News Update :

Politik

Kenyataan

Agama

Dunia

Rakyat Selangor Selesa, Tiada Sebab Tukar Kerajaan

December 31, 2011

KUALA LUMPUR, 31 DISEMBER: Kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengatakan rakyat Selangor menyesal kerana menolak BN di dalam pilihanraya yang lalu merupakan kenyataan yang tidak berasas sama sekali.

AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, ia bertentangan dengan kegembiraan oleh rakyat Selangor menikmati berbagai kemudahan lapor Harakah Daily.

“Kenapa pula rakyat Selangor hendak menyesal kerana menolak BN?” ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, rakyat Selangor tidak pernah bermimpi memperolehi air percuma, skim kifalah RM2,500, guru Kafa mendapat elaun RM1,500, Tabung Wawasan Anak Selangor (Tawas) RM100, skim mikro kredit miskin bandar sebanyak RM5,000 bagi mereka yang berpendapatan RM1,500 sebulan dan berjaya melunaskan hutang negeri RM173 juta daripada RM800 juta.

Beliau berkata, sebenarnya yang paling menyesal apabila rakyat Selangor menolak BN di Selangor ialah pemimpin Umno.

Ini, katanya kerana impian mereka hendak membolot khazanah di Selangor tidak kesampaian.

“Hajat untuk membina rumah mewah yang berhaga berpuluh juta terpendam, hajat mereka untuk menutup kelas pengajian di masjid dan surau tidak berjaya,” ujarnya lagi

Tambahnya, perkara yang paling menyakitkan hati pemimpin BN ialah ‘khurafat’ yang mengatakan selain daripada Umno memerintah maka sebuah negeri tidak maju telah tertolak dengan kejayaan PR menunjukkan prestasi cemerlang walaupun dalam masa yang singkat.

“Rakyat Selangor tidaklah sebodoh itu untuk menukar kerajaan Pakatan Rakyat yang sudah memberi keselesaan, kepada BN yang kembali menindas rakyat demi kepentingan perut kroni dan anak pinak jika mereka berkuasa,” ujarnya.

Senarai Program Ambang Tahun Baru Cara Islam

a] Konsert Hibur Didik (di Dataran Greenwood, depan Shell, Gombak)
Majlis ini bermula malam ini [31 Disember]
Menariknya program ini turut disertai EXCO DPP Malaysia membuat persembahan bersama bekas kumpulan - kumpulan rock yang mula mendekati dakwah Islam.

(https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150434675321123&set=a.139739791122.124204.670736122&type=1&ref=nf)

b] XPDC Dakwah oleh GAMIS, (di Masjid Jamek Bandaraya KL)
- Mula pagi 31 Disember hingga pagi 1 Jan 2012.
- best sebab ada bedah buku dan boleh belajar tentang dakwah secara praktikal di Dataran Merdeka.

(https://www.facebook.com/events/236589383076588/)

b] Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati (Masjid Negara / Dewan Jawi)
- Mula tengahari 31 Disember hingga tengahari 1 Jan 2012.
- Best sebab ada Shoutul Harakah dan larian 1000 pemuda.

(https://www.facebook.com/events/208410885904653/)

c] Soal Jawab Agama USTAZ AZHAR IDRUS (Dataran Kemerdekaan Shah Alam)
- Mula malam ini [31 Disember]
- Best sebab ada Ust Azhar Idrus berganding dengan Zizan Raja Lawak.

(https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150423649556612&set=a.466868491611.253845.247020686611&type=1&ref=nf)

d] Malam Apresiasi Ikim.Fm, (di Masjid Wilayah Persekutuan KL)
- Mula pagi 31 Disember hingga pagi 1 Jan 2012.
- Best sebab ada Prof Muhaya dan ramai artis nasyid yg hadir.

(http://www.ikimfm.my/ikimfm/index.php?option=com_content&view=article&id=171%3Amalam-apresiasi-ikimfm-2011&catid=61%3Aberita-terkini)

e] Program Indahnya Islam, (di Masjid As-Syakirin KLCC)
- Mula pagi 31 Disember hingga pagi 1 Jan 2012.
- Best sebab ada byk bedah buku menarik terutama buku Abdul Latip dan forum oleh Fatimah Syarha.

(https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2683729527154&set=a.1223249936077.2034960.1073841570&type=1&theater)

Mat Isa Sabu MB Laung Amaran Kepada Shahidan?

Sokong siapa sahaja calon BN-MB Perlis

KANGAR 31 Dis. - Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md Isa Sabu mahu anggota komponen Barisan Nasional (BN) memberi sokongan kepada siapa sahaja yang dipilih sebagai calon BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

Md Isa yang juga Pengerusi BN negeri berkata, apa yang penting ialah kemenangan parti dan bukannya calon yang bertanding.

Beliau berkata, sekiranya anggota BN bersatu dan bekerja keras, beliau yakin BN negeri mampu menawan semula kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang dan DUN

Simpang Empat pada pilihan raya umum akan datang. - BERNAMA

Senarai Ranking Top Blogger 2011 Malaysia

Berikut adalah Senarai ranking Top Blogger 2011 Malaysia. Kini sudah berada di penghujung tahun 2011 maka senarai Top Blogger 2011 sudah boleh dikeluarkan . Untuk pengetahuan umum, pengiraan berdasarkan kedudukan Alexa ranking di Malaysia. Blog yang terlibat adalah blog bahasa melayu sahaja.

Senarai Blog

1. Beautifulnara.com ( 9,967/55 )
2. Blogserius ( 15,393/88)
3. Ohbulan ( 19,502/109 )
4. Denaihati (20,296/119 )
5. Amanz.my ( 24,540/120 )
6. Rotikaya.com (34,258/142 )
7. Itsmesaiful.blogspot ( 34,959/177 )
8. Mummynemo.com ( 47,155/198 )
9. Uptomu.net (61,348/204)
10. Ohartis.com ( 40,623/227 )
11. Benashaari.com ( 41,830/242 )
12. Ceritamamat.com ( 54,649/243)
13. Ammboi.com ( 56,279/245)
14. Informasi.my ( 41,424/250 )
15. Akustressgiler ( 62,413/271 )
16. Borak Kosong ( 45,591/272 )
17. PuanBee ( 44,084/284)
18. Encik Nakal ( 63,779/295 )
19. Abgteror ( 64,576/317 )
20. Arifshah.com ( 48,135/318 )
21. Ohtidak.com ( 49,550/338 )
22. Yanmieonline ( 59,732/381 )
23. Asyrafasnawi.com ( 77,016/387 )
24. Rafinamimi.com ( 72,160/418 )
25. 2dayblogger.com ( 72,160/418 )
26. Melvister.com ( 108,073/455 )
27. Wootmedia.my ( 105,319/475 )
28. Melayukini.net ( 93,397/490 )
29. Zulkbo.com ( 111,277/492 )

Info:

Warna Biru (kiri) : Kedudukan Alexa Global

Warna Hijau (kanan) : Kedudukan Alexa Malaysia

Kedudukan Alexa diambil pada 30 Disember 2011

Blog berunsurkan politik dan lucah tidak tersenarai dalam kedudukan Top Blogger 2011

Sumber: Senarai Ranking Top Blogger 2011 Malaysia | melvister.com

Hukum Sambutan Tahun Baru Masehi

Soalan

Saya pernah terbaca bahawa haram bagi kita umat Islam menyambut perayaan Tahun Baru pada malam 31 Disember? Apa pandangan ustaz dalam perkara ini?

Jawapan

Pertamanya, sebagai umat Muhammad SAW, kita di ajar untuk mengira peredaran hari menggunakan bulan Islam, ia terlebih afdhal. Pengiraan zakat perlu menggunakan bulan Islam bagi mengetahui "hawl" (tempoh wajibnya) sudah sampai atau belum. Justeru, secara umumnya adalah lebih baik untuk kita mengingati bulan Islam ini bagi terus menjaga identiti Islam yang tersendiri. Islam juga telah meletakkan dua hari raya yang patut disambut dan dirayakan oleh Umat Islam iaitu Eidil Fitri dan Eid Adha.

Oleh itu, sebarang sambutan majlis lain mestilah tidak menyerupai sambutan perayaan dua hari raya Islam tadi. Islam juga terbuka dalam menilai sambutan keraian yang tidak bersifat keagamaan, diterima adat dan tiada unsur yang bercanggah dengan hukum dalam sambutannya.

Tidak dinafikan bahawa terdapat para ulama yang mengharamkan sama sekali sambutan tahun baru dalam apa jua bentuk. Namun, menyambut tahun baru Masehi (yang mengikut kiraan Gregorian calendar ciptaan Pope Gregory), menurut pandangan saya, ia adalah HARUS secara bersyarat serta bergantung kepada cara sambutan dan keraian yang dibuat.

Walaupun kalendar masehi adalah ciptaan bukan Islam, namun melihat kepada penerimaan kalendar moden ini, ia tidak lagi kelihatan bersangkut paut dengan agama malah amat ramai yang tidak lagi mengetahui dan ambil endah tentang asal usulnya, apatah lagi kaitannya dengan mana-mana agama. Ia sudah dikira sebagai sebuah kalendar moden yang diterima di atas asas adat dan kebiasaan. Namun begitu, syarat-syarat seperti berikut mestilah diambil perhatian dalam sambutannya:-

* Sambutan tersebut dilakukan atas asas ‘Uruf atau ‘Adat dan bukannya di anggap sebagai suatu upacara keagamaan. Jika ia diasaskan atas dasar ibadah maka ia perlu mempunyai sandaran dalil yang jelas. Bagaimanapun jika menyambutnya atas asas adat dan diisi dengan progam yang boleh membawa kesedaran keagamaan dan kebaikan, maka saya masih berpendapat ia adalah HARUS kerana ia termasuk di bawah umum kelebihan majlis ilmu.

Justeru, sambutan tahun baru menurut adat setempat adalah HARUS DENGAN SYARAT berdasarkan penerimaan Islam terhadap adat yang tidak bercanggah dengan Islam. Kaedah Islam yang menerima adat seperti ini adalah " Al-‘Adat Muhakkamah"

Ertinya : "Adat yang tidak bercanggah dengan Syara' boleh menentukan hukum sesuatu perbuatan dan tindakan". (Rujuk Al-Madkhal al-Fiqhi Al-‘Am, Syeikh Mustafa Az-Zarqa, 2/885 ; Syarh alQawaid al-Fiqhiyyah, Syeikh Ahmad Az-Zarqa, ms 219).

Terdapat satu keadah lain berbunyi : " Innama tu'tabaru al-‘Adat iza attaradat aw ghalabat"

Ertinya : Sesungguhnya diiktiraf sebagai adat (yang tidak bercanggah) apabila ianya berterusan dilakukan dan dilakukan oleh majority". (Al-Qawaid al-Fiqhiyyah, Ali Ahmad An-Nadawi, ms 65)

* Tiada percampuran rambang lelaki dan wanita yang bukan mahram yang dikebiasaan membawa kepada maksiat. Bagaimanapun, syarat ini hampir mustahil untuk dijaga pada zaman ini kecuali jika dianjurkan oleh badan agama yang disertai mereka yang mempunyai ilmu agama yang baik dan bukan terbuka sebagaimana sambutan besar-besaran umum. Tatkala itu, sambutan akan menjadi haram jika syarat ini tidak dijaga. Namun ia tidak semestinya menjadikan seluruh sambutan menjadi haram jika percampuran itu tidak menjadi satu agenda penganjur, tatkala itu, mereka yang bercampur atas kehendak sendiri melakukan dosa secara individu dan ia dari jenis 'haram lighairihi' atau haram yang datang akibat dari sebab-sebab luaran.

* Tidak dicampur adukkan dengan hiburan-hiburan yang bertentangan dengan kehendak Islam. Seperti lagu-lagu memuji muja kekasih, wanita, arak. Tidak kira samada ianya lagu biasa atau nasyid (terutamanya dengan kebanjiran kumpulan nasyid hari ini tersasar dari tujuan asal mereka sehingga memperkenalkan lagu-lagu memuji-muja wanita sebagai kekasih).

* Kandungan majlis sambutan ini juga mestilah bertepatan dengan kehendak syara'. Majlis sambutan tahun baru dengan penganjuran majlis ilmu sebagai mengambil sempena cuti umum adalah diharuskan pada pandangan saya.

Sekian

Ust Zaharuddin

www.zaharuddin.net


8 Feb 2007

Najib Bawa Bini VS Hadi Bawa Bini

December 30, 2011

http://3.bp.blogspot.com/-DYDJjKBdeyg/Tjo3L6vfA1I/AAAAAAAAAz0/S36H9h0hshU/s1600/Najib%2BRosmah.jpg


http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/390443_212559298829196_146911248727335_446272_1976048755_n.jpg

Naib Canselor jadi perkakas Umno halang mahasiswa sertai Bebaskan Anwar 901

(Nabihah Hamid)

KUALA LUMPUR: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) membidas Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang menghalang pelajar universiti dari menyertai perhimpunan Bebaskan Anwar 901 (9 Januari).

“Datuk Sahol Hamid Abu Bakar perlu tumpu usaha ke arah memperkasakan kecemerlangan akademik UiTM dan bukannya menjadikan dirinya perkakas Umno.

“Jika Sahol mahu menasihati mahasiswa tidak jadi alat politik, beliau juga perlu berhenti dari jadi alat politik Umno. Jika beliau sendiri gagal, Sahol umpama ‘ketam yang mengajar anaknya berjalan’,” kata Najwan Halimi – Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN itu pada kenyataan media hari ini.

Sebelum ini, Sahol memberi amaran kepada mahasiswa UiTM supaya tidak menyertai kempen Bebaskan Anwar 901 tetapi dilihat menyokong demonstrasi mahasiswa di Putrajaya yang kononnya menyokong kepimpinan Perdana Menteri.

Najwan berkata, kenyataan Sahol yang dimuat naik di twitternya cukup mengejutkan kerana secara terbuka menzahirkan kecenderungan politiknya terhadap Umno.

