Header Ads

Google+ Hangout Oleh Anwar Ibrahim Menerima Lebih Paparan Berbanding Najib Razak


Google+ Hangout boleh dikatakan semakin popular akhir-akhir ini, apatah lagi setelah ia digunakan oleh ketua parti politik pembangkang dan juga perdana menteri kita sendiri baru-baru ini.

Pada acara Google – The Next Billion yang diadakan hari ini, pihak Google berkongsi mengatakan yang mana acara Google+ Hangout yang diadakan oleh Anwar Ibrahim pada bulan Ogos lepas menerima lebih daripada 22,000 paparan langsung, dan lebih 100,000 paparan secara keseluruhannya.

Angka yang diterima oleh Najib Razak tidak diumumkan, tetapi dikatakan tidak jauh dibelakang, mungkin dalam perbezaan yang sedikit berbanding yang dikendalikan oleh Anwar Ibrahim.

Di negara-negara membangun, internet merupakan salah satu platform yang digunakan dalam menghubungkan para pengguna antara satu sama lain, disamping Google Hangout yang mana digunakan oleh para pemimpin dalam berinteraksi dan berhubung dengan rakyat.

1 comment

Pelatuk said...


Benar dan tepat sekali. Kalau dikirakan vedionya pun dah terlalu banyak di internet dan dijadikan CD. Anwar Ibrahim jua lebih banyak berceramah sambil `berjalan" bagi mendapatkan `udara segar' agar dapat melarikan diri dari Kat Wan. Jalan-jalan cari makan.

Powered by Blogger.