka,” katanya pada sidang media selepas forum Undang-Undang Pilihan Raya, SPR dan Pembaharuan Pilihan Raya anjuran Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham).

Justeru kata Ambiga, beliau amat berharap agar Putrajaya tidak menggunakan Ordinan Darurat untuk menahan seseorang tanpa sebarang bukti yang kukuh.

“Sejak dari mula kita bantah penahanan mereka berenam, kita tidak tahu mengapa mereka ditahan, atas kesalahan apa?

“Jadi saya harap sepatutnya perkara sama tidak lagi berulang,” katanya.

Petang tadi kesemua enam pemimpin PSM termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar yang ditahan sejak 28 hari lalu di bawah Ordinan Darurat telah dibebaskan.

Selain Dr Jeyakumar, lima lain yang ditahan ialah setiausaha bahagian PSM Sungai Siput, A P Letchumanan, 49, anggota jawatankuasa pusat, Choo Chon Kai, 33, M Sukumaran 50, timbalan pengerusi PSM, M Sarasvathy, 58, dan pemimpin pemuda, R Sarat Babu, 25.

Mereka ditahan dua minggu sebelum perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) di ibu negara pada 9 Julai lalu.

Mengikut Seksyen 3 (1) Ordinan Darurat, polis boleh menahan suspek sehingga 60 hari tanpa perbicaraan.

Pelbagai pihak termasuk beberapa pemimpin dalam Barisan Nasional mengenakan tekanan agar pentadbiran Najib membebaskan mereka.

Gesaan itu juga dikemukakan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Semalam, Ismail berkata mereka masih disiasat di bawah Ordinan Darurat.

Awalnya mereka disiasat atas alasan cuba mengadakan peperangan ke atas Yang di-Pertuan Agong selepas ditahan di Seberang Perai akhir bulan lalu.

Sambutan tahanan EO6, Dr Jeya diserbu rakyat di KLSCAH

(Ahmad Fadli)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar menjadi bekas tahanan Ordinan Darurat, pertama tiba di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur (KLSCAH) dengan kenderaan yang dipandu peguam, Edmund Bon, kira-kira jam 8.15 malam.

Jeyakumar diserbu ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang memeluknya, diiringi laungan ‘Hidup-hidup, Hidup Rakyat’ sebelum pemimpin itu membuat ucapan ringkas, mengucapkan terima kasih kepada mereka yang membela nasib mereka selama ini.

“Terima kasih semua. Jika tidak kerana anda semua, kami masih di dalam. Ini kuasa rakyat. Bukan kerana polis yang membebaskan kami,” katanya.

Ahli Parlimen Lembah Pantai yang juga Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar turut menyambut pembebasan EO6 dan menyeru hadirin supaya meneruskan perjuangan untuk menghapuskan Ordinan Darurat.

“Kita perlu pastikan institusi dalam negara tidak blagi diperkotak-katikkan oleh kerajaaan yang mahu memerintah selama-lamanya,” kata Nurul Izzah.

Turut ada di KLSCAH adalah Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat.

Menjelang jam 9 malam, semua bekas tahanan EO6 tiba di KLSCAH dengan riak wajah penuh semangat manakala auditorium KLSCAH tidak mampu menampung bilangan penyokong yang kian membanjiri dewan itu.

Sejak jam 7.45 malam, KLSCAH dipenuhi kira-kira 50 orang yang menunggu enam pimpinan PSM atau EO6 yang baru dibebaskan dari tahanan sekitar jam 5.30 petang tadi.

Mereka dibebaskan di balai polis Jinjang dan dijadual ke KLSCAH yang mulanya dijadual sebagai lokasi program nyalaan lilin sebagai desakan kepada pimpinan Datuk Seri Najib Razak supaya membebaskan mereka.

Ia berikutan mereka ditahan tanpa bicara selama 28 hari ini – tak ubah seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Pembebasan mereka hasil desakan rakyat pelbagai lapisan yang menyelar tindakan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) lantaran terus mengguna pakai ordinan yang terang-terangan melanggar hak asasi manusia.

Setiap hari sejak penahanan EO6, acara nyalaan lilin dijalankan di pintu masuk di lokasi tertentu termasuk pintu depan Bukit Aman manakala Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar melancarkan mogok lapar semalam sebagai protes terhadap penahanan tidak sah itu.