“Pada 11 Disember 2011, akaun twitter Sahol memapar kenyataan bertulis: UMNO dan UiTM Sentiasa di Hati,” katanya.

AMK difahamkan mahasiswa UiTM atas arahan Sahol dikerah ke Putrajaya bagi menyertai perhimpunan menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib Razak yang didalangi mahasiswa Aspirasi pro-Umno.

Sebelum ini, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerajaan menghentikan tekanan terhadap mahasiswa dan menyifatkan Umno sebagai terdesak kerana takut dengan kelompok mahasiswa.

Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan kebangkitan mahasiswa apabila mereka berdemonstrasi untuk menuntut kebebasan akademik.

Isu Masalah Scoreboard International Stadium Kelantan. JPP Haram Sekat Peruntukan Wang? Kenapa Anuar Musa Mengamuk?

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/386075_207209336034188_116420218446434_423073_1138636888_n.jpg

klik gambar untuk tatapan lebih jelas.

TG Nik Aziz: Salam Mahabah Dan Realiti Membangun Negara Berkebajikan

http://www.blogtokguru.com/wp-content/uploads/2011/12/picq.png

Salam Mahabah Dan Realiti Membangun Negara Berkebajikan

Firman Allah SWT,

“Dan berpegang teguhlah kamu pada tali Allah dan jangan berpecah-belah…”

(Pangkal surah Aali-Imran ayat 103)

“Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi (segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak).“

(An-Nisaa’ ayat 174).

Bersempena dengan Salam Mahabbah dengan Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Awang (1 Safar/ 26 Disember lalu), saya rasa gembira kerana sempat bersembang dan menyatakan sesuatu demi memperkukuhkan semangat muhibah antara pimpinan parti.

Justeru saya merenung kembali perspektif Membangun Negara Berkebajikan yang menjadi ribut kecil sehari-dua ini. Seperti mana saya terangkan kepada pihak tertentu termasuk apa yang saya sebutkan sewaktu bersama program Anak Muda Kelantan di PUTIK, Pengkalan Chepa pada 28 Muharam (24 Disember) lalu.

Perspektif Membangun Negara Berkebajikan saya ulas kembali. Bagi saya, realiti Membangun Negara Berkebajikan tetap selari dengan prinsip Islam dan sesungguhnya ia tidak bercanggah dengan pendirian PAS untuk menegak Negara Islam. Cuma kalimahnya berbeza, sedangkan isi dan acuannya tetap sama, iaitu untuk mencapai keredaan Allah SWT.

Di antara fakta yang harus difahami, Islam harus dilihat dari perspektif kepelbagaian sebagaimana dinyatakan Allah di dalam Al-Quran. Antaranya dalam surah Al-Fatihah ada kalimah yang menjadi isi Negara Islam, iaitu ‘ihdinassiraatal mustaqim’ – tunjukilah kami jalan yang lurus – iaitu jalan agama yang diredai Allah dan Rasul-Nya.

Demikian natijahnya, Allah SWT menyebutkan Islam itu dengan pelbagai nama. Antaranya, Islam sebagai jalan yang betul (lurus), disebutkan juga (Surah Aali-Imraan : 103): ‘wa’tasimun bihablil Lah ijami’a’ – dan berpegang teguhlah kamu pada tali Allah – yang bermakna tali Allah itu ialah Islam. Demikian di dalam Al-Quran (An-Nisa : 174): ‘wa’anzalna ilaikum, nurann mubiina’ – dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi (segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak).

Justeru Membangun Negara Berkebajikan adalah kalimah yang diolah, sepertimana kalimah Islam itu diterangkan dalam pelbagai senario : bil-Islam (tali Allah) sebagai pengikat yang kukuh, penghubung di dalam menolong sesama insan dan Islam itu ibarat tali yang panjang dan insan beriman perlu berpegang kuat untuk sampai ke penghujungnya, iaitu syafa’at Nabi SAW dan keredaan Allah SWT.

Begitu pula, Islam sebagai cahaya iman yang membebaskan kehidupan manusia dari kegelapan (tidak beriman) kepada terang-benderang (mencapai keimanan). Oleh sebab itu, sesiapa sahaja akan menerima cahaya iman dengan izin Allah, tidak kira ia seorang Melayu atau Cina atau India. Semuanya menumpang atas cahaya iman itu, kerana akhirat kelak akan dibangkitkan bersama cahaya iman, jika sebenar-benar ia beriman.

Hakikat ini hanya ditemui dalam sebuah negara yang berkebajikan kerana kebajikan itu hendaklah difahami sebagai cahaya keimanan. Mana-mana negara yang melaksanakan program berkebajikan menurut acuan Islam, maka membolehkan rakyatnya mencapai tingkat berkebajikan berserta keimanan, iaitu mencapai tingkat keimanan disebabkan amal khairat kerajaan dan rakyat.

Demikian saya merenung sejenak perpsektif Membangun Negara Berkebajikan yang ada baiknya dapat difahami oleh semua pihak.

http://www.blogtokguru.com/salam-mahabah-dan-realiti-membangun-negara-berkebajikan/

Rakyat Selangor Dapat Wifi Percuma 2012

KUALA LUMPUR 30 Disember : Bagi mendekatkan lagi agenda kerajaan negeri dalam program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), Selangor bakal memperuntukkan jalur lebar (wifi) percuma kepada rakyatnya bermula 2012.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rawang, Gan Pei Nei, langkah bijak Selangor itu bagi melahirkan rakyat celik internet di samping dapat menyalurkan maklumat dengan tepat kepada rakyat lapor Keadilan Daily.

“Dengan adanya wifi percuma, rakyat lebih senang mendapatkan informasi tepat dan benar daripada kerajaan negeri khususnya.

“Ini adalah salah satu cara sesebuah negara demokrasi memberi kemudahan kepada rakyatnya,” kata Pei Nei.

Kata beliau, bagi memperluaskan kemudahan itu, beliau menyarankan Kerajaan Selangor menubuhkan pusat internet terutamanya di kawasan kampung.

“Sasaran kemudahan ini akan dinikmati masyarakat bandar dan desa seluruh Selangor. Pelaksanaan yang bakal dimulakan pada tahun depan itu akan diadakan secara berperingkat.

“Kita sedar bukan semua mempunyai komputer, dan atas sebab itu saya mencadangkan pembinaan pusat cyber rakyat bagi keluarga yang tidak mempunyai komputer,” ujarnya.

Tambah Pei Nei, program itu juga mungkin diperluaskan dengan menyalurkan komputer percuma kepada setiap keluarga.

“Kerajaan Selangor harus memberikan komputer percuma kepada golongan belia dan keluarga kurang berkemampuan supaya mereka tidak akan ketinggalan maklumat terkini,” katanya.

Sementara itu, Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, pelaksanaan wifi percuma di Selangor bagi memastikan rakyatnya dapat menerima informasi dengan tepat dan bebas, sesuai dengan Enakmen Kebebasan Informasi (FOI) yang diluluskan kerajaan negeri.

Beliau berharap kemudahan itu dapat dimanfaatkan oleh orang ramai yang menggunakan komputer riba atau telefon bimbit untuk menerima dan menghantar informasi dengan lebih baik.

Jingga 13 mohon Agong pecat Jamil Khir jika tidak minta maaf

KUALA LUMPUR 30 Dis : NGO Jingga 13 akan memohon kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong (YDPA) untuk memecat Datuk Seri Jamil Khir Baharom dari pentadbiran negara sekiranya menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam itu tidak meminta maaf berhubung dakwaan penyalahgunaan wang zakat.

“Jika beliau (Jamil Khir) tidak meminta maaf dalam 48 jam, kami akan menghantar memo kepada Agong,” katanya Setiausaha Jingga 13, Saifuddin Shafi Muhammad.

“Jelas menghina hukum Islam. Tindakan itu bukan sahaja salahguna kuasa, dalam masa sama menzalimi dan mengkhianati golongan asnaf.

“Membiayai kos guaman untuk kepentingan peribadi, sedangkan beliau sangat mengetahui ianya satu kesalahan. Khir Baharom bukan sahaja tidak layak menjadi menteri mengurus hal ehwal agama, tetapi wajar meletakkan jawatan.

“Laporan Ketua Audit Negara membuktikan berlaku salah guna kuasa yang cukup nyata. Ia melanggar hukum Islam apabila mereka tidak tersenarai sebagai asnaf yang melayakkan mereka menggunakan wang zakat,” katanya dalam kenyataan kepada Suara Keadilan.

Terdahulu, NGO itu memfailkan satu laporan terhadap Jamil Khir di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Selangor, 30 Disember lalu.

Dakwaan penyalahgunaan wang zakat didedahkan bekas Bekas pegawai siasatan jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim awal minggu ini.

Katanya, Jamil Khir dan dua pegawai Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menggunakan wang zakat untuk membiayai kos guaman tahun lalu seperti yang disahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Menurut laporan itu, Jamil Khir, Setiausaha MAIWP Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwa MAIWP Shamsudin Hussain telah menggunakan RM63,650 dari wang zakat untuk membiayai kos guaman dalam menghadapi kes permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Laporan itu juga mengesahkan wang itu telah dibayar balik selepas agensi itu memperoleh RM70,000 pada Jun tahun lalu.

Memalukan umat Islam

Jamil Khir memalukan umat Islam dengan mempamerkan akhlak buruk dengan mencuri wang zakat, kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty.

“Ada niat awal mencuri wang zakat kerana melalui perbuatan yang telah dilakukannya. Ini tidak beretika dan memalukan orang Islam,” kata Dr Manuty kepada Suara Keadilan.

Beliau menegaskan, sekali pun wang zakat itu dikembalikan, tetapi perbuatan itu telah dibuat dan dianggap mengesahkan niat awal, iaitu untuk mencuri wang zakat.

“Apa kata orang bukan Islam melihat perbuatan ini dibuat di’lubuk’ orang Islam? Apakah Jamil Khir ridak ada sensiviti? kata Dr manuty.

Sambil membacakan hadis, Dr Manuty menjelaskan, Rasulullah pernah mengingatkan sahabat dan pengikutnya tentang ketegasan undang-undang Islam dalam hal mencuri.

“Kalau Fatimah sekali pun mencuri, nescaya akan aku potong tangannya,” kata Dr Manuty mengungkapkan semula hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim itu.

“Sekarang ini sudah macam zaman jahiliyah. Orang miskin yang mencuri kerana kemiskinannya dihukum. Orang kaya yang mencuri dibebaskan,” tegasnya lagi.

MB Selangor Tidur? Tolong Ajar Sikit Puak Majlis Perbandaran Ampang Jaya Cara Buat Kerja!

AMPANG JAYA - Siapa sangka sebuah kelab malam yang terletak di pinggir ibu kota menyajikan 'hidangan' yang menjolok mata apabila penari wanita tempatan dan asing yang berbikini bergabung tenaga demi menarik perhatian lelaki miang berkunjung ke situ saban malam.

Wanita-wanita tempatan dan Siam itu hanya memakai coli serta seluar dalam sebelum mempamerkan aksi-aksi yang dapat mencairkan lelaki.

Tempat beraksi pula sangat strategik kerana pemilik kelab menyediakan pentas dan tiang setinggi kira-kira tiga meter untuk membolehkan penari melakukan aksi panas yang akan mendapat sorakan pengunjung.

Lagi kuat sorakan, lagi ghairah si penari melakukan aksi-aksi menjolok mata hingga salah seorang daripada kira-kira 10 penari yang terlibat dipakaikan mahkota.

Bukan itu sahaja, penari yang mabuk dibuai alunan muzik rancak dan alkohol itu akan memanjat tiang berkenaan dengan aksi liuk-lentok untuk menggoda pengunjung memberikan mereka kalungan bunga.

Mereka yang memperoleh kalungan bunga kemudian akan melayan pelanggan yang sudi menghadiahkan mereka kalungan tersebut.

Kalungan bunga itu kemudian akan dihantar semula ke kaunter bayaran untuk dijual kembali kepada pelanggan yang berminat dengan aksi gadis-gadis berusia lingkungan 20 dan 30-an tersebut pada babak seterusnya.

Bagaimanapun, untuk mengurangkan perhatian pihak berkuasa, pemilik kelab bijak mengaturkan rancangan dengan menselang-selikan persembahan ala pat-pong di Thailand tersebut dengan persembahan live band.

Walaupun persembahan muzik itu agak membosankan buat pengunjung tetapi ia memberi ruang kepada penari melayan pelanggan dan mengumpul tenaga untuk aksi seterusnya.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini


Jangan tidur MB! Kami pantang kalau benda maksiat ni bersepah. Guna kuasa Yb ajar sikit puak yang bengong ni!

PSC Harus Menimbang Secara Menyeluruh Tuntutan BERSIH

KENYATAAN MEDIA
30 DISEMBER 2011
UNTUK EDARAN SEGERA

Saya mengalu-alukan keputusan Jawatankuasa Terpilih Parlimen Untuk Menambahbaik Pilihan Raya (PSC) semalam yang mengumumkan pindaan ke atas peraturan pilihan raya bagi mewajibkan penggunaan dakwat kekal dalam proses pilihan raya menjelang 1 Februari 2012. Namun demikian, perubahan kecil ini tidak seharusnya dilihat sebagai jaminan kepada proses pengendalian pilihan raya yang telus, bebas dan bersih sepenuhnya.

Merujuk kepada senarai tuntutan yang dikemukakan oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH), saya percaya demokrasi dan proses pilihan raya bebas dan adil sewajarnya turut didukung dengan amalan serta pendekatan yang menjurus kepada kebebasan media dan kempen terbuka. Agensi media awam seperti RTM dan BERNAMA sewajarnya bersikap lebih adil dalam memberikan liputan untuk semua parti politik dan kempen politik parti-parti pembangkang sewajarnya tidak didiskriminasi menerusi tapisan melampau yang tidak munasabah serta mencabul hak kebebasan bersuara.