Gambar: MB rakyat Kedah sambut Perdana Menteri rakyat BN

http://3.bp.blogspot.com/-fo5KOCYb6u4/TjKOcsCUXSI/AAAAAAAAHSE/A-t8kzGn148/s320/azizan-najib.jpg

MB PAS bukan ada perangai macam puak umno. Biar tahu adab dab tatasusila

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan tidak telus dalam transaksi penjualan tanah di Sendayan kepada 1MDB untuk pangkalan baru TUDM

Kenyataan media oleh Loke Siew Fook di Seremban pada hari Jumaat, 29hb Julai 2011:

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan tidak telus dalam transaksi penjualan tanah di Sendayan kepada 1MDB untuk pangkalan baru TUDM

Dalam satu majlis penyerahan cek 2 hari lepas di Seremban, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan mengatakan bahawa Kerajaan Negeri melalui Menteri Besar Incorporated (MBI) berjaya membayar balik pinjaman RM250 juta kepada Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) dalam tempoh 5 tahun.

Beliau berasa begitu bangga dan mendakwa kononnya ini merupakan manifestasi kecekapan pengurusan kewangan pentadbirannya. Pinjaman tersebut telah dibuat pada tahun 2006 oleh MBI untuk menyelesaikan isu tanah Felda Sendayan yang melibatkan lebih 100 orang peneroka.

Keupayaan Kerajaan Negeri membayar semula pinjaman tersebut tidak ada kena-mengena dengan kecekapan pengurusan kewangan. Ini lebih merupakan kerana sebahagian tanah tersebut telah dijual kepada 1Malaysia Development Berhad (IMDB) untuk tujuan projek pembinaan pangkalan baru TUDM untuk menggantikan pangkalan TUDM di Sungai Besi yang telah diserahkan kepada IMDB untuk pembangunan komersial.

Isu yang saya ingin persoalkan di sini ialah ketidaktelusan pihak Kerajaan Negeri khususnya Menter Besar Negeri Sembilan dalam transaksi penjualan tapak tanah tersebut yang dimiliki oleh MBI kepada pihak IMDB. Berapakah harga jualan keseluruhan tanah tersebut dan nilai jualan setiap kaki persegi? Apakah terma-terma dalam perjanjian jual-beli tersebut? Apakah penjualan tanah itu dijalankan secara tender terbuka atau rundingan terus?

Semua persoalan ini yang melibatkan kepentingan awam tidak diberikan apa-apa penjelasan oleh pihak Kerajaan Negeri. Mengapakah transaksi tersebut dijalankan dengan begitu sulit sekali? Apakah ada perkara-perkara yang ingin disembunyikan daripada pengetahuan umum oleh pihak-pihak tertentu?

Apa yang lebih memeranjatkan ialah Speaker DUN Negeri Sembilan telah menolak soalan saya berhubung dengan isu tersebut dalam Persidangan DUN pada 8 Ogos depan. Saya telah mengemukakan satu soalan lisan secara khusus mengenai isu tersebut yang berbunyi:

Mengikut laporan media pada 16 Jun 2011, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah menandatangani Perjanjian Jual-Beli (Sale and Purchase Agreement) dengan Negeri Sembilan Menteri Besar Incorporated untuk pembelian 303.5ha tanah di Sendayan untuk menggantikan pangkalan udara TUDM di Sungai Besi.

a) Berapakah nilai penjualan tapak tanah tersebut kepada IMDB?

b) Apakah butir-butir terperinci dan terma-terma yang terkandung dalam perjanjian jual beli tersebut?

Soalan tersebut telah ditolak oleh Speaker DUN Negeri Sembilan melalui sepucuk surat pemberitahu kepada saya yang bertarikh 20 Julai 2011 tanpa memberikan apa-apa sebab.

Penolakan soalan tersebut secara sewenang-wenangnya adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali dan tidak mematuhi prinsip ketelusan dan akauntabiliti. Ini jelas menunjukkan pentadbiran dibawah Barisan Nasional langsung tidak mengamalkan prinsip ketelusan dalam isu-isu kepentingan awam.

Saya mendesak Datuk Seri Mohamad Hassan supaya segera menjawab persoalan-persoalan berhubung penjualan tanah di Sendayan kepada pihak 1MDB secara terbuka. Kegagalan beliau untuk memberikan penjelasan terbuka hanya akan menimbulkan keraguan sama ada transaksi tersebut diselubungi dengan unsur rasuah.

* Loke Siew Fook, Ketua Pemuda Sosialis DAP & Ahli Parlimen Rasah

Enam pemimpin PSM ditahan bawah Ordinan Darurat bebas

KUALA LUMPUR, 29 Julai — Kesemua enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput yang ditahan sejak awal bulan di bawah Ordinan Darurat telah dibebaskan petang ini.

Peguam N Surendran mengesahkan perkara itu dan kertas berkaitan sedang diproses di Balai Polis Jinjang di sini.

“Ya, maklumat yang saya terima menunjukkan mereka sudah dibebaskan,” kata peguam itu.

Keenam-enam mereka dibebaskan sekitar pukul 5.30 petang tadi.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, perkara itu turut disahkan oleh adiknya Ahli Parlimen Dr Michael Jeyakumar, Xavier Jeyakumar yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor.

“Ya, isterinya ada bercakap dengan saya. Kami sedang cuba mengesahkan butiran sekarang,” kata beliau.

Laporan The Star memetik Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata mereka telah dibebaskan dan tindakan susulan akan ditentukan oleh Peguam Negara.

Semalam, Ismail berkata mereka masih disiasat di bawah Ordinan Darurat. Awalnya mereka disiasat atas alasan cuba mengadakan peperangan ke atas Yang di-Pertuan Agong selepas ditahan di Seberang Perai akhir bulan lalu.

“Kita akan membuat keputusan sewajarnya. Apa yang kita buat adalah sebahagian daripada prosedur dan proses mengikut undang-undang kita,” katanya.

Selain Dr Jeyakumar yang merupakan Ahli Parlimen Sungai Siput, lima lain yang ditahan ialah setiausaha bahagian PSM Sungai Siput, A P Letchumanan, 49, anggota jawatankuasa pusat, Choo Chon Kai, 33, M Sukumaran 50, timbalan pengerusi PSM, M Sarasvathy, 58, dan pemimpin pemuda, R Sarat Babu, 25.

Mereka ditahan dua minggu sebelum perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) di ibu negara pada 9 Julai lalu.

Mengikut Seksyen 3 (1) Ordinan Darurat, polis boleh menahan suspek sehingga 60 hari tanpa perbicaraan.

Pelbagai pihak termasuk beberapa pemimpin dalam Barisan Nasional mengenakan tekanan agar pentadbiran Najib membebaskan mereka.

Gesaan itu juga dikemukakan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Kenyataan ringkas Suaram juga mengesahkan pembebasan mereka.

“Enam tahanan PSM di bawah Ordinan Darurat telah dibebaskan selepas berada dalam tahanan selama 28 hari,” kata kenyataan itu.

Memprotes tindakan pihak berkuasa menahannya, Dr Jeyakumar memulakan mogok lapar semalam.

Mengikut afidavit polis yang didedahkan peguam mereka minggu lalu, pihak berkuasa menahan mereka berhubung siasatan mendalangi perhimpunan Bersih 2.0 awal bulan ini.

Hampir 2,000 orang ditahan menjelang dan ketika perhimpunan Bersih 2.0, tetapi telah dibebaskan.

Hanya enam mereka ini ditahan sehingga hari ini.

The Malaysian Insider difahamkan keputusan membebaskan mereka diputuskan hari ini.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin sebelum ini ada mengatakan bahawa beliau akan meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar membebaskan kesemua tahanan itu.

Video Ekslusif Wawancara Ibrahim Ali









Isu BERSIH: Akhirnya Hero Pendekar Melayu Bersuara

Presiden PERKASA Ibrahim Ali mendakwa beliau membatalkan perhimpunan 9 Julai bagi membantah perarakan BERSIH 2.0 pada minit terakhir bagi mengelakkan pertembungan di kalangan orang Melayu.

Dakwanya beliau mengeluarkan arahan berkenaan kepada penyokong PERKASA kira-kira 90 minit sebelum mereka sepatutnya berkumpul di Taman Tasik Titiwangsa pada jam 2.30 petang Sabtu itu.

Ibrahim juga mendakwa dua faktor lain yang mempengaruhi keputusan 'berani' yang diambilnya itu bagi membatalkan perhimpunan PERKASA adalah kerana menghormati titah Yang di-Pertuan Agong dan Tuanku Sultan Selangor yang tidak mahu demonstrasi jalanan diadakan.

Pada masa yang sama, dakwanya PERKASA tidak mahu menambahkan beban polis yang terpaksa berdepan dengan perhimpunan haram BERSIH pada hari berkenaan.

"Jadi mengambil kira titah Agong dan Sultan, dan demi orang Melayu serta menyedari polis sibuk mengawal BERSIH, jadi saya buat keputusan berani supaya perhimpunan (PERKASA) tidak diadakan. Saya batalkan perhimpunan pada jam 1 petang.