Saya juga ulangi desakan agar tempoh masa kempen pilihan raya dilanjutkan dalam memastikan sebaran maklumat sepanjang tempoh berkempen dapat dicapai oleh segenap lapisan rakyat. Tempoh masa berkempen yang terlalu singkat – 10 hari – sepertimana yang berlaku sewaktu Pilihan Raya Negeri Sarawak baru-baru sewajarnya tidak berulang.

Manakala pengawasan terhadap komitmen Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga perlu dijamin menerusi pengukuhan badan kehakiman yang lebih bebas dan adil. Justeru, Pakatan Rakyat komited dan menuntut supaya pihak PSC turut menumpukan penambahbaikan proses pilihan raya ini dengan mengkaji serta menimbang secara menyeluruh ke semua tuntutan yang dikemukakan oleh BERSIH dalam menjamin pilihan raya yang bebas, telus dan adil.

ANWAR IBRAHIM

Gambar Orang Bersesak Solat Hajat Bebas Anwar Di Pondok Tn Guru Haji Salih Sik Kedah

Slt hajat mohon bebas @anwaribrahim 901d Ponduk Tn Guru Hj Salih Sik Kedah penuh sesak tkt n bawah yfrog.com/oduibaaj


http://desmond.yfrog.com/Himg877/scaled.php?tn=0&server=877&filename=uibaa.jpg&xsize=640&ysize=640

Jelitawan Malaysia adalah Pemilik Restoran Mewah di Singapura?


Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh
Pemilik restoran MeatWorks (Real Food Company Sdn. Bhd)

habis macam tu la duit rakyat! ciss!

Kenyataan Media: Jawapan Jamil Khir masih ditunggu

Saya mengucapkan terima kasih kepada Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Datuk Che Mat Che Ali di atas penjelasan beliau tentang penggunaan wang zakat untuk membayar kos guaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom, Che Mat sendiri dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain.

Che Mat menganggap isu yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat ini berbaur politik. Semalam Muhammad Yamin Ismail menyatakan pembiayaan kos guaman ini bagi menghadapi permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan geran kerajaan.

Namun jawapan Che Mat dan Muhammad Yamin bercanggah dengan beberapa pihak yang tiada kaitan dengan Pakatan Rakyat.

1. Pada 21 Jun 2011, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr. Mashitah Ibrahim (timbalan Jamil sendiri) mengakui bahawa kos guaman dibayar menggunakan peruntukan zakat ketika menjawab YB Saifuddin Nasution di dalam perbahasan Perbekalan Tambahan 2011 di Parlimen.

2. Pada 23 Jun 2011 peguam Zainul Rijal Talha dan Amir meminta pandangan Mufti Wilayah Persekutuan tentang penggunaan wang zakat bagi membiayai kos guaman.

3. Pada 21 November 2011, Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang mengesahkan bahawa kos guaman dibayar menggunakan peruntukan zakat pada Februari dan April 2010 meskipun akhirnya digantikan pada hujung tahun 2010. Ini memandangkan geran kerajaan tidak dapat menampung pembayaran yuran guaman tersebut. Namun sekalipun menerima geran kerajaan sebanyak RM700,000 pada 22 Jun 2010, pembayaran semula kepada wang zakat hanya dibuat pada Disember 2010 sebagai proses ‘pelarasan semula’.

Saya juga berharap Che Mat menjawab persoalan yang dibangkitkan YB Saifuddin Jun lalu bagaimana tentang kesahihan prosedur yang digunakan memandangkan beliau yang memohon peruntukan kos guaman tersebut dan beliau juga, selaku Setiausaha MAIWP yang meluluskannya.

Namun dalam hal ini sewajarnya Jamil yang tampil menamatkan sebarang keraguan. Saya tegaskan semalam bahawa janganlah beliau berselindung di sebalik pegawai kerajaan. Saya difahamkan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidin telah menasihatkan Jamil untuk mengeluarkan kenyataan rasmi.

Mungkin ada yang menganggap RM63,650 ini kecil berbanding skandal-skandal seperti PKFZ (RM12 bilion) dan NFC (RM250 juta). Namun isu ini membabitkan wang zakat yang merupakan salah satu rukun Islam yang penting.

Ketika pihak berkuasa setiap tahun berbangga dengan kadar kutipan zakat dan menggesa umat Islam membuat bayaran zakat menerusi agensi zakat yang rasmi, Jamil ada tanggungjawab untuk menjernihkan keadaan.

Justeru KEADILAN akan membuat laporan polis pada minggu depan sekiranya tiada penjelasan yang munasabah tentang percanggahan ini.

Nik Nazmi

Meh Dengar Apa Jawi Nak Lebong Pasal Isu Salah Guna Wang Zakat

December 29, 2011

Dakwaan guna wang zakat berbaur politik - Jawi


PUTRAJAYA 29 Dis. - Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali menyifatkan dakwaan penggunaan wang zakat bagi pembayaran kos guaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan dua yang lain, sebagai berbaur politik.

Che Mat, yang juga setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berkata, kes seperti itu sepatutnya tidak timbul kerana pembayaran tersebut dibuat dengan menggunakan peruntukan geran kerajaan.

"Oleh demikian, ada sesetengah individu yang nak sebut kita menyeleweng duit dan sebagainya, adalah tidak betul sama sekali demi mempertahankan kesucian umat Islam dan kredibiliti MAIWP sebagai satu-satunya badan berkuasa agama di Wilayah Persekutuan,” katanya kepada pemberita di pejabatnya, di sini hari ini. - BERNAMA

Jingga 13 tinjau kondo mewah milik Shahrizat

(Oleh Nabiha Hamid)

PETALING JAYA 29 Dis: Ekoran laporan KEADILAN terhadap Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai pembelian kondominium mewah berjumlah RM9.9 juta, badan bebas Jingga 13, mengadakan misi
lawatan ke Singapura bagi melakukan siasatan.

Sebelum ini, KEADILAN mendakwa keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil yang dianugerahi projek lembu telah menyeleweng dana duit rakyat sebanyak RM250 juta yang dimiliki syarikat National Feedlot Corporation (NFC).

“Kami (Jingga 13) telah ambil keputusan turun ke Singapura pada 23 Disember lalu untuk mengenal pasti aset, benar ataupun tidak. Akhirnya kami bertemu dengan kondo yang tersergam indah,” kata Pengerusinya, Fariz Musa pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini.

Beliau berkata, walaupun mengalami kesukaran kerana berulang kali dihalau oleh pegawai keselamatan, namun akhirnya berjaya menyelinap masuk ke dalam kondo tersebut.

“Kondo Orchard Scotts – kondominium mewah yang sangat selesa serta dikawal rapi. Nak ambil gambar pun kena ada kebenaran. Jingga 13 berjaya membuat rakaman video untuk menunjukkan kondo mewah keluarga
Shahrizat tersebut,” katanya.

Jingga 13 turut menjumpai restoran mewah Meatwoks di ION Orchard Mall iaitu sebuah gedung terbuka yang merupakan perniagaan peribadi keluarga Shahrizat.
Bagaimanapun restoran tersebut lengang malah tidak ramai pelanggan.

“Restoran lengang tiada orang, kedai di kiri kanan ramai orang, Meatworks kami tunggu sampai tengahari tidak ada orang lain yang masuk. Syarikat ini bukan saja mampu menyewa satu shop lot tapi dalam masa sama disewa ruang legar. Sudah pasti kos adalah lebih tinggi,” katanya.
SPRM bercakap dengan ‘lembu’?

Sementara itu, Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamarudin pada sidang media yang sama turut mengecam tindakan kerajaan yang masih lagi tidak menyoal siasat suami Shahrizat, Datuk Salleh Ismail.
“Setakat ini laporan polis telah dibuat di seluruh negara. Sekurang-kurangnya Datuk Salleh sudah dipanggil untuk disoal siasat. SPRM kata dah 75 orang telah ditemubual tapi takkan tiada apa yang dapat dikesan? Melainkan kalau dia bercakap dengan lembu,” tegas Zuraida.
Ahli Parlimen Ampang itu turut berkata, tinjauan Jingga 13 membuktikan Shahrizat hidup dalam keadaan mewah.

“Rakyat tak cukup makan dan tiada rumah, tapi dia (Shahrizat) bersenang-lenang hidup mewah. Sekiranya tidak apa yang berlaku lepas ini mengenai skandal ini, saya rasa Shahrizat perlu isytiharkan hartanya dalam lima tahun ke belakang,” cabar Zuraida.

Hasan Ali: Harakahdaily seleweng fakta

Oleh Mohd Farhan Darwis

KUALA LUMPUR, 29 Dis — Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Dr Hasan Mohamed Ali hari ini menafikan laporan media rasmi PAS, Harakahdaily berkenaan laporan dia pergi berjumpa Mursyidul Am untuk meminta maaf di Kelantan kelmarin.

Sebaliknya, menurut bekas Pesuruhjaya PAS berkenaan, tujuan dia ke Kelantan adalah untuk menghadiri majlis mahabbah melibatkan dirinya dan Nasharudin Mat Isa, bersama-sama pemimpin tertinggi PAS.

“Sebenarnya saya dijemput untuk menghadiri satu majlis mahabbah melibatkan saya dan Nasharudin Mat Isa bersama-sama dengan Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din di kediaman rasmi Tuan Guru Mursyidul Am di JKR 10 Kota Bharu.

“Soal saya turun ke Kota Bharu untuk memohon maaf kepada pucuk pimpinan seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily dan dipetik oleh kebanyakan saluran media adalah tidak benar sama sekali.

“Saya terkilan dengan laporan Harakahdaily itu walaupun lidah rasmi parti tersebut kerapkali diingatkan supaya tidak memutarbelit fakta yang boleh menimbulkan keraguan dan perpecahan,” jelasnya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider.

Laporan Harakahdaily semalam menyebut Hasan Ali dan Nasharuddin berjumpa Nik Aziz di kediaman rasmi Menteri Besar tersebut untuk meminta maaf terhadap beberapa isu sebelum ini dan menarik balik kenyataan negatifnya terhadap parti.

Kenyataan itu turut disahkan oleh Nik Aziz sendiri, malah beliau turut bercadang untuk membuat kenduri kecil-kecilan bagi meraikan perkara tersebut.

Tambah Nik Aziz, pertemuan tersebut dianjurkan oleh PAS Pusat dan menurutnya, “sekiranya PAS Pusat tidak mengatur pertemuan itu sekalipun, saya akan panggil dia.”

“Saya berharap PAS Pusat dapat menganjurkan kenduri besar-besaran untuk meraikannya dan ahli PAS boleh memberi sumbangan untuk menjayakan rancangan berkenaan,” katanya.

Malah, beliau yakin, perkara itu tidak lagi akan dijadikan isu oleh Umno ekoran ruang mereka untuk tujuan itu sudah tertutup rapat.

Sementara itu, menurut Hasan, majlis mahabbah tersebut berlangsung dengan penuh kemesraan, keakraban dan keikhlasan dan antara perkara yang disentuh termasuklah halatuju parti, persediaan PRU 13, dan perjalanan Harakah sebagai lidah rasmi parti.

“Kami telah memberikan penjelasan, pandangan dan input untuk diberikan perhatian oleh pucuk pimpinan parti demi mengukuhkan perjalanan parti dan sokongan rakyat terhadapnya,” kata Hasan lagi.

Sehubungan itu, Hasan turut menzahirkan rasa terharu terhadap penghargaan yang ditunjukkan oleh pucuk pimpinan terhadapnya dalam meneruskan perjuangan untuk memartabatkan Islam di negara ini.

Tiada jawatan Penasihat Undang-undang Istana Kelantan

KOTA BHARU 29 Dis. — Istana Kelantan hari ini menjelaskan bahawa jawatan Penasihat Undang-undang Istana Kelantan tidak wujud.

Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Ahmad Mahmood berkata, laporan sebuah akhbar hari ini mengenai jawatan itu yang disandang oleh Datuk Sukri Mohamed adalah tidak tepat dan boleh mengelirukan orang ramai.

Beliau mengulas laporan akhbar itu bahawa Penasihat Undang-undang Istana Kelantan, Datuk Sukri Mohamed, telah membuat laporan polis terhadap blog yang didakwa telah memfitnahnya terbabit dalam penipuan membabitkan jumlah jutaan ringgit.

Ahmad berkata, berdasarkan kepada Perkara 13(2)(b), Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Pertama), Penasihat Undang-undang kepada Sultan Kelantan dan kerajaan Kelantan adalah individu yang sama iaitu Penasihat Undang-undang Negeri.

"Sukacita dimaklumkan bahawa tidak terdapat jawatan Penasihat Undang-undang Istana Kelantan dalam Waran Perjawatan Pejabat Sultan Kelantan,” katanya. — BERNAMA

Kenyataan Media: Respons kepada Jawapan MAIWP tentang salahguna zakat Jamil Khir

Berikutan kenyataan saya semalam, Muhamad Yamin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menyatakan bahawa pembiayaan kos guaman Datuk Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan dua lagi pegawai kanan MAIWP dalam menghadapi kes permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim diambil daripada geran kerajaan.

Dalam kenyataannya, beliau juga menyalahkan Anwar dan pihak-pihak tertentu yang ‘menyalahgunakan’ proses mahkamah terhadap penjawat awam yang menyebabkan dana dan wang rakyat terpaksa digunakan bagi melayan proses mahkamah.

Pada Jun 2011 juga Jamil Khir menafikan penggunaan wang zakat untuk membayar kos guaman ini.

Malangnya Yamin tidak menyebut tentang ‘pendahuluan’ RM63,650 daripada wang zakat yang telah disahkan oleh Ketua Audit Negara pada November 2011.

Yamin juga harus sedar bahawa apabila seorang itu dizalimi, beliau mempunyai hak yang diiktiraf di dalam syarak dan sistem Perlembagaan kita untuk mempertahankan diri mereka.

Saya berharap Jamil Khir sebagai Menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal agama Islam Malaysia dapat segera tampil ke hadapan dan bukan menyorok di belakang pegawai kerajaan bagi menjawab isu ini.