Selanjutnya

Bakal PM Sudah Melawan Bos?

http://2.bp.blogspot.com/-2FC1NrrA154/TjDZAe0eIaI/AAAAAAAALr8/8yr1lZGbvVg/s320/CUKONG.jpg

nampaknya kesabaran muhyiddin dah semakin nipis

mungkin sudah muak dan bosan dengan perangai rosmah dan isterinya

kemunculan kki-kki bodek sudah semakin menampakan

hahahaha

rosmah tidur tak lena, peluk najib macam peluk tiang letrik dah rasanya

Isu Pelantikan YDP Majlis Perbandaran SP, MB Kedah Pejam Mata?

SUNGAI PETANI – Tiga Ahli Parlimen dari kawasan Sungai Petani, Merbok dan Jerai memohon Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak membuat penilaian semula keputusan mengekalkan Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK), Rozaina Datuk Radzi.

Tiga Ahli Parlimen berkenaan termasuk Datuk Johari Abdul (Sungai Petani), Datuk Rashid Din (Merbok) dan Mohd Firdaus Jaafar (Jerai) memohon pertimbangan Menteri Besar supaya membuat penilaian semula terhadap YDP yang menerima bantahan majoriti Ahli Majlis.

Johari berkata, beliau yakin Menteri Besar tidak diberi maklumat tepat berhubung tindakan 17 Ahli Majlis yang memboikot YDP atas sebab tertentu yang telah disenaraikan melalui memorandum mengandungi 10 sebab mengapa YDP perlu ditukar yang dihantar 30 Mei lalu.

“Kami mahukan MB buat penilaian semula apa yang terkandung dalam memorandum di mana Ahli Majlis mahukan YDP ditukarkan jika tidak 17 Ahli Majlis tidak akan menghadiri mesyuarat sekiranya YDP sedia ada masih menjawat jawatan,” katanya kepada media semalam.

Menurutnya, tindakan YDP yang tidak pernah berunding permasalahan yang berlaku adalah tidak patut kerana langsung tiada memberi peluang wakil rakyat bertemu dengannya walaupun ingin membuat temu janji beberapa kali.

Selain itu, Mohd Firdaus berkata, perkara yang dinyatakan dalam memorandum adalah sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang pemimpin yang mengatur perjalanan pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana Bandar Sungai Petani adalah bandar contoh yang pesat membangun dengan pelbagai aktiviti.

“Sekiranya YDP dibiarkan dengan keputusannya, manakala Ahli Majlis tidak juga masuk ke mesyuarat, masalah rakyat terus-terusan tidak dapat diselesaikan dan pelaksanaan beberapa agenda juga akan terganggu.

“Rakyat terbeban dengan pelbagai masalah, tiada tempat mengadu dan akhirnya masalah berhubung soal sampah, jalan berlubang, longkang bocor dan sebagainya tergendala.

“Kita tidak mahu perkara ini berlanjutan dan mahukan setiap Ahli Majlis kembali bertugas seperti biasa namun permintaan Ahli Majlis yang mahukan YDP ditukarkan perlu dilaksanakan terlebih dahulu,” katanya.

Selain itu, Rashid menjelaskan, memorandum itu menunjukkan kewibawaan YDP yang lemah selain terkilan dengan sikap pemimpin tersebut yang seolah-olah tidak prihatin dengan masalah berkenaan.

Beliau mengharapkan Kerajaan Negeri mendengar dan memahami permintaan Ahli Majlis supaya mengambil langkah terbaik dalam menyelesaikan perkara berkenaan agar Ahli Majlis dapat meneruskan kembali tugas dan berkhidmat kepada rakyat.

Menurutnya, desas-desus yang mengatakan bahawa Ahli Majlis mempunyai kepentingan mendapat tender sehingga diabaikan YDP menyebabkan mereka memboikot adalah tidak benar dan sekiranya berlaku, perkara itu boleh dipanjangkan ke siasatan terperinci berserta bukti kukuh.

“Kami tidak akan membiarkan sekiranya ada Ahli Majlis yang ada kepentingan masing-masing dan tindakan akan diambil kepada mereka sekiranya didapati bersalah,” katanya.

Rosmah Tak Mahu Layan, Mahu Bantu Suami Dan Rakyat

Isu cincin RM24j: Rosmah kata fitnah, tiada masa mahu layan


KUALA LUMPUR, 29 Julai — Dalam kenyataan pertama sejak isu pembelian cincin berharga lebih RM24 juta muncul tiga minggu lalu, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, menyifatkan dakwaan yang mengaitkannya sebagai satu fitnah dan beliau tiada masa mahu melayan perkara itu.

Rosmah berkata, sebagai isteri Perdana Menteri beliau lebih senang memberi tumpuan terhadap perkara lebih berfaedah, terutama dalam hal dan agenda pembangunan rakyat daripada melayan isu tidak relevan.

“Tak ada apa yang saya nak cakap (mengenai pembelian cincin lebih RM24 juta) sebab saya tidak ada masa hendak layan perkara seumpama ini. Ikut sedap dia (blogger) saja hendak cakap (tuduh),” kata beliau dipetik Berita Harian hari ini.

“Ini bukan perkara seronok-seronok, ini adalah fitnah . . . apa yang saya tidak rasa? Semua saya sudah rasa (difitnah).

“Justeru, daripada saya layan perkara seumpama ini lebih baik saya beri perhatian kepada hal rakyat kerana itu lebih penting,” katanya kepada pemberita di Pokok Sena, Kedah, semalam.

Ekoran kemunculan isu itu, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dua minggu lalu.

Ketua PKR Rembau itu turut mendesak supaya Rosmah memberi penjelasan sumber wang yang dibelanjakannya untuk membeli cincin tersebut.

Badrul berkata beliau juga akan menyerahkan salinan cetakan dokumen itu dari skrin komputer bagi membuktikan pembelian cincin berharga RM24.4 juta itu bebas daripada dikenakan cukai import.

Beliau yang popular dengan panggilan Chegubard berkata, berdasarkan maklumat yang diterima SAMM pada 16 April lalu, berlian yang dikenali sebagai “Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond” diterbangkan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Rosmah yang berada di Kedah mengiringi Datuk Seri Najib Razak dalam rangka lawatan kerja sehari ke negeri ini semalam diminta mengulas dakwaan portal berita pembangkang baru-baru ini kononnya beliau membeli sebentuk cincin bertatahkan berlian bernilai lebih RM24 juta.

Sementara itu, Rosmah berkata, sebagai isteri Perdana Menteri yang mempunyai kelulusan dan kelayakan lebih wajar baginya untuk menyumbang kepada usaha membantu rakyat termasuk usaha memantapkan pendidikan awal kanak-kanak terutama di luar bandar.

“Saya lebih senang dengan apa yang saya lakukan sekarang bagi membantu rakyat terutama dalam hal memperkasa pendidikan awal kanak-kanak terutama di luar bandar kerana bagi saya ilmu adalah harta paling bernilai untuk masa depan mereka,” katanya.

Video Debat: Kematangan Demokrasi Di Malaysia Pusingan 2







Video: Debat Kematangan Demokrasi Di Malaysia Pusingan 1







Najib PM Terakhir Umno

Dari JalanTelawi.com
Oleh Hasmi Hashim

“Negara ini sebenarnya selama 50 tahun diperintah oleh golongan bangsawan”.

~ A. Samad Said, Sasterawan Negara.

Ketika orang berdedai-dedai turun ke jalan raya dengan si tua kelaparan, anak muda tak berpekerjaan, bayi kesejukan kala malam dan satu-satunya harapan politik terakhir ialah berdemontrasi, Saif al-Islam Gaddafi bergilir ditemuramah wartawan dari ruang Istana Presiden.

Saif, 39, adalah anak kedua Presiden Libya, Muammar Gaddafi. Babak-babak ini berlaku hanya beberapa bulan sebelum di Kuala Lumpur, demonstrasi bersejarah 9 Julai lalu terjadi—Bersih 2.0.

Saif yang boleh bertutur Inggeris dengan telo Arab ditugas berhadapan dengan wartawan dan media antarabangsa; menjawab dan menjelaskan kepada dunia apa yang ‘sebenarnya’ terjadi. Seperti yang terduga, omongan penguasa totalitarian di mana-mana pun sama.

Saif menuduh pendemonstran yang menentang bapanya adalah dari rangkaian pengganas al-Qaeda. Mereka juga kata Saif, “pengkhianat” yang bermunculan daripada pendalaman—sedangkan di Tripoli, ibu negeri, sentiasa aman.

Tuduhan “pengkhianat” mahupun “al-Qaeda” tak ubah seperti tuduhan pentadbiran Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak kepada mereka yang turun ke jalan raya kelmarin dalam demontrasi Bersih 2.0. Di sini, pemimpin dan aktivis yang ditangkap di bawah Ordinan Darurat (EO) tak boleh bertemu meski dengan anak-isteri.

Revolusi di beberapa negara Arab awal tahun ini antara lain menyelongkar perasaan yang terbuku di hati rakyatnya. Bukan sahaja soal korupsi, pembolotan kekayaan negara oleh segolongan elit, tetapi gaya politik legasi-nipotisme juga mulai ditolak. Mesejnya ialah, sama ada di Tunisia, di Mesir dan Libya, dalam lubuk sanubari manusia mereka menolak pemimpin politik yang mahu mewariskan pemerintahan kepada darah keturunan sendiri.