Pada Jun lalu juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahya telah menegaskan sebarang salahguna wang zakat yang disalurkan selain daripada asnaf yang lapan adalah kesalahan dan dosa besar.

Sekurang-kurangnya apabila isu ini mula-mula timbul peguam Zainul Rijal Talha dan Amir terbuka dalam bertanya tentang pandangan Mufti Wilayah Persekutuan.

Persoalannya, adakah pandangan tersebut diberikan dan sekiranya ya, apakah pandangan beliau? Yang nyatanya Ketua Audit mengesahkan wang zakat dibayar kepada peguam sebelum dipulangkan hampir enam bulan kemudian pada Disember 2010.

Juga mengapa wujud dwi-standard dengan kes amil zakat di Johor Redzuan Mohd Said yang menyalahgunakan RM19,510 dan memulangkannya tetapi dipenjarakan empat tahun dan dihukum tiga kali sebatan tahun ini?

Umat Islam yang menyumbang berbilion ringgit wang zakat setiap tahun di seluruh negara tidak mahu timbul sebarang keraguan terhadap pengurusan wang zakat.

Nik Nazmi

MPSJ Digesa Segera Baiki Infrustruktur Di Subang Jaya

Oleh Afeeqa Afeera

SUBANG JAYA, 29 DISEMBER : Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) digesa supaya segera mengambil tindakan terhadap penambahbaikan infrastruktur di sekitar kawasan USJ yang disifatkan penduduk sebagai kurang memuaskan sejak kebelakangan ini.

Gesaan itu disuarakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Subang Jaya, Hannah Yeoh kepada pemberita ketika membuat lawatan dan tinjauan di sekitar Subang Jaya berhubung masalah infrastruktur yang terpaksa dihadapi penduduk.

Menurut Hannah, beliau menerima banyak aduan daripada penduduk baharu-baharu ini berhubung masalah jalan berlubang terutama di USJ 1, USJ 12, USJ 15, SS14, Persiaran Tujuan, Persiaran Kewajipan serta beberapa kawasan lain.

Katanya, masalah tersebut telah dirujuk kepada pihak MPSJ dan kerja-kerja penampalan telah mula dijalankan, namun menurutnya masih terdapat banyak jalan berlubang yang tidak diselenggara lagi.

“Saya berharap MPSJ segera mengambil tindakan berhubung perkara ini kerana lubang tersebut boleh menyebabkan berlakuknya kemalangan jalan raya. Saya amat berharap MPSJ tidak mengabaikan perkara ini dan boleh memberi perhatian untuk tindakan selanjutnya,” tegasnya.

Selain itu, beliau turut menggesa pihak MPSJ untuk memasang lampu jalan di antara kawasan USJ 11 sehingga USJ 13 dan sepanjang laluan utama di Persiaran Tujuan bagi tujuan keselamatan.

Di samping itu, Hannah juga menyuarakan rungutan penduduk terhadap kegagalan kontraktor yang dilantik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk melakukan kerja-kerja pengutipan sampah terutama di kawasan USJ 6.

Tegasnya, beliau mencadangkan kepada pihak MPSJ untuk segera mengambil tindakan terhadap kontraktor swasta yang gagal menyelenggara kutipan sampah dengan baik dengan menyenarai hitamkan mereka daripada mendapat tender.

“Saya dimaklumkan oleh penduduk di kawasan USJ 6 di mana hampir seminggu sampah tidak dikutip sehingga berulat. Bagaimanapun, MPSJ sudah mula mengambil tindakan dan saya menggesa penduduk supaya bekerjasama dengan memberi laporan sekiranya berlaku sebarang masalah.

Kontraktor juga perlu mengutip sampah mengikut jadual yang ditetapkan.Saya menggesa MPSJ supaya menyenarai hitamkan kontraktor yang gagal menyelenggara sampah dengan baik,” tegasnya.

Sehubungan itu, beliau berharap penduduk boleh memberi kerjasama dengan membuat aduan secara terus kepada MPSJ supaya mereka boleh mengambil tindakan segera.

Dalam sidang media sama, Yang Dipertua MPSJ, Datuk Asmawi Kasbi memaklumkan, beberapa cadangan telah dibuat bagi menyelesaikan masalah trafik di sekitar Jalan SS 16/1 dan SS 16/2 yang telah dipersetujui dalam Mesyuarat Kesesakan Lalulintas pada 24 November lalu.

Katanya, antara cadangan yang dikemukakan adalah melibatkan Jalan Jengka antara Wisma Tractor dan Subang Parade dengan mengubah laluan sehala kepada dua hala dengan mengekalkan tiga fasa lampu isyarat iaitu membuat laluan “free flow” bagi membolehkan kenderaan membelok ke kiri sahaja.

“MPSJ juga akan mengubah jalan SS 16/1 dari jalan dua hala kepada jalan sehala daripada Carrefour sehingga sepanjang jalan.

Selain itu, ia turut melibatkan jalan antara SS 16/2 di antara Subang Parade dan Carrefour di mana kita akan kekalkan jalan itu sebagai dua hala tetapi akan kita akan memasang satu “island” bagi mengelakkan kenderaan membuat pusingan-U,” katanya.

Tambahnya, pihak MPSJ juga turut mensyaratkan kepada pemaju Sime Darby Brunsfield Holding Sdn Bhd untuk membuat jalan raya di sekitar Jalan Sambung Antara Casa Tiara dengan Mesiniaga terlebih dahulu sebelum Jalan SS 16/1 boleh ditukar menjadi jalan sehala.

“Keseluruhan jalan sehala ini akan dibuka mulai 15 Januari 2012 dan kita akan memaklumkan kepada pemilik bangunan dan syarikat kenderaan seperti bas dan teksi untuk melaksanakan perkara berkenaan pada tarikh yang ditetapkan,” katanya.

Nombor Plat SAB4H Milik Yang Di-Pertua Negeri Sabah

SAB4H – Nombor keramat ini sudah dimiliki. Menurut laporan akhbar Daily Express yang bertarikh 2 Disember 2011, nombor pendaftaran kenderaan untuk Kota Kinabalu ini pernah mendapat 4 tender dengan nilai tender tertinggi mencecah RM50,000. SAB1H hingga SAB10H dikelaskan sebagai ‘Golden Number‘, dengan SAB4H yang paling berharga.

“Kami telah menerima surat dari Istana Negeri, jadi nombor pendaftaran akan diberikan kepada Yang di-Pertua Negeri,” kata Pengarah JPJ Negeri, Mohd Shuhaili Mohd Taufek.

Nombor plat yang paling dikehendaki di Sabah sebelum ini telah berdaftar Labuan LD1, yang telah dilelong dengan harga RM90, 888.

Tawaran tertinggi untuk nombor plat kereta di negara ini setakat ini adalah MCA1, yang dibeli dengan harga RM300, 100 tahun lalu, mengatasi rekod sebelum ini sebanyak RM242, 000 untuk dikeluarkan Terengganu TAY1.

Sumber: http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=79906

Di Selangor Pun Umno Guna Modal 'Maju'?

BN akan pastikan Selangor terus maju jika kembali memerintah

SHAH ALAM 29 Dis. - Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, BN akan memastikan Selangor terus maju dengan pembangunan jika kembali menawan negeri itu pada pilihan raya umum ke-13.

"Selangor dulu maju tetapi sekarang kotor,” katanya semasa berucap selepas melawat ruang-ruang pameran di Karnival Sayangi Selangor di i-City, Seksyen 7, di sini yang bermula semalam hingga malam tahun baru pada Sabtu ini.

Beliau berkata, Selangor menjadi kotor selepas keputusan kerajaan negeri menamatkan kontrak pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam daripada Alam Flora Sdn Bhd dan melantik kontraktor-kontraktornya sendiri.

Katanya, BN menyedari mengenai kelemahan itu dan akan memperbaikinya jika diberi peluang menerajui kembali Selangor.

Mengenai kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mendakwa peruntukan RM2.7 bilion untuk Selangor tahun ini daripada kerajaan Persekutuan adalah wang rakyat dan bukannya wang BN, beliau berkata, keadaan itu juga sama dengan kerajaan negeri di mana ia adalah wang rakyat dan bukannya wang Pakatan Rakyat.

Beliau berkata, program “Jom Shopping” kerajaan negeri yang memberikan kupon RM100 kepada warga emas di negeri ini untuk membeli-belah belum lagi mencapai sasaran 100,000 orang sebaliknya kira-kira 20,000 orang sahaja.

Ini berbeza dengan BN yang telah menyelesaikan bantuan awal persekolahan bernilai RM100 seorang dan dijangka memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berjumlah RM500 bagi setiap isi rumah yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan pada bulan hadapan, katanya. - BERNAMA

Kenyataan Media Anwar Ibrahim, 28 Disember 2011

December 28, 2011

Saya meneliti secara serius perkembangan mutakhir gerakan kebebasan akademik yang dipimpin oleh kelompok mahasiswa yang kini berdepan dengan pelbagai tekanan politik UMNO. Tatkala kesedaran menuntut kebebasan di kalangan mahasiswa mulai berkembang dan matang, pimpinan UMNO semakin gusar dan resah dalam menghadapi asakan ini serta bertindak melulu dengan menzahirkan ancaman fizikal bersifat biadab dan semberono.

Komitmen pentadbiran Dato’ Sri Najib Razak, kononnya mahu meminda Seksyen 15, Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) dan memberi lebih kebebasan kepada mahasiswa dalam politik kepartian kini dilihat tidak lebih sekadar omong kosong. Perkembangan membabitkan Adam Adli, mahasiswa dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) yang kini berdepan dengan tindakan di bawah AUKU sememangnya menzahirkan ketakutan UMNO terhadap gelombang kebangkitan mahasiswa. Tindakan sama turut dilihat dalam beberapa kes terdahulu dengan tindakan keras oleh pihak universiti termasuk risiko dibuang kampus.

Insiden remeh di depan ibu pejabat UMNO di PWTC yang dikaitkan dengan tuntutan mahasiswa tempoh hari diangkat oleh media milik UMNO seolah-olah ianya jenayah besar walhal isu-isu yang berkait dengan fitnah, ugutan bunuh, jenayah dan rasuah seringkali diketepikan.

Tindakan menghukum dengan menggunakan peruntukan AUKU terhadap mahasiswa selepas insiden tersebut jelas bertujuan untuk menakut-nakut dan sebagai langkah untuk mengendurkan semangat serta iltizam mahasiswa.

Saya menggesa agar dihentikan semua bentuk tekanan terhadap mahasiswa kerana jelas ini merupakan kehendak politik pimpinan UMNO yang terdesak. Saya juga mengulangi tekad dan komitmen Pakatan Rakyat untuk memansuhkan AUKU serta memberi penumpuan kepada usaha mengangkat mutu pendidikan yang berteraskan prinsip kebebasan akademik, pencerahan dan pemerkasaan intelektual.

ANWAR IBRAHIM

ANAK : Minta SKM Perjelas Status Isa Samad

Oleh Naeem Raffi

KUALA LUMPUR, 28 DISEMBER : Persatuan Anak-anak Peneroka Felda (Anak) hari ini mengesa Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) memberi penjelasan berhubung status sebenar Tan Sri Isa Samad yang didakwa dilantik sebagai Pengerusi koperasi Permodalan Felda Berhad (KPFB).

Pengerusi ANAK, Mazlan Aliman berkata aduan yang diserahkan hari ini ekoran penjelasan SKM bercanggah dengan satu surat perdana menteri bertarikh 15 Ogos yang menyatakan bahawa Isa merupakan pengerusi KPFB.

Sedangkan, jawapan yang diberikan SKM dalam satu surat bertarikh 10 November lalu menunjukkan Isa belum disahkan sebagai pengerusi KPFB, kata Mazlan.

Lebih malang lagi, surat SKM itu juga tidak menyebut mengenai status keahlian bekas menteri besar Negeri Sembilan itu sebagai ahli KPFB.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh Suruhanjaya mendapati bahawa sehingga kini, Tan Sri Isa Samad masih lagi belum dilantik sebagai Pengerusi KPFB.

“Kita minta satu pendirian daripada SKM sama ada Isa benar-benar ahli koperasi Felda,” katanya

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh Suruhanjaya mendapati bahawa sehingga kini, Tan Sri Isa Samad masih lagi belum dilantik sebagai Pengerusi KPFB,” Mazlan berkata demikian kepada pemberita sejurus selepas menghantar aduan berkenaan di pejabat SKM, Kuala Lumpur.

Merujuk Undang-undang Kecil KPFB dengan jelas menyatakan hanya peneroka, keluarga peneroka, kakitangan Felda (Kumpulan) Tetap dan Koperasi Gabungan sahaja layak memegang jawatan Pengerusi.

Mengulas lanjut, Mazlan Aliman berkata pelantikan ini juga menimbulkan rasa tidak senang hati dikalangan Peneroka dengan penjelasan SKM sebelum ini, berhubung pelantikan tersebut.

Tambahnya, penjelasan daripada SKM amat diperlukan kerana pelatikan Isa Samad ini berkait rapat dengan isu penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) Sdn Bhd ke Bursa Malaysia.

Sebelum ini, Anak mempersoalkan kewajaran kerajaan menyenaraikan FGVH di bursa saham tahun depan dengan mendakwa tindakan tersebut bakal menyaksikan agensi itu kehilangan pendapatannya daripada RM 2.3 billion setahun kepada hanya RM508 juta sahaja.

Mazlan turut mendakwa usaha kerajaan itu juga menyebabkan tanah ladang kelapa sawit milik FELDA Plantation Sdn Bhd seluas 360,067 hektar bakal terkorban ekoran ia akan dipajakan kepada FGVH selama 99 tahun sekirannya rancangan itu terus dilaksanakan.

Hassan datang minta maaf, Nik Aziz buat kenduri kesyukuran

Salmah Mat Husain

BACHOK, 28 Dis: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Datuk Dr Hassan Mohd Ali telah bertemu dengan pimpinan tertinggi PAS semalam dan menarik balik segala kenyataannya terhadap PAS sebelum ini.