Sedar tak sedar, antara latar kebencian dan penentangan menjurus kepada Husni Mubarak adalah persoalan ini. Dia ditumbangkan kalamana Mubarak khabarnya dalam proses peralihan kuasa kepada pewaris yang dia sudah siapkan dari rahim isterinya, Suzanne. Menjadi rahsia umum di Mesir bahawa anak sulung Mubarak, Gamal, akan menggantikan si bapa sebagai Presiden.

Faham ala-maharaja dan rendah tamadun sebegini nampak berlaku di mana-mana. Mungkin sahaja, keresahan Sasterawan Negara, Pak Samad ada asasnya. Orang Malaysia, terutama sebelum krisis politik-ekonomi 1997-98, juga berfikiran feudal dan lapuk sebegitu. Rakyat kebanyakan (yang sekaligus memegang kuasa undi terbesar), dengan mudah-mudah melepaskan kuasa politik-pemerintahan kepada kelompok kelas atas, atau apa yang disebut Pak Samad sebagai “golongan bangsawan”.

Cacatnya golongan ini mudah, iaitu mereka (yang dibesar dalam lingkungan elit) takkan dapat merasakan denyut-nadi rakyat sampai ke bawah-bawah. Jauh lagi untuk fahami. Bukan juga rahsia apabila golongan bangsawan itu tak mahu anak-anak mereka bersekolah di sekolah mahupun universiti kebangsaan. Sementara sistem pendidikan yang mereka cipta dan mahu rakyat mendukung, mereka sendiri tak memakainya.

Pak Samad menamakan dari PM pertama, Tunku Abdul Rahman Putra yang lahir di anjung istana, sehingga kepada PM hari ini, Najib yang orang tuanya juga perdana menteri. Menurut Pak Samad, yang terlepas daripada lingkungan keluarga bangsawan [barangkali] cuma Dr Mahathir Mohamad. Abdullah Badawi yang sempat berkuasa sekelip mata, yang lahir daripada tatanan agamawan juga ditanda sebagai cebis-cebisan golongan bangsawan.

Rakyat selalu diwar-warkan, dipaku di dalam fikiran dan hati bahawa anak kepada seorang perdana menteri, misalnya, sediakala arif soal politik dan pentadbiran. Dia boleh meneruskan apa yang baik, yang pernah dilakukan oleh bapanya. Semua keyakinan ini tertanam sejak awal-awal lagi, dan, tak pernah dipersoal entah iya entahkan tidak. Padang permainan tak pernah sama rata…

Memandang kepada susur-galur Dato’ Onn Jaafar, kalau diangkat sebagai contoh, baik anak Dato’ Onn iaitu Hussein Onn mahupun si cucu, Hishamuddin Hussein; keduanya tak nampak tanda menginsafi idealisme leluhur mereka. Masing-masing buat endah tak endah terhadap antara idea utama Dato’ Onn iaitu gagasan mahu menjadikan Umno sebagai parti pelbagai kaum. Masing-masing hanya menggunakan bayangan ayah sebagai batu loncatan.

Gamal si anak Mubarak itu misalnya, dia memulakan kerjaya sebagai pegawai pelaburan perbankan di Bank Amerika. Di dalam parti yang dikuasai bapanya, Parti Demokratik Nasional, sedari awal Gamal dilantik sebagai timbalan setiausaha agung—di samping kuncu-kuncunya mulai diposisikan di jawatan-jawatan berpengaruh.

Dalam kes Najib, jejak politik beliau pertama kali menjadi ahli parlimen ialah pada umur 23 tahun; menggantikan sang bapa yang meninggal dunia mengejut. Malah sejak pulang belajar dari England, Najib sudah bertugas di Bank Negara dan Petronas.

Pencapaian-pencapaian Najib pernah dijadikan dokumentari propaganda; ditayang di TV1 seawal beliau memegang jawatan. Antara tujuan dokumentari itu antara lain untuk menimbulkan rasa ‘gerun’ di hati rakyat terbanyak—sedangkan boleh dipersoal, separuh pencapaian Najib tak lain kerana dia anak seorang PM.

Apakah tanpa nama Razak di belakang nama Najib, beliau boleh jadi Menteri Besar Pahang pada umur 29, mahupun sebagai timbalan menteri pada umur 25?

Dengan semua kemudahan dan peluang luar biasa yang terbentang itu, Najib tentulah tak pernah berfikir dan bersusah-payah sepertimana ramai anak muda seangkatannya. Jauh lagi mengharap Najib benar-benar merasai perih-payah sebagai orang bawah. Kalau di kampung saya, anak ketua kampung yang berangan untuk juga menjadi ketua kampung akan dicemoh kawan-kawan…

Betapa presiden-presiden Filipina yang masuk-keluar Istana Malacanang juga berlegar-legar selingkar sembilan keluarga tuan-tuan tanah di Filipina. Bangsawan ini mampu miliki kekayaan, tanah serta ladang maha luas diwarisi sejak zaman penjajah Sepanyol. Presiden Filipina sekarang, Benigno C. Aquino III pun bukanlah seorang yang terkenal cemerlang gagasan pembangunan dan politik ke atas bangsanya, meski keperibadian-politiknya beliau tetap sahaja seorang yang dikatakan demokratik.

Kini sedikit-sebanyak kita boleh bertanggapan bahawa ‘lusuhnya’ Rumah Putih tak lain apabila George W Bush si anak memasuki dan mendiaminya selama dua penggal. Tak biasa dalam sejarah kepresidenan Amerika Syarikat, anak-beranak atau suami-isteri bergiliran memegang jawatan presiden. Berbanding Bush si ayah yang tak sempat melancarkan perang ke atas Iraq, Bush Jr jualah yang lengkapkan misi itu. Saya kira itulah sumbangan terbesar Bush kepada tamadun manusia.

Dengan layanan buruk, kecaman melulu dan tindakan anti demokrasi menjelang demonstrasi Bersih 9 Julai lalu, dilatari kemunafikan elit penguasa, Pak Samad melontar sebuah harapan. Katanya dalam temubual yang sama dengan portal Malaysiakini, “Bapak harapkan dalam pilihanraya yang akan datang ini mereka (kerajaan Umno-BN pimpinan Najib) mundurlah ataupun jatuh.”

Rakyat tak pernah memilih Najib sebagai PM. Abdullah Badawi yang memberikan kunci Seri Perdana kepadanya—sementara era politik anak-cucu dan menantu sudah mulai dipertikai.

Maka PRU ke-13 bakal jadi tanda aras sama ada rakyat bersedia meleraikan sistem pemikiran politik feudal atau tidak. Dari kata-kata Pak Samad, fahamlah kita bahawa biarlah Najib jadi PM terakhir dari Umno yang mewakili sistem sebegini. Selepas lebih 50 tahun, sekarang peluang bagi bangsa kita bebas dari cengkaman golongan bangsawan dengan sebuah zaman baru yang waras dan adil perlu segera ditempa.

Rajagobal: Nasib tidak memihak Malaysia

KUALA LUMPUR, 29 Julai — Biarpun gagal mara ke pusingan ketiga perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 malam tadi, aksi cemerlang dipersembahkan oleh skuad kebangsaan wajar diberi pujian.

Impian Malaysia untuk melakar sejarah dengan melangkah ke pusingan ketiga kelayakan musnah apabila sekadar seri 1-1 pada perlawanan timbal balik menentang Singapura semalam.

Ketua jurulatih kebangsaan Datuk K. Rajagobal berkata, secara keseluruhan beliau berpuas hati dengan persembahan pemainnya yang bekerja keras, namun menganggap nasib tidak menyebelahi Malaysia.

Malaysia gagal bangkit untuk mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia biarpun seri 1-1 untuk menjadikan agregat 4-6.

“Pemain saya telah bermain dengan baik dan mereka dilihat tidak menghampakan sokongan ribuan penyokong negara yang membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Sepatutnya kita boleh menang kerana terdapat beberapa peluang yang gagal dimanfaatkan oleh pemain kita namun saya tetap berbangga dengan kebangkitan pemain memperolehi gol pertama pada babak kedua perlawanan,” katanya dipetik Bernama Online.

Rajagobal berkata penjaga gawang gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat telah menunjukkan aksi cemerlang apabila berjaya menyelamatkan beberapa cubaan bahaya daripada Singapura.

“Kesungguhan Khairul Fahmi dan seluruh pasukan harus diberi pujian,” katanya.

Sementara, ketua jurulatih Singapura, Radojko Avramovic berkata beliau dengan pencapaian pemain untuk mara ke pusingan ketiga pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia.

“Punca kejayaan adalah disiplin dan permainan cemerlang yang ditunjukkan oleh oleh semua pemain.

“Ini bukan kali pertama kami bermain di hadapan begitu ramai penonton. Kami mempunyai banyak pengalaman dan tidak gentar bermain di hadapan penyokong Malaysia,” katanya.