Beliau juga berkata, Hassan Ali juga telah meminta maaf dari pimpinan PAS mengenainya.

"Saya melahirkan rasa syukur di atas rasa rendah diri Datuk Hassan Ali yang bersedia memohon maaf serta menarik balik kenyataan negatifnya terhadap parti sebelum ini.

"Bukan mudah bagi orang yang melakukan kesalahan serta mengakuinya dan memohon maaf, jadi tindakan beliau itu begitu mengharukan saya.

"Saya juga berharap, orang lain yang mempunyai masalah seperti ini berlapang dada seperti Datuk Dr Hassan," kata Nik Aziz kepada wartawan di sini.

Nik Aziz bercakap kepada pemberita ketika melawat kesan hakisan ombak di Pantai Irama, Bachok hari ini.

Menurut beliau, pertemuan itu berlangsung di JKR 10 semalam di mana Hassan dan Ustaz Nasharudin Mat Isa bertemu dengan tiga pemimpin tertinggi PAS di Kota Bharu.

(Nik Aziz melawat Pantai Irama, Bachok yang terjejas teruk akibat hakisan ombak)

Dua lagi pemimpin adalah Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din.

Menurut Nik Aziz, pertemuan ini dianjurkan oleh PAS Pusat "Dan jika PAS Pusat tak atur pun, saya akan panggil dia."

"Saya sendiri akan membuat kenduri makan tengahari kecil-kecilan di JKR 10 hari ini tanda kesyukuran penyelesaian kes ini.

"Saya berharap PAS Pusat boleh menganjurkan kenduri besar-besaran untuk meraikannya dan ahli-ahli PAS boleh memberi sumbangan untuk menjayakan kenduri kesyukuran ini," cadang beliau.

Nik Aziz yakin, hal ini tidak lagi boleh dijadikan isu oleh Umno kerana ruangnya sudah ditutup rapat.

Haniza: Najib Takut Shahrizat Dedah Skandal Pemimpin Lain?

Oleh : Naeem Raffi

SHAH ALAM, 28 DISEMBER : Keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mengambil sebarang tindakan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil boleh menimbulkan pelbagai persepsi berhubung penyelewengan NFC membabitkan wang rakyat yang diamanahkan kepada kerajaan Pusat.

Adun Taman Medan, Haniza Mohamed Talha berkata tidak ada sebab munasabah untuk Najib melengah-lengahkan tindakan sedangkan pelbagai pihak termasuk pemimpin Umno sendiri menggesa Shahrizat berbuat demikian.

“Apakah Najib takut bertindak disebabkan bimbang Shahrizat mendedahkan pelbagai lagi penyelewengan lain yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno lain termasuk keluarga Najib sendiri sekiranya beliau dipecat?.

“Apakah juga disebabkan ada pemimpin lain yang turut terlibat, Kalau tidak mengapa Najib masih membisu” kata beliau mencabar Najib bertindak menjawab segala persepsi yang ada bagi membersihkan imej kerajaan dimata rakyat.

“Sepatutnya sebagai Perdana Menteri, beliau seharusnya mendepani masalah ini kerana beliau adalah ketuanya,” tegas Haniza yang juga Timabalan Speaker Dun Selangor.

Melihat kepada kepincangan yang dicetuskan oleh Shahrizat. Haniza menzahirkan rasa kecewa kerana tidakannya itu bukan sahaja mengkhianati wang rakyat, malah turut mengaibkan kaum wanita.

“Ia amat memalukan sebagai seorang ketua wanita dari satu organisasi yang besar pada masa yang sama mewakili kaum melayu terbabit dalam salah laku seperti ini,” katanya.

“Ini adalah pertama kali pemimpin wanita negara melakukan kesalahan secara terang-terangan,” jelas Hanzia ketika dihubungi TVSelangor.

Katanya di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat pemimpin yang terlibat dengan skandal akan segera meletak jawatan sebagai tanda bertanggungjawab.

Haniza berkata ini tidak mungkin akan berlaku dalam kepimpinan Umno-BN.

Mengulas lanjut, Haniza berkata penyelewengan tersebut adalah dilema hebat dalam kepimpinan Umno kerana apa jua tindakan yang bakal diambil tetap akan menerima hukuman dan kritikan daripada rakyat.

“‘Luah mati emak, telan mati bapak’ bagaimana cara sekalipun, Umno tidaka akan terlepas daripada diadili oleh rakyat dan tidakan mereka itu akan dilihat sebagai sebuah janji yang telah mengkhianati rakyat, ” kata beliau

PKR sebelum ini mendakwa sejumlah RM250 juta dana awam diberikan kepada syarikat berkenaan yang dikaitkan dengan suami Menteri Pembangunan, Wanita dan Keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Bagaimanapun wang itu didakwa telah disalahguna sehingga projek tersebut dikatakan dalam ‘kucar-kacir’ seperti dirumuskan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010.

PKR kemudiannya mendedahkan wang tersebut digunakan oleh NFC bagi membeli dua buah unit kondominium mewah di Bangsar bernilai RM13.8 juta.

Selain itu, PKR turut mendakwa sejumlah RM5 juta pula dibelanja untuk membeli kereta Mercedes Benz dan tanah di Putrajaya serta RM588,585 disalurkan kepada syarikat-syarikat milik keluarga menteri itu.

Selain PKR, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) juga berpendapat siasatan awal mendapati beberapa kelemahan yang berlaku pada awal perancangan dan juga perlaksanaan.

Saat PRU-13: Umno kini makin terbeban

Semingguan bermacet di Jakarta, Bogor dan Bandung. Ia satu misi memperkasa motivasi pasukan media baru bagi merungkai kecamuk dan cabaran gerakan Islam parti Islam PAS berbanding parti Islam di Indonesia. Suatu langkahan kepedulian antara rakan pergerakan politik-dakwah yang meneliti dan mengongsi pengalaman demi membahagiakan keputusan pilihan raya umum ke-13 nanti.
Kepulangan sudah tentu mengalirkan suatu energi baru, lebih-lebih lagi ketidaksabaran untuk menerima titipan buah-buah perspektif Tok Guru Nik Aziz, menteri besar yang dicintai ramai. Ia kemudian mengimbau latar ucapan tokoh Parti Bulan Bintang (hasil didikan Pak Nasier, Indonesia) mengulas tentang Tok Guru: Seorang tokoh ulama disegani seantero gerakan Islam sedunia ,kerana kesederhanaan dan titipannya yang istiqamah di landasan siasah syariyyah.

Lalu terketik jari-jemariku, mengakui kehebatan kepimpinan Tok Guru setelah 21 tahun mengurus tadbir politik rakyat Kelantan.

Jelas ia benar, tatkala sekembali mengurus tugas setiausaha politik di pejabat menteri besar, pasti banyak ulasan Tok Guru mengenai perkembangan isu-isu kerajaan dan rakyat serta kepimpinan parti selama semingguan tidak bersama.

Justeru isu-isu yang sudah dijangka, pastinya meliputi hal semasa kerajaan negeri yang sedang diasak oleh fitnah pihak lawan (Umno), agenda setting media arus perdana yang mengumpil kerukunan rumah tangga PAS, dan rangkuman pengalaman semingguan bermacet di kota raya Indonesia.

Apa pun semuanya itu agak panjang untuk ditintakan dari ulasan Tok Guru yang melebihi 30 minit. Namun yang terkesan dan sesuai ditintakan ialah persepktif yang bermaruah ‘istiqamah’ tatkala membicarakan soal Umno yang sedang mengasak kerukunan politik rakyat Kelantan. Justeru hakikatnya Umno adalah parti goblok ekstrem Melayu kerana tegar menolak syariah – hukum Islam.

“Tok Guru kemudian titipkan poin-poin bebanan Umno masa kini yang memeningkan pemimpin Umno sendiri di musim tiupan angin pembubaran dewan untuk pilihan raya ke-13.”

Satu persatu dihitung bebanan Umno yang biru gelap itu. Ia bermula dengan gelagat Dr. Mahathir yang rakus menggugat gaya ETP perdana menteri Najib. Diikuti dengan pertembungan Dr. Mahathir dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai pinjaman IMF. Kemudian berganjak kepada titik hitam di dahi Umno kerana Khir Toyo yang tidak berkuasa itu dijatuhi hukuman sabit rasuah beli tanah buat rumah.

Singgah pula meneliti rupa kondominium yang dibeli oleh suami ketua wanita Umno berketurunan “mami’ itu dikatakan dibeli dari punca RM250 duit projek fedlot yang membangkitkan fenomena ‘politik lembu’ di paras nasional.

Undur pula ke pantai Perupok Bachok yang hangat dengan cerita ada orang Bachok menerima habuan ketua bahagian Umno yang kononnya duit hasil suapan satu syarikat dari Johor. Lalu tersisip satu khabar ada kesepakatan pemuda PAS bertindak membuat report polis atas responden berkenaan. [Peristiwa report itu telah berlaku di IPD Kota Bharu, Pengkalan Chepa kira-kira pukul 3.15 petang pada Isnin, 26 Disember lalu].

Kesemuanya membebankan Umno. Lalu Tok Guru menarik nafas bernada syukur untuk sejenak: Huh, syukurlah PAS tegas untuk menolak berbaik dengan Umno. Jika tidak PAS akan tumpang sama berkerut dahi kerana tempias bebanan Umno itu.

Apa pun, Tok Guru bertegas: Dengan apa yang berlaku semua itu, sebaiknya PAS semakin yakin bahawa keputusan menolak berbaik dengan Umno itu adalah betul dan benar!

[Terlintas pula dibenak fikiranku, kalau dibuka satu lagi cerita pasal isteri perdana menteri yang first lady – kerana bercium pipi dengan bintang filem Hollywood, mungkin banyak minit lagi Tok Guru akan menjuruskan perspektifnya. Namun faham sudah, selaku setiausaha politik tidak wajar untuk meneruskan sembang agenda setting isu sampai meleret-leret, kerana Tok Guru harus menyiap langsung semua tugasan pejabat menteri besarnya. Hatiku setia mendoakan kebaikan dan kerahmatan-Nya buat Tok Guru. Amin]

Seorang rakan facebook mencatatkan di dindingnya: Khir Toyo rasuah dibalas dengan penjara, Isa Samad rasuah dapat jadi Pengerusi Felda. Ali Rostam rasuah dapat jadi Ketua Menteri Melaka....

Catatan dari blog SU Politik Tuan Guru Nik Aziz.

Anwar : Program ETP,Kerajaan Gagal Jawab Isu Utama

Oleh : Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM, 28 DISEMBER : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak gagal menjawab persoalan utama , iaitu menjelang tahun 2020, sekitar 7 hingga 8.3 juta rakyat Malaysia akan berpendapatan di bawah RM1,500 sebulan dan bakal digolongkan sebagai miskin bandar.

“Jumlah ini merangkumi sehingga 51 peratus tenaga kerja negara ini dalam tahun 2020, berbanding 56 peratus bagi tahun 2009, angka itu menunjukkan selepas berbilion ringgit dibelanjakan, hanya penambahbaikan yang tidak seberapa,” kata Anwar dalam kenyataan medianya yang juga Penasihat Ekonomi Selangor.

Anwar sebelum ini dalam ucapannya di Kuala Lumpur pada 15hb Disember lepas bertajuk Debunking ETP: Widening Income Gap menegaskan kaedah yang sedang dilaksanakan kerajaan iaitu Program Transformasi Ekonomi (Economic Transformation Programme) merupakan suatu kebijakan ekonomi lapuk dan gagal membawa sebarang perubahan.

Menurut Anwar , ETP ialah sebuah program ekonomi yang tidak berjaya meningkatkan pendapatan rakyat terbanyak malah menambah bilangan rakyat termiskin merupakan perancangan ekonomi yang tempang dan membelakangkan kebajikan rakyat.

“Apatah lagi apabila hujah saya dikemukakan dengan mengambil kira unjuran-unjuran ETP meragukan. Misalnya unjuran pertumbuhan upah 3.6 peratus setiap tahun, dari tahun 2010 sehingga tahun 2020 yang bertentangan dengan pertumbuhan upah pekerja tahun 2000 hingga 2009 yang hanya menokok sekitar 2.6 peratus setiap tahun manakala kos sara
hidup meningkat mengatasi pertumbuhan upah,” katanya.

Tambah Anwar ,kenyataan ini diperkukuhkan oleh Kajian Pasaran Buruh 2009 yang melibatkan 24,000 majikan dan 1.3 juta pekerja.

Laporan tersebut menyatakan, 33.8 peratus dari jumlah pekerja tersebut mendapat upah kurang dari RM 700 sebulan.

Angka ini sekiranya diunjurkan kepada keseluruhan tenaga kerja negara menyimpulkan 34 peratus dari jumlah keseluruhan tenaga kerja negara berada di bawah paras kemiskinan. Justeru berdasarkan fakta-fakta ini, unjuran pertumbuhan upah pada paras 3.6 peratus adalah tidak tepat.

Katanya, unjuran kerajaan bahawa inflasi akan berada pada paras 2.8 peratus setiap tahun sehingga tahun 2020 juga tidak realistik apabila kadar inflasi sejak 12 bulan lalu sentiasa melangkaui paras 3 peratus.

Sasaran untuk mencapai pendapatan kasar kebangsaan (gross national income) per kapita sebanyak RM 48,000 setahun pada tahun 2020 tidak akan dicapai sekiranya inflasi melebihi dari 2.8 peratus untuk tahun mendatang.

Jika inflasi purata sehingga tahun 2020 mencecah 4 peratus setiap tahun, dianggarkan seramai 7.6juta rakyat Malaysia akan berpendapatan kurang dari RM 1,500 sebulan dalam tahun 2020, meningkat sebanyak 1 juta berbanding jumlah 6.6 juta dalam tahun 2009.

Menurut Anwar , keadaan ini lebih parah sekiranya inflasi purata mencecah 6 peratus setiap tahun apabila jumlah rakyat Malaysia yang berpendapatan kurang dari RM 1,500 sebulan adalah 8.3 juta orang.

“Persoalan paling utama yang langsung tidak dijawab adalah kesimpulan saya bahawa kekayaan negara akan semakin dibolot golongan kaya di bawah ETP sementara rakyat
terbanyak dipinggirkan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib langsung tidak menafikan analisa saya bahawa nisbah upah pekerja kepada pendapatan kasar negara akan berkurangan dari 40 peratus (tahun 2009) kepada 33 peratus sahaja (tahun 2020),” katanya.

Jelas Anwar, ini merupakan permasalahan utama negara , manakala golongan kecil, keluarga dan kroni mengaut kekayaan, sementara majoriti rakyat dibebankan dengan kos sara hidup yang melonjak sedangkan pendapatan tidak meningkat.

“Persoalan-persoalan ini adalah isu besar ekonomi negara apabila pentadbiran sedia ada menyalurkan seluruh kekayaan negara untuk membiayai projek-projek besar di bawah ETP.

“Malang sekali apabila kesannya kepada rakyat adalah menambah golongan miskin dan melebarkan jurang di antara yang miskin dan kaya menjelang tahun 2020 nanti,” katanya.

TARIKH PRU 13 : Parlimen Dibubarkan 15 Februari (Rabu) Pengundian 11 Mac 2012 (Sabtu)

TARIKH PRU 13 : Parlimen Dibubarkan 15 Februari (Rabu) Pengundian 11 Mac 2012 (Sabtu)

Akhbar Sin Chew Jit Poh dan China Press telah meramalkan Parlimen akan dibubarkan pada bulan Februari untuk membolehkan pilihanraya umum ke-13 diadakan pada bila-bila masa dari 1 Mac hingga 20 Mac 2012.

Ramalan ini adalah berdasarkan maklumat dalaman masing-masing mengenai pembekuan cuti anggota polis pada tempoh tersebut yang dikatakan ada kaitan dengan persiapan menghadapi pilihanraya umum.

Lebih menarik lagi apabila akhbar Sin Chew dan Nan Yang Siang Pau juga meramalkan parlimen akan dibubarkan pada 15 Februari (Rabu) manakala proses pengundian pula pada 11 Mac 2012 (Sabtu).

Menurut akhbar tersebut, selain sumber dalaman daripada pihak polis, semua maklumat ini juga dikatakan diperolehi daripada kumpulan pemikir (think tank) yang rapat dengan Perdana Menteri.

2 Blogger Veteran Umno Masuk DAP?

DAP tarik veteran Umno untuk hakis serangan anti Melayu

Oleh Shannon Teoh

KUALA LUMPUR, 28 Dis — DAP telah menarik beberapa pemimpin Melayu termasuk sekurang-kurangnya dua veteran Umno sebagai satu langkah untuk menghakis sokongan dari komuniti dominan selepas dituduh anti Melayu dari parti pemerintah.

The Malaysian Insider difahamkan penulis blog terkenal Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz, yang juga bekas wakil rakyat Pulau Manis dan Aspan Alias, veteran Umno Negeri Sembilan, telah dijemput untuk menyertai DAP, yang berkemungkinan besar akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Ketua Pemuda DAP Anthony Loke (gambar), yang ditugaskan untuk menambah sokongan Melayu bersama anggota strategi Liew Chin Tong dan Zairil Khir Johari, mengesahkan penyertaan dua individu itu.

“Kami mendekati mereka tetapi tiada keputusan dibuat. Tetapi bukan penentu mereka akan bertanding dalam pilihan raya. Ia kebimbangan kedua kami,” kata Ahli Parlimen Rasah ini.

Loke menambah bahawa buat masa ini, parti gembira apabila kedua-dua veteran Umno itu membuat kritikan secara terbuka terhadap parti Melayu terbesar dan Barisan Nasional (BN) dalam blog mereka.

Kedua-dua veteran itu menghadiri Konvensyen Media Sosial yang dipanggil “Rakan Pulau Pinang” yang dianjurkan Zairil dua minggu lalu.

“Kami mahu mendekati orang yang berpengaruh di media sosial. Tetapi kami bukan mewujudkan tentera siber. Tidak seperti Umno, kami tidak membayar dan rakan tidak boleh dibeli,” katanya namun enggan mengulas sama ada kedua-dua veteran itu akan menyertai DAP.

Zairil, anak kepada bekas menteri pendidikan dan bekas pemimpin Umno , Tan Sri Khir Johari, telah dilantik sebagai setiausaha politik Lim Guan Eng awal tahun ini dilihat sebagai satu langkah untuk untuk mewujudkan parti berbilang bangsa.

Tetapi pemimpin DAP dan Pakatan Rakyat mengakui dalam laporan The Malaysian Insider sebelum ini bahawa Umno melemparkan pelbagai tuduhan kepada pembangkang semata-mata mahu mendapatkan kembali sokongan orang Melayu.

The Malaysian Insider juga telah mengeluarkan keputusan kaji selidik yang dijalankan DAP di mana menunjukkan sokongan orang Melayu di Pulau Pinang telah menurun kepada 30 peratus, jatuh hampir 50 peratus selepas beberapa bulan Lim memegang jawatan ketua menteri pada 2008.

Umno berulangkali menuduh Pakatan Rakyat terutamanya DAP, sebagai anti Melayu, terbaru perkara itu dibangkitkan dalam perhimpunan agungnya di mana beberapa wakil dan pemimpin termasuk timbalan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan pembangkang anti Melayu, anti Islam, ejen Kristian dan biadap terhadap raja Melayu.

Akhbar rasmi Umno, Utusan Malaysia pada awal tahun ini mendakwa DAP telah berkomplot dengan pihak Kristian untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian.

DAP telah mendekati orang Melayu dengan melantik pemimpin Melayu dan pengasas Transparency International Malaysia Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang kini memegang jawatan naib pengerusi.

Difahamkan pemimpin DAP telah bertemu dengan pemimpin Melayu dalam satu mesyuarat tertutup untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan negara Islam, hudud dan Bumiputera.

Dengan penyertaan Mohd Ariff Sabri, yang menggunakan nama samaran Sakmongkol AK47 akan menjadi perubahan yang besar dalam parti memandangkan beliau merupakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pada 2008 dan juga ketua penerangan bahagian Pekan yang merupakan kawasan Datuk Seri Najinb Tun Razak.

Aspan Alias pula lantang mengkritik pentadbiran pemerintah sejak beberapa tahun lalu dan khabar angin mengatakan beliau akan menyertai DAP selepas dilaporkan telah memberikan ucapan pada satu majlis makan malam DAP di Tampin, Perak awal tahun ini.

Tazkirah Dari Sheikh Ibrahim Ali

December 27, 2011

‘DAP dan PAS akan menghadapi masalah bentuk negara bersama,’ kata Ibrahim Ali

Oleh Mohd Farhan Darwis December
KUALA LUMPUR, 27 Dis – Datuk Ibrahim Ali hari ini menjelaskan, komponen Pakatan Rakyat, PAS dan DAP akan menghadapi masalah untuk memimpin negara secara bersama ekoran terdapatnya perbezaan ideologi dalam kedua-dua parti berkenaan.

“PAS dan DAP akan menghadapi masalah membentuk kerajaan bersama sekiranya mereka memerintah, mereka perlu menyelesaikan masalah perbezaan ideologi sebelum menjadi pemerintah,” katanya di sini.
Ibrahim berkata demikian selepas ditanya pemberita berkenaan pandangannya terhadap manifesto yang akan dikeluarkan Pakatan Rakyat pada 14 Januari depan.

“Perkasa akan melihat siapa penganjur dan pemimpinnya sebelum menyokong manifesto berkenaan, kami tidak mahu ambil risiko, semua orang boleh berjanji, tapi masalahnya adalah menunaikan janji berkenaan,” katanya ketika sidang media di sini.

Menurut Ibrahim, sebarang perubahan terhadap dasar negara ini memerlukan pendekatan yang berhati-hati kerana banyak negara luar yang mengalami perubahan menjadi semakin buruk.

“Kita lihat kes Dataran Tahrir, Mesir bukan sahaja tidak berubah, malah menjadi bertambah buruk,” katanya lagi.

“Evolusi negara ini bukan perkara mudah, ia memakan masa dan perlu lebih berhati-hati, pendirian Perkasa jelas, kami akan melihat sejauh mana mereka betul-betul ikhlas, kemudian baru kami akan bat keputusan,” jelasnya.

Mengulas berkenaan isu Hasan Ali yang dipelawa Perkasa untuk meyertai mereka, Ibrahim menjelaskan keputusan itu terletak di tangan bekas Pesuruhjaya PAS itu sendiri.

“Itu pendirian beliau, dari segi perjuangan Perkasa melihat kami mempunyai persamaan, memartabatkan institusi Raja, mempertahankan Bangsa Melayu dan agama Islam, tetapi sekiranya dia (Hasan) menolak, itu haknya.

“Sekiranya Hasan benar-benar ikhlas mempertahankan tiga perkara berkenaan, matlamatnya akan jelas, namun sekiranya itu sekadar kenyataan politik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia itu kerana cakap-cakap orang dirinya tidak dicalonkan, kita akan tahu kebenaranya nanti.

“Pelawaan kami terhadapnya masih terbuka,” tambahnya lagi.

Kenyataan Akhbar SU Parti KeAdilan Berhubung Isu Cetus Huru-Hara 9 Januari

KENYATAAN AKHBAR :SETIAUSAHA AGUNG PARTI KEADILAN RAKYAT

USAHA MENCETUSKAN HURU-HARA PADA 9 JANUARI 2012 - SATU LAGI USAHA FITNAH UMNO

Telah sampai kepada pengetahuan saya bahawa terdapat mesej-mesej
pesanan ringkas (SMS) yang sedang disebarkan kepada orang ramai yang
kandungannya menyebut bahawa Setiausaha Agung Parti KEADILAN Rakyat telah mengeluarkan suatu surat pekeliling meminta semua anggota KEADILAN untuk berkumpul pada 9 Januari 2012 ini di Mahkamah Tinggi
Jalan Duta Kuala Lumpur dan mengajak untuk mencetuskan huru-hara di Kuala Lumpur.

Saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa terdapat arahan seperti ini,
yang saya yakin merupakan satu lagi fitnah jahat UMNO yang sememangnya sedang semakin gentar dengan kebangkitan rakyat menentang kezaliman dan kekejaman mereka yang terus rakus merompak dan menyeleweng harta rakyat dan negara.

Wajar dinyatakan juga bahawa sifat jahat memfitnah, membohong dan
menyebarkan berita palsu serta usaha memporak-perandakan keamanan rakyat Malaysia kini telah menjadi semakin sebati dan lumrah dalam
setiap nafas dan gerak nyawa UMNO.

Saya seterusnya meminta orang ramai, anggota KEADILAN dan
penyokong-penyokong gerakan reformasi yang akan keluar beramai-ramai pada 9 Januari nanti bagi menunjukkan sokongan kepada Ketua Umum KEADILAN, Dato’ Seri Anwar Ibrahim supaya berhimpun secara aman dan mematuhi arahan petugas-petugas serta tidak terpengaruh dan terjebak
dengan tindakan provokatif golongan yang tidak bertanggungjawab pada
hari berkenaan.

Sekian, terima kasih.

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
SETIAUSAHA AGUNG
PARTI KEADILAN RAKYAT

SMM Anjur Himpunan Bela Adam Di UPSI Pada 31 Disember

Oleh : Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM , 27 DISEMBER : Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan mengadakan himpunan bersama rakyat pada 31 Disember 2011 hingga 1 Januari 2012 bermula jam 9 malam rentetan daripada perhimpunan kebebasan akademik serta isu penurunan bendera Perdana Menteri oleh seorang Mahasiswa UPSI Adam Adli.

Setiausaha Agung Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) Khairul Naim berkata mahasiswa akan berkumpul bersama rakyat di hadapan UPSI bagi mengulangi enam tuntutan Mahasiswa iaitu mansuhkan AUKU, Akta 174 dan Akta 155, bebaskan ilmuan berakademik, bebaskan mahasiswa bersuara, bebaskan mahasiswa mengurus pilihan raya kampus, bebaskan mahasiswa mengurus tadbir persatuan dan aktiviti kampus serta bebaskan mahasiswa berpartisipasi dalam politik.

“Himpunan besar-besaran ini juga diadakan bagi menuntut supaya UPSI menggugurkan tuduhan ke atas pemimpin Legasi Mahasiswa Progresif serta penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Adam Adli yang mencetuskan kontroversi berikutan kes penurunan bendera Najib Razak baharu-baharu ini,” kata Khairul dalam kenyataan medianya.

Menurut Khairul Naim lagi, ia berikutan surat yang dikeluarkan pihak universiti itu yang mendakwa Adam di bawah dua pertuduhan iaitu mencemarkan nama universiti serta memberi ancaman kepada ketenteraman awam.

“Ancaman apa yang dimaksudkan itu tidak pasti, yang kami tahu kedua-dua pertuduhan ini adalah tidak berasas, tidak berpelembagaan, tidak sah dan jelas serta tidak masuk akal.

Tindakan Adam Adli ini sebenarnya dijamin dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan bersuara yang merupakan undang-undang tertinggi dalam negara ini,” katanya.

Tambah Khairul Naim, UPSI sebenarnya tidak mempunyai hak untuk menghalang Adam supaya menjalankan hak sivil beliau sebagai warganegara. Adam telah menerima surat panggilan ke jawatankuasa disiplin universiti pada 23 Disember gara-gara tindakannya pada 17 Disember yang lalu.

“Justeru, SMM menggesa supaya UPSI menggugurkan segala pertuduhan ke atas Adam Adli serta menuntut Perdana Menteri Najib Razak membuat perubahan dalam akademik dengan memansuhkan AUKU serta memenuhi enam tuntutan Mahasiswa bagi memastikan taraf universiti sebagai tanda aras ketamadunan masyarakat terjamin,” katanya.