Pasukan Harimau Malaya tersingkir menerusi agregat 6-4 selepas kalah 5-3 pada perlawanan pertama pusingan kedua di Singapura Sabtu lalu.

Laporan itu juga menyebut, Mohd Safee Mohd Sali menceriakan 90,000 penonton dengan memberi harapan untuk mengatasi defisit dua gol apabila menjaringkan gol tunggal pada minit ke-57.

Keghairahan pasukan negara untuk mencari ruang dan peluang membolosi benteng pertahanan Singapura nyata meleset apabila pasukan lawan mengatur gerakan pantas bagi mematahkan semangat juang pemain negara.

Keazaman pemain negara untuk menambah gol kedua membawa padah apabila Shi Jiayi membuat gerakan solo selepas menerima hantaran sepakan percuma dari tengah padang untuk mengatasi tiga pemain pertahanan negara sebelum menyumbat gol penyamaan Singapura pada minit ke-72.

Gol tersebut memberi tekanan buat skuad Rajagobal yang memerlukan dua jaringan lagi mengurangkan defisit gol.

Namun semangat Malaysia tidak luntur apabila mengatur beberapa serangan menerusi S. Kunanlan, Safee Sali dan pemain gantian, Ahmad Fakhri Saarani namun penyudah yang tumpul gagal membuahkan sebarang hasil.

Singapura kelihatan ingin melengah-lengahkan masa dengan beberapa pemainnya dilihat mengalami kecederaan.

Malang bagi Ahmad Fakhri Saarani apabila dilayangkan kad merah pada masa tambahan kerana didakwa mengasari pemain lawan untuk menjadikan pasukan negara bermain 10 orang pada minit-minit terakhir hingga wisel penamat ditiup oleh pengadil dari Jepun Takayama Hiroyoshi.

Rosmah mahu peruntukan lebih untuk Permata

POKOK SENA: Selepas mendapat peruntukan RM211 juta bagi tahun 2010 dan 2011, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mahu peruntukan yang lebih untuk Program Permata Negara (Permata).

Bernama hari ini melaporkan Rosmah yang juga pengerusi Jawatankuasa Kerja Penyelerasan Permata Negara berkata, peruntukan itu kononnya bagi memperluaskan pembangunan pusat berkenaan di kawasan memerlukan, terutama di luar bandar.

Rosmah juga berkata penubuhan pusat itu untuk ‘memastikan’ kanak-kanak terutama di bawah usia empat tahun, dapat mengikuti proses pembelajaran terbaik, lebih sistematik dan saintifik.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat menyelar peruntukan RM211 juta yang disifatkan tidak wajar ketika rakyat menanggung kesengsaraan berikutan kenaikan kos kehidupan akibat kenaikan harga barang dan harga minyak.

Kuasa yang diberikan kepada Rosmah yang menggelar dirinya sebagai ‘Wanita Pertama Malaysia’ mengendalikan program Permata juga dianggap tidak relevan.

Ini kerana ia sepatutnya diletakkan di bawah kendalian Kementerian Pelajaran yang menterinya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pada Mei lalu, kerajaan memberi alasan menaikkan harga gula sebanyak 20 sen sekilogram, bagi menjimatkan wang negara sebanyak RM116.6 juta, sedangkan Permata memperoleh peruntukan yang hampir sama dengan jumlah subsidi berkenaan untuk tahun ini.

Rosmah baru-baru ini menimbulkan kegemparan berikutan pendedahan bahawa beliau membeli sebentuk cincin berlian berharga RM24.45 juta dari syarikat pengeluar berlian terkenal Amerika Syarikat, Jacob & Co.

Sebelum ini, Rosmah yang digelar ‘Imelda Marcos Malaysia’ membelanjakan sebanyak RM4,498,0949.99 juta wang rakyat untuk mengadakan Sidang Kemuncak Wanita Pertama di Ibu negara Oktober tahun lalu.

Dalam rangka lawatan ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh, beliau membelanjakan sebanyak RM134,317.76, selain suaminya sendiri Najib Razak membelanjakan RM8.7 juta untuk mengadakan lawatan ke 42 negara seluruh dunia..

Malah, Rosmah turut berbelanja mewah dengan menghabiskan lebih RM100,000 bagi penginapan hotel mewah, Atlantis di Dubai hanya untuk tempoh semalaman.

Semasa

Hiburan

Sukan

 

© Copyright Kerabu Bersuara 2007 -2013 | Design by Kerabu Bersuara | Published by Kerabu Bersuara Group | Powered by Blogger.com.