Dalam pada itu Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin ketika dihubungi TV Selangor semalam berkata tidak ada satu catitan dalam kanun acara jenayah mahupun kanun keseksaan yang membawa kepada satu kesalahan sekirannya sesorang itu menurunkan gambar mana-mana pemimpin politik,”

Shamsul yang juga seorang peguam berkata mana-mana pihak samaada pihak termasuk pihak polis tidak boleh mengambil apa-apa tindakan terhadap Adam.

Sebelum ini pelbagai provokasi dan tindakan tidak bermoral dilakukan oleh Parkasa dan Umno tetapi tiada tindakan diambil.

Usaha Cetus Huru-Hara Pada 9 Jan 2012 – Satu Lagi Usaha Fitnah Oleh Umno

Oleh : Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM , 27 DISEMBER : Anggota KEADILAN dan penyokong-penyokong gerakan reformasi diseru keluar beramai-ramai pada 9 Januari nanti bagi menunjukkan sokongan kepada Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya berhimpun secara aman dan mematuhi arahan petugas-petugas serta tidak terpengaruh dan terjebak dengan tindakan provokatif golongan yang tidak bertanggungjawab, kata Setiausaha Agung KEADILAN Saifuddin Nasution Ismail.

“Telah sampai kepada pengetahuan saya, bahawa terdapat mesej-mesej pesanan ringkas (SMS) yang sedang disebarkan kepada orang ramai yang kandungannya menyebut bahawa Setiausaha Agung Parti KEADILAN Rakyat telah mengeluarkan suatu surat pekeliling meminta semua anggota KEADILAN untuk berkumpul pada 9 Januari 2012 ini di Mahkamah Tinggi Jalan Duta Kuala Lumpur dan mengajak untuk mencetuskan huru-hara di Kuala Lumpur.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa terdapat arahan seperti ini, yang saya yakin merupakan satu lagi fitnah jahat Umno yang sememangnyasedang semakin gentar dengan kebangkitan rakyat menentang kezaliman dan kekejaman mereka yang terus rakus merompak dan menyeleweng hartarakyat dan negara,”kata Saifuddin dalam kenyataan medianya.

Menurut Saifuddin wajar dinyatakan juga bahawa sifat jahat memfitnah, membohong dan menyebarkan berita palsu serta usaha memporak-perandakan keamanan rakyat Malaysia kini telah menjadi semakin sebati dan lumrah dalam setiap nafas dan gerak nyawa Umno.

Pada 9 Januari nanti,hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mengumumkan nasib Anwar Ibrahim berhubung kes Fitnah Liwat 2 yang dihadapi oleh Ketua Pembangkang itu.

UMNO selepas PRU : adakah UMNO akan jadi seperti George Foreman?

Di mana-mana kita pergi kita kedengaran orang ramai bertanya di antara satu dengan lain. Pertanyaan wajib apabila mereka bertemu ialah, bila pilihanraya akan di adakan. Saya pun selalu juga ditanya soalan itu dan saya memberikan jawapan yang standard: bila BN akan kehilangan kuasa. Maksud saya bila-bila pun boleh tetapi keputusannya ialah UMNO dan BN akan hilang kuasa. Itulah dia tarikh pilihanraya umum.

Saya yakin yang UMNO itu akan akhirnya menghadapi realiti yang masa untuk parti ini berehat sudah semakin hampir tiba. Seperti orang yang bermain gasing; sudah tiba UMNO untuk mengambil giliran untuk memusing dan orang lain pula yang memangkah mereka. UMNO sudah memangkah begitu lama, kali ini biarlah orang lain pula untuk memangkah.

Apa yang UMNO patut membuat perkiraan, di antara 56 kerusi yang mereka menangi di Semenanjung ini berapa yang mereka masih mampu untuk mengekalkannya dan di antara 13 kerusi di Sabah berapa pula jumlah kerusi yang UMNO boleh kekalkan berada dalam tangan mereka. Bagi kerusi-kerusi MCA dan Gerakan serta MIC rakyat sudah membuat keputusan lebih awal sebelum pilihanraya sebenarnya di adakan. Patah-patahkan jari, kiralah sendiri.

Sabah dan Sarawak merupakan tempat pertarungan hebat politik selepas ini. Cerita Sabah dan Sarawak menjadi ‘fixed deposit’ BN sudah berlalu dibawa angin yang lalu. Rakyat di kedua-dua buah negeri ini nampaknya dengan deras sedang melakukan perubahan selepas menjalani ‘soul searching’ sejak beberapa ketika dahulu.

Di seluruh negara samada di Semenanjung mahu pun di Sabah dan Sarawak angin untuk membawa perubahan itu sudah mula bertiup kencang dan tidak mudah untuk mengalihkan arah tiupan angin itu. Pendeknya perubahan itu akan tetap berlaku kerana angin itu semakin hari semakin kencang tiupannya.Apabila saya memikirkan nasib UMNO dan sekutu-sekutunya, saya teringat pula kepada pertarungan tinju di antara Muhammad Ali dan George Foremen lebih dari dua dekad dahulu.

Dalam pertarungan itu George Foreman telah jatuh kalau tidak silap saya dalam pusingan yang ke-lima. Apabila Foreman kalah dan jatuh secara knock out itu, media telah membuat interview dengan Foreman. Pemberita sukan telah bertanya kepada Foreman kenapa beliau tidak bingkas bangun setelah dijatuhkan oleh Muhammad Ali, Foreman menjawab, “Saya tidak boleh bangun lagi kerana saya tidak pernah jatuh rebah”

Adakah UMNO akan menghadapi nasib seperti George Foreman? Saya tidak tahu jawapannya. Kita tengok sahaja apabila sampai waktunya. Saya bukan seorang wali atau aulia untuk memberikan jawapannya. Jika saya tahu pun jawapannya biarlah jawapan itu berada di dalam benak saya sendiri.

Tetapi saya pernah menulis dan membuat anologi yang ahli-ahli UMNO itu ibarat ayam daging peliharaan. Ayam daging jika dilepaskan di luar kandang mereka tidak boleh mencari makan sendiri dan akhirnya menjadi kurus dan mati. Ayam daging ini tidak ada kerja lain selain dari mematuk makanan siang dan malam yang diberikan oleh tuannya. Apabila sudah sampai 40 hari ayam ini menjadi gemuk dan akan di bawa dengan lori untuk disembelih dan dagingnya akan dijual di pasar-pasar di seluruh negara untuk dimasak kari dan kurma serta rendang tetapi dagingnya lembik dan cepat hancur.

Tetapi ahli-ahli PAS dan pembangkang yang lain, mereka itu ibarat ayam kampung, mampu mengutip dan mencari makan sendiri. Itulah sebabnya dagingnya mahal….sekarang ayam kampung harganya RM13 sekilo…..itu pun harga sebelum di sembelih dan di bersihkan. Ayam kampong ini tinggi nilainya.

Tunggu dan lihat sahaja samada UMNO akan menjadi seperti peninju George Foreman dan menjadi seperti ayam daging tadi.

Aspan Alias

AMK nafi 500 anggota keluar parti

December 26, 2011

(Oleh: Ahmad Fadli)

KUALA LUMPUR 26 Dis: Ketua Angkatan Muda KEADILAN Gombak, Jafrien Muhammad menafikan berita kononnya 500 anggota AMK Hulu Kelang keluar parti dan menyertai Umno.

Menurutnya, individu yang kononnya bertindak sebagai jurucakap kumpulan 500 orang itu, Mohd Jefry Sallehuddin, tidak pernah menjadi ahli KEADILAN.

“Saya menafikan berita ini. Ia dusta dan tiada 500 ahli KEADILAN keluar parti.

“Jefry bukan ahli parti dan dakwaan kononnya beliau pernah ditahan di ISA dan masuk penjara sebanyak 16 kali adalah satu pembohongan,” kata Jafrien.

Akhbar dalam talian MStar hari ini melaporkan 500 anggota AMK Hulu Kelang bertindak keluar parti dan menyertai Umno Gombak kononnya kecewa dengan KEADILAN yang tidak menepati janji.

Bercakap lanjut, Jafrien berkata Jefry sebelum ini hanya merupakan seorang sukarelawan parti dan selama ini juga beliau diketahui mempunyai perwatakan yang meragukan.

Jefry juga, katanya bukan penduduk asal Selangor tetapi berasal dari Sabah.

“Kami ada dengar akhir-akhir ini yang dia mendakwa boleh memberikan kad pengenalan kepada mana-mana pendatang asing yang mahu menyokong Barisan Nasional,” kata Jafrien.

Justeru, beliau mencabar Jefry agar mengemukakan bukti jika benar dia berjaya membawa 500 ahli AMK ke dalam Umno Bahagian Gombak.

Bersih, bebas dan mesra rakyat kunci kejayaan Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 26 DIS – Rakyat Malaysia di Pulau Pinang menyambut perayaan Krismas bersama kerajaan negeri Pakatan Rakyat dengan harapan pentadbiran mesra rakyat yang diamalkan dapat memastikan semua anak negeri hidup aman damai tanpa rasuah dan jenayah.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, negeri pulau mutiara itu telah menikmati hasil daripada kerajaan yang bersih, bukan sahaja dibuktikan melalui pujian Ketua Audit Negara dan Transparecny International tetapi juga pelaksanaan tender terbuka dan perang melawan rasuah.

“Pulau Pinang telah mencatatkan lebihan bajet kerajaan negeri, Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai sejak 2008.

“Lebihan bajet ini digunakan untuk program sosial dan pemberian tunai kepada warga emas, OKU, ibu tunggal, bayi dan pelajar. Pulau Pinang menjadi negeri pertama yang menghapuskan miskin tegar pada 2009,” katanya dalam mesej Krismas semalam.

Tambah beliau, bagi tahun depan, pendapatan minimum untuk keluarga miskin akan ditingkatkan kepada RM600 sebulan di mana kerajaan negeri akan menambah secara “top up” bagi semua keluarga yang berpendapatan kurang dari jumlah itu.

Menurutnya, usaha ini dapat membantu cita-cita kerajaan Pakatan Pulau Pinang untuk menjadi negeri pertama menghapuskan kemiskinan menjelang tahun 2015.

Guan Eng yang juga Adun Air Putih berkata, program pembangunan dan kemajuan sahaja tidak cukup jika tidak dilaksanakan usaha pemerintahan yang baik melalui reformasi institusi yang berasaskan kebebasan, keadilan, kebenaran dan demokrasi.

“Kebebasan bersuara dan kebebasan berhimpun secara aman dibenarkan di Pulau Pinang dengan usaha kerajaan negeri menyediakan Dataran Pidato yang pertama di Malaysia dan hampir setiap minggu pelbagai protes diadakan di jalan-jalan raya (yang mengkritik kerajaan negeri),” ujarnya.

Katanya, urus tadbir cekap, akauntabel dan telus (CAT) telah memastikan kerajaan yang lebih sensitif kepada keperluan rakyat, mudah ditemui rakyat dan mampu menyampaikan apa yang dijanjikan kepada rakyat. – Roketkini.com

Rafizi: Isu NFC tingkatkan sokongan rakyat kepada Pakatan

KUALA LUMPUR 26 Dis: Skandal National Feedlot Corporation (NFC) adalah satu contoh jelas penyelewengan yang dilakukan Umno- Barisan Nasional menggunakan wang rakyat, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

Menurutnya, skandal membabitkan keluarga menteri, Datuk Seri Shahrizat Jalil itu bagaimanapun telah memberi peluang keemasan kepada Pakatan Rakyat meningkatkan sokongan dalam Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.
“Kami sebenarnya beruntung, NFC muncul tepat pada masanya, sebelum ini kami sentiasa berusaha membuktikan contoh penyelewengan yang dilakukan Umno-Barisan Nasional.

“Tapi dengan isu ini, kami mempunyai peluang keemasan untuk meningkatkan sokongan terhadap kami. Pada kami, kes Shahrizat ini merupakan contoh terbaik penyelewengan yang dilakukan pemimpin-pemimpin Umno.. rasuah, kronisma, dan politik wang,” kata Rafizi.

Rafizi berkata, pemerhatian yang dijalankan setiap kali ceramah Pakatan Rakyat menunjukkan bahawa pengundi, terutama di luar bandar jelas berminat mengetahui skandal itu.

“Di Kemaman (Terengganu) contohnya, kadangkala saya tidak menyebut berkenaan isu NFC ini, penduduk kecewa. Penduduk kampung terutamanya masyarakat luar bandar lebih berminat untuk memperkatakan tentang isu ini,”
“Ia merupakan isu yang berkaitan dengan mereka, isu kapal selam (Scorpene) sedikit membingungkan, tapi dengan NFC-ia melibatkan lembu-berapa banyak modal untuk menternak lembu dan bagaimana keuntungan dibuat dengan menternak lembu.

“Setiap kali kami menyebut jumlah itu, masyarakat menjadi marah,” katanya seperti dilapor The Malaysian Insider.

Kempen tolak fitnah II: Setengah juta risalah diedar

(Oleh: Masdar Wahid)

KUALA LUMPUR 26 Dis: KEADILAN mencetak 500,000 risalah untuk diedarkan kepada orang ramai bagi menangkis fitnah jahat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjelang keputusan perbicaraan pada 9 Januari depan.

Menurut Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN, Rozan Azen Mat Rasip, risalah berkenaan sudah diedar kepada orang ramai sejak Khamis lalu di lokasi-lokasi strategik.

“Lokasi pengedaran risalah ini kita tumpukan ditempat tumpuan orang ramai seperti di kawasan perhentian bas, KTM Komuter, LRT, Monorel dan mana-mana kawasan kunjungan rakyat.

“Kedai-kedai makan juga antara lokasi yang dipilih untuk mengedarkan risalah ini,” katanya dihubungi Keadilandaily.com hari ini.

Penyebaran rislaah itu sebahagian usaha kepada kempen ‘Tolak Fitnah II, Lawan Konspirasi’ yang dilancarkan AMK bersama Pemuda Pakatan Rakyat dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), pada 28 Disember ini.

Dengan tema #bebaskanAnwar901 , ia bakal menggerakkan kempen besar-besaran untuk menuntut pembebasan Anwar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada hari keputusan perbicaraan dibacakan, 9 Januari nanti.

Menurut Rozan, risalah penerangan itu akan dicetak dan ditambah dari semasa ke semasa jika tidak mencukupi.

“Pada mesyuarat dua hari lalu, pimpinan AMK negeri bersama sekumpulan NGO turut menyatakan persetujuan bersama menyebarkan risalah ini atas dasar memperjuang prinsip Keadilan terhadap Datuk Seri Anwar,” katanya.

Selain itu, katanya, AMK turut mengadakan penerangan ringkas mengenai kandungan risalah itu dalam ceramah kelompok bagi memastikan mesej sampai kepada sasaran.

“Saya sendiri memimpin penyebaran risalah di kawasan Tol dengan waktu edaran difokuskan pada awal pagi dan lewat petang dengan sasaran kepada mereka yang baru hendak pergi dan balik kerja.

“Jika adanya halangan dari Polis dan pihak tertentu ketika edaran risalah ini berlangsung, kami sudah menyediakan strategi lain untuk mengedarkannya,” katanya.

Kenyataan Shahrizat dedah rasuah sebati dengan Umno

KUALA LUMPUR 26 Dis: Kenyataan Datuk Seri Shahrizat Jalil yang mempersoalkan ‘siapakah pemimpin Umno yang tidak mempunyai masalah’ seolah mendedahkan ramai pemimpin Umno terbabit dengan skandal dan salah guna kuasa.

Shahrizat selaku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang terpalit dengan skandal projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) mengeluarkan kenyataan mengulas tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang memulakan siasatan terhadap kes itu baru-baru ini.

Bagi Dewan Pemuda PAS Pusat, kenyataan spontan yang keluar dari mulut Shahrizat yang juga ketua wanita Umno itu seperti menyindir semua pemimpin Umno agar tidak berlagak bersih dari masalah.

“Skandal mereka belum terdedah dan masa yang akan menentukan keadaan diri mereka dalam Umno.

“Bagi DPP Malaysia, tidak ada apa yang memeranjatkan dalam kenyataan Shahrizat kerana rakyat sudah sinonim bahawa Umno dan rasuah serta penyelewengan sudah sebati,” kata ketua penerangnnya, Riduan Mohd Nor dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya lagi, kes Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang didapati bersalah kerana rasuah boleh menjadi bukti dan kayu pengukur bahawa pemimpin Umno sukar untuk dijadikan contoh teladan buat rakyat Malaysia.

Malah ujarnya, selain Khir, ramai lagi pemimpin Umno yang pernah terkait dengan pelbagai skandal.

“Beberapa tahun lepas, beberapa orang pemimpin kanan Umno pernah dihadapkan ke Lembaga Disiplin Umno sehingga ke SPRM kerana dakwaan rasuah.

“Malah, bekas Naib Presiden Umno sendiri turut terbabit dengan rasuah sehingga terpaksa melepaskan jawatan beliau,” katanya lagi.

Tolak BN, selamatkan wang rakyat

Hakahdaily

KUALA LUMPUR, 26 Dis: Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan menyeru seluruh rakyat negara ini bersatu menolak Umno BN demi menyelamatkan wang rakyat dan harta negara dari penyelewengan.

Setiausahanya Ustaz Azhar Yahya berkata, rasuah dan penyelewengan harta negara hanya boleh dibendung dengan menjatuhkan Umno BN dalam pilihanraya yang akan datang.

“Rakyat Malaysia perlu bersatu untuk menumbangkan Umno BN dalam pilihanraya yang akan datang demi memastikan duit dan harta rakyat Malaysia selamat.

"Bayangkan sekiranya duit yang berbilion yang tiris dan bocor kerana rasuah itu digunakan untuk kegunaan manfaat rakyat, maka InsyAllah negara Malaysia lebih maju lagi,” tegas beliau.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Transparency International Malaysia (TI-M) bahawa kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) jatuh dari tangga 56 pada tahun lalu kepada 60 tahun ini.

Ianya juga merupakan kejatuhan kali ketiga berturut-turut sejak 2009.

Bagi Azhar, ianya sesuatu yang memalukan lebih-lebih lagi Malaysia sebagai salah sebuah negara yang menganggotai OIC.

Kerajaan BN yang sedia ada ini pula ujarnya tidak mampu lagi menangani gejala yang semakin membarah itu walaupun cuba menggunakan pelbagai slogan menggambarkan penentangan mereka terhadap rasuah.

“Satu-satunya cara untuk memerangi gejala rasuah ialah dengan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dan bukannya menggunakan hanya apabila tersempit sahaja," katanya.

Kenapa perlu ‘salinan’ surat nikah untuk memohon MyKad anak? — Dr Juanda Jaya

December 25, 2011

25 DIS — 1. Saya amat berterimakasih kepada semua pihak terutama media yang mengutip dan melaporkan status berita pada dinding laman Facebook peribadi saya Jumaat 23 Disember 2011 berkaitan isu permohonan Mykad anak gadis saya. Saya terpaksa beralih kepada Facebook setelah saluran rasmi lain yang saya gunakan gagal membantu saya pada masa itu. Zaman informasi terkini menjanjikan tiada masalah boleh disimpan di bawah karpet lagi dan manusia boleh saling berkongsi masalah dan membantu memberikan jalan penyelesaian sesama mereka.

Isu utama sebenar yang belum terjawab hingga hari ini ialah; Kenapa pihak JPN perlukan salinan (salinan??? bukan original) surat nikah bagi mengesahkan kewarganegaraan seseorang individu rakyat Malaysia sewaktu memohon Mykad anaknya? Begitu juga dipinta lagi sewaktu memohon untuk membuat Passport Antarabangsa? Apakah tidak cukup dengan Surat Beranak asal pemohon dan MyKad asal Bapa pemohon bagi mengesahkan KEASLIAN KEWARGANEGARAAN pemohon, seperti yang dinyatakan di papan kenyataan JPN sendiri. Bukankah kalaulah pasangan itu telah bercerai, status anak itu dalam Surat Beranak tetap kekal seperti adanya, kecuali dia memohon sebaliknya? Atau rakyat Malaysia tidak diberitahu bahawa kedudukan bapa/ibu warganegara tidak menjamin mereka berhak menjadi warganegara Malaysia sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan dan diwarwarkan oleh pihak KDN sendiri. SOP sebeginilah yang wajar disemak semula, sebagaimana kenyataan awal YBhg KSU KDN.

Padahal sewaktu memohon mendapatkan Surat Beranak yang turut dikeluarkan oleh Jabatan yang sama (bukan Jabatan dan Kementerian lain) salinan dan original surat nikah turut dikemukakan. JPN turut menuntut salinan berkenaan setiap kali pendaftaran anak yang baru, sesuatu yang pada saya wajar dilakukan bagi tujuan pengesahan status anak yang lain, walaupun ia tiada beza dengan sistem Mubarak di Mesir sewaktu saya di sana lebih 20 tahun lampau.

Isu lain yang tidak dijelaskan dengan teliti ialah; Kenapa status anak gadis saya selama 12 tahun ini dalam sistem JPN adalah X Warganegara? Bukankah Surat Beranak dia sudah menyatakan status dia adalah warganegara Malaysia? Bukankah Passport Antarabangsa dia juga berwarganegara Malaysia? Juga setiap kali passport dia dibuat, pihak Imigresen (dalam satu Kementerian KDN) akan merujuk kepada pihak JPN status kewarganegaraan dia sebelum passport dikeluarkan. Kalaulah benar status dia sudah dikemaskini pada 12 Jun 2009 (seperti kenyataan rasmi KDN semalam) maka mengapa pada 23 Disember 2011, status itu masih menunjukkan dia bukan warganegara. Saya sendiri melihat data status itu pada skrin komputer JPN seperti yang ditunjukkan kepada saya oleh staf JPN dan didengar sendiri oleh anak gadis saya yang turut bersedih di meja pegawai berkenaan. Staf perhubungan pelanggan, staf di kaunter dan pegawai JPN ini amat membantu saya dan komunikasi mereka amat baik sehingga saya mendapat sedikit maklumat yang saya kemukakan ini, bukan seperti ‘fitnah’ sesetengah pihak yang menyatakan bahawa mereka tidak terlatih dan tidak cekap.

Dua isu sebenar yang saya kemukakan ini belum terjawab walaupun pihak KDN menyatakan bahawa MyKad itu sudah siap dan boleh diambil. Saya ke JPN semalam yang dikatakan tetap beroperasi pada hari Sabtu, namun pihak Rela yang mengawal Bangunan menyatakan Federal Ofis tidak beroperasi pada Sabtu ini. Notis di pintu masuk juga menjelaskan hal demikian.

Saya bukan bertujuan untuk mensensasikan isu peribadi sebegini, walaupun saya turut diberi ‘ingatan’ oleh pihak JPN agar tidak mensensasikan isu sebegini. Ini urusan peribadi saya sebagai rakyat, bukan atas kapasiti lain. Saya amat terluka apabila dinyatakan oleh sistem data komputer JPN yang saya percayai dan yakini menyimpan data keselamatan negara yang sudah pasti akurat, tepat dan amat dipercayai, menyatakan dengan jelas anak saya selama 12 tahun ini, dalam rekod JPN Malaysia adalah bukan warganegara Malaysia, negara yang amat saya cintai!

Saya sudah lalui semua kepahitan dan kesulitan birokrasi dan redtapes sebegini dengan pihak Agensi Persekutuan di Sarawak. Saya yakin semua rakyat marhaen di Sarawak turut merasai ‘denyut nadi kesulitan’ yang sama. Tanyalah kepada mereka yang ikut BARISAN di kaunter-kaunter berkenaan. Apakah mereka bergembira?

Kita berada pada zaman online, bukan zaman manual. Zaman paperless, bukan zaman suka suruh rakyat buat salinan fotostat. Zaman data setempat, bukannya zaman ‘menitahkan’ rakyat ‘menghadap’ pelbagai agensi untuk mengesahkan status mereka dan memaksa rakyat mengisi pelbagai ‘songeh borang’ yang perlu diupah pelbagai khidmat di keliling Bangunan Persekutuan Sarawak yang akan meningkatkan kos rakyat marhaen (terutama yang buta huruf) di Sarawak bila berurusan dengan Agensi Kerajaan Persekutuan.

Isu ini saya ketengahkan sebagai rakyat marhaen di Sarawak adalah dalam rangka membantu memperkukuhkan slogan YAB Perdana Menteri “RAKYAT DIDAHULUKAN” demi Malaysia yang akan terus makmur dan Sarawak Maju Dalam Malaysia.

Akhirnya saya ingin berterimakasih kepada YB Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang dikhabarkan segera turun tangan membantu saya, begitu juga respons serta merta beberapa rakan media, politikus, birokrat dan teknokrat yang lain. Terimakasih juga kepada YBhg KSU KDN yang turut segera memberikan respons positif dan jaminan isu ini diselesaikan serta merta -menurut kenyataan beliau melalui media-. Namun agak malang, beliau turut mendedahkan beberapa fakta privasi diri dan keluarga saya kepada media. Saya tidak pasti apakah beberapa bahagian privasi hidup seseorang individu yang berada dalam simpanan KDN boleh didedahkan kepada media dalam menangani isu sebegini. Sekian. Kuching, 25 Disember 2011.

* Dr Juanda bin Jaya is the Mufti of Perlis

Kenyataan akhbar berkaitan permohonan MyKad anak Dr. Juanda Jaya — Dato Jariah Mohd Said


25 DIS —Prosedur Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) adalah jelas berhubung dengan Tatacara Pengendalian Permohonan Kad Pengenalan Kanak-Kanak 12 Tahun yang mempunyai masalah Taraf Kewarganegaraan berkuatkuasa pada 11 Jun 2009 bagi perkahwinan di antara lelaki bertaraf warganegara Malaysia dengan wanita bertaraf warganegara asing. Menurut prosedur ini, ibu atau bapa hanya perlu mengemukakan salinan ‘sijil nikah’ atau ‘sijil kahwin’ sekali sahaja untuk permohonan kali pertama bagi tujuan pengesahan status sebelum kad pengenalan dikeluarkan. Ketetapan keperluan ini bagi kes-kes seumpama sedemikian adalah perlu bagi tujuan penentuan/pengesahan taraf kewarganegaraan anak.

2. Seperti kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Mahmood Adam yang dilaporkan hari ini (25 Disember 2011), isu yang timbul berhubung kait dengan kakitangan kaunter yang tidak merujuk kepada pegawai atasan bagi kes yang meragukan. Bagaimanapun, kad pengenalan pemohon, Sumaiyah Syahidah, anak kedua Dr. Juanda Jaya telah pun siap untuk serahan dan sedia untuk kutipan di Pejabat JPN Kuching pada hari bekerja.

3. Pengurusan JPN telah mengenal pasti masalah yang berbangkit dan segala usaha memperbaiki kelemahan telah diambil supaya semua pegawai bertugas di bahagian kaunter dapat melaksanakan tugas secara profesional dan sentiasa bersikap membantu pelanggan berurusan dengan JPN.

4. Sehubungan dengan itu, JPN memohon maaf di atas segala masalah dan kesulitan yang dihadapi oleh Dr. Juanda Jaya ketika berurusan di kaunter JPN Kuching, Sarawak ekoran daripada kelemahan kakitangan kaunter dalam menerangkan prosedur Jabatan. Sesungguhnya, Jabatan ini tidak sesekali bermaksud untuk menafikan hak serta status kewarganegaraan anak beliau sebagai warganegara Malaysia.

* Dato Jariah Mohd Said is the Director of The National Registration Department

Semasa

Hiburan

Sukan

 

© Copyright Kerabu Bersuara 2007 -2013 | Design by Kerabu Bersuara | Published by Kerabu Bersuara Group | Powered by Blogger.com.